1 00:00:28,611 --> 00:00:31,656 Dahulu, sebuah pertempuran besar tercetus. 2 00:00:32,657 --> 00:00:38,580 Pahlawan-pahlawan masyhur terus berjuang untuk kepercayaan dan cita-cita mereka. 3 00:00:38,663 --> 00:00:41,374 Namun, tiada sesiapa menang pertarungan itu 4 00:00:42,125 --> 00:00:45,712 dan 21 pedang yang menentukan takdir dunia 5 00:00:46,254 --> 00:00:48,798 bertaburan di Timur Jauh. 6 00:00:56,473 --> 00:00:57,891 Kisah ini bermula 7 00:00:58,516 --> 00:01:03,438 apabila seorang lelaki memperoleh sebilah pedang yang unik. 8 00:01:24,542 --> 00:01:27,754 BLADE 9 00:01:37,263 --> 00:01:40,683 TSURUGI 10 00:01:49,567 --> 00:01:53,613 KIZAMI 11 00:02:03,164 --> 00:02:06,543 MONME 12 00:02:16,886 --> 00:02:19,472 TOUKI 13 00:02:27,605 --> 00:02:32,402 PUTERI SAYA 14 00:02:45,665 --> 00:02:48,418 TOKYO BLADE 15 00:02:48,501 --> 00:02:55,466 PEMENTASAN DRAMA 16 00:04:38,403 --> 00:04:39,362 Puteri Saya. 17 00:04:40,738 --> 00:04:41,739 Touki. 18 00:04:48,246 --> 00:04:50,290 Kisah ini ialah fiksyen. 19 00:04:51,124 --> 00:04:53,501 MELAKONKAN TOUKI AQUA HOSHINO, 16 20 00:04:53,584 --> 00:04:55,962 MELAKONKAN PUTERI SAYA AKANE KUROKAWA, 17 21 00:04:56,045 --> 00:04:58,965 PEMENTASAN DRAMA 2.5D TOKYO BLADE, HARI PERTAMA LATIHAN 22 00:04:59,549 --> 00:05:01,884 Okey, mari berehat selama sepuluh minit. 23 00:05:06,222 --> 00:05:08,599 MELAKONKAN TSURUGI KANA ARIMA, 17 24 00:05:09,892 --> 00:05:12,270 MELAKONKAN KIZAMI MELT NARUSHIMA, 16 25 00:05:13,563 --> 00:05:15,940 {\an8}MELAKONKAN MONME SAKUYA KAMOSHIDA, 22 26 00:05:16,024 --> 00:05:17,567 Kurokawa, awak ada masa? 27 00:05:17,650 --> 00:05:18,484 Ya. 28 00:05:30,663 --> 00:05:34,208 Satu musim lagi dah berlalu sejak konsert pertama B Komachi yang baru. 29 00:05:34,292 --> 00:05:35,752 Itu empat bulan lalu. 30 00:05:36,461 --> 00:05:40,173 Sejak itu, kami telah mengadakan beberapa konsert kecil 31 00:05:40,256 --> 00:05:43,134 dan sentiasa mengeluarkan video, 32 00:05:43,217 --> 00:05:45,344 mengumpul lebih ramai peminat sementara itu. 33 00:05:46,971 --> 00:05:48,056 Untuk Aqua, 34 00:05:48,139 --> 00:05:52,101 dia kata dia tak nak jadi pelakon tapi dia mendapat lebih banyak kerja berlakon. 35 00:05:52,602 --> 00:05:55,980 {\an8}Sebenarnya, saya tak tahu apa yang dia fikirkan. 36 00:05:57,106 --> 00:05:57,940 Yalah. 37 00:05:58,024 --> 00:06:01,069 Dia ada teman wanita yang comel sekarang. 38 00:06:03,029 --> 00:06:05,364 Mereka mula keluar bersama melalui sebuah rancangan TV 39 00:06:05,448 --> 00:06:09,327 dan mereka akan berlakon dengan senior dalam sebuah pementasan drama. 40 00:06:10,912 --> 00:06:14,332 Namun menurutnya, mereka cuma ada hubungan profesional. 41 00:06:14,832 --> 00:06:18,294 Dia jahat. Musuh kaum hawa. Itulah pendapat saya. 42 00:06:18,795 --> 00:06:20,671 KELUARGA HOSHINO 43 00:06:22,340 --> 00:06:24,258 Saya baik-baik saja. 44 00:06:27,428 --> 00:06:31,766 Sehingga saya dapat berdiri di pentas Dome yang Mama impikan, 45 00:06:31,849 --> 00:06:33,893 saya akan terus bekerja keras sebagai seorang idola. 46 00:06:35,520 --> 00:06:37,063 {\an8}KUMPULAN IDOLA, B KOMACHI RUBY HOSHINO, 16 47 00:06:37,146 --> 00:06:38,773 {\an8}Tengoklah, Mama. 48 00:06:43,861 --> 00:06:47,865 Tokyo Blade ialah komik popular dengan lebih daripada 50 juta naskhah terjual. 49 00:06:47,949 --> 00:06:51,744 Ia mengisahkan pertarungan klasik di mana kumpulan-kumpulan berbeza di Jepun 50 00:06:51,828 --> 00:06:55,289 mengeratkan persahabatan dan kasih sayang sepanjang pengembaraan mereka. 51 00:06:56,415 --> 00:06:59,752 Arima ialah ahli Puak Shinjuku dengan watak-watak utama lain. 52 00:07:00,253 --> 00:07:04,507 Puak Shibuya, puak saya dan Akane, ingin menghalang mereka. 53 00:07:05,258 --> 00:07:06,884 Senario untuk pementasan drama ini 54 00:07:06,968 --> 00:07:11,472 berkisar tentang Konflik Shibuya, di mana dua kumpulan ini melawan satu sama lain. 55 00:07:12,932 --> 00:07:15,393 Saya cuma ada babak dengan Arima di akhir pementasan. 56 00:07:15,476 --> 00:07:18,438 Awak kecewa dapat beberapa babak saja dengan Kana? 57 00:07:18,980 --> 00:07:21,524 Awak berdua nampak rapat. 58 00:07:21,607 --> 00:07:23,568 Awak datang ke mesyuarat barisan pelakon bersama-sama. 59 00:07:24,193 --> 00:07:25,194 Ia sebaliknya. 60 00:07:26,028 --> 00:07:29,949 Apabila ia tentang berlakon, dia jadi sangat bersemangat sampai saya rasa takut. 61 00:07:30,908 --> 00:07:35,413 Saya gembira babak kami berdua sikit. Dia takkan merungut banyak sangat. 62 00:07:35,496 --> 00:07:36,622 Begitu rupanya. 63 00:07:36,706 --> 00:07:39,167 Namun bukankah seronok dapat bersembang tentang lakonan? 64 00:07:39,667 --> 00:07:41,627 Saya boleh bercakap tentangnya sepanjang hari. 65 00:07:41,711 --> 00:07:43,171 Awak biar betul. 66 00:07:43,254 --> 00:07:46,632 Itu cuma untuk orang yang berminat dalam lakonan. 67 00:07:48,009 --> 00:07:49,510 Awak pula tak minat? 68 00:07:49,594 --> 00:07:50,511 Tidak. 69 00:07:52,763 --> 00:07:56,392 Orang yang buat pementasan teater ialah orang yang suka berlakon 70 00:07:56,476 --> 00:07:58,227 dan ikhlas tentangnya. 71 00:08:01,230 --> 00:08:02,190 Saya berbeza. 72 00:08:03,357 --> 00:08:06,569 Berlakon ialah cara untuk saya mengetahui kebenaran tentang Ai. 73 00:08:07,445 --> 00:08:10,323 Wakil Teater Lalalai, Toshiro Kindaichi. 74 00:08:10,990 --> 00:08:14,035 Lelaki yang mungkin telah mempengaruhi Ai. 75 00:08:14,827 --> 00:08:16,370 Satu cara untuk mendekati dia. 76 00:08:18,206 --> 00:08:20,416 - Rehat hampir tamat. - Ya. 77 00:08:21,083 --> 00:08:22,168 Tunggu. 78 00:08:29,217 --> 00:08:30,051 Jom pergi. 79 00:08:36,807 --> 00:08:42,271 Saya dengar Shinjuku, kawasan yang tak terkawal, telah disatukan oleh seseorang. 80 00:08:42,897 --> 00:08:44,649 Nama dia Blade. 81 00:08:45,233 --> 00:08:47,109 Begitu. Nampak menarik. 82 00:08:47,193 --> 00:08:49,612 Saya akan pergi siasat orang itu. 83 00:08:49,695 --> 00:08:53,574 Tolong jangan cari gaduh tanpa berfikir panjang. 84 00:08:53,658 --> 00:08:55,326 Boleh saya teman awak? 85 00:08:55,409 --> 00:08:57,787 Kita tiada pelakon yang teruk kali ini, ya? 86 00:08:57,870 --> 00:08:59,914 Pedang Peneman saya bernama Iwadachi. 87 00:09:00,790 --> 00:09:04,126 Tentulah Arima yang dah lama berlakon 88 00:09:04,210 --> 00:09:05,836 dan semua orang dalam Lalalai boleh berlakon. 89 00:09:05,920 --> 00:09:09,674 {\an8}Saya tak pasti tentang Melt semasa saya nampak dia dalam Manis Hari Ini, 90 00:09:09,757 --> 00:09:11,300 {\an8}tapi dia boleh tahan. 91 00:09:12,009 --> 00:09:16,264 Aqua kata ini pementasannya yang pertama tapi dia peka dan sempurna. 92 00:09:16,847 --> 00:09:21,102 Kaburagi selalu pilih pelakon yang bagus apabila dia sarankan mereka. 93 00:09:21,185 --> 00:09:22,979 Persaingan antara Arima dan Akane, 94 00:09:23,062 --> 00:09:26,732 pelakon berbakat yang baru dan lama dari generasi yang sama itu menyeronokkan juga. 95 00:09:27,358 --> 00:09:30,069 Pelakon yang mendalami wataknya dengan sepenuh hati 96 00:09:30,152 --> 00:09:33,239 dan pelakon yang menyesuaikan diri dan bereaksi kepada persembahan orang lain. 97 00:09:33,322 --> 00:09:34,949 Mereka memang berbeza. 98 00:09:35,658 --> 00:09:38,911 Pada pendapat saya, Akane mendahului Arima. 99 00:09:39,579 --> 00:09:41,872 Saya harap Arima takkan kalah. 100 00:09:42,790 --> 00:09:44,041 Jangan pasti sangat. 101 00:09:45,167 --> 00:09:48,379 Pedang ini terlalu bagus untuk samurai kampung seperti awak. 102 00:09:50,006 --> 00:09:52,675 Lagipun kita ada Himekawa. 103 00:10:05,104 --> 00:10:06,314 Arima, betul? 104 00:10:07,148 --> 00:10:08,274 Jangan tahan diri. 105 00:10:08,357 --> 00:10:11,235 MELAKONKAN BLADE, WATAK UTAMA TOKYO BLADE TAIKI HIMEKAWA, 19 106 00:10:14,280 --> 00:10:15,823 Awak nak lawan saya? 107 00:10:16,490 --> 00:10:19,577 Nampaknya kita tak boleh berbincang tentang ini. 108 00:10:20,244 --> 00:10:23,581 Pemenang akan jadi pasangan pedang itu. Apa pendapat awak? 109 00:10:24,957 --> 00:10:27,960 Baiklah, itu cukup mudah! 110 00:10:28,919 --> 00:10:31,339 Jangan merungut apabila awak mati! 111 00:10:32,381 --> 00:10:35,176 Awak pun sama! 112 00:10:37,261 --> 00:10:38,971 Itu saja yang awak boleh buat? 113 00:10:39,055 --> 00:10:40,931 Awak tak setanding dengan saya. 114 00:10:41,015 --> 00:10:42,558 Bisinglah! 115 00:10:44,268 --> 00:10:46,145 Kenapa? Awak dah nak berputus asa? 116 00:10:46,854 --> 00:10:48,522 Jangan angkuh sangat! 117 00:10:48,606 --> 00:10:50,900 Rasakan serangan ini! 118 00:10:54,945 --> 00:10:56,197 Apa yang kelakar sangat? 119 00:10:56,822 --> 00:10:58,449 Awak kuat, ya? 120 00:10:59,241 --> 00:11:00,284 Jangan dekat sangat dengan saya! 121 00:11:10,378 --> 00:11:12,755 Kana Arima, awak nak pergi makan? 122 00:11:13,339 --> 00:11:16,842 Boleh juga. Saya ada banyak soalan nak tanya awak. 123 00:11:17,426 --> 00:11:18,677 Ikutlah kami, Melt. 124 00:11:18,761 --> 00:11:19,720 Apa? Saya? 125 00:11:19,804 --> 00:11:22,473 Mestilah. Kita ada banyak babak bersama-sama. 126 00:11:23,891 --> 00:11:24,934 Kana. 127 00:11:25,518 --> 00:11:27,770 Sehingga baru-baru ini, dia selalu mendahulukan orang lain. 128 00:11:27,853 --> 00:11:30,481 Dia bukan pelakon yang suka merebut perhatian. 129 00:11:31,273 --> 00:11:32,650 Dia bukan jenis orang 130 00:11:32,733 --> 00:11:36,195 yang boleh pentingkan diri sendiri untuk mencuri perhatian semua orang. 131 00:11:37,655 --> 00:11:41,409 Adakah ia keyakinan? Keazaman? Dia dapat sesuatu dengan menjadi idola? 132 00:11:43,077 --> 00:11:45,538 Lalalai juga tak menunjukkan kemajuan baru-baru ini. 133 00:11:45,621 --> 00:11:49,834 Saya terima pementasan teater 2.5D dan mendapatkan pelakon dari luar 134 00:11:49,917 --> 00:11:52,670 sebab saya rasa kami perlukan motivasi. 135 00:11:53,462 --> 00:11:55,965 Mereka semua suka bersaing, tahu. 136 00:11:56,507 --> 00:11:59,969 Mustahil mereka tak rasa apa-apa selepas melihat sesuatu seperti itu. 137 00:12:00,511 --> 00:12:02,179 Mereka akan jadi terdesak 138 00:12:02,763 --> 00:12:05,182 memikirkan cara untuk bersaing dengan itu. 139 00:12:06,308 --> 00:12:07,518 Jika mereka adalah pelakon sebenar. 140 00:12:12,148 --> 00:12:15,401 PEMENTASAN TEATER 2.5D TOKYO BLADE, HARI KETIGA LATIHAN 141 00:12:23,617 --> 00:12:27,538 Untuk pementasan, kami biasanya berlatih selama kira-kiranya sebulan. 142 00:12:28,205 --> 00:12:31,000 Kami mula pada tengah hari dan berlatih selama enam atau tujuh jam. 143 00:12:31,917 --> 00:12:35,504 Ramai antara kami yang sibuk jadi bukan semua orang boleh hadir. 144 00:12:36,088 --> 00:12:40,468 {\an8}Terutamanya pelakon utama yang tak dapat menghadiri latihan kerana ada kerja lain. 145 00:12:40,968 --> 00:12:44,847 {\an8}Jadi kami selalu upah pelakon gantian untuk menggantikan mereka semasa latihan. 146 00:12:45,890 --> 00:12:48,851 Namun orang teater memang suka berlakon 147 00:12:48,934 --> 00:12:51,937 jadi mereka akan datang walaupun hanya boleh hadir pada waktu malam. 148 00:12:56,192 --> 00:12:57,818 Arima, awak ada masa? 149 00:12:58,444 --> 00:12:59,278 Ada apa? 150 00:12:59,361 --> 00:13:01,363 Macam mana nak baca ini? 151 00:13:01,447 --> 00:13:02,406 "Sakimori". 152 00:13:02,490 --> 00:13:03,324 Begitu. 153 00:13:03,407 --> 00:13:05,701 Apa? Saya sangka "Boujin". 154 00:13:05,784 --> 00:13:07,244 Pandainya awak, Arima. 155 00:13:07,328 --> 00:13:08,996 Itu normal. 156 00:13:09,079 --> 00:13:12,333 Kenapa ada ramai pelakon teater yang tak boleh baca kanji? 157 00:13:12,416 --> 00:13:14,668 Mungkin awak patut lebih banyak membaca buku. 158 00:13:14,752 --> 00:13:17,171 Saya tak suka buku. Tulisannya terlalu kecil. 159 00:13:17,254 --> 00:13:18,464 Saya lebih suka melihat gambar. 160 00:13:18,547 --> 00:13:21,217 Saya faham. Saya cuma baca komik. 161 00:13:21,842 --> 00:13:23,219 Menjadi penggila teater ialah... 162 00:13:23,302 --> 00:13:26,931 Pada hari ketiga, beberapa kumpulan mula terbentuk di dewan latihan. 163 00:13:27,014 --> 00:13:28,390 Saya akan bawa beberapa buah buku, jadi bacalah. 164 00:13:28,474 --> 00:13:29,725 Kumpulan watak utama. 165 00:13:29,808 --> 00:13:30,643 Baiklah. 166 00:13:30,726 --> 00:13:33,354 Kumpulan Lalalai dan kumpulan watak pembantu. 167 00:13:34,813 --> 00:13:35,856 Serta... 168 00:13:37,983 --> 00:13:40,986 Teman lelaki saya nampak sangat terasing. 169 00:13:41,820 --> 00:13:44,698 Dia tak pandai bergaul dengan orang lain? 170 00:13:45,866 --> 00:13:48,744 Maksud saya, dia memberikan aura yang sangat negatif. 171 00:13:50,162 --> 00:13:51,455 Namun saya faham. 172 00:14:01,090 --> 00:14:02,508 Awak sedang melihat Kana? 173 00:14:03,801 --> 00:14:04,635 Ya. 174 00:14:05,135 --> 00:14:06,136 "Ya"? 175 00:14:06,220 --> 00:14:08,222 {\an8}Awak tahu, saya ini awak punya... 176 00:14:08,305 --> 00:14:11,684 {\an8}Arima ada kebiasaan menyesuaikan tahap lakonannya dengan orang lain di set. 177 00:14:12,768 --> 00:14:17,439 Dulu dia kehilangan kerja sebab menunjuk-nunjukkan kemahiran lakonannya. 178 00:14:17,523 --> 00:14:20,609 Jadi mungkin itu taktiknya untuk terus hidup dalam industri ini. 179 00:14:21,569 --> 00:14:24,196 Sehingga baru-baru ini, dia dikelilingi oleh pelakon-pelakon yang kurang baik 180 00:14:24,280 --> 00:14:26,198 dan berikan persembahan yang kurang baik juga. 181 00:14:27,074 --> 00:14:27,908 Namun kali ini, 182 00:14:28,534 --> 00:14:32,454 dia ada Taiki Himekawa, pelakon bintang Teater Lalalai di sisinya. 183 00:14:33,247 --> 00:14:35,374 Jika Arima akan berlakon di tahapnya... 184 00:14:36,750 --> 00:14:38,836 Akane, awak nak kalahkan Arima. Betul? 185 00:14:39,837 --> 00:14:42,423 Kalau terus begini, habislah awak. Awak akan kalah teruk. 186 00:14:45,092 --> 00:14:47,469 Benci! 187 00:14:47,553 --> 00:14:49,096 Geramnya! 188 00:14:49,179 --> 00:14:51,891 Kalau awak marah, cakap sajalah. Awak fikir awak budak-budak? 189 00:14:52,474 --> 00:14:55,978 Patutkah awak risau tentang saya? Kalau terus begini, awak akan... 190 00:14:56,061 --> 00:14:58,522 Saya bukannya cuba nak menang pun. 191 00:15:00,190 --> 00:15:02,651 Saya tahu saya tak boleh kalahkan orang yang berbakat. 192 00:15:05,988 --> 00:15:08,365 STUDIO B 193 00:15:09,742 --> 00:15:12,870 Bunuh semua orang 194 00:15:13,954 --> 00:15:15,581 dalam Puak Shinjuku. 195 00:15:16,206 --> 00:15:19,084 Kurokawa, katakannya dengan nada yang lebih kuat. 196 00:15:19,168 --> 00:15:21,337 Sesuaikan emosi awak dengan orang lain. 197 00:15:21,420 --> 00:15:22,421 Faham. 198 00:15:23,714 --> 00:15:26,175 Lebih kuat. Nada yang lebih kuat. 199 00:15:27,051 --> 00:15:28,052 Macam ini? 200 00:15:29,887 --> 00:15:34,266 Bunuh semua orang dalam Puak Shinjuku! 201 00:15:35,100 --> 00:15:37,311 Okey. Mari gunakan itu. 202 00:15:37,394 --> 00:15:39,855 Seterusnya, babak Shinjuku. Arima, awak dulu. 203 00:15:39,939 --> 00:15:40,773 Baik. 204 00:15:41,523 --> 00:15:42,942 Jadi itulah yang dia nak. 205 00:15:44,276 --> 00:15:46,862 Macam mana kita nak pergi ke Shibuya? 206 00:15:46,946 --> 00:15:48,155 Awak tak pernah pergi? 207 00:15:48,238 --> 00:15:51,951 Mestilah pernah! Banyak kali! Jangan ejek saya! 208 00:15:52,034 --> 00:15:54,995 Awak pasti? Awak tahu dia kadangkala bercakap dengan loghat. 209 00:15:55,079 --> 00:15:56,956 Yakah? Bila? 210 00:15:57,039 --> 00:15:59,917 Sejak hari pertama kita berjumpa. Awak tak perasan? 211 00:16:02,920 --> 00:16:07,216 Permulaan saya dalam pementasan ini tak begitu bagus. 212 00:16:07,967 --> 00:16:10,052 Sebabnya ialah skrip ini. 213 00:16:11,387 --> 00:16:15,599 Puteri Saya, watak yang saya lakonkan tak selalu muncul dalam komik asal. 214 00:16:16,308 --> 00:16:19,353 Pada mulanya, dia muncul sebagai kekasih Touki. 215 00:16:19,937 --> 00:16:23,232 Namun peminat mula gandingkan Touki dengan musuhnya, Tsurugi. 216 00:16:23,816 --> 00:16:27,111 Dia akhirnya kehilangan babak-babak sebagai peneman Touki. 217 00:16:27,987 --> 00:16:30,823 Dialah yang digelar sebagai heroin yang kalah. 218 00:16:32,157 --> 00:16:34,618 Dalam bab terbaru komik asal, 219 00:16:34,702 --> 00:16:37,871 malangnya, wataknya sebagai tunang Touki telah dilupakan. 220 00:16:39,164 --> 00:16:44,378 Lelaki suka perempuan yang penuh perasaan dan ceria seperti Tsurugi, betul? 221 00:16:45,337 --> 00:16:49,717 {\an8}Agaknya. Komik juga nampaknya mengubah cerita ini ke arah itu juga. 222 00:16:50,884 --> 00:16:54,304 Jika saya kekal senyap, gadis-gadis seperti dia akan merampas segala-galanya. 223 00:16:55,514 --> 00:16:57,933 Hakikat yang Puteri Saya tak muncul sangat juga 224 00:16:58,017 --> 00:17:00,686 bermaksud saya kekurangan bahan untuk menganalisis karakter itu. 225 00:17:00,769 --> 00:17:03,397 Saya perlu isi bahagian yang hilang dengan imaginasi saya 226 00:17:03,480 --> 00:17:06,150 dan lengkapkan watak itu sendiri. 227 00:17:07,026 --> 00:17:10,529 Namun tafsiran saya tentang watak itu nampaknya agak berbeza 228 00:17:10,612 --> 00:17:12,573 dengan skrip. 229 00:17:13,240 --> 00:17:16,160 Atau sebenarnya, dia sangat berbeza dengan versi asal. 230 00:17:16,243 --> 00:17:18,537 Dia berubah menjadi watak stok! 231 00:17:19,246 --> 00:17:21,040 Asalnya, dia pemalu dan lembut. 232 00:17:21,123 --> 00:17:24,668 Seorang gadis yang berbelah bahagi tentang membunuh orang. 233 00:17:25,753 --> 00:17:27,755 Namun dia berubah menjadi watak yang suka berlawan 234 00:17:27,838 --> 00:17:30,090 untuk memendekkan masa pementasan. 235 00:17:30,591 --> 00:17:33,093 Ia seperti dia menjadi orang gila yang suka membunuh. 236 00:17:34,386 --> 00:17:37,681 Saya tahu beberapa perubahan perlu dilakukan 237 00:17:37,765 --> 00:17:40,267 apabila awak mengadaptasi komik menjadi pementasan. 238 00:17:40,350 --> 00:17:43,228 Namun perubahan ini dibuat untuk menyenangkan penulis. 239 00:17:44,146 --> 00:17:45,647 Saya rasa kasihan dengan Puteri Saya. 240 00:17:46,148 --> 00:17:49,610 Selepas semua yang dia lalui dalam komik, dia dilayan dengan teruk di sini juga. 241 00:17:52,362 --> 00:17:53,822 Saya suka awak. 242 00:17:54,406 --> 00:17:56,408 Namun nampaknya kita tak boleh buat apa-apa. 243 00:17:57,242 --> 00:18:00,037 Penulis asal bersetuju dengan skrip ini. 244 00:18:00,871 --> 00:18:02,581 Saya perlu bekerja dengan ini. 245 00:18:05,626 --> 00:18:08,504 PEMENTASAN DRAMA 2.5D TOKYO BLADE, HARI KELIMA LATIHAN 246 00:18:08,587 --> 00:18:10,964 Hai, saya dah sampai. 247 00:18:11,048 --> 00:18:13,175 Hei, GOA. Apa khabar? 248 00:18:13,258 --> 00:18:16,178 Jadual untuk skrip saya yang lain dah hancur. 249 00:18:16,678 --> 00:18:19,681 Mereka nak salinan yang telah diubah pada pagi ini. Susah betul. 250 00:18:19,765 --> 00:18:20,808 Saya mengantuk sangat. 251 00:18:20,891 --> 00:18:22,518 En. GOA, penulis drama, dah sampai. 252 00:18:22,601 --> 00:18:23,477 Ya. 253 00:18:24,478 --> 00:18:27,898 Penulis asal juga akan datang. Agaknya sebab itu dia hadir hari ini. 254 00:18:29,316 --> 00:18:31,944 Hei, apa pendapat awak tentang skrip ini? 255 00:18:32,027 --> 00:18:32,861 Apa? 256 00:18:32,945 --> 00:18:34,988 Ia agak berbeza dengan yang asal. 257 00:18:35,781 --> 00:18:36,615 Betul. 258 00:18:37,199 --> 00:18:40,160 Namun saya rasa kebanyakannya mengikuti cerita asal. 259 00:18:41,286 --> 00:18:45,040 Ia 90 kali lebih bagus berbanding skrip drama terakhir yang saya lakonkan. 260 00:18:45,124 --> 00:18:47,251 Ya, Manis Hari Ini memang hancur. 261 00:18:48,252 --> 00:18:51,088 Jika ada sesuatu yang mengganggu awak, apa kata awak tanya saja dia? 262 00:18:51,171 --> 00:18:54,925 Tak boleh. Kita sepatutnya dapatkan nasihat berlakon daripada pengarah. 263 00:18:55,592 --> 00:18:59,847 Menerima terlalu banyak nasihat akan mengelirukan pelakon, betul? 264 00:18:59,930 --> 00:19:04,810 Malah En. Kindaichi tak benarkan pelakon beri ulasan kepada satu sama lain. 265 00:19:05,352 --> 00:19:06,186 Begitu. 266 00:19:08,313 --> 00:19:12,484 Awak ada masa untuk lihat Smash Heaven? Saya mungkin masih boleh dapatkan tiket. 267 00:19:12,568 --> 00:19:14,194 - Ya. - Maafkan saya. 268 00:19:14,820 --> 00:19:17,906 Kurokawa nampaknya ada soalan tentang skrip itu. 269 00:19:19,533 --> 00:19:22,619 Lebih baik jika kami boleh dapatkan pendapat En. Kindaichi juga. 270 00:19:22,703 --> 00:19:24,580 Hei, Aqua! 271 00:19:25,414 --> 00:19:27,624 Kalau begini, ia tak mengelirukan, betul? 272 00:19:27,708 --> 00:19:29,459 Ya, tapi... 273 00:19:29,960 --> 00:19:31,461 Nak tanya apa? 274 00:19:31,545 --> 00:19:32,880 Tanya sajalah, Kurokawa. 275 00:19:34,006 --> 00:19:36,842 Ia tentang Puteri Saya. 276 00:19:37,384 --> 00:19:38,510 Macam mana saya nak katakannya... 277 00:19:38,594 --> 00:19:42,431 Saya tak begitu faham wataknya daripada skrip ini. 278 00:19:42,973 --> 00:19:44,766 Seperti punca wataknya jadi begitu. 279 00:19:44,850 --> 00:19:48,437 Ya. Dia lebih agresif berbanding dalam komik asal. 280 00:19:48,520 --> 00:19:51,773 Betul! Dia lebih berbelah bahagi di dalam komik. 281 00:19:52,357 --> 00:19:53,525 Ya, betul. 282 00:19:53,609 --> 00:19:55,986 Saya mengalami kesukaran dengan bahagian itu juga. 283 00:19:56,069 --> 00:19:59,823 Namun jika kita cuba tunjukkan konfliknya dalam medium seperti sebuah pementasan, 284 00:19:59,907 --> 00:20:03,160 walaupun ia boleh dilakukan, ia akan mengambil terlalu banyak masa. 285 00:20:04,244 --> 00:20:07,372 {\an8}Dalam komik, awak boleh tunjuk perasaan seseorang dalam hanya satu panel. 286 00:20:07,456 --> 00:20:10,334 {\an8}Namun untuk menunjukkan itu kepada penonton yang jauh daripada pentas, 287 00:20:10,417 --> 00:20:12,628 {\an8}kita perlukan lebih banyak masa. 288 00:20:13,629 --> 00:20:15,839 Saya menulis pementasan untuk dua jam 289 00:20:15,923 --> 00:20:18,759 dengan pelbagai watak-watak yang menunjukkan pelbagai emosi. 290 00:20:18,842 --> 00:20:23,263 Untuk melakukan itu, saya perlu buat semuanya jadi mudah. 291 00:20:23,931 --> 00:20:26,767 Kalau tak, semua babak jadi tak serasi 292 00:20:26,850 --> 00:20:29,603 dan tak masuk akal kepada penonton. 293 00:20:30,395 --> 00:20:32,189 Kita takkan perlukan penulis drama 294 00:20:32,272 --> 00:20:34,775 jika kita gunakan saja semua benda dari bahan sumber. 295 00:20:34,858 --> 00:20:38,862 Kerja saya mencari dan memilih bahagian yang menyeronokkan untuk pementasan ini. 296 00:20:39,655 --> 00:20:43,909 Saya peminat komik asal juga, jadi saya tak nak tukar terlalu banyak. 297 00:20:44,409 --> 00:20:48,664 Agaknya menjalankan tugas yang jahat itu ialah kerja saya juga. 298 00:20:48,747 --> 00:20:51,792 Walaupun begitu, awaklah yang akan melakonkan watak itu. 299 00:20:51,875 --> 00:20:54,836 Jika ia mengganggu awak, saya akan menukarnya. 300 00:20:54,920 --> 00:20:56,129 Jangan manjakan dia. 301 00:20:56,880 --> 00:20:59,633 Saya dah baca beberapa buku komik asal. 302 00:21:00,217 --> 00:21:03,178 Memasukkan perasaan Puteri Saya akan merumitkan cerita. 303 00:21:03,679 --> 00:21:07,849 Menjadikan dia seorang watak aktif memudahkan struktur konflik. 304 00:21:07,933 --> 00:21:11,186 Jadi lebih senang untuk penonton lihat apa yang kita fokuskan. 305 00:21:11,270 --> 00:21:14,106 Keputusan ini tak salah sebagai seorang penulis drama. 306 00:21:14,189 --> 00:21:15,816 Sebab itu saya menerimanya. 307 00:21:16,441 --> 00:21:20,779 Dalam pementasan, peranan awak bukannya menunjukkan kekompleksan watak awak 308 00:21:21,488 --> 00:21:26,493 tapi untuk tunjukkan permusuhan antara semua watak dalam cara yang mudah. 309 00:21:27,411 --> 00:21:29,871 Itu dia. Awak puas hati? 310 00:21:29,955 --> 00:21:30,831 Ya. 311 00:21:33,292 --> 00:21:35,168 STRUKTUR KONFLIK TUNJUKKAN PERMUSUHAN DENGAN MUDAH! 312 00:21:35,836 --> 00:21:37,587 Dalam cara yang mudah, ya? 313 00:21:39,548 --> 00:21:41,466 Hai, semua orang! 314 00:21:41,550 --> 00:21:43,844 {\an8}Kita ada tetamu istimewa hari ini! 315 00:21:43,927 --> 00:21:47,055 {\an8}Helo. 316 00:21:47,681 --> 00:21:50,434 {\an8}Beliau ialah penulis Tokyo Blade, Cik Abiko. 317 00:21:50,517 --> 00:21:53,020 {\an8}Saya Kichijoji. Saya di sini untuk menemannya. 318 00:21:53,103 --> 00:21:55,480 Cik Kichijoji, dah lama tak jumpa! 319 00:21:55,564 --> 00:21:59,192 Arima, kita tak berjumpa sejak parti Manis Hari Ini! 320 00:21:59,276 --> 00:22:02,654 Gembira dapat berjumpa dengan awak juga, Aqua. 321 00:22:02,738 --> 00:22:03,613 Terima kasih. 322 00:22:03,697 --> 00:22:05,490 Sensei, lama tak jumpa. 323 00:22:06,158 --> 00:22:07,743 Oh, ya. 324 00:22:08,327 --> 00:22:11,496 {\an8}Saya dah agak tapi dia tak begitu sukakan saya. 325 00:22:11,580 --> 00:22:14,583 {\an8}Awak memang teruk dalam Manis Hari Ini. 326 00:22:15,208 --> 00:22:18,128 {\an8}Sebagai penulis asal, mestilah dia akan bencikan awak. 327 00:22:18,211 --> 00:22:19,338 {\an8}Yalah. 328 00:22:21,048 --> 00:22:23,175 Sensei, gembira dapat berjumpa dengan awak. 329 00:22:25,594 --> 00:22:28,430 Hei, sapalah dia betul-betul. 330 00:22:28,513 --> 00:22:32,225 {\an8}Melihat orang yang cantik buat saya panik. 331 00:22:32,309 --> 00:22:33,894 {\an8}Saya faham tapi awak tak boleh buat begini. 332 00:22:35,062 --> 00:22:36,897 Silakan duduk. 333 00:22:37,689 --> 00:22:39,191 Terima kasih banyak. 334 00:22:48,075 --> 00:22:49,701 Apa pendapat awak, Sensei? 335 00:22:49,785 --> 00:22:52,287 Mereka semua pelakon yang sangat hebat. 336 00:22:53,080 --> 00:22:54,998 Saya rasa pementasan ini pasti hebat. 337 00:22:55,082 --> 00:22:58,835 Tentulah. Lalalai cuma ada pelakon kelas pertama. 338 00:23:00,045 --> 00:23:04,049 Saya pasti semua orang dah berlatih dengan rajin. 339 00:23:04,591 --> 00:23:09,513 Sensei, awak patut kata "melakukan raptai" dan bukannya "berlatih" untuk pementasan. 340 00:23:09,596 --> 00:23:11,848 Yakah? Maafkan saya. 341 00:23:12,432 --> 00:23:14,184 Saya tak tahu apa-apa tentangnya. 342 00:23:14,935 --> 00:23:18,230 Mereka memang hebat. Saya takkan dapat lakukan apa yang mereka boleh buat. 343 00:23:20,982 --> 00:23:23,527 Namun sebab itulah saya patut buat begini, betul? 344 00:23:24,653 --> 00:23:26,905 Saya patut katakan ini sendiri, betul? 345 00:23:30,534 --> 00:23:31,868 Skrip itu. 346 00:23:32,828 --> 00:23:35,413 Ia masih boleh ditukar? 347 00:23:36,915 --> 00:23:39,835 {\an8}Tentulah. Tapi bahagian mana? 348 00:23:40,418 --> 00:23:43,463 "Bahagian mana?" 349 00:23:45,132 --> 00:23:46,216 Semuanya. 350 00:25:18,600 --> 00:25:21,895 {\an8}Terjemahan sari kata oleh Hajar Idris