1 00:00:05,547 --> 00:00:08,132 SELEPAS EMPAT TAHUN PENJAJAHAN NAZI... 2 00:00:10,177 --> 00:00:12,554 PARIS DIBEBASKAN OLEH PIHAK BERIKAT 3 00:00:16,308 --> 00:00:19,102 JENERAL DE GAULLE TIBA 4 00:00:19,102 --> 00:00:23,023 PENGKHIANAT PERANCIS DIKEPUNG 5 00:00:23,023 --> 00:00:25,484 POLIS FFI 6 00:00:26,401 --> 00:00:29,363 BOTOL CHAMPAGNE DIBUKA 7 00:00:32,406 --> 00:00:34,785 SAMBUTAN BERMULA 8 00:00:34,785 --> 00:00:38,205 29 OGOS 1944 9 00:00:41,875 --> 00:00:42,876 Ucap selamat. 10 00:00:43,669 --> 00:00:44,878 Untuk Paris! 11 00:00:44,878 --> 00:00:45,963 Bebas sekali lagi! 12 00:00:47,631 --> 00:00:51,969 Semoga bandar kita tak lagi berduka, tiada lagi musuh... 13 00:00:51,969 --> 00:00:55,264 Tiada lagi bahasa Jerman. 14 00:00:56,181 --> 00:00:57,349 {\an8}- Sayang. - Awak tak tunggu saya. 15 00:00:57,349 --> 00:00:59,059 {\an8}ARLETTY - AKTRES HIDUP PALING TERKENAL PERANCIS 16 00:00:59,059 --> 00:01:01,728 {\an8}Kami tahu jika kami buka champagne, awak akan muncul. Awak dah sampai! 17 00:01:01,728 --> 00:01:03,856 Cantiknya awak. Saya suka rambut awak. 18 00:01:04,730 --> 00:01:06,859 Pengarah minta saya menyimpannya. 19 00:01:06,859 --> 00:01:08,610 Sesuai untuk watak itu. 20 00:01:08,610 --> 00:01:11,697 Ayuh saya perkenalkan anak saudara saya, André. 21 00:01:11,697 --> 00:01:12,906 André. 22 00:01:12,906 --> 00:01:15,284 Aduhai. Cik. 23 00:01:15,284 --> 00:01:19,830 Coco ada bercerita tentang cara awak dibebaskan dari penjara Jerman itu. 24 00:01:20,455 --> 00:01:21,498 Awak seorang wira. 25 00:01:21,498 --> 00:01:23,709 Muka dia merah padam. 26 00:01:23,709 --> 00:01:27,462 Ini kawannya ketika mereka belajar di Cambridge, Oscar Davies. 27 00:01:27,462 --> 00:01:29,464 Ibu saya pasti mahukan autograf. 28 00:01:30,048 --> 00:01:34,678 Saya dan Oscar pernah tonton Hôtel du Nord berpuluh-puluh kali. 29 00:01:35,262 --> 00:01:36,930 Awak tak cakap dia kacak. 30 00:01:37,514 --> 00:01:40,309 Hei, jangan harap. 31 00:01:40,309 --> 00:01:41,852 Dia milik saya. 32 00:01:44,021 --> 00:01:46,231 Lagipun, bukankah awak ada teman lelaki Jerman? 33 00:01:46,231 --> 00:01:47,691 Kekasih awak orang Jerman? 34 00:01:47,691 --> 00:01:49,610 Jangan lupa, semua. 35 00:01:50,569 --> 00:01:54,364 Saya berjiwa Perancis, tapi suka lelaki antarabangsa. 36 00:01:55,866 --> 00:01:56,867 Cukup berbual. 37 00:01:56,867 --> 00:02:02,664 André, tunjukkan saya kelincahan tarian seorang wira perang sebenar. 38 00:02:05,918 --> 00:02:07,002 Tunduk. 39 00:02:07,002 --> 00:02:10,464 Khabarnya de Gaulle nak raikannya dengan bunga api, tapi ini dah melampau. 40 00:02:10,464 --> 00:02:12,716 Peluru sesat dilepaskan oleh lelaki mabuk. 41 00:02:12,716 --> 00:02:15,135 - Awak rasa kita selamat? - Sudah tentu! 42 00:02:15,135 --> 00:02:18,180 Orang kaya dan seksi sentiasa berada di atas! 43 00:02:18,180 --> 00:02:20,849 Ayuh, tambah champagne! 44 00:03:23,662 --> 00:03:26,707 BERDASARKAN KISAH SEBENAR 45 00:03:34,631 --> 00:03:36,508 Saya fahami kamu, anak-anak. 46 00:03:38,010 --> 00:03:42,472 Kamu anak-anak saya malam ini. 47 00:03:43,265 --> 00:03:44,266 Di rumah ini. 48 00:03:45,267 --> 00:03:46,268 Di bilik ini. 49 00:03:47,311 --> 00:03:49,980 Kita dibiarkan berkhayal selepas perang. 50 00:03:50,731 --> 00:03:53,609 Selepas begitu banyak kematian dan kemusnahan. 51 00:03:55,861 --> 00:03:58,488 Di seberang sungai kegelapan, 52 00:03:59,865 --> 00:04:02,910 perkara tak diketahui menanti kita. 53 00:04:06,038 --> 00:04:10,584 Dalam kekosongan itu, roh-roh memanggil. 54 00:04:11,418 --> 00:04:13,712 Kita pernah lihat kegelapan ini. 55 00:04:14,546 --> 00:04:17,048 Ia membaham hidup kita. 56 00:04:17,048 --> 00:04:18,300 Catherine! 57 00:04:23,138 --> 00:04:24,556 Catherine! 58 00:04:26,433 --> 00:04:29,436 Ia membaham orang yang kita sayangi. 59 00:04:30,270 --> 00:04:33,899 Malam ini kita akan keluarkan racun ini. 60 00:04:35,234 --> 00:04:40,489 Kita akan pancarkan cahaya di tempat yang telah kelam sekian lama. 61 00:04:43,283 --> 00:04:46,119 Kita akan lakukannya menggunakan kad tarot. 62 00:04:48,497 --> 00:04:50,207 Siapa mahu mulakannya? 63 00:04:51,583 --> 00:04:55,879 Siapa mahu mulakan perjalanan kita menyeberangi sungai? 64 00:04:55,879 --> 00:04:56,964 Saya. 65 00:04:59,758 --> 00:05:03,554 {\an8}PN. DELAHAYE PERAMAL 66 00:05:04,721 --> 00:05:05,973 Silakan. 67 00:05:06,974 --> 00:05:08,350 Coco, buka pintu. 68 00:05:10,143 --> 00:05:11,562 - Siapa itu? - Arletty. 69 00:05:14,147 --> 00:05:16,608 Saya tak tahu nak mana lagi. Awak perlu tolong saya. 70 00:05:17,109 --> 00:05:20,654 Ada sekumpulan orang menjerit nama saya di depan apartmen saya. 71 00:05:20,654 --> 00:05:22,865 - Tolong sorok saya, Coco. - Awak bermimpi? 72 00:05:22,865 --> 00:05:24,783 Tidak! Saya dalam perjalanan pulang. 73 00:05:24,783 --> 00:05:28,704 Mereka bawa batu dan senjata, menjerit mahu cukur kepala saya. 74 00:05:29,204 --> 00:05:31,748 Syukurlah saya belum sampai. Tolong sorok saya, Coco. 75 00:05:31,748 --> 00:05:35,419 Saya akan dapatkan bilik. Tak mungkin mereka tangkap awak di sini. 76 00:05:35,419 --> 00:05:37,462 Awak tak faham. Mereka tembak apartmen saya. 77 00:05:37,462 --> 00:05:40,215 FFI jauh lebih teruk daripada Jerman. Mereka akan bunuh saya. 78 00:05:40,215 --> 00:05:42,134 Tidak, mereka takkan buat begitu. 79 00:05:42,134 --> 00:05:43,886 Nazi paksa saya selama bertahun-tahun 80 00:05:43,886 --> 00:05:49,224 untuk membintangi filem propaganda mereka, tapi saya menolak. 81 00:05:50,142 --> 00:05:51,393 Saya tahu awak tolak. 82 00:05:51,393 --> 00:05:52,769 Saya bukan pengkhianat. 83 00:05:54,313 --> 00:05:55,522 Saya jatuh cinta. 84 00:05:56,106 --> 00:05:57,107 Saya faham. 85 00:05:58,400 --> 00:06:02,571 Coco, sekarang akhbar menyebarkan tuduhan. 86 00:06:02,571 --> 00:06:05,157 Memburukkan nama saya sebagai kekasih Nazi. 87 00:06:05,741 --> 00:06:09,953 Coco, mereka perlu sedar yang saya jatuh cinta. 88 00:06:10,954 --> 00:06:11,997 Cinta. 89 00:06:12,789 --> 00:06:15,334 Saya menurut naluri manusia, bukan pengkhianat. 90 00:06:28,138 --> 00:06:29,348 Catherine! 91 00:06:32,267 --> 00:06:33,810 Catherine! 92 00:06:41,735 --> 00:06:43,070 Maaf. 93 00:06:43,070 --> 00:06:45,656 Saya perasan awak tak buat ramalan, Encik... 94 00:06:45,656 --> 00:06:46,907 Encik... 95 00:06:46,907 --> 00:06:47,991 Dior. 96 00:06:48,700 --> 00:06:50,327 Kita semua berhak, En. Dior. 97 00:06:50,994 --> 00:06:52,371 Kenapa awak mengelak? 98 00:06:52,371 --> 00:06:56,875 Saya perlu pergi ke tempat lain. Itu saja. 99 00:06:57,876 --> 00:06:58,877 Maaf. 100 00:07:02,005 --> 00:07:03,048 En. Dior. 101 00:07:04,800 --> 00:07:06,218 Boleh saya tanya? 102 00:07:07,803 --> 00:07:11,390 Apa yang paling awak idamkan di dunia ini? 103 00:07:13,725 --> 00:07:17,062 Saya tak boleh miliki perkara yang paling saya idamkan di dunia ini. 104 00:07:19,314 --> 00:07:20,691 Ayuh kita periksa. 105 00:07:37,332 --> 00:07:39,001 Orang yang awak sayang terperangkap. 106 00:07:44,548 --> 00:07:45,841 Seorang anak bersama awak. 107 00:07:48,719 --> 00:07:50,596 Awak ada anak? 108 00:07:54,516 --> 00:07:55,517 Tidak. 109 00:07:57,477 --> 00:07:58,604 Awak mendukung anak. 110 00:07:59,688 --> 00:08:01,106 Bayi. 111 00:08:03,734 --> 00:08:04,902 Saya tiada anak. 112 00:08:10,407 --> 00:08:11,408 Saya perlu pergi. 113 00:08:17,664 --> 00:08:19,541 Jika awak nak akhirinya di lain waktu... 114 00:08:24,463 --> 00:08:25,547 cari saya di sini. 115 00:08:40,145 --> 00:08:41,730 Selamat pagi. 116 00:08:43,732 --> 00:08:45,984 Maaf, Cik Coco belum boleh jawab panggilan. 117 00:08:45,984 --> 00:08:48,028 Dia masih bersarapan. 118 00:08:50,197 --> 00:08:51,490 {\an8}Ini tak mungkin. 119 00:08:51,490 --> 00:08:53,909 Saya sangka Arletty bergurau ada kekasih Jerman. 120 00:08:53,909 --> 00:08:55,744 Jangan percayakan berita itu. 121 00:08:55,744 --> 00:08:58,580 Kenapa dia begitu bodoh? Dia tokoh masyarakat. 122 00:08:59,581 --> 00:09:00,707 Tiada siapa boleh dipercayai. 123 00:09:00,707 --> 00:09:02,793 - Ya. - Baron Vaufreland ditangkap. 124 00:09:02,793 --> 00:09:05,212 Saya masih terkejut tentangnya. 125 00:09:05,212 --> 00:09:06,296 Sangat jelas. 126 00:09:06,296 --> 00:09:08,674 Mak cik tak sangka dia bersubahat dengan Nazi. 127 00:09:08,674 --> 00:09:10,801 Awak perlu tunggu... 128 00:09:12,094 --> 00:09:13,095 Helo? 129 00:09:16,557 --> 00:09:19,101 Cik, ada beberapa orang nak datang. 130 00:09:20,269 --> 00:09:24,606 Saya belum habis makan. Saya juga mahukan noisette. 131 00:09:24,606 --> 00:09:28,569 Mereka pegawai dari Pasukan Dalaman Perancis. 132 00:09:28,569 --> 00:09:30,404 Mereka boleh tunggu. 133 00:09:30,404 --> 00:09:32,114 - Berhenti! - Ke tepi! 134 00:09:32,114 --> 00:09:33,448 Cik Chanel, 135 00:09:34,366 --> 00:09:37,578 awak ditahan kerana disyaki bersubahat dengan tentera Nazi. 136 00:09:38,829 --> 00:09:39,663 Itu penipuan. 137 00:09:39,663 --> 00:09:43,584 Saya nasihatkan awak bercakap dengan Jeneral Pierre Reverdy. 138 00:09:44,168 --> 00:09:46,461 Tak mungkin dia arahkan penahanan ini. 139 00:09:46,461 --> 00:09:49,506 Pasukan Dalaman Perancis bukan di bawah arahan dia. 140 00:09:49,506 --> 00:09:51,258 Kami di bawah Charles de Gaulle. 141 00:09:51,258 --> 00:09:52,384 Sila turuti arahan. 142 00:09:52,384 --> 00:09:54,511 Arahan siapa? 143 00:09:54,511 --> 00:09:55,971 Jangan sentuh dia! 144 00:09:55,971 --> 00:09:57,598 Okey. 145 00:09:58,640 --> 00:10:01,101 Sayang, tak perlu beremosi. 146 00:10:01,101 --> 00:10:03,854 Silakan duduk. Saya takkan lama. Jangan risau. 147 00:10:05,439 --> 00:10:06,899 Kereta sedang menunggu. 148 00:10:06,899 --> 00:10:12,404 Hidup Perancis! 149 00:10:17,826 --> 00:10:18,911 Pengkhianat! 150 00:10:19,661 --> 00:10:20,746 Tangkap mereka! 151 00:10:21,955 --> 00:10:22,956 Memalukan! 152 00:10:22,956 --> 00:10:25,375 Apa yang berlaku di luar sana? 153 00:10:26,168 --> 00:10:28,003 Hei, tengok. Ada seorang lagi! 154 00:10:31,173 --> 00:10:33,759 - Tolong saya! Tolong! - Mari sini. 155 00:10:34,968 --> 00:10:36,136 Jalan! 156 00:10:40,599 --> 00:10:43,477 Ini balasannya sebab bersubahat dengan musuh. 157 00:10:45,354 --> 00:10:48,607 - Alamak. - Memalukan! 158 00:10:57,199 --> 00:10:58,408 Mereka semua wanita. 159 00:10:59,910 --> 00:11:02,955 - Tidur dengan musuh. - Ini balasannya! 160 00:11:08,210 --> 00:11:09,419 - Pengkhianat! - Alamak. 161 00:11:11,672 --> 00:11:13,549 Keadilan untuk tali barut. 162 00:11:33,110 --> 00:11:34,778 Christian, boleh saya masuk? 163 00:11:34,778 --> 00:11:38,699 Saya nak tunjukkan sesuatu yang pasti akan buat awak gembira 164 00:11:38,699 --> 00:11:41,118 dan buat awak tersenyum. 165 00:11:42,244 --> 00:11:44,746 Lucien, saya sedang... 166 00:11:44,746 --> 00:11:48,458 Memandangkan saya sangat menyanjung 167 00:11:48,458 --> 00:11:52,838 dan menghormati bakat awak, 168 00:11:52,838 --> 00:11:56,466 saya nak tunjukkan kepada awak terlebih dahulu. 169 00:11:56,466 --> 00:11:59,469 Boleh awak sertai saya dalam Majlis Couture? 170 00:11:59,469 --> 00:12:02,347 Kita perlu yakinkan mereka. 171 00:12:04,892 --> 00:12:07,936 Okey. Awak bergurau. 172 00:12:07,936 --> 00:12:09,646 Tidak, saya tak bergurau. 173 00:12:10,898 --> 00:12:13,692 Ini masa depan fesyen Perancis. 174 00:12:15,903 --> 00:12:19,239 Tuan-tuan dan puan-puan, boleh berikan perhatian? 175 00:12:19,239 --> 00:12:23,577 Terima kasih semua sebab hadir walaupun lambat diberitahu 176 00:12:23,577 --> 00:12:26,914 dan sudi mendengar cadangan saya. 177 00:12:29,958 --> 00:12:34,338 Setiap seorang daripada kita akan mereka bentuk pakaian mini 178 00:12:34,338 --> 00:12:40,260 yang akan menghiasi boneka ini berdasarkan model sebenar. 179 00:12:40,260 --> 00:12:44,848 Mahu kami reka pakaian anak patung? 180 00:12:45,349 --> 00:12:50,270 Saya yakin kamu akan fikir, "Ini perkara mengarut." 181 00:12:51,271 --> 00:12:54,983 Kita semua tahu tentera Nazi dah musnahkan semua kain yang ada 182 00:12:54,983 --> 00:12:57,945 dan bakar setiap gudang yang mereka jumpa, 183 00:12:57,945 --> 00:13:04,451 jadi kita tiada bahan yang cukup untuk hasilkan koleksi individu kita. 184 00:13:04,451 --> 00:13:08,497 Buat masa ini, kain tak cukup di seluruh Perancis 185 00:13:08,497 --> 00:13:12,835 walaupun untuk kelangsungan sebuah butik busana anggun. 186 00:13:13,335 --> 00:13:17,089 Bentuk mini begini perlukan kurang fabrik, 187 00:13:17,089 --> 00:13:21,468 peralatan, perbelanjaan dan lain-lain. 188 00:13:21,468 --> 00:13:25,597 Saya dah tempah dewan pameran utama di Louvre. 189 00:13:26,181 --> 00:13:29,977 Set pemandangan jalanan dan ruang rehat akan dibina. 190 00:13:29,977 --> 00:13:32,855 Tapi, kita cuma ada dua minggu untuk menjayakannya. 191 00:13:32,855 --> 00:13:37,150 Jika kita boleh bekerjasama dan adakan satu persembahan, 192 00:13:37,150 --> 00:13:40,988 kita mungkin beri diri kita peluang untuk terus berkarya. 193 00:13:40,988 --> 00:13:45,701 Lucien, orang takkan kunjungi Louvre untuk melihat anak patung bodoh. 194 00:13:46,451 --> 00:13:49,329 Mereka bukan sekadar melihat anak patung bodoh. 195 00:13:50,080 --> 00:13:52,583 Mereka akan membayangkan diri sendiri, 196 00:13:52,583 --> 00:13:58,046 Paris kembali ceria, orang berjalan menyusuri Champs-Élysées. 197 00:14:00,174 --> 00:14:01,842 Persembahan harapan. 198 00:14:01,842 --> 00:14:03,302 Ia tak mustahil. 199 00:14:03,302 --> 00:14:05,679 Hidup Perancis! 200 00:14:05,679 --> 00:14:07,848 Kita terdesak mencari penyelesaian. 201 00:14:07,848 --> 00:14:09,725 Ini boleh bantu kita terus berkarya. 202 00:14:09,725 --> 00:14:15,314 Cocteau dan Bérard dah bersetuju untuk mereka bentuk set kita. 203 00:14:16,023 --> 00:14:17,649 {\an8}CHRISTIAN BÉRARD PELUKIS, PEREKA 204 00:14:17,649 --> 00:14:19,610 {\an8}Upahnya ialah sebotol Armagnac. 205 00:14:19,610 --> 00:14:22,404 {\an8}Idea ini memang pelik, tapi sejak bila pelik tak menarik? 206 00:14:22,404 --> 00:14:23,947 {\an8}JEAN COCTEAU PELAKON, PENULIS DRAMA 207 00:14:23,947 --> 00:14:26,950 Cik Chanel tak terlibat? 208 00:14:26,950 --> 00:14:28,243 {\an8}Jangan. 209 00:14:28,243 --> 00:14:29,453 {\an8}JACQUES FATH PEREKA FESYEN 210 00:14:29,453 --> 00:14:31,371 {\an8}Tidak. Dengar. Dia dah lama tak mereka. 211 00:14:31,371 --> 00:14:33,707 Jika dia hasilkan rekaan, lebih ramai pengunjung akan datang. 212 00:14:33,707 --> 00:14:36,251 Jika dia terlibat, saya tarik diri. 213 00:14:36,251 --> 00:14:37,961 Dia takkan dijemput. 214 00:14:37,961 --> 00:14:43,884 Peluang ini untuk ahli saja dan dia bukan ahli kita. 215 00:14:43,884 --> 00:14:47,679 Sila berbincang sebentar sesama kamu tentangnya, 216 00:14:48,305 --> 00:14:49,681 kemudian kita buat undian. 217 00:14:53,310 --> 00:14:55,771 KEJAYAAN 218 00:15:12,162 --> 00:15:13,288 Nyatakan pekerjaan awak. 219 00:15:14,456 --> 00:15:15,832 Maafkan saya? 220 00:15:19,253 --> 00:15:22,089 Saya mereka pakaian dan minyak wangi. 221 00:15:23,382 --> 00:15:26,426 Awak tutup perniagaan apabila Paris jatuh ke tangan tentera Nazi? 222 00:15:28,428 --> 00:15:29,596 Awak dah berkahwin? 223 00:15:30,639 --> 00:15:32,224 Awak dah berkahwin, bukan? 224 00:15:32,224 --> 00:15:35,394 Saya akan berikan sebotol Chanel No. 5 untuk isteri awak. 225 00:15:35,394 --> 00:15:38,230 Awak boleh beritahu dia Cik Chanel sendiri hadiahkannya. 226 00:15:38,939 --> 00:15:40,524 Dia akan sayang awak selamanya. 227 00:15:41,775 --> 00:15:42,776 Jawab soalan itu. 228 00:15:42,776 --> 00:15:47,072 Ya. Saya tutup perniagaan. Saya rela berlapar daripada mereka untuk Nazi. 229 00:15:48,031 --> 00:15:51,159 Saya tinggalkan Paris untuk bersama anak saudara André dan anaknya Gabrielle. 230 00:15:51,159 --> 00:15:53,328 André berkhidmat dalam kor tentera Perancis, 231 00:15:53,328 --> 00:15:55,497 ditangkap dan dilayan dengan teruk oleh Nazi. 232 00:15:55,497 --> 00:15:57,833 - Cukup teruk. - Tapi, dia dibebaskan. 233 00:15:58,834 --> 00:16:02,129 Kebanyakan mereka yang dihantar ke kem penjara Nazi tak dibebaskan. 234 00:16:02,129 --> 00:16:04,798 Saya rasa dia bertuah. 235 00:16:04,798 --> 00:16:06,258 Bertuah? 236 00:16:07,176 --> 00:16:11,513 Kami difahamkan yang Baron Vaufreland terlibat dalam hal tersebut. 237 00:16:11,513 --> 00:16:14,850 Ini kali pertama saya dengar dia ada kaitan dengan pembebasan André. 238 00:16:18,979 --> 00:16:21,773 Awak tinggal di Hotel Ritz sepanjang pendudukan, bukan? 239 00:16:21,773 --> 00:16:25,986 Sayang, saya tinggal di sana sebelum dan semasa perang. 240 00:16:25,986 --> 00:16:27,487 Saya masih tinggal di situ. 241 00:16:27,487 --> 00:16:31,116 Ritz diketahui sebagai pusat sosial Pemerintah Tertinggi Nazi. 242 00:16:31,116 --> 00:16:32,784 Mereka tak suka bersosial, tapi... 243 00:16:32,784 --> 00:16:35,746 Awak pernah bertemu dengan Walter Schellenberg? 244 00:16:35,746 --> 00:16:37,956 Tidak. Setahu saya tidak. 245 00:16:37,956 --> 00:16:40,250 Dia dilihat di Ritz, tempat awak tinggal. 246 00:16:40,250 --> 00:16:43,754 Saya tak patut bertanggungjawab untuk setiap orang yang melalui lobi hotel itu. 247 00:16:43,754 --> 00:16:46,632 Kami ada sebab untuk percaya awak ke Sepanyol atas perintahnya. 248 00:16:46,632 --> 00:16:48,300 Apa sebabnya? 249 00:16:48,300 --> 00:16:51,053 Cik, awak dilihat di Madrid. 250 00:16:52,137 --> 00:16:55,140 Sukar untuk melintasi sempadan tanpa pelepasan Nazi. 251 00:16:55,140 --> 00:16:58,060 Ada nama saya pada dokumen perjalanan? Tunjukkan kepada saya. 252 00:16:58,727 --> 00:17:00,938 Apa sebab lain selain khabar angin? 253 00:17:02,814 --> 00:17:05,567 Dakwa saya atau lepaskan saya. 254 00:17:07,778 --> 00:17:10,614 - Selamat tinggal, tuan-tuan. - Awak tak boleh ke mana-mana. 255 00:17:12,115 --> 00:17:15,577 Kamu ada telefon, bukan? Saya nak jelaskan semua kekeliruan. 256 00:17:15,577 --> 00:17:17,412 Duduk. Sekarang. 257 00:17:17,412 --> 00:17:19,790 Saya pernah dengar tentang taktik FFI. 258 00:17:20,332 --> 00:17:23,001 Saya pasti kawan baik saya, Sir Winston Churchill, 259 00:17:23,001 --> 00:17:26,588 akan berang dengan mereka yang menafikan hak asasi saya. 260 00:17:26,588 --> 00:17:30,676 Ya. Sir Winston tahu tindakan yang patut diberikan kepada awak. 261 00:17:31,426 --> 00:17:32,427 Awak juga. 262 00:17:37,057 --> 00:17:38,225 Awak ingat saya main-main? 263 00:17:46,733 --> 00:17:48,986 Dia ugut untuk libatkan perdana menteri kamu. 264 00:17:48,986 --> 00:17:50,070 Saya dengar. 265 00:17:50,571 --> 00:17:52,239 Dia boleh libatkan diri? 266 00:17:52,239 --> 00:17:53,448 Malangnya, ya. 267 00:17:54,032 --> 00:17:57,035 Soal siasat MI6 terhadap Elsa Lombardi di Madrid mengesahkan 268 00:17:57,035 --> 00:18:00,080 yang Chanel dan Churchill benar-benar rapat. 269 00:18:00,080 --> 00:18:02,249 Saya tak mahu Churchill masuk campur. 270 00:18:02,249 --> 00:18:05,085 Tolak permintaan dia untuk buat panggilan untuk elakkannya. 271 00:18:05,085 --> 00:18:06,253 Tuan. 272 00:18:06,253 --> 00:18:08,005 Tuan, dengar kata-kata dia sekarang. 273 00:18:08,005 --> 00:18:08,964 Betulkah? 274 00:18:08,964 --> 00:18:13,468 ...itu. Tak ramai boleh gayakan pinggang ramping dengan tali pinggang. 275 00:18:13,468 --> 00:18:16,680 Bentuk badan awak lebih sesuai dengan siluet yang lebih penuh. 276 00:18:16,680 --> 00:18:17,764 Percayalah. 277 00:18:22,728 --> 00:18:24,605 Awak tahu siapa saya, bukan? 278 00:18:32,237 --> 00:18:33,238 Tolonglah. 279 00:18:36,909 --> 00:18:39,620 Ya. Lebih bagus. 280 00:18:41,371 --> 00:18:43,582 Bila saya boleh buat panggilan? 281 00:18:46,418 --> 00:18:50,923 Tuan-tuan dan puan-puan, tinggal seminit dua saja lagi. 282 00:18:50,923 --> 00:18:54,384 Christian, ini peluang kita. 283 00:18:54,384 --> 00:18:57,221 Saya berjaya aturkan pertemuan dengan beberapa pelabur. 284 00:18:57,221 --> 00:18:59,973 Kita perlu bertindak sendiri. 285 00:18:59,973 --> 00:19:03,769 Dengan perancangan, kita boleh siapkan semuanya musim depan. 286 00:19:03,769 --> 00:19:06,980 Kita boleh bermula awal sementara orang lain cuba 287 00:19:06,980 --> 00:19:09,650 menggayakan mainan bodoh Lelong. 288 00:19:09,650 --> 00:19:12,569 Sila angkat tangan kamu. 289 00:19:12,569 --> 00:19:16,657 Siapa bersetuju untuk mulakan rancangan berkumpulan ini? 290 00:19:21,995 --> 00:19:24,540 Kita dapat undian. Syukurlah. 291 00:19:25,832 --> 00:19:26,834 Idea yang bagus. 292 00:19:26,834 --> 00:19:28,669 Ya, saya maklumkan dia segera. 293 00:19:28,669 --> 00:19:30,045 - Tuan. - Ya? 294 00:19:30,712 --> 00:19:32,673 Perdana Menteri Churchill hubungi pejabat London Pusat 295 00:19:32,673 --> 00:19:33,799 bagi pihak Cik Chanel. 296 00:19:33,799 --> 00:19:34,883 Apa? 297 00:19:35,509 --> 00:19:37,094 Dia tak buat sebarang panggilan. 298 00:19:37,094 --> 00:19:39,388 Saya diberitahu pembantu rumahnya hubungi dia. 299 00:19:40,264 --> 00:19:43,225 Sekarang kita dilarang menyoal siasat kenalannya 300 00:19:43,225 --> 00:19:44,643 tanpa kebenaran bertulis. 301 00:19:44,643 --> 00:19:47,062 Kami tak patut libatkan kamu dalam penahanannya. 302 00:19:47,062 --> 00:19:49,606 Awak tak tahu apa-apa tentang perjalanannya ke Madrid. 303 00:19:49,606 --> 00:19:53,485 Matlamat kita serupa dan kami masih boleh bantu kamu. 304 00:19:53,485 --> 00:19:54,903 Bagaimana? 305 00:19:54,903 --> 00:19:57,030 Ada seorang lagi ejen sedang siasat kesnya 306 00:19:57,030 --> 00:19:58,949 dan boleh pengaruhi anak saudaranya. 307 00:19:59,741 --> 00:20:03,036 Jika maklumat yang dia kumpul tentang Chanel cukup banyak, 308 00:20:03,036 --> 00:20:05,956 ia boleh beri tekanan terbuka pada Churchill, 309 00:20:06,748 --> 00:20:09,793 kemudian awak boleh tangkap dia secara rasmi. 310 00:20:09,793 --> 00:20:12,129 Tapi, sekarang, kita perlu lepaskan dia. 311 00:20:15,757 --> 00:20:16,758 Buat panggilan itu. 312 00:20:30,022 --> 00:20:31,523 Masanya dah tiba. 313 00:20:31,523 --> 00:20:35,194 Kami mahu awak buat pengenalan kepada Chanel sekarang. 314 00:20:36,737 --> 00:20:38,030 Okey, saya faham. 315 00:20:52,836 --> 00:20:54,922 Saya tak tahu awak dah kembali ke Paris. 316 00:20:55,631 --> 00:21:00,761 Saya cuma nak ambil baki barang saya dan pergi tak lama lagi. Jangan risau. 317 00:21:08,060 --> 00:21:10,938 - Kita perlu bercakap tentang Catherine. - Tentang apa? 318 00:21:13,023 --> 00:21:16,151 Tentang dia di Ravensbrück atau di dalam kubur? 319 00:21:19,863 --> 00:21:21,532 Saya jumpa ayah awak di Selatan. 320 00:21:22,533 --> 00:21:26,537 Dia tak tahu tentang kejadian yang menimpa Catherine. 321 00:21:26,537 --> 00:21:27,829 Apa awak beritahu dia? 322 00:21:27,829 --> 00:21:30,832 Saya tak berhak untuk beritahu dia kejadian yang menimpa anaknya. 323 00:21:32,584 --> 00:21:35,712 - Tapi, dia berhak tahu. - Dia tahu Catherine ditangkap. 324 00:21:35,712 --> 00:21:37,381 Dia dibawa ke kem. 325 00:21:37,881 --> 00:21:39,007 Awak anaknya. 326 00:21:40,551 --> 00:21:42,970 - Beritahu saja dia. - Perang tak guna. 327 00:21:47,474 --> 00:21:50,602 Awak tak guna. Hancurkan keluarga saya. 328 00:21:50,602 --> 00:21:55,440 - Christian... - Keluar, Hervé. Keluar. Pergilah. 329 00:22:05,158 --> 00:22:06,410 Pergi jumpa ayah awak. 330 00:22:13,792 --> 00:22:16,837 Selamat datang ke Perancis. Selamat datang, semua. 331 00:22:17,462 --> 00:22:19,756 - Cik okey? - Ya. 332 00:22:19,756 --> 00:22:21,258 Kami dengar cik disoal siasat. 333 00:22:21,258 --> 00:22:24,511 Terima kasih. Tak perlu risau. 334 00:22:25,012 --> 00:22:27,806 Mari fokus dengan menjual minyak wangi 335 00:22:27,806 --> 00:22:30,225 kepada para tentera Amerika di luar. 336 00:22:35,439 --> 00:22:36,440 Mak cik. 337 00:22:37,941 --> 00:22:39,109 - André. - Mak cik okey? 338 00:22:40,694 --> 00:22:41,862 Saya sangat risau. 339 00:22:41,862 --> 00:22:45,032 FFI tak benarkan saya menemui mak cik. 340 00:22:45,032 --> 00:22:46,700 Tak apa, mak cik okey, sayang. 341 00:22:47,201 --> 00:22:51,997 Tak apa. Bukti mereka cuma gosip dan penipuan. 342 00:22:51,997 --> 00:22:54,124 Ayuh, kita pergi minum. 343 00:22:54,750 --> 00:22:57,503 Oscar dah menunggu, kami juga nak perkenalkan seseorang... 344 00:22:57,503 --> 00:23:00,047 - Minum? - ...yang boleh bantu mak cik. 345 00:23:07,679 --> 00:23:10,933 - Cik, gembira dapat bertemu. - Terima kasih, Oscar. 346 00:23:10,933 --> 00:23:13,143 Bagaimana awak yakinkan mereka untuk lepaskan awak? 347 00:23:13,727 --> 00:23:15,229 Saya beritahu perkara sebenar. 348 00:23:15,229 --> 00:23:17,606 - Mereka percayakan awak? - Tidak. 349 00:23:17,606 --> 00:23:20,567 Mereka tak mahu terkeliru dengan fakta. 350 00:23:21,902 --> 00:23:23,612 Jadi saya ugut nak hubungi Churchill. 351 00:23:24,112 --> 00:23:25,697 Pasti mereka terkejut besar. 352 00:23:25,697 --> 00:23:27,991 FFI perlu tahu siapa lebih berkuasa. 353 00:23:27,991 --> 00:23:29,785 Sehingga de Gaulle kawal keadaan. 354 00:23:29,785 --> 00:23:32,371 Syukurlah Winston Churchill dapat lepaskan mak cik. 355 00:23:32,371 --> 00:23:34,122 - Untuk Churchill. - Untuk Churchill. 356 00:23:35,916 --> 00:23:37,292 Malcolm. Ayuh sertai kami. 357 00:23:39,169 --> 00:23:40,379 Selamat tengah hari. 358 00:23:40,379 --> 00:23:41,755 Siapa ini? 359 00:23:41,755 --> 00:23:45,092 - Maaf, kawan saya, Malcolm Muggeridge. - Gembira dapat bertemu cik. 360 00:23:45,092 --> 00:23:48,595 Malcolm ialah wartawan yang Oscar temui di Savoy beberapa bulan lalu. 361 00:23:48,595 --> 00:23:50,597 Dia di Paris untuk menulis artikel tentang pembebasan. 362 00:23:50,597 --> 00:23:54,184 Wartawan? Aduhai. 363 00:23:54,852 --> 00:23:56,353 Saya benci akhbar. 364 00:23:56,353 --> 00:23:59,273 Kebanyakan perkara yang ditulis menyebabkan kerosakan besar. 365 00:23:59,273 --> 00:24:01,149 Telegraph London berbeza. 366 00:24:01,149 --> 00:24:03,402 Kami hanya menulis berita, bukan gosip. 367 00:24:03,402 --> 00:24:04,570 Kami tak buat tuduhan. 368 00:24:04,570 --> 00:24:06,822 Kami bangga menyebarkan kebenaran. 369 00:24:06,822 --> 00:24:09,157 Baguslah. 370 00:24:10,784 --> 00:24:13,996 Artikel saya seterusnya tentang Coco Chanel yang legenda, 371 00:24:13,996 --> 00:24:15,622 kepulangannya yang penuh megah. 372 00:24:16,206 --> 00:24:17,374 Saya tak layan wartawan. 373 00:24:18,208 --> 00:24:22,671 Saya kerap terima fitnah yang menyamar sebagai berita. 374 00:24:22,671 --> 00:24:24,756 Awak memang tak patut difitnah. 375 00:24:25,340 --> 00:24:27,384 Pembaca saya cuma nak tahu kebenaran. 376 00:24:28,218 --> 00:24:29,511 Diri awak yang sebenar. 377 00:24:31,847 --> 00:24:33,348 Saya baru datang dari butik saya 378 00:24:33,348 --> 00:24:35,684 dan tentera Amerika berbaris di sana. 379 00:24:36,393 --> 00:24:38,562 Ini yang orang mahu daripada saya. 380 00:24:38,562 --> 00:24:41,273 Wangian klasik. Mereka mahukan Chanel No. 5. 381 00:24:43,025 --> 00:24:44,610 Lebih baik ia kekal begitu. 382 00:24:44,610 --> 00:24:47,029 Mak cik, artikel oleh Malcolm pasti membantu. 383 00:24:47,029 --> 00:24:49,698 Dia boleh beritahu dunia yang mak cik baik orangnya. 384 00:24:49,698 --> 00:24:51,742 Walaupun awak terkenal dan tinggal di Ritz 385 00:24:51,742 --> 00:24:53,410 awak tak patut dijadikan sasaran. 386 00:24:53,410 --> 00:24:54,912 Orang tak tahu kebenaran. 387 00:24:54,912 --> 00:24:57,664 Mak cik tutup butik apabila tentera Nazi memasuki Paris. 388 00:24:57,664 --> 00:24:59,750 Mak cik enggan reka pakaian untuk mereka. 389 00:24:59,750 --> 00:25:01,835 Saya tak nak imej mak cik rosak macam Arletty. 390 00:25:05,297 --> 00:25:07,049 Ini yang saya bayangkan. 391 00:25:07,049 --> 00:25:10,052 Artikel itu akan menceritakan pengalaman perang awak. 392 00:25:10,052 --> 00:25:11,637 Penutupan butik awak. 393 00:25:11,637 --> 00:25:13,722 Mengutamakan moral awak daripada wang. 394 00:25:13,722 --> 00:25:15,724 Saya tak mahu terima layanan istimewa. 395 00:25:15,724 --> 00:25:19,937 Orang patut menilai hasil kerja saya. 396 00:25:19,937 --> 00:25:22,231 Awak dan hasil kerja awak saling berkaitan. 397 00:25:22,231 --> 00:25:24,441 Orang lupa semasa awak memulakan perniagaan, 398 00:25:24,441 --> 00:25:27,319 wanita di Perancis tak dibenarkan mempunyai akaun bank. 399 00:25:27,319 --> 00:25:29,071 Kerjaya awak hebat. 400 00:25:29,821 --> 00:25:32,866 Cik, awak ialah pelopor. 401 00:25:32,866 --> 00:25:34,493 Orang perlu ingat tentangnya. 402 00:25:37,746 --> 00:25:40,165 Dia tahu tentang subjeknya. Saya kagum. 403 00:25:40,749 --> 00:25:43,502 Apabila awak dah bersedia untuk bercerita, 404 00:25:43,502 --> 00:25:46,046 saya sudi membantu dengan berbesar hati. 405 00:25:47,798 --> 00:25:49,883 Saya akan tinggalkan kamu bertiga untuk minum. 406 00:25:50,551 --> 00:25:51,552 Fikirkan tawaran saya. 407 00:25:52,135 --> 00:25:53,178 Saya boleh bantu. 408 00:25:57,015 --> 00:25:58,267 Mak cik patut cakap dengannya. 409 00:25:58,851 --> 00:26:00,519 Malcolm boleh dipercayai? 410 00:26:00,519 --> 00:26:02,938 Oscar tahu beberapa akhbar bekas majikannya di London. 411 00:26:02,938 --> 00:26:04,565 Pasti boleh dapatkan rujukan peribadi. 412 00:26:04,565 --> 00:26:06,316 Saya boleh siasat tentang dia. 413 00:26:06,316 --> 00:26:07,609 Tolong benarkan. 414 00:26:07,609 --> 00:26:09,611 Biar saya balas bantuan mak cik. 415 00:26:13,073 --> 00:26:14,074 Kita lihat nanti. 416 00:26:17,703 --> 00:26:19,830 Kekalkan begini. Ia pasti sempurna. 417 00:26:21,248 --> 00:26:23,584 Lillian, ada berita tentang fabrik baru? 418 00:26:23,584 --> 00:26:28,046 Saya dah cakap. Saya perlukan zip, butang dan korset yang sempurna. 419 00:26:28,839 --> 00:26:29,840 Mari sini! 420 00:26:31,758 --> 00:26:34,678 Anggap mereka klien kita. 421 00:26:35,596 --> 00:26:37,306 Semuanya perlu berfungsi. 422 00:26:37,306 --> 00:26:38,223 Perlu berfungsi. 423 00:26:38,223 --> 00:26:41,935 Encik, masa yang lama diperlukan untuk jahit zip dan korset yang berfungsi 424 00:26:41,935 --> 00:26:43,353 pada gaun-gaun kecil ini. 425 00:26:43,353 --> 00:26:47,149 Masa cuma korban yang kecil demi kesempurnaan. 426 00:26:48,025 --> 00:26:49,234 Jahitkannya. 427 00:27:03,207 --> 00:27:05,792 Pierre, kita perlu berbincang tentang rekaan ini. 428 00:27:05,792 --> 00:27:07,794 Jangan ganggu saya. Saya sibuk. 429 00:27:07,794 --> 00:27:10,047 Apa yang awak buat sepanjang pagi? 430 00:27:10,047 --> 00:27:15,177 Awak tak boleh pamerkan rekaan ini sebagai karya siap. 431 00:27:15,177 --> 00:27:17,471 Apa masalahnya? Kita menghias anak patung. 432 00:27:17,471 --> 00:27:19,932 Pierre, saya tahu awak tak gembira. 433 00:27:19,932 --> 00:27:25,270 Awak tak sembunyikannya, tapi kerja awak tak pernah seteruk ini. 434 00:27:25,270 --> 00:27:27,814 Dendam awak terhadap saya bersifat peribadi. 435 00:27:27,814 --> 00:27:31,568 Awak memalukan diri sendiri. Saya tak pernah fikir begitu. 436 00:27:31,568 --> 00:27:34,196 Semua idea ini satu kesilapan. 437 00:27:35,197 --> 00:27:36,281 Christian! 438 00:27:39,409 --> 00:27:43,580 Saya dan Christian dah pertimbangkan langkah seterusnya dalam kerjaya kami. 439 00:27:43,580 --> 00:27:45,290 Dah tiba masa untuk beritahu awak. 440 00:27:45,290 --> 00:27:51,964 Awak lelaki kolot dengan jari gemuk yang tak menghasilkan apa-apa rekaan. 441 00:27:51,964 --> 00:27:55,884 Christian, kita perlu berbincang beberapa perkara 442 00:27:55,884 --> 00:27:59,763 - berkaitan Théâtre de la Mode. - Théâtre de la Mode? 443 00:27:59,763 --> 00:28:03,809 Itu nama awak untuk sarkas mainan bayi yang mengarut ini? 444 00:28:03,809 --> 00:28:05,936 Anak patung awak boleh berambus! 445 00:28:07,479 --> 00:28:11,108 Saya dan Christian akan berhenti dan mulakan butik sendiri. 446 00:28:11,859 --> 00:28:12,693 Jangan... 447 00:28:12,693 --> 00:28:15,070 - Pierre... - Christian, betulkah? 448 00:28:16,113 --> 00:28:17,114 Pierre... 449 00:28:19,533 --> 00:28:21,118 Awak tahu apa masalah awak? 450 00:28:21,118 --> 00:28:22,744 Ya. Awak. 451 00:28:23,495 --> 00:28:26,290 Awak dan semua birokrat penipu yang lain 452 00:28:26,290 --> 00:28:29,459 yang mencuri bakat orang lain dan menjadikannya rekaan sendiri. 453 00:28:29,459 --> 00:28:33,672 Catherine! 454 00:28:37,759 --> 00:28:39,303 Bukan itu masalahnya. 455 00:28:39,303 --> 00:28:43,265 Awak sangka awak sesuatu, tapi sebenarnya tidak. 456 00:28:43,265 --> 00:28:44,349 Apa? 457 00:28:44,349 --> 00:28:45,434 Penting. 458 00:28:47,811 --> 00:28:49,479 Christian, ayuh kita pergi. 459 00:28:50,439 --> 00:28:53,025 - Christian? Christian. - Tolonglah. Bukan sekarang. 460 00:28:53,025 --> 00:28:55,736 Jangan biarkan lelaki penyeksa 461 00:28:55,736 --> 00:28:58,989 dan bendalu ini menyekat bakat awak lagi. 462 00:29:00,073 --> 00:29:01,617 Saya perlukan awak di sisi. 463 00:29:03,327 --> 00:29:04,328 Saya minta maaf. 464 00:29:10,584 --> 00:29:13,545 Semua orang dah cukup gementar. Kenapa awak menjerit? 465 00:29:14,546 --> 00:29:18,467 Nampaknya En. Balmain dah akhirnya 466 00:29:18,467 --> 00:29:21,720 dan dengan penuh belas kasihan menyerahkan peletakan jawatannya. 467 00:29:21,720 --> 00:29:23,889 Betulkah? Kita dah kesuntukan masa. 468 00:29:23,889 --> 00:29:25,891 Kita akan kejar masa. 469 00:29:25,891 --> 00:29:31,563 Sekarang, Christian, awak akan buat semua rekaan untuk House of Lelong. 470 00:29:31,563 --> 00:29:35,984 Begitu rupanya. Kita pasti akan rindukan Balmain, tapi tahniah. 471 00:29:37,110 --> 00:29:40,405 Saya perlu jumpa ayah saya. Saya tak boleh terima. Tak boleh. 472 00:29:40,405 --> 00:29:44,451 Christian, kami faham ada banyak masalah 473 00:29:44,451 --> 00:29:48,247 dalam kehidupan awak sekarang, 474 00:29:48,247 --> 00:29:51,750 tapi kerja boleh bantu awak lupakannya. 475 00:29:51,750 --> 00:29:53,585 Percaya pada diri sendiri. 476 00:29:53,585 --> 00:29:55,379 Awak boleh, Christian. Awak boleh. 477 00:29:56,046 --> 00:29:57,297 Hasilnya pasti menakjubkan. 478 00:29:59,132 --> 00:30:01,260 Saya tahu awak takkan hampakan saya. 479 00:30:44,428 --> 00:30:45,762 Ya. 480 00:31:22,799 --> 00:31:24,760 Bagaimana dia layan subjeknya? 481 00:31:24,760 --> 00:31:28,305 Setahu saya, Muggeridge buat tugasnya dengan baik. 482 00:31:28,972 --> 00:31:30,807 Semua bekas editornya kagum dengan dia. 483 00:31:30,807 --> 00:31:32,518 Mereka semua majikannya. 484 00:31:33,018 --> 00:31:34,770 Bagaimana dengan temu bual terkininya? 485 00:31:34,770 --> 00:31:40,192 Saya dah baca beberapa artikel dan semuanya jujur. 486 00:31:40,192 --> 00:31:42,861 Tiada satu pun artikel yang berbaur fitnah. 487 00:31:43,612 --> 00:31:46,573 Okey, Oscar. Saya akan hubungi dia. 488 00:31:58,460 --> 00:31:59,711 Bagaimana panggilan itu? 489 00:31:59,711 --> 00:32:02,840 Awak memang calon MI6 yang hebat. 490 00:32:02,840 --> 00:32:04,967 Sayangnya tentera Nazi temui awak dulu. 491 00:32:06,552 --> 00:32:08,220 Malcolm janji jika saya bekerjasama, 492 00:32:08,220 --> 00:32:11,056 Perisikan British akan bantu bersihkan tuduhan khianat saya. 493 00:32:11,640 --> 00:32:12,975 Jangan risau, Oscar. 494 00:32:14,017 --> 00:32:15,227 Kami akan uruskannya. 495 00:32:16,144 --> 00:32:17,521 Jika berjaya tangkap Chanel. 496 00:32:18,730 --> 00:32:19,898 Jika tak berjaya? 497 00:32:21,441 --> 00:32:22,526 Hantar anak saudaranya. 498 00:32:25,487 --> 00:32:26,738 Dia berjuang untuk Perancis. 499 00:32:27,781 --> 00:32:29,366 Dia hanya pertahankan negaranya. 500 00:32:29,366 --> 00:32:32,202 Tolonglah. Dia tak sebaik yang awak sangka. 501 00:32:33,245 --> 00:32:34,246 Pergi mati. 502 00:32:35,289 --> 00:32:36,456 Saya jijik melihat awak. 503 00:32:40,460 --> 00:32:41,461 Memalukan! 504 00:32:41,461 --> 00:32:43,505 Berkawan dan tidur dengan musuh. 505 00:32:43,505 --> 00:32:45,549 - Pengkhianat negara. - Dia perlu terima akibat. 506 00:32:45,549 --> 00:32:48,010 - Apa kita patut buat? - Cukur kepala dia! 507 00:32:48,010 --> 00:32:50,888 - Apa kita perlu buat? - Cukur kepala dia! 508 00:32:55,434 --> 00:33:00,147 Cik, mereka dah heret Arletty dari hotel. 509 00:33:11,867 --> 00:33:14,077 - Pengkhianat! - Tali barut! 510 00:33:14,077 --> 00:33:16,371 Hidup Perancis! 511 00:33:17,289 --> 00:33:20,250 - Berkawan dengan musuh. - Hidup Perancis! 512 00:33:29,760 --> 00:33:32,262 Perkara teruk ini perlu dihentikan. 513 00:33:32,763 --> 00:33:35,057 Ini balasannya! 514 00:33:44,983 --> 00:33:47,861 - Memalukan! - Pengkhianat! 515 00:33:47,861 --> 00:33:49,196 Keadilan! 516 00:33:50,697 --> 00:33:53,242 Itu kerana awak suka lelaki antarabangsa. 517 00:33:53,242 --> 00:33:55,244 Padan muka awak. 518 00:34:39,121 --> 00:34:44,877 Dia dibawa ke kem kerja di Jerman. 519 00:34:44,877 --> 00:34:46,210 Ravensbrück. 520 00:34:54,761 --> 00:34:56,346 Apa lagi yang kamu rahsiakan? 521 00:34:58,640 --> 00:35:04,563 Saya ada dengar khabar angin, tapi saya mahu ayah bertabah. 522 00:35:04,563 --> 00:35:05,981 Saya mahu kita bertabah. 523 00:35:07,149 --> 00:35:08,358 Khabar angin? 524 00:35:09,568 --> 00:35:13,822 Tentera Jerman bawa tawanan 525 00:35:13,822 --> 00:35:16,658 untuk perjalanan maut. 526 00:35:24,416 --> 00:35:25,959 Ayah tak faham kamu, Christian. 527 00:35:27,044 --> 00:35:31,715 Alihkan perhatian seumur hidup kamu dengan seni, lukisan, kini pakaian. 528 00:35:33,050 --> 00:35:34,801 Melarikan diri ke dunia fantasi. 529 00:35:35,969 --> 00:35:37,304 Tapi, jika hal keluarga... 530 00:35:38,305 --> 00:35:44,144 sesuatu yang perlukan perhatian kamu, perlukan bantuan kamu... 531 00:35:46,063 --> 00:35:47,314 kamu tak mampu buat. 532 00:35:48,815 --> 00:35:51,568 Sekarang, adik kamu dah mati. 533 00:35:54,446 --> 00:35:58,951 Saya dah minta Catherine berhenti bekerja dengan Pemberontak. 534 00:36:00,035 --> 00:36:01,745 Saya dah cuba halang dia. 535 00:36:02,663 --> 00:36:03,956 Kamu abang dia. 536 00:36:03,956 --> 00:36:06,500 Jika kamu tegas, dia pasti dengar kata-kata kamu. 537 00:36:08,502 --> 00:36:10,254 Saya dah cuba halang dia! 538 00:36:26,728 --> 00:36:28,063 Selamat datang. 539 00:36:28,063 --> 00:36:29,815 - Silakan. - Terima kasih. 540 00:36:29,815 --> 00:36:33,861 Selamat petang, cik. Terima kasih sebab beri peluang bercakap. 541 00:36:33,861 --> 00:36:35,821 - Awak mahu minuman? - Boleh juga. 542 00:36:39,199 --> 00:36:40,701 Berita sedih tentang Arletty. 543 00:36:40,701 --> 00:36:45,873 Khabarnya ramai yang menonton. Saya tak sanggup mendengarnya. 544 00:36:48,250 --> 00:36:50,085 Supaya kepala tak dicukur. 545 00:36:56,341 --> 00:36:59,595 Tapi, apa pendapat awak tentangnya? 546 00:36:59,595 --> 00:37:03,640 Para tali barut ini. Beritahu saya. Beritahu kami. 547 00:37:08,437 --> 00:37:12,733 Arletty telah membuat keputusan dan kini menerima akibatnya. 548 00:37:15,402 --> 00:37:18,363 Tapi, apa yang menjelikkan ialah 549 00:37:18,363 --> 00:37:20,908 perlakuan kasar ini hanya dilakukan pada wanita. 550 00:37:22,117 --> 00:37:24,661 Bagaimana dengan semua lelaki dalam pasukan polis Perancis 551 00:37:24,661 --> 00:37:26,330 yang berkhidmat untuk tentera Nazi? 552 00:37:27,122 --> 00:37:29,875 - Atau peniaga pasar gelap? - Saya setuju. 553 00:37:29,875 --> 00:37:36,131 Tapi, hanya wanita yang dimalukan dan dihina secara terbuka. 554 00:37:37,299 --> 00:37:41,345 Tidak, tindakan FFI ini memang tindakan tak bertamadun. 555 00:37:44,890 --> 00:37:48,143 Apa? Oscar, awak mabuk? 556 00:37:48,644 --> 00:37:49,603 Ia dah tamat. 557 00:37:49,603 --> 00:37:52,439 Saya sampah masyarakat. Sampah. 558 00:37:53,232 --> 00:37:54,233 Saya dah penat. 559 00:37:54,900 --> 00:37:58,237 Awak tak selamat. Awak perlu keluar dari Paris. 560 00:37:58,862 --> 00:38:00,781 - Apa? - Tinggalkan Paris sekarang. 561 00:38:00,781 --> 00:38:03,617 Oscar, apa dah jadi? 562 00:38:04,117 --> 00:38:06,453 Mak cik awak tak selamat. Mereka perangkap saya. 563 00:38:07,829 --> 00:38:10,040 - Siapa? - MI6. 564 00:38:10,040 --> 00:38:13,085 Dia suruh saya khianati dia, sekarang mereka mahu saya khianati awak. 565 00:38:13,085 --> 00:38:14,211 Siapa? 566 00:38:15,629 --> 00:38:16,630 Muggeridge. 567 00:38:17,381 --> 00:38:21,802 Muggeridge orang MI6? Dia sedang bersama mak cik. 568 00:38:21,802 --> 00:38:23,428 Saya menjijikkan, André? 569 00:38:23,428 --> 00:38:24,513 Dia bersama mak cik. 570 00:38:28,392 --> 00:38:31,103 Sejujurnya, apabila difikirkan, 571 00:38:31,103 --> 00:38:35,274 sejarah akan membuktikan Pihak Berikat tiada bezanya dengan tentera Nazi. 572 00:38:35,858 --> 00:38:37,359 Tolong jelaskan. 573 00:38:37,359 --> 00:38:40,904 Pihak Berikat masih menyokong Stalin. 574 00:38:40,904 --> 00:38:42,906 Pembunuh beramai-ramai rakyatnya sendiri. 575 00:38:43,490 --> 00:38:47,619 Sebaliknya, Jerman berperang melawan Stalin. 576 00:38:48,245 --> 00:38:52,875 Malangnya, mereka bertekad untuk hapuskan apa-apa yang bukan Jerman. 577 00:38:52,875 --> 00:38:54,293 Dalam kekeliruan ini, 578 00:38:54,293 --> 00:38:58,297 pasti awak mudah tertarik dengan Nazi yang kacak. 579 00:39:00,799 --> 00:39:02,426 Apa maksud awak? 580 00:39:03,010 --> 00:39:05,804 Cik, ada khabar angin 581 00:39:05,804 --> 00:39:08,557 yang awak bercinta dengan seorang pegawai Nazi. 582 00:39:10,726 --> 00:39:12,519 Khabar angin. Itu saja. 583 00:39:13,187 --> 00:39:15,856 - Tak benar? - Khabar angin tetap khabar angin. 584 00:39:15,856 --> 00:39:18,859 Ya, tapi jelas sekali FFI menyasarkan awak. 585 00:39:18,859 --> 00:39:21,111 Biar saya bantu awak hapuskan khabar angin ini 586 00:39:21,111 --> 00:39:23,864 dan ketahui sumber cerita ini untuk hentikannya. 587 00:39:23,864 --> 00:39:25,991 - Dengan apa? - Dengan fakta. 588 00:39:27,242 --> 00:39:30,370 Pegawai yang mereka tuduh sebagai kekasih awak itu pasti ada nama. 589 00:39:32,873 --> 00:39:35,209 Awak mahu namanya? Itu boleh membantu? 590 00:39:36,877 --> 00:39:37,878 Ya. 591 00:39:42,007 --> 00:39:43,175 Tidak rasmi? 592 00:39:48,805 --> 00:39:49,806 Terpulang. 593 00:39:53,310 --> 00:39:55,812 Maafkan saya sebab mengganggu. 594 00:39:55,812 --> 00:39:59,024 Mak cik, kita perlu pergi ke butik sekarang. 595 00:39:59,024 --> 00:40:01,652 Ada perusuh di Rue Cambon. Kita perlu pergi sekarang. 596 00:40:01,652 --> 00:40:03,612 Alamak. Kamu dah hubungi Chloe? 597 00:40:03,612 --> 00:40:05,948 Ya, saya dah hubungi Chloe. Kita perlu selamatkan 598 00:40:05,948 --> 00:40:07,449 sebelum mereka bakar semuanya. 599 00:40:07,449 --> 00:40:09,826 - Ya Tuhan, kedai saya. - Boleh saya tolong? 600 00:40:09,826 --> 00:40:11,203 Telefon saya pagi esok. 601 00:40:11,203 --> 00:40:13,372 Kita tamatkan perbualan kita secara rasmi. 602 00:40:13,372 --> 00:40:15,499 Pn. Domenger akan iring awak keluar. 603 00:40:15,499 --> 00:40:17,084 Ya Tuhan, apa dah jadi? 604 00:40:19,753 --> 00:40:22,130 Saya sangka kerja ini penting. 605 00:40:22,130 --> 00:40:26,218 Kerjaya saya ini penting, tapi sejujurnya... 606 00:40:29,555 --> 00:40:31,598 Saya dah tak rasa begitu. 607 00:40:31,598 --> 00:40:34,726 Saya tak rasa 608 00:40:34,726 --> 00:40:38,856 yang saya lelaki sempurna. 609 00:40:41,859 --> 00:40:46,280 Kesedihan yang awak rasai disebabkan 610 00:40:47,197 --> 00:40:51,994 takdir Catherine pasti bagaikan... 611 00:40:53,495 --> 00:40:58,333 ombak gergasi yang menghempas awak tanpa henti. 612 00:41:01,461 --> 00:41:06,717 Tapi, air pasang itu akan surut. 613 00:41:07,301 --> 00:41:13,223 Christian, pameran itu dalam dua hari dan semua orang menantikannya. 614 00:41:13,974 --> 00:41:16,602 Kerja ini, Christian... 615 00:41:16,602 --> 00:41:18,604 Kerja ini boleh memajukan kita ke hadapan. 616 00:41:20,147 --> 00:41:24,860 Rekaan mungkin tak mampu menghentikan peluru, 617 00:41:24,860 --> 00:41:28,530 tapi rekaan adalah cara kita meneruskan hidup. 618 00:41:29,781 --> 00:41:35,871 Kelangsungan hidup kita. Penyelamat kita. 619 00:41:40,000 --> 00:41:42,211 Terima kasih banyak, Lucien. 620 00:41:44,505 --> 00:41:47,090 Tapi, saya perlu minta awak... 621 00:41:50,427 --> 00:41:53,972 sampaikan permohonan maaf saya kepada rakan-rakan kita. 622 00:41:56,517 --> 00:41:57,935 Saya minta maaf. Saya cuma... 623 00:42:00,479 --> 00:42:05,192 Saya tak boleh buat rekaan lagi. Saya mesti tinggalkan bandar ini. 624 00:42:09,446 --> 00:42:11,657 Saya tak boleh tinggal di Paris lagi. 625 00:42:16,161 --> 00:42:17,788 Oscar kedengaran terdesak. 626 00:42:17,788 --> 00:42:20,207 Sama ada mereka akan bunuh dia atau sebaliknya. 627 00:42:20,707 --> 00:42:21,917 Ya Tuhan. 628 00:42:25,295 --> 00:42:26,922 Tempat ini dah tak selamat. 629 00:42:27,923 --> 00:42:30,425 Kita perlu pergi. Secepat mungkin. 630 00:42:30,425 --> 00:42:32,052 Mak cik tak boleh tinggalkan Paris. 631 00:42:32,052 --> 00:42:35,264 Itu seperti pengakuan bersalah dan mak cik tak bersalah. 632 00:42:35,264 --> 00:42:36,765 Kita tak boleh tinggal di Perancis. 633 00:42:39,977 --> 00:42:41,895 Ikut mak cik. Jemput Gabrielle. 634 00:42:41,895 --> 00:42:42,980 Tapi, ke mana? 635 00:42:45,232 --> 00:42:46,608 Tempat kita boleh selamat. 636 00:44:12,945 --> 00:44:14,488 Helo. 637 00:44:23,997 --> 00:44:25,415 Oscar. 638 00:44:25,415 --> 00:44:27,084 Oscar, buka pintu ini. 639 00:44:28,335 --> 00:44:30,796 Oscar, awak di dalam? Kami kehilangan Chanel. 640 00:44:31,463 --> 00:44:33,799 Oscar, awak tahu tempat dia tuju? 641 00:44:33,799 --> 00:44:35,217 Oscar, apa awak dah buat? 642 00:44:36,218 --> 00:44:39,137 Oscar, mereka akan tangkap awak jika tak bantu kami. 643 00:44:39,137 --> 00:44:41,181 Oscar. Tak guna! Buka pintu ini. 644 00:44:41,181 --> 00:44:42,683 Kami dengar awak di dalam. 645 00:44:52,568 --> 00:44:54,528 Oscar! Tidak, jangan! 646 00:45:12,838 --> 00:45:17,134 {\an8}SEMPADAN PERANCIS - SWITZERLAND 647 00:45:27,769 --> 00:45:29,479 Saya menunggu awak, Christian. 648 00:45:31,315 --> 00:45:32,316 Duduklah. 649 00:45:41,408 --> 00:45:44,786 Awak kata awak lihat saya bersama seorang anak, bukan? 650 00:45:46,830 --> 00:45:47,915 Ya. 651 00:45:49,041 --> 00:45:51,335 Pagi ini, semasa saya nak tinggalkan Paris... 652 00:45:54,254 --> 00:46:00,260 seorang wanita datang dan letakkan seorang bayi di hadapan gereja. 653 00:46:02,971 --> 00:46:05,891 Saya melihatnya dan dia mula menangis. 654 00:46:05,891 --> 00:46:10,854 Jadi, saya angkat dan dukung bayi itu. 655 00:46:13,148 --> 00:46:16,151 Tak apa. 656 00:46:17,319 --> 00:46:18,904 Kamu sangat comel. 657 00:46:19,571 --> 00:46:20,572 Ya. 658 00:46:24,826 --> 00:46:26,453 Bagaimana awak meramalkannya? 659 00:46:29,122 --> 00:46:31,124 - Jumpa lagi. - Terima kasih. 660 00:46:34,920 --> 00:46:39,258 Bagaimana awak meramalkannya? Bagaimana awak tahu? 661 00:46:39,258 --> 00:46:42,594 Saya tak tahu perkara. Saya melihatnya. 662 00:46:44,680 --> 00:46:45,973 Saya takut. 663 00:46:47,558 --> 00:46:50,811 Saya risaukan Catherine. 664 00:46:54,481 --> 00:46:55,691 Sepanjang masa. 665 00:46:58,277 --> 00:46:59,486 Boleh awak bantu saya? 666 00:47:01,613 --> 00:47:04,533 Tanya alam semesta perkara yang awak ingin tahu. 667 00:47:07,995 --> 00:47:10,539 Dia masih hidup? 668 00:47:25,220 --> 00:47:27,389 Buka hati awak, Christian. 669 00:47:29,141 --> 00:47:30,559 Dia adik saya. 670 00:47:33,145 --> 00:47:37,357 Hati saya terbuka. 671 00:47:37,357 --> 00:47:43,197 Tidak. Hati awak tak terbuka. 672 00:47:48,285 --> 00:47:51,955 Hati saya tak terbuka? Hati saya terbuka. 673 00:47:53,040 --> 00:47:55,709 Hati saya terbuka! 674 00:48:18,315 --> 00:48:23,779 Catherine. Awak di mana? 675 00:48:23,779 --> 00:48:25,155 Awak di mana? 676 00:48:28,367 --> 00:48:31,495 Tanya alam semesta perkara yang awak ingin tahu. 677 00:48:32,788 --> 00:48:36,625 Catherine! 678 00:48:36,625 --> 00:48:39,920 Catherine! Awak di mana? 679 00:48:43,632 --> 00:48:44,967 Awak masih hidup? 680 00:48:57,938 --> 00:48:59,189 Dia akan kembali. 681 00:49:01,859 --> 00:49:03,151 Dia akan kembali. 682 00:49:07,406 --> 00:49:09,741 Tapi, awak perlu tunjukkan jalan. 683 00:49:09,741 --> 00:49:13,912 Awak perlu ikut inspirasi awak. Awak perlu berkarya. 684 00:49:14,788 --> 00:49:17,457 Awak perlu cari hati awak. 685 00:49:18,458 --> 00:49:23,463 Awak perlu cari kehidupan awak. Itulah penyelamat awak. 686 00:49:24,590 --> 00:49:28,802 Kemudian, mungkin dia dapat mencari awak. 687 00:49:33,724 --> 00:49:35,434 Itu penyelamatan awak. 688 00:50:25,484 --> 00:50:31,114 {\an8}Theatre de la mode dibuka di Louvre pada 28 Mac 1945. 689 00:50:36,912 --> 00:50:40,916 {\an8}Pameran itu menarik lebih 100,000 pengunjung. 690 00:50:46,004 --> 00:50:50,175 {\an8}Para pereka bekerjasama membawa harapan kepada Perancis... 691 00:51:01,228 --> 00:51:03,355 {\an8}PEREKA-PEREKANYA IALAH 692 00:51:26,336 --> 00:51:33,051 {\an8}Mereka bersama-sama menyelamatkan fesyen Perancis dari ambang kepupusan. 693 00:51:42,603 --> 00:51:49,610 {\an8}Dua gaun yang paling banyak dipuji 694 00:51:55,574 --> 00:51:58,827 {\an8}direka oleh... 695 00:53:24,329 --> 00:53:26,331 Terjemahan sari kata oleh Hamdan Alias