1 00:00:19,876 --> 00:00:20,793 GIGI UNTUK DUIT 2 00:00:26,543 --> 00:00:28,251 INDEKS GIGI BAHARU DIGITAL 3 00:00:36,168 --> 00:00:38,751 Si Gigi! Bertenang. 4 00:00:38,834 --> 00:00:40,334 Ini saya, tuhan. 5 00:00:41,459 --> 00:00:45,376 Tuhan? Dalam tubuh kucing? Pakai baju tidur budak? 6 00:00:47,459 --> 00:00:50,501 Kalau awak nak adakan pesta liar pakai kostum lagi, 7 00:00:50,584 --> 00:00:53,001 saya patut bawa pakaian Winnie the Pooh. 8 00:00:53,084 --> 00:00:54,543 Maaf kerana tipu awak. 9 00:00:54,626 --> 00:00:58,084 Biasanya saya takkan salah guna kod gigi, tapi saya nak tumpang awak. 10 00:00:58,168 --> 00:01:00,584 Tumpang? Ke mana? 11 00:01:00,668 --> 00:01:03,918 Syurga. Saya nak dapatkan kerja saya semula. 12 00:01:12,418 --> 00:01:15,543 Dipendekkan cerita, syurga dan neraka akan bergabung. 13 00:01:15,626 --> 00:01:19,876 Ahli lembaga akan pilih KPE baharu dan saya perlu umum pencalonan saya. 14 00:01:19,959 --> 00:01:23,293 Ya. Penggabungan itu. Mereka sedang ubah suai pejabat. 15 00:01:23,376 --> 00:01:27,043 Mereka tukar semua tandas jadi terbuka, tak ada pintu. 16 00:01:27,126 --> 00:01:29,376 Apa? Awak pun tahu tentang penggabungan itu? 17 00:01:29,459 --> 00:01:31,293 Kenapa Cheryl tak beritahu? 18 00:01:31,376 --> 00:01:34,626 Sebab itu saya tak sebut pembantu dalam Bible. Semuanya tak guna. 19 00:01:34,709 --> 00:01:37,876 Mungkin saya patut turut serta juga. 20 00:01:37,959 --> 00:01:41,251 Saya ada banyak idea bernas. Nafas selalu berbau pada waktu pagi. 21 00:01:41,334 --> 00:01:44,501 Apa kata kita buat nafas berbau pada tengah hari juga? 22 00:01:45,251 --> 00:01:49,584 Atau tanggalkan lidah dan sapu-sapu atas benda untuk rasa. 23 00:01:49,668 --> 00:01:51,793 Apa lagi? Macam mana kalau… 24 00:01:51,876 --> 00:01:54,251 …Untuk masalah di luar pekan 25 00:01:54,334 --> 00:01:58,001 Belilah cangkul Demi menyelamatkan nyawa… 26 00:01:58,084 --> 00:02:02,251 Tapi harganya sepuluh dolar Dan anda cuma ada lima dolar 27 00:02:02,334 --> 00:02:06,334 Jika perlu harga yang murah Usah cari di tempat lain lagi 28 00:02:07,376 --> 00:02:14,209 Tiada salahnya minum wiski waktu pagi Tiada malunya mencari harga terendah 29 00:02:14,959 --> 00:02:17,959 Belikan kalung berlian itu untuk isterimu 30 00:02:18,043 --> 00:02:18,876 AYAH 31 00:02:18,959 --> 00:02:22,459 Kubik zirkonia pun jadilah 32 00:02:22,543 --> 00:02:24,584 Dia takkan sedar pun Percayalah 33 00:02:25,626 --> 00:02:27,251 PENANGKAP HAIWAN 34 00:02:27,334 --> 00:02:29,251 Abbie? Awak di sini? 35 00:02:31,751 --> 00:02:32,668 Hei, sayang. 36 00:02:32,751 --> 00:02:34,959 Anjing ini masuk lokar kakitangan 37 00:02:35,043 --> 00:02:36,959 dan makan bra sukan saya. 38 00:02:37,043 --> 00:02:37,876 Ada apa? 39 00:02:37,959 --> 00:02:41,084 Saya beli ini untuk makan malam. Sebab Greta suka ayam 40 00:02:41,168 --> 00:02:44,668 dan Travis suka benda yang dibunuh dengan kejam. 41 00:02:45,418 --> 00:02:47,584 Saya ingat nak ajak keluar makan. 42 00:02:47,668 --> 00:02:50,126 Mungkin di pub dekat kedai komik awak? 43 00:02:50,209 --> 00:02:52,376 Tak boleh. Saya balik lambat. 44 00:02:52,459 --> 00:02:54,876 Tukang cuci kami dicuri kedai pesaing 45 00:02:54,959 --> 00:02:57,376 dan tak ada orang nak bersihkan muntah. 46 00:02:57,459 --> 00:02:58,959 Malam esok? 47 00:02:59,043 --> 00:03:01,543 Simposium dadu di Kafe Permainan. 48 00:03:01,626 --> 00:03:05,043 Awak nak tolak makan malam romantik dengan isteri awak 49 00:03:05,126 --> 00:03:07,543 untuk main Monopoly dengan orang asing? 50 00:03:07,626 --> 00:03:10,334 Pertama, saya benci Monopoly. 51 00:03:10,418 --> 00:03:14,418 Topi pun boleh ada hotel? Itu memang tak masuk akal. 52 00:03:14,501 --> 00:03:18,918 Kedua, saya main dengan orang asing sebab awak dah tak nak ikut saya. 53 00:03:19,001 --> 00:03:21,709 Awak dah tak peduli minat saya. 54 00:03:21,793 --> 00:03:23,918 Sebab saya bukan budak-budak. 55 00:03:24,918 --> 00:03:27,084 Orang asing yang awak cakapkan itu? 56 00:03:27,168 --> 00:03:29,459 Mereka tak kisah saya buat cacah Spider-Man. 57 00:03:29,543 --> 00:03:32,501 Mereka suka saya sebab diri saya. 58 00:03:38,126 --> 00:03:39,876 MASUK 59 00:03:42,334 --> 00:03:44,543 Bagus, misi tercapai. 60 00:03:44,626 --> 00:03:47,334 NFT Beanie Baby bernilai 50 ribu. 61 00:03:49,293 --> 00:03:51,501 Hai, semua. Ada apa ini? 62 00:03:51,584 --> 00:03:54,626 Kita ada janji mahu gaduh dengan geng lain? 63 00:03:57,584 --> 00:03:59,334 Aidan? Apa awak nak? 64 00:03:59,418 --> 00:04:02,209 Diamlah, talam dua muka. 65 00:04:02,293 --> 00:04:05,918 Aidan beritahu saya awak selalu kutuk Internet saya lembab. 66 00:04:06,001 --> 00:04:10,251 Nak buat macam mana, kawasan saya cuma ada Spectrum saja. 67 00:04:10,334 --> 00:04:12,626 Aidan, itu perbualan antara kita saja. 68 00:04:12,709 --> 00:04:16,959 Awak tak faham-faham lagi? Awak dibuang dari pasukan kami. 69 00:04:25,459 --> 00:04:27,501 KingBallSack, awak pun sama? 70 00:04:35,168 --> 00:04:36,334 SEKOLAH TINGGI HORKVILLE 71 00:04:39,293 --> 00:04:41,168 Awak lagakan saya dan pasukan? 72 00:04:41,251 --> 00:04:46,209 Dalam perebutan hak penjagaan, yang penting kena bertindak pantas. 73 00:04:46,293 --> 00:04:48,459 Kecuali kalau tak ada perebutan 74 00:04:48,543 --> 00:04:51,543 tapi jurutrengkas mahkamah boleh tumpangkan kita balik. 75 00:04:51,626 --> 00:04:54,668 Terima sajalah. Saya menang dan awak kalah. 76 00:04:54,751 --> 00:04:58,501 Gaduh! 77 00:04:59,126 --> 00:04:59,959 Belasah dia! 78 00:05:00,043 --> 00:05:03,334 - Gaduh! - Saya tak suka gaduh. 79 00:05:04,043 --> 00:05:06,293 Saya lebih suka perdamaian. 80 00:05:23,459 --> 00:05:24,418 RAKAM 81 00:05:32,251 --> 00:05:33,834 Aduh, biar betul? 82 00:05:33,918 --> 00:05:35,959 Cuma tampalan saja! 83 00:05:46,918 --> 00:05:48,168 Nanti dulu. 84 00:05:48,876 --> 00:05:50,876 Tuhan! Hai, kami baru nak… 85 00:05:50,959 --> 00:05:53,293 Saya tahu awak baru nak apa. 86 00:05:53,793 --> 00:05:55,834 Awak hantar saya ke Bumi untuk halau saya 87 00:05:55,918 --> 00:05:59,293 supaya boleh buat rundingan penggabungan, bukan? Betul? 88 00:05:59,376 --> 00:06:00,793 Baiklah. Kami akui. 89 00:06:00,876 --> 00:06:04,043 Tapi itu tak bermakna punca kami hantar awak itu tidak betul. 90 00:06:04,126 --> 00:06:05,043 Ya. 91 00:06:05,126 --> 00:06:07,626 Dah bertahun-tahun awak buat kerja sambil lewa. 92 00:06:07,709 --> 00:06:10,793 Lihatlah manusia apabila kita biarkan mereka sendiri. 93 00:06:10,876 --> 00:06:14,376 Mereka habiskan masa sedekad susun gula-gula dalam telefon. 94 00:06:14,459 --> 00:06:15,709 Awak tahu tak? 95 00:06:19,376 --> 00:06:20,209 Awak betul. 96 00:06:21,626 --> 00:06:24,959 Saya nampak manusia sesat, tapi saya tak peduli. 97 00:06:25,709 --> 00:06:27,918 Tapi ada sesuatu berlaku di Bumi. 98 00:06:28,001 --> 00:06:31,543 Mula-mula saya cuma bantu manusia sebab nak masuk syurga balik. 99 00:06:31,626 --> 00:06:37,334 Tapi lama-kelamaan, saya bantu mereka sebab saya ambil peduli tentang mereka. 100 00:06:39,043 --> 00:06:43,918 Semua manusia? Termasuk manusia yang buka kasut dalam kapal terbang? 101 00:06:44,001 --> 00:06:46,334 Termasuk manusia tak senonoh macam itu. 102 00:06:46,959 --> 00:06:50,251 Kita kena ambil peduli tentang mereka kalau nak bantu 103 00:06:50,751 --> 00:06:53,084 dan saya saja yang ambil peduli. 104 00:06:53,168 --> 00:06:57,168 Jadi awak patut pilih saya sebagai ketua baru. 105 00:06:57,251 --> 00:07:00,251 Apa? Tidak! Sebab dialah kita jadi macam ini! 106 00:07:00,334 --> 00:07:03,751 - Ambil saya saja dan… - Kita patut pertimbangkan dia. 107 00:07:04,459 --> 00:07:07,334 Saya cadangkan kita buat macam tuhan-tuhan 108 00:07:07,418 --> 00:07:10,584 yang mahu mengawal alam semesta selama jutaan tahun. 109 00:07:10,668 --> 00:07:12,668 Buat Pertarungan Tuhan! 110 00:07:13,793 --> 00:07:16,376 - Biar betul? - Dah lama kita tak buat itu. 111 00:07:16,459 --> 00:07:18,376 - Mesti ramai tengok. - Tapi kejam. 112 00:07:18,459 --> 00:07:19,918 Mesti mandi darah. 113 00:07:20,001 --> 00:07:21,876 Boleh biar kami bincang? 114 00:07:24,293 --> 00:07:25,959 Apa awak buat ini? 115 00:07:26,626 --> 00:07:30,584 Beelzebub, tak ada siapa di neraka yang hormat awak. 116 00:07:30,668 --> 00:07:34,168 Awak ingat ada najis berlumuran atas kereta awak? 117 00:07:34,876 --> 00:07:36,959 Staf bahagian akaun yang buat. 118 00:07:37,043 --> 00:07:39,501 Awak kata ada gargoyle tercirit! 119 00:07:39,584 --> 00:07:43,668 Mereka tak hormat awak sebab awak kerja di sini guna kabel. 120 00:07:43,751 --> 00:07:46,959 Kalau awak tak hadapi pesaing yang sama kuat, 121 00:07:47,043 --> 00:07:49,168 keadaan masih akan jadi sama. 122 00:07:49,251 --> 00:07:50,543 Sudah muktamad. 123 00:07:50,626 --> 00:07:52,418 Awak berdua akan bertarung. 124 00:07:53,626 --> 00:07:58,168 Jangan lupa adat Pertarungan Tuhan yang lain. Kena ada penasihat manusia. 125 00:07:58,251 --> 00:08:03,001 Setiap tuhan mesti bekerjasama dengan manusia pilihan mereka sendiri. 126 00:08:03,084 --> 00:08:06,251 Asyik-asyik sama saja. Sistem dua parti saja. 127 00:08:06,334 --> 00:08:08,168 Apa kata kita tukar sikit? 128 00:08:08,251 --> 00:08:11,418 Masukkan juga peminat gigi dengan idea bernas? 129 00:08:11,501 --> 00:08:13,418 Aduh, ini sudah… Yalah! 130 00:08:13,501 --> 00:08:15,626 Kita masukkan peserta lain juga. 131 00:08:15,709 --> 00:08:18,001 Kita umumkan ke seluruh alam semesta! 132 00:08:18,084 --> 00:08:21,126 Pertarungan Tuhan bakal bermula! 133 00:08:21,209 --> 00:08:23,126 Bermula! 134 00:08:26,584 --> 00:08:28,209 Bermula! 135 00:08:28,751 --> 00:08:29,751 BUNUH 136 00:08:29,834 --> 00:08:31,584 Bermula! 137 00:08:36,376 --> 00:08:38,334 Bermula! 138 00:08:38,959 --> 00:08:41,459 Awak ada masa satu jam untuk turun balik ke Bumi, 139 00:08:41,543 --> 00:08:45,376 pilih penasihat manusia awak dan datang balik untuk bertarung. 140 00:08:51,876 --> 00:08:53,793 Berpusing-pusing sampai mabuk saya. 141 00:08:53,876 --> 00:08:56,126 Saya akan ubah itu apabila jadi KPE nanti. 142 00:08:56,209 --> 00:08:59,501 Satu lagi, kenapa ada bau strawberi reput dalam sana? 143 00:08:59,584 --> 00:09:02,876 Ada pari-pari mati dalam saluran pendingin hawa dulu 144 00:09:02,959 --> 00:09:04,001 dan mayatnya tak jumpa. 145 00:09:04,084 --> 00:09:07,584 Mengada-ada betul. Bila awak dah nak hilang kerja 146 00:09:07,668 --> 00:09:11,001 barulah awak pedulikan Bumi konon. Awak yang cipta wabak 147 00:09:11,084 --> 00:09:13,084 sebab awak rimas manusia ramai. 148 00:09:13,168 --> 00:09:16,459 Awak yang perdayakan saya untuk tunjuk cara buat kerja 149 00:09:16,543 --> 00:09:18,543 sedangkan awak tak layak. 150 00:09:18,626 --> 00:09:21,501 Saya orang lama dan awak yang datang menyibuk. 151 00:09:22,668 --> 00:09:23,668 Baiklah. 152 00:09:23,751 --> 00:09:27,209 Saya akan menang dan halang awak rosakkan ciptaan saya 153 00:09:27,293 --> 00:09:28,459 tak kira apa pun. 154 00:09:29,334 --> 00:09:33,668 Sekarang, saya cuma perlu cari manusia terpandai dan terbaik di Bumi. 155 00:09:33,751 --> 00:09:36,376 Mungkin pakar bedah otak atau pakar fizik nuklear. 156 00:09:36,459 --> 00:09:38,876 Atau orang Papa John itu, semua orang kenal dia. 157 00:09:38,959 --> 00:09:41,543 Nampak macam Dracula buat Botox kemudian mati lemas. 158 00:09:41,626 --> 00:09:44,626 Hei, awak buat apa? 159 00:09:44,709 --> 00:09:46,168 Untuk menangani perubahan iklim, 160 00:09:46,251 --> 00:09:48,543 saya nak cipta tupai yang menyerap karbon. 161 00:09:48,626 --> 00:09:51,209 Masalahnya tupai tak nak mengawan dengan pokok. 162 00:09:52,043 --> 00:09:55,209 - Tapi saya ada jalan. - Pandainya awak. 163 00:09:55,293 --> 00:09:58,001 Saya suka baju awak. Mana awak beli? 164 00:09:58,959 --> 00:10:01,626 Dengar sini. Syurga dan neraka akan bergabung. 165 00:10:01,709 --> 00:10:05,501 Mereka akan pilih KPE baru melalui sebuah pertandingan tradisi. 166 00:10:05,584 --> 00:10:08,001 Saya akan melawan Kucing Tuhan dan peserta lain. 167 00:10:08,084 --> 00:10:10,876 Kami boleh pilih penasihat manusia 168 00:10:10,959 --> 00:10:12,626 dan saya pilih awak. 169 00:10:13,126 --> 00:10:15,043 Kenapa bantu awak, bukan Kucing Tuhan? 170 00:10:15,126 --> 00:10:18,918 Saya ada ijazah sarjana muda dalam penipuan dan pemerdayaan. 171 00:10:19,001 --> 00:10:20,043 Universiti mana? 172 00:10:20,126 --> 00:10:21,209 Arizona. 173 00:10:21,293 --> 00:10:22,251 Tak payahlah. 174 00:10:22,334 --> 00:10:24,293 Kalau awak jadi ahli lembaga? 175 00:10:24,376 --> 00:10:26,293 Awak boleh rombak hukum fizik 176 00:10:26,376 --> 00:10:30,501 atau buat tupai karbon dengan memberi nafsu kepada pokok. 177 00:10:31,459 --> 00:10:35,043 Awak memang calon yang bagus dan Kucing Tuhan tak sebagus mana. 178 00:10:35,126 --> 00:10:37,084 Saya juga tertarik dengan rasuah awak. 179 00:10:37,168 --> 00:10:38,126 Okey, setuju. 180 00:10:39,959 --> 00:10:41,168 Apa pula itu? 181 00:10:41,251 --> 00:10:42,459 BEBERAPA SAAT LEPAS… 182 00:10:43,459 --> 00:10:45,543 NAK LEPAK? 183 00:10:46,751 --> 00:10:49,209 KALAU DAH HABIS NANGIS, MESEJ SAYA BALIK 184 00:10:50,334 --> 00:10:51,501 NAMA ANDA DIPETIK! 185 00:10:52,918 --> 00:10:54,793 SOHOR KINI HORKER PORKER BOGELKAN ORANG 186 00:10:57,168 --> 00:10:59,876 HORKY PORKER PEMBULI! MEMANG KURANG AJAR! 187 00:10:59,959 --> 00:11:02,209 MUSNAHKAN HIDUP DIA! KEADILAN UNTUK MANGSA! 188 00:11:02,293 --> 00:11:05,209 PASARAYA BIG BULK 189 00:11:07,209 --> 00:11:08,459 KERJA 190 00:11:08,543 --> 00:11:09,834 KAFE PERMAINAN 191 00:11:10,918 --> 00:11:12,334 ULANG TAHUN PERKAHWINAN 192 00:11:12,418 --> 00:11:13,293 BERTINDIH 193 00:11:17,126 --> 00:11:18,876 KEPADA: ABBIE, GRETA, TRAVIS 194 00:11:18,959 --> 00:11:20,626 MUNGKIN KITA BOLEH LEPAK BERSAMA… 195 00:11:23,793 --> 00:11:25,168 Marvelous Bulkington? 196 00:11:25,793 --> 00:11:28,126 Saya Ejen Tatum. Ini Ejen Brown. 197 00:11:28,209 --> 00:11:29,626 Kami ejen persekutuan. 198 00:11:29,709 --> 00:11:32,751 Persekutuan? Ejen FBI? 199 00:11:32,834 --> 00:11:38,293 Kami tak sebut FBI. Bukan, kami daripada Pengurusan Dadah dan Makanan. 200 00:11:38,376 --> 00:11:41,751 Kami ejen persekutuan juga. Bukan FBI sahaja. 201 00:11:41,834 --> 00:11:45,001 Kami dapati daging ayam organik yang dijual di sini 202 00:11:45,084 --> 00:11:46,501 ialah daging burung merpati. 203 00:11:46,584 --> 00:11:49,418 Apa? Mengarut. Saya baru… 204 00:11:50,709 --> 00:11:52,126 Bukan itu sahaja. 205 00:11:52,209 --> 00:11:55,168 Kami juga mengesyaki Big Bulk terlibat 206 00:11:55,251 --> 00:11:57,168 dalam pelbagai jenayah. 207 00:11:57,251 --> 00:12:00,001 Pengubahan wang haram, pemalsuan keju, 208 00:12:00,084 --> 00:12:02,418 pembesar suara susah nak dengar, 209 00:12:02,501 --> 00:12:04,668 pencahayaan yang tak menarik! 210 00:12:04,751 --> 00:12:07,001 Pencahayaan itu satu jenayah? 211 00:12:08,626 --> 00:12:11,001 Nak berlagak jadi peguam, ya? 212 00:12:11,084 --> 00:12:14,876 Sebenarnya itu semua baru tuduhan palsu 213 00:12:14,959 --> 00:12:16,376 dan itu yang paling teruk. 214 00:12:16,959 --> 00:12:21,043 Tapi kami boleh gugurkannya kalau awak sanggup… bekerjasama. 215 00:12:21,126 --> 00:12:22,668 Saya? Bekerjasama? 216 00:12:22,751 --> 00:12:26,501 En. Bulkington, awak KPE, bukan? 217 00:12:26,584 --> 00:12:29,126 Jadi, ini masalah awak. 218 00:12:29,209 --> 00:12:31,876 Kami ada waran untuk geledah premis ini, 219 00:12:31,959 --> 00:12:35,334 dan… Awak tak ambil tanda tangan! 220 00:12:36,084 --> 00:12:38,209 Jadi saya kena fikir kumpulan a cappella 221 00:12:38,293 --> 00:12:39,709 dan tanda tangan waran? 222 00:12:39,793 --> 00:12:41,168 Ini agak memalukan 223 00:12:41,251 --> 00:12:45,376 tapi awak tentu benarkan kami geledah tempat ini tanpa waran, 224 00:12:45,459 --> 00:12:48,668 bukan? Untuk mudahkan kami? 225 00:12:50,501 --> 00:12:53,126 - Tidak? - Kami akan kembali esok pagi. 226 00:12:53,751 --> 00:12:55,251 PASAR RAYA BIG BULK 227 00:12:59,043 --> 00:13:03,668 Alamak. satu lagi resit tulis tangan daripada Big Bulk kepada Herb Bulkington. 228 00:13:03,751 --> 00:13:07,834 Ini untuk sepuluh ribu salinan album Ritma Pukal. 229 00:13:07,918 --> 00:13:12,293 Awak jangan terkejut. Kedai bayar satu juta dolar untuknya. 230 00:13:12,376 --> 00:13:14,376 Tapi album itu memang sedap pun. 231 00:13:14,459 --> 00:13:18,001 Aduh. Teruknya. Mereka akan datang balik esok pagi. 232 00:13:18,084 --> 00:13:20,168 Kalau ada bukti jenayah Big Bulk, 233 00:13:20,251 --> 00:13:22,209 kita perlu cari sebelum… 234 00:13:23,376 --> 00:13:26,043 Hai, sayang. Saya bawa ais krim. 235 00:13:26,543 --> 00:13:28,668 Alamak. Apa jadi di sini? 236 00:13:29,793 --> 00:13:33,043 Tak ada apa-apa yang awak patut dedahkan dalam perbicaraan. 237 00:13:33,126 --> 00:13:36,918 Pejabat ayah memang macam ini. Betul tak, Percy? 238 00:13:37,001 --> 00:13:40,543 Saya tak pernah berada di pejabat ini. Sekarang pun saya tak ada. Minta diri. 239 00:13:42,918 --> 00:13:44,126 Kenapa tadi? 240 00:13:44,209 --> 00:13:47,626 Awak tahulah Percy. Tangannya putus sebab pemadat sampah. 241 00:13:47,709 --> 00:13:50,459 Jadi sewel sebab ketagih hidu pewangi Glade. 242 00:13:50,543 --> 00:13:53,001 Awak tak patut datang sekarang. Baliklah. 243 00:13:53,084 --> 00:13:55,626 Marv, sayang, saya minta maaf. 244 00:13:55,709 --> 00:13:57,876 Maaf diterima. Okey, saya perlu… 245 00:13:59,751 --> 00:14:01,001 Semasa kita kahwin, 246 00:14:01,084 --> 00:14:04,251 saya ingat kita akan jadi pasangan bahagia 247 00:14:04,334 --> 00:14:08,501 macam Mr. and Mrs. Smith atau Bones dan kekasihnya yang muka bersegi itu. 248 00:14:08,584 --> 00:14:10,084 Tapi lama-kelamaan, 249 00:14:10,168 --> 00:14:14,418 saya jadi kecewa kerana tidak berjaya habiskan Misi Perkahwinan Sempurna. 250 00:14:14,501 --> 00:14:15,501 Sekarang, 251 00:14:15,584 --> 00:14:18,084 saya nampak betapa renggang hubungan kita 252 00:14:18,168 --> 00:14:20,626 tapi saya nak kita rapat kembali 253 00:14:20,709 --> 00:14:22,334 sebab saya cintakan awak. 254 00:14:25,834 --> 00:14:28,293 Okey. Pandu elok-elok. Selamat jalan. 255 00:14:32,918 --> 00:14:35,793 4 UNTUK 1 "PEK KELUARGA" 256 00:14:37,084 --> 00:14:39,084 PASIR KUCING 257 00:14:40,334 --> 00:14:42,668 KEBUN 258 00:14:52,709 --> 00:14:55,084 Saya tak patut makan taco Korea tadi. 259 00:15:11,168 --> 00:15:13,543 Boleh cepat sikit tak? 260 00:15:17,668 --> 00:15:22,251 Untuk kali terakhir, saya tak nak masuk pertandingan bodoh! 261 00:15:22,334 --> 00:15:25,668 Ada petisyen Internet untuk lucutkan status kewarganegaraan saya. 262 00:15:25,751 --> 00:15:27,126 Ke mana saya nak pergi? 263 00:15:27,209 --> 00:15:30,959 Saya tak boleh cakap Bahasa Sepanyol dan sedikit Bahasa Cuba. 264 00:15:36,543 --> 00:15:38,501 Dengar sini, anak muda. 265 00:15:38,584 --> 00:15:42,918 Awak ada semua ciri yang perlu untuk bertarung. Awak pandai bermain. 266 00:15:43,001 --> 00:15:48,876 Awak lapang dalam dua jam ini. Awak ada bersama saya. Awak boleh buat! 267 00:15:48,959 --> 00:15:50,084 Macam mana? 268 00:15:53,459 --> 00:15:55,001 Naik. 269 00:15:55,043 --> 00:15:57,376 KUCING TUHAN 270 00:16:02,793 --> 00:16:07,793 Pertarungan Tuhan! 271 00:16:07,876 --> 00:16:09,001 Pertarungan Tuhan! 272 00:16:26,293 --> 00:16:28,293 Rudolph, hidung awak memang merah. 273 00:16:28,876 --> 00:16:31,834 Tapi malam ini akan merah dengan darah. 274 00:16:31,918 --> 00:16:35,543 Awak tunggu sampai saya kebumikan awak di Flavortown awak itu. 275 00:16:44,543 --> 00:16:47,459 Selamat datang ke Pertarungan Tuhan! 276 00:16:47,543 --> 00:16:53,543 Pertarungan terunggul bagi kelayakan tuhan yang menguji minda dan roh. 277 00:16:53,626 --> 00:16:55,293 Mari kita mulakan permainan. 278 00:17:15,251 --> 00:17:17,293 SYABAS!! 279 00:17:24,626 --> 00:17:26,168 Terima kasih, Travis. Syabas. 280 00:17:33,168 --> 00:17:36,834 Pelik, kakak rasa nak selamatkan kamu tanpa berfikir. 281 00:17:36,918 --> 00:17:38,084 BUNUH 282 00:17:51,251 --> 00:17:52,251 PESERTA YANG TINGGAL 9 283 00:17:52,334 --> 00:17:54,876 Pertarungan Tuhan! 284 00:17:54,959 --> 00:17:55,793 PUSINGAN SATU 285 00:17:55,876 --> 00:17:56,751 LONTAR METEOR 286 00:18:05,626 --> 00:18:08,209 Lagi sekali? Biar betul! 287 00:18:09,584 --> 00:18:10,418 PUSINGAN DUA 288 00:18:16,918 --> 00:18:18,834 Great British Bake-Off? 289 00:18:18,918 --> 00:18:19,876 Manusia sukakannya. 290 00:18:19,959 --> 00:18:21,793 Itu yang beri mereka ketenangan 291 00:18:21,876 --> 00:18:25,793 apabila planet sedang terbakar dan dilanda cacar monyet… 292 00:18:34,251 --> 00:18:35,834 KUCING SYAITAN & GRETA MARKAH 293 00:18:35,918 --> 00:18:37,459 PESERTA YANG TINGGAL 6 294 00:18:37,543 --> 00:18:38,376 PUSINGAN TIGA 295 00:18:38,459 --> 00:18:39,376 BINA KEAJAIBAN DUNIA 296 00:18:40,918 --> 00:18:43,293 TAMAN GRAND CANYON 297 00:18:43,376 --> 00:18:46,626 GUNUNG EVEREST 298 00:18:46,709 --> 00:18:48,793 TERUMBU GIGI BESAR 299 00:18:51,209 --> 00:18:52,918 PESERTA YANG TINGGAL 4 300 00:18:55,084 --> 00:18:56,918 PUSINGAN KEEMPAT GUSTI AGAR-AGAR 301 00:18:58,001 --> 00:18:58,834 Ya! 302 00:19:05,459 --> 00:19:06,584 Flavortown! 303 00:19:07,334 --> 00:19:08,543 Sos keldai! 304 00:19:16,001 --> 00:19:17,834 PUSINGAN LIMA PEDAS BERAPI 305 00:19:17,918 --> 00:19:18,834 WASABI SUSU 306 00:19:18,918 --> 00:19:19,918 DIESEL SUSU 307 00:19:20,001 --> 00:19:21,084 CECAIR JERITAN MANUSIA 308 00:19:21,168 --> 00:19:22,668 LAVA PUNGGUNG 309 00:19:34,876 --> 00:19:36,293 Baik, demikianlah sudah. 310 00:19:36,376 --> 00:19:39,168 Kini tinggal dua peserta yang bertanding di peringkat akhir 311 00:19:39,251 --> 00:19:40,459 untuk menjadi juara. 312 00:19:40,543 --> 00:19:44,626 Kita akan berehat sebentar, sila isi semula bir 16 dolar anda. 313 00:19:44,709 --> 00:19:46,126 Anda pasti tak mahu terlepas. 314 00:19:46,209 --> 00:19:47,043 LAVA PUNGGUNG 315 00:19:47,084 --> 00:19:47,918 Ya! 316 00:19:55,084 --> 00:19:56,668 SUSU 317 00:19:56,751 --> 00:19:58,209 PASAR RAYA BIG BULK 318 00:20:00,918 --> 00:20:02,209 PENANGKAP HAIWAN HORKVILLE 319 00:20:02,293 --> 00:20:03,418 Abbie? 320 00:20:07,418 --> 00:20:08,543 Siapa di sana? 321 00:20:15,543 --> 00:20:16,709 Herb? 322 00:20:16,793 --> 00:20:19,959 Tahun yang penuh turun naik. 323 00:20:20,043 --> 00:20:24,043 Seminit awak pengsan dengan DiGiorno di dalam oven dan bakar syurga, 324 00:20:24,126 --> 00:20:26,793 dan kini awak bersaing untuk jadi KPE sekali lagi. 325 00:20:26,876 --> 00:20:29,501 Macam mana awak boleh sampai ke tahap ini? 326 00:20:29,584 --> 00:20:32,501 Pertama sekali, keyakinan diri. Saya bagus 327 00:20:32,584 --> 00:20:35,793 dan saya hanya buat apa-apa yang termampu dalam sehari. 328 00:20:35,876 --> 00:20:38,418 Saya juga sedang mengambil steroid 329 00:20:38,501 --> 00:20:41,209 untuk rawat cacing akibat menjilat dubur saya. 330 00:20:42,084 --> 00:20:43,418 Bagus. 331 00:20:43,918 --> 00:20:47,334 Beelzebub, tahun yang cemerlang untuk neraka juga. 332 00:20:47,418 --> 00:20:52,418 Awak lancarkan vodka tanpa alkohol baharu. Syarikat awak, Spirit Airlines, 333 00:20:52,501 --> 00:20:55,001 sumbat kanak-kanak dalam ruang kabin atas. 334 00:20:55,084 --> 00:20:58,209 Kemudian awak dihantar ke Bumi dalam tubuh kucing. 335 00:20:58,293 --> 00:21:01,168 Saya ada soalan, siapa yang taja pakaian awak? 336 00:21:01,251 --> 00:21:04,084 Biar betul? Itu soalan yang awak tanya? 337 00:21:04,168 --> 00:21:06,084 Okey, itu sahaja. Terima kasih. 338 00:21:06,584 --> 00:21:08,001 Ya! 339 00:21:08,043 --> 00:21:10,543 PERTARUNGAN TUHAN 340 00:21:10,584 --> 00:21:11,459 Syabas. 341 00:21:11,543 --> 00:21:12,584 Awak juga. 342 00:21:13,168 --> 00:21:16,084 Walau apa saja kesudahannya, kalau saya menang, 343 00:21:16,168 --> 00:21:19,126 awak akan sentiasa ada tempat di dalam syarikat. 344 00:21:19,209 --> 00:21:22,168 - Awak tahu uruskan Sumber Manusia? - Jangan jadi bodoh. 345 00:21:22,251 --> 00:21:24,668 Saya tak boleh ada di syarikat awak 346 00:21:24,751 --> 00:21:25,709 dan sebaliknya. 347 00:21:26,209 --> 00:21:28,168 Jadi ini… 348 00:21:28,251 --> 00:21:31,126 Ya, inilah dia… 349 00:21:31,834 --> 00:21:33,834 penghujungnya. 350 00:21:35,459 --> 00:21:36,584 Okey. Fokus. 351 00:21:36,668 --> 00:21:39,376 Saya dah buat rujukan silang pertarungan dalam arkib. 352 00:21:39,459 --> 00:21:42,668 Biasanya dalam acara akhir, awak kena lawan dengan penasihat. 353 00:21:42,751 --> 00:21:45,918 Hercules bergabung dengan pterodactyl yang kunyah kakinya. 354 00:21:46,001 --> 00:21:47,418 Saya rasa kita patut… 355 00:21:49,084 --> 00:21:50,584 Kenapa awak asyik muntah? 356 00:21:50,668 --> 00:21:53,459 Entahlah. Saya rasa tak sedap badan kebelakangan ini. 357 00:21:53,543 --> 00:21:56,751 Saya asyik muntah, puting saya sakit dan jadi gelap. 358 00:21:56,834 --> 00:22:00,626 Saya kembung. Saya terlepas haid. Mungkin ada virus. 359 00:22:01,209 --> 00:22:02,418 Atau awak hamil? 360 00:22:02,501 --> 00:22:05,918 Macam mana Inkubus ajar awak tentang sistem pembiakan? 361 00:22:06,501 --> 00:22:09,043 Hamil? Gila. 362 00:22:09,126 --> 00:22:11,543 Tak mungkin saya hamil. Saya belum… 363 00:22:12,043 --> 00:22:13,251 Alamak. 364 00:22:21,543 --> 00:22:23,209 Oh, Tuhan. 365 00:23:14,209 --> 00:23:18,126 Terjemahan sari kata oleh Hazim Noh