1 00:00:12,846 --> 00:00:13,847 Ya? 2 00:00:18,185 --> 00:00:20,062 Kyle, boleh kami bercakap dengan kamu sekejap? 3 00:00:21,688 --> 00:00:23,440 Ibu kamu pun ada. 4 00:00:23,440 --> 00:00:24,608 Hai, sayang. 5 00:00:39,039 --> 00:00:40,707 Kyle, ada gambar basikal kamu 6 00:00:40,707 --> 00:00:44,253 di rumah Carolyn pada malam 18 Mei. 7 00:00:44,837 --> 00:00:46,004 Kenapa kamu berada di sana? 8 00:00:48,340 --> 00:00:50,008 Saya tak faham maksud ayah. 9 00:00:53,929 --> 00:00:55,097 Sayang... 10 00:00:56,765 --> 00:00:59,935 Saya tak pergi ke sana. Pasti saya lalu di sana. Itu saja saya... 11 00:00:59,935 --> 00:01:02,646 - Sayang. - Okey. Kyle, ada gambar... 12 00:01:02,646 --> 00:01:05,983 kamu di rumah Carolyn Polhemus pada malam 18 Mei. 13 00:01:05,983 --> 00:01:07,234 Kenapa kamu berada di sana? 14 00:01:08,861 --> 00:01:11,780 Sayang, kami dapat gambar itu daripada polis, 15 00:01:13,073 --> 00:01:15,158 jadi, mereka pun ada bukti itu. 16 00:01:15,826 --> 00:01:17,911 Kamu perlu jujur. Ia penting sekarang. 17 00:01:17,911 --> 00:01:22,916 Oh Tuhan. Tolonglah, Kyle, kenapa kamu berada di sana? 18 00:01:26,211 --> 00:01:28,338 Rasanya saya nak tahu apa yang berlaku di sana. 19 00:01:31,508 --> 00:01:32,926 Apa? 20 00:01:33,552 --> 00:01:34,845 Tempat yang ayah pergi. 21 00:01:34,845 --> 00:01:37,222 Jadi, kamu tahu tentang ayah kamu dan Carolyn? 22 00:01:37,222 --> 00:01:39,099 Saya dengar kamu bergaduh tentangnya. 23 00:01:40,267 --> 00:01:41,268 Okey. 24 00:01:41,268 --> 00:01:43,854 Adik kamu tahu? Jaden tahu? 25 00:01:45,063 --> 00:01:47,107 Saya tak beritahu dia. Saya tak tahu. 26 00:01:47,107 --> 00:01:49,193 Bila kali pertama kamu tahu tentangnya? 27 00:01:49,193 --> 00:01:50,360 Ia penting? 28 00:01:50,360 --> 00:01:51,945 Ayah takkan tanya kalau tak penting. 29 00:01:53,488 --> 00:01:54,948 Saya tak ingat. 30 00:01:55,657 --> 00:01:57,075 Mungkin beberapa bulan lalu. 31 00:01:57,075 --> 00:02:02,539 Okey, ayah cuma nak faham yang kamu ke sana untuk lihat rupanya. 32 00:02:03,582 --> 00:02:06,335 Kamu tahu cara guna Google, jadi kamu tahu boleh jumpa gambar dia, 33 00:02:06,335 --> 00:02:09,588 tapi kamu nak tahu tempat tinggalnya. 34 00:02:11,006 --> 00:02:12,925 - Kamu kaji rumahnya? - Rusty. 35 00:02:12,925 --> 00:02:15,093 Kamu kaji rumahnya, Kyle? 36 00:02:15,093 --> 00:02:19,556 Ayah tak faham sebab kamu mahu ke sana. 37 00:02:19,556 --> 00:02:21,767 Mungkin saya cuba cari sebab ayah ke sana. 38 00:02:28,357 --> 00:02:30,567 - Saya nak cakap dengan ibu tentangnya. - Tak! Ini ayah kamu... 39 00:02:30,567 --> 00:02:32,236 - Rusty. - ...dan kamu perlu jawab... 40 00:02:32,236 --> 00:02:33,695 Rusty, tolonglah. 41 00:02:34,321 --> 00:02:35,405 Tak mengapa. 42 00:02:36,490 --> 00:02:37,491 Baiklah. 43 00:03:04,476 --> 00:03:06,895 Bunny Davis ialah seorang anak perempuan. 44 00:03:08,063 --> 00:03:13,944 Bunny Davis ialah seorang kakak, rakan, sepupu. 45 00:03:16,029 --> 00:03:18,240 Bunny Davis berusia 26 tahun 46 00:03:18,824 --> 00:03:23,662 semasa dia dapati dirinya bersendirian di motel kotor bersama raksasa, 47 00:03:24,246 --> 00:03:26,832 dan dia berdoa, merayu... 48 00:03:26,832 --> 00:03:30,002 yang lelaki begitu akan lepaskan dia. 49 00:03:32,129 --> 00:03:33,422 Tapi, tidak. 50 00:03:33,422 --> 00:03:37,968 Lelaki ini, Liam Reynolds, 51 00:03:38,969 --> 00:03:42,472 ialah jenis orang yang buat begini... 52 00:03:45,976 --> 00:03:47,352 dan ini... 53 00:03:49,897 --> 00:03:51,315 juga ini. 54 00:04:01,575 --> 00:04:02,701 Bagaimana? 55 00:04:04,703 --> 00:04:06,330 Saya rasa awak hebat, Carolyn. 56 00:04:33,607 --> 00:04:35,609 Benda ini teruk. 57 00:04:39,947 --> 00:04:41,031 Hei. 58 00:04:42,282 --> 00:04:44,785 Hei. Lampu anjung depan rosak. 59 00:04:44,785 --> 00:04:48,997 Jadi, dia menunggang melintasi rumahnya beberapa kali, 60 00:04:49,581 --> 00:04:51,959 dan pernah nampak awak masuk sekali. 61 00:04:56,338 --> 00:04:59,091 Jelas sekali kita perlu hantar dia ke sesi terapi segera. 62 00:04:59,091 --> 00:05:00,175 Kenapa? 63 00:05:00,175 --> 00:05:02,386 Rusty, dah berbulan-bulan dia memendamnya. 64 00:05:02,386 --> 00:05:04,972 Kita tak tahu kesannya. 65 00:05:04,972 --> 00:05:07,933 Okey, tapi kita boleh bercakap tentangnya dengan dia bersama-sama. 66 00:05:07,933 --> 00:05:08,851 Baiklah. 67 00:05:08,851 --> 00:05:11,061 - Macam awak cakap dengan dia tadi? - Kita tak perlu... 68 00:05:11,061 --> 00:05:12,521 Apa maksudnya? 69 00:05:12,521 --> 00:05:14,064 Awak soal siasat budak itu. 70 00:05:14,064 --> 00:05:15,482 Saya soal siasat dia? 71 00:05:15,482 --> 00:05:16,733 Ya. 72 00:05:16,733 --> 00:05:18,986 Saya tanya dia soalan. 73 00:05:18,986 --> 00:05:22,698 - "Kenapa awak kaji rumahnya?" - Dia ada di sana, sudah tentu saya tanya. 74 00:05:22,698 --> 00:05:24,616 Bertanya macam pendakwa raya, Rusty. 75 00:05:24,616 --> 00:05:26,660 - Biar betul? - Dia 15 tahun! 76 00:05:28,120 --> 00:05:30,497 - Apa masalah awak? - Apa? 77 00:05:32,374 --> 00:05:35,294 - Awak puncanya, Rusty. Awak. - Sudah tentu. Saya yang salah. 78 00:05:35,294 --> 00:05:38,088 Ya, saya punca utama masalah. 79 00:05:38,088 --> 00:05:41,258 Tapi, dengar. Awak pun patut disalahkan. 80 00:05:41,258 --> 00:05:45,804 Ada masa awak juga perlu bertanggungjawab. 81 00:05:45,804 --> 00:05:48,015 Saya dah tak boleh teruskan. Saya dah bosan. 82 00:05:48,765 --> 00:05:50,225 - Saya cuma... - Bosan! 83 00:06:05,616 --> 00:06:06,950 Pada pendapat perubatan saya, 84 00:06:06,950 --> 00:06:09,328 punca kematian adalah trauma objek tumpul kranial. 85 00:06:10,621 --> 00:06:13,081 Jadi, hakim dah diberitahu yang awak ialah pakar, 86 00:06:13,081 --> 00:06:14,208 jadi, awak tak perlu jelaskan. 87 00:06:14,208 --> 00:06:15,667 Tak perlu cakap, "Pada pendapat saya." 88 00:06:15,667 --> 00:06:17,127 - Duduk tegak. - Okey. 89 00:06:17,127 --> 00:06:18,879 - Duduk tegak. - Awak tak perlu... 90 00:06:18,879 --> 00:06:21,507 - Jangan ajar saya. - Awak perlu tunjuk kepada juri 91 00:06:21,507 --> 00:06:24,676 - penemuan awak, okey? Kepakaran awak. - Okey, saya... 92 00:06:24,676 --> 00:06:27,012 - Wah! - Jangan jadikan ia tentang awak. 93 00:06:27,012 --> 00:06:29,348 Jangan buat begitu. 94 00:06:29,348 --> 00:06:31,141 Saya buat latihan mengarut ini untuk awak, 95 00:06:31,141 --> 00:06:33,268 - kejutkan saya waktu pagi untuk... - Saya hargainya. 96 00:06:33,268 --> 00:06:35,938 Saya doktor perubatan. Awak perlu hormati saya. 97 00:06:35,938 --> 00:06:38,315 Saya hormat awak sebagai doktor. 98 00:06:38,315 --> 00:06:41,777 Tapi, sebagai saksi, awak terkenal sebagai tak kompeten. 99 00:06:42,569 --> 00:06:43,904 Awak memang tak guna. 100 00:06:43,904 --> 00:06:45,155 Lupakan saja. 101 00:06:45,864 --> 00:06:47,824 Awak kejutkan saya untuk ini? 102 00:06:51,119 --> 00:06:53,497 Saya akan hantar fail itu kepada awak, tak guna. 103 00:06:56,500 --> 00:06:59,795 Perincian kes ini dirahsiakan. 104 00:06:59,795 --> 00:07:01,380 Tiada maklumat dibocorkan. 105 00:07:01,380 --> 00:07:03,549 Adakah kes ini sangat kukuh? 106 00:07:03,549 --> 00:07:04,633 Mereka tak temui senjata pembunuhan. 107 00:07:04,633 --> 00:07:06,802 Ya, saya tak nampak mereka capai standard diperlukan 108 00:07:06,802 --> 00:07:08,136 untuk meyakinkan. 109 00:07:08,136 --> 00:07:10,347 Sukar untuk percaya yang ia akan dibicarakan. 110 00:07:10,347 --> 00:07:13,392 Bekas rakan sekerja kini saling bertengkar... 111 00:07:13,392 --> 00:07:15,227 Sabich ada dua anak... 112 00:07:15,227 --> 00:07:16,812 - Tapi Kyle ada di sana. - Tak. 113 00:07:16,812 --> 00:07:19,064 Dia cuma menunggang basikal, macam yang saya cakap. 114 00:07:19,064 --> 00:07:21,316 Ia cuma beberapa kali. 115 00:07:22,442 --> 00:07:24,653 - Awak pasti dia tak bunuh Carolyn? - Tak kelakar. 116 00:07:24,653 --> 00:07:26,113 Itu tak kelakar. 117 00:07:26,113 --> 00:07:27,865 Saya bukannya melawak. 118 00:07:29,616 --> 00:07:33,495 Jadi, Michael Caldwell berada di rumah Carolyn pada malam pembunuhan. 119 00:07:33,495 --> 00:07:36,331 Futej Kyle berada di sana itu beberapa minggu sebelum kejadian? 120 00:07:36,331 --> 00:07:37,541 Oh Tuhan. 121 00:07:38,667 --> 00:07:40,169 Saya perlu fikir tentangnya. 122 00:07:40,919 --> 00:07:42,004 Ia tiada pada saya. 123 00:07:44,548 --> 00:07:45,924 - Tak... - Ada lagi? 124 00:07:45,924 --> 00:07:48,677 Saya tak tidur malam tadi, okey, Ray? 125 00:07:49,636 --> 00:07:50,846 Itu saja? 126 00:07:53,265 --> 00:07:54,516 Ada apa? 127 00:07:55,726 --> 00:07:59,438 Saya dan Barbara bergaduh dan dia cakap dia dah bosan. 128 00:07:59,438 --> 00:08:02,649 "Bosan" bermaksud, "saya akan tinggalkan awak"? 129 00:08:03,692 --> 00:08:07,321 Tolonglah. Jika dia nak tinggalkan awak, dah lama dia buat begitu. 130 00:08:07,321 --> 00:08:09,531 - Saya tak mahu cakap tentang ini. - Apa yang dia tunggu lagi? 131 00:08:09,531 --> 00:08:11,158 Alasan yang bagus? 132 00:08:15,412 --> 00:08:16,580 Awak khianati dia. 133 00:08:17,164 --> 00:08:18,790 Awak khianati anak-anak awak. 134 00:08:18,790 --> 00:08:21,043 Malah, mengenali Barbara, 135 00:08:21,043 --> 00:08:24,421 mengkhianati anak-anaknya lebih teruk daripada dua kesalahan lain. 136 00:08:25,839 --> 00:08:27,841 Ray, ia rumit. 137 00:08:27,841 --> 00:08:29,927 - Ya. Beritahu saya. Cepatlah. - Ia... 138 00:08:29,927 --> 00:08:32,971 Tekanan, pemaksaan, narsisisme. 139 00:08:32,971 --> 00:08:34,222 Saya akan terima mana-mana. 140 00:08:34,222 --> 00:08:36,933 Mari hantar awak jumpa doktor dan dapatkan diagnosis. 141 00:08:37,893 --> 00:08:40,520 Tapi saya bimbang keputusannya hanyalah "tak guna." 142 00:08:43,065 --> 00:08:45,234 Awak berminat dengan Carolyn, awak berasmara dengan dia, 143 00:08:45,234 --> 00:08:47,027 dan nak rasa kurang bersalah tentangnya. 144 00:08:47,611 --> 00:08:50,197 Itulah yang lelaki curang buat, Rusty. 145 00:08:50,781 --> 00:08:54,618 Mereka nak kelebihannya, berseronok dan berikan alasan. 146 00:08:55,327 --> 00:08:57,704 Juri akan dapatinya sebagai mudah. 147 00:08:58,580 --> 00:09:01,124 Paling menarik, mereka juga akan rasa ia membosankan. 148 00:09:02,584 --> 00:09:04,294 Ia takkan mengejutkan hati nurani mereka. 149 00:09:05,212 --> 00:09:08,298 Tapi apa yang pasti, ia buat saya terkejut. 150 00:09:09,383 --> 00:09:12,010 Ia mengejutkan Lorraine, dan saya pasti ia mengejutkan Barbara. 151 00:09:14,346 --> 00:09:15,764 Tapi dia masih bersama awak. 152 00:09:16,807 --> 00:09:18,892 Itu menunjukkan yang dia masih nak bertahan. 153 00:09:22,145 --> 00:09:23,772 Beginilah. Sekejap. 154 00:09:24,690 --> 00:09:25,774 Saya... 155 00:09:25,774 --> 00:09:28,068 Berani awak cakap saya tak bertanggungjawab, 156 00:09:28,986 --> 00:09:33,699 saya tak rasa malu dan saya tak dihantui rasa bersalah? 157 00:09:35,868 --> 00:09:36,702 Pergi mati. 158 00:09:39,580 --> 00:09:45,961 Selama 40 tahun, saya pernah lihat rasa bersalah dan malu dalam bidang ini. 159 00:09:46,545 --> 00:09:48,630 Rasa malu adalah sesuatu yang awak berikan kepada diri sendiri. 160 00:09:48,630 --> 00:09:51,049 Ia asyik dengan diri sendiri, pentingkan diri sendiri. 161 00:09:51,675 --> 00:09:55,971 Rasa bersalah lebih kepada mengakui dan rasa kesakitan yang awak berikan. 162 00:09:57,055 --> 00:09:58,682 Saya akui awak rasa malu. 163 00:10:12,446 --> 00:10:13,906 PEGUAM NEGERI KAUNTI COOK, ILLINOIS 164 00:10:13,906 --> 00:10:15,199 Tommy... 165 00:10:16,283 --> 00:10:18,702 Tommy, kenapa saya ada dalam senarai saksi? 166 00:10:18,702 --> 00:10:19,995 Sebab saya rasa awak ada maklumat 167 00:10:19,995 --> 00:10:22,372 tentang hubungan antara Carolyn dan Rusty. 168 00:10:23,290 --> 00:10:26,502 Saya tiada maklumat tentang apa yang berlaku malam itu. 169 00:10:27,753 --> 00:10:31,173 Tapi awak mungkin ada maklumat tentang apa yang berlaku pada malam lain. 170 00:10:32,591 --> 00:10:33,467 Betul, bukan? 171 00:10:34,968 --> 00:10:39,139 Saya rasa ia sesuatu yang patut dilaporkan kepada sumber manusia, 172 00:10:39,139 --> 00:10:42,559 jadi, mungkin awak bergelut dengan rasa bersalah. 173 00:10:42,559 --> 00:10:45,687 Wah, awak memang orang tak guna yang teruk, bukan? 174 00:10:45,687 --> 00:10:46,897 Hei, dengar. 175 00:10:46,897 --> 00:10:51,151 Kita lakukannya untuk Carolyn, okey? Fikirkannya. Untuk dia. 176 00:10:55,906 --> 00:10:56,990 Helo, tuan-tuan. 177 00:10:58,200 --> 00:10:59,326 Terima kasih sebab datang. 178 00:10:59,910 --> 00:11:01,703 Apa khabar? Nak apa-apa? 179 00:11:02,287 --> 00:11:03,288 Awak okey? 180 00:11:04,039 --> 00:11:06,792 Saya tak begitu selesa dengan semua ini. 181 00:11:06,792 --> 00:11:08,377 Saya faham. Ia teruk. 182 00:11:09,127 --> 00:11:11,421 Tapi kita bina kes ini untuk menentang En. Sabich, 183 00:11:11,421 --> 00:11:13,549 setiap perincian sangat penting, 184 00:11:13,549 --> 00:11:15,801 dan pihak pembelaan akan tanya awak soalan-soalan begini. 185 00:11:15,801 --> 00:11:18,095 Saya cuma nak pastikan semuanya betul. 186 00:11:18,929 --> 00:11:20,597 Bukankah patut ada peguam bersama kami? 187 00:11:21,890 --> 00:11:23,100 Ia terpulang kepada kamu, 188 00:11:23,100 --> 00:11:25,978 tapi saya cuma nak mengesahkan maklumat yang kita dah bincangkan. 189 00:11:28,897 --> 00:11:30,482 Ini gambar En. Sabich yang awak ambil, 190 00:11:30,482 --> 00:11:32,359 memasuki rumah ibu awak pada malam dia dibunuh. 191 00:11:32,359 --> 00:11:35,279 Ia pada 16 Jun, 9:49 malam. Betul? 192 00:11:35,279 --> 00:11:36,363 Ya. 193 00:11:36,363 --> 00:11:38,323 Gambar-gambar lain ini awak ambil pada malam sama? 194 00:11:38,323 --> 00:11:39,241 Ya. 195 00:11:39,241 --> 00:11:43,078 Kenapa tak ambil gambar dia keluar dari rumah? 196 00:11:43,078 --> 00:11:44,413 Saya beredar selepas dia masuk. 197 00:11:46,123 --> 00:11:47,124 Kenapa awak berada di sana? 198 00:11:48,542 --> 00:11:49,877 Kadangkala saya memang akan ke sana. 199 00:11:52,504 --> 00:11:53,505 Kenapa? 200 00:11:54,006 --> 00:11:55,424 Dia dah menjawabnya. 201 00:11:55,424 --> 00:12:00,512 Okey. Ini sangat penting untuk kami tahu semua fakta, 202 00:12:00,512 --> 00:12:03,390 sebab mereka akan tanya soalan sama, okey? Pihak pembelaan. 203 00:12:04,391 --> 00:12:05,684 Sebab dia ibu saya. 204 00:12:05,684 --> 00:12:08,103 Kadangkala saya pergi melihat rumah itu. 205 00:12:08,854 --> 00:12:11,064 Awak pernah lihat orang lain masuk ke rumah itu? 206 00:12:11,940 --> 00:12:13,358 Hanya dia saja di sana pada malam itu. 207 00:12:14,735 --> 00:12:18,113 Bagaimana keadaan En. Sabich semasa dia masuk ke rumah itu? 208 00:12:18,113 --> 00:12:19,573 Bagaimana perilakunya? 209 00:12:21,408 --> 00:12:22,451 Saya tak tahu. 210 00:12:22,451 --> 00:12:26,788 Bagaimana keadaan dia semasa pertemuan kamu? 211 00:12:27,623 --> 00:12:31,376 Awak cakap semasa pertemuan itu, awak tuduh dia bunuh ibu awak. 212 00:12:31,376 --> 00:12:32,461 Betul? 213 00:12:32,461 --> 00:12:35,672 Dia menafikannya, tapi dia menipu. 214 00:12:35,672 --> 00:12:38,425 Kenapa awak cakap begitu? Bagaimana awak tahu tentangnya? 215 00:12:39,218 --> 00:12:40,969 Saya dapat lihat di dalam matanya. 216 00:12:43,430 --> 00:12:47,309 Ibu juga pernah beritahu saya yang dia mula takut kepada En. Sabich. 217 00:12:48,227 --> 00:12:50,854 Tapi saya fikir awak tak... Bila awak berhubung dengan ibu awak? 218 00:12:50,854 --> 00:12:55,067 Saya pernah yakinkan dia untuk jumpa saya dan makan tengah hari. 219 00:12:55,651 --> 00:12:57,903 Dia nampak tertekan, 220 00:12:57,903 --> 00:13:00,739 dan saya marah sebab saya fikir saya punca dia tertekan. 221 00:13:00,739 --> 00:13:02,658 Kemudian saya tanya apa masalahnya, 222 00:13:02,658 --> 00:13:08,455 dan dia cakap ada lelaki di tempat kerja yang mula buat dia rasa takut. 223 00:13:10,582 --> 00:13:12,584 - Dia ada beritahu identiti lelaki itu? - Tidak. 224 00:13:13,585 --> 00:13:16,672 Dia cakap mereka ada kes bersama, 225 00:13:17,965 --> 00:13:19,758 sebab itulah dia tak boleh jauhkan diri. 226 00:13:33,772 --> 00:13:35,315 - Hei. - Hai. 227 00:13:35,983 --> 00:13:37,067 Awak nak minum apa? 228 00:13:41,446 --> 00:13:42,447 Rasanya... 229 00:13:42,990 --> 00:13:45,868 Martini Belvedere. Tak nak buah zaitun, tak nak jus. 230 00:13:48,453 --> 00:13:50,080 - Hai. - Hai. 231 00:13:53,166 --> 00:13:55,043 Saya bercakap tentang awak sepanjang minggu. 232 00:13:57,045 --> 00:13:59,006 Tak, bukan begitu bunyinya. 233 00:13:59,006 --> 00:14:00,591 Okey. 234 00:14:00,591 --> 00:14:02,092 Minuman selepas syif, Clif? 235 00:14:03,218 --> 00:14:04,428 Tak, tapi saya akan buat sekarang. 236 00:14:06,471 --> 00:14:09,016 Saya ada tangan pelayan. 237 00:14:09,016 --> 00:14:10,976 Ia selalu buat masalah. 238 00:14:13,437 --> 00:14:14,605 Bagaimana dengan drama? 239 00:14:15,606 --> 00:14:18,483 - Sama saja. - Ya? Semestinya. Boleh saya sertai? 240 00:14:19,902 --> 00:14:21,653 - Sudah tentu. - Betul? 241 00:14:23,322 --> 00:14:24,656 Clifton. 242 00:14:26,074 --> 00:14:27,910 - Barbara. - Barbara. 243 00:14:27,910 --> 00:14:29,620 Gembira berkenalan secara rasmi. 244 00:14:32,080 --> 00:14:33,665 Itu krim apa? 245 00:14:33,665 --> 00:14:36,293 Ya. Bahan ini. Jeanine yang buat. 246 00:14:37,211 --> 00:14:39,671 Ya, ia lemak koko diseduh dengan marijuana. 247 00:14:39,671 --> 00:14:41,381 Jangan masukkan jari dalam tangan. 248 00:14:41,381 --> 00:14:42,758 - Awak akan sangat khayal. - Okey. 249 00:14:42,758 --> 00:14:46,178 - Terima kasih beritahu. - Sudah tentu. Semestinya. 250 00:14:47,888 --> 00:14:49,348 Sangat pemurah. Terima kasih. 251 00:14:49,348 --> 00:14:52,935 Beritahu saya tentang, tatu awak. 252 00:14:53,727 --> 00:14:57,064 Saya tanya walaupun sangat klise tanya tentang tatu seseorang. 253 00:14:57,064 --> 00:14:58,815 Ya. Saya faham. 254 00:14:59,483 --> 00:15:02,486 Ini. Saya juga artis tatu. 255 00:15:03,320 --> 00:15:07,199 Khususnya seni unjuran, tapi saya merekanya semasa jadi remaja dungu. 256 00:15:07,199 --> 00:15:08,742 Ia Yijing. 257 00:15:09,785 --> 00:15:10,911 Awak tahu tentangnya? 258 00:15:12,538 --> 00:15:14,164 Saya tahu tentang John Cage, 259 00:15:14,915 --> 00:15:18,752 Brian Eno dan operasi kreatif sesuatu yang rawak. 260 00:15:18,752 --> 00:15:19,920 Baiklah. 261 00:15:22,631 --> 00:15:25,717 Saya juga tahu tentang remaja dungu. 262 00:15:29,513 --> 00:15:30,848 - Minum. - Minum. 263 00:15:39,815 --> 00:15:40,858 Rigo. 264 00:15:40,858 --> 00:15:42,025 Teka apa saya dapat. 265 00:15:43,110 --> 00:15:45,696 Maklumat tentang sampel kedua kes Bunny Davis. 266 00:15:45,696 --> 00:15:48,031 Apa? Bagaimana awak dapatkannya? 267 00:15:48,031 --> 00:15:50,200 Saya tak jumpa padanan dalam seluruh sistem. 268 00:15:50,200 --> 00:15:53,495 Ya. Si dungu itu berikan DNA kepada Ancestry.com. 269 00:15:53,495 --> 00:15:54,621 Brian Ratzer. 270 00:15:55,581 --> 00:15:58,375 Ratzer. Alamat? 271 00:16:04,339 --> 00:16:05,966 Kita ada maklumat tentang dia? 272 00:16:05,966 --> 00:16:10,179 Tiada, selain dia tinggalkan sampel sperma di lokasi homisid 273 00:16:10,179 --> 00:16:11,638 melibatkan pelacur yang mati. 274 00:16:12,848 --> 00:16:15,559 Dengar, terima kasih kerana lakukannya. 275 00:16:15,559 --> 00:16:17,394 Saya tahu awak mengambil risiko. 276 00:16:17,895 --> 00:16:20,189 Saya bukan lakukannya untuk awak. Ia untuk Carolyn. 277 00:16:20,189 --> 00:16:22,482 Rusty, saya nak awak tenang, okey? 278 00:16:22,983 --> 00:16:24,026 Jangan cakap apa-apa. 279 00:16:35,621 --> 00:16:36,955 - Helo, puan. - Hai. 280 00:16:36,955 --> 00:16:39,249 Maaf mengganggu. Kami dari Jabatan Polis Chicago. 281 00:16:39,249 --> 00:16:42,002 Kami mencari Brian Ratzer. Dia ada di rumah? 282 00:16:43,086 --> 00:16:44,171 Sayang! 283 00:16:45,923 --> 00:16:47,007 Dia di bilik bawah tanah. 284 00:16:47,508 --> 00:16:49,927 Kamu nak masuk sementara saya panggil dia? 285 00:16:49,927 --> 00:16:51,011 Baiklah. 286 00:16:52,346 --> 00:16:53,347 Sayang. 287 00:17:00,437 --> 00:17:01,605 Sayang? 288 00:17:01,605 --> 00:17:04,148 - Ya. - Polis datang. 289 00:17:05,400 --> 00:17:07,069 Duduklah. Dia akan naik. 290 00:17:07,069 --> 00:17:08,945 - Bagus. Terima kasih. - Kopi? 291 00:17:08,945 --> 00:17:10,030 Baiklah. 292 00:17:27,589 --> 00:17:28,715 Hei. 293 00:17:29,424 --> 00:17:31,343 - Hai. - Apa saya boleh bantu? 294 00:17:31,885 --> 00:17:34,888 Kami menyiasat insiden yang berlaku di kawasan ini, 295 00:17:34,888 --> 00:17:36,849 pada 16 Jun 2019. 296 00:17:37,724 --> 00:17:39,643 Pada malam tarikh itu. Kami cari maklumat. 297 00:17:40,477 --> 00:17:42,271 Insiden apa yang kamu siasat? 298 00:17:42,271 --> 00:17:43,856 Pecah masuk. 299 00:17:43,856 --> 00:17:47,234 Bukan di jalan ini. Beberapa kilometer di timur, di Robertson. 300 00:17:47,234 --> 00:17:49,778 Ia pada malam Khamis. Saya tahu ia dah lama untuk diingat semula, tapi... 301 00:17:49,778 --> 00:17:53,448 Saya tak perlu ingat semula. Saya tak kenal jalan itu. 302 00:17:53,448 --> 00:17:57,411 Jika ia berlaku pada waktu malam, saya kerja pada waktu malam. 303 00:17:59,121 --> 00:18:00,122 Di mana awak bekerja? 304 00:18:01,915 --> 00:18:03,458 Hei, boleh tunjukkan lencana kamu? 305 00:18:03,458 --> 00:18:04,543 Baiklah. 306 00:18:06,712 --> 00:18:07,713 Cuma, 307 00:18:07,713 --> 00:18:10,591 - ada pekerja seks ditemui dibunuh, jadi... - Silakan. 308 00:18:11,091 --> 00:18:13,177 Ya. Bukan sekarang, sayang, okey? 309 00:18:14,178 --> 00:18:15,387 Saya cakap bukan sekarang. 310 00:18:16,305 --> 00:18:17,347 Okey. 311 00:18:23,145 --> 00:18:24,897 Ia tentang apa sebenarnya? 312 00:18:25,606 --> 00:18:26,690 Saya baru beritahu. 313 00:18:27,191 --> 00:18:28,650 Di mana awak bekerja, En. Ratzer? 314 00:18:29,276 --> 00:18:30,569 Awak dah jawab soalan itu? 315 00:18:30,569 --> 00:18:31,904 Saya tak perlu jawab apa-apa soalan. 316 00:18:31,904 --> 00:18:34,448 Suatu masa nanti, awak perlu jawab soalan itu. 317 00:18:35,782 --> 00:18:38,493 Maksud saya, awak akan berdepan perbualan begini suatu masa nanti. 318 00:18:42,706 --> 00:18:44,541 Saya pernah jumpa awak? 319 00:18:49,546 --> 00:18:50,714 Ini kad saya. 320 00:18:51,798 --> 00:18:53,342 Hubungi saya apabila awak sedia nak bercakap. 321 00:18:53,342 --> 00:18:55,093 Jika saya tak telefon? 322 00:18:55,093 --> 00:18:56,720 Rasanya awak akan perlu telefon. 323 00:18:57,763 --> 00:18:59,223 Saya rasa awak tahu sebabnya. 324 00:19:01,141 --> 00:19:02,726 Atau mungkin kami patut tanya isteri awak. 325 00:19:03,727 --> 00:19:05,521 - Hei, Laura. - Hei. 326 00:19:05,521 --> 00:19:06,813 Ya? 327 00:19:06,813 --> 00:19:08,565 - Tak mengapa, sayang. - Ya? 328 00:19:11,777 --> 00:19:14,112 Ada apa? Awak perlukan sesuatu? 329 00:19:15,572 --> 00:19:17,324 Cuma nak berterima kasih untuk kopi. 330 00:19:18,200 --> 00:19:20,953 Sama-sama. Semuanya okey? 331 00:19:20,953 --> 00:19:22,204 Ya. 332 00:19:24,289 --> 00:19:25,290 Okey. 333 00:19:33,465 --> 00:19:34,842 Berambus. 334 00:19:36,969 --> 00:19:38,971 Saya dah cakap jangan buat dia resah. 335 00:19:38,971 --> 00:19:41,014 Saya cuma tanya satu soalan. 336 00:19:42,391 --> 00:19:44,434 Awak memang sukar dipercayai. 337 00:19:59,950 --> 00:20:01,243 Kenapa awak nampak takut sangat? 338 00:20:10,419 --> 00:20:11,837 Kenapa awak nampak takut sangat? 339 00:20:22,431 --> 00:20:23,432 B? 340 00:20:54,796 --> 00:20:57,132 B, apa yang awak buat? 341 00:20:57,716 --> 00:20:59,510 Tak nak ambil risiko. 342 00:20:59,510 --> 00:21:01,595 Dia menunggang basikal melintasi rumahnya. 343 00:21:02,429 --> 00:21:05,307 Siapa boleh sahkan dia tak berjalan di tamannya, 344 00:21:05,307 --> 00:21:09,520 melihat melalui tingkapnya, berdiri di pengesat kakinya... 345 00:21:09,520 --> 00:21:11,730 - Hei. - ...bunyikan loceng pintunya? 346 00:21:11,730 --> 00:21:13,524 Sudahlah. 347 00:21:14,441 --> 00:21:16,860 Saya tak rasa Kyle suspek. 348 00:21:18,904 --> 00:21:20,239 Rusty. 349 00:21:28,622 --> 00:21:31,708 Kadangkala saya rasa awak terlupa anak kita orang kulit Hitam. 350 00:21:48,934 --> 00:21:52,813 Apa perasaan awak apabila melihat ayah awak masuk ke rumahnya? 351 00:21:54,982 --> 00:21:56,233 Awak nak bercakap tentangnya? 352 00:21:58,402 --> 00:21:59,403 Tidak. 353 00:22:01,822 --> 00:22:04,324 - Awak pasti ada perasaan. - Tapi saya tak nak cakap tentangnya. 354 00:22:07,703 --> 00:22:08,704 Kyle. 355 00:22:14,042 --> 00:22:16,962 Banyak perkara lebih teruk berlaku sejak saya nampak ayah masuk ke rumahnya. 356 00:22:23,093 --> 00:22:24,219 Biar betul? 357 00:22:30,392 --> 00:22:31,768 Ini mengarut. 358 00:22:32,561 --> 00:22:37,149 Langsung tiada perkembangan daripada sesi pertama. 359 00:22:37,149 --> 00:22:39,860 Sesi awal lebih kepada mewujudkan rasa percaya, 360 00:22:39,860 --> 00:22:43,280 dan rasanya itu pun saya gagal. 361 00:22:44,615 --> 00:22:46,325 Dengar, bercakap... 362 00:22:47,242 --> 00:22:51,914 tentang isu yang lebih besar, rasanya kita perlu tentukan semula sempadan. 363 00:22:53,040 --> 00:22:54,625 Okey. Apa maksud awak? 364 00:22:54,625 --> 00:22:58,253 Semua ini dah jadi terlalu rumit dan membebankan 365 00:22:58,253 --> 00:23:03,800 untuk saya rawat awak, Rusty, kamu berdua bersama-sama dan sekarang Kyle... 366 00:23:03,800 --> 00:23:06,386 Ia sepatutnya seorang pakar terapi untuk seorang pesakit. 367 00:23:06,386 --> 00:23:09,139 Untuk setiap seorang? Macamlah kami ada duit sebanyak itu. 368 00:23:09,723 --> 00:23:11,683 Saya patut terima awak saja. 369 00:23:13,602 --> 00:23:14,603 Saya tahu. 370 00:23:16,355 --> 00:23:17,564 Boleh awak... 371 00:23:21,735 --> 00:23:25,030 Saya rasa tak mustahil awak nak maafkan Rusty 372 00:23:25,030 --> 00:23:26,615 dan kekal jadi isterinya. 373 00:23:26,615 --> 00:23:28,575 Saya juga rasa tak mustahil... 374 00:23:28,575 --> 00:23:32,329 saya mengesyaki kemungkinan yang sistem limbik awak... 375 00:23:32,329 --> 00:23:35,040 dah di tahap maksimum. 376 00:23:35,040 --> 00:23:38,961 Awak dalam mod pertahankan diri, cuba selamatkan perkahwinan untuk anak-anak, 377 00:23:39,461 --> 00:23:43,799 buat apa saja yang awak secara sedar atau tak sedar fikir patut dibuat. 378 00:23:43,799 --> 00:23:46,760 Awak sentiasa nak pertahankan keluarga. 379 00:23:47,427 --> 00:23:51,849 Tapi saya juga rasa tak mustahil apabila anak-anak dah dewasa dan ke kolej, 380 00:23:51,849 --> 00:23:55,978 dorongan untuk memaafkan 381 00:23:56,562 --> 00:23:58,897 boleh merebak jadi perkara lain, 382 00:24:00,148 --> 00:24:04,236 seperti kemarahan atau kebencian. 383 00:24:05,487 --> 00:24:07,322 Mungkin ia dah berlaku. 384 00:24:10,075 --> 00:24:15,205 Dengar, suami awak jatuh cinta dengan wanita lain. 385 00:24:15,205 --> 00:24:17,833 Dia sedang dibicarakan kerana membunuhnya. 386 00:24:19,084 --> 00:24:20,878 Awak perlukan pakar terapi sendiri. 387 00:24:29,595 --> 00:24:32,306 Jadi, Eugenia datang ke pejabat saya tadi. 388 00:24:32,306 --> 00:24:34,433 Apa yang dia cakap? Kenapa? Apa yang dia cakap? 389 00:24:34,433 --> 00:24:35,350 Hei. 390 00:24:35,350 --> 00:24:37,769 Saya tiada masalah awak hubungi dia sebagai saksi, okey? 391 00:24:37,769 --> 00:24:40,189 Cuma jika dia nak jadi saksi awak, 392 00:24:40,189 --> 00:24:41,940 mungkin membantu jika dia menyokong awak. 393 00:24:41,940 --> 00:24:43,025 Beritahu saya apa dia cakap. 394 00:24:44,151 --> 00:24:45,444 Dia cakap, 395 00:24:45,986 --> 00:24:47,654 Dia cakap awak tak guna, okey? 396 00:24:47,654 --> 00:24:49,323 Tapi kita tahu kadangkala awak agak... 397 00:24:49,323 --> 00:24:52,784 Okey. Dengar, saya jadi pendakwa raya yang terbaik semasa marah. 398 00:24:52,784 --> 00:24:53,702 Awak pun tahu. 399 00:24:53,702 --> 00:24:58,081 Ya, tapi jika awak rancang nak bergantung kepada saksi musuh untuk bina kes... 400 00:24:58,081 --> 00:25:01,502 Eugenia akan buat apa saja untuk bantu Rusty. 401 00:25:01,502 --> 00:25:05,088 Rasanya dia sukakan Rusty. 402 00:25:05,088 --> 00:25:07,299 Saya perlu ingatkan dia untuk ikut peraturan. 403 00:25:07,883 --> 00:25:11,970 Tak. Awak perlu ingat tentang bukti fakta, okey? 404 00:25:11,970 --> 00:25:14,139 Membunuh perwatakan takkan selesaikannya. 405 00:25:14,139 --> 00:25:16,308 Saya akan beri bukti fakta. Jangan risau. 406 00:25:17,100 --> 00:25:19,853 Saya risau. Saya memang risau. 407 00:25:20,521 --> 00:25:22,439 Raymond ajak berjumpa. 408 00:25:23,649 --> 00:25:24,650 Kenapa? Tentang apa? 409 00:25:24,650 --> 00:25:28,862 Saya hanya boleh bayangkan sebab dia fikir dia ada peluang buat rayuan. 410 00:25:28,862 --> 00:25:32,407 Jika dia fikir begitu, dia pasti fikir dia boleh kawal kita. 411 00:25:33,158 --> 00:25:34,952 Dia tak boleh kawal saya, Tommy. 412 00:25:36,119 --> 00:25:37,120 Dia dah kawal awak? 413 00:25:39,623 --> 00:25:40,874 Takkan ada rayuan. 414 00:25:45,379 --> 00:25:48,340 Tak. Lagipun, kita perlu siasat jika ada pekerja seks lain di kawasan itu 415 00:25:48,340 --> 00:25:50,300 dan jika mereka boleh cam Ratzer. 416 00:25:50,300 --> 00:25:52,803 Lelaki itu tahu sesuatu. Saya yakin. 417 00:25:52,803 --> 00:25:54,388 - Sudah tentu. - Awak dah sedia? 418 00:25:54,388 --> 00:25:56,640 - Ya. Saya akan telefon semula. - Baiklah. 419 00:25:59,685 --> 00:26:01,812 Boleh ceritakan semula tentang malam itu? 420 00:26:01,812 --> 00:26:04,398 Awak cakap awak berada di pejabat pada malam itu. 421 00:26:07,568 --> 00:26:08,652 Ya. 422 00:26:08,652 --> 00:26:10,863 Ada beberapa orang yang kerja hingga lewat malam untuk kempen Raymond, 423 00:26:10,863 --> 00:26:13,991 kononnya bekerja untuk kempen Raymond. 424 00:26:15,576 --> 00:26:16,994 Kononnya? 425 00:26:18,287 --> 00:26:19,663 Saya hanya banyak hantar mesej. 426 00:26:21,790 --> 00:26:26,336 Juga, tak terima mesej balasan... 427 00:26:28,505 --> 00:26:30,549 yang saya memang tak suka. 428 00:26:31,508 --> 00:26:36,805 Pada asasnya dia tak endahkan saya, jadi saya perlu ke tempat lain. 429 00:26:41,768 --> 00:26:43,979 Pukul berapa awak tinggalkan pejabat? 430 00:26:43,979 --> 00:26:45,647 Tak lama selepas 8:30 malam. 431 00:26:45,647 --> 00:26:49,193 Kadangkala saya makan di luar sebab saya... 432 00:26:50,652 --> 00:26:52,571 tak sedia nak balik rumah. 433 00:27:03,415 --> 00:27:06,251 Saya tak ingat sangat dari bar. 434 00:27:12,216 --> 00:27:14,927 Rasanya saya minum beberapa minuman. 435 00:27:16,512 --> 00:27:18,096 Mungkin saya pesan minuman lain. Entahlah. 436 00:27:26,647 --> 00:27:28,232 Kemudian dia balas mesej, 437 00:27:28,982 --> 00:27:30,192 {\an8}dan saya terus beredar. 438 00:27:30,192 --> 00:27:31,276 {\an8}Aduhai, Rusty, datang sajalah. 439 00:27:32,653 --> 00:27:37,699 Mesej daripadanya diterima pada pukul 9:24 malam. 440 00:27:37,699 --> 00:27:42,788 Gambar Michael Caldwell tunjukkan awak sampai pukul 9:49 malam. 441 00:27:45,374 --> 00:27:46,583 Apa yang berlaku? 442 00:27:49,711 --> 00:27:53,173 Saya tak tahu banyak perincian yang awak... 443 00:27:56,593 --> 00:27:57,803 Hei. 444 00:28:00,430 --> 00:28:01,932 Apa yang berlaku... 445 00:28:04,226 --> 00:28:05,561 - Apa? - Saya cuma... 446 00:28:06,937 --> 00:28:07,938 Apa yang berlaku? 447 00:28:07,938 --> 00:28:09,481 Saya tak tahu kenapa awak marah sangat. 448 00:28:10,524 --> 00:28:11,984 Apa yang berlaku? 449 00:28:13,318 --> 00:28:16,154 Sangat rindukan awak. 450 00:28:23,412 --> 00:28:24,788 Kami asyik bertengkar. 451 00:28:25,956 --> 00:28:26,957 Kamu bertengkar? 452 00:28:26,957 --> 00:28:29,334 Saya nak bercinta semula, tapi dia tak nak, 453 00:28:29,334 --> 00:28:31,420 - dan, rasanya itu saja. - Berhenti. 454 00:28:31,420 --> 00:28:33,380 - Hei. - Keluar! 455 00:28:37,926 --> 00:28:43,015 Data telefon tunjukkan awak sampai di rumah tepat pukul 11 malam. 456 00:28:44,183 --> 00:28:50,439 Hanya 20 minit dari rumahnya ke rumah awak, maksudnya awak beredar pukul 10:40. 457 00:28:51,815 --> 00:28:54,318 Awak berada di rumahnya selama 51 minit. 458 00:28:56,695 --> 00:28:57,821 Pergaduhan yang panjang. 459 00:29:04,661 --> 00:29:06,079 Keluar dari sini. 460 00:29:08,916 --> 00:29:11,919 Kemudian awak beredar begitu saja? 461 00:29:14,671 --> 00:29:16,089 Kemudian kami beri kucupan perpisahan. 462 00:29:17,925 --> 00:29:18,759 Kamu bercium? 463 00:29:20,719 --> 00:29:22,012 Ya, kemudian saya balik. 464 00:29:23,805 --> 00:29:29,353 Semasa dia cium saya, dia tahu ia akan beri saya harapan. 465 00:29:38,070 --> 00:29:39,905 Ciuman itu membawa saya ke kereta. 466 00:29:39,905 --> 00:29:41,657 Ia membawa saya ke rumah. 467 00:29:41,657 --> 00:29:45,744 Tapi apabila saya sampai di rumah, saya sedar yang, 468 00:29:45,744 --> 00:29:48,580 harapan itu berubah kepada kekejaman. 469 00:29:50,624 --> 00:29:52,292 Dia tahu apa yang dia buat. 470 00:29:55,128 --> 00:29:56,880 Dia sangat kejam. 471 00:30:06,557 --> 00:30:08,892 Jadi, apa pendapat awak setakat ini? 472 00:30:09,476 --> 00:30:12,980 Tentang kes itu, rasanya saya tahu kedudukan kita. 473 00:30:13,730 --> 00:30:15,607 Mereka akan hadapi kesukaran nak buktikan dakwaan mereka. 474 00:30:15,607 --> 00:30:18,527 Pada masa sama, 51 minit. 475 00:30:18,527 --> 00:30:21,196 Mereka akan berhujah yang ia cukup lama untuk mengikatnya, bersihkan lokasi. 476 00:30:21,196 --> 00:30:24,867 Atau berasmara, bertengkar, atau bergaduh dan berbaik. 477 00:30:26,118 --> 00:30:27,411 Bagaimana dengan Rusty? 478 00:30:27,953 --> 00:30:29,663 Terfikir nak letak dia di kandang? 479 00:30:30,247 --> 00:30:33,166 Tak mungkin kita akan biarkan dia berada di kerusi saksi. 480 00:30:36,211 --> 00:30:37,212 Setuju. 481 00:30:38,672 --> 00:30:40,257 Apa yang kita tahu tentang Ratzer? 482 00:30:40,257 --> 00:30:41,633 Pasti ada sesuatu. 483 00:30:41,633 --> 00:30:43,051 Dia ada alibi? 484 00:30:43,051 --> 00:30:44,595 Baiklah, tiada penahanan sebelum ini? 485 00:30:45,804 --> 00:30:47,764 Kita akan gunakan Jabatan Polis Chicago di Negeri Illinois? 486 00:30:47,764 --> 00:30:50,976 Kita tiada apa-apa maklumat. Okey. Dia bersama Reynolds, bukan? 487 00:30:50,976 --> 00:30:53,312 Dia ada di sana bersama Reynolds, dengan Bunny Davis. 488 00:30:53,312 --> 00:30:55,564 Kita perlu buktikannya. 489 00:30:55,564 --> 00:30:57,441 Ya, teruskan siasat. 490 00:30:57,441 --> 00:30:58,567 Teruskan usaha. 491 00:31:00,235 --> 00:31:01,069 Tak guna! 492 00:31:08,243 --> 00:31:09,411 Hei, Molto. 493 00:31:22,341 --> 00:31:23,842 Okey. Terima kasih. 494 00:31:58,794 --> 00:31:59,962 Ya? 495 00:31:59,962 --> 00:32:01,046 Hei... 496 00:32:04,341 --> 00:32:08,220 Saya tahu banyak kita cakap kepada satu sama lain malam tempoh hari. Satu lagi... 497 00:32:09,930 --> 00:32:14,184 saya cuma nak awak tahu yang saya memahami awak. 498 00:32:15,727 --> 00:32:19,606 Rusty, boleh kita bercakap tentangnya apabila saya sampai di rumah? 499 00:32:19,606 --> 00:32:22,943 Saya baru nak masuk ke pasar. 500 00:32:25,779 --> 00:32:27,823 - Ya, baiklah. Ya. - Okey? 501 00:32:30,951 --> 00:32:32,077 Saya sayang awak. 502 00:32:35,247 --> 00:32:36,248 Sayang awak. 503 00:32:41,420 --> 00:32:45,841 Saya mula memahami daya tarikan minum waktu siang. 504 00:32:45,841 --> 00:32:47,009 Pernah minum waktu malam? 505 00:32:47,009 --> 00:32:49,469 Saya ada penampilan yang perlu dikekalkan. 506 00:32:50,220 --> 00:32:51,221 Contohnya? 507 00:32:52,097 --> 00:32:54,600 Ibu. Isteri. 508 00:32:54,600 --> 00:32:57,269 Semua perkara mengarut yang mungkin awak tak nak dengar. 509 00:32:57,811 --> 00:32:59,021 Sebaliknya. 510 00:32:59,521 --> 00:33:02,399 Ya, saya memang nak tahu bagaimana rasanya jadi awak sekarang. 511 00:33:03,066 --> 00:33:04,193 Sebenarnya... 512 00:33:06,195 --> 00:33:07,279 saya tak tahu. 513 00:33:12,159 --> 00:33:19,082 Jika awak nak bercakap dan saya tiada di sini... 514 00:33:26,006 --> 00:33:27,049 Terima kasih. 515 00:34:20,060 --> 00:34:21,061 - Hei, Chris. - Hei, Raymond. 516 00:34:21,061 --> 00:34:22,312 - Helen. - Hei. 517 00:34:23,938 --> 00:34:25,190 Eugenia. 518 00:34:25,940 --> 00:34:29,862 Oh Tuhan. Hai. Raymond. Oh Tuhan. Apa khabar? 519 00:34:29,862 --> 00:34:31,196 Saya okey. Awak? 520 00:34:32,197 --> 00:34:33,447 Saya dalam senarai saksi. 521 00:34:33,447 --> 00:34:35,284 - Saya nampak. - Ya. 522 00:34:35,284 --> 00:34:38,036 Saya tahu tentang mereka. 523 00:34:39,036 --> 00:34:40,496 Saya takkan terlalu risau. 524 00:34:40,496 --> 00:34:42,040 Kami tak nafikan hubungan itu. 525 00:34:42,040 --> 00:34:43,375 Okey. 526 00:34:43,375 --> 00:34:44,918 Boleh tolong saya? 527 00:34:44,918 --> 00:34:49,965 Beritahu Rusty saya tak berniat nak beri kenyataan menentangnya, okey? 528 00:34:49,965 --> 00:34:52,134 - Baiklah. - Terima kasih. 529 00:34:56,471 --> 00:34:58,140 - Hai, semua. - Raymond. 530 00:34:58,140 --> 00:35:00,058 Gembira bertemu awak, seperti biasa. 531 00:35:01,935 --> 00:35:02,769 Ya. 532 00:35:04,146 --> 00:35:05,647 Okey, mari teruskan saja. 533 00:35:06,231 --> 00:35:09,943 Kes kamu lemah dan rasanya kamu tahu tentangnya. 534 00:35:10,736 --> 00:35:12,446 Maksud saya, bukanlah sia-sia saja. 535 00:35:12,446 --> 00:35:14,156 Dia ada di sana, kali terakhir dilihat bersamanya. 536 00:35:14,156 --> 00:35:16,325 Itu sesuatu, tapi pada masa sama ia tak kukuh. 537 00:35:16,325 --> 00:35:17,242 Kami tak setuju. 538 00:35:17,242 --> 00:35:21,622 Titisan darahnya tak ditemui dalam kereta Rusty, DNA juga tak ditemui. 539 00:35:21,622 --> 00:35:23,957 Darah dan bukti lain di rumahnya, 540 00:35:23,957 --> 00:35:26,793 tapi langsung tiada setitik pun dalam keretanya. 541 00:35:26,793 --> 00:35:28,712 - Dia bersihkannya. - Atau pada pakaiannya. 542 00:35:28,712 --> 00:35:30,297 - Juga dah bersihkan. - Tiada senjata pembunuhan. 543 00:35:30,297 --> 00:35:31,215 Musnahkannya. 544 00:35:31,215 --> 00:35:33,300 Kamu takkan dapat dakwa dia hanya berdasarkan teori. 545 00:35:33,884 --> 00:35:37,262 Diikat begitu, ia tunjukkan terancang. 546 00:35:37,846 --> 00:35:40,599 Mati disebabkan pengupak api? Provokasi emosi. 547 00:35:40,599 --> 00:35:43,185 Sejak awal lagi, kes kamu lemah. 548 00:35:43,185 --> 00:35:44,520 Kami sukakan cabaran. 549 00:35:44,520 --> 00:35:46,188 Saya tahu ada sebab 550 00:35:46,188 --> 00:35:48,857 kamu gunakan dakwaan menghalang lebih ringan 551 00:35:48,857 --> 00:35:50,317 dan saya pun akan buat perkara sama, 552 00:35:50,317 --> 00:35:53,737 supaya boleh bicarakan dia. Sebab jika tak dapat apa-apa... 553 00:35:53,737 --> 00:35:55,197 Apa yang awak cuba sampaikan? 554 00:35:55,197 --> 00:35:58,867 Saya boleh nampak seseorang diarahkan supaya tak bercakap. 555 00:36:01,578 --> 00:36:03,956 - Bijak. - Baiklah. Tolonglah... 556 00:36:03,956 --> 00:36:08,126 Rusty tak boleh ambil risiko habiskan sepanjang hayatnya di penjara, 557 00:36:08,126 --> 00:36:10,212 dan kamu tak boleh risikokan pembebasan 558 00:36:10,212 --> 00:36:13,674 dan musnahkan modal politik awak. 559 00:36:13,674 --> 00:36:16,343 Kami mengaku salah menghalang keadilan, tiga tahun. 560 00:36:19,680 --> 00:36:24,059 Ray, awak benar-benar fikir kami akan buat rayuan untuk dakwaan halang keadilan? 561 00:36:24,059 --> 00:36:25,894 Nico, awak tahu awak bergerak terlalu pantas. 562 00:36:25,894 --> 00:36:28,397 Tommy, dia terdesak mahukan suspek. 563 00:36:28,397 --> 00:36:31,316 Idea tentang suspek itu mungkin Rusty, jadi... 564 00:36:31,316 --> 00:36:33,151 Betulkah? Pergi mati. 565 00:36:33,151 --> 00:36:36,697 Mari bincang tentang masalah awak yang lebih besar yang sedang duduk di sana. 566 00:36:36,697 --> 00:36:39,950 Kamu ada kes lemah, berdasarkan keadaan, 567 00:36:39,950 --> 00:36:44,872 dikawal oleh orang yang tak cekap, dan menentang saya. 568 00:36:44,872 --> 00:36:46,540 Awak bukan dungu, Nico. 569 00:36:46,540 --> 00:36:48,417 Saya akan berikan sabitan. 570 00:36:48,417 --> 00:36:50,711 Dengan Hakim Lyttle, 571 00:36:50,711 --> 00:36:54,631 saya ada peluang yang sangat bagus untuk dapat keputusan tak bersalah. 572 00:36:54,631 --> 00:36:57,134 Itu akan menamatkan kerjaya politik. 573 00:36:57,968 --> 00:37:00,137 Saya tawarkan jalan keluar. 574 00:37:04,975 --> 00:37:07,436 - Apa ini? - Bacalah. Lihat. 575 00:37:19,072 --> 00:37:20,657 Kenapa saya baru melihatnya sekarang? 576 00:37:22,034 --> 00:37:23,702 Kami pun baru dapat. 577 00:37:41,303 --> 00:37:43,764 Itu bukan cara biasa kita berasmara. 578 00:37:44,264 --> 00:37:46,600 Apa pun, dah lama tak buat begitu. 579 00:37:50,020 --> 00:37:52,189 Itu cara awak berasmara dengan dia? 580 00:37:56,485 --> 00:37:57,486 Tak. 581 00:38:00,656 --> 00:38:01,865 Dia bukan awak. 582 00:38:04,076 --> 00:38:05,077 Dia tak sama macam awak. 583 00:38:08,580 --> 00:38:11,500 Rasanya apa yang saya susah nak faham adalah... 584 00:38:14,461 --> 00:38:16,380 awak ada tanya diri sendiri... 585 00:38:18,382 --> 00:38:20,551 apa yang awak sanggup hilang? 586 00:38:27,099 --> 00:38:29,643 Kita terlalu jauh. 587 00:38:30,143 --> 00:38:33,230 Ada masanya saya rasa kita tak boleh berbual. 588 00:38:35,232 --> 00:38:37,693 Tapi dia bangkitkan sesuatu dalam diri saya. 589 00:38:37,693 --> 00:38:38,777 Sesuatu... 590 00:38:40,153 --> 00:38:41,822 yang saya fikir dah tiada. 591 00:38:46,535 --> 00:38:49,621 Apabila awak cakap saya perlu bertanggungjawab... 592 00:38:49,621 --> 00:38:51,790 B, saya tak maksudkan dengan cara awak... 593 00:38:51,790 --> 00:38:54,418 Saya tak rasa awak salah, Rusty. 594 00:38:55,627 --> 00:38:57,671 Saya rasa kita biarkan diri kita... 595 00:39:01,425 --> 00:39:02,843 jauh daripada satu sama lain. 596 00:39:05,262 --> 00:39:10,517 Kita berasmara tadi pun rasa macam kita cuba buktikan sesuatu. 597 00:39:10,517 --> 00:39:15,606 Apa yang masih ada. 598 00:39:18,984 --> 00:39:19,985 Betulkah? 599 00:39:27,367 --> 00:39:28,577 Raymond tak guna. 600 00:39:30,621 --> 00:39:31,705 Saya akan jawab. 601 00:39:35,542 --> 00:39:36,376 Hei. 602 00:39:37,878 --> 00:39:39,463 - Rusty. - Ya. 603 00:39:41,924 --> 00:39:43,300 Kes kita ada masalah. 604 00:39:46,637 --> 00:39:49,348 Kulit awak ditemui di bawah kuku jari Carolyn. 605 00:39:50,140 --> 00:39:52,017 Apa? Sekejap. Itu mustahil. 606 00:39:52,017 --> 00:39:54,394 Ia ada dalam laporan. Saya baru dapat tahu tentangnya. 607 00:39:54,394 --> 00:39:57,606 Tak. Ray, dia tak pernah cakar saya. 608 00:39:57,606 --> 00:39:59,900 Itu penipuan. 609 00:39:59,900 --> 00:40:01,860 DNA tetap DNA, Rusty. 610 00:40:01,860 --> 00:40:04,321 Tak, itu penipuan. Oh Tuhan. 611 00:40:06,031 --> 00:40:07,741 Tak sangka mereka akan buat begini. 612 00:40:07,741 --> 00:40:09,034 Siapa? 613 00:40:09,034 --> 00:40:12,496 Molto dan Delay dan Kumagai, mereka semua. 614 00:40:12,496 --> 00:40:13,789 - Tolonglah. - Apa maksud awak? 615 00:40:13,789 --> 00:40:15,457 Dia tak pernah cakar saya. 616 00:40:15,457 --> 00:40:18,335 Ia diletakkan. Mereka tiada kes. 617 00:40:18,335 --> 00:40:21,588 Mereka tiada kes, jadi mereka cuba perangkap saya. 618 00:40:21,588 --> 00:40:23,006 Ayah! 619 00:40:23,006 --> 00:40:24,842 Cepat! Buka! Saya tahu awak ada di dalam! 620 00:40:24,842 --> 00:40:26,802 - Tak guna. Apa? - Pasti ada sebabnya. 621 00:40:26,802 --> 00:40:27,886 - Ayah! - Tak, saya... 622 00:40:27,886 --> 00:40:29,930 - Ada apa? Apa yang berlaku? - Ada seseorang di pintu! 623 00:40:29,930 --> 00:40:32,015 Raymond, sekejap. Kenapa? 624 00:40:32,015 --> 00:40:33,851 - Saya tak tahu. - Hei, bertenang. 625 00:40:33,851 --> 00:40:35,477 - Saya sedang tonton TV dan... - Okey. 626 00:40:35,477 --> 00:40:36,895 Sayang, bertenang. Tak mengapa. 627 00:40:36,895 --> 00:40:39,356 Hei! Berhenti hentak pintu saya! 628 00:40:39,356 --> 00:40:41,149 - Siapa? - Saya tak tahu! 629 00:40:41,149 --> 00:40:42,484 Rusty. Jaden! 630 00:40:42,484 --> 00:40:44,570 - Awak ganggu keluarga saya! - Ayah, siapa itu? 631 00:40:44,570 --> 00:40:46,321 - Sekejap! Berhenti! - Saya akan telefon polis. 632 00:40:46,321 --> 00:40:48,657 Jangan! Jangan telefon polis, Barbara. Biar saya berfikir. 633 00:40:48,657 --> 00:40:49,783 Buka pintu ini. 634 00:40:49,783 --> 00:40:51,660 - Jaden, jauhkan diri dari pintu! - Ke tepi! 635 00:40:51,660 --> 00:40:53,203 - Buka pintu ini! - Tunggu... 636 00:40:53,203 --> 00:40:54,830 - Rusty. - En. Ratzer! Dengar. 637 00:40:54,830 --> 00:40:56,874 - Awak datang dan ganggu keluarga saya... - Saya yang awak nak. 638 00:40:56,874 --> 00:40:59,126 - Pergi dari rumah saya. - ...saya akan ganggu keluarga awak! 639 00:40:59,126 --> 00:41:01,420 - Sayang, mari sini. Sayang. - En. Ratzer! 640 00:41:01,420 --> 00:41:04,214 - Dengar cakap saya... - Rusty. Helo? 641 00:41:05,507 --> 00:41:07,885 Sekali lagi! Saya sumpah! 642 00:41:07,885 --> 00:41:10,596 - Rusty! - Ayah! 643 00:41:10,596 --> 00:41:12,014 - Rusty, berhenti! - Cukup! Pandang saya! 644 00:41:12,014 --> 00:41:15,100 - Tolonglah! Ayah. - Rusty! 645 00:41:28,780 --> 00:41:30,741 BERDASARKAN NOVEL OLEH SCOTT TUROW 646 00:42:51,780 --> 00:42:53,782 Terjemahan sari kata oleh Hani Hamid