1 00:01:33,134 --> 00:01:36,930 Dengarnya Teater Lalalai cuma ada pelakon yang terbaik saja. 2 00:01:37,639 --> 00:01:40,892 Akane Kurokawa ialah pelakon muda handalan mereka. 3 00:01:41,476 --> 00:01:43,144 Seorang pelakon transformasi hebat. 4 00:01:43,228 --> 00:01:46,564 Dia mengkaji wataknya dan dapat memahaminya dengan mendalam. 5 00:01:47,148 --> 00:01:51,111 Dia ada bakat semula jadi untuk melakonkan watak itu. 6 00:01:52,112 --> 00:01:55,490 Personalitinya tak sesuai untuk rancangan realiti 7 00:01:56,074 --> 00:02:00,203 tapi sebagai pelakon, anda boleh gambarkan dia sebagai genius. 8 00:02:01,246 --> 00:02:02,664 Akane? 9 00:02:03,248 --> 00:02:04,374 Kenapa, Aqua? 10 00:02:04,958 --> 00:02:06,876 Awak macam ternampak hantu. 11 00:02:06,960 --> 00:02:08,128 Tiada apa-apa. 12 00:02:08,920 --> 00:02:11,548 Akane, selamat kembali! 13 00:02:11,631 --> 00:02:13,758 Maaf sebab buat awak semua menunggu. 14 00:02:13,842 --> 00:02:16,386 Yalah! Lama betul! 15 00:02:16,469 --> 00:02:17,804 Jom berseronok macam dulu! 16 00:02:17,887 --> 00:02:18,721 Ya! 17 00:02:18,805 --> 00:02:22,934 Kami gembira awak nampak sihat tapi awak dah okey sekarang? 18 00:02:23,017 --> 00:02:24,894 Tentang apa? 19 00:02:26,062 --> 00:02:27,730 "Tentang apa?" Itu… 20 00:02:27,814 --> 00:02:31,651 Yalah, sejak saya dikecam dengan dahsyat! 21 00:02:31,734 --> 00:02:36,030 Saya rasa saya dah buat silap tapi saya pasti itu benda biasa! 22 00:02:36,114 --> 00:02:38,783 Akane, aura awak dah berubah sikit. 23 00:02:38,867 --> 00:02:41,494 Yuki, awak tak suka saya macam ini? 24 00:02:45,415 --> 00:02:47,667 Aqua, mari luangkan masa bersama-sama hari ini. 25 00:02:48,418 --> 00:02:49,419 Okey. 26 00:02:50,712 --> 00:02:53,590 Dia mencuri perhatian dengan sekelip mata. 27 00:02:53,673 --> 00:02:54,799 Para pelakon. 28 00:02:54,883 --> 00:02:56,009 Kru. 29 00:02:56,593 --> 00:02:57,969 Malah jurukamera. 30 00:02:58,553 --> 00:03:01,681 Mata mereka tak dapat menahan tarikan gravitinya yang penuh misteri. 31 00:03:02,473 --> 00:03:04,726 Karisma yang Ai ada, 32 00:03:05,393 --> 00:03:07,520 ada dalam Akane juga. 33 00:03:10,940 --> 00:03:13,318 Saya dapat tahu tentang video itu. 34 00:03:13,401 --> 00:03:17,405 Awak tak tidur bermalam-malam untuk menyiapkannya. 35 00:03:17,488 --> 00:03:18,781 Itu buat saya gembira. 36 00:03:18,865 --> 00:03:20,783 Terima kasih, Aqua. 37 00:03:20,867 --> 00:03:21,868 Tak apa. 38 00:03:22,827 --> 00:03:28,333 Kita tahu Akane berkelakuan pelik tapi bukankah perangai Aqua pelik juga? 39 00:03:28,416 --> 00:03:29,417 Apa? 40 00:03:29,500 --> 00:03:30,960 Jom periksa. 41 00:03:31,044 --> 00:03:34,213 Hei Aqua, boleh berikan saya dompet itu? 42 00:03:34,297 --> 00:03:36,925 Saya tengah fikir sekarang. Ambil sendiri. 43 00:03:37,008 --> 00:03:39,636 Kenapa pula? Beri sajalah kepada dia. 44 00:03:39,719 --> 00:03:40,720 Okey. 45 00:03:42,972 --> 00:03:43,806 Nah. 46 00:03:44,974 --> 00:03:47,518 Tengok? Dia cuma dengar cakap Akane! 47 00:03:47,602 --> 00:03:50,855 Jadi, Aqua betul-betul suka jenis itu. 48 00:03:50,939 --> 00:03:53,816 Akane dah pastikan dia lakonkan wataknya dengan sempurna. 49 00:03:53,900 --> 00:03:54,984 Bukan begitulah. 50 00:03:55,568 --> 00:03:57,779 Awak suka dia? 51 00:03:57,862 --> 00:04:00,490 Awak suka Akane macam ini? 52 00:04:03,076 --> 00:04:03,910 Sudahlah. 53 00:04:07,872 --> 00:04:08,873 Saya dah kata. 54 00:04:09,582 --> 00:04:10,875 Hentikannya. 55 00:04:10,959 --> 00:04:12,335 Tindak balas awak… 56 00:04:12,418 --> 00:04:13,920 Awak serius. 57 00:04:18,383 --> 00:04:20,093 Akane, apa yang awak akan buat? 58 00:04:20,176 --> 00:04:22,053 Mungkin ini boleh jadi serius? 59 00:04:22,136 --> 00:04:23,805 Apa yang awak akan buat? 60 00:04:24,430 --> 00:04:26,891 Apa yang saya patut buat? 61 00:04:26,975 --> 00:04:29,769 Dia dah kembali kepada dirinya yang asal! 62 00:04:29,852 --> 00:04:33,189 Jika dia betul-betul pikat awak, adakan awak akan balasnya dengan serius? 63 00:04:33,273 --> 00:04:35,233 Mungkinkah awak berdua akan keluar bersama-sama? 64 00:04:35,858 --> 00:04:38,361 Jika saya perlu kata "ya" atau "tak," 65 00:04:38,945 --> 00:04:39,821 ya. 66 00:04:40,947 --> 00:04:44,701 Jadi, awak perlu pikat dia seperti itu walaupun semasa kamera tak merakam! 67 00:04:44,784 --> 00:04:46,119 - Betulkah? - Betulkah? 68 00:04:46,828 --> 00:04:49,247 Ini dah semakin menarik! 69 00:04:49,330 --> 00:04:50,748 Ini tak menarik langsung. 70 00:04:51,332 --> 00:04:52,875 Saya dah bosan. 71 00:04:52,959 --> 00:04:54,585 Saya tak nak tonton lagi. 72 00:04:56,087 --> 00:04:59,465 Pertama sekali, konsep menikmati kisah cinta orang lain 73 00:04:59,549 --> 00:05:01,592 dari jauh itu dah tak kena. 74 00:05:01,676 --> 00:05:04,220 Apa yang bagus sangat tentang memasangkan seseorang? 75 00:05:04,304 --> 00:05:07,515 Awak siapa? Pembiak kuda? Awak nak mereka lahirkan kuda lumba? 76 00:05:08,099 --> 00:05:10,059 Sudahlah, saya tak nak tengok. 77 00:05:10,143 --> 00:05:11,894 Muka Aqua pun saya tak nak tengok. 78 00:05:11,978 --> 00:05:14,105 Selamat tinggal, sayonara! 79 00:05:19,277 --> 00:05:20,278 Mak. 80 00:05:23,448 --> 00:05:27,243 Semasa kecil, saya luangkan beberapa tahun bersama Ai, 81 00:05:27,327 --> 00:05:31,789 tapi akhirnya saya tak rasa saya dapat tahu apa-apa tentangnya. 82 00:05:32,707 --> 00:05:35,043 Saya tak dapat faham satu benda pun tentangnya. 83 00:05:35,626 --> 00:05:39,130 Apa yang tipu dan apa yang benar? 84 00:05:41,007 --> 00:05:45,553 Siapakah Ai kepada saya? Adakah saya peminatnya? Adakah dia mak saya? 85 00:05:46,220 --> 00:05:47,513 Atau… 86 00:06:00,443 --> 00:06:04,781 Pasangan Yuki-Yuki nampak tampan tapi bukankah Aqua-Akane pun begitu juga? 87 00:06:05,364 --> 00:06:07,950 Selepas Akane kembali, dia lebih bergaya. 88 00:06:08,034 --> 00:06:09,243 Dia nampak comel, betul? 89 00:06:09,327 --> 00:06:12,830 Dia dan Aqua macam ada ikatan selepas melalui kesusahan bersama-sama. 90 00:06:12,914 --> 00:06:15,374 Aqua sangat peka dengannya sekarang! 91 00:06:15,458 --> 00:06:16,709 Comel betul! 92 00:06:16,793 --> 00:06:18,878 Sekarang dah hampir episod terakhir. 93 00:06:18,961 --> 00:06:22,673 Kalaulah kita boleh tengok lebih lama! Baru saja nak seronok! 94 00:06:22,757 --> 00:06:25,635 Musim sebelum ini ada babak bercium di akhirnya. 95 00:06:25,718 --> 00:06:28,179 Betulkan? Saya tak sabar! 96 00:06:32,433 --> 00:06:33,267 Arima. 97 00:06:34,811 --> 00:06:35,728 Kana Arima. 98 00:06:36,312 --> 00:06:39,398 Awak nak ponteng sekolah dan melepak hari ini? 99 00:06:42,235 --> 00:06:43,277 Ya. 100 00:06:46,364 --> 00:06:48,074 Jahatnya! 101 00:06:48,157 --> 00:06:51,244 Ponteng sekolah untuk melepak? Kita memang budak-budak jahat! 102 00:06:51,327 --> 00:06:53,663 Gilalah! Ini memang teruk! 103 00:06:53,746 --> 00:06:55,123 Sangat teruk! 104 00:06:55,206 --> 00:06:57,083 Asyik merungut saja, awak nak berhenti? 105 00:06:57,166 --> 00:06:58,584 Saya tak kata begitu. 106 00:06:59,252 --> 00:07:01,963 Muka awak tunjuk yang awak sedang fikir tentang sesuatu, 107 00:07:02,046 --> 00:07:05,424 jadi saya nak jadi seorang senior yang baik dan jaga awak. 108 00:07:05,508 --> 00:07:07,593 Saya macam malaikat, bukan? 109 00:07:08,302 --> 00:07:09,804 Jadi kita nak ke mana? 110 00:07:09,887 --> 00:07:11,973 Disneyland? Menara Tokyo? 111 00:07:12,056 --> 00:07:16,102 Berani ya, cadangkan tempat-tempat seperti itu semasa memonteng. 112 00:07:16,185 --> 00:07:20,064 Jika kita ponteng semasa pakai uniform, orang akan pandang kita! 113 00:07:20,148 --> 00:07:22,233 Namun kita buang masa jika balik tukar baju! 114 00:07:22,316 --> 00:07:26,779 Dan ramai orang di sana pakai uniform jadi saya sangka ia idea yang baik! 115 00:07:26,863 --> 00:07:29,031 Tak perlulah pergi tempat-tempat seperti itu. 116 00:07:36,497 --> 00:07:38,541 Saya dah agak awak pelik. 117 00:07:38,624 --> 00:07:40,251 - Yakah? - Yalah! 118 00:07:40,835 --> 00:07:45,715 Budak lelaki dan perempuan ponteng sekolah dan apa yang mereka buat? 119 00:07:45,798 --> 00:07:48,259 Main tangkap bola di taman dengan aman. 120 00:07:48,342 --> 00:07:50,803 Awak siap beli sarung tangan dan bola. 121 00:07:50,887 --> 00:07:51,721 Pelik betul. 122 00:07:52,305 --> 00:07:53,556 Cepatlah baling. 123 00:07:56,976 --> 00:07:59,770 Saya tak pernah main besbol… 124 00:07:59,854 --> 00:08:00,938 Maaf! 125 00:08:01,022 --> 00:08:01,981 Jangan risau. 126 00:08:03,816 --> 00:08:09,697 Awak patutnya ajak orang yang lebih handal berbanding saya. 127 00:08:09,780 --> 00:08:11,199 Seperti Ruby. 128 00:08:11,782 --> 00:08:14,285 Abang mana yang akan biarkan adik dia ponteng? 129 00:08:14,368 --> 00:08:15,870 Kompleks adik awak menjijikkan. 130 00:08:15,953 --> 00:08:19,874 Kalau begitu orang daripada Cinta Betul. Awak rapat dengan mereka, bukan? 131 00:08:20,500 --> 00:08:22,877 Kami berkawan. 132 00:08:22,960 --> 00:08:27,548 Namun, mereka cuma hubungan kerja. Ia bukan seperti hubungan kasual. 133 00:08:27,632 --> 00:08:28,799 Yakah. 134 00:08:28,883 --> 00:08:32,303 Kebanyakan orang menipu atau berkira-kira dalam tindakan mereka 135 00:08:32,386 --> 00:08:37,517 jadi tak ramai yang tiada motif tersembunyi yang saya boleh ajak berborak. 136 00:08:38,976 --> 00:08:39,769 Wah! 137 00:08:40,978 --> 00:08:43,856 Namun saya tak perlu risau tentang itu apabila saya dengan awak, Arima. 138 00:08:43,940 --> 00:08:45,274 Awak patut risau! 139 00:08:46,567 --> 00:08:48,277 Apa pun, 140 00:08:48,361 --> 00:08:52,657 jika awak pilih saya untuk jadi orang itu untuk awak, ia taklah teruk sangat. 141 00:08:54,700 --> 00:08:56,994 Rakaman Cinta Betul dah hampir selesai? 142 00:08:57,078 --> 00:08:57,912 Ya. 143 00:08:59,664 --> 00:09:01,832 Yuki yang paling popular? 144 00:09:01,916 --> 00:09:06,546 Namun Akane Kurokawa nampaknya buat dengan baik kebelakangan ini juga. 145 00:09:12,760 --> 00:09:15,846 Sebenarnya, siapa yang awak sasarkan? 146 00:09:17,848 --> 00:09:20,851 Ini cuma kerja jadi saya tiada apa-apa seperti itu. 147 00:09:20,935 --> 00:09:23,563 Namun awak ada jenis yang awak suka, betul? 148 00:09:23,646 --> 00:09:26,649 Macam gadis yang lebih tua atau muda? 149 00:09:28,985 --> 00:09:30,778 Itu soalan yang sukar. 150 00:09:31,904 --> 00:09:33,739 Kebelakangan ini, saya selalu fikir tentang… 151 00:09:35,908 --> 00:09:39,829 bagaimana pertumbuhan badan memberi kesan besar kepada minda manusia. 152 00:09:40,329 --> 00:09:44,875 Di peringkat bayi, ia sukar untuk merakam memori kerana amnesia infantil. 153 00:09:44,959 --> 00:09:50,756 Lonjakan pertumbuhan semasa akil baligh buat saya lebih sedar dengan persekitaran. 154 00:09:52,383 --> 00:09:54,260 Semakin saya membesar, 155 00:09:54,343 --> 00:09:58,347 mentaliti saya lambat-laun akur kepada badan dan persekitaran saya. 156 00:09:59,932 --> 00:10:04,645 Perbezaan antara saya dan Aqua Hoshino kian menghilang. 157 00:10:05,896 --> 00:10:09,275 Saya selalu takut nak tanya awak. 158 00:10:10,484 --> 00:10:12,486 Mungkinkah awak 159 00:10:12,570 --> 00:10:13,988 kuat berangan? 160 00:10:14,071 --> 00:10:17,074 Awak perlu belajar lepaskannya. Dengar itu pun dah buat saya rasa geli. 161 00:10:19,160 --> 00:10:21,954 Maksud saya adalah saya seorang pelajar sekolah juga. 162 00:10:22,538 --> 00:10:26,417 Saya suka gadis yang lebih kurang sama umur dengan saya. 163 00:10:27,001 --> 00:10:30,796 Namun saya memang suka yang lebih tua. 164 00:10:30,880 --> 00:10:32,423 Awak suka gadis yang lebih tua? 165 00:10:33,299 --> 00:10:34,508 Yakah? 166 00:10:34,592 --> 00:10:35,718 TAHUN PERTAMA / TAHUN KEDUA 167 00:10:35,801 --> 00:10:36,927 Betulkah? 168 00:10:37,011 --> 00:10:38,638 Balinglah cepat. 169 00:10:39,263 --> 00:10:39,930 TAHUN KEDUA 170 00:10:42,725 --> 00:10:43,893 Yakah… 171 00:10:45,394 --> 00:10:46,604 Betulkah… 172 00:10:46,687 --> 00:10:47,521 Apa dia? 173 00:10:47,605 --> 00:10:49,649 Tiada apa-apa! 174 00:10:50,650 --> 00:10:52,234 Itu balingan yang baik. 175 00:10:52,318 --> 00:10:53,611 Yakah? 176 00:10:53,694 --> 00:10:55,154 Betulkah awak baru main? 177 00:10:55,738 --> 00:10:57,114 Betul. 178 00:10:57,198 --> 00:10:59,241 Pertama kali bermain dengan awak. 179 00:10:59,325 --> 00:11:00,743 Pertama kali untuk saya. 180 00:11:02,745 --> 00:11:05,623 Mungkin saya boleh jadi idola yang baling bola di permainan besbol? 181 00:11:07,500 --> 00:11:08,584 Saya dah agak. 182 00:11:09,251 --> 00:11:12,713 Perasaan saya untuk Akane Kurokawa bukannya romantik. 183 00:11:13,464 --> 00:11:15,383 Saya perlu berterima kasih kepada Arima. 184 00:11:17,885 --> 00:11:20,554 Saya dapat mengatur fikiran saya. 185 00:11:21,180 --> 00:11:25,810 Saya cuma melihat Ai Hoshino dalam Akane Kurokawa. 186 00:11:27,436 --> 00:11:29,772 Rakaman dah hampir tamat, ya? 187 00:11:30,523 --> 00:11:32,191 Ini buat saya sedih. 188 00:11:33,150 --> 00:11:36,529 Apabila saya lakonkan persona seperti yang awak kata, saya jadi popular. 189 00:11:36,612 --> 00:11:37,905 Awak dah membantu saya. 190 00:11:37,988 --> 00:11:39,281 Terima kasih. 191 00:11:39,782 --> 00:11:40,825 Lakonan awak… 192 00:11:40,908 --> 00:11:42,410 Tak, transformasi awak. 193 00:11:43,077 --> 00:11:46,414 Ia rasa seperti mimpi, seperti saya melihat benda yang sebenar. 194 00:11:47,206 --> 00:11:48,624 Bagaimana awak lakukannya? 195 00:11:48,707 --> 00:11:51,377 Ia bukanlah menakjubkan sangat. 196 00:11:52,086 --> 00:11:56,173 Namun saya baca buku tentang pemprofilan psikologi. 197 00:11:56,257 --> 00:11:59,677 Saya cuma kaji dengan teliti dan buat tafsiran saya sendiri. 198 00:11:59,760 --> 00:12:02,680 Saya tambah banyak kisah saya sendiri juga. 199 00:12:02,763 --> 00:12:03,889 Kisah awak sendiri? 200 00:12:03,973 --> 00:12:04,807 Ya. 201 00:12:04,890 --> 00:12:06,016 Contohnya, 202 00:12:06,684 --> 00:12:09,520 Ai sebenarnya ada anak dalam rahsia. 203 00:12:10,688 --> 00:12:14,608 Jika ia begitu, perwatakannya akan kekal. 204 00:12:14,692 --> 00:12:17,486 Ia juga menjelaskan pelbagai tindakan yang mengelirukan. 205 00:12:17,570 --> 00:12:20,448 Saya dapat faham personalitinya 206 00:12:20,531 --> 00:12:22,992 dan kira fikirannya seperti guna formula matematik! 207 00:12:24,076 --> 00:12:27,079 Sejauh mana awak dapat faham corak pemikiran Ai? 208 00:12:29,665 --> 00:12:33,711 Kehidupan yang dia jalani dan lelaki jenis apa yang dia suka. 209 00:12:34,295 --> 00:12:36,672 Saya rasa dapat faham kebanyakan daripada itu. 210 00:12:41,385 --> 00:12:44,680 Orang berbakat berkumpul dalam dunia hiburan. 211 00:12:50,561 --> 00:12:55,316 Bagi saya, bakat terkumpul bebas bergelar Ai Hoshino itu adalah satu misteri. 212 00:12:55,399 --> 00:13:01,071 Saya tak dapat faham perasaannya dan apa yang dia ingin lakukan. 213 00:13:04,492 --> 00:13:06,619 Akane Kurokawa yang berbakat ini 214 00:13:06,702 --> 00:13:11,790 dapat memahami dan menjejak tindakan Ai lebih daripada saya, 215 00:13:11,874 --> 00:13:14,210 walaupun saya luangkan masa bertahun-tahun dengannya. 216 00:13:16,670 --> 00:13:19,298 Hubungan kami hanyalah profesional. 217 00:13:20,633 --> 00:13:23,928 Apabila rancangan ini berakhir, kami takkan berinteraksi lagi. 218 00:13:27,515 --> 00:13:28,349 Namun, 219 00:13:29,892 --> 00:13:32,394 saya boleh gunakan Akane Kurokawa. 220 00:13:34,730 --> 00:13:37,107 Mustahil saya dapat lepaskan dia sekarang. 221 00:13:55,918 --> 00:13:57,294 HUBUNGAN TERJALIN 222 00:13:57,878 --> 00:13:59,547 Teruk betul. 223 00:14:00,881 --> 00:14:03,008 Pergi matilah, bodoh. 224 00:14:06,512 --> 00:14:10,057 Rakaman Kami Akan Jatuh Cinta Betul-betul dah tamat! 225 00:14:10,140 --> 00:14:12,059 Tahniah, semua! 226 00:14:14,603 --> 00:14:18,065 Apabila saya ingat balik, ia berlalu dengan begitu cepat. 227 00:14:18,148 --> 00:14:21,777 Banyak perkara yang terjadi tapi saya betul-betul rasa seronok. 228 00:14:21,861 --> 00:14:24,613 Jika awak boleh kata begitu, Akane, kami tiada rungutan! 229 00:14:25,322 --> 00:14:26,156 Jadi… 230 00:14:26,240 --> 00:14:28,242 Boleh kami tanya sesuatu yang penting? 231 00:14:28,325 --> 00:14:30,995 Tentang ciuman terakhir itu! Awak berdua akan keluar bersama? 232 00:14:31,078 --> 00:14:32,580 Apa yang akan terjadi? 233 00:14:36,000 --> 00:14:37,084 Saya tak tahu. 234 00:14:37,710 --> 00:14:41,630 Aliran rancangan adalah untuk menerimanya ketika itu 235 00:14:41,714 --> 00:14:43,841 tapi saya perlu kerja jadi saya tak boleh berjanji temu. 236 00:14:43,924 --> 00:14:46,385 Tolonglah, walaupun awak seorang selebriti, 237 00:14:46,468 --> 00:14:49,972 ia normal untuk ada seorang dua teman lelaki semasa sekolah menengah! 238 00:14:50,055 --> 00:14:52,892 Yuki, awak mesti ada ramai teman lelaki, betul? 239 00:14:52,975 --> 00:14:54,935 Begitukah pandangan awak tentang saya? 240 00:14:55,019 --> 00:14:58,939 Saya selalu dahulukan kerja saya 241 00:14:59,023 --> 00:15:01,817 jadi saya tak pernah ada teman lelaki. 242 00:15:01,901 --> 00:15:03,277 Mustahil! 243 00:15:03,360 --> 00:15:05,446 Saya dengar it betul. 244 00:15:05,529 --> 00:15:08,157 Kawan sekolah Yuki kata benda yang sama. 245 00:15:08,240 --> 00:15:10,326 Susah nak dapat rupanya dia. 246 00:15:10,910 --> 00:15:13,078 Namun nampaknya, ramai model yang ada pasangan. 247 00:15:13,162 --> 00:15:17,541 Nisbah idola atau pelakon yang ada pasangan patutnya sama dengan orang biasa. 248 00:15:17,625 --> 00:15:23,047 Saya pasti nisbah itu agak rendah dalam agensi yang larang berjanji temu. 249 00:15:23,130 --> 00:15:24,965 Namun ada yang tertangkap oleh media. 250 00:15:25,049 --> 00:15:26,884 Dalam aspek itu, 251 00:15:26,967 --> 00:15:30,846 ia bagus untuk mula berpasangan dalam rancangan sebab ia takkan jadi skandal! 252 00:15:30,930 --> 00:15:31,972 Namun… 253 00:15:32,056 --> 00:15:36,352 Betul, saya nak awak semua ambil kesempatan untuk gunakan rancangan ini. 254 00:15:40,397 --> 00:15:42,775 Rancangan ini takkan masuk campur mulai sekarang. 255 00:15:43,734 --> 00:15:46,737 Jika awak nak keluar bersama-sama atau berpisah, itu terpulang kepada awak. 256 00:15:48,113 --> 00:15:51,784 Ada juga beberapa pasangan yang dah berkahwin. 257 00:15:52,576 --> 00:15:57,706 Ada juga yang terus berlakon berpasangan selama beberapa bulan untuk menunjuk saja. 258 00:15:59,249 --> 00:16:01,335 Pastikan awak fikir betul-betul 259 00:16:01,418 --> 00:16:03,128 dan buat keputusan sendiri. 260 00:16:04,713 --> 00:16:05,756 Dalam industri ini, 261 00:16:05,839 --> 00:16:11,095 ada ramai orang dewasa jahat yang akan gunakan bakat awak kemudian buang awak. 262 00:16:11,804 --> 00:16:13,847 Ada banyak godaan dalam bidang ini 263 00:16:13,931 --> 00:16:18,394 tapi budak-budak yang selalu ikut sajalah yang akan musnah. 264 00:16:23,857 --> 00:16:27,236 Inilah nasihat saya kepada awak sebagai orang dewasa yang jahat. 265 00:16:29,613 --> 00:16:32,616 Bercakap tentang itu, mana budak jahat itu? 266 00:16:38,831 --> 00:16:40,958 Cinta Betul dapat ulasan baik. 267 00:16:41,583 --> 00:16:45,671 Nampaknya keputusan saya untuk gunakan awak bukanlah satu kesilapan. 268 00:16:46,255 --> 00:16:47,589 Siapa sangka. 269 00:16:48,090 --> 00:16:51,844 Akhirnya, nampaknya kita menarik perhatian daripada reaksi dahsyat itu. 270 00:16:51,927 --> 00:16:55,180 Saya dengar awak menebus itu dengan usaha awak sendiri. 271 00:16:56,265 --> 00:17:01,020 Namun video itu menjadi satu masalah kepada orang atasan. 272 00:17:02,146 --> 00:17:07,234 Ia penting dalam industri ini untuk jangan sekali-kali bocorkan rakaman. 273 00:17:07,776 --> 00:17:10,821 Jadi mereka menyoal isu itu. 274 00:17:11,947 --> 00:17:15,492 Walaupun awak pelakon, awak melanggar peraturan itu. 275 00:17:15,576 --> 00:17:20,080 Topik tentang menyaman Produksi Ichigo untuk kerosakan juga timbul. 276 00:17:21,081 --> 00:17:25,335 Namun itu tak berlaku, betul? 277 00:17:27,296 --> 00:17:33,844 Kontrak kata pelakon boleh muat naik rakaman luar pentas ke akaun rasmi. 278 00:17:34,386 --> 00:17:37,848 Sebab itu saya muat naik video itu ke akaun media sosial rasmi, 279 00:17:37,931 --> 00:17:40,476 jadi saya buat kerja saya seperti dalam kontrak. 280 00:17:41,477 --> 00:17:43,187 Awak tahu apa yang awak lakukan. 281 00:17:43,270 --> 00:17:44,271 Terima kasih. 282 00:17:44,354 --> 00:17:49,485 Awak menepati perjanjian kita dan buat dengan baik. 283 00:17:50,069 --> 00:17:52,529 Saya perlu berikan awak ganjaran yang setimpal. 284 00:17:53,781 --> 00:17:57,117 Awak nak makan susyi minggu depan? 285 00:17:57,826 --> 00:18:00,954 Saya akan beritahu awak satu cerita panas tentang Ai. 286 00:18:02,498 --> 00:18:03,707 Saya akan pergi. 287 00:18:05,834 --> 00:18:07,377 Aqua! 288 00:18:08,003 --> 00:18:09,254 Mari sini sekejap! 289 00:18:09,338 --> 00:18:11,340 Awak takkan terlepas! 290 00:18:14,843 --> 00:18:16,720 Itu sangat seronok. 291 00:18:16,804 --> 00:18:18,514 Hei, Aqua. 292 00:18:19,515 --> 00:18:21,225 Awak nak buat apa mulai sekarang? 293 00:18:21,934 --> 00:18:24,186 Apa yang saya nak buat? 294 00:18:24,978 --> 00:18:26,897 Episod itu telah dikeluarkan, 295 00:18:26,980 --> 00:18:29,358 jadi kita perlu berlakon seperti pasangan buat seketika. 296 00:18:29,441 --> 00:18:31,902 Saya tahu. 297 00:18:31,985 --> 00:18:33,612 - Jadi… - Jadi sebab itu… 298 00:18:34,196 --> 00:18:35,072 Jadi… 299 00:18:36,198 --> 00:18:38,534 Adakah hubungan kita hanya kerja? 300 00:18:39,243 --> 00:18:41,495 Atau adakah ini serius? 301 00:18:42,079 --> 00:18:44,081 Ia bukan kerja semata-mata. 302 00:18:44,164 --> 00:18:46,208 Awak tak perlu risau tentang saya. 303 00:18:47,084 --> 00:18:51,255 Aqua, awak tak lihat saya sebagai calon pasangan, betul? 304 00:18:51,338 --> 00:18:52,172 Itu… 305 00:18:52,256 --> 00:18:54,633 Saya tahu. 306 00:18:56,385 --> 00:19:00,264 Betul saya tak lihat awak sebagai calon pasangan. 307 00:19:00,347 --> 00:19:03,809 Saya anggap hubungan ini sebagai sebahagian daripada kerja. 308 00:19:04,393 --> 00:19:09,648 Namun saya sangat berminat dengan awak sebagai seorang pelakon, Akane. 309 00:19:10,649 --> 00:19:12,067 Saya tak tipu. 310 00:19:13,485 --> 00:19:14,820 Begitu. 311 00:19:17,156 --> 00:19:18,490 Nak buat macam mana. 312 00:19:19,324 --> 00:19:23,453 Sebab kata-kata itu yang buat saya paling gembira. 313 00:19:25,289 --> 00:19:29,168 Kalau begitu, sebagai kerja, mari kita jadi satu pasangan. 314 00:19:29,251 --> 00:19:32,671 Kita akan serahkan kepada Yuki dan Nobu untuk jadi pasangan yang sebenar. 315 00:19:32,754 --> 00:19:33,589 Apa? 316 00:19:33,672 --> 00:19:35,090 Awak tak perasan? 317 00:19:36,466 --> 00:19:40,053 Yuki dan Nobu mula keluar bersama-sama kelmarin. 318 00:19:40,137 --> 00:19:43,265 Yakah? Tapi dia menolaknya semasa rakaman. 319 00:19:43,348 --> 00:19:45,058 Dia sangat licik. 320 00:19:45,767 --> 00:19:51,023 Namun saya suka itu tentang Yuki. 321 00:19:52,024 --> 00:19:55,485 Nampaknya ini betul-betul teman lelaki pertama dalam hidup Yuki. 322 00:19:56,320 --> 00:19:58,071 Siapa sangka. 323 00:20:03,243 --> 00:20:05,370 Jumpa lagi! 324 00:20:05,454 --> 00:20:06,622 Selamat malam! 325 00:20:10,459 --> 00:20:12,169 Mem, awak tak naik teksi? 326 00:20:12,252 --> 00:20:15,088 Tak, sebab saya boleh jalan balik rumah dari sini. 327 00:20:15,672 --> 00:20:18,175 Yalah, rumah kita agak dekat. 328 00:20:18,258 --> 00:20:22,054 Kebanyakan orang dalam industri ini tinggal di kawasan ini. 329 00:20:29,436 --> 00:20:31,188 Saya sedih. 330 00:20:31,772 --> 00:20:35,651 Saya suka sangat set ini. 331 00:20:36,735 --> 00:20:37,778 Begitu. 332 00:20:37,861 --> 00:20:40,989 Namun Aqua, awak tak sedih sangat, betul? 333 00:20:41,073 --> 00:20:43,784 Sebab awak adalah teman lelaki Akane sekarang! 334 00:20:43,867 --> 00:20:46,036 Hubungan kami hanya untuk kerja. 335 00:20:48,247 --> 00:20:51,291 Mungkin itu adalah permulaannya? 336 00:20:51,375 --> 00:20:54,044 Maksud saya, hubungan awak mungkin boleh jadi serius. 337 00:20:54,127 --> 00:20:55,254 Mustahil. 338 00:20:55,337 --> 00:21:01,677 Awak kata itu sekarang tapi muka awak merah semasa Akane berlakon jadi Ai! 339 00:21:04,096 --> 00:21:07,766 Saya tak sangka awak kenal mereka. Awak bukannya dalam generasi B Komachi. 340 00:21:07,849 --> 00:21:11,812 Tak, B Komachi itu adalah impian semua orang! 341 00:21:17,276 --> 00:21:19,152 Antara kita berdua, 342 00:21:20,529 --> 00:21:24,157 impian saya adalah untuk menjadi seorang idola. 343 00:21:25,534 --> 00:21:28,537 Namun banyak perkara berlaku dan saya putus asa. 344 00:21:29,037 --> 00:21:32,332 Dan sekarang saya bahagia membuat video di Youtube! 345 00:21:36,545 --> 00:21:38,088 Apa kata awak sertai kami? 346 00:21:38,171 --> 00:21:40,549 Apa? 347 00:21:40,632 --> 00:21:45,721 B Komachi yang baru ditubuhkan sedang mencari ahli-ahli baru. 348 00:21:46,305 --> 00:21:48,515 Saya dalam B Komachi? 349 00:21:49,016 --> 00:21:50,892 Awak melawak saja. 350 00:23:36,873 --> 00:23:41,878 Terjemahan sari kata oleh Hajar Idris