1 00:00:06,132 --> 00:00:11,763 SEBUAH SIRI DOKUMENTARI NETFLIX 2 00:00:23,149 --> 00:00:25,651 Untuk campuran pelik sekumpulan makhluk… 3 00:00:29,197 --> 00:00:30,656 tak perlu lihat jauh. 4 00:00:32,200 --> 00:00:34,035 Inilah marsupial. 5 00:00:35,828 --> 00:00:40,249 Haiwan mamalia berkantung yang lain daripada yang lain. 6 00:00:41,834 --> 00:00:43,795 Marsupial mungkin nampak aneh, 7 00:00:45,838 --> 00:00:48,091 tapi jangan perkecilkannya. 8 00:00:53,679 --> 00:00:59,268 Dengan kuasa luar jangkaan dan kemampuan menyesuaikan diri yang luar biasa 9 00:01:01,020 --> 00:01:04,023 marsupial menakluki sebuah benua. 10 00:01:10,029 --> 00:01:12,698 MARSUPIAL 11 00:01:17,453 --> 00:01:22,542 Lembah beraltitud tinggi ini tempat tinggal sejenis marsupial ikonik. 12 00:01:22,625 --> 00:01:24,710 PERGUNUNGAN ALPEN AUSTRALIA VICTORIA 13 00:01:27,004 --> 00:01:28,881 Kanggaru kelabu timur. 14 00:01:31,217 --> 00:01:35,263 Hari ini, seekor bayi kanggaru dialu-alukan ke dunia. 15 00:01:43,563 --> 00:01:46,524 Semua bayi kanggaru bermula dengan cara yang sama. 16 00:01:48,526 --> 00:01:50,862 Embrio yang amat kecil. 17 00:01:54,740 --> 00:01:57,869 Dalam keadaan buta dengan anggota belakang yang kecil, 18 00:01:58,578 --> 00:02:02,123 ia harus memanjat dinding bulu enam kali ganda ketinggiannya. 19 00:02:04,333 --> 00:02:05,209 Matlamatnya? 20 00:02:06,794 --> 00:02:08,212 Kantung ibunya. 21 00:02:19,432 --> 00:02:22,101 Kantung itu pastikan si anak hangat, 22 00:02:23,352 --> 00:02:24,395 diberi makan 23 00:02:24,896 --> 00:02:26,105 dan selamat. 24 00:02:31,360 --> 00:02:33,738 Sehingga si anak bersedia untuk muncul. 25 00:02:40,953 --> 00:02:43,539 Mara laju enam bulan. 26 00:02:46,459 --> 00:02:50,254 Anak kanggaru kelabu timur meninjau dunia buat pertama kali. 27 00:03:01,766 --> 00:03:04,435 Si anak baru tahu ia anggota sebuah kumpulan. 28 00:03:06,103 --> 00:03:07,647 Dikenali sebagai sekawan. 29 00:03:10,900 --> 00:03:13,569 Ibu dan beberapa kanggaru betina lain 30 00:03:14,320 --> 00:03:16,572 dikawal dengan rasa cemburu oleh bos. 31 00:03:18,115 --> 00:03:19,200 Iaitu ayahnya. 32 00:03:28,000 --> 00:03:31,921 Si anak bakal mengetahui rahsia kejayaan ayahnya. 33 00:03:37,677 --> 00:03:39,053 Banyak otot, 34 00:03:40,096 --> 00:03:41,847 kerap melenturtegang otot. 35 00:03:47,895 --> 00:03:50,064 Ada pencabar nampaknya. 36 00:03:51,691 --> 00:03:54,026 Untuk mencabar hak mengawan si ayah. 37 00:03:56,696 --> 00:03:58,656 Ia pameran kuasa… 38 00:04:01,242 --> 00:04:02,076 urin… 39 00:04:05,288 --> 00:04:08,708 dan ada aksi menggaru juga. 40 00:04:13,754 --> 00:04:16,465 Bahasa tubuh mengatakan, "Aku boleh lawan kau. 41 00:04:18,175 --> 00:04:19,719 Tapi baik jangan. 42 00:04:20,720 --> 00:04:22,096 Tak usahlah." 43 00:04:36,986 --> 00:04:38,446 Nampaknya ia berjaya. 44 00:04:41,949 --> 00:04:43,159 Sehingga lain kali. 45 00:04:47,455 --> 00:04:51,709 Suatu hari nanti, si anak akan mencuba raih hak jadi raja kanggaru. 46 00:04:58,924 --> 00:05:01,302 Itu pun jika ia dapat pergi sejauh itu. 47 00:05:03,804 --> 00:05:07,641 Lembah ini juga tempat tinggal sekawan dingo. 48 00:05:14,565 --> 00:05:17,651 Dingo pakar menangkap kanggaru. 49 00:05:42,426 --> 00:05:46,430 Dengan kelajuan 40 km/j, dingo agak pantas. 50 00:05:51,060 --> 00:05:53,437 Tetapi, kanggaru boleh capai 64 km/j! 51 00:06:03,989 --> 00:06:06,659 Kawanan itu mencari kanggaru yang tertinggal. 52 00:06:15,626 --> 00:06:17,628 Namun, kali ini tak bernasib baik. 53 00:06:21,173 --> 00:06:26,262 Buat masa ini, si anak boleh relaks dalam kantung ibunya dengan selamat. 54 00:06:31,350 --> 00:06:33,602 Ia cuma lipatan kulit luar, 55 00:06:34,311 --> 00:06:37,231 tapi ia beri marsupial kelebihan 56 00:06:37,314 --> 00:06:39,108 selama berjuta tahun. 57 00:06:43,571 --> 00:06:47,825 Marsupial pertama kali muncul bersama dinosaur, 58 00:06:49,577 --> 00:06:52,037 di superbenua yang kuno, 59 00:06:53,038 --> 00:06:54,957 Hari ini, di kebanyakan tempat, 60 00:06:55,040 --> 00:06:58,294 marsupial digantikan oleh mamalia plasenta. 61 00:07:01,255 --> 00:07:05,134 Namun begitu, opossum masih hidup di Amerika. 62 00:07:09,763 --> 00:07:12,600 Termasuklah monito del monte, 63 00:07:13,350 --> 00:07:15,769 ahli keluarga terakhir 64 00:07:15,853 --> 00:07:19,899 yang memulakan tiga perempat marsupial yang hidup hari ini. 65 00:07:26,739 --> 00:07:29,450 Apabila superbenua berpecah-belah, 66 00:07:30,451 --> 00:07:34,455 saudara dekat fosil hidup ini terdampar jauh. 67 00:07:37,917 --> 00:07:40,628 Terasing di tempat yang kini Australia, 68 00:07:41,545 --> 00:07:44,048 tanpa persaingan daripada mamalia lain, 69 00:07:45,341 --> 00:07:47,718 keturunan possum perintis ini 70 00:07:47,801 --> 00:07:51,430 berkembang ke serata tempat yang beri banyak peluang keemasan. 71 00:07:51,514 --> 00:07:56,018 KANGGARU MERAH 72 00:07:56,101 --> 00:07:58,521 Lama-kelamaan, 200 spesies berbeza berkembang… 73 00:07:58,604 --> 00:07:59,605 KANGGARU KELABU 74 00:07:59,688 --> 00:08:02,233 KANGGARU TIKUS MUSKY 75 00:08:02,858 --> 00:08:05,277 setiap satu dengan nama hebat… 76 00:08:10,115 --> 00:08:12,493 setiap satu dengan cara hidup yang unik. 77 00:08:12,576 --> 00:08:15,621 WALABI BATU 78 00:08:19,959 --> 00:08:21,710 Kebanyakannya keluar malam… 79 00:08:21,794 --> 00:08:23,045 QUOLL HARIMAU 80 00:08:24,588 --> 00:08:25,798 …pemakan serangga, 81 00:08:26,549 --> 00:08:28,175 atau pemayur. 82 00:08:34,723 --> 00:08:36,767 Tetapi, ada yang jadi lebih besar, 83 00:08:37,560 --> 00:08:38,435 lebih ganas, 84 00:08:38,978 --> 00:08:40,896 dan berubah jadi pemakan daging. 85 00:08:43,899 --> 00:08:46,026 Ini dirakam pada 1936. 86 00:08:46,569 --> 00:08:50,531 thylacine, atau harimau Tasmania, 87 00:08:51,156 --> 00:08:53,909 pernah menjadi pemangsa utama Australia. 88 00:08:57,705 --> 00:09:00,291 Ini kali terakhir ia didokumenkan 89 00:09:00,374 --> 00:09:04,211 sebelum penempatan manusia dan pemburu ganjaran menghapuskannya. 90 00:09:10,634 --> 00:09:14,471 Hari ini, hanya ada beberapa karnivor marsupial yang masih hidup. 91 00:09:16,890 --> 00:09:20,853 Karnivor marsupial terbesar tinggal di sudut terliar benua ini. 92 00:09:34,867 --> 00:09:36,619 Raksasa legenda… 93 00:09:40,205 --> 00:09:42,166 dengan reputasi yang menakutkan. 94 00:09:44,835 --> 00:09:47,171 Momok Tasmania. 95 00:09:54,845 --> 00:09:58,682 GUNUNG CRADLE TASMANIA 96 00:10:03,062 --> 00:10:06,106 Anak momok Tasmania ini mungkin berlagak kuat… 97 00:10:11,278 --> 00:10:14,490 tapi si kecil ini mungkin lebih cemas daripada agresif. 98 00:10:18,202 --> 00:10:22,247 Seperti momok Tasmania lain, si kecil ini lebih sukakan kegelapan. 99 00:10:36,470 --> 00:10:40,432 Si kecil ini baru berusia lapan bulan, dan baru meninggalkan ibunya, 100 00:10:41,058 --> 00:10:43,268 dan tak makan apa-apa sejak itu. 101 00:10:44,561 --> 00:10:49,733 Jika keadaan tak berubah segera, peluang membesar jadi dewasa amat tipis. 102 00:11:10,170 --> 00:11:11,380 Masalah terbesarnya? 103 00:11:13,006 --> 00:11:14,341 Momok Tasmania lain. 104 00:11:22,808 --> 00:11:25,728 Si kecil tak dapat bersaing dengan yang besar. 105 00:11:28,063 --> 00:11:31,275 Dua momok Tasmania dewasa bergaduh mahukan bangkai. 106 00:11:38,198 --> 00:11:41,285 Akan tetapi, si kecil boleh curi makan… 107 00:11:43,579 --> 00:11:45,289 sementara yang lain berlawan. 108 00:12:13,692 --> 00:12:15,235 Lebih makan cepat… 109 00:12:20,407 --> 00:12:22,242 sebelum masalah kembali. 110 00:12:41,178 --> 00:12:44,640 Si kecil cuma boleh berharap ada saki baki makanan. 111 00:12:51,855 --> 00:12:54,274 Memandangkan momok Tasmania mampu makan 112 00:12:54,358 --> 00:12:56,985 hampir separuh berat badannya sekali duduk, 113 00:12:58,529 --> 00:13:00,364 si kecil mungkin menunggu lama. 114 00:13:12,918 --> 00:13:15,671 Apabila fajar menyingsing, berbaloi bersabar. 115 00:13:17,840 --> 00:13:20,342 Lebih kurang. 116 00:13:24,471 --> 00:13:29,893 Cuma kulit dan tulang saja, tapi si kecil ini tak boleh memilih. 117 00:13:34,815 --> 00:13:37,609 Momok Tasmania adakalanya memburu, 118 00:13:37,693 --> 00:13:40,112 tapi makan sisa makanan pun ia tak kisah. 119 00:13:43,198 --> 00:13:46,243 Kebolehan makan sesuatu yang tak boleh dimakan 120 00:13:46,326 --> 00:13:49,746 bantu marsupial kuasai satu benua. 121 00:13:54,042 --> 00:13:57,754 PULAU KANGAROO AUSTRALIA SELATAN 122 00:13:59,590 --> 00:14:04,553 Pokok kayu putih membentuk tiga perempat hutan asli Australia. 123 00:14:06,680 --> 00:14:09,057 Daunnya amat toksik, 124 00:14:09,141 --> 00:14:12,311 ia tak dimakan hampir semua hidupan. 125 00:14:17,524 --> 00:14:22,279 Namun, ada satu marsupial terkenal dapat cari cara untuk mengeksploitasi 126 00:14:22,362 --> 00:14:24,740 sumber yang banyak ini. 127 00:14:31,413 --> 00:14:34,750 Ibu koala ini mungkin nampak mengantuk, 128 00:14:35,375 --> 00:14:37,669 tapi si ibu makan untuk anaknya juga. 129 00:14:45,218 --> 00:14:47,262 Tubuhnya bekerja lebih masa. 130 00:14:49,681 --> 00:14:53,977 Ususnya mengandungi campuran mikrob unik 131 00:14:54,061 --> 00:14:58,023 yang meneutralkan racun yang boleh menyebabkan manusia koma. 132 00:15:07,699 --> 00:15:11,370 Akan tetapi, koala tak dilahirkan dengan penghadaman yang kuat. 133 00:15:12,579 --> 00:15:13,956 Ia perlu dilatih. 134 00:15:18,418 --> 00:15:21,964 Oleh itu, bayi makan campuran susu dan pap. 135 00:15:25,550 --> 00:15:29,596 Tinja cair ini mengandungi bakteria yang bayi itu perlukan. 136 00:15:38,438 --> 00:15:40,732 Walaupun toksin boleh dineutralkan, 137 00:15:40,816 --> 00:15:44,277 koala memerlukan banyak tenaga 138 00:15:44,361 --> 00:15:47,030 untuk uraikan daun yang kurang nutrien ini. 139 00:15:50,367 --> 00:15:55,414 Patutlah koala habiskan 90 peratus hidupnya dengan tidur. 140 00:16:11,221 --> 00:16:15,142 Walau bagaimanapun, tak semua marsupial hidup santai. 141 00:16:26,570 --> 00:16:28,780 Ini pelompat aras tinggi semula jadi. 142 00:16:32,075 --> 00:16:33,744 Sugar glider. 143 00:16:41,209 --> 00:16:43,670 Possum sebesar tapak tangan ini 144 00:16:43,754 --> 00:16:46,673 boleh meluncur separuh padang bola sepak 145 00:16:46,757 --> 00:16:48,341 dalam satu lompatan. 146 00:17:03,690 --> 00:17:08,236 Gaya hidup pantasnya didorong oleh sap manis. 147 00:17:14,367 --> 00:17:17,913 Namun, giginya terlalu kecil untuk gigit kulit kayu tebal. 148 00:17:30,133 --> 00:17:33,720 Masa untuk lawat saudaranya yang lebih besar. 149 00:17:36,181 --> 00:17:38,892 Glider perut kuning. 150 00:17:42,437 --> 00:17:47,359 Rahangnya yang lebih kuat dapat merobek pokok yang kuat. 151 00:17:51,863 --> 00:17:54,407 Apabila si perut kuning beredar, 152 00:17:55,158 --> 00:17:57,661 si kecil ambil peluang. 153 00:18:02,874 --> 00:18:05,585 Namun begitu, glider haiwan sosial. 154 00:18:12,551 --> 00:18:14,719 Lebih ramai sertai parti. 155 00:18:27,774 --> 00:18:30,694 Ramai tetamu yang tak diingini sukar diabaikan. 156 00:18:35,532 --> 00:18:37,367 Si perut kuning jadi tak sabar. 157 00:18:45,750 --> 00:18:46,918 Lawan 158 00:18:47,836 --> 00:18:48,962 atau lari. 159 00:18:52,382 --> 00:18:54,426 Pilihan mudah untuk sugar glider. 160 00:19:09,191 --> 00:19:14,154 Kembali ke Pergunungan Alpen Australia, anak kanggaru sudah besar. 161 00:19:21,703 --> 00:19:25,165 Usia sembilan bulan dan menuju dewasa. 162 00:19:30,795 --> 00:19:33,215 Hampir-hampir. 163 00:19:38,803 --> 00:19:41,306 Anak kanggaru ini akan masuk keluar kantung 164 00:19:41,389 --> 00:19:42,974 selama beberapa bulan. 165 00:19:48,980 --> 00:19:51,358 Si anak mengikut jejak langkah ayahnya, 166 00:19:51,441 --> 00:19:54,444 mempertingkatkan imej garangnya. 167 00:20:01,868 --> 00:20:03,703 Serta bertinju dengan ibunya. 168 00:20:09,084 --> 00:20:10,835 Mujurlah si ibu sabar. 169 00:20:13,755 --> 00:20:16,925 Ibunya layan saja hingga anaknya berusia setahun setengah. 170 00:20:18,051 --> 00:20:20,136 Kemudian si anak akan berdikari, 171 00:20:21,304 --> 00:20:23,223 berlawan untuk jadi nombor satu. 172 00:20:28,853 --> 00:20:32,148 Sebab hanya bos kawanan dibenarkan mengawan. 173 00:20:34,234 --> 00:20:36,611 Buat masa ini, si ayah nombor satu. 174 00:20:46,371 --> 00:20:48,123 Pesaing jantan sudah kembali. 175 00:20:49,624 --> 00:20:53,878 Sekarang masanya. Masa untuk beraksi. 176 00:21:11,229 --> 00:21:12,605 Perlawanan ganas. 177 00:21:14,149 --> 00:21:15,859 Kadangkala ia membawa maut. 178 00:21:36,796 --> 00:21:38,048 Pesaing dikalahkan, 179 00:21:39,507 --> 00:21:41,217 si ayah menuntut ganjarannya. 180 00:21:45,430 --> 00:21:47,849 Sesi memikat kanggaru. 181 00:21:50,643 --> 00:21:51,895 Belaiannya… 182 00:21:54,606 --> 00:21:55,899 dan sengukannya… 183 00:21:57,484 --> 00:21:59,069 diterima. 184 00:22:00,945 --> 00:22:03,573 Nampaknya, anak kanggaru ini akan dapat adik. 185 00:22:05,283 --> 00:22:09,579 Namun, apabila adiknya tiba, ia tak dapat gunakan kantung ibunya lagi. 186 00:22:18,922 --> 00:22:23,343 Mulai saat itu, anak kanggaru ini perlu bergantung pada kelajuannya sendiri. 187 00:22:31,935 --> 00:22:35,563 Cabaran untuk hidup di pedalaman gurun Australia yang luas 188 00:22:36,314 --> 00:22:38,942 telah membentuk marsupial terpantas. 189 00:22:41,027 --> 00:22:42,404 Kanggaru merah. 190 00:22:54,082 --> 00:22:56,876 Dinamakan sempena warna bulu kanggaru jantan, 191 00:22:58,586 --> 00:23:03,007 kanggaru merah juga marsupial terbesar di dunia. 192 00:23:07,470 --> 00:23:11,224 Sumber makanan di sini jarang didapati, 193 00:23:12,142 --> 00:23:14,102 dan air lebih sukar didapati. 194 00:23:15,854 --> 00:23:19,774 Jadi, kanggaru merah perlu terus bergerak untuk terus hidup. 195 00:23:26,197 --> 00:23:29,159 Kanggaru merah habiskan hidup mengejar hujan. 196 00:23:45,300 --> 00:23:49,095 Kanggaru merah boleh pergi sejauh lapan meter sekali lompat. 197 00:23:56,394 --> 00:24:00,899 Tendon kaki belakangnya bagaikan spring gergasi, 198 00:24:02,233 --> 00:24:05,778 menggunakan semula 70 peratus tenaga dalam setiap lompatan. 199 00:24:11,409 --> 00:24:16,206 Lantunan berirama ini juga mengepam lebih oksigen ke paru-paru… 200 00:24:20,084 --> 00:24:23,338 membenarkannya bergerak dengan kelajuan 48 km/j. 201 00:24:46,444 --> 00:24:48,738 Pantas dan efisien, 202 00:24:48,821 --> 00:24:52,492 kanggaru merah berhijrah jarak jauh. 203 00:24:55,703 --> 00:24:58,540 Apabila sampai di tempat yang subur… 204 00:25:01,167 --> 00:25:04,254 kanggaru merah dapatkan air yang diperlukan 205 00:25:04,337 --> 00:25:06,005 daripada tumbuhan yang dimakan… 206 00:25:10,510 --> 00:25:13,721 dan boleh bertahan tanpa air selama berminggu-minggu. 207 00:25:16,432 --> 00:25:18,810 Dengan kepakaran yang luar biasa, 208 00:25:18,893 --> 00:25:22,522 kanggaru merah hidup biak di wilayah Australia yang gersang. 209 00:25:24,065 --> 00:25:27,569 Namun, kebanyakan marsupial terikat dengan air kekal. 210 00:25:37,787 --> 00:25:41,416 Agile wallaby saudara kanggaru merah lebih kecil. 211 00:25:46,087 --> 00:25:50,341 Walabi ini meragut rumput sekitar tasik ladam dan caruk Australia Utara, 212 00:25:52,927 --> 00:25:56,222 dan perlu kerap pergi ke air untuk minum. 213 00:26:07,483 --> 00:26:12,447 Buaya air masin menyerang mangsa yang dahaga. 214 00:26:25,668 --> 00:26:30,923 Musuh purba yang menghantui sungai ini sejak zaman dinosaur. 215 00:27:09,420 --> 00:27:12,799 Kewaspadaan kolektif dan reaksi pantas… 216 00:27:14,884 --> 00:27:18,763 kerap kali buat walabi berjaya lepaskan diri. 217 00:27:25,520 --> 00:27:29,190 Ia ada berjuta tahun untuk menyesuaikan diri dengan bahaya ini. 218 00:27:30,400 --> 00:27:33,820 Namun kini, marsupial menghadapi ancaman baru, 219 00:27:34,362 --> 00:27:36,781 dan hadapi kesukaran untuk mengatasinya. 220 00:27:43,162 --> 00:27:48,751 200 tahun lalu, manusia memperkenalkan pemangsa baru ke Australia. 221 00:27:51,504 --> 00:27:56,175 Kucing liar membunuh hampir 1.5 bilion haiwan asli setahun. 222 00:28:00,430 --> 00:28:06,394 Kucing liar juga memainkan peranan penting dalam kepupusan 22 spesies marsupial. 223 00:28:17,071 --> 00:28:20,950 Greater bilby juga hadapi bahaya kepupusan yang sama. 224 00:28:26,164 --> 00:28:28,958 Makhluk pemalu ini bergantung pada deria tajam 225 00:28:29,041 --> 00:28:31,002 untuk cari arah pada waktu malam. 226 00:28:32,628 --> 00:28:34,338 Hidungnya yang memanjang 227 00:28:34,422 --> 00:28:38,217 membolehkannya menghidu benih dan buah dalam gelap. 228 00:28:43,431 --> 00:28:46,225 Telinganya besar bantu kesan bahaya. 229 00:28:53,608 --> 00:28:57,111 Namun, bilby tak cukup tangkas untuk lari daripada kucing. 230 00:29:02,033 --> 00:29:05,870 Greater bilby sudah hampir 80 peratus pupus. 231 00:29:07,538 --> 00:29:11,751 Beberapa kawasan hutan kini dilindungi oleh pagar hindar kucing. 232 00:29:16,422 --> 00:29:19,842 Di sini, jumlah bilby semakin meningkat. 233 00:29:25,556 --> 00:29:30,686 Namun, ancaman terbesar yang menghadapi marsupial lebih sukar dikawal. 234 00:29:32,688 --> 00:29:34,190 Beberapa tahun kebelakangan ini, 235 00:29:34,273 --> 00:29:39,737 kebakaran semula jadi Australia semakin teruk berbanding sebelum ini. 236 00:29:48,246 --> 00:29:50,665 Perubahan iklim bermakna kebakaran sekali-sekala 237 00:29:50,748 --> 00:29:53,292 kini jadi ribut kebakaran yang kerap. 238 00:30:11,686 --> 00:30:13,145 Hampir setiap tahun, 239 00:30:13,229 --> 00:30:16,816 beribu-ribu koala dan marsupial lain mati. 240 00:30:28,536 --> 00:30:29,745 Selepas bencana, 241 00:30:31,247 --> 00:30:33,916 terasa seperti tiada apa-apa terselamat. 242 00:30:46,721 --> 00:30:50,141 Namun begitu, pokok kayu putih dilindungi kulit kayu tebal. 243 00:30:51,726 --> 00:30:55,563 Selepas hanya beberapa minggu selepas kebakaran, ia tumbuh semula. 244 00:31:01,277 --> 00:31:04,447 Tak lama lagi, di seluruh Australia, 245 00:31:05,489 --> 00:31:07,742 yang terselamat melawan balik. 246 00:31:20,713 --> 00:31:23,132 Dengan datangnya musim mengawan koala, 247 00:31:23,215 --> 00:31:26,427 haiwan mengantuk ini jadi segar bugar. 248 00:31:34,060 --> 00:31:37,146 Pekikan koala jantan boleh didengari berbatu jauhnya… 249 00:31:50,409 --> 00:31:52,328 memberitahu lokasinya, 250 00:31:54,705 --> 00:31:56,540 mempamerkan saiznya. 251 00:32:00,252 --> 00:32:02,380 Ini jemputan kepada yang betina. 252 00:32:08,135 --> 00:32:09,512 Ada sambutan. 253 00:32:11,764 --> 00:32:13,724 Namun, bukan yang si jantan mahu. 254 00:32:19,230 --> 00:32:21,857 Perbalahan antara yang jantan jarang berlaku… 255 00:32:26,529 --> 00:32:29,240 tapi ia boleh berubah jadi buruk dengan pantas. 256 00:32:54,807 --> 00:32:56,517 Pesaing dihalau. 257 00:33:00,146 --> 00:33:02,440 Masa untuk mencari pasangan semula. 258 00:33:13,367 --> 00:33:16,954 Akhirnya, lagu cintanya didengari. 259 00:33:29,967 --> 00:33:32,470 Si betina tak mahu terburu-buru. 260 00:33:37,516 --> 00:33:40,770 Namun, apabila koala hamil, 261 00:33:41,353 --> 00:33:43,022 koala tak ambil masa lama. 262 00:33:43,773 --> 00:33:46,609 Koala lahirkan anak dalam masa 35 hari saja. 263 00:33:48,861 --> 00:33:50,821 Asalkan si jantan berjaya menggodanya. 264 00:33:58,746 --> 00:34:01,874 Pembiakan pantas seperti ini membantu marsupial 265 00:34:01,957 --> 00:34:06,462 mengeksploitasi setiap sudut benua, tak kira betapa ekstrem. 266 00:34:09,215 --> 00:34:12,885 HUTAN HUJAN WOOROONOORAN QUEENSLAND UTARA 267 00:34:14,345 --> 00:34:17,932 Ini antara pokok tertinggi di Australia. 268 00:34:19,433 --> 00:34:24,146 Anda mungkin tertanya-tanya apa anak kanggaru lakukan di atas pokok. 269 00:34:30,528 --> 00:34:33,155 Inilah kanggaru pokok. 270 00:34:35,616 --> 00:34:39,161 Nenek moyangnya berevolusi dari dataran, 271 00:34:40,830 --> 00:34:46,168 tapi enam juta tahun dahulu, seekor kanggaru berani panjat pokok. 272 00:34:47,086 --> 00:34:50,965 Perlahan-lahan tapi tak begitu yakin, 273 00:34:51,048 --> 00:34:54,260 keturunannya menjadikan kanopi sebagai tempat tinggal. 274 00:35:01,892 --> 00:35:04,228 Anggota hadapannya jadi lebih kuat, 275 00:35:04,937 --> 00:35:06,605 cakar lebih melengkung 276 00:35:07,106 --> 00:35:10,526 dan anggota belakang lebih pendek daripada kanggaru biasa. 277 00:35:17,199 --> 00:35:20,411 Akan tetapi, evolusi proses yang perlahan. 278 00:35:21,078 --> 00:35:26,333 Berbanding dengan penghuni pokok lain, kanggaru bukan yang paling gemalai. 279 00:35:29,920 --> 00:35:31,922 Itu yang dewasa. 280 00:35:37,011 --> 00:35:42,057 Selepas tujuh bulan di dalam kantung, masa untuk anak kanggaru berdikari. 281 00:35:50,316 --> 00:35:51,942 Tiada pengalaman, 282 00:35:52,610 --> 00:35:53,777 tak mahir, 283 00:35:54,278 --> 00:35:56,113 dan pada ketinggian tujuh tingkat. 284 00:36:12,463 --> 00:36:14,298 Si ibu hanya boleh memerhati. 285 00:37:00,386 --> 00:37:04,265 Namun, anak kanggaru ini bernasib baik. 286 00:37:08,811 --> 00:37:11,563 Selagi tuahnya masih ada, 287 00:37:12,147 --> 00:37:15,901 si anak akan berada dalam jagaan ibunya selama setahun lagi. 288 00:37:24,576 --> 00:37:26,412 Satu hari nanti, masa akan tiba 289 00:37:26,495 --> 00:37:30,291 apabila semua marsupial perlu tinggalkan perlindungan kantung. 290 00:37:44,513 --> 00:37:50,060 Usianya kini 15 bulan dan ia sudah mengambil langkah besar. 291 00:37:52,354 --> 00:37:55,733 Anak kanggaru ini habiskan masa bertinju dengan rakan sebaya. 292 00:38:07,119 --> 00:38:09,830 Kantung ibunya sudah diambil alih 293 00:38:11,582 --> 00:38:12,750 oleh adiknya. 294 00:38:16,337 --> 00:38:20,758 Usia adiknya baru enam bulan dan belum lagi mencecah tanah. 295 00:38:30,934 --> 00:38:34,563 Tetapi, bukan kanggaru saja di lembah itu yang ada anak kecil. 296 00:38:41,987 --> 00:38:46,075 Kawanan dingo ini tinggalkan si kecil untuk pergi memburu. 297 00:38:55,709 --> 00:39:01,715 Penduduk awal memperkenalkan dingo ke Australia sekitar 3,500 tahun lalu. 298 00:39:08,305 --> 00:39:12,893 Sejak itu, dingo menjadi musuh ketat kanggaru. 299 00:39:23,278 --> 00:39:25,447 Anak-anak kecil cari perlindungan. 300 00:39:27,991 --> 00:39:30,285 Tapi anak kanggaru itu tiada tempat untuk dituju. 301 00:39:39,336 --> 00:39:42,923 Jika ia tak dapat ikut kawanan, habislah. 302 00:40:15,456 --> 00:40:17,624 Kawanan dingo mengejar kanggaru, 303 00:40:19,418 --> 00:40:21,420 mencari yang lari perlahan. 304 00:40:44,860 --> 00:40:48,530 Si ibu yang membawa beban berat ketinggalan. 305 00:41:02,211 --> 00:41:03,921 Pemburu menghampirinya. 306 00:41:37,663 --> 00:41:41,250 Tak sampai separuh anak kanggaru berjaya sampai usia dewasa. 307 00:41:47,339 --> 00:41:50,926 Walau bagaimanapun, di bahagian lembah yang lain, 308 00:41:51,009 --> 00:41:54,805 anak kanggaru, ibu dan adiknya selamat. 309 00:41:58,809 --> 00:42:03,939 Dengan semangat perintis, kemampuan menyesuaikan diri luar biasa 310 00:42:04,523 --> 00:42:08,860 dan tentunya, tanpa persaingan sengit, 311 00:42:09,778 --> 00:42:12,906 marsupial Australia berjaya hadapi cabaran 312 00:42:12,990 --> 00:42:15,242 di tanah yang tiada belas kasihan. 313 00:42:18,870 --> 00:42:22,374 Namun, koleksi haiwan eksentrik yang hebat ini 314 00:42:22,457 --> 00:42:26,628 hadapi kesukaran menyesuaikan diri dengan ancaman pemangsa baru 315 00:42:28,547 --> 00:42:31,091 dan huru-hara perubahan iklim. 316 00:42:40,183 --> 00:42:43,562 Akan tetapi, ada yang berjuang demi masa depannya. 317 00:42:46,523 --> 00:42:48,025 Di seluruh Australia, 318 00:42:48,108 --> 00:42:51,570 orang membaktikan hidup mereka untuk menyelamatkan… 319 00:42:53,822 --> 00:42:55,282 melepaskan… 320 00:43:00,579 --> 00:43:03,957 dan melindungi marsupial yang paling memerlukan. 321 00:43:17,804 --> 00:43:21,683 Sesetengah spesies nampaknya mempunyai daya tahan tinggi. 322 00:43:22,601 --> 00:43:26,688 Kanggaru kelabu timur masih hidup biak dengan jumlah berjuta. 323 00:43:28,523 --> 00:43:30,901 Atas jasa kekuatan kawanan, 324 00:43:30,984 --> 00:43:33,362 ibu yang amat berdedikasi, 325 00:43:34,321 --> 00:43:36,323 dan kantung hebatnya, 326 00:43:37,032 --> 00:43:39,868 permulaan hidup anak kanggaru memberangsangkan. 327 00:43:41,662 --> 00:43:43,330 Kini masa untuk jadi dewasa. 328 00:43:46,792 --> 00:43:48,001 Mungkin, 329 00:43:49,294 --> 00:43:50,712 satu hari nanti, 330 00:43:51,713 --> 00:43:54,174 jadi raja kanggaru. 331 00:44:42,180 --> 00:44:45,142 Terjemahan sari kata oleh Norzaiha Norhan