1 00:00:27,361 --> 00:00:28,487 Siapa buat begini? 2 00:00:30,322 --> 00:00:31,490 Siapa biarkan dia jadi begini? 3 00:00:33,283 --> 00:00:34,326 Mereka cuba bantu dia. 4 00:00:39,706 --> 00:00:41,208 Awak doktor, bukan? 5 00:00:41,792 --> 00:00:42,876 Cakap dia akan selamat. 6 00:00:45,504 --> 00:00:49,091 Sekarang dia stabil, tapi itu saja saya boleh cakap. 7 00:00:50,634 --> 00:00:51,802 Baiklah. Temankan dia. 8 00:00:54,221 --> 00:00:55,389 Orang lain keluar. 9 00:00:59,309 --> 00:01:00,811 Saya buat panggilan telefon. 10 00:01:03,021 --> 00:01:04,063 Saya telefon mak. 11 00:01:05,816 --> 00:01:06,859 Tak mengapa. 12 00:01:11,154 --> 00:01:12,155 Keluar! 13 00:01:21,373 --> 00:01:22,374 Mana ayah? 14 00:01:24,084 --> 00:01:25,878 Dia pergi tolong orang sakit. 15 00:01:43,812 --> 00:01:44,813 Bagaimana dengan dia? 16 00:01:45,564 --> 00:01:47,316 Boleh saya ambil air? 17 00:01:53,906 --> 00:01:54,907 Terima kasih. 18 00:01:56,783 --> 00:01:59,286 ANNA KOVACS PEGAWAI PERTAMA 19 00:01:59,369 --> 00:02:00,537 Terima kasih, Anna. 20 00:02:00,621 --> 00:02:01,622 Teruskan bergerak. 21 00:02:10,964 --> 00:02:12,132 Kembali ke kerusi awak. 22 00:02:30,692 --> 00:02:31,610 Jadi? 23 00:02:32,819 --> 00:02:34,780 Awak mahu beritahu kami apa dah jadi? 24 00:02:55,092 --> 00:02:56,093 Itu bendera apa? 25 00:02:57,511 --> 00:02:58,345 Itali. 26 00:02:58,428 --> 00:02:59,638 Pusingkan. 27 00:03:01,807 --> 00:03:04,518 Hungary. Kenapa? 28 00:03:07,521 --> 00:03:08,522 Saya ada fikir… 29 00:03:12,776 --> 00:03:14,069 mungkin kita boleh tamatkannya. 30 00:04:11,418 --> 00:04:13,629 - Tak, saya tahu. - Sekarang cuma… 31 00:04:13,712 --> 00:04:15,797 Perkara utama kita perlu tahu… 32 00:04:15,881 --> 00:04:17,048 Setiausaha dalam negeri. 33 00:04:18,884 --> 00:04:19,968 Neil, kami cuba hubungi awak. 34 00:04:20,052 --> 00:04:22,429 - Louise, awak di mana sekarang? - Collingwood House. 35 00:04:22,513 --> 00:04:24,056 Apa awak buat di sana? 36 00:04:24,139 --> 00:04:25,641 Sebab kami terpaksa ada di sini. 37 00:04:26,558 --> 00:04:30,270 Saya diberi sampul surat yang bertanda "tuntutan." 38 00:04:30,354 --> 00:04:31,396 Tuntutan? 39 00:04:31,480 --> 00:04:32,773 Kami tak jauh dari tempat awak. 40 00:04:32,856 --> 00:04:34,733 - Tuntutan apa? - Kami boleh sampai Collingwood 41 00:04:34,816 --> 00:04:36,235 - kurang dari dua minit. - Neil. 42 00:04:36,318 --> 00:04:38,612 Kemudian kita boleh bincang hal ini bersama-sama. 43 00:04:39,488 --> 00:04:43,784 Hubungi pengawal keselamatan di Whitehall untuk periksa CCTV itu. 44 00:04:43,867 --> 00:04:46,912 Saya mahu identiti lelaki yang beri saya sampul surat ini. 45 00:04:47,496 --> 00:04:48,539 Tolong hubungi sekarang. 46 00:05:02,135 --> 00:05:04,596 Setiausaha dalam negeri ada terima surat. 47 00:05:04,680 --> 00:05:07,850 Ia mungkin tiada kaitan dengan hal ini, tapi dia mahu kongsinya, 48 00:05:09,309 --> 00:05:10,644 jadi saya cadangkan dia ke sini. 49 00:05:12,104 --> 00:05:15,732 Jangan fokus pada perampas. Mereka akan sangat berhati-hati. 50 00:05:15,816 --> 00:05:17,901 Kita fokus pada kawan dan keluarga 51 00:05:17,985 --> 00:05:21,655 sebab jika mereka di media sosial, mereka akan dedahkan perampas ini. 52 00:05:22,322 --> 00:05:25,325 Rumah ibu perampas. Periksanya. Dapatkan semua yang boleh. 53 00:05:26,076 --> 00:05:27,411 Lebih baik awak pergi sekali? 54 00:05:28,662 --> 00:05:30,581 Okey. Bagus. 55 00:05:41,800 --> 00:05:42,801 Selamat pagi. 56 00:05:43,302 --> 00:05:44,553 Selamat pagi, Louise. 57 00:05:45,137 --> 00:05:46,930 - Ya. Saya terima ini. - Maaf. 58 00:05:47,014 --> 00:05:49,349 Ia agak pendek, jadi saya bacakan dulu. 59 00:05:50,184 --> 00:05:52,686 Kamu boleh beritahu jika ia berkaitan dengan maklumat kamu ada. 60 00:05:55,397 --> 00:05:59,943 "Untuk perhatian setiausaha dalam negeri dan ahli kerajaan UK. 61 00:06:00,444 --> 00:06:03,447 Pada 7 January 2023, 62 00:06:03,530 --> 00:06:07,618 Edgar Janssen dan John Bailey-Brown telah dipenjarakan tanpa sebab. 63 00:06:07,701 --> 00:06:13,498 Disebabkan hal ini, Penerbangan KA29 telah dirampas." 64 00:06:14,666 --> 00:06:18,629 "Ini peluang kamu untuk betulkan kesalahan itu. 65 00:06:19,129 --> 00:06:22,174 Kamu ada masa sehingga pesawat itu tiba ke London 66 00:06:22,257 --> 00:06:24,551 untuk bebaskan mereka dari penjara. 67 00:06:24,635 --> 00:06:29,139 Gagal berbuat demikian atau tak mengikut arahan seterusnya 68 00:06:29,223 --> 00:06:36,063 akan menyebabkan kematian semua 216 orang dalam pesawat." 69 00:06:39,483 --> 00:06:44,363 Ada banyak yang perlu difikirkan. 70 00:06:52,746 --> 00:06:53,872 Ibu siapa? 71 00:06:53,956 --> 00:06:55,958 Tak. Dia cakap, "Saya telefon mak." 72 00:06:57,167 --> 00:06:59,044 Bukan "ibu saya," tapi "mak." 73 00:06:59,127 --> 00:07:00,754 - Mereka adik-beradik? - Ya. 74 00:07:01,421 --> 00:07:04,091 Mungkin juga bukan. Dia mungkin hanya kenal ibu lelaki itu. 75 00:07:04,174 --> 00:07:06,218 Tak. Cara dia cakap seperti mereka adik-beradik. 76 00:07:06,760 --> 00:07:08,262 - Ya. - Kita masih di Romania. 77 00:07:08,345 --> 00:07:09,888 Sepatutnya dalam 15 minit lagi. 78 00:07:09,972 --> 00:07:12,349 Kita perlu buat sekarang jika mahu lakukannya. 79 00:07:30,951 --> 00:07:32,953 Boleh saya cakap sesuatu? 80 00:07:33,036 --> 00:07:34,955 Sebelum awak cakap apa-apa, biar saya terangkan. 81 00:07:35,455 --> 00:07:37,332 Ya? 82 00:07:38,125 --> 00:07:39,293 Awak perlu mendaratkan pesawat ini. 83 00:07:39,376 --> 00:07:41,044 Saya bukan suruh batalkan operasi kamu. 84 00:07:41,128 --> 00:07:43,589 Kamu boleh berlepas semula dan teruskan rampasan ini, 85 00:07:43,672 --> 00:07:46,049 tapi dia perlukan rawatan. 86 00:07:46,133 --> 00:07:47,509 - Dia stabil. - Dia nazak. 87 00:07:48,218 --> 00:07:50,554 - Doktor cakap dia stabil. - Cuba fikir. 88 00:07:50,637 --> 00:07:52,556 - Awak dengar katanya. - Dia bernafas menggunakan Biro. 89 00:07:52,639 --> 00:07:55,642 Dia akan mati. Jika bukan sekarang, sebelum kita sampai London. 90 00:07:55,726 --> 00:07:56,560 Tidak. 91 00:07:57,060 --> 00:07:58,395 Takkan buat begitu demi seorang lelaki. 92 00:07:58,478 --> 00:08:00,189 Dia bukan lelaki biasa, bukan? 93 00:08:01,398 --> 00:08:02,524 Dia adik awak. 94 00:08:03,650 --> 00:08:06,528 - Ya? Mana awak dengar itu? - Dia tak mahu buat begini. 95 00:08:07,237 --> 00:08:09,573 - Siapa cakap dia adik saya? - Dia tak mahu kecewakan awak. 96 00:08:09,656 --> 00:08:10,741 Siapa beritahu awak? 97 00:08:10,824 --> 00:08:11,825 Dia beritahu saya. 98 00:08:11,909 --> 00:08:14,494 Sekarang dia bernafas melalui pen dan dia takkan bertahan. 99 00:08:14,578 --> 00:08:16,163 Doktor beritahu saya begitu. 100 00:08:16,246 --> 00:08:18,749 Doktor cakap dia stabil. 101 00:08:18,832 --> 00:08:22,753 Doktor beritahu yang awak mahu dengar sebab dia sangat takut. 102 00:08:23,253 --> 00:08:25,672 Sebenarnya, ada udara terperangkap dalam paru-parunya 103 00:08:25,756 --> 00:08:28,800 dan pen itu takkan bertahan sepanjang penerbangan ini. Itu kebenarannya. 104 00:08:31,512 --> 00:08:32,596 Kurang dari sejam. 105 00:08:33,889 --> 00:08:35,140 Dia cakap begitu? 106 00:08:36,015 --> 00:08:37,142 Kurang dari sejam. 107 00:08:38,727 --> 00:08:39,727 Itu yang dia cakap. 108 00:08:41,270 --> 00:08:42,563 Awak mendaratkan pesawat ini. 109 00:08:43,982 --> 00:08:47,653 Dapatkan bantuan yang adik awak perlukan atau awak kehilangan dia. 110 00:08:51,740 --> 00:08:52,741 Itu pilihan yang ada. 111 00:08:57,037 --> 00:08:58,622 Kurang dari sejam. 112 00:09:00,874 --> 00:09:02,334 Itu yang dia cakap, bukan? 113 00:09:04,253 --> 00:09:05,587 Mari tanya dia, okey? 114 00:09:06,505 --> 00:09:10,133 Saya akan ke sana dan tanya dia rasa berapa lama lagi. 115 00:09:10,217 --> 00:09:11,677 Kali ini terus terang. 116 00:09:13,971 --> 00:09:19,768 Jika dia cakap berbeza, orang lain akan dihukum. Mereka akan dihukum. 117 00:09:22,813 --> 00:09:23,814 Percayalah. 118 00:09:25,440 --> 00:09:29,319 Lebih banyak lakukannya, lebih mudah. 119 00:09:32,197 --> 00:09:33,198 Ya? 120 00:09:41,248 --> 00:09:42,332 Maafkan saya. 121 00:09:46,587 --> 00:09:49,298 - Hei! - Bagaimana mahu hubungi sana? Butang apa? 122 00:09:49,381 --> 00:09:50,632 - A-F-T. - Kembali ke kerusi awak. 123 00:09:50,716 --> 00:09:51,717 Ya. 124 00:09:52,718 --> 00:09:54,720 - Sekarang! - Kurang dari sejam. 125 00:09:59,349 --> 00:10:00,350 Saya datang. 126 00:10:10,903 --> 00:10:11,737 Helo? 127 00:10:14,156 --> 00:10:15,115 Apa? 128 00:10:15,199 --> 00:10:16,909 Itu pesanannya. Kurang dari sejam. Itu… 129 00:10:20,162 --> 00:10:22,414 Awak cakap dia stabil, tapi tidak, bukan? 130 00:10:29,505 --> 00:10:31,757 Tiub yang membantu dia, takkan bertahan? 131 00:10:31,840 --> 00:10:35,093 Beritahu saya yang sebenarnya sekarang. Jangan tipu. 132 00:10:36,303 --> 00:10:37,387 Berapa lama masa dia ada? 133 00:10:42,726 --> 00:10:43,977 Kurang dari sejam. 134 00:10:54,029 --> 00:10:56,031 Negara ini ada sejarah panjang 135 00:10:56,114 --> 00:10:59,076 dan sangat dikenali sebab kita tak berunding dengan pengganas. 136 00:10:59,159 --> 00:11:02,037 Boleh jangan panggil mereka begitu? 137 00:11:02,120 --> 00:11:03,247 Apa-apa saja gelaran mereka… 138 00:11:03,330 --> 00:11:06,458 Mereka kumpulan jenayah terancang yang mahir. 139 00:11:07,751 --> 00:11:11,255 Walau apa pun, kita tak boleh dilihat seperti sudah diugut. 140 00:11:11,338 --> 00:11:14,716 Itu keputusan yang kita selalu buat, bukan? 141 00:11:14,800 --> 00:11:19,555 Sudah tentu. Kita tak boleh dilihat seperti sudah diugut. 142 00:11:20,389 --> 00:11:21,223 Teruskan. 143 00:11:21,306 --> 00:11:25,811 Tak pernah begitu ramai rakyat UK menjadi tawanan sebelum ini 144 00:11:25,894 --> 00:11:28,522 dan tak pernah dalam masa sependek ini. 145 00:11:28,605 --> 00:11:30,440 Dua jam 49 minit. 146 00:11:31,108 --> 00:11:32,776 Kami bukan sentiasa mengira masanya. 147 00:11:34,862 --> 00:11:39,116 Ada satu soalan kita perlu jawab sebelum ambil tindakan lain. 148 00:11:39,199 --> 00:11:40,033 Adakah pengganas… 149 00:11:41,159 --> 00:11:45,956 Adakah penjenayah ini akan laksanakan ugutan ini? 150 00:11:46,540 --> 00:11:48,792 Kita ada bukti serangan lain mereka 151 00:11:48,876 --> 00:11:52,754 yang tunjukkan mereka memang jenis yang akan tunaikannya? 152 00:11:52,838 --> 00:11:55,674 Jika awak tanya jika mereka pernah rampas pesawat sebelum ini… 153 00:11:55,757 --> 00:11:58,969 Saya bukan maksudkan begitu, awak tahu maksud saya. 154 00:12:00,554 --> 00:12:01,805 Saya mahu tahu konteks. 155 00:12:02,389 --> 00:12:05,559 Bukti dulu, kemudian kita anggap mereka cukup serius 156 00:12:05,642 --> 00:12:07,519 yang mereka mahu lakukannya. 157 00:12:07,603 --> 00:12:08,604 TUNTUTAN 158 00:12:09,938 --> 00:12:11,315 Itu yang saya mahu tahu. 159 00:12:29,917 --> 00:12:30,959 Gala. 160 00:12:35,589 --> 00:12:36,590 Gala. 161 00:12:50,020 --> 00:12:52,481 Boleh Gala keluar bermain? 162 00:12:53,398 --> 00:12:54,441 Apa awak cakap? 163 00:12:55,984 --> 00:12:57,694 Rasanya awak salah rumah. 164 00:12:58,195 --> 00:12:59,196 Datang esok. 165 00:14:33,957 --> 00:14:35,626 Hai. Ini Sam Nelson. 166 00:14:35,709 --> 00:14:37,294 Tinggalkan pesanan dan saya akan hubungi semula. 167 00:14:38,754 --> 00:14:42,424 Saya ada di rumah ayah. Tak sabar mahu jumpa ayah. 168 00:15:14,414 --> 00:15:17,876 Saya tak suruh kita lakukannya, ia cuma satu pilihan. 169 00:15:17,960 --> 00:15:19,294 Tiada pilihan. 170 00:15:19,795 --> 00:15:22,172 Kita buat seperti yang kita kata mahu buat. Tamat. 171 00:15:22,256 --> 00:15:25,634 Dia adik saya. Kawan awak. 172 00:15:26,885 --> 00:15:28,345 Kamu pernah bercinta. 173 00:15:30,013 --> 00:15:30,973 Ia hubungan biasa. 174 00:15:32,057 --> 00:15:33,141 Dia tak anggap begitu. 175 00:15:37,145 --> 00:15:38,105 Hei. 176 00:15:40,190 --> 00:15:41,984 Lepaskan tangan awak. 177 00:15:42,568 --> 00:15:43,485 Dia nazak. 178 00:15:43,986 --> 00:15:45,112 Sekarang. 179 00:15:47,614 --> 00:15:49,241 Fikir semua perkara yang boleh jadi masalah. 180 00:15:50,117 --> 00:15:53,412 Kemudian fikir semua perkara berkaitan pesawat dan berlepas semula, 181 00:15:53,495 --> 00:15:56,206 yang kita langsung tak tahu dan boleh jadi bermasalah juga. 182 00:15:56,290 --> 00:15:59,293 Apa yang lebih bermasalah berbanding adik saya mati depan awak? 183 00:16:16,602 --> 00:16:17,644 Mari. 184 00:16:22,649 --> 00:16:23,901 - Jika kita buat begini… - Ya. 185 00:16:23,984 --> 00:16:26,486 …jika, bagaimana caranya? 186 00:16:28,113 --> 00:16:28,947 Apa… 187 00:16:31,200 --> 00:16:33,076 Pertama perlu buat keputusan cepat. 188 00:16:33,160 --> 00:16:35,454 Tak boleh mendaratkan pesawat sebesar ini tanpa amaran. 189 00:16:35,537 --> 00:16:37,164 Awak perlu tanya yang lain dulu. 190 00:16:37,247 --> 00:16:40,209 - Kita perlu cakap dengan kru darat. - Awak tak dengar cakap saya? 191 00:16:40,292 --> 00:16:43,003 Kemudian buka skrin sekejap, hanya seminit untuk saya tengok peta. 192 00:16:43,086 --> 00:16:45,214 Supaya saya tahu lapangan terbang yang kita perlu pujuk. 193 00:16:45,881 --> 00:16:46,798 Pujuk? 194 00:16:46,882 --> 00:16:47,883 Supaya benarkan kita mendarat. 195 00:16:48,967 --> 00:16:51,303 Orang tak mahu pesawat yang dirampas datang ke arah mereka. 196 00:16:59,770 --> 00:17:01,480 Kita perlukan seseorang untuk buat pendaratan. 197 00:17:03,315 --> 00:17:04,483 Kita sedang merentasi Hungary. 198 00:17:04,566 --> 00:17:06,193 - Awak berbahasa Hungary? - Ya, tapi… 199 00:17:06,276 --> 00:17:09,570 Kita perlu pujuk Hungary untuk benarkan kita mendarat. 200 00:17:09,655 --> 00:17:12,199 Kawalan trafik udara Hungary berbahasa Inggeris. 201 00:17:12,281 --> 00:17:14,785 - Saya tahu. - Tak perlu berbahasa Hungary. 202 00:17:14,867 --> 00:17:17,704 Saya… Perlu sebab perampas tak faham. 203 00:17:17,788 --> 00:17:22,917 Jika awak boleh sampaikan pesanan dalam bahasa Hungary, ini boleh berakhir. 204 00:17:28,214 --> 00:17:29,591 Ayuh. 205 00:17:30,175 --> 00:17:32,219 Teruskan bercakap dan pandang. 206 00:17:32,302 --> 00:17:36,139 Ayuh. Awak mahu cakap tentang apa? Mahu cakap tentang muzik? 207 00:17:36,765 --> 00:17:37,766 Bola sepak? 208 00:17:38,350 --> 00:17:41,436 Entah kenapa saya cakap bola sepak. Saya tak tahu tentangnya. 209 00:17:41,520 --> 00:17:43,981 Cuma saya pernah dengar kita patut jadi peminat Leeds. 210 00:17:44,064 --> 00:17:45,357 Jika kita bukan peminat Leeds, 211 00:17:45,440 --> 00:17:48,360 kita tak layak jadi peminat. 212 00:17:51,238 --> 00:17:53,824 Awak bukan dari Leeds, bukan? Gaya cakap awak seperti orang London. 213 00:17:54,575 --> 00:17:56,910 Awak dari sana? Kent? London atau bandar lain di sana? 214 00:17:56,994 --> 00:17:57,995 Tolong saya. 215 00:18:00,122 --> 00:18:01,665 Apa? Ulang semula. 216 00:18:04,918 --> 00:18:05,919 Tolong saya. 217 00:18:09,214 --> 00:18:11,341 Tolong saya. 218 00:18:20,100 --> 00:18:21,894 Jika boleh, hancurkannya, 219 00:18:21,977 --> 00:18:25,063 kemudian, cairkan dalam air. 220 00:18:25,147 --> 00:18:26,356 Kemudian tolong dia minum. 221 00:18:29,193 --> 00:18:30,903 - Berapa banyak? - Semua sekali. 222 00:18:31,570 --> 00:18:32,571 Ini selamat? 223 00:18:50,631 --> 00:18:51,632 Mak, lihat. 224 00:19:18,825 --> 00:19:21,286 Mereka semua berbahasa Inggeris, tapi tak fasih. 225 00:19:21,370 --> 00:19:23,914 Kita minta kebenaran, 226 00:19:23,997 --> 00:19:25,624 protokol pendaratan, ia sangat teknikal. 227 00:19:25,707 --> 00:19:27,042 Anna akan tolong kita terangkan. 228 00:19:27,543 --> 00:19:29,294 Kita hanya tanya. 229 00:19:29,378 --> 00:19:31,004 Saya mahu pastikan mereka boleh ada doktor menunggu 230 00:19:31,088 --> 00:19:32,756 sebelum kita fikir tentang pendaratan. 231 00:19:32,840 --> 00:19:35,759 Kita mula dengan beritahu mereka yang semua penumpang selamat, okey? 232 00:19:36,343 --> 00:19:38,720 Mereka tak mahu terima situasi berbahaya. 233 00:19:39,805 --> 00:19:41,890 Semua ini tentang dapatkan bantuan perubatan. 234 00:19:41,974 --> 00:19:43,684 Kemudian kita perlu berlepas semula. 235 00:19:46,436 --> 00:19:47,312 Cakap. 236 00:19:48,772 --> 00:19:52,901 Dalam bahasa Hungary, "Kami perlukan bantuan perubatan." 237 00:19:54,653 --> 00:19:56,154 Kami perlukan bantuan perubatan. 238 00:19:58,365 --> 00:19:59,992 Itu yang awak beritahu mereka. 239 00:20:00,075 --> 00:20:02,911 Ingat yang awak takkan buat apa-apa keputusan. Tanya saya dulu. 240 00:20:04,705 --> 00:20:05,789 Awak boleh… 241 00:20:06,707 --> 00:20:08,125 Awak boleh buat semua itu? 242 00:20:09,668 --> 00:20:10,669 Ya. 243 00:20:12,171 --> 00:20:13,213 Cuma saya tak mahu dia di sini. 244 00:20:18,093 --> 00:20:19,761 Saya tak mahu dia berdekatan saya. 245 00:20:25,017 --> 00:20:28,145 The Cheapside Firm, diketuai Edgar Janssen, lelaki di kiri, 246 00:20:28,228 --> 00:20:29,104 dan John Bailey-Brown. 247 00:20:29,188 --> 00:20:32,482 Mereka kumpulan jenayah terancang dalam perdagangan dadah antarabangsa. 248 00:20:32,566 --> 00:20:34,735 Mereka bukan, penjual atau penyeludup. 249 00:20:34,818 --> 00:20:38,697 Mereka jalankan operasi sebalik perdagangan dadah. 250 00:20:38,780 --> 00:20:41,241 Penyeludup dadah Britain bergantung kepada jalan masuk mereka. 251 00:20:41,325 --> 00:20:44,494 Jadi apabila geng jumpa cara yang selamat, mereka akan kekal gunanya. 252 00:20:44,578 --> 00:20:47,581 Semua cara masuk ini dikawal The Cheapside Firm? 253 00:20:47,664 --> 00:20:49,499 Ya, tapi bukan hanya dadah. 254 00:20:49,583 --> 00:20:51,001 Pekerja seks, senjata, 255 00:20:51,084 --> 00:20:55,797 rangkaian di seluruh Eropah yang tak ditahan sehingga November. 256 00:20:55,881 --> 00:21:00,135 Mereka berdua dipenjarakan 35 tahun. Mereka juga orang yang tak berhati perut. 257 00:21:00,219 --> 00:21:02,638 Ya. Ini bahagian kita mengetuai. 258 00:21:03,222 --> 00:21:04,139 Siapa mereka? 259 00:21:04,223 --> 00:21:08,727 Agensi atau pangkalan data mana, PNC, HOLMES 2 yang pegang rekod mereka? 260 00:21:09,311 --> 00:21:11,188 Paling penting, mana mereka sekarang? 261 00:21:11,271 --> 00:21:13,023 HMP Thorpe, di luar London. 262 00:21:13,106 --> 00:21:15,317 Kami juga periksa semua CCTV Whitehall 263 00:21:15,400 --> 00:21:16,944 untuk gambar lelaki yang beri sampul. 264 00:21:17,027 --> 00:21:17,861 Terima kasih. 265 00:21:17,945 --> 00:21:20,739 Saya faham kita takkan berunding. 266 00:21:20,822 --> 00:21:24,535 Tidak, tapi saya mahukan konteks. 267 00:21:25,494 --> 00:21:26,662 Kita perlu bersedia. 268 00:21:42,219 --> 00:21:43,929 Ini sudah rosak. Saya perlukan saya punya. 269 00:21:51,895 --> 00:21:54,189 Budapest, ini Kingdom 2-9. Awak dengar? 270 00:21:55,774 --> 00:21:58,777 Jangan cuba buat apa-apa. Ramai akan terbunuh nanti. 271 00:21:58,861 --> 00:22:01,363 Kingdom 2-9, kami ada amaran tentang kamu. 272 00:22:01,864 --> 00:22:03,031 Tolong beri status kamu. 273 00:22:03,615 --> 00:22:05,284 Budapest, kami ada kejadian dalam pesawat. 274 00:22:05,868 --> 00:22:09,037 Semua penumpang selamat, tapi kami perlukan kerjasama kamu. 275 00:22:10,998 --> 00:22:13,667 - Kerjasama? - Saya akan cakap bahasa Hungary. 276 00:22:15,127 --> 00:22:16,336 Budapest… 277 00:22:17,254 --> 00:22:19,006 Kami perlukan bantuan perubatan. 278 00:22:20,549 --> 00:22:21,633 Kingdom 2-9? 279 00:22:22,259 --> 00:22:24,136 Tolong sahkan status kamu. 280 00:22:27,347 --> 00:22:28,599 Saya ada penumpang berbahasa Inggeris, 281 00:22:28,682 --> 00:22:32,978 jadi untuk mereka dan kamu, saya sahkan kejadian itu sudah selesai, 282 00:22:33,061 --> 00:22:36,148 tapi sekarang kami perlukan bantuan perubatan kecemasan. 283 00:22:36,231 --> 00:22:37,524 Doktor menunggu. 284 00:22:38,317 --> 00:22:41,945 - Doktor di Lapangan Terbang Györ. - Serta ambulans di landasan. 285 00:22:42,029 --> 00:22:43,697 Sebuah ambulans di landasan. 286 00:22:44,364 --> 00:22:46,033 Tapi tolong faham… 287 00:22:46,116 --> 00:22:48,243 Rampasan masih berlaku. 288 00:23:11,975 --> 00:23:14,228 Nombor 112. Ditulis pada tong itu. 289 00:23:19,608 --> 00:23:21,610 Charlie Dua, mulakan posisi. 290 00:23:38,627 --> 00:23:39,711 Lihatlah. 291 00:23:39,795 --> 00:23:42,464 Dua ratus nyawa jadi taruhan, tapi dia masih berbaju tidur. 292 00:23:42,548 --> 00:23:43,590 Teruskan. 293 00:23:43,674 --> 00:23:44,842 Kami nampak Elaine. 294 00:23:44,925 --> 00:23:47,135 Kami sedang periksa jika ada orang lain di rumah itu. 295 00:23:47,219 --> 00:23:50,472 Baiklah. Sebaik saja kamu sedia, saya mahu kamu terus masuk. Faham? 296 00:23:50,973 --> 00:23:51,974 Baiklah. 297 00:24:04,862 --> 00:24:06,655 Mereka dah ambil juruterbang semula. 298 00:24:07,239 --> 00:24:08,407 - Siapa? - Orang kita. 299 00:24:10,075 --> 00:24:15,956 Mereka datang dan ambil juruterbang itu. Juruterbang wanita itu. 300 00:24:19,334 --> 00:24:21,086 Kingdom 2-9… 301 00:24:21,170 --> 00:24:23,672 Kami tak boleh beri kebenaran untuk mendarat. 302 00:24:23,755 --> 00:24:25,507 Sebelum bertanya kepada orang atasan kami. 303 00:24:25,591 --> 00:24:27,467 - Apa? - Dia cuba dapatkan kebenaran 304 00:24:27,551 --> 00:24:28,802 pendaratan di Lapangan Terbang Györ. 305 00:24:30,387 --> 00:24:31,805 Suara yang stabil. 306 00:24:31,889 --> 00:24:33,140 Awak mesti kedengaran tenang. 307 00:24:33,223 --> 00:24:35,559 Kingdom 2-9, ini melebihi kuasa saya. 308 00:24:35,642 --> 00:24:37,144 Kenapa dia masih bercakap? 309 00:24:37,227 --> 00:24:39,563 Pesawat ini ada 200 orang. Ini saja peluang kami. 310 00:24:39,646 --> 00:24:41,356 - Kenapa awak bercakap? - Ia rumit. 311 00:24:41,440 --> 00:24:42,441 Saya tanya awak? 312 00:24:46,695 --> 00:24:47,654 Cakap dalam bahasa Inggeris. 313 00:24:51,617 --> 00:24:53,368 Terima kasih kerana pertimbangkan permintaan kami, Budapest. 314 00:24:53,452 --> 00:24:56,580 Jarak kami 19 minit dari Lapangan Terbang Györ, 315 00:24:57,539 --> 00:24:58,832 semasa menunggu keputusan kamu… 316 00:25:02,669 --> 00:25:04,129 Kami akan mula turun perlahan-lahan. 317 00:25:06,715 --> 00:25:09,468 Beritahu mereka kita perlukan "unit bersenjata". 318 00:25:10,093 --> 00:25:11,720 Tentera di landasan. 319 00:25:11,803 --> 00:25:13,472 Ini pendaratan tak berjadual! 320 00:25:27,819 --> 00:25:29,571 Itu. Awak rasanya? 321 00:25:36,662 --> 00:25:38,038 Kita sedang turun. 322 00:25:39,081 --> 00:25:41,375 Lihat, awan ke atas. 323 00:25:56,807 --> 00:25:57,850 Apa? 324 00:25:59,518 --> 00:26:00,519 Kita sedang mendarat. 325 00:26:03,564 --> 00:26:04,648 Terakhir. 326 00:26:09,528 --> 00:26:10,362 Teruskan. 327 00:26:13,115 --> 00:26:14,116 Begitulah. 328 00:26:22,207 --> 00:26:25,419 Baguslah jika kita mendarat. 329 00:26:26,044 --> 00:26:27,337 Akan ada doktor untuk tolong awak. 330 00:26:32,092 --> 00:26:33,093 Saya tak faham. 331 00:26:36,805 --> 00:26:37,848 Elaine Atterton? 332 00:26:38,891 --> 00:26:41,476 Awak ibu Lewis dan Stuart Atterton? 333 00:26:41,560 --> 00:26:43,478 Kamu tak boleh masuk begitu saja. 334 00:26:43,562 --> 00:26:45,189 Boleh beritahu saya mereka terbabit dengan siapa? 335 00:26:45,272 --> 00:26:46,773 Mereka dengan siapa sekarang? 336 00:26:46,857 --> 00:26:47,858 Letak. 337 00:26:47,941 --> 00:26:51,278 Beritahu kami, Elaine. Supaya awak tak ditangkap. 338 00:26:51,361 --> 00:26:52,779 Saya tak faham maksud kamu. 339 00:26:54,781 --> 00:26:56,033 Duduk. 340 00:26:56,116 --> 00:26:58,577 Saya tak tahu apa-apa. 341 00:26:59,786 --> 00:27:00,787 Duduk. 342 00:27:10,506 --> 00:27:13,550 Dengar sini. Kita tak ada banyak masa. 343 00:27:14,593 --> 00:27:16,470 Awak tahu sebab kami di sini, Elaine. 344 00:27:16,553 --> 00:27:18,889 Pembabitan anak awak dan tahap keseriusan hal ini. 345 00:27:18,972 --> 00:27:22,059 Kami akan jumpa aktiviti dalam telefon ini yang akan buktikannya. 346 00:27:22,142 --> 00:27:25,938 - Awak sudah buat silap. - Sama ada awak mula bercakap 347 00:27:26,021 --> 00:27:29,775 atau awak ditahan di bawah Seksyen 41 Akta Keganasan. 348 00:27:30,609 --> 00:27:33,362 Percayalah, Elaine, itu bukan tempat menggembirakan. 349 00:27:33,862 --> 00:27:35,989 Begini. 350 00:27:36,490 --> 00:27:41,161 Semua orang yang kami cuba selamatkan, mereka juga ada keluarga. 351 00:27:46,458 --> 00:27:48,001 PM bersedia untuk bercakap. 352 00:27:48,085 --> 00:27:49,878 Sama ada melalui telefon, video, apa-apa saja berkod. 353 00:27:49,962 --> 00:27:51,630 FPCC mahu bercakap dengan awak. 354 00:27:51,713 --> 00:27:53,257 FPCC dulu. 355 00:27:53,340 --> 00:27:54,633 Awak bergurau? 356 00:27:54,716 --> 00:27:56,552 Saya mahu maklumat terbaru. 357 00:27:56,635 --> 00:27:59,888 - Awak suruh PM tunggu? - Dia juga akan buat begitu. 358 00:28:00,639 --> 00:28:01,765 Terima kasih. 359 00:28:02,266 --> 00:28:03,475 Saya pasang pembesar suara. 360 00:28:05,978 --> 00:28:08,105 Kita mungkin ada permintaan untuk mendarat. 361 00:28:09,106 --> 00:28:11,066 Ada perbualan tentang masalah perubatan dalam pesawat. 362 00:28:11,149 --> 00:28:12,943 Ini semua maklumat yang disampaikan, 363 00:28:13,026 --> 00:28:14,695 tapi tiada sebab untuk pihak Hungary tipu. 364 00:28:15,320 --> 00:28:17,781 Kamu masih melihat paparan Romania, 365 00:28:18,824 --> 00:28:22,828 tapi kamu boleh nampak ia sedang ke Györ. 366 00:28:22,911 --> 00:28:24,746 Mereka tahu tentang rampasan itu? 367 00:28:24,830 --> 00:28:26,748 Ya, dan kita sudah sahkannya. 368 00:28:27,291 --> 00:28:29,877 Jadi? Mereka akan biar ia mendarat? 369 00:28:29,960 --> 00:28:31,461 Mereka sedang berbincang. 370 00:28:32,045 --> 00:28:34,131 Permintaan ini mudah untuk ditolak. 371 00:28:34,214 --> 00:28:36,633 Saya rasa mungkin ada peluang. 372 00:28:37,467 --> 00:28:39,511 Sebab itu kita perlu bertenang. 373 00:28:39,595 --> 00:28:43,599 Lihat tindakan mereka sebelum lepaskan mereka daripada penjara. 374 00:28:58,197 --> 00:28:59,907 Saya nampak keluarga itu masuk. 375 00:28:59,990 --> 00:29:02,242 Kemudian tukang bersih keluar. 376 00:29:02,326 --> 00:29:03,327 Mereka kunci pintu itu. 377 00:29:03,410 --> 00:29:04,870 Kemudian memandu pergi. 378 00:29:05,537 --> 00:29:08,624 Kami tak berhenti mengetuk, tapi tiada orang jawab. 379 00:29:08,707 --> 00:29:10,542 Ada yang tak kena. 380 00:30:03,887 --> 00:30:05,848 Perhatian! Berkumpul. 381 00:30:05,931 --> 00:30:08,809 Satu magazin penuh. Satu pistol tambahan. 382 00:30:08,892 --> 00:30:10,936 Kita pergi ke landasan menaiki bas 383 00:30:11,019 --> 00:30:13,355 dan tunggu arahan seterusnya. 384 00:30:13,438 --> 00:30:15,941 Mana-mana pintu perubatan pergi, 385 00:30:16,024 --> 00:30:18,026 kita serang dari bahagian bertentangan. 386 00:30:18,110 --> 00:30:19,820 - Jelas? - Ya, Kapten! 387 00:30:19,903 --> 00:30:21,154 Ayuh, mari lakukannya! 388 00:30:21,655 --> 00:30:23,115 KAWASAN SENSITIF SISTEM PERALATAN PENDARATAN 389 00:30:23,198 --> 00:30:24,992 Budapest, kami di 3,658 meter. 390 00:30:25,075 --> 00:30:26,076 Kami perlukan keputusan kamu. 391 00:30:27,661 --> 00:30:29,913 Kami akan dapatkan keputusan. 392 00:30:31,039 --> 00:30:31,874 Akan dapat keputusan. 393 00:30:31,957 --> 00:30:36,670 Jika dapat kebenaran. Tanya mereka. Semua orang perlu setuju. 394 00:30:37,671 --> 00:30:38,672 Stuart! 395 00:30:55,731 --> 00:30:57,107 Kingdom 2-9… 396 00:31:00,569 --> 00:31:03,655 Kami difahamkan yang perampas mahu berlepas semula? 397 00:31:06,408 --> 00:31:07,242 Betul. 398 00:31:13,832 --> 00:31:15,584 Namun, kami difahamkan yang permintaan peribadi kamu… 399 00:31:15,667 --> 00:31:17,544 supaya mereka tak buat begitu. 400 00:31:17,628 --> 00:31:18,504 Kita akan mendarat? 401 00:31:19,588 --> 00:31:20,923 Betul? 402 00:31:22,090 --> 00:31:23,300 Betul. 403 00:31:27,971 --> 00:31:30,349 Kamu diberi kebenaran mendarat. 404 00:31:32,351 --> 00:31:33,894 Terima kasih, Budapest. 405 00:31:33,977 --> 00:31:36,563 Semua orang dalam pesawat akan gembira mendengarnya. 406 00:31:36,647 --> 00:31:39,525 Unit bersenjata menunggu di landasan. 407 00:31:39,608 --> 00:31:40,859 Apa dia cakap? 408 00:31:40,943 --> 00:31:42,319 Ambulans sedang menunggu. 409 00:31:44,071 --> 00:31:45,489 Kita diberi kebenaran mendarat. 410 00:31:46,365 --> 00:31:47,199 Lakukannya. 411 00:31:47,282 --> 00:31:49,243 - Awak tak boleh buat keputusan. - Lakukannya. 412 00:31:54,248 --> 00:31:57,709 Budapest, kami di ketinggian 3,048 meter. Kami akan mulakan pendaratan terakhir. 413 00:32:00,754 --> 00:32:02,005 Dia tak boleh buat keputusan. 414 00:32:02,840 --> 00:32:04,216 Dia tak boleh mendaratkannya. 415 00:32:05,509 --> 00:32:06,510 Beritahu dia! 416 00:32:17,437 --> 00:32:19,898 - Ini misi bunuh diri. - Dia sedang nazak. 417 00:32:19,982 --> 00:32:21,233 Untuk kita semua. 418 00:32:21,316 --> 00:32:23,861 Kenapa? Kita ada tawanan. 419 00:32:23,944 --> 00:32:25,946 Sesiapa saja di bawah sana, mereka tak boleh buat apa-apa. 420 00:32:26,029 --> 00:32:29,157 Kita diberikan tugas dan selesaikannya. 421 00:32:29,241 --> 00:32:31,368 Kita akan selesaikannya. 422 00:32:31,451 --> 00:32:33,912 Seperti yang kita cakap kita akan lakukannya. 423 00:32:36,081 --> 00:32:37,457 Jika tidak? 424 00:32:42,004 --> 00:32:43,505 Jika tidak? 425 00:32:46,216 --> 00:32:47,676 Satu lagi panggilan daripada Lewis. 426 00:32:47,759 --> 00:32:50,512 Nombor yang sama hubungi telefon rumah awak dari pesawat itu. 427 00:32:53,265 --> 00:32:56,602 Beritahu kami tentang rancangan itu, maklumat yang awak tahu. 428 00:32:56,685 --> 00:32:59,563 Tak penting maklumat saya tahu, mereka sudah nekad. 429 00:32:59,646 --> 00:33:01,899 Apabila mereka lakukannya, mereka takkan berhenti. 430 00:33:01,982 --> 00:33:03,400 Kami yang perlu hentikan mereka. 431 00:33:03,483 --> 00:33:05,611 Awak tanya yang saya tahu dan saya beritahu awak. 432 00:33:06,195 --> 00:33:09,531 Mereka akan cari awak seperti mereka akan cari saya. 433 00:33:10,490 --> 00:33:12,034 Seperti mereka datang cari Peter saya. 434 00:33:14,203 --> 00:33:16,580 Pete bersama mereka selama 20 tahun, dipercayai. 435 00:33:18,123 --> 00:33:20,125 Namun, apabila dia melanggar batasan, mereka hantar orang ke sini 436 00:33:20,209 --> 00:33:21,502 untuk tembak dia. 437 00:33:23,420 --> 00:33:24,880 Lewis yang jumpa dia, 438 00:33:24,963 --> 00:33:27,341 balik dan nampak ayahnya mati di koridor. 439 00:33:30,636 --> 00:33:32,638 Ada sesiapa akan beritahu kami apa yang berlaku? 440 00:33:33,222 --> 00:33:35,098 Diam. 441 00:33:46,151 --> 00:33:49,530 Awak perlu hentikannya. Beritahu mereka kita tak perlu mendarat. 442 00:33:49,613 --> 00:33:53,325 - Saya? - Cakap dia akan okey. 443 00:33:57,871 --> 00:33:59,373 Kita perlu hentikan pendaratan ini. 444 00:33:59,873 --> 00:34:02,334 - Kita boleh berlepas semula. - Tak boleh, mereka mungkin halang. 445 00:34:02,417 --> 00:34:03,836 Jika kami tak ikut rancangan ini, 446 00:34:03,919 --> 00:34:05,796 mereka akan bunuh kami, keluarga kami dan keluarga awak. 447 00:34:05,879 --> 00:34:08,507 - Keluarga saya? - Kami hantar maklumat pasport awak. 448 00:34:09,299 --> 00:34:11,802 - Kenapa keluarga saya? - Penumpang yang buat masalah. 449 00:34:11,885 --> 00:34:14,804 Kami perlu buat begitu untuk sesiapa yang mengganggu. 450 00:34:14,888 --> 00:34:17,933 Kami sentiasa buat yang mereka mahu. Kami terpaksa. 451 00:34:18,433 --> 00:34:19,434 Jika tidak, habislah. 452 00:34:21,687 --> 00:34:22,896 Bagaimana awak tahu? 453 00:34:22,980 --> 00:34:26,483 Orang yang beri kami arahan tembak ayahnya. 454 00:34:27,400 --> 00:34:30,152 Dia lawan mereka, dia terima balasan. Betul? 455 00:34:31,362 --> 00:34:32,531 Bagaimana awak tahu? 456 00:34:34,449 --> 00:34:35,909 Mereka mahu beri contoh. 457 00:34:36,534 --> 00:34:38,120 Mereka mahu semua orang nampak mereka serius. 458 00:34:38,203 --> 00:34:40,831 Mereka hantar pembunuh. 459 00:34:40,914 --> 00:34:42,708 Siapa mereka? Bagaimana awak tahu itu mereka? 460 00:34:44,083 --> 00:34:45,918 Sebab saya pembunuh yang mereka hantar. 461 00:34:50,382 --> 00:34:54,844 Jika saya tak bunuh, mereka akan tembak saya dan hantar orang lain. 462 00:34:58,765 --> 00:35:02,811 Jika kami gagal, mereka akan bunuh keluarga awak juga. 463 00:35:04,104 --> 00:35:05,397 Sam Nelson. 464 00:35:10,027 --> 00:35:12,946 Mereka serius. 465 00:35:15,157 --> 00:35:16,450 Mereka tinggal di lorong ini. 466 00:35:18,368 --> 00:35:23,707 Keluarga mereka, saudara, mereka tinggal di rumah di kawasan ini. 467 00:35:26,001 --> 00:35:28,295 Edgar dan Johnnie, mereka pemilik kawasan ini. 468 00:35:30,047 --> 00:35:32,132 Mereka akan hantar orang untuk selesaikannya. 469 00:35:38,639 --> 00:35:41,099 Seseorang akan nampak kamu tiba. Mereka tahu kamu di sini. 470 00:35:43,644 --> 00:35:45,604 Mereka tak percayakan saya selepas kematian Pete. 471 00:35:45,687 --> 00:35:51,235 Selepas mereka sangka dia khianati mereka, tapi dia tak pernah buat begitu. 472 00:35:53,403 --> 00:35:54,905 Saya juga tak pernah khianati mereka. 473 00:35:57,324 --> 00:35:58,408 Saya tahu awak setia. 474 00:35:59,409 --> 00:36:00,536 Awak datang kepada saya. 475 00:36:01,954 --> 00:36:02,829 Saya tahu. 476 00:36:03,830 --> 00:36:05,749 Saya cuma mahu anak saya. 477 00:36:11,672 --> 00:36:14,550 Boleh saya ambil tisu? 478 00:36:17,302 --> 00:36:18,136 Ya. 479 00:36:27,771 --> 00:36:29,398 Apa dia beritahu awak? 480 00:36:31,483 --> 00:36:34,486 Dia cakap dengan anak keduanya yang dalam pesawat itu. 481 00:36:35,070 --> 00:36:36,071 Dia mengaku. 482 00:36:36,154 --> 00:36:38,282 Bawa dia keluar, periksa rumah itu, 483 00:36:38,365 --> 00:36:40,576 bawa dia ke alamat yang saya hantar kepada awak. 484 00:36:41,243 --> 00:36:44,621 Hafal dan padam. Jangan letak pada peta atau navigasi satelit awak. 485 00:36:44,705 --> 00:36:46,874 - Kita mahu bawa dia ke mana? - Erica, jangan jadi naif. 486 00:36:46,957 --> 00:36:49,001 Jika mereka ada tawanan, kita juga sama. 487 00:37:01,513 --> 00:37:02,681 Mana dia? 488 00:37:02,764 --> 00:37:04,516 Dia menangis dan pergi ambil tisu. 489 00:37:19,865 --> 00:37:21,783 Michael, di belakang. 490 00:37:25,537 --> 00:37:26,914 Hei! 491 00:37:31,793 --> 00:37:35,339 Tuan-tuan dan puan-puan, sila pasang tali pinggang keledar. 492 00:37:35,422 --> 00:37:39,259 Kapal terbang akan mendarat, tapi hanya untuk sebab perubatan. 493 00:37:39,343 --> 00:37:41,512 Saya ulang, ini hanya pendaratan perubatan. 494 00:37:41,595 --> 00:37:44,932 Jangan bangun dari kerusi. Keadaan dalam pesawat tetap sama. 495 00:37:53,315 --> 00:37:55,442 Mengesahkan visual pada pesawat. 496 00:37:55,526 --> 00:37:56,860 Visual disahkan. 497 00:37:58,028 --> 00:38:01,657 Tuan-tuan dan puan-puan, sila simpan barang anda. 498 00:38:01,740 --> 00:38:03,867 - Lihat di sana. - Lipat meja anda. 499 00:38:04,493 --> 00:38:07,204 Kembalikan kerusi anda di kedudukan menegak. 500 00:38:07,287 --> 00:38:09,748 Kita akan mulakan pendaratan terakhir kita. 501 00:38:11,583 --> 00:38:12,584 Tolong. 502 00:38:13,919 --> 00:38:14,837 Hei. 503 00:38:19,466 --> 00:38:20,467 Jangan mendarat. 504 00:38:22,010 --> 00:38:23,011 Jangan mendarat. 505 00:38:27,015 --> 00:38:28,016 Tak guna. 506 00:38:41,280 --> 00:38:42,281 Hei! 507 00:39:01,967 --> 00:39:03,260 Elaine, jangan! 508 00:39:17,524 --> 00:39:20,652 Kita perlu hentikan pendaratan. 509 00:39:21,403 --> 00:39:23,030 - Kita takkan berhenti. - Ya. 510 00:39:23,113 --> 00:39:24,489 Dia nazak. Mereka sedang tunggu. 511 00:39:24,573 --> 00:39:25,741 Biarkan ia mendarat. 512 00:39:27,367 --> 00:39:28,619 Ini idea awak. 513 00:39:30,162 --> 00:39:31,371 Adik saya nazak. 514 00:39:31,455 --> 00:39:34,082 Adik awak yang cakap begitu. Dia tak mahu awak mendarat. 515 00:39:36,793 --> 00:39:39,254 Tanya dia sendiri. 516 00:39:55,604 --> 00:39:56,772 Mana? 517 00:39:58,106 --> 00:40:01,026 Mana pen itu? Apa awak buat? 518 00:40:01,109 --> 00:40:02,903 - Hei! Berhenti! - Apa awak buat? 519 00:40:02,986 --> 00:40:04,154 Lihat! 520 00:40:05,072 --> 00:40:08,158 Kami tak buat apa-apa. Ia pada tangannya. 521 00:40:11,828 --> 00:40:13,163 Dia cabut sendiri. 522 00:40:22,548 --> 00:40:23,966 Dia tak mahu awak selamatkan dia. 523 00:40:27,010 --> 00:40:28,220 Dia mahu selamatkan awak. 524 00:41:16,101 --> 00:41:17,311 Batalkan pendaratan. 525 00:41:17,936 --> 00:41:19,855 Batal? Kita tak boleh… 526 00:41:19,938 --> 00:41:23,108 Ya. Batalkan pendaratan. 527 00:41:25,736 --> 00:41:27,112 Kita teruskan perjalanan. 528 00:42:21,291 --> 00:42:24,086 Semua unit… Berundur. 529 00:42:24,169 --> 00:42:25,754 Diulang. Semua unit, berundur. 530 00:42:39,560 --> 00:42:43,397 Kingdom 2-9 turun ke 1,829 meter, tapi tak mendarat. 531 00:42:43,480 --> 00:42:46,483 Sekarang ia kembali ke altitud jajap. 532 00:42:47,818 --> 00:42:51,029 Budapest cuba menghubungi selepas pendaratan dibatalkan, 533 00:42:51,113 --> 00:42:55,158 tapi setakat ini Kingdom 2-9 tak beri respons. 534 00:42:57,035 --> 00:42:59,454 Kingdom 2-9 sejauh 90 minit 535 00:42:59,538 --> 00:43:02,666 dari titik paling awal kita boleh hubunginya secara terus. 536 00:43:03,166 --> 00:43:05,419 Sebentar. Patrick dari pejabat PM di talian. 537 00:43:06,879 --> 00:43:08,672 Keadaan masih berlangsung. 538 00:43:08,755 --> 00:43:10,382 Ada kecederaan dalam pesawat, 539 00:43:10,465 --> 00:43:12,593 permintaan bantuan perubatan, pendaratan yang dibatalkan. 540 00:43:12,676 --> 00:43:15,554 Sekarang pesawat ini masih di udara 541 00:43:15,637 --> 00:43:18,307 dan sekali lagi tidak menjawab percubaan panggilan dari daratan. 542 00:43:19,099 --> 00:43:21,226 - Kamu perlu lihat ini. - Awak perlu tunggu. 543 00:43:21,977 --> 00:43:23,061 Kamu semua. 544 00:43:24,479 --> 00:43:26,148 Patrick, kami akan beritahu lagi. 545 00:43:29,776 --> 00:43:31,069 Seorang pekerja keselamatan bagasi 546 00:43:31,153 --> 00:43:33,614 yang daftar masuk penumpang kelas perniagaan KA29 547 00:43:33,697 --> 00:43:35,199 ditemui mati di rumahnya. 548 00:43:35,282 --> 00:43:37,117 Seluruh keluarganya juga dibunuh, 549 00:43:37,201 --> 00:43:39,786 mereka buat andaian yang keluarganya ditahan 550 00:43:39,870 --> 00:43:42,080 supaya dia biarkan perampas menaiki pesawat. 551 00:43:42,164 --> 00:43:45,584 Pengawal trafik udara Dubai pergi mencari dia. Mayatnya juga ditemui. 552 00:43:46,084 --> 00:43:49,963 Jika ada yang geli, pandang ke arah lain sekarang. 553 00:43:51,715 --> 00:43:52,549 Aduhai. 554 00:43:52,633 --> 00:43:54,801 Itu yang berlaku apabila ikut arahan mereka. 555 00:43:55,844 --> 00:43:57,304 Apa awak tanya tadi? 556 00:43:58,138 --> 00:43:59,681 Mereka akan tunaikan ugutan? 557 00:44:00,641 --> 00:44:02,768 Awak sudah dapat jawapannya. 558 00:46:16,610 --> 00:46:18,612 Terjemahan sari kata oleh Nur Diyana Osman