1 00:00:13,763 --> 00:00:16,363 Saya hanya taasub dengan tiga orang sepanjang hidup saya. 2 00:00:20,363 --> 00:00:23,723 Apabila buat silap, kita belajar daripada kesilapan itu. Macam kanak-kanak. 3 00:00:25,843 --> 00:00:27,803 Saya tak menyesali apa-apa, 4 00:00:27,883 --> 00:00:30,763 tapi saya cuma harap situasinya berbeza. 5 00:00:34,843 --> 00:00:37,363 SETIAP TAHUN, ADA LEBIH DARIPADA TIGA JUTA 6 00:00:37,443 --> 00:00:39,843 KEJADIAN MENGHENDAP DI AMERIKA SYARIKAT 7 00:00:42,123 --> 00:00:45,843 Kadangkala saya terfikirkan tentang perkara yang saya lakukan, 8 00:00:46,643 --> 00:00:50,403 mereka kata itu dikira sebagai menghendap, tapi saya rasa tidak. 9 00:00:51,363 --> 00:00:56,003 40% PESALAH MENGHENDAP AKAN MENGULANGI KESALAHAN 10 00:00:57,043 --> 00:01:00,963 INI IALAH KISAH BANDUAN #1260226 11 00:01:03,723 --> 00:01:05,523 Apabila saya buat perkara itu, 12 00:01:06,003 --> 00:01:09,083 saya akan jadi gila. 13 00:01:13,283 --> 00:01:15,643 Sejujurnya, saya agak takut. 14 00:01:19,883 --> 00:01:23,523 SEBUAH SIRI NETFLIX 15 00:01:24,843 --> 00:01:28,563 Saya lebih rela digelar pembunuh daripada penghendap, faham tak? 16 00:01:32,643 --> 00:01:38,083 Saya nak dia rasa tekanan kerana diperhatikan. 17 00:01:39,563 --> 00:01:41,963 Sesiapa saja boleh jadi penghendap. 18 00:01:42,763 --> 00:01:44,683 Semuanya mengarut saja. 19 00:01:46,123 --> 00:01:48,043 Saya masih gila begitu. 20 00:01:52,283 --> 00:01:58,843 KECENDERUNGAN KETAASUBAN 21 00:02:06,163 --> 00:02:10,803 PENJARA CHILLICOTHE, MISSOURI 22 00:02:29,043 --> 00:02:31,003 Nama saya Deketrice Jackson. 23 00:02:31,723 --> 00:02:33,483 Saya dipenjarakan kerana menghendap. 24 00:02:33,563 --> 00:02:37,283 Empat tahun hukuman, dan saya dah dipenjarakan selama dua tahun. 25 00:02:39,883 --> 00:02:42,283 SABITAN KESALAHAN MENGHENDAP DEKETRICE PADA TAHUN 2018 26 00:02:42,363 --> 00:02:47,283 MENGAKHIRI GANGGUAN SELAMA HAMPIR SEDEKAD TERHADAP BEBERAPA WANITA 27 00:02:49,683 --> 00:02:51,763 Ketagihan saya ialah wanita. 28 00:02:53,683 --> 00:02:55,883 Saya tak minum kopi, tak hisap rokok, 29 00:02:55,963 --> 00:02:59,723 atau perkara seperti itu, tapi entah kenapa, wanita… 30 00:03:00,843 --> 00:03:03,803 buat saya teruja dan saya suka perasaan cinta itu. 31 00:03:23,963 --> 00:03:30,163 DEKETRICE JACKSON DIBESARKAN DALAM SISTEM KELUARGA ANGKAT DI MILWAUKEE, WISCONSIN 32 00:03:34,643 --> 00:03:38,123 Saya dibawa ke rumah keluarga angkat semasa umur enam tahun. 33 00:03:40,083 --> 00:03:43,203 Saya diambil kerana ibu kandung saya tak mahukan saya. 34 00:03:45,403 --> 00:03:48,483 Saya dah bertukar sebanyak 12 rumah keluarga angkat. 35 00:03:54,923 --> 00:03:57,043 Saya kerap didera di beberapa rumah, 36 00:03:57,123 --> 00:03:58,683 diperlakukan dengan kasar… 37 00:03:59,803 --> 00:04:00,883 dan tak disayangi. 38 00:04:06,763 --> 00:04:09,763 Pada umur sepuluh tahun, saya mula menyukai wanita. 39 00:04:09,843 --> 00:04:14,243 Pada umur 10, 11 tahun saya mula bergaduh di sekolah kerana saya diejek 40 00:04:14,323 --> 00:04:15,803 sebab menyukai wanita, 41 00:04:15,883 --> 00:04:19,123 dan saya kerap bertukar rumah keluarga angkat sebab mereka tak nak saya, 42 00:04:19,203 --> 00:04:22,723 mereka kata saya jahat, atau tak nak saya tinggal di situ 43 00:04:22,803 --> 00:04:25,683 bersama kanak-kanak lain sebab saya homoseksual. 44 00:04:31,163 --> 00:04:33,843 Jadi saya rasa tak disayangi dan tak diingini. 45 00:04:40,723 --> 00:04:42,603 DEKETRICE BERUMUR 10 TAHUN 46 00:04:42,683 --> 00:04:47,523 KETIKA PERTAMA KALI DIA MULA TAASUB DENGAN SEORANG WANITA 47 00:04:50,963 --> 00:04:53,643 Saya di rumah keluarga angkat di Milwaukee, Wisconsin. 48 00:04:53,723 --> 00:04:55,803 Kami selalu pergi ke gereja, 49 00:04:55,883 --> 00:05:00,043 dan ada seorang wanita ini yang mungkin berumur 24 tahun ketika itu, 50 00:05:00,883 --> 00:05:02,723 dia sangat cantik, 51 00:05:02,803 --> 00:05:06,363 dan saya mahu dia menjaga saya. 52 00:05:06,443 --> 00:05:08,323 GEREJA DIVINE 53 00:05:12,083 --> 00:05:14,923 Dia belikan saya hadiah untuk Krismas, hari jadi, 54 00:05:15,003 --> 00:05:18,363 dia ajak saya ke rumahnya setiap hari Ahad selepas program gereja. 55 00:05:19,403 --> 00:05:22,283 Saya asyik nak dia menjaga saya. 56 00:05:22,363 --> 00:05:25,763 Setiap kali saya jumpa dia, saya rasa seronok dan saya, 57 00:05:25,843 --> 00:05:28,523 pernah cuba panggil dia ibu dan dia akan kata, 58 00:05:28,603 --> 00:05:29,923 “Tidak, saya bukan ibu kamu.” 59 00:05:31,083 --> 00:05:37,003 Saya rasa tak diingini kerana tak pernah merasai jagaan seorang ibu. 60 00:05:55,043 --> 00:05:58,043 Saya bertemu Dee semasa dia kanak-kanak. 61 00:06:00,283 --> 00:06:04,603 Dia dibawa ke gereja, dan dia seorang yang sangat pemalu. 62 00:06:09,323 --> 00:06:12,043 Inilah gereja yang Dee selalu pergi. 63 00:06:12,883 --> 00:06:14,003 Gereja Divine. 64 00:06:17,003 --> 00:06:21,123 Gereja kecil, tapi penuh dengan kebaikan dan kasih sayang. 65 00:06:25,643 --> 00:06:27,363 Nama saya Tunya King, 66 00:06:27,963 --> 00:06:31,403 dan saya mengenali Dee semasa dia menghadiri gereja kami. 67 00:06:42,483 --> 00:06:44,883 SEMASA KANAK-KANAK, DEKETRICE AKAN MELAWAT RUMAH TUNYA 68 00:06:44,963 --> 00:06:46,643 PADA HARI AHAD SELEPAS PROGRAM GEREJA 69 00:06:46,723 --> 00:06:53,283 TUNYA MENJADI FOKUS OBSESI DEKETRICE YANG PERTAMA 70 00:06:58,083 --> 00:07:01,363 Saya rasa dia inginkan sesuatu. 71 00:07:04,483 --> 00:07:07,763 Seperti apabila kita ke tempat perlindungan haiwan dan nampak anak anjing 72 00:07:07,843 --> 00:07:10,643 dan ia seperti, "Ambil saya. Pegang saya. Sayangi saya." 73 00:07:11,123 --> 00:07:13,643 Saya dapat rasa dia ingin disayangi. 74 00:07:16,043 --> 00:07:17,643 Kami berada di rumah saya. 75 00:07:19,563 --> 00:07:22,403 Dia cakap, "Awak patut jadikan saya anak angkat.” 76 00:07:22,963 --> 00:07:27,563 Saya cakap, "Tidak," sambil ketawa. 77 00:07:29,483 --> 00:07:33,083 Mengingat kembali, saya tak menoleh pun untuk lihat wajah dia. 78 00:07:36,563 --> 00:07:39,803 Sekarang, saya rasa saya mungkin menyinggung perasaannya 79 00:07:39,883 --> 00:07:42,083 dengan berkata, "tidak" seperti itu. 80 00:07:44,323 --> 00:07:46,083 Saya rasa dia anggap itu sebagai, 81 00:07:46,163 --> 00:07:48,643 "Kenapa saya tak cukup bagus untuk awak jadi ibu saya?" 82 00:07:58,763 --> 00:08:04,243 Semasa Dee lebih muda, hubungan kami, sangat suci dan sangat indah. 83 00:08:05,523 --> 00:08:10,243 Tapi apabila dia semakin dewasa, semuanya mula berubah. 84 00:08:14,323 --> 00:08:18,723 Semasa saya bercinta dengan suami pertama, saya akan jumpa dia pada hujung minggu, 85 00:08:18,803 --> 00:08:21,723 dan kadang-kadang tak sempat pergi ke gereja. 86 00:08:21,803 --> 00:08:23,763 Jadi Dee tak dapat jumpa saya. 87 00:08:27,603 --> 00:08:31,043 Dia tak nak saya pergi. Dia nak luangkan masa dengan saya. 88 00:08:31,123 --> 00:08:33,963 Saya cakap, "Tak boleh, saya ada rancangan lain." 89 00:08:34,043 --> 00:08:38,523 Dia cuba memujuk saya untuk meluangkan masa dengan dia. 90 00:08:38,603 --> 00:08:41,163 Saya kata, "Dee, saya tak nak dengar apa-apa lagi." 91 00:08:41,243 --> 00:08:43,043 "Saya kata 'tidak'. Muktamad." 92 00:08:44,203 --> 00:08:46,083 Dia terus bertanya, seperti, 93 00:08:46,163 --> 00:08:48,803 "Jika saya tanya dia 50 kali, dia akan ubah fikiran." 94 00:08:53,243 --> 00:08:55,003 Dia sangat mendesak. 95 00:08:56,123 --> 00:08:59,323 Saya akan cakap, "Dee, saya akan hubungi kamu semula." 96 00:08:59,403 --> 00:09:02,723 Dia akan cuba terus bercakap dengan saya di telefon. 97 00:09:02,803 --> 00:09:05,363 Saya kata, "Dee, saya akan letak telefon." 98 00:09:05,443 --> 00:09:08,603 Apabila saya letak telefon, dia akan hubungi semula. 99 00:09:13,043 --> 00:09:17,443 Sampai satu tahap di mana saya perlu menjauhkan diri daripada dia, 100 00:09:17,523 --> 00:09:22,683 kerana saya nampak arah situasi kami dan saya tak suka begitu. 101 00:09:35,963 --> 00:09:38,603 Apabila dia berkahwin, emosi saya terganggu. 102 00:09:39,363 --> 00:09:41,563 Saya rasa macam saya kehilangan dia. 103 00:09:43,563 --> 00:09:46,363 Ia buat saya teringat waktu kecil saya, saya tak pernah bagus. 104 00:09:46,443 --> 00:09:48,563 Saya takkan disayangi. 105 00:09:49,243 --> 00:09:53,363 Jika ibu saya sendiri tak sayangkan saya, dia pun tak sayangkan saya. 106 00:09:55,243 --> 00:09:58,243 SELEPAS TUNYA MEMUTUSKAN HUBUNGAN, 107 00:09:58,323 --> 00:10:02,723 DEKETRICE MULA MENJADI RAPAT DENGAN ANAK SAUDARA TUNYA, TIFFANIE 108 00:10:06,203 --> 00:10:10,283 Apabila saya kenal Tiffanie, dia beri perhatian yang saya inginkan. 109 00:10:12,283 --> 00:10:16,963 Dia ada beri gambar dia kepada saya, dan saya akan selalu, 110 00:10:17,763 --> 00:10:19,963 cium gambar dia sebelum tidur. 111 00:10:21,563 --> 00:10:24,843 Mungkin ia buat saya rasa lebih selamat kerana 112 00:10:24,923 --> 00:10:29,403 saya pernah dicabul semasa kecil, jadi saya tak suka lelaki, 113 00:10:29,483 --> 00:10:32,963 tapi saya tak anggap saya homoseksual, saya tak tahu pun apa itu homoseksual. 114 00:10:33,043 --> 00:10:35,883 Ia lebih kepada saya suka lihat wanita. 115 00:10:36,803 --> 00:10:38,363 Seperti, "Cantiknya dia." 116 00:10:38,443 --> 00:10:41,403 Saya tak pernah kata pada lelaki, "Kacaknya dia." 117 00:10:41,483 --> 00:10:43,203 Ia lebih kepada wanita. 118 00:10:59,843 --> 00:11:00,883 Ini Tiffanie. 119 00:11:02,243 --> 00:11:03,803 Gadis remaja yang cantik. 120 00:11:06,043 --> 00:11:09,123 Ini semua ketika waktu Dee ada dalam hidup kami. 121 00:11:16,403 --> 00:11:19,803 Tiffanie dapat memberikan Dee perhatian 122 00:11:19,883 --> 00:11:22,243 yang dia tak dapat daripada saya lagi. 123 00:11:24,163 --> 00:11:27,363 Saya rasa waktu itu kami berada di rumah ibu Tiffanie. 124 00:11:28,523 --> 00:11:31,763 Tiffanie kata, "Saya rasa dia mencintai kita berdua, 125 00:11:31,843 --> 00:11:35,043 atau dia pernah mencintai mak cik, dan sekarang dia mencintai saya." 126 00:11:35,163 --> 00:11:39,163 Saya seperti, "Hei, tunggu." 127 00:11:39,243 --> 00:11:42,563 Hubungan kami bukanlah seperti itu. 128 00:11:42,643 --> 00:11:44,563 SELAMAT DATANG 129 00:11:46,523 --> 00:11:50,083 Saya tak nampak petanda sebegitu. Saya rasa ia lebih kepada, 130 00:11:50,163 --> 00:11:52,003 "Kamu nak saya jadi ibu kamu." 131 00:11:52,683 --> 00:11:57,003 Tiffanie lebih muda, dan Dee lebih tertarik pada dia, 132 00:11:57,083 --> 00:12:01,643 dan hubungan mereka juga menjadi pelik. 133 00:12:02,483 --> 00:12:09,003 KETIKA DIA REMAJA, DEKETRICE MEMBUAT SATU PROFIL MEDIA SOSIAL PALSU 134 00:12:10,243 --> 00:12:13,163 Anak saudara saya beritahu saya, 135 00:12:13,243 --> 00:12:15,483 Dee menukar nama Facebook dia. 136 00:12:17,083 --> 00:12:19,803 Dia namakan dirinya "Tiffanie Jackson" 137 00:12:19,883 --> 00:12:23,123 dan hantar permintaan untuk berkawan kepada kami berdua. 138 00:12:24,763 --> 00:12:28,403 Apabila saya lihat tiada gambar, saya pun padam. 139 00:12:28,483 --> 00:12:30,403 Anak saudara saya kata, "Itu Dee." 140 00:12:30,483 --> 00:12:33,323 Saya seperti, "Oh Tuhanku. Tunggu." 141 00:12:33,403 --> 00:12:35,043 "Dari mana datangnya nama Tiffanie? 142 00:12:35,123 --> 00:12:38,003 Dia kata, "Itulah. Ini semakin pelik bagi saya." 143 00:12:42,683 --> 00:12:45,923 Dia rasa Dee cuba meniru hidupnya. 144 00:12:46,003 --> 00:12:48,003 Saya sangat terkejut. 145 00:12:53,883 --> 00:12:59,123 AKHIRNYA, PADA TAHUN 2008, DEKETRICE BERPINDAH KE SPRINGFIELD, MISSOURI 146 00:13:00,123 --> 00:13:02,643 DAN MULA BERCINTA DENGAN WANITA 147 00:13:02,723 --> 00:13:05,723 MENGGUNAKAN NAMA TIFFANIE 148 00:13:18,883 --> 00:13:22,003 PADA TAHUN 2012, DEKETRICE MENJALINKAN HUBUNGAN 149 00:13:22,083 --> 00:13:24,723 DENGAN SEORANG WANITA BERNAMA RACHEL 150 00:13:25,803 --> 00:13:29,043 Saya menjalinkan hubungan pertama semasa saya 18 tahun. 151 00:13:29,123 --> 00:13:31,523 Hubungan kedua adalah dengan Rachel. 152 00:13:31,603 --> 00:13:34,603 Saya asyik nak berkepit dan semakin menyukai dia. 153 00:13:34,683 --> 00:13:38,003 Kami sama-sama rasa begitu, tapi apabila saya asyik kata 154 00:13:38,083 --> 00:13:41,763 "Jangan ke mana-mana," "Pulanglah," atau "Awak nak tinggalkan saya?" 155 00:13:42,323 --> 00:13:45,243 dia jadi semakin tak selesa dengan saya. 156 00:13:47,683 --> 00:13:52,843 Saya rasa itu kerana saya tak pernah ada ibu, dan asyik berpindah ke sana sini. 157 00:13:52,923 --> 00:13:54,483 Jadi saya nak disayangi. 158 00:13:54,563 --> 00:13:58,243 Jika mereka menolak atau tak mahukan saya, 159 00:13:58,323 --> 00:14:01,483 saya akan jadi gila, tertekan atau… 160 00:14:02,123 --> 00:14:05,803 Banyak yang dirasai, pelbagai emosi yang saya tak mampu hadapi. 161 00:14:08,083 --> 00:14:12,923 Mungkin saya salah pilih, tapi setiap hubungan buat saya sedar 162 00:14:13,003 --> 00:14:14,563 yang saya tak cukup bagus. 163 00:14:25,323 --> 00:14:26,203 DILARANG MENCEROBOH 164 00:14:26,283 --> 00:14:29,483 Semasa saya bertemu Dee, dia beritahu namanya Tiffanie. 165 00:14:30,883 --> 00:14:36,043 Saya hanya dapat tahu nama sebenar dia enam, tujuh bulan selepas itu. 166 00:14:36,123 --> 00:14:38,443 SAYANGI KEHIDUPAN 167 00:14:39,443 --> 00:14:42,363 Saya tak tahu nama dia Deketrice sehinggalah selepas itu. 168 00:14:49,323 --> 00:14:50,563 Nama saya Christine. 169 00:14:51,683 --> 00:14:55,683 Deketrice ada hubungan dengan anak perempuan saya, Rachel. 170 00:15:02,043 --> 00:15:04,923 “SAYA BOLEH BUAT APA SAJA MELALUI CHRIST YANG MENGUATKAN SAYA.” 171 00:15:05,003 --> 00:15:06,003 Dee baik. 172 00:15:06,083 --> 00:15:11,083 Dia nampak sangat baik pada awalnya, sangat sopan dan baik budi bahasa. 173 00:15:11,163 --> 00:15:13,083 Kemudian dia mula… 174 00:15:13,683 --> 00:15:15,243 Kerap duduk di rumah. 175 00:15:16,043 --> 00:15:17,923 Kemudian, dia berpindah masuk. 176 00:15:26,883 --> 00:15:29,483 TIDAK LAMA SELEPAS DEKETRICE BERPINDAH MASUK, 177 00:15:29,563 --> 00:15:33,603 CHRISTINE MULA RASA BIMBANG DENGAN KELAKUANNYA TERHADAP RACHEL 178 00:15:36,483 --> 00:15:39,243 Saya dapat merasakan, 179 00:15:40,523 --> 00:15:44,243 dia bukanlah orang yang sesuai untuk Rachel. 180 00:15:46,163 --> 00:15:48,363 Tiffanie selalu fikirkan macam-macam, 181 00:15:48,443 --> 00:15:51,563 fikir Rachel akan buat sesuatu, tapi dia tak buat pun. 182 00:15:51,643 --> 00:15:53,683 Dia hanya duduk di rumah saja. 183 00:15:54,163 --> 00:15:56,003 KELUARGA ANTARA RAHMAT TERBESAR HIDUP 184 00:15:56,203 --> 00:15:59,763 Tiffanie mahu Rachel ikut apa yang dia tetapkan. 185 00:16:01,163 --> 00:16:06,563 Jika Rachel tak nak, seperti tak nak keluar atau sebagainya, 186 00:16:06,643 --> 00:16:09,163 Tiffanie akan marah atau… 187 00:16:09,843 --> 00:16:11,963 Mereka akan bergaduh dan bertengkar. 188 00:16:14,003 --> 00:16:15,603 Kalau tak ikut cara dia, 189 00:16:16,923 --> 00:16:22,003 dia akan berubah menjadi agak teruk. 190 00:16:34,643 --> 00:16:37,203 Saya taasub dengan Rachel. 191 00:16:38,523 --> 00:16:41,923 Saya akan ikut dia, apabila dia kata dia nak pergi kerja, 192 00:16:42,003 --> 00:16:45,283 dan saya akan menghendap dia untuk lihat jika dia di tempat kerja. 193 00:16:45,363 --> 00:16:48,243 Ada hari saya pergi ke sana tapi dia tiada di tempat kerja, 194 00:16:48,323 --> 00:16:50,323 dan ketika itulah saya mula ada 195 00:16:50,403 --> 00:16:52,123 kecenderungan untuk menghendap. 196 00:16:52,643 --> 00:16:54,683 Saya rasa ia ada kaitan dengan kepercayaan. 197 00:16:54,763 --> 00:16:56,203 Saya tak percayakan dia. 198 00:16:56,803 --> 00:16:59,603 Saya akan memeriksa telefon bimbit dia. 199 00:17:00,563 --> 00:17:03,723 Saya rasa ketika itulah saya mula menghendap. 200 00:17:04,763 --> 00:17:07,323 Dia asyik nak tinggalkan saya dan saya akan buat apa saja 201 00:17:07,403 --> 00:17:08,763 untuk pastikan dia tak pergi. 202 00:17:08,843 --> 00:17:10,683 Tapi saya ditolak. 203 00:17:12,203 --> 00:17:13,523 Saya mahu mereka… 204 00:17:14,243 --> 00:17:16,843 Saya rasa saya agak berdendam kerana, 205 00:17:16,923 --> 00:17:19,803 apabila mereka sakiti saya, saya nak mereka rasa sakit juga. 206 00:17:20,323 --> 00:17:23,283 Tampar dia apabila dia buat sesuatu 207 00:17:23,363 --> 00:17:25,163 yang saya tak suka. 208 00:17:28,763 --> 00:17:32,323 Saya panggil dia dengan gelaran perempuan jalang. 209 00:17:32,403 --> 00:17:34,923 Saya rasa saya mendera secara emosi juga. 210 00:17:41,563 --> 00:17:43,043 2012 OKTOBER 211 00:17:43,123 --> 00:17:47,523 SELEPAS BEBERAPA BULAN MENJALINKAN HUBUNGAN, UGUTAN BERTAMBAH TERUK 212 00:17:56,083 --> 00:17:58,123 Saya balik rumah pada satu petang. 213 00:18:00,443 --> 00:18:03,483 Apabila saya sampai di rumah, pintu depan terbuka, 214 00:18:03,563 --> 00:18:06,603 dan mereka sedang bertengkar, tak pasti tentang apa. 215 00:18:09,243 --> 00:18:11,043 Dia betul-betul mengamuk. 216 00:18:14,803 --> 00:18:16,563 Dia mengugut untuk buat macam-macam. 217 00:18:19,203 --> 00:18:21,043 Ia menakutkan saya. 218 00:18:21,123 --> 00:18:23,683 Saya tak nak mati. 219 00:18:25,483 --> 00:18:28,803 Sehari selepas kejadian, kami dapatkan perintah sekatan, 220 00:18:28,883 --> 00:18:32,643 kami berdua, saya dan Rachel mendapatkan perintah sekatan. 221 00:18:36,483 --> 00:18:39,963 Semasa berpisah, saya asyik menghubungi dia. 222 00:18:40,043 --> 00:18:43,883 Tak faham kenapa dia tak mahukan saya. Sebenarnya, saya tak kisah. 223 00:18:44,643 --> 00:18:47,203 Saya sepatutnya menjauhi dia tapi tidak. 224 00:18:49,843 --> 00:18:53,243 Saya muncul di rumah baru dia bersama ibu dia. 225 00:18:55,683 --> 00:18:58,323 Saya akan mengekori dia. 226 00:19:00,443 --> 00:19:02,883 Muncul di mana saja dia pergi, untuk beritahu dia, 227 00:19:02,963 --> 00:19:05,443 “Hei, maafkan saya. Kembalilah pada saya." 228 00:19:06,963 --> 00:19:10,523 Polis cakap, "Jangan pergi ke rumah itu.” Saya tetap pergi. 229 00:19:16,003 --> 00:19:19,123 Dia asyik melanggar perintah sekatan, datang ke rumah. 230 00:19:19,203 --> 00:19:21,403 Dia tak kisah dengan sekatan itu. 231 00:19:22,323 --> 00:19:26,243 Sebab dia tak boleh berada dalam jarak 305 meter dengan kami 232 00:19:26,323 --> 00:19:29,483 tapi dia akan datang dan menjerit di luar. 233 00:19:30,363 --> 00:19:33,323 “Saya sayang awak,” “Kenapa buat begini pada saya?” 234 00:19:33,403 --> 00:19:36,563 Saya takkan buka pintu atau bercakap dengan dia. 235 00:19:36,643 --> 00:19:38,443 Dia akan terus mengetuk pintu. 236 00:19:39,563 --> 00:19:41,763 Dia cuba pecah masuk melalui tingkap, 237 00:19:42,283 --> 00:19:43,643 rosakkan pelindung. 238 00:19:44,483 --> 00:19:46,483 Saya sangat takut 239 00:19:47,483 --> 00:19:49,803 jika dia nak datang dan lakukan sesuatu 240 00:19:50,683 --> 00:19:52,243 kepada Rachel dan… 241 00:19:54,283 --> 00:19:57,723 Tapi dia dah tiada ketika pihak polis sampai. 242 00:19:58,323 --> 00:20:00,443 Berapa lama keadaan ini berlanjutan? 243 00:20:01,083 --> 00:20:03,163 Sekurang-kurangnya setahun. 244 00:20:07,403 --> 00:20:09,403 2012 OKTOBER 245 00:20:10,923 --> 00:20:12,083 6 OKTOBER 2012 246 00:20:12,163 --> 00:20:15,843 PADA 6 OKTOBER 2012, DEKETRICE TELAH DITANGKAP 247 00:20:26,203 --> 00:20:29,443 DEKETRICE MENGHADAPI PELBAGAI TUDUHAN, 248 00:20:29,523 --> 00:20:31,843 TERMASUKLAH MENCURI DAN MENYERANG 249 00:20:31,923 --> 00:20:38,123 DIA AKHIRNYA DIJATUHI HUKUMAN PERCUBAAN SELAMA LAPAN TAHUN 250 00:20:40,803 --> 00:20:43,203 Saya tak fikirkan tentang akibatnya, 251 00:20:44,043 --> 00:20:46,723 sebab apa yang penting ialah saya mahukan dia. 252 00:20:51,163 --> 00:20:54,003 Saya rasa ada tujuh kesalahan serangan dalam rekod saya. 253 00:20:54,883 --> 00:20:56,683 Saya tahu saya tak patut lakukannya, 254 00:20:56,763 --> 00:21:00,763 tapi saya buat juga sebab saya nak dia rasa kesakitan yang saya rasa. 255 00:21:05,323 --> 00:21:07,523 Kadang-kadang saya rasa sedih, 256 00:21:08,523 --> 00:21:12,843 mengetahui yang saya takkan jumpa cinta itu. 257 00:21:12,923 --> 00:21:16,323 Itu yang semua wanita mahukan, kebahagiaan, 258 00:21:16,403 --> 00:21:18,763 suami… 259 00:21:20,243 --> 00:21:22,163 anak-anak, kerja yang bagus. 260 00:21:23,803 --> 00:21:25,683 Saya rasa… 261 00:21:25,763 --> 00:21:29,243 Dalam fikiran saya, saya mahukan itu, dengan seorang wanita, 262 00:21:29,323 --> 00:21:33,683 dan tak boleh dapat itu, buat saya rasa sedih, 263 00:21:33,763 --> 00:21:35,483 ia mengganggu emosi saya. 264 00:21:35,563 --> 00:21:38,483 Saya rasa, "Oh Tuhanku. Saya takkan jumpa cinta." 265 00:21:39,003 --> 00:21:43,203 Ada beberapa kawan saya beritahu, 266 00:21:43,283 --> 00:21:46,163 “Awak perlu mencari cinta melalui Tuhan, melalui Jesus.” 267 00:21:55,643 --> 00:22:00,963 SEMASA SEDANG MENJALANI PERCUBAAN, DEKETRICE MENGIKUTI MUBALIGH KRISTIAN 268 00:22:10,283 --> 00:22:14,043 Beberapa tahun lalu, Dee berjalan di lorong ini, kelihatan sangat murung. 269 00:22:16,283 --> 00:22:19,363 Kami letak papan tanda di luar bangsal yang tertulis, 270 00:22:19,443 --> 00:22:21,483 “Pembelajaran Bible malam ini, pukul tujuh.” 271 00:22:22,163 --> 00:22:25,283 Dia baru saja berdoa kepada Tuhan dalam keadaan marah. 272 00:22:25,363 --> 00:22:27,523 Dia kata, "Saya mahukan petanda." 273 00:22:28,083 --> 00:22:31,563 Dia nampak papan tanda kami, dan anggap itu sebagai petanda. 274 00:22:31,643 --> 00:22:33,883 Dia datang ke beranda, ketuk pintu. 275 00:22:33,963 --> 00:22:38,843 Saya buka, dan dia tanya, “Kamu ada pengajian Bible malam ini pukul tujuh?" 276 00:22:39,323 --> 00:22:41,723 Saya kata, “Kami akan mula sekarang." 277 00:22:45,083 --> 00:22:46,083 Saya Steve Long. 278 00:22:47,163 --> 00:22:50,603 Saya paderi Dee untuk beberapa tahun. 279 00:22:56,403 --> 00:22:59,043 Saya rasa semua orang dahagakan kasih sayang. 280 00:22:59,563 --> 00:23:05,603 Saya rasa ramai daripada kita mempunyai keluarga dan persekitaran sosial yang baik 281 00:23:05,683 --> 00:23:09,483 dan tak sedar yang kita perlukan cinta sebab kita sentiasa menerimanya. 282 00:23:09,563 --> 00:23:10,803 BUAIAN INDAH DI RUMAH 283 00:23:10,923 --> 00:23:14,363 Tapi gadis ini, aduhai. 284 00:23:15,443 --> 00:23:18,363 Mempunyai didikan yang teruk, 285 00:23:18,443 --> 00:23:21,403 dan ia berubah menjadi semakin teruk. 286 00:23:27,243 --> 00:23:31,443 Suatu malam, dia minta isteri saya dan saya datang jumpa dia kerana dia… 287 00:23:31,523 --> 00:23:34,083 Dia rasa nak bunuh diri. 288 00:23:34,163 --> 00:23:39,563 Jadi kami pergi ke sana dan dia terus meluahkan tentang segala perkara 289 00:23:39,643 --> 00:23:40,763 yang dia lalui. 290 00:23:41,763 --> 00:23:46,803 Kami menangis dan cuba menenangkan dia. 291 00:23:50,523 --> 00:23:53,443 Kami cuba mendengar dan membantu semampu kami. 292 00:23:53,963 --> 00:23:56,603 Sebagai paderi, 293 00:23:57,123 --> 00:24:00,323 saya membimbing ke arah Jesus Christ dan berharap pada Jesus Christ. 294 00:24:04,803 --> 00:24:07,523 Kami tak pernah sebut tentang homoseksual kepada Dee. 295 00:24:08,083 --> 00:24:10,163 Dia selalu sebut itu kepada kami. 296 00:24:10,883 --> 00:24:14,723 Seksualiti dia, yang mana dia… 297 00:24:16,723 --> 00:24:17,843 rasa tak betul. 298 00:24:17,923 --> 00:24:19,443 Dia tak rasa ia betul. 299 00:24:19,523 --> 00:24:22,603 Jadi kami percaya 300 00:24:22,683 --> 00:24:26,483 seksualiti Dee tak selari dengan kitab, 301 00:24:27,083 --> 00:24:32,923 tapi kami percaya kasih sayang kami kepada dia selari dengan kitab. 302 00:24:48,163 --> 00:24:55,043 SELEPAS DUA TAHUN DALAM PERCUBAAN, DEKETRICE TIDAK MENGULANGI KESALAHANNYA 303 00:25:02,763 --> 00:25:04,723 Saya berkelakuan baik sepanjang dua tahun, 304 00:25:04,803 --> 00:25:07,003 dan saya bekerja di pusat asuhan. 305 00:25:07,083 --> 00:25:09,283 Saya semakin berubah, sentiasa pergi ke gereja, 306 00:25:10,203 --> 00:25:13,643 sehinggalah saya kembali ada perasan pada wanita lain. 307 00:25:13,723 --> 00:25:16,603 LEBUH BOONVILLE 308 00:25:23,323 --> 00:25:26,643 PADA 2017, DEKETRICE BERTEMU 'SARAH' 309 00:25:32,643 --> 00:25:34,723 Saya bertemu dia di pusat komuniti. 310 00:25:35,923 --> 00:25:38,763 Saya tak tahu saya akan taasub dengannya. 311 00:25:54,883 --> 00:26:00,043 Saya akan buat perkara gila, untuk membuktikan yang saya sayang padanya 312 00:26:00,123 --> 00:26:02,603 dan mahu dia berikan saya peluang. 313 00:26:07,563 --> 00:26:09,403 Saya akan belikan dia bunga. 314 00:26:10,083 --> 00:26:13,443 Apabila saya tiba di rumah dia, dia tak nak buka pintu. 315 00:26:16,523 --> 00:26:19,523 Saya akan tinggalkan hadiah dan kembali sepuluh minit kemudian. 316 00:26:19,603 --> 00:26:21,563 Saya akan memandu di sekitar kejiranannya. 317 00:26:21,643 --> 00:26:23,923 Saya kembali untuk lihat jika dia ambil hadiah itu, 318 00:26:24,003 --> 00:26:25,283 dan hadiah itu tiada. 319 00:26:25,363 --> 00:26:29,043 Jadi saya fikir, “Oh Tuhanku, dia mahukan hadiah itu.” 320 00:26:29,123 --> 00:26:33,603 Saya sangka jika saya buat semua itu, dia akan beri saya peluang. 321 00:26:34,403 --> 00:26:36,323 Perkara seperti itu. 322 00:26:36,403 --> 00:26:40,723 Banyak lagi, tapi ada beberapa perkara yang sangat memalukan, 323 00:26:40,803 --> 00:26:42,003 saya tak nak cerita. 324 00:26:49,363 --> 00:26:53,923 DEKETRICE MULA MENGHENDAP SARAH PADA TAHUN 2017 325 00:26:54,003 --> 00:27:00,483 PADA TAHUN 2018, KES ITU DIRUJUK KEPADA PIHAK BERKUASA 326 00:27:06,883 --> 00:27:12,283 Kes ini timbul selepas gangguan berterusan selama satu tahun 327 00:27:12,363 --> 00:27:14,723 dan menghendap diri mangsa. 328 00:27:17,923 --> 00:27:23,683 Cik Jackson dan mangsa hanya pernah bercakap beberapa kali. 329 00:27:23,763 --> 00:27:27,563 Ia lebih kepada dia tergila-gilakan mangsa 330 00:27:27,643 --> 00:27:32,563 sebab tidak ada asas hubungan pun di antara mereka berdua. 331 00:27:36,283 --> 00:27:39,603 Saya Koperal David Hatch dari Jabatan Polis Springfield. 332 00:27:40,083 --> 00:27:43,163 Saya ditugaskan untuk kes menghendap melibatkan Cik Jackson. 333 00:27:46,443 --> 00:27:50,443 'SARAH' MENOLAK UNTUK TURUT SERTA DALAM RAKAMAN INI 334 00:27:50,523 --> 00:27:53,203 DAN MEMINTA IDENTITINYA DIRAHSIAKAN 335 00:28:01,283 --> 00:28:02,643 SOAL SIASAT SEDANG BERLANGSUNG 336 00:28:02,723 --> 00:28:06,163 Mangsa melaporkan dia ada menerima nota di kediamannya, 337 00:28:06,883 --> 00:28:10,323 kemudian berubah kepada pesanan mel suara, 338 00:28:10,803 --> 00:28:13,163 hadiah Krismas, hadiah Easter. 339 00:28:14,043 --> 00:28:18,723 Dia tinggalkan bunga dengan nota yang banyak. 340 00:28:22,203 --> 00:28:23,763 PENGHUJUNG JALAN 341 00:28:23,843 --> 00:28:25,803 Apabila mangsa dah berpindah pun, 342 00:28:25,883 --> 00:28:28,483 Cik Jackson dapat mencari alamatnya, 343 00:28:28,563 --> 00:28:30,083 dan terus memberi hadiah. 344 00:28:31,603 --> 00:28:34,083 Tak kisahlah apa kata-kata orang kepada Cik Jackson, 345 00:28:34,163 --> 00:28:37,363 dia akan terus melakukannya 346 00:28:37,443 --> 00:28:39,883 dan terus berhubung dengan mangsa. 347 00:28:45,163 --> 00:28:47,163 Sampai satu tahap dia pergi ke bar 348 00:28:47,243 --> 00:28:51,563 semasa mangsa sedang berjumpa seseorang yang dia tak kenal, 349 00:28:51,643 --> 00:28:54,563 dan bercakap dan menghampirinya. 350 00:28:57,883 --> 00:29:01,843 Dia sebenarnya mengikuti ke mana saja mangsa pergi. 351 00:29:05,403 --> 00:29:06,603 Saya ikut dia. 352 00:29:07,923 --> 00:29:08,883 Saya nak… 353 00:29:11,323 --> 00:29:12,523 Ia amat memalukan. 354 00:29:12,603 --> 00:29:15,963 Saya rasa macam nak muncul di mana saja dia berada dan kata, "Oh, hei!" 355 00:29:16,043 --> 00:29:17,283 Macam saya baru sampai. 356 00:29:18,003 --> 00:29:20,843 Dia kata, "Jangan dekati saya." 357 00:29:24,563 --> 00:29:28,003 Apabila dia tak nak bersama saya, saya hilang pertimbangan. 358 00:29:32,363 --> 00:29:39,163 Sampai satu tahap di mana, mangsa tidak lagi rasa selamat 359 00:29:39,243 --> 00:29:43,363 untuk meninggalkan rumah tanpa seseorang untuk melindungi dia. 360 00:29:49,723 --> 00:29:55,643 PADA 14 APRIL 2018, DEKETRICE MEMANDU KE RUMAH SARAH 361 00:30:02,843 --> 00:30:05,043 Ia dah lewat. Hampir pukul 7:00 malam. 362 00:30:05,123 --> 00:30:08,323 Dah gelap. Saya bawa hadiah untuk dia. 363 00:30:11,163 --> 00:30:13,203 Saya bunyikan loceng, tapi dia tak buka pintu. 364 00:30:15,243 --> 00:30:17,163 Jadi saya masuk ke dalam kereta, 365 00:30:17,243 --> 00:30:19,683 dan cuba mesej dia, tapi dia tak balas. 366 00:30:21,723 --> 00:30:24,963 Apabila saya nampak ada lelaki masuk ke dalam rumah dia, 367 00:30:25,043 --> 00:30:27,363 saya keluarkan teropong. 368 00:30:29,523 --> 00:30:31,323 Cuba melihat ke dalam. Ia sangat gelap. 369 00:30:33,363 --> 00:30:36,523 Saya bukanlah nak melakukan kemudaratan, saya cuma terfikir, 370 00:30:36,603 --> 00:30:37,883 "Siapa lelaki ini?" 371 00:30:42,923 --> 00:30:48,523 SEMASA DEKETRICE BERADA DI LUAR RUMAH, PIHAK POLIS TIBA DI SITU 372 00:30:52,443 --> 00:30:57,603 Mangsa telah menghubungi 911 menyatakan suspek, Cik Jackson, 373 00:30:57,683 --> 00:30:59,683 berada di luar rumahnya, 374 00:30:59,763 --> 00:31:04,003 dan dia takut Cik Jackson akan pecah masuk kediamannya. 375 00:31:08,963 --> 00:31:15,803 DEKETRICE TELAH DITAHAN DAN DIDAKWA ATAS KESALAHAN MENGHENDAP TAHAP PERTAMA 376 00:31:19,043 --> 00:31:21,203 Cik Jackson takkan berhenti 377 00:31:21,283 --> 00:31:23,803 mengganggu atau menghendap mangsa 378 00:31:23,883 --> 00:31:29,763 jika penguat kuasa undang-undang tak masuk campur dan buat siasatan. 379 00:31:33,043 --> 00:31:36,163 Apabila saya lihat sejarah Cik Jackson 380 00:31:36,843 --> 00:31:41,123 dan laporan yang dibuat di Jabatan Polis Springfield, 381 00:31:42,203 --> 00:31:45,523 saya rasa jika tiada tindakan undang-undang, 382 00:31:46,043 --> 00:31:51,003 ada kemungkinan tinggi ia boleh bertukar daripada sekadar nota cinta, 383 00:31:51,083 --> 00:31:54,883 kepada ancaman dan kecederaan fizikal. 384 00:32:02,083 --> 00:32:03,963 10 OKTOBER 2018 385 00:32:04,043 --> 00:32:07,443 PADA OKTOBER 2018, DEKETRICE JACKSON DIDAPATI BERSALAH 386 00:32:07,523 --> 00:32:11,403 KERANA MENGHENDAP SARAH DAN DIJATUHKAN HUKUMAN EMPAT TAHUN PENJARA 387 00:32:24,283 --> 00:32:26,723 Saya rasa tak percaya saya dipenjarakan. 388 00:32:30,163 --> 00:32:35,163 Semakin lama saya di sini, semakin saya sedar yang saya memang menghendap dia. 389 00:32:37,443 --> 00:32:41,283 Apabila saya bebas, saya takut ia akan berlaku lagi. 390 00:32:48,643 --> 00:32:52,123 SETELAH MENJALANI LEBIH DARIPADA SETENGAH HUKUMAN PENJARANYA 391 00:32:52,203 --> 00:32:55,163 DEKETRICE DIBERITAHU DIA AKAN DIBEBASKAN ATAS PAROL 392 00:32:56,323 --> 00:32:57,523 Saya dah… 393 00:32:58,963 --> 00:33:00,123 tak nak buat lagi. 394 00:33:00,203 --> 00:33:03,683 Saya dah tak nak buat lagi. Ini tak menyeronokkan langsung, 395 00:33:04,163 --> 00:33:06,763 menangis dan fikir kenapa orang itu tak mahukan saya. 396 00:33:06,843 --> 00:33:07,803 Tak seronok pun. 397 00:33:11,523 --> 00:33:14,243 Tapi dalam tempoh dua tahun ini, 398 00:33:14,323 --> 00:33:16,683 saya tak betul-betul mendalami hukuman penjara ini. 399 00:33:16,763 --> 00:33:20,603 Saya bermesra dengan wanita di sini, 400 00:33:20,683 --> 00:33:23,003 tapi saya sepatutnya menggunakan waktu ini untuk 401 00:33:23,803 --> 00:33:26,483 menyembuhkan hati saya dan sebagainya. 402 00:33:28,643 --> 00:33:31,923 Sekarang saya diberi ubat psikiatrik untuk masalah obsesi saya. 403 00:33:32,523 --> 00:33:34,603 Kadang-kadang ia tak berkesan, sebab saya… 404 00:33:34,683 --> 00:33:38,723 Saya mula menyukai wanita di sini, tapi saya rasa… 405 00:33:41,283 --> 00:33:43,923 untuk ia tak berulang lagi, saya akan mendekatkan diri saya 406 00:33:44,003 --> 00:33:45,443 dengan orang alim. 407 00:33:48,163 --> 00:33:53,723 Saya rasa saya perlu menyerahkan diri kepada Tuhan dan bertaubat dan 408 00:33:54,483 --> 00:33:56,563 mengikuti ajaran sebenar. 409 00:33:57,603 --> 00:34:00,123 Saya tak perlukan cinta. Saya boleh cinta diri sendiri. 410 00:34:00,203 --> 00:34:03,163 Saya buat begitu selama dua tahun, dan tak inginkan hubungan pun. 411 00:34:03,243 --> 00:34:06,443 Mengingat kembali, saya buat dengan baik. 412 00:34:07,203 --> 00:34:10,123 Tapi saya tak pasti jika ia takkan berlaku lagi 413 00:34:10,203 --> 00:34:11,803 sebab tiada siapa tahu masa depan, 414 00:34:11,883 --> 00:34:14,923 tiada siapa tahu apa akan berlaku. 415 00:34:17,923 --> 00:34:21,123 HAD LIMIT BANDAR 416 00:34:31,323 --> 00:34:35,403 Ada beberapa perkara orang diparol itu perlu lakukan untuk kekalkan status parol. 417 00:34:35,483 --> 00:34:37,323 Pertama ialah tak mengulangi kesalahan. 418 00:34:39,283 --> 00:34:42,083 Kadar mengulangi kesalahan menghendap ialah 50%. 419 00:34:43,163 --> 00:34:46,403 Kadangkala kesalahan berulang dalam masa sehari. 420 00:34:51,523 --> 00:34:52,683 Nama saya Will Worsham. 421 00:34:52,763 --> 00:34:55,963 Saya ialah bekas pembantu pendakwa di Daerah Greene, Missouri. 422 00:34:57,923 --> 00:35:01,403 Sekarang saya berkhidmat sebagai hakim perbandaran dan buka firma sendiri. 423 00:35:03,683 --> 00:35:08,723 SEBAGAI PEGUAM JENAYAH, WILL MENGKAJI KADAR PENGULANGAN KESALAHAN MENGHENDAP 424 00:35:08,803 --> 00:35:13,363 DIA JUGA TELAH MENELITI KES DEKETRICE 425 00:35:15,683 --> 00:35:20,643 Lampiran doket ini mengandungi maklumat dari tahun 2012 sehingga tahun 2018, 426 00:35:20,723 --> 00:35:24,083 dan ia menunjukkan sejarah penting semasa dalam percubaan, 427 00:35:24,163 --> 00:35:25,723 pelanggaran percubaan. 428 00:35:25,803 --> 00:35:29,203 Corak itu berulang selama enam tahun. 429 00:35:30,443 --> 00:35:34,083 Tidak kira berapa lama tempoh hukuman, corak kelakuan tetap berterusan. 430 00:35:35,643 --> 00:35:38,683 DALAM MENELITI KES DEKETRICE, 431 00:35:38,763 --> 00:35:43,203 WILL WORSHAM MEMBACA SURAT YANG DITULIS OLEH DEKETRICE KEPADA PIHAK MAHKAMAH 432 00:35:45,603 --> 00:35:49,043 Pada 18 Julai, dia menulis dari dalam penjara kepada hakim. 433 00:35:49,123 --> 00:35:51,803 Dia kata, "Saya memberontak. Fikiran saya serabut." 434 00:35:51,883 --> 00:35:54,803 "Saya kerap didera dulu, hilang kepercayaan pada pihak berkuasa 435 00:35:54,883 --> 00:35:58,883 saya tak boleh berpisah, tak boleh jauh, obsesi, dan lain-lain." 436 00:35:58,963 --> 00:36:02,483 “Pergi terapi, pergi ke gereja, bergaul dengan komuniti, 437 00:36:02,563 --> 00:36:04,003 tapi takut tak boleh berubah.” 438 00:36:04,083 --> 00:36:05,923 “Saya mahu dan perlukan pertolongan.” 439 00:36:07,523 --> 00:36:10,003 Saya rasa perkara paling jujur adalah apabila dia kata, 440 00:36:10,083 --> 00:36:12,883 “Takut tak boleh berubah. Saya mahu dan perlukan pertolongan.” 441 00:36:12,963 --> 00:36:14,843 Bagus dapat baca kata-kata begitu. 442 00:36:15,603 --> 00:36:18,643 Tapi apa yang jelas daripada semua ini 443 00:36:18,723 --> 00:36:20,723 ialah dia perlukan bantuan kesihatan mental. 444 00:36:20,803 --> 00:36:22,243 Perlu dimasukkan dalam program, 445 00:36:22,323 --> 00:36:25,563 supaya boleh betulkan cara pemikiran dan cara dia mentafsir orang lain. 446 00:36:25,643 --> 00:36:28,323 Kesukaran di sini adalah mencari sumber untuk membantu dia. 447 00:36:31,483 --> 00:36:33,283 Ingat, kita berdepan dengan seseorang 448 00:36:33,363 --> 00:36:36,603 yang diuruskan oleh sistem sepanjang hidup dia. 449 00:36:36,683 --> 00:36:38,803 Dia membesar dalam sistem keluarga angkat. 450 00:36:38,883 --> 00:36:42,763 Sistem itulah dianggap sebagai penjaganya 451 00:36:42,843 --> 00:36:44,083 selama ini. 452 00:36:44,163 --> 00:36:47,923 Dia tak pernah ada peluang untuk mempunyai hubungan sebenar dengan ibu bapa. 453 00:36:48,003 --> 00:36:50,123 Dia mungkin tak tahu bagaimana nak buat begitu. 454 00:36:50,203 --> 00:36:52,563 Boleh dikatakan, sistem itu telah gagal, 455 00:36:52,643 --> 00:36:55,203 dan ia berterusan sehingga menggagalkan dia. 456 00:36:55,283 --> 00:36:57,723 JILID I & II, SEJARAH AGAMA KRISTIAN 457 00:36:57,803 --> 00:36:59,203 HURAIAN KITAB INJIL 458 00:36:59,283 --> 00:37:01,363 Saya risaukan masa depan Deketrice. 459 00:37:01,443 --> 00:37:05,643 Saya tak pasti ada khidmat yang sesuai dengan keperluannya. 460 00:37:06,403 --> 00:37:08,723 Kumpulan gereja akan memberi keampunan. 461 00:37:09,883 --> 00:37:12,363 Tapi dia perlukan bimbingan profesional 462 00:37:12,443 --> 00:37:14,163 untuk berada di samping dia 463 00:37:14,243 --> 00:37:16,643 dan mengubah cara pemikiran dia. 464 00:37:27,563 --> 00:37:28,723 MELAWAT 465 00:37:30,323 --> 00:37:31,843 JIKA NAK JEMPUT BANDUAN BEBAS, 466 00:37:31,923 --> 00:37:33,563 BERHENTI DAN TUNGGU DALAM KENDERAAN. 467 00:37:41,083 --> 00:37:43,003 TIADA TELEFON BIMBIT MELEPASI BAHAGIAN INI! 468 00:37:49,603 --> 00:37:50,803 - Hai! - Hei. 469 00:37:53,203 --> 00:37:54,363 Apa perasaan awak? 470 00:37:56,043 --> 00:37:57,443 Teruja, gemuruh. 471 00:37:58,403 --> 00:38:01,963 Saya rasa bebas dalaman dan luaran. 472 00:38:02,603 --> 00:38:04,363 - Bersyukur. - Hati-hati dengan kepala. 473 00:38:05,563 --> 00:38:06,403 Gembira. 474 00:38:10,123 --> 00:38:13,323 PADA 30 NOVEMBER 2021, SELEPAS TIGA TAHUN DIPENJARAKAN, 475 00:38:13,403 --> 00:38:15,883 DEKETRICE DIBEBASKAN ATAS PERCUBAAN 476 00:38:20,643 --> 00:38:22,043 Pakai tali pinggang keledar. 477 00:38:35,683 --> 00:38:42,363 MELANGGAR SYARAT PERCUBAAN BOLEH MEMBUATKAN DEKETRICE KEMBALI KE PENJARA 478 00:38:51,843 --> 00:38:54,203 Baiklah, kita akan mula, dan kamu boleh… 479 00:38:54,283 --> 00:38:57,283 - Kita baca ayat ketiga dan keempat. - Boleh kita berdoa dulu? 480 00:38:57,363 --> 00:38:58,563 Ya, sudah tentu. 481 00:38:58,643 --> 00:39:02,603 Tuhanku, kami berdoa padamu, walaupun dalam tempoh ibadah yang singkat ini, 482 00:39:02,683 --> 00:39:04,483 kami harap dapat manfaat darinya, 483 00:39:04,563 --> 00:39:07,763 dan kamu akan dimuliakan dengan nama Jesus… 484 00:39:08,883 --> 00:39:10,763 Dia pernah cuba berubah sebelum ini. 485 00:39:11,323 --> 00:39:16,643 Tapi saya jauh lebih yakin sekarang, kerana dia nampak lebih merendah diri. 486 00:39:16,723 --> 00:39:19,083 Dia nampak lebih merendah diri sekarang. 487 00:39:20,003 --> 00:39:24,443 Sejujurnya, saya ingin mendekatkan diri kepada Tuhan. 488 00:39:24,523 --> 00:39:28,043 Saya rasa lebih kerap saya baca Bible, lebih rapat hubungan saya dengan-Nya. 489 00:39:28,123 --> 00:39:32,043 Saya rasa semuanya akan baik-baik saja dan Dia yang berkuasa. Dia mampu. 490 00:39:33,763 --> 00:39:36,523 Dee ada kasih sayang baru, dan itu mengubah hidupnya. 491 00:39:36,603 --> 00:39:39,883 Dia jatuh cinta dengan Jesus Christ. Dia mahu menggembirakannya. 492 00:39:39,963 --> 00:39:43,243 Jadi semuanya, semua kelakuannya, 493 00:39:43,323 --> 00:39:46,843 terbentuk daripada kasih sayang barunya. 494 00:39:48,363 --> 00:39:52,323 Saya sedar apabila saya buat perkara ikut cara saya, semuanya teruk. 495 00:39:52,803 --> 00:39:55,683 Apabila saya buat perkara ikut cara-Nya, semuanya teratur. 496 00:39:55,763 --> 00:40:01,043 Jadi saya perlu beringat supaya tak terlibat dalam masalah undang-undang 497 00:40:01,123 --> 00:40:03,163 dengan mematuhi perintah-Nya. 498 00:40:03,243 --> 00:40:04,843 Tidak menjadi hamba dosa, 499 00:40:04,923 --> 00:40:09,843 mentaati Dia dan berkorban segalanya demi Dia. 500 00:40:12,923 --> 00:40:16,163 DISEMBER 2021 501 00:40:18,083 --> 00:40:19,923 Saya akan jauhkan diri dari penjara. 502 00:40:21,483 --> 00:40:24,803 Saya takkan taasub dengan sesiapa lagi. 503 00:40:27,083 --> 00:40:29,923 Saya hanya mahu tenang menjalani kehidupan. 504 00:40:33,923 --> 00:40:40,323 SEBULAN SELEPAS DIBEBASKAN, DEKETRICE MEMATUHI SYARAT PERCUBAANNYA 505 00:40:42,963 --> 00:40:47,723 Saya takkan tersasar lagi. Saya telah menjauhi semua kawan lama. 506 00:40:47,803 --> 00:40:51,163 Saya menjauhi alkohol. 507 00:40:52,043 --> 00:40:53,683 Saya menjauhi wanita. 508 00:40:55,803 --> 00:41:02,603 Lebih baik fokus pada diri sendiri, membentuk kehidupan lebih baik. 509 00:41:04,043 --> 00:41:05,203 Saya dah bekerja. 510 00:41:05,923 --> 00:41:07,883 Saya pelayan di Mexican Villa. 511 00:41:08,883 --> 00:41:11,123 Semuanya berjalan lancar. 512 00:41:14,323 --> 00:41:16,723 Saya selalu rasa saya kehilangan sesuatu 513 00:41:17,203 --> 00:41:19,123 sebab saya membesar tanpa perhatian. 514 00:41:19,203 --> 00:41:21,323 Saya hanya diberi perhatian apabila buat jahat, 515 00:41:21,403 --> 00:41:26,163 dan saya rasa saya dah jumpa apa yang hilang itu. 516 00:41:26,643 --> 00:41:28,803 Ia sentiasa dalam hati saya. Saya temui Jesus. 517 00:41:32,083 --> 00:41:34,003 Berdosa menjadi homoseksual. 518 00:41:36,563 --> 00:41:38,323 Awak nampak obsesi 519 00:41:38,403 --> 00:41:41,083 dan seksualiti awak ialah dua perkara berbeza? 520 00:41:41,163 --> 00:41:43,683 Sebenarnya tak salah menjadi homoseksual? 521 00:41:46,283 --> 00:41:49,323 Saya tak rasa ia salah, tapi salah di sisi Tuhan. 522 00:41:49,403 --> 00:41:52,883 Tak kisah apa saya rasa. Perintah Tuhan yang penting. 523 00:41:52,963 --> 00:41:56,803 Saya gembira jika dapat berkahwin dengan wanita, tapi… 524 00:41:57,563 --> 00:42:01,243 Tuhan tak menyukainya, saya perlu patuh perintah Tuhan. 525 00:42:10,043 --> 00:42:12,523 ENAM BULAN KEMUDIAN 526 00:42:14,483 --> 00:42:17,083 WALAUPUN MELANGGAR SYARAT PERCUBAANNYA 527 00:42:17,163 --> 00:42:20,643 DENGAN KESALAHAN MEMANDU SEMASA MABUK, DEKETRICE KEKAL BEBAS DARI PENJARA 528 00:42:21,643 --> 00:42:25,043 DIA TELAH KELUAR DARIPADA KUMPULAN GEREJANYA 529 00:42:25,123 --> 00:42:29,043 DAN SEDANG MENJALINKAN HUBUNGAN BARU DENGAN WANITA LAIN