1 00:00:09,080 --> 00:00:13,320 Ini laporan berita keenam BBC. 2 00:00:13,840 --> 00:00:17,000 Namun, mari dengarkan terlebih dahulu beberapa mesej peribadi. 3 00:00:18,280 --> 00:00:20,560 "Tuah datang pada waktu yang paling tak dijangka." 4 00:00:21,680 --> 00:00:25,160 "Seperti Ulysses, orang gembira yang melakukan pelayaran hebat." 5 00:00:26,360 --> 00:00:29,360 Daripada Marie-Thérèse kepada Marie-Louise, 6 00:00:29,440 --> 00:00:32,400 "Ada kawan akan datang malam ini." 7 00:00:51,200 --> 00:00:52,040 Helo? 8 00:00:52,120 --> 00:00:54,520 Ini Gravier. Boleh kita bercakap? 9 00:00:54,600 --> 00:00:57,800 Sudah tentu boleh, tapi saya sedang naik kereta api. 10 00:00:57,880 --> 00:01:01,240 Jika panggilan terputus... Helo? 11 00:01:02,560 --> 00:01:04,080 Tiada isyarat pula. 12 00:01:05,720 --> 00:01:07,240 Awak nak bercakap dengan saya? 13 00:01:07,280 --> 00:01:09,640 Awak biar Bisson bawa jam bernilai 120,000 euro? 14 00:01:09,720 --> 00:01:12,640 Dia kata kliennya tak boleh ke mana-mana. 15 00:01:12,720 --> 00:01:15,120 -Si dungu. -Dia baik orangnya. 16 00:01:15,200 --> 00:01:16,039 Yalah. 17 00:01:20,920 --> 00:01:23,120 Betullah tindakannya mengingatkan awak. 18 00:01:23,200 --> 00:01:26,039 Ini perniagaannya dan dia bayar awak untuk jual jam. 19 00:01:26,160 --> 00:01:28,160 Jadi, jual saja jam-jam itu. 20 00:01:28,240 --> 00:01:31,920 Saya tak ulang lagi, awak tak boleh dibuang kerja. 21 00:01:33,800 --> 00:01:37,400 Kita baru mohon pinjaman untuk beli rumah ini, bukan? 22 00:01:37,479 --> 00:01:38,800 Rumah yang buruk ini. 23 00:01:38,920 --> 00:01:41,120 Sudahlah buruk, malah bukan milik kita. 24 00:01:42,479 --> 00:01:43,479 Nah. 25 00:01:44,720 --> 00:01:48,280 Saya ingatkan awak, kalau awak dibuang kerja 26 00:01:48,360 --> 00:01:49,680 dan pinjaman itu gagal, 27 00:01:49,759 --> 00:01:51,120 nahas awak. 28 00:02:06,800 --> 00:02:07,800 Ini dia. 29 00:02:10,400 --> 00:02:12,400 -Boleh saya tengok? -Silakan. 30 00:02:17,160 --> 00:02:19,160 Awak akan kembali ke Bulgaria esok? 31 00:02:19,800 --> 00:02:20,680 Ya. 32 00:02:21,840 --> 00:02:24,880 Ini kegemaran saya. Moser 1948. 33 00:02:25,000 --> 00:02:26,880 Jam dagangan. 34 00:02:27,840 --> 00:02:29,800 Fakta menarik, Henry Kissinger memakainya. 35 00:02:29,880 --> 00:02:33,000 Penasihat Richard Nixon. 36 00:02:34,880 --> 00:02:38,280 Saya cakap saja. Saya tak kenal pun siapa orangnya. 37 00:02:38,360 --> 00:02:39,880 Henry Kissinger. 38 00:02:44,440 --> 00:02:46,600 Kalian agak ramai. 39 00:02:46,680 --> 00:02:48,280 Silakan duduk, kolonel. 40 00:02:48,360 --> 00:02:50,160 Terima kasih. 41 00:02:50,240 --> 00:02:52,560 Saya pun tak larat nak berdiri saja. 42 00:02:52,640 --> 00:02:55,920 Tak habis-habis berbincang 43 00:02:56,000 --> 00:02:57,800 dengan penganggur itu semua. 44 00:03:01,000 --> 00:03:04,320 -Negara ini semakin teruk. -Negara ini memerlukan awak. 45 00:03:04,400 --> 00:03:06,920 -Selagi awak ada di sini... -Saya lapar. 46 00:03:07,000 --> 00:03:08,000 Makanan dah sedia. 47 00:03:08,920 --> 00:03:09,920 Ini dia. 48 00:03:13,040 --> 00:03:17,360 -Boleh saya tidur dengan awak malam ini? -Saya nampak macam sedang bercuti? 49 00:03:17,440 --> 00:03:20,640 Ada perjumpaan staf besar di Hotel Meudon malam ini. 50 00:03:21,079 --> 00:03:23,680 Saya boleh berehat selama 20 minit. 51 00:03:28,360 --> 00:03:29,200 Berat juga. 52 00:03:29,360 --> 00:03:32,520 Ya. Emas kuning, 18 karat, agak berat. 53 00:03:34,760 --> 00:03:36,920 Ini Cartier Tank. 54 00:03:45,000 --> 00:03:46,240 Dia nak ke mana? 55 00:03:46,320 --> 00:03:47,720 Perut lembu ini sedap betul. 56 00:03:49,400 --> 00:03:53,480 Jangan minum terlalu laju. Itu Cahors. Awak boleh pengsan. 57 00:03:53,560 --> 00:03:56,240 Sebelum ia buat saya pengsan... 58 00:03:57,920 --> 00:04:00,240 Periksa di bawah jika saya tertidur. 59 00:04:00,320 --> 00:04:01,360 Baik, kolonel. 60 00:04:03,160 --> 00:04:04,160 Di mana ia? 61 00:04:05,280 --> 00:04:07,200 -Apa? -Jam itu? 62 00:04:07,280 --> 00:04:08,280 Jam apa? 63 00:04:11,560 --> 00:04:13,760 Jangan buat begini. Tak baik. 64 00:04:13,840 --> 00:04:16,240 Bagus sekali, Françoise. 65 00:04:23,680 --> 00:04:24,920 Kembalikannya... 66 00:04:27,360 --> 00:04:29,080 Awak nak pukul saya? 67 00:04:29,720 --> 00:04:31,520 Saya akan menjerit. 68 00:04:31,600 --> 00:04:33,000 Itu tindakan kurang bijak. 69 00:04:33,920 --> 00:04:35,920 Wain ini agak kuat. 70 00:04:36,800 --> 00:04:38,000 Ada sedikit Malbec. 71 00:04:38,080 --> 00:04:40,000 Diam, teruskan. Ayuh. 72 00:04:41,520 --> 00:04:43,040 Tolong! 73 00:04:47,800 --> 00:04:50,120 -Hentikan! -Sikit lagi, kolonel. 74 00:04:50,200 --> 00:04:51,600 Saya kata hentikan! 75 00:04:51,680 --> 00:04:53,240 Berhenti! 76 00:04:54,240 --> 00:04:55,920 -Telefon ambulans! -Aduhai. 77 00:05:16,560 --> 00:05:17,560 Okey? 78 00:05:19,200 --> 00:05:21,720 -Dia akan mati? -Belum tahu lagi. 79 00:05:21,800 --> 00:05:24,640 -Nama penuhnya? -Saya tak tahu. 80 00:05:24,720 --> 00:05:27,720 -Awak tak kenal dia? -Saya dah kenal dia selama 25 tahun. 81 00:05:27,800 --> 00:05:30,200 -Tapi, tak tahu namanya? -Dia ada banyak nama. 82 00:05:30,280 --> 00:05:33,680 -Dia pegawai tentera. -Tak, dia gigolo tua. 83 00:06:26,280 --> 00:06:28,240 -En. Bisson? -Ya. 84 00:06:38,400 --> 00:06:41,000 -Silakan duduk. -Terima kasih. 85 00:06:50,880 --> 00:06:51,880 Okey. 86 00:06:53,560 --> 00:06:54,560 Apa? 87 00:06:55,480 --> 00:06:58,040 Tak, saya ingatkan... 88 00:06:59,120 --> 00:07:00,440 Saya lebih tua? 89 00:07:01,200 --> 00:07:04,440 Tak, bukan begitu. Saya tak tahu "doktor" boleh jadi... 90 00:07:04,520 --> 00:07:05,520 Seorang wanita? 91 00:07:06,000 --> 00:07:07,840 Apabila awak dengar "doktor", awak... 92 00:07:09,960 --> 00:07:11,040 Awak kecewa? 93 00:07:13,360 --> 00:07:15,160 Tak, saya tak kecewa. 94 00:07:16,080 --> 00:07:19,120 -Awak ada masalah dengan wanita? -Tidak. 95 00:07:19,200 --> 00:07:23,400 Saya cuma kurang bercakap dengan wanita. 96 00:07:23,480 --> 00:07:24,960 Jarang sekali. 97 00:07:31,200 --> 00:07:32,440 Okey. 98 00:07:32,520 --> 00:07:36,120 Sebelum bercakap tentang serangan itu, ceritakan tentang diri awak. 99 00:07:41,280 --> 00:07:42,120 Awak okey? 100 00:07:42,200 --> 00:07:45,200 Saya okey. 101 00:07:45,280 --> 00:07:48,920 -Sudah berapa lama awak berkahwin? -Dua puluh tiga tahun. 102 00:07:49,720 --> 00:07:52,400 -Hampir 24 tahun. -Okey. 103 00:07:54,680 --> 00:07:55,760 Perkahwinan bahagia? 104 00:07:56,520 --> 00:07:58,840 Ya, kami ada lakukan seks 105 00:07:59,400 --> 00:08:00,520 baru-baru ini. 106 00:08:08,480 --> 00:08:10,320 Tak, bukan sebelah sini. Sebelah sana. 107 00:08:16,200 --> 00:08:17,240 Saya boleh dengar... 108 00:08:18,680 --> 00:08:19,760 Awak terlalu kuat. 109 00:08:20,920 --> 00:08:22,960 Nafas awak terlalu kuat. 110 00:08:24,280 --> 00:08:25,520 Saya masih boleh dengar. 111 00:08:38,760 --> 00:08:42,000 Alphonse, kamu harta mak. 112 00:08:47,760 --> 00:08:48,760 Tengok mak. 113 00:08:53,640 --> 00:08:55,360 Mak sayang kamu. 114 00:09:04,720 --> 00:09:07,040 -Awak ada anak? -Tiada. 115 00:09:07,960 --> 00:09:10,240 Kami kenal sejak kecil lagi. 116 00:09:10,320 --> 00:09:12,880 Isteri saya sangat bertenaga. 117 00:09:13,760 --> 00:09:16,120 Memandangkan kami ada hobi yang sama. 118 00:09:16,600 --> 00:09:17,960 Apa hobinya? 119 00:09:18,720 --> 00:09:20,760 Ayuh! Kuat lagi, ayuh! 120 00:09:20,840 --> 00:09:22,000 -Ayuh! -Sekejap. 121 00:09:22,080 --> 00:09:23,200 Cepatlah pukul. 122 00:09:25,360 --> 00:09:27,120 Ayuh! Adakah saya buat awak marah? 123 00:09:27,760 --> 00:09:30,760 Dia memotivasikan saya dengan kerja dan sukan 124 00:09:30,840 --> 00:09:32,760 untuk capai matlamat saya. 125 00:09:33,760 --> 00:09:35,400 Saya perlukan struktur. 126 00:09:36,960 --> 00:09:40,760 Saya kurang kasih sayang dan panduan sejak saya kecil. 127 00:09:42,360 --> 00:09:43,640 Selepas... 128 00:09:45,120 --> 00:09:48,320 Selepas mak saya tinggalkan kami, ayah yang besarkan saya. 129 00:09:48,400 --> 00:09:50,120 Ayah saya selalu... 130 00:09:51,280 --> 00:09:52,480 Ya? 131 00:09:59,880 --> 00:10:02,640 Saya harus pergi, suami saya pulang tak lama lagi. 132 00:10:02,760 --> 00:10:06,280 Tutup pintu itu! Berapa kali ayah harus beritahu kamu? 133 00:10:10,360 --> 00:10:11,320 Ya? 134 00:10:14,120 --> 00:10:15,240 Terganggu. 135 00:10:16,400 --> 00:10:18,600 Bagaimana hubungan awak dengannya? 136 00:10:19,880 --> 00:10:21,880 Saya dah lama tak jumpa dia. 137 00:10:21,960 --> 00:10:24,440 -Sakitkah? -Tidak. 138 00:10:24,520 --> 00:10:25,840 -Sekarang? -Tidak. 139 00:10:27,480 --> 00:10:29,040 Cuba angkat kaki encik. 140 00:10:31,520 --> 00:10:34,440 -Tak boleh. -Cuba lagi, En. Bisson. 141 00:10:34,520 --> 00:10:36,840 Saya dah cuba. 142 00:10:37,320 --> 00:10:38,840 Ini normal. 143 00:10:38,880 --> 00:10:42,400 Kelumpuhan ialah kesan daripada serangan itu, ia akan mengambil masa. 144 00:10:42,960 --> 00:10:46,840 Bila saya boleh lakukan seks semula? 145 00:10:48,480 --> 00:10:49,640 Maafkan saya? 146 00:10:49,760 --> 00:10:53,120 -Awak dengar saya cakap. -Encik baru mengalami serangan jantung. 147 00:10:53,200 --> 00:10:57,080 Serangan iskemia sementara mungkin petanda strok. 148 00:10:57,160 --> 00:10:58,480 Ini berkenaan nyawa encik. 149 00:10:59,400 --> 00:11:03,960 Sildenafil sitrat pula mungkin punca bagi masalah kesihatan encik. 150 00:11:04,040 --> 00:11:05,240 Apa itu? 151 00:11:05,320 --> 00:11:07,880 Encik kata ada ambil Viagra. 152 00:11:07,960 --> 00:11:09,400 Encik kerap mengambilnya? 153 00:11:10,480 --> 00:11:11,400 -Kerap. -Sekerap mana? 154 00:11:11,520 --> 00:11:13,480 Setiap hari. 155 00:11:16,920 --> 00:11:18,120 Setiap hari? 156 00:11:19,720 --> 00:11:21,080 Kenapa encik buat begitu? 157 00:11:21,560 --> 00:11:24,320 Apa lagi? Takkan untuk main masak-masak pula? 158 00:11:25,320 --> 00:11:27,280 Encik lakukan persetubuhan setiap hari? 159 00:11:27,760 --> 00:11:29,880 Ya. Awak tak pernah bersetubuh? 160 00:11:29,960 --> 00:11:32,400 Tentulah pernah, tapi bukan setiap hari. 161 00:11:32,520 --> 00:11:33,800 Itu masalah awak. 162 00:11:35,560 --> 00:11:38,480 Masalah encik ialah encik akan mati. 163 00:11:38,640 --> 00:11:39,880 Berapa umur encik? 164 00:11:41,680 --> 00:11:43,360 Saya bukan nak menghakimi encik. 165 00:11:43,440 --> 00:11:46,000 -Saya bercakap sebagai seorang doktor. -Okey. 166 00:11:46,800 --> 00:11:48,880 -Jumpa encik esok. -Baiklah. 167 00:11:57,800 --> 00:11:59,520 -Hai, Alphonse? -Selamat kembali. 168 00:11:59,600 --> 00:12:01,160 -Awak apa khabar? -Baik. 169 00:12:03,920 --> 00:12:04,920 Okey, silakan masuk. 170 00:12:07,280 --> 00:12:08,520 Saya salah waktu? 171 00:12:08,600 --> 00:12:11,200 Taklah. Sila duduk. 172 00:12:16,080 --> 00:12:18,920 Seronok dapat datang kerja. Bagai nak gila terperap di rumah. 173 00:12:19,440 --> 00:12:22,400 -Luka awak dah nak baik. -Tiada apalah. 174 00:12:22,480 --> 00:12:24,680 Bagaimana perjumpaan dengan pakar terapi? 175 00:12:25,360 --> 00:12:26,880 Dia seorang wanita. 176 00:12:29,800 --> 00:12:34,680 Saya pasti awak dah tahu apa yang saya nak cakap. 177 00:12:36,400 --> 00:12:37,400 Tidak. 178 00:12:43,200 --> 00:12:45,440 Ayuh, pukul saya! 179 00:12:46,000 --> 00:12:48,280 Tak guna, awak tak bertindak balas. Ayuh! 180 00:12:49,360 --> 00:12:51,520 Ayuh! 181 00:13:11,200 --> 00:13:12,200 Awak tak apa-apa? 182 00:13:26,000 --> 00:13:27,560 -Hai. -Helo. 183 00:13:27,640 --> 00:13:30,040 -Awal awak balik. -Saya habis kerja awal. 184 00:13:32,800 --> 00:13:36,760 Apa ini? Hari ini Rabu, giliran saya untuk masak. 185 00:13:36,840 --> 00:13:40,320 -Memandangkan saya balik awal... -Janganlah serabutkan keadaan. 186 00:13:40,400 --> 00:13:42,440 Jadual kita dah cukup rumit. 187 00:13:45,280 --> 00:13:46,280 Saya minta maaf. 188 00:13:47,440 --> 00:13:48,920 Tak payahlah minta maaf. 189 00:13:50,000 --> 00:13:52,160 Tentulah saya suka. 190 00:13:52,920 --> 00:13:57,080 Sekarang, saya pula nampak tak bersyukur. Asyik merungut saja. 191 00:13:57,440 --> 00:14:00,320 Awak menjengkelkan, sayang. Janganlah begitu. 192 00:14:01,360 --> 00:14:02,200 Saya minta maaf. 193 00:14:03,160 --> 00:14:05,160 Saya dapat pemampat baharu. 194 00:14:05,760 --> 00:14:09,360 Awak boleh pakai sambil mandi. Kalis air. 195 00:14:14,680 --> 00:14:16,120 Jika isteri awak di sini, 196 00:14:17,640 --> 00:14:19,480 apa dia akan kata tentang awak? 197 00:14:20,120 --> 00:14:21,240 Tentang saya? 198 00:14:24,200 --> 00:14:25,200 Dia baik. 199 00:14:28,120 --> 00:14:31,880 Dia baik dan sopan. 200 00:14:35,040 --> 00:14:36,240 Saya mencintai dia. 201 00:14:38,080 --> 00:14:39,520 Pertama kali saya jumpa dia, 202 00:14:40,080 --> 00:14:43,960 hubungan saya dengan seorang jantan tak guna baru saja berakhir. 203 00:14:44,840 --> 00:14:46,600 Namanya Mikaël. 204 00:14:48,440 --> 00:14:50,160 Dia akan keluar setiap malam. 205 00:14:50,240 --> 00:14:51,960 Minum arak, hisap kokain. 206 00:14:52,960 --> 00:14:57,360 Sebab saya tergila-gilakan dia, saya juga mula ambil benda-benda itu. 207 00:14:57,440 --> 00:15:01,760 Sehinggalah saya dapat tahu selama ini dia mencurangi saya. 208 00:15:03,320 --> 00:15:07,120 Hati saya hancur. Benar-benar hancur. 209 00:15:07,200 --> 00:15:08,600 Saya pun berjanji pada diri, 210 00:15:09,240 --> 00:15:10,360 "Tidak lagi. 211 00:15:10,440 --> 00:15:15,080 "Tiada lagi lelaki seperti itu. Selama-lamanya." 212 00:15:19,240 --> 00:15:20,640 Tiada lagi cinta? 213 00:15:37,280 --> 00:15:38,680 Apa dia akan kata? 214 00:15:41,480 --> 00:15:42,320 Entahlah. 215 00:15:46,120 --> 00:15:47,800 Mungkin saya lelaki yang baik. 216 00:15:55,560 --> 00:15:56,560 Ya? 217 00:16:03,120 --> 00:16:04,120 Di mana? 218 00:16:06,920 --> 00:16:07,920 Okey. 219 00:16:13,240 --> 00:16:14,320 Apa? 220 00:16:15,040 --> 00:16:16,600 Jacques telefon. 221 00:16:17,520 --> 00:16:18,840 Apa dia nak? 222 00:16:21,280 --> 00:16:23,000 Awak memang cari penyakit. 223 00:16:23,440 --> 00:16:25,280 Lelaki ini dah racuni fikiran awak. 224 00:16:25,360 --> 00:16:26,680 Awak nak jumpa dia lagi? 225 00:16:26,760 --> 00:16:28,720 -Saya perlukan jawapan. -Dia takkan beri. 226 00:16:28,800 --> 00:16:29,840 NEUROLOGI 227 00:16:29,960 --> 00:16:32,360 Dia akan belasah awak dan saya perlu jaga awak. 228 00:17:02,560 --> 00:17:03,720 Itu pun kamu. 229 00:17:05,359 --> 00:17:06,880 Kenapa dengan muka kamu? 230 00:17:07,880 --> 00:17:08,880 Tiada apa-apa. 231 00:17:10,079 --> 00:17:10,920 Tuan apa khabar? 232 00:17:11,000 --> 00:17:12,400 Khabar tak baik. 233 00:17:13,079 --> 00:17:14,160 Saya harap begitulah. 234 00:17:16,319 --> 00:17:19,280 -Tuan ada kata... -Jangan panggil ayah "tuan." 235 00:17:21,480 --> 00:17:22,800 Ayah dah nak mati? 236 00:17:24,319 --> 00:17:25,400 Ya. 237 00:17:26,800 --> 00:17:29,520 Mungkin bukan sekarang, tapi... Nanti, ayah belum selesai. 238 00:17:31,200 --> 00:17:35,080 Ada 60 peratus risiko yang ayah akan alami serangan jantung membawa maut, 239 00:17:35,160 --> 00:17:36,280 melihat gaya hidup ayah. 240 00:17:37,320 --> 00:17:38,320 Tak menghairankan. 241 00:17:41,320 --> 00:17:42,560 Ayah tak boleh berjalan. 242 00:17:43,800 --> 00:17:45,000 Bagus, bukan? 243 00:17:48,080 --> 00:17:50,080 -Ayah dah tak boleh terangsang. -Bagus. 244 00:17:50,800 --> 00:17:52,440 Ayah nak balik. 245 00:17:52,520 --> 00:17:54,760 Walaupun dah nazak, 246 00:17:54,800 --> 00:17:57,440 lebih baik berada di rumah. 247 00:18:01,240 --> 00:18:03,320 -Okey... -Ayah perlukan kamu. 248 00:18:04,000 --> 00:18:05,640 Ayah perlukan kamu. 249 00:18:05,720 --> 00:18:09,240 -Ayah tak boleh pulang tanpa waris. -Panggillah teman-teman wanita ayah. 250 00:18:09,320 --> 00:18:12,080 -Mereka tak boleh tengok ayah begini. -Nasiblah. 251 00:18:12,160 --> 00:18:14,720 Alphonse! Ayah ini bapa kamu. 252 00:18:16,160 --> 00:18:19,080 -Tak selayaknya seorang bapa. -Ayah tahu. 253 00:18:19,560 --> 00:18:21,760 Ayah akan ceritakan semua. 254 00:18:21,800 --> 00:18:26,280 Cerita yang akan mengubah persepsi negatif kamu. 255 00:18:26,320 --> 00:18:28,800 Mari kita bercakap tentangnya, tapi bukan di sini! 256 00:18:30,080 --> 00:18:31,080 Pandang ayah. 257 00:18:33,080 --> 00:18:35,000 Pandang muka ayah! 258 00:18:36,160 --> 00:18:37,560 Ayah dah tua. 259 00:18:38,440 --> 00:18:41,320 Keseorangan, uzur 260 00:18:42,040 --> 00:18:43,200 dan terlantar saja. 261 00:18:45,640 --> 00:18:47,560 Ayah dah terima balasan dalam hidup. 262 00:18:49,400 --> 00:18:50,440 Kamu tak fikir begitu? 263 00:19:07,040 --> 00:19:08,960 Jemputlah duduk. 264 00:19:09,960 --> 00:19:12,320 Kamu tengok, tiada apa-apa yang berubah. 265 00:19:14,320 --> 00:19:15,520 Ayah nak merokok? 266 00:19:15,560 --> 00:19:17,680 Taklah, cuma nak bau saja. 267 00:19:19,520 --> 00:19:21,160 Itu dia. 268 00:19:21,240 --> 00:19:22,560 Aduhai. 269 00:19:41,400 --> 00:19:42,920 Janggal rasanya. 270 00:19:43,000 --> 00:19:44,000 Apa? 271 00:19:45,040 --> 00:19:46,520 Berada di bilik ini. 272 00:19:47,320 --> 00:19:49,800 Kalau dulu, ayah akan jerkah saya. 273 00:19:49,960 --> 00:19:52,960 -Ayah cuma melindungi kamu. -Ayah patut hantar saya ke asrama 274 00:19:54,200 --> 00:19:56,760 dan jalani hidup semahu ayah. Tapi, tidak. 275 00:19:57,520 --> 00:20:00,160 Ayah tak pernah suka hidup begini. 276 00:20:01,400 --> 00:20:04,800 Entah bagaimana ayah bayar sewa rumah. Cuma di katil saja sepanjang hari. 277 00:20:06,320 --> 00:20:09,480 -Patutlah mak pergi. -Jangan sebut nama dia. 278 00:20:09,560 --> 00:20:12,080 Sebab itu saya di sini. Cerita kepada saya tentang mak. 279 00:20:12,200 --> 00:20:14,320 -Tiada apa untuk diceritakan. -Tolonglah! 280 00:20:14,400 --> 00:20:16,480 -Beritahu saya tentang mak. -Tunggu. 281 00:20:21,320 --> 00:20:24,400 -Perlukan bantuan? -Tidak. Nah. 282 00:20:30,920 --> 00:20:32,520 Sekarang, dengar cakap ayah. 283 00:20:33,800 --> 00:20:36,200 Ayah hidup begini sebab dia pergi. 284 00:20:37,080 --> 00:20:40,160 Hidup beginilah yang membiayai sewa rumah, 285 00:20:40,240 --> 00:20:43,000 percutian kamu, kereta api elektrik kamu 286 00:20:43,080 --> 00:20:45,320 dan sekolah swasta yang kamu tak cemerlang pun. 287 00:20:46,880 --> 00:20:49,320 Kehidupan ini buat ayah mampu menyewa di kejiranan ini 288 00:20:49,440 --> 00:20:52,560 dan hantar kamu ke sekolah yang lebih baik daripada sekolah ayah dulu 289 00:20:52,640 --> 00:20:54,280 supaya kamu tak jadi macam ayah. 290 00:20:54,320 --> 00:20:57,800 Wanita-wanita yang kamu tak suka sejak berdekad-dekad ini, 291 00:20:57,920 --> 00:20:59,800 mereka bukan wanita simpanan ayah. 292 00:21:01,400 --> 00:21:02,680 Siapa mereka? 293 00:21:02,760 --> 00:21:04,000 Pelanggan. 294 00:21:04,320 --> 00:21:05,880 Mereka bayar ayah. 295 00:21:12,400 --> 00:21:15,680 Saya perlu bertemu awak lagi. 296 00:21:17,640 --> 00:21:19,560 Juga bercakap dengan pengurus bank saya. 297 00:21:20,800 --> 00:21:22,560 Jumpa lagi, En. Cinta. 298 00:21:28,920 --> 00:21:31,720 Ayah menjual diri. 299 00:21:33,080 --> 00:21:34,440 Apa yang ayah jual? 300 00:21:35,400 --> 00:21:36,240 Ini. 301 00:21:44,800 --> 00:21:46,240 Ayah tak pernah cakap. 302 00:21:46,320 --> 00:21:48,560 Kamu baru berumur enam tahun lebih. 303 00:21:48,640 --> 00:21:53,200 Apa yang kamu akan kata di sekolah? Pekerjaan bapa, gigolo? 304 00:21:58,240 --> 00:21:59,880 Ini air mani? 305 00:21:59,960 --> 00:22:00,960 Ya. 306 00:22:10,880 --> 00:22:12,080 Helo? Ya? 307 00:22:12,160 --> 00:22:14,840 Selamat malam. Ini Adèle. 308 00:22:14,920 --> 00:22:17,040 -Awak apa khabar? -Baik. 309 00:22:17,560 --> 00:22:18,720 Boleh kita berjumpa? 310 00:22:18,800 --> 00:22:21,320 Tidak, maaf. Saya sedang bercuti sekarang. 311 00:22:21,400 --> 00:22:23,120 Yakah? Berapa lama? 312 00:22:23,200 --> 00:22:24,720 Beberapa minggu. 313 00:22:24,800 --> 00:22:27,360 Beritahu saya kalau awak dah balik nanti. 314 00:22:27,440 --> 00:22:28,920 Baiklah. 315 00:22:31,560 --> 00:22:33,080 Ayah masih lakukannya? 316 00:22:33,160 --> 00:22:35,400 Tak sekerap dulu, 317 00:22:35,480 --> 00:22:37,640 tapi ayah masih ada beberapa orang pelanggan. 318 00:22:38,360 --> 00:22:41,080 Kami menua bersama. Kamu kenal sebahagiannya. 319 00:22:42,120 --> 00:22:44,200 Tapi, macam mana ayah... 320 00:22:45,520 --> 00:22:47,360 Ayah ambil vitamin. 321 00:22:48,320 --> 00:22:51,200 Apabila tak berjaya, ayah gantikan dengan ucapan manis, 322 00:22:51,280 --> 00:22:53,400 -dengan jari ayah... -Saya faham, baik. 323 00:22:53,480 --> 00:22:54,720 -Maaf. -Baiklah. 324 00:22:54,800 --> 00:22:56,000 Maaf. 325 00:22:57,520 --> 00:22:58,600 Okey... 326 00:23:00,480 --> 00:23:01,960 Okey, saya pergi dulu. 327 00:23:02,040 --> 00:23:03,560 -Tunggu. -Apa? 328 00:23:05,240 --> 00:23:07,400 Kamu rajin-rajinlah datang jenguk ayah di sini. 329 00:23:09,440 --> 00:23:11,000 Itu akan menggembirakan ayah. 330 00:23:11,480 --> 00:23:14,240 Kamu memang tak banyak cakap. Kamu boleh diam saja, kalau mahu. 331 00:23:15,080 --> 00:23:17,120 Ayah cuma mahu melihat kamu. 332 00:23:21,000 --> 00:23:22,000 Hei! 333 00:23:22,960 --> 00:23:24,560 Boleh kamu tolong ke kedai? 334 00:23:32,520 --> 00:23:33,800 Siapa itu? 335 00:23:38,400 --> 00:23:40,440 -Siapa itu? -Saya. 336 00:23:41,080 --> 00:23:43,000 -Siapa? -Saya, nenek. Bukalah pintu. 337 00:23:48,080 --> 00:23:52,400 -Tidak. Nenek dah kata jangan datang lagi. -Saya kata buka, bukalah pintu ini! 338 00:23:54,520 --> 00:23:57,600 -Saya cuma nak berbincang. -Kita bincang dengan peguam saja. 339 00:23:58,200 --> 00:24:00,680 Pergi atau nenek telefon polis. 340 00:24:01,160 --> 00:24:02,840 Sanggup nenek nak telefon polis? 341 00:24:02,920 --> 00:24:04,000 Tentulah sanggup! 342 00:24:06,280 --> 00:24:07,880 Tolonglah, nenek. Buka pintu ini. 343 00:24:08,800 --> 00:24:11,320 -Ini Louis, cucu nenek. -Berambus! 344 00:24:33,360 --> 00:24:35,480 Sayangku, Jacques. 345 00:24:36,240 --> 00:24:39,600 Saya baru sedar yang menjadi seorang isteri dan ibu 346 00:24:39,680 --> 00:24:41,720 bukanlah kehidupan yang saya inginkan. 347 00:24:41,800 --> 00:24:44,520 Usah cari saya, hanya akan sia-sia. 348 00:24:44,600 --> 00:24:47,120 Saya telah bertemu seseorang. 349 00:24:47,200 --> 00:24:49,200 Kami akan pergi dari sini bersama-sama. 350 00:24:49,920 --> 00:24:51,480 Tolong jaga Alphonse baik-baik. 351 00:24:52,400 --> 00:24:55,200 Saya tahu awak akan menjadi ayah yang baik 352 00:24:55,280 --> 00:24:56,880 dan mampu menyusun perkataan 353 00:24:57,680 --> 00:24:59,880 untuk menerangkan ketiadaan saya. 354 00:25:00,960 --> 00:25:05,240 Mungkin suatu hari nanti dia akan faham yang saya tak mampu menjaga kalian berdua. 355 00:25:06,520 --> 00:25:09,400 Saya tak boleh korbankan hidup saya sebagai wanita 356 00:25:09,480 --> 00:25:11,640 hanya dengan menggosok pakaian 357 00:25:11,720 --> 00:25:13,600 dan tukar lampin. 358 00:25:14,480 --> 00:25:16,400 Saya harap kehidupan awak baik-baik saja. 359 00:25:17,320 --> 00:25:18,840 Saya sangat mencintai awak. 360 00:25:22,640 --> 00:25:24,120 Laura. 361 00:25:31,320 --> 00:25:33,680 Okey, saya akan telefon awak semula. Terima kasih. 362 00:25:33,760 --> 00:25:36,600 Betul kata tuan. Itulah sebabnya kami di sini. 363 00:25:37,560 --> 00:25:40,560 Sudah tentu. Pukul berapa tuan mahu datang? 364 00:25:40,640 --> 00:25:42,160 6.00 petang. 365 00:25:43,000 --> 00:25:45,320 Bunga juga, tiada masalah. 366 00:25:46,160 --> 00:25:47,160 En. Bisson? 367 00:25:47,800 --> 00:25:49,280 -Ya? -Boleh ikut saya? 368 00:25:52,360 --> 00:25:56,560 Awak lebih kepada menjual atau penilaian? 369 00:25:57,960 --> 00:26:00,520 Dua-dua pun boleh. 370 00:26:00,600 --> 00:26:03,880 -Berapa lama encik bekerja dengan jam? -Lima belas tahun. 371 00:26:03,960 --> 00:26:05,880 Encik agak berusia. 372 00:26:05,960 --> 00:26:08,600 Taklah, saya cuma tak berapa muda. 373 00:26:08,680 --> 00:26:11,160 -Encik pakar jam? -Saya mahir melihat jam. 374 00:26:11,640 --> 00:26:13,640 Encik juga hilangkannya. 375 00:26:14,960 --> 00:26:17,800 -Ya. -Encik dipecat atas salah laku yang teruk. 376 00:26:17,880 --> 00:26:20,680 Saya tahu Chrono Time Square, Bruno kawan saya. 377 00:26:20,760 --> 00:26:23,760 -Boleh tahu apa yang berlaku? -Boleh tahu apa yang berlaku? 378 00:26:23,840 --> 00:26:26,400 -Boleh tahu apa yang berlaku? -Boleh tahu apa yang berlaku? 379 00:26:26,920 --> 00:26:29,960 En. Narcy dah beri awak dokumen itu? 380 00:26:30,040 --> 00:26:32,320 Sudah, saya dah terima semuanya. 381 00:26:32,400 --> 00:26:34,400 -Silakan duduk. -Terima kasih. 382 00:26:34,480 --> 00:26:36,560 Fail sudah dikemas kini. 383 00:26:36,640 --> 00:26:39,600 Terus terang saya cakap, 384 00:26:39,680 --> 00:26:42,080 kami amat berharap pada pinjaman ini 385 00:26:42,160 --> 00:26:45,160 sehingga persaraan En. Nancy agak meresahkan kami. 386 00:26:47,760 --> 00:26:50,440 Maaf jika saya ini meresahkan. 387 00:26:55,640 --> 00:26:57,360 -Helo. -Helo. 388 00:26:57,440 --> 00:27:00,080 -Saya lewat. -Taklah. 389 00:27:00,160 --> 00:27:02,880 Saya perlu ambil motor saya, ada sedikit masalah... 390 00:27:02,960 --> 00:27:04,280 Baiklah. 391 00:27:04,360 --> 00:27:07,480 Ini Pn. Gémier, yang menggantikan En. Nancy. 392 00:27:07,560 --> 00:27:08,520 Yakah? 393 00:27:08,600 --> 00:27:10,720 -Saya dah beritahu, dia bersara. -Oh, ya. 394 00:27:10,800 --> 00:27:13,280 Jangan risau. Saya akan ambil alih fail ini 395 00:27:13,400 --> 00:27:17,720 dan kita akan buat sampai jadi, projek awak ini, En. Bisson. 396 00:27:19,200 --> 00:27:20,440 Jika awak peduli. 397 00:27:23,560 --> 00:27:25,720 Sudah tentu saya peduli. 398 00:27:25,800 --> 00:27:26,960 Awak bawa dokumen itu? 399 00:27:27,040 --> 00:27:29,680 -Apa? -Penilaian cukai, kontrak kerja... 400 00:27:29,760 --> 00:27:32,320 -Saya bawa semuanya. -Slip gaji? 401 00:27:32,400 --> 00:27:33,640 Jadi... 402 00:27:34,320 --> 00:27:36,800 -Alamak! -Tak mengapa. 403 00:27:38,000 --> 00:27:40,080 -Semua okey. -Nah. 404 00:27:41,640 --> 00:27:43,560 Terima kasih. 405 00:27:44,720 --> 00:27:45,960 Okey. 406 00:27:46,040 --> 00:27:50,280 Nampaknya, kita ada kadar faedah yang baik 407 00:27:51,280 --> 00:27:55,280 dengan bayaran bulanan sebanyak 1,650 euro setiap seorang. 408 00:27:55,360 --> 00:27:56,360 Betul? 409 00:27:58,440 --> 00:27:59,920 Untuk 26 tahun. 410 00:28:01,360 --> 00:28:02,360 Okey? 411 00:28:03,240 --> 00:28:05,640 Bagus. Sampai bertemu lagi. 412 00:28:05,720 --> 00:28:08,200 Okey, terima kasih. 413 00:28:08,280 --> 00:28:10,760 Kalau ada apa-apa, hubungi saja saya. 414 00:28:10,840 --> 00:28:12,960 -Saya ada nombor awak. -Bagus. 415 00:28:13,040 --> 00:28:14,920 -En. Bisson. -Jumpa lagi, terima kasih. 416 00:28:15,000 --> 00:28:16,000 Selamat jalan. 417 00:28:20,080 --> 00:28:22,640 Kamu takut dengannya? Dia pukul kamu? 418 00:28:22,720 --> 00:28:23,720 Taklah. 419 00:28:25,160 --> 00:28:26,920 Kamu kata kamu takut dengannya. 420 00:28:27,000 --> 00:28:29,200 Begini... Nah. 421 00:28:29,280 --> 00:28:31,000 Kamu beli di kedai Briselaine? 422 00:28:31,080 --> 00:28:32,320 Kedai Briselaine apa? 423 00:28:32,400 --> 00:28:34,560 Kedai orang Lebanon di penjuru sana. Itu sedap. 424 00:28:34,640 --> 00:28:35,960 Ayah tak suka yang ini? 425 00:28:36,040 --> 00:28:37,760 Agak kering. 426 00:28:37,840 --> 00:28:40,480 -Ayah belum rasa lagi. -Tengok saja dah tahu. 427 00:28:40,560 --> 00:28:43,400 -Baiklah... -Tak apa, ayah akan makan. 428 00:28:48,000 --> 00:28:50,600 Dia cederakan kamu? Kamu boleh cerita dengan ayah... 429 00:28:50,680 --> 00:28:52,920 Sudahlah, ayah. Itu tak benar. 430 00:28:53,000 --> 00:28:53,880 Ya, memang dia buat. 431 00:28:54,000 --> 00:28:57,120 Ayah pasti dia tumbuk kamu. 432 00:28:57,200 --> 00:29:00,160 Ayah pernah jumpa dia dua kali, ayah masih gerun... 433 00:29:01,000 --> 00:29:04,120 -Dia sangat biadab dengan ayah. -Dia betul. 434 00:29:04,200 --> 00:29:05,680 -Apa? -Apa? 435 00:29:05,760 --> 00:29:09,760 Ayah datang ke perkahwinan kami dengan wanita mabuk yang mengurat ayahnya. 436 00:29:09,840 --> 00:29:11,440 -Ya! -Ya. 437 00:29:12,280 --> 00:29:13,480 Jacqueline. 438 00:29:13,560 --> 00:29:16,320 Dia memang agak tak senonoh, tapi dia banyak duit. 439 00:29:16,400 --> 00:29:17,520 Juga menyeronokkan. 440 00:29:18,280 --> 00:29:20,680 Enam bulan ayah tinggal bersamanya. 441 00:29:20,760 --> 00:29:24,000 Kami akan mabuk bersama. Dia akan tertidur, tak perlu pun... 442 00:29:24,080 --> 00:29:25,280 Baiklah... 443 00:29:26,560 --> 00:29:28,320 Sudah berapa lama dia pukul kamu? 444 00:29:29,200 --> 00:29:31,120 Dia tak pernah pukul saya, okey? 445 00:29:31,200 --> 00:29:34,840 -Jadi, kenapa kamu takut? -Bukan takut secara fizikal. 446 00:29:36,200 --> 00:29:37,960 Saya takut kalau kecewakan dia. 447 00:29:41,680 --> 00:29:46,200 Sebab itu saya belum beritahu dia. Saya perlu dapatkan kerja. 448 00:29:46,280 --> 00:29:49,080 Kamu bukannya muda lagi. 449 00:29:49,160 --> 00:29:51,600 Kamu juga tak begitu berpelajaran. 450 00:29:51,720 --> 00:29:52,880 Ayah tahu. 451 00:29:52,960 --> 00:29:56,160 Selepas mak kamu pergi, ayah hilang pertimbangan dan dipecat. 452 00:29:56,240 --> 00:29:59,520 Ayah tahu bagaimana keadaannya mencari kerja ketika berumur 45 tahun. 453 00:29:59,600 --> 00:30:01,560 Walaupun pada ketika itu, keadaan sangat... 454 00:30:02,200 --> 00:30:03,920 Saya gembira saya jumpa ayah. 455 00:30:04,000 --> 00:30:05,520 Apa lagi ayah boleh katakan? 456 00:30:06,880 --> 00:30:10,120 Kamu perlu ubah sikit penampilan. 457 00:30:10,200 --> 00:30:12,200 Trend sekarang untuk langsung tak bergaya? 458 00:30:12,280 --> 00:30:14,960 Dalam bidang ayah, amat penting. 459 00:30:15,040 --> 00:30:16,920 Apa yang tak kena dengan saya? 460 00:30:17,000 --> 00:30:18,000 Tiada apa-apa. 461 00:30:19,440 --> 00:30:21,840 Kamu tak muda atau tua. Mendatar saja. 462 00:30:22,960 --> 00:30:24,160 Apa yang kamu fikirkan? 463 00:30:25,400 --> 00:30:27,200 -Tiada apa-apa. -Nampak? 464 00:30:28,240 --> 00:30:29,440 Okey, mari sini. 465 00:30:30,200 --> 00:30:32,720 -Tidak, jangan. -"Jangan" apa? 466 00:30:32,800 --> 00:30:35,040 Ini Chazelles saja, janganlah takut sangat. 467 00:30:35,120 --> 00:30:37,080 -Nah. -Saya akan habiskan dan pergi. 468 00:30:37,160 --> 00:30:39,400 -Biar ayah habiskan. -Tak apa, ayah. 469 00:30:39,480 --> 00:30:41,600 Ayah boleh bantu kamu untuk temu duga. 470 00:30:41,680 --> 00:30:43,240 Yakah? Bagaimana? 471 00:30:44,240 --> 00:30:45,800 Penampilan itu penting. 472 00:30:48,280 --> 00:30:52,040 Selama ini ayah perhati saja orang mengambil mudah tentangnya. 473 00:30:52,760 --> 00:30:55,360 Suami tak guna, anak derhaka. 474 00:30:56,360 --> 00:30:59,080 Soal gerak tubuh, jaket kamu, cara kamu bercakap. 475 00:30:59,680 --> 00:31:03,520 Ayah selalu kata, "Pura-pura tak berminat kalau tiada apa untuk diperkatakan." 476 00:31:03,600 --> 00:31:05,800 Lebih baik daripada mengarut yang bukan-bukan. 477 00:31:05,880 --> 00:31:08,400 Ya. Tengoklah apa jadi pada ayah sekarang. 478 00:31:08,480 --> 00:31:10,680 Tahun lepas saja, 479 00:31:11,680 --> 00:31:13,720 ayah dapat 8,000 euro sebulan. 480 00:31:14,280 --> 00:31:16,120 Kadangkala 12,000. 481 00:31:16,200 --> 00:31:17,560 Bukan semuanya hubungan seks. 482 00:31:18,200 --> 00:31:20,400 Bukan tentang menjadi terangsang. 483 00:31:20,480 --> 00:31:21,600 Tapi ceritanya. 484 00:31:21,680 --> 00:31:25,400 Ayah bekerja dengan wanita yang ada dunia mereka sendiri dan tugas ayah 485 00:31:25,480 --> 00:31:29,360 adalah untuk menjiwai watak dan mendalami jiwa wanita itu. 486 00:31:40,200 --> 00:31:41,040 Ya, Agnès? 487 00:31:42,680 --> 00:31:44,800 Tidak, maaf. Saya sedang bercuti. 488 00:31:44,880 --> 00:31:46,920 Saya tak dapat tolong awak. 489 00:31:49,200 --> 00:31:50,400 Sekejap, ya. 490 00:31:52,760 --> 00:31:54,000 Apa yang kamu fikirkan? 491 00:31:55,000 --> 00:31:56,040 Tiada apa-apa. 492 00:31:57,680 --> 00:31:59,360 Tiada apa-apa. 493 00:32:08,480 --> 00:32:11,440 Kita perlu hadapi ketakutan. 494 00:32:11,520 --> 00:32:13,240 Memaafkan ialah tanda kematangan. 495 00:32:16,880 --> 00:32:18,680 Awak tetapkan had. 496 00:32:29,600 --> 00:32:33,680 Undang-undang tak benarkan puan melucutkan hak waris cucu puan. 497 00:32:33,760 --> 00:32:36,400 -Boleh saya merokok? -Tak boleh, maaf. 498 00:32:36,480 --> 00:32:37,480 Bagus. 499 00:32:38,080 --> 00:32:41,360 Cucu puan ialah satu-satunya waris puan, 500 00:32:41,440 --> 00:32:45,040 -memandangkan dia... -Saya takkan beri dia satu sen pun. 501 00:32:45,520 --> 00:32:47,080 Apabila saya kata begitu, 502 00:32:47,160 --> 00:32:50,440 saya maksudkan, penutup pen Montblanc milik Gérard pun saya takkan bagi. 503 00:32:50,520 --> 00:32:52,400 -Saya faham... -Dia budak tak guna. 504 00:32:52,880 --> 00:32:56,240 Pernah suatu ketika, berhari-hari saya habiskan masa mencari 505 00:32:56,320 --> 00:32:59,400 pemetik api, barang kemas dan bekas habuk rokok. Dia penagih dadah. 506 00:33:00,320 --> 00:33:02,440 Budak itu nak saya mati. 507 00:33:02,520 --> 00:33:05,960 Ketika inventori selepas kematian suami puan, 508 00:33:06,040 --> 00:33:09,200 beberapa barang telah disenaraikan, mengikut undang-undang... 509 00:33:09,280 --> 00:33:11,280 Saya akan bakar semuanya. 510 00:33:11,360 --> 00:33:12,480 -Apa maksud puan? -Ya. 511 00:33:12,560 --> 00:33:16,720 Jika saya tak boleh dermakan atau putuskan ke mana duit saya pergi, 512 00:33:16,800 --> 00:33:18,160 saya akan habiskan semuanya. 513 00:33:18,240 --> 00:33:22,240 Puan perlukan duit yang cukup untuk menyara sisa-sisa hidup puan. 514 00:33:22,320 --> 00:33:24,000 -Saya tak peduli. -Tidak, puan... 515 00:33:24,080 --> 00:33:24,920 Ya! 516 00:33:27,920 --> 00:33:31,680 Saya lebih rela jadi gelandangan daripada melihat dia dapat duit saya. 517 00:33:33,440 --> 00:33:36,600 Saya gembira mereka mahukan saya di sini untuk sertai mesyuarat. 518 00:33:36,680 --> 00:33:38,200 Apa yang mereka mahu? 519 00:33:38,800 --> 00:33:41,800 Entahlah, saya berjaya lakukan beberapa jualan yang bagus, 520 00:33:41,880 --> 00:33:43,880 mereka nak tunjukkan strategi kepada saya. 521 00:33:43,960 --> 00:33:45,840 Okey, nanti awak ceritalah lagi. 522 00:33:45,920 --> 00:33:47,160 Saya harus pergi. 523 00:33:47,240 --> 00:33:49,480 Nanti saya telefon. Tak perlu tunggu saya. 524 00:33:49,600 --> 00:33:52,160 Saya gembira untuk awak. Sayang awak. 525 00:33:52,280 --> 00:33:53,480 Terima kasih. Sayang awak. 526 00:33:59,640 --> 00:34:02,200 NATACHA GÉMIER AKAUNTAN 527 00:34:10,400 --> 00:34:11,239 Sekali saja. 528 00:34:12,080 --> 00:34:13,840 Saya akan buat sekali saja. 529 00:34:13,920 --> 00:34:15,320 -Saya perlukan duit. -Okey. 530 00:34:15,400 --> 00:34:17,960 Mari sini, ayah betulkan tali leher kamu. 531 00:34:18,040 --> 00:34:20,960 -Dasar generasi dungu. -Saya tak pernah pakai tali leher. 532 00:34:21,040 --> 00:34:22,679 Kamu memang dungu. 533 00:34:22,800 --> 00:34:25,120 Wanita yang kamu akan jumpa menyukai lelaki. 534 00:34:25,159 --> 00:34:27,280 -Itu dia. -Tali leher tak bermakna apa-apa. 535 00:34:27,360 --> 00:34:28,760 Diamlah. 536 00:34:28,840 --> 00:34:31,520 Dalam situasi ini, besar maknanya. 537 00:34:31,600 --> 00:34:33,000 Okey. 538 00:34:36,400 --> 00:34:37,920 Berdiri tegak. 539 00:34:39,120 --> 00:34:41,760 Betul-betullah, kamu nampak menyedihkan. 540 00:34:41,840 --> 00:34:43,440 Jangan menikus, tegapkan badan. 541 00:34:45,520 --> 00:34:48,960 -Saya nampak teruk. -Taklah seteruk 20 minit lalu. 542 00:34:49,040 --> 00:34:51,639 Pakai ini, sebahagian daripada karakter kamu. 543 00:34:55,800 --> 00:34:58,960 -Saya tak nampak. -Baguslah, dia tak secantik model. 544 00:34:59,040 --> 00:35:00,840 Pergi ke bilik mandi. 545 00:35:00,920 --> 00:35:03,480 -Nak ambil apa? -Sikat dan gel rambut. 546 00:35:03,560 --> 00:35:05,640 Balang hijau di atas rak. 547 00:35:05,680 --> 00:35:07,520 Tolonglah bercukur! 548 00:35:16,480 --> 00:35:20,880 -Dia tak kisah bukan ayah yang datang? -Mungkin dia lebih suka. 549 00:35:20,960 --> 00:35:22,160 Dengar cakap ayah. 550 00:35:22,880 --> 00:35:25,600 Dia suka puisi. 551 00:35:25,680 --> 00:35:28,120 Seperti "Clair de lune." 552 00:35:28,160 --> 00:35:30,040 Kamu tahu Victor Hugo? 553 00:35:30,120 --> 00:35:33,080 -Sikit-sikit. -Kamu perlu belajar lagi. 554 00:35:33,800 --> 00:35:35,160 Untuk malam ini? 555 00:35:35,200 --> 00:35:37,360 Ayah akan ajar kamu dengan pantas. 556 00:35:37,440 --> 00:35:40,000 Nama dia Adèle, seperti anaknya. 557 00:35:41,280 --> 00:35:42,320 Anaknya? 558 00:35:42,440 --> 00:35:45,440 Adèle Hugo, anak perempuan Victor Hugo. 559 00:35:45,560 --> 00:35:47,880 Si gila yang bunuh dirinya sendiri. 560 00:35:47,960 --> 00:35:49,760 Adèle paling suka 561 00:35:49,840 --> 00:35:51,560 puisi yang dia tulis 562 00:35:51,640 --> 00:35:54,560 selepas kematian anak perempuannya yang lain, Léopoldine. 563 00:35:55,440 --> 00:35:57,200 Dia mati lemas. Kamu faham? 564 00:35:58,280 --> 00:35:59,680 Okey. 565 00:35:59,800 --> 00:36:02,400 Pergi ambil buku kulit kecil di sana. 566 00:36:03,160 --> 00:36:04,640 Yang berwarna jingga itu. 567 00:36:06,200 --> 00:36:08,440 -Yang ini. -Bukan, di belakang kamu. 568 00:36:08,520 --> 00:36:09,800 -Yang itu? -Ya, yang itu. 569 00:36:10,760 --> 00:36:12,840 -Jangan bergerak. -Kenapa? 570 00:36:12,960 --> 00:36:14,120 Bongkok sikit. 571 00:36:15,640 --> 00:36:17,640 Marilah sini, ayah tak nampak. 572 00:36:17,800 --> 00:36:20,200 -Cakaplah "mari sini." -Okey. 573 00:36:20,880 --> 00:36:22,040 Tunduk. 574 00:36:22,680 --> 00:36:24,360 Bawah lagi. 575 00:36:25,400 --> 00:36:26,520 Rambut kamu gugur. 576 00:36:26,600 --> 00:36:28,400 -Saya tahu. -Itu bukan daripada ayah. 577 00:36:28,480 --> 00:36:31,400 Kamu tak warisi itu daripada ayah. Ayah perlu bedakkannya. 578 00:36:31,480 --> 00:36:33,520 -Apa? Ayah dah gila? -Tak. 579 00:36:33,600 --> 00:36:37,840 Ayah sangat teliti dan profesional. Barulah berbaloi dia bayar. 580 00:36:37,920 --> 00:36:40,120 -Berapa upahnya? -Lapan ratus. 581 00:36:40,160 --> 00:36:41,800 -Lapan ratus? -Ya. 582 00:36:45,600 --> 00:36:46,600 Lapan ratus... 583 00:36:48,680 --> 00:36:50,160 Kalau saya tak boleh buat? 584 00:36:50,200 --> 00:36:51,480 Apa maksud kamu? 585 00:36:53,120 --> 00:36:54,480 Kalau saya tak boleh... 586 00:36:55,160 --> 00:36:59,120 Ayah tak terkejut, kamu tak setua itu. Sebentar. 587 00:37:00,520 --> 00:37:02,400 -Sambut. -Apa ini? 588 00:37:02,840 --> 00:37:04,560 Ini akan membantu kamu. Ambil dua. 589 00:37:07,320 --> 00:37:08,640 Selamat maju jaya. 590 00:37:32,800 --> 00:37:34,040 Cuba senyum. 591 00:37:35,520 --> 00:37:37,320 Jangan begitu. Kamu nampak tegang. 592 00:37:39,760 --> 00:37:41,440 Jangan senyum kambing. 593 00:37:42,200 --> 00:37:45,480 Beri senyuman kemas yang agak nakal, antara gigi. 594 00:37:45,560 --> 00:37:48,160 Senyum dengan bibir dan mata kamu. 595 00:37:48,200 --> 00:37:49,200 Kecilkan mata. 596 00:37:50,000 --> 00:37:52,560 Boleh tahan. Agak menakutkan, tapi lebih baik. 597 00:37:53,200 --> 00:37:55,320 Jangan tekan loceng, dia akan terkejut. 598 00:37:55,400 --> 00:37:58,360 Jika kamu tiba tepat pada masanya, ketuk pintu dua kali. 599 00:37:59,080 --> 00:38:01,760 Dia akan buat gaya kelas pertengahan dengan suara yang nyaring. 600 00:38:01,840 --> 00:38:04,440 Ya? Saya datang! 601 00:38:04,520 --> 00:38:07,640 Kamu tak apa-apa, kamu dah pulang, kamu sudah berada dalam dirinya. 602 00:38:07,760 --> 00:38:09,360 Kamu boleh dengar dia menghampiri. 603 00:38:09,440 --> 00:38:12,640 Kamu akan dapat bau minyak wangi yang dia pakai sejak 200 tahun lalu, 604 00:38:12,680 --> 00:38:14,000 sebab biar ayah beritahu, 605 00:38:15,680 --> 00:38:17,920 dia bukan gadis remaja. 606 00:38:18,000 --> 00:38:20,200 -Helo. -Selamat malam. 607 00:38:20,680 --> 00:38:21,880 Maaf, selamat malam. 608 00:38:21,960 --> 00:38:24,440 -Silakan masuk. -Terima kasih. 609 00:38:29,080 --> 00:38:30,800 Perlu tanggalkan kasut? 610 00:38:31,840 --> 00:38:34,320 -Apa dia? -Tak mahu karpet kotor. 611 00:38:34,800 --> 00:38:36,160 Tak mengapa. 612 00:38:44,320 --> 00:38:47,000 Marilah, silakan masuk. Awak bukannya posmen. 613 00:38:50,600 --> 00:38:51,600 Awak okey? 614 00:38:52,480 --> 00:38:53,920 Kamu nampak gementar. 615 00:38:54,000 --> 00:38:56,600 Taklah. 616 00:38:56,640 --> 00:38:58,760 Saya fikir awak lebih... 617 00:38:59,960 --> 00:39:01,160 Sopan? 618 00:39:01,920 --> 00:39:02,920 Ya. 619 00:39:03,880 --> 00:39:07,840 Harap-harap awak akan cepat sedar yang saya langsung tak begitu. 620 00:39:07,920 --> 00:39:11,880 Aduhai! Saya dah hidupkan api, tapi terpadam. 621 00:39:11,960 --> 00:39:14,760 -Boleh saya bantu? -Tak usah. 622 00:39:17,440 --> 00:39:18,440 Tak guna. 623 00:39:27,120 --> 00:39:29,480 Ini jam Henri Robert yang asli? 624 00:39:31,640 --> 00:39:34,640 Itu jam yang Sand beri kepada Chopin. 625 00:39:34,680 --> 00:39:37,360 Jarumnya terhenti apabila dia mati. 626 00:39:37,840 --> 00:39:39,280 Itu agak tinggi harganya. 627 00:39:40,560 --> 00:39:42,000 "Tinggi harga"? 628 00:39:42,480 --> 00:39:44,760 -Ya, mahal. -Mahal, ya. 629 00:39:44,840 --> 00:39:46,080 Hadiah daripada suami saya. 630 00:39:46,640 --> 00:39:49,880 Setiap kali dia curang, dia akan beri saya hadiah. 631 00:39:49,960 --> 00:39:53,600 Dua cherub ini, saya memanggilnya René dan Martine. 632 00:39:53,640 --> 00:39:58,600 Sempena isteri René Monory, si setiausaha. Mereka berhubungan sulit selama dua tahun. 633 00:39:58,640 --> 00:40:00,400 Dengan Martine, bukan René. 634 00:40:01,040 --> 00:40:02,200 Piano ini. 635 00:40:04,960 --> 00:40:06,400 Saya memanggilnya Ruth. 636 00:40:06,480 --> 00:40:08,440 Nama yang tak begitu muzikal. 637 00:40:08,520 --> 00:40:13,320 Si penterjemah yang dia setubuhi semasa dalam penerbangan ke Prague. 638 00:40:13,400 --> 00:40:16,400 Saya menempa kekayaan dengan hidup bersama jantan tak guna. 639 00:40:22,680 --> 00:40:24,200 Ini rabuk yang bagus. 640 00:40:26,800 --> 00:40:27,880 Apa yang awak buat? 641 00:40:29,560 --> 00:40:30,560 Apa yang saya suka. 642 00:40:54,480 --> 00:40:56,120 Selamat menjamu selera, Lucien. 643 00:40:56,160 --> 00:40:58,560 Itu Prunier, tak terlalu keras. 644 00:40:58,640 --> 00:41:02,920 Dia akan panggil kamu Lucien, nama guru sasteranya. 645 00:41:03,000 --> 00:41:06,280 Sebab itu dia sangat taasub dengan Musset, Lamartine dan Victor Hugo. 646 00:41:06,360 --> 00:41:11,640 Saya makan begitu saja. Tapi, ada orang suka makan dengan ubi kentang. 647 00:41:11,760 --> 00:41:13,200 Enak dimakan bersama kentang. 648 00:41:13,680 --> 00:41:15,480 Guna kosa kata yang luas. 649 00:41:15,560 --> 00:41:19,160 Jangan terlalu beria, tapi cubalah. Hati-hati memilih perkataan. 650 00:41:19,280 --> 00:41:20,640 Awak suka puisi? 651 00:41:21,400 --> 00:41:23,800 -Ya, sangat suka. -Puisi yang bagaimana? 652 00:41:26,440 --> 00:41:27,600 Victor Hugo… 653 00:41:27,640 --> 00:41:29,480 Puisi romantik. 654 00:41:30,560 --> 00:41:31,880 Victor Hugo saja. 655 00:41:31,960 --> 00:41:34,160 Jadi, puisi romantik saja. 656 00:41:35,000 --> 00:41:36,000 Ya. 657 00:41:36,640 --> 00:41:40,200 Hari ini, orang mengkritik gaya penulisannya yang berlebihan. 658 00:41:40,320 --> 00:41:42,440 Namun, dia tetap penulis yang hebat. 659 00:41:42,520 --> 00:41:43,960 Sangat hemistik. 660 00:41:45,320 --> 00:41:48,200 Jika dihayati, bait-bait tulisannya seperti sebuah tarian. 661 00:41:48,320 --> 00:41:49,520 Seperti tarian waltz. 662 00:41:49,600 --> 00:41:50,600 Betul sekali. 663 00:41:51,040 --> 00:41:52,800 Betul kata awak, ia... 664 00:41:53,600 --> 00:41:57,760 Penulisan Hugo memang begitu. Semua karyanya... 665 00:41:57,840 --> 00:41:59,520 Seperti... 666 00:41:59,600 --> 00:42:00,640 Ya, seperti tarian. 667 00:42:07,920 --> 00:42:11,120 "Dini hari esok, dalam desa ringan, 668 00:42:11,160 --> 00:42:12,960 -"aku akan pergi, aku akan..." -Tidak. 669 00:42:13,040 --> 00:42:15,520 Tolonglah, jangan yang itu. Itu karya popularnya. 670 00:42:16,160 --> 00:42:19,080 Awak silap pada dua baris. 671 00:42:19,160 --> 00:42:22,120 "Dalam desa putih," ketika musim sejuk. 672 00:42:22,160 --> 00:42:25,600 -"Ringan" tak masuk akal. -Betul, "putih." 673 00:42:25,640 --> 00:42:27,480 -Awak suka Victor Hugo? -Ya. 674 00:42:27,560 --> 00:42:29,080 Sangat-sangat. 675 00:42:29,880 --> 00:42:30,680 Sudah semestinya. 676 00:42:31,760 --> 00:42:33,600 -Sudah semestinya? -Ya. 677 00:42:36,280 --> 00:42:37,360 Sebentar. 678 00:42:38,440 --> 00:42:40,000 Ada... 679 00:42:40,080 --> 00:42:42,680 Ada puisi yang indah oleh Victor Hugo, 680 00:42:42,800 --> 00:42:45,880 yang pada pendapat saya merangkumi seluruh karya... 681 00:42:46,000 --> 00:42:47,360 Victor Hugo. 682 00:42:48,200 --> 00:42:50,360 Bermula seperti ini... 683 00:42:52,640 --> 00:42:57,760 "Oh, penyair. Lagu-lagumu, atau apa saja yang kau gelarkannya, 684 00:42:57,840 --> 00:43:00,640 "pasti nampak lebih baik jika kau kempiskannya. 685 00:43:03,160 --> 00:43:06,160 "Kayu... Kayu berkeluh-kesah, 686 00:43:06,280 --> 00:43:08,160 "namun ada wisel. 687 00:43:08,280 --> 00:43:12,160 "Batu biru berkilauan apabila kadangkala keriangan menjadikannya gundah-gulana. 688 00:43:12,280 --> 00:43:15,280 -"Olympus..." -Berhenti. Itu tak masuk akal. 689 00:43:16,200 --> 00:43:18,640 Awak juga tiada emosi. Awak hanya membaca. 690 00:43:18,680 --> 00:43:20,880 Kita habiskan botol ini dan awak boleh pulang. 691 00:43:21,000 --> 00:43:23,920 Mendengar ini bagaikan berasmara dengan tiang penyangkut kot. 692 00:43:27,960 --> 00:43:28,800 Helo? 693 00:43:29,640 --> 00:43:32,920 Sophie! Awak okey, sayang? 694 00:43:33,000 --> 00:43:34,640 Tidak, saya bersendirian. 695 00:43:35,160 --> 00:43:38,120 Saya sedang menonton filem yang teruk dengan pelakon yang teruk. 696 00:43:38,600 --> 00:43:43,040 Filem dah banyak berubah sekarang. Ada juga orang menonton di pawagam. 697 00:43:44,800 --> 00:43:48,880 Dia pelanggan lama. Kamu pernah jumpa ketika kecil. 698 00:43:48,960 --> 00:43:52,320 Dulu, rambutnya merah dan dia memang anggun secara semula jadi. 699 00:43:52,400 --> 00:43:55,560 Ya, sayang? Saya akan pulang lewat. 700 00:43:56,880 --> 00:43:57,720 Janganlah! 701 00:43:59,040 --> 00:44:00,680 Brigitte bawa saya ke teater. 702 00:44:00,760 --> 00:44:03,160 The Moods of Marianne, saya suka pementasan itu. 703 00:44:03,240 --> 00:44:04,240 Awak dah saya. 704 00:44:06,200 --> 00:44:08,720 "Malanglah bagi mereka yang waktu mudanya, 705 00:44:08,800 --> 00:44:11,000 "tewas dengan panah cinta." 706 00:44:27,920 --> 00:44:29,680 Saya harus pergi. 707 00:44:32,040 --> 00:44:33,720 Cumbuan awak indah sekali. 708 00:44:35,000 --> 00:44:37,760 -Maaf. -Tak perlu minta maaf. 709 00:44:38,640 --> 00:44:40,000 Lakukannya lagi. 710 00:44:47,560 --> 00:44:50,480 Jika dia menyukai kamu dan bawa kamu ke katilnya, 711 00:44:50,560 --> 00:44:54,400 tatap ke dalam mata birunya. Masih muda, tak menua sedikit pun. 712 00:44:56,320 --> 00:44:59,000 Lucien! Lucien, sayang. 713 00:44:59,080 --> 00:45:01,760 -Katakan awak mencintai saya. -Saya mencintai awak. 714 00:45:01,840 --> 00:45:05,600 Tiada apa yang lebih indah berbanding wanita yang sedang nikmat. 715 00:45:06,880 --> 00:45:08,560 Dalam hidup ini, segalanya ayah gagal. 716 00:45:08,640 --> 00:45:12,520 Ayah tak cemerlang di sekolah, ayah tiada kerjaya yang hebat. 717 00:45:13,520 --> 00:45:15,600 Ayah mengkhianati kawan-kawan ayah. 718 00:45:15,680 --> 00:45:19,800 Ayah tak dapat jaga mak kamu, ayah bapa yang teruk, semuanya. 719 00:45:20,520 --> 00:45:23,640 Jika ayah percaya kepada Tuhan, ayah akan takut akan neraka. 720 00:45:24,240 --> 00:45:26,240 Satu-satunya yang ayah ada 721 00:45:26,320 --> 00:45:28,520 dan ayah akan bawa sampai ke kubur 722 00:45:28,600 --> 00:45:30,560 ialah senyuman Magali. 723 00:45:31,800 --> 00:45:35,560 Ia akan menerangi malam ayah yang dingin, 724 00:45:35,640 --> 00:45:36,760 Saya mendengar. 725 00:45:39,080 --> 00:45:41,080 Keanjalan Marie-Claude... 726 00:45:41,160 --> 00:45:42,800 Melenyapkan segala kekusutan ayah, 727 00:45:42,880 --> 00:45:44,360 menukar ranjang menjadi syurga. 728 00:45:45,920 --> 00:45:48,000 Dia boleh beri apa saja... 729 00:45:48,080 --> 00:45:52,040 Janji, harapan, kehancuran. 730 00:45:55,280 --> 00:45:57,080 Aduhai, Marie-Claude... 731 00:46:08,560 --> 00:46:10,200 Pesona Adèle, 732 00:46:10,280 --> 00:46:12,240 senyumannya bak puisi. 733 00:46:12,320 --> 00:46:14,360 Buku apa ini? 734 00:46:14,440 --> 00:46:18,160 Jika ayah seorang yang beradab, itu semua atas jasanya. 735 00:46:18,240 --> 00:46:22,560 Ini saya. Saya beli banyak barang di kedai. 736 00:46:23,520 --> 00:46:25,200 Kejujuran Esther, 737 00:46:25,280 --> 00:46:28,400 yang dia lakukan dengan amat menggoda. 738 00:46:30,080 --> 00:46:33,880 Amukan Agnès... Dia seorang kakak, guru 739 00:46:34,000 --> 00:46:35,080 dan wanita simpanan. 740 00:46:35,160 --> 00:46:36,360 Saya tak pernah suka... 741 00:46:36,440 --> 00:46:39,400 Gerak tubuhnya buat ayah rasa begitu akrab dan mesra. 742 00:46:41,480 --> 00:46:43,360 Jangan hubungi saya! 743 00:46:45,240 --> 00:46:48,760 Keanehan Sarah, dia tak pandai bermain piano 744 00:46:48,840 --> 00:46:52,360 tapi berangan nak jadi Barbara dan ayah boleh dengarkannya berjam-jam 745 00:46:52,440 --> 00:46:55,480 ketika dia memetik piano seolah-olah dirinya Debussy. 746 00:47:00,120 --> 00:47:01,160 Jacques. 747 00:47:01,240 --> 00:47:03,200 Kecantikan mak kamu. 748 00:47:04,640 --> 00:47:05,680 Alphonse dah tidur. 749 00:47:05,760 --> 00:47:06,840 Kecantikan mak kamu, 750 00:47:07,520 --> 00:47:09,480 Ayah masih mimpikannya. 751 00:47:09,960 --> 00:47:13,680 Kecantikannya merangkumi semua yang lain, 752 00:47:13,760 --> 00:47:15,560 juga yang datang selepasnya. 753 00:47:19,560 --> 00:47:21,960 Itulah keajaiban semua wanita ini, 754 00:47:23,200 --> 00:47:26,200 yang buat hidup ayah kurang menyedihkan. 755 00:47:35,760 --> 00:47:38,360 Siapa nama awak? Nama sebenar awak? 756 00:47:40,080 --> 00:47:42,280 -Alphonse. -Alphonse… 757 00:49:04,360 --> 00:49:06,360 Terjemahan sari kata oleh Afiqah Rubani 758 00:49:06,440 --> 00:49:08,440 Penyelia Kreatif NHA