1 00:00:46,920 --> 00:00:48,040 Adu! 2 00:03:05,760 --> 00:03:06,880 Awak okey? 3 00:03:07,040 --> 00:03:08,320 Ya, saya okey. 4 00:03:08,400 --> 00:03:09,880 Berapa kali saya nak cakap? 5 00:03:10,520 --> 00:03:13,640 Kalau awak okey, awak takkan pergi. 6 00:03:13,760 --> 00:03:16,480 Kami ambil berat tentang awak. Baliklah. 7 00:03:16,560 --> 00:03:18,960 Sudah lapan bulan awak di sana. Cukuplah. 8 00:03:19,040 --> 00:03:21,800 Budak-budak itu tak buat awak teringat Abhi? 9 00:03:21,880 --> 00:03:23,360 Saya perlu pergi. 10 00:03:23,440 --> 00:03:25,960 -Cakap lagi nanti. -Tunggu, jangan letak! 11 00:03:33,800 --> 00:03:34,960 Masuk, Vedant. 12 00:03:37,360 --> 00:03:38,520 Duduklah. 13 00:03:39,080 --> 00:03:40,920 Cikgu akan datang sekejap lagi. 14 00:04:05,000 --> 00:04:06,640 Boleh saya masuk, cikgu? 15 00:04:13,560 --> 00:04:14,600 Masuklah. 16 00:04:15,720 --> 00:04:19,360 Cikgu pun masih baharu macam kamu. 17 00:04:19,480 --> 00:04:21,960 Kita perlu ambil masa untuk biasakan diri. 18 00:04:23,240 --> 00:04:24,200 Yang mana satu? 19 00:04:29,000 --> 00:04:31,160 Semasa cikgu bersendirian tadi, 20 00:04:32,760 --> 00:04:34,320 cikgu terasa macam 21 00:04:35,200 --> 00:04:38,480 ada orang masuk dan duduk di kerusi ini. 22 00:04:39,360 --> 00:04:41,120 Tapi tiada sesiapa pun. 23 00:04:41,760 --> 00:04:44,080 Cikgu dengar bunyi tapak kaki. 24 00:04:45,760 --> 00:04:47,440 Kamu pernah alaminya? 25 00:04:50,480 --> 00:04:52,000 Kamu tahu sebabnya? 26 00:04:53,000 --> 00:04:55,920 Sebab telinga cikgu terbiasa dengan hiruk-pikuk Kolkata. 27 00:04:56,720 --> 00:04:58,360 Kadangkala cikgu rasa, 28 00:04:59,560 --> 00:05:02,800 cikgu masih ada di tempat yang bising itu. 29 00:05:02,880 --> 00:05:05,320 Maknanya, cikgu merindui rumah. 30 00:05:06,720 --> 00:05:08,120 Kamu pun rindu rumah? 31 00:05:11,360 --> 00:05:12,920 Apa kamu paling rindu? 32 00:05:14,360 --> 00:05:15,440 Makan malam. 33 00:05:16,360 --> 00:05:18,080 Apa yang istimewa tentangnya? 34 00:05:19,240 --> 00:05:24,120 Saya, mak dan ayah sentiasa makan bersama. 35 00:05:24,200 --> 00:05:26,000 Ayah handal memasak. 36 00:05:26,080 --> 00:05:27,040 Betulkah? 37 00:05:27,600 --> 00:05:30,880 Baiklah, cikgu akan minta dia resipi. 38 00:05:32,600 --> 00:05:36,120 Namun, ayah akan jemput saya empat bulan lagi. 39 00:05:39,960 --> 00:05:41,000 Cikgu ada. 40 00:05:46,680 --> 00:05:49,720 Vedant, apa berlaku di rumah pengetua malam itu? 41 00:05:54,400 --> 00:05:56,360 Kamu nak cerita kepada cikgu? 42 00:06:03,960 --> 00:06:08,160 Saya tak ingat cara dan sebab saya boleh ada di sana. 43 00:06:08,240 --> 00:06:10,600 Sumpah, saya tak ingat apa-apa. 44 00:06:12,760 --> 00:06:13,720 Tak mengapa. 45 00:06:14,720 --> 00:06:15,560 Tak mengapa. 46 00:06:16,680 --> 00:06:18,800 Apabila kita terlalu takut, 47 00:06:19,280 --> 00:06:21,640 otak kita akan mula tak sedar, 48 00:06:22,840 --> 00:06:24,960 maka kita tak ingat perkara buruk. 49 00:06:26,200 --> 00:06:30,000 Cikgu, betulkah saya bunuh anak-anak anjing itu? 50 00:06:30,720 --> 00:06:31,960 Adakah saya gila? 51 00:06:32,520 --> 00:06:33,600 Tidak. 52 00:06:35,120 --> 00:06:39,080 Walau apa pun orang cakap, Vedant, fikiran kamu yang penting. 53 00:06:41,400 --> 00:06:43,440 Jangan biar orang kuasai fikiran kamu. 54 00:06:54,200 --> 00:06:57,040 Kali ini, mereka takkan terlepas. 55 00:07:00,680 --> 00:07:01,680 Apa kamu cakap? 56 00:07:02,960 --> 00:07:04,640 Kalau saya bukan orang gila, 57 00:07:04,720 --> 00:07:07,840 kenapa saya dilarang pergi ke dewan perhimpunan? 58 00:07:22,760 --> 00:07:25,440 Datuk, saya nak ikut juga. 59 00:07:25,600 --> 00:07:28,160 Adi, kanak-kanak tak boleh pergi ke sempadan. 60 00:07:29,240 --> 00:07:30,560 Marilah. 61 00:07:30,640 --> 00:07:34,080 KAFE RAMAN 62 00:07:36,000 --> 00:07:37,960 Mari minum susu kocak coklat. 63 00:07:38,040 --> 00:07:40,200 Kemudian kita pergi ke sekolah. 64 00:07:40,880 --> 00:07:44,520 Datuk pun akan pergi dan tinggalkan saya? 65 00:07:44,600 --> 00:07:46,120 Saya akan keseorangan. 66 00:07:46,640 --> 00:07:49,720 Tidak, Adi, walau apa-apa pun berlaku. 67 00:07:50,080 --> 00:07:51,160 Okey? 68 00:07:52,480 --> 00:07:55,200 Kenapa awak menangis? Cengeng betul. 69 00:07:55,280 --> 00:07:56,680 Saya tak cengeng. 70 00:07:57,360 --> 00:07:59,680 Ini hari pertama Adi bersekolah. 71 00:08:00,200 --> 00:08:02,320 Kemasukan lewat. 72 00:08:02,400 --> 00:08:04,920 Tentu awak akan dibuli. 73 00:08:05,000 --> 00:08:06,160 Kelas mana? 74 00:08:06,240 --> 00:08:07,600 Adi darjah lima. 75 00:08:07,680 --> 00:08:08,960 Saya pun. 76 00:08:10,200 --> 00:08:13,200 Saya akan lindungi awak. Saya Ninad. 77 00:08:13,600 --> 00:08:17,640 Ini hari pertama dia bersekolah? Jadi, saya akan belanja roti maska. 78 00:08:18,840 --> 00:08:20,480 -Helo, tuan. -Brigadier Jaisingh. 79 00:08:20,560 --> 00:08:23,880 -Saya Raman. -Kalau awak nak jadi kawan saya, 80 00:08:23,960 --> 00:08:26,920 awak akan dapat susu coklat dan roti maska tanpa had. 81 00:08:27,000 --> 00:08:28,040 Setuju? 82 00:08:29,000 --> 00:08:30,320 Sebagai balasannya? 83 00:08:31,360 --> 00:08:33,600 Perlindungan. Awak akan lindungi saya. 84 00:08:33,680 --> 00:08:35,760 Bukankah awak nak lindungi saya? 85 00:08:35,880 --> 00:08:38,320 Saya tawarkan roti maska juga. Setuju? 86 00:08:55,280 --> 00:08:57,280 -Datuk. -Ya, cucu. 87 00:08:57,360 --> 00:09:00,080 -Datuk bawa lampu suluh saya? -Lampu suluh? 88 00:09:00,160 --> 00:09:03,200 Datuk tahu saya perlukannya pada waktu malam! 89 00:09:03,280 --> 00:09:05,640 -Rasanya pemandu... -Ambil saya punya. 90 00:09:05,720 --> 00:09:07,720 Saya tak guna pun. 91 00:09:12,520 --> 00:09:14,240 Jadi, kita kawan? 92 00:09:15,000 --> 00:09:18,120 Macam roti maska dan susu coklat. 93 00:09:24,520 --> 00:09:25,640 Selesai. 94 00:09:27,160 --> 00:09:31,160 Saya sangat gembira kamu datang. Sebenarnya... 95 00:09:31,240 --> 00:09:34,400 KAFE 96 00:09:43,640 --> 00:09:45,600 -Tumpang tanya. -Ya? 97 00:09:45,640 --> 00:09:48,200 Bukankah dulu ini Kafe Raman? 98 00:09:48,280 --> 00:09:51,240 Dia dah jual hampir sepuluh tahun lepas. 99 00:09:51,320 --> 00:09:54,720 Tiada orang tahu tempat mereka pindah. Awak nak roti maska? 100 00:09:54,760 --> 00:09:58,240 -Saya punya lagi sedap. -Tak apa, terima kasih. 101 00:10:09,760 --> 00:10:13,280 Semua pelajar diminta berkumpul di dewan utama sebelum 8.00 pagi 102 00:10:13,360 --> 00:10:15,520 untuk ucapan alu-aluan oleh Pengetua Swamy 103 00:10:15,640 --> 00:10:19,600 bagi merasmikan majlis perjumpaan pelajar 2007. 104 00:10:19,640 --> 00:10:20,960 Mari pergi. 105 00:10:21,040 --> 00:10:21,960 PELAJAR 2007 106 00:10:22,040 --> 00:10:25,640 Mari cari tempat duduk untuk kamu. Boleh kamu duduk di sini? 107 00:10:25,720 --> 00:10:27,200 Tengok, budak gila itu. 108 00:10:33,640 --> 00:10:34,880 Kamu akan okey? 109 00:10:36,480 --> 00:10:39,080 Baguslah. Awak jadi watak utama juga. 110 00:10:39,160 --> 00:10:41,520 Tidak, kali ini saya beri orang lain... 111 00:10:43,080 --> 00:10:46,120 -Tuan, budak itu... -Biar saya uruskan. 112 00:10:46,720 --> 00:10:47,720 Sarthak, tengok! 113 00:10:48,880 --> 00:10:49,880 Sarthak. 114 00:10:53,160 --> 00:10:57,640 Supriya, saya dah bertegas yang Vedant tak boleh ada di sini. 115 00:10:57,720 --> 00:11:01,040 Ya, tapi kalau kita asingkan dia, dia akan lebih sunyi. 116 00:11:01,120 --> 00:11:02,720 Dia akan jadi makin teruk. 117 00:11:02,800 --> 00:11:04,480 -Saya tak boleh... -Tak perlu. 118 00:11:04,560 --> 00:11:07,920 Biar saya jaga Vedant. Saya tahu perkara yang saya buat. 119 00:11:09,040 --> 00:11:10,280 Saya harap betullah. 120 00:11:18,680 --> 00:11:21,560 En. Pemegang Amanah, kenapa ejaannya salah? 121 00:11:21,640 --> 00:11:24,840 -Apa ini? -Paling tidak, ejaan Jamwal betul. 122 00:11:26,880 --> 00:11:30,000 Hei! Cik Malvika Seth. 123 00:11:30,480 --> 00:11:31,600 Di mana blazer awak? 124 00:11:31,680 --> 00:11:34,280 Mereka buat blazer untuk bekas pelajar lelaki, 125 00:11:34,360 --> 00:11:37,120 satu-satunya gadis dilupakan macam biasa. 126 00:11:37,200 --> 00:11:38,600 Aduhai! 127 00:11:39,640 --> 00:11:42,920 Saya cuma pasangan bekas pelajar sekarang. Macam mereka. 128 00:11:43,000 --> 00:11:44,280 Macam mereka? 129 00:11:44,360 --> 00:11:46,960 Pn. Malvika Jamwal. 130 00:11:47,040 --> 00:11:49,400 Awak paling berjaya antara kita semua. 131 00:11:49,480 --> 00:11:53,160 Daripada seorang anak guru, kini isteri pemegang amanah. 132 00:11:56,760 --> 00:11:59,200 Saya paling gagal antara kita semua. 133 00:11:59,280 --> 00:12:01,240 Mari saya tunjukkan kuda bernama Kuli. 134 00:12:01,320 --> 00:12:04,040 Apa? Bukan "Kuli, " tapi "Billy. " 135 00:12:04,120 --> 00:12:05,240 Apa-apalah. 136 00:12:05,320 --> 00:12:06,280 Pn. Jamwal. 137 00:12:06,360 --> 00:12:09,040 Seronok dapat kembali. Terima kasih terima kami. 138 00:12:09,120 --> 00:12:11,760 Kami berbesar hati. Sila duduk. Kita dah nak mula. 139 00:12:11,840 --> 00:12:13,360 -Terima kasih. -Berseronoklah. 140 00:12:19,280 --> 00:12:20,360 Mari. 141 00:12:27,880 --> 00:12:29,600 -Hai. -Hai. 142 00:12:33,840 --> 00:12:35,360 Pn. Jamwal? 143 00:12:37,680 --> 00:12:41,840 Saya kenal awak. Jadi, saya pasti 144 00:12:41,920 --> 00:12:46,600 walaupun awak Pn. Jamwal, awak yang lebih berkuasa. 145 00:12:48,720 --> 00:12:49,840 Betul. 146 00:12:49,960 --> 00:12:52,280 Dari dulu saya dah agak dia suka awak. 147 00:12:53,600 --> 00:12:56,080 Saya cuma tak sangka awak pun suka dia. 148 00:12:56,560 --> 00:13:00,160 Apa saya boleh buat? Awak ke Amerika dan tinggalkan saya. 149 00:13:00,880 --> 00:13:04,160 Helo! Awak yang putuskan hubungan. 150 00:13:05,680 --> 00:13:09,560 Apa-apa pun, Adi, takziah atas pemergian datuk awak. 151 00:13:10,520 --> 00:13:12,360 Dia suka Amerika? 152 00:13:12,440 --> 00:13:14,280 Tidak! Dia membencinya. 153 00:13:14,360 --> 00:13:16,760 "Sejuknya di sini. Orangnya sombong 154 00:13:16,840 --> 00:13:20,200 "dan hanya buat hal sendiri. " Saya tak beri dia pilihan. 155 00:13:21,000 --> 00:13:23,800 Hanya dia yang saya ada. 156 00:13:25,080 --> 00:13:26,280 Hanya dia yang awak ada 157 00:13:27,520 --> 00:13:28,800 sejak kecil lagi. 158 00:13:30,760 --> 00:13:31,640 Ninad juga. 159 00:13:35,600 --> 00:13:37,280 Awak tahu dia ada di mana? 160 00:13:38,560 --> 00:13:41,080 Selepas kita berpisah, saya lupakan semuanya. 161 00:13:42,360 --> 00:13:44,720 Saya tak hubungi kamu berdua lagi. 162 00:13:45,880 --> 00:13:47,920 Di dewan perhimpunan hari itu, 163 00:13:48,000 --> 00:13:51,800 saya hanya terfikir untuk minta maaf apabila dia datang. 164 00:13:52,640 --> 00:13:56,800 Saya tahu memang salah saya, tapi kami boleh bincang dan selesaikan. 165 00:13:56,880 --> 00:13:59,120 Keesokan harinya, dia pergi begitu saja. 166 00:14:00,880 --> 00:14:03,080 Tanpa cakap apa-apa atau jumpa saya. 167 00:14:03,160 --> 00:14:04,280 Menghilang terus! 168 00:14:06,520 --> 00:14:07,800 Saya sangat marah. 169 00:14:08,880 --> 00:14:11,360 Saya berjanji takkan cakap dengan dia lagi. 170 00:14:11,480 --> 00:14:13,720 Semasa datuk meninggal tahun lepas, 171 00:14:15,120 --> 00:14:17,240 baru saya sedar dia penting bagi saya. 172 00:14:17,960 --> 00:14:20,320 Saya cuba cari dia, 173 00:14:21,200 --> 00:14:24,160 di media sosial setiap hari, di semua tempat. 174 00:14:24,440 --> 00:14:27,360 Saya ke Kafe Raman pagi tadi, tapi dah ditutup. 175 00:14:28,200 --> 00:14:30,800 Saya anggap perjumpaan ini peluang terakhir saya. 176 00:14:31,560 --> 00:14:32,960 Saya datang demi dia. 177 00:14:33,040 --> 00:14:34,320 Selamat tengah hari. 178 00:14:34,400 --> 00:14:38,840 Saya ucapkan selamat datang kepada semua bekas pelajar lelaki 179 00:14:38,920 --> 00:14:40,440 dan perempuan. 180 00:14:47,600 --> 00:14:53,520 Tahun ini, kita kehilangan ahli berharga Sekolah Lembah Nilgiri, 181 00:14:54,360 --> 00:14:56,280 -Pengetua Vyas. -Jurulatih Gas! 182 00:14:58,040 --> 00:15:00,280 Pada hari ketiga dan terakhir perjumpaan ini, 183 00:15:00,360 --> 00:15:02,840 kita akan merasmikan tugu peringatannya. 184 00:15:02,920 --> 00:15:08,360 Dia gelar anda kumpulan pelajar bertuah 185 00:15:08,440 --> 00:15:11,560 kerana dia jadi pengetua selepas anda tamat belajar. 186 00:15:12,000 --> 00:15:16,320 Saya ingin mempersilakan pelajar terbaik tahun 2007, 187 00:15:16,400 --> 00:15:17,960 Adhiraj Jaisingh. 188 00:15:18,880 --> 00:15:22,880 Adi! 189 00:15:24,280 --> 00:15:25,760 Cepatlah, Adhiraj! 190 00:15:25,840 --> 00:15:27,000 HARI TERAKHIR SEKOLAH 191 00:15:28,400 --> 00:15:29,960 -Jurulatih. -Ini hari terakhir. 192 00:15:30,040 --> 00:15:34,280 Tapi cikgu nak minta sesuatu. Teruskan berenang di Amerika, okey? 193 00:15:34,360 --> 00:15:38,040 Kawan kamu, Ninad, yang tak guna itu takkan ada untuk mengacau. 194 00:15:38,120 --> 00:15:39,360 Jurulatih. 195 00:15:42,520 --> 00:15:45,160 Tiada orang akan tengok kasut kamu! 196 00:15:45,240 --> 00:15:46,280 Dah jadi tabiat. 197 00:15:47,520 --> 00:15:48,680 Ponteng kelas lagi? 198 00:15:48,760 --> 00:15:52,760 Berikan tepukan kepada rakan Lembah Nilgiri anda... 199 00:15:52,840 --> 00:15:56,880 SELAMAT JALAN PELAJAR 2007 200 00:15:57,000 --> 00:15:58,160 Ayuh, Adi! 201 00:15:58,240 --> 00:15:59,680 Berucap pendek saja! 202 00:16:02,400 --> 00:16:04,840 Sekolah mengajar saya, 203 00:16:04,920 --> 00:16:08,320 apabila kita bersendirian dan seseorang mahu berkawan, 204 00:16:08,400 --> 00:16:09,800 terimalah dia. 205 00:16:11,760 --> 00:16:14,320 Sukar untuk harungi dunia ini seorang diri. 206 00:16:35,080 --> 00:16:38,600 Kadangkala memerlukan pasukan, seperti susu coklat dan roti maska 207 00:16:38,680 --> 00:16:43,440 bersama-sama melawan raksasa kebuluran yang menunggu di dunia luar. 208 00:16:45,280 --> 00:16:47,680 -Adi! -Ayuh, Adi! 209 00:16:48,080 --> 00:16:53,760 -Adi! -Ayuh, Adi! 210 00:16:53,840 --> 00:16:56,360 Ayuh, Adi! 211 00:17:02,040 --> 00:17:03,520 Pelajar terbaik... 212 00:17:03,600 --> 00:17:04,920 Cepat sikit! 213 00:17:07,560 --> 00:17:09,840 Sewaktu saya memasuki sekolah ini, 214 00:17:09,920 --> 00:17:13,680 saya diberitahu bahawa anugerah ini dikurniakan kepada pelajar 215 00:17:13,760 --> 00:17:16,160 yang cemerlang dari semua aspek. 216 00:17:17,680 --> 00:17:21,080 Namun, setelah sekian lama, saya menyedari satu perkara. 217 00:17:22,320 --> 00:17:23,520 Kemuliaan seseorang 218 00:17:24,400 --> 00:17:26,080 bergantung pada cara layan orang. 219 00:17:28,040 --> 00:17:32,160 Ketika saya duduk tadi, saya bertanya kepada diri saya, 220 00:17:34,320 --> 00:17:37,280 semasa kawan kita bersedih, 221 00:17:39,200 --> 00:17:40,920 adakah kita pujuk dia? 222 00:17:46,480 --> 00:17:50,040 Kemuliaan, kecemerlangan dan integriti. 223 00:17:51,080 --> 00:17:55,080 Walaupun kita tak dapat lencana yang berkilat kerananya... 224 00:17:55,560 --> 00:17:56,720 Supriya! 225 00:17:57,440 --> 00:17:58,920 ...kita tetap orang baik. 226 00:18:08,480 --> 00:18:09,520 Ya? 227 00:18:11,320 --> 00:18:13,520 Adu, awak dah kembali! 228 00:18:31,560 --> 00:18:32,680 Vedant! 229 00:18:32,760 --> 00:18:33,640 Vedant! 230 00:18:33,720 --> 00:18:34,560 Apa berlaku? 231 00:18:34,640 --> 00:18:35,520 Kenapa? 232 00:18:35,560 --> 00:18:36,440 Vedant! 233 00:18:36,520 --> 00:18:38,760 -Panggil doktor. -Panggil Dr. Krishnan. 234 00:18:38,800 --> 00:18:39,800 Dia tak apa-apa? 235 00:18:39,920 --> 00:18:42,080 -Hidungnya berdarah. -Ya Tuhan! 236 00:18:42,160 --> 00:18:44,160 Jangan tercegat saja! Cari dia! 237 00:18:44,240 --> 00:18:46,160 Dia tak jawab telefon. 238 00:18:46,240 --> 00:18:48,200 Kenapa susah sangat nak dengar? 239 00:19:01,680 --> 00:19:02,720 Kamu sejuk? 240 00:19:03,400 --> 00:19:04,640 Bagus. Berehatlah. 241 00:19:04,720 --> 00:19:06,560 -Ambil selimut. -Baik. 242 00:19:08,320 --> 00:19:11,080 Suhu badannya 35.5 darjah Celsius. 243 00:19:11,760 --> 00:19:14,320 Dia pengsan dua kali dalam masa tiga hari. 244 00:19:14,800 --> 00:19:16,480 Mungkinkah epilepsi? 245 00:19:16,560 --> 00:19:19,480 Saya periksa rekod perubatan dia. Tiada sejarah epilepsi. 246 00:19:20,160 --> 00:19:21,280 Sawan? 247 00:19:22,920 --> 00:19:24,000 Pengsan, 248 00:19:24,680 --> 00:19:27,400 tak boleh bercakap dan pitam psikogenik. 249 00:19:27,800 --> 00:19:29,400 Mungkin disebabkan tekanan. 250 00:19:30,680 --> 00:19:32,560 Kenapa dia tertekan? 251 00:19:33,720 --> 00:19:36,240 Mungkin sekolah dan suasana baharu. 252 00:19:37,480 --> 00:19:39,160 Apa-apa pun mungkin. 253 00:19:40,480 --> 00:19:42,680 -Jururawat. -Ya, doktor? 254 00:19:43,040 --> 00:19:44,160 Ada dokumen lain? 255 00:19:44,240 --> 00:19:47,880 Tiada, doktor. Satu fail itu saja. 256 00:19:48,080 --> 00:19:49,080 Okey. 257 00:19:51,560 --> 00:19:53,920 Mungkin dia cedera semasa dibawa ke sini. 258 00:20:21,040 --> 00:20:22,040 Adi! 259 00:20:22,080 --> 00:20:23,720 Adi! Ninad! 260 00:20:24,320 --> 00:20:25,800 Datang cepat. 261 00:20:26,720 --> 00:20:30,760 "Sambil menghulurkan tangan, dia kata, 'Kau tak perlu takut lagi. ' 262 00:20:30,800 --> 00:20:33,960 "Shadow Boy duduk di dalam bayangan sekolah. " 263 00:20:34,040 --> 00:20:37,400 "Sentiasa bersembunyi daripada raksasa kebuluran. " 264 00:20:38,720 --> 00:20:40,400 Kami raksasa kebuluran itu, Nina? 265 00:20:40,480 --> 00:20:41,560 Sudahlah. 266 00:20:44,400 --> 00:20:47,000 "Pada satu hari, Phoenix Boy muncul. " 267 00:20:47,080 --> 00:20:48,560 Teman lelaki kau. 268 00:20:49,560 --> 00:20:50,880 Cukup, Suyash! 269 00:20:54,000 --> 00:20:55,280 -Apa ini, Adi? -Berambus! 270 00:20:55,320 --> 00:20:57,400 -Biar aku baca! Seronok. -Jangan kacau. 271 00:20:57,480 --> 00:20:59,040 "Sambil menghulur tangan, 272 00:20:59,080 --> 00:21:01,640 -"'Kau tak perlu takut lagi. '" -Sudahlah! 273 00:21:01,720 --> 00:21:05,560 "Shadow Boy akhirnya keluar daripada bayangan 274 00:21:05,680 --> 00:21:09,520 dan dapat tahu dia boleh kawal fikiran orang lain. " 275 00:21:13,520 --> 00:21:16,320 Dia tak boleh kawal kencing, 276 00:21:16,400 --> 00:21:18,280 tapi boleh kawal minda, Nina? 277 00:21:18,640 --> 00:21:20,240 Sudahlah, Suyash! 278 00:21:21,240 --> 00:21:22,720 Jangan kacau dia lagi! 279 00:21:22,800 --> 00:21:24,160 Pulangkan. 280 00:21:26,560 --> 00:21:27,560 Ke tepi! 281 00:21:29,560 --> 00:21:30,680 Hei... 282 00:21:31,040 --> 00:21:32,320 Tunjukkan kepada dia! 283 00:21:32,440 --> 00:21:33,320 Hei. 284 00:21:33,880 --> 00:21:35,960 Inspirasi daripada komik kau, 285 00:21:36,040 --> 00:21:38,680 -aku buat satu lukisan. -Suyash, jangan! 286 00:21:42,040 --> 00:21:42,960 Tengok ini. 287 00:21:43,520 --> 00:21:44,400 H 288 00:21:45,560 --> 00:21:46,480 O 289 00:21:48,440 --> 00:21:50,240 -M... -Itu M. 290 00:21:52,080 --> 00:21:55,840 -O... Homo. -Betul. 291 00:21:56,160 --> 00:21:57,000 Homo. 292 00:21:59,680 --> 00:22:00,600 Homo. 293 00:22:02,160 --> 00:22:03,920 Saya benci perkataan itu. 294 00:22:05,280 --> 00:22:07,360 Lukisan takkan tolong awak, Ninad. 295 00:22:08,800 --> 00:22:10,160 Awak kena lawan balik. 296 00:22:10,960 --> 00:22:11,800 Macam... 297 00:22:12,800 --> 00:22:14,360 Shadow Boy awak ini. 298 00:22:15,200 --> 00:22:16,480 Keluar daripada bayangan. 299 00:22:21,280 --> 00:22:22,760 Bukannya mudah, Adu. 300 00:22:24,640 --> 00:22:26,360 Apa saya dapat jika bergaduh? 301 00:22:27,840 --> 00:22:31,520 Pengetua akan beri mereka amaran dan saya akan dibuang sekolah. 302 00:22:32,240 --> 00:22:34,760 Saya bukan macam awak. Saya senang takut. 303 00:22:35,280 --> 00:22:36,200 Ninad, 304 00:22:38,760 --> 00:22:40,040 saya pun takut. 305 00:22:42,200 --> 00:22:44,440 Saya berbelah bagi tentang Amerika. 306 00:22:44,520 --> 00:22:46,240 Datuk akan sendirian di sini. 307 00:22:48,760 --> 00:22:50,960 Mungkin saya patut lupakan saja. 308 00:22:51,040 --> 00:22:52,280 Saya takkan biarkan. 309 00:22:53,640 --> 00:22:56,920 Saya berjaga semalaman untuk isi borang biasiswa awak. 310 00:22:57,880 --> 00:23:02,880 Saya ada untuk datuk awak macam awak ada untuk saya. 311 00:23:03,800 --> 00:23:05,640 Saya takkan maafkan awak. 312 00:23:09,160 --> 00:23:10,720 Suyash cari awak. 313 00:23:32,520 --> 00:23:33,360 Hai. 314 00:23:34,720 --> 00:23:35,880 Helo. 315 00:23:36,720 --> 00:23:38,880 Saya cari budak itu. 316 00:23:38,960 --> 00:23:41,920 Vedant. Dia sedang berehat di bilik sakit. 317 00:23:42,480 --> 00:23:43,760 Apa yang berlaku tadi? 318 00:23:44,600 --> 00:23:46,440 Kadangkala, dia akan pitam. 319 00:23:47,920 --> 00:23:50,080 Dia kata sesuatu yang hanya saya tahu. 320 00:23:51,600 --> 00:23:52,640 Dia kenal awak? 321 00:23:53,680 --> 00:23:54,760 Tidak. 322 00:23:54,840 --> 00:23:58,040 Dia cakap sesuatu yang awak mahu dengar? 323 00:24:02,760 --> 00:24:05,640 Mengambil kata-kata rambang sebagai mesej peribadi 324 00:24:05,720 --> 00:24:07,880 dipanggil Kesan Barnum dalam psikologi. 325 00:24:07,960 --> 00:24:12,400 Begitulah horoskop berfungsi. "Anda akan jumpa insan istimewa hari ini. " 326 00:24:13,120 --> 00:24:14,800 Siapa tak nak percaya? 327 00:24:14,880 --> 00:24:17,560 Sesiapa yang kita jumpa akan terasa istimewa. 328 00:24:20,000 --> 00:24:22,440 -Saya terasa bodoh pula. -Tidak! 329 00:24:23,000 --> 00:24:27,520 Paling tidak, awak tak rasa roh Pengetua Vyas merasuk Vedant. 330 00:24:28,520 --> 00:24:30,520 Teori itu sangat popular di sini. 331 00:24:31,480 --> 00:24:32,760 Jurulatih Gas. 332 00:24:33,840 --> 00:24:35,480 Saya amat mengenali dia. 333 00:24:36,480 --> 00:24:39,880 Dia sangat malas ketika hidup. Tentu roh dia pun malas merayau. 334 00:24:42,200 --> 00:24:45,120 Budak yang pengsan itu. 335 00:24:45,200 --> 00:24:48,080 -Mereka gelar dia pembunuh anak anjing. -Hei! 336 00:24:48,160 --> 00:24:51,600 Maaf sebab cakap begitu tengah hari tadi. 337 00:24:51,680 --> 00:24:53,560 Awak pencapaian terhebat saya. 338 00:24:53,640 --> 00:24:55,120 Saya bukan lambang kehebatan. 339 00:25:01,680 --> 00:25:02,680 Cantik orangnya? 340 00:25:03,200 --> 00:25:04,560 Cedera ketika berenang. 341 00:25:05,160 --> 00:25:07,280 Awak fikir satu perkara saja, Suyash. 342 00:25:07,920 --> 00:25:10,240 Mari minum di menara jam malam ini. 343 00:25:10,320 --> 00:25:11,680 Tak berkunci lagi? 344 00:25:11,760 --> 00:25:15,640 Berkunci rasanya, tapi Kumaran peminat saya. 345 00:25:15,720 --> 00:25:18,120 Peminat? Awak pernah tengok cermin? 346 00:25:19,040 --> 00:25:23,440 Setiap malam pukul 9.00, semua suri rumah di India 347 00:25:23,520 --> 00:25:25,480 akan hidupkan TV untuk tonton saya. 348 00:25:25,560 --> 00:25:26,760 Dulu. 349 00:25:28,520 --> 00:25:31,240 Sebenarnya, saya dah tinggalkan rancangan. 350 00:25:31,320 --> 00:25:34,240 Saya nak fokus lebih kepada kerjaya filem. 351 00:25:34,320 --> 00:25:37,640 Saya dapat banyak tawaran, tapi kamu tahulah. 352 00:25:39,240 --> 00:25:40,680 Apa hal? 353 00:25:40,760 --> 00:25:44,400 Macam dulu-dulu. Relaks. Kenapa awak marah sangat? 354 00:25:44,480 --> 00:25:46,320 -Matanglah sikit. -Tak senonoh. 355 00:25:46,400 --> 00:25:49,760 Sayang, tiada isyarat di sini. Saya bosan. Mari masuk. 356 00:25:50,560 --> 00:25:52,640 Tidak, mari bersantai. Seronok. 357 00:25:52,720 --> 00:25:53,560 Saya nak masuk. 358 00:25:53,640 --> 00:25:55,800 Saya tak nak masuk. Duduklah di sini. 359 00:25:55,880 --> 00:25:57,000 Okey. 360 00:25:57,080 --> 00:26:00,480 Mungkin lain kali saya akan pergi ke anugerah dan parti sendiri. 361 00:26:00,560 --> 00:26:02,920 Lagipun, orang datang untuk tengok saya. 362 00:26:03,720 --> 00:26:04,560 Okey. 363 00:26:06,280 --> 00:26:09,880 Kalau awak tak bangun dan ikut saya, saya akan balik. 364 00:26:09,960 --> 00:26:11,640 Pemandu ada di luar. 365 00:26:12,240 --> 00:26:13,120 Keluar. 366 00:26:16,880 --> 00:26:18,320 Suka hatilah. 367 00:26:21,560 --> 00:26:23,320 Awak berlagak maco sekarang, 368 00:26:23,400 --> 00:26:27,000 tapi sekejap lagi awak akan kejar dan pujuk dia. 369 00:26:27,080 --> 00:26:30,720 Ya. Awak handal memujuk wanita, bukan? 370 00:26:30,800 --> 00:26:33,240 Macam awak memujuk Malvika yang kesedihan. 371 00:26:35,640 --> 00:26:37,600 Kami nampak pada hari terakhir. 372 00:26:37,680 --> 00:26:38,680 Hari terakhir? 373 00:26:38,760 --> 00:26:40,880 Dev mengesat air mata Malvika. 374 00:26:40,960 --> 00:26:42,440 Apa dia cakap? 375 00:26:43,000 --> 00:26:46,960 "Adhiraj memang bodoh. Dia tak datang janji temu! 376 00:26:47,040 --> 00:26:50,560 "Dev takkan buat begitu. " Kemudian, apa yang berlaku? 377 00:26:51,160 --> 00:26:53,520 Malvika masuk ke dewan dan... 378 00:26:53,600 --> 00:26:55,080 Berpisah dengan saya. 379 00:26:56,800 --> 00:26:57,960 Baru saya tahu. 380 00:26:58,760 --> 00:26:59,760 Bijak, Dev. 381 00:27:00,440 --> 00:27:01,400 Minum. 382 00:27:01,480 --> 00:27:02,800 Minum untuk itu, ya? 383 00:27:18,800 --> 00:27:21,280 Ayuh, semua. Masa untuk makan malam. 384 00:27:22,720 --> 00:27:24,760 Suyash, awak nak ke mana? 385 00:27:25,560 --> 00:27:28,160 -Minta maaf. -Supaya Dev tak pikat dia? 386 00:27:29,080 --> 00:27:31,360 Ketawalah puas-puas. Jumpa nanti. 387 00:27:31,440 --> 00:27:33,200 -Suyash! -Lemah. 388 00:27:33,640 --> 00:27:34,800 Nancy. 389 00:27:39,440 --> 00:27:40,400 Jahanam! 390 00:27:41,720 --> 00:27:43,600 Satu demi satu masalah. 391 00:27:44,920 --> 00:27:48,040 Saya sibuk menjawab soalan sepanjang petang tadi. 392 00:27:48,960 --> 00:27:52,320 "Apa masalah budak itu?" "Adakah dia tak sihat?" 393 00:27:52,400 --> 00:27:56,680 "Awak tak jaga pelajar dengan baik?" Apa saya nak cakap, Supriya? 394 00:27:56,760 --> 00:28:00,000 Ini masalah psikologi dan tak mudah dikenal pasti. 395 00:28:00,080 --> 00:28:01,320 Tapi saya dah kata, 396 00:28:01,400 --> 00:28:04,760 jangan libatkan dia dalam aktiviti perjumpaan, bukan? 397 00:28:04,840 --> 00:28:07,280 Saya nak dia percaya saya dan buka mulut. 398 00:28:07,360 --> 00:28:10,320 Supriya, saya beri arahan yang jelas dan mudah. 399 00:28:11,400 --> 00:28:14,640 Disebabkan awak degil, keadaan jadi berantakan. 400 00:28:16,320 --> 00:28:18,120 Jadi, sekarang, 401 00:28:18,200 --> 00:28:21,400 Vedant akan tidur di bilik sakit sampai saya izinkan keluar. 402 00:28:22,640 --> 00:28:24,200 -Itu tak membantu. -Dah selesai. 403 00:28:24,280 --> 00:28:26,280 Saya dah aturkan. 404 00:28:26,360 --> 00:28:28,760 -Dia akan rasa dihukum. -Demi kebaikan dia. 405 00:28:28,840 --> 00:28:30,280 -Tak baik pun. -Nanti. 406 00:28:30,680 --> 00:28:33,480 Setidak-tidaknya, jururawat boleh pantau dia. 407 00:28:34,640 --> 00:28:35,480 Selesai. 408 00:28:36,200 --> 00:28:37,160 Terima kasih. 409 00:28:42,720 --> 00:28:45,320 Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi. 410 00:28:45,400 --> 00:28:46,760 Jumpa nanti. 411 00:28:46,840 --> 00:28:48,720 Nombor yang anda dail... 412 00:28:48,800 --> 00:28:50,280 Jawablah! 413 00:28:52,560 --> 00:28:55,720 -Kenapa? -Dia balik betul-betul! 414 00:28:55,800 --> 00:28:58,880 Suyash, siri televisyen awak telah ditamatkan, bukan? 415 00:28:59,520 --> 00:29:01,480 Ditinggalkan teman wanita pula. 416 00:29:01,560 --> 00:29:02,960 Macamlah awak hebat sangat. 417 00:29:03,560 --> 00:29:05,600 Pemuzik menganggur. 418 00:29:05,680 --> 00:29:08,400 Bertenang, kawan-kawan! 419 00:29:08,480 --> 00:29:09,680 Tak mengapa. 420 00:29:09,760 --> 00:29:13,240 Biasalah kalau rasa marah dan tersinggung apabila... 421 00:29:13,320 --> 00:29:15,560 kemurungan. 422 00:29:15,640 --> 00:29:17,280 Kenapa? 423 00:29:17,360 --> 00:29:21,320 Saya ada terbaca yang awak bertemu pakar terapi. 424 00:29:21,400 --> 00:29:23,640 -Ya, betul. Jadi... -Kawan-kawan! 425 00:29:23,720 --> 00:29:24,840 Sudahlah! 426 00:29:26,560 --> 00:29:29,200 -Awak okey? -Saya okey. Dia okey? 427 00:29:29,280 --> 00:29:33,360 Kaki buli mendera orang lain untuk sorokkan kelemahan sendiri. 428 00:29:33,440 --> 00:29:35,400 Sebab itu awak buli saya, bukan? 429 00:29:35,480 --> 00:29:37,480 Sudah 15 tahun. Lupakan sajalah! 430 00:29:37,560 --> 00:29:39,720 -Sudahlah! -Awak suka mendera saya! 431 00:29:41,560 --> 00:29:43,440 Suyash, bertenang. 432 00:29:44,080 --> 00:29:47,800 Suyash, saya ada idea yang boleh buat awak melupakan Nancy. 433 00:29:47,880 --> 00:29:50,760 Guru-guru akan buat persembahan untuk kita esok. 434 00:29:51,360 --> 00:29:53,440 Apa kata kita pun buat? 435 00:29:53,520 --> 00:29:56,120 -Suyash jadi watak utama. -Tentu sekali. 436 00:29:59,120 --> 00:30:00,920 Bawakan makanan untuk Vedant. 437 00:30:01,480 --> 00:30:02,960 -Hai. -Helo. 438 00:30:03,040 --> 00:30:06,120 Tengok, ada guru mengurat guru lain. 439 00:30:07,640 --> 00:30:08,720 Macam mana dia? 440 00:30:09,720 --> 00:30:13,240 Semakin baik, tapi dia tak cakap banyak. 441 00:30:13,320 --> 00:30:16,000 Jadi, saya tak tahu masalah dia. 442 00:30:17,160 --> 00:30:18,480 Mungkin seseorang. 443 00:30:20,200 --> 00:30:24,760 Kita semua sangka budak-budak paling takut peperiksaan, 444 00:30:24,840 --> 00:30:26,400 guru dan warden. 445 00:30:27,520 --> 00:30:28,720 Namun, hakikatnya, 446 00:30:29,720 --> 00:30:32,080 mereka takut sesama mereka. 447 00:30:32,920 --> 00:30:35,480 Banyak hal berlaku di asrama selepas lampu padam. 448 00:30:37,760 --> 00:30:39,320 Awak rasa dia dibuli? 449 00:30:41,080 --> 00:30:42,160 Boleh jadi. 450 00:30:45,280 --> 00:30:46,600 Boleh saya cakap? 451 00:30:48,680 --> 00:30:50,240 Cubalah kalau dia balas. 452 00:31:00,960 --> 00:31:02,440 Kamu tak suka gulab jamun? 453 00:31:04,360 --> 00:31:08,160 Jadi, apa kamu buat dengan duit belanja? 454 00:31:09,320 --> 00:31:10,960 Saya simpan. 455 00:31:11,560 --> 00:31:15,760 Saya beli gula-gula di Kilang Coklat Trevor apabila pulang. 456 00:31:15,840 --> 00:31:18,080 Pak cik suka burger mereka. 457 00:31:21,480 --> 00:31:23,480 Mereka ada gula-gula adiwira. 458 00:31:23,560 --> 00:31:24,800 Kamu suka adiwira? 459 00:31:26,200 --> 00:31:28,680 Jadi, tentu kamu tahu tentang Shadow Boy. 460 00:31:29,800 --> 00:31:30,960 Kamu tak tahu? 461 00:31:31,040 --> 00:31:33,360 Shadow Boy bekas pelajar di sini. 462 00:31:37,080 --> 00:31:38,640 Dia sangat... 463 00:31:40,120 --> 00:31:42,280 takut akan raksasa kebuluran di sini. 464 00:31:43,600 --> 00:31:45,240 Dia rasa mereka akan makan dia. 465 00:31:47,240 --> 00:31:51,080 Jadi, dia selalu bersembunyi dalam kegelapan. 466 00:31:51,760 --> 00:31:52,920 Di dalam bayangan. 467 00:31:54,240 --> 00:31:55,160 Macam saya? 468 00:32:01,120 --> 00:32:02,320 Ada lagi. 469 00:32:02,400 --> 00:32:06,600 Satu hari, semasa dia bersedih dan menangis sendirian dalam gelap, 470 00:32:08,000 --> 00:32:09,800 Phoenix Boy selamatkan dia. 471 00:32:10,600 --> 00:32:12,440 Dia menghulurkan tangan dan kata, 472 00:32:12,520 --> 00:32:16,480 "Keluar dari kegelapan. Kita akan lawan raksasa-raksasa itu. " 473 00:32:17,480 --> 00:32:18,960 Apabila memasuki cahaya, 474 00:32:19,680 --> 00:32:22,560 baru dia sedar bahawa dia mempunyai adikuasa. 475 00:32:24,360 --> 00:32:28,200 Dia boleh kawal sesiapa dengan mindanya. 476 00:32:29,920 --> 00:32:35,600 Jadi, dia guna minda untuk kurung semua raksasa dan biarkannya kebuluran 477 00:32:36,320 --> 00:32:41,040 sampai raksasa itu makan sesama mereka dan mati. 478 00:32:43,360 --> 00:32:45,480 Kamu tahu pengajarannya? 479 00:32:46,960 --> 00:32:51,080 Kalau kamu Shadow Boy dan Phoenix Boy menghulurkan tangan, 480 00:32:52,160 --> 00:32:53,400 kamu patut sambut. 481 00:32:55,160 --> 00:32:57,200 Kamu pun akan dapat adikuasa. 482 00:32:59,480 --> 00:33:00,480 Kemudian... 483 00:33:02,040 --> 00:33:03,600 kamu boleh lawan balik, Nina... 484 00:33:09,280 --> 00:33:10,880 Kamu boleh lawan balik, Vedant. 485 00:33:20,760 --> 00:33:21,760 Cukup hangat? 486 00:33:22,360 --> 00:33:23,680 Okey, tidurlah. 487 00:33:28,000 --> 00:33:28,960 Mak? 488 00:33:30,680 --> 00:33:31,920 Cikgu, maaf. 489 00:33:34,920 --> 00:33:37,200 Boleh saya keluar dari bayangan juga? 490 00:33:42,280 --> 00:33:45,000 Raksasa kebuluran kacau kamu? 491 00:33:48,320 --> 00:33:50,000 Cikgu janji, jika kamu izinkan... 492 00:33:51,880 --> 00:33:53,720 cikgu takkan biar kamu ditangkap. 493 00:34:04,480 --> 00:34:07,120 -Tak apa, marilah. -Timbul masalah nanti. 494 00:34:07,200 --> 00:34:10,040 -Saya takkan biar sesiapa tidur. -Jangan... 495 00:34:10,120 --> 00:34:12,320 Kita akan kacau semua orang. 496 00:34:12,440 --> 00:34:13,680 Tidak. Buat dia faham... 497 00:34:13,760 --> 00:34:17,040 Malam ini, Hantu Goyang Katil akan kacau bekas pelajar. 498 00:35:35,840 --> 00:35:37,480 Janganlah! 499 00:35:39,520 --> 00:35:42,080 Kamu cuba takutkan saya dengan usikan saya. 500 00:35:44,600 --> 00:35:46,440 Sudah! Tolonglah! 501 00:35:58,440 --> 00:35:59,960 Tolonglah! 502 00:36:00,040 --> 00:36:02,160 Saya sesak nafas. 503 00:36:02,800 --> 00:36:04,280 Tak kelakarlah! 504 00:36:05,000 --> 00:36:06,200 Lepaskan saya. 505 00:39:11,160 --> 00:39:13,160 Terjemahan sari kata oleh M Arrazi Azmi 506 00:39:13,200 --> 00:39:15,200 Penyelia Kreatif Noorsalwati Nordin