1 00:00:43,750 --> 00:00:45,250 Jangan tembak! 2 00:00:47,958 --> 00:00:49,041 Berundur, semua. 3 00:01:11,875 --> 00:01:13,791 Saya Inspektor Lavelle. 4 00:01:13,875 --> 00:01:17,000 Letak senjata, keluar dan serah diri. 5 00:01:33,208 --> 00:01:34,750 Kami takkan letak senjata. 6 00:01:34,833 --> 00:01:37,666 Kalau nak barang kemas itu, carilah sendiri. 7 00:01:37,750 --> 00:01:41,333 Barang kemas itu tiada di sini. Kamu tak boleh bunuh kami. 8 00:01:42,291 --> 00:01:43,541 Ada satu lagi. 9 00:01:43,625 --> 00:01:47,000 Kalau kamu serbu, kita semua akan mati. 10 00:01:47,083 --> 00:01:50,875 Kami tak takut mati, jadi apa kata kita berunding? 11 00:01:51,708 --> 00:01:53,833 Apa kamu nak sebenarnya? 12 00:01:54,458 --> 00:01:56,416 Beri saya lima minit untuk fikir. 13 00:02:00,625 --> 00:02:04,166 Buat masa ini, suruh pasukan di belakang van berundur. 14 00:02:05,083 --> 00:02:07,083 Pasukan 3, tinggalkan kedudukan. 15 00:02:28,916 --> 00:02:30,791 Beri laluan. Ini bukan latihan. 16 00:02:30,875 --> 00:02:33,083 Ada kecemasan. Mohon beri kerjasama. 17 00:02:34,166 --> 00:02:35,250 Saya ulang. 18 00:02:40,333 --> 00:02:42,916 Beri laluan. Ada kecemasan. 19 00:02:43,000 --> 00:02:44,333 Mohon beri kerjasama. 20 00:02:44,916 --> 00:02:46,625 Ayuh! Sila beri laluan! 21 00:03:00,916 --> 00:03:02,291 Bruce… 22 00:03:06,833 --> 00:03:07,833 Hei… 23 00:03:10,375 --> 00:03:11,625 Jom keluar dari sini. 24 00:03:27,041 --> 00:03:28,375 Perhatikan mereka. 25 00:03:37,666 --> 00:03:38,500 "Pakar bius"? 26 00:03:41,000 --> 00:03:42,666 Saya terpaksa rampas ini. 27 00:03:45,375 --> 00:03:46,750 Pegang kuat-kuat. 28 00:03:52,958 --> 00:03:55,166 - Bruce? - Jom. 29 00:04:35,208 --> 00:04:36,541 Dah berapa lama? 30 00:04:36,625 --> 00:04:37,625 Entahlah. 31 00:04:38,208 --> 00:04:39,125 Tiga minit. 32 00:04:39,208 --> 00:04:40,458 Tiga minit setengah. 33 00:04:40,541 --> 00:04:43,500 Lima minit kamu dah tamat! 34 00:04:44,708 --> 00:04:48,208 Tunjukkan isyarat yang kamu akan beri kerjasama. 35 00:04:49,916 --> 00:04:53,041 Saya akan beritahu lokasi sebahagian barang kemas itu. 36 00:04:53,958 --> 00:04:57,541 Ia di dalam peti surat di 33 Jalan Maxime Girald, Paris. 37 00:04:58,291 --> 00:04:59,791 Sahkannya dulu. 38 00:05:04,875 --> 00:05:08,208 - Hantar pasukan ke alamat itu sekarang. - Baik, puan. 39 00:05:09,750 --> 00:05:13,541 Awak tak rasakah pergerakan megafon itu agak pelik? 40 00:05:13,625 --> 00:05:15,833 Saya pun fikir macam itu. 41 00:05:29,416 --> 00:05:30,916 Mereka akan masuk. 42 00:05:31,000 --> 00:05:32,458 Persetankan! Lari! 43 00:05:58,791 --> 00:06:01,500 Mereka buat pertunjukan boneka untuk kita. 44 00:06:08,875 --> 00:06:09,833 Peluru kapur. 45 00:06:23,583 --> 00:06:25,416 Wah! 46 00:06:34,708 --> 00:06:39,916 MONEY HEIST BERLIN 47 00:07:32,375 --> 00:07:35,041 Caraku mencintaimu 48 00:07:35,583 --> 00:07:39,875 Lupakan saja 49 00:07:40,958 --> 00:07:43,625 Takkan ada cinta yang lain 50 00:07:45,083 --> 00:07:48,750 Takkan ada cinta yang lain 51 00:07:49,250 --> 00:07:55,333 Cintaku sekuat ombak di laut 52 00:07:55,416 --> 00:07:59,583 Cintaku hadir dalam setiap hembusan angin 53 00:07:59,666 --> 00:08:03,708 Cintaku melangkaui jarak dan masa 54 00:08:03,791 --> 00:08:08,458 Aku mencintaimu seluruh jiwa dan ragaku 55 00:08:08,541 --> 00:08:12,750 Cintaku bak lautan yang tak bertepi 56 00:08:12,833 --> 00:08:17,208 Cintaku seterang rembulan 57 00:08:17,291 --> 00:08:18,916 Aku cinta padamu 58 00:08:36,166 --> 00:08:37,000 Panjat. 59 00:09:06,291 --> 00:09:08,625 BUAH-BUAHAN TERPILIH DARI VALENCIA 60 00:09:13,250 --> 00:09:14,333 Nampak kedai itu? 61 00:09:14,875 --> 00:09:17,416 Pergi beli pistol perekat panas. 62 00:09:18,000 --> 00:09:19,750 Jangan cakap dengan sesiapa. 63 00:09:20,333 --> 00:09:21,208 Cepat. 64 00:09:28,583 --> 00:09:31,791 Kami dah berjalan sejauh 400 meter dan akan teruskan. 65 00:09:31,875 --> 00:09:33,125 Laluannya sehala. 66 00:09:36,666 --> 00:09:38,083 - Teruskan. - Inspektor. 67 00:09:38,166 --> 00:09:39,750 Kami jumpa sesuatu. 68 00:09:39,833 --> 00:09:42,958 Forensik dah analisis beberapa lubang mencurigakan 69 00:09:43,041 --> 00:09:44,583 di dalam rumah Polignac. 70 00:09:44,666 --> 00:09:48,375 Salah satunya di batang pokok palma, tapi ia dah ditutup. 71 00:09:48,458 --> 00:09:50,666 Semua berdiameter sembilan milimeter. 72 00:09:50,750 --> 00:09:52,083 Maksudnya? 73 00:09:53,083 --> 00:09:54,500 Menurut laporan, 74 00:09:54,583 --> 00:09:57,750 mungkin lubang itu untuk letak kamera pengawasan. 75 00:09:57,833 --> 00:10:01,583 Kalau perompak pasang kamera di dalam rumah Polignac, 76 00:10:01,666 --> 00:10:04,708 maksudnya Polignac bukan lagi suspek. 77 00:10:05,625 --> 00:10:06,625 Terima kasih. 78 00:10:07,541 --> 00:10:10,333 Saya dah tanya ejen-ejen forensik di Sepanyol. 79 00:10:10,416 --> 00:10:13,416 Ada satu saja kamera bersaiz sembilan milimeter 80 00:10:13,500 --> 00:10:16,750 yang boleh merakam imej dan bunyi secara wayarles. 81 00:10:16,833 --> 00:10:19,333 Frekuensi gelombangnya sejauh 100 meter. 82 00:10:19,416 --> 00:10:22,666 Maksud, pengintip itu tinggal di bangunan yang sama. 83 00:10:22,750 --> 00:10:26,125 Lebih tepat lagi, bangunan di seberang jalan. 84 00:10:26,208 --> 00:10:27,583 Hotel Gioconda. 85 00:10:27,666 --> 00:10:32,125 Tempat paling ideal untuk mengintip kerana boleh keluar masuk sesuka hati. 86 00:10:32,708 --> 00:10:34,625 Ada CCTV di hotel itu. 87 00:10:34,708 --> 00:10:36,250 Kita jumpa di sana. 88 00:10:42,500 --> 00:10:44,583 Pasukan 3 dan 5, panjat. 89 00:11:21,250 --> 00:11:24,750 Sendal kaki kau di sini dan paut palang itu. 90 00:11:27,625 --> 00:11:30,458 - Kita nak buat apa? - Sandwic kanvas. 91 00:11:30,541 --> 00:11:31,416 Apa? 92 00:11:31,500 --> 00:11:33,916 - Otot perut kau kuat? - Tak. 93 00:11:49,875 --> 00:11:52,250 Relaks dan tarik nafas perlahan-lahan. 94 00:11:53,500 --> 00:11:55,291 Perjalanan kita masih jauh. 95 00:12:08,083 --> 00:12:09,458 Simón perompak itu. 96 00:12:09,541 --> 00:12:10,708 Apa awak jumpa? 97 00:12:10,791 --> 00:12:13,041 Ada teleskop menghala ke rumah saya. 98 00:12:19,916 --> 00:12:22,000 Ada miniatur pusat lelongan itu. 99 00:12:22,083 --> 00:12:25,708 Ada gambar barang-barang kemas itu dan sepucuk pistol. 100 00:12:25,791 --> 00:12:26,875 Oh, Tuhan. 101 00:12:27,833 --> 00:12:28,916 Apa awak nak buat? 102 00:12:29,000 --> 00:12:30,083 Apa saya nak buat? 103 00:12:31,416 --> 00:12:32,750 Telefon polis. 104 00:12:39,708 --> 00:12:41,083 Balai polis. 105 00:12:41,166 --> 00:12:44,166 Selamat pagi. Nama saya Camille Polignac. 106 00:12:44,250 --> 00:12:49,125 Saya nak bercakap dengan Inspektor Lavelle tentang rompakan pusat lelongan itu. 107 00:12:49,625 --> 00:12:50,750 Sila tunggu. 108 00:12:55,041 --> 00:12:57,458 Saya tak pernah syak Simón, Susi. 109 00:13:01,208 --> 00:13:04,791 Kami nak pulangkan dokumen dan peranti milik suami puan. 110 00:13:08,041 --> 00:13:09,208 Buka peti besi itu. 111 00:13:09,291 --> 00:13:10,791 Saya tak tahu kodnya. 112 00:13:10,875 --> 00:13:12,916 Saya tak kenal suami saya sendiri. 113 00:13:13,000 --> 00:13:14,625 Kodnya pun saya tak tahu. 114 00:13:16,333 --> 00:13:19,291 Saya asyik ulang ayat sama beberapa hari ini. 115 00:13:19,375 --> 00:13:21,708 DOKUMEN SULIT 116 00:13:33,041 --> 00:13:34,875 JANGAN LUPAKANKU 117 00:13:34,958 --> 00:13:38,666 - Di mana dia simpan semua ini? - Peti besi di pejabat dia. 118 00:13:39,291 --> 00:13:41,833 Polis pecahkan sebab saya tak tahu kodnya. 119 00:13:45,666 --> 00:13:49,708 KUDENGAR "YOU KNOW I'M NO GOOD" PADA PETANG TERAKHIR KITA BERSAMA. 120 00:13:49,791 --> 00:13:50,875 SOPHIE 121 00:13:59,833 --> 00:14:00,833 Puan Polignac? 122 00:14:01,708 --> 00:14:02,958 Ya, cakaplah. 123 00:14:03,041 --> 00:14:04,750 Saya Inspektor Laurent. 124 00:14:04,833 --> 00:14:06,625 Inspektor Lavelle ada operasi. 125 00:14:06,708 --> 00:14:08,875 Kami cuba hubungi dia. Sila tunggu. 126 00:14:09,666 --> 00:14:10,500 Baiklah. 127 00:14:42,958 --> 00:14:45,166 François ada anak dengan perempuan lain. 128 00:14:47,083 --> 00:14:49,583 Lapan tahun saya minta dia anak. 129 00:14:52,291 --> 00:14:53,875 Tergamaknya dia. 130 00:14:58,708 --> 00:15:00,125 Siapa perempuan itu? 131 00:15:00,208 --> 00:15:02,083 Mungkin ibu perempuan itu. 132 00:15:02,166 --> 00:15:03,625 Ibu mentua dia. 133 00:15:04,583 --> 00:15:06,291 Budak itu seiras François. 134 00:15:07,708 --> 00:15:10,458 Celaka punya François. 135 00:15:11,583 --> 00:15:13,000 Saya Inspektor Lavelle. 136 00:15:20,791 --> 00:15:23,250 - Terputus. Telefon semula. - Baik, puan. 137 00:15:24,375 --> 00:15:25,375 Terima kasih. 138 00:15:26,375 --> 00:15:29,875 Dia curi kad bilik kau. Kau rasa apa dia buat sekarang? 139 00:15:29,958 --> 00:15:32,583 Lantaklah! Ini kunci pendua. Kita kena cepat. 140 00:15:33,166 --> 00:15:36,541 Mungkin dia sedang telefon polis untuk bebaskan Polignac. 141 00:15:41,208 --> 00:15:44,166 Mungkin, tapi aku yakin dia masih teragak-agak. 142 00:15:44,250 --> 00:15:46,291 Maksudnya, kita masih ada masa. 143 00:15:47,125 --> 00:15:48,333 Sepuluh minit. 144 00:15:49,416 --> 00:15:50,500 Maksimum 15 minit. 145 00:15:53,416 --> 00:15:54,666 Entahlah. 146 00:15:54,750 --> 00:15:56,625 Kita tak patut ada di sini. 147 00:15:56,708 --> 00:15:58,666 Kita patut tinggalkan Paris. 148 00:16:01,708 --> 00:16:04,166 Apa gunanya lari kalau tinggalkan bukti? 149 00:16:04,250 --> 00:16:06,958 Kalau nak lari, kita mesti hapuskan semua bukti 150 00:16:07,041 --> 00:16:08,708 yang boleh mengaitkan kita. 151 00:16:38,375 --> 00:16:39,541 {\an8}AMMONIUM KLORIDA 152 00:16:50,791 --> 00:16:54,541 Dua suspek berjaya dikesan. Seorang lelaki dan seorang wanita. 153 00:16:54,625 --> 00:16:57,875 Orang Sepanyol, 30 tahun. Mereka larikan kereta polis dari hospital. 154 00:16:57,958 --> 00:17:00,125 Mereka culik dua anggota. 155 00:17:00,208 --> 00:17:01,666 - Ada gambar? - Negatif. 156 00:17:01,750 --> 00:17:04,916 Tutup semua jalan dalam radius 30 kilometer 157 00:17:05,000 --> 00:17:07,208 dan kerah unit peronda udara. 158 00:17:07,708 --> 00:17:11,250 Perhatian, semua unit. Jejak kereta peronda 224-R. 159 00:17:11,333 --> 00:17:13,083 Dua anggota diculik. 160 00:17:13,166 --> 00:17:17,083 Kali terakhir dilihat di A77, menghala ke Saint-Éloi. 161 00:17:17,166 --> 00:17:19,458 Semua polis Perancis cari kita. 162 00:17:19,541 --> 00:17:20,833 Kita tukar kereta. 163 00:17:29,041 --> 00:17:30,375 MARINA 164 00:17:30,458 --> 00:17:32,250 Belok sana! Kita curi bot. 165 00:17:32,333 --> 00:17:33,291 Pegang pistol. 166 00:17:41,166 --> 00:17:44,500 MARINA - TUTUP 167 00:18:09,125 --> 00:18:11,041 Masuk! Cepat! 168 00:18:16,041 --> 00:18:18,291 Relaks, saya tahulah. 169 00:18:18,375 --> 00:18:22,666 Lapan miligram propofol dan lapan miligram diazepam seorang. 170 00:18:22,750 --> 00:18:26,166 Dos yang sama untuk pembedahan jantung terbuka. 171 00:18:30,333 --> 00:18:33,375 Kamu akan tidur lena selama sepuluh jam. 172 00:18:33,458 --> 00:18:34,583 Macam bayi. 173 00:18:40,291 --> 00:18:41,291 Terima kasih. 174 00:18:41,375 --> 00:18:44,083 Sebab awaklah saya masih hidup. 175 00:18:47,666 --> 00:18:52,833 Saya harap awak tidur lena dan tak kena gangguan tekanan pascatrauma. 176 00:18:52,916 --> 00:18:53,791 Selamat tinggal. 177 00:18:54,583 --> 00:18:57,291 - Aku curi bot laju. - Aku hapuskan kereta itu. 178 00:18:57,375 --> 00:18:58,583 Nah! 179 00:19:44,500 --> 00:19:46,333 Aku harap bot ini ada insurans. 180 00:19:47,833 --> 00:19:49,083 Moga-moga. 181 00:20:04,541 --> 00:20:05,791 Lori dah jalan. 182 00:20:19,833 --> 00:20:20,958 Matikan enjin. 183 00:20:21,791 --> 00:20:22,666 Apa jadi? 184 00:20:24,083 --> 00:20:26,375 Turun dan buka pintu belakang. 185 00:20:35,333 --> 00:20:37,375 Saya tak bawa muatan, tuan. 186 00:20:40,625 --> 00:20:43,708 Pintu akan dibuka. Letak kepala kau di atas palang. 187 00:20:46,083 --> 00:20:48,041 Tunggu arahan aku dan lengkungkan badan. 188 00:20:50,791 --> 00:20:51,625 Sekarang. 189 00:20:57,708 --> 00:20:58,625 Tiada apa-apa. 190 00:21:16,833 --> 00:21:18,000 Tutup. 191 00:21:18,083 --> 00:21:19,500 Okey, terima kasih. 192 00:21:36,583 --> 00:21:40,125 Sekarang, sebaliknya. Pegang palang dan tolak badan ke bawah. 193 00:21:42,416 --> 00:21:43,333 Sekarang. 194 00:21:53,208 --> 00:21:54,333 Aku tak tahan! 195 00:21:54,416 --> 00:21:56,750 Sikit lagi, Cameron. 196 00:22:03,125 --> 00:22:04,250 Semua okey! 197 00:22:11,083 --> 00:22:12,291 Awak boleh pergi. 198 00:22:19,541 --> 00:22:21,000 Enjin dah hidup. 199 00:22:38,416 --> 00:22:39,458 Beres! Jom. 200 00:22:39,541 --> 00:22:41,583 Tunggu! Polis baru sampai. 201 00:22:49,166 --> 00:22:50,166 Saya baru sampai. 202 00:22:52,166 --> 00:22:53,833 Ada dua kereta saja. 203 00:22:53,916 --> 00:22:56,083 - Camille dah telefon polis. - Belum. 204 00:22:56,166 --> 00:22:57,375 Ini berita baik. 205 00:22:57,458 --> 00:23:00,875 Kalau dia beritahu polis, sepuluh kereta yang sampai. 206 00:23:00,958 --> 00:23:04,708 Mereka cari petunjuk. Berita buruknya, mereka akan periksa CCTV. 207 00:23:04,791 --> 00:23:06,958 Kita tak boleh keluar sekarang. 208 00:23:14,125 --> 00:23:16,625 - Berlin? - Godam CCTV hotel. 209 00:23:16,708 --> 00:23:18,583 Aku dah padam semuanya. 210 00:23:18,666 --> 00:23:19,583 Polis datang. 211 00:23:19,666 --> 00:23:23,458 Padam CCTV di koridor dan rakaman dalam pemacu keras. 212 00:23:23,541 --> 00:23:25,000 Termasuk di dewan hotel. 213 00:23:25,083 --> 00:23:28,166 Tak boleh! Kami di atas bot sekarang. 214 00:23:28,250 --> 00:23:31,000 Kami ada empat minit saja sebelum polis naik. 215 00:23:38,958 --> 00:23:42,000 - Kenapa? - Aku perlukan isyarat yang lebih kuat! 216 00:23:42,625 --> 00:23:44,708 Inspektor Lavelle, unit jenayah. 217 00:23:44,791 --> 00:23:49,333 Kami cari dua tetamu yang menginap di sini sepanjang dua minggu lepas. 218 00:23:49,416 --> 00:23:51,958 Kami cuma tahu mereka orang Sepanyol. 219 00:23:52,041 --> 00:23:56,208 Mungkin mereka menginap di sini, tapi saya tak pasti. 220 00:23:56,958 --> 00:23:57,791 Sebentar. 221 00:23:59,875 --> 00:24:02,458 Saya rasa gadis ini tinggal di Bilik 313. 222 00:24:04,166 --> 00:24:05,500 Biar saya semak. 223 00:24:11,833 --> 00:24:13,041 Isyarat lemah. 224 00:24:13,125 --> 00:24:15,916 Laju lagi! Aku perlu sambung ke pengulang lain. 225 00:24:16,000 --> 00:24:17,166 Okey. 226 00:24:23,750 --> 00:24:25,250 Peliknya. 227 00:24:25,333 --> 00:24:27,375 Rekod mereka dah dipadam. 228 00:24:27,458 --> 00:24:30,166 Masalahnya, rekod mereka saja yang tiada. 229 00:24:30,250 --> 00:24:34,041 Ada beberapa orang Sepanyol menginap di sini selama 17 hari. 230 00:24:34,125 --> 00:24:38,666 Lima orang daftar keluar lebih awal, tapi seorang datang balik hari ini. 231 00:24:38,750 --> 00:24:41,125 Dia dan kawannya ada di bilik. 232 00:24:41,208 --> 00:24:42,625 Dia nampak mencurigakan. 233 00:24:42,708 --> 00:24:45,166 Dia tak benarkan kami kemas bilik dia. 234 00:24:45,250 --> 00:24:47,708 Dia ada di atas. Bilik 503. 235 00:24:48,958 --> 00:24:50,416 Panggil bantuan. 236 00:24:50,500 --> 00:24:53,416 - Fred, kepung hotel ini. - Baik, puan. 237 00:24:53,500 --> 00:24:56,208 Ada bilik monitor untuk tengok rakaman CCTV? 238 00:24:56,291 --> 00:24:57,541 Ada. 239 00:24:59,000 --> 00:25:00,166 Saya periksa CCTV. 240 00:25:01,041 --> 00:25:02,291 Ikut saya. 241 00:25:03,333 --> 00:25:04,458 Bawa kad induk. 242 00:25:05,708 --> 00:25:07,333 Lambat lagikah, Keila? 243 00:25:07,416 --> 00:25:09,083 Lambat! Tiada isyarat. 244 00:25:09,166 --> 00:25:10,916 Kita mesti keluar dari ngarai ini. 245 00:25:11,000 --> 00:25:12,958 - Laju lagi! - Dah habis laju! 246 00:25:16,250 --> 00:25:17,791 Ikut tangga! Cepat! 247 00:25:17,875 --> 00:25:20,958 Beri laluan. Maaf, ada kecemasan. 248 00:25:21,625 --> 00:25:24,791 - Lambat lagikah? - Kami dah nak keluar dari ngarai. 249 00:25:24,875 --> 00:25:25,750 Bruce, cepat! 250 00:25:32,666 --> 00:25:34,708 Semua ini CCTV? 251 00:25:44,333 --> 00:25:46,375 Kita dah keluar! Cari isyarat. 252 00:25:46,458 --> 00:25:47,791 Okey, ada isyarat! 253 00:25:47,875 --> 00:25:49,250 Ayuh, Andrés. 254 00:25:49,333 --> 00:25:50,958 Aku dah masuk pelayan CCTV. 255 00:25:51,041 --> 00:25:55,375 Aku kena pilih sebelum padam. Kalau tidak, polis akan syak. 256 00:25:55,458 --> 00:25:58,625 Padam semuanya! Padam CCTV di koridor sekarang. 257 00:25:58,708 --> 00:25:59,791 MEMADAM PELAYAN 258 00:25:59,875 --> 00:26:01,583 Sekarang, kamera pula. 259 00:26:04,708 --> 00:26:07,916 Aku tak tahu yang mana satu! Tiada label. 260 00:26:08,000 --> 00:26:08,875 Padam semua. 261 00:26:10,791 --> 00:26:11,875 Ada kecemasan. 262 00:26:15,625 --> 00:26:17,750 TIADA ISYARAT 263 00:26:19,625 --> 00:26:21,875 Ada orang padam CCTV dalam masa nyata. 264 00:26:24,208 --> 00:26:25,166 Beri saya kad. 265 00:26:28,583 --> 00:26:29,791 Cepat sikit. 266 00:26:30,416 --> 00:26:31,625 KAMERA TERAKHIR PADAM 267 00:26:31,708 --> 00:26:32,916 Semuanya dah padam! 268 00:26:33,875 --> 00:26:34,875 Jom. 269 00:26:39,291 --> 00:26:40,625 Kami dah nak sampai. 270 00:27:05,791 --> 00:27:06,875 Polis! Buka pintu! 271 00:27:25,125 --> 00:27:27,083 Celaka! Mereka dah lari. 272 00:28:04,291 --> 00:28:06,208 Mereka masih ada di dalam hotel. 273 00:28:06,750 --> 00:28:09,458 Tutup semua jalan keluar masuk hotel. 274 00:28:34,416 --> 00:28:36,000 Tiada jejak mereka. 275 00:28:42,083 --> 00:28:42,916 Tak guna. 276 00:28:51,708 --> 00:28:54,125 Saya diam sebab saya hormat awak, 277 00:28:54,791 --> 00:28:57,166 tapi kita berhak pilih jalan hidup kita. 278 00:28:57,250 --> 00:29:00,458 Mungkin Polignac bukan perompak macam Simón, 279 00:29:00,541 --> 00:29:02,125 tapi dia tipu awak. 280 00:29:02,208 --> 00:29:05,500 Awak bandingkan Polignac dengan perompak bedebah itu? 281 00:29:05,583 --> 00:29:06,791 Bukan macam itu, 282 00:29:08,333 --> 00:29:11,291 tapi Polignac buat awak percaya yang kononnya cinta kamu moden. 283 00:29:11,375 --> 00:29:12,833 Awak boleh keluar malam. 284 00:29:12,916 --> 00:29:15,958 Dia beri awak kebebasan untuk buat apa-apa saja, 285 00:29:16,041 --> 00:29:17,333 tapi awak terpenjara. 286 00:29:18,958 --> 00:29:21,750 Awak sendirian, sedangkan dia… 287 00:29:22,875 --> 00:29:27,916 Dia pergi Sungai Nil dengan perempuan itu, ibu perempuan itu dan anak dia. 288 00:29:28,000 --> 00:29:31,916 Awak nak penjarakan seorang penipu untuk bebaskan penipu lain? 289 00:29:37,166 --> 00:29:38,791 Saya rasa sangat bodoh 290 00:29:40,291 --> 00:29:41,250 dan bersalah. 291 00:29:41,916 --> 00:29:43,333 Jangan rasa bersalah. 292 00:29:43,416 --> 00:29:44,541 Pandang saya. 293 00:29:44,625 --> 00:29:47,500 - Awakkah yang curi barang kemas itu? - Tak. 294 00:29:47,583 --> 00:29:52,041 Awak ada anak yang awak rahsiakan daripada pengetahuan Polignac? 295 00:29:52,125 --> 00:29:55,000 - Tak, tapi saya curang. - Itu lain! 296 00:29:55,083 --> 00:29:58,291 Dengar sini. Ada dua orang yang rugi dalam cerita ini. 297 00:29:58,375 --> 00:30:01,958 Awaklah orang yang paling rugi. 298 00:30:02,791 --> 00:30:06,958 Kedua, Polignac. Yang untungnya, Simón. 299 00:30:07,041 --> 00:30:11,958 Kita mesti tebus kerugian awak dan suruh mereka bayar ganti rugi. 300 00:30:12,041 --> 00:30:13,750 Macam mana caranya? 301 00:30:15,083 --> 00:30:18,333 Rampas benda yang dia paling sayang, iaitu duit dia. 302 00:30:19,750 --> 00:30:21,625 Tak! Awak dah gila. 303 00:30:21,708 --> 00:30:23,125 Camille, fikirlah. 304 00:30:23,208 --> 00:30:24,166 Awak dah gila. 305 00:30:24,250 --> 00:30:27,041 Awak nak saya ugut penjenayah macam dia? 306 00:30:27,125 --> 00:30:28,458 Dia berbahaya. 307 00:30:28,541 --> 00:30:31,458 - Mungkin dia buat jenayah terancang. - Lantaklah! 308 00:30:31,541 --> 00:30:34,791 Awak tahu identiti perompak yang semua orang cari! 309 00:30:34,875 --> 00:30:39,375 Telefon polis dan sumbat dia ke penjara, tapi apa yang kita dapat? 310 00:30:40,041 --> 00:30:41,000 Tiada apa-apa. 311 00:30:41,083 --> 00:30:43,750 Camille, beritahu saya. Kalau awak jadi Simón, 312 00:30:43,833 --> 00:30:46,833 bukankah berbaloi awak bayar saya untuk tutup mulut? 313 00:30:48,875 --> 00:30:50,041 Berapa? 314 00:30:50,625 --> 00:30:53,291 Kalau 20 peratus, macam tak cukup. 315 00:30:54,000 --> 00:30:58,041 Kalau 60 peratus, macam melampau pula. Kita minta 40 peratus saja. 316 00:30:58,125 --> 00:30:59,458 Saya pening, Susi. 317 00:31:05,666 --> 00:31:09,541 Kalaupun saya setuju dengan idea ini, di mana kita nak cari Simón? 318 00:31:10,666 --> 00:31:12,166 Itulah masalahnya. 319 00:31:37,041 --> 00:31:39,000 Okey, jumpa pukul 11.00 nanti. 320 00:31:42,625 --> 00:31:45,666 Hai! Kami pengacara rancangan Bulan Jatuh ke Riba. 321 00:31:45,750 --> 00:31:48,666 Kamu ada sepuluh saat untuk buat pilihan. 322 00:31:48,750 --> 00:31:51,833 Lima belas ribu euro untuk kedua-dua motosikal itu. 323 00:31:51,916 --> 00:31:53,083 Setuju atau tidak? 324 00:31:53,166 --> 00:31:56,041 Masa kamu bermula sekarang. 325 00:32:03,458 --> 00:32:04,958 Itulah cara kami lepaskan diri. 326 00:32:05,041 --> 00:32:08,333 Ramai yang sangka kita patut lari secepat mungkin, 327 00:32:08,416 --> 00:32:11,541 malangnya ramai yang tersungkur di dalam penjara. 328 00:32:11,625 --> 00:32:16,375 Kita patut buat helah silap mata macam Harry Houdini, David Copperfield… 329 00:32:16,458 --> 00:32:20,791 Mereka hilangkan diri di depan mata kita dan buat kita tertanya-tanya, 330 00:32:20,875 --> 00:32:22,125 "Macam mana caranya?" 331 00:32:23,625 --> 00:32:27,916 Roi dan Cameron pula terlepas dengan menyorok di dalam bebola kanvas. 332 00:32:28,000 --> 00:32:32,416 Walau segiat mana pun misi pemburuan, mereka takkan ditemui. 333 00:32:33,000 --> 00:32:37,291 Mereka mengembara sejauh 645 kilometer dengan beralaskan kanvas… 334 00:32:41,458 --> 00:32:43,000 dan berbumbungkan bintang. 335 00:32:49,416 --> 00:32:52,166 Kita dah masuk sempadan Sepanyol. Itu Pyrenees. 336 00:32:52,250 --> 00:32:53,625 - Di mana? - Sana. 337 00:33:05,166 --> 00:33:07,166 Kenapa kau pakai sarung tangan? 338 00:33:08,666 --> 00:33:10,791 Aku pakainya sejak berumur 13 tahun. 339 00:33:10,875 --> 00:33:12,916 Ibu meninggal semasa lahirkan aku. 340 00:33:13,000 --> 00:33:15,083 Ayah aku tak boleh terima. 341 00:33:15,583 --> 00:33:17,833 Dia terpaksa jaga dan besarkan aku… 342 00:33:19,833 --> 00:33:21,750 anak yang bunuh isteri dia. 343 00:33:24,208 --> 00:33:26,583 Kami berdendam dengan takdir. 344 00:33:28,125 --> 00:33:31,083 Aku marah sebab ibu dah tiada dan ayah benci aku. 345 00:33:31,166 --> 00:33:33,875 Ayah marah sebab isteri dia mati dan benci aku. 346 00:33:36,791 --> 00:33:38,500 Aku betul-betul marah. 347 00:33:39,125 --> 00:33:41,333 Aku tak suka pergi sekolah, 348 00:33:42,500 --> 00:33:44,958 jadi aku akan lari menjelang tengah hari. 349 00:33:50,083 --> 00:33:51,416 Kau pergi mana? 350 00:33:52,000 --> 00:33:53,000 Rumah kosong. 351 00:33:54,750 --> 00:33:56,916 Rumah kosong yang paling mewah. 352 00:33:59,333 --> 00:34:01,500 Semua benda boleh jadi gaduh. 353 00:34:02,000 --> 00:34:04,708 Bola, basikal, awek… 354 00:34:08,500 --> 00:34:10,166 Apabila aku balik rumah, 355 00:34:10,875 --> 00:34:12,375 cikgu dah telefon ayah. 356 00:34:13,916 --> 00:34:15,500 Ayah suruh aku duduk. 357 00:34:17,333 --> 00:34:19,041 Kemudian, dia cakap… 358 00:34:19,125 --> 00:34:21,666 Biar aku ajar kau cara duduk diam di kelas. 359 00:34:22,916 --> 00:34:24,541 "Namanya kawalan kendiri." 360 00:34:24,625 --> 00:34:28,208 Namanya kawalan kendiri. Kau mesti belajar untuk kawal diri. 361 00:34:28,291 --> 00:34:30,416 Jangan buat sesuka hati kau saja. 362 00:34:30,500 --> 00:34:31,541 Letak tangan kau. 363 00:34:32,791 --> 00:34:34,375 Melawan, ya? 364 00:34:37,000 --> 00:34:39,000 Kemudian, dia cucuh buku jari aku. 365 00:34:41,500 --> 00:34:42,708 Guna rokok dia. 366 00:34:48,291 --> 00:34:50,708 Dia cucuh rokok itu lama-lama. 367 00:34:50,791 --> 00:34:52,708 Dah tahu cara nak duduk diam? 368 00:34:54,458 --> 00:34:55,958 Aku lari dari rumah. 369 00:34:56,041 --> 00:34:58,416 Aku jadi pencuri seawal usia 13 tahun. 370 00:34:59,875 --> 00:35:02,458 Aku tak tahu apa-apa pasal seni mencuri. 371 00:35:03,541 --> 00:35:06,166 Baru 17 tahun, tapi tiga kali naik mahkamah. 372 00:35:06,250 --> 00:35:08,416 Aku keluar masuk penjara juvenil. 373 00:35:08,500 --> 00:35:10,458 Kemudian, aku jumpa Berlin. 374 00:35:11,625 --> 00:35:12,750 Kasihan kau. 375 00:35:17,041 --> 00:35:18,291 Kenapa? 376 00:35:18,875 --> 00:35:22,208 Aku cerita pasal aku, tapi tak pernah tanya pasal kau. 377 00:35:30,791 --> 00:35:33,250 Sebab itu juga kau buat tatu kambing ini? 378 00:35:33,333 --> 00:35:34,833 Ini idea Berlin. 379 00:35:35,333 --> 00:35:36,416 Oh, yakah? 380 00:35:38,125 --> 00:35:42,125 Dia cakap, "Ada syaitan dalam diri aku dan kau. 381 00:35:44,416 --> 00:35:46,500 Kalau syaitan itu seru nama kau… 382 00:35:48,916 --> 00:35:52,083 dan kau rasa nak pecahkan kepala orang… 383 00:35:56,250 --> 00:36:00,166 tengok tatu ini dan tumbuk syaitan itu sampai mati." 384 00:36:00,250 --> 00:36:02,500 Ingat lelaki semasa lumba haram itu? 385 00:36:03,791 --> 00:36:05,875 Aku dah kalahkan kau! 386 00:36:05,958 --> 00:36:09,750 Dulu, aku akan ambil perengkuh dan pecahkan kepala dia. 387 00:36:11,125 --> 00:36:14,833 Disebabkan Berlin, aku berjaya kawal baran aku. 388 00:36:22,250 --> 00:36:23,833 Trak nak berhenti. Tutup. 389 00:36:48,125 --> 00:36:49,208 Cepat. 390 00:37:05,708 --> 00:37:09,458 Bruce dan Keila menaiki bot laju sejauh 200 kilometer 391 00:37:09,541 --> 00:37:11,916 dan tinggalkannya berdekatan Angoulême. 392 00:37:14,416 --> 00:37:17,500 Mereka berjalan kaki sejauh 190 kilometer 393 00:37:17,583 --> 00:37:20,291 sehingga tiba di Sungai Dordogne. 394 00:37:20,375 --> 00:37:23,375 Setiap perubahan laluan mengurangkan risiko untuk dijejak. 395 00:37:23,458 --> 00:37:26,166 Semakin sukar untuk polis jejak mereka. 396 00:37:27,250 --> 00:37:31,583 Keila ada idea untuk belayar ke muara Bordeaux dengan selamat. 397 00:37:34,666 --> 00:37:35,500 Bonne nuit. 398 00:37:36,416 --> 00:37:39,083 Kamu ada apa-apa rancangan esok? 399 00:37:57,916 --> 00:38:01,333 Muara itu cuma beberapa kilometer dari laut Sepanyol. 400 00:38:01,416 --> 00:38:04,375 Percubaan meloloskan diri yang mendebarkan 401 00:38:04,458 --> 00:38:06,333 menjadi pelayaran pesiaran. 402 00:38:06,833 --> 00:38:10,333 Apa yang lebih romantik daripada belayar di sungai Perancis? 403 00:38:20,791 --> 00:38:22,291 Aku nak beritahu sesuatu. 404 00:38:24,333 --> 00:38:25,708 Apa dia? 405 00:38:33,375 --> 00:38:34,791 Aku tak tahu nak cakap… 406 00:38:36,708 --> 00:38:39,666 tapi terima kasih sebab selamatkan aku. 407 00:38:40,541 --> 00:38:41,916 Itu saja aku nak cakap. 408 00:38:42,000 --> 00:38:45,625 Terima kasih sebab hantar aku ke hospital dan sebagainya. 409 00:38:47,583 --> 00:38:48,750 Sama-sama. 410 00:38:53,541 --> 00:38:55,750 Aku pun nak beritahu kau sesuatu. 411 00:38:58,250 --> 00:39:02,000 Semasa aku berlari sambil gendong kau 412 00:39:02,083 --> 00:39:04,833 dan kau nyaris terjatuh sebab terlalu lemah… 413 00:39:06,083 --> 00:39:10,000 Semasa kau pegang tangan aku di dalam kereta polis itu, 414 00:39:10,083 --> 00:39:11,750 aku tak dapat rasa nadi kau. 415 00:39:12,708 --> 00:39:14,333 Aku ingat kau akan mati. 416 00:39:17,041 --> 00:39:20,500 Ketika itulah aku sedar yang aku takut kehilangan kau. 417 00:39:21,583 --> 00:39:23,541 Kalau aku berjaya selamatkan kau, 418 00:39:24,541 --> 00:39:27,625 aku tak nak kita jadi kawan biasa 419 00:39:28,666 --> 00:39:31,041 yang berhubung melalui telefon saja. 420 00:39:33,708 --> 00:39:37,000 Aku boleh tunggu kau sampai bila-bila, 421 00:39:38,500 --> 00:39:41,250 tapi aku tahu kau tak pandang lelaki macam aku. 422 00:39:43,833 --> 00:39:46,041 Aku tak tahu nasib kita esok, 423 00:39:47,375 --> 00:39:48,833 jadi aku nak kau tahu. 424 00:39:51,750 --> 00:39:53,833 Aku dah jatuh cinta pada kau. 425 00:39:55,541 --> 00:39:56,916 Jatuh terduduk. 426 00:41:28,916 --> 00:41:30,041 Kita berpecah di sini. 427 00:41:32,375 --> 00:41:34,416 Kita dah ambil tin masing-masing. 428 00:41:36,250 --> 00:41:38,333 Kau tahu cara nak hubungi orang Turki itu? 429 00:41:39,750 --> 00:41:41,250 Ya, nama dia Burak. 430 00:41:42,875 --> 00:41:44,916 Samalah. Nama dia Ercan. 431 00:41:50,416 --> 00:41:52,500 Kalau ada jodoh, kita jumpa tiga hari lagi. 432 00:42:00,666 --> 00:42:02,166 Jaga diri. 433 00:42:04,208 --> 00:42:05,208 Kau pun. 434 00:42:52,625 --> 00:42:54,500 Aku harap kita tak perlu berpisah lagi. 435 00:43:00,041 --> 00:43:02,291 Tolonglah. Janji dengan aku. 436 00:43:02,875 --> 00:43:05,000 Aku tak sanggup tipu diri aku lagi. 437 00:43:05,750 --> 00:43:06,833 Aku janji. 438 00:43:21,291 --> 00:43:23,416 Sementara itu, di pinggir Paris, 439 00:43:23,500 --> 00:43:27,458 ada sekatan jalan raya keempat, 60 kilometer dari pusat bandar. 440 00:43:27,541 --> 00:43:30,750 Risiko untuk tertangkap semakin tinggi. 441 00:43:33,375 --> 00:43:38,291 Oleh itu, kami pilih untuk kayuh basikal, melalui denai dan merentasi gunung-ganang. 442 00:43:38,375 --> 00:43:41,541 Orang akan fikir, "Hebatnya mereka." 443 00:43:42,625 --> 00:43:46,708 Kami ambil masa empat hari untuk merentasi banjaran Perancis. 444 00:43:50,041 --> 00:43:52,250 Segala onak dan duri kami tempuhi. 445 00:43:53,458 --> 00:43:55,708 Kayuhan yang tiada penghujungnya. 446 00:44:24,583 --> 00:44:26,833 Kami yang terakhir sampai. 447 00:44:36,416 --> 00:44:38,958 Kami bersembunyi di sebuah rumah agam 448 00:44:39,041 --> 00:44:41,125 sehingga situasi reda. 449 00:44:42,250 --> 00:44:44,875 Sehingga tiada lagi berita tentang kami. 450 00:44:44,958 --> 00:44:48,750 Sehingga kami tahu polis tiada apa-apa petunjuk. 451 00:45:07,416 --> 00:45:10,625 Satu-satunya petunjuk kini milik seseorang. 452 00:45:15,458 --> 00:45:18,083 {\an8}KAFE BUENOS AIRES 453 00:45:18,166 --> 00:45:20,833 {\an8}Saya nak bercuti ke selatan Argentina. 454 00:45:21,333 --> 00:45:23,083 {\an8}Tak sabar nak pergi! 455 00:45:23,166 --> 00:45:24,833 Awak pasti suka. 456 00:45:24,916 --> 00:45:27,583 Selatan Argentina ialah syurga pencinta alam. 457 00:45:28,416 --> 00:45:29,375 Mengelamun lagi? 458 00:45:29,458 --> 00:45:31,541 Sepanjang malam kita duduk berdua, 459 00:45:31,625 --> 00:45:34,125 tapi fikiran awak asyik melayang. 460 00:45:36,833 --> 00:45:39,458 Sejujurnya, saya cuba lupakan seseorang. 461 00:45:40,375 --> 00:45:44,541 Apabila jumpa awak malam tadi, saya sangka saya boleh lupakan dia 462 00:45:44,625 --> 00:45:46,291 dan mulakan hidup baharu. 463 00:45:46,875 --> 00:45:50,083 Malangnya pagi ini, kekosongan itu masih menjengah. 464 00:45:54,291 --> 00:45:56,125 Cukuplah setakat ini saja. 465 00:45:57,041 --> 00:45:59,458 Baiklah, saya faham. 466 00:46:39,625 --> 00:46:41,541 Tujuh hari saya tunggu awak 467 00:46:42,625 --> 00:46:44,875 di kedai kopi yang awak ceritakan itu. 468 00:46:44,958 --> 00:46:48,166 Setiap kali ke Madrid, saya minum di kafe yang sama. 469 00:46:48,250 --> 00:46:50,125 Kafe Buenos Aires. 470 00:46:50,708 --> 00:46:53,000 Akhirnya, awak muncul semalam. 471 00:46:53,083 --> 00:46:57,416 Saya nak telefon polis dan biar awak rasa penderitaan saya, 472 00:46:58,000 --> 00:46:59,750 tapi perempuan itu ada. 473 00:47:00,458 --> 00:47:03,083 Jantung saya rasa bagai nak meletup. 474 00:47:04,500 --> 00:47:08,791 Saya sedar bukan dendam yang bawa saya ke sini… 475 00:47:11,291 --> 00:47:12,750 tapi awak, Simón. 476 00:47:14,916 --> 00:47:16,791 Saya nak jumpa awak. 477 00:47:34,625 --> 00:47:37,000 Saya tak boleh lupakan awak. 478 00:47:37,625 --> 00:47:39,708 Perempuan itu cuma sandaran 479 00:47:40,583 --> 00:47:42,666 untuk buat saya lupakan awak… 480 00:47:48,666 --> 00:47:49,750 tapi saya tak mampu. 481 00:47:52,000 --> 00:47:55,041 Patutkah saya percaya? Saya nampak segala-galanya. 482 00:47:55,125 --> 00:47:58,125 Teleskop, miniatur pusat lelongan itu… 483 00:47:58,625 --> 00:48:00,041 Pistol pun ada. 484 00:48:01,208 --> 00:48:02,791 Malah, saya akan percaya 485 00:48:03,416 --> 00:48:08,250 kalau awak beritahu saya yang awak bukan perompak itu. 486 00:48:09,458 --> 00:48:11,583 Saya tak nak tipu awak. 487 00:48:12,875 --> 00:48:14,791 Pertama, nama saya Andrés. 488 00:48:15,541 --> 00:48:16,791 Andrés de Fonollosa. 489 00:48:17,375 --> 00:48:19,666 - Bagus! - Saya dah banyak tipu awak. 490 00:48:19,750 --> 00:48:22,125 Saya nak awak tahu saya tiada pilihan. 491 00:48:29,500 --> 00:48:31,291 Tanpa disangka-sangka, 492 00:48:32,375 --> 00:48:34,958 saya jatuh cinta pada awak semasa intip suami awak. 493 00:48:36,000 --> 00:48:37,166 Saya tak berdaya. 494 00:48:38,291 --> 00:48:39,500 Bagus! 495 00:48:40,000 --> 00:48:42,708 Mereputlah kau di dalam penjara! Padan muka. 496 00:48:42,791 --> 00:48:45,750 Saya nampak awak bangun tengah malam, 497 00:48:46,708 --> 00:48:49,541 baca buku sambil menangis, menari 498 00:48:50,708 --> 00:48:53,041 dan melepak di bar dengan anjing awak. 499 00:48:57,291 --> 00:49:01,125 Saya nak jadi anjing itu dan ikut awak ke mana-mana saja, 500 00:49:02,625 --> 00:49:05,791 tapi saya di persimpangan dilema. 501 00:49:06,291 --> 00:49:09,083 Saya harap awak faham yang saya tiada pilihan. 502 00:49:10,208 --> 00:49:12,500 Saya tak boleh batalkan rompakan itu. 503 00:49:27,458 --> 00:49:29,125 Tak boleh. 504 00:49:29,833 --> 00:49:31,625 Saya nak pergi bilik air. 505 00:49:32,208 --> 00:49:33,083 Di sana. 506 00:50:00,000 --> 00:50:01,875 Apa nak jadi pun, jadilah. 507 00:50:06,833 --> 00:50:08,541 Mestilah boleh. 508 00:50:35,500 --> 00:50:36,625 Jom. 509 00:50:45,666 --> 00:50:46,500 Bonjour. 510 00:50:51,250 --> 00:50:54,500 Sub-inspektor. Apa kamu berdua buat di sini? 511 00:50:54,583 --> 00:50:56,833 Siapa tak suka Paris? 512 00:50:57,333 --> 00:50:59,833 Kami nak tahu perkembangan kes itu. 513 00:50:59,916 --> 00:51:00,750 Okey. 514 00:51:01,333 --> 00:51:04,000 Forensik dah buat analisis dan senaraikan 515 00:51:04,083 --> 00:51:07,500 semua DNA dari bilik hotel dan RV itu. 516 00:51:08,250 --> 00:51:12,833 Ada lebih 2,580 sampel ditemui. 517 00:51:14,083 --> 00:51:20,666 Kami jumpa terlalu banyak profil DNA di kedua-dua lokasi itu. 518 00:51:20,750 --> 00:51:25,291 Tiada satu pun profil DNA yang boleh dikaitkan dengan mereka. 519 00:51:26,208 --> 00:51:27,958 Ini saja yang kita ada. 520 00:51:30,500 --> 00:51:33,541 Lukisan komposit daripada beberapa orang saksi. 521 00:51:44,333 --> 00:51:46,541 Mungkin mereka terlepas kali ini, 522 00:51:47,875 --> 00:51:49,708 tapi mereka akan merompak lagi. 523 00:51:49,791 --> 00:51:53,041 Waktu itu, kita yang tunggu mereka. 524 00:51:56,541 --> 00:51:58,541 Kami ada hal penting nak beritahu. 525 00:51:58,625 --> 00:52:02,250 Duit tak boleh tebus penderitaan dan penghinaan yang saya tanggung. 526 00:52:02,333 --> 00:52:06,250 Sebab awaklah rumah tangga saya hancur. 527 00:52:06,333 --> 00:52:07,916 Biar saya terus terang. 528 00:52:08,000 --> 00:52:10,791 Kami nak 40 peratus daripada hasil rompakan itu. 529 00:52:10,875 --> 00:52:15,083 Saya ada maklumat tentang awak yang dicari-cari pihak polis. 530 00:52:15,166 --> 00:52:17,666 Apa maklumat yang awak ada? 531 00:52:24,750 --> 00:52:28,958 Saya tak perlu terangkan yang kami ada salinan pita ini. 532 00:52:49,125 --> 00:52:50,958 Ini tiga lagi salinan. 533 00:52:51,041 --> 00:52:55,666 Bilik awak, peti besi dan tempat simpan sarung tangan. 534 00:52:55,750 --> 00:52:57,208 Semuanya dah dipadam. 535 00:52:57,291 --> 00:53:01,958 Sebelum terlupa, ini petunjuk yang awak tinggalkan di bilik air saya. 536 00:53:02,041 --> 00:53:05,500 Pita pelekat dengan kesan wayar mikrofon. 537 00:53:06,166 --> 00:53:08,291 Saya pun nak beritahu sesuatu. 538 00:53:08,958 --> 00:53:12,583 Sebenarnya, awak patut berterima kasih kepada saya. 539 00:53:12,666 --> 00:53:16,541 Saya tak hancurkan rumah tangga awak dengan François. 540 00:53:16,625 --> 00:53:18,708 Semuanya dah retak, menanti belah. 541 00:53:18,791 --> 00:53:22,208 Dia cuma teman sekatil awak, bukan cinta sejati awak. 542 00:53:22,291 --> 00:53:27,125 Mungkin dia cinta akan awak, tapi dia tak mampu buat awak bahagia. 543 00:53:27,625 --> 00:53:30,958 Saya ingatkan awak yang awak boleh bahagia. 544 00:53:31,708 --> 00:53:33,250 Awak pun ingatkan saya. 545 00:53:34,875 --> 00:53:39,916 Kedua, hubungan kita bukan atas dasar nafsu semata-mata, 546 00:53:40,000 --> 00:53:40,833 tapi cinta. 547 00:53:40,916 --> 00:53:42,583 Cinta sejati. 548 00:53:42,666 --> 00:53:47,625 Cinta itu masih membara walaupun berbulan-bulan kita tak bersua. 549 00:53:47,708 --> 00:53:49,083 Kejauhan, 550 00:53:50,000 --> 00:53:51,000 kesengsaraan. 551 00:53:52,625 --> 00:53:54,916 Kita tak mampu menepis perasaan itu. 552 00:53:55,000 --> 00:53:59,333 Awak datang untuk ugut saya dan saya boleh rasakannya. 553 00:53:59,416 --> 00:54:01,041 Cinta kita cinta sejati. 554 00:54:01,541 --> 00:54:02,791 Cinta kita abadi. 555 00:54:02,875 --> 00:54:04,833 Awak takkan mampu menafikannya. 556 00:54:04,916 --> 00:54:07,041 Semuanya terang lagi bersuluh. 557 00:54:07,125 --> 00:54:09,916 Terang seterang-seterangnya. 558 00:54:10,000 --> 00:54:14,333 Kebanyakan orang mati sebelum sempat mengecapinya. 559 00:54:14,916 --> 00:54:16,166 Awak tipu saya. 560 00:54:17,583 --> 00:54:18,791 Awak gunakan saya. 561 00:54:18,875 --> 00:54:19,750 Tak, Camille. 562 00:54:19,833 --> 00:54:22,291 Saya tak harap apa-apa daripada awak. 563 00:54:22,375 --> 00:54:24,916 Saya terpaksa mempertaruhkan segala-galanya 564 00:54:25,000 --> 00:54:30,250 dan saya rela laluinya sekali lagi asalkan kita dapat berjumpa. 565 00:54:32,458 --> 00:54:34,166 Ketiga, 566 00:54:34,250 --> 00:54:37,791 walaupun awak tiada bukti nak ugut saya, 567 00:54:38,416 --> 00:54:39,416 saya akan akur. 568 00:54:41,000 --> 00:54:45,958 Saya rasa awak patut tahu semua barang kemas dan batu permata itu 569 00:54:46,041 --> 00:54:50,583 sedang dicanai semula di Turki untuk dijadikan barang kemas baharu. 570 00:54:54,250 --> 00:54:59,541 Kita mesti ubah fizikalnya supaya tak dituduh mengubah bahan bukti. 571 00:54:59,625 --> 00:55:03,208 Ini bayaran pertama. Baru sampai dari Ankara. 572 00:55:04,083 --> 00:55:07,083 Tiga perpuluhan lapan juta euro. 573 00:55:07,750 --> 00:55:11,416 Saya akan kirim bakinya selepas terima bayaran kedua. 574 00:55:12,208 --> 00:55:14,125 - Setuju? - Ya. 575 00:55:16,458 --> 00:55:17,833 Kami setuju. 576 00:55:20,583 --> 00:55:21,791 {\an8}PERANCIS 577 00:55:35,333 --> 00:55:37,458 Siapa suka melukut di tepi gantang? 578 00:55:38,375 --> 00:55:40,250 Ada kalanya kita tiada pilihan, 579 00:55:40,750 --> 00:55:45,708 tapi aku percaya cinta terlarang lebih mengasyikkan. 580 00:55:46,625 --> 00:55:47,958 Kerahsiaannya. 581 00:55:48,541 --> 00:55:51,208 Kita sanggup memperjudikan nyawa. 582 00:55:51,791 --> 00:55:53,416 Bermati-matian demi cinta. 583 00:55:53,500 --> 00:55:56,875 Demi cinta, lautan api pun sanggup diredahi. 584 00:55:57,375 --> 00:56:01,708 Nikmatilah hidup ini sepuas-puasnya, selagi hayat dikandung badan. 585 00:56:02,875 --> 00:56:06,000 Cintalah satu-satunya sumbu kekuatan kita. 586 00:56:06,791 --> 00:56:07,833 Jangan lupa. 587 00:56:42,958 --> 00:56:46,333 Ada masalah sikit. Bahagian aku dah licin. 588 00:56:50,875 --> 00:56:52,833 Kita perlu merompak lagi. 589 00:56:56,791 --> 00:56:57,833 Baguslah. 590 00:56:59,041 --> 00:57:01,291 Aku pun dah bosan bercuti. 591 00:58:48,166 --> 00:58:50,458 Terjemahan sari kata oleh Saffura