1 00:00:17,668 --> 00:00:18,543 PERTARUNGAN 2 00:00:18,584 --> 00:00:21,543 Jadi awak buat hubungan intim dengan Kucing Tuhan? 3 00:00:21,626 --> 00:00:24,001 - Jijik. - Biasalah, majlis kahwin. 4 00:00:24,084 --> 00:00:26,418 Kami minum, menari ikut lagu Snow Patrol. 5 00:00:26,501 --> 00:00:29,293 Lagu mereka lembut tapi buat orang naik stim. 6 00:00:29,376 --> 00:00:31,459 - Apa awak nak buat? - Tak tahu. 7 00:00:31,543 --> 00:00:33,334 - Nak beritahu Kucing Tuhan? - Tak tahu! 8 00:00:33,418 --> 00:00:37,209 Cabaran terakhir akan bermula dalam masa lima minit. 9 00:00:38,168 --> 00:00:41,126 Kepada pemilik unikorn putih dengan punggung pelangi, 10 00:00:41,209 --> 00:00:42,918 unikorn anda sedang ditunda. 11 00:00:44,834 --> 00:00:47,668 Dengar sini. Semua yang awak cakap itu benar. 12 00:00:47,751 --> 00:00:51,668 Awak memang calon terbaik. Awak dilahirkan untuk ini. 13 00:00:51,751 --> 00:00:53,793 Okey. Ya, awak betul. 14 00:00:53,876 --> 00:00:56,251 Saya pemerintah agung syurga dan neraka. 15 00:00:56,334 --> 00:01:00,418 Saya buat latihan industri di Disney. Saya mesti boleh. 16 00:01:01,168 --> 00:01:03,209 Alamak. Maaf. Hormon. 17 00:01:03,293 --> 00:01:05,918 Hei, kenapa dia tak dapat penalti? 18 00:01:06,001 --> 00:01:10,459 Okey. Dia nampak bersemangat, jadi kita pun perlu begitu. Ayuh. 19 00:01:10,543 --> 00:01:12,084 Saya tak nak dah. 20 00:01:12,168 --> 00:01:16,376 Saya hilang kawan baik merangkap rakan sepasukan merangkap rakan kongsi. 21 00:01:17,543 --> 00:01:20,834 Kami cipta kasut tumit tinggi untuk remaja lelaki. 22 00:01:20,918 --> 00:01:23,626 Sekarang Bro-lettos takkan masuk pasaran. 23 00:01:23,709 --> 00:01:26,001 Ayuh. Saya boleh beri semangat kepada awak. 24 00:01:27,084 --> 00:01:28,793 Tubuh awak mantap, 25 00:01:28,876 --> 00:01:31,501 seperti bangku kusyen berpeluh dengan lengan sosej. 26 00:01:31,584 --> 00:01:33,751 Tengok? Okey, jom! 27 00:01:38,043 --> 00:01:40,293 Herb, apa sebenarnya semua ini? 28 00:01:40,376 --> 00:01:43,501 Sebenarnya selama ini saya menggelapkan wang. 29 00:01:43,584 --> 00:01:47,209 Maknanya saya curi duit, bukan buat duit dalam gelap. 30 00:01:47,293 --> 00:01:49,459 Rupanya saya tak cukup licik. 31 00:01:49,543 --> 00:01:54,418 Saya dah nak ditangkap jadi saya palsukan kematian saya 32 00:01:54,501 --> 00:02:00,251 dan siapa lagi yang layak diperbodohkan selain si kerbau botak yang lembab itu, 33 00:02:00,334 --> 00:02:02,293 Marv Higgins? 34 00:02:02,376 --> 00:02:04,459 Mana boleh khianat anak sendiri. 35 00:02:04,543 --> 00:02:06,876 Walaupun mereka tak memenuhi harapan awak, 36 00:02:06,959 --> 00:02:09,626 awak masih patut sayang mereka. 37 00:02:09,709 --> 00:02:11,251 Sejujurnya, Abbie, 38 00:02:11,334 --> 00:02:14,293 saya rasa macam itu masalah awak, bukan saya. 39 00:02:14,918 --> 00:02:16,793 Tunggu. Tak guna. 40 00:02:16,876 --> 00:02:21,043 Saya baru cakap rancangan jahat saya. Saya perlu bunuh awak sekarang. 41 00:02:22,001 --> 00:02:25,251 Nanti saya lambat mahu bermesra dengan isteri saya. 42 00:02:25,334 --> 00:02:29,251 Nancy, jangan biadab. Perkenalkan diri kepada Abbie. 43 00:02:29,751 --> 00:02:32,334 Herb, awak macam tak sihat. 44 00:02:32,918 --> 00:02:34,293 Saya sihat saja. 45 00:02:34,376 --> 00:02:36,834 Sejak saya berhenti hisap asap baja, 46 00:02:36,918 --> 00:02:40,043 halusinasi saya dah banyak kurang. 47 00:02:40,126 --> 00:02:42,418 Mana pula ini, saya baru… 48 00:02:45,293 --> 00:02:48,543 Keju kimia ini mengeras dalam beberapa saat saja. 49 00:02:48,626 --> 00:02:52,043 Jadi apabila saya jatuhkan awak ke dalam lagun Big Bulk, 50 00:02:52,126 --> 00:02:55,293 awak akan tenggelam cepat macam telur saya dalam tab panas. 51 00:02:58,543 --> 00:03:01,334 Tuan-tuan dan puan-puan, malaikat dan syaitan, 52 00:03:01,418 --> 00:03:04,668 dewa dewi bersayap emas dan goblin pencuri stoking. 53 00:03:04,751 --> 00:03:05,751 Inilah dia. 54 00:03:05,834 --> 00:03:07,834 Acara terakhir pertarungan ini. 55 00:03:07,918 --> 00:03:11,918 Siapa akan jadi Ketua Pegawai Eksekutif baru kita? 56 00:03:17,626 --> 00:03:22,043 Untuk cabaran terakhir, bagi membuktikan manusia boleh buat perkara mustahil 57 00:03:22,126 --> 00:03:24,209 dengan bantuan tuhan, 58 00:03:24,293 --> 00:03:26,709 awak mesti buat penasihat manusia awak… 59 00:03:27,626 --> 00:03:29,209 Melawan fitrah manusia! 60 00:03:29,293 --> 00:03:31,543 MELAWAN FITRAH MANUSIA 61 00:03:31,626 --> 00:03:34,459 Alamak. Saya dah agak. Ini memang kesukaan ramai. 62 00:03:34,543 --> 00:03:37,126 Ahli lembaga akan fikir benda tersukar untuk manusia itu 63 00:03:37,209 --> 00:03:41,001 dan tuhan mesti buat mereka melawan fitrah untuk melaksanakannya. Tapi… 64 00:03:42,501 --> 00:03:44,709 Awak okey? Nak jumpa doktor? 65 00:03:44,793 --> 00:03:47,584 Tak payah tolong saya! Awak yang buat saya jadi begini. 66 00:03:47,668 --> 00:03:51,626 Awak dan Snow Patrol bedebah itu. Dengan lagu mendayu mereka. 67 00:03:51,709 --> 00:03:54,043 - Semua jantan sama saja. - Peliknya. 68 00:03:54,126 --> 00:03:55,126 Tak juga. 69 00:03:55,209 --> 00:03:57,668 Dah dengar album baru mereka? Rap metal. 70 00:03:59,043 --> 00:04:01,084 Herb, jangan buat begini! 71 00:04:01,168 --> 00:04:03,293 Abbie, saya minta maaf, tapi… 72 00:04:08,251 --> 00:04:10,209 BAJA SUNGKUP 73 00:04:10,251 --> 00:04:13,293 Marv, macam mana awak jumpa saya? 74 00:04:13,376 --> 00:04:16,584 Semuanya bermula 20 minit lalu. 75 00:04:16,668 --> 00:04:17,959 20 MINIT LALU 76 00:04:21,543 --> 00:04:22,751 BAHAGIAN KEBUN 77 00:04:23,584 --> 00:04:24,793 Itu saja ceritanya? 78 00:04:24,876 --> 00:04:28,876 Awak masuk ke bahagian kebun sebab awak nampak ais krim cair saya? 79 00:04:28,959 --> 00:04:32,751 Saya ada minum sikit tapi itu tak penting sekarang. 80 00:04:32,834 --> 00:04:34,626 Marv, anakku, 81 00:04:34,709 --> 00:04:36,751 gembira dapat berjumpa kamu. 82 00:04:36,834 --> 00:04:41,293 Ayah! Nasib baik ayah masih hidup. Semasa ayah meletup, saya sangat sedih. 83 00:04:41,376 --> 00:04:45,876 Dia tak meletup. Dia palsukan kematiannya dan jadikan awak kambing hitam. 84 00:04:45,959 --> 00:04:49,084 Nampaknya isteri awak dah gila. 85 00:04:49,168 --> 00:04:52,626 Sudahlah ikat diri sendiri, celup kaki dalam keju pula. 86 00:04:52,709 --> 00:04:54,293 Saya tahu sangat. 87 00:04:54,376 --> 00:04:58,126 Memang menyedihkan. Sebenarnya, saya perlu pergi. Jadi… 88 00:04:58,209 --> 00:05:02,293 - Ayah, tunggu! Pihak berkuasa datang dan… - Ya, benda jenayah itu. 89 00:05:02,376 --> 00:05:04,418 Marv, begini sajalah. 90 00:05:04,501 --> 00:05:10,251 Kamu akan bertanggungjawab untuk semua itu sebab kamu sayang ayah 91 00:05:10,334 --> 00:05:12,959 dan ayah juga sayang kamu, nak. 92 00:05:20,626 --> 00:05:24,459 Marv, mana awak belajar hayun tali macam itu? 93 00:05:24,543 --> 00:05:28,501 Dalam permainan saya, saya jadi watak Tarzan. 94 00:05:28,584 --> 00:05:33,084 Sebenarnya saya jadi watak gorila gatal yang dicintai Tarzan tapi… 95 00:05:33,168 --> 00:05:34,584 Tunggu, hentikan kereta. 96 00:05:34,668 --> 00:05:35,709 PARANG 97 00:05:35,793 --> 00:05:39,709 Wah, sudahlah cantik, ada diskaun pula. 98 00:05:43,959 --> 00:05:47,293 Kucing Syaitan, giliran awak dan manusia awak dulu. 99 00:05:49,293 --> 00:05:53,584 Kucing Syaitan. Manusia awak, Greta, tak boleh memahami manusia lain 100 00:05:53,668 --> 00:05:55,001 daripada segi emosi. 101 00:05:55,084 --> 00:05:58,001 Bagi membuat manusia awak melawan fitrahnya, 102 00:05:58,084 --> 00:05:59,543 awak mesti kalahkan ini. 103 00:06:04,043 --> 00:06:08,501 Sekejap! Apa kaitan melawan fitrah dan melawan dubur gergasi bersesungut? 104 00:06:08,584 --> 00:06:09,959 Kalau nak selamat, 105 00:06:10,043 --> 00:06:13,709 awak mesti puaskan keinginannya untuk penderitaan manusia. 106 00:06:13,793 --> 00:06:15,959 Ia minum air mata manusia. 107 00:06:16,043 --> 00:06:19,834 Sama ada awak buat Greta menangis, atau raksasa makan dia. Semoga berjaya. 108 00:06:22,834 --> 00:06:24,418 Nah, baca halaman terakhir ini. 109 00:06:25,543 --> 00:06:29,251 "Kemudian mereka bawa Old Yeller ke laman dan ikat ke pokok." 110 00:06:31,084 --> 00:06:33,709 "Nak jual kasut bayi. Tak pernah dipakai." 111 00:06:35,293 --> 00:06:37,876 Ada filem bertajuk Up, dan pada mulanya… 112 00:06:37,959 --> 00:06:40,251 - Tak berkesan! - Nanti. Saya tahu. 113 00:06:42,501 --> 00:06:44,584 Beg paip mana boleh buat saya menangis? 114 00:06:44,668 --> 00:06:48,668 Itu alat muzik yang berbunyi sayu macam menyesali kewujudannya. 115 00:06:49,501 --> 00:06:50,918 Okey, persetankan semuanya. 116 00:06:57,709 --> 00:07:00,001 - Ya! - Kuat betul. 117 00:07:00,084 --> 00:07:01,709 Ya, awak kalahkan raksasa itu, 118 00:07:01,793 --> 00:07:04,584 tapi Greta tak dapat melawan fitrahnya. 119 00:07:05,168 --> 00:07:06,501 Jadi sifar mata. 120 00:07:07,001 --> 00:07:09,501 Ya! Kita boleh, Travis. 121 00:07:15,918 --> 00:07:18,668 Nancy, kita dah semakin renggang. 122 00:07:18,751 --> 00:07:22,584 Saya lelaki yang kuat, berdikari dan awak… 123 00:07:22,668 --> 00:07:26,293 Awak cuma sekampit beras dengan dua lubang yang saya tebuk. 124 00:07:30,084 --> 00:07:32,834 Kalau dia sampai Lambulkini itu, habislah. 125 00:07:32,918 --> 00:07:34,418 Saya tak boleh biar dia terlepas. 126 00:07:44,001 --> 00:07:47,834 PASAR RAYA BIG BULK 127 00:07:54,126 --> 00:07:56,001 Nanti dulu, Herb. 128 00:07:57,418 --> 00:08:02,126 Marv, kadang-kadang apabila seorang ayah dan anak lelakinya saling menyayangi 129 00:08:02,209 --> 00:08:03,584 tapi mereka tak serasi, 130 00:08:03,668 --> 00:08:06,668 salah seorangnya akan bunuh seorang lagi dengan busur silang. 131 00:08:06,751 --> 00:08:07,918 Selamat tinggal, Marv. 132 00:08:13,751 --> 00:08:16,626 Okey, dengar sini. Kamu alihkan kereta kamu. 133 00:08:16,709 --> 00:08:19,001 Ayah akan lari dengan Lambulkini ayah, 134 00:08:19,084 --> 00:08:23,793 selepas itu, kamu akan serah diri kepada polis kerana menggelapkan wang. 135 00:08:23,876 --> 00:08:25,834 Macam mana? Setuju tak? 136 00:08:25,918 --> 00:08:26,834 Tidak. 137 00:08:26,918 --> 00:08:29,043 Berani kamu, Marv? 138 00:08:29,126 --> 00:08:31,709 Kamu patut hormat ayah kamu! 139 00:08:36,876 --> 00:08:40,084 Awak bukan ayah saya! 140 00:08:45,668 --> 00:08:46,584 Celaka… 141 00:08:52,626 --> 00:08:57,334 Kamu berani melawan ayah dan rampas rambut ayah sendiri? 142 00:08:57,918 --> 00:09:01,084 Ayah bangga dengan kamu. 143 00:09:02,126 --> 00:09:04,668 Apa yang berlaku? 144 00:09:04,751 --> 00:09:07,209 Saya pitam sekejap tadi. 145 00:09:07,293 --> 00:09:08,626 KUCING SYAITAN KUCING TUHAN 146 00:09:08,709 --> 00:09:12,293 Baiklah, ini saat penentuannya. 147 00:09:12,376 --> 00:09:16,584 Jika Kucing Tuhan gagal, Kucing Syaitan akan jadi Ketua Pegawai Eksekutif baru. 148 00:09:16,668 --> 00:09:18,793 Tapi jika Kucing Tuhan berjaya, 149 00:09:18,876 --> 00:09:21,918 markah akan seri dan kita masuk pusingan kalah mati. 150 00:09:22,001 --> 00:09:26,293 Kalau dua-dua mati, kita akan pilih 50 manusia untuk pertandingan baju basah. 151 00:09:26,376 --> 00:09:28,793 - Kita mula! - Ya! 152 00:09:29,418 --> 00:09:32,418 Untuk acara terakhir, kami ada cabaran yang amat sukar 153 00:09:32,501 --> 00:09:34,709 untuk remaja kepala angin yang ketagih skrin ini 154 00:09:34,793 --> 00:09:38,126 yang lebih perlukan Internet daripada udara. 155 00:09:38,209 --> 00:09:41,751 Dia perlu mengalahkan penghasut mayanya, Aidan. 156 00:09:42,251 --> 00:09:45,293 Panggil Aidan! 157 00:09:45,959 --> 00:09:50,334 Awak semua pergilah serbu rumah warga emas tanpa saya. 158 00:09:51,293 --> 00:09:54,584 Wah! Saya diangkat ke syurga? 159 00:09:54,668 --> 00:09:56,043 Seronoknya! 160 00:09:59,918 --> 00:10:03,043 Aidan dan Trashfist, ini pertarungan yang paling dahsyat 161 00:10:03,626 --> 00:10:06,501 yang dicipta penulis jenaka terhebat di Bumi, 162 00:10:06,584 --> 00:10:07,876 lawan kecam. 163 00:10:07,959 --> 00:10:10,334 Dorito Manusia, awak dulu. 164 00:10:10,876 --> 00:10:13,001 Nak kecam dia? Boleh saja. 165 00:10:14,084 --> 00:10:16,501 Travis begitu hodoh 166 00:10:16,584 --> 00:10:20,501 sampai kalau jumpa One Direction, mereka akan beralih arah. 167 00:10:21,626 --> 00:10:23,334 Travis begitu bodoh, 168 00:10:23,418 --> 00:10:26,626 dia ingatkan Dunkin' Donuts pasukan bola keranjang. 169 00:10:27,709 --> 00:10:29,209 Ya? Baiklah… 170 00:10:29,293 --> 00:10:31,251 Tunggu. Dunkin' Donuts? 171 00:10:31,334 --> 00:10:34,043 Kenapa kecam saya? Awak yang fikir begitu. 172 00:10:38,501 --> 00:10:42,043 Kulit Aidan begitu berminyak sampai jadi pembekal Pizza Hut. 173 00:10:42,126 --> 00:10:46,959 Travis begitu teruk sampai gigi bongsu dia yang buang dia. 174 00:10:47,043 --> 00:10:49,334 Serius. Gigi dia rosak teruk. 175 00:10:49,918 --> 00:10:52,584 Apa? Bukanlah. Gigi awak yang rosak teruk. 176 00:10:52,668 --> 00:10:56,418 Jururawat kata gigi awak nampak macam orang campak piano dalam liang lahad. 177 00:10:56,918 --> 00:11:00,126 Nanti. Awak sebenarnya mengutuk diri sendiri. 178 00:11:00,209 --> 00:11:01,751 Itu perangai semua penghasut. 179 00:11:01,834 --> 00:11:03,709 Saya tak peduli kata awak tentang saya. 180 00:11:05,418 --> 00:11:06,793 Awak rasa begitu? 181 00:11:06,876 --> 00:11:10,168 Kalau awak minuman tenaga, nama awak jadi "Lembik." 182 00:11:10,251 --> 00:11:13,084 Tengok? Saya dah agak. Saya tak terasa pun. 183 00:11:13,834 --> 00:11:18,376 Awak boleh panggil saya sesuka hati awak. Saya tak peduli tanggapan awak lagi. 184 00:11:18,459 --> 00:11:20,626 Tak kira awak atau orang lain 185 00:11:20,709 --> 00:11:22,376 sebab saya hebat. 186 00:11:24,459 --> 00:11:26,501 Memang betul apa awak cakap. 187 00:11:26,584 --> 00:11:28,334 Awak sungguh hebat. 188 00:11:28,418 --> 00:11:30,418 Awak penstrim yang hebat. 189 00:11:30,501 --> 00:11:34,334 Rumah awak bersih, dan gagak tak bersarang dalam dapur awak. 190 00:11:34,418 --> 00:11:38,918 Tapi mak ayah tiri saya jual tab mandi untuk beli tiket Hoobastank. 191 00:11:39,001 --> 00:11:42,376 Ya, saya cuba nak runtuhkan semangat awak 192 00:11:42,459 --> 00:11:44,001 supaya awak tak tinggalkan saya. 193 00:11:44,084 --> 00:11:46,709 Dan saya sebenarnya mahu… 194 00:11:46,793 --> 00:11:47,668 minta maaf. 195 00:11:47,751 --> 00:11:50,126 Awak tak perlu risau kehilangan saya. 196 00:11:50,209 --> 00:11:51,876 Awak sahabat baik saya. 197 00:11:55,001 --> 00:11:58,043 Cabaran berjaya. Satu mata untuk Kucing Tuhan. 198 00:11:58,126 --> 00:11:59,834 Markah kita sudah seri! 199 00:12:01,543 --> 00:12:03,459 POLIS 200 00:12:05,209 --> 00:12:07,168 Marv, tunggu saya? 201 00:12:07,793 --> 00:12:08,626 Tak nak. 202 00:12:08,709 --> 00:12:12,209 Mungkin saya boleh hantar barang untuk awak di penjara? 203 00:12:12,293 --> 00:12:13,501 Ada permintaan? 204 00:12:13,584 --> 00:12:19,168 Mungkin surat yang ikhlas memberitahu saya betapa awak hargai hubungan istimewa kita? 205 00:12:20,084 --> 00:12:22,834 Atau kampit beras. Awak tahu jenis saya suka. 206 00:12:26,459 --> 00:12:29,001 Sayang, awak begitu hebat tadi. 207 00:12:29,084 --> 00:12:32,626 Awak macam Jason Bourne yang cuba sorokkan kepala botaknya. 208 00:12:32,709 --> 00:12:34,543 Macam Matt Damon, rasanya. 209 00:12:34,626 --> 00:12:37,126 Abbie, saya dah silap. 210 00:12:37,209 --> 00:12:41,126 Saya terlalu fokus kepada kerja dan hobi saya. 211 00:12:41,209 --> 00:12:43,501 Tak berbaloi kehilangan awak. 212 00:12:43,584 --> 00:12:44,501 Minta maaf. 213 00:12:44,584 --> 00:12:48,584 Saya pun minta maaf. Saya patut ambil peduli dengan minat awak. 214 00:12:48,668 --> 00:12:51,126 Saya patut lebih ambil peduli tentang awak. 215 00:12:52,209 --> 00:12:55,043 Mulai sekarang, semuanya berubah. 216 00:12:55,126 --> 00:12:57,043 Awak akan datang ke kelab buku saya? 217 00:12:57,126 --> 00:12:59,293 Kami baca fiksyen peminat He-Man. 218 00:12:59,376 --> 00:13:01,043 Boleh, kalau awak ikut saya 219 00:13:01,126 --> 00:13:03,959 ke kelas tempur aligator yang saya jumpa di Groupon. 220 00:13:04,043 --> 00:13:06,501 Kalau kita jumpa di tengah? 221 00:13:06,584 --> 00:13:09,501 Kita minum Smirnoff Ice dan main Buck Hunter? 222 00:13:09,584 --> 00:13:10,418 Setuju. 223 00:13:13,209 --> 00:13:15,709 Tuan-tuan dan puan-puan, markah sudah seri. 224 00:13:15,793 --> 00:13:19,251 Ini bermaksud kita akan masuk pusingan kalah mati. 225 00:13:20,834 --> 00:13:22,709 Kalah mati! 226 00:13:27,959 --> 00:13:31,209 PERTUNJUKAN MANUSIA WESTMINSTER 227 00:13:34,001 --> 00:13:37,251 Sesiapa yang buat penasihat mereka lintas garisan penamat dulu 228 00:13:37,334 --> 00:13:41,334 memenangi jawatan Ketua Pegawai Eksekutif dan bekalan Makanan Anjing Purina. 229 00:13:41,834 --> 00:13:43,084 Senang saja. 230 00:13:43,168 --> 00:13:46,584 Ingat, jika awak disembur dengan lava, teruskan berlari. 231 00:13:46,668 --> 00:13:50,209 Harap-harap momentum awak akan bawa mayat berapi awak ke garisan penamat. 232 00:13:51,001 --> 00:13:53,209 Dengar sini, awak mesti boleh. 233 00:13:53,293 --> 00:13:54,584 Tawan litar ini. 234 00:13:54,668 --> 00:13:57,543 Macam ayah tiri saya tawan lapan anjing pitbull. 235 00:13:57,626 --> 00:13:59,209 Ayuh! 236 00:13:59,293 --> 00:14:00,959 PERTUNJUKAN MANUSIA WESTMINSTER 237 00:14:04,959 --> 00:14:07,043 Kalau saya dibunuh dengan laser, 238 00:14:07,126 --> 00:14:09,501 saya nak kakak tahu kakak memang terbaik. 239 00:14:09,584 --> 00:14:13,293 Kalau kita selamat selepas ini, saya janji akan pam tandas atas. 240 00:14:13,376 --> 00:14:15,751 Terima kasih, Trav. Kamu pun adik yang baik. 241 00:14:15,834 --> 00:14:18,626 Kakak akan berhenti tabur ketamina dalam bijirin kamu. 242 00:14:18,709 --> 00:14:23,418 - Apa? - Masa bermula sekarang! 243 00:14:32,543 --> 00:14:33,626 Pandai. 244 00:14:33,709 --> 00:14:35,334 Pusing. 245 00:14:35,418 --> 00:14:36,418 Okey, lari. 246 00:14:37,793 --> 00:14:39,626 Naik. Bagus. Naik. 247 00:14:43,459 --> 00:14:46,626 Lompat. Tunduk. Gelongsor. 248 00:14:52,084 --> 00:14:55,043 Travis! 249 00:15:06,793 --> 00:15:08,626 - Bangun! Ayuh! - Bangun! Ayuh! 250 00:15:08,709 --> 00:15:10,793 - Lari! - Tunggu apa lagi? Lari! 251 00:15:15,709 --> 00:15:16,626 TAMAT 252 00:15:17,709 --> 00:15:19,168 Travis menang! 253 00:15:19,668 --> 00:15:21,209 Inilah pemenangnya! 254 00:15:22,501 --> 00:15:25,209 Memperkenalkan Ketua Pegawai Eksekutif baru kita, 255 00:15:25,918 --> 00:15:29,168 Kucing Tuhan! 256 00:15:32,543 --> 00:15:37,209 Tahniah, awak jadi Ketua Pegawai Eksekutif syurga dan neraka. 257 00:15:38,001 --> 00:15:40,959 Terima kasih. Rasa seronok dapat kuasa semula. 258 00:15:41,043 --> 00:15:44,668 Pertama sekali, Saya nak makan satu dolfin. 259 00:15:44,751 --> 00:15:47,043 Saya mengidam itu sejak jadi kucing… 260 00:15:47,126 --> 00:15:50,959 Sekarang, kita mulakan fasa kedua rombakan kita, 261 00:15:51,043 --> 00:15:53,709 penghapusan bangsa manusia. 262 00:15:54,834 --> 00:15:58,334 Apa? Tapi penggabungan itu mahu agihkan semula roh manusia. 263 00:15:58,418 --> 00:16:02,543 Apabila kami sedar masalah syarikat berpunca daripada manusia, 264 00:16:02,626 --> 00:16:05,418 kami ingat mahu hapuskan mereka dan mula semula. 265 00:16:05,501 --> 00:16:09,293 Adakah saya setuju dengan idea membunuh tujuh bilion manusia bodoh 266 00:16:09,376 --> 00:16:12,334 yang cipta perang nuklear dan cabaran makan Tide Pod? 267 00:16:12,418 --> 00:16:13,834 Itu idea bernas. 268 00:16:13,918 --> 00:16:17,459 Tapi sejak saya bersama keluarga saya di Bumi, saya sedar 269 00:16:17,543 --> 00:16:20,418 manusia memang teruk, tapi mereka juga hebat. 270 00:16:21,001 --> 00:16:24,043 Merekalah racun tapi mereka jugalah penawar. 271 00:16:24,126 --> 00:16:27,918 Maaf, tapi sebagai tuhan, saya terpaksa tolak. 272 00:16:29,584 --> 00:16:30,709 Baiklah. 273 00:16:30,793 --> 00:16:33,501 Terima kasih kerana mengundurkan diri. 274 00:16:34,376 --> 00:16:35,876 Apa? Tapi saya tak… 275 00:16:35,959 --> 00:16:40,293 Beelzebub, kami nak tawarkan awak jawatan Ketua Pegawai Eksekutif. 276 00:16:40,376 --> 00:16:43,418 Kalau awak setuju untuk menghapuskan bangsa manusia. 277 00:16:44,001 --> 00:16:46,168 Saya memang nak kerja itu, tapi… 278 00:16:46,251 --> 00:16:50,126 Nanti! Jangan buat begini. Manusia memang dicipta tak sempurna. 279 00:16:50,209 --> 00:16:52,751 Malah ada juga manusia yang amat zalim 280 00:16:52,834 --> 00:16:55,251 tapi kami bukan baik sebab kami sempurna. 281 00:16:55,334 --> 00:16:56,168 Kami teruk. 282 00:16:56,668 --> 00:16:59,084 Tapi kalau teruk pun tak mengapa. 283 00:16:59,168 --> 00:17:03,334 Saya teruk. Keluarga saya pun teruk tapi sebab itu saya sayang mereka. 284 00:17:03,418 --> 00:17:05,209 Sebab itu kami saling menyayangi. 285 00:17:09,043 --> 00:17:11,168 Bawa ke sungai 286 00:17:11,251 --> 00:17:13,626 Ini keputusan awak, Beelzebub. 287 00:17:16,918 --> 00:17:17,751 Saya buat. 288 00:17:17,834 --> 00:17:18,751 Tidak! 289 00:17:21,834 --> 00:17:23,376 BUTANG KIAMAT 290 00:17:27,543 --> 00:17:30,793 Dalam setiap langkah, ayah menghantui saya. 291 00:17:30,876 --> 00:17:33,168 Saya takkan dibayangi ayah lagi. 292 00:17:35,168 --> 00:17:36,793 Sayalah kegelapan. 293 00:17:37,751 --> 00:17:39,459 Saya yang jadi bayang-bayang! 294 00:17:39,543 --> 00:17:41,168 Ya, Beelzebub. 295 00:17:41,251 --> 00:17:42,751 Lakukanlah. 296 00:17:42,834 --> 00:17:48,126 Awak semua dipecat! 297 00:18:05,251 --> 00:18:07,876 Beelzebub, syaitan kecilku, 298 00:18:07,959 --> 00:18:10,168 saya dah agak awak memang hebat. 299 00:18:13,668 --> 00:18:16,043 Wah, kenapa tiba-tiba saja macam ini? 300 00:18:17,126 --> 00:18:20,626 Saya tak nak ikut cara mereka. Saya berkuasa sekarang. Jadi… 301 00:18:22,584 --> 00:18:25,626 Hei, awak tak patut kencing atas perabot pejabat. 302 00:18:25,709 --> 00:18:27,918 Sejak saya jadi kucing saya dah tahu itu. 303 00:18:28,001 --> 00:18:30,293 Saya bukan kencing, bodoh! 304 00:18:30,376 --> 00:18:32,043 Saya nak bersalin! 305 00:18:32,126 --> 00:18:34,959 Bersalin? Awak mengandung? Bila? 306 00:18:35,834 --> 00:18:37,543 Ingat majlis kahwin sepupu saya? 307 00:18:40,793 --> 00:18:41,793 Mestilah ingat. 308 00:18:41,876 --> 00:18:45,251 Sudah! Kita tak ada masa nak kenang memori indah! 309 00:18:46,626 --> 00:18:50,918 Wah! Ini macam dah betul-betul serius. 310 00:18:51,001 --> 00:18:54,376 Okey, siapa yang boleh tolong bidankan kucing? 311 00:18:54,876 --> 00:18:58,043 Sekejap. Abbie! Kita perlu kembali ke Bumi. 312 00:19:02,876 --> 00:19:04,084 Tolong saya! 313 00:19:07,209 --> 00:19:09,293 Semua orang naik. Kita akan pulang. 314 00:19:13,376 --> 00:19:14,584 Hai, anak-anak! 315 00:19:14,668 --> 00:19:18,001 Abbie, Marv, Kucing Syaitan mengandung, dan saya ayahnya. 316 00:19:20,209 --> 00:19:22,626 Wah, tahniah. 317 00:19:22,709 --> 00:19:25,126 Tapi kenapa nak bakar rumah saya? 318 00:19:25,209 --> 00:19:27,501 Nak buat parti dedah jantina, ya? 319 00:19:28,001 --> 00:19:29,668 Bukanlah, saya nak beranak! 320 00:19:29,751 --> 00:19:32,418 Marv, but, tali bungee, pelocok tandas. 321 00:19:33,626 --> 00:19:35,293 Awak yang buat saya begini! 322 00:19:35,376 --> 00:19:36,876 Pegang tangan saya! 323 00:19:36,959 --> 00:19:38,709 Saya takut nak tanya 324 00:19:38,793 --> 00:19:41,709 tapi ini maksudnya kita dah jadi pasangan atau… 325 00:19:43,001 --> 00:19:45,251 Okey, kita bincang lagi nanti. 326 00:19:55,126 --> 00:19:57,876 BUTANG KIAMAT 327 00:20:08,918 --> 00:20:10,751 BEBOLA ANGKASA PEMUSNAH SEMESTA 328 00:20:10,834 --> 00:20:15,376 Agaknya saya akan terpilih untuk musnahkan planet hari ini tak? 329 00:20:16,251 --> 00:20:17,918 Jangan haraplah, budak. 330 00:20:24,418 --> 00:20:26,834 Saya dah sedia untuk membunuh! 331 00:20:32,168 --> 00:20:33,793 Hei, semua… tengok! 332 00:20:40,418 --> 00:20:43,668 Saya tak faham. Kucing Syaitan dah hentikan kiamat. 333 00:20:44,293 --> 00:20:46,376 Mesti ada orang terselamat dan tekan butang. 334 00:20:46,459 --> 00:20:49,876 Baiklah. Kali pertama saya berdoa kepada awak mungkin salah faham, 335 00:20:49,959 --> 00:20:52,293 tapi yang ini memang betul-betul. 336 00:20:52,376 --> 00:20:54,459 Ini memang doa betul-betul. 337 00:20:55,334 --> 00:20:56,584 Ya tuhan, 338 00:20:57,376 --> 00:20:59,543 selamatkan kami daripada benda itu! 339 00:20:59,626 --> 00:21:02,959 Ya, tapi ia perlu dimusnahkan di orbit. 340 00:21:03,043 --> 00:21:06,543 Saya pula cuma kucing, bukan naga angkasa. 341 00:21:06,626 --> 00:21:08,584 Naga angkasa, ya? 342 00:21:09,168 --> 00:21:10,084 Saya ada idea. 343 00:21:11,084 --> 00:21:15,418 Apa bendanya itu? Macam pendarat angkasa buatan budak tadika. 344 00:21:15,501 --> 00:21:18,459 Masalahnya saya tak cukup bahan api untuk lancarkannya. 345 00:21:18,543 --> 00:21:20,668 Patutlah roket tinggi-tinggi belaka. 346 00:21:20,751 --> 00:21:24,126 Tuhan Kucing, awak tak boleh buat tenaga tuhan? 347 00:21:24,209 --> 00:21:25,876 Awak macam bata USB suci, bukan? 348 00:21:25,959 --> 00:21:28,043 Bagaimana dengan kuasa cinta? 349 00:21:28,126 --> 00:21:33,293 Kalau semua orang sayang awak, nanti awak akan tumbuh sayap. 350 00:21:33,376 --> 00:21:35,959 Itu rahsia untuk menang permainan papan Twilight. 351 00:21:36,043 --> 00:21:38,834 Itu dua ayat paling bodoh pernah saya… 352 00:21:38,918 --> 00:21:42,418 Sekejap. Tumbuh sayap, bata USB… 353 00:21:42,501 --> 00:21:45,376 Marv, Travis, awak berdua memang genius. 354 00:21:45,918 --> 00:21:49,709 Oh tuhan, ini saya. Bawa kerubin ke sini sekarang! 355 00:21:51,168 --> 00:21:52,251 Hai. 356 00:21:53,168 --> 00:21:55,876 Minta maaflah tentang apa yang jadi. Kami tak tahu… 357 00:21:55,959 --> 00:21:57,668 Diam. Kita tak ada masa. 358 00:21:57,751 --> 00:22:00,376 Awak berdua dibuat daripada tenaga suci. 359 00:22:00,459 --> 00:22:03,751 Tolonglah jadi berguna dalam hidup awak sekali ini saja. 360 00:22:04,543 --> 00:22:07,293 Saya nak kata saya sayang awak tapi kita tak ada masa. 361 00:22:07,918 --> 00:22:09,959 Rasanya saya akan kekok nanti 362 00:22:10,043 --> 00:22:12,293 dan kita mesti rasa janggal ucap selamat tinggal. 363 00:22:12,376 --> 00:22:13,334 Selamat tinggal. 364 00:22:27,543 --> 00:22:30,918 Dia tunggang enam ekor kuda putih 365 00:22:31,001 --> 00:22:33,834 Dia tunggang enam ekor kuda putih Apabila datang 366 00:22:45,084 --> 00:22:48,293 Bertemulah buku dengan ruas! 367 00:22:48,376 --> 00:22:50,751 Wah, ada kucing. 368 00:22:50,834 --> 00:22:53,501 Helo, kucing comel. 369 00:22:53,584 --> 00:22:57,876 Saya sangat tak sabar nak musnahkan planet awak. 370 00:22:57,959 --> 00:22:58,793 Tidak. 371 00:23:05,918 --> 00:23:06,876 Dia berjaya! 372 00:23:06,959 --> 00:23:08,709 Kucing Tuhan selamatkan kita! 373 00:23:09,918 --> 00:23:11,918 Bagus, Kucing Tuhan! 374 00:23:12,543 --> 00:23:14,334 Tunggu, mana Kucing Tuhan? 375 00:23:14,418 --> 00:23:15,293 Jangan kata… 376 00:23:15,793 --> 00:23:18,043 Mustahil. 377 00:23:30,334 --> 00:23:35,001 Saya berjaya! Saya sudah menguasai endoskopi! 378 00:23:35,084 --> 00:23:36,751 Empati! 379 00:23:37,293 --> 00:23:39,293 Yalah, sama sajalah. 380 00:23:39,376 --> 00:23:43,209 Saya berjaya sebab keluarga ini dapat bersatu padu akhirnya. 381 00:23:43,293 --> 00:23:44,459 Betul kata Kucing Tuhan. 382 00:23:44,543 --> 00:23:47,751 Kita berjaya sebab kita bekerjasama. 383 00:23:47,834 --> 00:23:53,043 Selama ini saya anggap awak semua pelakon tambahan strim saya. 384 00:23:53,126 --> 00:23:56,751 Tapi rupanya awak semua menarik dalam cara tersendiri… 385 00:23:56,834 --> 00:24:00,834 Berhenti membebel dan tolong saya! Anak saya dah nak keluar! 386 00:24:04,668 --> 00:24:07,668 Ini masanya! Semua orang bersedia! 387 00:24:07,751 --> 00:24:09,084 Dia dah datang! 388 00:24:09,168 --> 00:24:10,959 Tunggu. Bukan. 389 00:24:11,043 --> 00:24:12,668 Mereka dah datang! 390 00:24:31,584 --> 00:24:35,084 Tuhan yang Maha Kuasa! 391 00:25:19,668 --> 00:25:23,584 Terjemahan sari kata oleh Hazim Noh