1 00:00:19,560 --> 00:00:22,280 Ya? Masuklah. Ya, awak boleh... 2 00:00:25,880 --> 00:00:27,760 Saya tak banyak masa. 3 00:00:29,240 --> 00:00:31,040 -Awak nak jumpa saya? -Ya. 4 00:00:32,640 --> 00:00:34,040 Saya mengandung. 5 00:00:34,680 --> 00:00:36,680 Saya tak datang bulan, pasti saya mengandung. 6 00:00:38,280 --> 00:00:41,080 -Awak tak nampak gembira. -Ya, saya gembira. 7 00:00:41,160 --> 00:00:45,400 Saya akan teruskan kandungan ini. Ultrabunyi pertama pada 27 hari bulan. 8 00:00:45,480 --> 00:00:47,680 Terpulang jika awak mahu ikut sekali. 9 00:00:48,960 --> 00:00:52,640 -Maaf, Henri Derry di talian dua. -Baik, saya akan angkat. 10 00:00:53,800 --> 00:00:55,800 -Awak fikirlah dulu. -Baiklah. 11 00:00:56,920 --> 00:00:58,360 Ayuh! 12 00:00:59,360 --> 00:01:00,920 Ayuh! 13 00:01:01,800 --> 00:01:05,120 Ya! 14 00:01:11,720 --> 00:01:13,560 Nikmat sekali. 15 00:01:48,600 --> 00:01:49,600 Nah. 16 00:01:58,080 --> 00:02:00,160 Tak guna. Awak ada pemetik api? 17 00:02:00,880 --> 00:02:02,360 -Apa? -Pemetik api. 18 00:02:02,440 --> 00:02:04,720 -Tidak. -Kenapa awak tak pernah ada pemetik api? 19 00:02:04,800 --> 00:02:07,440 Awak selalu ambil saya punya tapi tak pernah ada satu. 20 00:02:07,520 --> 00:02:09,320 -Teruk betul. -Memang betul. 21 00:02:09,400 --> 00:02:11,800 Awak buat apa dengan benda itu? Cucuk punggung? 22 00:02:13,160 --> 00:02:15,440 "Esok tika dini hari, di kawasan desa putih, 23 00:02:15,560 --> 00:02:18,880 "saya akan tinggalkan awak. Saya tahu awak menunggu saya. 24 00:02:19,800 --> 00:02:23,400 "Saya akan merentasi hutan dan gunung-ganang. 25 00:02:23,440 --> 00:02:24,560 "Saya harus pergi..." 26 00:02:24,600 --> 00:02:27,600 Tumpang tanya, awak ada pemetik api? 27 00:02:27,720 --> 00:02:28,720 Ada. 28 00:02:33,280 --> 00:02:34,280 Terima kasih. 29 00:02:35,120 --> 00:02:36,160 "Esok..." 30 00:02:36,280 --> 00:02:39,560 -Tengoklah orang kaya itu. -Dia fikir dia siapa? 31 00:02:39,600 --> 00:02:42,040 -Aduhai. -Berpakaian macam orang tua. 32 00:03:05,680 --> 00:03:09,040 "Apabila dua insan bercinta telah dimamah usia, 33 00:03:10,000 --> 00:03:11,840 "Aduhai! Sungguh indah, mendalam, 34 00:03:11,920 --> 00:03:14,080 "intim dan tenang!" 35 00:03:15,040 --> 00:03:17,120 "Cinta! Penyatuan syurgawi! 36 00:03:17,200 --> 00:03:19,960 "Aduhai, penyatuan jiwa yang murni! 37 00:03:20,040 --> 00:03:23,720 "Cahayanya berterusan apabila apinya terpadam. 38 00:03:29,280 --> 00:03:33,120 "Dua hati sudah lama direnggut, kini hanya tinggal satu. 39 00:03:34,760 --> 00:03:37,640 "Kenangan masa lalu bersama 40 00:03:38,920 --> 00:03:42,400 "membuatkannya mustahil untuk hidup tanpa si dia. 41 00:03:44,680 --> 00:03:48,440 "Sayang, bukankah begitu? Begitulah kehidupan kita. 42 00:03:49,600 --> 00:03:52,720 "Cinta kita menikmati ketenangan petang dan sinaran mentari fajar. 43 00:03:53,760 --> 00:03:57,560 "Menukarkannya kepada persahabatan tanpa melenyapkan cinta." 44 00:04:00,200 --> 00:04:01,600 Sungguh indah. 45 00:04:06,440 --> 00:04:07,880 Maaf. 46 00:04:07,960 --> 00:04:09,600 -Ya? -Kamu dengar? 47 00:04:09,680 --> 00:04:11,440 -Ayah keras! -Apa? 48 00:04:11,920 --> 00:04:14,560 -Ia dah kembali. -Nanti saya telefon semula. 49 00:04:17,880 --> 00:04:18,959 Ia dah kembali. 50 00:04:19,000 --> 00:04:20,320 Saya membosankan? 51 00:04:20,360 --> 00:04:22,800 Tidak, sungguh indah. 52 00:04:23,720 --> 00:04:25,200 Terutamanya dua barisan terakhir. 53 00:04:25,240 --> 00:04:27,320 Awak tak perlu berpura-pura menyukainya. 54 00:04:27,360 --> 00:04:29,680 Selepas selesai nanti, awak boleh jadi diri sendiri. 55 00:04:29,760 --> 00:04:33,240 Tak, saya cakap betul. Saya benar-benar fikir ia indah. 56 00:04:33,360 --> 00:04:38,760 Mula-mula, saya fikir ia membosankan, tapi apabila dia cakap tentang anaknya... 57 00:04:38,800 --> 00:04:41,080 -Dia penulis yang bagus. -Ya, betul itu. 58 00:04:41,159 --> 00:04:44,800 Saya patut cuba dengan wanita tua yang lain, mungkin boleh buat duit. 59 00:04:45,560 --> 00:04:49,880 Menjadi diri sendiri tak bermaksud awak tak perlu bersopan. 60 00:04:49,920 --> 00:04:52,000 Sudah tentu, maaf. 61 00:04:52,080 --> 00:04:53,800 Beritahulah. 62 00:04:53,880 --> 00:04:56,040 Sudah seminggu saya tak jumpa awak. 63 00:04:56,120 --> 00:04:58,120 Awak buat apa kebelakangan ini? 64 00:05:06,680 --> 00:05:08,240 ENCIK CINTA 65 00:05:08,800 --> 00:05:11,560 Ayuh, masukkan di pintu belakang! 66 00:05:11,640 --> 00:05:13,360 Pemalas betul! 67 00:05:13,480 --> 00:05:16,520 Janji temu malam ini? Tapi, awak dah jumpa dia pagi tadi. 68 00:05:16,600 --> 00:05:19,120 Dia bukan ATM, Margareth. 69 00:05:22,040 --> 00:05:24,080 -Jumpa lagi. -Terima kasih. 70 00:05:24,880 --> 00:05:26,000 Sama-sama. 71 00:05:28,680 --> 00:05:32,200 Dengan Suzanne, berbeza sedikit. Dia ada masalah pelupa. 72 00:05:34,600 --> 00:05:36,280 Hebat sekali. 73 00:05:37,840 --> 00:05:39,560 Jangan lupa cek saya. 74 00:05:41,520 --> 00:05:43,040 Bukankah saya dah beri tadi? 75 00:05:43,120 --> 00:05:45,159 Tidak, Suzanne, belum lagi. 76 00:05:51,520 --> 00:05:53,840 Terima kasih. Jumpa lagi. 77 00:05:57,600 --> 00:05:59,040 ENCIK CINTA 78 00:05:59,120 --> 00:06:00,400 Jumaat depan, 2 petang. 79 00:06:06,400 --> 00:06:09,280 Awak sangat hebat! Jangan lupa cek saya. 80 00:06:10,440 --> 00:06:11,640 Bukankah saya dah beri? 81 00:06:11,720 --> 00:06:13,640 Awak selalu buat begini. 82 00:06:15,680 --> 00:06:16,680 Jangan mainkan saya! 83 00:06:19,040 --> 00:06:20,040 Terima kasih. 84 00:06:21,480 --> 00:06:25,000 Berikan cek saya. Saya dah lambat, maaf. 85 00:06:25,080 --> 00:06:27,640 -Bukankah saya dah beri tadi? -Taklah, belum lagi. 86 00:06:27,720 --> 00:06:29,960 Sekejap... Taklah, awak belum beri lagi. 87 00:06:31,080 --> 00:06:34,320 Boleh juga begitu. Bagus. Boleh beri saya alamatnya? 88 00:06:34,400 --> 00:06:37,680 Hotel D'Argenson, okey. Ada kod masuk di sana? 89 00:06:46,159 --> 00:06:47,320 Ya, Alphonse! Ya! 90 00:06:49,560 --> 00:06:50,560 Tak nampak coklat. 91 00:06:56,880 --> 00:06:59,800 Encik Cinta di sini. Bagaimana dengan... 92 00:07:00,560 --> 00:07:02,440 ...Selasa 19hb? 93 00:07:02,520 --> 00:07:05,200 Baiklah. Boleh beri alamat? 94 00:07:11,320 --> 00:07:12,880 Helo, perempuan jalang! 95 00:07:13,800 --> 00:07:15,080 Bawa saya ke katil awak. 96 00:07:15,160 --> 00:07:18,320 Awak dah gila? Kenapa awak berpakaian begini? 97 00:07:18,400 --> 00:07:21,520 -Untuk menyeronokkan awak, Marie-Claude. -Nama saya Chantal. 98 00:07:24,560 --> 00:07:27,840 -Oh, ya, Chantal. Maaf. -Chantal. 99 00:07:27,920 --> 00:07:28,920 Jumpa lagi! 100 00:07:32,120 --> 00:07:34,400 Itu saja yang awak boleh buat? 101 00:07:47,240 --> 00:07:50,240 -Ayah tak pernah rasa malu? -Malu kenapa? 102 00:07:50,320 --> 00:07:52,760 Dibayar untuk keseronokan ayah sendiri. 103 00:07:52,840 --> 00:07:55,200 Ayah tak pernah fikir ayah kacak atau kelakar. 104 00:07:55,280 --> 00:07:59,360 Jadi, ayah mula sedar yang membayar ialah sebahagian fantasi mereka. 105 00:07:59,440 --> 00:08:00,680 Mereka bayar dan putuskan. 106 00:08:01,520 --> 00:08:04,640 Ada antara mereka yang tak pernah berpeluang untuk buat keputusan. 107 00:08:32,120 --> 00:08:33,120 Awak okey? 108 00:08:34,240 --> 00:08:35,520 Apa soalannya tadi? 109 00:08:35,640 --> 00:08:38,159 Saya tanya awak buat apa kebelakangan ini? 110 00:08:39,280 --> 00:08:41,520 Kerja. Sibuk bekerja. 111 00:08:41,600 --> 00:08:44,080 -Ayuh. Dah sedia? -Sedia. 112 00:08:45,960 --> 00:08:47,400 Beri saya sarung tangan. 113 00:08:47,480 --> 00:08:50,040 -Apa yang awak buat? -Awak kata, "Ayuh." 114 00:08:50,120 --> 00:08:53,880 Bukalah benda itu. Nak pakai itu di tepi jalan? 115 00:08:54,000 --> 00:08:55,200 -Baiklah. -Dungu. 116 00:08:55,320 --> 00:08:57,960 -Awak pasti dia bersendirian? -Saya pasti. 117 00:08:58,040 --> 00:09:01,120 -Dia dah tua. Siapa nak duduk dengan dia? -Teman-teman wanitanya? 118 00:09:01,200 --> 00:09:04,040 Umur dia dah nak dekat 1,000 tahun, mereka semua dah mati. 119 00:09:04,120 --> 00:09:05,160 Mungkin teman lelaki? 120 00:09:06,640 --> 00:09:08,760 Jijiklah. 121 00:09:08,880 --> 00:09:10,080 Ayuh. 122 00:09:23,880 --> 00:09:26,240 Kenapa awak sangat menyukai jam tangan? 123 00:09:28,520 --> 00:09:29,760 Banyak sebab. 124 00:09:34,760 --> 00:09:35,640 Mak sayang kamu. 125 00:09:35,720 --> 00:09:39,440 Semasa saya kecil, saya banyak mendengar bunyi yang tak menyenangkan. 126 00:09:40,760 --> 00:09:44,080 Jadi, saya akan fokus kepada bunyi jarum jam tangan lama yang saya pakai. 127 00:09:44,880 --> 00:09:46,280 Ia automatik. 128 00:09:48,440 --> 00:09:51,480 Hebat sekali, berfungsi tanpa elektrik. 129 00:09:52,120 --> 00:09:55,320 Tapi, yang ini hampir seperti magis. 130 00:09:55,400 --> 00:09:59,520 Jika awak benar-benar menyukainya, kita boleh buat perjanjian. 131 00:09:59,600 --> 00:10:03,480 Jika awak datang hari-hari, tiga minggu lagi, ia jadi milik awak. 132 00:10:03,520 --> 00:10:06,280 -Setiap hari? -Janganlah terkejut sangat! 133 00:10:06,360 --> 00:10:07,880 Awak suka atau tidak? 134 00:10:09,520 --> 00:10:11,160 Di mana perempuan tua itu? 135 00:10:12,080 --> 00:10:14,120 -Dia di sini. -Jangan bergerak! 136 00:10:14,200 --> 00:10:15,880 -Jangan bergerak. -Saya takkan. 137 00:10:15,960 --> 00:10:18,440 Duduk diam dan tutup mulut. Siapa lelaki ini? 138 00:10:18,520 --> 00:10:19,520 Kawan. 139 00:10:19,600 --> 00:10:21,000 -Peti besi. -Peti besi! 140 00:10:21,080 --> 00:10:24,280 -Peti besi apa? -Jangan main-main! Di mana ia? 141 00:10:24,360 --> 00:10:25,200 Jaga dia. 142 00:10:31,440 --> 00:10:34,520 -Kod laluan! -Beri saya kodnya! 143 00:10:34,600 --> 00:10:36,640 Tembaklah, saya dah tak lama nak hidup. 144 00:10:36,760 --> 00:10:39,440 -Kalau begitu, saya tembak dia. -Berilah mereka kodnya. 145 00:10:39,520 --> 00:10:41,760 Tidak! Itu kamu bukan, Louis? 146 00:10:43,400 --> 00:10:44,880 Kamu tak nak jawab? 147 00:10:44,960 --> 00:10:47,520 Nenek boleh hidu minyak wangi busuk kamu! 148 00:10:48,120 --> 00:10:49,360 Ayuh keluar dari sini. 149 00:10:53,960 --> 00:10:55,240 Jaga diri, sayang. 150 00:10:55,880 --> 00:10:57,720 Jangan sampai kamu demam. 151 00:10:59,680 --> 00:11:02,920 -Awak tak apa-apa? -Ya. Jantung saya berdegup laju. 152 00:11:03,520 --> 00:11:06,680 -Tapi, itu bagus, bukan? -Awak kenal mereka? 153 00:11:06,760 --> 00:11:07,960 Dia cucu saya. 154 00:11:08,040 --> 00:11:10,800 Walaupun dengan balaclava, awak masih boleh hidu bau busuknya. 155 00:11:13,480 --> 00:11:16,640 Perempuan tua tak guna! Jahanam! 156 00:11:16,720 --> 00:11:18,440 -Siapa lelaki tadi? -Saya tak tahu. 157 00:11:18,520 --> 00:11:20,360 Tapi, saya akan siasat siapa dia. 158 00:11:20,440 --> 00:11:21,880 Kita perlu buat sesuatu. 159 00:11:21,960 --> 00:11:26,440 Saya dah buat dakwaan selepas dia ugut saya. Tapi, saya tak cukup bukti. 160 00:11:26,520 --> 00:11:28,960 Malah, saya pernah terfikir untuk upah orang Romania. 161 00:11:29,840 --> 00:11:30,680 Untuk apa? 162 00:11:30,760 --> 00:11:33,000 Untuk bunuh dia. Salah seorang harus mati. 163 00:11:33,560 --> 00:11:35,360 Sama ada dia atau saya. 164 00:11:35,440 --> 00:11:39,080 Walaupun kalau ikut pada umur, saya yang akan mati dulu. 165 00:11:42,720 --> 00:11:45,720 -Awak telefon siapa? -Polis. 166 00:11:45,800 --> 00:11:48,720 -Kalau begitu, lebih baik saya pergi. -Kenapa? 167 00:11:49,720 --> 00:11:50,720 Ya, betul juga. 168 00:11:56,520 --> 00:11:58,720 -Terima kasih. -Sama-sama. 169 00:11:58,800 --> 00:12:01,480 Tanpa awak, ia mungkin sudah berada di pasaran gelap. 170 00:12:02,360 --> 00:12:03,360 Ambillah. 171 00:12:03,840 --> 00:12:05,720 -Tidak. -Jangan membantah. 172 00:12:05,800 --> 00:12:07,680 Saya boleh buat apa saja saya mahu. 173 00:12:12,600 --> 00:12:13,880 Saya akan menjaganya. 174 00:12:15,440 --> 00:12:16,880 Hati-hati, ya. 175 00:12:22,920 --> 00:12:25,400 -Ya? Helo. -Helo. 176 00:12:26,280 --> 00:12:29,480 -Kita bercakap atas talian. -Ya, jemput masuk. 177 00:12:31,360 --> 00:12:33,920 -Bruno, bukan? -Ya. 178 00:12:46,840 --> 00:12:48,680 -Helo? -Saya boleh rasa ia bergerak. 179 00:12:48,760 --> 00:12:50,600 -Apa? -Di dalam perut saya. 180 00:12:52,360 --> 00:12:54,080 Dia akan undi kerajaan atau pembangkang? 181 00:12:54,560 --> 00:12:57,920 -Helo. Jalan 15, Bangunan Enam. -Okey. 182 00:12:58,000 --> 00:13:00,240 -Boleh saya hubungi semula nanti? -Tidak. 183 00:13:00,320 --> 00:13:02,320 Ini anak awak, Claude! 184 00:13:02,880 --> 00:13:05,960 Kromosom awak yang sedang membesar di dalam rahim saya. 185 00:13:06,040 --> 00:13:10,640 Saya akan datang secepat mungkin. Boleh letakkan telefon di sebelahnya? 186 00:13:12,480 --> 00:13:15,440 -Terima kasih. -Awak boleh dengar? 187 00:13:16,760 --> 00:13:19,520 Indah sekali. 188 00:13:20,080 --> 00:13:23,840 Kelakar betul, saya pernah bersumpah yang saya takkan ada anak, 189 00:13:23,920 --> 00:13:28,320 tapi saya sangat teruja setiap kali bayi ini bergerak. 190 00:13:28,400 --> 00:13:32,680 Indah sekali membawa dua nyawa. Kita semua patut bawa dua nyawa. 191 00:13:32,760 --> 00:13:34,160 Betul itu. 192 00:13:34,240 --> 00:13:37,520 Awak dengar atau tak? Awak macam tak fokus. 193 00:13:37,600 --> 00:13:39,000 Bukan begitu. 194 00:13:39,440 --> 00:13:41,000 Awak bersama dia! 195 00:13:41,560 --> 00:13:44,000 Saya di pejabat. Sudah lama saya tak jumpa dia. 196 00:13:45,840 --> 00:13:48,680 -Helo, paderi. -Saya akan telefon semula. 197 00:13:48,760 --> 00:13:50,080 Dia sedang menunggu. 198 00:13:50,160 --> 00:13:51,320 Apa maksud awak? 199 00:13:52,440 --> 00:13:56,640 Yang muda, tapi tak terlalu muda, saya ada pelbagai jenis pelanggan. 200 00:13:57,760 --> 00:14:00,160 Apa maksud awak "tak terlalu muda?" 201 00:14:00,240 --> 00:14:04,400 Ada sekali itu, saya dapat wanita berumur dalam 60 tahun. 202 00:14:06,360 --> 00:14:07,600 Apa yang kelakar? 203 00:14:08,520 --> 00:14:11,280 -Mak saya 60 tahun. -Jadi? 204 00:14:11,360 --> 00:14:13,040 Saya tak begitu jelas. 205 00:14:13,120 --> 00:14:16,720 Kalau kita nak bekerja bersama, awak perlu tukar cara awak berfikir. 206 00:14:18,720 --> 00:14:21,080 -Siapa itu? -Siapa lagi? 207 00:14:22,320 --> 00:14:23,880 Awal kamu balik. 208 00:14:23,960 --> 00:14:26,600 Saya cepatkan. Hari ini saya letih. 209 00:14:31,160 --> 00:14:32,600 Helo. 210 00:14:32,680 --> 00:14:34,440 -Hai. Saya Bruno. -Alphonse. 211 00:14:36,960 --> 00:14:38,720 Semua okey dengan Fabienne? 212 00:14:39,400 --> 00:14:43,400 Saya berikannya ritual akhir, kemudian bangkitkannya semula daripada kematian. 213 00:14:45,440 --> 00:14:48,440 Saya akan hubungi awak semula. Saya akan fikirkannya. 214 00:14:48,520 --> 00:14:50,560 Saya juga akan fikirkannya. 215 00:14:52,920 --> 00:14:54,160 -Minta diri. -Baiklah. 216 00:14:54,240 --> 00:14:55,080 Selamat jalan. 217 00:14:59,760 --> 00:15:01,880 -Siapa dia? -Dia nampak macam okey. 218 00:15:01,960 --> 00:15:05,360 Ayah fikir, bagus juga kalau tambah kakitangan. 219 00:15:05,440 --> 00:15:06,440 Kakitangan? 220 00:15:06,920 --> 00:15:09,320 Ayah tak boleh tampung permintaan. 221 00:15:09,400 --> 00:15:10,760 Petang ini saja, 222 00:15:11,360 --> 00:15:14,120 ayah dah terlepas dua orang pelanggan. 223 00:15:14,200 --> 00:15:17,680 Ayah tak beritahu saya pun? Ayah ambil pekerja lain di belakang saya? 224 00:15:18,480 --> 00:15:19,800 Ayah nak beritahu kamu. 225 00:15:19,920 --> 00:15:22,600 Ayah nak beri pelanggan saya kepada lelaki itu? 226 00:15:22,680 --> 00:15:25,400 -Mereka pelanggan ayah. -Salah. 227 00:15:25,480 --> 00:15:28,280 Saya bawa masuk 10 pelanggan baharu dengan reputasi saya. 228 00:15:29,040 --> 00:15:31,200 Kamu dah besar kepala sekarang! 229 00:15:31,280 --> 00:15:34,880 Empat panggilan telefon dan dia fikir dia Don Juan. 230 00:15:34,960 --> 00:15:37,480 Jadi, kenapa kita perlukan kakitangan baharu? 231 00:15:37,560 --> 00:15:39,440 Diamlah, pergi buka pintu. 232 00:15:40,480 --> 00:15:41,720 Kakitangan... 233 00:15:43,480 --> 00:15:44,880 -Helo. -Helo. 234 00:15:44,960 --> 00:15:46,800 Penghantaran untuk En. Bisson, Jacques. 235 00:15:46,880 --> 00:15:49,320 Ya. Silakan masuk. 236 00:15:49,400 --> 00:15:51,120 -Terima kasih. -Mari. Di sini. 237 00:15:51,200 --> 00:15:53,720 Ayuh, letak di sini. 238 00:15:55,880 --> 00:15:59,320 -Apa ini? -TV dengan sistem bunyi. 239 00:15:59,400 --> 00:16:01,200 Saya perlu turunkan tandatangan? 240 00:16:03,600 --> 00:16:05,040 -Ini dia. -Selamat tinggal. 241 00:16:05,120 --> 00:16:07,800 Selamat jalan. Banyak duit ayah. 242 00:16:07,880 --> 00:16:10,320 Apa? 243 00:16:10,400 --> 00:16:14,120 Kerusi kulit, tiga botol Château Pavie dan wayang rumah? 244 00:16:14,200 --> 00:16:16,440 Saya yang buat semua kerja. 245 00:16:16,520 --> 00:16:18,360 Kamu nak buat apa duit banyak-banyak? 246 00:16:18,440 --> 00:16:21,800 Siapa yang jaga duit, jaga keluar masuk dan buat invois? 247 00:16:21,880 --> 00:16:25,280 -Berhenti makan mentega! -Jangan usik! 248 00:16:26,160 --> 00:16:27,560 Suka hati ayahlah. 249 00:16:29,040 --> 00:16:32,160 Kamu fikir kerja mudah untuk pastikan isteri kamu tak tahu? 250 00:16:32,240 --> 00:16:34,760 Pura-pura macam kamu buat kerja halal? 251 00:16:34,840 --> 00:16:38,920 Apa-apa pun, 50 peratus tak setimpal dengan kerja saya. 252 00:16:40,240 --> 00:16:41,840 Kenapa ayah patut dapat 50 peratus? 253 00:16:41,920 --> 00:16:44,200 Sebab ayah dah 30 tahun dalam perniagaan ini! 254 00:16:44,760 --> 00:16:48,320 Kamu takkan bertahan lama tanpa ayah. Ayah terangkan peranan kamu, 255 00:16:48,440 --> 00:16:51,200 ayah basuh seluar dalam kamu, cuci baju kamu. 256 00:16:51,280 --> 00:16:53,880 Bukannya saya boleh guna ayah punya. 257 00:16:53,960 --> 00:16:56,880 Kenapa dengan baju ayah? Kamu tak suka? 258 00:16:56,960 --> 00:17:00,440 Tiada sesiapa pernah merungut. Ayah buat dengan baik tanpa kamu. 259 00:17:00,520 --> 00:17:03,160 Kita tengok kalau kamu boleh kekalkan pelanggan baharu. 260 00:17:03,240 --> 00:17:06,319 Segalanya tentang kekalkan mereka. Tunjuk ayah 25 tahun lagi. 261 00:17:06,400 --> 00:17:10,560 -Ayah fikir saya nak buat ini selamanya? -Kenapa? 262 00:17:10,680 --> 00:17:15,240 Ada rancangan lain? Kamu fikir kamu bagus? Sudah tiga pekerjaan kamu dipecat. 263 00:17:15,319 --> 00:17:17,319 Zakar kamu itu anugerah, sama macam ayah. 264 00:17:17,400 --> 00:17:22,520 Ada orang jadi pelakon, pembuat roti, kita bagus di atas ranjang. 265 00:17:22,560 --> 00:17:25,240 -Pergi bersiap. -Untuk apa? 266 00:17:25,319 --> 00:17:27,760 -Ada pelanggan baharu. -Saya letih. 267 00:17:27,800 --> 00:17:30,200 Jangan risau, yang ini tak banyak kerenah. 268 00:17:30,280 --> 00:17:32,160 -Di mana? -Dekat saja. 269 00:17:52,280 --> 00:17:54,680 -Helo, sayang. -Helo. 270 00:17:54,760 --> 00:17:56,760 Kenapa bunyikan loceng? Lupa bawa kunci? 271 00:17:57,800 --> 00:17:59,520 Saya terlupa. 272 00:18:00,000 --> 00:18:01,760 Tak mengapa, mari masuk. 273 00:18:02,240 --> 00:18:03,560 Saya dah buatkan teh. 274 00:18:25,760 --> 00:18:29,160 Dia singgah ke sini petang tadi, kami berbual 275 00:18:29,240 --> 00:18:30,800 dan ayah nampak peluang. 276 00:18:30,880 --> 00:18:32,720 Apa punca kematiannya? 277 00:18:32,800 --> 00:18:35,240 Tiba-tiba saja, serangan jantung. 278 00:18:35,320 --> 00:18:38,200 Suatu pagi, dia meninggal dalam tidur. 279 00:18:38,280 --> 00:18:39,640 Saya langsung tak perasan. 280 00:18:39,720 --> 00:18:42,280 Teruk sekali. Sangat teruk. 281 00:18:43,320 --> 00:18:45,240 Kenapa saya beritahu awak semua ini? 282 00:18:48,480 --> 00:18:50,280 Saya tak boleh bersendirian. 283 00:18:51,240 --> 00:18:53,160 Saya boleh tolong awak. 284 00:18:56,880 --> 00:18:59,800 -Apa yang saya perlu buat? -Senario biasa. 285 00:18:59,880 --> 00:19:02,320 Suaminya meninggal dunia beberapa tahun lalu. 286 00:19:03,000 --> 00:19:05,880 Dia beri ayah beberapa barang-barangnya. 287 00:19:06,440 --> 00:19:07,480 Menakutkan. 288 00:19:07,560 --> 00:19:10,680 Untuk 500 euro, tiada apa-apa yang menakutkan. 289 00:19:10,760 --> 00:19:13,680 Dia juga beri ini. Hati-hati. Ini sangat halus. 290 00:19:13,760 --> 00:19:15,960 -Apa ini? -Rambutnya. 291 00:19:16,040 --> 00:19:18,040 Maksud ayah, rambut palsu. 292 00:19:18,080 --> 00:19:21,160 Bagaimana mereka boleh percaya segala fantasi ini? 293 00:19:21,240 --> 00:19:25,960 Itu kerja ayah. Anugerah ayah. Satu-satunya anugerah ayah. 294 00:19:26,040 --> 00:19:29,040 Semasa berjumpa mak kamu, ayah nak jadi pelakon. 295 00:19:29,080 --> 00:19:30,240 -Ayah? -Ya. 296 00:19:30,320 --> 00:19:33,960 Ayah pernah memandu limo untuk jumpa penerbit. 297 00:19:34,040 --> 00:19:36,640 -Kemudian? -Ayah jumpa mak kamu. 298 00:19:38,640 --> 00:19:40,040 Kenapa? 299 00:19:40,080 --> 00:19:42,040 Dia akan ketawakan saya memakai ini. 300 00:19:42,080 --> 00:19:46,200 Siapa peduli tentang rambut palsu? Cuma nak buat fantasinya nampak nyata. 301 00:19:46,320 --> 00:19:47,320 Nah. 302 00:19:47,960 --> 00:19:49,440 -Mula berlakon. -Apa? 303 00:19:49,920 --> 00:19:50,880 Bangun dan berlakon. 304 00:19:50,960 --> 00:19:53,520 Kamu suaminya, perut kamu buncit, kamu letih. 305 00:19:57,080 --> 00:19:58,400 -Ya... -Ya. 306 00:19:59,200 --> 00:20:01,680 -Ayuh. -Okey, saya letih. 307 00:20:01,760 --> 00:20:03,880 -Ya. Perut kamu buncit. -Perut saya... 308 00:20:03,960 --> 00:20:07,760 -Perut yang sangat buncit, kamu letih. -Macam ini? 309 00:20:07,800 --> 00:20:09,720 Ya, maksud ayah, dia taklah... 310 00:20:12,280 --> 00:20:13,680 Macam mana? Macam ini okey? 311 00:20:15,000 --> 00:20:17,760 Ayah tak tahu kamu kelakar. 312 00:20:17,800 --> 00:20:19,280 Seperti yang awak suka. 313 00:20:20,000 --> 00:20:21,920 Susu lebih, gula satu saja. 314 00:20:23,800 --> 00:20:25,200 Terima kasih, sayang. 315 00:20:28,160 --> 00:20:31,000 Sudah nak mula. Mari kita duduk. 316 00:20:31,080 --> 00:20:33,760 Mereka tak pernah ketinggalan Who Wants to Be a Millionaire? 317 00:20:35,640 --> 00:20:38,320 Dia meninggal sebelum mereka tukar pengacara. 318 00:20:38,440 --> 00:20:41,560 Dia simpan DVD dan menontonnya semula. 319 00:20:41,640 --> 00:20:42,800 Adakah dia gila? 320 00:20:43,400 --> 00:20:47,040 Tak, dia dilamun cinta. Mungkin suatu hari nanti, kamu akan dapat merasainya. 321 00:20:47,160 --> 00:20:49,680 -Jawapan yang tepat. -Nah, saya dah siapkan untuk awak. 322 00:20:50,320 --> 00:20:53,560 -Terima kasih. -Soalan empat bernilai 800 euro. 323 00:20:53,680 --> 00:20:57,720 Apabila anda ke luar negara, adakah anda perlu tetapkan jam lebih awal 324 00:20:57,800 --> 00:20:59,200 sejam, 325 00:20:59,280 --> 00:21:04,160 seminggu, sebulan, atau setahun? 326 00:21:05,040 --> 00:21:07,400 -Mudah. -Kita tak dungu. 327 00:21:07,480 --> 00:21:08,640 Betul cakap awak. 328 00:21:10,080 --> 00:21:11,640 Rancangan baru nak mula. 329 00:21:11,720 --> 00:21:14,960 Hati-hati, dia kata suaminya tahu semua jawapan. 330 00:21:15,040 --> 00:21:17,320 Dia dah tulis sedikit untuk kamu. 331 00:21:20,480 --> 00:21:23,040 Watak dalam cerita kanak-kanak... 332 00:21:23,080 --> 00:21:25,040 -Saya tahu yang ini. -Yakah? 333 00:21:25,080 --> 00:21:27,720 Jar Jar, Jubjub, Job Job... 334 00:21:29,680 --> 00:21:32,280 -Jadi? -Burung Jubjub. 335 00:21:32,320 --> 00:21:33,440 Susah juga. 336 00:21:33,520 --> 00:21:35,160 ...untuk 1,500 euro, Michel. 337 00:21:35,240 --> 00:21:39,200 Siapa Maharaja Roman dari 54 ke 68 Tahun Masihi? 338 00:21:39,280 --> 00:21:41,640 Fero... 339 00:21:41,720 --> 00:21:46,280 Zero, Nero or Pero? 340 00:21:46,320 --> 00:21:47,320 Nero. 341 00:21:48,800 --> 00:21:50,560 -Nero. -Ya! 342 00:21:50,680 --> 00:21:53,920 Bagus, sayang. Syabas. 343 00:21:55,720 --> 00:21:58,480 Kupas kulit lobak, saya potong daun bawang. 344 00:22:21,080 --> 00:22:22,320 Sikit saja. 345 00:22:26,200 --> 00:22:29,080 Hari Ahad nanti, kita boleh jalan-jalan di Fontainebleau. 346 00:22:30,320 --> 00:22:31,200 Bagus juga. 347 00:22:31,280 --> 00:22:33,640 Awak nak pergi ke Saint-Germain-en-Laye? 348 00:22:34,240 --> 00:22:37,400 Kita dah ke sana minggu lepas. Fontainebleau tentu lebih seronok. 349 00:22:37,480 --> 00:22:38,880 Betul cakap awak. 350 00:22:40,240 --> 00:22:41,520 Jadi, awak setuju? 351 00:22:45,720 --> 00:22:48,000 -Ya. -Macam biasa, sayang? 352 00:22:50,760 --> 00:22:53,200 Awak nampak penat. 353 00:22:53,840 --> 00:22:56,320 Saya tahu siapa yang akan tidur lena malam ini. 354 00:23:00,040 --> 00:23:01,680 Alphonse tak datang? 355 00:23:01,760 --> 00:23:03,800 Datang, dia dalam perjalanan. 356 00:23:03,880 --> 00:23:07,000 Dia okey? Saya dengar dia ada masalah di pejabat. 357 00:23:07,840 --> 00:23:09,920 Yakah? Siapa cakap? 358 00:23:10,000 --> 00:23:12,720 Saya tak ingat, mungkin itu tak benar. 359 00:23:12,800 --> 00:23:16,160 Tidak. Malah, sebaliknya. Dia bekerja tanpa henti. 360 00:23:17,120 --> 00:23:18,520 Saya dah jarang jumpa dia. 361 00:23:31,720 --> 00:23:34,640 Sekejap, saya ada yang baharu dari farmasi. 362 00:23:36,160 --> 00:23:37,360 Terima kasih. 363 00:23:44,720 --> 00:23:46,960 Jadi, malam menonton TV dengannya. 364 00:23:47,600 --> 00:23:49,720 -Ya, secara teknikalnya. -Itu saja? 365 00:23:50,200 --> 00:23:52,600 -Apa? -Cuma tidur saja di sebelahnya? 366 00:23:53,760 --> 00:23:54,760 Ya. 367 00:23:55,200 --> 00:23:56,680 -Ya. -Ya. 368 00:23:56,760 --> 00:23:58,320 Tanya saja. 369 00:23:58,400 --> 00:24:00,400 Tak masuk tidur, sayang? 370 00:24:01,160 --> 00:24:02,160 Ya. 371 00:24:37,520 --> 00:24:39,440 Mungkin kita patut pesan makanan. 372 00:24:39,520 --> 00:24:41,400 Tak perlu tunggu dia. 373 00:24:41,480 --> 00:24:43,280 Tentu kita semua dah lapar. 374 00:24:43,360 --> 00:24:46,160 -Awak pasti? -Ya, saya akan ajar dia. 375 00:24:46,240 --> 00:24:48,480 Mungkin dia terkandas di tempat kerja? 376 00:25:07,680 --> 00:25:09,440 Saya penat. 377 00:25:20,360 --> 00:25:22,200 Mimpi indah, sayang. 378 00:25:22,280 --> 00:25:23,520 Selamat malam. 379 00:26:07,000 --> 00:26:09,760 -Alphonse! Tepat pada masanya! -Saya minta maaf. 380 00:26:09,840 --> 00:26:12,720 Awak tiba tepat pada masanya. Terima kasih. 381 00:26:12,800 --> 00:26:14,760 -Awak apa khabar? -Baik. Maafkan saya. 382 00:26:14,840 --> 00:26:17,640 Banyak kerja di pejabat tadi. 383 00:26:17,720 --> 00:26:18,800 -Minum. -Minum. 384 00:26:18,880 --> 00:26:20,200 Minum. 385 00:26:21,800 --> 00:26:25,320 Tapi, saya gembira. Sebab saya dapat sesuatu 386 00:26:25,400 --> 00:26:29,520 yang mungkin jualan paling hebat dalam sejarah syarikat. 387 00:26:29,600 --> 00:26:33,200 -Yakah? -Ya. Tengok, awak tahu tentang jam. 388 00:26:33,280 --> 00:26:36,800 Ini Henri Robert dari abad ke-19. Awak nampak dailnya? 389 00:26:37,640 --> 00:26:38,720 -Tak? -Boleh saya pegang? 390 00:26:38,800 --> 00:26:40,960 -Tangan awak bersih? -Tak guna. 391 00:26:42,480 --> 00:26:45,080 Ada pemutar di belakang. Kuning emas. Ditandatangan. 392 00:26:45,160 --> 00:26:48,000 Berapa harga awak boleh jual? 393 00:26:48,080 --> 00:26:49,560 Entahlah, tapi jam tangan begini, 394 00:26:49,680 --> 00:26:52,560 akan diletak untuk bidaan. 395 00:26:52,640 --> 00:26:56,760 Walau di Sotheby, saya boleh dapat komisen 4,000. 396 00:26:56,840 --> 00:26:58,840 Begitulah. Boleh tahan juga. 397 00:26:59,880 --> 00:27:02,960 -Maafkan saya. Minta Moscow Mule, ya. -Baiklah. 398 00:27:03,920 --> 00:27:06,160 Saya perasan yang dia semakin kacak. 399 00:27:07,280 --> 00:27:09,080 Kami makan malam dengan kawan-kawan 400 00:27:09,560 --> 00:27:11,560 dan dia benar-benar berbeza. 401 00:27:11,640 --> 00:27:13,080 Bukan secara fizikal saja, 402 00:27:13,800 --> 00:27:16,200 tapi suaranya, gerak tubuhnya. 403 00:27:17,160 --> 00:27:20,160 Dia melepaskan satu aura yang saya tak pernah tahu dia ada. 404 00:27:20,240 --> 00:27:24,520 Saya boleh nampak cara kawan-kawan perempuan saya pandang dia. 405 00:27:25,240 --> 00:27:27,360 Awak tak gembira? 406 00:27:28,080 --> 00:27:31,520 Saya kasihan dia bersama wanita macam saya. 407 00:27:32,320 --> 00:27:34,440 Apa maksud awak? 408 00:27:34,520 --> 00:27:39,000 Wanita yang tak hargai pesona suaminya seperti yang sepatutnya. 409 00:27:42,200 --> 00:27:45,320 Ini peluang untuk awak sedar identiti sebenar awak. 410 00:27:46,160 --> 00:27:48,680 Saya tak tahu jika ada nama untuknya. 411 00:27:48,760 --> 00:27:51,080 Awak tak tahu selagi tak cuba. 412 00:27:52,640 --> 00:27:53,600 Sudah tentu. 413 00:27:54,760 --> 00:27:56,440 Kalau betullah, saya pasti dah tahu. 414 00:27:58,120 --> 00:28:00,840 -Mungkin saya tak bernafsu. -Atau kecewa. 415 00:28:01,320 --> 00:28:04,280 -Hentikannya. -Saya takkan berhenti. 416 00:28:07,000 --> 00:28:08,280 Jumpa lagi. 417 00:28:10,320 --> 00:28:13,560 Cium saya. Ia takkan bermakna apa-apa. Satu ciuman saja. 418 00:28:15,240 --> 00:28:19,320 Ia bermakna. Ia sangat bermakna. 419 00:28:20,440 --> 00:28:22,040 Lebih-lebih lagi yang pertama. 420 00:28:22,560 --> 00:28:23,560 Jumpa lagi. 421 00:28:28,160 --> 00:28:29,000 Oh, ya. 422 00:28:29,080 --> 00:28:31,200 Saya lupa nak tanya. 423 00:28:31,280 --> 00:28:33,840 Alphonse dapat kerja baharu? 424 00:28:33,920 --> 00:28:35,200 Apa maksud awak? 425 00:28:37,920 --> 00:28:40,400 Ini dia, bukan syarikat yang sama. 426 00:28:44,120 --> 00:28:47,080 "Aduhai!" wanita tua itu mengeluh "Adakah aku masih menawan?" 427 00:28:47,160 --> 00:28:50,920 "Sejujurnya, ia pasti luar biasa Dan tak dapat dijangka 428 00:28:51,040 --> 00:28:54,880 Hakim fikir, secara tak langsung "Untuk dibawa kepada monyet betina 429 00:28:54,960 --> 00:28:58,280 "Itu mustahil." Namun, yang terjadi selepas itu membuktikannya salah 430 00:28:58,360 --> 00:29:03,520 Jaga-jaga dengan gorila! 431 00:29:05,840 --> 00:29:07,000 Sekali lagi. 432 00:29:08,120 --> 00:29:11,360 Bayangkanlah, jika awak Perlu menjadi beruk, harus 433 00:29:11,440 --> 00:29:13,440 Memilih antara hakim dan wanita tua... 434 00:29:13,520 --> 00:29:14,360 Ya! 435 00:29:14,440 --> 00:29:15,480 ...atau kedua-duanya? 436 00:29:15,600 --> 00:29:17,080 Jika saya perlu buat pilihan ini 437 00:29:17,160 --> 00:29:19,040 Mungkin suatu hari nanti 438 00:29:19,120 --> 00:29:23,120 Pasti wanita tua itu Akan menjadi pilihan saya 439 00:29:23,600 --> 00:29:24,880 Saya klimaks. 440 00:29:26,720 --> 00:29:31,440 Jaga-jaga dengan gorila! 441 00:29:31,520 --> 00:29:35,120 Saya akan tanya-tanya, tapi saya rasa dia dah ambil semua barang-barangnya. 442 00:29:35,200 --> 00:29:39,400 Magalie, orang sebelum awak ada tinggalkan apa-apa di dalam laci? 443 00:29:39,480 --> 00:29:41,920 -Pen dakwat? -Hitam dan perak. 444 00:29:42,000 --> 00:29:45,880 -Hitam dan perak? -Rasanya tiada. 445 00:29:45,960 --> 00:29:49,560 Tiada, maaf. Bagaimana dia sekarang? 446 00:29:49,640 --> 00:29:51,800 Mereka layan dia dengan teruk di sini. 447 00:29:57,600 --> 00:29:58,840 Mari sini. 448 00:30:08,680 --> 00:30:10,800 -Puan nak jumpa kami? -Ya. 449 00:30:11,320 --> 00:30:14,760 Sekarang suami saya dah mati, masa untuk bersihkan rumah. 450 00:30:15,840 --> 00:30:17,400 -Apa dia? -Ya. 451 00:30:17,520 --> 00:30:20,880 Saya tahu segala yang berlaku di sini. 452 00:30:20,960 --> 00:30:25,720 Sesiapa yang menolak untuk tidur dengan si tak guna itu, 453 00:30:25,800 --> 00:30:27,720 boleh kekal di sini. 454 00:30:27,800 --> 00:30:31,680 Yang lain boleh berambus. Kamu tak diperlukan lagi di sini. 455 00:30:46,080 --> 00:30:47,360 Carlo? 456 00:30:47,440 --> 00:30:48,960 Maaf, puan. 457 00:30:52,000 --> 00:30:55,400 Kalau saya jadi mak, saya akan jual semua ini dan tinggal di Rom. 458 00:30:55,480 --> 00:30:57,600 Saya tak suka mak tinggal di tempat terpencil. 459 00:30:57,680 --> 00:31:00,520 Mak ada kehidupan, ada orang-orang yang mak boleh jumpa. 460 00:31:00,600 --> 00:31:03,280 Waktu mak dah berlalu. 461 00:31:03,800 --> 00:31:08,120 Kenangan mak cukup untuk menemani mak. 462 00:31:08,200 --> 00:31:09,760 Kebanyakannya tak begitu indah. 463 00:31:09,840 --> 00:31:11,840 Sudahlah, mak. 464 00:31:11,920 --> 00:31:14,760 Kami semua tahu mak tak bahagia dengan ayah. 465 00:31:14,840 --> 00:31:19,200 Mak boleh sorokkannya semahu mak, tapi kami tak dungu. 466 00:31:20,040 --> 00:31:23,240 Kenapa kamu fikir mak cakap tentang ayah kamu? 467 00:31:24,680 --> 00:31:26,440 Mak ada banyak kehidupan. 468 00:31:45,560 --> 00:31:47,880 Jacques, sayangku. 469 00:31:50,080 --> 00:31:52,800 Saya tahu awak akan menjadi ayah yang baik 470 00:31:52,880 --> 00:31:54,880 dan awak akan temukan perkataan yang tepat 471 00:31:54,960 --> 00:31:57,280 untuk jelaskan ketiadaan saya kepadanya. 472 00:31:57,800 --> 00:31:59,240 Biar saya gantung nanti. 473 00:31:59,880 --> 00:32:01,560 Saya bukannya "cacet." 474 00:32:02,320 --> 00:32:04,080 "Cacat." 475 00:32:05,640 --> 00:32:07,440 Awak rasa ini okey? 476 00:32:07,520 --> 00:32:09,400 Saya rasa awak menyukainya. 477 00:32:09,480 --> 00:32:11,400 Ini kampung tempat saya membesar. 478 00:32:11,480 --> 00:32:12,800 Nak bawa saya ke sana? 479 00:32:12,880 --> 00:32:14,240 Saya rasa tidak. 480 00:32:15,680 --> 00:32:17,520 Ramai orang dungu di sana. 481 00:32:22,280 --> 00:32:24,800 Laura? 482 00:32:28,600 --> 00:32:30,360 Saya harap kehidupan awak baik-baik saja. 483 00:32:31,440 --> 00:32:33,160 Saya curahkan seluruh cinta. 484 00:32:35,720 --> 00:32:37,360 Ceritakan tentang ibu awak. 485 00:32:40,240 --> 00:32:41,920 Segalanya sangat kabur. 486 00:32:43,000 --> 00:32:45,520 Saya ingat seorang wanita yang sangat cantik. 487 00:32:47,720 --> 00:32:49,440 Lebih cantik daripada semua wanita. 488 00:32:51,640 --> 00:32:54,960 -Awak tak pernah cari dia? -Tidak. 489 00:32:57,080 --> 00:32:59,520 Saya tak fikir dia akan suka kalau saya cari dia. 490 00:32:59,600 --> 00:33:03,440 Sehinggalah baru-baru ini, saya fikir dia melarikan diri. 491 00:33:04,920 --> 00:33:06,480 Kenapa pula dia larikan diri? 492 00:33:07,200 --> 00:33:08,960 Sebab saya agak dungu. 493 00:33:10,640 --> 00:33:12,240 Atau tak cukup comel. 494 00:33:14,520 --> 00:33:15,920 Tak macam dia. 495 00:33:19,880 --> 00:33:21,000 Tak macam awak. 496 00:33:31,800 --> 00:33:34,400 Awak nak saya beranak di dalam kereta? 497 00:33:35,120 --> 00:33:39,560 Klinik dua batu lagi. Saya nak tiba di sana sebelum saya gugur. 498 00:33:39,640 --> 00:33:41,040 Ada lampu merah. 499 00:33:41,120 --> 00:33:43,960 Langgar sajalah! Pengecut. 500 00:33:44,040 --> 00:33:46,640 -Aduhai! Sudah nak keluar. -Apa? 501 00:33:47,160 --> 00:33:49,200 Pandu, cepat! 502 00:33:49,280 --> 00:33:50,760 Sakitlah! 503 00:33:50,840 --> 00:33:52,880 -Berhenti. -Jangan berhenti! 504 00:33:52,960 --> 00:33:54,200 -Lepaskan. -Tak nak. 505 00:33:54,280 --> 00:33:55,640 Belok ke kanan. 506 00:34:00,360 --> 00:34:02,200 Apa kita nak namakannya? 507 00:34:06,800 --> 00:34:09,040 -Aduhai. -Tak guna. 508 00:34:09,120 --> 00:34:10,280 Awak cakaplah. 509 00:34:15,000 --> 00:34:16,280 Helo. 510 00:34:16,360 --> 00:34:19,760 Ini PS-08 ke TN-08, untuk dua pemeriksaan latar belakang. 511 00:34:19,840 --> 00:34:21,280 Ini kenderaan puan? 512 00:34:21,360 --> 00:34:24,600 Ini kereta. Awak tak bercakap macam orang biasa? 513 00:34:24,639 --> 00:34:26,920 -Martha. Maafkan dia. -Begini, puan. 514 00:34:27,000 --> 00:34:29,520 Panggil saya Martha, saya akan beri apa saja awak minta 515 00:34:29,600 --> 00:34:31,320 termasuklah pendaftaran kereta. 516 00:34:31,400 --> 00:34:33,280 -Puan petugas di kementerian? -Ya. 517 00:34:33,360 --> 00:34:34,880 Lelaki yang memandu itu? 518 00:34:35,639 --> 00:34:36,880 Dia pemandu saya. 519 00:34:37,400 --> 00:34:39,120 Laju betul dia memandu. 520 00:34:39,159 --> 00:34:41,199 Ya, sayang. Saya takkan lambat. 521 00:34:41,880 --> 00:34:44,159 Tak, saya akan tiba. Sayang awak. 522 00:34:45,520 --> 00:34:47,080 Kami akan lepaskan kali ini. 523 00:34:47,159 --> 00:34:48,520 Kenapa? 524 00:34:48,600 --> 00:34:50,960 Saya suruh dia langgar semua lampu merah 525 00:34:51,040 --> 00:34:53,600 -tapi saya langsung tak disaman? -Okey... 526 00:34:53,639 --> 00:34:55,600 -Berlagak betul. -Saya tahu. 527 00:34:55,639 --> 00:34:58,120 -Boleh saya pergi? -Ya, kali ini saja. 528 00:34:58,160 --> 00:35:00,000 -Terima kasih. -Terima kasih. 529 00:35:03,600 --> 00:35:05,080 Awak nak ke mana? 530 00:35:06,280 --> 00:35:07,280 Alphonse! 531 00:35:08,520 --> 00:35:10,440 -Helo? -Ya, helo? 532 00:35:10,520 --> 00:35:14,160 Maaf, ayah nak tahu jika kamu ada waktu senggang 533 00:35:14,280 --> 00:35:16,120 antara pukul 8 hingga 10 malam. 534 00:35:16,160 --> 00:35:19,960 -Maaf, ibu pembaptisan Margot datang. -Jadi? 535 00:35:20,040 --> 00:35:22,760 Dia nak saya berjumpa dengannya. 536 00:35:24,600 --> 00:35:27,320 Baiklah. Jaga diri. 537 00:35:27,400 --> 00:35:29,280 Ya, jaga diri. 538 00:35:35,640 --> 00:35:37,440 -Hai. -Itu pun awak. 539 00:35:38,000 --> 00:35:39,160 Françoise baru kata 540 00:35:39,280 --> 00:35:41,960 yang saya buang air besar di dalam tab sampai umur 6 tahun. 541 00:35:42,520 --> 00:35:45,000 -Sudah besar juga, bukan? -Ya. 542 00:35:45,080 --> 00:35:47,320 Awak ingat ibu pembaptisan saya? 543 00:35:51,160 --> 00:35:52,640 Dia datang majlis kahwin kita. 544 00:35:53,680 --> 00:35:54,840 Ya. 545 00:35:54,920 --> 00:35:56,120 Lama tak jumpa. 546 00:35:56,160 --> 00:35:58,080 Lama tak jumpa. Helo. 547 00:36:00,880 --> 00:36:03,920 -Dia dah kurus. -Terima kasih kepada saya. 548 00:36:04,000 --> 00:36:05,560 Untuk seketika, dia agak... 549 00:36:06,920 --> 00:36:08,880 Kalau tak salah saya, 550 00:36:08,960 --> 00:36:11,320 dulu mak cik ada berbual dengan ayahnya. 551 00:36:11,400 --> 00:36:13,000 -Dia mengurat mak cik. -Yakah? 552 00:36:13,840 --> 00:36:14,840 Mak cik tak ingat. 553 00:36:15,440 --> 00:36:16,600 Mak cik penggoda. 554 00:36:16,640 --> 00:36:18,440 Jomlah, kita makan. 555 00:36:19,400 --> 00:36:22,640 Mak cik masih tinggal di apartmen lama datuk? 556 00:36:22,760 --> 00:36:24,640 Sudah 30 tahun mak cik tinggal di sana. 557 00:36:24,760 --> 00:36:27,920 Hiasannya agak lama, awak tak boleh bayangkan. 558 00:36:28,000 --> 00:36:29,640 Ia masih pada zaman kegemilangannya. 559 00:36:30,160 --> 00:36:31,400 Macam mak cik. 560 00:36:32,600 --> 00:36:34,000 -Boleh tolong ambilkan? -Boleh. 561 00:36:34,080 --> 00:36:36,200 -Françoise? -Ya, boleh. Saya lapar. 562 00:36:38,360 --> 00:36:41,120 Mak Cik Françoise dulu bekerja untuk datuk dan nenek saya. 563 00:36:41,560 --> 00:36:43,320 Mak cik buat apa dulu? 564 00:36:43,400 --> 00:36:45,200 Mengemas, memasak. 565 00:36:45,320 --> 00:36:46,840 Kalau tak silap saya, 566 00:36:46,920 --> 00:36:49,960 datuk tolong ibu mak cik semasa perang. 567 00:36:50,040 --> 00:36:51,760 -Betul itu. -Betulkah? 568 00:36:51,840 --> 00:36:53,760 Dia benar-benar menjaga kami. 569 00:36:53,840 --> 00:36:55,160 Kami amat berterima kasih. 570 00:36:56,200 --> 00:36:58,360 Kamu dah besar, mak cik beritahu satu rahsia. 571 00:36:58,440 --> 00:37:01,600 Dulu, sewaktu datuk kamu masih muda, 572 00:37:01,640 --> 00:37:03,160 mak cik terpikat kepadanya. 573 00:37:03,280 --> 00:37:04,680 -Datuk? -Ya! 574 00:37:04,800 --> 00:37:06,880 Mak cik memang suka lelaki yang lebih tua. 575 00:37:06,960 --> 00:37:08,960 Kamu takkan faham. 576 00:37:14,680 --> 00:37:17,160 -Tolong lipat meja ke kerusi. -Tuan-tuan dan puan-puan. 577 00:37:17,200 --> 00:37:18,680 Kita akan mulakan pendaratan. 578 00:37:18,840 --> 00:37:23,280 Sila kembali ke tempat duduk anda dan ketatkan tali pinggang. 579 00:37:23,360 --> 00:37:26,920 Cuaca cerah di Paris dengan suhu 22 darjah. 580 00:37:27,440 --> 00:37:31,400 Bagasi tangan harus diletakkan di bawah kerusi di hadapan anda 581 00:37:31,480 --> 00:37:32,880 atau di dalam ruang simpanan di atas. 582 00:37:32,960 --> 00:37:34,920 Dia seorang lelaki yang tegas. 583 00:37:35,000 --> 00:37:38,160 Itu tegas? Dia kejam. 584 00:37:39,120 --> 00:37:42,360 Dia layan nenek macam kain buruk. 585 00:37:42,480 --> 00:37:45,640 Mungkin dia seorang hero, tapi dia juga lelaki yang teruk. 586 00:37:45,760 --> 00:37:48,520 Kita tak boleh hakimi dia, itu zaman dulu. 587 00:37:48,600 --> 00:37:50,120 Syukurlah itu zaman dulu. 588 00:37:51,160 --> 00:37:54,640 Jika suami saya cakap begitu dengan saya, saya akan lempar pinggan. 589 00:37:54,760 --> 00:37:55,760 Malang sekali. 590 00:37:56,600 --> 00:37:57,840 Sedap hidangan ini. 591 00:37:57,920 --> 00:37:59,040 -Kentang? -Ya. 592 00:37:59,120 --> 00:38:00,560 Tidak, kami dah sudah. 593 00:38:02,920 --> 00:38:05,400 -Biar mak cik buat. -Tak apa, mak cik. 594 00:38:05,480 --> 00:38:07,960 Hari ini Khamis, kami ada jadual. 595 00:38:08,040 --> 00:38:10,560 Kami ada giliran mengikut hari. 596 00:38:10,640 --> 00:38:12,160 Mak cik akan pergi tolong dia. 597 00:38:21,440 --> 00:38:22,680 Nak minum Armagnac? 598 00:38:27,040 --> 00:38:28,840 Alphonse awak sangat baik. 599 00:38:29,400 --> 00:38:32,320 Agak serius, tapi kacak. 600 00:38:32,400 --> 00:38:34,440 Kamu patut biar dia berehat. 601 00:38:34,520 --> 00:38:35,840 Bukannya susah sangat. 602 00:38:35,920 --> 00:38:38,360 -Maaf. -Kenapa dengan awak? 603 00:38:38,440 --> 00:38:39,800 Maafkan saya. 604 00:38:41,000 --> 00:38:42,360 Maaf tentang itu. 605 00:38:43,400 --> 00:38:45,640 Dia dipukul bulan lepas, 606 00:38:45,680 --> 00:38:48,600 seluruh badan lebam-lebam, jadi dia tak suka disentuh. 607 00:38:48,640 --> 00:38:49,760 Yakah? 608 00:38:49,840 --> 00:38:52,640 Françoise. 609 00:38:55,440 --> 00:38:57,080 -Terima kasih. -Nah. 610 00:39:00,040 --> 00:39:02,640 Teksi mak cik dah sampai. Betul-betul di luar. 611 00:39:03,160 --> 00:39:04,560 Boleh awak hantarkan mak cik? 612 00:39:05,320 --> 00:39:07,640 Betulkah? Awak tak mahu... 613 00:39:07,680 --> 00:39:10,280 Baik-baik jalan. Gembira jumpa mak cik. 614 00:39:10,360 --> 00:39:12,080 Kamu juga. 615 00:39:12,160 --> 00:39:14,560 Janganlah tunggu sampai 15 tahun untuk kita jumpa lagi. 616 00:39:14,640 --> 00:39:16,480 -Baiklah. -Janji? 617 00:39:17,280 --> 00:39:20,400 Mak cik bukannya muda lagi. 618 00:39:21,440 --> 00:39:23,080 Ayuh kita pergi. 619 00:39:23,640 --> 00:39:24,680 Baiklah. 620 00:39:29,560 --> 00:39:31,440 Awak tak cam saya? 621 00:39:31,520 --> 00:39:34,800 Macam mana nak cam? Dulu awak gemuk. 622 00:39:36,160 --> 00:39:38,040 Awak pun tak cam saya. 623 00:39:39,480 --> 00:39:42,040 Macam mana nak cam? Dulu awak cantik. 624 00:39:48,600 --> 00:39:50,280 Jaga Margot baik-baik. 625 00:39:50,360 --> 00:39:53,320 Jangan sampai dia tahu apa awak buat di belakangnya. 626 00:39:56,160 --> 00:39:58,480 -Awak nak ceramah saya? -Ya. 627 00:39:58,560 --> 00:40:00,280 Saya tak menipu sesiapa. 628 00:40:01,120 --> 00:40:03,440 ENCIK CINTA 629 00:40:06,200 --> 00:40:08,360 Jaga-jaga. Setiap perbuatan ada akibatnya. 630 00:40:50,680 --> 00:40:52,200 Ayah memang teruk. 631 00:40:52,320 --> 00:40:53,360 Apa pula sekarang? 632 00:40:53,440 --> 00:40:56,400 -Saya tidur dengan mak pembaptisannya. -Dia buat felatio. 633 00:40:56,520 --> 00:40:58,760 -Jadi, ayah tahu. -Tidak, ayah tak tahu. 634 00:40:58,880 --> 00:41:02,400 Ayah cuma ingat semasa kamu kata kalian akan makan malam bersama. 635 00:41:02,480 --> 00:41:04,280 Ayah nak beritahu kamu, tapi... 636 00:41:04,360 --> 00:41:06,560 -Tapi, apa? -Ayah tak berani. 637 00:41:08,200 --> 00:41:09,960 -Kamu merokok? -Saya rasa teruk. 638 00:41:10,040 --> 00:41:11,920 Buang benda itu. 639 00:41:16,960 --> 00:41:18,440 Ayah tahu. 640 00:41:20,160 --> 00:41:21,440 Duit lagi penting. 641 00:41:21,520 --> 00:41:24,040 -Bukan? -Buang rokok kamu. 642 00:41:34,760 --> 00:41:37,280 Ayah tak sedar 643 00:41:37,360 --> 00:41:39,160 yang ayah tiada moral? 644 00:41:40,160 --> 00:41:43,040 Apa itu semua? 645 00:41:45,640 --> 00:41:49,680 Tanggapan Bourgeois tentang kesetiaan terhadap isteri yang dah tak sayang kamu? 646 00:41:49,800 --> 00:41:52,760 Atau beri keseronokan kepada wanita yang tak memperolehinya lagi? 647 00:41:52,840 --> 00:41:54,400 Kita menabur bakti, nak. 648 00:41:54,880 --> 00:41:57,360 Kita mengisi ruang kosong dalam hidup mereka. 649 00:41:57,440 --> 00:42:01,200 Diamlah. Tak payah mengarut. 650 00:42:02,560 --> 00:42:04,080 Ayah tak sedar 651 00:42:04,160 --> 00:42:07,200 yang dia mungkin bersihkan punggung isteri saya? 652 00:42:09,160 --> 00:42:10,440 Beri dia susu? 653 00:42:11,280 --> 00:42:13,640 Ajar dia cakap perkataan pertamanya? 654 00:42:13,680 --> 00:42:15,160 Baguslah. 655 00:42:15,200 --> 00:42:16,920 -Apa? -Kamu bersyukur. 656 00:42:19,280 --> 00:42:22,600 Tak mengapa. Biar ayah pergi. Ayah perlu berjalan. 657 00:42:23,320 --> 00:42:24,320 Ayah boleh berjalan? 658 00:42:25,160 --> 00:42:27,640 Ya, ayah dah boleh berjalan. Kamu kecewa? 659 00:42:28,760 --> 00:42:30,480 -Hati-hati. -Ya. 660 00:42:34,000 --> 00:42:35,640 -Ke tepi. -Apa yang awak mahu? 661 00:42:35,760 --> 00:42:37,680 Benarkan saya masuk atau saya bunuh awak. 662 00:42:37,800 --> 00:42:39,640 -Apa? -Siapa awak? 663 00:42:39,680 --> 00:42:40,640 Tak mengapa. 664 00:42:44,920 --> 00:42:47,600 Buka. Buka mulut awak. 665 00:42:47,640 --> 00:42:51,440 Pandang muka saya. Jantan tak guna. 666 00:42:51,520 --> 00:42:53,880 Saya tak tahu apa awak buat dengan duitnya, 667 00:42:53,960 --> 00:42:56,160 tapi kalau awak ke sana lagi, saya bunuh awak. 668 00:42:56,200 --> 00:43:00,520 Berterabur otak awak nanti. Faham apa saya cakap? 669 00:43:00,600 --> 00:43:02,840 Saya kenal isteri awak, saya tahu rumah awak. 670 00:43:02,920 --> 00:43:06,440 Saya tak nak tengok muka pisau cukur macam awak lagi. 671 00:43:06,520 --> 00:43:08,640 Awak faham? 672 00:43:23,640 --> 00:43:25,520 Apa benda ini? 673 00:43:29,680 --> 00:43:31,760 Ayah! Ayah tak apa-apa? 674 00:43:32,800 --> 00:43:35,040 Awak okey? Saya dah hubungi polis. 675 00:43:35,120 --> 00:43:36,320 -Jangan! -Jangan! 676 00:43:36,400 --> 00:43:38,000 -Jangan buat begitu. -Kenapa? 677 00:43:38,080 --> 00:43:39,680 -Saya nampak dia. -Telefon semula. 678 00:43:39,800 --> 00:43:41,920 Cakap yang ia cuma satu kesilapan. 679 00:43:42,000 --> 00:43:43,880 -Baiklah. -Saya jumpa awak esok. 680 00:43:43,960 --> 00:43:46,040 -Okey? -Baiklah. 681 00:43:48,960 --> 00:43:52,360 Mari, ayah. Kita bangun. 682 00:43:52,440 --> 00:43:54,800 Ayuh. Perlahan-lahan. 683 00:43:55,520 --> 00:43:57,840 -Duduk. -Jangan laju-laju. 684 00:43:57,920 --> 00:43:58,920 Perlahan-lahan. 685 00:44:04,040 --> 00:44:05,160 Duduk di sini. 686 00:44:06,480 --> 00:44:07,560 Sini. 687 00:44:14,560 --> 00:44:15,880 Kamu panggil "ayah". 688 00:46:17,400 --> 00:46:19,400 Terjemahan sari kata oleh Afiqah Rubani 689 00:46:19,480 --> 00:46:21,480 Penyelia Kreatif NHA