1 00:00:06,089 --> 00:00:11,720 SEBUAH SIRI DOKUMENTARI NETFLIX 2 00:00:34,576 --> 00:00:38,830 Inilah makhluk yang paling hampir dengan makhluk asing di Bumi. 3 00:00:41,499 --> 00:00:45,837 Tak hairanlah keluarga sefalopod telah menangkap imaginasi kita. 4 00:00:51,843 --> 00:00:54,054 Rupanya yang seperti makhluk asing, 5 00:00:56,014 --> 00:01:01,895 datang dengan kepintaran, kebebasan dan ciptaan yang mengagumkan. 6 00:01:04,105 --> 00:01:06,775 Masih banyak yang perlu dipelajari 7 00:01:06,858 --> 00:01:10,195 tentang legenda dasar laut yang jarang dilihat. 8 00:01:14,532 --> 00:01:18,369 Haiwan yang sememangnya lebih aneh daripada fiksyen. 9 00:01:23,500 --> 00:01:28,171 SOTONG KURITA 10 00:01:30,715 --> 00:01:36,012 PULAU VANCOUVER KANADA 11 00:01:41,976 --> 00:01:43,770 Laut kaya dengan nutrien ini 12 00:01:43,853 --> 00:01:47,649 menjadikannya laut paling produktif di planet ini. 13 00:01:51,319 --> 00:01:54,697 Tempat sempurna untuk kehidupan baru bermula. 14 00:01:56,950 --> 00:02:01,746 KEDALAMAN 25 METER SUHU AIR 5°C 15 00:02:01,830 --> 00:02:03,540 Tersembunyi di bawah ombak… 16 00:02:05,917 --> 00:02:07,252 dalam dunia rahsia… 17 00:02:11,798 --> 00:02:14,759 100,000 telur berharga. 18 00:02:18,763 --> 00:02:22,100 Setiap satu hanya sebesar sebutir padi. 19 00:02:29,607 --> 00:02:32,986 Selama enam bulan, telur ini dijaga 20 00:02:34,070 --> 00:02:35,029 oleh ibu. 21 00:02:38,700 --> 00:02:41,077 Sotong kurita Pasifik gergasi. 22 00:02:42,287 --> 00:02:43,246 Tubuhnya, 23 00:02:44,164 --> 00:02:45,331 menjadi kubu. 24 00:02:48,209 --> 00:02:50,378 Si ibu pastikan air bergerak 25 00:02:50,461 --> 00:02:53,214 untuk halang alga menutupi bayi-bayinya. 26 00:02:55,842 --> 00:02:57,135 Dalam setiap telur, 27 00:02:57,844 --> 00:03:02,182 replika kecil makhluk yang hampir mustahil. 28 00:03:04,767 --> 00:03:05,894 Lapan lengan, 29 00:03:08,313 --> 00:03:09,856 tiga jantung, 30 00:03:11,274 --> 00:03:12,442 dan berdarah biru. 31 00:03:15,904 --> 00:03:21,034 Akhirnya, makhluk ini akan membesar jadi 250,000 kali lebih berat, 32 00:03:23,077 --> 00:03:26,331 dan antara pemangsa paling licik di lautan. 33 00:03:29,918 --> 00:03:32,420 Namun, sejumlah kecil saja yang berjaya. 34 00:03:42,138 --> 00:03:45,058 Sudah tiba masa tinggalkan sarang selamat itu. 35 00:04:01,032 --> 00:04:03,785 Dengan hembusan terakhir daripada ibu, 36 00:04:06,204 --> 00:04:09,624 bayi ini dicampak ke dalam arus laut. 37 00:04:16,589 --> 00:04:18,716 Si kecil takkan jumpa ibunya lagi. 38 00:04:27,308 --> 00:04:28,518 Bersendirian, 39 00:04:29,769 --> 00:04:31,729 takdirnya ditentukan laut. 40 00:04:43,658 --> 00:04:46,786 Jika berjaya hidup, si kecil ini akan mengambil tempat 41 00:04:46,869 --> 00:04:51,833 bersama salah satu keluarga haiwan terhebat di Bumi. 42 00:05:03,678 --> 00:05:05,138 Dijumpai di setiap laut, 43 00:05:07,181 --> 00:05:10,601 ada lebih 800 spesis sotong kurita, 44 00:05:12,270 --> 00:05:13,104 sotong, 45 00:05:14,272 --> 00:05:15,732 dan sotong katak. 46 00:05:18,234 --> 00:05:19,902 Semuanya haiwan sefalopod… 47 00:05:22,947 --> 00:05:26,284 yang bermaksud "kepala-kaki", 48 00:05:27,368 --> 00:05:29,579 kerana anatomi anehnya, 49 00:05:30,246 --> 00:05:33,166 dengan anggota badan tumbuh di muka. 50 00:05:36,627 --> 00:05:39,589 Namun, sefalopod paling awal rupanya begini. 51 00:05:41,883 --> 00:05:42,884 Nautilus. 52 00:05:45,261 --> 00:05:47,513 Rupanya mirip saudara moluskanya, 53 00:05:48,139 --> 00:05:49,140 siput. 54 00:05:51,726 --> 00:05:55,813 Ia tak berubah selama setengah bilion tahun, 55 00:05:59,359 --> 00:06:04,447 sementara yang lain berevolusi dengan cara yang amat luar biasa. 56 00:06:05,448 --> 00:06:07,450 Cangkerang sudah tiada. 57 00:06:08,826 --> 00:06:12,121 Itu menjadikannya lebih fleksibel, lebih lincah. 58 00:06:13,915 --> 00:06:17,835 Itu memudahkannya teroka tempat yang dulunya tak dapat dicapai. 59 00:06:21,506 --> 00:06:23,925 Bentuknya yang boleh berubah juga mampu 60 00:06:24,008 --> 00:06:27,095 menahan tekanan tinggi laut dalam. 61 00:06:29,430 --> 00:06:32,058 Namun, tanpa cangkerang sebagai perlindungan, 62 00:06:32,141 --> 00:06:34,268 sefalopod jadi sasaran mudah. 63 00:06:36,354 --> 00:06:40,983 Jadi, sefalopod wujudkan pelbagai kebolehan luar biasa 64 00:06:41,067 --> 00:06:42,402 untuk kekal selamat. 65 00:06:48,866 --> 00:06:52,036 Ia amat penting di laut yang penuh pemangsa. 66 00:06:52,829 --> 00:06:58,084 SEMENANJUNG CAPE AFRIKA SELATAN 67 00:07:00,378 --> 00:07:04,340 KEDALAMAN 5 METER SUHU AIR 15°C 68 00:07:06,509 --> 00:07:09,470 Laut boleh jadi tempat yang menakutkan, 69 00:07:11,848 --> 00:07:14,517 jika saiz diri cuma sebesar kotak mancis. 70 00:07:17,937 --> 00:07:20,273 Berbaloi jika tidak menonjolkan diri. 71 00:07:22,984 --> 00:07:26,237 Namun, sotong katak kecil tak boleh sembunyi selamanya. 72 00:07:31,534 --> 00:07:35,538 Metabolisme tinggi maksudnya sotong katak sentiasa lapar. 73 00:07:41,294 --> 00:07:44,088 Makanan kegemarannya tinggal di kawasan cetek, 74 00:07:45,798 --> 00:07:47,925 20 meter dari situ. 75 00:07:54,265 --> 00:07:58,394 Namun, jika diri sekecil itu, ia perjalanan yang epik… 76 00:08:02,815 --> 00:08:04,484 penuh dengan bahaya. 77 00:08:10,740 --> 00:08:12,783 Sotong katak ini pandai berenang, 78 00:08:14,410 --> 00:08:16,787 tapi ikan lebih laju… 79 00:08:21,375 --> 00:08:23,461 dengan penglihatan tajam. 80 00:08:25,838 --> 00:08:30,510 Namun, sefalopod pakar penyamaran. 81 00:08:38,518 --> 00:08:40,186 Sotong katak yang bijak 82 00:08:41,229 --> 00:08:44,065 mempertingkatkan penyamarannya. 83 00:08:45,775 --> 00:08:47,777 Otot khas dalam kulitnya 84 00:08:47,860 --> 00:08:54,158 menghasilkan beribu benjolan berduri dikenali sebagai "tuberkel", 85 00:08:56,410 --> 00:08:58,246 supaya menyerupai rumpai laut. 86 00:09:04,001 --> 00:09:05,711 Nampaknya, helah itu berjaya. 87 00:09:10,216 --> 00:09:13,386 Bukan ini saja helah yang ada. 88 00:09:16,222 --> 00:09:20,142 Dalam masa kurang sesaat, sotong katak boleh bertukar rupa. 89 00:09:27,233 --> 00:09:28,359 Siput… 90 00:09:34,240 --> 00:09:35,074 karang… 91 00:09:38,869 --> 00:09:39,870 atau batu. 92 00:09:47,044 --> 00:09:50,506 Sefalopod ada kebolehan menakjubkan untuk mengubah warna 93 00:09:51,966 --> 00:09:54,343 disebabkan kromatofornya. 94 00:09:56,137 --> 00:10:00,975 Berjuta sel seperti piksel dipenuhi dengan pigmen 95 00:10:01,767 --> 00:10:06,105 mengembang dan mengecut seperti belon… 96 00:10:10,943 --> 00:10:14,113 untuk menghasilkan perubahan warna yang cepat. 97 00:10:21,996 --> 00:10:26,500 Sangat sesuai untuk bergabung dengan latar belakang kurang sesaat. 98 00:10:33,966 --> 00:10:37,094 Kemampuan sefalopod mengatasi sumpah-sumpah. 99 00:10:38,679 --> 00:10:43,100 Penyamarannya amat sofistikated berbanding mana-mana haiwan. 100 00:10:51,192 --> 00:10:56,030 Samarannya cukup untuk memastikan sotong katak tuberkulat selamat. 101 00:10:59,950 --> 00:11:01,744 Namun, jika semua tak berjaya… 102 00:11:12,129 --> 00:11:13,130 Skrin asap. 103 00:11:21,055 --> 00:11:23,265 Bebola dakwat kaya dengan mukus 104 00:11:23,349 --> 00:11:26,435 meniru bentuk dan saiznya. 105 00:11:29,188 --> 00:11:32,733 Setelah memasang umpan, sotong katak melarikan diri. 106 00:11:37,780 --> 00:11:39,323 Tak seperti sotong kurita, 107 00:11:39,407 --> 00:11:41,534 sotong katak ada cangkerang dalaman. 108 00:11:42,451 --> 00:11:44,286 Pembantu apungan terbina dalam 109 00:11:44,370 --> 00:11:46,706 buat sotong katak perenang handal. 110 00:11:47,748 --> 00:11:48,708 Walaupun begitu, 111 00:11:48,791 --> 00:11:51,585 selepas perjalanan jauh dan menjerihkan 112 00:11:51,669 --> 00:11:53,504 sotong katak kini lapar. 113 00:12:23,951 --> 00:12:25,244 Mengubah bentuk, 114 00:12:26,996 --> 00:12:28,205 mengeluarkan dakwat, 115 00:12:29,665 --> 00:12:31,917 malah buat anggota tubuh tumbuh semula 116 00:12:33,753 --> 00:12:35,880 merupakan kuasa luar biasa sefalopod 117 00:12:35,963 --> 00:12:39,383 yang membantunya hidup di dalam air berbahaya. 118 00:12:50,561 --> 00:12:53,647 Di Kanada, ada kisah kejayaan 119 00:12:54,231 --> 00:12:56,734 dalam menghadapi halangan sukar. 120 00:13:05,576 --> 00:13:09,580 Sotong kurita gergasi Pasifik ini kini berusia setahun, 121 00:13:11,916 --> 00:13:14,585 dan sudah pun 2,000 kali ganda besar. 122 00:13:16,337 --> 00:13:18,881 Namun, masih jauh perjalanan untuk membesar. 123 00:13:22,843 --> 00:13:26,806 Hanya satu dalam 30,000 berjaya jadi dewasa. 124 00:13:33,687 --> 00:13:35,147 Untuk mencapainya, 125 00:13:35,815 --> 00:13:39,610 kurita perlu bergantung pada daya penglihatannya yang luar biasa. 126 00:13:41,612 --> 00:13:42,988 Setiap mata kurita 127 00:13:43,072 --> 00:13:46,742 mempunyai medan penglihatan lebih besar daripada dua mata kita. 128 00:13:49,954 --> 00:13:51,914 Jika kurita guna kedua-dua mata… 129 00:13:56,794 --> 00:13:58,170 tiada yang terlepas. 130 00:14:00,631 --> 00:14:02,800 Tanpa halangan tengkorak keras, 131 00:14:02,883 --> 00:14:05,511 matanya bergerak bebas, 132 00:14:06,512 --> 00:14:11,809 jadi kurita boleh melihat depan dan belakang pada masa yang sama 133 00:14:12,643 --> 00:14:16,355 dengan medan penglihatan hampir 360 darjah. 134 00:14:21,652 --> 00:14:23,863 Ia membolehkan kurita mencari makanan 135 00:14:25,948 --> 00:14:29,285 dan berwaspada jika ada bahaya. 136 00:14:33,539 --> 00:14:37,459 Seperti kurita lain, kurita ini hampir keseluruhannya protein asli. 137 00:14:45,259 --> 00:14:46,927 Semua nak makan kurita. 138 00:14:55,686 --> 00:14:59,189 Kini kurita ini cukup besar untuk menahan serangan ikan batu 139 00:15:00,900 --> 00:15:04,862 tapi sentiasa ada pemangsa lebih besar yang sedang mencari makanan. 140 00:15:22,129 --> 00:15:24,381 Kurita perlu berwaspada. 141 00:15:30,012 --> 00:15:32,097 Tanpa ibu bapa untuk melindunginya, 142 00:15:32,181 --> 00:15:37,019 kurita muda mesti seimbangkan rasa ingin tahu dengan sifat waspada. 143 00:15:41,357 --> 00:15:45,694 Dalam lautan yang sentiasa berubah, kurita perlu belajar dengan pantas. 144 00:16:00,918 --> 00:16:02,336 Apabila air pasang, 145 00:16:03,087 --> 00:16:05,047 pemangsa masuk, 146 00:16:06,131 --> 00:16:09,093 mencari mangsa yang terkandas selepas air surut. 147 00:16:10,135 --> 00:16:15,099 KEDALAMAN 0 - 1 METER SUHU AIR 26 - 45°C 148 00:16:18,602 --> 00:16:20,437 Terdampar dalam kolam batu… 149 00:16:26,026 --> 00:16:29,655 ialah sotong kurita karang Brazil berusia sembilan bulan. 150 00:16:33,575 --> 00:16:35,577 Terputus daripada laut yang surut, 151 00:16:36,537 --> 00:16:38,914 kurita ini takkan bertahan lama di sini. 152 00:16:47,464 --> 00:16:51,969 Namun, kurita muda pintar ini masih belum berputus asa. 153 00:17:08,610 --> 00:17:09,820 Di atas, 154 00:17:09,903 --> 00:17:15,826 inilah detik yang ditunggu-tunggu segerombolan ketam Sally Lightfoot. 155 00:17:17,453 --> 00:17:21,457 Air surut peluang untuk makan pada batu terdedah. 156 00:17:24,668 --> 00:17:27,921 Pada mulanya, ketam ini bersungguh mahu kekal kering, 157 00:17:30,424 --> 00:17:33,302 melompat sepuluh kali ganda panjang tubuhnya 158 00:17:33,385 --> 00:17:35,262 dari batu ke batu. 159 00:17:42,936 --> 00:17:47,858 Namun, jika jurang terlalu besar, ketam terpaksa terjun masuk air. 160 00:18:08,253 --> 00:18:09,922 Ini bukan serangan bertuah. 161 00:18:10,005 --> 00:18:12,633 Ia serangan hendap yang sudah dirancang. 162 00:18:14,384 --> 00:18:18,597 Kurita muda ini sudah pelajari jalan biasa yang diambil ketam. 163 00:18:22,392 --> 00:18:25,270 Kebolehan hebat kurita untuk rangka strategi… 164 00:18:30,859 --> 00:18:34,238 dilakukan dengan otaknya yang luar biasa 165 00:18:35,364 --> 00:18:37,366 yang diagihkan ke serata tubuhnya. 166 00:18:38,158 --> 00:18:42,412 Dua pertiga neuronnya berada dalam anggota badannya. 167 00:18:44,665 --> 00:18:48,252 Kurita belajar sendiri, jadi kurita tahu masa menunggu 168 00:18:49,336 --> 00:18:50,629 dan masa mengejar. 169 00:19:29,209 --> 00:19:30,627 Kurita melumpuhkannya 170 00:19:30,711 --> 00:19:34,923 dengan menyuntik air liur toksik menggunakan paruhnya yang tersembunyi, 171 00:19:36,425 --> 00:19:40,971 kemudian menunggu enzim pencernaannya cairkan bahagian dalam. 172 00:19:42,514 --> 00:19:44,224 Ketam kocak berkhasiat. 173 00:19:47,144 --> 00:19:49,980 Kurita perlukan lima sehari untuk terus membesar 174 00:19:50,564 --> 00:19:53,066 dan harus bertindak mengatasi masa. 175 00:20:06,622 --> 00:20:09,666 Matahari di tengah hari mengecilkan kolamnya, 176 00:20:13,003 --> 00:20:16,423 mengancam mengeringkan air di sekelilingnya. 177 00:20:22,346 --> 00:20:25,933 Sedang kurita bernafas melalui insang basah, 178 00:20:26,683 --> 00:20:28,518 kurita akan mati tanpa air. 179 00:20:31,939 --> 00:20:34,149 Air cuma akan pasang berjam-jam lagi, 180 00:20:37,319 --> 00:20:39,863 tapi kurita ada solusi pintar. 181 00:20:43,825 --> 00:20:46,078 Di dalam rongga di belakang kepalanya, 182 00:20:46,161 --> 00:20:48,997 kurita menyimpan air untuk benarkannya bernafas. 183 00:20:55,754 --> 00:20:58,382 Cukup untuk memberinya beberapa minit. 184 00:21:06,556 --> 00:21:11,061 Ia ruang bernafas yang diperlukan untuk lakukan perkara mustahil. 185 00:21:26,994 --> 00:21:28,870 Kurita jadi perayap darat. 186 00:21:36,503 --> 00:21:40,215 Kurita harus bergerak pantas sebelum menjadi kering. 187 00:21:46,972 --> 00:21:49,766 Tubuhnya yang gemalai kini terasa berat. 188 00:21:51,393 --> 00:21:53,937 Organnya bakal gagal berfungsi. 189 00:21:59,192 --> 00:22:02,195 Berpindah ke kolam lain strategi berisiko, 190 00:22:03,989 --> 00:22:09,036 namun dengan kebijaksanaannya merancang, kurita takkan terkandas. 191 00:22:24,593 --> 00:22:29,097 Semakin sukar cabarannya, sefalopod jadi semakin kreatif. 192 00:22:38,398 --> 00:22:41,902 Pasir tandus tanpa tempat untuk bersembunyi. 193 00:22:46,740 --> 00:22:50,994 KEDALAMAN 5 METER SUHU AIR 28°C 194 00:22:52,120 --> 00:22:53,997 Ikan buntal pemangsa. 195 00:22:55,707 --> 00:22:56,917 Untuk hidup di sini, 196 00:22:58,001 --> 00:23:02,464 sotong kurita menggunakan antara strategi terpelik di Bumi. 197 00:23:07,094 --> 00:23:11,264 Wunderpus mengelirukan pemangsa dengan berperangai amat pelik. 198 00:23:13,058 --> 00:23:16,561 Kurita cincin biru tunjukkan racun mautnya. 199 00:23:19,815 --> 00:23:22,484 Kurita lain lebih inovatif. 200 00:23:26,363 --> 00:23:30,367 Kurita ini nampaknya menyesal tinggalkan cangkerangnya, 201 00:23:30,450 --> 00:23:32,869 berjuta-juta tahun dahulu. 202 00:23:39,418 --> 00:23:42,045 Apabila mahu menggantikan baju perisai, 203 00:23:43,004 --> 00:23:46,091 saiz yang sesuai amat penting. 204 00:23:56,935 --> 00:23:59,563 Perlindungan sempurna daripada ikan buntal. 205 00:24:07,988 --> 00:24:09,114 Setelah memakainya, 206 00:24:09,865 --> 00:24:12,784 kurita bawa rumah bergeraknya ke mana-mana sahaja. 207 00:24:19,124 --> 00:24:21,084 Boleh tahan bagi seekor moluska. 208 00:24:28,091 --> 00:24:29,468 Sotong kurita, 209 00:24:29,551 --> 00:24:32,262 antara yang terbijak di laut 210 00:24:33,597 --> 00:24:37,225 dan pengguna alat terhandal berbanding mana-mana invertebrat. 211 00:24:41,146 --> 00:24:43,440 Kurita juga dianggap boleh bermimpi. 212 00:24:47,736 --> 00:24:51,323 Apabila kepintaran bergabung dengan saiz besar, 213 00:24:52,616 --> 00:24:54,993 terwujudlah sesuatu yang mengagumkan. 214 00:24:56,244 --> 00:25:01,791 PULAU VANCOUVER KANADA 215 00:25:06,129 --> 00:25:11,384 KEDALAMAN 25 METER SUHU AIR 5°C 216 00:25:15,096 --> 00:25:16,765 Laluan kemusnahan, 217 00:25:17,682 --> 00:25:19,684 menuju ke arah raksasa laut mitos, 218 00:25:20,185 --> 00:25:22,479 di kemuncak kuasanya. 219 00:25:30,111 --> 00:25:32,989 Antara haiwan paling cepat membesar di planet, 220 00:25:33,740 --> 00:25:37,744 kurita perlukan 200,000 kalori sehari. 221 00:25:39,454 --> 00:25:41,414 Perlu banyak masa untuk berburu. 222 00:25:57,556 --> 00:25:59,683 Kini, seberat manusia, 223 00:26:01,351 --> 00:26:04,646 kurita gergasi Pasifik berusia tiga tahun ini 224 00:26:05,814 --> 00:26:08,233 ialah fenomena fisiologi. 225 00:26:17,284 --> 00:26:19,494 Kurita ini memiliki darah biru pekat 226 00:26:19,578 --> 00:26:22,914 yang dipam ke seluruh tubuh dengan tiga jantungnya. 227 00:26:26,585 --> 00:26:28,420 Berenang menjerihkan. 228 00:26:30,755 --> 00:26:33,383 Lebih baik jimat tenaga dan berjalan. 229 00:26:44,561 --> 00:26:48,898 Lapan tangan berotot sepanjang lima meter. 230 00:26:54,195 --> 00:26:57,240 Ia cukup kuat untuk menyiat kulit manusia. 231 00:27:03,663 --> 00:27:07,125 Tangannya melihat menerusi sentuhan. 232 00:27:23,308 --> 00:27:25,935 Dua ribu penghisap meraba-raba, 233 00:27:27,479 --> 00:27:29,314 sambil merasa. 234 00:27:58,635 --> 00:28:02,806 Setiap sajian bawa kurita lebih dekat ke matlamat utamanya. 235 00:28:03,723 --> 00:28:06,976 Untuk meninggalkan gennya kepada generasi seterusnya. 236 00:28:10,605 --> 00:28:13,483 Menambah beratnya sebelum mengawan 237 00:28:13,566 --> 00:28:17,278 cara terbaik memastikan pembiakan berjaya. 238 00:28:18,238 --> 00:28:21,908 Kurita membersihkan penghisapnya untuk memperbaiki deria rasa, 239 00:28:22,784 --> 00:28:23,618 sentuh 240 00:28:24,703 --> 00:28:25,537 dan cengkaman. 241 00:28:28,790 --> 00:28:30,041 Pembersihan pantas… 242 00:28:34,295 --> 00:28:35,922 kurita kembali berburu. 243 00:28:42,011 --> 00:28:44,806 Bagi kebanyakan haiwan, ini satu perangkap. 244 00:28:54,315 --> 00:28:55,984 Namun, kurita lebih bijak. 245 00:29:01,448 --> 00:29:02,657 Di tempat terbuka, 246 00:29:03,992 --> 00:29:05,410 mudah saja dapat mangsa. 247 00:29:12,542 --> 00:29:15,044 Ini sesi pembunuhan terakhirnya. 248 00:29:17,505 --> 00:29:20,675 Tindakan akhirnya sebagai pembunuh tunggal. 249 00:29:27,015 --> 00:29:30,935 Kebanyakan sefalopod hanya dapat satu peluang untuk mengawan. 250 00:29:32,270 --> 00:29:36,733 Jadi, sefalopod harus bersedia untuk buat apa-apa saja yang perlu. 251 00:29:37,609 --> 00:29:42,697 WHYALLA AUSTRALIA SELATAN 252 00:29:45,617 --> 00:29:47,786 Setiap musim sejuk, teluk sunyi ini 253 00:29:47,869 --> 00:29:51,039 jadi aktif dengan kegiatan sefalopod. 254 00:29:56,669 --> 00:30:01,883 KEDALAMAN 5 METER SUHU AIR 12°C 255 00:30:03,593 --> 00:30:06,763 250,000 sotong katak gergasi, 256 00:30:07,931 --> 00:30:10,058 terdesak untuk mencari pasangan. 257 00:30:14,229 --> 00:30:16,815 Sotong katak jantan ini mula lambat. 258 00:30:23,738 --> 00:30:26,699 Sotong katak jantan boleh capai semeter panjangnya, 259 00:30:28,618 --> 00:30:31,538 tapi, dengan hanya 30 sentimeter, 260 00:30:33,081 --> 00:30:36,251 sotong katak jantan ini sukar atasi yang lebih besar. 261 00:30:40,088 --> 00:30:42,674 Sotong katak jantan mengawal yang betina. 262 00:30:42,757 --> 00:30:46,594 Ada sebelas jantan dan seekor betina. 263 00:30:49,138 --> 00:30:51,975 Tak mudah bagi pendatang baru mengorak langkah. 264 00:30:56,104 --> 00:30:58,857 Kulit kaleidoskop si gergasi 265 00:31:00,483 --> 00:31:01,985 dan tangannya yang besar 266 00:31:03,027 --> 00:31:05,071 menunjukkan kejantanannya. 267 00:31:08,533 --> 00:31:11,202 Sotong katak kecil ini tak mampu bersaing. 268 00:31:22,672 --> 00:31:24,799 Apabila dua gergasi sama setara, 269 00:31:28,177 --> 00:31:31,764 umpan dakwat mengalih perhatian dan mengelirukan penyerang. 270 00:31:57,582 --> 00:31:58,583 Parut perang. 271 00:31:59,250 --> 00:32:02,587 Peringatan yang sotong katak sanggup risikokan segalanya. 272 00:32:06,424 --> 00:32:09,302 Keinginan untuk mengawan tak tertahan. 273 00:32:17,143 --> 00:32:19,562 Pendatang baru nampak peluang. 274 00:32:25,360 --> 00:32:28,279 Dua sotong katak besar asyik berlawan, 275 00:32:29,072 --> 00:32:31,616 meninggalkan yang betina tak dikawal. 276 00:32:46,172 --> 00:32:47,674 Si jantan menyusup masuk. 277 00:32:54,013 --> 00:32:57,266 Sotong katak mengawan sambil berpelukan secara berdepan. 278 00:32:59,352 --> 00:33:01,312 Si jantan cuba mengambil posisi. 279 00:33:03,564 --> 00:33:05,900 Kini si gergasi sudah kembali berkawal. 280 00:33:07,860 --> 00:33:09,112 Ia terlalu berisiko. 281 00:33:17,578 --> 00:33:19,706 Masa untuk menyamar. 282 00:33:22,875 --> 00:33:27,171 Si jantan sembunyikan tangan besar yang tunjukkan jantinanya. 283 00:33:37,849 --> 00:33:41,686 Seekor lagi betina berada di bawah sotong katak besar, 284 00:33:42,270 --> 00:33:44,564 lalu si jantan memperbaiki samarannya 285 00:33:45,314 --> 00:33:50,737 dengan membuat warnanya kusam untuk meniru selubung berbintik si betina. 286 00:33:56,284 --> 00:33:57,702 Dengan penyamaran penuh, 287 00:34:01,080 --> 00:34:02,957 pendatang baru menyusup masuk… 288 00:34:13,926 --> 00:34:15,178 dan berjaya mengawan… 289 00:34:17,805 --> 00:34:20,558 tanpa disedari sotong besar itu. 290 00:34:23,811 --> 00:34:28,316 Ini membuktikan kepintaran sama menarik dengan kekuatan. 291 00:34:44,624 --> 00:34:49,545 Dalam keasyikan mengawan, pendatang baru terlupa samarannya. 292 00:34:51,089 --> 00:34:52,340 Helah sudah disedari. 293 00:35:05,603 --> 00:35:08,397 Penipuan mengagumkan ini 294 00:35:08,481 --> 00:35:12,318 merangkumi satu pertiga daripada semua kejayaan mengawan. 295 00:35:15,613 --> 00:35:17,657 Tugas si kecil ini sudah selesai. 296 00:35:19,826 --> 00:35:22,161 Namun, bagi kebanyakan sefalopod, 297 00:35:22,245 --> 00:35:26,791 mengawan cuma permulaan pertarungan untuk membiak. 298 00:35:34,382 --> 00:35:39,428 CAPE TIMUR AFRIKA SELATAN 299 00:35:41,848 --> 00:35:46,978 KEDALAMAN 30 METER SUHU AIR 10°C 300 00:35:49,605 --> 00:35:51,023 Pemangsa berkumpul. 301 00:35:57,321 --> 00:35:58,823 Ikan pari ekor pendek… 302 00:36:00,950 --> 00:36:02,451 anjing laut berbulu Cape… 303 00:36:07,039 --> 00:36:08,666 dan jerung harimau pasir… 304 00:36:11,127 --> 00:36:13,212 datang ke sini atas satu tujuan. 305 00:36:15,214 --> 00:36:16,549 Jamuan tahunan. 306 00:36:22,930 --> 00:36:24,932 Segerombolan sotong chokka. 307 00:36:28,311 --> 00:36:30,396 Tak seperti kurita yang menyendiri, 308 00:36:31,355 --> 00:36:34,233 sotong chokka bergerak dalam kawanan besar, 309 00:36:35,818 --> 00:36:39,530 supaya lebih selamat menyusuri laut terbuka dalam jumlah besar. 310 00:36:45,578 --> 00:36:47,079 Sotong ini sudah mengawan 311 00:36:47,914 --> 00:36:50,708 dan dikawal oleh sotong jantan besar 312 00:36:50,791 --> 00:36:53,628 untuk memastikan yang betina tidak mengawan lagi. 313 00:36:56,589 --> 00:36:59,675 Sotong betina perlu bertelur di dasar laut. 314 00:37:00,593 --> 00:37:01,427 Sebelum itu, 315 00:37:02,136 --> 00:37:05,306 sotong betina harus melepasi sekatan pemangsa. 316 00:37:20,780 --> 00:37:24,909 Peluang terbaiknya, bersembunyi dalam kawanan sotong. 317 00:38:17,628 --> 00:38:18,921 Berjaya. 318 00:38:21,757 --> 00:38:25,386 Si ibu meletakkan kapsulnya bersama yang lain yang sudah ada. 319 00:38:33,352 --> 00:38:36,772 Berjuta telur di satu lokasi. 320 00:38:47,158 --> 00:38:48,993 Pembiakan luar biasa 321 00:38:49,577 --> 00:38:51,787 dan kemampuan menyesuaikan diri hebat 322 00:38:52,288 --> 00:38:55,458 bawa kejayaan besar kepada sefalopod. 323 00:39:01,547 --> 00:39:02,673 Hari ini pun, 324 00:39:02,757 --> 00:39:04,967 sedang banyak haiwan lain menurun, 325 00:39:05,801 --> 00:39:06,886 banyak sotong, 326 00:39:07,762 --> 00:39:08,763 sotong katak 327 00:39:09,930 --> 00:39:11,140 dan sotong kurita 328 00:39:12,016 --> 00:39:15,227 bukan sekadar hidup, malah hidup biak dengan baik. 329 00:39:17,271 --> 00:39:18,898 Tersembunyi dari pandangan, 330 00:39:19,565 --> 00:39:22,026 dengan jumlah semakin meningkat… 331 00:39:23,986 --> 00:39:25,696 memperluaskan julatnya. 332 00:39:32,411 --> 00:39:36,332 Namun, sedang suhu laut dan cara memancing berubah… 333 00:39:38,376 --> 00:39:42,630 sukar untuk tentukan keadaan yang menanti generasi akan datang. 334 00:39:46,050 --> 00:39:47,760 Cuma satu perkara yang pasti. 335 00:39:48,761 --> 00:39:50,429 Setiap satu ada ibu hebat, 336 00:39:50,513 --> 00:39:53,349 bersedia untuk korbankan diri demi anaknya. 337 00:39:53,432 --> 00:39:58,813 PULAU VANCOUVER KANADA 338 00:40:01,982 --> 00:40:07,405 KEDALAMAN 25 METER SUHU AIR 5°C 339 00:40:10,366 --> 00:40:11,992 Sekarang empat tahun, 340 00:40:12,076 --> 00:40:16,539 sotong kurita Pasifik ini pemandiri sejati. 341 00:40:22,962 --> 00:40:24,588 Kurita ini hidup sendirian, 342 00:40:25,423 --> 00:40:27,299 anak yatim sejak lahir. 343 00:40:36,350 --> 00:40:41,230 Kini, tiga jantungnya berdegup dengan satu tujuan. 344 00:40:43,899 --> 00:40:45,693 Tindakannya yang terakhir. 345 00:40:47,069 --> 00:40:48,362 Menjaga anaknya. 346 00:40:52,491 --> 00:40:54,660 Selama hampir seperempat hidupnya, 347 00:40:54,743 --> 00:40:56,704 kurita tak berbuat perkara lain. 348 00:41:02,585 --> 00:41:04,503 Kurita tak tinggalkan sarangnya, 349 00:41:05,421 --> 00:41:06,547 tak makan, 350 00:41:08,048 --> 00:41:12,636 berlapar untuk beri permulaan hidup terbaik untuk anak-anaknya. 351 00:41:29,612 --> 00:41:32,114 Anak-anak itu merupakan legasinya. 352 00:41:57,848 --> 00:42:01,060 Tanpa menyedari si ibu menggadaikan nyawa demi si anak, 353 00:42:02,144 --> 00:42:05,856 sotong kurita kecil bersedia menghadapi dunia 354 00:42:07,149 --> 00:42:12,279 dan mengajar kita lebih banyak tentang haiwan mengagumkan ini. 355 00:43:05,833 --> 00:43:08,752 Terjemahan sari kata oleh Norzaiha Norhan