1 00:00:02,000 --> 00:00:07,000 Downloaded from YTS.MX 2 00:00:06,047 --> 00:00:10,343 SEBUAH KOMEDI ISTIMEWA NETFLIX 3 00:00:08,000 --> 00:00:13,000 Official YIFY movies site: YTS.MX 4 00:00:50,967 --> 00:00:52,510 Kami ada anjing golden retriever. 5 00:00:52,594 --> 00:00:55,138 Ya, kamu kenal saya, saya bukan bersifat perkauman, 6 00:00:55,221 --> 00:00:57,724 tapi kita semua tahu, itu anjing untuk orang kulit putih. 7 00:01:04,731 --> 00:01:06,232 Sekali lagi, ketepikannya. 8 00:01:07,692 --> 00:01:11,821 Pesanan teks seks. Bagi penghidap disleksia dewasa, itu satu cabaran. 9 00:01:16,868 --> 00:01:18,912 Saya bercinta dengan wanita yang sangat feminis. 10 00:01:18,995 --> 00:01:21,289 DIRAKAM PADA DISEMBER 2021 DI COMEDY CELLAR, NY 11 00:01:21,372 --> 00:01:24,751 Kami bertukar pesanan teks seks. Saya mahu ghairahkan dia dan sokong dia. 12 00:01:24,834 --> 00:01:27,545 Dia hantar pesanan teks seks, "Bagaimana awak akan tiduri saya?" 13 00:01:27,629 --> 00:01:29,339 "Seperti awak dapat kesamaan gaji." 14 00:01:29,422 --> 00:01:30,715 PENONTON TAK TAHU PELAWAK YANG DATANG 15 00:01:30,799 --> 00:01:32,300 Terima kasih semua. 16 00:01:35,470 --> 00:01:38,264 Ayuh. Beri tepukan untuk Phil Hanley. 17 00:01:38,348 --> 00:01:39,557 Ya. 18 00:01:40,225 --> 00:01:44,020 Saya tahu saya beritahu Phil ialah pelawak terakhir. 19 00:01:44,103 --> 00:01:45,396 Sebab inilah saya selalu kata 20 00:01:45,480 --> 00:01:47,816 apabila kita buat pilihan ke Comedy Cellar, 21 00:01:47,899 --> 00:01:51,027 keputusan itu bagus kerana kita tak tahu siapa akan singgah. 22 00:01:51,110 --> 00:01:55,073 Hadirin sekalian, beri tepukan untuk Aziz Ansari. 23 00:02:10,004 --> 00:02:11,464 Terima kasih. 24 00:02:11,548 --> 00:02:15,593 Terima kasih. 25 00:02:15,677 --> 00:02:17,345 Tak mungkin! 26 00:02:22,475 --> 00:02:24,352 Terima kasih. 27 00:02:26,104 --> 00:02:28,273 Saya suka buat kejutan. 28 00:02:28,356 --> 00:02:32,402 Kamu tak tahu saya datang dan tak tahu apa saya akan buat. 29 00:02:32,485 --> 00:02:37,198 Saya boleh buat jenaka teruk selama sepuluh minit kemudian pulang, 30 00:02:37,282 --> 00:02:39,993 dan saya takkan rasa bersalah. 31 00:02:40,076 --> 00:02:42,328 Masih bagus, bukan? 32 00:02:42,412 --> 00:02:43,413 Ya! 33 00:02:43,496 --> 00:02:45,748 Ya, saya suka buat pertunjukan di panggung mewah, 34 00:02:45,832 --> 00:02:49,794 tapi sesekali perlu lawan dengan makanan untuk rebut perhatian penonton. 35 00:02:54,424 --> 00:02:56,593 Seronok dapat kembali ke New York. 36 00:02:56,676 --> 00:02:58,845 Saya tak tinggal di sini lagi, tapi di London. 37 00:02:58,928 --> 00:03:02,891 Ya. Saya suka di sana, tapi seronok kembali ke New York. 38 00:03:02,974 --> 00:03:06,060 Saya sentiasa dialu-alukan di sini. Kadangkala, keterlaluan. 39 00:03:06,144 --> 00:03:08,730 Tempoh hari, saya ke restoran dan ada barisan. 40 00:03:08,813 --> 00:03:11,065 Semua periksa pas COVID mereka. 41 00:03:11,149 --> 00:03:12,692 Saya ke sana dan orang itu cakap, 42 00:03:12,775 --> 00:03:15,153 "Aziz, awak okey. Masuklah." 43 00:03:15,236 --> 00:03:16,821 Saya cakap, "Tidak. 44 00:03:17,822 --> 00:03:19,532 Tolong periksa pas saya. 45 00:03:20,366 --> 00:03:24,621 Saya bukan ke sini untuk makan bersama Kyrie Irving dan Nicki Minaj. 46 00:03:25,330 --> 00:03:27,916 Saya ada tambahan sepuluh saat. Tolonglah." 47 00:03:30,251 --> 00:03:31,669 Jarak kita semua agak rapat. 48 00:03:31,753 --> 00:03:34,631 Kamu semua perlu tunjuk pas COVID, betul? Ya. 49 00:03:34,714 --> 00:03:37,800 Mungkin juga pas COVID palsu yang mudah didapati. 50 00:03:39,093 --> 00:03:41,429 Siapa reka benda ini? 51 00:03:41,512 --> 00:03:45,308 Boleh dapatkan skuad yang cipta kepingan Monopoly McDonald's? 52 00:03:46,559 --> 00:03:49,395 Tahap keselamatannya lebih tinggi. 53 00:03:49,479 --> 00:03:53,399 Ada hologram dan seumpamanya. Kita masuk ke McDonald's. 54 00:03:53,483 --> 00:03:57,153 Mereka cakap, "Ini bukan Pennsylvania Avenue. Keluarkan ia." 55 00:03:58,738 --> 00:04:01,449 Pasukan pas COVID pula, "Kertas putih, garis hitam. 56 00:04:01,532 --> 00:04:03,034 Kita sudah selesai, Jim." 57 00:04:09,791 --> 00:04:12,502 Ikut teori, kita semua sudah divaksin, betul? 58 00:04:14,379 --> 00:04:18,675 Pada tahap ini, 96 peratus doktor sudah divaksin. 59 00:04:18,758 --> 00:04:21,469 Saya rasa pada tahap ini, jika kamu tak mahu divaksin, 60 00:04:21,552 --> 00:04:24,389 kamu seperti orang kulit putih berambut pilinan. 61 00:04:24,472 --> 00:04:28,184 Ya, saya pasti ada orang beritahu itu idea yang bagus. 62 00:04:29,686 --> 00:04:33,189 Tapi lambat-laun, orang sekeliling takkan boleh bernafas. 63 00:04:37,402 --> 00:04:41,572 Saya di London dan saya dapat satu suntikan vaksin AstraZeneca. 64 00:04:41,656 --> 00:04:43,533 Kemudian, saya perlu kembali ke LA. 65 00:04:43,616 --> 00:04:46,536 Saya tanya doktor, "Perlu ambil vaksin Johnson & Johnson?" 66 00:04:46,619 --> 00:04:48,913 Dia jawab, "Ambillah supaya vaksin awak lengkap." 67 00:04:48,997 --> 00:04:52,834 Saya dapatkan vaksin Johnson & Johnson. Kemudian saya dapat vaksin penggalak. 68 00:04:52,917 --> 00:04:54,210 Vaksin Pfizer. 69 00:04:54,294 --> 00:04:56,296 Jadi, ada banyak vaksin dalam badan saya. 70 00:05:00,800 --> 00:05:04,512 Saya seperti lagu DJ Khaled, terlalu banyak ciri. 71 00:05:07,390 --> 00:05:08,558 "Satu lagi." 72 00:05:13,980 --> 00:05:17,066 Ramai orang merungut tentang mereka yang tak mahu divaksin. 73 00:05:17,150 --> 00:05:20,862 Siapa pemain bola sepak itu? Aaron Rodgers. Ya. 74 00:05:20,945 --> 00:05:22,905 Apa pendapat awak tentang dia? 75 00:05:22,989 --> 00:05:24,574 - Dia teruk. - Dia teruk! 76 00:05:26,576 --> 00:05:29,579 Orang benci dia. "Dia dungu!" 77 00:05:29,662 --> 00:05:31,748 Tak apa. Bertenang. 78 00:05:31,831 --> 00:05:33,750 Dia pemain bola sepak. 79 00:05:33,833 --> 00:05:38,046 Dia baca artikel, dia ragu-ragu, dia buat kajian. 80 00:05:38,129 --> 00:05:41,049 Kamu terkejut dia buat kesimpulan yang salah? 81 00:05:42,800 --> 00:05:45,636 Kamu fikir dia akan selesaikan masalah ini? 82 00:05:46,596 --> 00:05:48,639 Kamu fikir Fauci akan keluarkan kenyataan, 83 00:05:48,723 --> 00:05:51,392 "Saya baru telefon Aaron Rodgers?" 84 00:05:56,439 --> 00:05:57,982 Kasihan dia. 85 00:05:58,066 --> 00:05:59,692 Seperti kita semua di sekolah tinggi 86 00:05:59,776 --> 00:06:03,780 dan mengejek pemain quarterback kerana dapat keputusan ujian sains teruk. 87 00:06:03,863 --> 00:06:05,823 "Awak bodoh, Aaron. 88 00:06:05,907 --> 00:06:08,868 Awak tak tahu apa-apa, bukan? Awak dungu." 89 00:06:09,911 --> 00:06:13,081 Dia sara hidup dengan biar kepalanya dirempuh. 90 00:06:13,164 --> 00:06:14,624 Boleh kita berlembut dengannya? 91 00:06:17,418 --> 00:06:18,961 Rasanya dia berbohong, bukan? 92 00:06:19,045 --> 00:06:22,548 Mereka kata, "Hei, awak divaksin?" Dia jawab, "Saya… 93 00:06:23,591 --> 00:06:26,511 Saya ada imunisasi. Saya… 94 00:06:26,594 --> 00:06:31,015 Doktor saya beri serbuk Jamba Juice dan saya…" 95 00:06:31,933 --> 00:06:35,561 Dia nampak agak angkuh dalam temu bual, betul? 96 00:06:35,645 --> 00:06:38,773 Dia beritahu, "Saya pemikir kritikal." 97 00:06:39,899 --> 00:06:41,192 Tidak. 98 00:06:41,275 --> 00:06:43,486 Adakah dia guna kaedah saintifik? 99 00:06:44,612 --> 00:06:48,491 "Soalan: Perlukah saya divaksin? Hipotesis: Saya tak rasa begitu. 100 00:06:52,245 --> 00:06:56,124 Pengumpulan data: Dengar audio siar dan tanya beberapa doktor mencurigakan. 101 00:06:56,207 --> 00:06:58,084 Kesimpulan: Takkan sesekali." 102 00:07:02,171 --> 00:07:04,340 Tapi saya tak rasa dia bodoh, okey? 103 00:07:04,423 --> 00:07:07,051 Saya tak rasa dia, Nicki Minaj, mereka bukan bodoh. 104 00:07:07,135 --> 00:07:08,970 Saya tak cakap begitu, okey? 105 00:07:09,595 --> 00:07:13,850 Saya hanya fikir mereka terperangkap dalam algoritma berbeza berbanding kita. 106 00:07:14,517 --> 00:07:15,810 Kamu faham maksud saya? 107 00:07:15,893 --> 00:07:18,729 Jika gelar mereka bodoh, kita terperangkap dalam algoritma lain. 108 00:07:18,813 --> 00:07:21,023 Saya tahu semua yang kamu mahu katakan. 109 00:07:21,107 --> 00:07:23,401 "Semua orang bodoh ini makan ubat kuda." 110 00:07:23,484 --> 00:07:27,738 Secara teknikalnya, manusia boleh makan ubat itu. 111 00:07:27,822 --> 00:07:30,324 Tiada bukti ia akan membantu mencegah COVID, 112 00:07:30,408 --> 00:07:32,577 tapi apabila kita cakap mereka ambil ubat kuda, 113 00:07:32,660 --> 00:07:34,287 mereka semakin dipinggirkan. 114 00:07:34,370 --> 00:07:35,413 Entahlah. 115 00:07:35,496 --> 00:07:37,999 Kita perlu cari cara untuk dapatkan sedikit empati. 116 00:07:38,082 --> 00:07:40,376 Kita semua terperangkap dalam dunia kita sendiri. 117 00:07:40,460 --> 00:07:43,171 Kecuali kita jumpa cara komunikasi dalam dunia nyata semula, 118 00:07:43,254 --> 00:07:46,257 tak penting apakah masalahnya, saya tak tahu jawapannya. 119 00:07:46,340 --> 00:07:48,885 Mungkin cari maklumat di Internet selama beberapa hari. 120 00:07:48,968 --> 00:07:50,219 Lihat apa yang berlaku. 121 00:07:50,303 --> 00:07:51,846 Tapi, jangan keterlaluan. 122 00:07:52,763 --> 00:07:56,142 Selepas seminggu, kamu akan fikir Fauci seorang pedofil. 123 00:08:01,022 --> 00:08:05,109 Saya fikir strategi memalukan orang takkan berhasil. 124 00:08:05,193 --> 00:08:08,196 Pernah tonton video orang antivaksin dimalukan? 125 00:08:08,279 --> 00:08:11,741 Mereka guna Twitter dan seumpamanya. Video itu sentiasa sama. 126 00:08:11,824 --> 00:08:15,203 Dalam Twitter, "COVID ini palsu. Saya takkan pakai pelitup muka. 127 00:08:15,286 --> 00:08:18,039 Abaikan mandat ini. Buka semua tempat dengan segera. 128 00:08:18,122 --> 00:08:21,167 Oh, Tuhan. Keputusan saya positif. Saya di hospital." 129 00:08:21,250 --> 00:08:23,753 Kemudian, sepupu mereka tulis, "Mereka mati." 130 00:08:24,837 --> 00:08:27,215 Kemudian, orang yang buat video itu… 131 00:08:28,674 --> 00:08:30,092 Ya, itu akan membantu. 132 00:08:35,973 --> 00:08:40,436 Bapa saudara saya tak dapat vaksin dan dia meninggal dunia. 133 00:08:40,520 --> 00:08:41,979 Ia amat menyedihkan. 134 00:08:42,063 --> 00:08:45,858 Bapa saya pujuk dia selama empat hari supaya dia dapatkan vaksin, 135 00:08:45,942 --> 00:08:47,527 tapi dia tak mahu lakukannya. 136 00:08:47,610 --> 00:08:50,196 Ia amat menyedihkan. Bapa saya ada ramai adik-beradik. 137 00:08:50,279 --> 00:08:54,492 Ibu saudara saya cakap, "Saya tak percaya seorang sudah meninggal dunia." 138 00:08:54,575 --> 00:08:57,161 Saya rasa sedih. Saya dapat rasakan dalam suaranya. 139 00:08:57,245 --> 00:09:00,456 Dia rasa ia boleh dicegah, ia tak sepatutnya berlaku. 140 00:09:00,540 --> 00:09:03,543 Saya tak rasa bapa saudara saya bodoh. 141 00:09:03,626 --> 00:09:08,256 Saya cuma fikir dia terpedaya dengan satu lagi perkara yang kita cipta 142 00:09:08,339 --> 00:09:12,635 iaitu budaya aliran maklumat yang dimanipulasi. 143 00:09:12,718 --> 00:09:14,720 Fikir tentang syarikat terbesar di dunia. 144 00:09:14,804 --> 00:09:16,597 Mereka dapat untung daripada maklumat. 145 00:09:16,681 --> 00:09:19,684 Tentulah ada pihak dapat untung daripada maklumat yang salah. 146 00:09:19,767 --> 00:09:22,770 Sebab itu keraguan wujud. Ada pihak yang dapat untung. 147 00:09:22,853 --> 00:09:25,439 Biasanya orang ramai tidak meragui komuniti perubatan. 148 00:09:25,523 --> 00:09:28,943 Fikir tentang semua perkara mengarut yang kita buat sebab doktor arahkan. 149 00:09:29,026 --> 00:09:30,570 Kita tak pernah persoalkan mereka. 150 00:09:30,653 --> 00:09:33,948 Lihatlah Ice Cube. Ice Cuba tak mahu divaksin. 151 00:09:34,031 --> 00:09:36,450 Dia sepatutnya berlakon dalam filem Oh Hell No. 152 00:09:36,534 --> 00:09:39,912 Sayang sekali, kita takkan dapat menontonnya. 153 00:09:45,251 --> 00:09:48,546 Dia sepatutnya divaksin, tapi dia enggan. 154 00:09:48,629 --> 00:09:50,464 Kamu tahu apa yang pelik? 155 00:09:50,548 --> 00:09:55,011 Beberapa bulan sebelum pandemik, Ice Cuba lakukan kolonoskopi. 156 00:09:55,761 --> 00:09:57,930 Kamu tahu apa itu kolonoskopi? 157 00:09:58,848 --> 00:10:01,017 Ice Cube jumpa doktor. 158 00:10:01,100 --> 00:10:03,686 Doktor cakap, "Hei, perut awak ada masalah. 159 00:10:03,769 --> 00:10:05,271 Kami perlu lakukan kolonoskopi." 160 00:10:05,354 --> 00:10:06,981 Dia tanya, "Apa itu?" 161 00:10:07,064 --> 00:10:11,319 Mereka jawab, "Duduk, Ice Cube. 162 00:10:13,821 --> 00:10:16,324 Awak perlu minum segelen cecair 163 00:10:16,407 --> 00:10:18,326 dan buang semua isi kandungan dalam perut. 164 00:10:18,409 --> 00:10:20,119 Bersihkan sistem penghadaman, betul? 165 00:10:20,202 --> 00:10:23,205 Keesokan hari, kami akan pengsankan awak 166 00:10:23,289 --> 00:10:25,333 dan masukkan hos getah melalui dubur awak 167 00:10:25,416 --> 00:10:27,001 yang ada kamera di hujungnya. 168 00:10:27,084 --> 00:10:29,128 Kami masukkannya dan rakam selama beberapa jam 169 00:10:29,211 --> 00:10:31,380 untuk lihat keadaannya dan jalankan ujian. 170 00:10:31,464 --> 00:10:33,716 Selepas kami selesai, kami akan bangunkan awak." 171 00:10:33,799 --> 00:10:34,800 Dia cakap, 172 00:10:34,884 --> 00:10:37,261 "Baiklah. Buatlah apa yang perlu." 173 00:10:38,220 --> 00:10:40,473 Dia tak cakap semua yang dia katakan sekarang. 174 00:10:40,556 --> 00:10:43,809 Dia tak cakap, "Saya tak faham sainsnya." 175 00:10:44,435 --> 00:10:47,813 Dia tak cakap, "Dubur saya, hak saya." Tidak. 176 00:10:48,397 --> 00:10:53,152 Dia pengsan dengan empat orang asing di sekelilingnya. 177 00:10:53,235 --> 00:10:55,196 Mereka kata, "Kita ada masalah." 178 00:10:55,279 --> 00:10:57,740 Dia cakap, "Awak boleh lakukannya. Berusahalah." 179 00:11:01,160 --> 00:11:05,790 Mereka di sana berjam-jam lamanya. 180 00:11:05,873 --> 00:11:09,251 Apa mereka buat? Rakam siri terhad? 181 00:11:09,335 --> 00:11:13,964 Adakah Queen's Gambit musim dua dirakam di dalam usus besar Ice Cube? 182 00:11:20,596 --> 00:11:23,224 Saya tak tahu sama ada Ice Cube pernah buat kolonoskopi. 183 00:11:25,017 --> 00:11:26,018 Tapi… 184 00:11:28,687 --> 00:11:29,688 dia… 185 00:11:30,898 --> 00:11:33,943 berusia lebih 45 tahun. Dia patut lakukannya. 186 00:11:34,693 --> 00:11:39,156 Kolonoskopi dibuat untuk pastikan kita tiada kanser kolon. 187 00:11:39,240 --> 00:11:41,867 Jadi, harap-harap jenaka saya betul. 188 00:11:46,205 --> 00:11:47,832 Satu perkara hebat, 189 00:11:47,915 --> 00:11:51,585 lepas kawalan pergerakan, ramai orang bela diri sendiri. 190 00:11:51,669 --> 00:11:55,005 Mereka menilai semula gaya hidup dan kerja mereka, 191 00:11:55,089 --> 00:11:57,633 dan mereka kata, "Jika tak bayar saya gaji sepatutnya, 192 00:11:57,716 --> 00:12:00,219 jika tak beri manfaat sepatutnya, saya akan berhenti." 193 00:12:00,302 --> 00:12:03,305 Pihak syarikat menjawab, "Baiklah. Berhenti. 194 00:12:03,931 --> 00:12:07,101 Kami akan ambil orang yang tak berapa pakar buat kerja ini, 195 00:12:07,184 --> 00:12:10,771 dan segalanya di dunia ini akan semakin merudum." 196 00:12:10,855 --> 00:12:12,314 Itulah yang berlaku sekarang. 197 00:12:12,398 --> 00:12:15,109 Di semua tempat, segalanya semakin teruk. 198 00:12:15,192 --> 00:12:17,319 Orang tak pernah cukup. 199 00:12:17,403 --> 00:12:20,197 Semua orang cakap, "Ini hari pertama saya!" 200 00:12:22,783 --> 00:12:25,661 Malah di sini, malam ini, keadaan agak teruk. 201 00:12:25,744 --> 00:12:28,998 Tak cukup orang. Kamu faham? 202 00:12:30,583 --> 00:12:34,420 Segalanya semakin teruk. Kita berhak menerimanya, 203 00:12:34,503 --> 00:12:37,006 kerana kita tak hargai mereka. 204 00:12:37,089 --> 00:12:39,341 Mereka bekerja keras, tak dibayar gaji sepatutnya, 205 00:12:39,425 --> 00:12:42,052 masih tak dibayar sepatutnya, kita masih tak hargai mereka. 206 00:12:42,136 --> 00:12:43,762 Tentulah orang ambil kesempatan. 207 00:12:43,846 --> 00:12:45,890 Kita tahu orang ambil kesempatan ke atas kita. 208 00:12:45,973 --> 00:12:49,310 Cuba fikir. Bagaimana burger keju boleh dijual dengan harga 99 sen? 209 00:12:49,393 --> 00:12:51,854 Bagaimana mungkin? Jika saya beri awak 99 sen dan cakap, 210 00:12:51,937 --> 00:12:55,107 "Buatkan saya burger keju," apa awak akan buat? 211 00:12:55,191 --> 00:12:57,902 Mereka ambil kesempatan, daripada pekerja di kilang daging 212 00:12:57,985 --> 00:12:59,987 sampailah orang yang menjual burger itu. 213 00:13:00,070 --> 00:13:01,655 Sekarang, kita perlu akui, 214 00:13:01,739 --> 00:13:04,241 pekerja tak mahir itu tak wujud. 215 00:13:04,325 --> 00:13:07,328 Jika kita ke Wendy's dan segalanya berjalan lancar, 216 00:13:07,411 --> 00:13:10,331 ada pekerja mahir di Wendy's itu… 217 00:13:12,958 --> 00:13:14,668 kerana sekarang, kita masuk ke sana, 218 00:13:14,752 --> 00:13:17,630 setiap Frosty disertakan nuget percuma, betul? 219 00:13:19,048 --> 00:13:22,301 Saya sokong mereka yang mogok. 220 00:13:22,384 --> 00:13:23,594 Aduhai. 221 00:13:23,677 --> 00:13:25,721 Harap mereka kembali kerja, dapat gaji bagus 222 00:13:25,804 --> 00:13:27,598 kerana kadangkala keadaan sukar. 223 00:13:27,681 --> 00:13:31,227 Kamu pernah ke Chipotle di Pennsylvania sekarang? 224 00:13:31,310 --> 00:13:35,272 Sangat tegang. Jika kamu ke sana, seolah-olah Chipotle dapat COVID. 225 00:13:35,898 --> 00:13:38,108 Kamu masuk ke sana, ada dua lelaki… 226 00:13:39,985 --> 00:13:41,278 "Beri saya kacang pis!" 227 00:13:42,238 --> 00:13:45,533 Kemudian kita tanya, "Boleh beri guacamole lagi?" 228 00:13:45,616 --> 00:13:48,369 Mereka jawab, "Kami kehabisan guacamole! 229 00:13:48,953 --> 00:13:52,831 Bekalan avokado kurang, pekerja yang uruskan avokado berhenti minggu lepas, 230 00:13:52,915 --> 00:13:57,419 dan kini dia dapat $50,000 setahun buat video guacamole di TikTok!" 231 00:14:06,178 --> 00:14:08,806 Kadangkala saya fikir sama ada saya buat silap dalam kerja. 232 00:14:08,889 --> 00:14:11,392 Bukan sebagai pelawak, tapi daripada segi lebih besar. 233 00:14:11,475 --> 00:14:12,810 Setiap hari saya baca berita, 234 00:14:12,893 --> 00:14:16,522 ada artikel tentang pelakon menjual syarikat 235 00:14:16,605 --> 00:14:19,775 dengan harga ratusan juta dolar yang tiada kaitan dengan kerja mereka. 236 00:14:19,858 --> 00:14:23,696 Saya tak terlibat dalam semua ini. Saya tiada produk minuman. 237 00:14:23,779 --> 00:14:25,322 Tiada produk penjagaan kulit. 238 00:14:25,406 --> 00:14:27,283 Penjagaan kulit? Mudah untuk saya ceburi. 239 00:14:27,366 --> 00:14:31,453 Saya orang India. Kulit saya bagus. Saya boleh perdaya orang kulit putih. 240 00:14:31,537 --> 00:14:35,666 "Ini minyak kelapa dari kampung moyang saya. 241 00:14:37,126 --> 00:14:40,212 Beginilah cara saya kekalkan seri kulit remaja India." 242 00:14:43,716 --> 00:14:47,344 Semua kawan-kawan dalam industri akan sedar dan mahu terlibat juga. 243 00:14:47,428 --> 00:14:49,471 Tiada sesiapa mahu hasilkan The Chronic. 244 00:14:49,555 --> 00:14:52,600 Semua mahu hasilkan fon kepala Beats by Dre. 245 00:14:52,683 --> 00:14:54,184 Pernah lihat temu bual Drake? 246 00:14:54,268 --> 00:14:56,729 Mereka tanya, "Drake, bagaimana dengan album baharu?" 247 00:14:56,812 --> 00:14:59,648 "Album? Bagaimana dengan sistem penjagaan kesihatan baharu? 248 00:14:59,732 --> 00:15:02,735 Ya. Saya akan buka Hospital OVO di seluruh negara. 249 00:15:02,818 --> 00:15:06,530 Jururawat akan pakai peralatan OVO, ada doktor-doktor terbaik." 250 00:15:06,614 --> 00:15:08,073 Ada lagu untuk para doktor ini. 251 00:15:08,157 --> 00:15:11,368 Aku perhatikanmu 252 00:15:14,705 --> 00:15:18,667 Saya pelawak yang agak bagus. Saya ahli perniagaan yang teruk. 253 00:15:19,710 --> 00:15:24,173 Saya di sini secara percuma. Kevin Hart takkan buat secara percuma. 254 00:15:24,256 --> 00:15:25,841 Jika Kevin yang buat pertunjukan, 255 00:15:25,925 --> 00:15:29,970 penstriman secara langsung akan dibuat ke mesin rumput baharunya. 256 00:15:30,971 --> 00:15:33,432 "Ya, saya bekerjasama dengan rakan-rakan di John Deere. 257 00:15:33,515 --> 00:15:34,975 Setiap kali anda potong rumput, 258 00:15:35,059 --> 00:15:37,895 hologram saya muncul dan saya buat komedi istimewa. 259 00:15:37,978 --> 00:15:39,772 Ia berjudul, Kevin Hart, Hebatnya. 260 00:15:39,855 --> 00:15:42,483 Saya Buat Komedi Sementara Kamu Memotong Rumput!" 261 00:15:47,529 --> 00:15:50,407 Saya tak menilai mereka. Ia bukan untuk saya. 262 00:15:50,491 --> 00:15:53,452 Ada sekali dalam kerjaya saya, saya buat terlalu banyak kerja. 263 00:15:53,535 --> 00:15:58,082 Saya tak cukup tangan dan saya jumpa Frank Ocean di satu parti. 264 00:15:58,165 --> 00:16:00,668 Saya tanya dia, "Frank, bagaimana awak lakukannya? 265 00:16:00,751 --> 00:16:02,920 Tiada penampilan media, jarang buat jelajah, 266 00:16:03,003 --> 00:16:05,422 dan awak hanya hasilkan muzik apabila awak mahu. 267 00:16:05,506 --> 00:16:06,590 Apa rahsia awak?" 268 00:16:06,674 --> 00:16:07,925 Dia cakap, "Aduhai, 269 00:16:08,008 --> 00:16:11,679 awak hanya perlu selesa hasilkan kurang wang. Itu saja." 270 00:16:11,762 --> 00:16:13,889 Saya fikir, "Alamak. 271 00:16:15,224 --> 00:16:17,476 Hasilkan kurang wang? 272 00:16:19,603 --> 00:16:21,397 Saya tak pernah terfikir." 273 00:16:24,316 --> 00:16:25,526 Tapi saya buat. 274 00:16:26,360 --> 00:16:29,530 Masih lagi. Kamu pun nampak. Saya tak buat banyak perkara. 275 00:16:29,613 --> 00:16:32,449 Saya hanya buat perkara yang saya ambil berat. 276 00:16:32,533 --> 00:16:33,909 Frank… 277 00:16:34,910 --> 00:16:37,579 Frank memulakan perniagaan barang kemas, jadi entahlah. 278 00:16:38,330 --> 00:16:40,040 Rasanya dia ubah fikiran. 279 00:16:41,542 --> 00:16:44,545 "Alamak, saya terlalu selesa kurang cari wang." 280 00:16:47,923 --> 00:16:50,759 Kali akhir saya ke New York, semasa sebelum pilihan raya. 281 00:16:50,843 --> 00:16:54,430 Masa yang menarik, bukan? Semua orang amat bertenaga. 282 00:16:54,513 --> 00:16:56,849 Semua orang keluar, "Kita perlu buat sesuatu! 283 00:16:56,932 --> 00:16:59,601 Kita perlu halang Trump dan kita perlu selamatkan planet ini! 284 00:16:59,685 --> 00:17:01,353 Kita perlu buat semua yang mampu!" 285 00:17:01,437 --> 00:17:04,064 Kemudian, Trump kalah. Mereka bersorak, "Kita berjaya! 286 00:17:04,148 --> 00:17:06,692 Mari jadikan dunia ini tempat yang lebih bagus!" 287 00:17:06,775 --> 00:17:10,154 Saya kembali dua tahun kemudian, tempat ini masih teruk. 288 00:17:10,821 --> 00:17:14,658 Saya rasa kita hanya tak jadi pengikut Twitternya. Itu saja. 289 00:17:14,742 --> 00:17:17,494 Kita kurang melihatnya. Kamu faham? 290 00:17:18,370 --> 00:17:21,123 Saya tak maksudkan dia dan Joe Biden sama. 291 00:17:21,206 --> 00:17:24,418 Jangan kritik saya. Saya faham. Ya, infrastruktur. Saya tahu. 292 00:17:24,501 --> 00:17:28,714 Saya cuma cakap, apa berlaku pada kita? Apa berlaku pada tenaga itu? 293 00:17:28,797 --> 00:17:30,924 Kenapa kita tak gunakannya sekarang? 294 00:17:31,008 --> 00:17:34,344 Kenapa kita tak keluar, "Kita perlu bantu mereka selepas COVID. 295 00:17:34,428 --> 00:17:36,430 Ada ramai yang hilang tempat tinggal." 296 00:17:36,513 --> 00:17:37,890 Orang ramai tak buat begitu. 297 00:17:37,973 --> 00:17:41,518 Orang hanya fikir, "Saya harap saya melabur dalam mata wang kripto." 298 00:17:46,065 --> 00:17:47,983 "Matthias, awak akan ke acara itu malam ini? 299 00:17:48,067 --> 00:17:49,985 Ada kedai sementara untuk gabungan baharu 300 00:17:50,069 --> 00:17:52,613 yang Travis Scott buat bersama Citibank dan Chips Ahoy 301 00:17:52,696 --> 00:17:54,948 dan mereka jual Chips Ahoy edisi terhad 302 00:17:55,032 --> 00:17:56,658 direka oleh artis-artis baharu. 303 00:17:56,742 --> 00:17:59,244 Apabila kita keluar, kita dapat beg jinjing edisi terhad 304 00:17:59,328 --> 00:18:01,080 dengan kemeja-T edisi terhad 305 00:18:01,163 --> 00:18:03,832 rekaan jenama pakaian jalanan baharu yang mesra alam, 306 00:18:03,916 --> 00:18:06,543 dan apabila kita pulang, beg jinjing itu bertukar jadi NFT 307 00:18:06,627 --> 00:18:10,547 dan NFT itu mula jadi deejay dan semuanya mampan." 308 00:18:20,307 --> 00:18:22,518 Kamu tahu siapa lebih teruk daripada Trump? 309 00:18:22,601 --> 00:18:26,438 Kita semua, umat manusia. 310 00:18:26,522 --> 00:18:31,610 Kalau kita undur dan memerhati, kita sekumpulan manusia yang teruk, bukan? 311 00:18:31,693 --> 00:18:35,155 Apa yang kamu nampak semasa berundur? Nampak 30 orang, betul? 312 00:18:35,239 --> 00:18:37,574 Ada 20 orang dalam keadaan bagus, sepuluh orang pula, 313 00:18:37,658 --> 00:18:40,953 "Kami tiada air minuman bersih dan lain-lain. Hidup kami susah." 314 00:18:41,036 --> 00:18:42,246 Dua puluh orang selebihnya, 315 00:18:42,329 --> 00:18:46,041 "Kamu tinggal jauh. Apa kamu mahu saya buat? 316 00:18:46,125 --> 00:18:48,001 Kamu bukan orang kami. 317 00:18:48,085 --> 00:18:49,086 Saya faham 318 00:18:49,169 --> 00:18:51,588 tapi saya pesan barang runcit enam minit lalu 319 00:18:51,672 --> 00:18:53,549 dan ia masih belum dihantar. Jadi… 320 00:18:54,216 --> 00:18:55,843 Saya juga lapar. 321 00:18:56,885 --> 00:19:00,347 Saya ada masalah, saya cuci duvet tempoh hari. 322 00:19:00,430 --> 00:19:03,142 Saya cuba pasang semula. Kamu pernah buat? 323 00:19:03,225 --> 00:19:06,562 Kamu pernah pasang duvet dan sedar butangnya di sisi lain 324 00:19:06,645 --> 00:19:10,274 dan kamu perlu terbalikkannya dan bermula semula? Perspektif." 325 00:19:15,028 --> 00:19:17,406 Nampak gelap. Kalau kita undur selangkah, 326 00:19:17,489 --> 00:19:20,200 dan fikir tentang penderitaan, kemiskinan 327 00:19:20,284 --> 00:19:24,496 kebuluran dan kematian, kita terima kerana ia berlaku di tempat jauh. 328 00:19:24,580 --> 00:19:26,081 Malah di negara kita sendiri. 329 00:19:26,165 --> 00:19:29,251 Gelandangan dan seumpamanya, kita boleh baiki semuanya. 330 00:19:29,334 --> 00:19:30,794 Kamu tahu cara saya tahu? 331 00:19:31,295 --> 00:19:32,546 Sebab dua tahun lalu, 332 00:19:32,629 --> 00:19:36,300 orang-orang di negara kaya mula mati disebabkan penyakit misteri. 333 00:19:36,383 --> 00:19:37,926 Apa kita buat? 334 00:19:38,010 --> 00:19:41,972 Kita tutup bumi ini selama dua tahun! 335 00:19:42,055 --> 00:19:46,518 Setiap manusia dikurung di dalam rumah setiap hari. 336 00:19:46,602 --> 00:19:47,936 Kita tak pergi bekerja pun. 337 00:19:48,020 --> 00:19:50,647 "Tak, jangan pergi kerja! Kami hantar wang setiap minggu!" 338 00:19:50,731 --> 00:19:52,524 "Apa? Tapi bagaimana jika ia berterusan?" 339 00:19:52,608 --> 00:19:55,068 "Kami akan terus hantar wang setiap minggu!" 340 00:19:55,152 --> 00:19:56,737 "Jika enam bulan, setahun?" 341 00:19:56,820 --> 00:19:59,823 "Kami akan terus hantar wang! Tunggu saja di dalam rumah!" 342 00:19:59,907 --> 00:20:03,285 "Kamu ada wang sebanyak itu?" "Ya! Tunggu saja di dalam rumah!" 343 00:20:04,578 --> 00:20:07,414 Itulah jumlah wang yang kita ada. 344 00:20:07,497 --> 00:20:13,420 Ada orang di luar sekarang bawa cawan meminta sesiapa derma satu dolar. 345 00:20:13,503 --> 00:20:16,965 Kita ada banyak wang. Tapi kita tak mahu beri kepada orang itu. 346 00:20:18,258 --> 00:20:20,135 Kenapa tak mahu selesaikan masalah ini? 347 00:20:20,219 --> 00:20:22,137 Satu, ia tak beri kesan pada kita. Dua, 348 00:20:22,221 --> 00:20:24,389 mereka tak beri isi. 349 00:20:24,473 --> 00:20:26,475 Kita perlu ada isi. 350 00:20:26,558 --> 00:20:29,102 Kenapa orang ramai bersungguh menentang Trump? 351 00:20:29,186 --> 00:20:30,938 Dia beri isi. 352 00:20:31,021 --> 00:20:35,108 Cemuhlah dia, tapi isinya memang hebat. 353 00:20:36,610 --> 00:20:40,656 Pada hari pertama dia berkempen, "Saya benci orang Mexico." Saya teruja! 354 00:20:41,406 --> 00:20:44,785 Ini lebih bagus daripada ucapan Obama. 355 00:20:45,452 --> 00:20:48,789 Ia memang teruk, tapi menarik. 356 00:20:49,831 --> 00:20:53,543 Sebab itu saya keliru dengan mereka yang menentang Joe Biden. 357 00:20:53,627 --> 00:20:56,964 Saya terfikir, "Berdasarkan apa? Saya tak pernah lihat dia pun." 358 00:20:57,047 --> 00:20:59,883 Kenapa marah? Di mana isinya? 359 00:20:59,967 --> 00:21:03,595 Sebab dia pernah hampir terjatuh? Apa kamu katakan? 360 00:21:03,679 --> 00:21:06,515 Kamu benci Kamala Harris? Saya tak pernah nampak dia. 361 00:21:06,598 --> 00:21:09,142 Saya amat teruja kerana dia berbangsa India. 362 00:21:09,226 --> 00:21:12,938 Ada lebih banyak rakaman Bigfoot berbanding Kamala Harris, okey? 363 00:21:13,021 --> 00:21:14,231 Wanita ini… 364 00:21:14,940 --> 00:21:16,149 Saya tak pernah nampak dia. 365 00:21:16,233 --> 00:21:18,485 Ada satu isi dari awal 366 00:21:18,568 --> 00:21:22,030 dia cakap, "Kita berjaya, Joe!" Kemudian, dia lenyap. 367 00:21:22,948 --> 00:21:27,119 Dia lenyap seperti ibu asal dalam The Fresh Prince. 368 00:21:36,211 --> 00:21:38,463 Perlu ada isi. 369 00:21:38,547 --> 00:21:40,966 Jika tiada isi, tiada pengaruh di Internet. 370 00:21:41,049 --> 00:21:43,343 Tiada pengaruh di Internet, kita tiada budaya. 371 00:21:43,427 --> 00:21:46,179 Budaya itu menentukan apa kita akan lakukan, betul? 372 00:21:46,263 --> 00:21:48,932 Ada perkara yang saya sebut ini terlalu membosankan. 373 00:21:49,016 --> 00:21:52,269 Takkan berhasil dalam sistem kita. Kita masukkannya ke sana, 374 00:21:52,352 --> 00:21:56,440 "Kalau cari cara terapkan sanitasi di dunia membangun, kita boleh… 375 00:21:58,317 --> 00:22:01,903 Ada banyak buruh kilang peras tenaga, kalaulah kita boleh… 376 00:22:02,946 --> 00:22:06,658 Timothée Chalamet baling teh boba ke arah lelaki Asia di Taman Washington Square." 377 00:22:06,742 --> 00:22:08,452 "Apa?" 378 00:22:09,494 --> 00:22:11,413 Kenapa dia buat begitu? 379 00:22:11,496 --> 00:22:13,332 Dia tak suka orang Asia? 380 00:22:13,415 --> 00:22:16,168 Jadi, kenapa dia minum teh boba? Itu minuman Asia. 381 00:22:16,251 --> 00:22:19,296 Apa yang ada dalam bebola bergelatin di dalam teh boba? 382 00:22:19,379 --> 00:22:21,715 Saya ada banyak soalan." 383 00:22:22,716 --> 00:22:24,843 Keesokan hari, Chalamet keluarkan kenyataan. 384 00:22:24,926 --> 00:22:29,431 "Kepada semua peminat dan orang lain, saya tak berniat baling teh boba itu. 385 00:22:29,514 --> 00:22:31,224 Saya berjalan di taman, tergelincir, 386 00:22:31,308 --> 00:22:33,143 teh boba itu terlepas dari tangan saya 387 00:22:33,226 --> 00:22:34,978 dan terkena wajah lelaki itu. 388 00:22:35,062 --> 00:22:39,191 Saya tak berniat memudaratkan dia, ahli komuniti Asia atau komuniti lain. 389 00:22:39,274 --> 00:22:41,234 Saya benar-benar minta maaf." 390 00:22:43,570 --> 00:22:45,447 "Saya sangka dia baik orangnya." 391 00:22:46,615 --> 00:22:49,910 Namun dua hari kemudian, ada video didedahkan tentang Chalamet. 392 00:22:49,993 --> 00:22:51,244 Dia tak tergelincir. 393 00:22:51,328 --> 00:22:53,955 Dia tunjuk penumbuknya. Dia serang lelaki itu. 394 00:22:54,039 --> 00:22:57,125 "Apa? Awak nampak video itu?" "Ya, sangat teruk. 395 00:22:57,209 --> 00:22:58,210 Saya tak percaya." 396 00:22:58,293 --> 00:23:00,796 "Awak nampak artikel hari ini?" "Apa?" 397 00:23:00,879 --> 00:23:03,090 "Ada satu lagi artikel." "Apa isi kandungannya?" 398 00:23:03,173 --> 00:23:06,176 "Nampaknya itu bukan Chalamet. Dia ialah lelaki lain 399 00:23:06,259 --> 00:23:08,762 dan mereka palsukan dia jadi Chalamet dalam video itu." 400 00:23:08,845 --> 00:23:10,472 "Awak serius?" "Ya!" 401 00:23:10,555 --> 00:23:13,892 "Dia masih akan berlakon dalam Dune 2?" "Entahlah." "Apa kita patut buat?" 402 00:23:13,975 --> 00:23:17,354 "Mari ikuti perkembangan dan bincangkannya setiap hari selama dua minggu, 403 00:23:17,437 --> 00:23:20,273 walaupun ia tiada kaitan dengan kehidupan kita." 404 00:23:27,072 --> 00:23:28,490 Itulah kita. 405 00:23:30,534 --> 00:23:33,161 Kini kita hidup dalam seksyen komen. 406 00:23:35,080 --> 00:23:37,833 Bukankah rasa begitu dalam sepuluh tahun ini? 407 00:23:37,916 --> 00:23:41,294 Kita diheret ke dalam gelung ini, kita di dalamnya selama dua minggu, 408 00:23:41,378 --> 00:23:43,213 kita keluar dan masuk ke gelung lain, 409 00:23:43,296 --> 00:23:47,175 luangkan tenaga mental pada perkara yang akhirnya akan lenyap. 410 00:23:48,510 --> 00:23:50,512 Sebab itu saya rasa pelik apabila orang cakap, 411 00:23:50,595 --> 00:23:53,682 "Vaksin masukkan mikrocip ke dalam badan saya, tukar saya jadi robot." 412 00:23:53,765 --> 00:23:57,102 Kamu tak sedar kita telah diperdaya? 413 00:23:59,771 --> 00:24:02,858 Kita sudah pun jadi robot. 414 00:24:02,941 --> 00:24:06,903 Kamu tak tahu semua orang akan cakap tentang segalanya? 415 00:24:06,987 --> 00:24:08,905 Sudah lama kita telah diperdaya, 416 00:24:08,989 --> 00:24:12,367 kerana syarikat yang buat untung besar memikirkan 40, 50 langkah ke depan. 417 00:24:12,450 --> 00:24:14,452 Mereka lebih licik daripada sangkaan kita. 418 00:24:14,536 --> 00:24:15,829 Misalnya China tak kata, 419 00:24:15,912 --> 00:24:19,916 "Hei, kami bangunkan teknologi pengesan wajah. Kami perlukan wajah kamu." 420 00:24:20,000 --> 00:24:22,085 Tak, semua akan kata, "Tak mungkin China. 421 00:24:22,169 --> 00:24:25,672 Saya takkan beri wajah saya. Wajah saya adalah hak saya." 422 00:24:26,339 --> 00:24:28,466 Tapi China tak tanya seperti itu. 423 00:24:29,801 --> 00:24:33,930 China tanya, "Hei, mahu lihat wajah awak apabila awak tua?" 424 00:24:36,975 --> 00:24:38,852 "Saya pada usia tua? 425 00:24:38,935 --> 00:24:41,855 Ya! Apa saya perlu buat?" "Beri kami wajah awak." 426 00:24:41,938 --> 00:24:44,441 "Bagus. Ambillah wajah saya!" 427 00:24:53,867 --> 00:24:58,038 Tepuk tangan jika kamu habiskan masa terlalu banyak guna telefon atau Internet. 428 00:24:58,121 --> 00:24:59,664 Tepuk tangan jika kamu rasa begitu. 429 00:25:03,460 --> 00:25:07,631 Saya bertepuk tangan bersama kamu. Itu bermakna hampir semua orang. 430 00:25:08,215 --> 00:25:09,382 Saya faham. 431 00:25:09,466 --> 00:25:13,887 Ada sesiapa di sini cuba kurangkan masa guna telefon dan Internet? 432 00:25:13,970 --> 00:25:17,140 Angkat tangan jika kamu lakukan sesuatu untuk halang diri gunakannya. 433 00:25:17,224 --> 00:25:20,227 - Apa awak buat, cik? - Saya tetapkan had masa. 434 00:25:20,310 --> 00:25:23,563 Awak tetapkan had masa. Saya tahu cara ini. Masa guna skrin. 435 00:25:23,647 --> 00:25:26,066 Ia muncul, "Anda capai had harian." 436 00:25:26,149 --> 00:25:28,944 Awak pula cakap, "Pergi! Saya masih perlu guna!" 437 00:25:29,736 --> 00:25:32,447 Ia tak berhasil. Apa lagi kamu buat? 438 00:25:32,530 --> 00:25:35,992 Angkat tangan jika ada buat taktik lain. Ada lagi? Apa awak buat? 439 00:25:36,076 --> 00:25:37,160 Padam Instagram. 440 00:25:37,244 --> 00:25:39,788 Padam Instagram. Ya, saya juga buat. 441 00:25:39,871 --> 00:25:43,166 Tujuh tahun lalu, saya padam semua aplikasi media sosial dalam telefon. 442 00:25:43,250 --> 00:25:47,170 Saya masih ada akaun. Bukan milik saya tapi milik seorang wanita. 443 00:25:49,756 --> 00:25:52,300 Tapi saya faham. Faham? 444 00:25:52,384 --> 00:25:53,969 Sudah lama saya merasainya. 445 00:25:54,052 --> 00:25:55,929 Saya buat semua taktik tadi. 446 00:25:56,012 --> 00:25:58,348 Saya terus mara dan mara 447 00:25:58,431 --> 00:26:00,725 sampai sekarang, akhirnya saya rasa sedikit lega. 448 00:26:00,809 --> 00:26:05,188 Kamu tahu apa saya perlu buat? Saya guna telefon lipat. 449 00:26:06,940 --> 00:26:11,361 Telefon lipat. Ia agak ekstrem, tapi hasilnya, 450 00:26:11,444 --> 00:26:12,904 kita dapat ketenangan fikiran. 451 00:26:12,988 --> 00:26:16,116 Kita boleh nampak di dalam kabus. Kita boleh pergi ke mana-mana saja. 452 00:26:16,199 --> 00:26:20,203 Kita hanya perlu tulis arah terperinci sebelum keluar dari rumah. 453 00:26:20,287 --> 00:26:22,539 Kadangkala sukar untuk pergi ke mana-mana. 454 00:26:23,373 --> 00:26:25,625 Telefon itu tak banyak membantu. 455 00:26:25,709 --> 00:26:28,878 Hanya boleh telefon dan hantar pesanan teks. Pesanan teks pula, 456 00:26:28,962 --> 00:26:33,300 saya perlu fikir isinya kerana ia ambil masa seminit. 457 00:26:33,383 --> 00:26:35,260 Saya guna ramalan teks T9. 458 00:26:38,138 --> 00:26:41,891 Saya perlu lepaskan. Semuanya jadi keterlaluan untuk saya. 459 00:26:41,975 --> 00:26:45,937 Ada sekali, sesuatu berlaku. Mungkin kamu juga pernah alaminya. 460 00:26:46,021 --> 00:26:47,856 Saya cakap dengan ibu saya dalam telefon, 461 00:26:47,939 --> 00:26:52,694 dan masa itu saya guna telefon pintar, guna pembesar suara. 462 00:26:52,777 --> 00:26:56,698 Pada satu tahap, saya baca sesuatu dalam Internet 463 00:26:56,781 --> 00:26:58,616 dan dia tanya, "Apa kamu buat? 464 00:26:58,700 --> 00:27:01,036 Kamu dengar mak cakap? Kamu baca sesuatu?" 465 00:27:01,119 --> 00:27:02,245 Saya jawab, "Ya." 466 00:27:03,496 --> 00:27:05,081 Dia tanya, "Apa kamu baca?" 467 00:27:05,165 --> 00:27:06,249 Saya jawab… 468 00:27:06,333 --> 00:27:08,918 "Sepuluh benda yang Sean Paul perlukan dalam hidupnya." 469 00:27:14,758 --> 00:27:16,343 Dia cakap, "Apa? Mak ibu kamu. 470 00:27:16,426 --> 00:27:19,012 Mak telefon. Kamu tak patut buat begitu." 471 00:27:19,971 --> 00:27:22,515 "Mak mahu tahu benda itu?" 472 00:27:27,103 --> 00:27:30,607 Saya di pangsapuri minggu lalu dan melihat isi beberapa kotak. 473 00:27:30,690 --> 00:27:35,528 Saya jumpa pita video lama dan ada video saya dari 20 tahun lalu 474 00:27:35,612 --> 00:27:38,406 semasa saya baru buat komedi selama beberapa minggu. 475 00:27:38,490 --> 00:27:42,869 Ada pelajar NYU buat dokumentari tentang saya. Mengujakan. 476 00:27:42,952 --> 00:27:45,997 Saya di bilik asrama, tulis jenaka dalam buku nota 477 00:27:46,081 --> 00:27:49,000 dan saya naiki bas NYU, turun di Taman Washington Square, 478 00:27:49,084 --> 00:27:51,544 berjalan melalui taman, sampai ke Jalan MacDougal 479 00:27:51,628 --> 00:27:54,964 dan turuni tangga di sini, kemudian naik ke atas pentas. 480 00:27:55,048 --> 00:27:56,216 Di tempat ini. 481 00:27:56,299 --> 00:27:59,552 Ini tempat pertama saya buat pertunjukan komedi sepanjang hidup saya. 482 00:27:59,636 --> 00:28:03,306 Saya sedar, "Itulah yang saya buat hari ini." 483 00:28:03,390 --> 00:28:05,809 Saya di pangsapuri, tulis jenaka. 484 00:28:05,892 --> 00:28:10,188 Saya berjalan sampai ke sini, sampai ke Cellar. Beritahu pengurus. 485 00:28:26,704 --> 00:28:28,081 "Saya sudah sampai." 486 00:28:38,758 --> 00:28:40,468 Berapa baki masa saya? 487 00:28:40,552 --> 00:28:44,389 Baiklah. Dia putarkan jarinya. Rasanya saya perlu… 488 00:28:45,140 --> 00:28:47,183 Mereka mahu lebih lagi! 489 00:28:50,186 --> 00:28:52,605 Sebenarnya, jika kamu mahu lebih lagi, 490 00:28:52,689 --> 00:28:56,067 saya kekurangan kawan. Saya perlu bawa tiga orang setiap minggu. 491 00:28:56,151 --> 00:28:59,696 Nama saya Aziz. Kembali semula, minggu depan? 492 00:29:00,488 --> 00:29:03,825 Minggu depan, beritahu kamu ke sini untuk jumpa Aziz.