1 00:00:15,163 --> 00:00:17,403 Saya tak anggap diri saya penghendap. 2 00:00:20,683 --> 00:00:26,323 Saya rasa menghendap ini lebih kepada memerhatikan seseorang, seperti pengintai. 3 00:00:28,763 --> 00:00:31,003 Ashley dan saya seperti adik-beradik. 4 00:00:31,603 --> 00:00:33,603 Persahabatan yang baik. 5 00:00:35,163 --> 00:00:38,763 SETIAP TAHUN, ADA LEBIH DARIPADA TIGA JUTA KEJADIAN MENGHENDAP 6 00:00:38,843 --> 00:00:40,723 DI AMERIKA SYARIKAT 7 00:00:42,883 --> 00:00:47,923 LEBIH DARIPADA 80% PENGHENDAP MENYASARKAN ORANG YANG MEREKA KENALI 8 00:00:50,963 --> 00:00:53,003 Saya rasa apa saja boleh berlaku sekarang. 9 00:00:53,603 --> 00:00:55,523 Saya tak tahu apa nak dijangka. 10 00:00:56,843 --> 00:00:59,523 Seseorang yang saya tak kenal langsung, 11 00:01:01,363 --> 00:01:05,723 kerosakan yang dia lakukan, saya akan tanggung sepanjang hidup saya. 12 00:01:07,483 --> 00:01:11,923 INI IALAH KISAH BANDUAN #272078 13 00:01:15,283 --> 00:01:17,563 Saya tak fikir ia membahayakan. 14 00:01:20,763 --> 00:01:22,843 Saya tak mahu cederakan dia. 15 00:01:25,603 --> 00:01:26,563 Saya takkan… 16 00:01:27,603 --> 00:01:29,283 sentuh rambut dia pun. 17 00:01:33,643 --> 00:01:36,883 SEBUAH SIRI NETFLIX 18 00:01:38,803 --> 00:01:42,523 Saya lebih rela digelar pembunuh daripada penghendap, faham tak? 19 00:01:46,603 --> 00:01:52,003 Saya nak dia rasa tekanan kerana diperhatikan. 20 00:01:53,483 --> 00:01:56,123 Sesiapa saja boleh jadi penghendap. 21 00:01:56,683 --> 00:01:58,603 Semuanya gaya momok. 22 00:02:00,483 --> 00:02:01,923 Saya masih gila begitu. 23 00:02:06,403 --> 00:02:09,883 SAHABAT BAIK YANG MELAMPAU 24 00:02:15,003 --> 00:02:18,563 PUSAT PEMULIHAN WESTVILLE, INDIANA 25 00:02:18,643 --> 00:02:23,923 PUSAT PEMULIHAN WESTVILLE JABATAN PEMULIHAN INDIANA 26 00:02:38,563 --> 00:02:44,083 PADA JUN 2019, JAMES CORPUS DISABIT ATAS KESALAHAN MENGHENDAP 27 00:02:46,403 --> 00:02:48,803 Lihat terus ke dalam kanta, di situ. 28 00:02:48,883 --> 00:02:50,923 - Okey. Di situ. - Jika awak lihat, 29 00:02:51,003 --> 00:02:54,323 - boleh nampak saya? - Ya. Saya nampak awak. Okey. 30 00:02:54,403 --> 00:02:57,403 DIA SEDANG MENJALANI HUKUMAN PENJARA SELAMA 15 TAHUN 31 00:02:58,003 --> 00:02:59,563 - Sekali lagi? - Ya. 32 00:02:59,643 --> 00:03:03,203 Nama saya James Corpus. Saya dipenjarakan kerana menghendap. 33 00:03:19,963 --> 00:03:23,443 Saya membesar di St. John, Indiana. 34 00:03:24,923 --> 00:03:28,843 Zaman kanak-kanak saya seronok. Ibu bapa saya tak pernah berpisah. 35 00:03:30,123 --> 00:03:34,443 Tetapi saya seorang nerda ketika membesar, 36 00:03:35,043 --> 00:03:38,803 dan saya selalu bersendiri. 37 00:03:39,283 --> 00:03:45,763 Saya tak pernah bergantung pada sesiapa, atau ada bantuan… 38 00:03:45,843 --> 00:03:47,683 atau mengharapkan pada sesiapa. 39 00:03:48,643 --> 00:03:50,403 PADA 1996, DI USIA 24 TAHUN, 40 00:03:50,483 --> 00:03:53,923 CORPUS TERLIBAT DALAM KEMALANGAN KERETA YANG TERUK 41 00:03:57,003 --> 00:03:58,123 Ia agak teruk. 42 00:03:59,043 --> 00:04:02,363 Saya tak sedarkan diri di hospital selama beberapa hari. 43 00:04:03,803 --> 00:04:06,243 Rahang saya patah di tiga bahagian. 44 00:04:06,323 --> 00:04:11,523 Hidung saya terperosok ke dalam, menghancurkan rongga hidung saya. 45 00:04:11,603 --> 00:04:14,803 Soket mata saya hancur. 46 00:04:17,443 --> 00:04:20,523 Kemalangan itu bukan saja menjejaskan rupa saya. 47 00:04:20,603 --> 00:04:24,323 Orang melayan saya dengan berbeza. 48 00:04:25,283 --> 00:04:27,443 Mereka rasa kasihan pada saya. 49 00:04:40,603 --> 00:04:44,803 PADA 2009, CORPUS BERTEMU ASHLEY MANFRE 50 00:04:46,923 --> 00:04:50,563 Saya bekerja untuk rakan saya yang memiliki sebuah restoran. 51 00:04:51,323 --> 00:04:56,123 Dia datang untuk membantu dan menguruskan restoran. 52 00:04:56,203 --> 00:04:57,803 MAKANAN MEXICO 53 00:04:59,163 --> 00:05:02,363 Pada mulanya, Ashley dan saya tak baik, 54 00:05:02,443 --> 00:05:06,403 kerana kami berdua sama-sama mengurus, kami berdua ketua. 55 00:05:06,483 --> 00:05:10,963 Tetapi kemudian saya sedar yang dia tahu apa yang dia cakap. 56 00:05:12,123 --> 00:05:13,483 Saya dengar cakap dia. 57 00:05:16,323 --> 00:05:18,243 Ashley sangat baik dengan saya. 58 00:05:18,323 --> 00:05:23,083 Kami jadi sangat rapat, seperti kawan baik. 59 00:05:28,563 --> 00:05:32,643 DAERAH LAKE, INDIANA 60 00:05:46,363 --> 00:05:47,963 Nama saya Ashley Manfre… 61 00:05:50,403 --> 00:05:52,203 dan saya mangsa penghendapan. 62 00:05:57,483 --> 00:06:00,203 Saya kenal James di restoran tempat kami kerja. 63 00:06:03,123 --> 00:06:05,843 Dia tukang masak saya, 64 00:06:07,043 --> 00:06:09,843 dan kami menjadi kawan baik dengan cepat. 65 00:06:11,803 --> 00:06:15,683 Kami meluangkan masa bersama di dapur, bergurau dan berseronok. 66 00:06:18,683 --> 00:06:23,283 James pernah terlibat dalam kemalangan ketika remaja. 67 00:06:24,003 --> 00:06:29,323 Dia pada mulanya tidak disukai 68 00:06:29,843 --> 00:06:31,283 oleh ramai orang. 69 00:06:31,363 --> 00:06:35,243 Saya sangat terkesan apabila ada orang yang terganggu dengan dia, 70 00:06:35,323 --> 00:06:38,483 disebabkan rupa dia, cara dia bercakap atau berjalan. 71 00:06:39,523 --> 00:06:41,283 Ia buat saya tak selesa. 72 00:06:42,163 --> 00:06:46,083 Jika itu saya, saya nak seseorang mempertahankan saya. 73 00:06:46,163 --> 00:06:50,003 Ia membangkitkan perasaan untuk melindungi 74 00:06:50,083 --> 00:06:54,003 di mana saya perlu melindungi dia daripada orang yang… 75 00:06:54,963 --> 00:06:56,003 nak melukai dia. 76 00:06:57,083 --> 00:07:00,523 SELEPAS BEBERAPA TAHUN, 77 00:07:00,603 --> 00:07:03,963 RESTORAN TEMPAT JAMES DAN ASHLEY BEKERJA DITUTUP 78 00:07:04,443 --> 00:07:08,643 JAMES BERPINDAH, DIA DAN ASHLEY TERPUTUS HUBUNGAN 79 00:07:12,843 --> 00:07:15,763 SELAMAT DATANG KE ST. JOHN 80 00:07:21,083 --> 00:07:22,603 BEBERAPA TAHUN KEMUDIAN, 81 00:07:22,683 --> 00:07:24,643 JAMES DAPAT MENGHUBUNGINYA SEMULA 82 00:07:26,283 --> 00:07:27,483 Beberapa tahun berlalu. 83 00:07:27,563 --> 00:07:29,723 Saya mempunyai syarikat penyewaan majlis, 84 00:07:29,803 --> 00:07:35,043 dan dia menghubungi saya bertanya jika saya ada sebarang kerja untuk dia. 85 00:07:35,683 --> 00:07:40,243 Waktu itu dia baru keluar dari penjara di atas kesalahan memandu secara mabuk. 86 00:07:42,483 --> 00:07:47,043 Saya masukkan dia ke syarikat baru ini, dan dia akan buat kerja rencam. 87 00:07:47,123 --> 00:07:51,723 Dia akan pasang peralatan dan bantu saya di pejabat. 88 00:07:54,083 --> 00:07:56,243 Dia berada di sini setiap masa. 89 00:07:56,323 --> 00:08:00,483 Apabila dia nampak saya tertekan, dia uruskan masalah tersebut, 90 00:08:00,563 --> 00:08:02,603 dan akan selesaikannya. 91 00:08:03,323 --> 00:08:06,643 Itu membuatkan saya rasa dia boleh dipercayai. 92 00:08:08,323 --> 00:08:13,083 Jadi James menjadi sebahagian daripada hidup saya, keluarga saya, 93 00:08:13,163 --> 00:08:14,523 perniagaan saya. 94 00:08:14,603 --> 00:08:18,643 Keluarga saya terima dia jadi sebahagian daripada keluarga kami. 95 00:08:19,763 --> 00:08:22,083 Apa kamu nak jadi apabila besar nanti? 96 00:08:22,163 --> 00:08:23,043 James. 97 00:08:23,123 --> 00:08:24,203 Nak jadi James? 98 00:08:24,283 --> 00:08:25,803 - Ya. - Kenapa? 99 00:08:26,323 --> 00:08:28,043 Saya boleh main permainan video. 100 00:08:40,603 --> 00:08:43,883 Menjadi rapat dengan keluarga dia adalah sangat… 101 00:08:43,963 --> 00:08:45,363 Ia sangat menakjubkan. 102 00:08:45,443 --> 00:08:48,083 Diterima oleh keluarga orang lain, 103 00:08:48,163 --> 00:08:49,723 bermesra dengan mereka. 104 00:08:49,803 --> 00:08:53,603 Saya tak pernah buat begitu dengan keluarga orang lain. 105 00:08:53,683 --> 00:08:55,803 Saya selalu bersendirian. 106 00:08:55,883 --> 00:09:02,203 Saya tak pernah diterima oleh orang lain. 107 00:09:02,763 --> 00:09:04,443 Ini pertama kali buat saya. 108 00:09:07,483 --> 00:09:09,003 Ia agak hebat. 109 00:09:22,363 --> 00:09:25,563 EMPAT TAHUN SELEPAS BEKERJA DENGAN ASHLEY, 110 00:09:25,643 --> 00:09:28,923 CORPUS MULA ADA MASALAH DENGAN ALKOHOL 111 00:09:32,403 --> 00:09:34,083 Saya minum lebih kerap. 112 00:09:35,323 --> 00:09:38,203 Saya rasa terperap dalam bandar kecil ini. 113 00:09:41,323 --> 00:09:44,163 Ada suatu malam, saya minum agak banyak, 114 00:09:44,243 --> 00:09:48,803 dan saya nak pergi ke Chicago. 115 00:09:53,083 --> 00:09:56,283 Saya tahu dia ada van tak digunakan di laman belakang. 116 00:09:56,363 --> 00:10:00,243 Jadi saya putuskan untuk masuk, hidupkan dan bawa pergi. 117 00:10:02,923 --> 00:10:05,923 Saya sangat mabuk, van itu terbabas di tepi jalan. 118 00:10:09,323 --> 00:10:11,603 Saya tiada niat untuk mencuri van itu. 119 00:10:12,363 --> 00:10:13,803 Tiba-tiba saja terfikir. 120 00:10:17,163 --> 00:10:21,163 Selepas isu van tersebut, mereka mula hilang kepercayaan pada saya. 121 00:10:21,243 --> 00:10:22,963 Itulah isunya. 122 00:10:27,203 --> 00:10:32,363 JAMES TIDAK MEMBERITAHU ASHLEY DIA YANG MENYEBABKAN VAN ITU KEMALANGAN 123 00:10:35,843 --> 00:10:40,163 Pada malam itu, pihak polis beritahu saya bahawa van saya telah dicuri, 124 00:10:40,243 --> 00:10:42,883 dan telefon James ada di dalam van itu. 125 00:10:42,963 --> 00:10:44,883 GAMBAR TEMPAT KEJADIAN JENAYAH 126 00:10:44,963 --> 00:10:47,443 Polis beritahu, "Dialah yang lakukannya." 127 00:10:48,683 --> 00:10:51,603 Saya rasa itu adalah mustahil. 128 00:10:51,683 --> 00:10:55,123 Saya tak rasa dia akan mencuri daripada saya, sama sekali. 129 00:10:55,603 --> 00:10:59,283 Saya rasa pasti ada perkara lain, 130 00:10:59,363 --> 00:11:02,683 atau sebab lain, atau cara lain, 131 00:11:03,723 --> 00:11:05,603 daripada "James yang melakukannya." 132 00:11:06,243 --> 00:11:08,563 GAGAL MENGHUBUNGI JAMES, 133 00:11:08,643 --> 00:11:11,843 ASHLEY BERADA BERSAMA POLIS SEHINGGA VAN ITU DITEMUI 134 00:11:14,523 --> 00:11:17,043 Kami bersama polis beberapa jam malam itu, 135 00:11:17,123 --> 00:11:20,003 dan bila kami pulang ke rumah… 136 00:11:21,323 --> 00:11:22,563 pintu saya terbuka. 137 00:11:23,523 --> 00:11:25,283 Saya tak hiraukannya. 138 00:11:25,363 --> 00:11:27,563 Keadaan dah tak masuk akal waktu itu. 139 00:11:27,643 --> 00:11:29,363 Kami pun nak masuk tidur. 140 00:11:29,443 --> 00:11:33,283 Saya naik ke atas untuk tidurkan anak saya dan pastikan dia okey. 141 00:11:36,323 --> 00:11:41,523 James ada di dalam bilik anak saya, atas kerusi di dalam bilik dia. 142 00:11:44,243 --> 00:11:46,403 Saya kejutkan dia. Dia dah tidur. 143 00:11:46,483 --> 00:11:48,363 Saya rasa dia ambil sesuatu. 144 00:11:48,443 --> 00:11:51,523 Saya tak pasti sama ada dia mabuk atau khayal dadah. 145 00:11:51,603 --> 00:11:52,443 Saya tak tahu. 146 00:11:53,003 --> 00:11:55,603 Dia nampak lain. Tak pernah lihat dia begitu. 147 00:11:59,923 --> 00:12:03,123 Saya sangat keliru, dan masih cuba 148 00:12:03,203 --> 00:12:05,163 untuk bersangka baik dengan dia. 149 00:12:06,803 --> 00:12:09,203 Tapi dia tak dapat jawab kenapa dia di situ. 150 00:12:09,283 --> 00:12:12,923 Saya tanya mengenai van dan kenapa telefon dia ada di situ, 151 00:12:13,003 --> 00:12:18,283 dan dia beri pelbagai alasan yang buat saya rasa tak selesa. 152 00:12:19,523 --> 00:12:22,003 Dalam keadaan dia begitu, saya tak nak dia 153 00:12:22,083 --> 00:12:23,723 berada dalam rumah saya. 154 00:12:30,123 --> 00:12:33,123 SELEPAS MENGAKU MENCURI VAN TERSEBUT, 155 00:12:33,203 --> 00:12:36,123 JAMES DITAHAN KERANA MENCURI KENDERAAN 156 00:12:37,763 --> 00:12:41,363 James ditahan selepas mengaku mencuri van itu. 157 00:12:44,123 --> 00:12:45,483 Saya rasa bersalah. 158 00:12:47,683 --> 00:12:51,003 Saya tak berniat begitu. Saya tak nak dia dalam masalah. 159 00:12:53,283 --> 00:12:55,363 Tapi saya rasa dikhianti oleh dia, 160 00:12:55,443 --> 00:12:59,883 dan saya sangat keliru kenapa dia lakukan perkara itu 161 00:12:59,963 --> 00:13:01,283 dan apa yang dah berlaku, 162 00:13:01,363 --> 00:13:03,603 dan saya masih cuba memahami semuanya. 163 00:13:17,003 --> 00:13:20,283 Tak dapat jelaskan kenapa tiba-tiba persahabatan kami mula retak, 164 00:13:20,363 --> 00:13:25,163 tapi saya rasa semua berpunca daripada saya ambil sesuatu 165 00:13:25,243 --> 00:13:26,603 yang bukan milik saya. 166 00:13:27,203 --> 00:13:29,523 Contohnya, van itu. 167 00:13:30,643 --> 00:13:32,083 Sebab ambil itu. 168 00:13:32,163 --> 00:13:34,123 Dia percayakan saya, dia tahu… 169 00:13:35,843 --> 00:13:39,163 Dia tahu yang saya tahu di mana terletaknya semua barang. 170 00:13:39,763 --> 00:13:42,003 Awak ada ambil barang lain? 171 00:13:42,483 --> 00:13:43,483 Daripada dia? 172 00:13:44,763 --> 00:13:46,723 Saya ada ambil sedikit duit dia, 173 00:13:46,803 --> 00:13:49,603 dari akaun perniagaan, untuk bayar bil telefon. 174 00:13:50,603 --> 00:13:54,723 Disebabkan transaksi tersebut, saya telah mengosongkan akaun bank dia, 175 00:13:55,203 --> 00:13:57,763 sebab saya tak tahu bagaimana ia berfungsi. 176 00:13:58,603 --> 00:14:01,443 Jadi saya cepat-cepat masukkan semula ke dalam akaun dia. 177 00:14:03,643 --> 00:14:05,203 Dia… 178 00:14:07,003 --> 00:14:12,483 Itu betul-betul telah hancurkan kepercayaan dia pada saya. 179 00:14:24,363 --> 00:14:27,563 Saya rasa ia yang kedua, yang baru. Warna merah jambu. 180 00:14:29,563 --> 00:14:34,563 Apa pun yang berlaku dengan James, saya teruskan hidup saya macam biasa. 181 00:14:37,443 --> 00:14:41,123 Tetapi sebaik saja James dibebaskan, 182 00:14:41,203 --> 00:14:43,923 saya terima satu panggilan dari sekolah saya, 183 00:14:44,003 --> 00:14:45,643 sebab saya masih belajar, 184 00:14:45,723 --> 00:14:50,363 dan sekolah saya perlukan bayaran, dan kad saya ditolak. 185 00:14:50,443 --> 00:14:53,723 TRANSAKSI GAGAL SILA CUBA DENGAN KAEDAH PEMBAYARAN LAIN 186 00:14:53,803 --> 00:14:55,123 CUBA LAGI 187 00:14:55,203 --> 00:14:59,363 Saya rasa pelik, dan saya berikan kad lain. 188 00:14:59,443 --> 00:15:00,563 Ditolak. 189 00:15:00,643 --> 00:15:01,643 PEMBAYARAN KAD DITOLAK 190 00:15:01,723 --> 00:15:04,283 Kad saya tak pernah ditolak sebelum ini, 191 00:15:04,363 --> 00:15:07,323 jadi saya sangat keliru. 192 00:15:09,403 --> 00:15:11,563 Saya log masuk ke dalam akaun bank, 193 00:15:12,083 --> 00:15:13,523 dan tiada duit langsung. 194 00:15:14,243 --> 00:15:15,443 AKAUN SAYA 195 00:15:15,523 --> 00:15:16,363 BAKI SEMASA $0.00 196 00:15:16,443 --> 00:15:17,643 Luruh jantung saya. 197 00:15:17,723 --> 00:15:19,843 LIHAT PENYATA TRANSAKSI TERKINI 198 00:15:19,923 --> 00:15:22,883 Saya sangat terkejut dan panik, 199 00:15:23,523 --> 00:15:25,643 dan di saat itu saya tersedar, 200 00:15:25,723 --> 00:15:29,363 "Oh Tuhan, seluruh perniagaan saya boleh dicuri sekarang, 201 00:15:29,443 --> 00:15:30,763 bagaimana nak bayar bil?" 202 00:15:31,283 --> 00:15:34,363 PIHAK BANK ASHLEY MENGESAHKAN DALAM TEMPOH SEBULAN, 203 00:15:34,443 --> 00:15:36,763 WANGNYA TELAH DIPINDAHKAN KE AKAUN LAIN 204 00:15:36,843 --> 00:15:40,483 MILIK JAMES CORPUS 205 00:15:45,883 --> 00:15:50,883 James telah memindahkan duit dari akaun saya terus ke akaun dia. 206 00:15:51,963 --> 00:15:55,723 Semua duit hasil kerja keras saya, 207 00:15:56,403 --> 00:15:59,483 semua pengorbanan kami hilang begitu saja. 208 00:15:59,563 --> 00:16:02,763 Lebih banyak saya selidik, lebih banyak saya jumpa 209 00:16:02,843 --> 00:16:05,443 perkara penting yang saya tak tahu. 210 00:16:08,403 --> 00:16:11,123 Dia jumpa kad kredit 211 00:16:11,203 --> 00:16:15,603 yang saya sangka dikunci dalam laci di pejabat. 212 00:16:16,443 --> 00:16:18,963 Dia guna kad kredit itu sebanyak mungkin. 213 00:16:19,563 --> 00:16:20,923 Penyata diterima. 214 00:16:21,003 --> 00:16:23,723 Dia akan ambil surat itu, buang semuanya, 215 00:16:23,803 --> 00:16:25,483 dan saya tak pernah nampak. 216 00:16:27,523 --> 00:16:32,363 Kesemua sekali, saya kehilangan lebih daripada $120,000 217 00:16:32,443 --> 00:16:35,963 daripada penyelewengan yang dilakukan oleh James. 218 00:16:44,883 --> 00:16:46,963 Saya rasa sangat dikhianati oleh dia. 219 00:16:49,643 --> 00:16:51,763 Saya rasa apa saja boleh berlaku sekarang. 220 00:16:53,643 --> 00:16:57,043 Seseorang yang saya tak kenal langsung, seseorang yang… 221 00:16:58,243 --> 00:17:00,483 Persahabatan selama 12 tahun lebih? 222 00:17:00,563 --> 00:17:05,243 Mengenali mereka, saya tak rasa ini boleh berlaku. 223 00:17:09,403 --> 00:17:10,603 OKTOBER 2018 224 00:17:10,683 --> 00:17:13,323 CORPUS DITANGKAP ATAS TUDUHAN PENYELEWENGAN 225 00:17:13,403 --> 00:17:15,443 DAN DITAHAN SEKALI LAGI 226 00:17:16,643 --> 00:17:20,883 ENAM HARI KEMUDIAN, DIA MENDAPAT PEMBEBASAN SEBELUM PERBICARAAN 227 00:17:20,963 --> 00:17:25,643 SEJURUS SELEPAS ITU, DIA CUBA UNTUK MENGHUBUNGI ASHLEY 228 00:17:29,843 --> 00:17:32,523 Saya bercakap dengan Ashley selepas keluar dari penjara, 229 00:17:33,003 --> 00:17:37,083 sebab saya nak perbaiki persahabatan kami. 230 00:17:39,523 --> 00:17:42,843 Saya tak tahu bagaimana nak berkawan dengan dia semula. 231 00:17:42,923 --> 00:17:46,723 Macam mana saya nak buat? Kenapa saya rosakkan persahabatan ini? 232 00:17:46,803 --> 00:17:48,403 Seseorang yang ingin… 233 00:17:50,843 --> 00:17:53,203 membantu saya dan buat saya… 234 00:17:53,963 --> 00:17:55,763 Membantu saya capai matlamat. 235 00:17:57,603 --> 00:18:00,483 Saya nak selesaikan isu itu, 236 00:18:01,163 --> 00:18:03,363 bayar semua hutang saya pada mereka, 237 00:18:04,203 --> 00:18:07,563 dan lihat jika kami boleh selesaikannya di luar mahkamah. 238 00:18:08,083 --> 00:18:09,883 Saya bukan nak mengancam. 239 00:18:09,963 --> 00:18:12,843 Saya hanya nak minta maaf sangat-sangat. 240 00:18:19,723 --> 00:18:24,683 Saya minta dia beri ruang pada saya dan minta dia jangan ganggu saya. 241 00:18:31,003 --> 00:18:34,323 Tapi dia tak menghormati permintaan saya. 242 00:18:36,603 --> 00:18:41,683 Dia asyik menghubungi dengan pelbagai cara, telefon dan mesej, 243 00:18:43,323 --> 00:18:45,043 hubungi dari telefon bimbit, 244 00:18:45,123 --> 00:18:49,723 telefon rumah, aplikasi Messenger, aplikasi Snapchat. 245 00:18:49,803 --> 00:18:52,523 Ada pelbagai cara dia cuba menghubungi saya. 246 00:18:53,243 --> 00:18:56,163 Dia cakap nak bincangkan tentang apa yang terjadi, 247 00:18:56,243 --> 00:18:59,003 dan dia sayangkan saya, 248 00:18:59,083 --> 00:19:03,963 dan dia takkan buat sesuatu yang akan menyakiti saya. 249 00:19:06,923 --> 00:19:09,483 Saya rasa sangat tertekan. 250 00:19:10,363 --> 00:19:13,323 Jadi pihak polis mengatakan saya patut 251 00:19:13,403 --> 00:19:16,563 mendapatkan perintah larangan 252 00:19:17,363 --> 00:19:22,403 untuk buat dia berhenti. 253 00:19:23,723 --> 00:19:26,283 OKTOBER 2018 254 00:19:26,763 --> 00:19:30,203 SATU PERINTAH LARANGAN TELAH DIKELUARKAN PADA 10 OKTOBER, 255 00:19:30,283 --> 00:19:33,723 MELARANG CORPUS DARIPADA MENGHUBUNGI ASHLEY 256 00:19:35,563 --> 00:19:39,123 Dia diberikan surat perintah larangan itu dan selepas itu, 257 00:19:39,203 --> 00:19:42,443 saya rasa dalam sehari kemudian, dia hubungi saya lagi. 258 00:19:42,563 --> 00:19:45,483 JAMES CORPUS: PANGGILAN TAK DIJAWAB 259 00:19:46,003 --> 00:19:49,003 Dia mesej dan hubungi saya dari telefon bimbit dia, 260 00:19:49,083 --> 00:19:52,043 telefon bimbit ibu dia, telefon bimbit kakak dia, Facebook. 261 00:19:52,843 --> 00:19:55,763 Saya perlu rasa selamat semula. 262 00:19:56,803 --> 00:19:59,843 Kerana saya dah mula rasa takut pada saat itu. 263 00:20:22,803 --> 00:20:26,363 Apa yang kita nampak apabila menangani perihal menghendap, 264 00:20:26,843 --> 00:20:29,963 kita nampak kelakuan menghendap itu akan bertambah teruk. 265 00:20:31,363 --> 00:20:34,083 Ia boleh bermula dari hantaran mesej, 266 00:20:35,123 --> 00:20:37,963 kemudian menjadi panggilan telefon berulang kali, 267 00:20:38,883 --> 00:20:41,003 kemudian hantaran di media sosial, 268 00:20:41,083 --> 00:20:43,803 dan berubah kepada sesuatu ancaman. 269 00:20:46,843 --> 00:20:48,443 Nama saya Mark Kurkowski. 270 00:20:48,523 --> 00:20:51,243 Saya bekas pegawai penguatkuasa undang-undang. 271 00:20:52,083 --> 00:20:58,163 Salah satu fokus utama saya adalah melatih pendakwa raya penguatkuasa undang-undang 272 00:20:58,243 --> 00:21:00,483 dan pengamal lain dalam bidang ini, 273 00:21:00,563 --> 00:21:04,843 melihat bagaimana menghendap boleh berkait dengan jenayah lain. 274 00:21:08,803 --> 00:21:12,003 SEBAHAGIAN DARIPADA ULASAN KES JAMES CORPUS, 275 00:21:12,083 --> 00:21:15,643 MARK TELAH MENGKAJI KOMUNIKASI CORPUS DENGAN ASHLEY 276 00:21:17,243 --> 00:21:21,083 Melihat James dan perlakuan yang dipamerkannya, 277 00:21:21,163 --> 00:21:24,523 kita nampak ia melibatkan perasaan ingin memiliki, 278 00:21:25,043 --> 00:21:28,323 dan satu hubungan yang dia tak mahu akhiri. 279 00:21:31,363 --> 00:21:34,163 Dia mula dengan menghantar mesej kepada Ashley, 280 00:21:34,243 --> 00:21:35,683 kemudian menelefon dia, 281 00:21:35,763 --> 00:21:37,883 dan menelefon dia berulang kali. 282 00:21:37,963 --> 00:21:43,483 Bila Ashley cuba menghalang perlakuan itu, dia ubah kepada cara lain, 283 00:21:44,363 --> 00:21:47,883 hubungi kakak dia dan ahli keluarga yang lain. 284 00:21:47,963 --> 00:21:53,483 Terus-menerus cuba menghubungi Ashley, dengan apa cara sekalipun. 285 00:21:56,363 --> 00:21:59,723 Ia berterusan walaupun selepas menerima perintah larangan, 286 00:21:59,803 --> 00:22:06,043 selepas beberapa kali ditahan dan hakim mengarahkan James jangan hubungi Ashley, 287 00:22:06,123 --> 00:22:07,763 dia terus berbuat begitu. 288 00:22:10,363 --> 00:22:13,483 Bila kita melihat kes menghendap yang bertambah teruk, 289 00:22:13,563 --> 00:22:16,643 kita perlu lihat kepada corak TKK: 290 00:22:16,723 --> 00:22:21,843 tempoh, keterukan dan kekerapan tindakan menghendap itu. 291 00:22:21,923 --> 00:22:26,523 Menjadi kebimbangan besar apabila kita melihat corak TKK 292 00:22:26,603 --> 00:22:28,803 dan ancaman itu bertambah teruk. 293 00:22:28,883 --> 00:22:31,883 Itulah masanya untuk kita terlibat dan memastikan 294 00:22:31,963 --> 00:22:34,243 rancangan keselamatan dilaksanakan. 295 00:22:44,963 --> 00:22:46,603 Apabila dia hubungi lagi, 296 00:22:46,683 --> 00:22:48,723 selepas perintah larangan berkuat kuasa, 297 00:22:48,803 --> 00:22:50,563 saya menjadi takut. 298 00:22:53,283 --> 00:22:56,043 James tahu kod untuk masuk ke pintu hadapan rumah saya, 299 00:22:56,843 --> 00:22:59,083 kod utama untuk masuk kereta saya. 300 00:22:59,643 --> 00:23:02,643 Saya menjadi bertambah gementar. 301 00:23:07,363 --> 00:23:11,203 Saya perlu ambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keluarga saya selamat. 302 00:23:14,323 --> 00:23:16,843 Kami tukar semua kunci di rumah saya. 303 00:23:16,923 --> 00:23:19,043 Saya tak lagi memandu seorang diri. 304 00:23:20,203 --> 00:23:24,283 Setiap tempat dan perkara yang saya buat, saya buat dengan seseorang. 305 00:23:24,363 --> 00:23:26,683 Saya terlalu takut untuk bersendirian. 306 00:23:28,883 --> 00:23:32,883 Saya buat perubahan besar dalam hidup saya, 307 00:23:32,963 --> 00:23:36,083 kerana dengan semua ini yang berlaku, apa yang akan jadi pada saya? 308 00:23:36,163 --> 00:23:37,283 Apa saja boleh berlaku. 309 00:23:38,363 --> 00:23:39,963 Ia menakutkan saya. 310 00:23:40,043 --> 00:23:44,563 Dia akan melampaui batas dengan apa cara sekalipun. 311 00:23:51,563 --> 00:23:52,723 27 OKTOBER 2018 312 00:23:52,803 --> 00:23:57,003 TUJUH BELAS HARI SELEPAS PERINTAH LARANGAN DIKELUARKAN, 313 00:23:57,083 --> 00:24:01,803 CORPUS DITANGKAP MENGHUBUNGI ASHLEY DARIPADA NOMBOR YANG TIDAK DIKENALI 314 00:24:03,283 --> 00:24:09,523 CORPUS DITAHAN DAN DIDAKWA ATAS KESALAHAN MENGHENDAP 315 00:24:19,483 --> 00:24:21,843 SATU HALA 316 00:24:21,923 --> 00:24:25,283 TEMPAT LETAK KERETA TERHAD STAF SYERIF SAHAJA 317 00:24:28,923 --> 00:24:31,203 Perkataan "menghendap" bermaksud 318 00:24:31,283 --> 00:24:33,803 "satu kelakuan secara sengaja atau sedar 319 00:24:33,883 --> 00:24:38,403 melibatkan gangguan berulang atau berterusan oleh seseorang, 320 00:24:38,483 --> 00:24:41,883 yang boleh mengakibatkan seseorang itu rasa gementar, 321 00:24:41,963 --> 00:24:44,283 takut, tergugat atau terancam." 322 00:24:44,363 --> 00:24:46,283 KES INDIANA 323 00:24:47,443 --> 00:24:49,883 Nama saya Tim Brown. Saya peguam pemerhati 324 00:24:49,963 --> 00:24:52,523 dari Pejabat Pendakwa Daerah Lake, Indiana. 325 00:24:53,283 --> 00:24:58,403 Saya ditugaskan untuk kes Encik Corpus selepas dia didakwa dengan menghendap. 326 00:25:08,443 --> 00:25:12,203 Saya rasa menghendap ialah lebih kepada… 327 00:25:12,283 --> 00:25:15,643 melihat seseorang, seperti pengintai. 328 00:25:16,563 --> 00:25:19,083 Seseorang yang suka mengintai. 329 00:25:20,803 --> 00:25:24,683 Tetapi saya tak rasa "menghendap" bermaksud seperti, 330 00:25:26,123 --> 00:25:28,923 kamu melanggar perintah larangan. 331 00:25:30,003 --> 00:25:31,523 Itu satu penghendapan? 332 00:25:31,603 --> 00:25:32,963 Saya tak sedar ia akan… 333 00:25:33,523 --> 00:25:34,483 Kenapa begitu? 334 00:25:35,243 --> 00:25:36,603 Ia mengelirukan saya. 335 00:25:37,203 --> 00:25:40,003 Jika seseorang nak minta maaf kepada seseorang, 336 00:25:41,003 --> 00:25:44,363 untuk betulkan kesalahan, itu bermaksud saya penghendap? 337 00:25:45,603 --> 00:25:46,723 Itu… 338 00:25:46,803 --> 00:25:48,323 Ia gila. 339 00:25:48,883 --> 00:25:53,803 Saya tak anggap diri saya sebagai penghendap hanya kerana saya… 340 00:25:53,883 --> 00:25:59,083 Saya tetap mahu berkawan dengan orang ini. 341 00:26:04,283 --> 00:26:09,363 Jadi jelas yang Encik Corpus tak rasa dirinya sebagai seorang penghendap. 342 00:26:09,883 --> 00:26:13,643 Kita tak ikut apa yang seseorang itu rasa di Indiana. 343 00:26:13,723 --> 00:26:16,683 Kita ikut definisi maksud menghendap. 344 00:26:16,763 --> 00:26:18,203 WARTAWAN MAHKAMAH AGUNG 345 00:26:18,283 --> 00:26:23,763 Jika kita lihat pada dakwaan menghendap yang difailkan terhadap Encik Corpus, 346 00:26:24,683 --> 00:26:28,683 kes ini melibatkan panggilan telefon berulang kali kepada Cik Manfre. 347 00:26:30,243 --> 00:26:33,603 Cubaan untuk meminta maaf berulang kali kepada seseorang 348 00:26:34,323 --> 00:26:36,763 dengan melanggar perintah larangan 349 00:26:36,843 --> 00:26:39,603 boleh dikira sebagai satu bentuk penghendapan 350 00:26:39,683 --> 00:26:42,483 sekiranya ia mengancam atau menakutkan mangsa. 351 00:26:42,563 --> 00:26:47,283 Kami percaya Ashley mempunyai sebab untuk menjadi takut dengan Encik Corpus. 352 00:26:48,603 --> 00:26:52,643 Jadi dia mendakwa, dia hanya mahu meminta maaf kepadanya? 353 00:26:52,723 --> 00:26:53,723 Okey, baiklah. 354 00:26:53,803 --> 00:26:56,963 Tapi itu tak bermaksud perbuatan itu tak dikira sebagai menghendap. 355 00:26:57,043 --> 00:26:59,203 Malah, sebaliknya. 356 00:27:06,203 --> 00:27:07,203 OKTOBER 2018 357 00:27:08,923 --> 00:27:11,763 CORPUS TIDAK DIBENARKAN DIIKAT JAMIN 358 00:27:11,843 --> 00:27:16,163 DAN DIMASUKKAN KE PUSAT PEMULIHAN WESTVILLE SEMENTARA MENUNGGU HUKUMAN 359 00:27:19,883 --> 00:27:21,563 Ia sangat melegakan. 360 00:27:23,763 --> 00:27:27,843 Saya rasa satu beban berat dah hilang 361 00:27:28,643 --> 00:27:31,643 yang saya tak sedar saya tanggung buat sekian lama. 362 00:27:34,123 --> 00:27:37,803 Saya rasa saya lebih lega… 363 00:27:39,883 --> 00:27:42,163 dia tak dapat terus sakiti saya 364 00:27:42,243 --> 00:27:48,763 atau cari jalan untuk mengganggu hidup saya jika dia dipenjarakan. 365 00:27:57,843 --> 00:27:59,443 5 DISEMBER 2018 366 00:27:59,523 --> 00:28:04,363 SEBULAN SELEPAS CORPUS DIPINDAHKAN KE PENJARA, POLIS DATANG KE RUMAH ASHLEY 367 00:28:06,643 --> 00:28:09,363 Saya sedang buat sesuatu di rumah dan loceng pintu berbunyi. 368 00:28:10,483 --> 00:28:12,603 Ia jabatan syerif Daerah Lake 369 00:28:13,243 --> 00:28:19,523 beritahu saya bahawa mereka nak saya hadir ke mahkamah untuk sesi soal jawab. 370 00:28:25,003 --> 00:28:29,523 Saya ingat lagi memandu ke sana tanpa mengetahui kenapa atau tentang apa. 371 00:28:31,323 --> 00:28:32,843 Saya agak keliru. 372 00:28:33,723 --> 00:28:34,563 Kenapa? 373 00:28:34,643 --> 00:28:38,363 Kerana saya rasa saya dah menjelaskan semuanya beberapa kali. 374 00:28:40,323 --> 00:28:43,683 PEJABAT SYERIF 375 00:28:43,763 --> 00:28:47,963 Saya masih ingat duduk di sana dalam bilik persidangan detektif. 376 00:28:48,043 --> 00:28:49,723 SIASATAN JENAYAH 377 00:28:49,803 --> 00:28:51,083 BILIK SOAL SIASAT 3 378 00:28:51,163 --> 00:28:55,603 Mereka minta saya untuk duduk dan lukis peta rumah saya. 379 00:28:56,603 --> 00:28:59,803 Saya rasa sangat pelik sebab mereka tak beri saya apa-apa maklumat. 380 00:28:59,883 --> 00:29:02,923 Kenapa saya perlu melukis peta? Saya tak faham. 381 00:29:03,603 --> 00:29:06,803 Jadi saya lukiskan peta dan serahkan kepada mereka. 382 00:29:06,883 --> 00:29:10,643 Saya masih ingat mata mereka terbeliak, 383 00:29:10,723 --> 00:29:14,963 dan mereka melihat satu sama lain dalam keadaan terkejut. 384 00:29:15,843 --> 00:29:20,243 BEBERAPA HARI SEBELUM ITU, POLIS TELAH MENYOAL SEORANG BANDUAN 385 00:29:20,323 --> 00:29:23,803 YANG DITEMPATKAN DALAM PENJARA YANG SAMA DENGAN JAMES CORPUS 386 00:29:25,923 --> 00:29:28,043 Awak cakap nama dia James Corpus? 387 00:29:28,123 --> 00:29:29,163 - Ya. - Okey. 388 00:29:30,123 --> 00:29:31,643 Kenapa dia jumpa awak? 389 00:29:32,443 --> 00:29:33,523 Saya terima satu pelan. 390 00:29:33,603 --> 00:29:34,683 ARKIB SOAL SIASAT POLIS 391 00:29:34,763 --> 00:29:36,963 Dia melukis pelan di kocek saya. 392 00:29:37,043 --> 00:29:38,083 Dia lukis pelan? 393 00:29:38,163 --> 00:29:41,003 Dia lukis susun atur sistem kamera rumah itu, 394 00:29:41,083 --> 00:29:43,283 sistem penggera, kod untuk semuanya… 395 00:29:43,363 --> 00:29:45,203 Kod untuk sistem. Okey. 396 00:29:49,563 --> 00:29:52,803 30 November 2018. 397 00:29:52,883 --> 00:29:55,843 Saya dikejutkan dengan satu maklumat penjara 398 00:29:55,923 --> 00:29:58,403 yang kami terima dari sistem Telmate. 399 00:29:58,483 --> 00:30:02,603 Selepas melihat maklumat itu, kami menemui individu 400 00:30:02,683 --> 00:30:06,283 yang mempunyai maklumat tentang Encik Corpus. 401 00:30:12,923 --> 00:30:14,243 Nama saya Christopher Adams. 402 00:30:14,323 --> 00:30:17,723 Saya Sarjan dari Pasukan Petugas Homisid Daerah Lake. 403 00:30:24,003 --> 00:30:27,323 Banduan tersebut diberikan satu peta oleh James Corpus. 404 00:30:28,003 --> 00:30:31,043 Ada satu nota tambahan bersama peta tersebut 405 00:30:31,123 --> 00:30:33,043 mengandungi nama mangsa, 406 00:30:33,123 --> 00:30:36,083 dan kata laluan untuk pelbagai barang dalam kediamannya, 407 00:30:36,163 --> 00:30:38,883 seperti sistem keselamatan, 408 00:30:38,963 --> 00:30:42,763 kata laluan kenderaan yang terletak dalam kediamannya. 409 00:30:43,603 --> 00:30:47,683 Lukisan tersebut menunjukkan kawasan yang terdapat kamera pengawasan. 410 00:30:47,763 --> 00:30:52,443 Jadi ini semua merumus kepada satu konspirasi. 411 00:30:53,163 --> 00:30:56,603 Dia juga kata, "Kalaulah saya boleh buat perempuan itu senyap atau lenyap." 412 00:30:56,683 --> 00:30:58,123 Dia seperti, "Awak faham tak?" 413 00:30:58,203 --> 00:31:00,643 Dia juga kata, "Rumah itu penuh dengan banyak benda." 414 00:31:00,723 --> 00:31:03,083 "Awak boleh bayar saya." Dia kata, "Saya bayar awak." 415 00:31:03,803 --> 00:31:05,883 "Kalau saya dapatkan pistol, awak pergi buat." 416 00:31:05,963 --> 00:31:11,483 Dia suruh awak sama ada senyapkan dia or lenyapkan dia? 417 00:31:11,563 --> 00:31:14,483 Dia cakap, "Saya nak dia senyap dan saya tak kisah bagaimana." 418 00:31:14,563 --> 00:31:17,243 "Saya nak dia senyap dan saya tak kisah bagaimana." 419 00:31:21,323 --> 00:31:25,763 Banduan itu turut menyatakan James Corpus mahu dia senyapkan satu saksi. 420 00:31:27,163 --> 00:31:29,163 James kata dia tak nak saksi itu 421 00:31:29,243 --> 00:31:32,043 tampil beri kenyataan menentang dia pada perbicaraan nanti. 422 00:31:32,683 --> 00:31:37,843 Banduan itu faham "senyapkan" bermaksud dia perlu bunuh seseorang untuk James. 423 00:31:38,883 --> 00:31:43,283 Dia menjelaskannya kepada James, dan James kata dia nak Ashley disenyapkan. 424 00:31:44,683 --> 00:31:46,323 Apa nama wanita itu? 425 00:31:47,203 --> 00:31:49,163 Ashley Manfre. 426 00:31:51,363 --> 00:31:54,723 Individu yang melakukan perbuatan seperti ini, 427 00:31:55,523 --> 00:31:59,403 dan nekad untuk melakukan perbuatan sedemikian 428 00:31:59,483 --> 00:32:01,683 ke tahap di mana jenayahnya tak dihentikan 429 00:32:01,763 --> 00:32:04,883 walaupun selepas ditahan, 430 00:32:06,323 --> 00:32:08,923 orang sebegitu sanggup melakukan apa saja. 431 00:32:09,843 --> 00:32:12,723 BILIK SOAL SIASAT 3 432 00:32:25,163 --> 00:32:28,083 Saya percaya saya dituduh secara salah 433 00:32:29,683 --> 00:32:31,643 terlibat dalam konspirasi dan pembunuhan. 434 00:32:31,723 --> 00:32:35,083 Saya tiada niat untuk mencederakan dia atau keluarga dia. 435 00:32:36,883 --> 00:32:39,563 Saya berkawan dengan orang yang salah. 436 00:32:40,323 --> 00:32:42,643 Dia ambil kesempatan atas kebaikan saya 437 00:32:43,563 --> 00:32:45,563 dan dia… 438 00:32:46,843 --> 00:32:49,363 kata saya upah dia untuk membunuh Ashley. 439 00:32:51,363 --> 00:32:52,643 Saya tak buat begitu. 440 00:32:53,243 --> 00:32:57,083 Ada beberapa barang peribadi yang saya catat dari rumah Ashley, 441 00:32:58,203 --> 00:33:02,003 seperti pelan rumah dia dan… 442 00:33:02,883 --> 00:33:05,763 Saya hanya catatkan beberapa perkara. 443 00:33:09,203 --> 00:33:11,603 Rupa bentuk rumah dia dan sebagainya, 444 00:33:12,323 --> 00:33:16,403 dan saya letakkan di bilik saya, simpan di sel saya. 445 00:33:17,323 --> 00:33:22,083 Apa yang lelaki ini lakukan, dia datang dan masuk ke dalam sel saya 446 00:33:22,163 --> 00:33:23,763 dan ambil semua kertas saya 447 00:33:24,283 --> 00:33:26,443 dan terus bawa ke pejabat syerif. 448 00:33:26,523 --> 00:33:28,843 Kata saya upah dia untuk bunuh Ashley. 449 00:33:34,843 --> 00:33:39,163 Kata-katanya ialah "tamatkan dia". 450 00:33:40,563 --> 00:33:43,043 Saya dah tak dengar apa lagi selepas itu. 451 00:33:44,323 --> 00:33:47,403 Dunia seperti terhenti pada saat itu, dan… 452 00:33:50,723 --> 00:33:54,923 seseorang yang katakan mereka sayang saya dan takkan cederakan saya 453 00:33:55,603 --> 00:33:57,043 sekarang nak saya mati. 454 00:33:57,763 --> 00:34:01,243 Saya hidup dalam mimpi ngeri ini. 455 00:34:07,083 --> 00:34:12,043 CORPUS DISABITKAN DENGAN KONSPIRASI UNTUK MEMBUNUH DAN KEKAL DI PENJARA 456 00:34:12,123 --> 00:34:17,163 MENGHADAPI HUKUMAN SEHINGGA 30 TAHUN 457 00:34:18,963 --> 00:34:25,523 POLIS MEYAKINKAN ASHLEY DIA TIDAK LAGI BERADA DALAM BAHAYA 458 00:34:30,963 --> 00:34:35,683 Pihak polis meyakinkan saya yang semuanya sudah terkawal, 459 00:34:35,763 --> 00:34:38,723 mereka dah tangkap lelaki itu dan saya tak perlu bimbang lagi. 460 00:34:42,203 --> 00:34:45,963 Tapi saya rasa James sangat bijak. 461 00:34:46,523 --> 00:34:49,323 Apabila mereka beritahu saya dah selamat dan tak perlu risau, 462 00:34:49,403 --> 00:34:51,043 saya rasa sebaliknya. 463 00:34:56,043 --> 00:34:57,643 DISEMBER 2018 464 00:34:57,723 --> 00:35:00,203 DUA MINGGU KEMUDIAN, 465 00:35:00,283 --> 00:35:04,323 BANDUAN YANG MEMBERI MAKLUMAT DIBEBASKAN DARI PENJARA 466 00:35:07,683 --> 00:35:09,643 Sehari selepas dia dibebaskan, 467 00:35:09,723 --> 00:35:13,083 saya mula rasa saya diperhatikan. 468 00:35:16,003 --> 00:35:19,883 Mungkin ia hanya kebetulan, atau aturan masa yang pelik, 469 00:35:19,963 --> 00:35:22,923 tapi semua tempat yang saya pergi, di kedai runcit pun, 470 00:35:23,003 --> 00:35:25,923 saya rasa seperti saya diperhatikan ke mana saja saya pergi. 471 00:35:30,123 --> 00:35:33,003 Selepas dua hari lelaki itu dibebaskan, 472 00:35:33,083 --> 00:35:35,163 saya sedang berdiri di dapur saya. 473 00:35:37,363 --> 00:35:40,363 Waktu itu, saya tak pasti, mungkin 11:00 malam. 474 00:35:43,563 --> 00:35:48,323 Saya nampak dua lampu suluh bergerak ke arah saya, dan ia bergerak 475 00:35:49,163 --> 00:35:51,123 seperti seorang sedang berjalan. 476 00:35:56,563 --> 00:35:59,603 Lampu pengesan pergerakan saya menyala, 477 00:36:00,123 --> 00:36:04,443 dan saya nampak ada dua orang bergerak ke arah saya. 478 00:36:07,003 --> 00:36:12,763 Mereka memakai serba hitam, dengan sarung hitam menyelubungi kepala. 479 00:36:13,843 --> 00:36:19,963 Di belakang saya, ada 56 ekar padang dan hutan, 480 00:36:20,043 --> 00:36:22,123 jadi tak sepatutnya ada orang di sana. 481 00:36:23,603 --> 00:36:26,043 Saya hanya memerhati mereka menghampiri. 482 00:36:26,523 --> 00:36:28,523 Saya lari dan ambil telefon saya, 483 00:36:28,603 --> 00:36:30,523 dan kemudian ambil pistol saya. 484 00:36:31,523 --> 00:36:34,963 Saya pastikan semua pintu dan tingkap dikunci. 485 00:36:36,323 --> 00:36:37,763 Saya hubungi 911. 486 00:36:38,883 --> 00:36:44,403 Saya hanya berdiri di situ menggigil dan menangis, dan saya sangat takut. 487 00:36:51,203 --> 00:36:55,603 Tak pernah saya jangka langsung 488 00:36:55,683 --> 00:36:59,723 untuk berada dalam keadaan saya sekarang, takut akan nyawa saya. 489 00:37:03,923 --> 00:37:08,243 POLIS SAMPAI DALAM MASA SEPULUH MINIT DAN MEMBUAT PENCARIAN DI KAWASAN ITU 490 00:37:10,883 --> 00:37:14,483 Mereka sampai, tetapi polis gagal menjumpai apa-apa. 491 00:37:16,323 --> 00:37:22,763 Saya habiskan enam jam memerhati di tingkap berbeza, sepanjang malam, 492 00:37:23,483 --> 00:37:26,843 cuba untuk lihat jika ada sesiapa cuba datang semula ke rumah saya. 493 00:37:28,323 --> 00:37:29,643 Ia sangat menakutkan. 494 00:37:33,643 --> 00:37:37,803 PENCEROBOH TAK DAPAT DIKENAL PASTI 495 00:37:49,083 --> 00:37:50,603 12 JUN 2019 496 00:37:50,683 --> 00:37:54,723 PADA JUN 2019, PEGUAM JAMES CORPUS MEMOHON RAYUAN KE ATAS TUDUHAN MENGHENDAP, 497 00:37:54,803 --> 00:37:56,523 PENYELEWENGAN DAN PECAH MASUK 498 00:38:02,083 --> 00:38:05,483 SEBAGAI BALASAN MENERIMA HUKUMAN LIMA BELAS TAHUN, 499 00:38:05,563 --> 00:38:10,163 DAKWAAN KONSPIRASI MEMBUNUH TERHADAP CORPUS DIGUGURKAN 500 00:38:18,443 --> 00:38:19,963 Sekarang, tiada siapa akan tahu 501 00:38:20,803 --> 00:38:23,283 yang dia upah seseorang untuk bunuh saya. 502 00:38:23,363 --> 00:38:24,763 Tiada siapa akan tahu. 503 00:38:26,083 --> 00:38:27,443 Tiada dalam rekod dia. 504 00:38:28,003 --> 00:38:30,643 Ke mana saja dia pergi, siapa saja berkawan dengan dia, 505 00:38:30,723 --> 00:38:32,323 di mana saja dia bekerja, 506 00:38:32,403 --> 00:38:34,243 tak tahu apa dia mampu lakukan. 507 00:38:34,803 --> 00:38:35,803 Mereka tak tahu. 508 00:38:39,963 --> 00:38:42,483 Banyak yang James ambil dari saya. 509 00:38:46,603 --> 00:38:50,243 Perkara yang dia ambil yang saya tak boleh dapat semula 510 00:38:51,123 --> 00:38:53,363 ialah rasa selamat. 511 00:38:55,163 --> 00:38:58,083 Ketakutan itu akan sentiasa ada dalam hidup saya. 512 00:39:02,563 --> 00:39:08,203 KAWASAN LARANGAN STAF YANG DIBENARKAN SAJA 513 00:39:12,763 --> 00:39:15,083 WIRA BEKERJA DI SINI 514 00:39:20,603 --> 00:39:23,043 Saya kesal dengan apa yang saya lakukan. 515 00:39:24,403 --> 00:39:26,763 Saya rasa sangat teruk. 516 00:39:30,883 --> 00:39:36,283 Saya tak sedar saya sangat jahat. 517 00:39:42,363 --> 00:39:48,283 Sekarang, saya merasakan saya sakiti emosi dia. 518 00:39:49,283 --> 00:39:51,283 Tapi dulu, saya tak rasa begitu. 519 00:39:51,363 --> 00:39:53,523 Saya tak berfikir langsung. 520 00:39:57,403 --> 00:40:00,563 TIGA BULAN SELEPAS TEMU BUAL PERTAMA, 521 00:40:00,643 --> 00:40:04,643 JAMES CORPUS BERSETUJU UNTUK MENJAWAB SOALAN SELANJUTNYA 522 00:40:09,363 --> 00:40:12,523 Adakah saya merancang untuk membunuh Ashley? Tidak. 523 00:40:15,163 --> 00:40:16,883 Saya tak nak sakiti dia. 524 00:40:18,923 --> 00:40:19,803 Itu… 525 00:40:20,843 --> 00:40:23,243 Itu semua salah. Itu semua rekaan. 526 00:40:24,243 --> 00:40:25,923 Kenapa awak lukis peta itu? 527 00:40:29,843 --> 00:40:32,883 Saya mungkin hanya bosan, dan saya lukis sajalah. 528 00:40:32,963 --> 00:40:33,843 Saya hanya… 529 00:40:33,923 --> 00:40:37,523 Saya kerap catat nota dan melukis. 530 00:40:38,763 --> 00:40:40,563 Tapi ia tiada kena-mengena… 531 00:40:43,043 --> 00:40:48,283 dengan sebarang konspirasi dan sebagainya. 532 00:40:48,363 --> 00:40:50,963 Ia tak sepatutnya dilihat oleh sesiapa pun. 533 00:41:03,123 --> 00:41:06,123 Adakah saya tahu tentang pencerobohan di kediaman Ashley? 534 00:41:06,203 --> 00:41:07,403 Tidak, saya tidak tahu. 535 00:41:08,043 --> 00:41:09,363 Saya tak pernah tahu. 536 00:41:10,603 --> 00:41:12,083 Bila awak dapat tahu? 537 00:41:12,163 --> 00:41:13,403 Saya tak pernah tahu. 538 00:41:15,083 --> 00:41:16,043 Saya tak tahu. 539 00:41:16,923 --> 00:41:18,843 Pertama kali saya mendengarnya. 540 00:41:24,643 --> 00:41:28,963 Saya takkan pernah mengupah seseorang untuk… 541 00:41:29,523 --> 00:41:31,243 mencederakan dia. 542 00:41:31,883 --> 00:41:32,763 Saya akan… 543 00:41:33,523 --> 00:41:35,443 Itu sangat tak masuk akal. 544 00:41:44,963 --> 00:41:46,963 Adakah saya rasa saya penghendap? 545 00:41:49,643 --> 00:41:51,563 Sebenarnya, tidak. Maksud saya… 546 00:41:53,843 --> 00:41:56,763 segala kelakuan saya dengan Ashley, saya tak pernah buat begitu. 547 00:41:58,243 --> 00:41:59,083 Saya… 548 00:42:00,203 --> 00:42:01,443 Itu bukan diri saya. 549 00:42:03,123 --> 00:42:06,043 Saya nak menjadi seperti dia. 550 00:42:06,923 --> 00:42:09,883 Saya nak menjadi… 551 00:42:10,803 --> 00:42:11,883 macam diri dia. 552 00:42:12,643 --> 00:42:15,963 Dia ada rumah yang hebat, keluarga yang hebat, 553 00:42:17,243 --> 00:42:20,323 dan saya rasa saya… 554 00:42:25,803 --> 00:42:29,283 Saya rasa seperti saya ada hak untuk… 555 00:42:31,323 --> 00:42:33,203 Saya tidak tahu, rasa… 556 00:42:36,843 --> 00:42:38,083 Saya tak boleh… 557 00:42:40,043 --> 00:42:44,683 Saya nak selesaikannya, saya nak perbaikinya, tapi dah terlambat. 558 00:42:45,203 --> 00:42:47,523 Ia mungkin dah terlambat. Atau tidak. 559 00:43:17,483 --> 00:43:20,443 Saya suka lukisan di muka dia. 560 00:43:21,883 --> 00:43:26,163 Selepas apa yang terjadi dengan James, ia betul-betul mengganggu hidup saya. 561 00:43:28,763 --> 00:43:31,203 Tapi suatu hari saya sedar… 562 00:43:32,963 --> 00:43:38,603 saya dah biar dia kawal hidup saya terlalu lama… 563 00:43:40,163 --> 00:43:42,883 dan macam mana pun, dia tetap menang. 564 00:43:42,963 --> 00:43:46,443 Dia seperti masih mengawal saya atau dia ada seperti… 565 00:43:51,003 --> 00:43:52,643 tangan pada leher saya. 566 00:43:58,603 --> 00:44:02,083 Melupakan apa yang James dah lakukan ialah keputusan untuk 567 00:44:03,043 --> 00:44:06,163 melupakan dia dan maju ke hadapan, tak membiarkan dia… 568 00:44:08,443 --> 00:44:10,603 mengawal hidup saya lagi. 569 00:44:14,003 --> 00:44:16,723 Saya putuskan untuk tidak lagi menjadi mangsa.