1 00:00:06,043 --> 00:00:11,043 Dalam siri hebat yang bakal mendapat anugerah ini, 2 00:00:11,123 --> 00:00:14,523 saya telah tunjukkan buat pertama kali lebih baik daripada orang lain 3 00:00:14,603 --> 00:00:18,283 cara manusia membawa dirinya keluar dari zaman batu, 4 00:00:18,363 --> 00:00:21,963 mencipta pertanian, berfikir dan pembinaan piramid 5 00:00:22,043 --> 00:00:25,363 dan akhirnya mengasaskan bandar Rom purba yang baru. 6 00:00:26,243 --> 00:00:28,243 Tapi itu bukan penamat cerita, 7 00:00:28,323 --> 00:00:29,883 sebab itu baru episod pertama. 8 00:00:29,963 --> 00:00:31,683 PENYAMPAI DOKUMENTARI TANDA TEMPAT 9 00:00:31,763 --> 00:00:33,763 Tidak syak lagi yang manusia telah maju 10 00:00:33,843 --> 00:00:38,243 tapi bolehkah mereka melangkah lebih jauh atau cuma terbaring saja? 11 00:00:39,123 --> 00:00:40,603 Untuk mencapai tahap seterusnya, 12 00:00:40,683 --> 00:00:45,163 manusia perlu percaya sesuatu yang lebih besar daripada dirinya. 13 00:00:45,243 --> 00:00:47,443 Lebih besar daripada gajah itu sendiri. 14 00:00:48,003 --> 00:00:51,883 Dalam episod ini, saya akan lihat cara manusia menemui agama 15 00:00:51,963 --> 00:00:55,123 dan kita akan selesaikan perdebatan yang berlaku selama berabad. 16 00:00:55,203 --> 00:00:58,243 Yang mana lebih baik, Bible atau Quran? 17 00:00:58,323 --> 00:00:59,763 Quran. 18 00:00:59,843 --> 00:01:01,203 Yang itu? 19 00:01:01,283 --> 00:01:03,483 Semuanya berlaku di sini, 20 00:01:03,563 --> 00:01:06,043 di satu-satunya planet yang berbaloi diperjuangkan. 21 00:01:06,123 --> 00:01:08,203 Inilah Cunk on Earth. 22 00:01:21,483 --> 00:01:23,483 EPISOD DUA: AGAMA DAN PEPERANGAN 23 00:01:23,563 --> 00:01:27,083 Kita di zaman Rom Sebelum Masihi. 24 00:01:27,163 --> 00:01:30,283 Empayar Rom berada di kemuncak. 25 00:01:30,363 --> 00:01:32,963 Walaupun dengan tiang dan mozek yang cantik, 26 00:01:33,043 --> 00:01:35,843 ada kekosongan di hati budaya Rom. 27 00:01:36,403 --> 00:01:41,283 Bukan main lagi seronok duduk sambil minum wain di vomitorium, 28 00:01:41,363 --> 00:01:43,683 tapi lama-kelamaan, mereka perlukan sesuatu yang lebih lagi. 29 00:01:43,763 --> 00:01:44,963 Termasuklah mop. 30 00:01:45,603 --> 00:01:47,763 Manusia inginkan kesedaran. 31 00:01:47,843 --> 00:01:51,523 Untuk mencari itu, mereka perlukan suri teladan spiritual, ikon, 32 00:01:51,603 --> 00:01:53,843 seperti Tuhan. 33 00:01:53,923 --> 00:01:55,083 Kebetulan, 34 00:01:55,163 --> 00:01:58,003 seseorang yang sesuai dengan peranan itu akan tiba. 35 00:01:58,083 --> 00:02:00,643 Tak lain, tak bukan. Jesus Christ. 36 00:02:01,643 --> 00:02:03,643 Dia dilahirkan di kandang kuda yang kecil 37 00:02:03,723 --> 00:02:07,403 yang secara ironinya, bukan persekitaran stabil untuk bayi, 38 00:02:07,483 --> 00:02:10,843 melainkan itu anak keldai yang dipercayai 39 00:02:10,923 --> 00:02:12,403 bukan Jesus. 40 00:02:12,483 --> 00:02:15,603 Sebenarnya, lukisan sebenar ini menjelaskan 41 00:02:15,682 --> 00:02:19,643 apabila Christ dilahirkan, ada bulatan sakti di kepalanya 42 00:02:19,723 --> 00:02:22,843 yang akan membakar semua jerami dan rambut ketika dia keluar. 43 00:02:23,883 --> 00:02:25,603 Jangan khuatir, nanti saya kupas tentang Islam. 44 00:02:26,723 --> 00:02:30,803 Jesus lahir sebagai Yahudi, kemudian menjadi tukang kayu 45 00:02:30,883 --> 00:02:33,643 ketika dia mengikut ayahnya dalam bidang pertukangan kerusi dan meja. 46 00:02:35,203 --> 00:02:38,323 Perkara ironi tentang Jesus Christ menjadi tukang kayu 47 00:02:38,403 --> 00:02:41,803 ialah dia dinamakan sempena dua perkataan yang anda suka jerit 48 00:02:41,883 --> 00:02:43,323 selepas terpukul jari dengan tukul. 49 00:02:43,403 --> 00:02:46,483 Cendekiawan percaya dia tokoh sejarah sebenar 50 00:02:46,563 --> 00:02:49,483 seperti Justin Timberlake atau Garfield. 51 00:02:50,523 --> 00:02:51,923 Tak kisahlah jika mereka fikir 52 00:02:52,003 --> 00:02:54,243 anak Tuhan sebenar yang memiliki mukjizat atau tidak 53 00:02:54,323 --> 00:02:57,603 seperti berjalan atas wain atau bantu si pekak melihat… 54 00:02:59,203 --> 00:03:01,923 mereka semua setuju dia berdakwah tentang toleransi dan keampunan, 55 00:03:02,003 --> 00:03:04,883 mesej yang sangat penting bagi pengikutnya yang teruja 56 00:03:04,963 --> 00:03:07,963 yang lama-kelamaan akan bunuh sesiapa yang tak mahu mendengarnya. 57 00:03:11,523 --> 00:03:16,403 Tak sangka pula tukang kayu radikal ini menakutkan pihak berkuasa Rom. 58 00:03:16,483 --> 00:03:20,403 Mereka anggap Jesus sangat berbahaya dan buat dia disalibkan. 59 00:03:20,483 --> 00:03:24,763 Bukan sekejap saja, tapi sehingga mati. 60 00:03:25,843 --> 00:03:28,483 Bayangkan emosi Christ yang keliru. 61 00:03:28,563 --> 00:03:32,443 Dia dihantar ke bumi untuk selamatkan manusia, namun apabila di sini, 62 00:03:32,523 --> 00:03:36,083 dia menahan seksaan fizikal kerana dipaku pada salib, 63 00:03:36,163 --> 00:03:38,563 dan mengetahui logo itu bagus 64 00:03:38,643 --> 00:03:40,683 untuk kempennya dalam jangka panjang. 65 00:03:40,763 --> 00:03:44,123 Jesus dibunuh kerana orang tak suka dia berdakwah, 66 00:03:44,203 --> 00:03:48,043 jadi bolehkah kita anggap dia mangsa selebriti pertama budaya penolakan? 67 00:03:49,243 --> 00:03:52,163 Saya rasa budaya penolakan itu memerlukan… 68 00:03:52,243 --> 00:03:53,923 PROFESOR SEJARAH 69 00:03:54,003 --> 00:03:56,083 idea orang ramai 70 00:03:57,123 --> 00:04:00,403 yang melihat Jesus mempertahankan sesuatu 71 00:04:00,483 --> 00:04:02,723 dan mereka pasti mereka tahu perkara itu. 72 00:04:02,803 --> 00:04:04,963 - Maaf, itu bukan soalan. - Ya? 73 00:04:05,043 --> 00:04:06,803 Saya serius bertanya jika kita boleh panggil dia 74 00:04:06,883 --> 00:04:09,923 mangsa selebriti pertama budaya penolakan untuk rancangan kami. 75 00:04:10,003 --> 00:04:11,443 Kamera di sana. 76 00:04:13,203 --> 00:04:14,443 Sebenarnya, ia macam… 77 00:04:14,523 --> 00:04:18,403 Ia untuk kredit penamat dengan muzik latar yang cepat. 78 00:04:18,483 --> 00:04:19,523 Silakan. 79 00:04:19,603 --> 00:04:21,683 Kamera di sana. 80 00:04:21,763 --> 00:04:23,043 - Okey, kamera ini? - Ya. 81 00:04:24,163 --> 00:04:29,163 Mungkin boleh katakan Jesus ialah mangsa selebriti pertama budaya penolakan. 82 00:04:29,243 --> 00:04:30,243 Bagus. Terima kasih. 83 00:04:31,323 --> 00:04:35,443 Yang menakjubkan, apabila hayat Christ sudah tamat, 84 00:04:35,523 --> 00:04:39,683 dia muncul semula, naik ke bukit dan diangkat ke syurga, 85 00:04:39,763 --> 00:04:43,163 memecahkan semua rekod kerana melompat ke atas ketika proses itu. 86 00:04:43,963 --> 00:04:47,323 Ketika hayatnya, Jesus cuma ada 12 pengikut, 87 00:04:47,403 --> 00:04:50,643 lebih sedikit daripada akaun Instagram Pak Cik Steve saya yang membosankan. 88 00:04:50,723 --> 00:04:54,003 Namun semua itu berubah apabila ajarannya mula tersebar 89 00:04:54,083 --> 00:04:56,243 dalam bentuk tulisan. 90 00:04:56,323 --> 00:05:00,523 Selepas dia mati, Jesus kembali ke bumi dalam bentuk buku, bukan? 91 00:05:00,603 --> 00:05:03,643 Kenapa orang Kristian memanggil buku istimewa itu sebagai Bib-le? 92 00:05:04,643 --> 00:05:05,763 Bible. 93 00:05:05,843 --> 00:05:07,443 Begitu cara sebutannya? 94 00:05:07,523 --> 00:05:10,483 Saya tak pernah dengar sesiapa menyebutnya sebelum ini. Macam mana tadi? 95 00:05:10,563 --> 00:05:13,843 - Bible. - Kenapa ejaannya Bib-le? 96 00:05:13,923 --> 00:05:17,363 - Sebab saya lihat tulisannya. BIBLE. - Ya. 97 00:05:17,443 --> 00:05:18,803 - Bib-le. - Bible. 98 00:05:18,883 --> 00:05:23,283 Mesej Christ disebarkan jauh oleh hawari, 99 00:05:23,363 --> 00:05:27,083 kira-kira 2,000 tahun sebelum keluarnya lagu puja tekno Belgium, 100 00:05:27,163 --> 00:05:28,243 "Pump Up the Jam". 101 00:05:43,563 --> 00:05:46,883 LAGU HIT TECHNOTRONIC YANG LAIN TERMASUK "GET UP! (BEFORE THE NIGHT IS OVER)" 102 00:05:46,963 --> 00:05:49,323 DAN "THIS BEAT IS TECHNOTRONIC" 103 00:05:52,523 --> 00:05:56,443 BPM "PUMP UP THE JAM" IALAH 125, SAMA DENGAN DEGUPAN JANTUNG KUCING BEREHAT 104 00:05:59,043 --> 00:06:03,163 INI IALAH LAGU KEBANGSAAN KANADA 105 00:06:05,883 --> 00:06:08,483 LIRIKNYA BERI PETUNJUK KEPADA LOKASI ARNAB EMAS YANG DIKEBUMIKAN 106 00:06:08,563 --> 00:06:10,763 YANG TAK PERNAH DIJUMPAI 107 00:06:12,963 --> 00:06:16,283 Bukan semua orang menghargai kedatangan agama Kristian, 108 00:06:16,363 --> 00:06:19,363 terutamanya di Rom, di tempat orang Kristian ditindas, 109 00:06:19,443 --> 00:06:21,003 iaitu teruk dalam bahasa Latin. 110 00:06:21,083 --> 00:06:22,683 Jika dulu anda orang Kristian, 111 00:06:22,763 --> 00:06:25,923 mungkin tempat paling teruk untuk anda ialah Colosseum, 112 00:06:26,003 --> 00:06:28,443 kawasan kesengsaraan yang setara dengan Birmingham. 113 00:06:29,803 --> 00:06:33,323 Di sinilah orang Rom pertama kali melempar orang Kristian kepada singa, 114 00:06:33,403 --> 00:06:36,723 mungkin untuk melihat dakwah mereka akan menjinakkan haiwan 115 00:06:36,803 --> 00:06:38,923 dan buat ia kurang marah dan kurang menggigit. 116 00:06:40,043 --> 00:06:43,283 Jika orang Kristian menang dan makan singa, 117 00:06:43,363 --> 00:06:45,963 adakah mereka layak ke pusingan seterusnya? 118 00:06:46,043 --> 00:06:49,043 Mereka perlu makan haiwan lain, 119 00:06:49,123 --> 00:06:51,403 seperti kuda atau seumpamanya? 120 00:06:51,483 --> 00:06:53,043 Sebenarnya, tak banyak bukti 121 00:06:53,123 --> 00:06:55,923 yang mereka lempar orang Kristian kepada singa. 122 00:06:56,003 --> 00:06:59,003 Untuk ini, boleh awak pura-pura yang ramai orang Kristian 123 00:06:59,083 --> 00:07:00,363 dilemparkan kepada singa? 124 00:07:00,443 --> 00:07:02,883 Yakah? Tapi itu salah. 125 00:07:02,963 --> 00:07:06,483 Awak rasa orang Kristian akan maafkan singa itu kerana memakan mereka 126 00:07:06,563 --> 00:07:07,803 ketika ia berlaku? 127 00:07:07,883 --> 00:07:09,523 Mungkin mereka tak salahkan singa itu. 128 00:07:09,603 --> 00:07:12,723 Singa itu cuma buat mengikut sifat semula jadinya dan… 129 00:07:12,803 --> 00:07:16,683 Adakah kita tahu perasaan singa tentang diberi satu jenis makanan saja? 130 00:07:16,763 --> 00:07:19,283 Tak mungkin seronok, bukan? 131 00:07:19,363 --> 00:07:23,323 Bayangkan setiap hari, lauk kita menjerit dan tak nak berhenti. 132 00:07:23,403 --> 00:07:25,363 Itu pasti ada kesan terhadap kesihatan mentalnya. 133 00:07:26,003 --> 00:07:27,883 - Kesihatan mental singa? - Ya. 134 00:07:30,083 --> 00:07:32,603 Menakjubkan, dalam beberapa ratus tahun, 135 00:07:32,683 --> 00:07:35,083 orang Rom telah menganut agama Kristian itu sendiri. 136 00:07:35,163 --> 00:07:36,083 Namun kenapa? 137 00:07:36,163 --> 00:07:40,483 Tragisnya, tiada orang yang terlibat dengan Rom purba masih hidup hari ini. 138 00:07:40,563 --> 00:07:44,003 Untuk mengetahui perkara yang berlaku, kita kena membaca teks purba, 139 00:07:44,083 --> 00:07:45,603 seperti yang anda buat ketika hubungan sudah tamat. 140 00:07:46,723 --> 00:07:49,163 Disebabkan bacaan sains moden, 141 00:07:49,243 --> 00:07:51,763 kita sekarang tahu Constantine Empayar Rom 142 00:07:51,843 --> 00:07:54,203 yang namanya bermaksud tak berubah, 143 00:07:54,283 --> 00:07:57,683 suatu hari menganut agama Kristian. 144 00:07:59,923 --> 00:08:02,883 Kemudian, semua orang Rom menganut agama Kristian. 145 00:08:02,963 --> 00:08:04,043 Sejurus selepas itu, 146 00:08:04,123 --> 00:08:06,883 mereka berhenti melempar orang Kristian kepada singa. 147 00:08:06,963 --> 00:08:08,363 Tiada orang tahu sebabnya. 148 00:08:10,643 --> 00:08:14,003 Orang Rom telah menjumpai Tuhan hampir sekelip mata. 149 00:08:14,083 --> 00:08:18,123 Apa istimewanya tentang agama sehingga boleh mempengaruhi kita secara tiba-tiba? 150 00:08:19,003 --> 00:08:22,483 Kenapa manusia perlu percayakan sesuatu yang lebih besar daripada diri kita? 151 00:08:23,123 --> 00:08:26,203 Adakah sebab kita tak cukup gemuk? 152 00:08:26,283 --> 00:08:28,283 PROFESOR FALSAFAH AGAMA 153 00:08:28,363 --> 00:08:32,923 Saya rasa matlamat dan nilai 154 00:08:33,003 --> 00:08:38,563 terdiri daripada elemen paling penting untuk kehidupan bahagia. 155 00:08:38,643 --> 00:08:41,563 Tapi ia mesti membantu alau awak rasa betapa besarnya dunia, 156 00:08:42,323 --> 00:08:44,363 tiba-tiba kita rasa lebih kurus. 157 00:08:45,123 --> 00:08:46,363 Boleh jadi. 158 00:08:46,443 --> 00:08:49,763 Ada orang tiba-tiba tukar agama, bukan? 159 00:08:49,843 --> 00:08:52,203 Kawan saya Paul, memandu ke Winchester 160 00:08:52,283 --> 00:08:54,723 dan sebuah lori terbabas di hadapannya, 161 00:08:54,803 --> 00:08:58,803 dan dia melanggar lori itu dan keadaan itu menjadi perlahan. 162 00:08:58,883 --> 00:09:02,523 Paul, yang tidak beragama, bercakap dengan Jesus dan berkata, 163 00:09:02,603 --> 00:09:05,883 "Aku berjanji jika aku selamat, aku akan percayaMu." 164 00:09:05,963 --> 00:09:10,643 Dia memang terselamat, tapi tengkorak dan kedua-dua kakinya retak. 165 00:09:10,723 --> 00:09:12,603 Kenapa Jesus buat begitu kepada dia? 166 00:09:12,683 --> 00:09:16,243 Awak dah tanya soalan yang sangat penting 167 00:09:16,323 --> 00:09:18,443 tentang sifat takdir. 168 00:09:18,523 --> 00:09:20,163 - Yakah? - Benar. 169 00:09:20,843 --> 00:09:24,323 Jika kita percaya dengan Tuhan yang baik, 170 00:09:24,403 --> 00:09:27,843 kenapa banyak kejahatan di dunia ini? 171 00:09:27,923 --> 00:09:30,443 - Jadi, kawan awak… - Paul. 172 00:09:30,523 --> 00:09:33,163 Paul, kemalangannya, 173 00:09:33,243 --> 00:09:37,603 sejauh mana seseorang boleh salahkan Tuhan untuk itu? 174 00:09:37,683 --> 00:09:39,523 Sebenarnya, Paul tak pernah maafkan Dia. 175 00:09:40,083 --> 00:09:42,523 Dia kata, "Kalau saya jumpa Christ lagi, siaplah Dia." 176 00:09:45,563 --> 00:09:47,003 Ya. 177 00:09:47,763 --> 00:09:50,883 Rom telah menjadi isyarat kepercayaan Kristian, 178 00:09:50,963 --> 00:09:53,243 namun bencana hampir tiba 179 00:09:53,323 --> 00:09:56,363 kerana orang Rom telah menganuti agama keamanan, 180 00:09:56,443 --> 00:09:58,683 tepat pada masa mereka mengalami kekalahan teruk 181 00:09:58,763 --> 00:10:02,083 oleh sesetengah orang yang percaya kan kezaliman. 182 00:10:02,163 --> 00:10:03,523 Mereka ialah Vandal, 183 00:10:03,603 --> 00:10:07,283 kumpulan purba yang terkenal dengan sifat pemusnah mereka 184 00:10:07,363 --> 00:10:08,683 seperti Gun N' Roses. 185 00:10:13,523 --> 00:10:17,043 Sekarang, saya berdiri dan juga di Rom moden, 186 00:10:17,123 --> 00:10:19,163 dengan secara kebetulannya, 187 00:10:19,243 --> 00:10:21,723 juga tapak Rom purba. 188 00:10:21,803 --> 00:10:25,683 Di sinilah serangan ngeri di bandar ini Vandal berlaku. 189 00:10:26,323 --> 00:10:29,763 Segerombolan Vandal lalu di sini, 190 00:10:29,843 --> 00:10:31,963 melepasi kedai kopi dengan staf yang biadab, 191 00:10:32,043 --> 00:10:36,163 sehingga ke sini untuk membunuh, menjarah dan membakar sesuka hati mereka. 192 00:10:36,243 --> 00:10:40,123 Kita juga tahu persimpangan trafik itu tidak wujud ketika itu, 193 00:10:40,203 --> 00:10:41,403 jadi mereka boleh abaikan 194 00:10:41,483 --> 00:10:44,683 mana-mana isyarat jalan ketika serangan mereka. 195 00:10:44,763 --> 00:10:47,203 Kedai piza itu juga takkan dibuka 196 00:10:47,283 --> 00:10:50,163 sebab mereka rasa amukan berlaku pada hari Ahad. 197 00:10:50,243 --> 00:10:53,163 Menurut TripAdvisor, ia tutup ketika hujung minggu 198 00:10:53,243 --> 00:10:55,363 dan ia tak sesuai dengan kumpulan besar. 199 00:10:55,443 --> 00:10:57,803 Namun semua yang anda lihat di sekitar sini 200 00:10:57,883 --> 00:11:00,043 semuanya habis musnah. 201 00:11:02,123 --> 00:11:04,883 Ketika Vandal berada di bahagian bandar ini 202 00:11:04,963 --> 00:11:06,203 dan di destinasi seterusnya, 203 00:11:06,283 --> 00:11:09,763 mereka cuma meninggalkan kemusnahan dan najis kuda. 204 00:11:09,843 --> 00:11:12,803 Rom telah dirampas, dimusnahkan, 205 00:11:12,883 --> 00:11:15,043 sehingga tiada apa-apa yang tinggal. 206 00:11:15,123 --> 00:11:19,643 Apabila jatuhnya Rom, seluruh Empayar Rom musnah. 207 00:11:19,723 --> 00:11:23,763 Zaman seterusnya dikenali sebagai Zaman Kegelapan. 208 00:11:25,923 --> 00:11:27,323 Alamak! 209 00:11:27,403 --> 00:11:30,403 Zaman kegelapan bunyinya macam satu gejala, bukan? 210 00:11:31,083 --> 00:11:33,083 Mungkin macam wabak. 211 00:11:33,163 --> 00:11:35,203 Maksud awak Zaman Kelam? 212 00:11:35,283 --> 00:11:36,803 Oh ya. Begitu ya? 213 00:11:36,883 --> 00:11:40,043 Jika maksud awak terma yang lama 214 00:11:40,123 --> 00:11:42,403 - untuk awal Zaman Pertengahan. - Ya. 215 00:11:42,483 --> 00:11:44,523 Melainkan kita tak guna terma itu lagi. 216 00:11:44,603 --> 00:11:45,643 Yakah? 217 00:11:45,723 --> 00:11:50,123 Sebenarnya, ia mempunyai konotasi negatif tentang gelap dan jahil 218 00:11:50,203 --> 00:11:52,843 - dan zaman kemalapan. - Betul. 219 00:11:52,923 --> 00:11:54,203 Tak juga. 220 00:11:54,283 --> 00:11:58,123 Ketika itu, ada pemikir, ahli sejarah, artis dan penulis yang hebat. 221 00:11:58,203 --> 00:12:00,083 Namun, ia agak teruk. 222 00:12:01,243 --> 00:12:03,883 Zaman Kelam merupakan era yang menyedihkan, 223 00:12:03,963 --> 00:12:06,963 ketika seluruh Eropah melakukan sesuatu dalam kegelapan, 224 00:12:07,043 --> 00:12:10,523 yang buat sesuka hati dan dijangkiti penyakit. 225 00:12:10,603 --> 00:12:12,883 Ia membuatkan orang tidak gembira. 226 00:12:13,563 --> 00:12:17,483 Apabila kita lihat zaman pertengahan, ada lagu yang agak menjengkelkan, 227 00:12:17,563 --> 00:12:20,443 iaitu Hey-Nonny-No asyik dimainkan. 228 00:12:20,523 --> 00:12:22,763 - Ya, begitulah. - Awak tahu muzik itu? 229 00:12:22,843 --> 00:12:24,003 Itu agak… 230 00:12:28,923 --> 00:12:29,803 Ya. 231 00:12:39,923 --> 00:12:42,203 Ya, macam begitulah. 232 00:12:42,283 --> 00:12:44,963 Dari mana bunyi itu datang? Tak bolehkah ia dimatikan? 233 00:12:45,683 --> 00:12:48,003 Zaman Kelam ialah satu tragedi untuk kemajuan manusia 234 00:12:48,083 --> 00:12:52,523 yang melambatkan ciptaan 5G selama beratus tahun. 235 00:12:52,603 --> 00:12:55,323 Jadi, kita ada Zaman Kelam. 236 00:12:55,403 --> 00:12:57,323 Ada tak Zaman Cerah? 237 00:12:57,403 --> 00:13:02,923 Kenyataan itu dibuat oleh orang pada zaman moden awal, 238 00:13:03,003 --> 00:13:06,483 yang dipanggil "Renaissance", iaitu zaman pencerahan. 239 00:13:06,563 --> 00:13:09,003 Kemudian, kita ada era yang lain 240 00:13:09,083 --> 00:13:11,563 yang orang gelar Zaman Kesedaran. 241 00:13:11,643 --> 00:13:14,843 Adakah ia dalam episod ini atau nanti? 242 00:13:14,923 --> 00:13:17,323 Saya rasa ia akan dibincangkan nanti. 243 00:13:17,403 --> 00:13:19,283 Sekarang, kita di episod berapa? 244 00:13:19,963 --> 00:13:23,083 Saya rasa sesuatu berkenaan Zaman Pertengahan. 245 00:13:24,043 --> 00:13:27,283 Ya, tapi adakah ini episod tiga atau empat? 246 00:13:28,603 --> 00:13:30,083 Saya rasa saya tak pasti. 247 00:13:30,163 --> 00:13:32,003 Kita berdua bingung, bukan? 248 00:13:32,643 --> 00:13:34,363 Ini sangat teruk. 249 00:13:35,923 --> 00:13:40,003 Mujurlah, Eropah bukan satu-satunya negara yang ada sejarah ketika itu. 250 00:13:40,083 --> 00:13:43,483 Boffins percaya negara lain seperti Amerika Selatan dan Asia 251 00:13:43,563 --> 00:13:45,643 juga ada sejarah tersendiri, 252 00:13:45,723 --> 00:13:49,003 dan mereka kekalkan peradaban dengan cara mereka yang kelakar, eksotik 253 00:13:49,083 --> 00:13:50,523 dan aneh. 254 00:13:51,683 --> 00:13:53,603 Ini bandar Chichen Itza, 255 00:13:53,683 --> 00:13:56,523 dibina oleh orang Mayan di negara Mexico sekarang. 256 00:13:56,603 --> 00:13:57,963 Inilah teras utamanya, 257 00:13:58,043 --> 00:14:00,003 Kuil Kukulkan. 258 00:14:00,083 --> 00:14:01,843 Jika anda dibawa ke sini 1,000 tahun lalu, 259 00:14:01,923 --> 00:14:03,963 anda mungkin akan dikorbankan 260 00:14:04,043 --> 00:14:06,763 untuk memuja Chaac, dewa hujan. 261 00:14:06,843 --> 00:14:08,483 Hari ini, anda mungkin akan singgah 262 00:14:08,563 --> 00:14:12,043 sebagai aktiviti percutian yang menyeronokkan di resort Tulum. 263 00:14:13,883 --> 00:14:14,963 Di situlah tempat penginapan saya, 264 00:14:15,043 --> 00:14:18,323 di Hotel dan Spa Casa de Lujo bertaraf lima bintang. 265 00:14:18,403 --> 00:14:20,123 Ia sebuah resort yang merangkumi semua, 266 00:14:20,203 --> 00:14:22,243 berada di garis pantai Tulum yang indah 267 00:14:22,323 --> 00:14:24,523 yang terkenal dengan kemewahannya. 268 00:14:25,123 --> 00:14:28,923 Semua bilik ialah jenis suite, dan dengan pemandangan laut yang indah, 269 00:14:29,003 --> 00:14:31,323 sukar untuk fikirkan alasan untuk turun dari katil. 270 00:14:31,403 --> 00:14:34,483 Selain daripada pantai yang cantik dan cahaya mataharinya 271 00:14:34,563 --> 00:14:35,963 di depan pintu bilik anda. 272 00:14:36,763 --> 00:14:38,923 Jika cahaya matahari terlalu panas, 273 00:14:39,003 --> 00:14:40,603 ada tiga kolam renang untuk anda sejukkan badan, 274 00:14:40,683 --> 00:14:42,923 termasuklah kolam untuk dewasa sahaja. 275 00:14:43,003 --> 00:14:45,003 Ada juga kolam untuk kanak-kanak, 276 00:14:45,083 --> 00:14:47,203 dengan Kelab Kura-kura yang berikan mereka keseronokan 277 00:14:47,283 --> 00:14:50,403 dalam hidup mereka yang penting setakat ini. 278 00:14:50,483 --> 00:14:53,123 Dengan pilihan lima restoran di situ, 279 00:14:53,203 --> 00:14:55,163 anda takkan bosan dengan makanannya. 280 00:14:55,243 --> 00:14:58,563 Jika semua itu tak cukup, Spa Inspirasi yang mengagumkan 281 00:14:58,643 --> 00:15:01,043 menawarkan pilihan kesihatan bertaraf dunia 282 00:15:01,123 --> 00:15:03,443 daripada jagaan kuku kaki ke urutan. 283 00:15:04,643 --> 00:15:07,443 Apabila matahari terbenam, kehidupan malam bermula. 284 00:15:07,523 --> 00:15:10,603 Dengan semangat tempatan, wain dan bir semuanya percuma, 285 00:15:10,683 --> 00:15:12,443 tiada sebab untuk menahan diri. 286 00:15:13,163 --> 00:15:15,883 Dengan cahaya matahari sepanjang hari dan berparti sepanjang malam, 287 00:15:15,963 --> 00:15:17,843 anda pasti takkan mahu balik. 288 00:15:17,923 --> 00:15:20,643 Philomena menginap selama lima malam di Hotel dan Spa Casa de Lujo. 289 00:15:20,723 --> 00:15:23,203 Harga yang merangkumi semua bermula daripada 200 pound semalam, 290 00:15:23,283 --> 00:15:25,523 untuk dua orang, tak termasuk cukai tambah. 291 00:15:25,603 --> 00:15:26,843 Tertakluk kepada terma dan syarat. 292 00:15:32,883 --> 00:15:35,083 Sementara kaum Mayan menyembah dewa mereka, 293 00:15:35,163 --> 00:15:37,403 berjuta batu jauhnya di negeri Arab, 294 00:15:37,483 --> 00:15:41,963 seorang nabi bernama Muhammad mengasaskan agama lain, iaitu Islam. 295 00:15:43,003 --> 00:15:45,923 Nampaknya, Islam boleh menjadi satu topik yang sensitif, 296 00:15:46,003 --> 00:15:49,203 dan penerbit kata jika saya tak ikut skrip, 297 00:15:49,283 --> 00:15:52,683 saya mungkin akan menyebabkan insiden antarabangsa yang serius. 298 00:15:59,403 --> 00:16:01,083 Sejujurnya, anginnya kuat. 299 00:16:01,923 --> 00:16:03,243 Tak apa. Saya akan improvisasi. 300 00:16:03,843 --> 00:16:07,003 Jadi, apa pendapat kita tentang Islam? 301 00:16:07,683 --> 00:16:08,523 Sebenarnya… 302 00:16:08,603 --> 00:16:13,043 KANDUNGAN INI TIDAK TERSEDIA DI WILAYAH ANDA 303 00:16:23,043 --> 00:16:26,203 Sejujurnya, saya rasa semua itu langsung tidak kontroversi. 304 00:16:27,123 --> 00:16:30,763 Islam mewakili pecahan radikal daripada agama sebelumnya 305 00:16:30,843 --> 00:16:34,403 kerana bentuk bangunannya agak berbeza. 306 00:16:35,963 --> 00:16:38,003 Ia tersebar merentasi dunia 307 00:16:38,083 --> 00:16:41,083 hampir secepat Berita Fox seperti yang masih mereka sangkakan. 308 00:16:42,243 --> 00:16:45,643 Ia sejenis lepa yang sukar ditolak macam Nutella. 309 00:16:47,523 --> 00:16:51,683 Quran kata berbaloi jika kita menimba ilmu. 310 00:16:51,763 --> 00:16:53,683 Jadi, para cendekiawan Islam 311 00:16:53,763 --> 00:16:56,243 mencipta universiti dan perpustakaan pertama 312 00:16:57,043 --> 00:17:00,323 yang mengandungi semua ilmu dunia 313 00:17:00,403 --> 00:17:04,123 yang pada ketika itu mungkin muat dalam satu risalah. 314 00:17:16,043 --> 00:17:18,683 Oleh sebab mereka perlu lebih banyak ilmu untuk memuatkan perpustakaan, 315 00:17:19,443 --> 00:17:23,683 cendekiawan Islam terlibat dalam matematik, kalkulus, geometri, 316 00:17:23,763 --> 00:17:27,283 dan semestinya algebra, yang paling Islamik. 317 00:17:28,402 --> 00:17:31,723 Tidak ketinggalan, agama Kristian juga berkembang, 318 00:17:31,803 --> 00:17:33,243 disebabkan mubaligh. 319 00:17:34,043 --> 00:17:36,723 Mubaligh dikenali kerana kedudukan mereka, 320 00:17:36,803 --> 00:17:39,443 iaitu Tuhan di atas kerana Dia penting, 321 00:17:39,523 --> 00:17:42,243 dan kita semua perlu menerimanya. 322 00:17:43,323 --> 00:17:44,603 Selepas dihantar oleh Paus, 323 00:17:44,683 --> 00:17:47,563 mubaligh membawa Bible dan salib 324 00:17:47,643 --> 00:17:49,243 dan berangkat dari sini 325 00:17:49,323 --> 00:17:52,283 dan menuju merentasi peta dengan berhati-hati, 326 00:17:52,843 --> 00:17:57,083 dan akhirnya berada di Ireland, 327 00:17:57,163 --> 00:18:00,163 tempat menyebarkan dakwah dengan membaca kuat-kuat… 328 00:18:01,323 --> 00:18:02,643 Saya terlupa kitab itu. 329 00:18:04,603 --> 00:18:08,243 Perjalanan pada ketika itu sangat meletih dan melelahkan, 330 00:18:08,323 --> 00:18:10,083 jadi mubaligh awal tak mahu 331 00:18:10,163 --> 00:18:12,883 berulang alik sama macam saya. 332 00:18:14,003 --> 00:18:16,163 Apabila mereka tiba di destinasi, 333 00:18:16,243 --> 00:18:19,043 benda yang mereka bawa akan mengubah dunia selamanya. 334 00:18:19,123 --> 00:18:20,803 Bible dan… 335 00:18:22,643 --> 00:18:23,763 Siapa yang alihkan salib ini? 336 00:18:23,843 --> 00:18:27,123 Agama Kristian ialah trend pada zaman pertengahan, 337 00:18:27,203 --> 00:18:29,483 kegilaan yang akan bertahan selamanya. 338 00:18:30,083 --> 00:18:32,923 Ia membawa kepada peningkatan dalam ikonografi agama. 339 00:18:33,003 --> 00:18:35,523 Gambar Jesus diletakkan di mana-mana. 340 00:18:36,963 --> 00:18:40,123 Pada zaman pertengahan, ada banyak lukisan Jesus. 341 00:18:40,203 --> 00:18:42,643 Macam mana dia cari masa untuk bergaya untuk pelukis? 342 00:18:42,723 --> 00:18:44,883 Dia sangat lapang? 343 00:18:44,963 --> 00:18:48,883 Secara kiasannya, 344 00:18:49,963 --> 00:18:51,403 dia sentiasa ada di mana-mana. 345 00:18:51,483 --> 00:18:54,443 Jadi, mereka lukis gambar dia berdasarkan memori 346 00:18:54,523 --> 00:18:58,083 seperti seseorang gambarkan penceroboh kepada tukang lakar polis, 347 00:18:58,163 --> 00:19:01,363 tapi penceroboh anak Tuhan? 348 00:19:01,443 --> 00:19:05,163 Dalam banyak lukisan Jesus, terdapat dua jenis, bukan? 349 00:19:05,243 --> 00:19:09,483 Sama ada gambar bayi atau gambar dia disalib. 350 00:19:09,563 --> 00:19:13,043 Ada tak lukisan dia disalib ketika masih bayi? 351 00:19:14,603 --> 00:19:16,323 Tiada. 352 00:19:16,403 --> 00:19:20,603 Aduhai, mereka terlepas peluang untuk meraih simpati, bukan? 353 00:19:20,683 --> 00:19:22,883 Pernah tak Jesus melukis dirinya sendiri? 354 00:19:24,843 --> 00:19:25,803 Ia… 355 00:19:25,883 --> 00:19:27,043 Saya rasa tidak. 356 00:19:27,123 --> 00:19:29,323 Pasti tiada rekod tentang itu. 357 00:19:29,403 --> 00:19:30,883 Adakah itu pasti? 358 00:19:30,963 --> 00:19:33,563 Dia mungkin tak tandatangan. Dia agak sederhana orangnya, bukan? 359 00:19:35,523 --> 00:19:36,843 Dia bersederhana dalam beberapa perkara. 360 00:19:36,923 --> 00:19:39,403 Dia juga kata dia anak Tuhan. 361 00:19:39,483 --> 00:19:41,043 Ya, dia boleh saja rahsiakan. 362 00:19:41,683 --> 00:19:43,723 Kalau begitu, dia takkan dibunuh. 363 00:19:43,803 --> 00:19:45,523 Ya! Dungu betul. 364 00:19:46,163 --> 00:19:49,843 Bukan Jesus saja yang mengilhami karya seni. 365 00:19:49,923 --> 00:19:52,203 Terdapat juga lukisan Muhammad, 366 00:19:52,283 --> 00:19:55,283 tapi penerbit kami perlu tandatangan borang janji untuk tak tunjukkannya. 367 00:19:55,363 --> 00:19:57,083 Pada abad ke-11, 368 00:19:57,163 --> 00:20:00,323 kebanyakan negara Eropah telah menganut agama Kristian, 369 00:20:00,403 --> 00:20:03,443 tapi ia tak menghalang mereka untuk terus berperang. 370 00:20:04,083 --> 00:20:08,323 Pada tahun 1095, Paus Urban II memujuk mereka untuk berhenti berperang, 371 00:20:08,403 --> 00:20:11,883 berbaik-baik dan serang orang Islam pula. 372 00:20:12,963 --> 00:20:16,683 Raja-raja Eropah bersetuju dan melancarkan perjalanan amal bersenjata 373 00:20:16,763 --> 00:20:20,043 untuk memaksa dunia Islam menerima salib. 374 00:20:20,123 --> 00:20:22,203 Mereka menggelarnya Crus-Aid. 375 00:20:22,883 --> 00:20:25,483 Kemudian, tentera dari Eropah menuju ke timur 376 00:20:25,563 --> 00:20:28,643 dengan harapan untuk menyebarkan dakwah di pelbagai negara. 377 00:20:29,523 --> 00:20:31,043 Jadi ketika Perang Salib, 378 00:20:31,123 --> 00:20:34,803 para salibi terus pergi ke Jerusalem dengan perisai. 379 00:20:34,883 --> 00:20:36,523 Bunyinya sangat tak selesa. 380 00:20:37,083 --> 00:20:38,563 Adakah ia ditaja? 381 00:20:39,363 --> 00:20:41,923 Ia boleh dikatakan ditaja oleh gereja… 382 00:20:42,003 --> 00:20:42,883 Ya. 383 00:20:43,403 --> 00:20:45,483 …kerana ekspedisi ini perlu ditaja. 384 00:20:45,563 --> 00:20:49,843 Ya. Kawan saya, Paul, yang berjalan sejauh 30 batu ke Harrogate atas tajaan 385 00:20:49,923 --> 00:20:52,923 dengan berpakaian seperti Spider-Man untuk program amal Help For Heroes. 386 00:20:53,003 --> 00:20:57,323 Pada hari tersebut, dia alami cirit-birit tapi dia terus bertahan. 387 00:20:57,403 --> 00:21:02,483 Ia salah satu perkara mulia yang pernah saya lihat tapi menjijikkan. 388 00:21:02,563 --> 00:21:07,363 Akhirnya, penaja terpaksa masuk campur, tapi dia dah kumpul sebanyak 368 pound. 389 00:21:07,443 --> 00:21:09,963 Salibi tak pernah buat begitu, bukan? 390 00:21:11,283 --> 00:21:12,123 Tidak. 391 00:21:12,723 --> 00:21:16,323 Pada tahun 1099, orang Kristian menjajah Jerusalem. 392 00:21:16,403 --> 00:21:18,723 Namun kemudian, mereka buat kesilapan taktikal, 393 00:21:18,803 --> 00:21:20,163 dan kembali tanpanya. 394 00:21:20,723 --> 00:21:24,683 Jadi orang Islam dengan arahan ketuanya, Saladin, menentang semula, 395 00:21:24,763 --> 00:21:27,163 dan menawan semula Jerusalem. 396 00:21:27,763 --> 00:21:31,323 Sekarang, semua orang berminat dengan Perang Salib, 397 00:21:31,403 --> 00:21:33,323 jadi mereka berpegang teguh padanya, 398 00:21:33,403 --> 00:21:37,243 melawan semula untuk lihat pihak yang memenangi Jerusalem tahun tersebut. 399 00:21:38,043 --> 00:21:40,443 Bunyi Perang Salib itu sendiri sangat kejam. 400 00:21:40,523 --> 00:21:43,403 Kenapa semua agama tak boleh belajar untuk hidup bersama dengan aman 401 00:21:43,483 --> 00:21:44,763 seperti di Ireland? 402 00:21:45,803 --> 00:21:48,363 Saya rasa kalau awak jumpa orang yang tahu jawapan untuk itu, 403 00:21:48,443 --> 00:21:52,843 jadi awak kena dedahkannya secepat mungkin. 404 00:21:52,923 --> 00:21:54,203 Ya. Baiklah. 405 00:21:55,363 --> 00:21:57,643 Sementara orang Kristian dan Islam berperang, 406 00:21:57,723 --> 00:22:01,963 seorang lelaki memutuskan untuk tunjuk cara menghasut perang yang sebenarnya. 407 00:22:03,683 --> 00:22:06,723 Lelaki itu ialah ketua orang Mongol, Genghis Khan. 408 00:22:06,803 --> 00:22:12,203 Di Mongol, "Khan" bermaksud "raja" dan "Genghis" bermaksud… benda lain. 409 00:22:13,243 --> 00:22:15,883 Pada zaman sekarang, Genghis Khan kurang menjadi bualan 410 00:22:15,963 --> 00:22:17,683 berbanding Dennis Quaid, 411 00:22:18,763 --> 00:22:21,003 tapi ketika itu, dia lelaki paling ditakuti di Bumi. 412 00:22:22,803 --> 00:22:25,123 Genghis dan pengikutnya menyerang 413 00:22:25,203 --> 00:22:27,643 kebanyakan negara Eropah dan Asia. 414 00:22:27,723 --> 00:22:30,683 Berjuta-juta orang dibunuh tanpa belas kasihan. 415 00:22:32,043 --> 00:22:33,883 Ramai yang kepalanya disembelih. 416 00:22:33,963 --> 00:22:37,043 Ada yang dipotong kaki terlebih dahulu, kemudian lengan atau seumpamanya, 417 00:22:37,123 --> 00:22:38,243 kemudian mungkin muka mereka, 418 00:22:38,323 --> 00:22:40,843 yang mungkin masih meraung ketika ia terbang di pondok mereka 419 00:22:40,923 --> 00:22:42,243 atau di tempat mereka tinggal. 420 00:22:42,323 --> 00:22:45,403 Kemudian penceroboh mungkin ambil mayat itu dan memotongnya, 421 00:22:45,483 --> 00:22:49,083 merebusnya dalam sup ukir semua tulang pelvis yang dibuang 422 00:22:49,163 --> 00:22:51,043 menjadi senduk besar untuk menghirupnya, 423 00:22:51,123 --> 00:22:53,763 kemudian duduk berdekatan pendiangan, menghirup sup yang mengerikan itu 424 00:22:53,843 --> 00:22:55,723 sambil ketawa dan meniupnya. 425 00:22:55,803 --> 00:22:58,123 Sejujurnya, ia langsung tak tersusun. 426 00:22:58,203 --> 00:23:01,643 Berapa pain darah 427 00:23:02,363 --> 00:23:06,043 yang ditumpahkan kerana Genghis Khan? 428 00:23:06,123 --> 00:23:09,203 Kita kena tahu jumlah orang yang terbunuh. 429 00:23:09,283 --> 00:23:10,283 AHLI SEJARAH 430 00:23:10,363 --> 00:23:12,363 - Ya. - Ada kisah 431 00:23:12,443 --> 00:23:16,243 beberapa tentera Mongolia 432 00:23:16,323 --> 00:23:19,483 yang dihantar, mungkin sehingga berjuta orang. 433 00:23:19,563 --> 00:23:22,443 - Berapa pain untuk seorang? - Saya rasa lapan. 434 00:23:22,523 --> 00:23:26,363 - Jadi, minimum, lapan juta pain? - Ya. 435 00:23:26,443 --> 00:23:28,843 Tentu tiada bank darah ketika itu, bukan? 436 00:23:28,923 --> 00:23:30,083 Sayangnya. 437 00:23:32,323 --> 00:23:34,083 Dengan keadaan yang berlaku, 438 00:23:34,163 --> 00:23:38,443 betulkah orang di Eropah bina rumah berkubu? 439 00:23:38,523 --> 00:23:40,243 Jawapannya, tidak. 440 00:23:43,843 --> 00:23:47,043 Apabila saya berdiri di entah apa istana ini, 441 00:23:47,123 --> 00:23:50,603 saya asyik tertanya-tanya kehidupan pada zaman pertengahan 442 00:23:50,683 --> 00:23:53,083 kerana zaman itu sudah berlalu, 443 00:23:53,163 --> 00:23:55,443 jadi saya cuma boleh tertanya-tanya. 444 00:23:56,163 --> 00:23:57,283 Namun, bayangkan saja. 445 00:23:57,363 --> 00:24:01,683 Di pusat atrium ini, meja disediakan untuk kenduri. 446 00:24:01,763 --> 00:24:04,923 Orang menghempas kendi bersama-sama dan ketawa. 447 00:24:05,003 --> 00:24:10,083 Meja dihidangkan dengan daging pinggul rusa, pai ayam, 448 00:24:10,163 --> 00:24:12,243 angsa panggang di dalam khinzir. 449 00:24:12,883 --> 00:24:14,003 Penuh meja. 450 00:24:14,083 --> 00:24:16,923 Semangkuk plum di sana. Saya rasa itu lauk. 451 00:24:17,803 --> 00:24:22,283 Di sini, orang kampung berulang alik dengan perhiasan mereka. 452 00:24:22,363 --> 00:24:25,043 Kesateria yang berjalan dalam sut perisainya. 453 00:24:25,763 --> 00:24:29,843 Di sudut ini, seseorang mainkan seruling zaman pertengahan. 454 00:24:30,603 --> 00:24:32,883 Di depannya, ada tukang lawak, 455 00:24:32,963 --> 00:24:35,043 yang melompat-lompat dengan loceng kecilnya. 456 00:24:36,683 --> 00:24:38,843 Ada gergasi besar memerhati… 457 00:24:39,883 --> 00:24:41,203 dan menikmati pemandangan itu. 458 00:24:42,043 --> 00:24:44,603 Di hujung sana, raja sedang duduk di takhtanya 459 00:24:44,683 --> 00:24:46,963 di sebelah permaisuri, uskup dan tir. 460 00:24:47,603 --> 00:24:50,043 Mereka perhatikan Merlin yang dipenggal kepalanya, 461 00:24:50,123 --> 00:24:53,683 dan bergolek di lantai sehingga ke sana 462 00:24:54,923 --> 00:24:56,723 dan babi hutan pun melahapnya. 463 00:24:59,563 --> 00:25:00,763 Menjijikkan. 464 00:25:01,403 --> 00:25:02,843 Anda bertuah kerana tak melihat itu. 465 00:25:03,803 --> 00:25:06,203 Tiba-tiba, keriangan itu terganggu 466 00:25:06,283 --> 00:25:10,523 apabila tingkap kaca berkecai dan anak panah terbang ke dalam bilik ini. 467 00:25:10,603 --> 00:25:12,483 Ia terkena dinding ini, 468 00:25:12,563 --> 00:25:14,883 betul-betul di tengah Dewangga Bayeux ini. 469 00:25:14,963 --> 00:25:17,483 Cungapan dan bisikan jelas kedengaran, 470 00:25:17,563 --> 00:25:21,763 ketika Thomas à Becket, iaitu saya, menarik anak panah itu daripada dinding. 471 00:25:25,163 --> 00:25:26,043 Sebentar. 472 00:25:26,763 --> 00:25:27,843 Aduhai. 473 00:25:30,443 --> 00:25:32,883 Ada mesej pada anak panah ini. 474 00:25:32,963 --> 00:25:36,563 Thomas keluarkan mesej itu dengan teliti, buang anak panah… 475 00:25:36,643 --> 00:25:38,003 - Aduh! - Maaf. 476 00:25:38,603 --> 00:25:41,643 …membuka mesej itu dan baca kuat-kuat. 477 00:25:45,843 --> 00:25:47,523 Ini daripada Robin Hood, 478 00:25:47,603 --> 00:25:49,763 mengugut untuk membalas dendam terhadap semua orang 479 00:25:49,843 --> 00:25:51,283 atas perbuatannya terhadap Gandalf. 480 00:25:52,763 --> 00:25:55,563 Keluhan kedengaran, tukang lawak pengsan, 481 00:25:55,643 --> 00:26:00,243 rungutan kerisauan bergema, semakin kuat dan bertukar menjadi raungan. 482 00:26:00,323 --> 00:26:01,843 Kucar-kacir jadinya. 483 00:26:01,923 --> 00:26:03,803 Seruling menjadi sumbang. 484 00:26:03,883 --> 00:26:06,803 Beruang menari melolong kesakitan. 485 00:26:06,883 --> 00:26:10,443 Ada yang masukkan khinzir ke dalam pelancar. 486 00:26:10,523 --> 00:26:13,723 Penceroboh angkasa lepas berlegar-legar di ruang ini, 487 00:26:13,803 --> 00:26:17,803 menjatuhkan hapsikod kaca ke lantai. 488 00:26:18,963 --> 00:26:21,363 Akhirnya, di hujung sini, 489 00:26:21,443 --> 00:26:24,683 raja berdiri sambil mengetuk tukul kayunya. 490 00:26:24,763 --> 00:26:26,483 Baginda menjerit, "Senyap!" 491 00:26:26,563 --> 00:26:29,403 Namun dengan suara lelaki yang garau dengan loghat Zaman Pertengahan. 492 00:26:30,363 --> 00:26:32,123 Seluruh istana terdiam. 493 00:26:33,123 --> 00:26:34,883 Anda boleh dengar jarum terjatuh… 494 00:26:35,443 --> 00:26:36,883 tapi bukan betul-betul. 495 00:26:36,963 --> 00:26:39,803 "Buang kepala ini!", si raja menjerit. 496 00:26:40,403 --> 00:26:43,403 Itulah yang menenangkan suasana. Semuanya kembali okey. 497 00:26:43,483 --> 00:26:47,483 Tukang lawak mula berdiri, muzik pun diteruskan. 498 00:26:47,563 --> 00:26:49,643 Semua orang sambung minum arak. 499 00:26:50,443 --> 00:26:53,083 Kehidupan di istana kembali normal. 500 00:26:53,163 --> 00:26:56,603 Tepat pada masa semua orang tiba-tiba mati kerana wabak. 501 00:26:57,443 --> 00:27:00,883 Apa pun, begitulah kehidupan di istana saya. 502 00:27:01,523 --> 00:27:03,923 Pernah tak terfikir tentang kehidupan anda? 503 00:27:06,403 --> 00:27:09,083 Namun manusia tak boleh bersembunyi di sebalik dinding tebal 504 00:27:09,163 --> 00:27:11,763 ketika perang suci berlaku di luar selamanya. 505 00:27:13,163 --> 00:27:17,643 Agama sepatutnya menyatukan manusia secara harmoni dan aman, 506 00:27:18,203 --> 00:27:20,323 tetapi ia berjaya memecah-belahkannya 507 00:27:20,403 --> 00:27:22,283 seperti beruang di wad bersalin. 508 00:27:23,003 --> 00:27:25,563 Namun, gereja ini dan yang lain tidak suka 509 00:27:25,643 --> 00:27:28,003 kerana tahu seorang pencabar akan tiba. 510 00:27:28,683 --> 00:27:33,083 Seterusnya, kita akan lihat cara artis dan cendekiawan generasi baru muncul 511 00:27:33,163 --> 00:27:35,163 dan mencabar Tuhan untuk berlawan 512 00:27:35,243 --> 00:27:38,803 ketika zaman yang digelar Zaman Pembaharuan oleh ahli sejarah. 513 00:27:39,483 --> 00:27:42,243 Jadi, adakah lukisan ini sebenarnya bagus 514 00:27:42,323 --> 00:27:45,083 atau ini salah satu perkara yang kita saja rasa bagus 515 00:27:45,163 --> 00:27:47,923 kerana kita diberitahu ia bagus macam makanan laut? 516 00:28:08,403 --> 00:28:11,323 Terjemahan sari kata oleh Rasheeqa Bahida