1 00:00:06,132 --> 00:00:11,012 SEBUAH SIRI DOKUMENTARI NETFLIX 2 00:00:23,483 --> 00:00:27,653 Tiada apa yang menangkap imaginasi kita seperti kucing besar. 3 00:00:35,495 --> 00:00:36,537 Mengagumkan, 4 00:00:37,288 --> 00:00:38,206 berkuasa, 5 00:00:39,082 --> 00:00:40,208 berbahaya. 6 00:00:44,295 --> 00:00:47,590 Semakin kita hampiri haiwan yang sukar didekati ini, 7 00:00:47,673 --> 00:00:50,468 kita menemukan sisi lain dalam hidup haiwan ini. 8 00:00:52,178 --> 00:00:53,513 Lebih penyayang, 9 00:00:54,972 --> 00:00:56,307 bekerjasama… 10 00:00:57,934 --> 00:00:59,602 dan tahan lasak… 11 00:01:02,438 --> 00:01:04,273 daripada yang kita bayangkan. 12 00:01:11,155 --> 00:01:15,576 Banyak tak diketahui tentang kucing besar daripada yang disangka. 13 00:01:18,579 --> 00:01:20,706 KUCING BESAR 14 00:01:36,222 --> 00:01:39,684 Tiga bulan lalu, singa betina ini tinggalkan kawanannya 15 00:01:40,643 --> 00:01:42,603 untuk melahirkan anak sendirian. 16 00:01:52,613 --> 00:01:56,534 Anak singa mudah diserang singa-singa lain. 17 00:01:58,661 --> 00:02:02,623 Kini anak-anaknya sudah lebih besar, jadi dia bersedia untuk pulang. 18 00:02:10,506 --> 00:02:12,508 Memberi makan anak-anak yang semakin membesar 19 00:02:12,592 --> 00:02:14,552 tak mudah bagi ibu tunggal. 20 00:02:15,636 --> 00:02:17,597 Si ibu perlu memburu lebih kerap. 21 00:02:18,472 --> 00:02:22,852 Itu maksudnya meninggalkan anak-anaknya dan keluar sendirian. 22 00:02:25,980 --> 00:02:29,609 Di savana terbuka, mudah nampak mangsa… 23 00:02:32,612 --> 00:02:34,030 dan sebaliknya. 24 00:02:41,454 --> 00:02:43,247 Singa betina itu perlu sabar. 25 00:02:47,585 --> 00:02:50,338 Kucing besar lebih berbahaya pada waktu malam. 26 00:02:57,845 --> 00:03:02,225 Dengan penglihatan malam luar biasa, enam kali lebih baik daripada manusia… 27 00:03:07,521 --> 00:03:10,191 singa ada kelebihan menyasar mangsa. 28 00:03:19,075 --> 00:03:22,995 Beroperasi sendirian, singa itu perlu pergi sedekat mungkin, 29 00:03:23,079 --> 00:03:24,413 sebelum menyerang. 30 00:04:08,916 --> 00:04:11,502 Singa betina yang memburu pada waktu malam 31 00:04:11,585 --> 00:04:14,630 sama berkesan dengan memburu dalam kawanan. 32 00:04:22,346 --> 00:04:25,266 Masalahnya adalah menghalangnya daripada dirampas. 33 00:04:30,146 --> 00:04:33,232 Singa haiwan pemangsa paling besar di dataran ini. 34 00:04:34,692 --> 00:04:37,194 Tiada masalah jika seekor dua dubuk datang. 35 00:04:42,033 --> 00:04:45,202 Lain cerita jika sekumpulan dubuk datang. 36 00:04:55,129 --> 00:04:57,631 Risikonya bukan setakat kehilangan makanan. 37 00:04:59,592 --> 00:05:01,218 Nyawanya juga dalam bahaya. 38 00:05:29,872 --> 00:05:33,042 Akan tetapi singa betina ini tak sendirian. 39 00:05:37,671 --> 00:05:39,715 Keluarganya menemuinya. 40 00:05:43,302 --> 00:05:44,845 Dengan mereka di sisinya, 41 00:05:45,721 --> 00:05:47,723 singa betina ini kebal. 42 00:06:17,837 --> 00:06:20,881 Persaingan sengit di savana memaksa singa 43 00:06:20,965 --> 00:06:23,134 buat sesuatu yang luar biasa. 44 00:06:26,762 --> 00:06:29,765 Singa saja kucing besar yang tinggal dalam kawanan. 45 00:06:33,936 --> 00:06:35,980 Singa betina yang banyak memburu. 46 00:06:40,443 --> 00:06:43,821 Peranan utama singa jantan adalah mempertahankan keluarga. 47 00:06:52,204 --> 00:06:56,000 Selagi kawanan kekal kuat, anak-anak singa akan selamat. 48 00:07:01,297 --> 00:07:05,634 Namun begitu, keamanan tak kekal lama dalam dunia kucing besar. 49 00:07:12,850 --> 00:07:18,147 Sejak awal evolusi haiwan ini, pembunuhan adalah cara hidup. 50 00:07:23,194 --> 00:07:27,323 Lebih sepuluh juta tahun lalu, jauh di pedalaman hutan Asia, 51 00:07:28,365 --> 00:07:31,785 pemangsa baru mula muncul. 52 00:07:52,348 --> 00:07:55,851 Hari ini, harimau akar menunjukkan sepintas lalu 53 00:07:55,935 --> 00:07:58,938 cara felin awal ini mungkin telah hidup. 54 00:08:14,495 --> 00:08:16,622 Ia kucing besar yang paling kecil… 55 00:08:24,880 --> 00:08:26,382 tapi yang paling tangkas. 56 00:08:36,058 --> 00:08:37,935 Kaki pendek berotot, 57 00:08:39,645 --> 00:08:41,313 cakar yang sangat tajam… 58 00:08:43,732 --> 00:08:45,943 sendi pergelangan kaki yang boleh berputar… 59 00:08:51,240 --> 00:08:55,202 dan ekor pengimbang menjadikannya pemanjat yang handal. 60 00:08:57,496 --> 00:08:59,707 Monyet pun tak selamat. 61 00:09:15,931 --> 00:09:19,184 Jika dibandingkan saiznya, harimau akar memiliki 62 00:09:19,268 --> 00:09:22,062 gigi taring terpanjang berbanding kucing lain. 63 00:09:24,064 --> 00:09:25,899 Sabertooth moden. 64 00:09:31,530 --> 00:09:34,867 Semakin masa berlalu, kucing besar turun dari pokok… 65 00:09:37,202 --> 00:09:40,164 jadi lebih besar dan lebih berkuasa. 66 00:09:43,125 --> 00:09:46,211 Kucing besar berevolusi dan menakluki dunia baru. 67 00:09:46,295 --> 00:09:49,757 Setiap kucing guna samaran untuk memberinya kelebihan. 68 00:10:00,392 --> 00:10:04,313 Malah yang paling besar pun boleh bersatu dengan latar belakangnya. 69 00:10:07,858 --> 00:10:11,445 Belang harimau boleh berubah jadi pepohon berlingkar. 70 00:10:15,240 --> 00:10:16,408 Bulu tanpa corak 71 00:10:16,492 --> 00:10:19,161 bantu puma yang menghendap tak dapat dilihat, 72 00:10:20,954 --> 00:10:23,374 walaupun tiada tempat untuk bersembunyi. 73 00:10:28,170 --> 00:10:33,050 Bintik pada harimau bintang seakan-akan telau bayang di hutan jarang… 74 00:10:35,344 --> 00:10:39,098 supaya ia boleh menyerang hendap pada jarak dekat. 75 00:10:47,064 --> 00:10:49,942 Penyamaran bukan saja bantu dalam menyerang, 76 00:10:51,151 --> 00:10:53,404 ia juga bantu dalam pertahanan. 77 00:10:57,533 --> 00:11:01,620 Seekor ibu citah bersembunyi bersama anak-anak kecilnya. 78 00:11:07,751 --> 00:11:13,173 Anak-anaknya berusia sepuluh hari. Inilah masa kucing besar paling lemah. 79 00:11:16,719 --> 00:11:21,348 Matanya belum pun terbuka, dan bergantung sepenuhnya pada si ibu. 80 00:11:28,063 --> 00:11:30,607 Kebanyakan kucing besar membesar perlahan-lahan 81 00:11:30,691 --> 00:11:32,401 pada kadar yang sama. 82 00:11:35,863 --> 00:11:39,241 Selepas sembilan minggu baru ia mula makan daging, 83 00:11:41,368 --> 00:11:43,746 enam bulan baru putus susu… 84 00:11:47,666 --> 00:11:49,334 dan pada usia dua tahun, 85 00:11:49,418 --> 00:11:52,463 barulah si kecil bersedia untuk berdikari. 86 00:12:02,389 --> 00:12:05,100 Ia perjalanan yang jauh dan berbahaya, 87 00:12:05,184 --> 00:12:08,312 daripada si kecil tak berdaya kepada pemburu maut. 88 00:12:12,900 --> 00:12:15,944 Terutamanya untuk kucing yang terbesar. 89 00:12:27,539 --> 00:12:31,251 Anak harimau berusia lima bulan ini masih kecil. 90 00:12:35,380 --> 00:12:39,593 Namun begitu, ia sudah pun tahu cara memburu di hutan tempat tinggalnya. 91 00:12:54,691 --> 00:12:57,444 Anak harimau ini harus belajar pilih sasaran… 92 00:13:03,200 --> 00:13:04,743 rancang cara mendekati… 93 00:13:08,038 --> 00:13:10,541 dan lakukan serangan terakhirnya. 94 00:13:18,298 --> 00:13:21,218 Kali ini mangsanya ialah saudaranya. 95 00:13:26,765 --> 00:13:29,309 Hendap, terkam dan lawan satu sama lain 96 00:13:29,393 --> 00:13:32,187 cara selamat untuk tajamkan kemahiran. 97 00:13:38,986 --> 00:13:43,156 Lagipun, memang seronok terkam adik-beradik sendiri. 98 00:13:56,295 --> 00:14:00,299 Bermain perkara asas dalam perkembangan semua kucing besar. 99 00:14:09,016 --> 00:14:13,186 Namun begitu, ada yang perlu dipelajari dengan cara yang memeritkan. 100 00:14:22,821 --> 00:14:24,865 Anak harimau bintang berusia enam bulan ini 101 00:14:24,948 --> 00:14:27,200 menghabiskan banyak masa melepak. 102 00:14:28,660 --> 00:14:29,578 Bersama ibunya. 103 00:14:37,753 --> 00:14:39,463 Waktu ibunya keluar berburu… 104 00:14:43,091 --> 00:14:45,636 si anak lebih selamat jika kekal di tempatnya. 105 00:14:48,889 --> 00:14:51,099 Tapi, tak seronoklah begitu. 106 00:14:54,269 --> 00:14:56,480 Masa untuk merasai aksi. 107 00:15:07,157 --> 00:15:09,368 Itu bukan cara turun yang meyakinkan. 108 00:15:19,544 --> 00:15:21,046 Baik turun elok-elok. 109 00:15:34,393 --> 00:15:37,354 Kucing yang matang perlu uji had kemampuannya… 110 00:15:39,272 --> 00:15:41,525 tapi janganlah sasar terlalu tinggi. 111 00:15:44,820 --> 00:15:46,363 Kerbau Cape. 112 00:15:49,116 --> 00:15:52,160 Ia antara haiwan paling berbahaya di Afrika 113 00:15:53,286 --> 00:15:56,289 dengan reputasi membunuh anak kucing besar. 114 00:16:08,677 --> 00:16:10,137 Kesilapan asas. 115 00:16:13,724 --> 00:16:17,019 Ini bukan masa untuk menajamkan kemahiran memburu. 116 00:16:18,729 --> 00:16:20,856 Ini masa untuk belajar bersembunyi. 117 00:16:30,198 --> 00:16:32,576 Serta masa untuk lari selamatkan diri. 118 00:16:42,335 --> 00:16:44,463 Hampir saja nyawa melayang… 119 00:16:48,133 --> 00:16:50,510 tapi masih banyak yang perlu dipelajari. 120 00:16:54,765 --> 00:16:56,224 Apabila si ibu kembali, 121 00:16:57,434 --> 00:17:00,395 masa untuk kelas paling sukar. 122 00:17:05,025 --> 00:17:07,694 Seekor babi kutil, masih hidup. 123 00:17:09,863 --> 00:17:11,323 Prospek yang mengerikan, 124 00:17:12,657 --> 00:17:15,577 tapi peluang untuk berlatih cengkaman tengkuk, 125 00:17:15,660 --> 00:17:17,579 gigitan maut kucing besar. 126 00:17:31,718 --> 00:17:33,261 Apabila si kecil bergelut, 127 00:17:34,304 --> 00:17:35,722 si profesional mencelah. 128 00:17:40,602 --> 00:17:43,230 Kucing besar belajar dengan meniru ibunya. 129 00:17:48,401 --> 00:17:50,112 Apabila ia mula membawa diri, 130 00:17:50,195 --> 00:17:54,032 harimau bintang muda ini perlukan kemahiran dan pengalaman. 131 00:17:55,367 --> 00:17:59,496 Sebab itu anak harimau bintang ambil masa lama bawah bimbingan ibunya. 132 00:18:17,305 --> 00:18:21,685 Di Okavango, singa betina sudah kembali bersama kawanannya. 133 00:18:25,981 --> 00:18:28,316 Dengan singa yang bersaing di sekeliling, 134 00:18:29,234 --> 00:18:32,154 anak singa selamat bawah perlindungan si ayah. 135 00:18:36,533 --> 00:18:37,617 Setakat ini, 136 00:18:37,701 --> 00:18:39,911 anak singa hanya makan dengan si ibu. 137 00:18:40,620 --> 00:18:43,748 Hari ini, anak-anak singa bersantap dengan raja. 138 00:18:46,084 --> 00:18:48,170 Raja kelihatan lebih besar dari jarak dekat. 139 00:18:57,971 --> 00:19:01,766 Singa jantan makan sepuasnya sebelum benarkan singa betina makan. 140 00:19:07,147 --> 00:19:09,524 Singa jantan lebih bertolak ansur dengan si kecil. 141 00:19:14,321 --> 00:19:15,697 Sehingga ke satu tahap. 142 00:19:32,005 --> 00:19:34,424 Singa betina yang membesarkan anak-anak. 143 00:19:38,470 --> 00:19:41,306 Dengan si ayah makan sebahagian besar hasil buruan, 144 00:19:41,389 --> 00:19:43,808 singa betina perlu keluar berburu lagi. 145 00:19:55,737 --> 00:19:58,031 Jumlah kawanan boleh mencecah 40 ekor. 146 00:19:59,532 --> 00:20:02,702 Mengekalkan hubungan tak mudah. 147 00:20:08,124 --> 00:20:13,088 Kehidupan sosial yang rumit jadikan singa yang terbijak antara semua kucing besar. 148 00:20:24,057 --> 00:20:28,645 Kuasa otak tambahan itu juga menghasilkan satu pasukan yang cekap. 149 00:20:41,908 --> 00:20:45,870 Waktu memburu, setiap singa betina tahu peranannya. 150 00:20:51,001 --> 00:20:53,962 Singa betina paling berat cari tempat menunggu. 151 00:21:01,553 --> 00:21:05,098 Singa betina lebih tangkas mengepung kelompok mangsa. 152 00:21:13,732 --> 00:21:15,358 Perangkap sudah sedia. 153 00:21:35,295 --> 00:21:38,256 Pengejar meluru dengan kelajuan 50 km sejam 154 00:21:38,340 --> 00:21:40,967 menggerakkan mangsa ke arah serang hendap. 155 00:21:50,393 --> 00:21:51,686 Jika seekor terlepas… 156 00:21:56,191 --> 00:21:57,901 seekor lagi menunggu. 157 00:22:40,610 --> 00:22:44,155 Waktu siang, apabila kawanan memburu sebagai satu pasukan, 158 00:22:44,239 --> 00:22:46,449 peluang kejayaan digandakan. 159 00:22:48,993 --> 00:22:51,162 Semua dapat bahagian masing-masing. 160 00:22:52,872 --> 00:22:55,458 Ini persaudaraan yang sama rata. 161 00:22:57,585 --> 00:22:59,587 Walaupun ada yang marah… 162 00:23:03,508 --> 00:23:05,385 ia selalunya terkawal. 163 00:23:10,098 --> 00:23:11,975 Kawanan lebih kuat bersama. 164 00:23:20,775 --> 00:23:23,319 Namun, sekali lagi si ayah menerjah. 165 00:23:26,406 --> 00:23:27,824 Ia nampak tak adil, 166 00:23:27,907 --> 00:23:31,578 tapi penting bagi singa jantan dalam kawanan kekal cergas. 167 00:23:38,585 --> 00:23:41,838 Ancaman pencerobohan semakin hampir. 168 00:23:44,716 --> 00:23:45,967 Ada singa jantan lain 169 00:23:46,050 --> 00:23:48,428 cari peluang ambil alih kawanan. 170 00:23:50,847 --> 00:23:52,557 Serta bunuh anak-anak singa. 171 00:23:57,854 --> 00:24:02,442 Si ayah perlukan kekuatan untuk melindungi keluarganya. 172 00:24:12,911 --> 00:24:16,831 Mempertahankan kawasan amat penting bagi kejayaan kucing besar. 173 00:24:22,879 --> 00:24:27,425 Tanah bencah terbesar di dunia mungkin tak nampak ideal untuk kucing. 174 00:24:33,973 --> 00:24:38,311 Namun begitu, ia tempat tinggal jaguar terbanyak di dunia. 175 00:24:50,198 --> 00:24:52,242 Kuat dan berotot, 176 00:24:52,784 --> 00:24:55,703 jaguar bagaikan pit bull dalam dunia kucing besar. 177 00:24:59,165 --> 00:25:00,542 Jika buat perbandingan, 178 00:25:00,625 --> 00:25:03,628 jaguar miliki rahang paling kuat. 179 00:25:16,349 --> 00:25:17,976 Ini kawasannya. 180 00:25:27,860 --> 00:25:31,614 Jaguar jantan kerap sembur air kencing untuk tanda kawasannya. 181 00:25:40,832 --> 00:25:44,586 Jaguar meronda di daratan dan di air. 182 00:25:51,843 --> 00:25:53,469 Tak seperti kebanyakan kucing, 183 00:25:54,095 --> 00:25:56,389 jaguar perenang kuat. 184 00:26:12,905 --> 00:26:15,867 Jaguar jantan bukan sekadar kawal kawasannya. 185 00:26:17,368 --> 00:26:20,121 Ada jaguar betina dalam kawasannya. 186 00:26:26,169 --> 00:26:28,880 Jaguar betina ini sudah bersedia untuk mengawan 187 00:26:28,963 --> 00:26:30,757 dan kesan bau jaguar jantan. 188 00:26:45,938 --> 00:26:48,441 Kedua-duanya akan mengawan berkali-kali… 189 00:26:51,778 --> 00:26:55,448 dan kemungkinan besar si jantan itulah ayah kepada anak-anaknya. 190 00:27:01,329 --> 00:27:03,164 Jaguar jantan itu perlu pasti, 191 00:27:03,247 --> 00:27:07,627 sebab pesaing selalu menunggu peluang untuk masuk. 192 00:27:16,719 --> 00:27:19,597 Ada jiran masuk kawasan. 193 00:27:24,811 --> 00:27:27,021 Jaguar cuba mengelak pergaduhan. 194 00:27:28,356 --> 00:27:31,067 Risiko kecederaan terlalu besar. 195 00:27:35,446 --> 00:27:37,990 Akan tetapi jika hak mengawan hadapi risiko, 196 00:27:38,074 --> 00:27:40,702 jaguar jantan tiada pilihan lain. 197 00:28:17,780 --> 00:28:19,782 Penceroboh sudah dihalau. 198 00:28:21,534 --> 00:28:22,368 Buat masa ini. 199 00:28:27,707 --> 00:28:32,545 Pencarian kawasan telah memaksa kucing besar teroka kawasan ekstrem. 200 00:28:39,385 --> 00:28:43,347 Harimau Amur merayau-rayau di hutan beku Siberia. 201 00:28:45,808 --> 00:28:49,979 Bulunya yang panjang dan tebal melindungi daripada suhu membeku. 202 00:28:53,399 --> 00:28:57,445 Harimau bintang India terhendap-hendap di lorong-lorong Mumbai… 203 00:29:00,364 --> 00:29:03,618 memburu anjing liar dan haiwan domestik lain 204 00:29:03,701 --> 00:29:05,411 dalam kesamaran malam. 205 00:29:09,290 --> 00:29:14,170 Seekor kucing besar memanjat gunung tertinggi di dunia. 206 00:29:19,258 --> 00:29:23,262 BANJARAN HIMALAYA INDIA 207 00:29:27,141 --> 00:29:29,018 Ketinggian 4,000 meter. 208 00:29:30,978 --> 00:29:31,896 Suhu sejuk. 209 00:29:33,481 --> 00:29:34,607 Udara nipis. 210 00:29:35,650 --> 00:29:38,361 Bentuk muka bumi berbahaya. 211 00:29:42,448 --> 00:29:43,866 Tapi entah bagaimana, 212 00:29:43,950 --> 00:29:47,411 harimau bintang salji betina ini berjaya cari jalan. 213 00:29:55,461 --> 00:29:59,507 Anggota depan yang pendek, anggota belakang yang panjang 214 00:30:00,258 --> 00:30:03,094 dan ekor yang amat panjang 215 00:30:03,177 --> 00:30:06,597 beri keseimbangan dan kelincahan di permukaan berceranggah. 216 00:30:13,813 --> 00:30:17,733 Harimau bintang salji ini boleh lompat sejauh sepuluh meter sekali lompat. 217 00:30:46,262 --> 00:30:50,141 Kaki lebar yang lebat dengan bulu seakan-akan kasut salji, 218 00:30:50,892 --> 00:30:54,228 menghalangnya daripada terbenam dalam salji tebal. 219 00:31:05,114 --> 00:31:06,949 Tak banyak untuk dimakan, 220 00:31:07,033 --> 00:31:11,454 jadi si harimau harus meneroka sejauh 775 km persegi. 221 00:31:18,002 --> 00:31:22,924 Harimau bintang salji selalu pergi jauh, jadi ia jarang berjumpa. 222 00:31:25,885 --> 00:31:28,554 Sebaliknya, ia berkomunikasi melalui bau. 223 00:31:55,623 --> 00:31:58,459 Walaupun hadapi cabaran hidup yang melampau 224 00:32:00,419 --> 00:32:04,882 harimau betina hebat ini berjaya membesarkan tiga ekor anak harimau. 225 00:32:11,263 --> 00:32:14,392 Si anak bergantung kepada ibunya hampir dua tahun. 226 00:32:17,061 --> 00:32:20,356 Sekarang masanya mereka mula memburu. 227 00:32:24,360 --> 00:32:25,695 Itu tak mudah di sini. 228 00:32:43,087 --> 00:32:44,797 Namun, kambing gurun muda ini 229 00:32:44,880 --> 00:32:47,299 mungkin peluang baik untuk salah seekor anak harimau. 230 00:33:15,870 --> 00:33:18,622 Memburu pada altitud ini berisiko tinggi. 231 00:33:22,835 --> 00:33:25,421 Kambing gurun itu buat ia lebih bahaya. 232 00:33:29,842 --> 00:33:31,010 Si ibu memerhati. 233 00:33:32,720 --> 00:33:34,555 Anaknya perlu buat sendiri. 234 00:33:57,119 --> 00:33:58,245 Begitu dekat… 235 00:34:00,247 --> 00:34:02,083 tapi jauh. 236 00:34:07,379 --> 00:34:09,256 Ia mungkin nampak gagal, 237 00:34:09,340 --> 00:34:12,676 tapi pemangsa handal pun perlu tahu hadnya. 238 00:34:16,138 --> 00:34:19,266 Di tempat tinggi ini, ia boleh menyelamatkan nyawanya. 239 00:34:35,449 --> 00:34:38,494 Ketiga-tiga anak harimau ini bakal berdikari. 240 00:34:39,245 --> 00:34:41,914 bergantung pada kemahiran yang dipelajari. 241 00:34:44,291 --> 00:34:48,003 Akan tetapi, ada satu cabaran yang di luar kawalan kucing besar. 242 00:34:51,423 --> 00:34:55,678 Iklim yang semakin panas memaksa haiwan yang biasa dengan sejuk 243 00:34:55,761 --> 00:34:58,055 semakin jauh ke atas gunung. 244 00:35:00,391 --> 00:35:04,186 Semakin tinggi, semakin kurang ruang. 245 00:35:09,984 --> 00:35:12,111 Hutan belantara kian hilang, 246 00:35:12,736 --> 00:35:16,574 dan itu memaksa kucing besar berkonflik dengan manusia. 247 00:35:20,578 --> 00:35:24,790 Kucing besar dilihat sebagai ancaman kepada ternakan dan manusia… 248 00:35:29,044 --> 00:35:31,839 diburu sebagai trofi dan anggota badan. 249 00:35:36,760 --> 00:35:40,181 Kucing besar dianiaya di seluruh dunia… 250 00:35:48,355 --> 00:35:51,066 dan didorong ke arah kepupusan. 251 00:35:57,448 --> 00:35:58,949 Namun, masih ada harapan. 252 00:36:06,165 --> 00:36:10,252 Apabila kita benarkan haiwan megah ini sedikit ruang di dunia kita, 253 00:36:11,086 --> 00:36:13,172 hasilnya boleh jadi luar biasa. 254 00:36:17,426 --> 00:36:20,262 Lima puluh tahun lalu, di lembah-lembah ini, 255 00:36:20,346 --> 00:36:23,098 manusia hapuskan sebahagian besar hidupan liar. 256 00:36:29,313 --> 00:36:32,566 Tetapi sejak pemburuan dan pertanian diharamkan di sini, 257 00:36:32,650 --> 00:36:35,319 jumlah guanaco kembali pulih. 258 00:36:42,034 --> 00:36:43,577 Apabila mangsa kembali… 259 00:36:46,622 --> 00:36:48,290 pemangsa ikut sekali. 260 00:37:04,056 --> 00:37:07,643 Puma juga dikenali sebagai singa gunung. 261 00:37:11,981 --> 00:37:14,358 Dulu jumlahnya tak banyak di dataran, 262 00:37:14,441 --> 00:37:16,944 dan sebab itu ia dianggap suka menyendiri. 263 00:37:20,739 --> 00:37:25,744 Namun kini, ada lebih banyak puma di sini daripada tempat lain di Amerika. 264 00:37:28,038 --> 00:37:31,792 Puma ini mula berkelakuan dengan cara yang tak pernah dilihat. 265 00:37:43,053 --> 00:37:46,640 Puma berkumpul dan saling bertolak-ansur, 266 00:37:48,142 --> 00:37:50,853 termasuklah yang bukan sebahagian daripada keluarga. 267 00:37:54,106 --> 00:37:57,276 Lebih mengejutkan, puma berkongsi makanan. 268 00:38:00,821 --> 00:38:03,449 Semakin wilayah ini menjadi lebih liar, 269 00:38:03,532 --> 00:38:06,827 mungkin puma sudah kembali ke fitrahnya. 270 00:38:08,912 --> 00:38:13,792 Imej kucing besar sebagai pembunuh tunggal dicabar. 271 00:38:15,961 --> 00:38:20,758 Nampaknya, kucing besar pandai bekerjasama daripada yang kita sangkakan. 272 00:38:39,610 --> 00:38:43,030 Citah kucing besar terpantas. 273 00:38:45,407 --> 00:38:47,826 Kelebihannya kepantasan dan bukan kuasa. 274 00:38:47,910 --> 00:38:50,454 Oleh sebab itu, citah paling lemah. 275 00:38:55,626 --> 00:38:57,294 Dengan bekerjasama… 276 00:38:59,213 --> 00:39:01,548 citah jadi pasukan yang kuat. 277 00:39:12,893 --> 00:39:14,478 Sekumpulan adik-beradik. 278 00:39:15,604 --> 00:39:18,232 Citah tak selaraskan buruan seperti singa. 279 00:39:20,150 --> 00:39:22,236 Citah bermain dengan nombor. 280 00:39:29,493 --> 00:39:31,245 Setiap citah pilih sasaran. 281 00:39:38,752 --> 00:39:40,087 Kemudian menyerang. 282 00:39:48,345 --> 00:39:50,180 Buruan bermula. 283 00:40:22,921 --> 00:40:26,717 Jika seekor gagal, yang lain beralih kepada peluang lain. 284 00:41:02,836 --> 00:41:03,962 Lambat-laun, 285 00:41:04,546 --> 00:41:05,881 serangan akan mengena. 286 00:41:11,428 --> 00:41:14,806 Walaupun sukar bagi seekor citah membunuh seekor gnu… 287 00:41:24,483 --> 00:41:27,694 gabungan kuasa citah cukup untuk menundukkannya. 288 00:42:08,151 --> 00:42:12,573 Kerjasama bantu kucing besar jadi pemburu lebih berjaya. 289 00:42:16,577 --> 00:42:19,705 Namun bagi singa, kekuatan dalam jumlah kawanan, 290 00:42:19,788 --> 00:42:22,833 lebih penting dari segi pertahanan. 291 00:42:36,138 --> 00:42:38,682 Anak-anak singa Okavango ini bermain riang, 292 00:42:40,058 --> 00:42:42,477 tanpa menyedari hidupnya bakal berubah. 293 00:42:49,484 --> 00:42:53,405 Bunyi yang menimbulkan ketakutan kepada setiap keluarga singa. 294 00:43:01,747 --> 00:43:04,374 Singa jantan yang berkeliaran semakin hampir, 295 00:43:05,917 --> 00:43:08,795 nekad untuk mengambil alih kawanan. 296 00:43:20,682 --> 00:43:21,975 Jika berjaya, 297 00:43:22,059 --> 00:43:24,311 penceroboh akan bunuh anak singa 298 00:43:25,062 --> 00:43:27,648 supaya singa betina boleh mengawan semula. 299 00:43:32,819 --> 00:43:35,530 Singa jantan dalam kawanan cuba menakut-nakuti. 300 00:43:45,666 --> 00:43:48,585 Walau bagaimanapun, penceroboh tak berundur. 301 00:44:02,808 --> 00:44:04,976 Pertarungan tak dapat dielakkan. 302 00:44:07,479 --> 00:44:10,732 Singa betina perlu bawa anak singa jauh daripada bahaya. 303 00:44:19,950 --> 00:44:22,452 Namun, laluan ke tempat selamat terhalang. 304 00:44:27,791 --> 00:44:30,544 Singa-singa ini selalunya elak air. 305 00:44:34,089 --> 00:44:35,298 Dengan alasan baik. 306 00:44:39,344 --> 00:44:40,595 Tetapi, tiada pilihan lain. 307 00:44:43,890 --> 00:44:45,434 Tak boleh berpatah balik. 308 00:45:12,794 --> 00:45:14,880 Si bongsu bergelut untuk ikut. 309 00:45:27,184 --> 00:45:28,518 Sedikit saja lagi. 310 00:45:46,661 --> 00:45:49,706 Akhirnya, dengan si ibu mengetuai, 311 00:45:50,332 --> 00:45:51,958 semua berjaya selamat. 312 00:46:11,603 --> 00:46:13,855 Akan tetapi, tak semua bernasib baik. 313 00:46:18,109 --> 00:46:20,237 Salah seekor singa jantan kawanan. 314 00:46:21,613 --> 00:46:24,699 Nyawanya melayang kerana melindungi anak singa. 315 00:46:30,080 --> 00:46:33,166 Kini, hanya si ayah masih hidup. 316 00:46:37,629 --> 00:46:41,800 Berapa lama singa jantan ini boleh kekal memerintah, tiada siapa tahu. 317 00:46:49,599 --> 00:46:52,686 Sekurang-kurangnya, buat masa ini, anak-anak singa selamat… 318 00:46:55,772 --> 00:46:59,109 membesar dengan kasih sayang dan perlindungan kawanan… 319 00:47:05,740 --> 00:47:09,286 dan ayah yang mempertahankan anak-anaknya dengan nyawanya. 320 00:47:16,960 --> 00:47:21,673 Semua kucing besar dilahirkan dalam kehidupan penuh bahaya dan drama. 321 00:47:28,013 --> 00:47:31,683 Namun, selagi kita beri kucing besar kebebasan yang diperlukan… 322 00:47:33,935 --> 00:47:38,273 haiwan mengagumkan ini akan terus hidup. 323 00:48:35,163 --> 00:48:38,124 Terjemahan sari kata oleh Norzaiha Norhan