1 00:00:12,043 --> 00:00:15,803 Pada mulanya, saya hanya terfikir untuk menyakiti dia. 2 00:00:20,643 --> 00:00:24,643 Sakiti dia dalam fikiran saya. Saya hanya fikirkan tentang itu. 3 00:00:28,323 --> 00:00:32,883 Saya rasa gembira dia takut. 4 00:00:35,243 --> 00:00:39,083 SETIAP TAHUN, ADA LEBIH DARIPADA TIGA JUTA KEJADIAN MENGHENDAP 5 00:00:39,163 --> 00:00:42,643 DI AMERIKA SYARIKAT 6 00:00:43,883 --> 00:00:49,683 LEBIH KURANG SUKU DARIPADA PESALAH IALAH WANITA 7 00:00:52,963 --> 00:00:55,923 Saya mempersoalkan semua orang di sekeliling saya. 8 00:00:58,323 --> 00:00:59,683 Ia menakutkan. 9 00:01:00,283 --> 00:01:03,243 Sesiapa yang buat itu, bukan hanya nak ganggu awak. 10 00:01:03,323 --> 00:01:04,883 Mereka taasub dengan awak. 11 00:01:06,723 --> 00:01:08,643 Saya tak tahu apa akan berlaku. 12 00:01:10,003 --> 00:01:14,043 Saya betul-betul sangka saya akan mati. 13 00:01:14,723 --> 00:01:21,483 INI IALAH KISAH MENGHENDAP KES #241-2080-19 14 00:01:21,963 --> 00:01:25,683 Ia memuaskan keperluan saya untuk… 15 00:01:26,443 --> 00:01:29,403 Tak tahu apa yang saya nak, tapi ia memuaskan saya. 16 00:01:31,523 --> 00:01:35,163 Saya pasti ini ialah balas dendam. 17 00:01:37,483 --> 00:01:41,243 SEBUAH SIRI NETFLIX 18 00:01:42,443 --> 00:01:46,203 Saya lebih rela digelar pembunuh daripada penghendap, faham tak? 19 00:01:50,163 --> 00:01:55,843 Saya nak dia rasa tekanan kerana diperhatikan. 20 00:01:57,323 --> 00:01:59,723 Sesiapa saja boleh jadi penghendap. 21 00:02:00,483 --> 00:02:02,203 Semuanya gaya momok. 22 00:02:04,043 --> 00:02:05,803 Saya masih gila begitu… 23 00:02:10,083 --> 00:02:16,643 KETAKUTAN YANG PASTI 24 00:02:19,043 --> 00:02:23,763 DALLAS, TEXAS 25 00:02:37,443 --> 00:02:41,363 Saya berurusan dengan ribuan wanita yang pernah dihendap. 26 00:02:42,723 --> 00:02:45,523 Tapi penghendap wanita jarang ditemui. 27 00:02:46,563 --> 00:02:48,483 Kebanyakannya, 80 peratus, 28 00:02:48,563 --> 00:02:51,963 lelaki ialah pelaku dan wanita ialah mangsa. 29 00:02:53,043 --> 00:02:55,163 PENEPIAN MENGHADAP TUDUH 30 00:02:55,243 --> 00:02:56,563 Ini kes unik. 31 00:02:58,083 --> 00:03:01,363 Ia memenuhi semua ciri-ciri menghendap. 32 00:03:01,443 --> 00:03:05,443 Ia satu corak tingkah laku, disasarkan kepada seorang individu, 33 00:03:05,523 --> 00:03:06,843 dan ia menyebabkan ketakutan. 34 00:03:09,443 --> 00:03:14,243 Tapi kes ini juga digelar sebagai penghendapan balas dendam. 35 00:03:14,323 --> 00:03:16,483 "Saya akan cari awak. Awak akan dapat balasan." 36 00:03:16,563 --> 00:03:19,123 "Awak akan menyesal kerana cari pasal dengan saya." 37 00:03:20,043 --> 00:03:21,283 Sangat berbahaya. 38 00:03:31,763 --> 00:03:34,883 TYLER, TEXAS 39 00:03:42,763 --> 00:03:44,563 Nama saya ialah Jaclyn Feagin. 40 00:03:46,203 --> 00:03:49,603 Saya didakwa atas jenayah menghendap. 41 00:03:53,283 --> 00:03:55,363 Saya membesar di Texas Timur. 42 00:03:58,243 --> 00:04:02,443 Ada gereja dan restoran. Tak banyak perkara boleh buat 43 00:04:02,523 --> 00:04:06,283 kecuali pergi ke gereja, makan dan membeli-belah. 44 00:04:07,323 --> 00:04:11,563 Kalau awak tak percaya pada Tuhan Kristian, awak jahat. 45 00:04:11,643 --> 00:04:12,763 GEREJA BAPTIS FLINT 46 00:04:12,843 --> 00:04:18,483 Ia seperti "ikut cara saya atau murtad" di kawasan yang berpegang kuat pada Bible. 47 00:04:22,843 --> 00:04:25,443 Zaman kanak-kanak saya memang sukar. 48 00:04:28,963 --> 00:04:32,883 Mak saya satu-satunya yang sentiasa bersama saya. 49 00:04:32,963 --> 00:04:36,203 Hubungan kami sangat rapat. 50 00:04:37,083 --> 00:04:40,523 30/10 - HOCUS POCUS - 3:00 PETANG 51 00:04:40,603 --> 00:04:44,403 12/11 - MOE BANDY - 7:00 MALAM 19/11 - RUTHIE FOSTER - 8:00 MALAM 52 00:04:46,203 --> 00:04:52,523 PADA USIA 21 TAHUN, JACLYN MENGENALI SUAMINYA JESSE 53 00:04:53,803 --> 00:04:56,643 TEXAS TIMUR ORKESTRA SIMFONI 54 00:04:56,723 --> 00:05:01,683 Saya kenal suami saya melalui kawan kami. 55 00:05:03,523 --> 00:05:06,883 Ia satu hubungan yang begitu mendalam. 56 00:05:06,963 --> 00:05:09,443 Ia berkembang dengan pantas. 57 00:05:11,683 --> 00:05:17,723 Kami mendapat anak perempuan pada 2018, dan kami berkahwin pada 2019. 58 00:05:21,523 --> 00:05:25,243 Suami saya dan bekas kekasihnya, mereka ada anak lelaki bersama, 59 00:05:25,883 --> 00:05:29,763 dan sebaik saja dia tahu kami bercinta, dia nak tahu siapa yang bersama anaknya. 60 00:05:31,723 --> 00:05:35,563 Dia terus beritahu saya, jika saya sakiti salah seorang, 61 00:05:35,643 --> 00:05:37,123 dia akan bunuh saya, 62 00:05:37,203 --> 00:05:40,363 dan katanya itu bukan ancaman, itu satu janji. 63 00:05:42,723 --> 00:05:46,083 Saya rasa masih ada perasaan di antara mereka, 64 00:05:46,163 --> 00:05:52,083 dan melihat gadis baru pindah ke rumah bekas kekasih 65 00:05:52,163 --> 00:05:55,243 dan bersama bekas kekasih dan anak, saya rasa… 66 00:05:55,323 --> 00:05:57,763 Itu mesti sukar. Ia sukar untuk diterima. 67 00:06:20,043 --> 00:06:22,963 Nama saya Sandra dan saya tinggal di Flint, Texas. 68 00:06:25,523 --> 00:06:27,883 Jesse ialah bekas teman lelaki saya. 69 00:06:29,603 --> 00:06:33,163 'SANDRA' MEMINTA SUPAYA IDENTITINYA DIRAHSIAKAN, 70 00:06:33,243 --> 00:06:36,443 UNTUK MELINDUNGI DIRINYA DAN KELUARGANYA 71 00:06:36,523 --> 00:06:39,563 NIKMATI PERKARA KECIL 72 00:06:39,643 --> 00:06:41,603 Kami kenal ketika remaja. 73 00:06:41,683 --> 00:06:43,923 Kami berkawan selama bertahun-tahun. 74 00:06:44,403 --> 00:06:48,403 Pada tahun 2012, kami buat keputusan untuk menjalinkan hubungan. 75 00:06:50,883 --> 00:06:55,643 Pada tahun 2015, saya dan Jesse mendapat seorang anak lelaki yang comel. 76 00:06:57,523 --> 00:07:00,283 Tapi kami tak begitu ada persefahaman. 77 00:07:00,363 --> 00:07:03,043 Dia seorang ateis dan saya beragama. 78 00:07:05,243 --> 00:07:08,723 Jadi, kami berpisah pada akhir tahun 2016. 79 00:07:11,003 --> 00:07:16,963 JESSE MENOLAK UNTUK TURUT SERTA DALAM DOKUMENTARI INI 80 00:07:19,843 --> 00:07:24,523 Beberapa bulan selepas kami berpisah, Jesse menjalinkan hubungan dengan Jaclyn. 81 00:07:28,843 --> 00:07:31,003 Dia agak berlainan, 82 00:07:32,283 --> 00:07:34,403 jadi saya tak kenal dia dengan baik. 83 00:07:36,803 --> 00:07:39,203 Dia sangat pendiam dan sangat lembut. 84 00:07:42,723 --> 00:07:45,483 Saya tak kisah dia bercinta dengan orang lain. 85 00:07:46,443 --> 00:07:50,283 Saya kurang senang dia muncul dalam hidup anak saya terlalu cepat, 86 00:07:50,923 --> 00:07:55,403 dan saya risau, disebabkan dia… 87 00:07:57,443 --> 00:07:59,323 anak kami akan kurang mendapat perhatian. 88 00:08:07,123 --> 00:08:11,803 PADA 1 APRIL 2017, ANAK LELAKI SANDRA DAN JESSE TERLIBAT DALAM KEMALANGAN TERUK 89 00:08:13,763 --> 00:08:18,203 Saya sedang bekerja semasa sepupu saya telefon. 90 00:08:19,763 --> 00:08:22,123 Dia hanya cakap anak saya tak bernafas, 91 00:08:22,843 --> 00:08:24,163 dan saya perlu datang. 92 00:08:25,083 --> 00:08:29,963 Saya telefon Jesse semasa nak beredar dan Jesse datang juga. 93 00:08:32,003 --> 00:08:34,323 Kami tiba di hospital sebelum ambulans. 94 00:08:35,123 --> 00:08:39,243 Kami tunggu selama beberapa minit untuk doktor masuk, 95 00:08:39,323 --> 00:08:43,243 dan dia beritahu jantung anak saya tak berdegup sejak… 96 00:08:45,083 --> 00:08:46,203 mereka ambil dia. 97 00:08:51,483 --> 00:08:55,763 Anak saya meninggal pada 1 April 2017. 98 00:09:00,203 --> 00:09:03,803 Saya tak terima yang dia dah mati. 99 00:09:05,163 --> 00:09:06,723 Seluruh hidup saya musnah. 100 00:09:08,203 --> 00:09:11,243 Saya ambil dadah dan minum alkohol. 101 00:09:12,403 --> 00:09:14,683 Saya benar-benar hilang arah. 102 00:09:17,523 --> 00:09:19,643 Saya tersiksa setiap hari… 103 00:09:20,883 --> 00:09:23,963 Sama ada saya nak bangun dan cuba… 104 00:09:25,483 --> 00:09:28,163 untuk menjalani kehidupan ini 105 00:09:28,243 --> 00:09:31,083 atau saya nak putus asa saja, 106 00:09:31,803 --> 00:09:37,563 dan saya tahu Jesse bergelut sama seperti saya. 107 00:09:51,003 --> 00:09:53,923 Selepas anak mereka mati… 108 00:09:57,283 --> 00:09:58,683 ibunya menjadi… 109 00:10:00,963 --> 00:10:04,883 Dia bersedih dan saya faham itu. 110 00:10:06,803 --> 00:10:11,923 Tapi ada banyak mesej di antara dia dan suami saya. 111 00:10:14,243 --> 00:10:18,643 Saya syak yang mereka nak kembali bersama 112 00:10:18,723 --> 00:10:21,323 atau nak merapatkan semula hubungan mereka. 113 00:10:23,403 --> 00:10:26,243 Ia memberi tekanan kepada kami. 114 00:10:27,523 --> 00:10:32,803 Saya jadi sangat tak yakin dan dia asyik nak mempertahankan diri, 115 00:10:33,763 --> 00:10:38,643 jadi saya banyak mencari-cari dan banyak mengintip, 116 00:10:39,123 --> 00:10:41,003 dan banyak perkara terbongkar. 117 00:10:42,163 --> 00:10:45,563 Hubungan kami jadi goyah selepas semua ini. 118 00:10:49,363 --> 00:10:54,403 Saya memutuskan yang batasan perlu ada untuk mengekalkan perkahwinan kami. 119 00:10:55,043 --> 00:10:58,563 Salah satu batasan itu ialah dengan bekas teman wanitanya. 120 00:10:59,323 --> 00:11:03,803 Cakap tentang anak awak saja. Tiada perkara lain. 121 00:11:04,323 --> 00:11:05,883 Dia tak menyukainya. 122 00:11:08,843 --> 00:11:11,963 Selepas anak saya meninggal dunia, saya dan Jaclyn tak bercakap. 123 00:11:13,723 --> 00:11:14,883 Semasa pengebumian, 124 00:11:15,643 --> 00:11:20,643 dia tak selesa melihat saya dan Jesse berdiri bersama, 125 00:11:20,723 --> 00:11:26,123 dan saya pegang tangan Jesse sebagai ketenangan hati untuk anak kami. 126 00:11:26,203 --> 00:11:29,163 GEREJA BAPTIS EAST LAKE 127 00:11:29,243 --> 00:11:32,163 Dia keluar ketika pengebumian sedang berlangsung, 128 00:11:32,243 --> 00:11:35,723 sebab dia sangat cemburu. 129 00:11:37,483 --> 00:11:39,803 Itu petanda bahaya. 130 00:11:43,563 --> 00:11:47,043 Selepas upacara itu, minggu berlalu. 131 00:11:47,723 --> 00:11:50,163 Jaclyn tak mahu Jesse dan saya berhubung. 132 00:11:50,243 --> 00:11:52,843 Dia rasa perasaan itu masih ada, sudah tentu, 133 00:11:52,923 --> 00:11:54,923 selepas bertahun-tahun bersama, 134 00:11:55,003 --> 00:11:57,683 ada anak bersama dan kehilangan anak bersama, 135 00:11:57,763 --> 00:11:59,683 tentulah perasaan itu masih ada. 136 00:12:02,643 --> 00:12:08,323 Saya dan Jesse masih berhubung dan semestinya buat dia rasa tak yakin. 137 00:12:10,083 --> 00:12:12,203 Ia satu ikatan yang… 138 00:12:12,763 --> 00:12:14,043 tak boleh diputuskan. 139 00:12:19,243 --> 00:12:25,923 Saya menyekat Sandra di semua media sosial suami saya, 140 00:12:26,003 --> 00:12:31,443 jadi dia tak dapat berhubung dengan suami saya. 141 00:12:33,523 --> 00:12:34,963 Sandra ada kawan wanita. 142 00:12:35,443 --> 00:12:42,163 Dia hantar gambar kawan wanitanya memakai pakaian dalam kepada suami saya. 143 00:12:43,203 --> 00:12:46,563 Saya kata, "Kalau awak hanya bercakap tentang anak awak, 144 00:12:47,163 --> 00:12:51,003 kenapa ada gambar kawan wanita awak dalam mesej suami saya?" 145 00:12:51,083 --> 00:12:53,643 Dia terus jadi busuk hati dengan saya. 146 00:12:54,803 --> 00:12:58,603 Saya tak ingat kata-kata dia terhadap saya, 147 00:12:58,683 --> 00:12:59,523 tapi memang ada. 148 00:13:03,083 --> 00:13:05,803 Saya hantar gambar seorang wanita kepada Jesse. 149 00:13:06,443 --> 00:13:08,923 Bukan saya, tapi wanita lain. 150 00:13:12,083 --> 00:13:14,203 Dia ada menggatal. 151 00:13:16,083 --> 00:13:17,443 Saya mungkin… 152 00:13:19,963 --> 00:13:23,283 melayan tapi bukan dengan niat untuk dapatkan dia semula. 153 00:13:23,363 --> 00:13:25,883 LINTASAN KERETA API 154 00:13:27,243 --> 00:13:28,443 Dia mesej saya. 155 00:13:30,283 --> 00:13:32,043 Dia sangat agresif. 156 00:13:32,963 --> 00:13:35,003 Dia rasa sangat terancam. 157 00:13:35,083 --> 00:13:36,843 Dia nak bergaduh. 158 00:13:36,923 --> 00:13:38,523 Dia cuma mahu bertengkar. 159 00:13:39,563 --> 00:13:43,923 Saya tak nak bertengkar dengan dia, 160 00:13:44,003 --> 00:13:46,083 jadi saya pun kata… 161 00:13:47,883 --> 00:13:49,163 "Saya buat silap." 162 00:13:49,763 --> 00:13:54,243 "Tapi saya akan terus berhubung dengan dia selagi dia berhubung dengan saya." 163 00:13:55,323 --> 00:13:57,923 Saya rasa itu buat dia berang. 164 00:14:00,843 --> 00:14:04,483 Itu kali terakhir saya bercakap dengan Jaclyn. 165 00:14:09,963 --> 00:14:11,443 Saya dapat mesej. 166 00:14:12,923 --> 00:14:14,923 Mesej yang teruk. 167 00:14:15,723 --> 00:14:18,403 Saya jadi hilang kawalan. 168 00:14:18,963 --> 00:14:22,163 Ada sesuatu yang berubah pada saat itu. 169 00:14:23,363 --> 00:14:26,723 Saya buat keputusan untuk balas dendam. 170 00:14:33,923 --> 00:14:38,043 UNTUK MENGELAKKAN SYAK WASANGKA, JACLYN MENUNGGU LEBIH DARIPADA SETAHUN 171 00:14:38,123 --> 00:14:40,763 SEBELUM MELAKUKAN APA-APA TERHADAP SANDRA 172 00:14:53,643 --> 00:14:58,843 PADA TAHUN 2019, SANDRA BERKAHWIN DAN MEMPUNYAI SEORANG ANAK 173 00:15:06,363 --> 00:15:08,403 Matlamatnya adalah untuk menakutkan dia. 174 00:15:09,083 --> 00:15:14,883 Tinggalkan benda-benda menakutkan untuknya di rumahnya tanpa diketahui dari siapa, 175 00:15:15,483 --> 00:15:19,843 dan dia akan tertanya-tanya, "Siapa buat? Ada orang perhatikan saya?" 176 00:15:19,923 --> 00:15:22,123 Cuma nak mencelarukan fikiran dia. 177 00:15:22,203 --> 00:15:24,643 HAI! 178 00:15:24,723 --> 00:15:28,003 Kali pertama, saya buat sesuatu yang biasa dan mudah. 179 00:15:28,083 --> 00:15:32,043 Ia sekeping kertas dengan gambar dan namanya di kertas itu. 180 00:15:32,123 --> 00:15:33,803 Saya pasti 181 00:15:33,883 --> 00:15:38,243 saya ada lukis pentagram di mukanya dengan pen merah. 182 00:15:41,563 --> 00:15:44,723 JUN 2019 PADA 15 JUN 2019, 183 00:15:44,803 --> 00:15:48,403 JACLYN BAWA BENDA YANG DIA HASILKAN KE RUMAH SANDRA 184 00:15:50,203 --> 00:15:56,123 Benda pertama, saya rasa ketika itu pukul satu atau dua pagi, 185 00:15:56,803 --> 00:16:01,403 dan dalam perjalanan, saya gementar, saya sangat gementar. 186 00:16:01,483 --> 00:16:06,403 Saya tahu saya buat salah, tapi saya teruskan. 187 00:16:07,883 --> 00:16:10,803 Ya, saya rasa seronok, 188 00:16:10,883 --> 00:16:12,323 ia satu perasaan yang… 189 00:16:14,563 --> 00:16:16,563 Saya tak pasti apa saya rasa. 190 00:16:16,643 --> 00:16:20,043 Saya cuma rasa seronok dapat tinggalkan benda itu, 191 00:16:20,123 --> 00:16:22,923 dan dia akan bangun keesokan pagi, 192 00:16:23,003 --> 00:16:25,843 tertanya-tanya siapa yang buat begitu kepada dia. 193 00:16:30,643 --> 00:16:34,123 Saya bangun untuk pergi kerja, dan buka pintu hadapan rumah, 194 00:16:34,603 --> 00:16:40,083 dan ada kertas dengan gambar saya, dan pentagram dilukis atas muka saya. 195 00:16:40,163 --> 00:16:43,363 HAI! 196 00:16:43,443 --> 00:16:46,723 Ada lilin yang telah dibakar, 197 00:16:47,683 --> 00:16:49,083 tertulis "Hai, Sandra." 198 00:16:51,923 --> 00:16:54,043 Saya nampak ia di atas tanah. 199 00:16:54,723 --> 00:16:56,043 Kecut perut saya. 200 00:16:57,043 --> 00:16:58,843 Saya tak tahu siapa yang buat. 201 00:16:58,923 --> 00:17:01,123 Saya tak tahu kenapa dia buat begitu. 202 00:17:03,363 --> 00:17:04,563 Saya panik. 203 00:17:05,403 --> 00:17:09,763 Saya pergi kejutkan suami saya dan bawa dia keluar untuk tunjuk itu. 204 00:17:10,403 --> 00:17:11,843 Anak-anak ada di rumah, 205 00:17:11,923 --> 00:17:15,603 jadi kami perlu pastikan mereka tak datang untuk melihatnya, 206 00:17:15,683 --> 00:17:17,763 sebab saya tak nak mereka terdedah. 207 00:17:19,163 --> 00:17:21,083 Suami saya segera hubungi polis. 208 00:17:24,123 --> 00:17:26,083 Saya takut. Saya rasa terancam. 209 00:17:26,163 --> 00:17:32,203 Saya rasa ada orang mengekori saya dan saya tak menyedarinya. 210 00:17:33,283 --> 00:17:37,363 Saya ingat lagi saya memandu ke tempat kerja pagi itu sambil menggigil 211 00:17:38,003 --> 00:17:40,603 dan melihat setiap kereta yang melepasi saya, 212 00:17:40,683 --> 00:17:43,603 dan perhatikan semua orang yang mendekati saya, 213 00:17:43,683 --> 00:17:47,963 dan cuba mencari jika mereka orangnya atau siapa orangnya. 214 00:17:48,043 --> 00:17:51,483 Saya asyik memikirkannya semasa bekerja, 215 00:17:51,563 --> 00:17:52,403 dan ia… 216 00:17:54,683 --> 00:17:56,123 Ia sangat menakutkan. 217 00:18:00,883 --> 00:18:05,083 Dalam beberapa hari selepas itu, ia bermain-main di fikiran saya. 218 00:18:05,163 --> 00:18:08,523 Itu saja yang saya fikirkan, 219 00:18:09,763 --> 00:18:11,523 jika dia rasa takut. 220 00:18:12,323 --> 00:18:14,643 Ia menjadi… 221 00:18:16,323 --> 00:18:19,523 satu keadaan pemikiran yang teruk berkenaan dia. 222 00:18:22,643 --> 00:18:27,043 Saya tak boleh jelaskan bagaimana atau mengapa obsesi itu berlaku. 223 00:18:27,123 --> 00:18:30,323 Ia berlaku begitu saja. Saya rasa sebab 224 00:18:30,403 --> 00:18:36,123 saya nak lihat apa yang dia ada yang buat suami saya suka, tapi tiada pada saya. 225 00:18:38,403 --> 00:18:43,963 Kemudian apabila perasaan seronok itu hilang, 226 00:18:44,443 --> 00:18:50,843 saya merancang untuk serangan kedua atau apa saja gelaran untuk itu. 227 00:18:59,923 --> 00:19:05,203 Saya tak ingat apa yang saya tinggalkan untuk dia buat kali kedua. 228 00:19:07,243 --> 00:19:11,803 Saya ada lebihan tali pintal dan saya hasilkan patung daripadanya. 229 00:19:13,123 --> 00:19:15,843 Saya cucuk jarum di kepala dan jantung, 230 00:19:16,603 --> 00:19:21,883 kemudian saya masukkannya ke dalam balang dengan tanah kubur, 231 00:19:22,363 --> 00:19:25,043 kemudian tutup balang itu. 232 00:19:25,803 --> 00:19:29,843 Kemudian lukis simbol sihir di seluruh balang. 233 00:19:32,523 --> 00:19:37,363 Sejujurnya, saya tak dapat nak beritahu keseluruhan maksudnya. 234 00:19:38,843 --> 00:19:44,043 Saya tahu ia ada kaitan dengan kepercayaan Wicca. 235 00:19:45,323 --> 00:19:47,923 Tapi saya juga tahu yang dia Kristian, 236 00:19:48,763 --> 00:19:53,803 jadi apabila benda begini muncul di pintu awak, ia sangat menakutkan. 237 00:19:56,243 --> 00:20:00,763 Jika ada orang tinggalkan benda begitu di anjung rumah saya, saya akan takut. 238 00:20:03,923 --> 00:20:06,443 Mereka tinggalkan balang yang penuh dengan pasir 239 00:20:06,523 --> 00:20:12,883 dan patung voodoo dengan jarum menembusi muka dan jantungnya. 240 00:20:14,123 --> 00:20:20,403 Huruf pertama nama saya dan tarikh lahir juga ditulis pada balang dengan cat merah, 241 00:20:20,883 --> 00:20:23,083 dan beberapa simbol iblis. 242 00:20:24,283 --> 00:20:26,523 Ia berlaku dua hari sebelum hari jadi anak saya, 243 00:20:26,603 --> 00:20:29,523 jadi saya tahu orang itu tahu tentangnya, 244 00:20:29,603 --> 00:20:34,003 dan dia tahu saya dalam keadaan sedih. 245 00:20:35,243 --> 00:20:38,403 Waktu itu buat ia jadi lebih teruk. Ia… 246 00:20:41,603 --> 00:20:42,483 Ia jahat. 247 00:20:44,523 --> 00:20:50,283 Mereka nak hukum saya untuk sesuatu dan saya tak pasti apa. 248 00:20:52,723 --> 00:20:54,723 Itu yang buat saya lebih takut, 249 00:20:54,803 --> 00:20:59,923 sebab saya tak tahu siapa yang begitu kejam untuk melakukan perkara itu. 250 00:21:06,203 --> 00:21:09,043 Saya di rumah 251 00:21:09,123 --> 00:21:11,003 memikirkan jika dia takut, 252 00:21:11,083 --> 00:21:16,283 dan saya tak rasa saya dah cukup takutkan dia. 253 00:21:20,403 --> 00:21:23,763 Saya nak dia rasa tekanan, 254 00:21:24,603 --> 00:21:26,603 kerana diperhatikan. 255 00:21:26,683 --> 00:21:28,523 Saya nak buat lebih lagi. 256 00:21:29,203 --> 00:21:35,923 Jadi saya buat profil Facebook palsu, menjadi salah seorang rakan kerja lamanya, 257 00:21:36,643 --> 00:21:40,363 dan saya ambil gambar peribadinya yang tiada orang ambil 258 00:21:40,443 --> 00:21:42,843 melainkan awak berkawan dengan dia di media sosial, 259 00:21:42,923 --> 00:21:45,523 dan saya cetak itu dan ikat pada skrol… 260 00:21:45,603 --> 00:21:46,443 MATILAH KAU. 261 00:21:46,523 --> 00:21:49,283 …dan saya Google sejenis sumpahan Latin, 262 00:21:50,523 --> 00:21:54,283 dan saya letak di skrol itu, letak gambarnya dan ikat bersama, 263 00:21:54,803 --> 00:21:56,643 dan tinggalkan di keretanya. 264 00:22:00,603 --> 00:22:04,803 Saya ingat lagi sumpahan Latin itu ada kaitan dengan 265 00:22:04,883 --> 00:22:07,043 wabak dan pertumpahan darah. 266 00:22:08,243 --> 00:22:10,203 Saya tahu sebanyak itu saja. 267 00:22:10,283 --> 00:22:12,203 Saya tak hafal pun. 268 00:22:18,443 --> 00:22:23,403 Saya dapat rasa yang 269 00:22:23,483 --> 00:22:25,683 apa saya buat ini ialah jenayah. 270 00:22:25,763 --> 00:22:29,123 Saya tak memandang serius hal ini seperti yang sepatutnya. 271 00:22:38,043 --> 00:22:40,883 Tanpa teragak-agak, saya dan suami hubungi polis, 272 00:22:40,963 --> 00:22:43,203 dan mereka terus ambil skrol itu. 273 00:22:44,763 --> 00:22:48,363 Mereka hantar gambar kandungan di dalamnya, 274 00:22:48,443 --> 00:22:52,243 dan ada jampi tertulis dalam bahasa Latin. 275 00:22:53,083 --> 00:22:55,403 Ia tertulis yang mereka nak saya mati. 276 00:22:59,363 --> 00:23:03,163 Pada tahap ini, saya rasa mereka takkan tertangkap. 277 00:23:07,083 --> 00:23:08,523 Saya semakin takut. 278 00:23:09,003 --> 00:23:11,723 Saya yakin ada orang akan rosakkan kereta saya 279 00:23:11,803 --> 00:23:14,643 dan saya akan bawa anak-anak saya ke pusat jagaan 280 00:23:14,723 --> 00:23:16,723 dan brek saya akan rosak atau… 281 00:23:17,723 --> 00:23:18,563 apa saja. 282 00:23:18,643 --> 00:23:21,123 Saya risau seseorang akan cuba bunuh saya, 283 00:23:21,203 --> 00:23:23,443 dan anak-anak saya akan cedera dalam situasi itu. 284 00:23:41,163 --> 00:23:44,403 Saya berkhidmat sebagai polis dah hampir 14 tahun. 285 00:23:46,323 --> 00:23:50,083 Saya dah lihat banyak keadaan tentang apa yang orang mampu buat. 286 00:23:52,883 --> 00:23:56,243 Dengan menghendap, kita tak tahu sejauh mana perbuatannya. 287 00:23:56,923 --> 00:24:00,803 Mula dengan perkara kecil, tapi akhirnya ia akan membahayakan nyawa orang. 288 00:24:03,923 --> 00:24:07,123 Nama saya Josh Hill, saya ialah detektif utama kes ini. 289 00:24:12,763 --> 00:24:16,203 Sebelum penglibatan saya, saya rasa ada 290 00:24:16,283 --> 00:24:19,843 lima situasi lain di mana mangsa hubungi 911 291 00:24:19,923 --> 00:24:22,163 untuk melaporkan kelakuan seperti ini. 292 00:24:24,363 --> 00:24:27,923 Jadi, ia tugas saya untuk melindungi Sandra dan keluarganya. 293 00:24:33,923 --> 00:24:36,923 Pada mulanya, kami tak dapat kesan siapa suspek itu, 294 00:24:38,203 --> 00:24:42,163 tapi apabila Sandra datang ke pejabat dan saya temu bual dia, 295 00:24:42,243 --> 00:24:44,283 semuanya mulai jelas. 296 00:24:44,843 --> 00:24:47,683 SELEPAS PERBUALAN DENGAN POLIS, 297 00:24:47,763 --> 00:24:51,083 KAMERA KESELAMATAN TELAH DIPASANG DI LUAR RUMAH SANDRA 298 00:24:52,763 --> 00:24:57,123 Tarikh hari ini ialah 11 Oktober 2019, sekitar pukul 8:30 pagi. 299 00:24:57,203 --> 00:25:00,283 Saya akan temu bual… 300 00:25:00,363 --> 00:25:03,683 Rujukan pada kes nombor 22280. 301 00:25:08,403 --> 00:25:09,603 11 OKTOBER 2019 302 00:25:09,683 --> 00:25:12,403 PADA 11 OKTOBER 2019, DETEKTIF HILL DAN SANDRA 303 00:25:12,483 --> 00:25:14,403 MELIHAT RAKAMAN KEJADIAN TERBARU 304 00:25:15,763 --> 00:25:19,083 Baiklah, saya nak tunjuk apa yang saya lihat. 305 00:25:20,363 --> 00:25:23,243 Saya nak minta awak lihat… 306 00:25:24,403 --> 00:25:26,323 Lihat bersama saya, 307 00:25:26,403 --> 00:25:29,723 untuk pastikan kita lihat perkara yang sama. 308 00:25:31,043 --> 00:25:36,203 KAMERA MENUNJUKKAN SEBUAH KERETA BERHENTI BERDEKATAN RUMAH SANDRA 309 00:25:44,363 --> 00:25:47,243 Kereta kecil ini, ia jenis hatchback. 310 00:25:48,363 --> 00:25:50,123 - Itu kereta siapa? - Kereta Jesse. 311 00:25:50,203 --> 00:25:51,123 Kereta Jesse. 312 00:25:53,403 --> 00:25:55,003 Siapa nama isterinya? 313 00:25:55,083 --> 00:25:55,923 Jaclyn. 314 00:25:57,163 --> 00:25:59,203 J-A-C-L-Y-N, Jaclyn? 315 00:26:01,803 --> 00:26:05,603 Itu memang kereta mereka. Tak dapat disangkal lagi. 316 00:26:06,723 --> 00:26:09,923 SEORANG INDIVIDU DIRAKAM KELUAR DARIPADA KERETA 317 00:26:10,003 --> 00:26:12,883 DAN MELETAKKAN BENDA ITU DI KEDIAMAN SANDRA 318 00:26:17,643 --> 00:26:20,523 Bentuk badan… Saya tak kenal bekas kekasih awak, 319 00:26:20,603 --> 00:26:23,363 tapi gaya jalan orang itu macam wanita. 320 00:26:24,643 --> 00:26:26,683 Boleh tahu dengan cara mereka ayunkan tangan, 321 00:26:26,763 --> 00:26:30,283 dengan gerakan pinggul apabila wanita berjalan, boleh tahu. 322 00:26:30,763 --> 00:26:32,563 Ayunan tangannya, itu wanita. 323 00:26:33,643 --> 00:26:39,483 TETAPI RAKAMAN ITU JUGA MENUNJUKKAN WANITA ITU TAK MELAKUKANNYA SEORANG DIRI 324 00:26:39,563 --> 00:26:43,323 ORANG KEDUA TUNGGU DI DALAM KERETA 325 00:26:46,123 --> 00:26:47,723 Selepas beberapa ketika, 326 00:26:47,803 --> 00:26:50,323 saya dah mula dapat gambaran, 327 00:26:50,403 --> 00:26:52,563 untuk cuba cari dari mana datangnya benda itu. 328 00:26:53,243 --> 00:26:56,243 Ia mendorong saya untuk pergi menyoal siasat Jaclyn. 329 00:27:06,323 --> 00:27:08,123 OKTOBER 2019 330 00:27:09,403 --> 00:27:14,883 PADA 6 NOVEMBER 2019, DETEKTIF JOSH HILL MENYOAL JACLYN DI RUMAH KELUARGANYA 331 00:27:16,243 --> 00:27:18,043 Hei. Maaf sebab kejutkan awak. 332 00:27:18,843 --> 00:27:21,243 Awak kerja lewat semalam? Balik pukul berapa? 333 00:27:21,323 --> 00:27:22,643 Saya balik 9:30 malam. 334 00:27:23,603 --> 00:27:25,403 Soal siasat yang menarik. 335 00:27:28,523 --> 00:27:31,963 Beritahu saya… Awak pasti tahu kenapa kami datang sini. 336 00:27:32,443 --> 00:27:33,963 Awak menafikannya? 337 00:27:34,443 --> 00:27:36,203 Sebab mereka letak kamera. 338 00:27:38,923 --> 00:27:42,083 Sejujurnya, saya takkan tipu awak, 339 00:27:42,163 --> 00:27:46,723 ia memang dungu, sebab semua ini… 340 00:27:47,923 --> 00:27:51,083 Jadi, ya, saya mengacau dia. 341 00:27:51,643 --> 00:27:55,123 JACLYN DIMINTA MEMBERITAHU IDENTITI ORANG LAIN YANG TERLIBAT 342 00:27:55,203 --> 00:27:58,763 Jesse yang ikut awak semasa awak melakukannya? 343 00:27:58,843 --> 00:28:00,043 - Mak saya. - Okey. 344 00:28:00,923 --> 00:28:02,483 - Mak ada di sini? - Ya. 345 00:28:02,563 --> 00:28:04,003 Boleh saya bercakap dengan mak? 346 00:28:04,083 --> 00:28:05,643 - Saya panggil dia. - Terima kasih. 347 00:28:06,883 --> 00:28:11,883 Ketika itulah saya sedikit terkesan dengan kes ini 348 00:28:11,963 --> 00:28:16,563 kerana sebagai seorang ayah dan suami, saya nak melindungi keluarga saya. 349 00:28:16,643 --> 00:28:20,723 Seorang ibu kepada anak yang dah dewasa 350 00:28:20,803 --> 00:28:23,283 membenarkan kelakuan ini, 351 00:28:23,363 --> 00:28:27,523 itu mengubah corak permainannya. 352 00:28:28,883 --> 00:28:32,083 DALAM TEMPOH KEJADIAN, 353 00:28:32,163 --> 00:28:37,163 JACLYN TINGGAL BERSAMA IBUNYA, KRISTI, SELAMA SETAHUN 354 00:28:40,163 --> 00:28:42,363 Hei. Kami buat awak terjaga juga? 355 00:28:42,443 --> 00:28:44,763 Saya dah bangun, tapi saya sedang berehat-rehat. 356 00:28:44,843 --> 00:28:47,523 - Maafkan saya. Saya Josh. - Hai. 357 00:28:47,603 --> 00:28:49,163 Saya dari pejabat syerif. 358 00:28:49,883 --> 00:28:52,243 Saya bercakap dengan Jesse dan anak awak, 359 00:28:52,323 --> 00:28:54,483 jadi saya tahu semuanya. 360 00:28:54,563 --> 00:28:58,043 Tapi saya ingin tahu, adakah dia beritahu awak sebabnya? 361 00:28:58,123 --> 00:29:00,243 Dia beritahu apa yang kamu nak buat? 362 00:29:01,043 --> 00:29:03,403 - Ya, saya tahu apa yang berlaku. - Okey. 363 00:29:03,483 --> 00:29:07,003 Saya jelaskan apa yang berlaku dan jelaskan tentang dakwaan. 364 00:29:07,083 --> 00:29:09,163 Dia tersenyum sinis. 365 00:29:09,243 --> 00:29:12,723 Saya bukan nak ajar awak cara jadi ibu. Saya faham ada sejarah yang buruk. 366 00:29:12,803 --> 00:29:14,043 - Ya. - Saya tak naif. 367 00:29:14,123 --> 00:29:17,283 Sejujurnya, saya rasa ia lucu, 368 00:29:17,363 --> 00:29:20,963 saya fikir ia mungkin akan mengajar dia dan dia takkan ganggu mereka lagi. 369 00:29:21,043 --> 00:29:22,563 Sebab itu saya ikutkan saja. 370 00:29:22,643 --> 00:29:25,923 Sama macam Jaclyn, dia kata tiada apa pun. "Itu cuma gurauan." 371 00:29:26,003 --> 00:29:29,043 Maaf, itu bukan sekadar gurauan. 372 00:29:29,123 --> 00:29:35,763 Ini penyeksaan, gangguan, kejengkelan yang berpanjangan dan bertalu-talu 373 00:29:35,843 --> 00:29:38,963 yang akhirnya membuatkan Sandra dan keluarganya 374 00:29:39,043 --> 00:29:41,083 takut dicederakan atau mati. 375 00:30:05,643 --> 00:30:07,483 Saya ialah Kristi Ferguson, 376 00:30:08,483 --> 00:30:11,363 dan anak saya ialah Jaclyn Feagin. 377 00:30:15,203 --> 00:30:18,843 Semasa Jaclyn muda, dia akan biar saja orang pijak kepala dia. 378 00:30:18,923 --> 00:30:22,083 Saya akan tanya dia, 379 00:30:22,883 --> 00:30:25,843 "Kenapa kamu biar dia buat begitu?" 380 00:30:26,643 --> 00:30:30,683 Ambil masa bertahun-tahun untuk suruh dia memesan makanannya sendiri, 381 00:30:30,763 --> 00:30:34,323 sebab dia sangat pemalu, penakut dan pendiam. 382 00:30:36,163 --> 00:30:40,763 Sekarang dia lebih cepat marah, syukurlah. 383 00:30:40,843 --> 00:30:46,803 Tapi sebahagian besarnya, sukar untuk buat dia marah. 384 00:30:56,403 --> 00:31:00,523 Sejujurnya, saya tak ingat bagaimana idea itu boleh timbul. 385 00:31:00,603 --> 00:31:02,723 Kami mungkin sedang menonton filem. 386 00:31:02,803 --> 00:31:07,003 Tapi kami berbual satu malam dan dia kata, 387 00:31:07,083 --> 00:31:10,683 "Pada suatu ketika nanti, semua ini perlu dibongkarkan." 388 00:31:10,763 --> 00:31:12,683 Dia penat dengan semua penipuan. 389 00:31:12,763 --> 00:31:16,363 Ia seperti, cukuplah, ini perlu berakhir. 390 00:31:16,443 --> 00:31:22,003 Dia kata, "Mungkin kalau saya menekan, dan ganggu dia sedikit, 391 00:31:22,083 --> 00:31:24,323 mungkin dia akan bersemuka dengan saya 392 00:31:24,803 --> 00:31:27,363 dan semuanya akan diluahkan." 393 00:31:31,643 --> 00:31:34,123 Saya ada cadangkan untuk ketuk saja pintu, 394 00:31:34,803 --> 00:31:39,963 tapi anak saya rasa itu takkan mengakhiri segalanya. 395 00:31:40,043 --> 00:31:42,963 VIDEO RAKAMAN POLIS 396 00:31:50,123 --> 00:31:52,563 Sejujurnya, apabila saya ditahan… 397 00:31:54,443 --> 00:31:56,443 ia buat saya marah. 398 00:31:57,923 --> 00:31:59,843 Saya terkejut, 399 00:31:59,923 --> 00:32:05,003 "Kamu buat semua ini hanya disebabkan kami letak beberapa benda?" 400 00:32:07,803 --> 00:32:13,563 Sejujurnya, kami tak rasa ia lebih daripada sekadar gangguan. 401 00:32:14,603 --> 00:32:18,323 Adakah kami buat dengan niat untuk ditangkap? 402 00:32:18,403 --> 00:32:19,763 Tidak. 403 00:32:19,843 --> 00:32:22,683 Tiada siapa cuba sakiti sesiapa. 404 00:32:22,763 --> 00:32:24,883 Saya tidak, begitu juga anak saya. 405 00:32:24,963 --> 00:32:27,243 Saya cuma rasa ia satu gurauan. 406 00:32:29,523 --> 00:32:31,963 Apa yang saya faham ialah 407 00:32:32,043 --> 00:32:35,403 mereka takut nyawa mereka dan anak mereka terancam. 408 00:32:35,923 --> 00:32:39,243 Saya rasa itulah dirinya, "Sebab saya seorang Kristian, 409 00:32:39,963 --> 00:32:41,723 ini sangat menakutkan saya." 410 00:32:41,803 --> 00:32:45,123 Seluruh situasi itu. 411 00:32:45,203 --> 00:32:49,883 Sebab itulah saya tak setuju. Mereka membesar-besarkan hal itu. 412 00:32:56,363 --> 00:33:01,043 PADA 8 NOVEMBER 2019, JACLYN DAN KRISTI DITAHAN DAN DIDAKWA DENGAN PENGHENDAPAN 413 00:33:12,923 --> 00:33:16,643 Untuk memenuhi unsur-unsur menghendap di Texas, 414 00:33:16,723 --> 00:33:21,963 seseorang itu perlu mempunyai keyakinan yang munasabah 415 00:33:22,043 --> 00:33:25,723 bahawa mereka dalam bahaya. 416 00:33:29,483 --> 00:33:33,923 Kemudian awak buat penentuan, apa tujuan kelakuan itu? 417 00:33:34,003 --> 00:33:39,763 Adakah ia dilakukan untuk beri amaran, mengugut, mengganggu individu itu? 418 00:33:42,043 --> 00:33:44,443 Kes ini menepati semua unsur. 419 00:33:44,523 --> 00:33:48,043 AFIDAVIT WARAN TANGKAP 420 00:33:48,123 --> 00:33:49,683 Nama saya Heath Chamness. 421 00:33:49,763 --> 00:33:52,283 Saya salah seorang pembantu pendakwa raya 422 00:33:52,363 --> 00:33:54,243 di Daerah Smith, Texas, 423 00:33:54,323 --> 00:33:57,403 dan kes ini ditugaskan kepada saya. 424 00:34:00,403 --> 00:34:03,963 Sebelum kes ini, saya pernah uruskan beberapa kes menghendap. 425 00:34:04,043 --> 00:34:06,163 Tapi kes ini agak berbeza, 426 00:34:06,243 --> 00:34:09,203 sebab ada ibu dan anak yang kedua-duanya defendan. 427 00:34:09,763 --> 00:34:12,283 Mereka tak menafikan penglibatan mereka, 428 00:34:13,043 --> 00:34:18,243 tapi mereka macam acuh tak acuh dan menganggapnya seperti, 429 00:34:18,323 --> 00:34:21,563 "Ia cuma satu usikan dan kami tak terfikir apa-apa." 430 00:34:21,643 --> 00:34:27,003 Itu tak mengubah hakikat 431 00:34:27,083 --> 00:34:30,723 yang kesalahan menghendap telah dilakukan. 432 00:34:32,083 --> 00:34:34,083 DALAM NEGERI TEXAS, 433 00:34:34,163 --> 00:34:38,323 SABITAN MENGHENDAP BIASANYA MEMBAWA KEPADA HUKUMAN PENJARA 434 00:34:40,443 --> 00:34:43,483 Kesudahannya, apabila bercakap dengan mangsa saya, 435 00:34:43,563 --> 00:34:45,243 dia hanya tak mahu dikacau. 436 00:34:45,723 --> 00:34:46,963 Dia mahukan keamanan. 437 00:34:48,283 --> 00:34:53,043 Jadi, untuk Jaclyn dan Kristina, saya buat tawaran. 438 00:34:53,123 --> 00:34:54,843 Tawaran rayuan untuk kes ini. 439 00:34:55,963 --> 00:35:00,403 Jaclyn dan ibunya ditawarkan sama ada tiga tahun penjara 440 00:35:00,483 --> 00:35:03,723 atau lapan tahun percubaan hukuman tertunda, 441 00:35:03,803 --> 00:35:08,163 dan mereka berdua memilih percubaan hukuman tertunda selama lapan tahun. 442 00:35:10,683 --> 00:35:15,563 Berada di bawah tempoh percubaan di daerah ini, bukanlah mudah. 443 00:35:16,283 --> 00:35:19,843 Sentiasa ada ujian dadah. Perlu melakukan khidmat masyarakat. 444 00:35:19,923 --> 00:35:21,523 Ada banyak jenis program, 445 00:35:21,603 --> 00:35:24,923 bergantung pada jenis jenayah yang awak buat, dan ia perlu dihabiskan. 446 00:35:26,003 --> 00:35:31,523 Jadi untuk mengatakan yang percubaan hanyalah hukuman yang ringan 447 00:35:31,603 --> 00:35:34,123 untuk orang normal, tidak sama sekali. 448 00:35:34,963 --> 00:35:36,523 Ia mengganggu. 449 00:35:37,323 --> 00:35:38,683 Ia mengubah hidup awak. 450 00:35:42,003 --> 00:35:46,523 SEBAHAGIAN DARIPADA PERCUBAAN MEREKA, JACLYN DAN KRISTI DILARANG 451 00:35:46,603 --> 00:35:50,003 MENGHUBUNGI SANDRA SELAMA LAPAN TAHUN 452 00:35:50,083 --> 00:35:54,683 JACLYN DAN KRISTI JUGA DILARANG BERHUBUNG ANTARA SATU SAMA LAIN 453 00:35:56,283 --> 00:35:58,043 NEGERI TEXAS 454 00:35:58,123 --> 00:36:00,683 Dalam kes ini, kedua-duanya adalah defendan, 455 00:36:00,763 --> 00:36:05,003 jadi kami meletakkan syarat yang tidak membenarkan mereka berhubung 456 00:36:05,083 --> 00:36:07,323 antara satu sama lain, atau dengan mangsa. 457 00:36:07,403 --> 00:36:10,723 Saya rasa jika mereka benar-benar menyesal, 458 00:36:10,803 --> 00:36:14,683 mungkin keadaannya akan sedikit berbeza. 459 00:36:15,603 --> 00:36:17,643 Tapi kesudahannya, 460 00:36:17,723 --> 00:36:20,003 mereka masih rasa ia hanyalah gurauan. 461 00:36:20,083 --> 00:36:22,923 Disebabkan mereka tak mengakui 462 00:36:23,003 --> 00:36:26,923 keterukan dan keseriusan perkara yang mereka lakukan, 463 00:36:27,003 --> 00:36:30,403 saya tak rasa mereka perlu berkomunikasi antara satu sama lain. 464 00:36:30,923 --> 00:36:32,163 Ia semudah itu. 465 00:36:43,523 --> 00:36:47,603 Dengan hukuman ini, saya dan anak saya tak boleh berhubung. 466 00:36:47,683 --> 00:36:54,083 Berubah daripada tinggal serumah setiap hari kepada tak boleh berhubung. 467 00:36:54,163 --> 00:36:56,603 Ia sangat sukar. 468 00:37:03,723 --> 00:37:06,683 Adakah saya rasa hukuman itu satu penegasan? Ya. 469 00:37:10,643 --> 00:37:12,243 Saya ada kepercayaan, 470 00:37:12,323 --> 00:37:17,603 tapi… saya tak percayakan sesuatu agama, 471 00:37:18,123 --> 00:37:22,163 dan saya rasa mereka nak beri saya satu pengajaran. 472 00:37:23,803 --> 00:37:27,403 Tunjukkan jika saya tak mematuhi kepercayaan Kristian mereka, 473 00:37:27,483 --> 00:37:29,123 saya akan dihukum. 474 00:37:29,203 --> 00:37:31,603 IBU DAN ANAK DIDAKWA DALAM KES MENGHENDAP 'VOODOO' 475 00:37:31,683 --> 00:37:34,603 Saya rasa ia tiada kaitan dengan penghendapan. 476 00:37:34,683 --> 00:37:37,523 JACLYN FEAGIN DAN IBU KRISTINA FERGUSON (PENJARA DAERAH SMITH) 477 00:37:39,203 --> 00:37:41,483 Awak tak boleh ada kepercayaan lain 478 00:37:41,563 --> 00:37:45,283 melainkan menjadi seorang Kristian yang patuh di kawasan ini. 479 00:37:48,403 --> 00:37:51,923 SABITAN JACLYN DAN KRISTI PADA MULANYA DILAPORKAN DI AKHBAR TEMPATAN 480 00:37:52,003 --> 00:37:55,923 KEMUDIANNYA DISIARKAN OLEH MEDIA NEGARA 481 00:37:56,963 --> 00:37:58,963 BERHENTI 482 00:38:04,163 --> 00:38:08,403 JACLYN FEAGIN, FLINT, TEXAS 483 00:38:10,683 --> 00:38:14,523 Saya tak tahu berita meliputi kisah ini 484 00:38:14,603 --> 00:38:18,403 sehinggalah saya pergi kerja dan berehat untuk makan tengah hari. 485 00:38:18,483 --> 00:38:21,683 Ada banyak panggilan telefon tak dijawab. 486 00:38:22,603 --> 00:38:24,803 Seperti, "Apa yang berlaku? Lihat Facebook. " 487 00:38:27,083 --> 00:38:28,323 SEKARANG SAYA TUNGGU… 488 00:38:28,403 --> 00:38:32,283 Disebabkan kami di kawasan kuat agama di Texas, perkara seperti ilmu sihir, 489 00:38:32,363 --> 00:38:37,683 voodoo, pemuja syaitan, itu salah satu gelaran paling teruk di sini. 490 00:38:37,763 --> 00:38:40,923 SAYA TUKAR MAINAN ANJING JIRAN DENGAN PATUNG VOODOO BEKAS KEKASIH SAYA 491 00:38:41,003 --> 00:38:42,963 Ada orang kata kami patut mati, 492 00:38:43,043 --> 00:38:46,163 dan kami patut dimasukkan ke rumah sakit jiwa. 493 00:38:46,243 --> 00:38:47,963 Semua perkara gila. 494 00:38:48,683 --> 00:38:50,483 Daripada pandangan orang luar, 495 00:38:50,563 --> 00:38:53,283 saya faham kenapa awak buat penilaian sebegitu, 496 00:38:53,363 --> 00:38:55,643 tapi saya rasa ia tak adil. 497 00:38:58,203 --> 00:39:03,323 Saya rasa ia satu kisah yang berat sebelah, 498 00:39:03,403 --> 00:39:05,963 dan ia dibuat untuk nampak seperti… 499 00:39:07,683 --> 00:39:11,323 Seperti serangan ganas ke atas gadis yang tak bersalah. 500 00:39:24,603 --> 00:39:28,323 GENESIS PUSAT PERLINDUNGAN DAN SOKONGAN WANITA 501 00:39:31,763 --> 00:39:35,723 Saya rasa kes ini terkenal adalah kerana 502 00:39:35,803 --> 00:39:39,123 senjata pilihan Cik Feagin 503 00:39:39,203 --> 00:39:42,123 ada kaitan dengan ilmu sihir dan pemujaan syaitan. 504 00:39:43,643 --> 00:39:47,843 Saya rasa pilihan mereka dirancang dengan baik 505 00:39:47,923 --> 00:39:49,803 melihat kepada siapa mangsanya. 506 00:39:51,883 --> 00:39:54,003 Seorang penghendap kenal orang itu. 507 00:39:54,723 --> 00:39:56,923 Jika kepercayaan saya adalah yang terpenting, 508 00:39:57,003 --> 00:39:59,403 itulah yang akan digunakan oleh penghendap. 509 00:40:01,443 --> 00:40:03,363 Itu yang saya nampak dalam kes Jaclyn, 510 00:40:03,443 --> 00:40:09,203 dia cuba balas dendam pada mangsa, seorang Kristian yang taat. 511 00:40:15,923 --> 00:40:21,883 Ada beberapa komen tentang bagaimana semua ini memberi kesan kepada mangsa. 512 00:40:21,963 --> 00:40:24,603 Tapi hakikatnya, saya tak peduli. 513 00:40:24,683 --> 00:40:27,043 Saya tak peduli apa kesannya kepada dia. 514 00:40:27,523 --> 00:40:31,243 Saya rasa dia terlalu melebih-lebih 515 00:40:31,323 --> 00:40:35,083 dan mendakwa perkara yang tak wujud. 516 00:40:36,003 --> 00:40:37,643 Ini akan kedengaran teruk. 517 00:40:37,723 --> 00:40:42,843 Saya tak peduli jika dia mati atau hidup. Dia tak penting dalam hidup saya. 518 00:40:48,323 --> 00:40:50,843 Kebanyakan penghendap memandang remeh tindakan mereka. 519 00:40:50,923 --> 00:40:54,603 "Hal kecil saja. Awak melebih-lebih sangat." 520 00:40:54,683 --> 00:40:57,203 "Awak ini luculah. Kenapa awak…" 521 00:40:57,283 --> 00:41:00,043 "Kenapa telefon polis? Ini dungu. Awak dungu. " 522 00:41:01,723 --> 00:41:03,203 Merasakan itu hal kecil. 523 00:41:03,283 --> 00:41:04,963 Menyalahkan dia, 524 00:41:05,043 --> 00:41:09,523 "Ini masalah awak, sebab ini bukan hal besar pun." 525 00:41:11,043 --> 00:41:15,563 Macam mana dia boleh tahu perasaan mangsa, Sandra? 526 00:41:15,643 --> 00:41:19,723 Bukan untuk pelaku jenayah itu tentukan 527 00:41:19,803 --> 00:41:22,643 bagaimana ia memberi kesan kepada kehidupan orang lain. 528 00:41:34,483 --> 00:41:36,603 Sudah dua tahun, 529 00:41:36,683 --> 00:41:39,923 saya masih rasa trauma dengan apa yang berlaku, 530 00:41:40,403 --> 00:41:44,683 saya masih rasa takut dan tak pasti jika ia akan hilang. 531 00:41:48,843 --> 00:41:51,883 Saya tak rasa percubaan itu mencukupi. 532 00:41:53,523 --> 00:41:56,403 Saya rasa lebih sesuai untuk mereka 533 00:41:56,483 --> 00:42:00,763 dipenjarakan seketika dan fikirkan tindakan mereka. 534 00:42:07,763 --> 00:42:11,963 Sistem keadilan tak memandang serius dengan perbuatan menghendap. 535 00:42:15,363 --> 00:42:19,363 Menghendap bukanlah lelaki yang duduk di dalam semak dengan teropong. 536 00:42:20,963 --> 00:42:25,203 Ia boleh jadi sesiapa pun. Awak tak tahu apa yang orang mampu buat. 537 00:42:27,883 --> 00:42:30,323 Saya rasa saya bertuah kerana dapat mengelakkannya. 538 00:42:35,763 --> 00:42:39,443 WALAUPUN DILARANG BERHUBUNG DENGAN SANDRA, 539 00:42:39,523 --> 00:42:43,603 JACLYN MENDAPAT PENGAJARAN TENTANG KESAN TINDAKANNYA 540 00:42:48,883 --> 00:42:52,683 Saya melihat berita, 541 00:42:52,763 --> 00:42:56,523 dan dari situ saya tahu yang dia ada pergi kaunseling 542 00:42:56,603 --> 00:42:59,843 kerana dia rasa trauma dengan pengalaman itu. 543 00:43:05,883 --> 00:43:09,123 Saya sangka apabila dia tahu itu perbuatan saya, 544 00:43:09,203 --> 00:43:13,843 dia takkan memandang serius tentang hal itu lagi. 545 00:43:15,123 --> 00:43:18,643 Kemudian, semuanya akan dilupakan saja. 546 00:43:21,203 --> 00:43:25,363 Saya tak sangka akan ada trauma atau kesakitan yang berpanjangan. 547 00:43:27,083 --> 00:43:32,483 Tapi sekarang, saya percaya perbuatan saya boleh buat dia trauma. 548 00:43:32,563 --> 00:43:33,843 Saya percaya. 549 00:43:37,283 --> 00:43:43,563 Sebanyak mana pun permohonan maaf takkan cukup untuk menebus perbuatan saya. 550 00:43:44,843 --> 00:43:47,683 Saya menjejaskan hidupnya dengan teruk. 551 00:43:48,563 --> 00:43:51,323 Saya perlu menanggung perbuatan saya, 552 00:43:51,403 --> 00:43:55,083 sebagaimana dia perlu menanggung kesan perbuatan saya pada dia. 553 00:43:55,163 --> 00:43:58,163 Tapi saya tersangatlah menyesal.