1 00:00:24,200 --> 00:00:25,280 Ya! 2 00:00:31,320 --> 00:00:34,320 SEKOLAH LEMBAH NILGIRI, OOTY SEPTEMBER 2022 3 00:00:43,160 --> 00:00:45,040 Pengetua belum berpindah. 4 00:00:45,120 --> 00:00:48,280 Kami dah hantar bagasi dia ke rumah baharu semalam, 5 00:00:48,360 --> 00:00:50,120 tapi dia di sini semalaman. 6 00:00:50,200 --> 00:00:52,600 -Dia tak nak pergi. -Ya. 7 00:00:53,320 --> 00:00:55,960 -Selamat pagi, encik. -Selamat pagi. 8 00:00:59,360 --> 00:01:01,920 PENGETUA SATYANSHU VYAS BANGLO NO. 8 9 00:01:07,560 --> 00:01:08,440 Pengetua Vyas. 10 00:01:23,320 --> 00:01:24,400 Pengetua Vyas? 11 00:01:36,680 --> 00:01:37,840 Pengetua Vyas? 12 00:02:24,840 --> 00:02:27,400 LEMBAH NILGIRI - KAWASAN HUTAN DILARANG CEROBOH 13 00:03:19,160 --> 00:03:20,920 Cikgu Chandra Prakash? 14 00:03:22,480 --> 00:03:25,600 Apa halnya? Muka awak macam baru nampak hantu. 15 00:03:25,680 --> 00:03:26,960 Pengetua Vyas... 16 00:03:30,160 --> 00:03:31,400 dah tiada. 17 00:04:17,760 --> 00:04:21,000 3 BULAN KEMUDIAN HARI INI 18 00:04:21,080 --> 00:04:23,800 ASRAMA LELAKI 19 00:05:38,160 --> 00:05:41,000 Sarthak, lepaskan saya. Saya akan rahsiakannya! 20 00:05:41,080 --> 00:05:44,440 Tolonglah, Kabir. Lepaskan saya. Saya tak boleh bernafas. 21 00:05:44,520 --> 00:05:47,520 Sarthak, tolonglah. Saya akan rahsiakannya. 22 00:05:47,920 --> 00:05:50,120 Tolonglah. Saya takkan beritahu sesiapa. 23 00:05:50,200 --> 00:05:53,360 Keluarkan saya! Sarthak, saya takkan laporkan. 24 00:05:53,440 --> 00:05:55,080 Buka! Saya sesak nafas! 25 00:05:55,160 --> 00:05:57,480 Kenapa, Vedant? Awak terkencing dalam seluar? 26 00:05:59,400 --> 00:06:01,240 Lampin awak dari Amerika, bukan? 27 00:06:02,720 --> 00:06:04,800 Sarthak, saya sesak nafas. 28 00:06:04,880 --> 00:06:07,040 Lepaskan saya. Saya sesak nafas. 29 00:06:07,120 --> 00:06:09,800 Selamat malam. Semoga dapat tidur lena. 30 00:06:09,880 --> 00:06:12,560 Sarthak, Kabir, tolonglah! 31 00:06:12,640 --> 00:06:14,160 Tolong lepaskan saya. 32 00:06:14,720 --> 00:06:16,160 Macam mana kalau apa-apa jadi? 33 00:06:16,240 --> 00:06:18,000 Awak macam perempuan, Kabir. 34 00:06:18,080 --> 00:06:19,200 Mana ada. 35 00:06:19,280 --> 00:06:21,280 Saya cuma tak nak dibuang. 36 00:06:21,720 --> 00:06:23,480 Bagaimana kalau ada orang tahu? 37 00:06:23,920 --> 00:06:25,120 Siapa akan tahu? 38 00:06:25,200 --> 00:06:27,600 Dia boleh laporkan selepas keluar nanti. 39 00:06:28,080 --> 00:06:29,160 Okey. 40 00:06:29,960 --> 00:06:31,440 Jom masukkan dia sekali. 41 00:06:32,040 --> 00:06:33,840 Tolonglah! 42 00:06:36,720 --> 00:06:37,880 Saya akan rahsiakan. 43 00:06:37,960 --> 00:06:40,680 Sarthak, tolonglah. Saya takkan laporkan. 44 00:06:40,760 --> 00:06:43,200 Keluarkan saya. Saya sesak nafas. 45 00:06:48,080 --> 00:06:50,320 Sarthak! Tolong lepaskan saya. 46 00:06:54,720 --> 00:06:56,480 Dengar sini, Vedant. 47 00:06:56,560 --> 00:07:00,360 Hantu Pengetua Vyas merayau-rayau di sekitar asrama setiap malam. 48 00:07:00,880 --> 00:07:04,640 Apa-apa pun terjadi, jangan sesekali pandang matanya. 49 00:07:28,360 --> 00:07:29,400 Tolonglah... 50 00:07:40,080 --> 00:07:41,000 Helo? 51 00:07:50,360 --> 00:07:51,800 Kabir, itu awak? 52 00:07:51,880 --> 00:07:54,480 Kabir, tolonglah. Saya tak boleh bernafas. 53 00:07:54,560 --> 00:07:56,720 Saya takut. Tolong lepaskan saya. 54 00:08:00,720 --> 00:08:02,560 Kenapa awak tercegat saja? 55 00:08:02,640 --> 00:08:04,960 Tolonglah. Saya akan mati di sini. 56 00:08:05,040 --> 00:08:06,200 Tolong saya. 57 00:09:11,400 --> 00:09:13,240 Bukan itu maksud saya. 58 00:09:13,320 --> 00:09:16,840 Dia pelajar yang baik, tapi ada masalah lain. 59 00:09:16,880 --> 00:09:19,120 Kami datang untuk selesaikan isu hartanah. 60 00:09:19,200 --> 00:09:21,480 Kami nak jumpa Vedant sebelum balik, 61 00:09:22,200 --> 00:09:25,640 tapi awak beritahu kami segala aduan terhadap dia. 62 00:09:25,720 --> 00:09:26,760 En. Malik... 63 00:09:31,120 --> 00:09:33,760 Saya cuma nak maklumkan kebimbangan saya. 64 00:09:35,040 --> 00:09:36,640 Vedant tak gembira di sini. 65 00:09:36,760 --> 00:09:39,160 Dia cuba lari dari asrama, 66 00:09:39,240 --> 00:09:40,720 tak lalu makan, 67 00:09:40,760 --> 00:09:42,120 menangis setiap hari 68 00:09:42,200 --> 00:09:43,320 dan kencing malam. 69 00:09:44,200 --> 00:09:45,400 Saya pun belajar di sini. 70 00:09:46,160 --> 00:09:48,520 Tahun pertama di asrama memang sukar. 71 00:09:49,320 --> 00:09:52,520 Kalau awak hantar setiap budak yang menangis balik, 72 00:09:52,600 --> 00:09:54,720 sekolah awak akan kosong. 73 00:09:54,760 --> 00:09:56,240 Akaun bank sekolah pun. 74 00:09:57,240 --> 00:10:00,880 Awak boleh jelaskan kepada Lembaga Pengarah punca sayap baharu 75 00:10:00,960 --> 00:10:03,120 terpaksa ditutup sebelum beroperasi. 76 00:10:03,200 --> 00:10:06,120 En. Malik, beginilah. 77 00:10:07,160 --> 00:10:11,240 Vedant bukan budak suka menangis yang biasa. 78 00:10:12,200 --> 00:10:14,160 Dia lebih sensitif. 79 00:10:15,720 --> 00:10:16,880 Bagi budak begini... 80 00:10:17,000 --> 00:10:18,400 Sekolah ini ada kaunselor. 81 00:10:19,880 --> 00:10:20,760 Cukup! 82 00:10:26,320 --> 00:10:28,120 SELAMAT KEMBALI! 83 00:10:28,200 --> 00:10:30,640 Pelajar 2007 ada majlis perjumpaan esok? 84 00:10:32,440 --> 00:10:35,120 Ya, kami agak teruja. 85 00:10:35,600 --> 00:10:38,840 -Pn. Malik, saya rasa kita patut... -Beginilah, tuan pengetua. 86 00:10:38,880 --> 00:10:42,240 Sudah banyak generasi kami hantar anak ke sini. 87 00:10:42,320 --> 00:10:43,760 Sebab ini identiti kami. 88 00:10:44,360 --> 00:10:45,440 Legasi kami. 89 00:10:46,520 --> 00:10:51,760 Kalau awak terus risau tentang anak saya basahkan cadar murah, 90 00:10:52,440 --> 00:10:56,120 awak mungkin hilang kerja dan memburukkan reputasi sekolah. 91 00:10:56,600 --> 00:10:58,840 Semoga dipermudah esok. Terima kasih. 92 00:10:58,920 --> 00:11:01,080 EN. KC SWAMY PENGETUA 93 00:11:16,720 --> 00:11:18,880 Kamu yang lepaskan dia? 94 00:11:18,960 --> 00:11:19,960 Jawab. 95 00:11:20,760 --> 00:11:22,520 Tidak, bukan saya. 96 00:11:22,600 --> 00:11:24,480 Jadi, macam mana dia keluar? 97 00:11:43,280 --> 00:11:44,120 BILIK ARKIB 98 00:11:44,200 --> 00:11:45,680 Sarthak, lepaskan saya. 99 00:11:45,760 --> 00:11:48,800 Sarthak, saya tak bersalah. Tolonglah. 100 00:12:22,040 --> 00:12:24,960 SEKOLAH LEMBAH NILGIRI BUKU TAHUNAN 2007 101 00:12:30,200 --> 00:12:32,480 PELAJAR 2007 102 00:12:32,560 --> 00:12:36,120 DARI KIRI KE KANAN: RAJAT SINHA, ADHIRAJ JAISINGH, DEV PRATAP JAMWAL 103 00:12:44,240 --> 00:12:46,640 Vedant. 104 00:12:53,080 --> 00:12:55,120 Vedant, kamu ada di sini? 105 00:12:55,760 --> 00:12:57,920 Tak nak ucap selamat jalan kepada mak ayah? 106 00:12:58,000 --> 00:13:00,000 Mari pergi. 107 00:13:13,240 --> 00:13:16,280 KOLEJ PENGAJIAN MODEN AMERIKA BOSTON 108 00:13:16,920 --> 00:13:18,600 "Aku bunuh abang sendiri. " 109 00:13:22,680 --> 00:13:24,680 Arjun dibelenggu rasa bersalah. 110 00:13:24,760 --> 00:13:27,480 Karn merupakan abangnya. 111 00:13:27,920 --> 00:13:29,640 Kata Dewa Krishna, 112 00:13:30,600 --> 00:13:33,680 "Perasaan bersalah bak karat pada besi. " 113 00:13:34,880 --> 00:13:37,920 Lebih kuat perasaannya, lebih punah jiwa kita. 114 00:13:38,000 --> 00:13:39,360 Tapi tertulis di sini, 115 00:13:39,440 --> 00:13:43,600 "Kita hanya perlu lepaskan segala yang terpendam dalam diri. " 116 00:13:44,280 --> 00:13:46,280 Kenapa dia tak lepaskan saja? 117 00:13:47,360 --> 00:13:48,800 Sebab kadangkala... 118 00:13:50,160 --> 00:13:52,400 kesilapan yang dibuat terlalu besar. 119 00:13:54,680 --> 00:13:57,000 Lalu keperitan berbekas selamanya. 120 00:14:06,400 --> 00:14:08,320 Peringatan sebelum kamu pulang. 121 00:14:08,400 --> 00:14:10,880 Saya tiada dari esok sampai minggu depan. 122 00:14:10,960 --> 00:14:12,760 Cik Smith akan gantikan saya. 123 00:14:12,840 --> 00:14:14,640 En. J nak ke mana? 124 00:14:14,720 --> 00:14:15,600 India. 125 00:14:15,680 --> 00:14:18,520 -Untuk berkahwin? -Apa? Bukan. 126 00:14:19,080 --> 00:14:22,160 Encik tak pernah bercuti. Tentu ada perkara istimewa. 127 00:14:22,240 --> 00:14:25,040 Saya nak ke India untuk perjumpaan sekolah menengah. 128 00:14:25,120 --> 00:14:27,640 Sudah 15 tahun saya tak balik. 129 00:14:28,200 --> 00:14:29,160 Kenapa? 130 00:14:31,360 --> 00:14:34,360 Pasti kamu ada rancangan menarik pada malam Jumaat. 131 00:14:36,480 --> 00:14:37,880 Berseronoklah, En. J. 132 00:14:37,960 --> 00:14:38,920 Terima kasih. 133 00:14:53,240 --> 00:14:54,080 Ya? 134 00:14:59,640 --> 00:15:00,680 Siapa itu? 135 00:15:26,800 --> 00:15:29,040 Ya, telefon balik nanti. 136 00:15:30,960 --> 00:15:32,720 Selamat petang, En. J. 137 00:15:38,520 --> 00:15:39,360 Helo. 138 00:15:39,440 --> 00:15:41,200 Pn. Sinha bercakap. 139 00:15:41,280 --> 00:15:43,320 Pegawai tadbir Sekolah Lembah Nilgiri. 140 00:15:43,400 --> 00:15:44,760 Ya, puan. Kenapa? 141 00:15:44,840 --> 00:15:47,600 Majlis akan bermula pada 1.00 tengah hari. 142 00:15:48,000 --> 00:15:52,440 Jika penerbangan encik dilewatkan, sila maklumkan kepada kami. 143 00:15:52,520 --> 00:15:54,960 Puan ada hubungi Ninad Raman? 144 00:15:56,200 --> 00:15:58,000 Dia pun tinggal di AS? 145 00:15:59,000 --> 00:16:01,560 Saya tak pasti. 146 00:16:01,640 --> 00:16:07,640 Maaf, saya hanya ada senarai pelajar yang tinggal di luar India. 147 00:16:08,160 --> 00:16:09,000 Terima kasih. 148 00:16:12,400 --> 00:16:16,640 Hei, Adhiraj. Maaf sebab batalkan janji temu kita pada saat-saat akhir. 149 00:16:16,720 --> 00:16:19,520 Saya cuma nak ingatkan, sebelum penerbangan, 150 00:16:19,600 --> 00:16:23,920 awak harus ambil masa biasakan diri dengan dos baharu ubat keresahan awak. 151 00:16:24,000 --> 00:16:27,880 Namun, kalau awak mengalami halusinasi atau loya, 152 00:16:27,960 --> 00:16:30,080 tolong terus telefon saya. 153 00:16:30,160 --> 00:16:32,680 Ingat. Fokus kepada kenangan manis 154 00:16:32,760 --> 00:16:33,720 dan kawan-kawan. 155 00:16:33,800 --> 00:16:37,040 Awak sendiri kata sekolah itu ialah rumah awak. 156 00:16:37,120 --> 00:16:38,640 Jaga diri. 157 00:16:41,600 --> 00:16:44,520 HARI TERAKHIR SEKOLAH 158 00:16:48,920 --> 00:16:49,920 Adi! 159 00:16:55,440 --> 00:16:58,080 Hai. Maafkan saya. 160 00:16:58,160 --> 00:17:01,000 Awak mohon kolej di Amerika tanpa beritahu saya. 161 00:17:01,080 --> 00:17:03,280 Awak nak saya menunggu? 162 00:17:04,120 --> 00:17:06,560 Adhiraj, awak dah lupa janji awak? 163 00:17:06,640 --> 00:17:07,520 Takkan sesekali. 164 00:17:08,280 --> 00:17:11,520 Saya janji nak luangkan seluruh minggu ini dengan awak. 165 00:17:11,560 --> 00:17:14,000 Cuma latihan renang habis lambat, 166 00:17:14,080 --> 00:17:17,440 lalu saya pergi ambil lencana dan pengetua suruh ke sini. 167 00:17:17,960 --> 00:17:19,640 Jangan berlagak. 168 00:17:19,720 --> 00:17:21,680 Lencana saya pun istimewa. 169 00:17:24,080 --> 00:17:25,920 Bukan lencana saja, Malvika. 170 00:17:26,320 --> 00:17:28,320 Semua tentang diri awak istimewa. 171 00:17:29,280 --> 00:17:30,800 Awak sememangnya bintang. 172 00:17:33,080 --> 00:17:35,320 Hei, ayah awak mungkin ada di sini. 173 00:17:35,440 --> 00:17:37,320 Dia dah serahkan surat bersara. 174 00:17:37,880 --> 00:17:39,240 Ini minggu terakhir. 175 00:17:39,720 --> 00:17:43,680 Ya, awak nak hukum dia sebab terpaksa belajar di sekolah lelaki. 176 00:17:43,760 --> 00:17:45,680 Tapi jangan hukum saya. 177 00:17:45,760 --> 00:17:47,000 Adi, jangan pergi. 178 00:17:47,080 --> 00:17:49,240 Itu hanya biasiswa. Tak penting pun. 179 00:17:49,320 --> 00:17:50,240 Malvika. 180 00:17:52,920 --> 00:17:54,720 Baiklah. Jangan curang. 181 00:17:55,520 --> 00:17:56,560 Saya nak mati? 182 00:18:10,320 --> 00:18:11,720 Sudahlah. 183 00:18:11,800 --> 00:18:12,680 Tak kelakar. 184 00:18:12,760 --> 00:18:14,080 Kelakarlah. 185 00:18:14,720 --> 00:18:16,760 Kami ketawa sebab kelakar. 186 00:18:18,960 --> 00:18:21,560 Ini minggu terakhir. Jangan kacau Parth. 187 00:18:21,680 --> 00:18:24,320 Sebab itulah tak boleh beri dia peluang. 188 00:18:26,800 --> 00:18:30,000 Adi, kalau awak lambat untuk ambil gambar kelas, 189 00:18:30,080 --> 00:18:32,520 Jurulatih Gas pasti sangat kecewa. 190 00:18:32,560 --> 00:18:35,280 -Anak cikgu! -Anak cikgu! 191 00:18:36,320 --> 00:18:38,240 Usah risau. Semoga berjaya, Dev. 192 00:18:38,320 --> 00:18:40,320 -Devi Prasad, mari sini. -Apa dia? 193 00:18:40,440 --> 00:18:41,680 Dev dah tamat belajar. 194 00:18:41,760 --> 00:18:44,800 Siapa nak beri awak tip banyak untuk kerja rencam? 195 00:18:44,880 --> 00:18:46,640 Jangan cakap di depan cikgu. 196 00:18:46,720 --> 00:18:49,400 Kamu dah nak pergi. Saya tak nak dipecat. 197 00:18:49,480 --> 00:18:51,240 Saya ada idea. 198 00:18:51,320 --> 00:18:53,880 Ikutlah Dev ke kolej dan jadi hamba dia. 199 00:18:53,960 --> 00:18:55,560 Biadab betul kamu. 200 00:18:55,640 --> 00:18:57,880 -Awak nak ke mana? -Sabar... 201 00:18:58,720 --> 00:19:01,320 Cepat, semua. Bersedia sebelum hujan turun. 202 00:19:01,400 --> 00:19:03,920 -Hei, Dev. -Kenapa? 203 00:19:04,880 --> 00:19:06,800 Ahli jawatankuasa di depan. 204 00:19:06,880 --> 00:19:08,880 Yang tak berguna di belakang. 205 00:19:08,960 --> 00:19:10,040 Apa cerita? 206 00:19:12,680 --> 00:19:13,920 Kawan. 207 00:19:20,040 --> 00:19:21,240 Di mana Ninad? 208 00:19:21,320 --> 00:19:22,440 Entahlah. 209 00:19:24,440 --> 00:19:27,680 Awak pelajar terbaik dan dia pula anak cikgu. 210 00:19:27,760 --> 00:19:31,240 Awak pula mencemburui kami walaupun awak Dev Pratap Jamwal? 211 00:19:32,560 --> 00:19:34,680 -Sedia? -Cikgu! 212 00:19:34,760 --> 00:19:36,960 -Ninad tiada. -Tiada orang peduli. 213 00:19:37,040 --> 00:19:39,080 Dia tak patut ada dalam gambar kelas. 214 00:19:39,200 --> 00:19:40,960 -Tak bertanggungjawab betul. -Ya. 215 00:19:45,040 --> 00:19:47,880 Ninad, cepat. Kami tunggu awak. 216 00:19:53,240 --> 00:19:56,320 Ninad, cepatlah. Semua orang tunggu awak. 217 00:19:56,440 --> 00:19:57,560 Ninad, cepatlah. 218 00:20:02,800 --> 00:20:05,760 -Cepat! -Ayuh, kita tiada banyak masa. 219 00:20:07,320 --> 00:20:08,280 Apa ini? 220 00:20:08,320 --> 00:20:09,640 Mari sini. 221 00:20:09,720 --> 00:20:11,960 -Dia selalu lambat. -Pergilah. 222 00:20:13,240 --> 00:20:14,080 Pergi saja. 223 00:20:14,200 --> 00:20:15,080 Hei! 224 00:20:17,320 --> 00:20:19,280 Nins, awak ambil tempat saya. 225 00:20:19,320 --> 00:20:20,640 -Maaf. -Tak apa, sini. 226 00:20:23,040 --> 00:20:24,640 Awak bersolek tadi? 227 00:20:26,720 --> 00:20:29,920 Tengoklah ini! Suami Ninad! 228 00:20:30,000 --> 00:20:31,000 Budak pelik. 229 00:20:31,080 --> 00:20:32,520 Jangan main-main. 230 00:20:33,000 --> 00:20:34,040 Bertenang. 231 00:20:34,560 --> 00:20:35,640 -Dev. -Abaikan. 232 00:20:35,720 --> 00:20:37,800 -Kenapa dia marah? -Jangan libatkan saya. 233 00:20:37,920 --> 00:20:41,400 Adhiraj, Ninad dan Malvika pasangan asmara bertiga. 234 00:20:43,680 --> 00:20:47,440 Adu, saya tahu awak takkan biar mereka ambil gambar tanpa saya. 235 00:20:47,520 --> 00:20:48,320 Mestilah. 236 00:20:50,200 --> 00:20:51,560 Okey, sedia? 237 00:20:51,640 --> 00:20:52,680 Sedia. 238 00:20:52,760 --> 00:20:53,880 Tiga... 239 00:20:57,400 --> 00:20:58,240 Dua... 240 00:21:02,920 --> 00:21:04,320 Satu... 241 00:21:35,920 --> 00:21:37,200 Setiap hari. 242 00:21:37,800 --> 00:21:39,480 Mereka patut digantung... 243 00:21:55,800 --> 00:21:59,600 AWAS HANTU PENGETUA SATYANSHU VYAS 244 00:22:28,640 --> 00:22:30,120 BAHAYA 245 00:23:12,480 --> 00:23:17,240 Kumaran kata sepuluh ekor anak anjing telah dikerat kecil-kecil. 246 00:23:17,320 --> 00:23:19,200 Dia gila. 247 00:23:19,800 --> 00:23:21,280 Kumaran penipu. 248 00:23:22,040 --> 00:23:23,240 Awak sendiri nampak? 249 00:23:23,920 --> 00:23:25,120 Vedant pengecut. 250 00:23:25,200 --> 00:23:26,960 Mustahil dia bunuh anak anjing. 251 00:23:27,040 --> 00:23:29,480 Bukan dia, tapi Pengetua Vyas. 252 00:23:30,320 --> 00:23:31,440 Tengok dia. 253 00:23:31,880 --> 00:23:35,880 Hantu Pengetua Vyas rasuk Vedant dan bunuh anak-anak anjing itu. 254 00:23:36,360 --> 00:23:37,760 Siapa lagi dia akan bunuh? 255 00:23:40,040 --> 00:23:40,880 Selamat pagi. 256 00:23:42,040 --> 00:23:43,600 Selamat pagi, Cikgu Supriya. 257 00:23:44,200 --> 00:23:47,000 Ini yang kamu belajar di sekolah terbaik? 258 00:23:49,240 --> 00:23:50,080 Masuk kelas. 259 00:23:58,800 --> 00:24:00,840 Kepala kamu cedera? Tunjuk sini. 260 00:24:01,520 --> 00:24:03,080 Tiada kecederaan kepala. 261 00:24:03,160 --> 00:24:05,160 Saya akan datang balik, okey? 262 00:24:28,320 --> 00:24:31,920 En. Manohar, awak warden asrama itu. 263 00:24:32,720 --> 00:24:36,640 Vedant lari dari asrama pada tengah malam, tapi awak tak tahu? 264 00:24:36,720 --> 00:24:37,880 Tolonglah, pengetua. 265 00:24:38,320 --> 00:24:40,400 Saya tak tidur sebab budak itu... 266 00:24:40,480 --> 00:24:44,080 Keselamatan setiap pelajar di sekolah ini tanggungjawab kita. 267 00:24:46,600 --> 00:24:49,520 Pn. Sinha, tutup tapak pembinaan. 268 00:24:49,600 --> 00:24:52,720 -Baik. -Macam mana dengan malapetaka 269 00:24:52,800 --> 00:24:54,400 yang berlaku di sini? 270 00:24:55,680 --> 00:24:59,720 Semua orang bercakap tentang pelajar sepuluh tahun 271 00:24:59,800 --> 00:25:01,680 membunuh anak anjing. 272 00:25:01,760 --> 00:25:04,520 Ada sesiapa tanya dia sebelum bergosip? 273 00:25:04,600 --> 00:25:07,120 Macam mana awak tahu dia yang bunuh? 274 00:25:07,680 --> 00:25:11,440 Ada banyak persoalan yang saya tak tahu jawapannya. 275 00:25:12,400 --> 00:25:15,160 Kenapa dia lari dari asrama? 276 00:25:15,240 --> 00:25:18,560 Apa dia buat di rumah Pengetua Vyas pada lewat malam? 277 00:25:18,640 --> 00:25:22,040 Dia lari dari asrama sebab dia tak gembira di sini. 278 00:25:22,120 --> 00:25:24,600 Jadi, dari mana dia dapat batang besi itu? 279 00:25:24,680 --> 00:25:29,640 Dia budak, kuat sifat ingin tahu. Tentu dia ambil di tapak pembinaan. 280 00:25:29,720 --> 00:25:33,280 Kalau dia tak bunuh, macam mana anak-anak anjing itu mati? 281 00:25:33,360 --> 00:25:37,680 -Mungkin ada sesuatu terjatuh. -Syukurlah tak jatuh ke atas Vedant. 282 00:25:37,760 --> 00:25:38,800 Betul. 283 00:25:38,880 --> 00:25:40,840 Atau kita semua akan ke penjara. 284 00:25:43,320 --> 00:25:48,120 Tiga puluh bekas pelajar akan datang esok untuk majlis perjumpaan 15 tahun. 285 00:25:48,200 --> 00:25:50,000 Kebanyakannya orang penting. 286 00:25:50,480 --> 00:25:52,920 -Saya cuma nak... -Cikgu Chandra Prakash. 287 00:25:53,720 --> 00:25:55,960 Dah lima tahun awak guru di sini, bukan? 288 00:25:56,040 --> 00:25:57,000 Ya. 289 00:25:57,080 --> 00:26:00,160 Jadi, tentu awak tahu betapa pentingnya majlis esok. 290 00:26:00,240 --> 00:26:01,720 -Ya. -Satu saya nak minta. 291 00:26:02,200 --> 00:26:03,680 Lupakan benda mengarut ini! 292 00:26:04,840 --> 00:26:06,240 Mari sambung kerja. 293 00:26:06,320 --> 00:26:07,720 Terima kasih. Itu saja. 294 00:26:11,600 --> 00:26:14,440 Cikgu Ghosh, boleh kita bercakap sekejap? 295 00:26:14,520 --> 00:26:18,200 Kumaran, pergi ke tapak pembinaan dan panggil pengawal. 296 00:26:18,640 --> 00:26:21,000 Manohar, awak ikut saya sekali. 297 00:26:21,080 --> 00:26:25,720 Saya dah cuba yakinkan mak ayah Vedant, tapi... 298 00:26:27,440 --> 00:26:32,600 Mereka paksa anak mereka belajar di sekolah berasrama penuh. 299 00:26:33,680 --> 00:26:35,160 Itu tak patut. 300 00:26:35,680 --> 00:26:38,000 Walau bagaimanapun, sebagai kaunselor, 301 00:26:38,080 --> 00:26:41,360 tolong fahamkan dia bahawa selagi dia ada di sini, 302 00:26:41,440 --> 00:26:43,280 dia perlu jaga kelakuan. 303 00:26:43,360 --> 00:26:45,920 Dia pendiam. Saya nampak dia di dewan makan. 304 00:26:46,000 --> 00:26:48,360 Dia duduk bersendirian. 305 00:26:49,080 --> 00:26:52,480 Biar saya cakap dengan dia dan cuba faham diri dia dulu. 306 00:26:52,560 --> 00:26:55,480 Ya, saya bukan nak ajar awak buat kerja. 307 00:26:55,560 --> 00:27:00,840 Tapi saya tak nak Vedant terbabit dalam aktiviti perjumpaan bekas pelajar. 308 00:27:00,920 --> 00:27:04,280 Selepas kelas, terus ke pejabat awak dan balik ke asrama. 309 00:27:04,600 --> 00:27:06,560 Tapi itu akan memburukkan keadaan. 310 00:27:06,640 --> 00:27:10,800 Betul, Supriya, tapi saya tak boleh ambil risiko 311 00:27:10,880 --> 00:27:14,400 apabila ada orang penting. Faham? 312 00:27:15,080 --> 00:27:17,760 -Okey, terima kasih. -Terima kasih. 313 00:27:29,000 --> 00:27:30,760 Kita mungkin lupa kesilapan, 314 00:27:31,480 --> 00:27:34,680 tapi kesilapan akan terus menghantui kita. 315 00:27:36,200 --> 00:27:37,840 Sejak Pengetua Vyas mati, 316 00:27:37,920 --> 00:27:41,600 saya selalu suruh sekolah ini buat pembersihan spiritual. 317 00:27:41,680 --> 00:27:44,400 -Badannya terliuk... -Cikgu Chandra Prakash, 318 00:27:44,480 --> 00:27:49,280 dia kena serangan jantung dan doktor kata badan dia terliuk selepas itu. 319 00:27:49,360 --> 00:27:50,600 Awak nampak dia mati? 320 00:27:51,680 --> 00:27:52,760 Tidak, bukan? 321 00:27:54,160 --> 00:27:55,560 Saya nampak. 322 00:27:57,680 --> 00:28:01,480 Pernahkah awak nampak seseorang mati 323 00:28:01,560 --> 00:28:03,800 di depan mata sendiri? 324 00:28:22,000 --> 00:28:23,240 Bebal betul. 325 00:28:35,720 --> 00:28:38,120 Dhruv, beri bahagian kaki awak, 326 00:28:39,280 --> 00:28:40,840 saya akan beri manisan. 327 00:28:40,920 --> 00:28:41,760 Jangan harap. 328 00:28:51,680 --> 00:28:53,080 Sarthak. Budak gila itu. 329 00:28:56,320 --> 00:28:58,040 Dia pembunuh anak anjing! 330 00:29:00,560 --> 00:29:02,160 Pembunuh anak anjing datang. 331 00:29:21,040 --> 00:29:23,000 Saya masih tak faham. 332 00:29:23,400 --> 00:29:26,120 Macam mana dia keluar dari lokar malam itu? 333 00:29:26,560 --> 00:29:28,920 Bukan saya yang buka. Saya dah cakap. 334 00:29:29,920 --> 00:29:31,960 Mungkin Warden Manohar? 335 00:29:33,560 --> 00:29:37,200 Maksudnya, dia tak beritahu Warden Manohar tentang kita lagi. 336 00:29:37,680 --> 00:29:39,800 Kalau tak, tentu kita dah dibuang. 337 00:29:39,880 --> 00:29:41,520 Harap dia tak laporkan. 338 00:29:43,640 --> 00:29:45,800 Usah risau, dia takkan laporkan. 339 00:29:46,680 --> 00:29:48,560 Saya akan tunjuk nasib kaki repot. 340 00:30:01,640 --> 00:30:04,560 Cepat! Tutup lampu lima minit lagi! 341 00:30:12,280 --> 00:30:15,080 En. Manohar! Encik! 342 00:30:16,160 --> 00:30:17,840 -Kenapa? -Vedant, encik! 343 00:30:18,560 --> 00:30:20,640 -Cepat, encik. Tolong... -Mari. 344 00:30:20,720 --> 00:30:22,040 Ke tepi, anak-anak. 345 00:30:22,120 --> 00:30:22,960 Encik, Vedant... 346 00:30:23,040 --> 00:30:25,200 Sarthak buli Vedant. 347 00:30:26,040 --> 00:30:27,200 BILIK AIR LELAKI 348 00:30:27,360 --> 00:30:28,720 Sarthak, buka pintu! 349 00:30:29,920 --> 00:30:31,560 Sarthak, buka pintu! 350 00:30:33,320 --> 00:30:34,400 Vedant! 351 00:30:34,480 --> 00:30:36,560 Vedant, jangan menangis. Kami ada. 352 00:30:37,240 --> 00:30:40,440 Sarthak, buka pintu. Kalau tak, kamu akan digantung! 353 00:30:40,520 --> 00:30:43,560 Dhruv, pergi panggil Kumaran. 354 00:31:22,320 --> 00:31:23,640 Vedant, kamu okey? 355 00:31:28,640 --> 00:31:29,640 Di mana Sarthak? 356 00:31:30,480 --> 00:31:31,440 Saya tak tahu. 357 00:31:50,640 --> 00:31:51,480 Sarthak? 358 00:31:58,880 --> 00:32:00,080 Apa halnya, Sarthak? 359 00:32:01,440 --> 00:32:02,960 Sarthak kencing dalam seluar. 360 00:32:04,440 --> 00:32:05,680 Senyap, semua. 361 00:32:08,680 --> 00:32:10,360 Sarthak, apa Vedant buat? 362 00:32:14,440 --> 00:32:15,960 Dia bukan Vedant. 363 00:32:49,760 --> 00:32:52,320 Para penumpang sekalian, kapten bercakap. 364 00:32:52,400 --> 00:32:56,880 Saya harap anda menikmati penerbangan ini. Kita hampir mendarat di Bangalore. 365 00:32:56,960 --> 00:32:59,120 Pastikan tali keledar dipakai. Terima kasih. 366 00:33:02,200 --> 00:33:04,640 Hentam sasaran dan menangi hadiah! 367 00:33:07,560 --> 00:33:09,080 Kita ada pemenang! 368 00:33:15,560 --> 00:33:17,120 Saya perlu buka lampu. 369 00:33:17,200 --> 00:33:19,080 Baik, encik. Maafkan saya. 370 00:33:19,800 --> 00:33:23,360 -Boleh saya bantu? -Ya. Boleh berikan saya air? 371 00:34:28,560 --> 00:34:30,640 Jalan terus 20 kilometer. 372 00:34:30,760 --> 00:34:34,760 Anda akan tiba di Sekolah Lembah Nilgiri 17 minit lagi. 373 00:34:37,360 --> 00:34:39,800 SEKOLAH LEMBAH NILGIRI 20 KILOMETER 374 00:34:39,880 --> 00:34:43,440 Tiada jalan keluar. Dia tak boleh keluar macam saya. 375 00:34:43,520 --> 00:34:45,000 Saya terperangkap. 376 00:34:51,960 --> 00:34:54,520 Dia tak boleh keluar macam saya. 377 00:35:00,960 --> 00:35:02,160 Terperangkap di mana? 378 00:35:03,600 --> 00:35:05,480 Saya terperangkap di sini. 379 00:35:09,440 --> 00:35:11,120 Cikgu boleh bantu kalau kamu nak. 380 00:35:12,120 --> 00:35:13,480 Kita boleh keluar bersama. 381 00:35:25,800 --> 00:35:29,000 Vedant, tunggu sekejap. Cikgu akan datang balik. 382 00:35:29,080 --> 00:35:30,280 Kamu boleh bersendirian? 383 00:35:30,960 --> 00:35:32,320 Saya tak sendirian. 384 00:35:44,640 --> 00:35:45,520 Betul. 385 00:35:46,280 --> 00:35:48,480 Mungkin kamu boleh tolong dia? 386 00:36:28,800 --> 00:36:32,880 Jadi, inilah tempat saya belajar. Sekolah Lembah Nilgiri. 387 00:36:36,360 --> 00:36:37,560 Selamat datang, Suyash. 388 00:36:37,640 --> 00:36:39,520 Saya KC Swamy, pengetua sekarang. 389 00:36:39,600 --> 00:36:41,160 -Hai. -Gembira awak kembali. 390 00:36:41,280 --> 00:36:42,280 -Helo. -Hai. 391 00:36:42,360 --> 00:36:45,360 Para pelajar tak sabar menunggu untuk minta autograf awak. 392 00:36:45,680 --> 00:36:48,480 Kami bangga melihat awak di televisyen. 393 00:36:49,200 --> 00:36:52,080 Terima kasih. Kekasih saya, Nancy. Bintang Tollywood. 394 00:36:52,160 --> 00:36:55,560 Dia terkenal. Jika awak bintang, dia bintang handalan. 395 00:36:55,640 --> 00:36:56,640 Rajat! 396 00:37:00,480 --> 00:37:02,160 -Apa cerita? -Apa khabar? 397 00:37:02,200 --> 00:37:05,320 Gembira betul dapat jumpa awak. 398 00:37:06,160 --> 00:37:07,120 Ceritalah. 399 00:37:07,160 --> 00:37:08,600 Awak banyak untung. 400 00:37:08,960 --> 00:37:11,840 Media sosial awak penuh dengan gambar jualan. 401 00:37:11,920 --> 00:37:13,480 Berapa penapis air dijual? 402 00:37:13,560 --> 00:37:14,760 Saya untung banyak? 403 00:37:14,840 --> 00:37:16,920 Awak menari di anugerah tanpa bayaran? 404 00:37:17,000 --> 00:37:17,960 Tidak. 405 00:37:18,480 --> 00:37:19,760 Nancy, ini Rajat. 406 00:37:19,840 --> 00:37:21,840 -Hai. -Ini Nancy, kekasih saya. 407 00:37:21,920 --> 00:37:22,800 Dia tahu? 408 00:37:23,520 --> 00:37:24,360 Awak tahu. 409 00:37:24,760 --> 00:37:25,600 Ya. 410 00:37:25,640 --> 00:37:27,000 En. Pemegang Amanah tiba. 411 00:37:39,160 --> 00:37:40,320 Selamat kembali. 412 00:37:43,200 --> 00:37:45,000 -En. Dev Pratap Jamwal. -Pengetua Swamy. 413 00:37:45,080 --> 00:37:47,160 Pn. Jamwal. Gembira kamu datang. 414 00:37:47,280 --> 00:37:49,040 -Terima kasih. -Seronok kembali. 415 00:37:49,120 --> 00:37:50,080 Prakash. Cepat. 416 00:37:50,160 --> 00:37:51,040 Baik. 417 00:37:53,080 --> 00:37:55,960 Lembaga Pengarah meletakkan harapan yang tinggi. 418 00:37:56,640 --> 00:37:59,160 Saya berbincang dengan para pemegang amanah 419 00:37:59,200 --> 00:38:02,960 dan kami rasa sekolah ini perlu ada wawasan baharu. 420 00:38:03,640 --> 00:38:06,160 Saya akan berusaha untuk mencapai wawasan itu. 421 00:38:06,200 --> 00:38:07,280 Sebentar. 422 00:38:07,360 --> 00:38:08,640 Mari sini. 423 00:38:12,000 --> 00:38:15,400 -Hai, apa khabar? -Baik, awak apa khabar? 424 00:38:15,480 --> 00:38:18,440 "Wawasan baharu"! Sama macam ayah dia. Bukan? 425 00:38:18,520 --> 00:38:22,800 "Kami letak harapan tinggi untuk Dev. Dia bakal ketua menteri. " 426 00:38:22,880 --> 00:38:25,920 Saya harap ayah awak puas hati dengan kerja saya. 427 00:38:26,000 --> 00:38:29,520 Sayap baharu ini berjaya dibina kerana kepimpinan dia. 428 00:38:29,600 --> 00:38:30,600 Awak nak tengok? 429 00:38:30,640 --> 00:38:31,520 Boleh juga. 430 00:38:31,600 --> 00:38:33,040 Saya akan aturkan. 431 00:38:33,120 --> 00:38:34,760 Pn. Jamwal? 432 00:38:35,600 --> 00:38:37,760 -Janganlah. -Awak pun bekas pelajar. 433 00:38:37,840 --> 00:38:41,800 Nama awak di sekolah ini ialah Cik Malvika Seth. Beritahu mereka. 434 00:38:42,760 --> 00:38:46,080 Nama Jamwal akan buat orang lupa Malvika. 435 00:38:46,160 --> 00:38:48,040 Aduhai! Kasihan betul! 436 00:38:48,840 --> 00:38:52,640 Saya ingat Malvika yang dulunya menundukkan Adhiraj. 437 00:38:55,000 --> 00:38:55,880 Betul. 438 00:38:56,520 --> 00:38:57,360 Ya. 439 00:39:00,040 --> 00:39:00,960 Adi. 440 00:39:02,440 --> 00:39:05,080 -Apa khabar, Dev? -Baik. Mari? 441 00:39:07,080 --> 00:39:09,760 Awak tak hadir majlis kahwin. Kami rindu awak. 442 00:39:09,840 --> 00:39:10,680 Ya... 443 00:39:11,480 --> 00:39:14,080 Takziah atas pemergian datuk awak. 444 00:39:15,040 --> 00:39:16,200 Awak okey, bukan? 445 00:39:19,080 --> 00:39:22,640 Yang ini tak habis-habis cakap, yang ini pula diam seribu bahasa. 446 00:39:22,760 --> 00:39:24,640 Kita saja yang normal di sini? 447 00:39:24,680 --> 00:39:26,480 Kamu berdua tak pernah normal. 448 00:39:29,400 --> 00:39:31,080 -Apa khabar? -Apa cerita? 449 00:39:32,320 --> 00:39:34,000 Gembira dapat jumpa kamu. 450 00:39:35,560 --> 00:39:37,320 -Nancy, itu Dev. -Hai. 451 00:39:37,840 --> 00:39:38,640 Hai. 452 00:39:41,080 --> 00:39:42,360 Apa khabar, Dev? 453 00:40:19,160 --> 00:40:21,120 Hadirin, sila ambil tempat. 454 00:40:21,160 --> 00:40:23,680 Apa cerita? Sudah 15 tahun berlalu. 455 00:40:23,800 --> 00:40:24,760 Apa khabar? 456 00:40:25,320 --> 00:40:27,960 Oh, ya. Apa khabar kawan baik awak, Ninad? 457 00:40:28,040 --> 00:40:31,920 Selepas drama hari terakhir, pertengkaran kekasih kamu selesai? 458 00:40:32,000 --> 00:40:35,160 Tentu ada yang lebih menarik sejak 15 tahun lalu. 459 00:40:35,280 --> 00:40:38,080 Sebenarnya, tiada. 460 00:40:39,440 --> 00:40:43,280 MAJLIS PERJUMPAAN PELAJAR 2007 461 00:40:52,160 --> 00:40:54,040 Mari, pelajar sekalian. Mari. 462 00:40:54,120 --> 00:40:55,480 Prakash, awak sedia? 463 00:40:58,160 --> 00:40:59,880 Tolong bertenang, semua. 464 00:41:00,640 --> 00:41:03,120 Bertenang. Sesi kita untuk bergambar. 465 00:41:03,160 --> 00:41:05,600 Saya boleh ajar awak. Marilah. 466 00:41:05,640 --> 00:41:09,200 Baiklah, macam mana awak pikat dia? 467 00:41:10,000 --> 00:41:10,920 Macam mana? 468 00:41:19,680 --> 00:41:23,320 Okey, pelajar 2007, masa untuk bergambar. 469 00:41:30,160 --> 00:41:31,080 Tiga... 470 00:41:31,800 --> 00:41:35,680 Adu, saya tahu awak takkan biar mereka ambil gambar tanpa saya. 471 00:41:35,800 --> 00:41:36,800 Dua... 472 00:41:38,000 --> 00:41:39,320 Satu... 473 00:41:39,920 --> 00:41:41,320 Dan... 474 00:41:44,320 --> 00:41:45,280 Jahanam. 475 00:41:46,120 --> 00:41:47,440 -Celaka. -Awak okey? 476 00:41:47,520 --> 00:41:49,200 -Ya Tuhan. -Malvika. 477 00:41:49,320 --> 00:41:50,160 Apa jadi? 478 00:41:50,280 --> 00:41:51,520 Ke belakang, semua. 479 00:41:51,600 --> 00:41:53,160 -Rajat, awak okey? -Belakang! 480 00:41:53,200 --> 00:41:54,920 -Nancy. -Tolong ke tepi. 481 00:41:55,000 --> 00:41:56,560 Datang ke sini. 482 00:42:00,160 --> 00:42:01,360 Semua orang okey? 483 00:42:04,400 --> 00:42:07,080 En. Manohar, periksa di atas. 484 00:42:07,160 --> 00:42:08,040 Baik. 485 00:42:08,120 --> 00:42:10,320 Tolong bawa mereka ke dalam. 486 00:42:20,200 --> 00:42:21,680 Adu! 487 00:42:53,000 --> 00:42:54,080 BILIK ARKIB 488 00:42:59,400 --> 00:43:01,840 BUKU TAHUNAN 489 00:45:14,560 --> 00:45:16,560 Penyelia Kreatif Noorsalwati Nordin