1 00:01:33,968 --> 00:01:37,347 Saya nak berhenti berlakon Cinta Betul. 2 00:01:37,430 --> 00:01:38,389 Apa? 3 00:01:38,473 --> 00:01:39,307 Sekarang? 4 00:01:39,390 --> 00:01:41,601 Kenapa awak kata begini? 5 00:01:42,477 --> 00:01:46,856 Kebelakangan ini, budak lelaki di sekolah ejek saya. 6 00:01:46,940 --> 00:01:49,400 Macam, "Jadi awak suka lelaki jenis itu?" 7 00:01:50,443 --> 00:01:54,864 Menunjukkan perasaan kepada orang tersayang itu sangat menakutkan. 8 00:01:55,698 --> 00:01:58,743 Saya tak tahu sehinggalah rancangan ini bermula. 9 00:01:58,827 --> 00:02:02,956 Menarik perhatian orang ramai bukannya bagus sangat. 10 00:02:03,039 --> 00:02:07,168 Saya buat benda bodoh dalam saluran saya juga jadi saya faham. 11 00:02:07,252 --> 00:02:12,674 Semua orang fikir saya bodoh… Rasanya, saya memang bodoh. 12 00:02:12,757 --> 00:02:15,260 Awak betul-betul nak berhenti? 13 00:02:15,343 --> 00:02:17,303 Saya sedia dengar jika awak rasa nak berbual! 14 00:02:17,387 --> 00:02:20,056 Jika awak nak berhenti, saya akan berhenti juga! 15 00:02:20,140 --> 00:02:21,266 Nobu. 16 00:02:21,349 --> 00:02:23,726 Jadi janganlah begitu. Mari teruskan! 17 00:02:24,853 --> 00:02:26,187 Saya… 18 00:02:27,397 --> 00:02:29,190 BETULKAH YUKI AKAN KELUAR DARIPADA RANCANGAN INI? 19 00:02:29,274 --> 00:02:31,025 Wah, saya nak tahu apa akan jadi! 20 00:02:31,109 --> 00:02:34,779 Dia mungkin betul-betul akan berhenti. Sebab Yuki nampak sensitif. 21 00:02:34,863 --> 00:02:37,407 Apa yang akan jadi kepada Nobu jika dia berhenti? 22 00:02:37,490 --> 00:02:38,867 YUKI SUMI AKAN BERHENTI DARIPADA RANCANGAN JANJI TEMU REALITI? 23 00:02:38,950 --> 00:02:41,494 Tengok! Saya masuk berita! 24 00:02:41,578 --> 00:02:44,622 Awak rasa saya bantu menarik penonton? 25 00:02:44,706 --> 00:02:45,707 Mungkin. 26 00:02:45,790 --> 00:02:48,167 Jadi awak akan berhenti? 27 00:02:48,251 --> 00:02:51,796 Saya tak boleh berhenti, bukan? Kita ada kontrak. 28 00:02:51,880 --> 00:02:54,549 Apa? Jadi itu cuma lakonan? 29 00:02:54,632 --> 00:02:59,929 Tak, saya bukan pelakon seperti awak, Kurokawa, jadi saya tak boleh berlakon. 30 00:03:00,013 --> 00:03:03,057 Saya cuma melebih-lebihkan perasaan saya sikit. 31 00:03:03,141 --> 00:03:06,477 Memang betul saya sedih sebab diejek di sekolah. 32 00:03:06,561 --> 00:03:09,314 Saya juga ada fikir tentang nak berhenti. 33 00:03:10,148 --> 00:03:13,860 Sebab rancangan ini selalu dirakam awal pagi. 34 00:03:13,943 --> 00:03:16,029 Saya selalu mengantuk. 35 00:03:16,613 --> 00:03:19,532 Begitu, jadi ia bukan penipuan tapi dibesar-besarkan. 36 00:03:19,616 --> 00:03:21,409 Dibesar-besarkan, ya? 37 00:03:21,492 --> 00:03:24,454 Apabila kami mula bergaul selepas rancangan ini bermula, 38 00:03:24,537 --> 00:03:26,497 sikap semua orang semakin jelas. 39 00:03:27,582 --> 00:03:28,917 Siapa yang mahir dalam ini. 40 00:03:29,667 --> 00:03:31,836 Orang bukan talam dua muka tapi unik. 41 00:03:32,837 --> 00:03:36,007 Siapa yang kekok semasa dirakam dan tak selalu muncul. 42 00:03:37,091 --> 00:03:40,053 Aqua! Jom pergi makan lepas kita siap! 43 00:03:40,136 --> 00:03:42,513 Tak apalah. Saya ada makanan di rumah. 44 00:03:42,597 --> 00:03:44,224 Jomlah pergi! 45 00:03:44,307 --> 00:03:46,226 Mem-cho kata nak belanja daging bakar. 46 00:03:46,309 --> 00:03:48,102 Apa? Saya tak pernah kata begitu! 47 00:03:48,186 --> 00:03:52,065 Saya tahu awak dapat ramai pelanggan baru dan kaya. 48 00:03:52,148 --> 00:03:54,317 Agensi awak cuma ambil 50% potongan, betul? 49 00:03:54,400 --> 00:03:55,235 Biar betul? 50 00:03:55,318 --> 00:03:58,738 Kami bahagi 80/20 di agensi saya. Cemburunya. 51 00:04:00,573 --> 00:04:03,451 Baiklah! Tambah satu lagi aneka lebih premium! 52 00:04:04,035 --> 00:04:06,162 Makanlah kenyang-kenyang, semua! 53 00:04:06,246 --> 00:04:08,039 Hore! 54 00:04:08,122 --> 00:04:10,625 Aqua, daging rusuk dah masak. 55 00:04:11,209 --> 00:04:13,878 Saya bakar sendiri, jangan risau tentang saya. 56 00:04:14,379 --> 00:04:16,881 Kurokawa, awak belum makan lagi. 57 00:04:16,965 --> 00:04:19,509 Tak, ini tugas saya! 58 00:04:19,592 --> 00:04:23,096 Saya dah putuskan untuk tak lepaskan penyepit dalam keadaan seperti ini. 59 00:04:23,680 --> 00:04:26,391 Orang marah apabila saya tak sengaja biarkan daging hangus dulu 60 00:04:26,474 --> 00:04:28,601 tapi saya dah pandai memanggang sekarang. 61 00:04:31,604 --> 00:04:32,480 Sebab itulah! 62 00:04:32,563 --> 00:04:36,567 Apa yang diminta sekarang adalah sesuatu yang lebih ekstrem! 63 00:04:36,651 --> 00:04:38,361 Macam betapa besar risiko awak ambil… 64 00:04:38,444 --> 00:04:39,862 Dia sangat rajin belajar. 65 00:04:42,198 --> 00:04:45,201 Saya pasti daging bakar itu mewah. 66 00:04:45,785 --> 00:04:49,956 Mesti daging awak makan semasa memandang gadis-gadis comel itu sedap, ya? 67 00:04:50,039 --> 00:04:51,582 Kami cuma melepak saja. 68 00:04:51,666 --> 00:04:54,919 Penipu! Saya boleh lihat muka awak nampak puas! 69 00:04:55,586 --> 00:04:56,421 Mana ada. 70 00:04:56,504 --> 00:04:58,631 Pandang saya dan cakap! 71 00:04:58,715 --> 00:05:03,011 Semasa muda, awak boleh makan makanan berminyak dan takkan dapat ketakcernaan. 72 00:05:03,094 --> 00:05:04,429 Seronoknya. 73 00:05:04,512 --> 00:05:07,849 Awak dah janji nak makan bersama-sama kami pada hari Ahad. 74 00:05:07,932 --> 00:05:10,310 Namun, asyik begini saja sejak rancangan bermula! 75 00:05:10,393 --> 00:05:13,896 Pertama, bukankah konsep rancangan itu adalah perjumpaan selepas sekolah? 76 00:05:13,980 --> 00:05:16,983 Namun mereka selalu rakam hujung minggu. Ini semua tipu! 77 00:05:17,066 --> 00:05:19,193 Itu bukannya masalah besar. 78 00:05:19,777 --> 00:05:22,196 Sekurang-kurangnya mereka utamakan pelajaran. 79 00:05:22,780 --> 00:05:26,075 Sebenarnya rancangan janji temu realiti bukanlah diatur sangat. 80 00:05:26,159 --> 00:05:28,786 Sesetengah daripada mereka memang berpura-pura 81 00:05:28,870 --> 00:05:32,165 tapi kebanyakannya cuba buat diri mereka nampak bagus. 82 00:05:32,749 --> 00:05:35,418 Semua orang buat begitu dalam hidup sebenar, bukan? 83 00:05:35,501 --> 00:05:38,212 Jika awak pergi janji temu berkumpulan, awak boleh nampak benda yang sama. 84 00:05:38,296 --> 00:05:40,631 Saya tak pernah pergi jadi saya tak tahu. 85 00:05:41,340 --> 00:05:43,718 Jadi, semua orang betul-betul akan jatuh hati? 86 00:05:43,801 --> 00:05:45,595 Itu bergantung kepada individu itu. 87 00:05:46,637 --> 00:05:48,848 Awak akhirnya akan suka mereka. 88 00:05:48,931 --> 00:05:53,269 Namun peminat sedang menonton jadi saya nak hadkan keterujaan rancangan ini. 89 00:05:53,352 --> 00:05:57,899 Ya! Ini sama seperti jadi rapat dengan hos di kelab hos! 90 00:05:58,399 --> 00:06:02,653 Saya bertukar menjadi mod bekerja semasa dirakam jadi ia agak sukar. 91 00:06:03,571 --> 00:06:05,823 Mustahil. Ini kerja. 92 00:06:06,657 --> 00:06:10,703 Saya boleh buat. Bukankah ia seronok jika ia membawa kepada perkahwinan? 93 00:06:11,329 --> 00:06:12,789 Saya tak tahu. 94 00:06:12,872 --> 00:06:16,667 Saya cuma mengisi watak, jadi saya tiada masa untuk itu. 95 00:06:17,335 --> 00:06:21,422 Saya tak pernah tonton rancangan janji temu realiti jadi saya tak tahu. 96 00:06:22,048 --> 00:06:26,427 Pendapat saya berat sebelah tapi realismenya cukup untuk menarik perhatian. 97 00:06:27,095 --> 00:06:29,680 Berbanding apa saya bayangkan, tak banyak diatur. 98 00:06:29,764 --> 00:06:35,186 Ia dirakam untuk menunjukkan sikap sebenar individu tersebut. 99 00:06:37,480 --> 00:06:41,776 Kenapa? Bukankah ia bagus kerana tak begitu diatur? 100 00:06:41,859 --> 00:06:44,195 Itu bagus daripada pandangan penonton. 101 00:06:44,278 --> 00:06:48,241 Namun penipuan juga adalah cara terbaik untuk melindungi diri sendiri. 102 00:06:49,659 --> 00:06:51,786 Itu mungkin sesuatu yang tak perlu dirisaukan. 103 00:07:06,676 --> 00:07:07,802 Selepas itu, 104 00:07:07,885 --> 00:07:12,598 pasangan Yuki Sumi dan Nobuyuki Kumano menjadi fokus rancangan ini. 105 00:07:13,808 --> 00:07:16,018 Di situlah Kengo menunjukkan cemburunya. 106 00:07:16,602 --> 00:07:19,522 Cinta tiga segi terbentuk di antara Yuki. 107 00:07:21,274 --> 00:07:23,818 Yuki menjadi perancang 108 00:07:23,901 --> 00:07:26,320 dan watak nakalnya membuat rancangan ini seronok. 109 00:07:26,904 --> 00:07:30,366 Rancangan ini semakin popular di kalangan remaja. 110 00:07:33,578 --> 00:07:34,912 Aqua, bagaimana dengan awak? 111 00:07:34,996 --> 00:07:37,290 Awak tak nak bertarung untuk dapatkan Yuki? 112 00:07:37,373 --> 00:07:40,835 Jika awak nak popular, lebih baik awak bergaul dengan mereka berbanding saya. 113 00:07:41,502 --> 00:07:45,423 Tak apalah. Saya nak berhati-hati sehingga rancangan ini tamat. 114 00:07:45,506 --> 00:07:47,383 Awak tak ada cita-cita tinggi. 115 00:07:47,467 --> 00:07:50,845 Bagaimana dengan awak? Bukankah awak nak menyibuk? 116 00:07:50,928 --> 00:07:55,641 Selagi saya boleh teruskan watak bodoh dan relaks ini, saya okey saja. 117 00:07:55,725 --> 00:07:59,479 Sebab matlamat saya adalah untuk menarik penonton ke saluran saya sendiri. 118 00:08:00,062 --> 00:08:04,233 Namun jika awak nak mengurat saya dengan serius, itu cerita lain. 119 00:08:04,317 --> 00:08:05,985 Jangan menaruh harapan. 120 00:08:07,820 --> 00:08:11,449 Namun orang yang kita patut risaukan adalah… 121 00:08:21,334 --> 00:08:23,211 Kakak aku kata kuku kaki kiri aku kaku. 122 00:08:23,294 --> 00:08:27,673 Aku kikis-kikis kuku kaki kiri aku. 123 00:08:40,520 --> 00:08:43,439 - Maafkan saya. - Awak nak dipecatkah? 124 00:08:43,523 --> 00:08:46,817 Saya dengar rancangan realiti Akane popular, jadi saya menontonnya, 125 00:08:46,901 --> 00:08:48,444 tapi apa ini? 126 00:08:48,528 --> 00:08:51,072 Dia muncul kurang sepuluh minit! 127 00:08:51,155 --> 00:08:54,659 Inilah peluang dia tapi dia tak menonjol langsung! 128 00:08:54,742 --> 00:08:57,370 Awak pengurusnya! Kenapa awak tak marah dia? 129 00:08:57,453 --> 00:08:59,789 Namun bos, Akane sedang buat yang terbaik dan… 130 00:08:59,872 --> 00:09:02,166 Itu tak membawa untung! 131 00:09:02,750 --> 00:09:06,254 Saya pilih dia berbanding ramai lagi budak-budak yang nak lakukannya! 132 00:09:06,337 --> 00:09:09,090 Sekurang-kurangnya, biarlah dia ada kesan dalam rancangan itu! 133 00:09:13,344 --> 00:09:14,679 Maafkan saya, pengurus. 134 00:09:14,762 --> 00:09:17,640 Awak dengarkah? 135 00:09:17,723 --> 00:09:21,727 Akane, awak sedang buat yang terbaik jadi jangan risau. 136 00:09:21,811 --> 00:09:24,564 Saya akan lindungi awak. 137 00:09:30,152 --> 00:09:32,238 Ini sebab saya tak cukup bagus. 138 00:09:33,948 --> 00:09:34,782 Saya perlu kerja lebih keras. 139 00:09:35,866 --> 00:09:38,661 Saya perlu kerja lebih keras untuk meninggalkan kesan. 140 00:09:40,621 --> 00:09:42,915 Jus ini tak sedap. 141 00:09:42,999 --> 00:09:45,501 Saya akan buat hantaran di Twitter. 142 00:09:45,585 --> 00:09:49,005 "Minuman baru yang saya beli di kedai runcit ini sangat tak sedap…" 143 00:09:49,088 --> 00:09:50,715 Hei! 144 00:09:50,798 --> 00:09:52,133 Kenapa awak buat begitu? 145 00:09:52,216 --> 00:09:53,926 Apa yang awak cuba lakukan? 146 00:09:54,010 --> 00:09:57,138 Bagaimana jika awak tulis komen buruk tentang produk sebuah syarikat, 147 00:09:57,221 --> 00:09:59,140 dan kebetulan pula mereka buat carian nama sendiri? 148 00:09:59,223 --> 00:10:00,725 Tak, takkanlah. 149 00:10:00,808 --> 00:10:02,893 Aduhai, bekas orang biasa seperti awak tak tahu apa-apa. 150 00:10:02,977 --> 00:10:07,315 Jika awak tulis tentang sebuah produk, sekurang-kurangnya lima orang akan nampak! 151 00:10:07,398 --> 00:10:11,068 Syarikat itu takkan tawarkan awak kerja! 152 00:10:11,152 --> 00:10:12,820 Awak melebih-lebih saja. 153 00:10:12,903 --> 00:10:15,406 Awak selalu buat carian nama sendiri juga, bukan? 154 00:10:15,489 --> 00:10:16,532 Mana ada. 155 00:10:17,825 --> 00:10:19,577 Berikan saya telefon awak! 156 00:10:19,660 --> 00:10:20,911 Pulangkan! 157 00:10:20,995 --> 00:10:21,954 Mari lihat. 158 00:10:22,747 --> 00:10:24,165 Banyak betul carian awak. 159 00:10:25,124 --> 00:10:28,461 Amboi, awak letak "comel" juga dalam kata carian awak. 160 00:10:28,544 --> 00:10:30,880 Awak nak sangat lihat orang panggil awak comel? 161 00:10:30,963 --> 00:10:34,759 Semua orang kata mereka tak cari nama sendiri tapi biar saya kata ini! 162 00:10:34,842 --> 00:10:37,094 Sembilan puluh peratus idola cari nama sendiri! 163 00:10:37,678 --> 00:10:40,264 Cuba pergi ke parti tamat selepas sebuah acara. 164 00:10:40,348 --> 00:10:44,685 Semua ahli muzik dan penghibur cari nama sendiri sambil minum. 165 00:10:44,769 --> 00:10:46,062 Wah. 166 00:10:46,145 --> 00:10:47,980 Dunia dah masuk era mencari nama sendiri! 167 00:10:48,064 --> 00:10:51,359 Sekarang awak boleh akses data besar tanpa jadi agensi pengiklanan, 168 00:10:51,442 --> 00:10:54,987 jadi awak boleh cari analisis ulasan dan khalayak sasaran! 169 00:10:55,071 --> 00:10:57,198 Pengiklanan web sekarang sama harga dengan iklan tradisional 170 00:10:57,281 --> 00:10:59,784 dan ia dikatakan pasaran bernilai dua trilion yen! 171 00:10:59,867 --> 00:11:03,287 Hari-hari tak mengendahkan respons internet dah tamat. 172 00:11:03,371 --> 00:11:07,500 Kini, orang tak pandai pemasaran atas talian akan bersara dulu. 173 00:11:08,209 --> 00:11:11,796 Pencipta kandungan dan peminat kini memerhati satu sama lain. 174 00:11:11,879 --> 00:11:15,341 Dalam industri ini, diri kita sendiri adalah bahan kandungan. 175 00:11:16,092 --> 00:11:21,972 Jangan lupa, jika awak pandang neraka lama-lama, neraka juga melihat awak. 176 00:11:22,056 --> 00:11:23,224 AKANE TAK WUJUD 177 00:11:25,017 --> 00:11:26,185 YUKI COMEL AKANE TAK WUJUD 178 00:11:26,811 --> 00:11:28,437 Saya perlu berusaha lagi. 179 00:11:33,651 --> 00:11:34,610 Awak buat apa? 180 00:11:34,693 --> 00:11:38,864 Saya sedang rakam video untuk akaun rasmi Twitter dan Tiktok bagi rancangan ini. 181 00:11:40,074 --> 00:11:45,162 Kita dapat banyak langganan. Tentulah, semua itu jasa saya! 182 00:11:45,246 --> 00:11:48,040 Tentang itu, Mem, bukankah awak asalnya buat video di TikTok? 183 00:11:48,124 --> 00:11:51,502 Ya. Ketika itu, pemasaran gabungan atau Coins belum ada 184 00:11:51,585 --> 00:11:53,629 jadi saya tukar membuat video di YouTube. 185 00:11:53,712 --> 00:11:56,132 Aqua, awak muat naiklah sesuatu juga! 186 00:11:56,215 --> 00:11:59,635 Saya tak tahu cara nak guna platform untuk orang muda jadi tak apalah. 187 00:11:59,718 --> 00:12:00,970 Dasar orang tua! 188 00:12:01,053 --> 00:12:01,887 Apa? 189 00:12:05,683 --> 00:12:06,559 Apa? 190 00:12:10,521 --> 00:12:13,482 Nobu, awak nak pergi sana bersama-sama? 191 00:12:14,900 --> 00:12:17,403 Akane sedang bertindak! 192 00:12:17,987 --> 00:12:19,363 Saya terlupa tentang gadis ini. 193 00:12:19,989 --> 00:12:21,323 Akane, betul? 194 00:12:21,907 --> 00:12:24,827 Sama ada dia ada di situ atau tak, bukankah ia sama saja? 195 00:12:25,327 --> 00:12:28,622 Mereka boleh buang Akane, jadi tolong tambah ahli lelaki yang baru! 196 00:12:29,623 --> 00:12:32,126 "Apa yang saya patut buat untuk menonjol?" 197 00:12:32,209 --> 00:12:36,130 Di sinilah awak jadi nakal dan curi Nobu daripada Yuki. 198 00:12:36,213 --> 00:12:39,842 Jika awak boleh lakukannya, watak awak akan menonjol dan menarik perhatian. 199 00:12:39,925 --> 00:12:42,303 Tentulah, itu bukan arahan atau apa-apa. 200 00:12:42,386 --> 00:12:46,307 Namun budak-budak yang boleh buat begitu akan jadi popular. 201 00:12:47,475 --> 00:12:48,767 Saya perlu berusaha lagi. 202 00:12:49,268 --> 00:12:51,270 Wah! Cantiknya! 203 00:12:51,896 --> 00:12:54,857 Kakak saya seorang jururias jadi saya belajar ini daripada dia. 204 00:12:54,940 --> 00:12:56,275 Hebatnya. 205 00:12:56,358 --> 00:12:58,152 Akane, saya akan buat awak punya juga. 206 00:12:58,235 --> 00:12:59,361 Marilah. 207 00:12:59,445 --> 00:13:01,280 Okey. 208 00:13:09,497 --> 00:13:11,373 Akane, adakah awak sedang panik kebelakangan ini? 209 00:13:13,292 --> 00:13:17,087 Siri ini hampir tamat jadi saya boleh faham. 210 00:13:17,171 --> 00:13:18,714 Ia bukannya begitu. 211 00:13:19,298 --> 00:13:23,719 Saya cuma nak menonjol untuk dapatkan keputusan yang baik, itu saja. 212 00:13:25,179 --> 00:13:26,305 Begitu. 213 00:13:27,806 --> 00:13:30,434 Namun saya tak boleh benarkan awak. 214 00:13:31,268 --> 00:13:33,896 Saya akan berlawan untuk dapatkan tumpuan orang. 215 00:13:34,605 --> 00:13:36,190 Jadi jangan buruk sangka pada saya. 216 00:13:40,152 --> 00:13:43,822 YUKI SUKA #CINTABETUL "YUKI PASTI ADA PERSONALITI YANG BAIK" 217 00:13:44,615 --> 00:13:45,783 AKANE SUKA #CINTABETUL TIADA KEPUTUSAN CARIAN 218 00:13:45,866 --> 00:13:49,453 Saya tertanya-tanya kenapa saya begitu berbeza dengan Yuki. 219 00:13:51,121 --> 00:13:53,165 Saya perlu lebih menonjol berbandingnya. 220 00:13:59,880 --> 00:14:01,340 Jadi… 221 00:14:01,423 --> 00:14:02,550 Ken! 222 00:14:02,633 --> 00:14:06,512 Awak kata awak suka Labrador, betul? Ada yang besar di sana! 223 00:14:06,595 --> 00:14:08,013 Yakah? 224 00:14:17,731 --> 00:14:19,733 Saya perlu berusaha dan lawan. 225 00:14:20,609 --> 00:14:23,571 Untuk orang yang menyokong saya juga. 226 00:14:24,321 --> 00:14:25,990 - Mari! - Berhenti! 227 00:14:31,161 --> 00:14:33,664 Berpaut kepada lelaki dengan begitu mudah! 228 00:14:33,747 --> 00:14:35,541 Awak main kotor… 229 00:14:40,170 --> 00:14:41,005 Berhenti! 230 00:14:41,088 --> 00:14:42,590 Kita akan hentikan rakaman! 231 00:14:42,673 --> 00:14:43,966 Ambil tuala atau tisu! 232 00:14:44,592 --> 00:14:46,677 Buat begitu pada muka seorang model agak melampau. 233 00:14:46,760 --> 00:14:49,138 Dia ada sesi foto majalah esok, betul? 234 00:14:49,221 --> 00:14:54,059 Saya tak berniat nak… Tidak… 235 00:14:54,143 --> 00:14:54,977 Akane. 236 00:14:55,060 --> 00:14:55,895 Saya… 237 00:14:55,978 --> 00:14:56,854 Akane! 238 00:14:59,899 --> 00:15:02,776 Saya okey, jadi bertenanglah! 239 00:15:02,860 --> 00:15:08,240 Saya faham, awak panik. Saya tahu awak rajin, Akane. 240 00:15:09,658 --> 00:15:11,994 Awak sedang cuba menepati jangkaan semua orang 241 00:15:12,077 --> 00:15:16,332 dan lakukan sesuatu yang awak tak biasa, jadi awak keliru, betul? 242 00:15:18,459 --> 00:15:22,713 Maaf. Muka awak… Awak ada sesi foto majalah. 243 00:15:25,716 --> 00:15:26,926 Jangan risau. 244 00:15:27,509 --> 00:15:31,931 Ini boleh dipadam dengan mudah dalam Photoshop jadi kerja tak terjejas! 245 00:15:38,062 --> 00:15:40,522 Akane, awak bencikan saya? 246 00:15:43,525 --> 00:15:44,860 Saya tak bencikan awak. 247 00:15:45,569 --> 00:15:48,906 Awak kuat dan baik, saya suka awak. 248 00:15:50,282 --> 00:15:54,328 Saya pun. Saya suka awak yang rajin dan ikhlas. 249 00:15:54,411 --> 00:15:56,163 Sebab itu saya takkan marah. 250 00:15:56,789 --> 00:15:57,831 Yakah? 251 00:15:57,915 --> 00:16:01,961 Kamera tak merakam jadi tiada guna nak berlakon sekarang. 252 00:16:06,423 --> 00:16:07,758 Jika ini adalah sekolah, 253 00:16:07,841 --> 00:16:11,720 bergaduh sikit dan berbaik itu adalah cerita biasa. 254 00:16:12,763 --> 00:16:15,474 Namun walaupun konflik selesai antara mereka sendiri,… 255 00:16:15,557 --> 00:16:16,934 AKANE YANG MENAMPAR YUKI… 256 00:16:18,519 --> 00:16:19,353 AKANE KUROKAWA 257 00:16:19,436 --> 00:16:20,938 AKANE MESTI LAGI TERUK DI LUAR RAKAMAN… 258 00:16:21,021 --> 00:16:22,272 DIA PERLU DITANGKAP… 259 00:16:22,356 --> 00:16:23,399 GADIS MEMBOSANKAN DAH TUNJUK BELANG… 260 00:16:23,482 --> 00:16:24,566 SAYA DAH AGAK DIA GILA… 261 00:16:24,650 --> 00:16:25,526 AKANE PERNAH BUAT BEGINI DULU… 262 00:16:25,609 --> 00:16:26,443 TERUKNYA DIA… 263 00:16:28,153 --> 00:16:30,197 Internet takkan benarkannya. 264 00:16:30,990 --> 00:16:32,199 TERIMA KASIH KERANA MENONTON! 265 00:16:32,282 --> 00:16:34,410 HANTAR ULASAN ANDA DENGAN TWIT #CINTABETUL 266 00:16:35,452 --> 00:16:36,787 AWAK SUKA TIMBULKAN MASALAH. 267 00:16:36,870 --> 00:16:38,288 JANGAN TUNJUK MUKA AWAK LAGI. 268 00:16:38,372 --> 00:16:39,581 KENAPA RANCANGAN INI ADA DIA? 269 00:16:39,665 --> 00:16:40,666 SIAPA AKANE? 270 00:16:40,749 --> 00:16:41,709 PALING TERUK DALAM RANCANGAN INI. 271 00:16:41,792 --> 00:16:42,835 TOLONG BERHENTI SAJALAH. 272 00:16:43,669 --> 00:16:46,505 "Saya dah agak," adalah apa yang saya fikir. 273 00:16:47,673 --> 00:16:51,468 Saya sangka saya akan dimaafkan jika saya minta maaf dengan betul. 274 00:16:51,552 --> 00:16:52,469 SAYA BETUL-BETUL MINTA MAAF… 275 00:16:52,553 --> 00:16:54,346 Kerana kontrak saya dengan rancangan itu, 276 00:16:54,430 --> 00:16:57,141 saya tak boleh kata apa-apa tentang perkara yang tak dirakam 277 00:16:57,808 --> 00:17:02,146 tapi jika saya jelaskan sebaik mungkin dan minta maaf… 278 00:17:02,896 --> 00:17:04,648 Namun itu mencetuskannya. 279 00:17:04,732 --> 00:17:06,483 - Awak buat saya nak muntah. - Awak tak patut dilahirkan. 280 00:17:06,567 --> 00:17:08,694 - Awak tak malu masih hidup? - Awak ingat maaf itu mencukupi? 281 00:17:10,154 --> 00:17:11,655 Mem dah beritahu saya sebelum ini. 282 00:17:12,239 --> 00:17:14,616 Orang akan buli orang yang minta maaf. 283 00:17:15,200 --> 00:17:18,829 "Jika awak minta maaf, awak mengaku awak buat salah, betul?" 284 00:17:18,912 --> 00:17:22,541 "Kami boleh hukum awak jika awak buat salah." 285 00:17:22,624 --> 00:17:24,084 Itulah apa yang mereka fikir. 286 00:17:24,168 --> 00:17:27,504 Walaupun minta maaf pilihan betul yang beretika sebagai orang Jepun, 287 00:17:27,588 --> 00:17:30,507 ia benda paling teruk awak boleh buat jika ada reaksi dahsyat. 288 00:17:31,550 --> 00:17:32,634 BERTAUBAT DENGAN MATI 289 00:17:32,718 --> 00:17:35,929 Saya buat salah, jadi saya layak dikutuk. 290 00:17:36,013 --> 00:17:40,809 Itulah pendapat orang ramai. Saya tak patut berpaling daripadanya. 291 00:17:42,061 --> 00:17:45,606 Malah saya dah mendalami semua kritikan sebaik mungkin. 292 00:17:46,482 --> 00:17:50,694 Reaksi dahsyat lebih memberi kesan kepada orang yang serius. 293 00:17:50,778 --> 00:17:53,238 Mereka sepatutnya tak tengok pun kritikan. 294 00:17:53,322 --> 00:17:57,451 Namun mereka cuba untuk menerima pendapat orang ramai dengan ikhlas. 295 00:17:59,870 --> 00:18:03,957 Apabila saya tutup mata, saya tak boleh fikir tentang apa-apa kecuali kejian. 296 00:18:04,041 --> 00:18:10,089 Saya beritahu diri yang ia akan berhenti pagi nanti dan paksa diri saya tidur. 297 00:18:11,757 --> 00:18:14,760 Namun tak mungkin itu akan terjadi. 298 00:18:15,761 --> 00:18:17,679 Akane, awak okey? 299 00:18:17,763 --> 00:18:19,723 Awak nampak pucat. 300 00:18:20,349 --> 00:18:21,391 Saya baik saja. 301 00:18:21,975 --> 00:18:23,727 Awak nak duduk rumah esok? 302 00:18:23,811 --> 00:18:26,146 Saya okey, saya akan pergi sekolah. 303 00:18:26,939 --> 00:18:29,316 KELAS 2-B 304 00:18:33,028 --> 00:18:34,279 Nampak berita Akane? 305 00:18:34,363 --> 00:18:36,949 Gila bukan? Saya dah agak dia akan buat sesuatu seperti ini suatu hari nanti. 306 00:18:37,032 --> 00:18:41,036 Dia selalu berlagak macam selebriti, kata dia sibuk kerja dan macam-macam. 307 00:18:41,120 --> 00:18:43,997 Perlukah dia selalu berlakon macam dia lebih baik daripada kita? 308 00:18:44,081 --> 00:18:45,666 Buruknya perangai dia. 309 00:18:45,749 --> 00:18:49,878 Dia selalu ada aura, "Saya berbeza berbanding awak semua." 310 00:18:49,962 --> 00:18:52,631 Saya pasti peminat lelakinya sedang menenangkan dia sekarang. 311 00:18:52,714 --> 00:18:54,341 Mestilah. 312 00:19:07,354 --> 00:19:10,732 Akane, awak nampak muram kebelakangan ini. Ada yang tak kena? 313 00:19:11,316 --> 00:19:13,110 Ada sesuatu berlaku di tempat kerja? 314 00:19:13,193 --> 00:19:14,444 Tak. 315 00:19:15,988 --> 00:19:20,200 Betina gatal dilahirkan sebab mak mereka tak ajar mereka apa-apa. 316 00:19:20,284 --> 00:19:21,410 Ia satu kitaran! 317 00:19:22,202 --> 00:19:24,872 Maafkan saya, mak. 318 00:19:24,955 --> 00:19:28,876 Buat masa sekarang, lebih baik jangan tulis apa-apa. 319 00:19:28,959 --> 00:19:34,590 Kata-kata awak hanya akan memarakkan api. Kalau nak tulis sesuatu, beritahu saya. 320 00:19:35,591 --> 00:19:40,554 Apabila episod baharu keluar, saya tiada tenaga nak lihat komen. 321 00:19:41,138 --> 00:19:46,685 Namun selepas melihat reaksi dahsyat tercetus semula seperti sebelum ini, 322 00:19:47,227 --> 00:19:49,104 saya boleh agak kata-kata mereka. 323 00:19:50,063 --> 00:19:55,277 Saya juga fikir ini takkan berkurangan selagi rancangan ini popular 324 00:19:55,360 --> 00:19:59,740 dan ia masalah yang akan menghantui kerjaya hiburan saya selama-lamanya. 325 00:20:05,579 --> 00:20:08,332 Saya kenal dia dari dulu, 326 00:20:08,415 --> 00:20:11,793 tapi dia fikir dia berbeza daripada orang lain di sekitarnya. 327 00:20:11,877 --> 00:20:15,339 Dia mungkin percaya dia seorang genius. 328 00:20:15,422 --> 00:20:18,342 Saya tak rasa dia pernah fikir tentang kesusahan orang lain. 329 00:20:18,425 --> 00:20:21,720 Semua perbuatan baik itu hanyalah lakonan juga, betul? 330 00:20:21,803 --> 00:20:24,640 Saya pasti dia berparti dengan lelaki dalam senyap 331 00:20:24,723 --> 00:20:26,600 dan tak pernah bekerja dengan serius. 332 00:20:26,683 --> 00:20:29,937 Dia selalu nampak seperti dialah tumpuan dunia. 333 00:20:30,020 --> 00:20:33,523 Saya pasti dia budak kaya, tak pernah bersusah payah. 334 00:20:33,607 --> 00:20:35,984 Ada orang yang suka budak tak guna ini? 335 00:20:36,068 --> 00:20:39,029 Budak seperti ini tiada guna tak kira apa yang mereka lakukan. 336 00:20:39,112 --> 00:20:40,405 Saya pasti dia tiada kawan-kawan. 337 00:20:40,989 --> 00:20:44,826 Awak boleh tahu dia berfikiran cetek sebab dia tak boleh bergaul dengan orang lain. 338 00:20:45,410 --> 00:20:48,080 Dia orang bodoh yang tak fikir tentang akibat. 339 00:20:48,163 --> 00:20:49,831 Dia sentiasa dikelilingi lelaki 340 00:20:49,915 --> 00:20:53,085 dan mengamuk apabila permintaannya tak dipenuhi, betul? 341 00:20:53,168 --> 00:20:57,089 Dia mungkin tak pernah berusaha untuk apa-apa dalam hidupnya. 342 00:20:57,172 --> 00:21:00,717 Saya nampak budak pentingkan diri seperti ini di sekeliling saya juga. 343 00:21:00,801 --> 00:21:04,972 Orang narsisistik. Awak tiada tempat di mana-mana. 344 00:21:20,821 --> 00:21:24,741 Akane yang terima respons negatif ini pelakon utama di Teater Lalalai 345 00:21:24,825 --> 00:21:27,744 dan dia seseorang yang sangat rajin. 346 00:21:27,828 --> 00:21:31,957 Namun selepas insiden ini, saya terrasa semuanya hanya dibuat-buat. 347 00:21:32,541 --> 00:21:35,585 Saya dah lama menyokong dia tapi saya dah tak boleh lakukannya. 348 00:21:45,429 --> 00:21:49,308 Saya bekas rakan sekolah Akane tapi semua orang bencikan dia. 349 00:21:50,183 --> 00:21:52,769 Saya dengar dia berfoya-foya dan selalu tidur dengan lelaki. 350 00:21:52,853 --> 00:21:55,856 Kerjayanya sebagai selebriti dah tamat. 351 00:21:55,939 --> 00:21:58,775 Tiada siapa nak guna orang yang sanggup tampar muka model. 352 00:21:58,859 --> 00:22:01,069 Bukankah dia hodoh juga? 353 00:22:01,153 --> 00:22:03,613 Dia nampak seperti ada perangai yang buruk. 354 00:22:03,697 --> 00:22:08,577 Selamat tinggal, Akane. Sayangnya kami takkan nampak awak dalam TV lagi. 355 00:22:09,161 --> 00:22:11,538 NAMA TAK DIKETAHUI: SENANG KATA, MATI SAJALAH 356 00:22:15,584 --> 00:22:16,960 NOBU AWAK OKEY? DAH MAKAN? 357 00:22:17,044 --> 00:22:18,462 MEM SEMUA ORANG RISAU TENTANG AWAK! 358 00:22:18,545 --> 00:22:21,923 Yalah, saya belum makan apa-apa. 359 00:22:24,968 --> 00:22:26,219 SAYA PERGI BELI MAKANAN 360 00:22:26,303 --> 00:22:27,846 JANGAN PERGI. ADA TAUFAN AKAN DATANG. 361 00:22:36,730 --> 00:22:37,939 Saya penat. 362 00:22:43,236 --> 00:22:46,531 Saya penat berfikir. 363 00:22:54,206 --> 00:22:56,458 Saya tak nak berfikir lagi. 364 00:23:15,227 --> 00:23:17,354 Jangan! Lepaskan saya! 365 00:23:18,271 --> 00:23:19,106 Bertenang! 366 00:23:21,233 --> 00:23:24,945 Saya tak nak cederakan awak. Tolong bertenang. 367 00:24:56,870 --> 00:25:01,875 Terjemahan sari kata oleh Hajar Idris