1 00:00:06,043 --> 00:00:09,243 Dalam episod lepas peradaban manusia yang berkemungkinan besar 2 00:00:09,323 --> 00:00:11,163 akan menang anugerah, 3 00:00:11,243 --> 00:00:15,243 saya kongsikan cara nenek moyang kita jalani kesedaran spiritual yang mendadak 4 00:00:15,323 --> 00:00:16,443 seperti Mak Cik Carol saya. 5 00:00:16,523 --> 00:00:20,003 Mereka temui guru yang menarik untuk diikuti seperti Mak Cik Carol. 6 00:00:20,803 --> 00:00:23,603 Namun, mereka bukan macam dia, yang tinggalkan suami…. 7 00:00:23,683 --> 00:00:26,803 untuk tinggal di ladang di Wales bersama lapan wanita lagi, 8 00:00:26,883 --> 00:00:29,203 dalam keadaan yang saya tak boleh cerita lebih-lebih 9 00:00:29,283 --> 00:00:33,083 kerana ia disiasat Polis Wales Utara. 10 00:00:33,163 --> 00:00:34,963 Dunia kita berubah selamanya 11 00:00:35,043 --> 00:00:37,723 sebagai pesanan keagamaan tentang toleransi dan kemaafan 12 00:00:37,802 --> 00:00:42,243 memberi ilham kepada manusia untuk berjuang selama beratus tahun. 13 00:00:42,323 --> 00:00:44,843 Namun dunia perlu meluaskan mindanya 14 00:00:44,923 --> 00:00:48,323 kemudian musnah oleh kuasa lebih besar yang berbeza. 15 00:00:49,003 --> 00:00:52,363 Manusia hampir mengalami kelahiran semula 16 00:00:52,443 --> 00:00:54,363 dengan adanya Zaman Pembaharuan, 17 00:00:54,443 --> 00:00:58,163 di planet yang sama kita tinggal hari ini, 18 00:00:58,243 --> 00:01:01,163 batuan angkasa yang berkilauan yang bernama bumi. 19 00:01:14,443 --> 00:01:18,203 EPISOD TIGA: ZAMAN RENAISSANCE TIDAK AKAN DISIARKAN 20 00:01:19,643 --> 00:01:21,563 Pada tahun 1440, 21 00:01:21,643 --> 00:01:24,043 bukan sekarang, tetapi tahun 1440 dahulu, 22 00:01:24,563 --> 00:01:27,323 satu ciptaan akan mencetuskan cahaya 23 00:01:27,403 --> 00:01:29,243 dengan pelbagai kemungkinan. 24 00:01:30,443 --> 00:01:33,323 Beberapa abad yang lalu, orang China mencipta cetakan, 25 00:01:33,403 --> 00:01:35,283 namun tiada sesiapa di Eropah peduli 26 00:01:35,363 --> 00:01:37,403 sehinggalah media cetak dicipta lagi 27 00:01:37,483 --> 00:01:40,363 oleh orang Jerman bernama Johannes Steve Gutenberg. 28 00:01:40,443 --> 00:01:43,523 Media Gutenberg merupakan yang pertama dalam sejarah, 29 00:01:43,603 --> 00:01:45,283 kecuali sejarah China. 30 00:01:45,363 --> 00:01:50,243 Adakah media cetak mengubah apa-apa kepentingannya? 31 00:01:50,323 --> 00:01:52,043 Jika Gutenberg tak mencipta cetakan…. 32 00:01:52,123 --> 00:01:53,123 AHLI SEJARAH CETAKAN 33 00:01:53,203 --> 00:01:56,523 yang bermaksud idea itu boleh disampaikan ke seluruh dunia, 34 00:01:57,323 --> 00:02:00,723 budaya kita takkan berkembang dengan cara yang sama sekarang. 35 00:02:00,803 --> 00:02:04,683 Jadi dia telah banyak mengembangkan dunia moden hari ini. 36 00:02:04,763 --> 00:02:06,923 Jadi itu idea kepentingan awak? 37 00:02:08,563 --> 00:02:12,483 Buku pertama yang dicetak oleh media Gutenberg ialah Bible. 38 00:02:12,563 --> 00:02:14,763 Selain daripada menyebarkan kata-kata Tuhan, 39 00:02:14,843 --> 00:02:17,563 ia juga menyebarkan ilmu ahli sains, ahli falsafah, 40 00:02:17,643 --> 00:02:19,523 dan akhirnya Dan Brown. 41 00:02:19,603 --> 00:02:21,003 DAN BROWN KOD DA VINCI 42 00:02:22,283 --> 00:02:24,043 Menulis buku baru memerlukan masa yang lama. 43 00:02:24,123 --> 00:02:26,283 Jadi untuk beri tugas kepada media mereka, 44 00:02:26,363 --> 00:02:28,563 mereka kembali ke masa lalu 45 00:02:28,643 --> 00:02:31,283 dalam mencari bahan lama untuk ditulis semula. 46 00:02:32,043 --> 00:02:33,963 Begitulah falsafah Yunani purba 47 00:02:34,043 --> 00:02:37,323 tiba-tiba kembali gemilang dan mengagumkan manusia. 48 00:02:37,403 --> 00:02:40,923 Pada ketika itu, ramai hidup orang suram dan tidak menyeronokkan 49 00:02:41,003 --> 00:02:42,483 seperti Pak Cik Martin saya. 50 00:02:42,563 --> 00:02:44,763 Hobi mereka hanyalah membuat kerja berat, 51 00:02:44,843 --> 00:02:47,203 mati kerana wabak atau diseksa. 52 00:02:47,283 --> 00:02:50,483 Setahu mereka, beginilah kehidupan. 53 00:02:51,483 --> 00:02:54,683 Bagi mereka, apabila didedahkan dengan falsafah Yunani purba 54 00:02:54,763 --> 00:02:58,683 tak membosankan seperti sekarang, tetapi pengalaman yang membuka minda 55 00:02:58,763 --> 00:03:01,363 yang ubah cara pandangan mereka terhadap diri. 56 00:03:01,443 --> 00:03:03,923 Seperti kawan saya, Paul, yang makan brownie ketamin 57 00:03:04,003 --> 00:03:06,283 dan ingat dia boleh berhubung secara telepati 58 00:03:06,363 --> 00:03:08,403 dengan haiwan yang dia lihat di televisyen. 59 00:03:09,203 --> 00:03:12,803 Walaupun Paul akhirnya dikurung demi keselamatannya sendiri, 60 00:03:12,883 --> 00:03:16,083 nenek moyang kita memutuskan untuk mengubah dunia. 61 00:03:21,603 --> 00:03:22,963 Inilah Florence. 62 00:03:23,043 --> 00:03:26,803 Orang Itali menggelarnya Firenze untuk halang pelancong daripada mencarinya. 63 00:03:26,883 --> 00:03:28,003 Namun ia memang Florence 64 00:03:28,083 --> 00:03:30,123 sebab kami dah periksa berkali-kali di peta Britain. 65 00:03:31,283 --> 00:03:34,883 Florence mungkin kelihatan seperti kucar-kacir, 66 00:03:34,963 --> 00:03:37,763 namun pada abad ke-15, ia menjadi pusat 67 00:03:37,843 --> 00:03:41,923 artistik yang tidak pernah berlaku dan fenomena budaya. 68 00:03:42,003 --> 00:03:44,523 Apa itu "Renais' sauce"? 69 00:03:44,603 --> 00:03:47,163 Adakah itu sos tomato abad ke-16? 70 00:03:47,243 --> 00:03:49,643 Renaissance berasal daripada bahasa Perancis. 71 00:03:49,723 --> 00:03:53,283 Renaissance. "Naissance" ialah "kelahiran". 72 00:03:53,363 --> 00:03:55,483 Jadi ia ditafsirkan sebagai kelahiran semula. 73 00:03:55,563 --> 00:03:57,323 Jadi ia bukan sejenis perasa? 74 00:03:57,403 --> 00:03:59,603 - Setahu saya, bukan. - Okey. 75 00:03:59,683 --> 00:04:02,243 Sos apa yang mereka guna ketika itu? 76 00:04:02,323 --> 00:04:06,323 Jadi ini bidang sejarah yang saya kurang arif, 77 00:04:06,403 --> 00:04:08,123 iaitu sejarah sos. 78 00:04:08,203 --> 00:04:10,083 Jadi awak bukan pakar sos? 79 00:04:10,163 --> 00:04:12,443 Saya bukan pakar sos yang berpengaruh. 80 00:04:14,483 --> 00:04:16,763 Kita kena mula semula seluruh temu bual ini. 81 00:04:18,163 --> 00:04:19,803 Ketika zaman Pembaharuan, 82 00:04:19,883 --> 00:04:23,243 Florence menghasilkan artis yang pertama kalinya dalam sejarah 83 00:04:23,322 --> 00:04:26,882 cukup cekap untuk menghasilkan lukisan yang berbaloi dilihat. 84 00:04:26,963 --> 00:04:30,723 Salah satu tukang lukis yang cekap ialah Botticelli. 85 00:04:31,683 --> 00:04:33,323 Jadi ini lukisan apa? 86 00:04:33,403 --> 00:04:36,923 Jadi ini lukisan Alessandro Botticelli bernama Kelahiran Venus. 87 00:04:37,003 --> 00:04:39,883 Ini salah satu lukisan terhebat pada Zaman Pembaharuan. 88 00:04:39,963 --> 00:04:40,963 PENGARAH, V&A EAST 89 00:04:41,043 --> 00:04:44,203 Jadi kita boleh tahu beginilah kelahiran Venus? 90 00:04:44,283 --> 00:04:47,363 Ia menggambarkan watak mitos, 91 00:04:47,443 --> 00:04:49,323 jadi ia mengandungi metafora. 92 00:04:49,403 --> 00:04:51,843 - Jadi beginilah dewi…. - Ya. 93 00:04:51,923 --> 00:04:55,523 ….muncul menjadi manusia, bukannya dilahirkan. 94 00:04:55,603 --> 00:04:57,083 Lehernya sangat jenjang. 95 00:04:57,163 --> 00:05:01,123 Adakah Venus separuh zirafah atau dia tak pandai lukis leher? 96 00:05:04,443 --> 00:05:05,843 Lehernya…. 97 00:05:05,923 --> 00:05:10,283 menunjukkan tanda kecantikan, dan pelukis boleh panjangkan lagi leher…. 98 00:05:10,363 --> 00:05:11,883 Saya nampak kesilapan di sini. Tengok. 99 00:05:11,963 --> 00:05:14,283 Lelaki ini tiupkan angin dan rambut Venus menggerbang. 100 00:05:14,363 --> 00:05:16,163 Tapi lihat pokok di sebelah kanan. 101 00:05:16,243 --> 00:05:18,123 Langsung tak bergerak. Tiada angin. 102 00:05:18,203 --> 00:05:21,083 Saya rasa lukisan orang-orang ini telah disunting. 103 00:05:21,163 --> 00:05:22,803 Semuanya palsu. 104 00:05:23,483 --> 00:05:27,923 Artis terkenal yang lain menghasilkan lukisan 3D atau arca, 105 00:05:28,003 --> 00:05:31,563 contoh paling terkenal ialah lelaki tak berpakaian ini 106 00:05:31,643 --> 00:05:34,243 yang dikenali sebagai David Michelangelo. 107 00:05:34,763 --> 00:05:37,843 Jika anda dapat lihat bahagian sulitnya, 108 00:05:37,923 --> 00:05:40,483 anda akan perasan perincian yang mengagumkan 109 00:05:40,563 --> 00:05:42,723 di seluruh badan Michelangelo. 110 00:05:43,523 --> 00:05:46,563 Ia ada anak mata macam Furby. 111 00:05:46,643 --> 00:05:48,603 Ototnya sangat terperinci. 112 00:05:48,683 --> 00:05:49,963 Lihatlah perutnya. 113 00:05:50,043 --> 00:05:53,563 Ia membuktikan gim tak beguna sebab dulu tiada gim, 114 00:05:53,643 --> 00:05:55,243 tapi lihatlah betapa tegap badannya. 115 00:05:55,323 --> 00:05:58,403 Kemudian urat yang nampak nyata di belakang tangannya, 116 00:05:58,483 --> 00:06:01,043 dengan jarinya berlumuran darah. 117 00:06:01,563 --> 00:06:04,163 Walaupun dengan semua perincian ini, 118 00:06:04,243 --> 00:06:07,723 pemeriksaan segera pada belakang badannya mendedahkan dia tiada anus. 119 00:06:07,803 --> 00:06:09,923 Ia satu kekurangan yang tidak difahami. 120 00:06:10,003 --> 00:06:12,283 Mungkin pemahat arca itu malu 121 00:06:12,363 --> 00:06:15,643 atau model itu perlu balik awal pada hari itu atau memang tiada anus. 122 00:06:15,723 --> 00:06:17,283 Kita tak tahu. 123 00:06:19,123 --> 00:06:22,163 Pakar Zaman Pembaharuan yang tak dapat dipertikaikan 124 00:06:22,243 --> 00:06:25,483 ialah manusia bernama Leonardo da Vinci. 125 00:06:27,523 --> 00:06:29,523 Ini Lelaki Vitruvian. 126 00:06:29,603 --> 00:06:32,763 Ia sejenis lukisan oleh Leonardo pada tahun 1490. 127 00:06:32,843 --> 00:06:34,643 PAKAR DAN CENDEKIAWAN LEONARDO DA VINCI 128 00:06:34,723 --> 00:06:35,763 Ini untuk apa? 129 00:06:38,163 --> 00:06:39,723 Apa kegunaannya? 130 00:06:39,803 --> 00:06:44,403 Kegunaannya ialah Leonardo mahu tahu 131 00:06:44,483 --> 00:06:49,963 cara melukis perkadaran badan manusia. 132 00:06:50,043 --> 00:06:52,803 Saja nak tahu, awak boleh lihat ini juga? 133 00:06:52,883 --> 00:06:53,803 Saya tak bayangkannya? 134 00:06:54,803 --> 00:06:57,283 Ada tak versi dia pakai seluar dalam? 135 00:06:57,363 --> 00:06:59,043 Tidak…. 136 00:06:59,763 --> 00:07:01,523 Dia fikir tak apa, bukan? 137 00:07:01,603 --> 00:07:03,283 Ia agak biadab, bukan? 138 00:07:03,363 --> 00:07:05,083 Taklah. 139 00:07:05,163 --> 00:07:07,243 Sebab kecantikan…. 140 00:07:07,323 --> 00:07:11,243 Kecantikan badan manusia…. 141 00:07:11,323 --> 00:07:13,923 Lihat bahagian sulitnya. Tak cantik pun. 142 00:07:16,883 --> 00:07:17,723 Lihatlah. 143 00:07:18,483 --> 00:07:21,483 Leonardo juga mengisi banyak buku nota 144 00:07:21,563 --> 00:07:24,483 dengan lukisan ciptaan yang lebih maju pada zaman mereka. 145 00:07:25,163 --> 00:07:26,003 Apa itu? 146 00:07:26,763 --> 00:07:28,243 Ini mesin terbang. 147 00:07:28,323 --> 00:07:31,083 Ia seperti helikopter. 148 00:07:31,163 --> 00:07:33,123 Nampak tak meyakinkan. 149 00:07:33,203 --> 00:07:38,283 Macam kawan saya, Paul, cipta mesin injak untuk haiwan bela tunangnya, ular. 150 00:07:38,363 --> 00:07:41,563 Lukisan untuk itu lebih meyakinkan daripada yang ini. 151 00:07:41,643 --> 00:07:43,363 Dia pula tengah berkhayal. 152 00:07:43,443 --> 00:07:46,363 Namun, prototaipnya buat kepala ular itu putus. 153 00:07:47,403 --> 00:07:48,643 Ya. 154 00:07:48,723 --> 00:07:51,403 Penamat teruk untuk parti hari jadi yang saya hadiri. 155 00:07:52,883 --> 00:07:54,603 Ciptaannya memang hebat, 156 00:07:54,683 --> 00:07:58,323 tetapi yang paling utama ialah lukisannya. 157 00:07:58,403 --> 00:07:59,763 Ini Mona Lisa, 158 00:07:59,843 --> 00:08:04,003 lukisan sebenar yang wujud di dunia kita dan dinding ini. 159 00:08:04,083 --> 00:08:07,723 Watak Mona Lisa yang membingungkan buat orang tertarik. 160 00:08:07,803 --> 00:08:11,203 Kita tak dapat baca mindanya macam semua wanita. 161 00:08:12,003 --> 00:08:14,843 Dengan melihat saja dan menimbulkan banyak persoalan. 162 00:08:14,923 --> 00:08:17,243 Siapa dia? Apa yang dia senyumkan? 163 00:08:17,763 --> 00:08:19,763 Adakah dia tengah tahan belon di kelangkangnya? 164 00:08:19,843 --> 00:08:21,803 Kalau betul, warna apa? 165 00:08:22,403 --> 00:08:25,043 Dia ada teman lelaki? Siapa namanya? 166 00:08:25,123 --> 00:08:27,723 Apa ada di kelangkangnya dan macam mana nak tahu? 167 00:08:28,403 --> 00:08:30,283 Jawapannya, tak boleh. 168 00:08:30,363 --> 00:08:33,603 Sebab itulah orang asyik datang setiap tahun 169 00:08:33,683 --> 00:08:35,843 untuk melihat dia dan tertanya-tanya. 170 00:08:35,923 --> 00:08:37,563 Kemudian berhenti tertanya dan balik. 171 00:08:38,363 --> 00:08:40,202 Walaupun nampak elok, 172 00:08:40,283 --> 00:08:43,883 karya da Vinci menunjukkan kepakaran teknik yang pertama ketika itu 173 00:08:43,962 --> 00:08:45,283 seperti dinyatakan di sini. 174 00:08:45,363 --> 00:08:46,923 Sebelum Zaman Pembaharuan, 175 00:08:47,003 --> 00:08:51,523 lukisan orang lain bersifat 2D. 176 00:08:51,603 --> 00:08:54,443 Itu kerana artis tiada perspektif. 177 00:08:54,523 --> 00:08:57,563 Macam kawan saya, Paul, yang tumbuk seorang pelayan TGI Fridays 178 00:08:57,643 --> 00:08:59,163 kerana terjatuhkan pai banofeenya. 179 00:08:59,883 --> 00:09:02,683 Lihatlah lukisan Jesus dari abad ke-14 ini 180 00:09:02,763 --> 00:09:04,563 yang sedang minum petang. 181 00:09:05,163 --> 00:09:07,123 Dimensinya semua salah. 182 00:09:07,203 --> 00:09:09,643 Biliknya sempit jadi ia nampak seperti ia berlaku 183 00:09:09,723 --> 00:09:11,683 dalam penutup kotak kadbod. 184 00:09:12,483 --> 00:09:14,723 Jesus dua kali ganda lebih besar daripada yang lain 185 00:09:14,803 --> 00:09:17,723 jadi nampak macam dia menikmati makan malam dengan budak sekolah. 186 00:09:17,803 --> 00:09:19,203 Bukan rupa yang bagus. 187 00:09:19,283 --> 00:09:21,643 Apa itu? Mangkuk atau kerang? 188 00:09:21,723 --> 00:09:23,403 Ini hasil pertukangan yang teruk. 189 00:09:23,483 --> 00:09:25,483 Sangat memalukan. 190 00:09:25,563 --> 00:09:27,203 Tak patut ada di muzium. 191 00:09:27,283 --> 00:09:31,123 Namun berbeza dengan Vinci yang hasilkan semula lukisan sama. 192 00:09:31,203 --> 00:09:34,003 Dia tahu perspektif melihat sesuatu. 193 00:09:34,083 --> 00:09:36,523 Lihatlah sudut dinding Santapan Terakhir ini, 194 00:09:36,603 --> 00:09:37,763 dan meja di sana. 195 00:09:37,843 --> 00:09:42,283 Anda hampir rasa anda boleh merangkak ke dalamnya dan khianati Jesus. 196 00:09:42,363 --> 00:09:46,443 Perspektif itu satu langkah besar untuk seni manusia, 197 00:09:46,523 --> 00:09:50,163 setara dengan keluaran Crash Bandicoot berabad tahun kemudian. 198 00:09:50,243 --> 00:09:54,443 Tak syak lagi Zaman Pembaharian agak penting untuk peradaban. 199 00:09:54,523 --> 00:09:58,123 Ia sepenting untuk pakar menentukannya. 200 00:09:58,803 --> 00:10:01,643 Yang mana lebih penting dari segi budaya, 201 00:10:01,723 --> 00:10:06,123 Zaman Pembaharuan atau "Single Ladies" nyanyian Beyoncé? 202 00:10:07,323 --> 00:10:09,163 Kedua-duanya ada zaman sendiri. 203 00:10:09,243 --> 00:10:10,843 Dua-dua ada masa sendiri. 204 00:10:12,683 --> 00:10:13,923 Saya juga agak minat Beyoncé. 205 00:10:14,003 --> 00:10:18,403 Namun Zaman Pembaharuan membentuk semula keseluruhan budaya. 206 00:10:18,483 --> 00:10:19,763 Apa-apa saja Beyoncé lakukan, 207 00:10:19,843 --> 00:10:21,843 saya rasa dia tiada matlamat itu. 208 00:10:21,923 --> 00:10:24,923 Jadi tugas beberapa orang putih itu 209 00:10:25,003 --> 00:10:26,883 untuk kalahkan Beyoncé? 210 00:10:26,963 --> 00:10:28,763 Itu maksud awak? Depan kamera? 211 00:10:31,683 --> 00:10:34,923 Zaman Pembaharuan mungkin telah mengembangkan minda, 212 00:10:35,003 --> 00:10:37,843 namun tanpa program seperti ini untuk mendidik mereka, 213 00:10:38,603 --> 00:10:42,123 orang masih jahil tentang planet yang mereka duduki. 214 00:10:43,003 --> 00:10:46,643 Kalau tanya orang desa zaman pertengahan tentang Amerika, mesti mereka bingung. 215 00:10:46,723 --> 00:10:48,403 Atau lebih teruk, tentang wabak. 216 00:10:49,843 --> 00:10:52,643 Kerana bagi mereka, peta dunia kelihatan begini, 217 00:10:52,723 --> 00:10:55,963 peta negara serabut yang mereka temui setakat ini, 218 00:10:56,043 --> 00:10:59,763 semuanya padat dengan Amerika entah di mana. 219 00:11:00,723 --> 00:11:02,683 Namun seorang lelaki mengubah semua itu. 220 00:11:02,763 --> 00:11:05,803 Kelasi dan detektif Itali, Christopher Columbo. 221 00:11:05,883 --> 00:11:08,963 Columbo ingat jika dia berlayar ke hujung peta, 222 00:11:09,043 --> 00:11:11,523 dia akan muncul di sebelah lagi seperti Pacman. 223 00:11:11,603 --> 00:11:13,443 Ia mungkin jalan pintas ke India, 224 00:11:13,523 --> 00:11:15,683 dan ia akan tinggalkan hantu yang mengekorinya. 225 00:11:15,763 --> 00:11:17,403 Ia satu risiko besar. 226 00:11:17,483 --> 00:11:20,403 Jika betul tanggapan Columbo, dia akan jadi jutawan. 227 00:11:20,483 --> 00:11:23,003 Jika dia salah, dia akan jadi bahan ketawa, 228 00:11:23,083 --> 00:11:24,003 tapi yang dah mati. 229 00:11:24,683 --> 00:11:27,443 Dia boleh hidup dengan itu dan sebab itulah dia belayar. 230 00:11:27,523 --> 00:11:30,003 Columbu gagal mencari India, 231 00:11:30,083 --> 00:11:34,083 namun kapalnya berhenti di Dunia Baru, Planet Bumi bahagian dua, 232 00:11:34,163 --> 00:11:36,123 iaitu Amerika. 233 00:11:36,203 --> 00:11:39,283 Sebelum itu, ramai yang mengikuti jejak langkahnya. 234 00:11:41,363 --> 00:11:42,803 Ini Plymouth. 235 00:11:42,883 --> 00:11:47,203 Sekumpulan penziarah berkumpul di sini pada tahun 1620 untuk kehidupan baik, 236 00:11:47,283 --> 00:11:50,283 yang mana tak mengejutkan kerana macam saya kata, ini Plymouth. 237 00:11:50,883 --> 00:11:54,043 Penziarah itu masuk ke dalam bot mereka, 238 00:11:54,123 --> 00:11:55,803 Starship Mayflower, 239 00:11:56,563 --> 00:12:00,443 dan dengan beraninya berlayar merentasi Lautan Atlantik ini 240 00:12:00,523 --> 00:12:03,763 untuk tiba di sebelah sana, tetapi masih di Plymouth. 241 00:12:03,843 --> 00:12:05,683 Mesti mereka kecewa. 242 00:12:06,203 --> 00:12:09,603 Mujurlah, rupa-rupanya bukan Plymouth ini yang mereka tinggalkan. 243 00:12:09,683 --> 00:12:14,203 Pada mulanya, penjajah Eropah rasa sukar untuk hidup di Dunia Baru. 244 00:12:14,283 --> 00:12:17,163 Mujurlah, ada orang Asli Amerika ajar mereka tanam jagung 245 00:12:17,243 --> 00:12:18,563 dan memancing. 246 00:12:18,643 --> 00:12:23,523 Sebagai pertukaran, penjajah itu kenalkan penyakit cacar kepada orang Asli Amerika. 247 00:12:23,603 --> 00:12:27,403 Peneroka tak pernah lupa jasa orang Asli Amerika pada mereka, 248 00:12:27,483 --> 00:12:30,923 walaupun mereka abaikannya apabila orang Asli Amerika dibunuh bertahun kemudian. 249 00:12:31,003 --> 00:12:34,243 Sementara Dunia Baru mengalami perubahan mendadak, 250 00:12:34,323 --> 00:12:38,083 kejayaan kontroversi melanda Dunia Lama. 251 00:12:38,843 --> 00:12:42,483 Pada awal taun 1600-an, seorang ahli sains bergaya hodoh ini 252 00:12:42,563 --> 00:12:45,883 akan mengubah perspektif manusia buat selamanya. 253 00:12:45,963 --> 00:12:47,483 Namanya Galileo, 254 00:12:47,563 --> 00:12:50,403 salah seorang figura sejarah yang menjadi sangat terkenal, 255 00:12:50,483 --> 00:12:52,243 dan dikenali dengan satu nama, 256 00:12:52,323 --> 00:12:55,963 seperti Churchill, Pepsi atau Garfield. 257 00:12:56,043 --> 00:13:00,603 Nama penuh Galileo ialah Galileo Figao Magnifico, bukan? 258 00:13:00,683 --> 00:13:04,043 Tak pastilah kalau itu betul. Saya tak tahu…. 259 00:13:04,123 --> 00:13:06,043 Itulah yang dikatakan dalam "Dominican Rhapsody". 260 00:13:06,723 --> 00:13:08,523 Maksud awak, "Bohemian Rhapsody"? 261 00:13:08,603 --> 00:13:09,683 Jadi siapa namanya? 262 00:13:09,763 --> 00:13:13,403 Setahu saya, namanya Galileo Galilei. 263 00:13:13,483 --> 00:13:16,163 - Galileo Galilei? - Ya. 264 00:13:16,243 --> 00:13:19,683 Macam saya yang dipanggil Philomena Philomeni. 265 00:13:20,843 --> 00:13:22,083 Sebenarnya, saya suka juga. 266 00:13:22,643 --> 00:13:25,723 Galileo cipta teleskop yang sangat hebat, 267 00:13:25,803 --> 00:13:28,363 sampai boleh nampak orang salin pakaian di Matahari. 268 00:13:28,443 --> 00:13:31,603 Biar betul! Semuanya nampak besar! 269 00:13:31,683 --> 00:13:33,803 Awak dah cuba tak? Hebat betul. 270 00:13:35,123 --> 00:13:36,283 Macam mana awak buat? 271 00:13:36,363 --> 00:13:38,843 Ada Galileo sebenar atau pelakon saja? 272 00:13:40,763 --> 00:13:42,203 Yang sebenar sedang sibukkah? 273 00:13:42,963 --> 00:13:47,603 Ilmu astronomi Galileo membawa kepada penemuan mengejutkan 274 00:13:47,683 --> 00:13:49,323 sampai Paus pun memujinya. 275 00:13:50,123 --> 00:13:51,723 Menurut Old Testament, 276 00:13:51,803 --> 00:13:54,923 matahari mengelilingi bumi, bukannya sebaliknya. 277 00:13:55,003 --> 00:13:57,243 Setakat yang gereja tahu, 278 00:13:57,323 --> 00:14:00,003 Galileo menggelar Bible itu penipu. 279 00:14:00,083 --> 00:14:01,883 Daripada melebih-lebih, 280 00:14:01,963 --> 00:14:04,923 mereka jalani upacara Kristian dengan menuduh dia menyeleweng 281 00:14:05,003 --> 00:14:07,723 dan mendapati dia bersalah dalam perbicaraan yang korup. 282 00:14:08,243 --> 00:14:12,323 Galileo dihukum kurung di rumah sepanjang hayatnya 283 00:14:12,403 --> 00:14:14,563 di planet yang dikelilingi matahari. 284 00:14:14,643 --> 00:14:17,003 Gereja berpendapat matahari mengelilingi bumi, 285 00:14:17,083 --> 00:14:20,083 namun Galileo berpendapat sebaliknya. 286 00:14:20,163 --> 00:14:22,283 Awak menyebelahi siapa? 287 00:14:22,363 --> 00:14:24,323 Pastinya pihak Galileo 288 00:14:25,323 --> 00:14:27,443 seperti pendapat gereja zaman sekarang. 289 00:14:27,523 --> 00:14:29,203 Mungkinkah kedua-duanya betul 290 00:14:29,283 --> 00:14:31,243 yang matahari dan bumi saling mengelilingi? 291 00:14:31,323 --> 00:14:32,763 Mesti semua orang puas hati. 292 00:14:32,843 --> 00:14:34,323 Boleh tak kita setuju saja? 293 00:14:34,923 --> 00:14:38,203 Kalaulah dia mencipta mesin keabadian, 294 00:14:38,283 --> 00:14:40,323 bukannya teleskop tak berguna, 295 00:14:40,403 --> 00:14:43,723 mesti Galileo masih hidup untuk lihat ideanya diterima. 296 00:14:43,803 --> 00:14:46,523 Sayangnya, dia tak sebijak itu. 297 00:14:47,803 --> 00:14:51,643 Seperti sains, dunia falsafah juga berkembang 298 00:14:51,723 --> 00:14:54,003 disebabkan pemikir hebat seperti lelaki ini. 299 00:14:54,563 --> 00:14:57,283 Siapakah Jim Des Cart? 300 00:14:57,363 --> 00:15:00,963 Saya tak tahu Jim Des Cart…. 301 00:15:01,043 --> 00:15:02,883 PROFESOR FALSAFAH AGAMA 302 00:15:02,963 --> 00:15:06,603 ….tapi saya kenal René Descartes yang sering dikenali 303 00:15:06,683 --> 00:15:08,923 sebagai pengasas falsafah moden. 304 00:15:09,003 --> 00:15:12,683 Apa maksudnya dengan "Aku fikir, dan aku wujud"? 305 00:15:14,043 --> 00:15:19,763 Maksud Descartes ialah kesedaran diri, 306 00:15:19,843 --> 00:15:22,283 jiwa nurani 307 00:15:22,363 --> 00:15:26,283 merupkan ciri-ciri definisi identiti manusia. 308 00:15:26,363 --> 00:15:29,843 Sebenar. Kalau saya fikir yang saya wujud, 309 00:15:29,923 --> 00:15:31,563 macam mana dengan orang lain? 310 00:15:31,643 --> 00:15:33,563 Adakah mereka fikir mereka wujud? 311 00:15:33,643 --> 00:15:37,163 Macam mana nak tahu fikiran mereka yang mereka wujud? 312 00:15:37,243 --> 00:15:41,203 Atau saya cuma fikir mereka fikir yang mereka wujud, 313 00:15:41,283 --> 00:15:44,683 namun sebenarnya, mereka tak nyata dan saya saja fikir mereka nyata? 314 00:15:44,763 --> 00:15:47,323 Adakah awak fikir awak wujud sekarang? 315 00:15:48,323 --> 00:15:51,443 Saya tak kata kewujudan saya 316 00:15:51,523 --> 00:15:54,763 bergantung pada pemikiran saya, 317 00:15:55,323 --> 00:15:59,363 tapi bukan itu kenyataan yang Descartes nak buat. 318 00:15:59,443 --> 00:16:02,083 Bolehkah kita anggap kita orang lain? 319 00:16:02,163 --> 00:16:05,763 Contoh, kalau saya fikir betul-betul 320 00:16:05,843 --> 00:16:07,363 yang saya Eddie Murphy, 321 00:16:08,163 --> 00:16:10,523 bolehkah saya jadi dia? 322 00:16:10,603 --> 00:16:14,323 Kalau saya jadi dia, adakah dia akan jadi saya 323 00:16:14,403 --> 00:16:16,603 atau dia akan menghilang? 324 00:16:16,683 --> 00:16:19,283 Ada tak Des Carts bincang tentang hal ini? 325 00:16:20,843 --> 00:16:26,283 Setahu saya, bukan itu topik yang Descartes bincangkan. 326 00:16:26,363 --> 00:16:27,283 Kenapa tidak? 327 00:16:28,403 --> 00:16:32,683 Descartes beri ilham kepada gerakan intelektual iaitu Zaman Pencerahan 328 00:16:32,763 --> 00:16:35,523 ketika karangan elitis metroseksual yang disiarkan 329 00:16:35,603 --> 00:16:39,683 yang mengembangkan horizon manusia dalam cara yang cemerlang 330 00:16:39,763 --> 00:16:44,403 sehinggalah lagu tekno Belgium 1989 "Pump Up The Jam" dikeluarkan. 331 00:17:01,043 --> 00:17:04,043 VIDEO INI BERDASARKAN RAWATAN 72 HALAMAN OLEH WILLIAM GOLDMAN, 332 00:17:04,123 --> 00:17:06,643 PENULIS PEMENANG OSCAR UNTUK ALL THE PRESIDENT'S MEN 333 00:17:07,923 --> 00:17:11,323 TECHNOTRONIC MENDAPAT NAMA DENGAN MENGGABUNGKAN PERKATAAN "TEKNO", 334 00:17:11,402 --> 00:17:14,203 BERMAKSUD MUZIK TARIAN DAN "TRONIC" BERMAKSUD "TRONIK" 335 00:17:15,203 --> 00:17:21,122 KELUARAN ASLI "PUMP UP THE JAM" DATANG DENGAN KUDA PERCUMA 336 00:17:22,603 --> 00:17:25,763 PADA 7:16 PETANG, 28 DISEMBER 1879, JAMBATAN DUNDEE'S TAY RUNTUH 337 00:17:25,843 --> 00:17:28,763 KETIKA KERETA API LALU. 60 PENUMPANG MAUT 338 00:17:30,122 --> 00:17:32,003 Lelaki yang terperangkap dalam lukisan ini 339 00:17:32,083 --> 00:17:35,483 ialah ahli falsafah Zaman Pencerahan, Jean-Jacques Rousseau, 340 00:17:35,563 --> 00:17:39,163 nama orang Perancis sampai boleh dipanggil Pierre Baguette 341 00:17:39,243 --> 00:17:40,323 tetapi tidak, 342 00:17:40,403 --> 00:17:42,323 dan sebab itulah saya tak panggil begitu. 343 00:17:43,123 --> 00:17:47,643 Rousseau menulis, "Manusia itu bebas, tetapi terkurung di mana-mana." 344 00:17:48,163 --> 00:17:49,803 Dia impikan masyarakat baru 345 00:17:49,883 --> 00:17:52,163 iaitu manusia menentukan takdir mereka sendiri. 346 00:17:52,243 --> 00:17:54,963 Ia impian sama yang menarik penjajah 347 00:17:55,043 --> 00:17:58,203 ke Dunia baru dengan bot. 348 00:17:59,363 --> 00:18:03,523 Selepas tiba di Amerika untuk bina hidup berdasarkan kerja keras, 349 00:18:03,603 --> 00:18:06,963 ramai penjajah mendapati yang mereka malas, 350 00:18:07,043 --> 00:18:10,163 jadi mereka bawa orang dari Afrika dan suruh orang Afrika yang buat. 351 00:18:10,763 --> 00:18:12,923 Anda mungkin rasa inilah orang 352 00:18:13,003 --> 00:18:14,443 yang dimaksudkan Rousseau 353 00:18:14,523 --> 00:18:17,403 apabila dia kata manusia perlu buang rantainya. 354 00:18:17,483 --> 00:18:18,883 Malangnya, tidak. 355 00:18:18,963 --> 00:18:21,843 Seperti manusia lain, dia jumpa jalan keluar yang bijak. 356 00:18:21,923 --> 00:18:25,923 Dengan tidak menganggap hamba itu manusia, dia bebas untuk tak ambil peduli. 357 00:18:26,003 --> 00:18:28,043 Rupa-rupanya, sekitar waktu itu, 358 00:18:28,123 --> 00:18:30,883 penjajah mula berminat dengan kebebasan. 359 00:18:32,403 --> 00:18:33,843 Malangnya, 360 00:18:33,923 --> 00:18:37,283 mereka cuma berminat dengan kebebasan diri bukannya kebebasan hamba. 361 00:18:37,803 --> 00:18:42,443 Tanah jajahan British diperintah oleh raja dan lukisan garis, George III. 362 00:18:43,243 --> 00:18:48,403 Namun hubungan antara Inggeris Kuno dan Dunia Baru menjadi dingin. 363 00:18:48,483 --> 00:18:53,643 Apa yang memulakan ketegangan antara orang British dan Amerika? 364 00:18:53,723 --> 00:18:56,483 Adakah kerana kamu sebut "cookies" dan kami kata "biscuits" 365 00:18:56,563 --> 00:18:59,363 dan kamu kata "sidewalk" dan kami kata "pavement"? 366 00:18:59,443 --> 00:19:00,643 Sebab saya rasa dalam hubungan, 367 00:19:00,723 --> 00:19:03,723 benda kecil begitulah yang lama-kelamaannya menjengkelkan. 368 00:19:03,803 --> 00:19:05,243 Ia lebih teruk daripada itu. 369 00:19:05,323 --> 00:19:08,203 Britain memutuskan mahu kenakan cukai kepada tanah jajahan 370 00:19:08,283 --> 00:19:09,963 dan ini tak pernah berlaku. 371 00:19:10,043 --> 00:19:13,003 Jadi ia cuma percanggahan tentang wang? 372 00:19:13,083 --> 00:19:16,803 Keadaan itu sama macam saya dan bekas kekasih saya, Sean. 373 00:19:17,603 --> 00:19:20,963 Apabila kami bungkus makanan atau "tapau", macam yang kamu kata, 374 00:19:22,003 --> 00:19:26,163 kadangkala, dia selalu berkeras yang kami bayar separuh-separuh 375 00:19:26,243 --> 00:19:29,443 tetapi dia mahu beli benda macam cucur bawang, 376 00:19:29,523 --> 00:19:31,203 yang mana dia tahu saya tak suka. 377 00:19:31,283 --> 00:19:33,203 Ia buat nafasnya berbau. 378 00:19:34,363 --> 00:19:38,683 Jadi saya terpaksa bayar separuh. Bagi saya, itu tak adil. 379 00:19:39,323 --> 00:19:40,243 Bagi awak macam mana? 380 00:19:41,163 --> 00:19:42,403 Kalau ikutkan, tidak. 381 00:19:42,483 --> 00:19:45,003 Tak. Itu pendapat profesor, Sean. 382 00:19:47,123 --> 00:19:49,723 Akhirnya, di Boston pada tahun 1773, 383 00:19:49,803 --> 00:19:52,643 sekumpulan penjajah rasa yang mereka dah muak. 384 00:19:52,723 --> 00:19:57,283 Jadi apabila orang Boston marah dengan orang British, 385 00:19:57,363 --> 00:20:01,243 mereka cuma adakan parti teh mewah 386 00:20:01,323 --> 00:20:04,643 bukannya adakan pergaduhan macam orang British biasa? 387 00:20:04,723 --> 00:20:07,923 Kenapa mesti ada watak si pengecut 388 00:20:08,003 --> 00:20:10,363 di Amerika sehinggalah hari ini? 389 00:20:10,443 --> 00:20:14,003 Saya rasa watak pengecut dalam hal itu 390 00:20:14,083 --> 00:20:17,403 ialah mereka berpakaian sebagai orang Asli Amerika 391 00:20:17,483 --> 00:20:19,283 dan tiada orang perkenalkan nama mereka. 392 00:20:19,363 --> 00:20:21,403 Namun adakah awak sendiri mahu 393 00:20:21,483 --> 00:20:24,603 masuk penjara sedangkan tak perlu pun? 394 00:20:26,603 --> 00:20:28,883 Saya rasa bergantung pada kemudahannya. 395 00:20:29,923 --> 00:20:32,843 Biadab tentang teh itu satu perkara, 396 00:20:32,923 --> 00:20:36,163 tetapi perkara lebih teruk akan tiba. 397 00:20:36,243 --> 00:20:39,843 Pada 1776, ketua 13 tanah jajahan 398 00:20:39,923 --> 00:20:42,843 memutuskan mereka tak mahu lagi digelar orang "British", 399 00:20:42,923 --> 00:20:44,203 tetapi orang Amerika. 400 00:20:44,763 --> 00:20:48,683 Kumpulan besar orang putih ini dikenali sebagai Bapa Pengasas, 401 00:20:48,763 --> 00:20:51,723 mendraf teks penamat yang paling terkenal dalam sejarah, 402 00:20:51,803 --> 00:20:54,243 Pengisytiharan Kemerdekaan. 403 00:20:54,323 --> 00:20:57,803 Semua orang di sini menjadi idola, sekiranya anda orang Amerika. 404 00:20:57,883 --> 00:20:59,563 Kalau tidak, mereka bukan begitu. 405 00:21:00,243 --> 00:21:03,723 Ia mencetuskan perang antara orang Amerika dan British. 406 00:21:04,243 --> 00:21:06,883 Oleh sebab belum ada orang yang mencipta penyamaran, 407 00:21:06,963 --> 00:21:10,043 tentera British ketika itu memakai kot merah terang 408 00:21:10,123 --> 00:21:14,083 yang ribuan ditembak secara berterusan ketika nampak hebat. 409 00:21:14,803 --> 00:21:18,523 Lukisan ini menggambarkan salah satu kejadian utama perang, 410 00:21:18,603 --> 00:21:21,603 George Washington menyeberangi Sungai Delaware. 411 00:21:21,683 --> 00:21:24,843 Seperti yang anda lihat, dia perlu berdiri sepanjang perjalanan 412 00:21:24,923 --> 00:21:26,763 sebab dia tak tempah tempat duduk. 413 00:21:26,843 --> 00:21:29,843 Dia tak terjatuh, tetapi juga tak membantu untuk mendayung 414 00:21:29,923 --> 00:21:31,563 dan itu semestinya menjengkelkan. 415 00:21:32,083 --> 00:21:34,083 Akhirnya, Washington menang, 416 00:21:34,163 --> 00:21:36,443 menjadi presiden Amerika pertama, 417 00:21:36,523 --> 00:21:41,083 satu-satunya peranan terhormat di dunia sehingga 2016. 418 00:21:41,163 --> 00:21:45,283 Washington dan bapa pengasas yang lain menulis Perlembagaan, 419 00:21:45,363 --> 00:21:47,723 satu buku pengajaran manual untuk negara baru mereka 420 00:21:47,803 --> 00:21:51,483 yang mengandungi konsep politikal yang paling berpengaruh. 421 00:21:51,563 --> 00:21:55,843 Saya ada baca yang Amerika bukan sekadar negara, tetapi sebuah idea. 422 00:21:56,563 --> 00:21:59,203 Ia cuma sebuah negara, bukan? 423 00:21:59,283 --> 00:22:01,123 Ia diasaskan atas sebuah idea, 424 00:22:01,203 --> 00:22:03,683 jadi ia telah diaturkan…. 425 00:22:03,763 --> 00:22:08,043 sentiasa diatur dengan idea ia tanah kebebasan untuk semua orang. 426 00:22:08,123 --> 00:22:10,843 Ya, tetapi makan sandwic juga satu idea. 427 00:22:10,923 --> 00:22:13,083 Cat basikal warna biru, itu pun satu idea. 428 00:22:13,163 --> 00:22:14,763 Buat begini…. 429 00:22:14,843 --> 00:22:15,963 Itu juga satu idea. 430 00:22:16,043 --> 00:22:17,923 Amerika cuma satu tempat. 431 00:22:18,963 --> 00:22:22,243 Revolusi Amerika mengejutkan satu dunia, 432 00:22:22,323 --> 00:22:23,603 apatah lagi planet ini. 433 00:22:23,683 --> 00:22:26,243 Ia sangat mengejutkan Perancis, 434 00:22:26,323 --> 00:22:29,883 tempat orang biasa terpaksa mengemis dalam kekotoran 435 00:22:30,563 --> 00:22:34,203 sementara orang kaya hidup mewah dan mencipta ropol. 436 00:22:34,803 --> 00:22:38,683 Kemudian, Jacques sudah bosan dengan pemerintah mereka, Raja Lois XVI, 437 00:22:38,763 --> 00:22:41,323 dan isterinya, Mary "and Toinette", 438 00:22:41,403 --> 00:22:43,203 yang menikmati gaya hidup mewah 439 00:22:43,283 --> 00:22:45,803 sementara orang miskin dipaksa bertahan dengan kek. 440 00:22:47,043 --> 00:22:51,963 Akhirnya pada tahun 1789, ia berubah menjadi revolusi bebas. 441 00:22:52,963 --> 00:22:55,883 Orang miskin menumbangkan raja dan cipta mesin 442 00:22:55,963 --> 00:22:58,243 yang boleh menyingkirkan kerabat diraja selamanya. 443 00:23:00,083 --> 00:23:02,203 Gilotin direka khas 444 00:23:02,283 --> 00:23:05,683 sebagai cara paling berperikemanusiaan untuk memancung seseorang 445 00:23:05,763 --> 00:23:07,843 di depan kerumunan penonton yang mengejek. 446 00:23:07,923 --> 00:23:12,803 Letak saja kepala kerabat diraja di ruang memotong di sini, 447 00:23:12,883 --> 00:23:16,763 kemudian bilah tajam di atas sana akan jatuh dan penggal kepala mereka 448 00:23:16,843 --> 00:23:19,923 dan memisahkannya daripada leher dan badan. 449 00:23:20,003 --> 00:23:22,723 Ketika itu, mereka mungkin fikir mereka dah terlepas, 450 00:23:22,803 --> 00:23:25,203 tetapi rasa kemenangan itu singkat, 451 00:23:25,283 --> 00:23:28,443 kerana selepas itu, mereka akan terlungkup dahulu 452 00:23:28,523 --> 00:23:31,083 ke dalam bakul rotan yang kasar ini. 453 00:23:32,803 --> 00:23:35,683 Jika anda lihat, tiada pelapik di sini. 454 00:23:35,763 --> 00:23:38,363 Jadi, ia akan menyebabkan lebam teruk 455 00:23:38,443 --> 00:23:40,243 atau mungkin konkusi. 456 00:23:40,323 --> 00:23:41,683 Saya rasa lebih teruk. 457 00:23:41,763 --> 00:23:43,603 Ia bole buat kepala anda terkeluar dari pedati 458 00:23:43,683 --> 00:23:45,523 dan dibawa dekat dengan bangunan. 459 00:23:46,243 --> 00:23:50,363 Walaupun begitu, gilotin mesti ada impak besar pada sesiapa 460 00:23:50,443 --> 00:23:52,243 terutamanya Raja Louis. 461 00:23:52,323 --> 00:23:56,003 Dengan kepalanya dipenggal, dia tak dapat membiak atau pakai mahkota 462 00:23:56,083 --> 00:23:59,763 dan semestinya menganggur dalam apa-apa bidang kerja. 463 00:23:59,843 --> 00:24:03,123 Mungkin sebab itu dia pilih untuk berundur daripada kehidupan awam 464 00:24:03,203 --> 00:24:04,843 sejurus selepas ia berlaku. 465 00:24:04,923 --> 00:24:07,283 Revolusi Perancis bukanlah pertama kali 466 00:24:07,363 --> 00:24:11,243 ketika orang awam bangkit menentang elit dan mungkin bukan yang terakhir. 467 00:24:11,323 --> 00:24:15,283 Banyak revolusi tentang orang miskin menumbangkan orang kaya. 468 00:24:15,363 --> 00:24:17,603 Awak rasa jutawan seperti Elon Musk 469 00:24:17,683 --> 00:24:20,043 patut risau kalau kena pancung? 470 00:24:20,123 --> 00:24:22,123 FOCH PROFESOR KESUSASTERAAN PERANCIS 471 00:24:22,203 --> 00:24:25,163 Saya rasa Revolusi Perancis pasti dah buat ramai orang 472 00:24:25,243 --> 00:24:29,363 yang sangat berkuasa rasa risau tentang kewujudan mereka. 473 00:24:29,443 --> 00:24:31,963 Saya rasa Elon Musk patut cipta mesin elektronik 474 00:24:32,043 --> 00:24:35,403 yang memenggal kepalanya sendiri sebelum berlakunya mogok. 475 00:24:35,483 --> 00:24:37,403 Awak lebih tahu tentang hal ini berbanding saya. 476 00:24:37,483 --> 00:24:39,123 Saya teka saja. Ya. 477 00:24:40,203 --> 00:24:43,843 Kemudian, Perancis kata lelaki kuat diperlukan untuk uruskan hal itu, 478 00:24:43,923 --> 00:24:46,883 dan mereka jumpa seorang dalam bentuk Maharaja Napoleon. 479 00:24:46,963 --> 00:24:50,363 Tiada kaitan dengan Penguin Maharaja seperti yang kita dah pastikan kali ini. 480 00:24:51,163 --> 00:24:54,083 Napoleon banyak sertai perang di darat dan laut, 481 00:24:54,163 --> 00:24:56,763 yang menyebabkan kos yang mahal untuk cipta semula 482 00:24:56,843 --> 00:24:59,083 dokumentari sejarah untuk hari ini. 483 00:25:02,003 --> 00:25:05,403 Dengan kesan bunyi untuk lukisan perang macam ini, 484 00:25:05,483 --> 00:25:07,723 ia menggambarkan keadaannya, 485 00:25:07,803 --> 00:25:10,403 namun masih ada bahan utama yang hilang. 486 00:25:10,483 --> 00:25:13,683 Runut bunyi muzik klasik adalah satu-satunya 487 00:25:13,763 --> 00:25:16,283 yang boleh buat perang Napoleon terasa nyata. 488 00:25:23,843 --> 00:25:25,963 Lihat? Lebih baik. 489 00:25:26,843 --> 00:25:30,403 Mujurlah, muzik klasik disempurnakan di semua tempat di Eropah 490 00:25:30,483 --> 00:25:33,363 oleh komposer bernama Beethoven. 491 00:25:34,923 --> 00:25:39,403 Betulkah ada kuda hidup dewasa sebenar yang berada dalam wajah Beethoven? 492 00:25:40,843 --> 00:25:42,643 Maaf, salah susun ayat. 493 00:25:42,723 --> 00:25:45,763 Maksud saya, betulkah Beethoven bagus dalam muzik? 494 00:25:47,083 --> 00:25:49,563 Ya! Dia dianggap komposer terbaik…. 495 00:25:49,643 --> 00:25:50,963 KOMPOSER, PROFESOR MUZIK 496 00:25:51,043 --> 00:25:52,523 ….muzik klasik Barat. 497 00:25:52,603 --> 00:25:54,603 Beethoven tulis lagu yang berbunyi 498 00:25:59,123 --> 00:26:00,843 Apa maksud lirik itu? 499 00:26:01,803 --> 00:26:04,843 Ia motif orkestra yang sangat kuat. 500 00:26:04,923 --> 00:26:06,923 Ia cuma ulangan perkataan "dum". 501 00:26:07,003 --> 00:26:11,083 Adakah itu kritikan untuk penontonnya atau itu bahasa Jerman? 502 00:26:11,163 --> 00:26:16,323 Dengan simfoni muzik Beethoven, semuanya cuma instrumen. 503 00:26:16,403 --> 00:26:21,123 Jadi langsung tiada perkataan dalam karya ini. 504 00:26:21,203 --> 00:26:23,683 Tiada lirik? Macam mana kita nak tahu kandungannya 505 00:26:23,763 --> 00:26:24,963 kalau tak ada lirik? 506 00:26:25,043 --> 00:26:26,523 Ia langsung tak ada makna. 507 00:26:27,443 --> 00:26:30,923 Walaupun menikmati kejayaan hebat dengan karyanya yang tiada guna, 508 00:26:31,003 --> 00:26:34,723 Beethoven berdepan dengan cabaran peribadi terbesar dalam kariernya. 509 00:26:34,803 --> 00:26:37,723 Adakah benar pada tahun terakhir kerjayanya, 510 00:26:37,803 --> 00:26:39,163 Beethoven mati? 511 00:26:40,443 --> 00:26:42,643 Dia pekak selama hampir sepanjang hayat. 512 00:26:42,723 --> 00:26:44,323 - Setidaknya, separuh hayat. - Tak, mati. 513 00:26:44,403 --> 00:26:45,643 - Mati? - Ya. 514 00:26:47,043 --> 00:26:48,243 Tidak. 515 00:26:48,323 --> 00:26:50,683 Penerbit ada tulis dalam nota. 516 00:26:50,763 --> 00:26:52,483 Memang ada di sini. 517 00:26:53,283 --> 00:26:54,283 - Biar saya lihat. - Dia…. 518 00:26:55,963 --> 00:27:00,323 "Pada akhir hayatnya, Beethoven meninggal." 519 00:27:00,403 --> 00:27:02,163 Pekak. 520 00:27:02,243 --> 00:27:04,203 P-E-K-A-K. 521 00:27:04,283 --> 00:27:06,243 Memanglah dia pekak lepas dia mati, 522 00:27:06,323 --> 00:27:10,523 tapi adakah dia pekak semasa masih hidup? 523 00:27:10,603 --> 00:27:12,483 Ya, memang pekak. 524 00:27:12,563 --> 00:27:14,723 - Ya, memang pekak. - Tapi tak mati? 525 00:27:14,803 --> 00:27:15,963 - Dia tak mati…. - Dia tak mati. 526 00:27:16,043 --> 00:27:18,763 - ketika dia masih hidup. - Taklah. 527 00:27:18,843 --> 00:27:21,043 Macam mana dia tulis muzik sedangkan dia pekak? 528 00:27:22,523 --> 00:27:25,683 Pada 26 Mac 1827, 529 00:27:25,763 --> 00:27:27,803 Beethoven meninggal 530 00:27:27,883 --> 00:27:30,803 dan kebijaksanaannya dianggap hilang selamanya. 531 00:27:30,883 --> 00:27:32,243 Sehingga sekarang. 532 00:27:32,803 --> 00:27:35,283 Pengkaji Silicon Valley telah cipta semula fikirannya 533 00:27:35,363 --> 00:27:38,203 dan memasangnya ke dalam pembesar suara pintar, 534 00:27:38,283 --> 00:27:40,123 B8-Hoven Smart Home Plus. 535 00:27:40,203 --> 00:27:41,483 Mari lihat fungsinya. 536 00:27:42,243 --> 00:27:45,323 B8-Hoven, cipta simfoni baru. 537 00:27:45,403 --> 00:27:46,443 Was war das? 538 00:27:47,083 --> 00:27:49,163 Cipta simfoni baru! 539 00:27:49,243 --> 00:27:50,603 Di mana saya? 540 00:27:50,683 --> 00:27:52,923 Apa? Buat saja kerja awak. 541 00:27:53,003 --> 00:27:55,923 Mein Gott, gelapnya! Kenapa saya berbahasa Inggeris? 542 00:27:56,003 --> 00:27:57,283 - Saya tak nampak kaki. - Begini…. 543 00:27:58,243 --> 00:28:00,043 mainkan saja senarai siar malam Jumaat saya. 544 00:28:00,123 --> 00:28:01,563 Memainkan senarai siar malam Jumaat. 545 00:28:03,163 --> 00:28:05,123 Kenapa saya buat ini? 546 00:28:05,203 --> 00:28:07,523 Mein Gott im Himmel, bunuhlah saya. 547 00:28:12,283 --> 00:28:15,763 Seperti yang kita dah lihat, dalam masa beratus tahun sahaja, 548 00:28:15,843 --> 00:28:16,963 manusia telah menjalani 549 00:28:17,043 --> 00:28:20,803 banyak siri budaya yang besar dan revolusi politik. 550 00:28:20,883 --> 00:28:23,763 Seterusnya, saya akan tunjukkan revolusi yang lebih besar. 551 00:28:23,843 --> 00:28:28,723 Revolusi Perindustrian dalam titisan peluh dan keringat, 552 00:28:28,803 --> 00:28:32,243 pesawat, kereta api, kereta dan pesawat lagi. 553 00:28:32,323 --> 00:28:34,923 Selama beberapa tahun, manusia cuba cipta kapal terbang. 554 00:28:35,563 --> 00:28:38,483 Kenapa kita berminat sangat nak menguasai langit? 555 00:28:38,563 --> 00:28:39,803 Tiada apa-apa di atas sana. 556 00:28:39,883 --> 00:28:41,643 Bukan ada tempat duduk pun. 557 00:29:02,963 --> 00:29:06,083 Terjemahan sari kata oleh Rasheeqa Bahida