1 00:00:06,257 --> 00:00:11,345 SEBUAH SIRI DOKUMENTARI NETFLIX 2 00:00:21,898 --> 00:00:24,692 Keluarga haiwan kita sendiri. 3 00:00:32,658 --> 00:00:33,659 Bijak. 4 00:00:40,875 --> 00:00:41,793 Sensitif. 5 00:00:44,128 --> 00:00:48,091 Semakin kita mengenali sepupu liar kita, 6 00:00:51,886 --> 00:00:53,554 kita akan lebih tahu 7 00:00:53,638 --> 00:00:55,890 betapa luar biasanya haiwan itu. 8 00:01:02,814 --> 00:01:06,400 Beruk bukan saja menguasai permainan kelangsungan hidup, 9 00:01:07,151 --> 00:01:10,404 haiwan itu mendefinisikan semula cara ia dimainkan. 10 00:01:13,449 --> 00:01:16,119 BERUK 11 00:01:23,751 --> 00:01:24,794 Hutan. 12 00:01:28,089 --> 00:01:30,967 Tempat kelahiran keluarga beruk, 13 00:01:32,969 --> 00:01:35,972 dan tempat utama semua beruk liar 14 00:01:36,055 --> 00:01:37,515 yang hidup hari ini. 15 00:01:46,649 --> 00:01:48,901 Ia juga tempat bayi jantan ini, 16 00:01:49,610 --> 00:01:51,320 kurang dua tahun, 17 00:01:51,988 --> 00:01:53,990 belajar untuk hidup. 18 00:01:57,743 --> 00:01:59,745 Si kecil ini seekor cimpanzi, 19 00:02:01,038 --> 00:02:03,457 saudara haiwan terdekat kita. 20 00:02:07,795 --> 00:02:10,548 Penemuannya dalam bulan-bulan mendatang 21 00:02:10,631 --> 00:02:13,301 akan membentuk seluruh hidupnya. 22 00:02:16,554 --> 00:02:20,600 Hidup dalam komuniti lebih 150 ekor cimpanzi, 23 00:02:20,683 --> 00:02:23,603 si kecil ini tak takut dengan haiwan lain. 24 00:02:25,438 --> 00:02:28,900 Cabaran terhebatnya akan datang daripada jenisnya sendiri. 25 00:02:35,072 --> 00:02:36,073 Seperti manusia, 26 00:02:36,157 --> 00:02:38,451 cimpanzi ada personaliti yang berbeza. 27 00:02:42,455 --> 00:02:45,625 Cimpanzi ini perlu tahu siapa yang boleh dipercayai. 28 00:02:51,964 --> 00:02:54,926 Kawan-kawan ibu banyak menolong dan baik hati. 29 00:02:57,053 --> 00:02:59,722 Seronok juga melepak dengan cimpanzi remaja. 30 00:03:02,642 --> 00:03:06,479 Cimpanzi jantan dewasa yang perlu diawasi. 31 00:03:08,356 --> 00:03:10,691 Dua cimpanzi jantan ini selalu bersama 32 00:03:10,775 --> 00:03:12,735 dan baik terhadapnya. 33 00:03:19,492 --> 00:03:20,618 Namun yang ini, 34 00:03:21,869 --> 00:03:23,037 pembuli. 35 00:03:39,053 --> 00:03:41,180 Cimpanzi jantan ini mahukan status 36 00:03:43,849 --> 00:03:47,228 dengan cara menakutkan yang lain. 37 00:04:16,382 --> 00:04:17,717 Bagi cimpanzi, 38 00:04:17,800 --> 00:04:20,636 keganasan itu lumrah hidup. 39 00:04:24,932 --> 00:04:28,728 Pergelutan kuasa bukan sekadar keganasan. 40 00:04:29,979 --> 00:04:31,314 Bayi itu 41 00:04:31,397 --> 00:04:34,442 bakal menyaksikan sesuatu yang amat luar biasa. 42 00:04:37,945 --> 00:04:40,072 Kedua-dua cimpanzi jantan itu 43 00:04:40,156 --> 00:04:41,741 tak sebesar si pembuli. 44 00:04:46,537 --> 00:04:47,997 Walaupun begitu, 45 00:04:48,080 --> 00:04:50,124 kedua-duanya enggan tunduk. 46 00:05:23,532 --> 00:05:26,994 Si pembuli terlalu kuat, jadi salah seekor jantan berundur. 47 00:05:28,579 --> 00:05:30,414 Namun rakannya masuk menyerang. 48 00:05:35,461 --> 00:05:37,338 Cimpanzi pertama sudah kembali. 49 00:05:40,591 --> 00:05:42,718 Pembuli tak dapat tewaskan kedua-duanya. 50 00:05:42,802 --> 00:05:45,137 Masa untuk lari sementara boleh. 51 00:05:54,313 --> 00:05:56,440 Salah seekor cedera. 52 00:06:01,320 --> 00:06:03,280 Namun takkan menderita sendirian. 53 00:06:22,800 --> 00:06:25,010 Dalam masyarakat haiwan ini, 54 00:06:27,179 --> 00:06:30,724 tak perlu jadi yang terbesar atau yang paling agresif. 55 00:06:34,520 --> 00:06:35,646 Yang penting, 56 00:06:36,230 --> 00:06:37,231 kawan. 57 00:06:41,694 --> 00:06:44,196 Lebih ramai sekutu, lebih baik. 58 00:06:49,034 --> 00:06:50,703 Cara untuk dapatkan kawan 59 00:06:50,786 --> 00:06:52,746 bergantung kepada personaliti. 60 00:06:55,207 --> 00:06:58,961 Bayi itu perlu cari caranya sendiri 61 00:06:59,044 --> 00:07:03,174 untuk jadi ahli berjaya dalam keluarga beruk. 62 00:07:09,680 --> 00:07:14,143 Keluarga yang merangkumi haiwan paling canggih 63 00:07:14,226 --> 00:07:15,686 di dunia. 64 00:07:19,440 --> 00:07:22,109 Pertama, ada beruk besar. 65 00:07:22,985 --> 00:07:24,862 Cimpanzi. 66 00:07:25,404 --> 00:07:26,947 Bonobo. 67 00:07:27,823 --> 00:07:29,742 Tiga spesies orang utan. 68 00:07:31,744 --> 00:07:33,537 Dua jenis gorila. 69 00:07:34,872 --> 00:07:38,125 Serta satu spesies manusia. 70 00:07:39,001 --> 00:07:42,338 Kita semua berkongsi ciri unik. 71 00:07:43,923 --> 00:07:45,966 Disebabkan sendi bahu khas, 72 00:07:46,592 --> 00:07:48,761 kita boleh bergayut 73 00:07:49,553 --> 00:07:52,139 dan capai buah di hujung dahan. 74 00:07:54,141 --> 00:07:56,810 Kita boleh berayun. 75 00:07:59,021 --> 00:08:02,983 Tiada monyet di seluruh Afrika atau Asia boleh melakukannya. 76 00:08:04,985 --> 00:08:08,239 Ekor tak membantu keseimbangan apabila berayun, 77 00:08:08,322 --> 00:08:09,990 jadi beruk tiada ekor. 78 00:08:11,534 --> 00:08:14,119 Raja ayun sebenar 79 00:08:14,203 --> 00:08:15,412 ialah ungka. 80 00:08:18,457 --> 00:08:20,251 Dikenali sebagai beruk kecil, 81 00:08:21,168 --> 00:08:25,172 sekurang-kurangnya 18 spesies berbeza tinggal di hutan Asia. 82 00:08:28,050 --> 00:08:29,843 Saiznya macam monyet 83 00:08:30,386 --> 00:08:32,137 dan amat lincah. 84 00:08:44,233 --> 00:08:48,153 Beruk miliki otak dan badan lebih besar daripada kebanyakan monyet. 85 00:08:51,323 --> 00:08:54,451 Beruk besar sememangnya 86 00:08:54,535 --> 00:08:57,288 boleh jadi amat besar. 87 00:08:59,331 --> 00:09:01,458 Itu juga boleh mendatangkan masalah. 88 00:09:10,426 --> 00:09:11,885 Orang utan 89 00:09:11,969 --> 00:09:15,431 haiwan yang tinggal di pokok paling besar. 90 00:09:17,433 --> 00:09:21,520 Orang utan jantan yang matang seberat 77 kg, 91 00:09:22,354 --> 00:09:24,565 sama dengan manusia dewasa. 92 00:09:27,985 --> 00:09:30,529 Bayangkan ayah anda buat begini. 93 00:09:38,370 --> 00:09:40,289 Orang utan muda ini 94 00:09:40,372 --> 00:09:43,667 masih cuba perbaiki teknik memanjatnya. 95 00:09:47,171 --> 00:09:51,508 Orang utan berevolusi bersama harimau. 96 00:09:58,140 --> 00:10:01,101 Jadi orang utan ada cara unik 97 00:10:01,185 --> 00:10:02,811 untuk tidak turun ke tanah. 98 00:10:28,587 --> 00:10:32,383 Lompat bergalah tak guna banyak tenaga 99 00:10:32,966 --> 00:10:36,637 dan menggunakan sepenuhnya berat badannya. 100 00:10:56,573 --> 00:10:59,576 Namun memanjat gergasi hutan 101 00:10:59,660 --> 00:11:01,537 lebih menjerihkan 102 00:11:02,371 --> 00:11:04,248 dan lebih berisiko. 103 00:11:10,629 --> 00:11:12,297 Pokok-pokok ini lebih tinggi 104 00:11:12,381 --> 00:11:14,675 daripada bangunan 20 tingkat. 105 00:11:20,264 --> 00:11:22,808 Selalunya, buah terbaik 106 00:11:23,767 --> 00:11:25,769 terletak tinggi di kanopi. 107 00:11:28,981 --> 00:11:31,900 Orang utan pun buat silap. 108 00:11:37,781 --> 00:11:40,242 Ramai miliki retakan yang sudah pulih, 109 00:11:41,285 --> 00:11:43,412 peninggalan kejatuhan sebelumnya. 110 00:12:13,066 --> 00:12:17,196 Walau bagaimanapun, orang utan pandai belajar. 111 00:12:20,824 --> 00:12:22,910 Orang utan bukan saja ingat 112 00:12:22,993 --> 00:12:24,912 tempat letaknya makanan terbaik, 113 00:12:27,206 --> 00:12:30,542 haiwan itu bina peta minda tiga dimensi 114 00:12:30,626 --> 00:12:33,128 laluan paling selamat untuk sampai ke sana. 115 00:12:42,763 --> 00:12:45,724 Kecerdasan otak beri kelebihan. 116 00:12:48,769 --> 00:12:51,396 Apabila fokus pada kerja berpasukan, 117 00:12:52,105 --> 00:12:54,983 hasilnya menggerunkan. 118 00:13:01,198 --> 00:13:05,077 Ibu dan bayi ikut sekumpulan cimpanzi jantan. 119 00:13:10,249 --> 00:13:11,959 Kumpulan itu mencari makanan. 120 00:13:14,253 --> 00:13:16,922 Namun ini bukan pencarian makanan yang biasa. 121 00:13:32,104 --> 00:13:35,190 Cimpanzi suka makan daging. 122 00:13:41,947 --> 00:13:43,907 Ia mengandungi nutrien 123 00:13:43,991 --> 00:13:47,077 yang tidak dijumpai dalam diet vegetariannya. 124 00:13:54,126 --> 00:13:57,045 Ibu dan bayi berharap dapat berkongsi. 125 00:14:05,012 --> 00:14:07,472 Colobus merah sukar ditangkap. 126 00:14:09,182 --> 00:14:11,059 Dengan bekerjasama, 127 00:14:11,143 --> 00:14:14,062 cimpanzi meningkatkan peluangnya. 128 00:14:45,344 --> 00:14:48,138 Dua cimpanzi ini pengadang 129 00:14:48,221 --> 00:14:50,766 yang halang laluan larikan diri. 130 00:14:51,725 --> 00:14:54,603 Seekor lagi akan buat serangan hendap. 131 00:14:56,813 --> 00:14:59,441 Sekarang pengejar akan bertindak. 132 00:15:50,283 --> 00:15:52,995 Kerjasama pasukan luar biasa ini 133 00:15:53,078 --> 00:15:55,747 membawa kepada kadar kejayaan 80%, 134 00:15:56,748 --> 00:15:59,167 jauh lebih baik daripada kucing besar. 135 00:16:01,086 --> 00:16:02,963 Namun cimpanzi ini 136 00:16:03,046 --> 00:16:04,965 pemburu tegar 137 00:16:05,048 --> 00:16:08,385 hingga berjaya hapuskan populasi monyet tempatan. 138 00:16:10,262 --> 00:16:12,889 Bukan manusia saja 139 00:16:12,973 --> 00:16:14,725 yang mampu berlebih-lebihan. 140 00:16:17,060 --> 00:16:19,021 Kini lebih sukar dapatkan daging, 141 00:16:19,521 --> 00:16:22,607 jadi ia semakin berharga. 142 00:16:27,654 --> 00:16:30,365 Jika tiada daging, terpaksalah meminta-minta. 143 00:16:32,492 --> 00:16:34,411 Nak minta pun perlulah sopan. 144 00:16:40,000 --> 00:16:42,169 Daging bukan sekadar makanan. 145 00:16:42,252 --> 00:16:44,004 Ia mata wang sosial. 146 00:16:46,757 --> 00:16:48,383 Menjadi pemburu yang handal 147 00:16:49,342 --> 00:16:52,596 adalah satu lagi cara untuk tingkatkan tangga sosial. 148 00:16:58,435 --> 00:17:01,730 Kejayaan beruk jantan selalunya bergantung kepada 149 00:17:01,813 --> 00:17:04,649 kebolehannya dapatkan makanan. 150 00:17:22,000 --> 00:17:24,461 Ungka tangan putih. 151 00:17:33,303 --> 00:17:36,431 Seperti manusia, ungka tangan putih hidup berpasangan. 152 00:17:39,476 --> 00:17:43,355 Setiap hari, ungka ini menyanyi rasa sayang untuk satu sama lain. 153 00:17:45,774 --> 00:17:47,818 Akan tetapi kita sudah maklum, 154 00:17:47,901 --> 00:17:49,444 hubungan boleh jadi… 155 00:17:50,779 --> 00:17:51,863 rumit. 156 00:17:58,120 --> 00:18:01,081 Ungka muda berbulu hitam ini berusia empat tahun. 157 00:18:05,418 --> 00:18:07,796 Ini pula abangnya yang berbulu perang. 158 00:18:09,673 --> 00:18:11,716 Adik-beradik ini kematian ayah. 159 00:18:13,718 --> 00:18:14,845 Angkara ungka ini. 160 00:18:19,432 --> 00:18:21,268 Dalam banyak keluarga haiwan, 161 00:18:21,351 --> 00:18:27,065 ayah tiri baru abai, buli atau bunuh anak ungka lain 162 00:18:27,149 --> 00:18:29,317 untuk besarkan anak sendiri. 163 00:18:32,946 --> 00:18:34,322 Namun buat masa ini, 164 00:18:34,406 --> 00:18:36,408 adik-beradik ini perlukan bantuan, 165 00:18:37,742 --> 00:18:40,662 dan ayah tiri satu-satunya pilihan yang ada. 166 00:18:44,166 --> 00:18:45,792 Pada waktu ini, 167 00:18:45,876 --> 00:18:47,711 tak banyak pokok berbuah. 168 00:18:50,463 --> 00:18:52,215 Tinggal sepokok saja. 169 00:18:54,467 --> 00:18:56,469 Di pinggiran kawasan keluarga itu, 170 00:18:57,637 --> 00:18:59,306 bersebelahan kawasan musuh. 171 00:19:03,185 --> 00:19:06,021 Keluarga itu menghampiri dengan hati-hati. 172 00:19:17,866 --> 00:19:20,577 Ungka jantan daripada kumpulan sebelah. 173 00:19:36,468 --> 00:19:38,428 Ungka itu menghalang laluan. 174 00:19:47,145 --> 00:19:50,607 Si ayah tiri cuba menakutkan musuhnya dengan membuat bunyi. 175 00:19:56,071 --> 00:19:58,531 Akan tetapi, jirannya itu tak berganjak. 176 00:20:05,872 --> 00:20:07,374 Si ayah tiri menyerang. 177 00:20:09,501 --> 00:20:10,502 Musuhnya panik. 178 00:20:36,278 --> 00:20:37,779 Si ayah tiri menghampiri. 179 00:20:46,663 --> 00:20:49,499 Si ayah tiri cuba buat serangan terdesak. 180 00:21:06,808 --> 00:21:09,686 Si ayah tiri berjaya dapatkan makanan penting 181 00:21:09,769 --> 00:21:11,521 untuk keluarga barunya. 182 00:21:23,116 --> 00:21:25,535 Mungkin ayah tiri taklah teruk sangat. 183 00:21:30,081 --> 00:21:34,461 Ungka selalu tunjukkan kasih sayang terhadap anak tirinya. 184 00:21:40,508 --> 00:21:45,055 Siapa tahu? Suatu hari, ayah tiri itu mungkin perlu sokongan si kecil. 185 00:21:48,308 --> 00:21:50,560 Berbaloi guna strategi jangka panjang. 186 00:21:52,354 --> 00:21:55,148 Kebanyakan beruk hidup hingga 40 tahun. 187 00:21:57,525 --> 00:22:00,862 Kehidupan keluarga boleh jadi rumit. 188 00:22:03,031 --> 00:22:07,452 Terutamanya untuk beruk terbesar. 189 00:22:24,135 --> 00:22:25,929 Gorila gunung. 190 00:22:32,143 --> 00:22:33,853 Jenis silverback. 191 00:22:35,730 --> 00:22:37,232 Ketua keluarga. 192 00:22:40,026 --> 00:22:41,986 Keluarga yang mengagumkan. 193 00:22:43,780 --> 00:22:45,365 Empat isteri, 194 00:22:47,367 --> 00:22:49,369 tiga remaja, 195 00:22:51,621 --> 00:22:52,789 dua bayi… 196 00:22:57,627 --> 00:22:59,462 dan datuk yang perengus. 197 00:23:12,392 --> 00:23:16,354 Si ayah seberat 200 kg. 198 00:23:18,773 --> 00:23:21,151 Bersenjatakan taring yang besar. 199 00:23:23,778 --> 00:23:27,365 Namun, ia gergasi yang lembut, 200 00:23:28,032 --> 00:23:31,161 hampir 100 peratus pemayur. 201 00:23:32,996 --> 00:23:35,373 Ia pilihan mudah di hutan ini. 202 00:23:37,959 --> 00:23:39,419 Bila-bila terasa lapar, 203 00:23:39,502 --> 00:23:42,964 capai sahaja. 204 00:23:45,049 --> 00:23:48,052 Seolah-olah tinggal dalam mangkuk salad. 205 00:23:56,686 --> 00:23:59,189 Akan tetapi, jika makan sayur sebanyak ini, 206 00:23:59,272 --> 00:24:01,858 banyak masa diperlukan untuk menghadamnya. 207 00:24:07,530 --> 00:24:12,368 Gorila gunung habiskan sepertiga hari berehat. 208 00:24:13,953 --> 00:24:15,163 Atau cuba berehat. 209 00:24:25,381 --> 00:24:26,966 Lalat menjengkelkan. 210 00:24:28,092 --> 00:24:30,762 Budak-budak lagilah menjengkelkan. 211 00:25:11,386 --> 00:25:14,138 Walaupun nampak ganas, 212 00:25:15,223 --> 00:25:17,350 hati si ayah selembut kerak nasi. 213 00:25:26,943 --> 00:25:28,403 Namun sekali sekala, 214 00:25:30,029 --> 00:25:31,197 si ayah perlu lawan 215 00:25:31,906 --> 00:25:33,199 demi kesayangannya. 216 00:25:38,288 --> 00:25:39,914 Waktu itulah saiz 217 00:25:40,873 --> 00:25:42,875 jadi faktor penting. 218 00:25:46,921 --> 00:25:47,964 Pesaing 219 00:25:49,841 --> 00:25:51,801 dan tenteranya. 220 00:26:08,568 --> 00:26:10,570 Si ayah berhadapan kerugian besar. 221 00:26:12,572 --> 00:26:14,699 Isteri-isterinya mungkin diambil. 222 00:26:15,617 --> 00:26:17,785 Anak-anaknya dibunuh. 223 00:26:19,829 --> 00:26:22,498 Pertarungan boleh membunuhnya. 224 00:26:30,506 --> 00:26:32,550 Kadangkala pertunjukan kekuatan 225 00:26:32,634 --> 00:26:34,719 cukup untuk menghalang musuh. 226 00:26:45,480 --> 00:26:47,482 Ayah cuba menghalau pengacau. 227 00:26:49,233 --> 00:26:50,902 Tapi pesaing ada sokongan. 228 00:26:50,985 --> 00:26:52,987 Seluruh keluarganya. 229 00:26:59,077 --> 00:27:00,495 Pesaing menerjah. 230 00:27:06,292 --> 00:27:09,379 Si ayah tak mampu tunjukkan tanda kelemahan. 231 00:27:14,634 --> 00:27:16,094 Pesaing berundur. 232 00:27:35,738 --> 00:27:37,073 Si ayah boleh kembali 233 00:27:37,156 --> 00:27:39,909 ke pangkuan keluarga tersayang. 234 00:27:48,376 --> 00:27:50,628 Kasih sayang yang diluahkan 235 00:27:50,712 --> 00:27:52,046 melalui sentuhan. 236 00:27:56,259 --> 00:27:58,344 Membersihkan bulu aktiviti penting 237 00:27:58,428 --> 00:28:01,139 yang mengeratkan masyarakat beruk. 238 00:28:08,271 --> 00:28:11,649 Ia aktiviti yang boleh digunakan untuk jalin persahabatan 239 00:28:11,733 --> 00:28:13,109 dan minta bantuan. 240 00:28:16,362 --> 00:28:19,574 Dilakukan dengan teliti dan hati-hati, 241 00:28:22,285 --> 00:28:26,038 ia membangkitkan hormon-hormon bahagia. 242 00:28:29,917 --> 00:28:31,544 Beruk menginginkannya 243 00:28:31,627 --> 00:28:34,130 dan hubungan yang dihasilkan. 244 00:28:38,217 --> 00:28:41,846 {\an8}Jadi, mengejutkan apabila seekor beruk 245 00:28:41,929 --> 00:28:44,849 {\an8}habiskan kehidupan sendirian. 246 00:28:52,106 --> 00:28:55,151 Orang utan Borneo. 247 00:28:56,652 --> 00:28:59,447 Hanya orang utan jantan yang matang 248 00:28:59,530 --> 00:29:01,783 memiliki kelepak pipi. 249 00:29:04,035 --> 00:29:06,621 Kelepak pipi dianggap bantu salurkan 250 00:29:06,704 --> 00:29:08,039 panggilan panjang. 251 00:29:21,135 --> 00:29:24,347 Orang utan itu cuba memanggil orang utan lain 252 00:29:24,931 --> 00:29:26,933 yang tinggal di merata hutan. 253 00:29:42,490 --> 00:29:47,161 Sesetengah saintis percaya orang utan pernah hidup rapat 254 00:29:47,245 --> 00:29:48,287 seperti gorila, 255 00:29:49,330 --> 00:29:51,707 dengan orang utan jantan berpipi kelepak 256 00:29:51,791 --> 00:29:55,044 menjaga sekumpulan orang utan betina, 257 00:29:55,127 --> 00:29:56,504 seperti silverback. 258 00:29:58,923 --> 00:30:01,968 Kemudian, kira-kira empat juta tahun lalu, 259 00:30:02,677 --> 00:30:04,178 iklim berubah. 260 00:30:05,263 --> 00:30:08,516 Pokok-pokok tak berbuah setiap tahun. 261 00:30:09,976 --> 00:30:12,645 Banyak haiwan menghadapi kebuluran. 262 00:30:16,107 --> 00:30:18,067 Untuk mencari makanan yang cukup, 263 00:30:18,150 --> 00:30:22,363 keluarga orang utan berpecah-pecah. 264 00:30:34,041 --> 00:30:36,752 Kini orang utan tinggal sendirian. 265 00:30:40,298 --> 00:30:42,508 Walaupun tidak sepenuhnya. 266 00:30:45,845 --> 00:30:49,682 Bayi ini baru berusia sebulan. 267 00:30:51,350 --> 00:30:54,896 Si kecil akan tinggal dengan ibunya selama lapan tahun. 268 00:30:57,648 --> 00:31:00,151 Zaman kanak-kanak paling lama bagi beruk 269 00:31:01,027 --> 00:31:02,028 kecuali manusia. 270 00:31:08,618 --> 00:31:10,411 Ia mengambil masa 271 00:31:10,494 --> 00:31:13,497 untuk mengajar segala rahsia kelangsungan hidup. 272 00:31:19,921 --> 00:31:22,173 Bunga yang mana sedap dimakan. 273 00:31:30,723 --> 00:31:34,018 Cara keluarkan anai-anai daripada kayu reput. 274 00:31:40,399 --> 00:31:43,194 Di mana nak cari pokok buah 275 00:31:43,277 --> 00:31:44,737 semasa waktu susah. 276 00:32:02,463 --> 00:32:05,132 Panggilan orang utan jantan ini tak terjawab. 277 00:32:10,262 --> 00:32:13,641 Mungkin berhari-hari, malah berminggu-minggu 278 00:32:13,724 --> 00:32:16,727 orang utan jantan ini tak bertemu orang utan lain. 279 00:32:23,317 --> 00:32:26,362 Tiada siapa tahu perasaannya. 280 00:32:29,615 --> 00:32:31,784 Mungkin, ada ketikanya, 281 00:32:32,535 --> 00:32:35,955 daripada naluri semula jadinya, 282 00:32:36,038 --> 00:32:39,333 orang utan ini menginginkan sentuhan seorang teman. 283 00:32:48,050 --> 00:32:50,177 Namun ada masanya, 284 00:32:50,261 --> 00:32:53,723 beruk yang paling sosial pun 285 00:32:53,806 --> 00:32:55,391 pilih untuk bersendirian. 286 00:33:08,404 --> 00:33:10,489 Hari ini, ibu dan bayi 287 00:33:10,573 --> 00:33:13,617 menemui sedikit ketenangan, 288 00:33:15,327 --> 00:33:17,371 berhampiran sempadan kawasannya. 289 00:33:20,249 --> 00:33:22,334 Jauh daripada tekanan 290 00:33:22,418 --> 00:33:24,462 masyarakat cimpanzi. 291 00:33:34,305 --> 00:33:35,723 Peronda sempadan. 292 00:33:37,433 --> 00:33:40,686 Cimpanzi jantan daripada kumpulan sebelah. 293 00:33:54,950 --> 00:33:56,035 Berwaspada. 294 00:34:00,664 --> 00:34:02,083 Senyap. 295 00:34:13,385 --> 00:34:14,929 Kumpulan ini ada misi 296 00:34:15,012 --> 00:34:18,140 untuk mengawal lebih banyak pokok buah. 297 00:34:19,809 --> 00:34:22,978 Untuk mencapai matlamat ini, cimpanzi akan membunuh. 298 00:34:26,816 --> 00:34:28,776 Bayi pun akan dibunuh. 299 00:34:35,366 --> 00:34:37,076 Ibu tahu ada yang tak kena. 300 00:35:00,015 --> 00:35:01,600 Lebih baik berdiam diri. 301 00:36:19,887 --> 00:36:21,180 Nyaris. 302 00:36:34,401 --> 00:36:37,738 Perang adalah sebahagian daripada kehidupan cimpanzi 303 00:36:37,821 --> 00:36:39,740 seperti kehidupan kita. 304 00:36:42,576 --> 00:36:46,914 Akan tetapi tak semua saudara rapat kita seganas itu. 305 00:36:53,545 --> 00:36:56,215 Di seberang Sungai Congo, ada seekor beruk 306 00:36:56,715 --> 00:37:00,719 yang berkongsi hampir 99% DNA manusia. 307 00:37:02,096 --> 00:37:05,391 WILAYAH WAMBA REPUBLIK DEMOKRATIK CONGO 308 00:37:12,773 --> 00:37:14,608 Seperti cimpanzi, 309 00:37:14,692 --> 00:37:17,820 bonobo tinggal dalam komuniti besar. 310 00:37:32,584 --> 00:37:36,255 Bonobo jantan juga guna pertunjukan kekuatan 311 00:37:36,338 --> 00:37:38,382 untuk menakutkan yang lain. 312 00:37:52,646 --> 00:37:56,358 Bonobo jantan ini bertindak agresif. 313 00:38:04,825 --> 00:38:07,244 Bonobo betina dah tak tahan. 314 00:38:22,343 --> 00:38:26,472 Bonobo betina membentuk pakatan kuat dalam kalangan bonobo. 315 00:38:28,891 --> 00:38:31,685 Ini beri kumpulan itu kuasa. 316 00:38:36,899 --> 00:38:38,859 Tak seperti cimpanzi betina, 317 00:38:39,610 --> 00:38:42,071 bonobo betina tak didominasi yang jantan. 318 00:38:44,573 --> 00:38:46,367 Bayi bonobo ini 319 00:38:46,450 --> 00:38:49,661 akan dilindungi daripada pembuli oleh ibunya. 320 00:38:51,872 --> 00:38:55,000 Si kecil ini juga takkan hadapi peperangan. 321 00:38:56,460 --> 00:38:58,545 Perjumpaan antara komuniti bonobo 322 00:38:58,629 --> 00:39:01,048 selalunya aman. 323 00:39:09,640 --> 00:39:11,850 Sangat berbeza dengan cimpanzi. 324 00:39:13,102 --> 00:39:15,104 Tiada siapa tahu sebabnya. 325 00:39:25,572 --> 00:39:28,033 Bayi cimpanzi ini akan membesar 326 00:39:29,034 --> 00:39:33,539 dengan menghadapi risiko yang bayi bonobo tak perlu risaukan. 327 00:39:42,714 --> 00:39:45,008 Namun seperti beruk lain, 328 00:39:45,092 --> 00:39:47,803 si kecil cuba lakukan yang terbaik. 329 00:39:50,931 --> 00:39:52,266 Siapa tahu? 330 00:39:52,349 --> 00:39:55,436 Ini mungkin permulaan persahabatan yang indah 331 00:39:56,687 --> 00:39:58,313 yang kekal hingga berdekad. 332 00:40:03,861 --> 00:40:05,446 Namun masa depan beruk 333 00:40:06,071 --> 00:40:07,906 dan seluruh keluarga 334 00:40:08,740 --> 00:40:09,867 berada dalam tangan 335 00:40:11,118 --> 00:40:13,787 beruk yang paling berkuasa. 336 00:40:16,582 --> 00:40:19,126 Kita bunuh saudara liar kita. 337 00:40:20,878 --> 00:40:22,379 Kita mengurungnya. 338 00:40:24,631 --> 00:40:26,550 Kita hapuskan tempat tinggalnya. 339 00:40:31,638 --> 00:40:35,184 Walaupun berdepan dengan kesusahan begini, 340 00:40:36,143 --> 00:40:40,481 beruk masih mampu buat kita kagum. 341 00:40:45,402 --> 00:40:48,655 Dikelilingi oleh penempatan manusia, 342 00:40:48,739 --> 00:40:51,783 terdapat sebuah hutan terpencil 343 00:40:51,867 --> 00:40:54,369 sebesar sedozen padang bola sahaja. 344 00:40:57,206 --> 00:40:58,332 Ia tempat tinggal 345 00:40:58,415 --> 00:41:01,502 sekumpulan cimpanzi yang luar biasa. 346 00:41:06,840 --> 00:41:08,926 Hampir setiap hari, 347 00:41:09,009 --> 00:41:11,887 cimpanzi ini perlu masuk dunia manusia. 348 00:41:46,797 --> 00:41:48,757 Kita hanya bayangkan 349 00:41:48,840 --> 00:41:51,260 tanggapan cimpanzi terhadap manusia. 350 00:42:00,060 --> 00:42:03,605 Cimpanzi ada sebab untuk berhati-hati. 351 00:42:13,115 --> 00:42:16,535 Namun, ganjarannya besar. 352 00:42:24,251 --> 00:42:26,295 Buah yang ditanam 353 00:42:26,378 --> 00:42:28,630 kaya dengan gula 354 00:42:29,548 --> 00:42:31,550 tentu rasa amat enak. 355 00:43:00,662 --> 00:43:04,958 Cimpanzi ini sudah belajar menyelinap sekitar manusia… 356 00:43:07,377 --> 00:43:11,965 dan memanfaatkan peluang dalam dunia baru yang mencabar ini. 357 00:43:15,052 --> 00:43:16,386 Buah kelapa sawit. 358 00:43:17,763 --> 00:43:19,890 Bahagian terbaik ialah isirongnya, 359 00:43:19,973 --> 00:43:22,643 kaya dengan protein dan kalori. 360 00:43:24,978 --> 00:43:26,313 Cuma ada satu masalah. 361 00:43:28,982 --> 00:43:31,777 Ia dikelilingi kulit yang keras. 362 00:43:34,988 --> 00:43:38,408 Ia memerlukan kepintaran untuk mendapatkannya. 363 00:43:56,218 --> 00:43:58,845 Memecahkan biji mungkin mudah bagi kita, 364 00:44:00,138 --> 00:44:02,391 tapi bagi haiwan, 365 00:44:03,266 --> 00:44:05,644 ia satu revolusi. 366 00:44:13,652 --> 00:44:16,363 Ia meletakkan beruk di tahap tinggi 367 00:44:16,905 --> 00:44:20,409 dalam kelab eksklusif pengguna alat. 368 00:44:23,453 --> 00:44:25,956 Beruk buat sarang. 369 00:44:31,670 --> 00:44:32,713 Payung. 370 00:44:37,676 --> 00:44:38,760 Pencungkil. 371 00:44:43,306 --> 00:44:45,475 Malah, lembing. 372 00:44:52,232 --> 00:44:54,484 Kumpulan di Bossou ini 373 00:44:54,568 --> 00:44:55,902 luar biasa. 374 00:45:00,240 --> 00:45:04,995 Lebih daripada satu alat telah dihasilkan untuk mengeksploitasi tanaman kita. 375 00:45:06,621 --> 00:45:08,999 Selain tukul dan andas, 376 00:45:09,082 --> 00:45:11,084 cimpanzi ini juga cipta alat ini. 377 00:45:13,003 --> 00:45:14,129 Anak lesung. 378 00:45:17,257 --> 00:45:19,801 Digunakan untuk menumbuk umbut kelapa sawit 379 00:45:19,885 --> 00:45:22,053 supaya ia lebih mudah dimakan. 380 00:45:24,181 --> 00:45:27,851 Kelakuan ini unik kepada komuniti ini. 381 00:45:32,647 --> 00:45:36,735 Cimpanzi di sini juga belajar cara menyahaktifkan jerat pemburu 382 00:45:36,818 --> 00:45:40,322 yang menyebabkan menurunnya populasi cimpanzi yang lain. 383 00:45:43,158 --> 00:45:46,077 Walaupun dengan pencapaian hebat ini, 384 00:45:46,912 --> 00:45:48,705 jumlahnya semakin berkurangan. 385 00:45:50,248 --> 00:45:53,835 Kini cuma tinggal tujuh cimpanzi Bossou. 386 00:45:58,256 --> 00:46:02,093 Cimpanzi muda, satu-satunya yang tinggal dalam kumpulan ini, 387 00:46:03,720 --> 00:46:05,430 amat inginkan kawan bermain. 388 00:46:16,107 --> 00:46:18,485 Pascal Goumi orang tempatan, 389 00:46:19,319 --> 00:46:21,613 tapi dia bukan ancaman. 390 00:46:25,909 --> 00:46:27,577 Sebagai penyelidik lapangan, 391 00:46:27,661 --> 00:46:30,789 dia kenal cimpanzi itu sejak ia lahir. 392 00:46:34,084 --> 00:46:35,544 Logiklah jika kata, 393 00:46:36,127 --> 00:46:37,796 mereka berkawan. 394 00:46:42,050 --> 00:46:46,179 Persahabatan sangat penting untuk kejayaan beruk, 395 00:46:46,263 --> 00:46:49,933 malah ia boleh melangkaui sempadan spesies. 396 00:46:56,773 --> 00:46:59,192 Tapi manusia 397 00:46:59,276 --> 00:47:01,152 kini menguasai planet ini. 398 00:47:05,907 --> 00:47:08,118 Manusia tak tinggalkan ruang 399 00:47:08,201 --> 00:47:09,452 untuk beruk. 400 00:47:12,873 --> 00:47:16,585 Kita sudah lupa yang kita ada tanggungjawab untuk ambil berat. 401 00:47:20,881 --> 00:47:22,257 Lagipun, 402 00:47:22,340 --> 00:47:25,051 ini juga keluarga kita. 403 00:48:15,310 --> 00:48:18,229 Terjemahan sari kata oleh NNorhan