1 00:00:28,541 --> 00:00:30,250 Macam mana rasanya cium kau? 2 00:00:31,708 --> 00:00:35,250 Badan aku panas dan aku tak boleh bernafas... 3 00:00:39,750 --> 00:00:41,958 tapi bau rambut kau buat aku lupa semua itu. 4 00:00:43,000 --> 00:00:45,291 Walaupun aku mungkin mati, 5 00:00:45,291 --> 00:00:47,750 aku lebih rela bersama kau di sini, 6 00:00:48,250 --> 00:00:49,958 merasai kehangatan tubuh kau. 7 00:00:51,166 --> 00:00:55,208 Aku tahu aku berhalusinasi sebab ajal bakal menjemput aku. 8 00:00:56,208 --> 00:00:57,833 Macam mana kalau ini cinta? 9 00:00:58,375 --> 00:01:00,041 Aku rasa inilah cinta. 10 00:01:00,041 --> 00:01:02,250 Aku dah jatuh cinta kepada kau... 11 00:01:05,208 --> 00:01:07,250 tapi nama sebenar kau pun aku tak tahu. 12 00:01:07,250 --> 00:01:08,458 Mengarut betul. 13 00:01:10,083 --> 00:01:12,916 Tonsil aku bengkak dan dada aku terasa ketat. 14 00:01:14,083 --> 00:01:16,666 Aku menyesal sebab tak beritahu 15 00:01:17,916 --> 00:01:19,333 yang aku cinta akan kau. 16 00:01:22,625 --> 00:01:26,166 Yang aku cuma pernah berasmara melalui skrin 17 00:01:26,958 --> 00:01:28,333 dalam dunia maya. 18 00:01:32,041 --> 00:01:33,875 Nah, minum sikit. 19 00:01:36,333 --> 00:01:37,541 Betul cakap kau. 20 00:01:37,541 --> 00:01:38,791 Ia tak bermakna. 21 00:01:40,125 --> 00:01:43,750 Bau dan sentuhan kau buat aku tak keruan. 22 00:01:44,250 --> 00:01:46,500 Kau buat bulu roma aku meremang. 23 00:01:46,500 --> 00:01:51,625 Aku nak kau tahu yang aku rela serahkan mahkota kesucian aku kepada aku. 24 00:01:52,708 --> 00:01:55,458 Selamatkan aku supaya aku boleh berterus terang 25 00:01:55,458 --> 00:01:57,666 dan lemas dalam pelukan kau. 26 00:02:07,000 --> 00:02:08,541 Selamatkan aku. 27 00:02:11,833 --> 00:02:16,083 MONEY HEIST BERLIN 28 00:02:56,208 --> 00:02:57,791 Jumpa apa-apa? 29 00:02:57,791 --> 00:03:00,916 Setakat ini, semua cap jari milik kakitangan. 30 00:03:07,791 --> 00:03:09,000 Tunggu sekejap. 31 00:03:19,666 --> 00:03:23,166 Mereka masuk, curi barang kemas bernilai 44 juta euro 32 00:03:23,166 --> 00:03:25,458 dan hilang tanpa jejak. 33 00:03:25,458 --> 00:03:28,041 Orang Sepanyol memang hebat. 34 00:03:28,541 --> 00:03:31,416 Mungkin awak lupa. Dalangnya orang Perancis. 35 00:03:33,875 --> 00:03:34,875 Yalah. 36 00:03:34,875 --> 00:03:38,500 Orang Perancis lebih cauvinis dalam bab-bab jenayah. 37 00:03:39,875 --> 00:03:42,416 Awak pernah dengar strategi lembu tua? 38 00:03:42,416 --> 00:03:43,416 Lembu tua? 39 00:03:43,416 --> 00:03:45,916 La vache vieille. Mungkin awak guna istilah sama. 40 00:03:45,916 --> 00:03:47,541 Saya tak pernah dengar. 41 00:03:47,541 --> 00:03:53,541 Petani Orinoco nak menyeberang sungai yang penuh dengan pirana, 42 00:03:54,291 --> 00:03:58,291 jadi mereka biar lembu paling tua menyeberang di hilir sungai. 43 00:03:58,291 --> 00:04:01,041 Sementara pirana makan lembu tua itu, 44 00:04:02,208 --> 00:04:07,125 lembu lain pun menyeberang di hulu sungai. 45 00:04:07,125 --> 00:04:08,833 Menarik. 46 00:04:08,833 --> 00:04:12,291 Di Perancis, kami gelarnya "teknik alih perhatian". 47 00:04:13,041 --> 00:04:16,333 Kita pirana dan geng perompak itu lembu, 48 00:04:16,333 --> 00:04:18,125 jadi siapa lembu tua itu? 49 00:04:18,125 --> 00:04:19,875 Budak-budak Sepanyol itu. 50 00:04:24,375 --> 00:04:27,416 Mereka sengaja nak alihkan perhatian kita. 51 00:04:27,416 --> 00:04:30,208 Mustahil mereka boleh masuk pusat lelongan ini. 52 00:04:30,208 --> 00:04:33,416 Sistem keselamatannya antara paling ketat di Paris. 53 00:04:33,416 --> 00:04:36,333 Selepas itu, mereka pergi ke kelab malam, 54 00:04:36,333 --> 00:04:40,916 curi kereta dan berlumba haram dengan budak-budak juvenil. 55 00:04:40,916 --> 00:04:45,166 Budak-budak juvenil dan kalung di dalam kereta itu cuma umpan. 56 00:04:45,166 --> 00:04:47,666 Awak terlupa satu butiran kecil. 57 00:04:47,666 --> 00:04:52,125 Lembu tua itu mesti dikorbankan untuk alih perhatian pirana. 58 00:04:53,666 --> 00:04:57,375 Lagipun, nilai kalung itu empat juta euro. 59 00:04:58,125 --> 00:05:01,291 Ia barang kemas ketiga paling mahal, jadi mustahillah. 60 00:05:04,291 --> 00:05:05,208 Tidak. 61 00:05:07,375 --> 00:05:09,416 Kalung itu bukan umpan. 62 00:05:12,000 --> 00:05:16,666 Ada unsur kegeniusan dalam rompakan ini. 63 00:05:16,666 --> 00:05:19,250 Dengan deruan adrenalina yang membuak-buak, 64 00:05:19,250 --> 00:05:22,583 mereka keluar meraikannya dengan berlumba haram. 65 00:05:22,583 --> 00:05:26,166 Orang Sepanyol memang suka berpesta. 66 00:05:27,708 --> 00:05:29,166 Apa teori awak? 67 00:05:33,125 --> 00:05:35,750 Lembu tua itu ialah Polignac. 68 00:05:35,750 --> 00:05:37,083 Bebaskan dia. 69 00:06:00,708 --> 00:06:02,083 Apa khabar, sayang? 70 00:06:03,083 --> 00:06:04,416 Sihat. 71 00:06:04,416 --> 00:06:07,750 Saya ada sel saya sendiri. Macam hotel murah. 72 00:06:13,250 --> 00:06:16,208 Simón ikut saya sebab dia nak beritahu sesuatu. 73 00:06:19,166 --> 00:06:21,500 Dia nak pinjamkan duit untuk peguam. 74 00:06:23,291 --> 00:06:24,625 Saya tak boleh terima. 75 00:06:24,625 --> 00:06:26,458 Fikirlah dulu. 76 00:06:27,625 --> 00:06:30,041 Semua aset dan akaun kita dah dibekukan. 77 00:06:30,041 --> 00:06:31,916 Awak perlu peguam yang bagus. 78 00:06:31,916 --> 00:06:36,125 Di mana saya nak letak muka kalau terima duit dia? 79 00:06:37,958 --> 00:06:40,875 Camille, boleh saya cakap dengan dia? 80 00:06:41,458 --> 00:06:42,333 Terima kasih. 81 00:06:43,375 --> 00:06:44,291 Helo, François. 82 00:06:44,916 --> 00:06:48,791 Saya faham perasaan awak, tapi dengar dulu. 83 00:06:49,750 --> 00:06:52,375 Saya bukan nak memalukan awak. 84 00:06:53,000 --> 00:06:56,958 Awak pun tahu saya bukan malaikat. Semua ini untuk dia. 85 00:06:57,833 --> 00:07:01,125 Isteri awak sedih. Dia percaya awak tak bersalah. 86 00:07:02,208 --> 00:07:05,458 Saya nak tolong sebab kita cinta akan wanita yang sama. 87 00:07:05,458 --> 00:07:08,500 Kalau dia percaya awak tak bersalah, saya pun sama. 88 00:07:09,625 --> 00:07:11,083 Awak akan buat yang sama, bukan? 89 00:07:18,000 --> 00:07:21,041 Saya terima duit itu, tapi dengan satu syarat. 90 00:07:26,541 --> 00:07:27,916 Saya akan bayar balik. 91 00:07:29,625 --> 00:07:30,916 Bagus. 92 00:07:32,166 --> 00:07:33,583 Macam itulah! 93 00:07:33,583 --> 00:07:38,291 Tak payah cari kawan atau hias sel awak. Awak akan bebas empat hari lagi. 94 00:07:39,541 --> 00:07:42,458 Terima kasih. Kamu berdua saja harapan saya. 95 00:07:48,500 --> 00:07:50,583 Kita akan harunginya bersama-sama. 96 00:07:51,708 --> 00:07:53,500 Kami bersama awak. 97 00:07:53,500 --> 00:07:56,875 Kita bertiga akan harunginya walau apa pun berlaku. 98 00:07:56,875 --> 00:07:59,500 Sehingga ke garisan penamat. 99 00:08:00,250 --> 00:08:02,458 Bersatu teguh, bercerai roboh. 100 00:08:54,958 --> 00:08:57,083 Hei! Berhenti! 101 00:08:58,833 --> 00:09:00,208 Hei! 102 00:09:04,166 --> 00:09:05,958 POLIS 103 00:09:23,166 --> 00:09:24,083 - Helo. - Helo. 104 00:09:25,041 --> 00:09:26,916 - Nak masuk? - Tak apa. 105 00:09:26,916 --> 00:09:29,208 Saya nak pulangkan jag awak. 106 00:09:30,083 --> 00:09:31,250 Biar betul? 107 00:09:32,541 --> 00:09:34,750 Berapa lama awak keluarkan lemon itu? 108 00:09:36,291 --> 00:09:39,583 - Dah berbulan-bulan saya cuba. - Sekejap saja. 109 00:09:41,375 --> 00:09:42,458 Setengah jam. 110 00:09:43,958 --> 00:09:46,541 Awak tahu kenapa saya beri awak jag ini? 111 00:09:47,333 --> 00:09:50,000 Saya nampak awak datang dengan anak-anak awak. 112 00:09:50,000 --> 00:09:53,333 Awak gali lubang, bertukul, pasang pancang, 113 00:09:53,333 --> 00:09:56,500 pakai kemeja pembalak dengan peluh menitik-nitik. 114 00:09:56,500 --> 00:09:59,458 Saya kata, "Akhirnya, lelaki TT." 115 00:10:01,958 --> 00:10:05,333 "TT"? Apa maksudnya? Audi TT atau... 116 00:10:05,916 --> 00:10:06,750 Bukan. 117 00:10:07,625 --> 00:10:08,541 TT. 118 00:10:08,541 --> 00:10:10,250 Kejantanan dan kelembutan. 119 00:10:10,916 --> 00:10:13,750 Lelaki yang maskulin, tapi sangat sensitif. 120 00:10:13,750 --> 00:10:15,458 Susah nak jumpa. 121 00:10:16,666 --> 00:10:20,583 Kemudian, saya nampak awak menangis dan... 122 00:10:21,500 --> 00:10:24,625 Saya ingat awak perlukan teman, tapi awak tak sudi. 123 00:10:24,625 --> 00:10:26,541 Sebab itu saya beri jag itu. 124 00:10:26,541 --> 00:10:29,458 Awak cakap isteri awak baru meninggal, jadi saya tak nak kacau. 125 00:10:32,250 --> 00:10:35,000 Rupa-rupanya, awak tipu. Licik betul. 126 00:10:35,000 --> 00:10:38,583 Saya terdengar awak cakap dengan dia malam tadi. 127 00:10:39,625 --> 00:10:42,166 Awak beritahu dia pasal saya 128 00:10:43,166 --> 00:10:44,625 dan limoncello saya. 129 00:10:44,625 --> 00:10:47,125 Cukuplah itu. Malu saya dibuatnya. 130 00:10:47,125 --> 00:10:49,250 Di mana saya nak letak muka dan... 131 00:10:49,250 --> 00:10:51,041 Sebenarnya, pasal itu... 132 00:10:51,541 --> 00:10:54,500 Saya baru bercerai dan minum sampai mabuk. 133 00:10:55,666 --> 00:10:57,208 Saya hilang pertimbangan. 134 00:10:58,041 --> 00:11:00,791 Awak akhirinya dengan bergaya dan bermaruah. 135 00:11:02,083 --> 00:11:03,416 Saya ada satu soalan. 136 00:11:03,416 --> 00:11:06,916 Bekas isteri awak beri lampu hijau atau tidak? 137 00:11:12,208 --> 00:11:14,833 Awak tak mengurat saya, bukan? 138 00:11:15,875 --> 00:11:20,000 Saya pun dapat rasa "keserasian" 139 00:11:20,000 --> 00:11:22,125 yang awak maksudkan malam tadi. 140 00:11:23,916 --> 00:11:25,250 Lebih baik saya pergi. 141 00:11:25,875 --> 00:11:28,041 Saya senang dipujuk dan... 142 00:11:28,041 --> 00:11:29,625 Selamat tinggal. 143 00:11:31,083 --> 00:11:32,166 Jumpa lagi. 144 00:11:44,000 --> 00:11:45,333 Lelaki TT. 145 00:12:06,416 --> 00:12:07,500 Boleh saya masuk? 146 00:12:34,125 --> 00:12:36,041 Macam dram major. 147 00:12:46,833 --> 00:12:49,958 Ada seorang wanita berumur 36 tahun dipatuk ular. 148 00:12:49,958 --> 00:12:52,708 Kejutan anafilaktik. Jangka masa tiba enam minit. 149 00:12:55,541 --> 00:12:57,208 Siren. 150 00:12:58,791 --> 00:13:00,125 Polis. 151 00:13:01,291 --> 00:13:02,833 Ular. 152 00:13:03,583 --> 00:13:04,750 Perompak. 153 00:13:05,541 --> 00:13:07,458 Tin berisi barang kemas. 154 00:13:08,916 --> 00:13:11,375 Akhirnya aku bersedia untuk bersama kau, 155 00:13:11,875 --> 00:13:13,666 tapi situasi menjadi rumit. 156 00:13:14,291 --> 00:13:16,916 Itulah yang aku fikir sekarang, sayang. 157 00:13:27,375 --> 00:13:29,625 Kau nelayan dalam kehidupan lalu? 158 00:13:30,333 --> 00:13:31,250 Tangkap jerung. 159 00:13:33,958 --> 00:13:34,833 Kau? 160 00:13:34,833 --> 00:13:38,500 Kisah cinta kau lebih menarik daripada kisah cinta aku? 161 00:13:38,500 --> 00:13:40,416 Aku pernah jatuh cinta sekali. 162 00:13:42,541 --> 00:13:44,208 Perjalanan kami berliku. 163 00:13:45,541 --> 00:13:47,666 Nak bercium pun tak boleh, jadi... 164 00:13:48,958 --> 00:13:50,291 Kenapa? Dia biarawati? 165 00:13:52,416 --> 00:13:55,458 Oh, aku tahu! Dia teman wanita kawan kau? 166 00:13:55,458 --> 00:13:56,458 Lebih kurang. 167 00:13:57,500 --> 00:14:00,708 Kami kenal di pusat tahanan juvenil. 168 00:14:01,333 --> 00:14:04,041 Tahanan lelaki dan perempuan diasingkan. 169 00:14:05,458 --> 00:14:07,166 Bila masa kau orang jumpa? 170 00:14:08,375 --> 00:14:09,791 Kami masuk koir. 171 00:14:10,625 --> 00:14:14,416 Kami duduk di belakang dan sengaja jatuhkan lembaran muzik. 172 00:14:16,583 --> 00:14:18,750 Kami tunduk dan beromen 173 00:14:19,375 --> 00:14:22,291 sambil mereka nyanyi "O Come, All Ye Faithful". 174 00:14:22,875 --> 00:14:25,250 Kau seronok walaupun mungkin tertangkap. 175 00:14:26,083 --> 00:14:28,541 Kau suka benda terlarang, bukan? 176 00:14:30,333 --> 00:14:31,500 Ya. 177 00:14:32,750 --> 00:14:36,166 Sebenarnya, aku teringin masuk koir. 178 00:14:50,125 --> 00:14:51,250 Apa kau buat ini? 179 00:14:57,125 --> 00:14:59,583 Bukankah mereka adik-beradik? 180 00:15:04,000 --> 00:15:05,000 Maaf. 181 00:15:22,458 --> 00:15:24,458 Ini saja petunjuk yang ada. 182 00:15:25,041 --> 00:15:26,500 Macam mana dengan ini? 183 00:15:26,500 --> 00:15:29,583 Lukisan komposit? Awak pun tahu ia tak membantu. 184 00:15:29,583 --> 00:15:32,375 Gambaran yang diterjemahkan secara abstrak. 185 00:15:32,375 --> 00:15:35,375 Saksi beri gambaran kepada pelukis di balai polis 186 00:15:35,375 --> 00:15:37,500 yang melukis sesuka hati mereka 187 00:15:37,500 --> 00:15:39,958 dan ramai pelukis yang tak semenggah. 188 00:15:40,916 --> 00:15:42,625 Ini saja petunjuk kita. 189 00:15:42,625 --> 00:15:45,666 Harap-harap lelaki bertatu itu ada rekod jenayah. 190 00:15:46,666 --> 00:15:50,458 Ya, sambungkan saya ke Unit Risikan Jenayah Sepanyol. 191 00:15:50,458 --> 00:15:51,500 Sekarang juga. 192 00:15:55,583 --> 00:15:58,375 Awak tahu maksud tatu kambing bertanduk itu? 193 00:15:58,375 --> 00:15:59,916 Syaitan. Kejahatan. 194 00:16:00,833 --> 00:16:03,416 Macam lukisan Goya itu. Awak pernah tengok? 195 00:16:04,625 --> 00:16:06,458 Entahlah. 196 00:16:06,458 --> 00:16:10,583 Oh, yalah. Perancis ada Louvre. 197 00:16:11,083 --> 00:16:12,333 Sepanyol ada Prado. 198 00:16:14,291 --> 00:16:17,125 Mungkin Mona Lisa penuh misteri, 199 00:16:17,125 --> 00:16:20,333 tapi Las Meninas lebih comel. 200 00:16:21,541 --> 00:16:22,916 Pendapat masing-masing. 201 00:16:24,166 --> 00:16:25,166 Awak ada tatu? 202 00:16:27,333 --> 00:16:29,375 Jangan jawab! Saya tak nak tahu. 203 00:16:29,375 --> 00:16:30,291 Helo? 204 00:16:31,458 --> 00:16:34,083 Sierra dari Europol Sepanyol. Siapa bercakap? 205 00:16:36,916 --> 00:16:38,208 Alicia Sierra. 206 00:16:38,208 --> 00:16:39,791 Lama tak dengar khabar. 207 00:16:39,791 --> 00:16:41,833 Awak telefon pasal kerjakah? 208 00:16:41,833 --> 00:16:44,958 Oh, Murillo! Taklah. 209 00:16:46,083 --> 00:16:48,583 Saya nak tanya kalau awak ada baju seksi. 210 00:16:49,375 --> 00:16:52,208 Saya nak ajak awak berparti dengan kami di Paris. 211 00:16:53,375 --> 00:16:54,375 Seronoknya. 212 00:16:54,375 --> 00:16:57,708 Kawan Perancis saya minta kita bawa dia keluar berparti. 213 00:16:57,708 --> 00:17:01,083 Perah otak, cari petunjuk, soal siasat suspek sampai pagi... 214 00:17:02,166 --> 00:17:03,166 Kes apa? 215 00:17:03,166 --> 00:17:05,833 Rompakan barang kemas bernilai 44 juta euro. 216 00:17:05,833 --> 00:17:07,833 - Geng Sepanyol. - Bila? 217 00:17:07,833 --> 00:17:09,916 - Semalam. - Saya datang sekarang. 218 00:17:09,916 --> 00:17:11,375 Hore! Kami tunggu. 219 00:17:13,208 --> 00:17:15,166 Kita akan berseronok. 220 00:17:19,250 --> 00:17:20,166 Oh, Tuhan! 221 00:17:20,875 --> 00:17:24,875 Susi ada uji bakat. Saya dah janji nak jaga anak dia. 222 00:17:28,250 --> 00:17:29,666 Comotnya kamu. 223 00:17:29,666 --> 00:17:31,750 Hai! Ada berita pasal François? 224 00:17:31,750 --> 00:17:34,000 Belum ada apa-apa lagi. 225 00:17:35,708 --> 00:17:37,833 Awak okey? Dia boleh tunggu di bar. 226 00:17:37,833 --> 00:17:39,666 Uji bakat itu sekejap saja. 227 00:17:40,875 --> 00:17:42,291 Tak, bukan macam itu. 228 00:17:44,250 --> 00:17:46,250 Ingat lelaki Sepanyol di bar itu? 229 00:17:47,541 --> 00:17:49,750 Kami bercinta. 230 00:17:51,375 --> 00:17:53,000 - Dia ada di sini? - Ya. 231 00:18:09,708 --> 00:18:11,041 FRANÇOIS 232 00:18:11,041 --> 00:18:12,333 Je suis l'amour. 233 00:18:12,916 --> 00:18:14,041 François? 234 00:18:16,083 --> 00:18:18,333 Kami melawat dia di penjara tadi 235 00:18:19,000 --> 00:18:21,208 dan dia terima. 236 00:18:23,583 --> 00:18:24,791 Bayangkan. 237 00:18:25,916 --> 00:18:29,791 Kami bertiga tekap tangan pada cermin bilik melawat. 238 00:18:30,958 --> 00:18:32,666 Saat itu sangat mengharukan. 239 00:18:35,250 --> 00:18:37,416 Yalah, saya boleh bayangkan. 240 00:18:39,125 --> 00:18:43,000 Awak tak pelikkah? Kenapa dia jumpa François? 241 00:18:43,708 --> 00:18:45,541 Tak, saya yang ajak dia. 242 00:18:47,083 --> 00:18:50,708 Simón pinjamkan kami duit untuk upah peguam terbaik di Paris. 243 00:18:51,666 --> 00:18:54,166 Dia beri saya 200 ribu euro tunai. 244 00:18:54,166 --> 00:18:56,666 Wah! Baiknya dia. 245 00:18:56,666 --> 00:18:58,166 Saya tahu. 246 00:18:58,166 --> 00:19:00,875 Camille, macam mana semua ini berlaku? 247 00:19:01,458 --> 00:19:02,458 Sepantas ini? 248 00:19:02,458 --> 00:19:05,291 Maksud saya, semua berlaku pada masa yang sama. 249 00:19:05,291 --> 00:19:06,250 Entahlah. 250 00:19:08,083 --> 00:19:09,500 Macam tsunami. 251 00:19:10,791 --> 00:19:12,041 Tsunami. 252 00:19:12,041 --> 00:19:12,958 Yalah. 253 00:19:13,541 --> 00:19:14,708 UNIT KECEMASAN 254 00:19:17,000 --> 00:19:20,541 Kami dah sampai di hospital. Dia masih tak sedarkan diri. 255 00:19:20,541 --> 00:19:21,583 Kami tunggu. 256 00:19:21,583 --> 00:19:22,708 Angkat. 257 00:19:22,708 --> 00:19:24,166 - Cepat. - Diterima. 258 00:19:34,583 --> 00:19:35,500 Jom! 259 00:19:52,458 --> 00:19:53,833 Relaks, okey? 260 00:19:53,833 --> 00:19:55,833 Masuk kereta perlahan-lahan. 261 00:20:04,166 --> 00:20:07,333 Dengan semua bukti yang kita ada sekarang, 262 00:20:07,333 --> 00:20:12,916 saya syorkan suami puan mengaku bersalah. 263 00:20:14,416 --> 00:20:16,750 Kenapa nak mengaku? Dia tak bersalah. 264 00:20:16,750 --> 00:20:21,208 Kalau dia mengaku bersalah, kita boleh minta hukuman dia diringankan. 265 00:20:23,791 --> 00:20:25,666 - Claude, betul? - Ya. 266 00:20:26,458 --> 00:20:29,708 Fikir positif. Camille yakin François tak bersalah. 267 00:20:29,708 --> 00:20:30,625 Saya pun. 268 00:20:30,625 --> 00:20:34,000 - Siapa awak? - Kekasih dia, tapi itu tak penting. 269 00:20:34,000 --> 00:20:36,625 Yang penting, kita tolong François. 270 00:20:36,625 --> 00:20:39,000 Saya pun nak tolong dia. 271 00:20:39,000 --> 00:20:41,875 Sebab itu saya terus terang pasal situasi ini. 272 00:20:41,875 --> 00:20:43,416 Kalau awak nak tolong, 273 00:20:43,416 --> 00:20:46,625 kaji kes ini dalam-dalam dan bebaskan suami saya. 274 00:20:49,208 --> 00:20:51,416 Baiklah, mari kita mula. 275 00:20:52,166 --> 00:20:54,250 Di mana awak pada malam kejadian? 276 00:20:54,250 --> 00:20:56,875 Hotel Château Reve d'Or. 277 00:20:56,875 --> 00:20:58,416 Dengan suami awak? 278 00:21:00,583 --> 00:21:01,583 Tak, dengan dia. 279 00:21:01,583 --> 00:21:04,875 Bila kali terakhir awak cakap dengan François sebelum rompakan itu? 280 00:21:05,458 --> 00:21:07,708 - Petang itu. - Apa yang kamu bualkan? 281 00:21:10,375 --> 00:21:13,875 Dia telefon dalam keadaan marah selepas tahu hubungan kami. 282 00:21:13,875 --> 00:21:17,458 Mungkinkah tindakan dia dipengaruhi oleh kecurangan awak? 283 00:21:17,458 --> 00:21:21,291 Mungkinkah dia bertindak mengikut perasaan? 284 00:21:21,291 --> 00:21:23,833 Mungkinkah dia rompak barang kemas itu 285 00:21:23,833 --> 00:21:27,958 untuk lari daripada awak dan kekasih awak selama-lamanya? 286 00:21:27,958 --> 00:21:33,125 Semua barang kemas itu milik keluarga-keluarga berpengaruh di Eropah. 287 00:21:33,708 --> 00:21:36,375 Empat puluh empat firma guaman bermati-matian 288 00:21:36,375 --> 00:21:39,500 untuk pastikan Encik Polignac disabitkan bersalah. 289 00:21:39,500 --> 00:21:44,375 Polignac mesti dihukum supaya syarikat insurans pusat lelongan 290 00:21:44,375 --> 00:21:48,041 bayar pampasan mengikut nilai barang kemas yang dicuri. 291 00:21:48,041 --> 00:21:50,250 Apabila saat itu tiba, 292 00:21:50,250 --> 00:21:53,916 awak akan bersyukur dia dipenjarakan sepuluh tahun saja 293 00:21:53,916 --> 00:21:55,375 berbanding 20 tahun. 294 00:21:55,875 --> 00:21:59,416 Sekarang, inilah strategi yang paling munasabah. 295 00:21:59,416 --> 00:22:01,041 Mengaku saja bersalah. 296 00:22:09,375 --> 00:22:11,000 Saya nak ambil air. 297 00:22:35,208 --> 00:22:36,083 Claude. 298 00:22:37,166 --> 00:22:39,416 Nama kawan baik nenek saya pun Claude. 299 00:22:41,083 --> 00:22:42,875 Boleh saya cakap sesuatu? 300 00:22:48,041 --> 00:22:52,458 Tengok bibir saya. Saya tak nak awak lupa kata-kata saya. 301 00:22:53,041 --> 00:22:56,416 Balik dan buat ulang kaji tentang kes ini. 302 00:22:56,416 --> 00:23:01,250 Esok, beritahu Camille yang awak akan bebaskan suami dia. 303 00:23:01,250 --> 00:23:02,708 Kalau tidak, 304 00:23:04,416 --> 00:23:06,375 saya akan pecah masuk rumah awak, 305 00:23:06,958 --> 00:23:10,791 tekup hidung awak dengan kloroform, jolok corong ke mulut awak 306 00:23:10,791 --> 00:23:14,708 dan tuang secawan kecil asid hidroklorik. 307 00:23:15,791 --> 00:23:19,625 Dalam sekelip mata saja, lidah awak akan cair 308 00:23:19,625 --> 00:23:21,416 dan gigi awak akan larut. 309 00:23:21,416 --> 00:23:25,375 Awak takkan dapat nikmati wain dengan keju Perancis, 310 00:23:25,375 --> 00:23:28,625 apatah lagi berhujah di kamar keadilan. 311 00:23:33,625 --> 00:23:37,000 Boleh saya hantar awak ke pintu? 312 00:23:37,000 --> 00:23:38,000 Ya. 313 00:24:37,208 --> 00:24:38,333 Ada sesiapa? 314 00:25:06,208 --> 00:25:07,125 Terima kasih. 315 00:25:07,875 --> 00:25:09,916 Saya takkan lupakan kenangan ini. 316 00:25:18,666 --> 00:25:20,458 - Camille... - Tutup pintu. 317 00:25:21,166 --> 00:25:22,791 Pergi! Tolonglah. 318 00:25:25,541 --> 00:25:26,541 Dengar dulu. 319 00:25:27,916 --> 00:25:29,416 Peguam tak suka ambil risiko. 320 00:25:29,416 --> 00:25:33,291 Percayalah. Dia akan cari jalan untuk bantu kita. 321 00:25:33,291 --> 00:25:34,541 Pergi. 322 00:25:37,833 --> 00:25:39,166 Puan Polignac? 323 00:25:39,708 --> 00:25:43,166 Kami nak pulangkan dokumen dan peranti milik suami puan. 324 00:25:43,166 --> 00:25:47,041 Hakim yang meneliti kes suami puan dah buat salinan. 325 00:25:47,041 --> 00:25:48,583 DOKUMEN SULIT 326 00:25:56,666 --> 00:25:57,958 COKLAT PAHIT 327 00:26:15,041 --> 00:26:16,833 Siasatan dah bermula. 328 00:26:18,083 --> 00:26:21,083 Saya tak boleh beri keterangan bagi pihak suami saya 329 00:26:22,500 --> 00:26:25,500 sebab saya curang dan rancang nak tinggalkan dia 330 00:26:26,416 --> 00:26:29,125 sedangkan dia ditangkap polis. 331 00:26:30,083 --> 00:26:32,041 Awak tahu apa saya rasa sekarang? 332 00:26:33,041 --> 00:26:34,541 Saya rasa macam... 333 00:26:36,250 --> 00:26:38,208 Saya benci diri saya sendiri. 334 00:26:38,208 --> 00:26:40,541 Cinta kita memusnahkan segala-galanya. 335 00:26:42,083 --> 00:26:46,166 Kisah cinta luar biasa yang kita rasai beberapa jam lalu... 336 00:26:48,750 --> 00:26:50,166 dah tak bermakna. 337 00:26:52,166 --> 00:26:57,833 Kisah cinta itu berubah menjadi dialog pasal peguam, 338 00:26:58,875 --> 00:27:00,541 kecurangan dan duit. 339 00:27:04,833 --> 00:27:06,541 Saya rasa terhina. 340 00:27:08,291 --> 00:27:10,125 Awak nak berpisah? 341 00:27:11,916 --> 00:27:13,958 Ya, saya nak berpisah. 342 00:27:14,875 --> 00:27:16,416 Saya nak awak keluar. 343 00:27:18,833 --> 00:27:19,750 Sekarang. 344 00:27:23,375 --> 00:27:24,958 Camille, kenapa? 345 00:27:27,041 --> 00:27:29,625 Tiada apa-apa, sayang. 346 00:27:32,625 --> 00:27:34,250 Saya ada idea. 347 00:27:35,250 --> 00:27:36,708 Saya bawa Pablo keluar. 348 00:27:36,708 --> 00:27:40,750 Kalau awak bawa dia keluar dengan harapan saya akan ubah fikiran, 349 00:27:40,750 --> 00:27:42,875 lupakan saja niat awak. 350 00:27:49,291 --> 00:27:51,083 Awak nak ambil gambar saya? 351 00:27:51,083 --> 00:27:52,291 Apa awak buat ini? 352 00:27:52,833 --> 00:27:55,541 Kawan awak sedang dirawat. Awak tak boleh lari. 353 00:27:55,541 --> 00:27:58,875 Jangan ingat awak akan terlepas walaupun tinggalkan dia. 354 00:27:58,875 --> 00:28:01,291 Letak pistol dan kunci pin keselamatan. 355 00:28:01,291 --> 00:28:02,500 Relaks. 356 00:28:02,500 --> 00:28:03,791 Jangan cari masalah. 357 00:28:03,791 --> 00:28:06,166 Cari masalah awak cakap? 358 00:28:07,500 --> 00:28:09,708 Saya baru bunuh tiga orang di Nevers. 359 00:28:11,333 --> 00:28:13,875 Kamu tak tengok beritakah? 360 00:28:13,875 --> 00:28:16,125 Siapa yang cari masalah sekarang? 361 00:28:21,500 --> 00:28:24,541 Pasang lagu. 362 00:28:30,625 --> 00:28:31,958 Saya tahu lagu ini! 363 00:28:55,500 --> 00:28:57,250 Awak cakap apa? 364 00:28:57,250 --> 00:28:58,583 Nyanyi sama-sama. 365 00:28:59,625 --> 00:29:02,458 Nyanyi bahagian korus! Cepat! 366 00:29:15,208 --> 00:29:16,500 Terbaik. 367 00:29:16,500 --> 00:29:18,416 Ambil bronkodilator sekarang! 368 00:29:18,416 --> 00:29:19,375 Bagus. 369 00:29:20,458 --> 00:29:22,083 - Nadi? - 138. 370 00:29:22,083 --> 00:29:25,041 Beri dia 500 miligram adrenalina intravena. 371 00:29:25,041 --> 00:29:26,583 Okey, doktor. 372 00:29:26,583 --> 00:29:27,708 Jangan tidur. 373 00:29:29,291 --> 00:29:30,541 Jangan tidur. 374 00:29:36,750 --> 00:29:38,750 Kamu nak main? Tak payah. 375 00:29:42,083 --> 00:29:46,958 Negroni untuk saya dan San Francisco untuk budak ini. 376 00:29:48,416 --> 00:29:49,500 Saya nak kencing. 377 00:30:00,208 --> 00:30:01,458 Kau orang pergi mana? 378 00:30:02,166 --> 00:30:03,958 Memancing di tasik. 379 00:30:03,958 --> 00:30:05,208 Ada apa-apa jadi? 380 00:30:07,583 --> 00:30:09,541 - Tak. - Polis datang tadi. 381 00:30:09,541 --> 00:30:11,833 - Polis sama yang tahan kita. - Sial! 382 00:30:11,833 --> 00:30:13,708 Aku nak beritahu kau sesuatu. 383 00:30:14,666 --> 00:30:18,625 Kami berlumba haram pada malam itu dan hilangkan seutas kalung. 384 00:30:18,625 --> 00:30:21,291 Aku beritahu Berlin di Paris. Dia tak risau. 385 00:30:21,291 --> 00:30:23,083 Berlin masih di Paris? 386 00:30:24,541 --> 00:30:26,250 - Bila? - Semalam. 387 00:30:28,125 --> 00:30:30,416 Aku rasa dia takkan tinggalkan Paris. 388 00:30:30,416 --> 00:30:32,250 Dia gila akan perempuan itu. 389 00:30:40,416 --> 00:30:42,083 - Helo? - Kau di mana? 390 00:30:42,666 --> 00:30:44,583 Bar koktel di Paris. 391 00:30:45,666 --> 00:30:48,250 - Kamu pandai kencing sendiri? - Pandai. 392 00:30:48,250 --> 00:30:50,583 Okey, ikut sini. Pak cik teman. 393 00:30:50,583 --> 00:30:52,333 - Andrés? - Kencing di sini. 394 00:30:53,541 --> 00:30:54,666 - Tak nak. - Apa? 395 00:30:55,166 --> 00:30:58,125 Kamu nak kencing di mana? Bilik air? Okey. 396 00:30:58,125 --> 00:30:59,166 Siapa itu? 397 00:30:59,166 --> 00:31:01,958 Aku bawa anak kawan Camille jalan-jalan. 398 00:31:01,958 --> 00:31:03,958 Apa? Kenapa kau masih di Paris? 399 00:31:03,958 --> 00:31:06,750 Sebab aku sibuk menjahanamkan semuanya. 400 00:31:08,333 --> 00:31:09,375 Camille tinggalkan aku. 401 00:31:09,375 --> 00:31:12,125 Dalam cerita ini, akulah watak paling bodoh. 402 00:31:15,000 --> 00:31:16,125 Damián. 403 00:31:18,208 --> 00:31:21,541 Aku serahkan jiwa dan raga aku sejak kenal dia. 404 00:31:21,541 --> 00:31:26,166 Aku pertaruhkan segala-galanya dan cuba jadi lelaki yang budiman. 405 00:31:26,166 --> 00:31:28,333 Pada masa sama, aku jadi setan. 406 00:31:30,125 --> 00:31:31,041 Aku kalah. 407 00:31:31,041 --> 00:31:35,250 Aku buat perempuan yang aku sayang menangis. 408 00:31:35,958 --> 00:31:37,833 Dulu, wajah dia berseri-seri. 409 00:31:39,250 --> 00:31:40,541 Aku ragut seri itu. 410 00:31:40,541 --> 00:31:43,875 - Semuanya dah terlambat. - Kenapa cakap pasal Camille? 411 00:31:43,875 --> 00:31:47,625 Satu Eropah cari kau dan kau masih ada di Paris! 412 00:31:47,625 --> 00:31:50,500 Aku cakap pasal cinta dan kau cakap pasal polis? 413 00:31:50,500 --> 00:31:53,125 Apa dah jadi dengan dunia ini? 414 00:31:53,125 --> 00:31:54,333 Okey. 415 00:31:55,166 --> 00:31:58,208 Turun ke lobi hotel dan jangan ke mana-mana. 416 00:31:58,916 --> 00:32:01,208 - Aku datang ambil kau. - Aku tunggu. 417 00:32:17,208 --> 00:32:18,916 Roi, aku nak ambil Berlin. 418 00:32:18,916 --> 00:32:21,625 Padam semua cap jari di dalam RV ini. 419 00:32:22,291 --> 00:32:23,500 Aktifkan Pelan Meerkat. 420 00:32:25,166 --> 00:32:27,708 Kita mungkin berdepan situasi kritikal. 421 00:32:52,000 --> 00:32:53,666 - Raquel Murillo. - Alicia. 422 00:32:58,875 --> 00:33:03,333 Subinspektor risikan jenayah dan pelatih paling nakal di akademi. 423 00:33:04,458 --> 00:33:07,708 Kenalkan Inspektor Lavelle dari unit jenayah terancang. 424 00:33:07,708 --> 00:33:09,583 - Enchantée. - Selamat datang. 425 00:33:10,583 --> 00:33:14,666 Tiada penjenayah bertatukan tanduk di buku jari dalam rekod kami. 426 00:33:14,666 --> 00:33:17,083 Betulkah orang Sepanyol? Mungkin Latin. 427 00:33:17,083 --> 00:33:19,250 Ya, enam orang saksi dah sahkannya. 428 00:33:19,250 --> 00:33:22,625 Pengawal kelab malam, pemilik kereta dan pelumba haram. 429 00:33:22,625 --> 00:33:24,916 Malangnya, mereka orang Sepanyol. 430 00:33:24,916 --> 00:33:27,666 Dah edar lukisan komposit dan gambar tatu itu? 431 00:33:27,666 --> 00:33:31,625 Kami tak nak mereka tahu apa-apa tentang perkembangan siasatan. 432 00:33:31,625 --> 00:33:35,583 Siapa yang tak nak mereka tahu? Awak atau keluarga aristokrat itu? 433 00:33:36,333 --> 00:33:37,791 Itulah maksud saya. 434 00:33:37,791 --> 00:33:41,083 Mereka tak nak orang tahu betapa miskinnya mereka 435 00:33:41,083 --> 00:33:44,250 sehingga terpaksa jual harta pusaka masing-masing. 436 00:33:44,250 --> 00:33:45,875 Edarkan gambar-gambar itu. 437 00:33:45,875 --> 00:33:50,166 Senang sikit kerja kita kalau seluruh Perancis cari mereka. 438 00:33:50,166 --> 00:33:53,166 Kerjasama orang awam ialah kaedah paling efektif. 439 00:33:53,166 --> 00:33:54,083 Okey. 440 00:33:54,083 --> 00:33:58,958 Buat masa sekarang, saya akan edarnya ke semua balai polis. 441 00:33:58,958 --> 00:34:01,416 Kalau tiada berita, beritahu wartawan. 442 00:34:01,416 --> 00:34:05,625 Saya nak kaji kes ini. Laporan, gambar, penemuan forensik... 443 00:34:05,625 --> 00:34:07,041 Semua yang awak ada. 444 00:34:07,625 --> 00:34:09,416 Semuanya ada di atas meja. 445 00:34:10,833 --> 00:34:13,875 Amboi! Bukan main bersemangat. 446 00:34:13,875 --> 00:34:15,416 Macamlah tak kenal saya. 447 00:34:18,750 --> 00:34:19,583 Ada berita? 448 00:34:20,625 --> 00:34:22,375 Cam tatu ini? 449 00:34:22,375 --> 00:34:23,375 Tak guna. 450 00:34:24,541 --> 00:34:25,708 Awak cam mereka? 451 00:34:31,208 --> 00:34:32,750 Macam mana uji bakat tadi? 452 00:34:32,750 --> 00:34:35,041 Teruk. Saya asyik teringat akan awak. 453 00:34:36,333 --> 00:34:37,375 Awak okey? 454 00:34:37,375 --> 00:34:39,208 Saya tak okey. 455 00:34:40,875 --> 00:34:44,291 Peguam cakap mungkin François takkan dibebaskan. 456 00:34:44,875 --> 00:34:47,416 Entah siapalah yang aniaya dia. 457 00:34:47,416 --> 00:34:50,833 Siapalah yang memusuhi dia? Dia bukan siapa-siapa. 458 00:34:52,916 --> 00:34:53,750 Biasanya... 459 00:34:56,958 --> 00:34:59,041 Kalau dalam filem, orang ketiga. 460 00:35:04,458 --> 00:35:07,083 - Di mana Simón? - Kami dah putus. 461 00:35:09,916 --> 00:35:11,041 Anak saya? 462 00:35:11,041 --> 00:35:13,958 - Simón bawa dia ke taman permainan. - Apa? 463 00:35:18,291 --> 00:35:21,625 - Ibu! - Oh, Pablo! Kamu okey? 464 00:35:22,416 --> 00:35:24,708 Jom makan snek di dapur! 465 00:35:54,875 --> 00:35:56,333 Saya harap awak faham. 466 00:35:56,333 --> 00:35:57,833 Apa gunanya? 467 00:35:59,875 --> 00:36:02,375 Saya tak nak kisah cinta kita berakhir. 468 00:36:20,541 --> 00:36:21,791 Kad akses bilik dia. 469 00:36:42,833 --> 00:36:43,875 Hai. 470 00:36:58,250 --> 00:36:59,666 - Kau okey? - Okey. 471 00:37:00,791 --> 00:37:02,916 Aku dah tiada apa-apa dengan dia. 472 00:37:04,791 --> 00:37:06,625 Encik nak pesan minuman lagi? 473 00:37:08,875 --> 00:37:10,541 Kita tak banyak masa, bukan? 474 00:37:11,875 --> 00:37:14,083 Tiada apa-apa yang nak dikejarkan. 475 00:37:16,875 --> 00:37:20,833 Minta laporan kesihatan kawan saya. Ambil radio itu dan tanya. 476 00:37:21,708 --> 00:37:25,583 Saya polis peronda. Macam mana pesakit yang dipatuk ular itu? 477 00:37:27,666 --> 00:37:30,583 Pesakit stabil. Dia boleh keluar lima minit lagi. 478 00:37:30,583 --> 00:37:33,375 - Terima. - Lima minit saja lagi, ya? 479 00:37:33,375 --> 00:37:35,500 Keluarkan gari perlahan-lahan. 480 00:37:36,208 --> 00:37:37,041 Cepat! 481 00:37:37,666 --> 00:37:40,750 Tiga orang lelaki, uniform, gari... 482 00:37:40,750 --> 00:37:42,291 Ayuh kita berseronok! 483 00:37:43,625 --> 00:37:47,333 Sebenarnya, aku nak beritahu kau sesuatu. 484 00:37:47,333 --> 00:37:49,500 Aku nak minta maaf atas segalanya. 485 00:37:49,500 --> 00:37:51,833 - Tak payah. - Dengar dulu. 486 00:37:53,041 --> 00:37:58,458 Aku nak minta maaf atas kata-kata aku di dalam bilik kebal hari itu. 487 00:37:58,458 --> 00:38:00,416 Tak payah. Betul cakap kau. 488 00:38:00,416 --> 00:38:04,666 Cinta sejati boleh berputik dalam sekelip mata saja. 489 00:38:05,250 --> 00:38:10,333 Cinta mati, cinta 24 karat, dengan orang yang kita tak kenal. 490 00:38:11,916 --> 00:38:13,125 Jangan cakap kau... 491 00:38:14,583 --> 00:38:15,583 Ya! 492 00:38:15,583 --> 00:38:16,500 Bila? 493 00:38:16,500 --> 00:38:19,166 Hari ini! Pagi tadi! 494 00:38:21,375 --> 00:38:22,291 Minum. 495 00:38:24,666 --> 00:38:27,416 Aku dah faham maksud kau. 496 00:38:28,000 --> 00:38:28,833 Pasal apa? 497 00:38:28,833 --> 00:38:33,416 Kita tak boleh mengalah walaupun tahu cinta itu akan berakhir. 498 00:38:33,416 --> 00:38:35,333 - Tak. - Betul cakap kau. 499 00:38:35,333 --> 00:38:37,875 Aku tak setuju! 500 00:38:37,875 --> 00:38:40,916 - Apa maksud kau? Kenapa? - Terima kasih. 501 00:38:40,916 --> 00:38:43,250 Sebenarnya, aku silap. 502 00:38:43,250 --> 00:38:44,375 - Taklah. - Ya. 503 00:38:44,375 --> 00:38:47,541 Aku takkan memiliki cinta. 504 00:38:48,125 --> 00:38:52,375 Sejujurnya, aku nak cari "cinta sejati" aku. 505 00:38:53,541 --> 00:38:54,375 Kau? 506 00:38:55,500 --> 00:38:57,000 - Kau? Cinta sejati? - Ya. 507 00:38:57,000 --> 00:38:58,666 - Cinta membosankan? - Ya. 508 00:38:58,666 --> 00:39:01,416 Bagi aku, cinta ibarat... 509 00:39:01,416 --> 00:39:03,375 Lambat-laun, cinta akan pudar. 510 00:39:03,375 --> 00:39:04,375 - Betul? - Ya. 511 00:39:04,375 --> 00:39:07,583 Aku cuma mampu pertahankan erti cinta yang aku faham, 512 00:39:07,583 --> 00:39:09,833 iaitu permulaannya, tapi... 513 00:39:10,625 --> 00:39:15,583 Kau tak tahu betapa aku mendambakan cinta yang kekal selama-lamanya. 514 00:39:16,916 --> 00:39:18,291 Tiada cinta yang kekal. 515 00:39:19,916 --> 00:39:21,500 Macam aku dengan Carmen. 516 00:39:21,500 --> 00:39:24,125 - Kau ingat dia? - Mustahil aku tak ingat. 517 00:39:25,208 --> 00:39:26,333 Dia tinggalkan aku. 518 00:39:26,333 --> 00:39:30,041 Nampaknya, cinta kami dah pudar. 519 00:39:30,041 --> 00:39:33,875 Dia pilih aku sebab dia belum jumpa cinta sejati dia. 520 00:39:36,791 --> 00:39:39,416 Sekarang, dia dah jumpa cinta itu. 521 00:39:40,041 --> 00:39:41,000 Aku terima. 522 00:39:41,000 --> 00:39:42,250 Kau macam mana? 523 00:39:48,250 --> 00:39:51,625 Aku sedih dan keliru. 524 00:39:51,625 --> 00:39:54,208 Biasalah orang kena tinggal. 525 00:39:56,833 --> 00:39:58,375 Tengok pengantin itu. 526 00:40:00,833 --> 00:40:02,333 Bukan main bahagia. 527 00:40:04,875 --> 00:40:06,125 Dengar sini. 528 00:40:06,125 --> 00:40:09,458 Memandangkan kita dah banyak makan garam dalam cinta... 529 00:40:09,458 --> 00:40:10,375 Ya. 530 00:40:11,083 --> 00:40:12,791 ...kita patut kongsikannya. 531 00:40:12,791 --> 00:40:14,500 - Jom! - Terbaik. 532 00:40:19,583 --> 00:40:20,750 Maaf. 533 00:40:21,250 --> 00:40:23,666 Kami pelancong dari Sepanyol. 534 00:40:23,666 --> 00:40:26,791 Kami nampak kamu masuk dengan penuh keterujaan, 535 00:40:26,791 --> 00:40:29,625 jadi kami nak ucap tahniah. 536 00:40:30,458 --> 00:40:34,458 Sebagai hadiah, kami nak kongsi pengalaman cinta kami 537 00:40:34,458 --> 00:40:37,541 selepas buat kajian dan pemerhatian saintifik. 538 00:40:43,541 --> 00:40:44,666 Kau marah? 539 00:40:46,916 --> 00:40:47,916 Tak. 540 00:40:49,500 --> 00:40:50,541 Dengar sini, Roi. 541 00:40:52,041 --> 00:40:54,125 Jangan campur aduk seks dan kerja. 542 00:40:55,958 --> 00:40:58,916 Bukankah itu yang kau cakap pada hari pertama? 543 00:41:00,125 --> 00:41:01,833 Ini bukan pasal seks. 544 00:41:03,000 --> 00:41:05,250 Bukan sebab itu aku nak cium kau, 545 00:41:06,541 --> 00:41:07,750 tapi sebab cinta. 546 00:41:08,958 --> 00:41:09,916 Kau pun tahu. 547 00:41:11,041 --> 00:41:12,875 Kalau sebab seks semata-mata, 548 00:41:14,291 --> 00:41:18,666 kalau kau rasa semua ini atas dasar nafsu, 549 00:41:18,666 --> 00:41:20,666 kau akan cium aku, bukan? 550 00:41:20,666 --> 00:41:22,041 Tapi sebaliknya. 551 00:41:22,041 --> 00:41:25,166 Kau tengok dahi aku dan baca tarikh luput aku. 552 00:41:27,458 --> 00:41:28,916 25 hari bulan Oktober. 553 00:41:30,416 --> 00:41:32,958 - Kemudian, kita berasmara. - Roi, cukup. 554 00:41:32,958 --> 00:41:35,166 Kau buat aku tak keruan. 555 00:41:37,208 --> 00:41:40,791 Sejak saat pertama aku nampak kau dan tatu kau, 556 00:41:40,791 --> 00:41:42,958 tapi aku tak boleh buat apa-apa. 557 00:41:42,958 --> 00:41:45,416 Pertama, sebab aku tak kenal kau. 558 00:41:47,833 --> 00:41:50,583 Kedua, sebab Berlin larang aku dekati kau. 559 00:41:50,583 --> 00:41:52,500 Apabila difikirkan semula, 560 00:41:53,958 --> 00:41:56,083 sebenarnya kau yang belum bersedia. 561 00:41:56,583 --> 00:41:58,458 Sebab kau terlalu takut. 562 00:42:01,958 --> 00:42:03,125 Aku marah. 563 00:42:04,541 --> 00:42:08,708 Aku marah sebab aku hadir dalam hidup kau selepas Jimmy. 564 00:42:08,708 --> 00:42:11,333 Sebab kau takut untuk jatuh cinta lagi. 565 00:42:11,333 --> 00:42:15,291 Kalaulah aku yang jumpa kau dulu, kita pasti bahagia. 566 00:42:56,666 --> 00:42:59,625 Dah dua kali aku jatuh cinta, tapi dua-dua melepas. 567 00:43:03,208 --> 00:43:06,125 Kau yakin kita akan bahagia kalau Jimmy tak wujud? 568 00:43:09,583 --> 00:43:11,041 Kau bukan Tuhan, Roi. 569 00:43:18,583 --> 00:43:19,458 Maaf. 570 00:43:26,208 --> 00:43:27,333 Sunyi sepi. 571 00:43:27,333 --> 00:43:29,208 Sebab polis dah sampai. 572 00:43:33,291 --> 00:43:35,166 Bahagia itu 573 00:43:35,750 --> 00:43:38,208 Berpegangan tangan membelah dunia 574 00:43:38,208 --> 00:43:39,958 Bahagia itu 575 00:43:41,166 --> 00:43:43,916 Wajah yang polos Di tengah-tengah kesesakan 576 00:43:43,916 --> 00:43:45,416 Bahagia itu 577 00:43:46,166 --> 00:43:48,875 Mengetahui impianku Selamat dalam pelukanmu 578 00:43:48,875 --> 00:43:51,000 Itulah kebahagiaan 579 00:43:53,666 --> 00:43:54,833 Bahagia itu 580 00:43:55,750 --> 00:43:59,916 Ibarat pantai di malam hari Dihempas ombak berdebur hilang 581 00:44:00,416 --> 00:44:02,833 Kulit perangmu menemani tidurku 582 00:44:02,833 --> 00:44:04,375 Bahagia itu 583 00:44:05,041 --> 00:44:07,708 Berdua memadu asmara dalam gelap 584 00:44:07,708 --> 00:44:10,166 Itulah kebahagiaan 585 00:44:12,375 --> 00:44:13,500 Bahagia itu 586 00:44:14,500 --> 00:44:16,958 Menghirup wain sambil berbual denganmu 587 00:44:16,958 --> 00:44:18,125 Bahagia itu 588 00:44:19,208 --> 00:44:21,666 Mencintai seikhlas hati 589 00:44:21,666 --> 00:44:23,000 Bahagia itu 590 00:44:23,875 --> 00:44:26,708 Berdua di dalam kereta Membelah malam 591 00:44:26,708 --> 00:44:28,833 Itulah kebahagiaan 592 00:44:30,750 --> 00:44:33,875 Ini lagu kita 593 00:44:33,875 --> 00:44:38,500 Inilah ceritera cinta kita 594 00:44:40,125 --> 00:44:43,333 Pahitnya ibarat kebenaran 595 00:44:43,333 --> 00:44:48,333 Itulah kebahagiaan 596 00:44:54,041 --> 00:44:55,250 Bahagia itu 597 00:44:56,583 --> 00:45:00,333 Memateri cinta bersaksikan bulan Diiringi alunan radio di bar 598 00:45:01,041 --> 00:45:03,416 Terjun ke dalam kolam Ketawa girang 599 00:45:03,416 --> 00:45:04,625 Bahagia itu 600 00:45:05,583 --> 00:45:08,750 Panggilan telefon yang tak dijangka-jangka 601 00:45:08,750 --> 00:45:10,500 Itulah kebahagiaan 602 00:45:11,041 --> 00:45:12,333 PUSAT LELONGAN CHEZ VIÉNOT 603 00:45:12,333 --> 00:45:15,458 Ini lagu kita 604 00:45:15,458 --> 00:45:20,708 Seperti angin, laut dan matahari 605 00:45:21,958 --> 00:45:24,916 Hangat dengan kebenaran 606 00:45:24,916 --> 00:45:29,666 Itulah kebahagiaan 607 00:45:31,083 --> 00:45:34,416 Ini lagu kita 608 00:45:34,416 --> 00:45:39,625 Seperti angin, laut dan matahari 609 00:45:40,833 --> 00:45:43,333 Hangat dengan kebenaran 610 00:45:43,916 --> 00:45:48,541 Itulah kebahagiaan 611 00:47:26,291 --> 00:47:29,875 Terjemahan sari kata oleh Saffura