1 00:00:06,132 --> 00:00:11,804 SEBUAH SIRI DOKUMENTARI NETFLIX 2 00:00:21,439 --> 00:00:24,233 Semua sifat anjing yang kita sayangi 3 00:00:26,069 --> 00:00:28,654 diwarisi daripada nenek moyang liarnya. 4 00:00:33,826 --> 00:00:35,369 Deria yang tajam… 5 00:00:37,121 --> 00:00:38,414 ketangkasan… 6 00:00:40,583 --> 00:00:42,251 dan keazaman tinggi… 7 00:00:44,003 --> 00:00:46,589 telah membantu kanin hadapi cabaran dunia. 8 00:00:53,262 --> 00:00:57,600 Namun, rahsia sebenar kejayaannya lebih mengejutkan. 9 00:00:58,684 --> 00:01:00,937 Ia kisah sisi intim anjing. 10 00:01:03,147 --> 00:01:05,024 Ia ciri setiap anjing, 11 00:01:05,108 --> 00:01:07,193 daripada anjing jinak hingga serigala liar, 12 00:01:07,276 --> 00:01:09,153 sebahagian daripada keluarga. 13 00:01:13,074 --> 00:01:18,788 ANJING 14 00:01:27,922 --> 00:01:31,551 Setiap kisah anjing bermula dalam keadaan tersorok dalam jerumun. 15 00:01:45,439 --> 00:01:49,777 Ia tempat perlindungan untuk 15 anak anjing liar Afrika. 16 00:01:54,407 --> 00:01:55,658 Usianya lima minggu. 17 00:01:56,576 --> 00:01:58,786 Ia memerlukan makanan. 18 00:02:01,414 --> 00:02:03,541 Penjaganya juga lapar. 19 00:02:08,504 --> 00:02:10,047 Seperti anjing bela jinak, 20 00:02:10,131 --> 00:02:12,675 ia bergantung kepada yang lain untuk makanan. 21 00:02:13,885 --> 00:02:18,431 Tak seperti haiwan peliharaan kita, ia tak tahu bila makan malam akan tiba. 22 00:02:30,776 --> 00:02:36,073 Ibu, ayah dan ahli keluarga lain memburu sejak subuh. 23 00:02:43,748 --> 00:02:44,749 Seiringan. 24 00:02:46,292 --> 00:02:47,710 Berfikir sebagai satu. 25 00:02:52,590 --> 00:02:55,218 Pakar dalam mengejar mangsa besar, 26 00:02:55,801 --> 00:02:58,137 ia boleh capai kelajuan 64 km/j. 27 00:03:07,355 --> 00:03:09,232 Namun, bukan di kawasan banjir. 28 00:03:21,452 --> 00:03:24,705 Anjing liar perlu dorong mangsa ke tanah yang padat. 29 00:03:34,048 --> 00:03:38,094 Akan tetapi, lechwe tahu air lebih dalam boleh jadi penyelamat. 30 00:04:13,337 --> 00:04:16,424 Gagal. Situasi begitu sukar untuk diatasi. 31 00:04:21,012 --> 00:04:23,556 Sekarang, cuaca terlalu panas untuk memburu. 32 00:04:27,893 --> 00:04:32,023 Pulang dengan tangan kosong bermaksud seluruh keluarga akan menderita. 33 00:04:52,084 --> 00:04:54,587 Si kecil merayu mahukan daging. 34 00:05:02,762 --> 00:05:05,264 Namun si ibu cuma ada susu untuk anaknya. 35 00:05:13,647 --> 00:05:16,859 Jika tak makan, anak-anaknya akan mati. 36 00:05:20,071 --> 00:05:22,406 Hari-hari seterusnya kritikal. 37 00:05:24,158 --> 00:05:27,912 Untuk berjaya, kawanan ini perlukan kualiti yang dikongsi 38 00:05:27,995 --> 00:05:30,414 bersama ahli keluarga anjing lain. 39 00:05:34,877 --> 00:05:36,545 Keluarga serigala. 40 00:05:38,964 --> 00:05:41,175 Rubah, anjing liar 41 00:05:41,759 --> 00:05:42,593 dan jakal. 42 00:05:46,055 --> 00:05:48,182 Tiga puluh lima spesies. 43 00:05:49,683 --> 00:05:52,061 Setiap satunya pemburu. 44 00:05:54,563 --> 00:05:59,193 Sama ada serigala 60 kilogram mahupun serigala bersaiz Chihuahua. 45 00:06:00,194 --> 00:06:05,408 Keluarga anjing hidup di serata dunia, dari Sahara hingga ke Artik. 46 00:06:09,829 --> 00:06:13,791 Semua miliki deria bau, penglihatan dan pendengaran yang luar biasa. 47 00:06:16,794 --> 00:06:18,921 Anjing juga tangkas. 48 00:06:20,047 --> 00:06:22,383 Namun, anjing bukan karnivor terpantas. 49 00:06:24,760 --> 00:06:26,303 Bukan juga yang terbesar. 50 00:06:33,686 --> 00:06:36,188 Semua anjing beraksi melebihi kemampuannya. 51 00:06:36,689 --> 00:06:39,233 Kebolehan daripada masa silamnya. 52 00:06:44,155 --> 00:06:46,490 Lebih 40 juta tahun lalu, 53 00:06:47,116 --> 00:06:51,036 anjing pertama muncul di barat daya Amerika. 54 00:06:51,120 --> 00:06:52,288 ARIZONA AMERIKA SYARIKAT 55 00:06:53,247 --> 00:06:55,708 Ia masih jadi tempat tinggal anjing berciri primitif. 56 00:06:58,377 --> 00:07:01,422 Rubah kelabu mungkin nampak seperti rubah, 57 00:07:02,631 --> 00:07:06,469 tapi ia berkait rapat dengan nenek moyang primitif kanin. 58 00:07:10,639 --> 00:07:13,434 Inilah cara semua anjing bermula. 59 00:07:15,060 --> 00:07:15,895 Kecil. 60 00:07:18,439 --> 00:07:19,273 Takut. 61 00:07:21,692 --> 00:07:26,197 Anjing lebih moden, koyote, akan membunuhnya jika boleh. 62 00:07:37,291 --> 00:07:39,752 Akan tetapi, rubah kelabu ada helah. 63 00:07:44,006 --> 00:07:46,091 Rubah kelabu boleh panjat pokok. 64 00:07:48,260 --> 00:07:50,471 Kebanyakan anjing tak boleh memanjat. 65 00:07:54,141 --> 00:07:56,977 Cakar yang panjang. Anggota badan yang pendek. 66 00:07:58,145 --> 00:07:59,063 Lincah. 67 00:08:01,482 --> 00:08:03,776 Lebih kucing daripada anjing. 68 00:08:14,370 --> 00:08:18,374 Leluhur awal kekal hidup dengan tak cari masalah. 69 00:08:20,209 --> 00:08:23,337 Akhirnya, ia turun dari pokok 70 00:08:23,420 --> 00:08:26,423 dan jadi pemburu berani yang kita kenali hari ini. 71 00:08:31,220 --> 00:08:34,848 Lama-kelamaan, kaki pendek dan kuat jadi panjang… 72 00:08:36,725 --> 00:08:39,520 dan anjing jadi berjaga-jaga dan bersedia. 73 00:08:50,364 --> 00:08:54,451 Kaki depan dengan otot yang kuat dan ligamen khas 74 00:08:54,535 --> 00:08:57,079 buat anjing berjalan dengan penuh bertenaga. 75 00:09:09,967 --> 00:09:11,760 Ia pergerakan yang amat cekap, 76 00:09:12,886 --> 00:09:16,599 ia mengubah anjing jadi pelari dengan daya tahan bertahap dunia. 77 00:09:19,685 --> 00:09:24,189 ALBERTA UTARA KANADA 78 00:09:34,450 --> 00:09:38,621 Di bahagian Utara yang amat sejuk, sukar untuk mencari makanan. 79 00:09:42,249 --> 00:09:43,751 Sepasang serigala kelabu, 80 00:09:43,834 --> 00:09:46,462 setiap seekor dua kali ganda berat anjing German shepherd, 81 00:09:46,545 --> 00:09:48,088 mengetuai keluarga. 82 00:09:56,347 --> 00:09:59,183 Kawanan ini berjalan sejauh 96 kilometer sehari. 83 00:10:10,110 --> 00:10:12,363 Menjejak mangsa satu hal. 84 00:10:14,907 --> 00:10:16,617 Membunuhnya satu hal lagi. 85 00:10:20,954 --> 00:10:23,457 Berat seekor bison dewasa sekitar satu tan. 86 00:10:25,626 --> 00:10:28,003 Bison miliki tanduk dan kuku berbahaya. 87 00:10:39,390 --> 00:10:41,809 Jika bison kekalkan posisi, 88 00:10:42,434 --> 00:10:44,436 kawanan itu bagaikan kubu. 89 00:10:54,863 --> 00:10:57,282 Keluarga serigala mengepung. 90 00:11:04,623 --> 00:11:07,292 Mencari petunjuk ketakutan atau kelemahan. 91 00:11:12,423 --> 00:11:13,674 Serigala bertahan… 92 00:11:15,092 --> 00:11:16,009 berhari-hari. 93 00:11:18,470 --> 00:11:19,930 Tak perlu buat banyak. 94 00:11:21,265 --> 00:11:23,100 Pastikan bison dikepung. 95 00:11:25,269 --> 00:11:27,521 Bison fikir ia akan diburu. 96 00:11:38,907 --> 00:11:41,869 Akhirnya, gangguan serigala terkesan jua. 97 00:11:56,467 --> 00:11:59,261 Kini, serigala harus pastikan bison lari. 98 00:12:25,704 --> 00:12:27,664 Si ayah mengetuai kejar-mengejar. 99 00:12:34,963 --> 00:12:36,381 Ia mengejar tanpa henti. 100 00:12:38,675 --> 00:12:40,844 Walaupun risiko pada diri besar. 101 00:12:47,684 --> 00:12:50,729 Setelah memilih mangsa, si ayah tak putus asa. 102 00:13:15,128 --> 00:13:19,383 Dengan setiap gigitan, si ayah buat bison muda itu jadi lemah. 103 00:13:35,065 --> 00:13:37,651 Anjing tidak dilengkapi dengan cara bunuh pantas. 104 00:13:43,448 --> 00:13:45,242 Namun, ia menyerang tak henti-henti. 105 00:14:14,271 --> 00:14:16,607 Ketahanan membantunya tumbangkan mangsa 106 00:14:16,690 --> 00:14:19,401 yang lima kali lebih berat daripada dirinya. 107 00:14:25,324 --> 00:14:27,993 Ia mengubah seluruh nasib keluarga. 108 00:14:38,378 --> 00:14:40,714 Tak semua anjing memburu dalam kawanan. 109 00:14:43,216 --> 00:14:45,385 Ada seekor yang suka menyendiri. 110 00:14:48,889 --> 00:14:51,475 Sekali pandang, rupanya seperti rubah. 111 00:14:52,601 --> 00:14:53,602 Akan tetapi, 112 00:14:54,478 --> 00:14:55,938 yang ini berkaki bajang. 113 00:14:57,981 --> 00:15:01,234 Serigala bersurai anjing tertinggi di dunia. 114 00:15:14,998 --> 00:15:16,333 Untuk mencari makanan, 115 00:15:16,416 --> 00:15:18,835 serigala bersurai perlukan ketinggian, bukan kelajuan. 116 00:15:19,920 --> 00:15:22,255 Ketinggiannya hampir satu meter. 117 00:15:22,339 --> 00:15:25,133 Mudah untuk melihat melangkaui rumput tinggi. 118 00:15:29,346 --> 00:15:32,975 Tak banyak haiwan besar tinggal di dataran gersang ini. 119 00:15:33,850 --> 00:15:35,519 Tanpa mangsa untuk dikejar, 120 00:15:36,061 --> 00:15:37,479 ia bekerja sendirian. 121 00:15:41,525 --> 00:15:45,028 Serigala bersurai ini bergantung pada hidung dan telinganya. 122 00:15:45,654 --> 00:15:49,783 Deria baunya 50 kali ganda lebih sensitif daripada manusia. 123 00:15:50,909 --> 00:15:54,454 Pendengarannya boleh kesan frekuensi ultra tinggi. 124 00:16:39,374 --> 00:16:43,253 Memburu mangsa kecil tak beri banyak masa untuk berehat. 125 00:17:03,732 --> 00:17:06,485 Namun, rodensia tak cukup untuk mengenyangkannya. 126 00:17:08,195 --> 00:17:10,280 Di bawah pokok Lubera yang berbuah, 127 00:17:10,947 --> 00:17:14,576 ia dedahkan sesuatu yang tak dijangka tentang keluarga anjing. 128 00:17:18,872 --> 00:17:21,792 Kadangkala, karnivor pun jadi pemayur. 129 00:17:24,669 --> 00:17:28,673 Anjing miliki gigi lebih kecil tapi lebih serba guna daripada kucing. 130 00:17:28,757 --> 00:17:31,635 Jadi kebanyakannya boleh makan hampir apa saja. 131 00:17:36,014 --> 00:17:37,516 Diet flextarian 132 00:17:37,599 --> 00:17:41,186 bermaksud anjing boleh bertahan apabila mangsa biasa sukar ditemui. 133 00:17:45,690 --> 00:17:47,943 Serta hidup biak di mana-mana sahaja. 134 00:17:54,449 --> 00:17:58,036 Hutan konkrit pun boleh jadi tempat tinggal. 135 00:18:02,249 --> 00:18:03,500 Di banyak bandar, 136 00:18:03,583 --> 00:18:06,920 rubah merah berkeliaran di jalanan pada waktu malam. 137 00:18:10,674 --> 00:18:14,052 Kehadirannya bergantung pada kualiti asas kanin. 138 00:18:16,721 --> 00:18:19,224 Semuanya berkaitan dengan apa yang berlaku 139 00:18:19,808 --> 00:18:20,809 di bawah tanah. 140 00:18:25,939 --> 00:18:28,066 Rubah betina baru melahirkan anak. 141 00:18:33,488 --> 00:18:36,491 Setiap anjing liar mulakan hidup dalam jerumun, 142 00:18:36,575 --> 00:18:38,618 yang disediakan oleh si ibu. 143 00:18:46,585 --> 00:18:47,711 Ia selamat di sini, 144 00:18:47,794 --> 00:18:51,381 jadi si anak boleh dilahirkan kecil dan tak berdaya. 145 00:18:52,632 --> 00:18:54,217 Jumlahnya boleh banyak. 146 00:19:00,015 --> 00:19:03,476 Menghasilkan susu untuk tujuh anak buat si ibu lemah, 147 00:19:03,560 --> 00:19:06,271 tapi si kecil perlu diberi makan secara berterusan. 148 00:19:06,354 --> 00:19:09,649 Si ibu tak mampu tinggalkan anaknya untuk cari makanan. 149 00:19:11,610 --> 00:19:16,448 Di belakang setiap rubah betina hebat ada rubah jantan yang hebat. 150 00:19:22,746 --> 00:19:27,209 Rubah jantan meneroka bandar dan ambil makanan yang diperlukan. 151 00:19:33,256 --> 00:19:34,549 Ini jarang berlaku. 152 00:19:36,801 --> 00:19:41,306 Tak banyak ibu mamalia boleh harapkan si ayah untuk kekal bersamanya. 153 00:19:42,432 --> 00:19:47,312 Namun, setiap keluarga anjing liar miliki ayah setia yang menyaranya. 154 00:19:47,812 --> 00:19:52,275 Kesetiaan ini permulaan ikatan antara anjing dan manusia. 155 00:19:54,945 --> 00:19:58,114 Ia juga bermaksud lebih banyak anak rubah akan hidup. 156 00:20:12,629 --> 00:20:16,466 Kejayaan keluarga anjing bukan tentang kekuatan fizikal. 157 00:20:18,343 --> 00:20:20,845 Ia berjaya atas perkongsian sepanjang hayat 158 00:20:20,929 --> 00:20:22,764 antara si ibu dan si ayah. 159 00:20:39,531 --> 00:20:43,493 Had kebaktian anjing liar Afrika sedang diuji. 160 00:20:48,039 --> 00:20:52,043 Dengan 15 anak anjing dan lebih 20 adik-beradik lebih tua, 161 00:20:53,003 --> 00:20:56,089 penting bagi keluarga ini memburu dengan jaya segera. 162 00:21:06,558 --> 00:21:08,476 Si ayah kesan sesuatu. 163 00:21:13,481 --> 00:21:15,108 Namun, ia bukan mangsa. 164 00:21:22,282 --> 00:21:23,616 Ia pemangsa lain. 165 00:21:28,997 --> 00:21:31,166 Singa akan bunuh anjing liar. 166 00:21:42,844 --> 00:21:45,263 Anak anjing berada dalam bahaya. 167 00:22:04,324 --> 00:22:06,034 Sia-sia melawan. 168 00:22:13,750 --> 00:22:16,669 Lebih baik umpan singa betina jauh dari jerumun. 169 00:22:36,689 --> 00:22:37,524 Ia berjaya. 170 00:22:40,193 --> 00:22:43,780 Namun kini, ia sudah tahu tempat persembunyian dan boleh kembali. 171 00:22:59,546 --> 00:23:01,673 Anjing-anjing liar ini perlu ambil risiko. 172 00:23:04,717 --> 00:23:08,054 Alihkan anak anjing, pada waktu siang. 173 00:23:14,561 --> 00:23:16,604 Ada jerumun lain, 174 00:23:16,688 --> 00:23:19,899 tapi yang paling hampir lebih kurang 800 meter jauhnya. 175 00:23:25,196 --> 00:23:27,240 Terlalu jauh untuk kaki lemah. 176 00:23:34,330 --> 00:23:37,417 Masa untuk adik-beradik lain membantu. 177 00:24:05,195 --> 00:24:07,530 Lebih selamat, tapi masih lapar. 178 00:24:09,240 --> 00:24:12,619 Peluang untuk kekal hidup semakin tipis. 179 00:24:24,172 --> 00:24:26,925 Anjing memang lemah. 180 00:24:34,390 --> 00:24:37,185 Jika berat kita kurang daripada dachshund kecil, 181 00:24:37,685 --> 00:24:39,437 kita akan sentiasa tertindas. 182 00:24:44,442 --> 00:24:50,156 Si ayah rubah bertelinga kelawar ini ditugaskan menjaga lima anaknya, 183 00:24:50,240 --> 00:24:52,659 sementara cinta hatinya, ibu si kecil ini 184 00:24:52,742 --> 00:24:53,743 pergi memburu. 185 00:24:56,412 --> 00:24:58,206 Apa yang boleh berlaku? 186 00:25:01,793 --> 00:25:04,045 Penjagaan bermula seperti biasa. 187 00:25:05,880 --> 00:25:07,423 Si ayah bersihkan anaknya… 188 00:25:11,427 --> 00:25:13,263 dan pantau pembelajaran. 189 00:25:28,111 --> 00:25:30,029 Si kecil ingin meneroka. 190 00:25:30,530 --> 00:25:32,907 Belajar cara gunakan telinga kelawarnya. 191 00:25:36,578 --> 00:25:40,498 Ia boleh dengar bunyi 20 desibel lebih perlahan daripada manusia. 192 00:25:45,128 --> 00:25:48,047 Termasuk bunyi pergerakan anai-anai dan kumbang. 193 00:26:01,436 --> 00:26:06,274 Rubah bertelinga kelawar boleh hidup hanya dengan memakan serangga. 194 00:26:08,359 --> 00:26:10,445 Si ibu perlu beribu serangga sehari 195 00:26:10,528 --> 00:26:12,864 untuk hasilkan susu yang cukup untuk anaknya. 196 00:26:17,160 --> 00:26:19,537 Sebab itulah si ibu tiada berjam-jam… 197 00:26:24,125 --> 00:26:26,169 dan si ayah kekal di sarang, 198 00:26:27,253 --> 00:26:29,005 menjaga keperluan si anak. 199 00:26:33,009 --> 00:26:34,886 Melindunginya dengan nyawanya. 200 00:26:37,930 --> 00:26:42,393 Namun begitu, ribut tak bermusim mungkin jadikan situasi yang berbahaya. 201 00:26:51,319 --> 00:26:56,157 Hujan lebat masalah untuk sesiapa sahaja yang tinggal di bawah tanah. 202 00:27:06,250 --> 00:27:08,711 Si ayah dan anak-anaknya tak terjejas. 203 00:27:13,049 --> 00:27:15,677 Tetapi jirannya terpaksa tinggalkan jerumun. 204 00:27:21,724 --> 00:27:23,267 Semasa larikan diri, 205 00:27:23,351 --> 00:27:25,603 ada yang tertinggal. 206 00:27:37,365 --> 00:27:40,159 Si anak yang tertinggal takkan bertahan lama. 207 00:27:44,455 --> 00:27:47,041 Si kecil ini perlukan bantuan keluarga. 208 00:27:56,342 --> 00:27:58,845 Si ayah dan lima anaknya paling dekat. 209 00:28:02,265 --> 00:28:04,934 Si kecil ini hanya boleh merayu minta bantuan. 210 00:28:13,568 --> 00:28:14,569 Ia berisiko. 211 00:28:16,362 --> 00:28:18,573 Anjing selalu bunuh penceroboh. 212 00:28:38,092 --> 00:28:40,303 Anak-anak rubah mula menerimanya. 213 00:28:57,862 --> 00:29:01,407 Apabila si ayah duduk di sebelah, ia petanda baik. 214 00:29:16,088 --> 00:29:17,298 Si ibu kembali. 215 00:29:19,258 --> 00:29:21,886 Tiba-tiba ada seekor lagi untuk diberi makan. 216 00:29:24,096 --> 00:29:25,765 Si ibu buat selamba saja. 217 00:29:32,939 --> 00:29:35,358 Anak rubah ini mungkin ada pertalian. 218 00:29:37,276 --> 00:29:41,072 Walaupun begitu, anak rubah angkat seperti ini jarang dilihat. 219 00:29:44,867 --> 00:29:48,371 Ayah yang ambil berat dan keluarga yang fleksibel 220 00:29:49,580 --> 00:29:52,124 bantu lalui masa sukar. 221 00:29:59,340 --> 00:30:02,134 Anjing haiwan yang sangat sosial. 222 00:30:05,429 --> 00:30:09,392 Kunci kehidupan keluarga adalah komunikasi yang canggih. 223 00:30:20,736 --> 00:30:23,823 Lolongan serigala sepatutnya menakut-nakuti. 224 00:30:31,539 --> 00:30:34,208 Serigala beritahu jiran sejauh 16 km 225 00:30:34,917 --> 00:30:37,712 tentang saiz dan kekuatan kawanannya. 226 00:30:48,556 --> 00:30:50,850 Ia bagaikan bendera akustik. 227 00:30:52,977 --> 00:30:55,438 Amaran untuk jangan dekati kawasannya. 228 00:31:05,531 --> 00:31:08,326 Dalam kawanan, serigala lebih ekspresif. 229 00:31:11,829 --> 00:31:12,663 Menjeling. 230 00:31:14,999 --> 00:31:15,833 Meromok. 231 00:31:17,710 --> 00:31:19,045 Bulu tengkuk meremang. 232 00:31:20,504 --> 00:31:22,006 Ketinggian ekor. 233 00:31:24,842 --> 00:31:28,930 Sebenarnya, setiap gerakan serigala sebahagian daripada bahasa rumit. 234 00:31:30,681 --> 00:31:33,351 Anjing bela jinak kita juga faham. 235 00:31:40,191 --> 00:31:43,235 Namun, ini keluarga kanin paling tegas. 236 00:31:47,365 --> 00:31:49,742 Terutamanya waktu makan malam. 237 00:31:59,126 --> 00:32:01,712 Serigala tua selalu makan dulu. 238 00:32:15,309 --> 00:32:17,311 Jika yang muda tak ikut peraturan… 239 00:32:22,024 --> 00:32:24,485 anjing paling berkuasa akan memarahinya. 240 00:32:40,459 --> 00:32:42,878 Menyungkur saja cara untuk meredakannya. 241 00:32:47,508 --> 00:32:51,429 Tatatingkat kuasa tegas ini dianggap membuka jalan 242 00:32:51,512 --> 00:32:53,472 untuk bekerjasama dengan manusia. 243 00:32:55,975 --> 00:32:58,686 Serigala berpangkat rendah selalu berlapar. 244 00:32:59,812 --> 00:33:03,065 Pada masa makanan kurang, ia dihalau daripada kawanan. 245 00:33:05,317 --> 00:33:07,528 Kira-kira 40,000 tahun lalu, 246 00:33:07,611 --> 00:33:10,906 serigala muda yang kelaparan mendekati sekumpulan manusia 247 00:33:10,990 --> 00:33:14,577 dan guna mata comelnya untuk meminta makanan. 248 00:33:19,040 --> 00:33:22,251 Serigala cari jalan sertai keluarga manusia awal. 249 00:33:23,711 --> 00:33:25,087 Serta tawan hati kita. 250 00:33:27,548 --> 00:33:32,928 Hakikat setiap anjing bela jinak, daripada toy poodle hingga Great Dane, 251 00:33:33,012 --> 00:33:35,765 adalah keturunan serigala kelabu memang mengagumkan. 252 00:33:37,892 --> 00:33:42,563 Namun hubungan kita dengan sisi liar keluarga anjing rumit. 253 00:33:43,856 --> 00:33:47,193 Kisah dongeng mengajar kita serigala besar dan jahat, 254 00:33:48,069 --> 00:33:49,862 atau licik dan penuh muslihat, 255 00:33:51,072 --> 00:33:55,284 walaupun ia berkongsi kesetiaan dan kepintaran kawan baik kita. 256 00:34:03,626 --> 00:34:08,547 Di seluruh dunia, anjing, terutamanya serigala, dianiaya, 257 00:34:08,631 --> 00:34:11,467 dihalau dari tempat tinggalnya yang luas. 258 00:34:17,681 --> 00:34:19,391 Namun, daya tahannya tinggi. 259 00:34:21,352 --> 00:34:23,729 Jika diberi peluang dan ruang, 260 00:34:24,313 --> 00:34:25,773 anjing bingkas bangkit. 261 00:34:29,777 --> 00:34:32,696 Ada yang jumpa kejayaan yang tak dapat ditandingi 262 00:34:32,780 --> 00:34:33,906 dalam dunia moden kita. 263 00:34:33,989 --> 00:34:37,660 ANJING PEMANDU SAHAJA DIBENARKAN DALAM TAMAN 264 00:34:37,743 --> 00:34:40,246 Disebabkan usaha mak dan ayah, 265 00:34:40,329 --> 00:34:43,290 anak rubah merah bersedia hadapi dunia. 266 00:34:47,169 --> 00:34:51,423 Rubah merah berusia lima bulan ini sedang belajar cara berdikari. 267 00:34:57,638 --> 00:34:59,890 Saudara boleh jadi kawan seumur hidup. 268 00:35:01,809 --> 00:35:02,893 Rakan memburu. 269 00:35:12,361 --> 00:35:13,487 ANJING PEMANDU SAHAJA 270 00:35:32,923 --> 00:35:34,884 Sambil meninjau jalanan, 271 00:35:34,967 --> 00:35:38,262 ia akan berjaya jika perhati dan belajar daripada si ibu. 272 00:35:41,140 --> 00:35:43,851 Si ibu temui sumber makanan tetap. 273 00:35:48,272 --> 00:35:50,733 Memberi haiwan liar makan boleh timbulkan masalah. 274 00:35:52,860 --> 00:35:57,948 Namun, ia mungkin permulaan hubungan baru antara kita dan anjing liar. 275 00:36:00,117 --> 00:36:03,245 Sama seperti serigala beribu tahun lalu. 276 00:36:11,212 --> 00:36:13,422 Buat masa ini, anak rubah belajar 277 00:36:13,505 --> 00:36:16,800 melalui makanan yang diberi atau dibuang, 278 00:36:16,884 --> 00:36:19,845 manusia jadi faktor penting kepada kemandiriannya. 279 00:36:24,141 --> 00:36:26,227 Mudah sesuaikan diri dan pandai ambil peluang, 280 00:36:26,310 --> 00:36:29,688 rubah merah menjelajah ke 83 negara. 281 00:36:30,481 --> 00:36:31,440 Lima benua. 282 00:36:33,776 --> 00:36:38,781 Rubah merah ambil alih tempat serigala sebagai karnivor paling meluas di Bumi. 283 00:36:45,329 --> 00:36:47,414 Tapi tak semua bernasib baik. 284 00:36:48,457 --> 00:36:51,877 Kehilangan habitat, memburu dan penyakit 285 00:36:51,961 --> 00:36:56,674 bermakna kurang daripada 7,000 anjing liar Afrika dewasa hidup. 286 00:36:58,050 --> 00:37:01,303 Masa depan keluarga ini berada dalam bahaya. 287 00:37:03,555 --> 00:37:05,599 Ia perlu cari makanan. 288 00:37:07,393 --> 00:37:08,560 Di savana berpokok, 289 00:37:08,644 --> 00:37:10,938 ada banyak tempat mangsa boleh bersembunyi. 290 00:37:14,066 --> 00:37:16,193 Kawanan ini perlu tukar strategi. 291 00:37:17,403 --> 00:37:19,280 Guna kelebihan pasukan. 292 00:37:48,934 --> 00:37:51,270 Ia berpecah, dua atau tiga ekor sekali, 293 00:37:52,479 --> 00:37:54,481 untuk cuba memaksa impala keluar. 294 00:38:40,152 --> 00:38:41,487 Si ayah dapat sasaran. 295 00:38:54,375 --> 00:38:57,211 Namun, si ayah perlukan yang lain untuk selesaikan kerja. 296 00:39:06,303 --> 00:39:08,347 Akhirnya, kejayaan. 297 00:39:19,733 --> 00:39:21,151 Anjing liar gigit impala 298 00:39:21,235 --> 00:39:23,737 supaya dapat ketulan besar dan menelannya. 299 00:39:28,992 --> 00:39:30,494 Ia perlu bergerak pantas. 300 00:39:31,412 --> 00:39:34,373 Apabila pemangsa lain dapat tahu ada mangsa buruan, 301 00:39:36,542 --> 00:39:39,044 anjing liar perlu tinggalkan habuan itu. 302 00:39:43,966 --> 00:39:46,176 Sekali lagi, kawanan ini balik rumah. 303 00:39:48,554 --> 00:39:51,765 Kali ini ia tak pulang dengan tangan kosong. 304 00:39:55,060 --> 00:39:58,856 Ada yang bawa daging seberat sepertiga berat badannya 305 00:39:58,939 --> 00:40:00,691 di dalam perutnya. 306 00:40:15,831 --> 00:40:18,792 Tahap keseronokan ini hanya bermaksud satu perkara. 307 00:40:43,692 --> 00:40:46,403 Di sini tiada tatatingkat seperti serigala. 308 00:40:48,322 --> 00:40:51,283 Anak anjing liar dan penjaga dapat sama rata. 309 00:41:03,253 --> 00:41:05,297 Hari ini hari yang menggembirakan. 310 00:41:07,633 --> 00:41:10,761 Masa depan anak-anak anjing liar ini lebih pasti. 311 00:41:13,972 --> 00:41:15,682 Bagi anjing liar Afrika, 312 00:41:15,766 --> 00:41:19,728 kelangsungan hidup bergantung kepada pasukan yang berani dan kental. 313 00:41:23,398 --> 00:41:26,235 Sama ada pemburu kawanan atau penyendiri, 314 00:41:26,318 --> 00:41:30,614 semuanya bergantung pada kekuatan kesetiaan si ibu dan si ayah. 315 00:41:36,411 --> 00:41:38,830 Sebab itulah anjing sangat berjaya. 316 00:41:39,706 --> 00:41:43,460 Dan sebab itulah ia ada tempat istimewa dalam hati kita. 317 00:42:38,140 --> 00:42:41,059 Terjemahan sari kata oleh Norzaiha Norhan