1 00:00:09,003 --> 00:00:11,003 Bila lihat semula pengalaman lalu, 2 00:00:11,683 --> 00:00:16,603 mungkin ada beberapa perkara yang saya patut lihat secara berbeza. 3 00:00:19,883 --> 00:00:25,003 Pada ketika ini, saya mungkin ada buat panggilan 50 atau seratus kali, 4 00:00:26,163 --> 00:00:31,683 tapi panggilan tersebut tak dilakukan dalam bentuk ancaman atau berbahaya. 5 00:00:32,643 --> 00:00:35,123 SETIAP TAHUN, ADA LEBIH DARIPADA TIGA JUTA 6 00:00:35,203 --> 00:00:37,643 KEJADIAN MENGHENDAP DI AMERIKA SYARIKAT 7 00:00:40,443 --> 00:00:43,883 Mereka kata rumah dipecah masuk, dan saya yang lakukannya. 8 00:00:45,043 --> 00:00:46,923 Tiada saksi pun. 9 00:00:48,003 --> 00:00:50,843 Awak menipu saja. 10 00:00:51,443 --> 00:00:57,403 KURANG DARI 15% KES TERSEBUT BERJAYA DIDAKWA 11 00:01:01,123 --> 00:01:05,003 Setiap hari, saya terima terlalu banyak panggilan telefon. 12 00:01:05,683 --> 00:01:07,083 Diikuti. 13 00:01:08,443 --> 00:01:13,043 Tak tahu bila dia akan muncul adalah sangat meresahkan. 14 00:01:18,963 --> 00:01:23,043 Tak nampak apa pengakhirannya atau jika ia akan berakhir. 15 00:01:25,603 --> 00:01:27,083 Saya sangat takut. 16 00:01:32,083 --> 00:01:35,843 SEBUAH SIRI NETFLIX 17 00:01:36,923 --> 00:01:40,843 Saya lebih rela digelar pembunuh daripada penghendap, faham tak? 18 00:01:44,963 --> 00:01:50,403 Saya nak dia rasa tekanan kerana diperhatikan. 19 00:01:51,883 --> 00:01:53,803 Sesiapa saja boleh jadi penghendap. 20 00:01:55,243 --> 00:01:56,923 Semuanya mengarut saja. 21 00:01:58,683 --> 00:02:00,363 Saya masih gila begitu… 22 00:02:05,243 --> 00:02:09,683 PETANDA BAHAYA 23 00:02:14,723 --> 00:02:17,843 UNIT ALFRED D. HUGHES GATESVILLE, TEXAS 24 00:02:17,923 --> 00:02:20,883 NEGERI TEXAS JABATAN KEADILAN JENAYAH 25 00:02:44,323 --> 00:02:46,203 Nama saya David Anthony McGee, 26 00:02:47,123 --> 00:02:52,923 dan saya dipenjarakan di atas jenayah menghendap. 27 00:02:53,403 --> 00:02:55,883 Ia dipanggil jenayah menghendap di Texas. 28 00:02:59,003 --> 00:03:03,683 PADA 2011, DAVID MCGEE DIDAKWA ATAS TUDUHAN MENGHENDAP BEKAS KEKASIHNYA 29 00:03:08,763 --> 00:03:13,003 DIA MENAFIKAN SEMUA TUDUHAN TERSEBUT 30 00:03:17,043 --> 00:03:19,283 Adakah saya patut berada di sini? 31 00:03:20,603 --> 00:03:22,803 Hanya Tuhan saja yang tahu. 32 00:03:23,523 --> 00:03:28,523 Sebab tiada perkara dalam hidup ini berlaku secara kebetulan. 33 00:03:42,083 --> 00:03:47,003 DAVID MCGEE DIBESARKAN DI DALLAS, TEXAS 34 00:03:50,443 --> 00:03:54,963 Saya dibesarkan dalam kehidupan yang normal, seperti orang lain. 35 00:03:55,883 --> 00:04:00,323 Pergi ke gereja, pergi ke sekolah, bermain sukan. 36 00:04:01,163 --> 00:04:04,643 Semua orang berkumpul untuk makan malam bersama-sama. 37 00:04:04,723 --> 00:04:06,763 Bila berbual dengan orang lain, 38 00:04:06,843 --> 00:04:12,083 mereka sangka saya datang daripada keluarga yang susah, atau… 39 00:04:12,163 --> 00:04:14,643 Perkara dungu sebegitu. 40 00:04:14,723 --> 00:04:17,723 Itu tak benar. 41 00:04:24,923 --> 00:04:27,843 Saya mula buat tugasan berbeza 42 00:04:27,923 --> 00:04:31,323 untuk Gereja Kristian Protestan sewaktu saya berumur 18. 43 00:04:31,923 --> 00:04:37,443 Pada lewat 20-an, munculnya satu peluang apabila ada seseorang bertanya pada saya 44 00:04:37,523 --> 00:04:41,043 jika saya nak jadi paderi muda, dan saya terima tawaran itu. 45 00:04:43,883 --> 00:04:47,003 Sepanjang saya berkhidmat sebagai paderi, 46 00:04:47,083 --> 00:04:52,283 fokus utama saya adalah untuk memberi manfaat kepada seseorang. 47 00:04:55,243 --> 00:04:58,323 APABILA MCGEE BERUMUR 31 TAHUN, 48 00:04:58,403 --> 00:05:03,003 DIA BERTEMU SEORANG WANITA DI FARMASI TEMPATAN 49 00:05:07,123 --> 00:05:10,363 Saya ada di dalam farmasi. Dia pun ada di dalam farmasi. 50 00:05:10,443 --> 00:05:12,843 Kami berselisih di laluan. 51 00:05:14,123 --> 00:05:17,603 Kami pun mula berbual. 52 00:05:19,123 --> 00:05:22,083 Dia pun cakap, "Ya, saya boleh datang." 53 00:05:22,163 --> 00:05:25,083 "Biar saya tukar pakaian dulu." Saya pun, "Okey." 54 00:05:25,683 --> 00:05:28,123 Itulah pertama kali kami berjumpa. 55 00:05:28,803 --> 00:05:34,243 Hanya seorang wanita yang saya kenal di dalam kedai ubat. 56 00:05:34,323 --> 00:05:37,083 Saya tak harapkan apa-apa. 57 00:06:02,203 --> 00:06:03,883 Nama saya Charmeka. 58 00:06:04,963 --> 00:06:07,523 Saya berasal dari Dallas, Texas. 59 00:06:09,723 --> 00:06:13,323 Pada 2009, saya wanita bujang 60 00:06:13,963 --> 00:06:17,003 bekerja sebagai pengurus unit bersekutu 61 00:06:17,083 --> 00:06:19,803 di sebuah Klinik HIV di Daerah Dallas. 62 00:06:23,923 --> 00:06:25,563 FARMASI CVS FARMASI PANDU LALU 63 00:06:25,643 --> 00:06:27,563 SUNTIKAN DEMAM SELESEMA PERCUMA HARI INI! 64 00:06:27,643 --> 00:06:31,723 Pergelangan kaki saya terseliuh, jadi saya singgah di CVS. 65 00:06:32,563 --> 00:06:34,563 Di sanalah saya bertemu David. 66 00:06:36,083 --> 00:06:37,763 Mengambil ubat tahan sakit. 67 00:06:39,363 --> 00:06:42,763 Saya bukan seseorang yang cepat suka, tapi… 68 00:06:44,723 --> 00:06:47,163 dia cakap sesuatu, saya tak ingat sangat, 69 00:06:47,243 --> 00:06:48,803 tapi kelakar bagi saya. 70 00:06:48,883 --> 00:06:51,643 Kami mula bertukar nombor dari situ. 71 00:06:55,643 --> 00:06:59,683 Janji temu pertama, kami keluar makan di restoran stik di bandar. 72 00:07:01,763 --> 00:07:04,363 Dia kelakar, perbualan kami menyeronokkan, 73 00:07:04,443 --> 00:07:06,003 suka muzik yang sama. 74 00:07:06,083 --> 00:07:08,203 Perkara itu menarik buat saya. 75 00:07:09,283 --> 00:07:13,083 Saya nak katakan, pada waktu itu, 76 00:07:13,163 --> 00:07:15,443 dia seorang paderi. 77 00:07:15,523 --> 00:07:18,083 Saya sangat mendalami agama saya, 78 00:07:18,163 --> 00:07:21,723 gereja, dan itu antara sebab lain saya tertarik pada dia. 79 00:07:24,043 --> 00:07:28,003 Saya ada beritahu dia saya tak berniat untuk menjalinkan hubungan. 80 00:07:28,563 --> 00:07:32,643 Saya tak mahukan apa-apa seperti hubungan jangka panjang, 81 00:07:33,323 --> 00:07:36,923 Tapi dia okey untuk menjalinkan persahabatan. 82 00:07:41,283 --> 00:07:43,643 Pada mulanya dia nampak tenang. 83 00:07:43,723 --> 00:07:45,803 Tiada sebarang tekanan. 84 00:07:45,883 --> 00:07:48,683 Kami boleh keluar makan, berbual dan sebagainya, 85 00:07:48,763 --> 00:07:51,283 tapi dia tak kisah menjadi sekadar kawan. 86 00:07:55,603 --> 00:07:58,203 BEBERAPA BULAN BERIKUTNYA, CHARMEKA DAN DAVID 87 00:07:58,283 --> 00:08:00,283 KELUAR BERJANJI TEMU BEBERAPA KALI 88 00:08:02,403 --> 00:08:05,923 Ada beberapa malam dia ajak berjumpa. 89 00:08:06,003 --> 00:08:08,603 Dia akan minum wain 90 00:08:08,683 --> 00:08:13,043 dan teman saya makan, dan kami akan berbual. 91 00:08:13,123 --> 00:08:14,803 Secara peribadi, saya tidak… 92 00:08:15,483 --> 00:08:20,323 Saya jarang guna perkataan "janji temu". 93 00:08:20,403 --> 00:08:24,043 Saya tak faham konsep makan dan minum bersama-sama, 94 00:08:24,123 --> 00:08:28,083 cuba memikat mereka, menghabiskan duit supaya mereka bersama awak. 95 00:08:28,163 --> 00:08:31,963 Saya tak faham cara pemikiran sebegitu. 96 00:08:34,403 --> 00:08:37,043 Dia jemput saya datang ke tempat tinggal dia. 97 00:08:38,763 --> 00:08:43,483 Itu adalah malam pertama kami buat perkara orang dewasa. 98 00:08:45,283 --> 00:08:50,123 Perbuatan intim di antara orang dewasa. 99 00:08:54,083 --> 00:08:56,883 Seseorang jemput awak ke rumah mereka 100 00:08:56,963 --> 00:08:59,443 dan tubuh mereka pada masa yang sama, 101 00:08:59,523 --> 00:09:02,963 saya anggap ada sesuatu antara kami. 102 00:09:12,123 --> 00:09:15,763 Dari segi keadaan berubah menjadi tak baik, 103 00:09:15,843 --> 00:09:18,883 atau saya mula nampak sesuatu yang tak kena, 104 00:09:18,963 --> 00:09:24,843 mungkin berlaku pada bulan kedua atau ketiga. 105 00:09:26,763 --> 00:09:29,043 Dia menjadi lebih mengongkong. 106 00:09:29,123 --> 00:09:32,403 Seperti, "Hubungi saya bila awak sampai." 107 00:09:32,483 --> 00:09:33,963 "Mesej saya bila awak sampai." 108 00:09:34,043 --> 00:09:36,163 Itu merimaskan saya. 109 00:09:37,043 --> 00:09:40,403 Saya tak nak beritahu awak setiap pergerakan saya. 110 00:09:40,483 --> 00:09:42,283 Ia menjadi satu masalah. 111 00:09:44,883 --> 00:09:48,083 Dia akan kata saya curang. Dia akan tuduh saya. 112 00:09:48,163 --> 00:09:50,083 "Tak mungkin boleh berkawan saja." 113 00:09:50,163 --> 00:09:51,803 Saya kata, "Saya boleh." 114 00:09:51,883 --> 00:09:54,683 "Ada beberapa orang yang hanya kawan saya saja." 115 00:09:55,603 --> 00:09:59,803 Ada suatu ketika, saya keluar dengan kawan perempuan saya, 116 00:10:00,483 --> 00:10:02,323 dia tiba-tiba muncul di situ. 117 00:10:03,083 --> 00:10:04,443 Tak boleh begitu, 118 00:10:04,523 --> 00:10:08,403 sebab awak dah melampaui batas. 119 00:10:08,483 --> 00:10:12,963 Bila fikir balik, saya sepatutnya terus putuskan saja. 120 00:10:26,363 --> 00:10:27,603 4 JULAI 2009 121 00:10:27,683 --> 00:10:31,203 PADA HARI KEMERDEKAAN TAHUN 2009, MCGEE TIBA-TIBA MUNCUL 122 00:10:31,283 --> 00:10:33,403 DI LUAR RUMAH IBU BAPA CHARMEKA 123 00:10:39,843 --> 00:10:42,243 Ada satu insiden pada hari kemerdekaan. 124 00:10:44,123 --> 00:10:46,523 Dia tak jawab panggilan telefon, tak balas mesej. 125 00:10:48,683 --> 00:10:50,803 Saya pergi ke lorong rumah ibu dia, 126 00:10:50,883 --> 00:10:53,483 dan kereta dia ada di depan rumah ibu dia. 127 00:10:54,643 --> 00:10:56,763 Mereka berborak di laman depan. 128 00:10:57,243 --> 00:10:59,483 Jadi saya pun pergi dari situ. 129 00:10:59,563 --> 00:11:03,763 Dia nampak okey saja. Dia akan hubungi atau mesej bila dia bersedia. 130 00:11:03,843 --> 00:11:04,763 Saya pun pergi. 131 00:11:05,723 --> 00:11:08,683 Mereka kata saya memandu secara mencurigakan, 132 00:11:08,763 --> 00:11:13,083 dan itu buat dia takut, kerana saya memandu secara mencurigakan. 133 00:11:13,163 --> 00:11:15,043 Saya mengekorinya. 134 00:11:15,123 --> 00:11:17,403 Mungkin saya kena berhenti, keluar dan kata, 135 00:11:17,483 --> 00:11:19,123 "Saya nak lihat keadaan awak." 136 00:11:19,203 --> 00:11:21,963 Tapi saya berlalu pergi saja. 137 00:11:27,243 --> 00:11:29,483 Saya dan ibu sedang duduk di beranda. 138 00:11:31,403 --> 00:11:34,243 Dia melintasi rumah ibu bapa saya perlahan-lahan. 139 00:11:35,323 --> 00:11:37,123 Jika saya cakap saya di rumah ibu bapa, 140 00:11:37,203 --> 00:11:40,243 kenapa awak nak datang perhatikan saya? 141 00:11:43,043 --> 00:11:45,603 Itu dah buat saya hilang sabar. 142 00:11:46,483 --> 00:11:47,883 Saya dah hilang sabar. 143 00:11:53,403 --> 00:11:54,243 2009 OGOS 144 00:11:54,323 --> 00:11:57,883 SELEPAS LIMA BULAN BERSAMA, CHARMEKA PUTUSKAN UNTUK MENAMATKAN HUBUNGAN ITU 145 00:12:02,043 --> 00:12:05,483 Bila saya nampak petanda bahaya, tak susah untuk saya kata, 146 00:12:05,563 --> 00:12:08,203 "Hei, hubungan ini tak boleh diteruskan." 147 00:12:09,203 --> 00:12:11,083 "Ia tak boleh diteruskan." 148 00:12:12,123 --> 00:12:13,443 Itu buat dia marah. 149 00:12:14,123 --> 00:12:17,283 Tak boleh cakap nak mengakhiri hubungan dengan dia, 150 00:12:17,363 --> 00:12:20,043 nak teruskan hidup dan buat perkara lain. 151 00:12:22,843 --> 00:12:26,843 PADA HARI CHARMEKA MEMUTUSKAN HUBUNGAN DENGAN MCGEE, 152 00:12:26,923 --> 00:12:29,443 DIA MENGEJAR CHARMEKA DENGAN KERETA 153 00:12:34,243 --> 00:12:35,923 Saya masuk ke dalam kereta. 154 00:12:36,003 --> 00:12:37,923 Pada mulanya dia mengekori saya. 155 00:12:38,763 --> 00:12:43,043 Kemudian dia pintas saya di jalan 34, di mana had laju ialah 70 156 00:12:43,123 --> 00:12:47,043 dan terus menekan brek di tengah-tengah jalan di depan saya. 157 00:12:51,043 --> 00:12:52,723 Saya hampir terlanggar dia. 158 00:12:52,803 --> 00:12:57,803 Nasib baik, saya berjaya membelok dan tiada kenderaan lain yang datang. 159 00:12:58,403 --> 00:13:02,323 Dan apabila saya pintas dia, mata dia seperti, 160 00:13:02,843 --> 00:13:04,243 "Saya benci awak." 161 00:13:07,043 --> 00:13:11,403 Bagi saya, itu menakutkan sebab awak dah membahayakan hidup saya. 162 00:13:21,283 --> 00:13:26,923 4 OGOS 2009 MALAM ITU, DAVID PERGI KE RUMAH CHARMEKA 163 00:13:31,723 --> 00:13:34,483 Saya nak ambil barang saya di rumah dia. 164 00:13:34,563 --> 00:13:38,043 Saya sampai di sana, tiba-tiba, dia tak benarkan saya ambil. 165 00:13:40,403 --> 00:13:44,323 Saya dan dia bertengkar, 166 00:13:44,403 --> 00:13:48,483 dia nak saya pergi, tapi tak benarkan saya ambil barang saya. 167 00:13:49,483 --> 00:13:52,163 Saya rasa meluat sangat, 168 00:13:52,243 --> 00:13:55,123 "Perempuan ini sangat dungu." 169 00:13:55,203 --> 00:13:58,323 Tapi pada masa yang sama, saya malas nak layan. 170 00:14:04,083 --> 00:14:06,363 Dia tak nak pergi ke mana-mana. 171 00:14:06,443 --> 00:14:07,923 Saya suruh dia pergi. 172 00:14:08,003 --> 00:14:11,683 Kalau tak pergi, saya akan hubungi polis. 173 00:14:11,763 --> 00:14:14,603 Apabila saya cakap saya nak hubungi polis, 174 00:14:14,683 --> 00:14:17,963 dia tolak saya, ada almari di sini, 175 00:14:18,043 --> 00:14:21,563 masuk ke bilik saya dan merentap perabot di dalam bilik, 176 00:14:21,643 --> 00:14:23,363 dan tolak saya semasa keluar. 177 00:14:26,443 --> 00:14:30,523 Saya tak pernah dikasari dalam hubungan. 178 00:14:32,563 --> 00:14:35,403 Ditolak ke dinding sebegitu dan telefon direntap, 179 00:14:35,963 --> 00:14:37,963 semua barang di atas meja pecah, 180 00:14:38,043 --> 00:14:42,003 saya tak pernah kena begitu, jadi ia situasi yang sangat menakutkan. 181 00:14:47,683 --> 00:14:49,923 Saya tiada di situ semasa polis tiba, 182 00:14:50,003 --> 00:14:55,443 jadi saya tak tahu bila dia hubungi polis. 183 00:14:55,523 --> 00:15:01,483 Tapi polis datang dan buat laporan berdasarkan kata-kata dia. 184 00:15:05,043 --> 00:15:11,083 SEJURUS SELEPAS ITU, MCGEE DITAHAN DAN DITUDUH MELAKUKAN SERANGAN 185 00:15:16,123 --> 00:15:21,763 LAPAN HARI KEMUDIAN, MCGEE DIBEBASKAN KERANA KEKURANGAN BUKTI 186 00:15:21,843 --> 00:15:23,883 BALAI POLIS 187 00:15:25,843 --> 00:15:29,283 Harapan saya ialah apabila dia tahu pihak polis terlibat, 188 00:15:29,363 --> 00:15:30,603 dia akan berhenti. 189 00:15:31,283 --> 00:15:32,283 POLIS DUNCANVILLE 190 00:15:32,363 --> 00:15:33,963 Tapi tak begitu. 191 00:15:35,883 --> 00:15:37,523 Ia tak berhenti. 192 00:15:38,123 --> 00:15:39,843 Ia tak berhenti. 193 00:15:46,563 --> 00:15:48,643 Dia hubungi saya sepanjang hari. 194 00:15:48,723 --> 00:15:51,683 Jika saya sekat satu nombor, dia guna nombor lain. 195 00:15:51,763 --> 00:15:54,763 Selepas sekat semua nombor, akan ada e-mel pula. 196 00:15:54,843 --> 00:15:58,683 Dia akan muncul di tempat kerja saya beberapa kali, di waktu pagi. 197 00:16:00,123 --> 00:16:03,523 Saya tak pernah ada masalah, sekarang awak merisikokan kerja saya 198 00:16:03,603 --> 00:16:08,843 sebab saya tak tahu jika awak nak datang dan buat sesuatu pada saya 199 00:16:09,523 --> 00:16:11,003 atau rakan sekerja saya. 200 00:16:11,083 --> 00:16:12,443 Ia sangat menakutkan. 201 00:16:15,763 --> 00:16:20,323 Saya tukar waktu saya pergi kerja, 202 00:16:20,403 --> 00:16:21,843 laluan ke tempat kerja. 203 00:16:22,963 --> 00:16:24,603 Saya pergi ke gim. 204 00:16:25,283 --> 00:16:27,643 Dia akan datang ke tempat letak kereta. 205 00:16:28,643 --> 00:16:30,643 Dia akan hubungi saya waktu pagi. 206 00:16:30,723 --> 00:16:33,843 "Awak nampak cantik. Saya suka awak pakai warna itu." 207 00:16:34,483 --> 00:16:38,043 Saya akan melihat-lihat tempat letak kereta mencari dia. 208 00:16:38,123 --> 00:16:40,803 Ia berlaku banyak hari. 209 00:16:40,883 --> 00:16:45,043 Saya pernah rasa putus asa, dan bergelut 210 00:16:45,123 --> 00:16:49,443 hanya untuk bangun pagi sebab saya rasa penat dan takut. 211 00:16:49,923 --> 00:16:52,243 SETELAH BERBULAN-BULAN DIGANGGU, 212 00:16:52,323 --> 00:16:56,763 CHARMEKA MENDAPATKAN PERINTAH PERLINDUNGAN TERHADAP MCGEE 213 00:17:03,523 --> 00:17:06,843 MCGEE DILARANG UNTUK BERHUBUNG DENGAN CHARMEKA 214 00:17:06,923 --> 00:17:12,243 TETAPI DIA TETAP MENGHUBUNGI CHARMEKA 215 00:17:16,643 --> 00:17:18,723 Saya mohon sekali lagi. 216 00:17:19,283 --> 00:17:20,923 Berhenti menghubungi saya. 217 00:17:23,443 --> 00:17:25,523 Ada perintah perlindungan, bukan? 218 00:17:28,323 --> 00:17:32,043 Jika awak tak berhenti hubungi saya, saya akan hubungi polis. 219 00:17:36,523 --> 00:17:37,403 Hello? 220 00:17:37,483 --> 00:17:40,923 Saya harap dapat lihat awak menari memakai seluar pendek. 221 00:17:41,403 --> 00:17:42,483 David. 222 00:17:43,123 --> 00:17:45,643 Jangan hubungi saya pada pukul dua pagi. 223 00:17:47,283 --> 00:17:48,683 Tolong berhenti. 224 00:17:50,043 --> 00:17:52,043 BERHENTI 225 00:17:54,963 --> 00:17:57,843 Pada ketika ini, saya ada telefon. 226 00:17:57,923 --> 00:18:00,403 Saya mungkin telefon 50 atau seratus kali. 227 00:18:02,563 --> 00:18:05,243 Polis meletakkan perintah larangan sementara, 228 00:18:05,323 --> 00:18:06,683 maklumkan dia mengenainya. 229 00:18:06,763 --> 00:18:08,083 Saya tak tahu. 230 00:18:10,323 --> 00:18:14,203 Sejak dari awal lagi, saya beritahu peguam saya, 231 00:18:14,283 --> 00:18:17,763 "Saya menghubungi berulang kali." 232 00:18:18,963 --> 00:18:22,683 "Okey, saya akan terima kesalahan untuk gangguan kecil." 233 00:18:22,763 --> 00:18:23,843 "Menghendap? Tidak." 234 00:18:23,923 --> 00:18:26,803 "Orang ini tak berada dalam bahaya. Bahaya apa?" 235 00:18:29,763 --> 00:18:33,003 SELEPAS BEBERAPA MINGGU MENGGANGGU MELALUI PANGGILAN TELEFON, 236 00:18:33,083 --> 00:18:35,003 MCGEE MENYASARKAN RUMAH CHARMEKA 237 00:18:41,043 --> 00:18:43,523 Beberapa perkara berlaku di rumah saya. 238 00:18:45,243 --> 00:18:48,523 Ada kesan tayar kereta di mana dia memandu melintasi laman saya… 239 00:18:48,603 --> 00:18:50,323 GAMBAR POLIS 240 00:18:50,403 --> 00:18:52,203 …dan langgar garaj saya. 241 00:18:54,523 --> 00:18:56,283 Pintu depan saya ditendang. 242 00:18:56,963 --> 00:19:01,643 Tingkap dipecahkan dan pelindung ditarik daripada tingkap. 243 00:19:03,083 --> 00:19:05,683 Saya pasti David yang melakukannya. 244 00:19:08,043 --> 00:19:12,163 Saya dah tak tahu bagaimana nak halang dia, saya dah tak berdaya. 245 00:19:12,243 --> 00:19:16,003 Saya rasa dia memang takkan berhenti mengganggu saya. 246 00:19:17,723 --> 00:19:19,883 Ia buat saya rasa takut, 247 00:19:19,963 --> 00:19:25,203 dan fikir, sejauh mana perbuatannya itu? 248 00:19:30,683 --> 00:19:35,043 Ada tuduhan berdasarkan tekaan, 249 00:19:35,123 --> 00:19:36,843 dan melukis gambar. 250 00:19:36,923 --> 00:19:41,443 Mereka kata pintu garaj telah dilanggar. 251 00:19:41,523 --> 00:19:44,323 Mereka kata tingkap dipecahkan. Mereka kata… 252 00:19:44,403 --> 00:19:46,363 Macam-macam berlaku. 253 00:19:46,443 --> 00:19:48,523 Tiada saksi pun. 254 00:19:48,603 --> 00:19:52,323 Mereka cuma kata rumah dipecah masuk, dan saya yang lakukannya. 255 00:19:52,403 --> 00:19:56,883 Jadi, rumah dipecah masuk. Apa yang hilang? Tiada apa hilang. 256 00:19:56,963 --> 00:20:00,643 Seseorang pecah masuk melalui pintu depan dan pergi. 257 00:20:01,483 --> 00:20:03,283 Faham apa saya cuba sampaikan? 258 00:20:04,043 --> 00:20:06,483 Semuanya mengarut saja. 259 00:20:29,603 --> 00:20:31,843 SEPANJANG OGOS 2009, 260 00:20:31,923 --> 00:20:36,483 POLIS KERAP DIPANGGIL KE KEDIAMAN CHARMEKA 261 00:20:39,323 --> 00:20:41,083 Nama saya Michael Jones, 262 00:20:42,123 --> 00:20:46,843 saya bertugas di Jabatan Polis Duncanville sebagai pegawai peronda. 263 00:20:51,323 --> 00:20:56,283 Saya ingat lagi ada menerima panggilan kemungkinan pecah masuk rumah. 264 00:20:57,123 --> 00:20:59,603 Kami tak pasti itu pecah masuk atau perbuatan jenayah. 265 00:20:59,683 --> 00:21:01,723 Ada kerosakan di pintu belakang 266 00:21:01,803 --> 00:21:04,123 dan salah satu tingkap di rumah itu. 267 00:21:06,043 --> 00:21:08,483 Setiap kali menerima panggilan sebegini, 268 00:21:08,563 --> 00:21:11,483 perlu sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan. 269 00:21:11,563 --> 00:21:13,443 Situasi terburuk. 270 00:21:27,843 --> 00:21:29,963 Pertama kali saya sampai ke rumah itu, 271 00:21:30,803 --> 00:21:32,243 dah ada panggilan sebelumnya. 272 00:21:32,323 --> 00:21:35,803 Kemungkinan keganasan rumah tangga, 273 00:21:35,883 --> 00:21:38,123 yang kami terima baru-baru ini. 274 00:21:41,483 --> 00:21:44,043 Kami nampak Charmeka, tunggu di luar 275 00:21:44,563 --> 00:21:47,003 sementara kami memeriksa rumah itu. 276 00:21:48,683 --> 00:21:54,123 Kami dapati pintu belakang di sebalik pagar ini telah rosak. 277 00:21:55,043 --> 00:21:58,003 Ia ditendang. Ada penceroboh masuk ke dalam rumah 278 00:21:58,083 --> 00:21:59,683 atau cuba pecah masuk. 279 00:22:02,043 --> 00:22:07,523 Bagi dia, dia tahu itu adalah cara David McGee, penghendap dia, 280 00:22:07,603 --> 00:22:10,843 memberitahu Charmeka yang dia ada berhampiran dan takkan lepaskan dia. 281 00:22:17,683 --> 00:22:22,483 Kesan tayar dan kerosakan harta saja sukar untuk membuktikan 282 00:22:22,563 --> 00:22:24,163 ia sebagai kes menghendap. 283 00:22:24,923 --> 00:22:29,083 Bukti sahih kerosakan harta benda diperlukan 284 00:22:29,763 --> 00:22:34,843 atau kecederaan di tubuh badan Charmeka supaya boleh dikaitkan dengan dia. 285 00:22:39,723 --> 00:22:44,243 Salah seorang jiran pernah berbual dengan McGee 286 00:22:44,323 --> 00:22:49,043 di kediaman ini, dan ia agak membimbangkan. 287 00:22:50,123 --> 00:22:53,243 En. McGee pernah tanya tentang undang-undang senjata. 288 00:22:54,123 --> 00:22:57,403 Ini berlaku pada awal pagi. 289 00:22:57,483 --> 00:23:00,843 Di pagi hari, awak datang untuk memeriksa rumah, 290 00:23:00,923 --> 00:23:04,483 ada orang tak dikenali sedang terhendap-hendap, 291 00:23:04,563 --> 00:23:07,763 dan tiba-tiba, tanya tentang undang-undang senjata api. 292 00:23:08,483 --> 00:23:12,683 Bagi saya, itu petanda bahaya, dan sesuatu yang penting 293 00:23:12,763 --> 00:23:16,483 di mana saya rasa takut untuk dia dan nyawa dia. 294 00:23:17,083 --> 00:23:19,403 Tapi saya tak mampu buat apa-apa pada waktu ini. 295 00:23:22,723 --> 00:23:25,323 WALAUPUN DENGAN KEBIMBANGAN PEGAWAI JONES, 296 00:23:25,403 --> 00:23:30,763 TIADA BUKTI FIZIKAL YANG BOLEH MENGAITKAN MCGEE DENGAN SEBARANG PERBUATAN JENAYAH 297 00:23:40,323 --> 00:23:43,203 Dia pandai mencari masa 298 00:23:43,283 --> 00:23:47,683 dan mereka gagal menangkap dia semasa melakukan perbuatan tersebut. 299 00:23:51,923 --> 00:23:54,123 Saya tak boleh melindungi diri saya. 300 00:23:54,883 --> 00:24:00,603 Apabila pihak polis juga tak dapat melindungi saya, 301 00:24:01,603 --> 00:24:03,043 ia sangat menakutkan. 302 00:24:03,123 --> 00:24:07,243 Sebagai seorang mangsa, saya hanya mahu ia dihentikan. 303 00:24:10,123 --> 00:24:13,643 Masa berlalu dan tiada apa berlaku, dia jadi semakin berani. 304 00:24:13,723 --> 00:24:16,723 Ia jadi, "Saya akan rosakkan tingkap." 305 00:24:16,803 --> 00:24:19,803 "Saya akan semakin kerap menghubungi dia." 306 00:24:19,883 --> 00:24:24,483 "Saya akan muncul di gim pada hari Isnin, Selasa dan Rabu, 307 00:24:24,563 --> 00:24:26,683 bukan Isnin saja." 308 00:24:27,483 --> 00:24:29,683 Semuanya bertambah teruk. 309 00:24:35,403 --> 00:24:37,323 Dia akan hantar mesej tertulis, 310 00:24:37,403 --> 00:24:41,243 "Hei, awak perlu hidupkan lampu beranda, untuk keselamatan." 311 00:24:41,323 --> 00:24:44,883 Ada juga mesej dan panggilan, 312 00:24:44,963 --> 00:24:48,843 "Pergi ke tepi tingkap. Saya mahu lihat awak." 313 00:24:48,923 --> 00:24:52,763 Ada juga beberapa ancaman terhadap harta keluarga saya, 314 00:24:53,643 --> 00:24:55,083 orang yang saya sayang. 315 00:24:55,163 --> 00:24:57,643 Ia situasi yang sangat mencabar. 316 00:24:59,283 --> 00:25:01,563 Saya tak tahu apa yang akan berlaku seterusnya. 317 00:25:04,723 --> 00:25:10,403 KELAKUAN MCGEE MENJADI BERTAMBAH TERUK 318 00:25:14,443 --> 00:25:17,043 Ada suatu hari dia muncul di beranda saya 319 00:25:17,123 --> 00:25:20,203 dengan gambar saya yang saya tak tahu dia miliki. 320 00:25:23,643 --> 00:25:29,843 Dia berdiri di pintu saya, melakukan perbuatan seksual pada dirinya 321 00:25:29,923 --> 00:25:33,803 dan mengerang sambil memegang gambar saya di tangannya. 322 00:25:47,603 --> 00:25:51,883 Pada saat itulah saya putuskan saya perlu pindah ke rumah ibu bapa saya. 323 00:25:52,403 --> 00:25:55,203 Saya dah tak nampak cara lain, 324 00:25:55,843 --> 00:25:57,843 sebab saya tak rasa selamat lagi. 325 00:26:00,483 --> 00:26:04,563 Sangat menakutkan, tapi saya tahu ayah saya akan melindungi saya 326 00:26:04,643 --> 00:26:09,243 walaupun pihak polis dan sistem keadilan tak mampu buat begitu. 327 00:26:11,003 --> 00:26:14,683 Sebab itulah saya gelar dia wira pertama saya. 328 00:26:15,763 --> 00:26:18,483 …kerja hari ini. 329 00:26:21,883 --> 00:26:25,603 Apabila saya dapat tahu bagaimana dia dilayan, 330 00:26:25,683 --> 00:26:31,083 saya mula teringat beberapa perbualan saya dengan lelaki itu. 331 00:26:31,603 --> 00:26:37,803 Saya nampak dia seseorang yang mahukan lebih daripada sekadar bercinta. 332 00:26:38,323 --> 00:26:44,043 Dia cuba untuk mengasingkan Charmeka daripada keluarganya. 333 00:26:44,123 --> 00:26:45,883 Terutamanya pada ketika itu. 334 00:26:45,963 --> 00:26:48,723 Kami selalu berkumpul, 335 00:26:49,243 --> 00:26:53,643 dan dia sentiasa cuba menjauhkan Charmeka. 336 00:26:55,563 --> 00:27:01,363 Apabila saya sedar situasi menjadi semakin kasar, mengancam dia, 337 00:27:01,443 --> 00:27:04,683 menelefon dia dengan kerap sepanjang malam, 338 00:27:04,763 --> 00:27:06,323 ia sukar dipercayai. 339 00:27:10,523 --> 00:27:14,683 Saya nak melindungi dia. 340 00:27:15,883 --> 00:27:19,243 Saya risau Charmeka boleh mati pada bila-bila masa saja. 341 00:27:20,283 --> 00:27:22,283 Saya rasa nyawa dia dalam bahaya. 342 00:27:25,403 --> 00:27:29,443 WALAUPUN CHARMEKA TELAH BERPINDAH DENGAN KELUARGANYA, 343 00:27:29,523 --> 00:27:33,443 MCGEE TERUS MENGHENDAP DIA SELAMA LAPAN BELAS BULAN 344 00:27:35,203 --> 00:27:37,003 Bila berjumpa pihak berkuasa 345 00:27:37,563 --> 00:27:40,723 dan nampak seperti mereka tak buat apa-apa, 346 00:27:40,803 --> 00:27:44,403 saya fikir, "Nyawa anak perempuan saya atau nyawa dia." 347 00:27:45,083 --> 00:27:47,163 Saya dah bersedia untuk… 348 00:27:48,003 --> 00:27:49,283 membunuh dia, ya. 349 00:27:52,043 --> 00:27:57,763 Itu bukan sesuatu yang baik, perasaan untuk menghapuskan seseorang. 350 00:28:01,203 --> 00:28:02,683 PADA MEI 2011, 351 00:28:02,763 --> 00:28:07,243 MCGEE AKHIRNYA DITAHAN ATAS TUDUHAN MENGHENDAP, DI LUAR TEMPAT KERJA CHARMEKA 352 00:28:11,603 --> 00:28:14,283 Kami dah buat perkara mengikut undang-undang, 353 00:28:15,163 --> 00:28:18,123 tapi kami tak tahu apa tindakan dia seterusnya. 354 00:28:20,923 --> 00:28:23,403 Jika bukan kerana Cik Stephanie, 355 00:28:24,483 --> 00:28:27,203 dia pasti dah mati, dan saya akan dipenjarakan. 356 00:28:27,283 --> 00:28:28,883 MAHKAMAH DAERAH HAKIM STEPHANIE HUFF 357 00:28:28,963 --> 00:28:31,403 Dia datang dan dia bagaikan penyelamat. 358 00:28:32,003 --> 00:28:34,203 Dia mengubah segalanya. 359 00:28:34,763 --> 00:28:36,603 Dia betul-betul kiriman Tuhan. 360 00:28:45,083 --> 00:28:48,443 EMPAT BELAS BULAN SELEPAS MCGEE DITAHAN, 361 00:28:48,523 --> 00:28:51,963 PENDAKWA RAYA STEPHANIE HUFF MEMBAWA KES DIA KE PERBICARAAN 362 00:28:57,723 --> 00:28:59,363 Bila saya melihat kes ini, 363 00:28:59,443 --> 00:29:02,763 saya terkejut dengan jumlah laporan polis yang dibuat. 364 00:29:03,403 --> 00:29:06,363 Ada lebih kurang 2,000 muka surat rekod laporan. 365 00:29:06,443 --> 00:29:08,323 SERANGAN - KEGANASAN HUBUNGAN 366 00:29:08,403 --> 00:29:13,003 Ini adalah satu corak kelakuan yang ditujukan kepada seseorang, 367 00:29:13,083 --> 00:29:14,523 untuk buat dia sengsara. 368 00:29:14,603 --> 00:29:17,243 DAVID MCGEE MENGHENDAP/KE-3 369 00:29:17,323 --> 00:29:21,763 Di depan saya ini adalah sejumlah mesej 370 00:29:22,243 --> 00:29:25,923 yang David McGee hantar kepada Charmeka. 371 00:29:26,003 --> 00:29:29,043 Kami ambil daripada telefon bimbit Charmeka. 372 00:29:29,523 --> 00:29:32,763 Dia ada hantar mesej kepada semua lelaki dalam telefon Charmeka. 373 00:29:32,843 --> 00:29:36,003 Abang dia, ayah dia, kesemua kawan lelaki dia, 374 00:29:36,083 --> 00:29:41,163 mengatakan perkara seksual yang menjatuhkan maruah kepada mereka. 375 00:29:43,883 --> 00:29:46,323 David McGee sangat licik, 376 00:29:46,403 --> 00:29:49,003 sebab dia tak guna nama dia kebanyakan masa. 377 00:29:49,083 --> 00:29:51,483 Tiada telefon bimbit di bawah nama dia. 378 00:29:51,563 --> 00:29:54,883 Ada suatu ketika dia mesej, "Awak patut hidupkan lampu di beranda." 379 00:29:54,963 --> 00:29:58,163 "Ia bagus untuk keselamatan. Saya sentiasa jaga awak." 380 00:29:58,643 --> 00:30:00,643 Apa yang membimbangkan ialah 381 00:30:00,723 --> 00:30:03,323 cermin tingkap dia rosak pada hari yang sama. 382 00:30:03,403 --> 00:30:06,723 Hakikat yang dia nampak lampu beranda tidak menyala, 383 00:30:06,803 --> 00:30:09,403 dengan kandungan mesej itu sangatlah membimbangkan. 384 00:30:10,483 --> 00:30:13,763 Tapi sukar untuk mengaitkannya kerana ia hanya berdasarkan keadaan. 385 00:30:13,843 --> 00:30:16,763 Walaupun saya tahu dia pulang ke rumah 386 00:30:16,843 --> 00:30:20,163 dan tingkap Charmeka dirosakkan, tiada orang nampak dia melakukannya. 387 00:30:21,643 --> 00:30:23,683 MANGSA-SAKSI 388 00:30:23,763 --> 00:30:25,803 Ia takkan mudah, 389 00:30:25,883 --> 00:30:28,243 kerana kes menghendap sukar untuk dibuktikan. 390 00:30:28,323 --> 00:30:32,083 Semua mahukan DNA, semua mahukan sedutan video, 391 00:30:32,163 --> 00:30:35,043 semua mahukan testimoni saksi. 392 00:30:35,123 --> 00:30:37,123 Ada banyak perkara, dan secara jujurnya, 393 00:30:37,203 --> 00:30:40,003 perbuatan menghendap tak banyak ada semua itu. 394 00:30:40,083 --> 00:30:41,083 Memang tak. 395 00:30:42,803 --> 00:30:45,123 DAVID MCGEE MENGHENDAP/KE-3 396 00:30:47,963 --> 00:30:51,043 Saya berbincang dengan Charmeka sebelum perbicaraan diteruskan, 397 00:30:51,123 --> 00:30:54,123 saya beritahu apa halangan dan kebimbangan yang ada. 398 00:30:55,723 --> 00:30:59,203 Matlamat utama adalah untuk menjauhkan dia daripada Charmeka 399 00:30:59,283 --> 00:31:01,403 dan mengembalikan hidup Charmeka semula. 400 00:31:01,483 --> 00:31:02,843 BILIK PERBINCANGAN JURI 401 00:31:02,923 --> 00:31:06,683 Sekiranya dapat hukuman lebih daripada lima tahun untuk kes menghendap, 402 00:31:06,763 --> 00:31:09,603 itu dianggap hebat di sini. 403 00:31:09,683 --> 00:31:12,123 Kebanyakan kes menghendap mendapat tempoh percubaan, 404 00:31:12,203 --> 00:31:14,443 atau minimum dua tahun penjara. 405 00:31:21,323 --> 00:31:24,443 PUSAT KEADILAN ISYARAT SETERUSNYA 406 00:31:27,283 --> 00:31:29,563 BAGI MENDAPATKAN HUKUMAN PENJARA YANG SETIMPAL, 407 00:31:29,643 --> 00:31:33,563 STEPHANIE PERLU MEMBUKTIKAN ANCAMAN BERTERUSAN MCGEE KEPADA MASYARAKAT 408 00:31:36,763 --> 00:31:38,763 Risiko perbicaraan ini sangat tinggi. 409 00:31:39,803 --> 00:31:42,843 Saya rasa jika dia tak dapat hukuman yang setimpal, 410 00:31:42,923 --> 00:31:44,363 dia boleh menyakiti Charmeka. 411 00:31:44,443 --> 00:31:46,403 Dia mungkin boleh bunuh Charmeka. 412 00:31:48,403 --> 00:31:50,643 Saya mula mengkaji sejarah hidup dia, 413 00:31:51,123 --> 00:31:53,883 dan jumpa banyak perkara membimbangkan dan menakutkan. 414 00:31:57,043 --> 00:31:59,403 MELIHAT PADA SEDEKAD YANG LALU, 415 00:31:59,483 --> 00:32:04,003 STEPHANIE MENJUMPAI LAPORAN POLIS YANG DIFAILKAN TERHADAP MCGEE 416 00:32:04,083 --> 00:32:07,523 YANG TIDAK PERNAH DIBICARAKAN 417 00:32:11,043 --> 00:32:13,963 Saya jumpa laporan, ada beberapa wanita 418 00:32:14,043 --> 00:32:16,243 pernah ada masalah dengan David McGee. 419 00:32:17,523 --> 00:32:21,603 Ada laporan dia memukul wanita di muka, dan menyebabkan kesakitan. 420 00:32:21,683 --> 00:32:24,443 Ada seorang wanita lagi, menerima mel suara daripada dia, 421 00:32:24,523 --> 00:32:27,123 "Hidup awak akan terseksa. Saya ada kunci rumah awak." 422 00:32:27,203 --> 00:32:30,763 "Saya akan tunggu di dalam rumah, dan akan buat awak merana." 423 00:32:32,003 --> 00:32:33,523 Ini wanita yang berbeza. 424 00:32:33,603 --> 00:32:35,843 Ini berlaku pada ramai wanita. 425 00:32:35,923 --> 00:32:37,243 Ia sangat menakutkan. 426 00:32:41,123 --> 00:32:43,963 LAPORAN ITU MELIBATKAN SATU KES 427 00:32:44,043 --> 00:32:48,363 YANG BERMULA PADA TAHUN 2004, ADA PERSAMAAN DENGAN KES CHARMEKA 428 00:32:51,763 --> 00:32:53,843 Jadi, sebelum Charmeka, 429 00:32:53,923 --> 00:32:55,883 dia ada hubungan dengan wanita lain. 430 00:32:55,963 --> 00:32:59,563 Ia berlaku seawal tahun 2004 431 00:32:59,643 --> 00:33:01,963 dan berlanjutan sehingga 2009, 432 00:33:02,043 --> 00:33:04,363 lebih kurang waktu dia kenal Charmeka. 433 00:33:05,523 --> 00:33:07,643 Dia cuba memutuskan hubungan dengan McGee, 434 00:33:07,723 --> 00:33:10,843 dan ini hampir menyerupai perkara yang dia lakukan kepada Charmeka, 435 00:33:10,923 --> 00:33:14,963 iaitu menelefon tempat kerja dan mengganggu dia sepanjang hari, 436 00:33:15,043 --> 00:33:18,563 menelefon dia di rumah, merosakkan harta miliknya, 437 00:33:18,643 --> 00:33:21,483 mengancam untuk mencederakan dia dan keluarganya. 438 00:33:21,563 --> 00:33:25,643 Tapi dia buat kehidupan wanita ini penuh sengsara. 439 00:33:25,723 --> 00:33:28,723 Dia patahkan hidungnya. Dia mencekiknya. 440 00:33:28,803 --> 00:33:32,523 Dia paksa melakukan seks dan menyebabkan kesakitan dan bengkak, 441 00:33:32,603 --> 00:33:35,003 dan mengugut untuk menghentak kepala dan membunuhnya, 442 00:33:35,083 --> 00:33:37,163 dan buang mayatnya ke dalam Sungai Trinity. 443 00:33:39,443 --> 00:33:44,043 Saya rasa disebabkan dia mengenali Charmeka, McGee akhirnya biarkan dia. 444 00:33:44,123 --> 00:33:46,843 Oleh kerana dia dah tak diganggu, dia kata, 445 00:33:46,923 --> 00:33:49,483 "Saya tak nak mendakwa atau buat apa-apa." 446 00:33:49,563 --> 00:33:52,283 David McGee adalah pemangsa. 447 00:33:52,363 --> 00:33:57,483 Dia seorang gila seks yang menghendap dan mengganggu 448 00:33:57,563 --> 00:34:01,523 ramai wanita dalam tempoh beberapa tahun. 449 00:34:01,603 --> 00:34:02,723 Dia pemangsa. 450 00:34:06,003 --> 00:34:08,123 Itulah David McGee yang sebenarnya. 451 00:34:08,203 --> 00:34:10,163 Dia memetik ayat-ayat kitab, 452 00:34:10,243 --> 00:34:13,323 seorang paderi, yang nampak seperti lelaki yang baik, 453 00:34:13,403 --> 00:34:15,883 sehingga kamu mengenalinya, jalinkan hubungan dengannya 454 00:34:15,963 --> 00:34:17,723 dan katakan tidak pada dia. 455 00:34:17,803 --> 00:34:23,003 Lebih banyak saya jumpa contoh berbeza keganasannya terhadap wanita, 456 00:34:23,083 --> 00:34:25,683 kekasaran terhadap wanita, mengganggu wanita, 457 00:34:25,763 --> 00:34:29,883 ia bertambah penting bagi saya untuk dapatkan hukuman 458 00:34:29,963 --> 00:34:31,803 seberat mungkin untuk kes ini. 459 00:34:36,403 --> 00:34:39,803 BANGUNAN MAHKAMAH FRANK CROWLEY 460 00:34:49,003 --> 00:34:51,883 TIGA TAHUN SELEPAS ADUAN PERTAMA CHARMEKA, 461 00:34:51,963 --> 00:34:55,003 KES MCGEE AKHIRNYA DIBICARAKAN 462 00:34:55,083 --> 00:34:56,923 JULAI 2012 463 00:34:59,603 --> 00:35:01,523 Di sinilah tempatnya kes 464 00:35:01,603 --> 00:35:06,763 Kerajaan Texas lwn David McGee dibicarakan. 465 00:35:08,923 --> 00:35:12,403 Stephanie menerangkan dengan jelas, walaupun kami di sini, 466 00:35:12,483 --> 00:35:14,403 masih jauh perjalanan kami 467 00:35:14,483 --> 00:35:18,323 kerana untuk mendapatkan keputusan bersalah dalam kes menghendap, 468 00:35:19,403 --> 00:35:22,083 adalah perkara yang sukar untuk dilakukan. 469 00:35:23,563 --> 00:35:27,283 Tapi apabila saya dengar kisah mangsa lain, 470 00:35:27,363 --> 00:35:30,283 ia menjadi jelas pada saya, 471 00:35:31,483 --> 00:35:34,523 sangat penting untuk saya perjuangkan ini. 472 00:35:36,723 --> 00:35:39,123 Saya gelisah apabila melihat David, 473 00:35:39,923 --> 00:35:44,483 tapi saya pastikan saya lihat tepat pada matanya ketika dia menjegil pada saya 474 00:35:44,563 --> 00:35:47,123 untuk tunjukkan saya di sini dan saya dah bersedia. 475 00:35:50,803 --> 00:35:56,083 SEPANJANG PERBICARAAN, CHARMEKA BERSETUJU UNTUK BERADA DI KANDANG SAKSI 476 00:35:58,923 --> 00:36:05,923 Berada dalam keadaan genting sambil cuba mempertahankan kisah sendiri adalah sukar 477 00:36:06,003 --> 00:36:09,643 kerana peguam pembela, 478 00:36:09,723 --> 00:36:11,443 mereka ada tugas mereka. 479 00:36:13,083 --> 00:36:18,323 Mereka buat saya rasa seperti saya yang sedang dibicarakan. 480 00:36:22,363 --> 00:36:27,843 Ada satu ketika, saya dikatakan mengusik David. 481 00:36:27,923 --> 00:36:33,523 Saya yang nak dia ikut saya. 482 00:36:33,603 --> 00:36:35,603 Saya nak dia hantar mesej. 483 00:36:37,363 --> 00:36:43,203 Ia sangat mengecewakan apabila rasa seperti kamu pula adalah suspek. 484 00:36:45,723 --> 00:36:50,203 Bila saya tinggalkan kandang, saya rasa macam saya kalah. 485 00:36:50,283 --> 00:36:53,883 Saya tak pasti pihak juri akan berpihak pada siapa. 486 00:36:54,723 --> 00:36:56,683 Ada juga saksi perwatakan. 487 00:36:56,763 --> 00:37:00,603 Dia ada beberapa orang dari gereja dia, 488 00:37:00,683 --> 00:37:02,923 sebab dia seorang paderi. 489 00:37:03,523 --> 00:37:07,803 Sudah tentu, ibu bapa dan ahli keluarganya akan beri keterangan bagi pihak dia. 490 00:37:08,563 --> 00:37:12,203 Walaupun saya berdoa untuk yang terbaik, 491 00:37:12,283 --> 00:37:14,443 saya juga bersedia untuk yang terburuk. 492 00:37:14,523 --> 00:37:19,203 Terburuk ialah apabila dia tidak disabitkan bersalah. 493 00:37:20,923 --> 00:37:22,643 Ada banyak ketidakpastian. 494 00:37:23,843 --> 00:37:25,203 Saya tak pasti. 495 00:37:35,803 --> 00:37:38,163 JULAI 2012 496 00:37:38,243 --> 00:37:44,603 PADA 26 JULAI 2012, PIHAK JURI MENDAPATI DAVID MCGEE BERSALAH KERANA MENGHENDAP 497 00:37:52,403 --> 00:37:58,243 REKOD SEJARAH KEGANASAN MCGEE YANG LALU MEMBERATKAN LAGI HUKUMANNYA 498 00:37:58,843 --> 00:38:01,843 BILIK LAWATAN 499 00:38:04,083 --> 00:38:10,003 DIA MENERIMA HUKUMAN PENJARA MAKSIMUM SELAMA DUA PULUH TAHUN 500 00:38:20,123 --> 00:38:24,083 Pihak pendakwa menyatakan Charmeka adalah mangsa terkini dalam… 501 00:38:25,483 --> 00:38:26,963 senarai panjang "mangsa". 502 00:38:27,443 --> 00:38:30,363 Tunjukkan saya senarai itu, kerana pasti ada sebabnya 503 00:38:30,443 --> 00:38:35,083 kenapa semua tuduhan itu tidak diteruskan. 504 00:38:35,163 --> 00:38:40,163 Tiada siapa tunjukkan kesan calar, parut, kuku patah, 505 00:38:40,243 --> 00:38:42,163 bibir berdarah, rambut kusut. 506 00:38:42,243 --> 00:38:44,203 Tiada siapa tunjukkan itu. 507 00:38:44,803 --> 00:38:47,803 Itu yang diberitahu, dan itu yang direkodkan. 508 00:38:48,283 --> 00:38:49,603 Faham maksud saya? 509 00:38:49,683 --> 00:38:55,003 Saya boleh beri awak senarai wanita dari pelbagai golongan umur, 510 00:38:55,083 --> 00:38:56,963 pelbagai latar belakang, 511 00:38:57,043 --> 00:39:00,083 dari gereja dan siapa saja. 512 00:39:00,163 --> 00:39:04,083 Daripada penari bogel dan pelacur kepada mubaligh gereja. 513 00:39:04,163 --> 00:39:08,283 Mereka akan cakap, "Saya tak percayakannya. Saya tak nampak." 514 00:39:08,763 --> 00:39:12,723 "Lelaki itu, dia seorang yang unik, 515 00:39:12,803 --> 00:39:15,603 tapi dia tak gila seperti itu." 516 00:39:15,683 --> 00:39:17,803 "Itu bukan diri David McGee." 517 00:39:21,403 --> 00:39:24,243 Saya menyesal terhadap Charmeka? Menyesal apa? 518 00:39:27,203 --> 00:39:28,283 Apa yang terjadi? 519 00:39:28,363 --> 00:39:31,123 Apa yang terjadi sampai saya perlu rasa sesal? 520 00:39:31,203 --> 00:39:34,763 Awak wanita yang berumur 33, 34 tahun. 521 00:39:35,603 --> 00:39:36,443 Okey? 522 00:39:39,523 --> 00:39:42,483 Pakaian saya, barang saya ada di dalam rumah awak. 523 00:39:43,723 --> 00:39:48,523 Satu-satunya perkara yang saya lakukan adalah menghubungi awak beberapa kali, 524 00:39:48,603 --> 00:39:51,083 nak tahu bila saya boleh ambil barang saya? 525 00:39:52,923 --> 00:39:57,603 Panggilan telefon saya yang berulang kali buat dia rasa takut. Biar betul? 526 00:39:57,683 --> 00:39:59,003 Aduhai. 527 00:39:59,083 --> 00:40:01,963 Semua itu karut saja. 528 00:40:02,043 --> 00:40:03,323 Faham tak? 529 00:40:03,923 --> 00:40:10,283 PADA 2021, DAVID MCGEE SELESAI MENJALANI SEPARUH DARIPADA HUKUMAN DUA PULUH TAHUN 530 00:40:12,843 --> 00:40:15,403 Saya dah dipenjarakan selama sepuluh tahun. 531 00:40:17,403 --> 00:40:21,923 Parol saya dah diluluskan tempoh hari, 532 00:40:22,003 --> 00:40:23,843 jadi dah tak lama lagi. 533 00:40:24,363 --> 00:40:25,923 Ya, dah tak lama lagi. 534 00:40:26,643 --> 00:40:29,883 BAKI SEPULUH TAHUN DARIPADA HUKUMANNYA, 535 00:40:29,963 --> 00:40:32,523 MELAYAKKAN MCGEE UNTUK MENDAPAT PAROL 536 00:40:37,643 --> 00:40:40,163 Rancangan saya apabila dibebaskan nanti, 537 00:40:41,723 --> 00:40:43,243 saya akan selalu… 538 00:40:43,323 --> 00:40:47,923 Saya akan selalu bersemangat 539 00:40:48,403 --> 00:40:52,083 untuk membantu orang lain sebagai seorang paderi. 540 00:40:52,163 --> 00:40:57,003 Saya takkan tukar itu sebagai matlamat peribadi saya. 541 00:41:00,243 --> 00:41:04,083 Mengenai penyesalan atau jika saya nak buat sesuatu secara berbeza 542 00:41:04,163 --> 00:41:06,403 berkenaan Charmeka atau wanita lain? 543 00:41:09,683 --> 00:41:13,483 Saya dibesarkan sebagai seseorang yang ada agama. 544 00:41:13,563 --> 00:41:17,043 Saya dibesarkan untuk percayakan Tuhan dan Jesus. 545 00:41:17,123 --> 00:41:20,923 Jadi jika saya boleh buat sesuatu dengan berbeza, 546 00:41:21,683 --> 00:41:25,403 saya takkan berasmara dengan wanita-wanita itu. 547 00:41:26,043 --> 00:41:28,963 Seks mengaburi banyak perkara. 548 00:41:29,043 --> 00:41:33,163 Terutamanya seks yang bagus… mengaburi banyak perkara, 549 00:41:33,243 --> 00:41:34,603 membawa banyak… 550 00:41:34,683 --> 00:41:35,883 Ya, ia… 551 00:41:35,963 --> 00:41:39,683 Kerana saya percaya itu punca utama permulaan masalah, 552 00:41:39,763 --> 00:41:40,883 faham tak? 553 00:41:40,963 --> 00:41:41,883 Ya. 554 00:42:04,083 --> 00:42:07,403 Ketika mendengar keputusan juri, saya rasa sangat lega. 555 00:42:11,923 --> 00:42:17,283 Saya peluk ibu bapa saya kerana sentiasa bersama saya… 556 00:42:19,203 --> 00:42:22,403 Serta Stephanie kerana percaya yang kisah saya ini 557 00:42:22,483 --> 00:42:24,723 berbaloi untuk menjalani perbicaraan. 558 00:42:26,843 --> 00:42:28,083 Ia sangat melegakan. 559 00:42:29,363 --> 00:42:30,563 Ia sangat melegakan. 560 00:42:42,243 --> 00:42:45,443 Ada tangisan, kerana semua saya hadapi 561 00:42:45,523 --> 00:42:47,883 dan lalui tidak sia-sia. 562 00:42:48,923 --> 00:42:51,723 Saya rasa seperti mendapat kebebasan saya semula 563 00:42:52,363 --> 00:42:56,483 untuk teruskan kehidupan dan menjalani hidup seperti sediakala 564 00:42:56,563 --> 00:42:58,763 tanpa perlu rasa risau. 565 00:43:01,123 --> 00:43:04,163 Tapi parut mental, 566 00:43:04,243 --> 00:43:05,683 parut emosi, 567 00:43:06,443 --> 00:43:11,323 masih kekal bersama saya selama lebih 12 tahun. 568 00:43:13,163 --> 00:43:16,003 Saya tak tahu jika saya boleh sembuh daripadanya. 569 00:43:17,003 --> 00:43:21,083 Lambat-laun, David akan dibebaskan. 570 00:43:21,803 --> 00:43:26,043 Saya dah cukup bertuah kerana masih hidup untuk menceritakan kisah saya. 571 00:43:28,163 --> 00:43:31,243 Ramai yang tak berpeluang untuk cerita kisah mereka.