1 00:00:08,708 --> 00:00:09,875 Oh, Tuhan. 2 00:00:10,833 --> 00:00:13,041 Kamu baru rancang nak timang anak. 3 00:00:13,666 --> 00:00:18,208 ...rancang nak timang anak. 4 00:00:18,208 --> 00:00:20,333 Kamu baru rancang nak timang anak. 5 00:00:26,291 --> 00:00:28,041 Awak rasa logikkah orang 6 00:00:29,333 --> 00:00:33,000 yang nak timang anak curi barang kemas bernilai 44 juta euro? 7 00:00:34,666 --> 00:00:38,000 Dia seorang saja yang boleh sentuh barang kemas itu. 8 00:00:38,000 --> 00:00:41,250 Dia seorang saja yang ada akses ke bilik kebal itu. 9 00:00:41,250 --> 00:00:45,041 Awak tak rasa pelikkah? Inilah rompakan paling tak masuk akal. 10 00:00:45,041 --> 00:00:47,208 Bodoh dan tak masuk akal. 11 00:00:47,208 --> 00:00:48,791 Masalahnya, hidup tak... 12 00:00:48,791 --> 00:00:52,625 Macam mana dengan semua bukti yang polis jumpa? 13 00:00:55,375 --> 00:00:56,875 Ada orang pecah masuk? 14 00:00:57,833 --> 00:01:00,083 Kami tak hidupkan penggera pada waktu malam. 15 00:01:00,083 --> 00:01:04,458 Pencuri boleh masuk, ambil kunci, jaket, kereta dia dan semuanya! 16 00:01:04,458 --> 00:01:05,375 Camille. 17 00:01:05,375 --> 00:01:09,208 Saya tak nafikan ramai pencuri dan psikopat di luar sana. 18 00:01:09,208 --> 00:01:12,041 Pencuri itu curi barang kemas bernilai 44 juta euro. 19 00:01:12,041 --> 00:01:16,916 Apa logiknya untuk dia patah balik dan pecah masuk rumah awak? 20 00:01:16,916 --> 00:01:20,291 Secara logiknya, pencuri cabut lari selepas mencuri. 21 00:01:20,291 --> 00:01:21,208 Tak. 22 00:01:22,166 --> 00:01:25,166 Polignac takkan bawa barang kemas itu ke kotej kami. 23 00:01:25,166 --> 00:01:28,166 Kalau betul pun, dia pasti matikan telefon dia. 24 00:01:28,166 --> 00:01:31,750 Dia suka tonton filem rompakan. Mustahil dia sebodoh itu. 25 00:01:31,750 --> 00:01:34,250 Saya pun suka filem pasal rompakan. 26 00:01:34,750 --> 00:01:36,416 Dah lapan tahun kami kahwin. 27 00:01:37,166 --> 00:01:39,708 Saya tahu François lelaki yang baik. 28 00:01:39,708 --> 00:01:42,333 Saya yakin dia tak bersalah walaupun polis syak dia. 29 00:01:50,958 --> 00:01:55,083 Saya dah buat keputusan nak tinggalkan dia selepas kita balik ke Paris, 30 00:01:56,208 --> 00:01:58,666 tapi dalam situasi sekarang, 31 00:01:58,666 --> 00:02:03,041 saya tak sampai hati nak tinggalkan dia. Dia tak bersalah. 32 00:02:07,916 --> 00:02:13,500 MONEY HEIST BERLIN 33 00:02:51,833 --> 00:02:53,958 Kami ada bukti yang secukupnya 34 00:02:55,041 --> 00:02:58,291 untuk sumbat awak ke penjara selama 15 tahun. 35 00:02:58,291 --> 00:02:59,416 Awak faham? 36 00:03:00,000 --> 00:03:02,875 Saya boleh tolong awak kalau awak beri kerjasama, 37 00:03:02,875 --> 00:03:04,458 tapi masa semakin suntuk. 38 00:03:04,458 --> 00:03:06,875 Kami mesti tangkap rakan subahat awak. 39 00:03:06,875 --> 00:03:10,166 Inspektor, saya betul-betul nak tolong. 40 00:03:11,458 --> 00:03:14,125 Masalahnya, saya tak tahu apa-apa. 41 00:03:17,000 --> 00:03:17,875 Baiklah. 42 00:03:23,708 --> 00:03:28,208 Saya akan pastikan hakim tak benarkan awak diikat jamin sehingga perbicaraan. 43 00:03:28,208 --> 00:03:32,041 Semua akaun dan aset awak akan dibekukan dan disita. 44 00:03:38,291 --> 00:03:41,208 Saya akan arahkan operasi pencarian besar-besaran 45 00:03:41,208 --> 00:03:44,958 dan pastikan barang kemas itu takkan tinggalkan Perancis. 46 00:03:51,000 --> 00:03:51,958 Tutup jalan. 47 00:03:53,083 --> 00:03:54,250 Tarik pepaku itu. 48 00:04:26,541 --> 00:04:27,833 Relaks. 49 00:04:53,041 --> 00:04:55,625 - Apa kau buat? - Buat apa lagi? Larilah. 50 00:04:55,625 --> 00:04:58,875 Relaks! Polis tiada apa-apa petunjuk. 51 00:05:01,041 --> 00:05:02,416 Yakah? Sekatan itu? 52 00:05:02,416 --> 00:05:07,166 Aku rasa polis dah tahu. Mereka dah kenal pasti muka dan RV kita! 53 00:05:09,000 --> 00:05:10,291 Apa mereka buat? 54 00:05:10,291 --> 00:05:11,875 - Relaks! - Aku nak lari. 55 00:05:11,875 --> 00:05:14,291 Ramai polis! Nanti mereka nampak! 56 00:05:14,291 --> 00:05:16,666 - Tutup pintu itu! - Berhenti di situ! 57 00:05:16,666 --> 00:05:18,750 - Polis takkan nampak! - Kau pun? 58 00:05:20,375 --> 00:05:22,041 - Berhenti! - Sorok tin itu! 59 00:05:22,041 --> 00:05:24,250 Kita sekeluarga sedang bercuti! 60 00:05:24,250 --> 00:05:25,541 Berhenti! Ada polis! 61 00:05:52,708 --> 00:05:53,791 Awak dah gila? 62 00:05:56,500 --> 00:05:57,500 Nak bunuh saya? 63 00:05:58,375 --> 00:06:02,541 Maaf, kami orang Sepanyol. Kami tak faham bahasa Perancis. 64 00:06:03,666 --> 00:06:05,041 Awak nyaris langgar saya. 65 00:06:05,791 --> 00:06:09,958 Maaf, saya tak perasan. Saya bertekak dengan anak saya, jadi... 66 00:06:12,916 --> 00:06:14,083 Bertekak pasal apa? 67 00:06:14,708 --> 00:06:16,125 Dia nak berhenti makan. 68 00:06:16,708 --> 00:06:19,416 Ini kali kedua dalam dua jam, jadi... 69 00:06:20,041 --> 00:06:23,041 Biasalah budak sedang membesar. Kuat makan. 70 00:06:25,958 --> 00:06:26,916 Tunjuk dokumen... 71 00:06:30,416 --> 00:06:31,666 dan buka pintu. 72 00:06:31,666 --> 00:06:33,083 Baiklah. 73 00:06:35,000 --> 00:06:39,000 Martita, ambilkan dokumen dan buka pintu. 74 00:06:57,833 --> 00:06:59,000 Jangan bergerak. 75 00:07:20,541 --> 00:07:22,333 - Dari mana? - Versailles. 76 00:07:22,333 --> 00:07:25,666 Kami di Paris beberapa hari dan ke Versailles semalam. 77 00:07:25,666 --> 00:07:27,375 Ada bukti untuk sahkannya? 78 00:07:28,041 --> 00:07:31,458 Selain beg sandwic itu dan cenderamata ini. 79 00:07:31,958 --> 00:07:32,958 Entahlah, saya... 80 00:07:34,958 --> 00:07:36,333 Saya tak pasti. 81 00:07:36,916 --> 00:07:38,041 Biar saya... 82 00:07:40,791 --> 00:07:42,000 Bukan ini... 83 00:07:43,875 --> 00:07:45,125 Oh, ini dia. 84 00:07:46,000 --> 00:07:47,458 Ini buktinya. Ya. 85 00:07:52,125 --> 00:07:54,250 Kamu daftar keluar pukul 2.40 petang. 86 00:07:55,416 --> 00:07:59,625 Apa kamu anak-beranak buat di Perancis sekarang? 87 00:07:59,625 --> 00:08:02,000 Mereka tak sekolahkah? Kamu bercuti? 88 00:08:02,583 --> 00:08:04,708 Kami bukan datang bercuti. 89 00:08:04,708 --> 00:08:07,708 Kami nak beri penghormatan kepada ibu saya. 90 00:08:08,208 --> 00:08:09,416 Tanda perpisahan. 91 00:08:09,416 --> 00:08:11,083 Ibu meninggal tiga minggu lepas. 92 00:08:11,083 --> 00:08:15,208 Kami patut mengembara bersama, tapi Tuhan lebih sayang akan dia. 93 00:08:30,083 --> 00:08:31,791 Inilah "ibu" kau orang. 94 00:08:31,791 --> 00:08:35,291 Kita tak boleh bawa abu mayat ke sana sini di Perancis. 95 00:08:35,875 --> 00:08:38,416 Polis takkan pedulikan tin barang kemas itu. 96 00:08:38,416 --> 00:08:42,125 Dalam erti kata lain, polis takkan ganggu keluarga 97 00:08:42,125 --> 00:08:44,750 yang meratapi pemergian insan tersayang. 98 00:08:45,916 --> 00:08:48,291 Kami nak buang abu ibu di Pyrenees. 99 00:08:48,291 --> 00:08:49,708 Tak boleh. 100 00:08:50,208 --> 00:08:54,041 Abu mayat tak boleh dibuang di Perancis tanpa kebenaran mahkamah. 101 00:08:54,041 --> 00:08:56,833 Ia juga tak boleh dibawa ke sana sini. 102 00:08:58,208 --> 00:08:59,916 Isu alam sekitar. 103 00:09:00,500 --> 00:09:03,291 Pembakaran mayat menyebabkan pencemaran. 104 00:09:03,291 --> 00:09:06,625 Logam implan gigi dan penggantian sendi. 105 00:09:07,208 --> 00:09:08,166 Faham? 106 00:09:08,166 --> 00:09:10,708 Ia satu kesalahan di sisi undang-undang. 107 00:09:10,708 --> 00:09:13,500 - Maksudnya? - Mereka nak rampas abu mayat ibu? 108 00:09:13,500 --> 00:09:15,208 Biar betul? Mengarutlah! 109 00:09:15,208 --> 00:09:18,333 Bukankah Perancis memperjuangkan kebebasan? 110 00:09:18,333 --> 00:09:20,583 - Kesamaan dan persaudaraan? - Duduk. 111 00:09:20,583 --> 00:09:22,541 Diam, José Luis. Duduk. 112 00:09:23,541 --> 00:09:24,708 Duduk! 113 00:09:30,833 --> 00:09:31,708 Buka bekas abu itu. 114 00:09:33,166 --> 00:09:34,500 Tin-tin itu sekali. 115 00:09:46,958 --> 00:09:47,958 Kejar dia! 116 00:09:52,083 --> 00:09:53,416 Angkat tangan! 117 00:10:07,416 --> 00:10:08,833 Meniarap! 118 00:10:10,875 --> 00:10:11,958 Letak bekas itu! 119 00:10:12,541 --> 00:10:14,333 Tolonglah jangan... 120 00:10:16,750 --> 00:10:17,583 Letak! 121 00:10:17,583 --> 00:10:19,416 Jangan! Tolonglah... 122 00:10:26,458 --> 00:10:28,583 Lepaskan dia! Dia masih budak! 123 00:10:28,583 --> 00:10:29,750 Dia masih budak! 124 00:10:39,208 --> 00:10:40,666 - Tak apa. - Ibu... 125 00:10:48,583 --> 00:10:49,666 Bukalah semuanya. 126 00:10:51,041 --> 00:10:54,166 Geledahlah semuanya, tapi jangan ganggu kami. 127 00:10:54,666 --> 00:10:56,041 Awak lepaskan tembakan. 128 00:10:56,041 --> 00:10:58,833 Siapa suruh dia lari? Kami terpaksa tembak. 129 00:10:59,333 --> 00:11:03,291 Alihkan RV awak dan teruskan perjalanan. 130 00:11:31,666 --> 00:11:32,625 Mengagumkan. 131 00:11:34,833 --> 00:11:35,958 Boleh menang Oscar. 132 00:11:37,916 --> 00:11:39,166 Kalah Penélope Cruz. 133 00:11:45,583 --> 00:11:47,000 Telefon Keila dan Bruce. 134 00:11:48,500 --> 00:11:51,333 Walaupun polis mempergiat operasi pencarian, 135 00:11:51,333 --> 00:11:54,375 siasatan kes rompakan Pusat Lelongan Chez Viénot 136 00:11:54,375 --> 00:11:56,166 masih menemui jalan buntu. 137 00:11:56,166 --> 00:11:59,125 Sepasang warga emas dan menantu mereka dibunuh 138 00:11:59,125 --> 00:12:02,958 dalam satu rompakan di sebuah rumah di Nevers. 139 00:12:02,958 --> 00:12:07,208 Suspek yang merupakan sepasang kekasih menembak mangsa lebih 20 kali. 140 00:12:07,208 --> 00:12:08,125 Helo? 141 00:12:08,125 --> 00:12:10,750 Dah naik bas? Jawab "ya" atau "tidak". 142 00:12:11,333 --> 00:12:13,666 - Ya. - Polis buat OPS Sangkar. 143 00:12:13,666 --> 00:12:16,666 Polis buat tiga lapis sekatan jalan raya. 144 00:12:16,666 --> 00:12:19,541 Kami baru lepas satu. Kau orang patut turun bas. 145 00:12:19,541 --> 00:12:22,375 Turun di hentian seterusnya. 146 00:12:22,375 --> 00:12:24,291 - Ya. - Ikut jalan hutan. 147 00:12:24,291 --> 00:12:27,375 Pasang khemah di tempat paling terpencil. 148 00:12:27,375 --> 00:12:30,083 Sambung perjalanan menjelang awal pagi esok. 149 00:12:30,083 --> 00:12:32,166 Jangan ikut laluan bertanda. 150 00:12:32,166 --> 00:12:33,541 - Faham? - Ya. 151 00:12:44,125 --> 00:12:48,416 Kita berkhemah di sini selama tiga hari sehingga situasi reda. 152 00:12:48,416 --> 00:12:50,166 - Sekarang? - Ya. 153 00:12:50,166 --> 00:12:53,375 Kita menyorok di tempat yang polis takkan cari. 154 00:12:53,375 --> 00:12:56,958 Pernahkah polis cari perompak di kolam memancing? 155 00:12:56,958 --> 00:12:58,583 Kita menyorok di sana. 156 00:13:18,041 --> 00:13:21,625 Aku tahu kau marah, tapi janganlah diam saja. 157 00:13:24,500 --> 00:13:27,000 Eh! Aku nampak kau senyum. 158 00:13:27,000 --> 00:13:28,500 Kau nak ketawa, bukan? 159 00:13:30,583 --> 00:13:33,375 Alahai, Keila. Janganlah jual mahal. 160 00:13:33,375 --> 00:13:34,416 Dengar sini. 161 00:13:34,416 --> 00:13:36,250 Kita ada misi. 162 00:13:36,250 --> 00:13:38,041 Kita bukan kawan, 163 00:13:38,041 --> 00:13:42,250 jadi tak payah buat-buat mesra dan ajak aku bersembang. 164 00:13:42,250 --> 00:13:44,458 Jalan saja. Tak payah cakap apa-apa. 165 00:13:45,083 --> 00:13:47,666 Selepas ini, kita bawa haluan masing-masing. 166 00:13:51,375 --> 00:13:53,000 Aku takkan diam, jadi... 167 00:13:56,333 --> 00:13:57,708 Sampai hati kau. 168 00:13:57,708 --> 00:13:59,500 Kecil hati aku. 169 00:14:01,333 --> 00:14:03,000 Lebih baik aku diam saja. 170 00:14:10,041 --> 00:14:11,041 Berhenti! 171 00:14:17,916 --> 00:14:20,458 Kau buat kerja-kerja rencam, aku berkebun. 172 00:15:21,916 --> 00:15:24,125 - Nak aku tolong? - Tak payah. 173 00:15:26,541 --> 00:15:27,750 Aku nak ambil angin. 174 00:15:58,125 --> 00:16:02,375 Saya dah buat keputusan nak tinggalkan dia selepas kita balik ke Paris. 175 00:16:02,375 --> 00:16:04,875 Saya tahu François lelaki yang baik. 176 00:16:09,500 --> 00:16:10,750 Selamat siang, tuan. 177 00:16:10,750 --> 00:16:15,000 Boleh saya tahu berapa lama tuan bercadang untuk menginap di sini? 178 00:16:15,000 --> 00:16:17,166 Saya tak pasti. Terima kasih. 179 00:16:17,166 --> 00:16:22,041 Tuan nak kami hantar jurukemas untuk tukar cadar? 180 00:16:22,041 --> 00:16:24,541 Dah berhari-hari bilik tuan tak dikemas. 181 00:16:24,541 --> 00:16:27,000 Terima kasih, tapi saya sedang bekerja. 182 00:16:27,000 --> 00:16:30,125 Maaf, saya kena jawab panggilan itu. Terima kasih. 183 00:16:33,625 --> 00:16:36,458 Polis dah kepung seluruh Paris. 184 00:16:36,458 --> 00:16:37,708 Tiga lapis sekatan. 185 00:16:38,708 --> 00:16:42,791 Kami akan berkhemah di sini selama tiga hari sehingga situasi reda. 186 00:16:42,791 --> 00:16:44,083 Bagus. 187 00:16:44,083 --> 00:16:45,708 Kau dah gerak ke Madrid? 188 00:16:46,833 --> 00:16:47,833 Belum. 189 00:16:48,958 --> 00:16:50,166 - Kau di Paris? - Ya. 190 00:16:50,166 --> 00:16:51,958 Jangan risau pasal aku. 191 00:16:51,958 --> 00:16:55,041 Aku nak beritahu kau sesuatu. Kita ada masalah. 192 00:16:55,041 --> 00:16:58,916 Aku tak ikut cakap kau. Aku ambil kalung Eleanor dari Avignon. 193 00:16:58,916 --> 00:17:00,791 Aku bawa ia keluar dari hotel. 194 00:17:00,791 --> 00:17:03,083 Aku curi kereta dan berlumba haram. 195 00:17:03,083 --> 00:17:04,541 Di mana kalung itu? 196 00:17:07,875 --> 00:17:12,250 Tercicir di dalam kereta itu dan kereta itu dah tiada. 197 00:17:14,500 --> 00:17:16,166 Ia berlegar-legar di Paris. 198 00:17:26,166 --> 00:17:27,750 Keluar! Sekarang! 199 00:17:33,708 --> 00:17:35,166 Aku dah jadi liabiliti. 200 00:17:36,041 --> 00:17:39,208 Aku rela tarik diri dan serah semua bahagian aku. 201 00:17:39,208 --> 00:17:41,541 Aku faham kalau kau marah. 202 00:17:41,541 --> 00:17:43,250 Kau dah buat silap besar. 203 00:17:43,250 --> 00:17:46,791 Kau buat kesilapan yang tak boleh diterima dek akal. 204 00:17:51,500 --> 00:17:52,875 Kenapa, Roi? 205 00:17:54,291 --> 00:17:55,333 Aku marah. 206 00:17:58,541 --> 00:18:00,166 Kau layan aku macam sampah. 207 00:18:02,916 --> 00:18:05,291 Aku tak suka kau panggil aku anjing. 208 00:18:05,291 --> 00:18:07,208 Sebab itu aku memberontak. 209 00:18:09,041 --> 00:18:13,833 Ada dua hikmah di sebalik tindakan bodoh kau itu. 210 00:18:14,416 --> 00:18:18,291 Pertama, kalung itu ada di tangan pelumba haram. 211 00:18:18,291 --> 00:18:24,000 Mereka takkan serah kalung itu kepada polis atas dasar tanggungjawab. 212 00:18:24,000 --> 00:18:26,541 Hikmah kedua, yakni hikmah paling besar, 213 00:18:26,541 --> 00:18:30,833 kau dah buktikan kau seorang yang bermaruah, berprinsip 214 00:18:30,833 --> 00:18:35,000 dan berani berdepan dengan orang yang hina kau. 215 00:18:39,166 --> 00:18:40,291 Aku minta maaf. 216 00:18:42,708 --> 00:18:45,541 Aku kecewa dan terlalu ikut perasaan. 217 00:18:45,541 --> 00:18:48,166 Sebab itu aku hina kau dan Damián. 218 00:18:48,166 --> 00:18:50,166 - Siapa kecewakan kau? - Camille. 219 00:18:50,166 --> 00:18:52,458 Dia nak pilih aku. 220 00:18:52,458 --> 00:18:55,583 Dia dah buat keputusan untuk tinggalkan Polignac, 221 00:18:55,583 --> 00:18:58,416 tapi Polignac tiada sebab dia di penjara. 222 00:18:59,125 --> 00:19:02,208 - Kita sumbat dia ke penjara terlalu awal. - Betul. 223 00:19:02,208 --> 00:19:04,208 Kenapa aku tak bunuh saja dia? 224 00:19:05,125 --> 00:19:07,333 Biar dia lenyap dari muka bumi ini. 225 00:19:07,833 --> 00:19:09,875 Nasib baik polis dah tangkap dia. 226 00:19:09,875 --> 00:19:11,500 Masalahnya sekarang, 227 00:19:11,500 --> 00:19:14,625 Camille tak sampai hati nak tinggalkan dia. 228 00:19:14,625 --> 00:19:16,333 Camille yakin dia tak bersalah? 229 00:19:16,333 --> 00:19:19,750 Camille cakap dia lelaki yang baik. Haram jadah betul! 230 00:19:19,750 --> 00:19:22,083 Kita buat dia nampak macam malaikat! 231 00:19:22,083 --> 00:19:24,500 - Kelakar, bukan? - Apa kau nak buat? 232 00:19:24,500 --> 00:19:27,458 Aku ada rancangan. Camille suka malaikat, bukan? 233 00:19:27,458 --> 00:19:28,541 Baiklah. 234 00:19:28,541 --> 00:19:30,875 Akaun bersama mereka dah dibekukan, 235 00:19:30,875 --> 00:19:35,625 jadi aku akan tabur duit untuk dia upah peguam terbaik di Paris. 236 00:19:36,208 --> 00:19:38,083 Akulah Gandhi Perancis. 237 00:19:38,083 --> 00:19:42,708 Selepas Polignac bebas, Camille akan tinggalkan dia dan ikut aku. 238 00:19:44,041 --> 00:19:47,416 - Banyaknya duit. - Upah peguam terbaik di Paris. 239 00:19:47,416 --> 00:19:50,291 Tunai. Saya tahu akaun awak dah dibekukan. 240 00:19:50,291 --> 00:19:56,833 Lelaki lain pasti bersorak melihat suami kekasihnya dipenjarakan, 241 00:19:57,416 --> 00:19:58,583 tapi awak sebaliknya. 242 00:19:59,916 --> 00:20:02,458 Simón, kenapa mulia sangat hati awak? 243 00:20:03,250 --> 00:20:04,500 Jangan salah faham. 244 00:20:05,291 --> 00:20:06,833 Saya tahu tempat saya. 245 00:20:08,291 --> 00:20:09,541 Saya ada maruah. 246 00:20:10,375 --> 00:20:13,875 Saya tak nak menang tanpa bertanding. 247 00:20:16,083 --> 00:20:18,500 Ikut saya jumpa François di penjara esok. 248 00:20:21,250 --> 00:20:22,125 Camille. 249 00:20:24,125 --> 00:20:26,375 Saya akan ikut awak ke mana-mana saja. 250 00:20:36,625 --> 00:20:39,041 - Nak aku zip? - Kau tidur di luar? 251 00:20:39,041 --> 00:20:41,458 Aku tak nak buat kau rasa tak selesa. 252 00:20:42,541 --> 00:20:43,583 Betul juga. 253 00:20:56,708 --> 00:20:58,333 Di mana barang kemas lain? 254 00:20:59,000 --> 00:21:00,250 Barang kemas apa? 255 00:21:00,250 --> 00:21:04,041 Saya tak tahu apa-apa. Saya tak pernah nampak kalung itu. 256 00:21:04,041 --> 00:21:05,583 Ia ada di dalam kereta awak. 257 00:21:08,083 --> 00:21:10,458 - Itu bukan kereta saya. - Saya tahu. 258 00:21:10,458 --> 00:21:13,125 Ia dilaporkan dicuri malam tadi. 259 00:21:13,125 --> 00:21:16,666 Pada masa yang sama semua barang kemas itu dicuri. 260 00:21:16,666 --> 00:21:19,166 Sekarang, beritahu saya. 261 00:21:19,666 --> 00:21:23,083 Macam mana kalung ini boleh ada di dalam kereta itu? 262 00:21:23,083 --> 00:21:27,666 Saya tak tahu itu kereta curi. Kereta itu hadiah pertaruhan. 263 00:21:28,583 --> 00:21:30,708 Okey, macam inilah. 264 00:21:30,708 --> 00:21:34,583 Bayangkan awak baru rompak barang kemas bernilai 44 juta euro. 265 00:21:34,583 --> 00:21:37,333 Awak nak bawa kalung bernilai lima juta euro 266 00:21:37,333 --> 00:21:40,750 pergi berlumba haram dan tinggalkannya di dalam kereta? 267 00:21:42,875 --> 00:21:44,416 Ia bukan perlumbaan biasa. 268 00:21:45,291 --> 00:21:47,666 Gadis berdiri di atas bumbung kereta. 269 00:21:47,666 --> 00:21:49,875 Ia perlumbaan adrenalina. 270 00:21:49,875 --> 00:21:53,416 Mungkin mereka terlalu teruja selepas merompak. 271 00:21:53,416 --> 00:21:56,375 Cari dan tanyalah mereka sendiri. 272 00:21:58,083 --> 00:21:59,833 Awak cam muka mereka? 273 00:21:59,833 --> 00:22:01,875 Umur mereka sekitar awal 20-an. 274 00:22:02,375 --> 00:22:04,708 Si gadis berambut panjang dan perang. 275 00:22:04,708 --> 00:22:07,708 Si lelaki pula pakai sarung tangan sebelah kiri. 276 00:22:07,708 --> 00:22:09,958 Sarung tangan tukul besi berwarna hitam. 277 00:22:09,958 --> 00:22:13,041 Ada parut, tatu dan sebagainya? 278 00:22:13,041 --> 00:22:15,041 Tangan kanan lelaki itu bertatu. 279 00:22:16,125 --> 00:22:20,041 Tatu tanduk rusa atau lebih kurang macam itu. 280 00:22:20,625 --> 00:22:23,083 - Orang Perancis? - Tak, orang Sepanyol. 281 00:22:24,083 --> 00:22:24,916 Awak pasti? 282 00:22:24,916 --> 00:22:26,958 Saya pernah tinggal di Sepanyol. 283 00:22:27,750 --> 00:22:29,833 Mereka orang Sepanyol. Percayalah. 284 00:22:38,000 --> 00:22:39,666 Hubungi Europol Sepanyol. 285 00:22:44,833 --> 00:22:46,083 Dia nak pergi mana? 286 00:22:46,083 --> 00:22:48,166 Dia patah hati. Tak payah tanya. 287 00:22:54,583 --> 00:22:55,875 Roi. 288 00:22:55,875 --> 00:22:56,958 Pandang sini. 289 00:22:59,250 --> 00:23:00,750 Terima kasih tolong aku. 290 00:23:01,916 --> 00:23:05,583 Aku dengar kau beritahu Berlin pasal kalung berlian itu. 291 00:23:07,375 --> 00:23:08,666 Dah dua kali. 292 00:23:10,166 --> 00:23:12,833 Kali ketiga, beritahu sebab kau ikut Berlin... 293 00:23:14,875 --> 00:23:16,208 dan rompakan ini. 294 00:23:16,916 --> 00:23:17,833 Okey. 295 00:23:20,750 --> 00:23:21,625 Janji? 296 00:23:33,083 --> 00:23:33,958 Janji. 297 00:23:49,916 --> 00:23:51,000 Selamat malam. 298 00:23:58,125 --> 00:23:59,250 Selamat malam. 299 00:24:03,083 --> 00:24:03,958 Bruce? 300 00:24:06,125 --> 00:24:08,000 Hujan lebat! Kau okey? 301 00:24:08,500 --> 00:24:11,125 Aku okey! Jangan risau. Sekejap lagi redalah. 302 00:24:23,375 --> 00:24:26,583 Kau basah kuyup! Masuklah! Bodoh betul. 303 00:24:26,583 --> 00:24:28,458 Tak apa, aku okey. 304 00:24:28,458 --> 00:24:29,458 Masuk sekarang! 305 00:24:29,458 --> 00:24:33,250 Kalau kau kena pneumonia, habislah. Misi kita lebih penting. 306 00:24:33,833 --> 00:24:34,708 Betul juga. 307 00:24:35,375 --> 00:24:36,291 Masuk. 308 00:24:49,416 --> 00:24:50,583 Habis basah. 309 00:25:51,208 --> 00:25:54,375 WOLF 310 00:26:39,625 --> 00:26:40,583 Apa? 311 00:26:42,375 --> 00:26:43,833 Awak okey? 312 00:26:44,875 --> 00:26:46,458 Isteri saya... 313 00:26:47,333 --> 00:26:51,000 Dia meninggal dunia tiga minggu lepas. Saya rindu akan dia. 314 00:26:51,791 --> 00:26:52,791 Takziah. 315 00:26:55,333 --> 00:26:56,916 Nak cakap pasal itu? 316 00:26:59,625 --> 00:27:01,166 Mungkin lain kali saja. 317 00:27:01,708 --> 00:27:03,125 Tunggu di sini sekejap. 318 00:27:07,625 --> 00:27:09,041 Limoncello. 319 00:27:09,041 --> 00:27:11,541 Saya buat sendiri ikut resipi Sicily. 320 00:27:12,208 --> 00:27:13,083 Cubalah. 321 00:27:14,500 --> 00:27:15,583 Awak pasti suka. 322 00:27:41,083 --> 00:27:44,125 Saya sayang awak, tapi lebih baik kita berpisah. 323 00:28:24,208 --> 00:28:25,708 {\an8}PANGGILAN MASUK DAMIÁN 324 00:28:29,208 --> 00:28:31,083 - Damián? - Hai, Carmen. 325 00:28:31,833 --> 00:28:34,333 Semua okey? Sekarang pukul 2.00 pagi. 326 00:28:34,333 --> 00:28:35,666 Saya tahu. 327 00:28:35,666 --> 00:28:37,541 Saya nak tanya awak sesuatu. 328 00:28:38,708 --> 00:28:41,916 Saya keliru selepas kita berbual tempoh hari. 329 00:28:41,916 --> 00:28:43,708 - Saya ada soalan. - Tanyalah. 330 00:28:43,708 --> 00:28:46,166 Saya jumpa seorang perempuan. 331 00:28:46,791 --> 00:28:51,875 Kami bersembang sepanjang malam sambil minum sebotol limoncello. 332 00:28:52,375 --> 00:28:55,041 Dia buat sendiri ikut resipi Sicily. 333 00:28:56,041 --> 00:29:00,166 Betulkah awak nak berpisah? Dah fikir masak-masak? 334 00:29:00,875 --> 00:29:03,000 Saya tahu ia bukan mudah. 335 00:29:03,000 --> 00:29:06,583 Kita bercakap melalui telefon dan terlalu ikut perasaan... 336 00:29:07,208 --> 00:29:09,541 Saya tak nak ada kesalan antara kita. 337 00:29:09,541 --> 00:29:12,750 Saya dah fikir masak-masak sebelum buat keputusan. 338 00:29:12,750 --> 00:29:13,666 Okey, jadi... 339 00:29:14,250 --> 00:29:16,458 Sebenarnya, saya beritahu awak 340 00:29:16,458 --> 00:29:19,416 sebab saya betul-betul suka perempuan itu. 341 00:29:20,375 --> 00:29:22,083 Kami sangat serasi, 342 00:29:22,583 --> 00:29:26,250 tapi saya masih boleh kawal perasaan saya. 343 00:29:26,750 --> 00:29:29,458 Saya takut awak ubah fikiran. 344 00:29:29,458 --> 00:29:31,458 Saya tak nak curang dengan awak 345 00:29:31,458 --> 00:29:33,666 dan lukakan hati awak atau dia... 346 00:29:33,666 --> 00:29:35,541 Walaupun dah lewat, 347 00:29:35,541 --> 00:29:39,750 saya nakkan kepastian sebelum keluar dengan perempuan lain. 348 00:29:40,750 --> 00:29:42,250 Sebab saya hormat awak. 349 00:29:42,875 --> 00:29:45,291 Kalau perpisahan ini cuma sementara, 350 00:29:45,291 --> 00:29:47,708 sampai bila saya mesti tunggu? 351 00:29:47,708 --> 00:29:49,875 Apa yang boleh dan tak boleh? 352 00:29:49,875 --> 00:29:51,125 Awak faham? 353 00:29:51,666 --> 00:29:54,750 Saya tak percaya awak ada perempuan lain. 354 00:29:55,333 --> 00:29:56,250 Kalau ada pun, 355 00:29:56,250 --> 00:30:00,208 awak boleh keluar dengan dia atau sesiapa saja yang awak suka. 356 00:30:00,208 --> 00:30:04,875 Jangan sia-siakan peluang yang datang. Saya takkan sia-siakannya. 357 00:30:06,583 --> 00:30:09,500 Apa jadah? Awak nak tidur dengan semua lelaki? 358 00:30:10,791 --> 00:30:12,041 Itukah maksud awak? 359 00:30:12,833 --> 00:30:14,125 Dasar jalang! 360 00:30:14,625 --> 00:30:19,208 Awak ingat saya tak tahu pasal Si Jakal dan emoji api itu? 361 00:30:19,791 --> 00:30:23,750 Awak pakai bikini dan kain sarung ke pantai untuk jamu mata dia! 362 00:30:23,750 --> 00:30:27,958 Awak libatkan ibu awak sendiri dalam drama kecurangan awak! 363 00:30:27,958 --> 00:30:33,041 Awak hantar saya ke lapangan terbang sebelum kongkek dia 364 00:30:33,041 --> 00:30:35,083 sedangkan awak baru cium saya! 365 00:30:36,541 --> 00:30:40,291 Jangan letak telefon! Dengar sini, bodoh! 366 00:30:41,000 --> 00:30:42,458 Betina tak guna! 367 00:30:42,958 --> 00:30:45,416 Apa lagi? 368 00:30:45,916 --> 00:30:48,583 Mengaku sajalah! Apa lagi? 369 00:31:21,583 --> 00:31:23,291 Maafkan saya, Carmen. 370 00:31:23,791 --> 00:31:25,083 Saya mabuk. 371 00:31:26,541 --> 00:31:28,000 Saya terlepas cakap. 372 00:31:29,208 --> 00:31:32,666 Tolong lupakan kata-kata saya tadi. 373 00:31:33,625 --> 00:31:37,041 Tak, saya takkan lupa. Betul cakap awak. 374 00:31:38,625 --> 00:31:39,625 Saya curang. 375 00:31:41,541 --> 00:31:45,166 Saya takkan curang kalau saya tak betul-betul cinta akan dia. 376 00:31:46,208 --> 00:31:49,041 Saya tak mencari, tapi saya tak mampu menahannya. 377 00:31:49,625 --> 00:31:50,583 Maafkan saya. 378 00:31:53,458 --> 00:31:54,750 Saya cinta akan dia. 379 00:32:01,666 --> 00:32:02,583 Damián? 380 00:32:05,916 --> 00:32:06,791 Damián? 381 00:32:09,958 --> 00:32:11,541 Saya faham, Carmen. 382 00:32:12,375 --> 00:32:13,875 Saya dah faham sekarang. 383 00:32:14,833 --> 00:32:16,333 Saya faham perasaan awak. 384 00:32:18,250 --> 00:32:20,791 Saya tahu cinta mengatasi segalanya. 385 00:32:21,291 --> 00:32:23,625 Tiada apa-apa yang mampu menghalangnya. 386 00:32:24,291 --> 00:32:25,416 Awak nak tahu? 387 00:32:26,458 --> 00:32:28,125 Syukurlah semua ini berlaku. 388 00:32:29,916 --> 00:32:31,375 Sekurang-kurangnya, 389 00:32:32,083 --> 00:32:38,583 saya tahu awak tinggalkan saya demi lelaki yang awak betul-betul cintai. 390 00:32:39,625 --> 00:32:41,416 Tergamak awak cakap macam itu? 391 00:32:41,416 --> 00:32:44,583 Saya takkan tinggalkan awak kalau dia cuma selingan. 392 00:32:46,708 --> 00:32:48,833 Awak cinta sejati saya. 393 00:32:50,000 --> 00:32:51,000 Saya tahu. 394 00:32:53,583 --> 00:32:55,041 Saya pun sayang awak. 395 00:33:24,166 --> 00:33:25,291 Ada masalahkah? 396 00:33:26,416 --> 00:33:27,250 Tak. 397 00:33:27,750 --> 00:33:31,125 Aku nak pergi tandas atau mana-mana sajalah. 398 00:33:35,250 --> 00:33:37,333 Kencing. Aku nak kencing. 399 00:33:38,208 --> 00:33:40,541 Bukan pergi tandas, tapi pergi kencing. 400 00:33:40,541 --> 00:33:41,458 Okey. 401 00:34:54,083 --> 00:34:56,166 - Kenapa? - Aku kena patuk ular. 402 00:34:56,166 --> 00:34:58,166 - Di mana ular itu? - Di sana. 403 00:34:58,166 --> 00:35:00,916 Bruce! Itu ularnya! 404 00:35:06,791 --> 00:35:08,250 - Alamak. - Kenapa? 405 00:35:08,833 --> 00:35:09,958 Ini ular kapak. 406 00:35:09,958 --> 00:35:12,708 Berbisakah? Bahayakah? 407 00:35:20,458 --> 00:35:21,583 Baring. 408 00:35:21,583 --> 00:35:23,208 - Kenapa? - Baring saja. 409 00:35:38,958 --> 00:35:40,166 Kau nak buat apa? 410 00:35:40,166 --> 00:35:41,625 Di mana ular itu patuk? 411 00:35:41,625 --> 00:35:43,125 Kaki kanan. 412 00:35:45,625 --> 00:35:46,708 Kau nak buat apa? 413 00:35:48,500 --> 00:35:50,708 - Kau nak buat apa? - Toreh kaki kau. 414 00:35:51,208 --> 00:35:52,625 - Apa? - Toreh kaki kau. 415 00:36:14,750 --> 00:36:16,416 Ini jahitan terakhir. 416 00:36:18,666 --> 00:36:19,666 Siap. 417 00:36:20,958 --> 00:36:21,916 Kau okey? 418 00:36:22,791 --> 00:36:23,625 Rasanya. 419 00:36:24,125 --> 00:36:25,916 Okey, hulur tangan kau. 420 00:36:41,958 --> 00:36:43,375 Kau cari apa? 421 00:36:43,375 --> 00:36:45,375 Bintik merah pada kulit kau. 422 00:36:46,666 --> 00:36:48,041 Kau boleh bernafas? 423 00:36:48,041 --> 00:36:50,291 Boleh, tapi aku sejuk. 424 00:36:51,083 --> 00:36:54,333 Tunggu dulu. Beritahu aku kalau tekak kau bengkak. 425 00:36:54,333 --> 00:36:56,916 Lidah aku kebas. Mungkin dah bengkak. 426 00:36:57,791 --> 00:36:58,833 Biar aku tengok. 427 00:37:04,166 --> 00:37:05,166 Jom. 428 00:37:07,458 --> 00:37:08,458 Kenapa? 429 00:37:09,958 --> 00:37:11,125 Kau buat aku takut. 430 00:37:14,583 --> 00:37:15,583 Relaks. 431 00:37:15,583 --> 00:37:19,625 Kita perlukan bantuan. Kau kena patuk dengan ular berbisa. 432 00:37:19,625 --> 00:37:22,500 Bisanya dah bertindak balas. Kita mesti pergi. 433 00:37:22,500 --> 00:37:23,791 Cepat! Panjat. 434 00:37:25,250 --> 00:37:28,541 Okey. Aku takkan mati, bukan? 435 00:37:28,541 --> 00:37:31,625 Tak, aku takkan biarkan kau mati. 436 00:37:33,291 --> 00:37:36,333 Kenapa lari kalau bisanya tak membawa maut? 437 00:37:55,250 --> 00:37:58,958 Inspektor Marie Lavelle dari Unit Jenayah Terancang. 438 00:38:00,833 --> 00:38:04,166 Alicia Sierra. Subinspektor Europol Sepanyol. 439 00:38:04,166 --> 00:38:07,208 Kita tiada masa. Banyak yang nak dibincangkan. 440 00:38:07,208 --> 00:38:10,500 Okey, asalkan ada croissant dan kopi susu. 441 00:38:13,375 --> 00:38:14,375 Saya gurau saja. 442 00:38:15,208 --> 00:38:16,041 Jom. 443 00:38:20,000 --> 00:38:22,458 Alex, bawakan kopi susu dan croissant. 444 00:40:06,541 --> 00:40:09,333 Terjemahan sari kata oleh Saffura