1 00:00:21,431 --> 00:00:22,298 Hai. 2 00:00:23,800 --> 00:00:25,134 Macam mana awak boleh masuk? 3 00:00:31,908 --> 00:00:33,376 Awak nak buat apa? 4 00:00:40,450 --> 00:00:41,851 Awak yang buat, bukan? 5 00:00:45,455 --> 00:00:46,789 Apa yang awak maksudkan? 6 00:00:48,825 --> 00:00:51,027 Awak ambil gambar. 7 00:00:52,462 --> 00:00:54,097 Awak beritahu mak saya. 8 00:00:58,034 --> 00:00:59,535 Tolong keluar daripada rumah saya 9 00:01:00,103 --> 00:01:01,571 atau saya akan telefon polis. 10 00:01:05,108 --> 00:01:07,076 Saya berikan gambar awak 11 00:01:07,610 --> 00:01:09,112 kepada Cik Rose. 12 00:01:10,079 --> 00:01:12,715 Sebab itulah awak beri gambar saya 13 00:01:12,782 --> 00:01:13,716 kepada mak saya. 14 00:01:15,651 --> 00:01:16,919 Awak memang bijak. 15 00:01:19,655 --> 00:01:21,224 Apa yang awak nak sebenarnya? 16 00:01:26,362 --> 00:01:27,530 Apa yang saya nak? 17 00:01:28,564 --> 00:01:30,099 Saya pun tak tahu. 18 00:01:33,436 --> 00:01:35,872 Bila agaknya awak akan terima balasan 19 00:01:35,938 --> 00:01:37,540 atas semua perbuatan awak? 20 00:01:39,509 --> 00:01:40,743 Apabila orang buat jahat, 21 00:01:40,810 --> 00:01:42,678 biasanya mereka akan terima hukuman. 22 00:01:42,745 --> 00:01:43,613 Betul tak? 23 00:01:44,480 --> 00:01:45,915 Mereka akan terima hukuman, 24 00:01:46,516 --> 00:01:47,817 lambat-laun. 25 00:02:03,933 --> 00:02:09,805 SEBUAH SIRI NETFLIX 26 00:03:34,290 --> 00:03:38,694 {\an8}13 SEPTEMBER 1988 SEBULAN SEBELUM KEJADIAN 27 00:03:38,761 --> 00:03:39,929 {\an8}En. Nakamura. 28 00:03:39,996 --> 00:03:41,030 {\an8}Jemput masuk. 29 00:03:47,069 --> 00:03:48,904 Sue, awak okey? 30 00:03:49,405 --> 00:03:50,373 Saya tak apa-apa. 31 00:03:51,574 --> 00:03:52,541 Saya pergi ke kelab. 32 00:03:52,608 --> 00:03:54,443 Saya dengar awak tak sihat 33 00:03:54,977 --> 00:03:57,046 dan sedang berehat selama beberapa hari ini. 34 00:03:57,780 --> 00:03:59,015 Saya fikir 35 00:03:59,515 --> 00:04:00,850 saya patut melawat awak. 36 00:04:01,617 --> 00:04:02,585 Terima kasih. 37 00:04:04,220 --> 00:04:06,856 Maafkan saya. Adakah dah terlalu lewat malam? 38 00:04:07,823 --> 00:04:09,725 Tidak. Masuklah. 39 00:04:10,226 --> 00:04:12,728 Selamat petang, En. Nakamura. 40 00:04:14,297 --> 00:04:15,998 Awak juga ada di sini, Aiko. 41 00:04:16,065 --> 00:04:16,966 Ya. 42 00:04:17,466 --> 00:04:18,868 Saya nak jumpa Cik Sue. 43 00:04:21,570 --> 00:04:24,540 Cik Sue sangat bertuah. 44 00:04:24,607 --> 00:04:26,509 Dia baik hati dan bertimbang rasa. 45 00:04:26,575 --> 00:04:29,245 Semua orang sukakan dia. 46 00:04:30,479 --> 00:04:31,647 Semoga berjaya. 47 00:04:32,148 --> 00:04:33,449 Ya. 48 00:04:33,949 --> 00:04:35,551 Saya tak nak mengganggu. 49 00:04:35,618 --> 00:04:38,054 Cik Sue, berehatlah. 50 00:04:38,120 --> 00:04:39,322 Semoga cepat sembuh. 51 00:04:52,868 --> 00:04:53,969 Masuklah. 52 00:05:16,592 --> 00:05:17,827 Tak apa. 53 00:05:17,893 --> 00:05:18,994 Saya boleh buat. 54 00:05:22,665 --> 00:05:24,100 Terima kasih sebab ambil berat. 55 00:05:24,600 --> 00:05:26,769 Awak datang sampai ke sini. Saya minta maaf. 56 00:05:27,403 --> 00:05:29,905 Saya kurang sopan, tapi tak sabar nak jumpa awak. 57 00:05:30,873 --> 00:05:32,608 Saya harap saya tak ganggu awak. 58 00:05:33,576 --> 00:05:34,777 Tentulah tidak. 59 00:05:39,548 --> 00:05:41,617 Awak akan balik dalam beberapa hari lagi. 60 00:05:42,451 --> 00:05:44,086 Dah siap kemas barang? 61 00:05:44,820 --> 00:05:46,188 Saya masih sedang kemas. 62 00:05:47,256 --> 00:05:50,092 Tapi ada beberapa perkara yang belum selesai. 63 00:05:55,064 --> 00:05:56,232 En. Nakamura, 64 00:05:56,899 --> 00:05:58,701 jika ada apa-apa yang saya boleh bantu, 65 00:05:59,535 --> 00:06:01,070 jangan segan beritahu saya. 66 00:06:05,775 --> 00:06:07,743 Kali pertama saya tiba di Taiwan, 67 00:06:08,611 --> 00:06:09,879 saya keseorangan. 68 00:06:11,447 --> 00:06:13,048 Saya agak sunyi 69 00:06:14,083 --> 00:06:16,619 di tempat asing dengan wajah-wajah tak dikenali. 70 00:06:17,253 --> 00:06:18,988 Saya hilang kebahagiaan di rumah. 71 00:06:19,588 --> 00:06:20,723 Kadangkala, 72 00:06:21,490 --> 00:06:23,926 saya lupa siapa diri saya. 73 00:06:25,728 --> 00:06:27,730 Kemudian, saya jumpa awak di Cahaya. 74 00:06:28,798 --> 00:06:30,099 Saya tak tahu kenapa. 75 00:06:31,133 --> 00:06:32,902 Apabila saya bersama awak, 76 00:06:32,968 --> 00:06:36,338 saya sentiasa rasa selesa dan senang hati. 77 00:06:38,340 --> 00:06:39,542 Seolah-olah 78 00:06:39,608 --> 00:06:42,011 awak sentiasa faham kata-kata saya. 79 00:06:43,412 --> 00:06:45,080 Adakah awak juga faham 80 00:06:45,781 --> 00:06:47,283 apa yang saya maksudkan sekarang? 81 00:06:51,954 --> 00:06:54,924 {\an8}Saya tak mengharapkan apa-apa yang hebat. 82 00:06:55,758 --> 00:06:57,092 {\an8}Pada saat ini, 83 00:06:57,159 --> 00:07:00,663 {\an8}saya hanya mengharapkan peneman seumur hidup. 84 00:07:08,671 --> 00:07:09,972 Inilah kehidupan. 85 00:07:10,739 --> 00:07:12,608 Siapa yang tiada parut sepanjang perjalanan? 86 00:07:13,876 --> 00:07:15,211 Masa lalu 87 00:07:15,811 --> 00:07:18,214 adalah sebahagian daripada diri kita sekarang. 88 00:07:20,216 --> 00:07:21,250 Sue, 89 00:07:21,951 --> 00:07:23,285 sudikah awak 90 00:07:23,786 --> 00:07:26,222 menjadi peneman saya? 91 00:07:49,845 --> 00:07:51,614 {\an8}Terima kasih. 92 00:08:10,666 --> 00:08:14,603 BUKA 93 00:08:50,272 --> 00:08:53,208 DORMITORI PELAJAR 94 00:09:00,616 --> 00:09:01,550 Terima kasih. 95 00:09:01,617 --> 00:09:03,052 Awak nak makan apa? 96 00:09:03,118 --> 00:09:04,753 Tak tahu lagi. Saya pilih nanti. 97 00:09:04,820 --> 00:09:06,055 Awak tak tahu lagi… 98 00:09:06,655 --> 00:09:08,757 Tadi saya lalu di Pejabat Hal Ehwal Akademik. 99 00:09:08,824 --> 00:09:10,326 Saya nampak Wang Ai-lien, pelajar kelas awak. 100 00:09:10,859 --> 00:09:12,194 Dia ambil cuti. 101 00:09:15,030 --> 00:09:16,098 Sudah tentu. 102 00:09:16,165 --> 00:09:17,733 Dia dapat banyak duit di Tiaotong. 103 00:09:17,800 --> 00:09:19,301 Dia tak perlukan ijazah pun. 104 00:09:28,344 --> 00:09:29,311 Wang… 105 00:09:34,149 --> 00:09:35,250 Awak nak pindahkah? 106 00:09:43,425 --> 00:09:45,527 Ada apa-apa berlakukah? Saya dengar awak ambil cuti. 107 00:09:45,594 --> 00:09:46,729 Awak pun nak pindah juga? 108 00:09:49,431 --> 00:09:50,766 Sebab saya sakit. 109 00:09:52,234 --> 00:09:53,369 Apa maksud awak? 110 00:09:57,072 --> 00:09:58,674 Bukankah awak kata saya sakit? 111 00:09:59,241 --> 00:10:00,876 Disebabkan saya sakit, 112 00:10:00,943 --> 00:10:02,444 saya sedang dihukum sekarang. 113 00:10:03,112 --> 00:10:04,446 Apa maksud awak? 114 00:10:04,947 --> 00:10:06,248 Awak bercakap dalam teka-teki. 115 00:10:06,315 --> 00:10:07,883 Saya tak faham maksud awak. 116 00:10:17,226 --> 00:10:18,961 Ia disebabkan oleh Su Ching-yi kesayangan awak. 117 00:10:19,461 --> 00:10:21,597 Dia beritahu mak saya yang saya bekerja di Cahaya. 118 00:10:21,664 --> 00:10:23,232 Mak saya dah buang saya. 119 00:10:23,298 --> 00:10:25,467 Saya tak ada rumah atau kerja. 120 00:10:25,534 --> 00:10:27,436 Entah apa saya nak makan selepas ini. 121 00:10:30,239 --> 00:10:31,273 Ya. 122 00:10:32,408 --> 00:10:33,809 Saya terlalu yakin dengan diri sendiri. 123 00:10:35,144 --> 00:10:37,746 Saya tak sepatutnya cabar Su Ching-yi. 124 00:10:39,515 --> 00:10:41,050 Saya sendiri yang cari pasal. 125 00:10:42,985 --> 00:10:44,186 Puas hati awak? 126 00:10:51,293 --> 00:10:52,761 Awak mungkin rasa ini kelakar. 127 00:10:55,097 --> 00:10:56,665 Ketawalah jika awak mahu. 128 00:10:56,732 --> 00:10:58,434 Tunggu apa lagi? 129 00:13:39,194 --> 00:13:40,395 Ada orang di sini. 130 00:13:49,438 --> 00:13:50,572 Awak siapa? 131 00:13:51,373 --> 00:13:52,441 Ya-ya? 132 00:13:53,008 --> 00:13:54,643 Kenapa awak berpakaian begitu? 133 00:13:55,143 --> 00:13:56,111 Cik Rose kata 134 00:13:56,178 --> 00:13:57,579 saya boleh mula kerja hari ini. 135 00:13:58,146 --> 00:13:59,548 Nampak pelikkah? 136 00:13:59,615 --> 00:14:01,383 Solekan awak terlalu tebal. 137 00:14:01,450 --> 00:14:03,452 Apa atas kepala awak itu? 138 00:14:03,952 --> 00:14:06,088 Bukankah lebih baik jika buat tocang tinggi? 139 00:14:06,588 --> 00:14:07,689 Tidak 140 00:14:07,756 --> 00:14:09,758 Masih ada masa untuk tukar. 141 00:14:09,825 --> 00:14:11,760 Saya akan ubah untuk awak. 142 00:14:11,827 --> 00:14:13,729 Siapa ajar awak buat solekan ini? 143 00:14:13,795 --> 00:14:15,564 - Hsiao-hao. - Patutlah. 144 00:14:15,631 --> 00:14:18,000 Lebih gelap pembayang mata, lebih baik, katanya. 145 00:14:18,934 --> 00:14:20,435 Kenapa bersepah sangat? 146 00:14:21,069 --> 00:14:22,104 Ini… 147 00:14:22,704 --> 00:14:25,507 Sebelum saya balik dengan Rose semalam, keadaan tak macam ini. 148 00:14:26,308 --> 00:14:27,709 Ada orang pecah masukkah? 149 00:14:28,610 --> 00:14:31,713 Patutkah saya telefon polis atau tunggu Cik Rose kembali? 150 00:14:31,780 --> 00:14:33,148 Saya akan telefon Ah-ta. 151 00:14:33,215 --> 00:14:35,017 Periksa kalau ada apa-apa yang hilang. 152 00:14:45,394 --> 00:14:47,696 Maaf, ada sesuatu telah berlaku di kelab. 153 00:14:47,763 --> 00:14:49,331 Kami akan buka lewat sikit. 154 00:14:50,499 --> 00:14:51,633 Seberapa lewat? 155 00:14:52,167 --> 00:14:53,368 Lebih kurang dua jam. 156 00:14:53,435 --> 00:14:55,137 Dua jam? 157 00:14:55,737 --> 00:14:56,838 Lupakan saja. 158 00:14:56,905 --> 00:14:58,173 Mari kita ke tempat lain. 159 00:14:58,240 --> 00:14:59,608 Mamasan di sini lebih baik. 160 00:14:59,675 --> 00:15:01,109 Tapi… 161 00:15:01,176 --> 00:15:02,210 Mari kita ke tempat lain. 162 00:15:02,277 --> 00:15:03,178 {\an8}Kami minta maaf! 163 00:15:05,314 --> 00:15:07,416 Aduhai. Tak guna ambil gambar. 164 00:15:08,116 --> 00:15:10,085 Mereka dah kemas semuanya. 165 00:15:10,686 --> 00:15:12,454 Bukannya kami dirompak setiap hari. 166 00:15:12,521 --> 00:15:14,389 Kami tak tahu tak boleh sentuh langsung. 167 00:15:17,092 --> 00:15:19,161 Awak tahu berapa banyak duit yang ada di sini? 168 00:15:20,228 --> 00:15:22,264 Hasil jualan minggu pertama dan kedua. 169 00:15:23,999 --> 00:15:25,834 Apa lagi yang hilang selain duit? 170 00:15:27,469 --> 00:15:28,804 Mungkin itu saja. 171 00:15:29,571 --> 00:15:30,772 Wen-cheng. 172 00:15:30,839 --> 00:15:32,007 Tiada tanda-tanda pencerobohan. 173 00:15:32,074 --> 00:15:33,342 Tiada kerosakan pintu atau tingkap. 174 00:15:33,976 --> 00:15:35,677 Hanya tingkap ambang itu saja terbuka, 175 00:15:35,744 --> 00:15:37,079 tapi tak mungkin boleh masuk melaluinya. 176 00:15:48,123 --> 00:15:50,492 Pernah tak awak fikir, ini mungkin kerja orang dalam? 177 00:15:51,059 --> 00:15:52,828 Jangan buat andaian mengarut 178 00:15:52,894 --> 00:15:53,962 tanpa bukti. 179 00:15:57,332 --> 00:15:59,301 Ada tempat lain yang digeledah? 180 00:16:00,068 --> 00:16:01,003 Tidak. 181 00:16:01,937 --> 00:16:03,572 Jadi mereka ada matlamat yang jelas. 182 00:16:04,272 --> 00:16:06,074 Kami jarang tinggalkan barang berharga 183 00:16:06,141 --> 00:16:08,210 di bilik rehat atau lokar. 184 00:16:08,276 --> 00:16:11,780 Kenapa mereka tak pecahkan peti besi selain selongkar barang kami? 185 00:16:12,347 --> 00:16:13,815 Mereka takut disyaki. 186 00:16:14,716 --> 00:16:16,918 Jadi mereka buat macam ia dibuat oleh orang luar. 187 00:16:17,486 --> 00:16:18,987 Tapi sama ada mereka bodoh 188 00:16:19,054 --> 00:16:20,355 atau tak cukup masa. 189 00:16:20,856 --> 00:16:22,791 Sebab itulah mereka hanya geledah bilik rehat. 190 00:16:26,561 --> 00:16:28,730 Selain Cik Sue, sepatutnya ada dua wanita lagi. 191 00:16:28,797 --> 00:16:30,298 Wanita berusia dan pelajar kolej. 192 00:16:30,365 --> 00:16:31,666 Di mana mereka? 193 00:16:32,534 --> 00:16:34,202 Aiko dah tak bekerja di sini lagi. 194 00:16:34,269 --> 00:16:36,405 Ah-chi ada hal keluarga, jadi dia ambil cuti. 195 00:16:37,272 --> 00:16:38,273 Sebenarnya… 196 00:16:39,841 --> 00:16:41,810 Saya rasa Ah-chi berhutang kepada triad. 197 00:16:41,877 --> 00:16:44,012 Mereka juga datang ke kelab baru-baru ini. 198 00:16:46,181 --> 00:16:47,449 Saya tak boleh beritahukah? 199 00:16:59,828 --> 00:17:01,396 Saya perlu makan. 200 00:17:03,765 --> 00:17:04,733 Apa? 201 00:17:11,840 --> 00:17:13,308 Janganlah risau sangat. 202 00:17:13,875 --> 00:17:16,478 Kami akan dapatkan wang itu semula. 203 00:17:17,212 --> 00:17:18,980 Awak fikir saya peduli tentang duit? 204 00:17:19,848 --> 00:17:21,016 Habis itu, apa dia? 205 00:17:21,083 --> 00:17:23,218 Saya tak suka mengesyaki pekerja kelab. 206 00:17:25,520 --> 00:17:27,856 Orang lain mungkin tak sebaik awak. 207 00:17:29,624 --> 00:17:30,592 Cukuplah. 208 00:17:32,527 --> 00:17:34,663 Ini tentu tahun yang buruk bagi saya. 209 00:17:34,729 --> 00:17:36,364 Ada saja perkara yang berlaku. 210 00:17:36,932 --> 00:17:39,801 Aduhai! Tak bolehkah saya berehat? 211 00:17:41,636 --> 00:17:43,238 Nanti saya bawa awak ke Hsing Tian Kong. 212 00:17:43,305 --> 00:17:45,040 Ia juga boleh bantu melegakan kemarahan. 213 00:17:46,007 --> 00:17:47,275 Saya tak takut. 214 00:17:48,844 --> 00:17:50,145 Saya masuk! 215 00:17:50,212 --> 00:17:51,680 En. Nakamura belum balik lagi! 216 00:17:51,746 --> 00:17:52,647 Saya tahu. 217 00:17:52,714 --> 00:17:53,782 Tolong pegang ini. 218 00:17:53,849 --> 00:17:55,317 Kami dah bersetuju tentang ini. 219 00:17:55,383 --> 00:17:58,253 {\an8}Saya akan masakkan hidangan perpisahan sebelum dia kembali ke Jepun. 220 00:18:13,034 --> 00:18:15,704 Sama ada tiga tahun atau lima tahun 221 00:18:16,304 --> 00:18:19,774 Angin atau fros, kau perlu bertahan 222 00:18:21,910 --> 00:18:28,817 Sayangku, jika kau faham 223 00:18:29,317 --> 00:18:34,656 Tolonglah bertahan 224 00:18:39,694 --> 00:18:45,167 Wanita tak kurang tabahnya 225 00:18:45,667 --> 00:18:50,572 Mereka memendam air mata 226 00:18:51,339 --> 00:18:54,009 Kesakitan mereka tak siapa tahu 227 00:18:55,043 --> 00:18:57,245 Lisa, awak masih di sini? 228 00:18:58,513 --> 00:19:00,182 {\an8}Selamat pulang. 229 00:19:00,916 --> 00:19:02,384 Ah-chi, kenapa awak di sini? 230 00:19:03,084 --> 00:19:05,053 Lisa beri saya masuk. 231 00:19:05,554 --> 00:19:07,956 Bukankah awak kata awak suka lobak jeruk saya? 232 00:19:08,023 --> 00:19:09,424 Saya bawa beberapa tin. 233 00:19:09,491 --> 00:19:10,792 Cubalah dulu. 234 00:19:11,726 --> 00:19:12,694 Nah. 235 00:19:14,029 --> 00:19:15,497 Saya juga buat snek lewat malam. 236 00:19:15,564 --> 00:19:17,365 Saya nak hantar awak pergi. 237 00:19:18,099 --> 00:19:19,501 Awak tak perlu buat begini. 238 00:19:19,568 --> 00:19:21,236 Kita berkawan. 239 00:19:21,303 --> 00:19:23,905 Kenapa awak begitu sopan? 240 00:19:24,506 --> 00:19:26,908 Bertenang. 241 00:19:28,476 --> 00:19:30,679 Ini makan malam antara kawan lama. 242 00:19:42,324 --> 00:19:43,391 Sedap tak? 243 00:19:43,458 --> 00:19:45,393 Ya, sedap. 244 00:19:46,828 --> 00:19:48,597 Nah, makanlah udang. 245 00:19:48,663 --> 00:19:50,999 Udang ini ialah kepakaran saya. 246 00:19:51,066 --> 00:19:52,968 Awak takkan jumpa di Jepun. 247 00:19:53,602 --> 00:19:54,502 Nah. 248 00:19:55,203 --> 00:19:56,037 Terima kasih. 249 00:19:56,538 --> 00:19:57,439 Awak dah habiskan sup? 250 00:19:57,505 --> 00:19:58,440 Makanlah semangkuk lagi. 251 00:19:58,506 --> 00:19:59,441 Dah cukup. 252 00:20:00,775 --> 00:20:02,711 Saya akan isi dan letak di tepi. 253 00:20:02,777 --> 00:20:04,946 Awak boleh makan bila-bila saja yang awak mahu. 254 00:20:05,614 --> 00:20:06,881 Makan udang dulu. 255 00:20:09,150 --> 00:20:11,219 Kenapa panas sangat? 256 00:20:13,455 --> 00:20:15,090 Saya tahu. Panas. 257 00:20:16,358 --> 00:20:18,493 Mungkin akan hujan esok. 258 00:20:19,661 --> 00:20:21,863 En. Nakamura, awak berpeluh-peluh. 259 00:20:22,397 --> 00:20:24,165 Biar saya lapkan. 260 00:20:25,333 --> 00:20:26,334 Tak apa. 261 00:20:26,401 --> 00:20:27,836 Saya akan lap untuk awak. 262 00:20:27,902 --> 00:20:29,871 Kenapa awak berpeluh-peluh? 263 00:20:29,938 --> 00:20:32,374 Tengok, bahagian ini pun basah. 264 00:20:33,041 --> 00:20:34,075 Panas, bukan? 265 00:20:35,677 --> 00:20:37,479 Ia menitik di dalam. Mari. 266 00:20:38,346 --> 00:20:39,881 Awak berpeluh-peluh. 267 00:20:39,948 --> 00:20:42,250 Pakaian awak basah. Biar saya lap. 268 00:20:42,317 --> 00:20:43,385 Mari sini. 269 00:20:53,395 --> 00:20:54,829 En. Nakamura. 270 00:20:58,867 --> 00:21:00,135 En. Nakamura. 271 00:21:00,635 --> 00:21:02,370 Saya sangat sukakan awak. 272 00:22:21,082 --> 00:22:22,350 Sedapnya bau. 273 00:22:22,884 --> 00:22:24,018 Awak dah bangun? 274 00:22:25,687 --> 00:22:26,955 Awak nak kopi? 275 00:22:27,822 --> 00:22:29,057 Sue? 276 00:22:30,458 --> 00:22:31,593 Awak… 277 00:22:32,794 --> 00:22:34,596 En. Nakamura dah pergi kerja. 278 00:22:35,530 --> 00:22:38,199 Dia suruh saya minta awak pergi selepas awak bangun. 279 00:22:39,134 --> 00:22:40,135 Tapi malam tadi… 280 00:22:40,201 --> 00:22:42,704 Dia minta maaf kepada saya atas kejadian malam semalam. 281 00:22:43,705 --> 00:22:44,806 Minta maaf? 282 00:22:47,108 --> 00:22:48,743 Awak goda dia. 283 00:22:51,346 --> 00:22:53,548 En. Nakamura tak dapat mengawal diri. 284 00:22:54,382 --> 00:22:55,984 Dia minta maaf kepada saya. 285 00:22:56,684 --> 00:22:57,819 Tapi saya faham. 286 00:22:58,720 --> 00:23:00,622 Saya juga dah maafkan dia dan awak. 287 00:23:02,223 --> 00:23:03,691 Dia boleh buat apa saja dengan saya. 288 00:23:03,758 --> 00:23:05,627 Kenapa dia perlu minta maaf kepada awak? 289 00:23:06,661 --> 00:23:08,430 Awak tak tahukah dia nak bawa saya ke Jepun? 290 00:23:09,564 --> 00:23:10,632 Apa? 291 00:23:13,401 --> 00:23:16,037 En. Nakamura meluahkan perasaannya kepada saya. 292 00:23:17,806 --> 00:23:19,841 Dia kata dia akan terima segala-galanya tentang saya. 293 00:23:21,409 --> 00:23:22,510 Saya terharu. 294 00:23:23,344 --> 00:23:24,546 Jadi saya setuju. 295 00:23:25,980 --> 00:23:27,415 Saya datang hari ini 296 00:23:27,482 --> 00:23:28,683 untuk bantu dia mengemas 297 00:23:28,750 --> 00:23:30,752 barang-barang yang kami akan hantar ke sana. 298 00:23:33,822 --> 00:23:35,356 Awak bergurau, bukan? 299 00:23:36,191 --> 00:23:37,492 Adakah saya bergurau? 300 00:23:38,393 --> 00:23:39,594 Awak akan tahu nanti. 301 00:24:10,859 --> 00:24:12,794 Nasib baik kita ambil duit hari itu. 302 00:24:13,795 --> 00:24:15,763 Polis anggap ia sebagai pecah masuk. 303 00:24:33,581 --> 00:24:34,649 Apa patut kita buat? 304 00:24:35,483 --> 00:24:36,618 Di sini pun tak ada. 305 00:24:44,659 --> 00:24:45,627 {\an8}Siapa saya? 306 00:24:45,693 --> 00:24:47,161 Kalau saya tak bijak, 307 00:24:47,228 --> 00:24:49,063 macam mana saya boleh buat awak jatuh cinta kepada saya? 308 00:24:52,233 --> 00:24:53,334 Tapi, 309 00:24:54,369 --> 00:24:56,738 saya masih risaukan Cik Sue. 310 00:24:57,405 --> 00:25:00,308 Dia tak cukup bodoh untuk membuangnya, bukan? 311 00:25:03,878 --> 00:25:05,446 Saya kenal sikap dia. 312 00:25:06,147 --> 00:25:08,316 Kalau dia ada rahsia tentang saya, 313 00:25:08,950 --> 00:25:10,652 dia takkan lepaskan saya. 314 00:25:13,087 --> 00:25:15,623 Jadi, ia berada di rumahnya? 315 00:25:41,482 --> 00:25:42,350 Biar saya buka. 316 00:25:46,087 --> 00:25:47,689 Awak datang cepat. Jarang berlaku. 317 00:25:48,456 --> 00:25:49,290 Helo, mak cik. 318 00:25:49,357 --> 00:25:50,558 - Hai. - Ayah. 319 00:25:50,625 --> 00:25:51,526 - Pak cik. - Hai. 320 00:25:51,593 --> 00:25:52,594 - Datuk. - Hai. 321 00:25:54,095 --> 00:25:56,331 Lama tak jumpa. Tzu-wei dah semakin tinggi. 322 00:25:56,831 --> 00:25:58,299 - Nenek. - Budak baik. 323 00:25:58,366 --> 00:25:59,534 Nenek nak buat satu lagi hidangan. 324 00:25:59,601 --> 00:26:00,902 {\an8}Ia akan siap tak lama lagi. 325 00:26:00,969 --> 00:26:01,970 Tengok. 326 00:26:02,470 --> 00:26:04,005 Kacaknya dia. 327 00:26:04,072 --> 00:26:05,206 Awak sangat tinggi. 328 00:26:05,273 --> 00:26:06,708 Lebih tinggi daripada pak cik. 329 00:26:06,774 --> 00:26:08,309 Awak datang sendiri? 330 00:26:08,376 --> 00:26:09,510 Ya. 331 00:26:13,147 --> 00:26:14,649 - Ayah. - Tzu-wei. 332 00:26:14,716 --> 00:26:15,917 Ayah, saya dah sampai. 333 00:26:16,417 --> 00:26:17,418 Maafkan saya, semua. 334 00:26:17,485 --> 00:26:20,722 Saya cari ruang letak kereta tadi. Itu membuatkan saya lewat. Maaf. 335 00:26:21,222 --> 00:26:22,223 Apa yang berlaku? 336 00:26:22,957 --> 00:26:24,592 Ini majlis perpisahan sebelum awak balik ke AS. 337 00:26:24,659 --> 00:26:25,793 Kenapa ada orang luar? 338 00:26:25,860 --> 00:26:26,995 Ia memang perpisahan untuk saya. 339 00:26:27,862 --> 00:26:28,997 Tapi mana ada orang luar. 340 00:26:30,098 --> 00:26:31,432 Yu-nung, jangan salahkan dia. 341 00:26:31,499 --> 00:26:33,034 Saya yang aturkan perjumpaan ini. 342 00:26:33,101 --> 00:26:36,170 Awak takkan datang kalau awak tahu, jadi saya minta dia rahsiakan. 343 00:26:40,441 --> 00:26:41,709 Sudah, mari makan. 344 00:26:41,776 --> 00:26:43,144 - Mari makan. - Mari makan, ayah. 345 00:26:43,211 --> 00:26:45,046 Mak, Shao-chiang dah sampai. Mari makan. 346 00:26:45,980 --> 00:26:48,383 Mak, tempat ini terkenal dengan sup ayam. 347 00:26:48,449 --> 00:26:49,550 Ia perlu ditempah. 348 00:26:49,617 --> 00:26:51,753 - Tak apa, awak makanlah. - Cubalah. 349 00:27:00,695 --> 00:27:01,596 Ya, ayah. 350 00:27:01,663 --> 00:27:03,197 Tongkat itu selesa digunakan? 351 00:27:03,264 --> 00:27:04,132 Ya. 352 00:27:04,198 --> 00:27:05,633 Adakah ia mahal? 353 00:27:05,700 --> 00:27:07,535 Pada mulanya, dia keberatan nak guna. 354 00:27:07,602 --> 00:27:08,536 Tak mahal pun. 355 00:27:08,603 --> 00:27:10,471 Apa yang penting ialah ayah suka. 356 00:27:10,972 --> 00:27:13,174 Shao-chiang, kali terakhir kita berbual, 357 00:27:13,241 --> 00:27:15,643 awak cakap syarikat awak import apa? 358 00:27:17,412 --> 00:27:21,015 Perniagaan kami yang paling menguntungkan ialah import barang keperluan harian. 359 00:27:21,082 --> 00:27:24,819 Kami juga buat produk berteknologi tinggi seperti litar bersepadu dan cip. 360 00:27:25,319 --> 00:27:27,822 Oh ya, baru-baru ini syarikat kami ambil tempahan OEM 361 00:27:27,889 --> 00:27:29,457 seperti kasut 362 00:27:29,524 --> 00:27:31,092 dan barangan sukan. 363 00:27:31,159 --> 00:27:34,662 Saya jumpa kilang di selatan yang buat barang berkualiti. 364 00:27:35,496 --> 00:27:36,397 Bagus juga. 365 00:27:37,465 --> 00:27:38,800 Mari bekerja bersama nanti. 366 00:27:38,866 --> 00:27:40,735 Sudah tentu. Kita sekeluarga. 367 00:27:40,802 --> 00:27:43,404 Tak, saya perlu minta awak jaga saya baik-baik. 368 00:27:43,471 --> 00:27:44,338 Ya, sudah tentu. 369 00:27:44,405 --> 00:27:45,673 Mari minum sikit. 370 00:28:01,389 --> 00:28:02,290 Apa awak buat? 371 00:28:02,356 --> 00:28:03,491 {\an8}Apa awak nak sebenarnya? 372 00:28:04,025 --> 00:28:05,259 Tiada apa. Apa awak nak? 373 00:28:05,326 --> 00:28:06,794 Awak tak datang semasa mesyuarat perceraian, 374 00:28:06,861 --> 00:28:08,329 cuba ambil hati keluarga saya 375 00:28:08,396 --> 00:28:09,697 dan memperdaya saya dan Tzu-wei. 376 00:28:09,764 --> 00:28:10,732 Mesti awak nak sesuatu. 377 00:28:10,798 --> 00:28:12,667 Okey, saya akan beritahu. Saya memang mahukan sesuatu. 378 00:28:12,734 --> 00:28:15,103 Saya dah cakap. Saya nak tebus kesalahan kepada awak dan Tzu-wei. 379 00:28:15,169 --> 00:28:16,003 Saya juga dah beritahu. 380 00:28:16,070 --> 00:28:17,672 Awak tak layak. 381 00:28:17,739 --> 00:28:21,109 {\an8}Awak musnahkan detik terbaik hidup saya. Macam mana nak tebus kesalahan itu? 382 00:28:22,610 --> 00:28:23,911 Saya bersalah. 383 00:28:23,978 --> 00:28:25,379 Sebab itulah saya berusaha gigih. 384 00:28:25,446 --> 00:28:27,081 Saya kembali dengan duit. 385 00:28:27,148 --> 00:28:28,449 Kalau awak mahu, 386 00:28:28,516 --> 00:28:29,717 awak boleh hidup dengan selesa 387 00:28:29,784 --> 00:28:31,052 sepanjang hayat awak. 388 00:28:31,119 --> 00:28:32,120 Yu-nung. 389 00:28:32,653 --> 00:28:34,188 Kalau seseorang buat silap, 390 00:28:34,689 --> 00:28:36,991 adakah dia tak akan dimaafkan sepanjang hayatnya? 391 00:28:37,558 --> 00:28:38,793 Bukan dalam hayat ini. 392 00:28:42,196 --> 00:28:44,265 Saya layak dihukum. 393 00:28:44,332 --> 00:28:46,701 Saya faham kenapa awak buat begini. 394 00:28:46,768 --> 00:28:47,668 Saya boleh terima. 395 00:28:49,737 --> 00:28:51,572 Kalau awak betul-betul nak tebus kesilapan, 396 00:28:52,140 --> 00:28:53,875 berambus daripada hidup kami. 397 00:28:55,109 --> 00:28:56,210 Beri saya sedikit masa. 398 00:28:56,277 --> 00:28:57,378 Saya akan buktikan. 399 00:28:58,880 --> 00:29:01,015 Lagipun kita ada banyak peluang untuk berbaik. 400 00:29:01,949 --> 00:29:02,984 Apa maksud awak? 401 00:29:03,050 --> 00:29:04,652 Siapa yang nak berbaik dengan awak? 402 00:29:04,719 --> 00:29:06,954 Shao-chiang, mari minum teh. 403 00:29:07,622 --> 00:29:08,523 Mari. 404 00:29:11,993 --> 00:29:13,995 Kenapa awak perlu mengesyaki saya? 405 00:29:17,398 --> 00:29:18,533 Apa yang sedang berlaku? 406 00:29:19,033 --> 00:29:21,135 Berhutang menjadikan seseorang pencuri? 407 00:29:21,202 --> 00:29:23,971 Maksudnya pencuri ada di mana-mana! Kenapa tak tangkap mereka? 408 00:29:24,038 --> 00:29:25,106 Bukan, Cik Chi. 409 00:29:25,606 --> 00:29:26,440 Macam ini. 410 00:29:26,507 --> 00:29:29,010 Semua pekerja di kelab awak ditanyakan soalan yang sama. 411 00:29:29,076 --> 00:29:30,545 Kebetulan awak cuti hari itu. 412 00:29:30,611 --> 00:29:31,913 Sebab itulah kami minta awak datang. 413 00:29:32,880 --> 00:29:34,348 Awak ingat saya bodoh? 414 00:29:34,415 --> 00:29:36,017 Jelas sekali awak mengesyaki saya. 415 00:29:37,151 --> 00:29:39,153 Kenapa awak tanya saya tentang lintah darat? 416 00:29:39,821 --> 00:29:40,721 Dengar sini. 417 00:29:40,788 --> 00:29:43,291 Saya memang miskin, tapi saya bukannya tak tahu malu! 418 00:29:43,958 --> 00:29:44,926 Jaga perangai awak. 419 00:29:44,992 --> 00:29:46,661 Ini prosedur saja. Semua orang kena buat. 420 00:29:46,727 --> 00:29:47,595 Prosedur saja? 421 00:29:47,662 --> 00:29:49,230 Polis buat apa? 422 00:29:50,064 --> 00:29:52,433 Daripada menyoal siasat orang yang patut ditangkap, 423 00:29:52,500 --> 00:29:54,335 awak mengesyaki wanita baik macam saya. 424 00:29:58,639 --> 00:30:00,174 Nah, merokok dulu. 425 00:30:03,544 --> 00:30:04,745 Saya nak yang itu. 426 00:30:04,812 --> 00:30:05,813 Okey. 427 00:30:08,683 --> 00:30:09,584 Nah. 428 00:30:13,454 --> 00:30:15,623 Tadi awak sebut, seseorang yang patut ditangkap. 429 00:30:16,390 --> 00:30:17,391 Siapa orang itu? 430 00:30:17,458 --> 00:30:19,160 Wang Ai-lien. 431 00:30:19,227 --> 00:30:21,028 Dia yang mencurigakan, okey? 432 00:30:23,231 --> 00:30:24,599 Dia dah dipecat. 433 00:30:25,666 --> 00:30:27,134 Pernahkah kamu fikir 434 00:30:27,201 --> 00:30:30,371 kemungkinan yang dia kembali untuk balas dendam? 435 00:30:31,906 --> 00:30:33,975 Kamu gelar diri kamu pegawai polis? 436 00:30:36,510 --> 00:30:37,979 {\an8}TRANSKRIP TEMU BUAL 437 00:30:38,045 --> 00:30:40,014 {\an8}6 OKTOBER 1988 PADA HARI KEJADIAN 438 00:30:40,081 --> 00:30:40,948 Awak tahu tak 439 00:30:41,015 --> 00:30:43,317 {\an8}jika anak awak ada berhubung dengan sesiapa baru-baru ini? 440 00:30:45,419 --> 00:30:46,754 Saya baru saja dapat tahu 441 00:30:46,821 --> 00:30:48,456 dia bekerja di sebuah kelab. 442 00:30:49,790 --> 00:30:51,125 Saya benar-benar tak faham 443 00:30:51,192 --> 00:30:52,526 apa yang dia fikirkan. 444 00:30:53,194 --> 00:30:54,729 Jika kerja seks lebih baik daripada kemiskinan, 445 00:30:54,795 --> 00:30:57,231 macam mana kita nak ajar budak-budak apa yang betul dalam masyarakat? 446 00:31:02,203 --> 00:31:04,972 Kami akan hubungi awak sebaik saja dengar apa-apa berita. 447 00:31:05,039 --> 00:31:05,973 Terima kasih. 448 00:31:06,474 --> 00:31:08,242 Rakan sekerja kami akan ambil kenyataan awak. 449 00:31:09,043 --> 00:31:09,944 Okey. 450 00:31:12,780 --> 00:31:14,181 Duduklah. 451 00:31:20,855 --> 00:31:22,290 Helo? Balai Polis Zhongshan. 452 00:31:22,924 --> 00:31:24,458 Ya. Okey. 453 00:31:24,959 --> 00:31:25,960 Saya akan ke sana. 454 00:31:27,695 --> 00:31:28,930 Wen-cheng, 455 00:31:28,996 --> 00:31:30,564 laporan autopsi awal dah keluar. 456 00:31:37,838 --> 00:31:44,412 {\an8}22 SEPTEMBER 1988 DUA MINGGU SEBELUM KEJADIAN 457 00:31:51,419 --> 00:31:52,386 Ching-yi. 458 00:31:53,921 --> 00:31:55,323 Semuanya okey? 459 00:31:56,390 --> 00:31:57,558 Boleh tahan. 460 00:31:58,192 --> 00:31:59,760 Saya akan dibebaskan bulan depan. 461 00:32:01,362 --> 00:32:02,363 Tahniah. 462 00:32:03,030 --> 00:32:04,565 Akhirnya awak berjaya sampai ke hari ini. 463 00:32:05,266 --> 00:32:06,500 Selepas awak dibebaskan, 464 00:32:07,034 --> 00:32:09,036 mulakan hidup baru. 465 00:32:09,537 --> 00:32:10,538 Okey? 466 00:32:11,939 --> 00:32:12,907 Ching-yi, 467 00:32:13,708 --> 00:32:15,343 awak dah berikan saya nyawa. 468 00:32:16,243 --> 00:32:17,411 Kalau bukan kerana awak, 469 00:32:18,312 --> 00:32:19,680 dah lama saya mati. 470 00:32:22,783 --> 00:32:24,819 Apabila saya bebas nanti, mari makan bersama. 471 00:32:29,623 --> 00:32:31,959 Saya pun nak makan dengan awak. 472 00:32:33,260 --> 00:32:34,996 Malangnya, apabila awak bebas nanti, 473 00:32:35,730 --> 00:32:37,365 saya mungkin dah tiada di sini lagi. 474 00:32:37,431 --> 00:32:38,699 Awak nak ke mana? 475 00:32:39,567 --> 00:32:40,668 Jepun. 476 00:32:42,069 --> 00:32:43,137 Awak nak ke Jepun? 477 00:32:46,841 --> 00:32:48,376 Selepas lebih 30 tahun di sini, 478 00:32:49,410 --> 00:32:51,512 saya rasa saya patut pindah ke tempat lain 479 00:32:52,446 --> 00:32:53,948 dan jalani kehidupan berbeza. 480 00:32:57,952 --> 00:33:00,154 Tapi, sama ada kita berjumpa lagi atau tidak, 481 00:33:02,223 --> 00:33:03,824 kita mesti jaga diri masing-masing. 482 00:33:30,551 --> 00:33:31,852 Baguslah. 483 00:33:32,420 --> 00:33:33,821 Selamat datang! 484 00:33:33,888 --> 00:33:36,090 - Selamat datang! - Selamat datang! 485 00:33:45,266 --> 00:33:46,634 Kenapa awak masuk dari sana? 486 00:33:50,271 --> 00:33:51,505 Ini untuk awak. 487 00:33:52,573 --> 00:33:53,607 Terima kasih. 488 00:33:56,744 --> 00:33:59,046 Helo, semua. Maaf kerana mengganggu. 489 00:33:59,113 --> 00:34:02,216 Ini hari yang penting dalam hidup saya. 490 00:34:03,250 --> 00:34:04,118 Sebab… 491 00:34:05,986 --> 00:34:08,856 saya akan melamar Cik Su Ching-yi. 492 00:34:11,725 --> 00:34:15,196 Saya nak kamu semua jadi saksi saya. 493 00:34:21,535 --> 00:34:23,871 Saya tak boleh jadi sebahagian daripada masa silam awak. 494 00:34:25,172 --> 00:34:26,373 Tapi untuk masa depan awak, 495 00:34:27,007 --> 00:34:28,776 gembira atau sedih, 496 00:34:28,843 --> 00:34:30,277 saya akan ada bersama. 497 00:34:36,517 --> 00:34:37,618 Sue, 498 00:34:38,119 --> 00:34:39,753 sudikah awak mengahwini saya? 499 00:34:46,760 --> 00:34:48,395 Cincin berlian itu sangat besar! 500 00:34:50,131 --> 00:34:51,232 Katakan ya! 501 00:34:51,298 --> 00:34:52,633 Katakan ya! 502 00:34:52,700 --> 00:34:53,767 - Katakan ya! - Kahwini dia! 503 00:34:53,834 --> 00:34:55,436 Katakan ya! 504 00:34:58,305 --> 00:34:59,306 Katakan ya. 505 00:35:02,376 --> 00:35:03,277 Ya. 506 00:35:24,498 --> 00:35:26,467 Buka wain terbaik di kelab ini. 507 00:35:26,534 --> 00:35:28,402 Saya belanja sebotol setiap meja. 508 00:35:28,469 --> 00:35:30,571 En. Nakamura belanja semua orang minum! 509 00:35:34,008 --> 00:35:35,476 Tahniah! 510 00:35:35,543 --> 00:35:37,912 - Tahniah! - Tahniah! 511 00:35:37,978 --> 00:35:39,180 Tahniah! 512 00:35:39,246 --> 00:35:41,448 - Tahniah! - Tahniah! 513 00:35:46,353 --> 00:35:47,688 Tahniah! 514 00:35:47,755 --> 00:35:49,990 - Tahniah! - Tahniah! 515 00:35:50,758 --> 00:35:52,026 Tahniah! 516 00:35:53,460 --> 00:35:56,430 Taufan berserta hujan lebat biasanya diikuti bencana, 517 00:35:56,497 --> 00:35:58,365 jadi bomba memberi peringatan 518 00:35:58,432 --> 00:36:00,968 kepada penduduk di kawasan rendah atau berhampiran sungai 519 00:36:01,035 --> 00:36:02,736 untuk berjaga-jaga dengan paras air. 520 00:36:02,803 --> 00:36:05,806 Sekiranya ada kecemasan, telefon 911 dan minta bantuan segera. 521 00:36:06,774 --> 00:36:09,710 Setiap tahun, hujan lebat yang dibawa oleh musim hujan dan taufan 522 00:36:09,777 --> 00:36:12,813 membawa lebih 450 milimeter hujan ke wilayah utara, 523 00:36:12,880 --> 00:36:15,049 mengubah Taipei menjadi zon banjir. 524 00:36:15,115 --> 00:36:16,650 Masyarakat Taipei juga 525 00:36:16,717 --> 00:36:18,886 kerugian besar akibat banjir tersebut. 526 00:36:18,953 --> 00:36:20,688 Selepas Taufan Lynn tahun lepas, 527 00:36:20,754 --> 00:36:22,656 bandar ini mengambil langkah pencegahan banjir 528 00:36:22,723 --> 00:36:24,959 dengan membuka, meluaskan dan membersihkan parit 529 00:36:25,025 --> 00:36:27,428 di tepi jalan di mana air biasanya bertakung 530 00:36:27,494 --> 00:36:29,797 seperti di Jalan Utara Minsheng, Jalan Fujin dan sebagainya. 531 00:36:29,863 --> 00:36:31,832 Mereka juga memperkukuh laluan banjir untuk sungai 532 00:36:31,899 --> 00:36:33,767 seperti Sungai Tamsui dan Sungai Keelung. 533 00:36:33,834 --> 00:36:34,935 Dewan bandar menyatakan, 534 00:36:35,002 --> 00:36:35,869 banjir setiap tahun 535 00:36:35,936 --> 00:36:38,939 kebanyakannya berpunca daripada kegagalan tambak, 536 00:36:39,006 --> 00:36:41,075 tembok penahan dan stesen pam. 537 00:36:41,141 --> 00:36:42,009 Jadi tahun ini… 538 00:36:52,419 --> 00:36:53,454 Apa yang berlaku? 539 00:36:54,255 --> 00:36:57,224 {\an8}Saya basah kerana membeli rokok. Rokok juga rosak. 540 00:36:59,360 --> 00:37:00,661 Hujan sangat lebat. 541 00:37:00,728 --> 00:37:02,496 Hari ini ada pelanggankah? 542 00:37:03,764 --> 00:37:05,833 Kita patut tutup pada cuaca begini. 543 00:37:06,433 --> 00:37:08,235 Apa lebih penting? Duit atau nyawa? 544 00:37:09,236 --> 00:37:11,138 Hari ini hari terakhir Cik Sue bekerja. 545 00:37:11,205 --> 00:37:12,740 Kamu tak sedihkah? 546 00:37:12,806 --> 00:37:14,375 Apa yang nak disedihkan? 547 00:37:14,441 --> 00:37:15,643 Lebih baik dia tiada. 548 00:37:15,709 --> 00:37:17,411 Saya tak nak tengok muka dia lagi! 549 00:37:17,478 --> 00:37:19,079 Berhenti ambil daging saya! 550 00:37:21,315 --> 00:37:22,750 Bilik rehat ini sesak. 551 00:37:23,550 --> 00:37:25,219 Tentu seronok kalau ada lebih ruang. 552 00:38:07,695 --> 00:38:08,896 Cik Rose. 553 00:38:08,962 --> 00:38:11,565 Saya rasa tiada pelanggan yang akan datang hari ini. 554 00:38:11,632 --> 00:38:13,133 Mungkin kita patut berseronok 555 00:38:13,634 --> 00:38:15,903 sebagai parti perpisahan untuk Cik Sue. 556 00:38:16,470 --> 00:38:17,471 Macam mana? 557 00:38:18,172 --> 00:38:19,440 Terpulang kepada awak. 558 00:38:20,007 --> 00:38:21,175 Saya tak kisah. 559 00:38:26,747 --> 00:38:28,615 Jarang sekali tak ada pelanggan. 560 00:38:29,116 --> 00:38:31,085 Seolah-olah kita menyewa seluruh tempat ini. 561 00:38:31,151 --> 00:38:32,419 Ya. 562 00:38:36,357 --> 00:38:38,292 Mari ambil gambar beramai-ramai dulu. 563 00:38:38,359 --> 00:38:40,194 Kebetulan saya bawa kamera hari ini. Okey? 564 00:38:40,260 --> 00:38:41,462 - Biar saya pergi ambil. - Okey. 565 00:38:46,567 --> 00:38:47,634 Selamat datang. 566 00:38:47,701 --> 00:38:48,836 - Selamat datang. - Selamat datang. 567 00:38:49,470 --> 00:38:50,371 Hai. 568 00:38:50,971 --> 00:38:52,973 Kenapa awak datang, Aiko? 569 00:38:53,474 --> 00:38:55,909 Ini adalah malam terakhir Cik Sue. 570 00:38:55,976 --> 00:38:58,345 Saya nak meraikan dia. 571 00:39:03,751 --> 00:39:04,785 Satu gelas. 572 00:39:05,853 --> 00:39:07,287 Memandangkan semua ada di sini, 573 00:39:07,821 --> 00:39:09,156 ada sesuatu 574 00:39:10,124 --> 00:39:11,925 saya nak beritahu semua orang. 575 00:39:21,201 --> 00:39:24,938 Enam tahun lalu, semasa saya mula-mula datang ke Cahaya, 576 00:39:25,672 --> 00:39:27,708 saya juga bermula sebagai seorang pelayan. 577 00:39:28,342 --> 00:39:30,177 Akhirnya, saya menjadi Mamasan. 578 00:39:31,178 --> 00:39:32,379 Dalam proses itu, 579 00:39:32,946 --> 00:39:34,848 pelayan datang dan pergi. 580 00:39:35,849 --> 00:39:38,285 Kelab ini dah banyak berubah. 581 00:39:42,723 --> 00:39:44,658 Jadi saya harap selepas saya tiada, 582 00:39:45,292 --> 00:39:46,760 kamu semua boleh bekerjasama 583 00:39:46,827 --> 00:39:48,662 dan berbaik dengan Cik Rose. 584 00:39:50,030 --> 00:39:52,299 Jadikan Cahaya lebih berjaya. 585 00:39:53,934 --> 00:39:55,068 Ini untuk semua orang. 586 00:40:20,294 --> 00:40:22,563 Saya akan tinggalkan Cahaya untuk pergi ke Jepun. 587 00:40:24,998 --> 00:40:26,400 Saya tahu awak marah. 588 00:40:29,136 --> 00:40:30,404 Tapi kehidupan ini 589 00:40:31,872 --> 00:40:33,507 bukanlah parti tanpa berkesudahan. 590 00:40:38,345 --> 00:40:40,147 Awak pasti memahaminya, bukan? 591 00:40:51,291 --> 00:40:52,459 Ini untuk awak. 592 00:40:55,829 --> 00:40:57,164 Kawan baik saya. 593 00:40:59,166 --> 00:41:02,803 Terima kasih kerana menjaga saya selama separuh pertama kehidupan saya. 594 00:41:05,372 --> 00:41:06,874 Saya adalah diri saya sekarang. 595 00:41:31,565 --> 00:41:33,066 Mari, semua. Cepat. 596 00:41:35,168 --> 00:41:36,403 Awak pun ada di sini, Aiko? 597 00:41:37,037 --> 00:41:38,305 Ia pertemuan yang besar. 598 00:41:38,372 --> 00:41:41,074 Mari ambil gambar bersama. Ini malam terakhir Cik Sue. 599 00:41:41,141 --> 00:41:42,576 Kita patut simpan memori, okey? 600 00:41:42,643 --> 00:41:44,077 Marilah. 601 00:41:44,578 --> 00:41:45,746 - Cik Rose juga. - Aiko. 602 00:41:45,812 --> 00:41:47,147 Ah-chi, ayuh. 603 00:41:47,648 --> 00:41:49,316 Rapat lagi. Ini dia. 604 00:41:49,850 --> 00:41:50,751 Lima. 605 00:41:50,817 --> 00:41:51,919 Empat. 606 00:41:51,985 --> 00:41:53,153 Tiga. 607 00:41:53,220 --> 00:41:54,288 Dua. 608 00:41:54,354 --> 00:41:55,522 Satu. 609 00:42:03,630 --> 00:42:04,998 {\an8}6 OKTOBER 1988 PADA HARI KEJADIAN 610 00:42:05,065 --> 00:42:07,601 {\an8}Berdasarkan kekejuran mayat dan suhu badan, 611 00:42:08,235 --> 00:42:09,303 {\an8}masa kematian adalah 612 00:42:09,369 --> 00:42:11,772 {\an8}antara pukul 12:00 tengah malam dan 4:00 pagi semalam. 613 00:42:13,073 --> 00:42:14,474 Berkenaan punca kematian… 614 00:42:16,944 --> 00:42:18,178 Kesimpulannya awal adalah 615 00:42:18,245 --> 00:42:20,180 pendarahan dalaman akibat pukulan. 616 00:42:21,481 --> 00:42:24,952 Belakang kepala mangsa telah dipukul dengan senjata keras atau tumpul. 617 00:42:26,186 --> 00:42:27,220 Saya cadangkan 618 00:42:27,721 --> 00:42:29,723 menyiasatnya sebagai kes pembunuhan. 619 00:44:20,434 --> 00:44:21,968 Su Ching-yi. 620 00:44:28,408 --> 00:44:29,943 Su Ching-yi… 621 00:47:57,918 --> 00:48:02,923 Terjemahan sari kata oleh Nor Shahira Alena