1 00:00:06,215 --> 00:00:11,387 SEBUAH SIRI DOKUMENTARI NETFLIX 2 00:00:23,649 --> 00:00:26,444 Ada sesuatu yang ajaib tentang dolfin. 3 00:00:30,990 --> 00:00:32,909 Dolfin nampak mesra. 4 00:00:35,411 --> 00:00:37,789 Namun dolfin juga tak seperti dari bumi. 5 00:00:41,250 --> 00:00:43,294 Jelas dofin bijak. 6 00:00:46,756 --> 00:00:47,840 Dan tangkas. 7 00:00:56,849 --> 00:01:00,686 Namun begitu, masih banyak yang kita tak ketahui. 8 00:01:05,983 --> 00:01:08,861 Sekarang kita boleh menyelami dunia dolfin, 9 00:01:09,529 --> 00:01:12,698 dan sedar betapa canggihnya dolfin. 10 00:01:21,457 --> 00:01:23,084 Semakin kita menyelaminya, 11 00:01:24,210 --> 00:01:26,170 semakin seperti manusia sifatnya. 12 00:01:37,306 --> 00:01:42,061 DOLFIN 13 00:01:45,022 --> 00:01:46,983 BAHAMAS ATLANTIK UTARA 14 00:01:47,066 --> 00:01:49,569 SUHU AIR 26°C 15 00:01:52,738 --> 00:01:56,576 Dilahirkan ke dunia tanpa boleh bernafas di dalamnya, 16 00:01:57,827 --> 00:01:59,829 anak dolfin berbintik Atlantik ini 17 00:01:59,912 --> 00:02:02,832 perlu banyak belajar tentang hidup di laut. 18 00:02:06,878 --> 00:02:09,755 Baguslah ada yang tunjuk selok-beloknya. 19 00:02:13,926 --> 00:02:14,844 Ibu. 20 00:02:19,557 --> 00:02:22,685 Serta keluarga dan kawan yang besar. 21 00:02:38,951 --> 00:02:40,912 Kawanan dolfin bantu mengajarnya 22 00:02:41,704 --> 00:02:43,289 cara mencari makanan 23 00:02:45,291 --> 00:02:47,835 dan mengelak bahaya. 24 00:02:54,258 --> 00:02:57,220 Walau bagaimanapun, masyarakat dolfin sangat rumit. 25 00:02:58,137 --> 00:02:59,805 Cabaran terbesarnya, 26 00:02:59,889 --> 00:03:02,058 belajar menyesuaikan diri. 27 00:03:15,071 --> 00:03:17,365 Perairan cetek yang hangat ini 28 00:03:17,448 --> 00:03:19,992 juga tempat tinggal satu spesies dolfin. 29 00:03:21,827 --> 00:03:23,621 Dolfin hidung botol. 30 00:03:31,254 --> 00:03:35,508 Tempat ini mungkin nampak sesuai untuk ibu membesarkan bayinya. 31 00:03:37,635 --> 00:03:41,097 Akan tetapi, di sini pun hidup tak mudah. 32 00:03:49,397 --> 00:03:51,107 Si ibu dan anak diekori. 33 00:03:55,778 --> 00:03:57,196 Sekumpulan dolfin jantan 34 00:03:58,114 --> 00:03:59,615 mencari pasangan. 35 00:04:02,827 --> 00:04:05,955 Dolfin jantan boleh serang bayi untuk dapatkan ibunya. 36 00:04:18,009 --> 00:04:20,386 Lebih banyak dolfin turut mengejarnya. 37 00:04:28,352 --> 00:04:31,314 Si ibu buat yang termampu untuk melindungi anaknya. 38 00:04:39,238 --> 00:04:42,325 Akhirnya, si ibu berjaya menghalau yang lain. 39 00:04:45,703 --> 00:04:47,872 Akan tetapi anaknya sudah hilang. 40 00:04:58,049 --> 00:04:59,258 Sendirian, 41 00:04:59,342 --> 00:05:01,177 si kecil tiada peluang. 42 00:05:25,951 --> 00:05:28,371 Si kecil bersatu semula dengan ibu 43 00:05:30,539 --> 00:05:32,083 dan sekutunya. 44 00:05:33,459 --> 00:05:37,546 Anak dolfin itu semakin memahami selok-belok dunia. 45 00:05:39,131 --> 00:05:43,719 Namun pelajarannya menjadi dolfin baru sahaja bermula. 46 00:05:57,858 --> 00:06:01,278 Dolfin mamalia bernafas seperti manusia. 47 00:06:03,989 --> 00:06:07,118 Leluhur dolfin pernah tinggal di daratan, 48 00:06:08,702 --> 00:06:10,955 tapi 50 juta tahun lalu, 49 00:06:11,038 --> 00:06:13,165 dolfin buat sesuatu yang hebat. 50 00:06:14,875 --> 00:06:18,879 Dolfin tinggalkan daratan untuk hidup di dalam laut. 51 00:06:24,176 --> 00:06:25,845 Satu cabang keluarga 52 00:06:25,928 --> 00:06:29,557 menjadi ikan paus balin yang makan secara penyuapan tapis… 53 00:06:31,976 --> 00:06:36,939 dolfin lain menjadi pemangsa tajam akal yang cekap. 54 00:06:39,817 --> 00:06:44,488 Hari ini, lebih 40 spesies dolfin memburu lautan dunia. 55 00:06:50,077 --> 00:06:51,996 Dari perairan tropika… 56 00:06:55,958 --> 00:06:57,877 ke laut kutub, 57 00:06:59,462 --> 00:07:03,591 malah di sungai beribu batu celah daratan. 58 00:07:05,509 --> 00:07:07,470 Di mana saja ada mangsa, 59 00:07:08,429 --> 00:07:11,849 ada dolfin yang pandai menangkapnya. 60 00:07:21,484 --> 00:07:24,945 Orca ialah ahli keluarga terbesar. 61 00:07:27,198 --> 00:07:30,326 Panjang orca boleh mencapai hampir 9 meter 62 00:07:30,409 --> 00:07:33,162 dan beratnya boleh mencapai 6350 kg. 63 00:07:37,833 --> 00:07:41,504 Setiap orca perlu tangkap lebih 45 kg makanan sehari. 64 00:07:43,756 --> 00:07:45,841 Tak mudah pada musim sejuk kutub. 65 00:07:46,967 --> 00:07:49,261 Melainkan tahu di mana nak mencarinya. 66 00:07:53,849 --> 00:07:55,184 KVALØYA LAUT NORWAY 67 00:07:55,267 --> 00:07:58,270 SUHU AIR 6ºC 68 00:08:02,733 --> 00:08:04,652 Semasa bulan-bulan paling sejuk, 69 00:08:04,735 --> 00:08:08,113 mangsa kegemaran orca berkumpul di fjord terlindung. 70 00:08:13,786 --> 00:08:14,703 Hering. 71 00:08:15,996 --> 00:08:19,124 Berbilion hering. 72 00:08:31,387 --> 00:08:35,224 Menjejak lokasi tepat hering sukar. 73 00:08:39,603 --> 00:08:41,564 Menangkapnya lebih sukar. 74 00:08:51,031 --> 00:08:53,909 Diketuai oleh orca betina yang berpengalaman, 75 00:08:54,451 --> 00:08:58,664 kawanan itu menjejak kumpulan hering yang banyak. 76 00:09:02,293 --> 00:09:04,587 Selagi hering kekalkan formasi, 77 00:09:05,963 --> 00:09:07,756 sukar untuk menyerangnya. 78 00:09:18,934 --> 00:09:20,853 Namun orca ada rancangan. 79 00:09:24,106 --> 00:09:25,899 Dengan panggilan berdenyut, 80 00:09:27,276 --> 00:09:29,695 dan dengan menunjukkan perut putihnya… 81 00:09:32,448 --> 00:09:35,409 orca mendorong hering ke tempat cetek. 82 00:09:50,507 --> 00:09:51,717 Dalam keadaan panik, 83 00:09:51,800 --> 00:09:54,345 kawanan ikan hering jadi kecil dan padat. 84 00:10:04,396 --> 00:10:05,522 Sehingga akhirnya, 85 00:10:06,106 --> 00:10:08,651 orca boleh menyerang. 86 00:10:19,828 --> 00:10:24,124 Hempasan fluk ekor orca menghasilkan gelombang tekanan yang kuat. 87 00:10:29,213 --> 00:10:31,799 Hentaman bertubi-tubi buat hering pengsan. 88 00:10:39,598 --> 00:10:41,475 Apabila ikan terkejur, 89 00:10:42,267 --> 00:10:45,104 orca boleh makan dengan santai. 90 00:11:09,086 --> 00:11:11,630 Dolfin memaksimumkan kejayaan memburu 91 00:11:11,714 --> 00:11:13,841 dengan bekerjasama sebagai satu pasukan. 92 00:11:15,259 --> 00:11:17,177 Di lautan terbuka, 93 00:11:17,261 --> 00:11:19,555 dolfin beroperasi pada skala epik. 94 00:11:25,102 --> 00:11:28,272 Segerombolan dolfin hidung mancung. 95 00:11:30,566 --> 00:11:34,236 Kawanan yang beribu jumlahnya. 96 00:11:51,128 --> 00:11:54,089 Kawanan ini pasukan pemburuan handal 97 00:11:54,798 --> 00:11:57,885 yang mampu berehat daripada berburu. 98 00:12:07,936 --> 00:12:10,022 {\an8}FERNANCO DE NORONHA ATLANTIK SELATAN 99 00:12:10,105 --> 00:12:11,565 {\an8}SUHU AIR 26°C 100 00:12:11,648 --> 00:12:13,484 {\an8}Dua ratus batu ke timur Brazil, 101 00:12:14,651 --> 00:12:19,239 kepulauan ini tempat perhentian kegemaran bagi dolfin hidung mancung Atlantik. 102 00:12:22,951 --> 00:12:25,370 Kawanan ini menuju kawasan cetek. 103 00:12:28,624 --> 00:12:32,544 Kawanan yang pertama tiba begitu bersemangat sekali. 104 00:12:47,976 --> 00:12:51,104 Ahli gimnastik Olimpik keluarga dolfin. 105 00:12:52,439 --> 00:12:55,692 Dolfin hidung mancung boleh melompat setinggi tiga meter 106 00:12:56,276 --> 00:12:58,320 dan berputar tujuh kali. 107 00:13:11,166 --> 00:13:12,876 Ia nampak menyeronokkan. 108 00:13:15,087 --> 00:13:18,257 Namun ada sebab di sebalik aksi akrobatik ini. 109 00:13:26,139 --> 00:13:28,267 Mungkin dolfin berkomunikasi, 110 00:13:28,350 --> 00:13:30,811 menyapa dolfin lain yang masuk ke teluk. 111 00:13:45,868 --> 00:13:47,661 Kawanan besar lebih selamat, 112 00:13:48,495 --> 00:13:50,956 jadi dolfin hidung mancung boleh relaks. 113 00:14:02,509 --> 00:14:05,178 Namun, tak boleh relaks sepenuhnya. 114 00:14:05,262 --> 00:14:07,055 Nanti lemas. 115 00:14:08,307 --> 00:14:12,144 Jadi dolfin hidung mancung tutup satu bahagian otak pada satu masa 116 00:14:13,896 --> 00:14:16,315 dengan satu mata melihat arah pergerakan. 117 00:14:18,233 --> 00:14:20,861 Tidur berenang pada kelajuan separuh. 118 00:14:27,659 --> 00:14:30,037 Sementara dolfin tua berehat, 119 00:14:31,413 --> 00:14:34,041 dolfin muda bermain. 120 00:14:56,521 --> 00:14:58,523 Permainan tangkap rumpai laut. 121 00:15:28,261 --> 00:15:30,430 Nampak agak mudah. 122 00:15:33,850 --> 00:15:37,396 Namun ia sebenarnya permainan yang canggih. 123 00:15:39,606 --> 00:15:41,692 Memanipulasi objek, 124 00:15:43,068 --> 00:15:46,154 meniru pergerakan dan paling penting, 125 00:15:46,238 --> 00:15:47,823 saling memahami, 126 00:15:48,907 --> 00:15:51,660 kemahiran setiap dolfin muda 127 00:15:51,743 --> 00:15:54,496 harus kuasai semakin ia membesar. 128 00:15:55,497 --> 00:15:56,915 BAHAMAS ATLANTIK UTARA 129 00:15:56,999 --> 00:15:59,459 SUHU AIR 26°C 130 00:16:00,377 --> 00:16:02,254 Menjelang usia setahun, 131 00:16:02,337 --> 00:16:06,717 anak dolfin berbintik Atlantik hampir fasih dalam bahasa dolfin. 132 00:16:22,232 --> 00:16:25,944 Banyak yang boleh disampaikan melalui bahasa badan dan sentuhan. 133 00:16:27,738 --> 00:16:29,823 Sapuan sirip menenangkan, 134 00:16:30,824 --> 00:16:32,325 seperti berpegang tangan. 135 00:16:35,412 --> 00:16:39,416 Namun sesetengah perkara hanya boleh dikatakan dengan bunyi. 136 00:16:43,003 --> 00:16:45,297 Ibunya mengulang panggilan yang unik. 137 00:16:48,842 --> 00:16:50,385 Siulan khasnya. 138 00:16:53,388 --> 00:16:56,224 Ia membantu si anak mencari ibunya dalam kawanan. 139 00:17:00,645 --> 00:17:02,939 Apabila si anak belajar menirunya, 140 00:17:03,023 --> 00:17:05,192 si anak boleh panggil nama ibunya. 141 00:17:08,070 --> 00:17:11,740 Sekarang masa untuk bereksperimen dengan siulannya sendiri. 142 00:17:16,495 --> 00:17:17,788 Seperti kanak-kanak, 143 00:17:17,871 --> 00:17:21,291 dolfin perlukan masa bertahun-tahun untuk belajar bercakap. 144 00:17:23,168 --> 00:17:25,128 Apabila dolfin mula bercakap… 145 00:17:28,298 --> 00:17:31,009 dolfin takkan berhenti bercakap. 146 00:17:38,266 --> 00:17:42,229 Namun kebolehan sonik dolfin bukan setakat itu saja. 147 00:17:48,151 --> 00:17:51,988 Dolfin hidung botol tempatan mencari makanan di dasar laut. 148 00:17:54,116 --> 00:17:56,326 Nampaknya tak banyak yang ada. 149 00:17:58,370 --> 00:18:02,040 Tetapi dolfin boleh nampak benda yang kita tak boleh nampak. 150 00:18:09,381 --> 00:18:12,467 Dolfin mengeluarkan bunyi klik berpic tinggi. 151 00:18:13,677 --> 00:18:16,638 Lima ratus sesaat. 152 00:18:24,688 --> 00:18:26,690 Gema ditafsir 153 00:18:26,773 --> 00:18:30,068 untuk menunjukkan tempat ikan bersembunyi di dalam pasir. 154 00:18:52,424 --> 00:18:55,844 Gema lokasi ialah deria keenam yang luar biasa 155 00:18:57,888 --> 00:19:03,101 yang membolehkan dolfin memburu di tempat yang tak disangka. 156 00:19:05,061 --> 00:19:07,105 CAROLINA SELATAN ATLANTIK UTARA 157 00:19:07,189 --> 00:19:09,399 SUHU AIR 26°C 158 00:19:15,155 --> 00:19:16,531 Muara berlumpur. 159 00:19:17,490 --> 00:19:20,035 Air sedang menyurut. 160 00:19:21,745 --> 00:19:23,413 Sekarang, 161 00:19:23,496 --> 00:19:26,041 menuju ke darat mungkin langkah berisiko. 162 00:19:38,720 --> 00:19:43,183 Akan tetapi dolfin ini tahu muara itu penuh dengan ikan. 163 00:19:53,944 --> 00:19:55,946 Dengan menggunakan gema lokasi, 164 00:19:56,029 --> 00:19:58,782 dolfin boleh mengemudi air berlanau 165 00:19:58,865 --> 00:20:00,659 dan mencari mangsanya. 166 00:20:08,708 --> 00:20:10,293 Cuma masalahnya, 167 00:20:10,377 --> 00:20:13,421 waktu air surut, ikan bersembunyi di petiraman. 168 00:20:15,257 --> 00:20:18,343 Kulit sensitifnya akan cedera jika menerjah. 169 00:20:20,762 --> 00:20:22,097 Entah bagaimana, 170 00:20:22,180 --> 00:20:25,141 dolfin perlu dorong ikan ke tempat terbuka. 171 00:20:38,655 --> 00:20:42,784 Dolfin hempas ekornya untuk paksa ikan keluar dari persembunyiannya 172 00:20:43,868 --> 00:20:47,289 ke arah tebing pasir, tempat selamat untuk menyerang. 173 00:20:55,755 --> 00:20:58,883 Hanya beberapa dolfin belajar memburu begini. 174 00:21:03,722 --> 00:21:05,807 Teknik ini hanya berhasil 175 00:21:05,890 --> 00:21:08,101 beberapa jam setiap hari. 176 00:21:14,774 --> 00:21:17,360 Apabila air pasang, 177 00:21:17,444 --> 00:21:19,362 ikan bertempiaran. 178 00:21:22,741 --> 00:21:24,659 Strategi baru diperlukan. 179 00:21:28,705 --> 00:21:31,041 Dolfin itu berganding bahu dengan rakan 180 00:21:32,042 --> 00:21:35,503 dan menuju ke alur lebih luas. 181 00:21:39,549 --> 00:21:40,550 Kemudian, 182 00:21:42,385 --> 00:21:43,636 kawanan itu menunggu. 183 00:22:28,056 --> 00:22:30,266 Setiap kali kawanan ikan lalu, 184 00:22:30,350 --> 00:22:32,227 dolfin menyerang, 185 00:22:33,895 --> 00:22:37,023 menghasilkan ombak yang menolak ikan ke darat. 186 00:22:54,624 --> 00:22:58,378 Melalui gema lokasi dan koordinasi, 187 00:22:58,461 --> 00:23:01,548 dolfin berkenduri di lumpur. 188 00:23:08,179 --> 00:23:12,267 Di tengah lautan, dolfin perlu melangkau deria super sampai ke hadnya. 189 00:23:12,350 --> 00:23:13,768 KEPULAUAN CANARY ATLANTIK UTARA 190 00:23:13,852 --> 00:23:16,312 SUHU AIR 21°C 191 00:23:21,109 --> 00:23:23,027 Cabaran memburu di laut gelap 192 00:23:23,111 --> 00:23:27,824 telah mencipta dolfin yang amat luar biasa. 193 00:23:48,511 --> 00:23:51,097 Paus pandu mungkin nampak pelik, 194 00:23:51,806 --> 00:23:55,935 tapi dahi bulatnya menyimpan rahsia kejayaan. 195 00:23:57,228 --> 00:24:01,274 Ia mengeluarkan pancaran sonik jarak jauh beratus kaki. 196 00:24:02,317 --> 00:24:05,820 Gema lokasi paling kuat antara dolfin lain. 197 00:24:13,745 --> 00:24:16,873 Ia membolehkan paus pandu memburu kawanan sotong 198 00:24:16,956 --> 00:24:19,083 lebih 800 meter di dalam laut. 199 00:24:29,469 --> 00:24:33,181 Akan tetapi yang kecil tak dapat menahan nafas lama untuk ikut. 200 00:24:37,560 --> 00:24:40,688 Jadi ahli keluarga lain bergilir-gilir 201 00:24:40,772 --> 00:24:42,732 menjaga yang kecil di permukaan. 202 00:24:45,985 --> 00:24:48,696 Nenek berusia lebih 50 tahun. 203 00:24:49,989 --> 00:24:53,743 Namun nenek masih menghasilkan susu untuk menyusukan yang kecil. 204 00:25:02,460 --> 00:25:05,922 Dolfin ini hidup hingga 70 tahun 205 00:25:06,923 --> 00:25:09,467 dan kekal bersama keluarga seumur hidupnya. 206 00:25:10,093 --> 00:25:13,221 Ia mungkin ikatan yang paling lama 207 00:25:13,304 --> 00:25:15,056 dan paling setia. 208 00:25:22,480 --> 00:25:26,734 Apabila kumpulan buruan naik ke permukaan, jelas kawanan itu berjaya. 209 00:25:32,782 --> 00:25:34,409 Masa untuk meneruskan perjalanan. 210 00:25:35,743 --> 00:25:38,913 Nenek ada peta mental rumah lautnya. 211 00:25:40,039 --> 00:25:43,835 Nenek dengar bunyi ombak menghempas pulau 212 00:25:43,918 --> 00:25:46,588 dan arus yang bergerak sekitar muara. 213 00:25:49,591 --> 00:25:52,385 Tanda pandu akustik yang menunjukkan laluan. 214 00:25:59,392 --> 00:26:00,810 Akan tetapi kadangkala, 215 00:26:01,853 --> 00:26:04,355 pelayar hebat ini pun masih tersesat. 216 00:26:09,819 --> 00:26:10,862 Setiap tahun, 217 00:26:11,696 --> 00:26:15,325 beratus-ratus dolfin terdampar di pantai seluruh dunia. 218 00:26:16,284 --> 00:26:18,828 Kebanyakannya paus pandu. 219 00:26:20,997 --> 00:26:24,125 Cuma seekor dua saja yang sesat 220 00:26:25,960 --> 00:26:29,672 sudah cukup untuk buat ahli keluarga berenang untuk menemaninya. 221 00:26:33,176 --> 00:26:36,304 Kadangkala panggilan kecemasan membawa beratus lagi. 222 00:26:44,479 --> 00:26:46,397 Bencana alam, 223 00:26:46,481 --> 00:26:50,693 pencemaran bunyi dan kesihatan yang teruk memainkan peranan. 224 00:26:53,613 --> 00:26:57,367 Pencetus sebenar untuk kejadian ini tak begitu difahami. 225 00:27:04,624 --> 00:27:08,169 Manusia cuba sedaya upaya bantu paus terkandas kekal hidup 226 00:27:08,252 --> 00:27:10,963 dan cuba tolong paus kembali ke laut. 227 00:27:20,473 --> 00:27:24,018 Hubungan antara manusia dan dolfin amat mendalam. 228 00:27:25,728 --> 00:27:28,356 Kita berkongsi kemahuan mencari keseronokan 229 00:27:28,439 --> 00:27:30,149 yang haiwan lain tak miliki. 230 00:27:31,234 --> 00:27:33,194 Kita luahkan perasaan dengan cara 231 00:27:33,277 --> 00:27:36,280 yang tak mainkan peranan untuk kelangsungan hidup. 232 00:27:41,077 --> 00:27:43,871 Namun ada tujuan untuk bermain. 233 00:27:46,332 --> 00:27:48,710 Ia menghasilkan hormon 234 00:27:48,793 --> 00:27:51,963 yang mencetuskan rasa yakin dan bahagia. 235 00:27:53,673 --> 00:27:56,926 Bermain bersama meningkatkan emosi ini, 236 00:27:59,095 --> 00:28:03,057 mendorong kerjasama berpasukan dan masa bersama kawan. 237 00:28:17,113 --> 00:28:20,408 Mungkin sebab inilah dolfin mahu berkawan. 238 00:28:34,797 --> 00:28:36,924 Bermain bersama haiwan sejenis. 239 00:28:41,763 --> 00:28:42,722 Dengan manusia. 240 00:28:46,601 --> 00:28:48,603 Serta dengan haiwan lain. 241 00:29:15,379 --> 00:29:18,299 Dolfin terkenal dengan sifat mesra. 242 00:29:20,468 --> 00:29:22,887 Namun ada juga sisi yang lebih gelap. 243 00:29:25,223 --> 00:29:27,141 PATAGONIA ATLANTIK SELATAN 244 00:29:27,225 --> 00:29:29,477 SUHU AIR 12°C 245 00:29:36,651 --> 00:29:39,987 Apabila pemangsa utama laut memburu, 246 00:29:40,071 --> 00:29:42,114 tiada yang selamat. 247 00:30:01,592 --> 00:30:04,220 Paus southern right. 248 00:30:06,347 --> 00:30:08,724 Seberat 72,500 kg. 249 00:30:10,101 --> 00:30:12,895 Sepuluh kali lebih berat daripada orca. 250 00:30:21,362 --> 00:30:23,239 Kerjasama sepasukan 251 00:30:24,115 --> 00:30:26,784 buat orca sukar dihalang. 252 00:30:32,081 --> 00:30:34,500 Paus right tuju tempat cetek 253 00:30:34,584 --> 00:30:36,586 untuk elak serangan dari bawah. 254 00:30:40,923 --> 00:30:43,801 Namun orca tak mudah mengalah. 255 00:30:48,055 --> 00:30:49,891 Bergilir-gilir, 256 00:30:49,974 --> 00:30:52,894 orca menghentam sisi paus, 257 00:30:52,977 --> 00:30:54,687 di tempat paling menyakitkan. 258 00:31:05,072 --> 00:31:07,116 Paus membalas. 259 00:31:35,061 --> 00:31:39,190 Hanya apabila bunyi pergelutan menarik lebih banyak paus right 260 00:31:40,733 --> 00:31:43,736 barulah orca berundur. 261 00:31:50,576 --> 00:31:53,329 Kemampuan orca untuk menyerang mangsa besar itu 262 00:31:53,412 --> 00:31:55,831 yang beri mereka gelaran "pembunuh paus," 263 00:31:56,666 --> 00:31:59,418 atau "paus pembunuh." 264 00:32:02,922 --> 00:32:05,341 Dolfin bukan sekadar pemburu kejam. 265 00:32:06,634 --> 00:32:10,388 Dolfin juga agresif antara satu sama lain. 266 00:32:13,724 --> 00:32:15,685 BAHAMAS ATLANTIK UTARA 267 00:32:15,768 --> 00:32:18,729 SUHU AIR 26°C 268 00:32:24,402 --> 00:32:26,153 Menjelang usia enam tahun, 269 00:32:26,237 --> 00:32:28,197 dolfin berbintik muda ini 270 00:32:28,280 --> 00:32:31,409 akhirnya menunjukkan bintik pada badannya. 271 00:32:37,373 --> 00:32:39,250 Si anak kurang jumpa ibunya 272 00:32:41,085 --> 00:32:44,296 dan luangkan lebih banyak masa bersama kawan-kawan. 273 00:32:48,884 --> 00:32:52,555 Membina perikatan adalah penting ketika muda. 274 00:33:02,690 --> 00:33:06,610 Dolfin membentuk lebih banyak hubungan yang lebih erat 275 00:33:06,694 --> 00:33:09,864 daripada haiwan lain kecuali manusia. 276 00:33:14,994 --> 00:33:18,205 Semakin dolfin matang, hidup akan jadi lebih rumit. 277 00:33:22,126 --> 00:33:24,628 Dolfin perlukan seramai kawan yang boleh. 278 00:33:36,766 --> 00:33:40,352 Satu komuniti dolfin hidung botol di Barat Australia 279 00:33:40,436 --> 00:33:45,566 dianggap paling canggih dalam masyarakat dolfin. 280 00:33:48,319 --> 00:33:50,988 Dua ribu tinggal di teluk ini. 281 00:33:55,701 --> 00:33:57,578 SHARK BAY LAUTAN HINDI 282 00:33:57,661 --> 00:34:00,581 SUHU AIR 21°C 283 00:34:02,124 --> 00:34:04,251 Semasa musim pembiakan, 284 00:34:04,335 --> 00:34:07,713 perkara paling penting ialah siapa dolfin kenali. 285 00:34:09,548 --> 00:34:11,675 Dolfin jantan yang boleh bekerjasama 286 00:34:11,759 --> 00:34:14,011 lebih berpeluang dapat pasangan. 287 00:34:28,359 --> 00:34:31,237 Trio ini melepak di sebelah timur teluk. 288 00:34:37,535 --> 00:34:41,539 Trio ini berkawan baik selama 20 tahun. 289 00:34:44,834 --> 00:34:49,505 Berenang segerak menunjukkan keeratan trio itu. 290 00:34:51,757 --> 00:34:55,845 Gerakan koreografi boleh buat dolfin betina rasa kagum. 291 00:35:02,935 --> 00:35:04,895 Ada gerakan silang. 292 00:35:07,273 --> 00:35:08,524 Rama-rama. 293 00:35:12,111 --> 00:35:13,904 Sentuhan ekor berpasangan. 294 00:35:16,157 --> 00:35:17,992 Selaman serentak. 295 00:35:20,161 --> 00:35:21,537 Lompatan berpasangan. 296 00:35:22,997 --> 00:35:24,582 Gerakan tango. 297 00:35:25,249 --> 00:35:29,044 Serta gaya terbalik ayam jantan. 298 00:35:32,256 --> 00:35:34,216 Lebih licik gerakannya, 299 00:35:34,300 --> 00:35:36,010 tampak lebih menarik. 300 00:35:41,515 --> 00:35:42,683 Walaupun begitu, 301 00:35:42,766 --> 00:35:46,103 selalunya makan berhari-hari untuk menangi hati dolfin betina. 302 00:35:51,692 --> 00:35:54,403 Kini ada persaingan. 303 00:35:56,530 --> 00:35:57,907 Di sebelah barat, 304 00:35:57,990 --> 00:36:00,117 geng lawan terbentuk. 305 00:36:03,412 --> 00:36:06,123 Trio di timur perlukan bantuan. 306 00:36:09,001 --> 00:36:11,795 Jadi trio itu panggil lebih ramai kawan. 307 00:36:31,440 --> 00:36:33,817 Kumpulan lebih lemah akan mengalah. 308 00:36:35,611 --> 00:36:37,988 Tapi apabila kedua-dua pihak sama kuat, 309 00:36:39,365 --> 00:36:42,076 pergaduhan boleh menyebabkan kecederaan serius. 310 00:37:30,082 --> 00:37:31,375 Sejam kemudian, 311 00:37:32,167 --> 00:37:33,460 semuanya berakhir. 312 00:37:38,340 --> 00:37:41,593 Melalui kesetiaan yang kuat dan kerjasama berpasukan, 313 00:37:41,677 --> 00:37:44,221 rakan-rakan timur menemui kemenangan 314 00:37:44,930 --> 00:37:48,684 dan berpeluang menghasilkan generasi seterusnya. 315 00:37:52,813 --> 00:37:54,940 Kepintaran dan kerjasama 316 00:37:55,024 --> 00:37:58,569 membolehkan dolfin mengemudi kehidupan di lautan. 317 00:38:01,280 --> 00:38:04,116 Namun tempat tinggal dolfin berubah dengan cepat. 318 00:38:08,620 --> 00:38:12,291 Haiwan yang mudah menyesuaikan diri ini pun hadapi kesukaran. 319 00:38:18,630 --> 00:38:20,841 Lautan kita semakin bising. 320 00:38:22,843 --> 00:38:23,844 Lebih panas. 321 00:38:25,512 --> 00:38:26,847 Serta lebih tercemar. 322 00:38:34,188 --> 00:38:39,151 Mainan dolfin bukan lagi rumpai laut, tetapi beg plastik. 323 00:38:49,661 --> 00:38:55,459 Menelan sampah membunuh lebih 100,000 mamalia marin setiap tahun. 324 00:38:56,377 --> 00:38:58,629 Pencemaran kimia 325 00:38:58,712 --> 00:39:01,256 mengancam kemampuannya untuk membiak. 326 00:39:04,760 --> 00:39:09,223 Namun memancing berskala industri ialah masalah terbesar dolfin. 327 00:39:12,017 --> 00:39:14,436 Ia mengurangkan makanan ruji dolfin 328 00:39:15,062 --> 00:39:19,233 dan buat beratus ribu dolfin lemas setiap tahun. 329 00:39:28,325 --> 00:39:31,412 Namun, perubahan kecil dalam tindakan kita 330 00:39:31,495 --> 00:39:33,747 boleh membawa perubahan besar. 331 00:39:35,457 --> 00:39:37,459 CAROLINA SELATAN ATLANTIK UTARA 332 00:39:37,543 --> 00:39:40,212 SUHU AIR 17°C 333 00:39:47,428 --> 00:39:49,430 Apabila nelayan menangkap udang, 334 00:39:51,974 --> 00:39:54,601 haiwan lain terperangkap dalam jaring mereka. 335 00:39:57,104 --> 00:40:00,607 Akan tetapi nelayan kini menggunakan bukaan khas 336 00:40:00,691 --> 00:40:02,901 supaya haiwan lebih besar dapat lari. 337 00:40:06,196 --> 00:40:09,408 Dolfin hidung botol tempatan belajar mencari mangsa 338 00:40:10,868 --> 00:40:14,788 menggunakan lubang keluar untuk memilih ikan yang diingini. 339 00:40:31,472 --> 00:40:34,641 Memasuki perangkap maut ini adalah langkah berisiko. 340 00:40:38,812 --> 00:40:41,732 Namun dolfin yang lapar ini ambil peluang. 341 00:40:56,538 --> 00:40:58,457 Nelayan pula tak kisah. 342 00:41:01,251 --> 00:41:03,128 Mereka tak rugi. 343 00:41:08,509 --> 00:41:11,261 Kita masih perlu belajar tentang dolfin. 344 00:41:12,054 --> 00:41:15,432 Sementara beberapa spesies berada di ambang kepupusan, 345 00:41:17,100 --> 00:41:20,354 yang baru masih ditemui. 346 00:41:21,480 --> 00:41:23,440 MOCAJUBA SUNGAI TOCANTINS 347 00:41:23,524 --> 00:41:25,609 SUHU AIR 28°C 348 00:41:26,693 --> 00:41:31,323 Selama ini orang cuma tahu ada lima spesies dolfin sungai di dunia. 349 00:41:32,032 --> 00:41:35,494 Sekarang ahli biologi percaya mereka menemui yang keenam. 350 00:41:37,371 --> 00:41:40,832 Hanya sekitar 1,000 dolfin sungai Araguaia 351 00:41:40,916 --> 00:41:42,543 disangka wujud. 352 00:41:46,296 --> 00:41:48,048 Tapi setiap hari 353 00:41:48,131 --> 00:41:50,384 di pekan Brazil ini, 354 00:41:50,467 --> 00:41:52,803 sebilangan kecil datang untuk melepak. 355 00:41:54,930 --> 00:41:58,475 Budak-budak tempatan tak sabar. 356 00:42:03,730 --> 00:42:06,066 Mudah untuk memahami hubungan mereka 357 00:42:06,149 --> 00:42:08,151 dengan haiwan ajaib ini. 358 00:42:12,739 --> 00:42:17,035 Manusia dan dolfin mungkin tinggal dalam dunia berbeza, 359 00:42:19,538 --> 00:42:23,041 tapi ada banyak sifat yang kita kongsi. 360 00:42:30,132 --> 00:42:32,843 Hubungan mendalam untuk dihargai 361 00:42:33,719 --> 00:42:36,096 selama bergenerasi yang akan datang. 362 00:43:33,320 --> 00:43:36,239 Terjemahan sari kata oleh NNorhan