1 00:00:07,550 --> 00:00:10,428 Awak uruskannya? Saya suruh cari peguam jenayah. 2 00:00:10,428 --> 00:00:14,307 Peguam bela kita tak dapat dihubungi sebab kita tak bayar mereka. 3 00:00:14,307 --> 00:00:16,350 Malah, mereka antara yang berang, 4 00:00:16,350 --> 00:00:18,770 dan jumlah orang berang makin ramai. 5 00:00:18,770 --> 00:00:22,273 - Jangan nak menilai saya. - Saya nyatakan hakikat saja. 6 00:00:22,774 --> 00:00:25,777 Orang yang tak sudi tolong awak makin ramai. 7 00:00:25,777 --> 00:00:28,696 - Aduhai. - Saya akan hadiri mesyuarat itu. 8 00:00:30,031 --> 00:00:31,783 Mestilah. Awak penghentam balik saya. 9 00:00:32,283 --> 00:00:36,370 Kemudian saya akan ke mahkamah untuk uruskan pertuduhan Conrad. 10 00:00:36,370 --> 00:00:38,706 - Saya nak awak fokus. - Saya tahu. 11 00:00:39,207 --> 00:00:40,208 Jilly? 12 00:00:41,501 --> 00:00:43,086 Kami boleh uruskannya. 13 00:00:43,086 --> 00:00:44,003 Sungguh. 14 00:00:44,003 --> 00:00:48,257 Dia akan diikat jamin dan dibebaskan. Jangan risau. Tengoklah nanti. 15 00:01:12,532 --> 00:01:13,950 Dia nak jumpa kita lagi. 16 00:01:15,243 --> 00:01:16,202 Croker. 17 00:01:16,702 --> 00:01:17,912 Saya setuju. 18 00:01:18,538 --> 00:01:19,372 Sebab apa? 19 00:01:19,372 --> 00:01:21,666 Biar dia tahu mesyuarat lepas bukan kebetulan. 20 00:01:22,166 --> 00:01:25,086 Dia bawa peguamnya. Apa kita tahu tentang dia? 21 00:01:27,672 --> 00:01:28,923 Roger White. 22 00:01:29,507 --> 00:01:31,425 Dia peguam yang hebat. 23 00:01:31,425 --> 00:01:33,511 Dia juga baik orangnya. 24 00:01:34,095 --> 00:01:38,432 Charlie suka kelilingi dirinya dengan orang baik-baik 25 00:01:38,432 --> 00:01:41,519 supaya orang tak nampak keburukan dia. 26 00:01:41,519 --> 00:01:43,437 Ini akan jadi kehancuran dia. 27 00:01:44,939 --> 00:01:48,067 Orang macam Croker perlu dihapuskan. 28 00:01:48,943 --> 00:01:50,486 Senaraikan semua asetnya. 29 00:01:50,486 --> 00:01:53,239 Barang antik, pesawat, karya seni, kuda lumba, 30 00:01:53,239 --> 00:01:55,199 - Semuanya! - Sedang disiapkan. 31 00:01:55,908 --> 00:01:57,994 Sekarang, semua itu milik kita. 32 00:01:57,994 --> 00:02:00,538 - Betul. - Aduhai, seronoknya. 33 00:02:04,167 --> 00:02:05,668 Awak rasa saya mampu lawan dia? 34 00:02:07,670 --> 00:02:08,671 Apa? 35 00:02:08,671 --> 00:02:09,714 Croker. 36 00:02:10,548 --> 00:02:15,136 Dia atlet berbadan besar di kolej. Orang panggil dia "Lelaki 60 Minit". 37 00:02:16,012 --> 00:02:17,513 Saya mampu lawan dia tak? 38 00:02:19,765 --> 00:02:20,641 Entahlah. 39 00:02:22,435 --> 00:02:23,686 Itu pentingkah? 40 00:02:25,396 --> 00:02:26,480 Pentingkah? 41 00:02:29,609 --> 00:02:31,027 Antara definisi lelaki, 42 00:02:31,027 --> 00:02:35,531 bukan yang utama, tapi sebahagiannya, adalah mampu tewaskan lelaki lain. 43 00:02:36,199 --> 00:02:37,950 Cara dia jabat tangan saya, 44 00:02:38,910 --> 00:02:39,911 dia tak lepaskan. 45 00:02:41,078 --> 00:02:44,957 Bangsat itu fikir seluruh dunia ikut telunjuk dia. 46 00:02:44,957 --> 00:02:48,044 Hakikatnya memang begitu. 47 00:02:48,711 --> 00:02:49,670 Tidak lagi. 48 00:02:50,504 --> 00:02:52,465 Empayar dia kini milik saya. 49 00:03:19,742 --> 00:03:21,327 Seperti yang dibincangkan. 50 00:03:22,536 --> 00:03:25,581 Hentam mereka atas, bawah, depan, belakang. 51 00:03:26,082 --> 00:03:30,962 Zale itu menyusahkan. Kita tak boleh nampakkan kelemahan kita. 52 00:03:30,962 --> 00:03:33,297 Charlie, kuasa bukan di tangan kita. 53 00:03:33,297 --> 00:03:34,674 Saya faham. 54 00:03:34,674 --> 00:03:35,841 Hentam sepenuhnya. 55 00:04:36,652 --> 00:04:38,321 Saya nak usul yang kukuh. 56 00:04:39,780 --> 00:04:41,240 Ini tak kukuh. 57 00:04:41,824 --> 00:04:44,702 Seratus lapan belas juta dolar dalam masa 60 hari 58 00:04:44,702 --> 00:04:46,704 agak kukuh bagi saya. 59 00:04:47,580 --> 00:04:51,459 Nak tahu pendapat saya? Awak tak faham betapa serius situasi ini. 60 00:04:52,918 --> 00:04:55,755 Hutang awak menghampiri satu bilion dolar. 61 00:04:57,340 --> 00:05:00,426 - Pertimbangkan risiko awak, En. Zale. - Risiko saya? 62 00:05:00,926 --> 00:05:02,261 Ini aliran tunai terdiskaun. 63 00:05:02,720 --> 00:05:05,639 Kalau aset kami dirampas, awak tanggung kerugian kami. 64 00:05:05,639 --> 00:05:07,933 Awak terpaksa uruskan Industri Croker 65 00:05:07,933 --> 00:05:10,895 berserta 17 gudang makanan jualan borong. 66 00:05:10,895 --> 00:05:12,313 Persoalan akan timbul, 67 00:05:12,313 --> 00:05:16,025 "Siapa ketua Pembangunan Pengurusan Aset Hartanah Planners?" 68 00:05:16,025 --> 00:05:17,109 Awaklah orangnya. 69 00:05:18,152 --> 00:05:19,862 Maaf, siapa nama awak? 70 00:05:19,862 --> 00:05:23,324 Roger White, Ketua Penasihat Perundangan Industri Croker. 71 00:05:23,324 --> 00:05:26,243 Aduhai, bergetar jiwa saya. 72 00:05:27,745 --> 00:05:29,246 Kalau awak rampas harta, 73 00:05:29,246 --> 00:05:32,041 kerugian $800 juta akan muncul dalam akaun awak 74 00:05:32,041 --> 00:05:35,127 yang asalnya pinjaman yang direkodkan sebagai aset. 75 00:05:35,127 --> 00:05:38,047 Itu perubahan sebanyak $1.6 bilion, Popeye. 76 00:05:41,550 --> 00:05:42,551 Apa ini? 77 00:05:43,260 --> 00:05:45,805 Sekejap. Saya tahu. 78 00:05:45,805 --> 00:05:47,390 Pintu but dah terbuka. 79 00:05:47,390 --> 00:05:49,475 Ini tuntutan undang-undang 80 00:05:50,184 --> 00:05:53,854 terhadap Planners kerana melanggar kontrak pemberi pinjam/peminjam, 81 00:05:53,854 --> 00:05:57,733 desakan ekonomi, tanggungjawab fidusiari, penipuan peralatan. 82 00:05:58,317 --> 00:06:00,653 Selagi tak merugikan, Industri Croker bergantung 83 00:06:00,653 --> 00:06:03,989 pada kepakaran perbankan pegawai pinjaman 84 00:06:03,989 --> 00:06:05,282 di PlannersBanc. 85 00:06:05,282 --> 00:06:08,494 Beginilah, Encik Ketua Penasihat Undang-Undang. 86 00:06:08,494 --> 00:06:09,954 Nama saya Roger White. 87 00:06:09,954 --> 00:06:11,580 En. White. 88 00:06:14,583 --> 00:06:16,043 Saya bukan peguam, 89 00:06:16,752 --> 00:06:19,797 tapi apabila peminjam saman bank, 90 00:06:20,923 --> 00:06:23,717 biasanya peminjam yang akan tanggung padahnya. 91 00:06:24,677 --> 00:06:26,887 Harry, ada ramai orang yang kecundang 92 00:06:26,887 --> 00:06:29,765 kerana menantikan kejatuhan saya yang tak kunjung tiba. 93 00:06:29,765 --> 00:06:30,808 Pergi jahanam. 94 00:06:34,854 --> 00:06:38,607 Awak nak cuba kenakan saya? Buatlah yang terbaik. 95 00:06:41,277 --> 00:06:44,780 Oh, Peepy. Saya tak perasan awak duduk di situ. 96 00:06:44,780 --> 00:06:46,073 Bayangkanlah. 97 00:06:46,073 --> 00:06:48,409 Hinalah dia. Memang itu sikap pembuli. 98 00:06:48,409 --> 00:06:51,078 Harry, percayalah, saya akan kenakan awak. 99 00:06:51,078 --> 00:06:54,123 Awak pandai gertak saja, buatnya tidak. 100 00:06:54,999 --> 00:06:57,585 - Betul tak, En. White? - Saya setuju. 101 00:06:58,252 --> 00:07:00,337 Sedih betul 102 00:07:00,337 --> 00:07:04,758 apabila orang yang cakap berdegar-degar tersungkur menyembah bumi 103 00:07:04,758 --> 00:07:08,929 dan akhirnya dia sedar, dia hanyalah tin kosong. 104 00:07:25,446 --> 00:07:29,325 Saya rasa saya tak pernah rasa nak bunuh seseorang sebelum ini. 105 00:07:29,325 --> 00:07:35,164 Ada dua pilihan. Kita boleh jual aset, tapi itu lambat. Satu lagi ialah pelabur. 106 00:07:35,164 --> 00:07:39,251 - Siapa sanggup melabur pada kita? - Orang yang beli pasukan sukan. 107 00:07:39,251 --> 00:07:41,587 Bukan sebab itu urus niaga yang bagus. 108 00:07:41,587 --> 00:07:43,839 Adakalanya bagus, tapi biasanya, 109 00:07:43,839 --> 00:07:46,675 orang membosankan hanya nak cari keseronokan. 110 00:07:47,593 --> 00:07:49,386 Awak Charlie Crokerlah. 111 00:07:52,640 --> 00:07:56,060 - Turpmtine? Dengan Herb Richman? - Kalau boleh, saya pergi malam ini. 112 00:07:56,060 --> 00:07:58,479 - Malam ini? - Masa agak suntuk. 113 00:07:59,271 --> 00:08:02,191 - Gala itu esok. - Kita balik sebelum gala itu. 114 00:08:02,191 --> 00:08:03,275 Aduhai, Charlie. 115 00:08:03,275 --> 00:08:05,986 Herb Richman ialah tiket saya, tiket kita. 116 00:08:05,986 --> 00:08:09,490 - Ini dah lebih daripada gopoh. - Biar saya habis bercakap. 117 00:08:09,490 --> 00:08:12,493 Baik awak jangan tinggikan suara pada saya. 118 00:08:15,955 --> 00:08:18,040 Kalau Herb setuju, masalah selesai. 119 00:08:18,040 --> 00:08:21,835 Peluang saya meningkat, seperti biasa, kalau awak ada. 120 00:08:22,336 --> 00:08:23,629 Saya bawa Wally juga. 121 00:08:24,421 --> 00:08:26,966 Dia digantung sekolah. Bagus kalau dia ikut. 122 00:08:26,966 --> 00:08:30,844 Bagus kalau Herb Richman anggap awak pentingkan keluarga. 123 00:08:31,345 --> 00:08:32,471 - Serena. - Charlie. 124 00:08:33,055 --> 00:08:34,515 Saya nak ke gala itu. 125 00:08:35,224 --> 00:08:37,434 Kita akan balik sebelum gala itu. 126 00:08:46,151 --> 00:08:48,988 - Awak tak pernah uruskan kes jenayah? - Ini hadap-tuduh saja. 127 00:08:48,988 --> 00:08:51,574 Tuduhan dibacakan, perbicaraan ditetapkan, 128 00:08:52,074 --> 00:08:54,577 kemudian kita akan panggil peguam jenayah. 129 00:08:54,577 --> 00:08:58,080 Kalau adalah. Saya terdengar perbualan awak dan Charlie. 130 00:08:58,080 --> 00:08:59,081 Jangan risau. 131 00:08:59,081 --> 00:09:00,291 Awak kata tiada penjara! 132 00:09:00,291 --> 00:09:04,712 Awak kata tiada hukuman penjara, penipu! 133 00:09:04,712 --> 00:09:06,714 Awak kata tiada hukuman penjara. 134 00:09:08,340 --> 00:09:10,217 - Mari. - Awak ambil duit saya! 135 00:09:10,217 --> 00:09:12,052 - Lepaskan saya! - Pulangkan duit saya. 136 00:09:18,017 --> 00:09:19,602 Terima kasih banyak. 137 00:09:19,602 --> 00:09:22,605 Jangan biar mereka potong rambut pilin awak, okey? 138 00:09:23,188 --> 00:09:24,189 Terima kasih. 139 00:09:24,690 --> 00:09:28,527 Terima kasih sebab jemput saya. Jumpa di tempat mengundi, okey? 140 00:09:28,527 --> 00:09:29,820 Jumpa di tempat mengundi? 141 00:09:30,362 --> 00:09:32,698 Aduhai, terima kasih sebab datang. 142 00:09:32,698 --> 00:09:35,534 - Jangan hampakan kami. - Hei, saya hargainya. 143 00:09:37,494 --> 00:09:39,872 - Mana dia? - Dia tak beritahu lokasinya. 144 00:09:39,872 --> 00:09:40,789 Okey, tapi? 145 00:09:40,789 --> 00:09:45,002 Dia perlu uruskan kes jenayah yang tak dijangka dan itu kes kecemasan. 146 00:09:45,002 --> 00:09:48,130 Itu mengarut sebab Roger White bukan peguam jenayah. 147 00:09:48,130 --> 00:09:50,007 - Datuk Bandar Jordan. - Hei! 148 00:09:50,007 --> 00:09:53,385 Saya sokong awak. Kami tak nak Bagovitch menang. 149 00:09:53,385 --> 00:09:56,555 - Terima kasih. Awak perwira sejati. - Awak pun sama. 150 00:09:57,056 --> 00:09:58,098 Dia minta maaf. 151 00:09:58,098 --> 00:10:01,685 Saya tak nak dia minta maaf. Saya nak dia di sini. Hari ini. 152 00:10:01,685 --> 00:10:03,812 - Datuk Bandar Wes. - Apa khabar? 153 00:10:04,313 --> 00:10:06,357 Perhimpunan esok pun ada masalah. 154 00:10:06,357 --> 00:10:08,400 Pasukan koir sangka mereka akan dibayar. 155 00:10:08,400 --> 00:10:11,987 Apa? Tidak. Mereka sepatutnya buat persembahan percuma. 156 00:10:11,987 --> 00:10:13,781 - Walaupun begitu. - Tidak. 157 00:10:13,781 --> 00:10:16,575 Kenapa saya kena paksa semua orang 158 00:10:16,575 --> 00:10:17,993 untuk buat kerja amal? 159 00:10:17,993 --> 00:10:21,455 Ini sepatutnya pilihan raya terbesar dalam sejarah Georgia 160 00:10:21,455 --> 00:10:23,957 tapi koir khutbah saya mahu dibayar? 161 00:10:23,957 --> 00:10:26,085 - Tak guna betul. - Wes Jordan! 162 00:10:26,085 --> 00:10:29,171 Ini baru betul fesyen. Mari kita peluk. 163 00:10:29,672 --> 00:10:31,048 Berpeluk boleh, bukan? 164 00:10:31,674 --> 00:10:33,467 Saya nampak elok dipakai awak! 165 00:10:34,343 --> 00:10:37,721 Suruh Roger White datang. Sekarang juga. 166 00:10:38,430 --> 00:10:41,141 - Baiklah. Hei. - Hei, apa khabar? 167 00:10:41,642 --> 00:10:43,018 - Terima kasih. - Apa khabar? 168 00:10:43,018 --> 00:10:45,896 Nombor kes 62322. 169 00:10:45,896 --> 00:10:48,649 Rakyat Georgia lawan Conrad Hensley, 170 00:10:48,649 --> 00:10:51,235 menyerang dan memukul pegawai polis. 171 00:10:55,239 --> 00:10:56,907 Roger White, wakil defendan. 172 00:10:56,907 --> 00:10:59,660 Kami mohon ketepikan bacaan tuduhan dan dia dibebaskan. 173 00:10:59,660 --> 00:11:01,286 Dia serang pegawai polis. 174 00:11:01,286 --> 00:11:04,123 Dia mempertahankan diri dan kami akan jelaskan. 175 00:11:04,123 --> 00:11:05,708 Untuk tujuan ikat jamin, 176 00:11:05,708 --> 00:11:08,794 saya nak tekankan, En. Hensley tiada rekod jenayah, 177 00:11:08,794 --> 00:11:10,421 dia dah bertapak dalam komunitinya 178 00:11:10,421 --> 00:11:13,215 dan banyak menyumbang kepada komuniti tersebut. 179 00:11:13,215 --> 00:11:16,885 - Bon sejuta dolar, 250,000 tunai. - Apa? 180 00:11:16,885 --> 00:11:19,763 - Ini tuduhan berat. - Klien saya tiada rekod jenayah. 181 00:11:19,763 --> 00:11:21,849 - Saya tahu. - Jumlah itu keterlaluan. 182 00:11:21,849 --> 00:11:26,019 Klien awak serang seorang pegawai polis dan menyebabkannya pengsan. 183 00:11:26,019 --> 00:11:27,354 Tindakannya menyimpang... 184 00:11:27,354 --> 00:11:29,606 Ini bukan forum untuk awak berhujah. 185 00:11:29,606 --> 00:11:33,235 Saya kemukakan hujah supaya dia dibebaskan dengan ikat jamin. 186 00:11:33,235 --> 00:11:35,696 Dia patuh undang-undang dan pemuda baik. 187 00:11:35,696 --> 00:11:37,448 - Itu lebih teruk. - Apa? 188 00:11:37,448 --> 00:11:40,159 Ini semua hanya sebab saman letak kereta. 189 00:11:40,868 --> 00:11:43,746 Rakyat yang patuh undang-undang menyerang polis 190 00:11:43,746 --> 00:11:47,958 kerana pertikaian tentang keretanya diletakkan di zon merah. Apa hal? 191 00:11:48,459 --> 00:11:51,462 Sudahlah polis kita perlu uruskan penjenayah bahaya. 192 00:11:51,462 --> 00:11:54,256 Kini mereka diserang orang baik juga. 193 00:11:54,757 --> 00:11:57,926 Sudah tiba masa untuk kita tetapkan batasan. 194 00:11:58,469 --> 00:12:01,597 Ikat jamin ditetapkan, 250,000. Bon sejuta dolar. 195 00:12:15,027 --> 00:12:17,571 Nombor kes 35414. 196 00:12:19,072 --> 00:12:20,282 Biar betul. 197 00:12:21,366 --> 00:12:24,203 - Turpmtine, malam ini? - Kita masih ada cara. 198 00:12:24,203 --> 00:12:28,081 Charlie, awak perlu kosongkan Turpmtine. 199 00:12:28,916 --> 00:12:32,920 - Apa? - Itu bukan aset teras dan ia bermasalah. 200 00:12:32,920 --> 00:12:36,131 Gaji Zale mungkin tak cecah $300,000 201 00:12:36,131 --> 00:12:41,637 dan dia tahu awak ada ladang burung puyuh seluas 29,000 ekar. 202 00:12:41,637 --> 00:12:43,347 Itu telatap mesra alam. 203 00:12:43,347 --> 00:12:45,098 Kenapa nak pergi jauh-jauh? 204 00:12:45,098 --> 00:12:47,142 Saya boleh kagumkan Herb di sana. 205 00:12:47,142 --> 00:12:50,103 Awak kata kita perlukan pelabur. Dialah orangnya. 206 00:12:50,103 --> 00:12:52,815 Dia setuju untuk ke sana? 207 00:12:52,815 --> 00:12:54,900 Mungkin dia hidu kelemahan orang. 208 00:12:54,900 --> 00:12:57,194 Itu satu lagi sebab yang buat saya curiga. 209 00:12:57,194 --> 00:13:01,698 Wiz, saya tak mampu untuk rasa curiga buat masa ini. Saya rasa awak faham. 210 00:13:03,617 --> 00:13:08,372 Antara sebab saya terdesak ialah krisis perakaunan yang makin buruk. 211 00:13:10,582 --> 00:13:12,668 Tentu awak faham. 212 00:13:18,590 --> 00:13:21,802 NORMAN BAGOVITCH DIALAH ORANGNYA 213 00:13:28,809 --> 00:13:31,019 Anda sudah tiba di destinasi anda. 214 00:13:31,687 --> 00:13:32,771 Apa jadah? 215 00:13:53,041 --> 00:13:54,376 Ini pejabat dia? 216 00:13:55,460 --> 00:13:57,254 Ini kes teruk, Raymond. 217 00:13:57,754 --> 00:14:01,049 Ia menarik perhatian peguam dan tempat yang sama teruk. 218 00:14:01,049 --> 00:14:02,676 Biar betul. 219 00:14:02,676 --> 00:14:05,053 Biar saya beritahu sesuatu buat kesekian kalinya. 220 00:14:05,053 --> 00:14:06,680 Jawab soalan dengan tepat. 221 00:14:08,307 --> 00:14:09,558 Jangan tokok tambah. 222 00:14:09,558 --> 00:14:12,352 Jangan beri komen atau besar-besarkan cerita. 223 00:14:13,896 --> 00:14:18,817 Dia datang dari Finland untuk cari pasal dan dia tahu dia boleh buat begitu. 224 00:14:18,817 --> 00:14:21,695 Lagi banyak sikap buruk awak ditonjolkan, 225 00:14:21,695 --> 00:14:23,238 lagi besar tuntutannya. 226 00:14:23,739 --> 00:14:27,910 Tolong jangan cakap dengan saya macam saya bodoh. 227 00:14:28,410 --> 00:14:30,871 Raymond, itulah sebabnya kita di sini. 228 00:14:31,413 --> 00:14:32,956 Sebab awak memang bodoh. 229 00:14:35,959 --> 00:14:39,713 Awak ajak dia makan malam sebab minat awak pada seni Finland? 230 00:14:40,672 --> 00:14:44,176 Dia beritahu saya tentang landskap Nordicnya. 231 00:14:44,176 --> 00:14:46,845 Saya kata saya nak tengok slaidnya. 232 00:14:46,845 --> 00:14:51,725 Ada sebab lain awak ajak dia makan selain melawat semula kawasan Nordicnya? 233 00:14:52,309 --> 00:14:53,727 Saya nak buat bantahan. 234 00:14:53,727 --> 00:14:56,772 Selain makan malam, awak berdua ada minum apa-apa? 235 00:14:59,066 --> 00:15:02,486 Kami minum minuman bernama koktel buluh. 236 00:15:02,486 --> 00:15:05,906 Apa yang menyebabkan awak nak minum minuman itu? 237 00:15:05,906 --> 00:15:08,283 - Cik Teramaki yang syorkan. - Kenapa? 238 00:15:08,283 --> 00:15:12,955 Dia kata ia dibuat dengan kuning telur yang disenyawakan, 239 00:15:12,955 --> 00:15:17,417 bukan ceri maraschino, yang kononnya... 240 00:15:21,588 --> 00:15:23,715 dapat kuatkan tenaga batin. 241 00:15:23,715 --> 00:15:24,633 Berkesan tak? 242 00:15:31,098 --> 00:15:32,182 En. Peepgrass, 243 00:15:33,016 --> 00:15:36,228 adakah koktel buluh itu meningkatkan tenaga batin awak? 244 00:15:36,228 --> 00:15:37,437 Saya tak ingat. 245 00:15:37,437 --> 00:15:39,982 - Awak berdua buat seks hari itu. - Ya. 246 00:15:39,982 --> 00:15:42,776 Berapa kali lagi awak dan klien saya berasmara? 247 00:15:42,776 --> 00:15:43,735 Sekali saja. 248 00:15:43,735 --> 00:15:44,987 - Bohong. - Sirja. 249 00:15:44,987 --> 00:15:46,321 Banyak kali saya hisap dia. 250 00:15:46,321 --> 00:15:48,657 - Kita nak ambil keterangan dia saja. - Banyak. 251 00:15:48,657 --> 00:15:52,244 Okey, semasa awak dan klien saya buat hubungan seks, 252 00:15:52,244 --> 00:15:55,706 awak tak bimbang awak mungkin hamilkan klien saya 253 00:15:55,706 --> 00:15:58,875 - dengan seks bersulam kuning telur buluh? - Cukup. 254 00:15:58,875 --> 00:16:01,628 Takkanlah awak tak jijik dengan diri sendiri? 255 00:16:01,628 --> 00:16:04,256 Awak yang jijik. Saya hisap awak. 256 00:16:04,256 --> 00:16:06,883 - Sirja. - Dan saya benarkan dia liwat saya. 257 00:16:08,885 --> 00:16:11,763 Kenapa awak tak beritahu keadaannya seteruk ini? 258 00:16:12,472 --> 00:16:13,765 Saya tak tahu. 259 00:16:16,393 --> 00:16:19,354 Hutang boleh jadi kebanggaan dalam perniagaan. 260 00:16:19,354 --> 00:16:22,733 Tesla berhutang empat juta bilion. Apple pula 100 bilion. 261 00:16:23,233 --> 00:16:26,611 Kita perlu pinjam untuk berkembang supaya boleh hidup. 262 00:16:26,611 --> 00:16:30,157 Hutang bukan benda buruk sampailah pemiutang minta balik. 263 00:16:30,157 --> 00:16:32,117 Mereka dah buat begitu. Kenapa? 264 00:16:33,326 --> 00:16:35,579 Saya bukan orang yang disukai, Serena. 265 00:16:36,580 --> 00:16:39,499 Kaedah saya dah sakitkan hati beberapa orang. 266 00:16:40,292 --> 00:16:43,170 Apabila pesaing kita jatuh, dia perlu dihapuskan 267 00:16:43,170 --> 00:16:45,756 supaya dia tak bangkit dan susahkan kita. 268 00:16:47,299 --> 00:16:51,511 Saya sukar terima kekalahan, tapi saya boleh jadi pemenang yang kejam. 269 00:16:52,763 --> 00:16:54,389 Ya, apa pepatah itu? 270 00:16:54,389 --> 00:16:56,641 "Buat jahat dibalas jahat." 271 00:16:57,893 --> 00:16:59,478 Kini, balasannya dah tiba. 272 00:17:03,732 --> 00:17:04,608 Charlie. 273 00:17:05,108 --> 00:17:07,652 - Okey. - Tarik. 274 00:17:08,528 --> 00:17:09,654 Okey. 275 00:17:09,654 --> 00:17:12,991 Tangan saya kejang. Badan saya pun melawan saya. 276 00:17:12,991 --> 00:17:16,787 - Awak dah tanya doktor? - Katanya sebab tekanan saja. 277 00:17:17,287 --> 00:17:18,997 Jom ke lapangan terbang. 278 00:17:38,225 --> 00:17:41,186 Semalam, hidup kami baik, semuanya sempurna. 279 00:17:41,186 --> 00:17:43,396 Sekarang, 30 hari di penjara? 280 00:17:43,396 --> 00:17:47,109 Saya kumpul rakaman untuk sahkan tuduhan pendakwa raya. 281 00:17:47,109 --> 00:17:50,821 Polis itu pakai kamera badan, tapi kalau benar kata mereka, 282 00:17:50,821 --> 00:17:54,157 lelaki kulit Hitam serang polis kulit putih di Georgia... 283 00:18:08,255 --> 00:18:09,381 Jadi, rayuan... 284 00:18:10,340 --> 00:18:11,550 Kita kemukakan esok. 285 00:18:12,134 --> 00:18:15,387 - Selepas itu dia jalankan hukuman? - Mungkin ya. 286 00:18:17,556 --> 00:18:19,141 Boleh saya jumpa dia? 287 00:18:19,724 --> 00:18:20,725 Duduk dengan dia? 288 00:18:25,355 --> 00:18:27,190 Saya datang balik malam ini. 289 00:18:28,066 --> 00:18:32,279 Saya nak pergi selepas waktu melawat, tapi mari ikut sebagai pembantu saya. 290 00:18:37,909 --> 00:18:39,244 Macam mana ini boleh berlaku? 291 00:18:51,381 --> 00:18:53,800 - Masih berdenyut? - Dah kurang. 292 00:18:55,802 --> 00:18:58,805 Jual sajalah beberapa aset. Contohnya pesawat ini. 293 00:18:58,805 --> 00:19:03,059 Saya dah buat pinjaman untuk pesawat ini. Semua yang lain dicagarkan. 294 00:19:03,059 --> 00:19:05,937 Kadar pinjaman rendah. Wismer kata itu idea bagus. 295 00:19:09,608 --> 00:19:11,943 Okey. Jadi, apa rancangan awak? 296 00:19:12,694 --> 00:19:16,448 Kita makan sedap-sedap malam ini, seharian bersama alam esok. 297 00:19:16,448 --> 00:19:18,200 Rapatkan hubungan dan raih hasilnya. 298 00:19:19,743 --> 00:19:20,577 Ini dia. 299 00:19:27,709 --> 00:19:31,922 Sungguh, awak makin tinggi setiap kali ayah jumpa awak. 300 00:19:31,922 --> 00:19:34,341 Kita akan berseronok. 301 00:19:34,341 --> 00:19:35,634 Tak sabar rasanya. 302 00:19:45,268 --> 00:19:48,271 Terima kasih sebab hantar dia dan benarkan dia ikut. 303 00:19:48,772 --> 00:19:51,608 - Luangkan masa dengan dia, Charlie. - Tentulah. 304 00:19:53,735 --> 00:19:56,238 - Semuanya okey? - Tentu sekali. 305 00:19:59,783 --> 00:20:01,409 Ada sedikit masalah kerja. 306 00:20:02,452 --> 00:20:05,038 - Teruk sangatkah? - Saya boleh uruskannya. 307 00:20:05,038 --> 00:20:07,457 Bank cuma nak kenakan saya. Biasalah. 308 00:20:07,958 --> 00:20:11,086 - Itu tujuan lawatan ini? - Saya nak luangkan masa dengan Wally. 309 00:20:12,045 --> 00:20:13,380 - Herb. - Hei, Charles. 310 00:20:13,380 --> 00:20:14,547 Marsha. 311 00:20:14,547 --> 00:20:15,840 Ingat Martha? 312 00:20:16,925 --> 00:20:18,385 - Masuk ke pesawat itu. - Okey. 313 00:20:18,385 --> 00:20:20,637 - Ada dua tempat duduk untuk awak. - Okey. 314 00:20:30,730 --> 00:20:32,524 Herb, pernah naik pesawat G5? 315 00:20:33,108 --> 00:20:34,109 Ya, banyak kali. 316 00:20:45,996 --> 00:20:49,207 Hukuman 30 hari itu satu hal, tapi sabitan itu masalah sebenar. 317 00:20:49,207 --> 00:20:51,960 Ada apa-apa cara untuk elakkannya? 318 00:20:52,836 --> 00:20:53,753 Rasanya tiada. 319 00:20:57,841 --> 00:20:58,925 Semasa saya kecil, 320 00:20:59,676 --> 00:21:02,470 mak ayah saya anggap 321 00:21:02,470 --> 00:21:06,474 saya orang pertama dalam keluarga yang akan tamat belajar di kolej. 322 00:21:07,809 --> 00:21:10,228 Tapi saya yang pertama ada rekod jenayah. 323 00:21:13,606 --> 00:21:14,441 Bagaimana dengan... 324 00:21:15,984 --> 00:21:17,319 Ada kajian baharu 325 00:21:17,319 --> 00:21:20,822 yang mengatakan trauma boleh diwarisi dalam DNA. 326 00:21:22,574 --> 00:21:25,952 Cucu mangsa Holocaust yang mengalami PTSD. 327 00:21:25,952 --> 00:21:29,164 Ayah Conrad pernah dipukul polis. 328 00:21:29,164 --> 00:21:32,542 Datuknya juga, jadi mungkin ada sesuatu dalam genetiknya 329 00:21:32,542 --> 00:21:34,627 yang buat badannya takut 330 00:21:34,627 --> 00:21:38,256 dan menyebabkan dia pertahankan diri secara tak sengaja. 331 00:21:39,799 --> 00:21:44,012 Itu masuk akal, tapi hujah itu tak boleh diguna pakai di Georgia. 332 00:21:44,971 --> 00:21:47,140 Kita boleh melawan dan cuba nasib, 333 00:21:47,140 --> 00:21:50,852 tapi seperti saya kata, tawaran 30 hari itu takkan kekal lama. 334 00:21:51,478 --> 00:21:53,438 Jangan ambil risiko dihukum enam bulan. 335 00:21:54,773 --> 00:21:56,483 Ini tak betul. 336 00:21:57,275 --> 00:21:59,652 Awak pengsankan seorang polis, Conrad. 337 00:22:00,653 --> 00:22:04,991 Awak kata awak akan jadi ayah. Hukuman paling singkatlah yang terbaik. 338 00:22:04,991 --> 00:22:05,950 Sungguh. 339 00:22:12,082 --> 00:22:13,041 Saya minta maaf. 340 00:22:20,298 --> 00:22:22,634 Boleh kami duduk di sini sekejap? 341 00:22:23,635 --> 00:22:24,803 Kita kena pergikah? 342 00:22:31,059 --> 00:22:32,394 Duduklah sekejap. 343 00:22:39,192 --> 00:22:41,903 Terima kasih sebab sudi makan malam bersama. 344 00:22:42,404 --> 00:22:45,365 Ini idea buruk. Selepas segelas, awak nak seks. 345 00:22:46,533 --> 00:22:48,618 - Itu tak betul. - Sekarang pun awak nak. 346 00:22:48,618 --> 00:22:51,538 Saya boleh baca muka awak. Awak nak puaskan saya. 347 00:22:57,460 --> 00:23:00,839 Saya setuju dengan $500,000 kalau boleh distrukturkan. 348 00:23:00,839 --> 00:23:03,341 Saya betul-betul tiada duit, Sirja. 349 00:23:05,427 --> 00:23:09,681 Tambahan juga, percaya atau tak, saya nak berbaik dengan awak. 350 00:23:10,473 --> 00:23:13,560 - Awak ibu anak saya. - Anak yang awak tak nak. 351 00:23:15,353 --> 00:23:17,272 Saya akan bertanggungjawab sepenuhnya. 352 00:23:18,064 --> 00:23:21,317 Saya juga nak peluang untuk sayang dia. 353 00:23:22,026 --> 00:23:23,278 Demi dia. 354 00:23:23,945 --> 00:23:25,947 Juga demi diri saya. 355 00:23:30,201 --> 00:23:32,287 Saya tiada sesiapa untuk dicintai. 356 00:23:39,210 --> 00:23:41,129 Awak nak jadi apa, Raymond? 357 00:23:42,464 --> 00:23:44,215 Awak perlu pilih sesuatu, 358 00:23:44,215 --> 00:23:45,300 atau seseorang. 359 00:23:47,343 --> 00:23:48,845 Tak semudah itu. 360 00:23:49,471 --> 00:23:51,181 Mudah sajalah. 361 00:23:51,806 --> 00:23:53,850 Awak bangun pagi, gosok gigi, 362 00:23:53,850 --> 00:23:56,561 tengok cermin dan tanya soalan itu. 363 00:23:58,229 --> 00:23:59,522 Ada jawapan tak? 364 00:24:02,650 --> 00:24:06,237 Saya rasa, dari satu segi, saya nak jadi Charlie Croker. 365 00:24:07,197 --> 00:24:08,031 Kenapa? 366 00:24:11,117 --> 00:24:12,118 Entahlah. 367 00:24:14,829 --> 00:24:18,500 Awak perlu lupakan si Charlie Croker ini 368 00:24:19,209 --> 00:24:21,794 dan jadilah Raymond Peepgrass. 369 00:24:30,637 --> 00:24:33,890 Tentu awak sangka pegawai bank Amerika lebih berharta 370 00:24:33,890 --> 00:24:35,350 berbanding saya. 371 00:24:36,976 --> 00:24:37,977 Maafkan saya. 372 00:24:41,814 --> 00:24:46,653 Lima ratus dalam tiga tahun berserta faedah 6 peratus. 373 00:24:47,946 --> 00:24:50,114 Saya mampu kalau empat tahun. 374 00:24:50,114 --> 00:24:52,367 Okey. Empat tahun. 375 00:24:55,411 --> 00:24:58,039 - Terima kasih. - Nak buat seks penyelesaian? 376 00:25:06,923 --> 00:25:07,757 Sebenarnya... 377 00:25:09,050 --> 00:25:13,179 saya tak mampu tanggung risiko kalau dapat anak lagi. 378 00:25:14,430 --> 00:25:15,473 Belilah kondom. 379 00:25:16,474 --> 00:25:17,475 Saya pakaikan. 380 00:25:18,142 --> 00:25:20,895 Awak tak pernah dipakaikan kondom dengan cara saya. 381 00:25:24,983 --> 00:25:25,817 Jom. 382 00:25:28,695 --> 00:25:30,697 Saya bukanlah orang baik, 383 00:25:31,364 --> 00:25:35,201 tapi keindahan di Turpmtine ini ialah ciptaan terbaik kuasa agung. 384 00:25:36,202 --> 00:25:40,665 Di bangsal itu ada harta kebanggaan dan kesayangan saya, First Draw. 385 00:25:40,665 --> 00:25:44,002 Sikit lagi nak menang Piala Pembiak dua tahun lalu. 386 00:25:44,002 --> 00:25:46,796 - Saya sangka saya kesayangan ayah. - Berhenti di sini. 387 00:25:46,796 --> 00:25:47,964 Baik, tuan. 388 00:25:54,637 --> 00:25:55,638 Bertenang. 389 00:25:56,139 --> 00:25:57,849 Apa yang berlaku di sini? 390 00:25:57,849 --> 00:26:01,311 - Ada ular orok-orok. - Serius? 391 00:26:01,894 --> 00:26:02,729 Ular? 392 00:26:04,689 --> 00:26:06,399 Besar ularnya, tuan. 393 00:26:08,943 --> 00:26:09,902 Ya Tuhan. 394 00:26:13,448 --> 00:26:14,282 Tengoklah itu. 395 00:26:18,077 --> 00:26:19,370 Tengok ukur lilitnya. 396 00:26:21,956 --> 00:26:23,166 - Tolonglah. - Ayah. 397 00:26:24,834 --> 00:26:26,127 Tak mengapa. 398 00:26:28,212 --> 00:26:30,882 - Ular ini mengagumkan. - Ayah. 399 00:26:31,799 --> 00:26:33,217 - Berundur, semua. - Charlie. 400 00:26:33,217 --> 00:26:36,179 - Ada 9 hingga 10 pusingan. - Dia nak buat apa? 401 00:26:36,179 --> 00:26:38,598 - Entahlah. - Ayah perlu jadi normal. 402 00:26:42,352 --> 00:26:43,645 - Charlie, jangan. - Ayah. 403 00:26:43,645 --> 00:26:45,188 - Suruh dia berundur. - Ayah! 404 00:26:48,024 --> 00:26:49,609 - Apa dia buat? - Charlie. 405 00:26:51,235 --> 00:26:52,070 Ayuhlah. 406 00:26:58,826 --> 00:27:00,203 Charlie, letakkannya! 407 00:27:01,037 --> 00:27:02,580 Saya dapat! 408 00:27:08,419 --> 00:27:09,504 Ayah! 409 00:27:09,504 --> 00:27:10,505 Aduhai! Ayah! 410 00:27:20,682 --> 00:27:21,599 Dia dipatukkah? 411 00:27:21,599 --> 00:27:24,977 Tak, tapi mak, tindakan ayah lebih gila daripada biasa. 412 00:27:25,645 --> 00:27:29,232 Awak pasti dia tak buat-buat untuk menunjuk-nunjuk? 413 00:27:29,232 --> 00:27:33,111 Mulanya saya sangka begitu, tapi tak, itu ular betul. Ayah boleh mati. 414 00:27:33,736 --> 00:27:37,657 Mak patut cakap dengan ayah. Mak lebih waras. Itu yang ayah perlu. 415 00:27:37,657 --> 00:27:38,783 Okey. 416 00:27:40,118 --> 00:27:43,287 Mak akan hubungi awak di rumah nanti, okey? 417 00:27:43,996 --> 00:27:44,997 Dia juga. 418 00:27:49,585 --> 00:27:52,422 Aduhai. Charlie bergusti dengan ular orok-orok. 419 00:27:52,422 --> 00:27:53,339 Apa? 420 00:27:54,966 --> 00:27:56,467 Mungkin dia nak menunjuk-nunjuk. 421 00:27:56,467 --> 00:27:59,220 Kenapa nak menunjuk-nunjuk depan Herb Richman? 422 00:27:59,721 --> 00:28:02,682 - Dia ada masalah kerja. - Masalah apa? 423 00:28:04,308 --> 00:28:05,226 Hutang. 424 00:28:06,352 --> 00:28:08,187 Mungkin berkaitan Concourse. 425 00:28:08,688 --> 00:28:11,691 Saya cuba halang dia daripada beli benda buruk itu. 426 00:28:12,275 --> 00:28:13,651 Saya merayu kepada dia. 427 00:28:15,153 --> 00:28:17,530 Bukankah awak masih memiliki sebahagian Concourse? 428 00:28:17,530 --> 00:28:18,740 Sikit saja. Kenapa? 429 00:28:19,532 --> 00:28:22,785 Kalau dia cagarkannya, hutangnya boleh jadi hutang awak. 430 00:28:31,127 --> 00:28:32,086 Hei. 431 00:28:33,254 --> 00:28:36,340 Ya, saya masih dengan Conrad. Jill pun ada di sini. 432 00:28:36,883 --> 00:28:38,551 Kami lama lagi di sini. 433 00:28:40,720 --> 00:28:41,971 Beri telefon kepada dia. 434 00:28:44,223 --> 00:28:45,558 Selamat malam, sayang. 435 00:28:46,309 --> 00:28:48,644 Maaf sebab tak sempat tidurkan awak. 436 00:28:50,605 --> 00:28:51,856 Ayah pun sayang awak. 437 00:28:52,356 --> 00:28:54,233 Masa tamat. Balik ke sel awak. 438 00:28:56,277 --> 00:28:58,404 Apa kata nanti ayah nyanyikan? 439 00:28:58,404 --> 00:29:00,281 Ayah boleh dodoikan awak. 440 00:29:03,493 --> 00:29:04,452 Okey. 441 00:29:06,579 --> 00:29:12,835 Tika aku pulang daripada kesibukan harian Ke rumah dan isteriku 442 00:29:14,128 --> 00:29:18,800 Indahnya hidup yang aku jalani! 443 00:29:22,178 --> 00:29:23,304 Selamat malam, sayang. 444 00:29:51,249 --> 00:29:52,416 - Harry? - Arthur. 445 00:29:54,377 --> 00:29:56,254 - Awak balik lambat. - Awak pun. 446 00:29:56,754 --> 00:30:00,466 - Saya nak siapkan hal Croker ini. - Macam mana rundingan tadi? 447 00:30:01,300 --> 00:30:03,344 Agak kasar, tapi bagus. 448 00:30:03,344 --> 00:30:06,055 Dia tiada aset cair. Kita perlu tutup gadai janji. 449 00:30:06,556 --> 00:30:08,057 Banyak aset perlu dipulihkan. 450 00:30:09,058 --> 00:30:10,309 Hati-hatilah. 451 00:30:10,309 --> 00:30:13,354 Croker masih disanjungi di sini. 452 00:30:13,354 --> 00:30:16,232 Jangan timbulkan kemarahan orang ramai. 453 00:30:17,066 --> 00:30:18,401 Saya tahu. 454 00:30:20,111 --> 00:30:22,530 Maaf, ingatkan saya seorang saja di sini. 455 00:30:22,530 --> 00:30:24,323 Awak mencontohi Red Auerbach? 456 00:30:24,323 --> 00:30:28,536 Dua pemimpin terhebat dalam hidup kita, Red Auerbach dan Curtis LeMay. 457 00:30:28,536 --> 00:30:29,495 Jeneral. 458 00:30:30,663 --> 00:30:31,622 Pernah sekali, 459 00:30:32,957 --> 00:30:35,167 dia menghadap jawatankuasa senat 460 00:30:37,253 --> 00:30:41,549 dan minta 10,000 kepala bom nuklear untuk Tentera Udara. 461 00:30:42,842 --> 00:30:44,385 Seorang senator kata, 462 00:30:44,385 --> 00:30:48,389 "Saya sangka awak kata dengan 6,000 kepala bom, 463 00:30:48,389 --> 00:30:52,059 awak boleh hancurkan seluruh Kesatuan Soviet. 464 00:30:52,602 --> 00:30:54,520 Kenapa kami patut beri 10,000?" 465 00:30:55,187 --> 00:30:56,564 LeMay kata, 466 00:30:57,189 --> 00:31:00,234 "Senator, saya nak tengok bara menari." 467 00:31:01,277 --> 00:31:04,572 Saya faham, Charlie Croker ibarat tokoh masyarakat, 468 00:31:05,448 --> 00:31:10,077 tapi sebab itulah, kalau nak belasah dia, kita perlu belasah dia cukup-cukup. 469 00:31:10,953 --> 00:31:13,581 Dah tiba masanya bara dia menari-nari. 470 00:31:33,309 --> 00:31:34,852 Awak ingat awak boleh bunuh saya? 471 00:31:36,687 --> 00:31:38,272 Tiada apa-apa boleh bunuh saya. 472 00:32:02,630 --> 00:32:04,882 Saya lebih kuat daripada awak semua. 473 00:32:15,893 --> 00:32:16,852 Nampak tak? 474 00:32:17,895 --> 00:32:19,480 Saya masih di sini. 475 00:32:21,232 --> 00:32:23,651 Saya Charlie Croker. 476 00:32:26,112 --> 00:32:27,363 Itulah saya. 477 00:32:29,323 --> 00:32:30,866 Itulah saya. 478 00:32:33,285 --> 00:32:34,286 Ayah? 479 00:32:37,415 --> 00:32:38,416 Apa ayah buat? 480 00:32:39,166 --> 00:32:40,418 Cantik ular-ular ini. 481 00:32:43,754 --> 00:32:47,550 Ya, tapi kenapa ayah beritahu nama ayah? 482 00:32:50,094 --> 00:32:54,223 Ayah boleh bercakap dengan ular, nak. 483 00:32:59,729 --> 00:33:01,731 Ayah spesies terancam, Wally. 484 00:33:02,857 --> 00:33:06,152 Mungkin ada baiknya. Kalau ramai yang macam ayah, aduhai... 485 00:33:10,114 --> 00:33:13,492 Dunia ini perlu ada sekurang-kurangnya seorang macam ayah. 486 00:33:14,160 --> 00:33:17,121 Ya. Ayah bercakap macam orang gila. 487 00:33:19,582 --> 00:33:21,125 Ya, mungkin betul. 488 00:33:24,128 --> 00:33:27,131 Apabila orang cuba jatuhkan kita, itu satu anugerah. 489 00:33:27,131 --> 00:33:28,716 Macam satu peringatan. 490 00:33:30,092 --> 00:33:31,093 Ia satu anugerah. 491 00:33:37,433 --> 00:33:38,559 Keadaan teruk, ya? 492 00:33:59,121 --> 00:34:00,414 Perenjat! 493 00:35:58,240 --> 00:36:00,159 Terjemahan sari kata oleh Najat