1 00:00:12,596 --> 00:00:14,473 Adakah ia cara En. Sabich... 2 00:00:14,473 --> 00:00:16,308 Dengan hari kedua perbicaraan dimulakan, 3 00:00:16,308 --> 00:00:18,268 kamar mahkamah kekal dipenuhi jangkaan. 4 00:00:18,268 --> 00:00:20,938 Permulaan kukuh pihak pendakwaan menetapkan 5 00:00:20,938 --> 00:00:22,147 pertempuran undang-undang yang mengagumkan. 6 00:00:22,147 --> 00:00:25,067 Kenyataan pembukaan Molto sangat sempurna. 7 00:00:25,067 --> 00:00:28,570 Dengan kemunculan penuh yakin dan dakwaan kuat, dia menetapkan suasana... 8 00:00:28,570 --> 00:00:30,030 ...tanpa keraguan munasabah. 9 00:00:30,030 --> 00:00:33,033 Tommy Molto berikan kenyataan pembukaan penuh semangat 10 00:00:33,033 --> 00:00:35,494 yang dirasai barisan juri dan orang awam. 11 00:00:35,494 --> 00:00:38,956 ...akan berdepan peguam bela terkenal, Raymond Horgan. 12 00:00:38,956 --> 00:00:41,291 ...atau adakah kenyataan pembukaan menarik Tommy Molto 13 00:00:41,291 --> 00:00:43,502 akan terus dirasai, menetapkan sesuatu yang nampaknya 14 00:00:43,502 --> 00:00:45,921 merupakan asas yang kukuh untuk kes pendakwaan? 15 00:00:47,422 --> 00:00:48,966 Awak memang tak guna! 16 00:00:50,717 --> 00:00:52,886 Doktor, boleh terangkan apa yang kita lihat di sini? 17 00:00:53,554 --> 00:00:56,098 Kecederaan akibat senjata tumpul yang menyebabkan kematian mangsa, 18 00:00:56,098 --> 00:00:57,307 Carolyn Polhemus. 19 00:00:57,307 --> 00:01:01,061 Hentakan 3 kali dengan objek berat, nipis, punca luka melecet pada kulit kepala... 20 00:01:01,061 --> 00:01:04,105 ...lebam teruk, tengkorak retak, hernia otak. 21 00:01:04,105 --> 00:01:05,065 Hernia? 22 00:01:05,065 --> 00:01:07,484 Tekanan kranial memaksa sebahagian otaknya bergerak, 23 00:01:07,484 --> 00:01:08,485 mencari jalan keluar. 24 00:01:08,485 --> 00:01:10,696 Jadi, otaknya meresap di sebalik retak itu? 25 00:01:10,696 --> 00:01:12,823 Betul. Apa yang gambar ini tak tunjukkan 26 00:01:12,823 --> 00:01:15,033 adalah ia juga terkeluar daripada foramen magnum. 27 00:01:15,033 --> 00:01:17,077 Di situlah tulang belakang memasuki pangkal tengkorak. 28 00:01:17,077 --> 00:01:19,246 - Ini punca kematian? - Ia boleh jadi punca, 29 00:01:19,246 --> 00:01:21,540 tapi dia mati sebab kehilangan darah sebelum hernia membunuhnya. 30 00:01:21,540 --> 00:01:22,916 Pukul berapa dijangka masa kematian? 31 00:01:22,916 --> 00:01:25,043 Suhu badan dan peringkat rigor dan livor mortis 32 00:01:25,043 --> 00:01:26,920 menetapkan antara pukul 10 malam dan tengah malam. 33 00:01:26,920 --> 00:01:29,298 Tanda di mukanya pula? 34 00:01:29,298 --> 00:01:30,591 Ia tunjukkan kesan jatuh. 35 00:01:30,591 --> 00:01:32,217 Dia dihentak sekali di belakang kepalanya, 36 00:01:32,217 --> 00:01:33,802 jatuh tertiarap, hidungnya patah, 37 00:01:33,802 --> 00:01:36,430 sebab itulah ada tanda di bawah matanya dan pipinya. 38 00:01:36,430 --> 00:01:39,016 Kemudian dia dipukul dua kali lagi di belakang tengkorak. 39 00:01:39,016 --> 00:01:41,894 Kontusi pada wajahnya berlaku semasa dia masih hidup. 40 00:01:41,894 --> 00:01:43,604 Pukulan membunuh berlaku selepas itu. 41 00:01:43,604 --> 00:01:45,647 Ada sebarang bukti dia cuba pertahankan dirinya? 42 00:01:45,647 --> 00:01:47,733 Tiada kecederaan pertahanan yang kukuh. 43 00:01:47,733 --> 00:01:50,444 Kesan kulit defendan ditemui 44 00:01:50,444 --> 00:01:52,196 di bawah salah satu kuku jari mangsa. 45 00:01:52,196 --> 00:01:55,490 Ada kemungkinan dia mencakar defendan semasa cuba pertahankan diri? 46 00:01:55,490 --> 00:01:58,660 Ada kemungkinan. Nampak seperti dia tak jangkakannya. 47 00:01:58,660 --> 00:02:00,579 Awak mendakwa pukulan itu tak membunuhnya, 48 00:02:00,579 --> 00:02:03,457 - dia terbaring dalam keadaan berdarah? - Betul. 49 00:02:03,457 --> 00:02:05,000 - Dia menderita. - Memimpin. 50 00:02:05,000 --> 00:02:07,419 - Adakah dia menderita? - Saya tak boleh rumuskan begitu. 51 00:02:07,419 --> 00:02:10,297 Mungkin dia tak sedar selepas pukulan di tengkorak. 52 00:02:10,297 --> 00:02:13,800 Awak boleh singkirkan kemungkinan dia sedar dan menderita? 53 00:02:14,301 --> 00:02:15,844 Saya tak boleh singkirkannya. 54 00:02:15,844 --> 00:02:18,722 Doktor, awak ada penemuan lain yang berkaitan dengan Cik Polhemus? 55 00:02:18,722 --> 00:02:22,726 Ya. Dia hamil enam minggu semasa dia dibunuh. 56 00:02:23,727 --> 00:02:25,395 Yang Arif, sekarang, 57 00:02:25,395 --> 00:02:28,524 saya akan dedahkan persetujuan dua pihak untuk analisis DNA, 58 00:02:28,524 --> 00:02:31,860 yang mengesahkan kebapaan defendan. 59 00:02:31,860 --> 00:02:33,070 Baiklah. 60 00:02:33,070 --> 00:02:35,072 Jadi, defendan menghamilkan mangsa? 61 00:02:35,072 --> 00:02:36,448 Betul. 62 00:02:38,575 --> 00:02:39,576 Itu saja soalan saya. 63 00:02:40,577 --> 00:02:41,411 En. Horgan. 64 00:02:41,411 --> 00:02:44,456 Pembelaan takkan mencabar saksi ini, Yang Arif. 65 00:02:44,456 --> 00:02:47,167 - Dr. Kumagai... - Sebenarnya, saya dah tua dan saya... 66 00:02:47,918 --> 00:02:50,254 perlu pastikan saya tak terlepas apa-apa. 67 00:02:50,254 --> 00:02:52,756 Awak sebut, "Objek berat, nipis." 68 00:02:52,756 --> 00:02:53,841 Setahu saya, 69 00:02:53,841 --> 00:02:58,929 awak tak jumpa pelaku yang ayunkan objek berat, nipis itu. 70 00:02:58,929 --> 00:03:01,557 - Malah, ia tak mencadangkannya. - Betul. 71 00:03:01,557 --> 00:03:03,392 Awak buat penentuan bukan perubatan 72 00:03:03,392 --> 00:03:05,686 tentang pembunuh Carolyn Polhemus. 73 00:03:05,686 --> 00:03:07,688 Saya hanya boleh nyatakan dengan sangat yakin 74 00:03:07,688 --> 00:03:09,231 yang ini adalah homisid. 75 00:03:11,108 --> 00:03:17,197 Tiada objek berat, nipis atau senjata pembunuhan ditemui? 76 00:03:17,197 --> 00:03:18,282 Betul. 77 00:03:18,782 --> 00:03:19,783 Terima kasih. 78 00:03:23,537 --> 00:03:24,872 En. Molto. Soalan tambahan? 79 00:03:25,372 --> 00:03:26,248 Jangan. 80 00:03:27,416 --> 00:03:31,128 - Dah ada semuanya. Terus... - Doktor, selepas bedah siasat selesai, 81 00:03:31,128 --> 00:03:33,005 awak ada berjumpa defendan? 82 00:03:33,005 --> 00:03:36,592 Ya, dia datang ke pejabat kami dan dengan agresif bertegas nak lihat mayat. 83 00:03:36,592 --> 00:03:40,012 Adakah ia perkara biasa untuk pendakwa raya muncul begitu? 84 00:03:40,012 --> 00:03:42,306 Memang pernah berlaku, tapi bukan selalu. 85 00:03:42,306 --> 00:03:46,643 Adakah En. Sabich memang selalu datang untuk melihat mangsa? 86 00:03:46,643 --> 00:03:49,271 - Tidak. - Adakah En. Sabich pernah datang 87 00:03:49,271 --> 00:03:52,482 - melihat sendiri mangsa homisid? - Tak pernah. 88 00:03:52,482 --> 00:03:54,735 Tapi dia datang pada hari itu. Bagaimana perilakunya? 89 00:03:54,735 --> 00:03:58,780 - Dia resah, tak menentu, juga takut. - Takut? 90 00:03:58,780 --> 00:04:00,115 Saya tak faham waktu itu. 91 00:04:00,115 --> 00:04:01,408 Tapi awak faham sekarang? 92 00:04:01,408 --> 00:04:04,786 Saya andaikan dia bukan saja nak tahu penemuan saya, 93 00:04:04,786 --> 00:04:06,705 seperti dia rasa takut tentangnya. 94 00:04:07,581 --> 00:04:09,166 Ada sesuatu yang aneh tentangnya. 95 00:04:11,502 --> 00:04:12,503 Itu saja soalan saya. 96 00:04:13,420 --> 00:04:18,841 Doktor, awak ada sebarang asas psikologi untuk membuat diagnosis kelakuan 97 00:04:18,841 --> 00:04:21,887 apabila melibatkan keresahan, ketakutan atau... 98 00:04:22,971 --> 00:04:24,056 "aneh"? 99 00:04:24,056 --> 00:04:25,849 Saya ada sejarah dengan defendan, 100 00:04:25,849 --> 00:04:29,144 yang membolehkan saya berikan pendapat berdasarkan kelakuannya, 101 00:04:29,144 --> 00:04:31,146 dan dia bersikap aneh. 102 00:04:31,146 --> 00:04:33,106 Awak ada sejarah dengannya. Kamu berkawan? 103 00:04:33,106 --> 00:04:34,316 Rakan sekerja, bukan kawan. 104 00:04:34,316 --> 00:04:37,611 Bukan kawan. Malah, awak anggap klien saya orang yang teruk. 105 00:04:37,611 --> 00:04:40,405 - Bantahan. - Tunjukkan berat sebelah. 106 00:04:41,573 --> 00:04:42,574 Saya benarkan. 107 00:04:45,202 --> 00:04:48,622 Kadangkala keadaan jadi tegang dan saya menyesal panggil dia begitu. 108 00:04:48,622 --> 00:04:51,333 Awak tiada rasa berat sebelah, contohnya terhadap pendakwa raya? 109 00:04:51,917 --> 00:04:53,669 Sudah tentu tidak. Itu tak munasabah. 110 00:04:53,669 --> 00:04:55,462 - Awak pernah gelar saya tak guna? - Bantahan. 111 00:04:55,462 --> 00:04:57,589 Yang Arif, jika ada prejudis digunakan... 112 00:04:57,589 --> 00:04:58,966 Awas. 113 00:04:59,675 --> 00:05:00,509 Doktor. 114 00:05:01,426 --> 00:05:04,096 Kita juga pernah bertengkar beberapa kali. 115 00:05:04,096 --> 00:05:05,764 Ia perkara biasa dalam bidang kerja kita. 116 00:05:05,764 --> 00:05:08,600 Ia proses yang menimbulkan perbalahan, bertekanan tinggi 117 00:05:08,600 --> 00:05:10,978 dan kadangkala kita tenang dengan lepaskan kata-kata kesat. 118 00:05:10,978 --> 00:05:14,606 Tapi saya memang tiada berat sebelah terhadap pendakwa raya, 119 00:05:14,606 --> 00:05:16,733 dan saya sangat tersinggung. 120 00:05:16,733 --> 00:05:18,777 Awak pernah panggil Tommy Molto si tak guna? 121 00:05:18,777 --> 00:05:20,362 - Bantahan. - Tak sekerap awak. 122 00:05:20,362 --> 00:05:21,446 Dr. Kumagai. 123 00:05:21,446 --> 00:05:23,031 Mungkin inilah sebab awak tak dilantik semula. 124 00:05:23,031 --> 00:05:24,533 - Doktor. - Jangan berhenti kerja. 125 00:05:24,533 --> 00:05:25,868 Tak, betul. Awak dipecat, 126 00:05:25,868 --> 00:05:27,327 - bukan? Ya. - Dr. Kumagai. 127 00:05:27,327 --> 00:05:29,454 Kita perlu pergi. Tunduk. 128 00:05:34,960 --> 00:05:36,461 Terima. Dia dalam kereta. 129 00:05:48,891 --> 00:05:52,436 Kita dapat apa yang diperlukan. Dah dapat, tapi awak tak boleh diam. 130 00:05:53,020 --> 00:05:55,772 Itu yang saya cakap, dah beritahu. Bawa Kumagai, 131 00:05:55,772 --> 00:05:58,650 dan buat dia tentukan masa dan punca kematian 132 00:05:58,650 --> 00:06:00,569 dan kebapaan bayi itu. 133 00:06:00,569 --> 00:06:02,905 Tapi awak tak boleh biarkan saja. 134 00:06:02,905 --> 00:06:07,409 Sekarang, kita ada pemeriksa perubatan yang dianggap terkilan, 135 00:06:07,409 --> 00:06:10,412 - berdendam, tak puas hati. - Ia kenyataan yang penting. 136 00:06:10,412 --> 00:06:13,665 Rusty Sabich yang semua orang kenal dan sayang takkan lakukannya, 137 00:06:13,665 --> 00:06:16,335 jadi apabila ada peluang, kita perlu sedarkan mereka 138 00:06:16,335 --> 00:06:19,129 yang pada satu tahap dia bukan lagi lelaki yang mereka kenal. 139 00:06:19,129 --> 00:06:20,172 Ia kemenangan. 140 00:06:20,172 --> 00:06:23,217 Saya anggap ia kekalahan. 141 00:06:23,217 --> 00:06:25,886 Ia kes berdasarkan keadaan yang akan dibina berdasarkan kepingan, 142 00:06:25,886 --> 00:06:28,430 peningkatan paling kecil dan sedikit. 143 00:06:28,430 --> 00:06:30,516 Kumagai adalah kepingan pertama. 144 00:06:31,099 --> 00:06:33,477 Rusty Sabich tak waras, kepingan yang lain. 145 00:06:35,896 --> 00:06:39,608 Kulit di bawah kuku jari Carolyn tiada dalam laporan awal. 146 00:06:40,734 --> 00:06:42,110 Sains Forensik banyak tunggakan kerja. 147 00:06:43,570 --> 00:06:46,448 Kumagai ambil masa lebih lama dengan bahagian analisis itu. 148 00:06:49,493 --> 00:06:53,038 Ahli patologi forensik, dia dijangkakan lebih sukar. 149 00:06:53,038 --> 00:06:54,456 Jeremy Buck. 150 00:06:54,456 --> 00:06:58,168 Dia mungkin yang terbaik. Saya selalu pilih dia. Awak pun sama, Rusty. 151 00:06:58,168 --> 00:07:00,045 Dia beri kenyataan tepat dan gambaran terperinci, 152 00:07:00,045 --> 00:07:04,299 jadi kami rasa lebih bagus jika kamu tak melihat gambar sebenar. 153 00:07:04,299 --> 00:07:09,179 Terus-terang, neutral, kaku. Okey? 154 00:07:11,056 --> 00:07:13,308 Boleh kita bercakap tentang bahasa tubuh sekejap? 155 00:07:13,308 --> 00:07:14,476 Kenapa dengannya? 156 00:07:14,476 --> 00:07:17,187 Sebenarnya, kami tak suka apa kami lihat hari ini. 157 00:07:17,187 --> 00:07:18,939 Kamu perlu nampak bersatu. 158 00:07:18,939 --> 00:07:21,400 Juri akan melihat daripada awak, 159 00:07:21,400 --> 00:07:25,279 dan saya perlu lihat, "Saya cinta dia. Saya percaya dia" sepanjang masa. 160 00:07:25,779 --> 00:07:28,782 Jika media memenuhi kamar mahkamah seperti hari ini lagi, 161 00:07:28,782 --> 00:07:32,870 Rusty, mungkin awak patut peluk Barbara dan lindungi dia. 162 00:07:35,622 --> 00:07:36,623 Barbara? 163 00:07:39,126 --> 00:07:40,252 Jadi... 164 00:07:42,254 --> 00:07:44,464 kita nak juri percaya yang dia melindungi saya. 165 00:07:46,008 --> 00:07:48,969 Ya, lebih kurang. Dalam situasi itu. 166 00:07:51,138 --> 00:07:52,139 Raymond, saya... 167 00:07:54,808 --> 00:07:56,435 tak boleh cakap saya tahu kerja awak, 168 00:07:57,144 --> 00:07:59,313 tapi saya rasa menghina kebijaksanaan juri 169 00:07:59,313 --> 00:08:00,898 bukanlah cara terbaik. 170 00:08:02,482 --> 00:08:05,903 Kemungkinan besar mereka akan nampak muka saya terkejut. 171 00:08:06,653 --> 00:08:08,697 Suami saya dibicarakan untuk pembunuhan kejam. 172 00:08:08,697 --> 00:08:11,074 Bagaimana saya nak rasa perasaan lain selain daripada terkejut? 173 00:08:19,124 --> 00:08:21,126 Perbicaraan selalunya berakhir kepada penceritaan. 174 00:08:22,544 --> 00:08:23,962 Versi terbaik menang. 175 00:08:24,546 --> 00:08:26,757 Awak pula sebahagian daripada cerita kami, 176 00:08:26,757 --> 00:08:29,301 dan kemarahan awak takkan buat kita menang. 177 00:08:38,769 --> 00:08:41,230 Sangat sukar untuk saya berada di situ, 178 00:08:41,855 --> 00:08:44,900 untuk saksikan semua yang akan dikatakan, 179 00:08:44,900 --> 00:08:46,527 semua imej yang digambarkan. 180 00:08:50,280 --> 00:08:51,990 Saya berada di sana... 181 00:08:54,868 --> 00:08:58,789 sudah tunjukkan kepada juri yang saya percaya suami saya tak salah. 182 00:09:00,290 --> 00:09:01,959 Saya perlu jadi orang yang boleh dipercayai. 183 00:09:02,459 --> 00:09:05,212 Tapi untuk jadi orang yang boleh dipercayai, saya perlu jujur. 184 00:09:07,005 --> 00:09:09,049 Itulah yang saya akan jadi di kamar mahkamah itu. 185 00:09:10,759 --> 00:09:14,888 Saya akan biarkan mereka lihat kebenaran saya. 186 00:09:16,723 --> 00:09:18,892 Tentang ketakutan saya, yang saya... 187 00:09:20,310 --> 00:09:21,520 rasa jijik, 188 00:09:22,604 --> 00:09:25,065 yang saya menolak perbuatan keji itu, 189 00:09:26,984 --> 00:09:30,529 yang saya tersinggung dengan andaian yang ayah kepada anak-anak saya mungkin... 190 00:09:32,072 --> 00:09:34,157 bertanggungjawab atas perbuatan keji itu. 191 00:09:38,120 --> 00:09:40,914 Ini waktu yang teruk dalam hidup saya. 192 00:09:43,542 --> 00:09:45,586 Saya takkan pura-pura jadi yang sebaliknya. 193 00:09:50,299 --> 00:09:52,217 Bukan untuk kamu berdua atau para juri. 194 00:10:17,701 --> 00:10:22,414 Kami jumpa sel kulit di bawah kuku jari tangan kanannya, 195 00:10:22,414 --> 00:10:24,708 DNA yang sepadan dengan defendan. 196 00:10:24,708 --> 00:10:28,378 Kami juga jumpa kesan air liur pada wajah mangsa 197 00:10:28,378 --> 00:10:31,798 dan pada kolar kemeja-T yang dia pakai. 198 00:10:31,798 --> 00:10:33,800 DNA sepadan dengan defendan. 199 00:10:33,800 --> 00:10:39,306 Anehnya, kami tak jumpa DNA pada tali yang digunakan untuk ikat tubuh. 200 00:10:39,306 --> 00:10:40,933 Kenapa awak cakap "anehnya"? 201 00:10:40,933 --> 00:10:42,017 Ia terlalu teliti. 202 00:10:42,017 --> 00:10:43,519 RAKYAT CHICAGO LAWAN ROZAT SABICH 203 00:10:43,519 --> 00:10:46,563 Pelaku sangat berhati-hati untuk tak tinggalkan sebarang bukti. 204 00:10:46,563 --> 00:10:51,068 Jarang dapat lihat tempat kejadian yang penuh darah dan bersepah, 205 00:10:51,652 --> 00:10:56,156 tapi sangat bersih daripada sudut pembuktian. 206 00:10:56,156 --> 00:10:57,574 Apa maksudnya pada awak? 207 00:10:57,574 --> 00:11:02,204 Kerja keras untuk membersih, menyembunyikannya. 208 00:11:02,204 --> 00:11:05,874 Berdasarkan pengalaman awak selama 20 tahun sebagai patologi forensik, 209 00:11:05,874 --> 00:11:07,751 apa pendapat awak tentang apa yang berlaku? 210 00:11:07,751 --> 00:11:13,215 Pendapat saya adalah pembunuhan akibat berang secara tiba-tiba... 211 00:11:13,215 --> 00:11:14,216 tak dirancang... 212 00:11:14,216 --> 00:11:17,094 diikuti dengan tindakan teliti, 213 00:11:17,094 --> 00:11:20,681 berkaedah, pascanilai untuk mengikatnya. 214 00:11:20,681 --> 00:11:22,516 Itu saja soalan saya. Terima kasih. 215 00:11:22,516 --> 00:11:25,269 Awak pernah lihat mayat diikat begitu? 216 00:11:25,269 --> 00:11:30,399 Saya pernah ada kes homisid beberapa tahun lalu dengan badan diikat 217 00:11:30,399 --> 00:11:33,026 dengan gaya kejam yang sama. 218 00:11:33,026 --> 00:11:37,698 Siapa pendakwa raya yang kendalikan pendakwaan homisid itu? 219 00:11:37,698 --> 00:11:41,201 {\an8}Ada dua orang, Carolyn Polhemus dan Rusty Sabich. 220 00:11:41,201 --> 00:11:44,496 {\an8}Nama pembunuh dalam kes itu ialah Liam Reynolds. 221 00:11:46,540 --> 00:11:48,333 - Dia telah didakwa. - Betul. 222 00:11:48,333 --> 00:11:50,085 Didakwa oleh pendakwa raya 223 00:11:50,085 --> 00:11:52,671 {\an8}- Carolyn Polhemus dan Rusty Sabich. - Betul. 224 00:11:52,671 --> 00:11:56,884 {\an8}Selepas didakwa oleh Carolyn Polhemus dan Rusty Sabich, 225 00:11:56,884 --> 00:11:58,677 {\an8}dia mengugut untuk balas dendam kepada mereka. 226 00:11:58,677 --> 00:12:00,512 {\an8}- Awak tahu tentangnya? - Ya. 227 00:12:00,512 --> 00:12:05,058 {\an8}Saya bukan pakar tentang sains balas dendam, tapi saya syak 228 00:12:05,058 --> 00:12:07,352 - bunuh seseorang dan perangkap yang lain... - Bantahan. 229 00:12:07,352 --> 00:12:09,897 - ...adalah sangat... - Diterima. Ke depan sekarang. 230 00:12:20,574 --> 00:12:21,491 Kita dah berbincang. 231 00:12:21,491 --> 00:12:23,702 Pejabat ini tak pernah siasat En. Reynolds... 232 00:12:23,702 --> 00:12:25,370 Setahu saya, mereka tak pernah siasat saya. 233 00:12:25,370 --> 00:12:27,331 Bukan tugas mereka untuk siasat semua orang. 234 00:12:27,331 --> 00:12:30,000 - Mereka tiada kewajipan buktikannya. - Dia buat ancaman secara terbuka 235 00:12:30,000 --> 00:12:32,169 - kepada Carolyn dan Rusty. - Ya, dia buat ancaman... 236 00:12:32,169 --> 00:12:34,213 - Saya fikir penting untuk juri tahu. - ...kosong. 237 00:12:34,213 --> 00:12:36,173 - Kenapa tak boleh... - Tak patut diendahkan. 238 00:12:36,173 --> 00:12:37,424 ...masukkannya dalam rekod? 239 00:12:37,424 --> 00:12:40,093 Beri saya sesuatu yang nyata dan saya akan benarkan awak meneroka. 240 00:12:41,512 --> 00:12:44,515 Jika tidak, jangan buang masa. Kembali ke tempat masing-masing. 241 00:12:54,650 --> 00:12:59,571 En. Buck, awak tahu yang klien saya dan si mati 242 00:12:59,571 --> 00:13:01,782 - ada hubungan romantik. - Ya. 243 00:13:01,782 --> 00:13:05,077 Semasa awak cakap, "kulit ditemui di bawah kuku jari," 244 00:13:05,077 --> 00:13:09,039 maksud awak kulit sebenar, cebisan kulit, 245 00:13:09,039 --> 00:13:10,791 macam dia dicakar? 246 00:13:10,791 --> 00:13:14,962 Tak, bukan cebisan kulit yang boleh dilihat. Sel. 247 00:13:14,962 --> 00:13:18,090 Jika saya cakar muka begini, 248 00:13:18,090 --> 00:13:20,592 seseorang akan jumpa sel kulit di bawah kuku jari saya? 249 00:13:21,260 --> 00:13:22,427 Ada kemungkinan. 250 00:13:22,427 --> 00:13:26,431 Jadi, jika Rusty Sabich cium Carolyn Polhemus, dan semasa bercium, 251 00:13:26,431 --> 00:13:32,354 Carolyn tak sengaja lalukan kuku jarinya di leher atau belakang badannya, 252 00:13:32,354 --> 00:13:36,859 bolehkah itu diambil kira sebagai kesan air liur yang ditemui padanya 253 00:13:36,859 --> 00:13:40,904 dan DNA yang ditemui di bawah kuku jarinya? Adakah ia tak mustahil? 254 00:13:42,614 --> 00:13:43,699 Rasanya. 255 00:13:43,699 --> 00:13:46,577 Jadi, DNA yang awak cadangkan sebagai dia membunuhnya, 256 00:13:47,160 --> 00:13:52,249 boleh dikatakan dengan mudah dan mencadangkan Rusty menciumnya. 257 00:14:00,299 --> 00:14:02,134 Awak faham perbezaannya? 258 00:14:56,855 --> 00:14:57,981 Awak perlu dibuang. 259 00:15:32,558 --> 00:15:35,811 Awak tahu yang defendan dan Cik Polhemus ada hubungan sulit? 260 00:15:35,811 --> 00:15:38,105 - Saya tahu. - Bagaimana awak tahu? 261 00:15:38,689 --> 00:15:42,317 Saya ada banyak sebab untuk mengesyakinya. 262 00:15:42,317 --> 00:15:44,528 Tentang waktu saya tahu... 263 00:15:46,363 --> 00:15:48,532 saya nak hantar fail ke pejabat Rusty. 264 00:15:48,532 --> 00:15:51,034 Dah lewat. Saya fikir dia dah balik. Dia belum balik. 265 00:15:51,034 --> 00:15:53,579 Saya berjalan masuk. Dia sedang cium Carolyn. 266 00:15:56,123 --> 00:15:57,082 Ya? 267 00:15:57,624 --> 00:16:01,044 - Saya ada kes Robert. - Ya. 268 00:16:01,044 --> 00:16:02,129 - Ya. - Ya. 269 00:16:03,213 --> 00:16:05,424 - Terima kasih. Ya. - Ini dia. Saya jumpa awak esok. 270 00:16:05,424 --> 00:16:08,051 Saya beredar segera dan Carolyn ekori saya. 271 00:16:08,051 --> 00:16:13,724 Ia sangat memalukan dan saya beredar. 272 00:16:13,724 --> 00:16:15,684 - Bila ia berlaku? - Februari lalu. 273 00:16:15,684 --> 00:16:17,769 Ada insiden lain yang awak pernah nampak? 274 00:16:17,769 --> 00:16:20,230 Tiada hubungan seksual terang-terangan, cuma gosip pejabat. 275 00:16:20,230 --> 00:16:24,651 Tapi, saya yakin ada hubungan tersembunyi. 276 00:16:25,986 --> 00:16:27,029 Contohnya? 277 00:16:27,529 --> 00:16:31,575 Pernah sekali ternampak mereka di tempat letak kereta bawah tanah. 278 00:16:31,575 --> 00:16:34,661 Rasanya mereka sedang bertengkar. 279 00:16:34,661 --> 00:16:37,998 - ...bersama. Saya tak tahu. Apa? - Jauhkan diri. 280 00:16:37,998 --> 00:16:40,542 Tapi saya hanya tanya soalan. Jadi jika awak boleh... 281 00:16:40,542 --> 00:16:42,044 Sudahlah. Tolonglah. 282 00:16:42,044 --> 00:16:44,755 Carolyn dalam kereta, Rusty ketuk tingkap keretanya, 283 00:16:44,755 --> 00:16:45,714 dan dia meluru pergi. 284 00:16:45,714 --> 00:16:47,090 Tak guna! 285 00:16:47,090 --> 00:16:49,927 Awak pernah bercakap tentangnya dengan En. Sabich? 286 00:16:49,927 --> 00:16:51,220 Pernah. 287 00:16:52,638 --> 00:16:53,722 Apa yang awak cakap? 288 00:16:54,973 --> 00:16:56,600 Saya beritahu dia yang saya... 289 00:16:56,600 --> 00:17:01,355 risau dia, entahlah, hilang kawalan. 290 00:17:01,355 --> 00:17:03,941 - Hilang kawalan? - Kepada Carolyn. 291 00:17:04,525 --> 00:17:08,945 Dia, semakin tak teratur, 292 00:17:09,695 --> 00:17:10,696 obsesif. 293 00:17:14,201 --> 00:17:18,664 Awak tak suka hubungan antara En. Sabich dan Cik Polhemus? 294 00:17:18,664 --> 00:17:20,165 - Awak tak suka? - Saya tak suka. 295 00:17:20,165 --> 00:17:23,042 Awak memang tak suka Carolyn Polhemus, bukan? 296 00:17:23,042 --> 00:17:26,380 Bukan tentang itu. Ia tak profesional. 297 00:17:27,089 --> 00:17:29,258 Awak tak suka Carolyn, bukan? 298 00:17:29,258 --> 00:17:30,801 Saya tak suka. 299 00:17:30,801 --> 00:17:35,556 Awak pernah adukan kebimbangan tak profesional itu kepada Sumber Manusia? 300 00:17:35,556 --> 00:17:37,432 Tidak. 301 00:17:40,227 --> 00:17:43,939 Setahu awak, Cik Polhemus tak pernah buat aduan kepada Sumber Manusia 302 00:17:43,939 --> 00:17:45,190 tentang En. Sabich? 303 00:17:45,190 --> 00:17:46,233 Betul. 304 00:17:46,733 --> 00:17:51,488 Setahu awak, dia pernah buat aduan kepada Sumber Manusia tentang sesiapa? 305 00:17:52,823 --> 00:17:53,824 Ya. 306 00:17:55,325 --> 00:17:56,201 Siapa? 307 00:17:58,370 --> 00:17:59,538 Tommy Molto. 308 00:18:16,930 --> 00:18:17,931 Ya. 309 00:18:21,101 --> 00:18:25,147 Awak tahu jika saya pernah bersikap tak profesional atau tak wajar 310 00:18:25,147 --> 00:18:26,899 berkaitan dengan Cik Polhemus? 311 00:18:26,899 --> 00:18:28,984 Setahu saya tiada. 312 00:18:28,984 --> 00:18:31,111 Awak tahu tentang aduan 313 00:18:31,111 --> 00:18:32,487 yang difailkan kepada Sumber Manusia? 314 00:18:32,487 --> 00:18:35,824 Saya cuma tahu dia tak nak bekerja dengan apa-apa kes bersama awak. 315 00:18:35,824 --> 00:18:38,827 Dia cakap awak buat dia rasa jijik. 316 00:18:43,624 --> 00:18:49,046 Okey. Awak pernah lihat saya berkelakuan tak profesional terhadap mangsa? 317 00:18:49,046 --> 00:18:50,214 Tak juga. 318 00:18:50,214 --> 00:18:52,549 Bagaimana dengan Rusty Sabich? 319 00:19:00,390 --> 00:19:01,391 Pernah. 320 00:19:01,391 --> 00:19:05,687 Ya. Defendan nampak taasub, tak dapat kawal diri kerana Carolyn. 321 00:19:05,687 --> 00:19:07,272 Itu kenyataan awak? 322 00:19:07,272 --> 00:19:08,649 Itu kenyataan saya. 323 00:19:11,235 --> 00:19:12,653 Terima kasih banyak. 324 00:19:34,633 --> 00:19:35,968 Hei. 325 00:19:37,636 --> 00:19:38,720 Jangan takut. 326 00:19:42,391 --> 00:19:44,977 Saya hampir rasa simpati kepada Tommy. 327 00:19:48,647 --> 00:19:49,898 Saya pun sama, 328 00:19:50,482 --> 00:19:54,361 tapi kemudian saya ingat yang dia macam lipas. 329 00:19:54,361 --> 00:19:57,614 Tak boleh lenyek dia. Dia tetap akan sentiasa muncul. 330 00:19:59,366 --> 00:20:03,203 Betul apa yang dia cakap. 331 00:20:03,787 --> 00:20:05,038 Awak risau. 332 00:20:05,038 --> 00:20:09,501 Jika juri tetap dengan sokongan bukti, 333 00:20:09,501 --> 00:20:11,253 saya suka keadaan sekarang, tapi... 334 00:20:12,880 --> 00:20:17,467 jika mereka perlu seseorang untuk dituduh, Rusty orangnya. 335 00:20:36,320 --> 00:20:37,196 Kamu okey? 336 00:20:39,239 --> 00:20:40,240 Ayah okey? 337 00:20:53,712 --> 00:20:54,713 Dalam kelas psikologi saya, 338 00:20:54,713 --> 00:20:58,175 kami baca sesuatu tentang trauma dan memisahkan diri. 339 00:20:58,759 --> 00:21:02,054 Bagaimana otak boleh lindungi seseorang daripada diri mereka sendiri. 340 00:21:02,054 --> 00:21:03,639 Macam secara sukarela... 341 00:21:05,933 --> 00:21:08,310 asingkan diri daripada realiti. 342 00:21:10,187 --> 00:21:11,230 Ayah pernah rasa begitu? 343 00:21:13,857 --> 00:21:14,858 Maksud kamu? 344 00:21:18,111 --> 00:21:19,112 Cuma... 345 00:21:25,077 --> 00:21:27,496 Manusia boleh asingkan diri daripada memori mereka. 346 00:21:29,831 --> 00:21:30,832 Jika ia... 347 00:21:33,001 --> 00:21:35,879 Jika mereka buat sesuatu yang mereka tak boleh berdamai dengannya atau... 348 00:21:37,923 --> 00:21:40,050 apa yang mereka anggap diri mereka... 349 00:21:42,970 --> 00:21:44,888 ia boleh menyebabkan perpecahan. 350 00:21:44,888 --> 00:21:46,265 Memori ayah okey. 351 00:22:42,196 --> 00:22:43,906 Rusty, saya nak bercakap dengan awak. 352 00:22:51,788 --> 00:22:52,915 Okey. 353 00:22:54,458 --> 00:22:57,169 Jadi, beberapa bulan lalu... 354 00:23:00,130 --> 00:23:03,884 semasa saya dipecat dari galeri, 355 00:23:04,635 --> 00:23:09,264 saya mula pergi ke bar pada waktu siang. 356 00:23:12,142 --> 00:23:13,477 Kemudian... 357 00:23:14,853 --> 00:23:18,106 bar itu ada pelayan dan dia... 358 00:23:19,525 --> 00:23:21,360 ada Doktor Falsafah dalam seni. 359 00:23:21,360 --> 00:23:23,862 Kami berbual dan... 360 00:23:27,115 --> 00:23:29,701 sebenarnya kami serasi, dan... 361 00:23:32,996 --> 00:23:36,458 kami bercium. Saya cium dia. 362 00:23:41,505 --> 00:23:43,090 Tapi itu saja yang berlaku. 363 00:24:21,962 --> 00:24:25,632 Ia hanya untuk alih perhatian. Ia... 364 00:24:27,509 --> 00:24:29,136 Ia cuma ciuman. 365 00:24:30,971 --> 00:24:32,139 Di mana ia berlaku? 366 00:24:34,933 --> 00:24:36,518 Di pangsapurinya. 367 00:24:38,478 --> 00:24:41,023 - Saya pergi lihat karya seninya. - Di pangsapurinya? 368 00:24:42,608 --> 00:24:44,568 - Itu saja. - Awak nak lihat... 369 00:24:45,194 --> 00:24:47,571 karya seninya? 370 00:25:00,792 --> 00:25:02,419 - Awak berasmara dengan dia? - Tak. 371 00:25:04,505 --> 00:25:05,589 Tak. 372 00:25:10,302 --> 00:25:12,012 Kenapa baru beritahu sekarang? 373 00:25:14,348 --> 00:25:16,934 Saya nak jujur dengan awak. 374 00:25:20,395 --> 00:25:23,607 Saya fikir kita jujur dengan satu sama lain. 375 00:25:23,607 --> 00:25:27,486 Saya sedang dalam perbicaraan untuk hidup saya. 376 00:25:29,613 --> 00:25:30,614 Jujur? 377 00:25:33,450 --> 00:25:34,535 Saya tahu. 378 00:25:35,452 --> 00:25:38,121 Awak datang setiap hari dan mengasak saya. 379 00:25:38,705 --> 00:25:40,040 Awak mengasak saya. 380 00:25:40,040 --> 00:25:42,668 "Apa berlaku di sini?" "Apa berlaku di sana?" 381 00:25:42,668 --> 00:25:44,545 "Kenapa tak beritahu saya tentang awak dan dia?" 382 00:25:45,128 --> 00:25:46,839 Soalan demi soalan. 383 00:25:47,422 --> 00:25:50,467 Apabila saya beritahu awak, "Saya cuma nak cuba jujur, 384 00:25:50,467 --> 00:25:54,388 saya cuma cuba beritahu awak apa yang berlaku seperti yang saya ingat. 385 00:25:54,388 --> 00:25:57,724 Saya tak boleh beri sebab sepanjang masa," 386 00:25:58,350 --> 00:26:01,687 awak terus mengasak saya dengan soalan. 387 00:26:01,687 --> 00:26:03,188 - Ini tak adil. - Sudah. 388 00:26:03,188 --> 00:26:07,276 Ia tak adil? Tak adil, Barbara? Apa yang adil? 389 00:26:07,276 --> 00:26:08,652 Apa yang adil sekarang? 390 00:26:08,652 --> 00:26:09,987 Bagaimana perasaannya? 391 00:26:10,487 --> 00:26:11,488 Apa? 392 00:26:11,488 --> 00:26:14,575 Bagaimana perasaannya apabila buat kesilapan? 393 00:26:15,450 --> 00:26:16,535 Tolonglah. 394 00:26:17,661 --> 00:26:21,081 - Pergi mati, Rusty. - Saya pergi mati? Saya? 395 00:27:58,136 --> 00:28:00,639 - Saya nak keluar. - Kunci mak di dapur? 396 00:28:04,852 --> 00:28:06,103 Boleh basuh mangkuk kamu? 397 00:28:06,103 --> 00:28:07,312 - Baiklah. - Ia di sini. 398 00:28:07,312 --> 00:28:10,023 - Jangan lupa kerja sekolah geometri. - Dalam beg saya. 399 00:28:10,023 --> 00:28:12,985 - Awak akan datang? - Tak, saya nak jumpa Lorraine. 400 00:28:12,985 --> 00:28:14,319 - Saya dah lewat. - Barbara? 401 00:28:16,405 --> 00:28:17,990 Kyle, dah ambil makanan tengah hari? 402 00:28:17,990 --> 00:28:19,074 Ya. 403 00:28:34,506 --> 00:28:37,342 Saya boleh datang. Saya pengganti yang bagus. 404 00:28:39,636 --> 00:28:44,308 Sayang. Tak mengapa. Ayah okey. Serius. 405 00:28:55,235 --> 00:28:57,362 Maaf jika saya buat ayah sedih malam tadi. 406 00:29:25,057 --> 00:29:27,309 Kenapa beritahu dia? 407 00:29:27,309 --> 00:29:30,062 - Entahlah, Lorraine. - Itu idea yang teruk. 408 00:29:30,062 --> 00:29:31,146 Saya tahu. 409 00:29:32,397 --> 00:29:34,399 Cuma sejak kebelakangan ini kami... 410 00:29:36,109 --> 00:29:37,236 saya fikir... 411 00:29:38,612 --> 00:29:41,198 saya rasa kami serasi semula. 412 00:29:41,198 --> 00:29:42,449 Saya rasa... 413 00:29:44,076 --> 00:29:45,619 ...rapat dan selamat. 414 00:29:45,619 --> 00:29:47,329 - Kemudian... - Okey. 415 00:29:49,039 --> 00:29:52,084 ...isu tentang Clifton tiba-tiba rasa sangat memberi tekanan 416 00:29:52,084 --> 00:29:55,754 dan saya perlu... 417 00:29:56,338 --> 00:29:57,673 Luahkannya. 418 00:29:59,383 --> 00:30:00,384 Ya. 419 00:30:00,384 --> 00:30:02,219 Ia tak berjalan lancar? 420 00:30:06,181 --> 00:30:07,182 Tak. 421 00:30:08,559 --> 00:30:11,603 Sebab itulah awak takkan ke mahkamah sendirian lagi. 422 00:30:11,603 --> 00:30:13,230 Saya akan ada di sisi awak. 423 00:30:13,230 --> 00:30:15,607 Saya akan ke sana semula, cuma bukan hari ini. 424 00:30:17,025 --> 00:30:22,531 Hari ini, mereka akan tunjukkan semua yang mereka temui di komputernya dan Carolyn. 425 00:30:22,531 --> 00:30:23,574 Ya. 426 00:30:23,574 --> 00:30:28,328 Rasanya saya tak boleh duduk di situ, mendengar semua kata cintanya... 427 00:30:28,328 --> 00:30:30,581 - Oh Tuhan. - ...dan macam-macam lagi. 428 00:30:31,707 --> 00:30:34,918 Awak tahu pada malam dia dibunuh, Rusty hantar 30 mesej kepadanya? 429 00:30:35,711 --> 00:30:36,712 Oh Tuhan. 430 00:30:37,337 --> 00:30:40,132 Sebenarnya, saya rasa itulah bahagian paling teruk dalam kes ini. 431 00:30:40,132 --> 00:30:41,383 Tiga puluh kali? 432 00:30:44,261 --> 00:30:46,638 Ayahnya baru failkan arahan perlindungan, 433 00:30:46,638 --> 00:30:48,682 cuba menghalang anaknya daripada beri kenyataan. 434 00:30:48,682 --> 00:30:50,934 - Biar betul. - Saya menolak cadangan itu. 435 00:30:50,934 --> 00:30:52,728 Tapi saya faham sebab dia buat begitu. 436 00:30:52,728 --> 00:30:55,147 Ia akan mengancam mencetuskan huru-hara emosi 437 00:30:55,147 --> 00:30:56,857 untuk budak yang dah lalui terlalu banyak perkara. 438 00:30:56,857 --> 00:30:59,359 - Dia saksi penting. Jadi... - Dengar dahulu. 439 00:30:59,359 --> 00:31:02,529 Saya tak nak keluarga ini lalui kesakitan yang tak sepatutnya, 440 00:31:02,529 --> 00:31:04,948 sama ada perlu atau tidak. 441 00:31:05,532 --> 00:31:10,579 Paling teruk, kes ini akan jadi pembunuhan darjah kedua dan kamu tahu. 442 00:31:11,079 --> 00:31:14,458 Walaupun jika saksi kamu beri kenyataan yang ia pembunuhan tanpa niat. 443 00:31:14,458 --> 00:31:15,709 Ia takkan jadi darjah pertama. 444 00:31:15,709 --> 00:31:18,504 Arahan saya takkan sebabkan ia jadi begitu. 445 00:31:19,796 --> 00:31:23,258 Pada pendapat saya, kemungkinan awak bebas juga sangat tipis. 446 00:31:23,258 --> 00:31:25,844 {\an8}Kita boleh akhirkan kes ini sebagai pematian orang secara sukarela. 447 00:31:25,844 --> 00:31:26,970 - Jangan harap. - Tidak. 448 00:31:29,515 --> 00:31:31,058 Awak akan dapat pendakwaan. 449 00:31:31,058 --> 00:31:33,060 Awak boleh teruskan hidup selepas lapan tahun. 450 00:31:33,060 --> 00:31:35,437 - Nampak bagus. - Saya tak terima sebarang pendakwaan. 451 00:31:35,437 --> 00:31:37,856 Saya hanya akan terima pengguguran dakwaan dan permohonan maaf. 452 00:31:39,316 --> 00:31:40,901 Peluang terakhir. 453 00:31:42,903 --> 00:31:44,905 Ada sesiapa nak mengalah? 454 00:31:48,325 --> 00:31:49,326 Baiklah. 455 00:31:50,744 --> 00:31:53,997 Teruskanlah dengan budak itu secara berhati-hati. 456 00:32:12,349 --> 00:32:13,350 Jay? 457 00:32:21,650 --> 00:32:22,818 Hei, sayang. 458 00:32:24,069 --> 00:32:26,738 Hei, sayang. 459 00:32:27,698 --> 00:32:29,116 Nak naik ke katil? 460 00:32:30,492 --> 00:32:32,244 Naik ke katil. 461 00:33:25,005 --> 00:33:26,340 Awak ingat semasa mereka... 462 00:33:27,758 --> 00:33:31,136 kecil dan tertidur, kita perhatikan mereka selama berjam-jam. 463 00:33:33,305 --> 00:33:34,765 Mod penjaga. 464 00:34:10,132 --> 00:34:11,385 Kenapa awak bertahan? 465 00:34:30,696 --> 00:34:35,117 Sebab yang sama macam awak. 466 00:34:53,969 --> 00:34:57,890 Michael, kita pernah bertemu dan saya ucapkan takziah. 467 00:34:57,890 --> 00:34:59,516 Saya nak buat perkara sama sekarang. 468 00:34:59,516 --> 00:35:02,477 Disebabkan kehilangan ibu awak, juga sebab trauma 469 00:35:02,477 --> 00:35:04,771 berada di mahkamah hari ini. 470 00:35:04,771 --> 00:35:06,648 Ia perkara teruk yang kami minta awak buat, 471 00:35:06,648 --> 00:35:10,777 tapi ia sebab perkara teruk berlaku kepada ibu awak. 472 00:35:10,777 --> 00:35:11,945 En. Molto. 473 00:35:11,945 --> 00:35:15,407 Saya nak awak fokus pada malam ibu awak dibunuh. 474 00:35:15,407 --> 00:35:17,075 Boleh beritahu saya lokasi awak? 475 00:35:17,075 --> 00:35:18,327 Saya sedang makan malam di rumah. 476 00:35:18,327 --> 00:35:21,455 Saya tonton TV atau sesuatu. Mungkin main permainan video. 477 00:35:21,455 --> 00:35:23,457 Kemudian saya keluar dari rumah dan pergi ke sana. 478 00:35:23,457 --> 00:35:26,043 Supaya semua jelas, awak keluar rumah 479 00:35:26,043 --> 00:35:28,378 yang awak tinggal dengan ayah awak, Dalton Caldwell, 480 00:35:28,378 --> 00:35:31,340 kemudian awak cakap awak ke sana. Di mana ke sana itu? 481 00:35:31,340 --> 00:35:32,508 Ke rumah ibu saya. 482 00:35:32,508 --> 00:35:34,259 Untuk buat apa? 483 00:35:34,259 --> 00:35:36,345 Hubungan saya dan ibu tak begitu baik. 484 00:35:36,345 --> 00:35:37,596 Dia tak suka saya di sana. 485 00:35:38,180 --> 00:35:41,767 Saya tak dijemput. Ia buat saya keliru. 486 00:35:41,767 --> 00:35:45,187 Kadangkala saya hanya ke rumah itu untuk memerhati. 487 00:35:46,146 --> 00:35:46,980 Memerhati? 488 00:35:46,980 --> 00:35:50,234 Perhatikan hidup yang dia lebih suka saya tak terlibat dengannya. 489 00:35:50,234 --> 00:35:53,237 Rasanya saya dah jelaskan semuanya kepada awak sebelum ini. 490 00:35:54,238 --> 00:35:55,906 Awak kerap ke rumah ibu awak? 491 00:35:55,906 --> 00:35:59,660 Kadangkala. Entahlah. Sekali atau dua kali sebulan. 492 00:35:59,660 --> 00:36:01,703 Apa yang awak buat apabila awak berada di sana? 493 00:36:01,703 --> 00:36:04,331 Biasanya saya hanya renung rumah itu dari jauh, dalam gelap 494 00:36:04,331 --> 00:36:05,791 supaya dia tak nampak saya. 495 00:36:06,291 --> 00:36:09,586 Kadangkala saya nampak orang masuk. Selalunya dia. 496 00:36:09,586 --> 00:36:13,674 Ingat yang saksi merujuk kepada defendan, Rusty Sabich. 497 00:36:13,674 --> 00:36:14,716 Saya tahu apa yang mereka buat. 498 00:36:14,716 --> 00:36:16,552 - Bantahan. - Diterima. 499 00:36:16,552 --> 00:36:18,720 Hanya jawab soalan yang ditanya, Michael. 500 00:36:18,720 --> 00:36:21,473 Jika pada bila-bila masa awak rasa nak berehat, 501 00:36:21,473 --> 00:36:22,891 beritahu saja kepada saya, okey? 502 00:36:23,851 --> 00:36:25,769 - Ya. - Mari teruskan. 503 00:36:25,769 --> 00:36:26,854 Okey. 504 00:36:28,480 --> 00:36:29,731 Jadi, awak ambil video ini? 505 00:36:30,315 --> 00:36:31,316 Ya. 506 00:36:32,568 --> 00:36:33,902 Enam belas Jun. 507 00:36:33,902 --> 00:36:37,155 Awak boleh baca masa yang ditunjukkan di bahagian atas video? 508 00:36:37,155 --> 00:36:39,074 Ya. "9:49 malam." 509 00:36:49,543 --> 00:36:53,881 Sekali lagi, video yang awak rakam pada 9:49 malam ini, 510 00:36:53,881 --> 00:36:56,258 - pada malam ibu awak dibunuh? - Ya. 511 00:36:59,469 --> 00:37:02,222 Selepas kematian ibu awak, adakah awak ada hantar mesej kepada defendan? 512 00:37:02,806 --> 00:37:03,682 Ya. 513 00:37:03,682 --> 00:37:04,892 Mesej apa yang awak hantar? 514 00:37:04,892 --> 00:37:07,853 Saya hantar mesej, "Awak ada di sana. Saya nampak awak." 515 00:37:07,853 --> 00:37:09,730 Apa awak nampak? 516 00:37:09,730 --> 00:37:11,440 Di rumah semasa saya rakam video itu. 517 00:37:12,524 --> 00:37:14,193 Awak ada minta nak bertemu defendan? 518 00:37:14,735 --> 00:37:16,737 - Ya. - Kenapa awak nak jumpa dia? 519 00:37:17,446 --> 00:37:22,117 Sebab saya nak lihat ke dalam mata orang yang bunuh ibu saya. 520 00:37:22,117 --> 00:37:23,827 - Bantahan. - Diterima. 521 00:37:25,662 --> 00:37:29,249 Jadi, selepas minta bertemu, awak dan defendan memang bertemu? 522 00:37:29,249 --> 00:37:31,543 - Ya. - Apa yang kamu bualkan? 523 00:37:31,543 --> 00:37:34,588 Dia tanya kenapa saya nak jumpa dia, dan saya beritahu dia 524 00:37:34,588 --> 00:37:37,341 sebab saya nak lihat ke dalam mata lelaki yang bunuh ibu saya. 525 00:37:37,341 --> 00:37:38,425 Bantahan, Yang Arif. 526 00:37:38,425 --> 00:37:42,554 Diterima. Saksi hanya berikan pendapat. 527 00:37:43,430 --> 00:37:45,849 Awak tuduh defendan membunuh ibu awak? 528 00:37:45,849 --> 00:37:47,935 - Ya. - Bagaimana responsnya? 529 00:37:49,269 --> 00:37:50,312 Dia menafikannya. 530 00:37:51,188 --> 00:37:52,523 Tapi saya tahu dia menipu. 531 00:37:52,523 --> 00:37:54,066 - Bantahan. - Diterima. 532 00:37:54,066 --> 00:37:56,401 Michael, awak boleh berikan andaian 533 00:37:56,401 --> 00:37:58,904 tapi tolong jangan jadikannya sebagai fakta, okey? 534 00:37:59,988 --> 00:38:00,989 Ya. 535 00:38:00,989 --> 00:38:04,660 Awak pernah berbual dengan ibu awak tentang defendan? 536 00:38:04,660 --> 00:38:06,745 Macam yang saya cakap, kami tak begitu rapat. 537 00:38:06,745 --> 00:38:08,622 Tak banyak yang dia kongsi. 538 00:38:08,622 --> 00:38:10,707 Tapi sekitar dua minggu sebelum dia mati, 539 00:38:10,707 --> 00:38:13,794 dia beritahu saya dia hadapi masalah dengan seorang lelaki di tempat kerja. 540 00:38:13,794 --> 00:38:15,754 Saya andaikan 541 00:38:15,754 --> 00:38:18,423 dia lelaki sama yang ada hubungan romantik dengannya. 542 00:38:18,423 --> 00:38:20,133 Dia ada cakap apa-apa lagi? 543 00:38:21,218 --> 00:38:22,928 Dia takut kepadanya. 544 00:38:22,928 --> 00:38:24,847 Awak tahu siapa orangnya? 545 00:38:24,847 --> 00:38:27,349 - Bantahan. Spekulasi. - Saya benarkan. 546 00:38:29,893 --> 00:38:32,312 Andaian saya dia ialah lelaki sama 547 00:38:32,312 --> 00:38:34,523 - yang saya andaikan membunuh dia. - Bantahan. 548 00:38:34,523 --> 00:38:37,150 Lelaki sama yang saya ambil gambarnya pada malam ibu dibunuh. 549 00:38:37,150 --> 00:38:38,360 - Bantahan. - Diterima. 550 00:38:38,360 --> 00:38:41,154 Hanya soalan yang ditanya, Michael. Tolong jangan beri maklumat yang tak diminta. 551 00:38:43,490 --> 00:38:45,242 Terima kasih, Michael. Itu saja soalan saya. 552 00:38:46,743 --> 00:38:47,744 Michael. 553 00:38:51,957 --> 00:38:53,834 Awak ada banyak andaian, bukan? 554 00:38:54,501 --> 00:38:57,087 Awak ada andaian yang ibu awak takut. 555 00:38:57,087 --> 00:39:03,093 Awak ada andaian yang lelaki yang ibu awak tiduri 556 00:39:03,093 --> 00:39:04,511 yang ibu awak takuti. 557 00:39:04,511 --> 00:39:07,014 Andaian. Ia perkataan yang kelakar, andaian. 558 00:39:07,014 --> 00:39:08,974 Mari bercakap tentang perkataan itu sekejap. 559 00:39:10,767 --> 00:39:12,311 Apa maksud perkataan itu? Maksudnya... 560 00:39:14,354 --> 00:39:19,234 percaya atau yakin pada sesuatu yang tak dilihat, 561 00:39:20,444 --> 00:39:21,695 bukan? 562 00:39:27,034 --> 00:39:28,035 Kaunselor? 563 00:39:29,995 --> 00:39:32,331 En. Horgan, awak ada soalan? 564 00:39:37,878 --> 00:39:38,962 Ray? 565 00:39:41,924 --> 00:39:44,843 - Ray? - Saya isterinya. 566 00:40:23,173 --> 00:40:24,883 - Masih tiada nadi. - Sekali lagi. 567 00:40:24,883 --> 00:40:26,301 Sedia? 568 00:40:26,301 --> 00:40:28,720 - Tiga, dua, satu, jauh. - Tak mengapa. 569 00:40:35,853 --> 00:40:37,813 BERDASARKAN NOVEL OLEH SCOTT TUROW 570 00:41:58,852 --> 00:42:00,854 Terjemahan sari kata oleh Hani Hamid