1 00:00:14,643 --> 00:00:16,883 Apabila lihat semula apa yang berlaku, 2 00:00:18,523 --> 00:00:23,763 saya rasa saya susah nak percaya ada sifat jahat dalam diri seseorang… 3 00:00:27,723 --> 00:00:29,283 sehingga saya jumpa dia… 4 00:00:32,283 --> 00:00:35,003 dan saya nampak sendiri kejahatan itu. 5 00:00:35,603 --> 00:00:39,923 SETIAP TAHUN, ADA LEBIH DARIPADA TIGA JUTA KEJADIAN MENGHENDAP 6 00:00:40,003 --> 00:00:43,203 DI AMERIKA SYARIKAT 7 00:00:49,883 --> 00:00:54,043 80% WANITA YANG DIHENDAP OLEH BEKAS PASANGAN 8 00:00:54,123 --> 00:00:57,923 TURUT MENGALAMI KEGANASAN RUMAH TANGGA 9 00:00:58,523 --> 00:01:00,003 Menyakiti wanita? 10 00:01:00,083 --> 00:01:02,003 Saya takkan buat perkara begitu. 11 00:01:04,723 --> 00:01:09,363 Saya takkan tergamak memukul atau mendera mereka. 12 00:01:09,843 --> 00:01:12,483 Anda faham maksud saya? Saya bukan begitu. 13 00:01:14,843 --> 00:01:21,443 INI KISAH MENGHENDAP KES #14CT-CR00624-01 14 00:01:21,523 --> 00:01:23,563 TURUT DIKENALI SEBAGAI MORRISON, T 15 00:01:23,643 --> 00:01:26,883 Saya tak suka ditipu. Saya tak suka diambil kesempatan. 16 00:01:26,963 --> 00:01:30,963 Apabila saya rasa orang ambil kesempatan terhadap saya, 17 00:01:31,043 --> 00:01:34,243 anda akan nampak sisi lain saya yang buruk. 18 00:01:39,483 --> 00:01:43,323 SEBUAH SIRI NETFLIX 19 00:01:44,643 --> 00:01:48,203 Saya lebih rela dianggap pembunuh daripada penghendap. 20 00:01:52,483 --> 00:01:57,883 Saya nak dia rasa tekanan kerana diperhatikan. 21 00:01:59,363 --> 00:02:01,843 Sesiapa saja boleh jadi penghendap. 22 00:02:02,683 --> 00:02:04,523 Semuanya mengarut saja. 23 00:02:06,083 --> 00:02:07,643 Saya dah tak segila itu. 24 00:02:12,523 --> 00:02:18,403 DI AMBANG MAUT 25 00:02:25,323 --> 00:02:29,963 BANDAR JEFFERSON, MISSOURI 26 00:02:30,043 --> 00:02:34,923 PENJARA BANDAR JEFFERSON 27 00:02:51,043 --> 00:02:52,963 Nama saya Terry Dwayne Morrison. 28 00:02:53,483 --> 00:02:56,923 Saya dipenjarakan kerana penghendapan teruk. 29 00:02:57,003 --> 00:02:58,803 Saya dipenjarakan empat tahun. 30 00:03:04,963 --> 00:03:06,883 Saya membesar di Dallas, Texas. 31 00:03:09,043 --> 00:03:11,683 Saya agak memberontak ketika kecil. Saya tak… 32 00:03:12,163 --> 00:03:14,923 Saya tak ke sekolah, seperti yang sepatutnya. 33 00:03:15,003 --> 00:03:18,043 Saya rasa saya kekurangan sebab mak saya bekerja. 34 00:03:18,123 --> 00:03:22,283 Ayah saya pemandu trak, jadi saya tiada sokongan sesiapa. 35 00:03:22,363 --> 00:03:24,683 Seseorang untuk beri saya sokongan. 36 00:03:28,003 --> 00:03:30,363 HARTA PERSENDIRIAN 37 00:03:30,443 --> 00:03:33,123 Saya nampak ayah dera mak beberapa kali. 38 00:03:33,843 --> 00:03:36,083 Saya ada tiga adik-beradik lain, 39 00:03:36,163 --> 00:03:40,803 apabila ayah saya nak dera mak saya, kami akan masuk campur. 40 00:03:40,883 --> 00:03:44,643 Kami akan terima pukulan itu bagi pihak mak kami, 41 00:03:44,723 --> 00:03:48,483 sebab dia tak sepatutnya dipukul. 42 00:03:51,843 --> 00:03:53,563 Akhirnya saya lari dari rumah 43 00:03:54,043 --> 00:03:58,403 dan dari usia 11 hingga 17 tahun, saya sertai kumpulan gengster. 44 00:04:05,603 --> 00:04:06,763 2013 MAC 45 00:04:06,843 --> 00:04:10,523 PADA USIA 50 TAHUN, MORRISON MULA SERTAI LAMAN WEB JANJI TEMU 46 00:04:10,603 --> 00:04:14,803 DAN BERTEMU 'SADIE', SEORANG JURURAWAT BERUSIA 54 TAHUN 47 00:04:18,163 --> 00:04:21,603 Saya bertemu Sadie, bekas kekasih saya di laman web janji temu. 48 00:04:24,843 --> 00:04:27,043 Kami sebaya. 49 00:04:27,123 --> 00:04:30,403 Dia seorang wanita yang berdikari. Dia… 50 00:04:32,003 --> 00:04:33,843 Dia tak banyak kerenah. 51 00:04:33,923 --> 00:04:38,403 Dia lebih suka duduk di rumah. Itu yang buat saya tertarik kepada dia. 52 00:04:44,803 --> 00:04:47,683 Janji temu pertama kami, dia telefon tempat kerja saya. 53 00:04:47,763 --> 00:04:51,603 Saya bekerja di restoran dan dia nak datang ke restoran itu. 54 00:04:51,683 --> 00:04:54,603 Jadi, saya ajak dia makan tengah hari bersama. 55 00:04:55,443 --> 00:04:57,683 Saya seronok bersama dia. 56 00:05:02,203 --> 00:05:04,323 Dia seorang wanita yang baik. 57 00:05:04,403 --> 00:05:07,603 Kami luangkan banyak masa bersama, menunggang basikal, 58 00:05:08,283 --> 00:05:13,003 menonton filem dan buat aktiviti lain yang saya suka. 59 00:05:29,963 --> 00:05:33,243 Nama saya Sadie, saya mangsa menghendap yang terselamat. 60 00:05:38,603 --> 00:05:43,563 Saya bertemu Terry mungkin sekitar Mei atau Jun 2013. 61 00:05:47,283 --> 00:05:51,763 Beberapa rakan sekerja saya sangat suka melayari laman web janji temu, 62 00:05:52,563 --> 00:05:58,483 jadi mereka pujuk saya untuk turut menyertainya dan saya setuju. 63 00:05:58,563 --> 00:06:03,643 Saya pernah keluar dengan beberapa orang sebelum bertemu Terry. 64 00:06:07,403 --> 00:06:13,723 Tanggapan pertama saya terhadap dia, dia nampak sangat pemalu dan baik. 65 00:06:14,643 --> 00:06:18,763 Kami dapat berkomunikasi dengan baik. 66 00:06:19,723 --> 00:06:23,123 Kami bertukar nombor telefon dan mula bermesej. 67 00:06:24,443 --> 00:06:28,163 Tapi waktu itu saya rasa, dia bukan jenis lelaki yang saya suka. 68 00:06:30,363 --> 00:06:31,483 Kemudian, 69 00:06:33,603 --> 00:06:36,523 ketika saya hampir kehilangan kerja, 70 00:06:36,603 --> 00:06:41,563 saya perlukan seseorang untuk berbual, jadi semuanya bermula dari situ. 71 00:06:53,643 --> 00:06:56,483 Saya mesej dia setiap pagi selama beberapa bulan. 72 00:06:56,563 --> 00:06:58,923 "Berseronoklah di tempat kerja," dan sebagainya. 73 00:06:59,003 --> 00:07:00,443 Dia juga mesej saya begitu. 74 00:07:02,363 --> 00:07:04,683 Kami terus berjumpa selama tiga bulan. 75 00:07:05,763 --> 00:07:09,603 Dia selalu tanya bila saya nak pindah sebab kami sentiasa bersama. 76 00:07:09,683 --> 00:07:12,523 Saya sentiasa tukar topik sebab macam saya cakap, 77 00:07:12,603 --> 00:07:16,203 saya bukannya mencari hubungan… 78 00:07:17,523 --> 00:07:19,403 yang serius. 79 00:07:28,123 --> 00:07:29,323 2013 JUN 80 00:07:29,403 --> 00:07:35,803 APABILA SITUASI MORRISON BERUBAH, DIA BERPINDAH KE APARTMEN SADIE 81 00:07:38,963 --> 00:07:44,163 Dia dihalau dari rumahnya dan saya kasihankan dia. 82 00:07:44,243 --> 00:07:46,483 Jadi, saya ajak dia tinggal bersama. 83 00:07:46,563 --> 00:07:50,483 Tapi saya beritahu dia sebaik saja dia berpindah masuk, 84 00:07:51,563 --> 00:07:55,803 sebaik saja saya tamat belajar dalam masa setahun, 85 00:07:55,883 --> 00:07:58,763 saya nak berpindah dan dia tak boleh ikut saya. 86 00:08:00,963 --> 00:08:05,963 Pada mulanya, semuanya okey. Kami hidup seperti biasa. 87 00:08:06,043 --> 00:08:09,883 Masak makan malam, kerja dan tonton TV. 88 00:08:13,083 --> 00:08:16,643 Kemudian, sedikit demi sedikit saya mula nampak dia berubah. 89 00:08:20,443 --> 00:08:23,163 Dia mula mengawal saya. 90 00:08:23,923 --> 00:08:29,123 Kalau saya duduk di dapur sambil menggunakan komputer 91 00:08:29,203 --> 00:08:32,883 dan dia duduk di ruang tamu menonton TV, 92 00:08:32,963 --> 00:08:36,163 dia nak saya duduk dengan dia sepanjang masa. 93 00:08:36,243 --> 00:08:41,763 Saya akan kata, "Saya tak faham kenapa saya tak boleh buat apa saya nak buat, 94 00:08:41,843 --> 00:08:43,923 tapi awak boleh buat apa awak nak." 95 00:08:45,243 --> 00:08:49,203 Ketika itulah saya mula terfikir, "Saya rasa saya dah buat silap." 96 00:08:56,363 --> 00:09:00,123 Hubungan kami jadi teruk mungkin sebulan selepas saya berpindah. 97 00:09:02,283 --> 00:09:06,003 Ada beberapa kali lelaki berbeza singgah ke rumah dia 98 00:09:06,083 --> 00:09:09,363 bawa balik filem, dia suruh saya masakkan makanan 99 00:09:09,443 --> 00:09:13,043 yang ada di dalam peti ais, makanan itu bukan saya yang beli. 100 00:09:13,123 --> 00:09:14,443 Jadi saya rasa, 101 00:09:16,203 --> 00:09:19,003 "Dari mana awak dapat makanan itu?" 102 00:09:19,083 --> 00:09:21,243 Dia tak beri saya jawapan. 103 00:09:22,603 --> 00:09:24,883 Saya ada perasaan terhadap wanita itu. 104 00:09:24,963 --> 00:09:27,483 Saya cuma nak tahu dia curang atau tak. 105 00:09:28,803 --> 00:09:30,643 Tapi dia tak beri saya jawapan. 106 00:09:36,123 --> 00:09:39,883 Saya cuba fikirkan cara untuk hapuskan dia 107 00:09:39,963 --> 00:09:44,323 dan saya beritahu dia yang dia kena cari tempat tinggal lain 108 00:09:44,403 --> 00:09:47,483 sebab saya rasa kami tak serasi. 109 00:09:47,963 --> 00:09:50,883 Sebaik saja saya beritahu dia, 110 00:09:50,963 --> 00:09:53,563 ketika itulah keadaan mula jadi ganas. 111 00:09:59,243 --> 00:10:03,443 Pada satu malam, kami menonton TV dan duduk di sofa 112 00:10:03,523 --> 00:10:04,803 dan kami berbual. 113 00:10:06,083 --> 00:10:11,483 Terry banyak bercakap tentang mengubah hidupnya dan buat perkara berbeza, 114 00:10:11,563 --> 00:10:15,683 dan saya kata, "Terry, kalau awak nak ubah hidup awak 115 00:10:15,763 --> 00:10:19,363 dan bina hidup yang lebih baik, awak kena ubah mentaliti, 116 00:10:19,443 --> 00:10:21,763 kerana awak takkan maju dalam hidup. 117 00:10:22,803 --> 00:10:26,883 Dia terus senyap dan dia tak cakap sepatah apa pun. 118 00:10:26,963 --> 00:10:30,123 Kemudian dia masuk tidur dan saya… 119 00:10:30,203 --> 00:10:34,203 Saya terus menonton TV mungkin kira-kira 30 minit lagi, 120 00:10:34,283 --> 00:10:36,203 kemudian saya masuk tidur. 121 00:10:40,083 --> 00:10:41,923 Saya baru nak tidur, 122 00:10:43,203 --> 00:10:48,003 kemudian tanpa saya sedar dia angkat kaki dia 123 00:10:48,083 --> 00:10:51,123 dan tendang punggung saya sehingga saya jatuh katil. 124 00:10:54,763 --> 00:10:58,883 Saya jalan terlompat-lompat dan saya separuh sedar, 125 00:10:58,963 --> 00:11:00,883 dan ketika itu saya ingat, 126 00:11:00,963 --> 00:11:04,363 "Mungkin dia buat regangan dan tak sengaja buat begitu." 127 00:11:04,443 --> 00:11:08,643 Sebab saya mengantuk dan dalam keadaan separuh sedar, 128 00:11:09,203 --> 00:11:13,643 Kemudian saya naik semula ke katil dan tahu-tahu saja, 129 00:11:13,723 --> 00:11:16,603 dia berada di atas saya sambil cekik leher saya. 130 00:11:20,523 --> 00:11:24,763 Saya seperti patung kain raksasa, melayang di atas katil. 131 00:11:27,403 --> 00:11:28,243 Saya sangka… 132 00:11:36,363 --> 00:11:37,763 itu saja. 133 00:11:43,043 --> 00:11:46,123 Dalam fikiran saya, ada suara berkata, 134 00:11:46,203 --> 00:11:50,843 "Jangan lawan. Ikut saja. Ia akan berakhir tak lama lagi." 135 00:11:55,563 --> 00:11:58,083 Selepas itu dia berhenti, dia bangun 136 00:11:59,363 --> 00:12:01,043 dan keluar dari bilik tidur. 137 00:12:03,843 --> 00:12:06,483 Selepas itu, saya bangun dan pergi ke tandas. 138 00:12:07,043 --> 00:12:11,283 Ketika itulah saya sedar mata putih saya berdarah. 139 00:12:12,083 --> 00:12:15,763 Darah keluar semasa saya berak selama tiga hari berturut-turut. 140 00:12:18,683 --> 00:12:21,403 Saya betul-betul fikir saya hampir mati. 141 00:12:36,683 --> 00:12:39,283 Kami pulang ke rumah pada malam Jumaat 142 00:12:39,363 --> 00:12:41,523 selepas jaga cucunya. 143 00:12:41,603 --> 00:12:44,043 Saya kena pergi kerja esok paginya. 144 00:12:44,963 --> 00:12:48,563 Jadi esoknya, dia bangun. Mata dia lebam. 145 00:12:49,563 --> 00:12:53,403 Dia kata saya pukul dia dan saya menafikannya. 146 00:12:54,803 --> 00:12:57,243 Sebab sewaktu kami mula bercinta, 147 00:12:57,323 --> 00:13:01,203 saya suruh dia hubungi polis kalau saya pukul dia. 148 00:13:01,683 --> 00:13:05,603 Apabila dia kata begitu, saya balas, "Tak, saya tak tumbuk awak." 149 00:13:08,803 --> 00:13:12,443 Dia keluar rumah malam itu atau dia tumbuk direnya sendiri. 150 00:13:12,523 --> 00:13:14,083 Saya betul-betul tak tahu. 151 00:13:16,203 --> 00:13:18,083 Tak pelik kalau dia buat begitu. 152 00:13:25,203 --> 00:13:26,483 2013 JUN 153 00:13:27,603 --> 00:13:28,883 2013 DISEMBER 154 00:13:28,963 --> 00:13:33,323 SELEPAS ITU, SADIE KELUAR DARI APARTMEN ITU DAN TINGGAL BERSAMA ANAKNYA 155 00:13:39,963 --> 00:13:44,643 Semasa saya keluar, saya cuma ambil pakaian yang cukup 156 00:13:44,723 --> 00:13:47,883 dan saya tinggalkan banyak barang di apartmen saya. 157 00:13:48,363 --> 00:13:51,123 Pada suatu malam, dia hantar banyak mesej 158 00:13:51,203 --> 00:13:54,963 untuk beritahu yang dia dah buang semua pakaian saya, 159 00:13:55,043 --> 00:14:00,923 musnahkan semua gambar saya, barang-barang peribadi saya, 160 00:14:01,003 --> 00:14:02,523 potong kasut saya. 161 00:14:02,603 --> 00:14:05,403 Semuanya dah dibuang di tong sampah di apartmen. 162 00:14:05,483 --> 00:14:07,563 Semua barang awak dibuang dalam beg putih 163 00:14:07,643 --> 00:14:10,883 Barang awak di luar semua pakaian dan gambar awak lebih baik ambil 164 00:14:11,083 --> 00:14:16,403 Pada masa itu, Terry hantar 50 mesej sehari, semua mesej, 165 00:14:17,123 --> 00:14:18,203 tiada yang baik. 166 00:14:18,283 --> 00:14:20,563 Saya buang barang awak saya tak peduli 167 00:14:20,643 --> 00:14:23,723 Saya letak peluntur pada barang awak Sya buang gambar 168 00:14:25,043 --> 00:14:28,003 Dia tinggalkan nota di rumah sepupu saya. 169 00:14:29,483 --> 00:14:33,883 Dia akan datang ke rumah anak saya dan letak surat di dalam peti surat 170 00:14:33,963 --> 00:14:35,483 mengatakan dia sayang saya. 171 00:14:35,563 --> 00:14:37,363 "Tak sangka awak buat begini." 172 00:14:40,483 --> 00:14:44,043 Ketika itulah saya mula terfikir, "Ini perbuatan menghendap." 173 00:14:53,643 --> 00:14:54,803 Saya takut. 174 00:14:54,883 --> 00:14:58,763 Kalau ada kereta mengekori saya terlalu lama… 175 00:15:03,203 --> 00:15:08,203 saya akan terus fikirkan jalan paling cepat untuk ke balai polis. 176 00:15:11,163 --> 00:15:16,723 Saya sentiasa dalam keadaan kena lawan atau lari. 177 00:15:20,003 --> 00:15:21,843 Menakutkan. Sangat menakutkan. 178 00:15:37,883 --> 00:15:40,403 MISSOURI MENGALU-ALUKAN ANDA 179 00:15:43,243 --> 00:15:47,523 Masa paling berbahaya bagi wanita untuk tinggalkan hubungan yang teruk 180 00:15:47,603 --> 00:15:49,723 ialah apabila dia keluar dari rumah. 181 00:15:51,283 --> 00:15:54,523 Dalam kes ini, apabila Sadie keluar… 182 00:15:56,483 --> 00:15:58,403 ketika itulah nyawanya terancam. 183 00:16:01,963 --> 00:16:03,523 Nama saya Angela Hirsch, 184 00:16:04,683 --> 00:16:06,323 saya pengarah eksekutif 185 00:16:06,403 --> 00:16:10,323 Perkhidmatan Krisis Penderaan dan Rogol Bandar Jefferson, Missouri. 186 00:16:14,563 --> 00:16:18,283 Apabila mangsa mula menyedari 187 00:16:18,363 --> 00:16:21,723 dia berada dalam hubungan yang tidak sihat, 188 00:16:22,323 --> 00:16:24,603 mereka telah diasingkan 189 00:16:24,683 --> 00:16:27,163 dan dikawal oleh pasangan mereka, 190 00:16:27,923 --> 00:16:33,003 kemudian mereka ambil langkah untuk mengurangkan kawalan itu, 191 00:16:34,043 --> 00:16:38,523 ketika itulah pelakunya rasa terancam. 192 00:16:40,483 --> 00:16:44,563 Ketika Sadie mengawal hidupnya sendiri 193 00:16:44,643 --> 00:16:48,723 dan buat keputusan yang dia buat untuk akhiri hubungan ini, 194 00:16:48,803 --> 00:16:52,683 ia telah mencipta era… 195 00:16:54,483 --> 00:16:58,763 seakan panik bagi Morrison. 196 00:17:01,803 --> 00:17:04,963 ANGELA HIRSCH TELAH MENILAI PESANAN 197 00:17:05,043 --> 00:17:08,123 MORRISON HANTAR KEPADA SADIE SELEPAS DIA KELUAR RUMAH 198 00:17:09,403 --> 00:17:12,803 Apabila dia kata, "Saya tahu bila awak jaga cucu awak," 199 00:17:12,883 --> 00:17:17,083 dia boleh rampas situasi harian yang hanya sebahagian daripada hidupnya. 200 00:17:17,163 --> 00:17:19,603 Pergi ke sekolah, luang masa dengan cucu, 201 00:17:19,683 --> 00:17:21,163 melawat keluarga dia. 202 00:17:21,243 --> 00:17:26,003 Morrison boleh mengubahnya supaya dia rasa tak selamat 203 00:17:26,083 --> 00:17:28,603 tak kira di mana atau apa yang dia buat 204 00:17:28,683 --> 00:17:31,163 atau apa yang dia buat untuk bantu dia. 205 00:17:31,243 --> 00:17:33,363 Bila awak di sekolah, jaga cucu, di kedai 206 00:17:34,843 --> 00:17:37,043 Saya rasa dia buat agar Sadie tahu, 207 00:17:37,123 --> 00:17:39,243 "Awak boleh lari tapi tak boleh sembunyi." 208 00:17:39,323 --> 00:17:42,323 "Saya yang kawal. Saya tahu apa yang berlaku. " 209 00:17:42,803 --> 00:17:44,523 "Awak takkan terlepas daripada saya." 210 00:17:44,603 --> 00:17:47,963 Bayangkan hidup kita terus-menerus begitu. 211 00:17:48,043 --> 00:17:51,283 Itulah yang berlaku dengan mangsa menghendap. 212 00:17:51,363 --> 00:17:52,963 Begitulah kehidupan mereka. 213 00:17:58,923 --> 00:18:01,003 MAC 2014 SELEPAS TIGA BULAN 214 00:18:01,083 --> 00:18:03,483 TINGGAL DENGAN ANAKNYA, SADIE BERSEMBUNYI 215 00:18:04,203 --> 00:18:08,403 Dalam kes Sadie, dia dah buat segalanya yang termampu 216 00:18:08,483 --> 00:18:10,283 untuk lari daripada orang ini 217 00:18:11,043 --> 00:18:14,963 dan saya faham kenapa dia bersembunyi. 218 00:18:16,883 --> 00:18:20,883 Ramai wanita tersakiti buat begini, 219 00:18:20,963 --> 00:18:25,283 mereka perlu pergi ke tempat yang selamat, 220 00:18:25,363 --> 00:18:27,283 di mana mereka tak ditemui, 221 00:18:27,803 --> 00:18:31,523 sebab tak selamat untuk berada di tempat mereka. 222 00:18:34,643 --> 00:18:38,923 Saya rasa bersembunyi mungkin pilihan terakhirnya untuk terus hidup. 223 00:18:40,483 --> 00:18:43,363 Dengan rahmat Tuhan, wanita ini tak dibunuh. 224 00:18:58,723 --> 00:19:00,163 Semasa saya bersembunyi, 225 00:19:00,843 --> 00:19:05,003 Terry terus ganggu saya dan keluarga saya. 226 00:19:08,483 --> 00:19:12,123 Dia cuba hantar aplikasi di mana dia boleh jejak lokasi saya. 227 00:19:12,963 --> 00:19:18,643 Sama seperti mesej tapi macam ada penjejak GPS. 228 00:19:21,323 --> 00:19:24,043 Saya matikan telefon. Apabila hidupkan semula, 229 00:19:24,123 --> 00:19:26,763 ketika itulah semua ini mula masuk. 230 00:19:26,843 --> 00:19:31,523 Dalam 50 mesej. Masuk tanpa henti. 231 00:19:32,283 --> 00:19:36,923 Ia dari nombor telefonnya dan saya fikir, "Tak nak, padam." 232 00:19:39,843 --> 00:19:43,363 Saya tak keluar rumah kecuali hanya untuk ke kelas 233 00:19:43,443 --> 00:19:45,763 sebab saya takut berada di tempat awam. 234 00:19:47,843 --> 00:19:54,043 Sukar untuk jelaskan perasaan takut. 235 00:19:54,683 --> 00:19:58,683 Kalau saya boleh masuk dalam kotak dan kunci diri saya, 236 00:19:59,243 --> 00:20:00,243 itu lebih baik. 237 00:20:03,043 --> 00:20:06,363 Sampai tahap di mana saya tahu 238 00:20:06,443 --> 00:20:09,283 keadaan ini akan berterusan sepanjang hidup saya 239 00:20:10,043 --> 00:20:11,843 dan saya akan hidup ketakutan, 240 00:20:12,843 --> 00:20:15,363 atau bergantung kepada saya atau dia. 241 00:20:16,363 --> 00:20:21,163 Saya sedang bersedia untuk jadi saya atau dia. 242 00:20:22,483 --> 00:20:23,403 13 MAC 2014 243 00:20:23,483 --> 00:20:24,443 BULAN MAC 2014, 244 00:20:24,523 --> 00:20:28,963 SADIE MENDAPAT PERINTAH SEKATAN DARI MAHKAMAH TERHADAP TERRY MORRISON 245 00:20:29,843 --> 00:20:33,243 MORRISON DILARANG MENGUGUT, 246 00:20:33,323 --> 00:20:37,283 MENDERA ATAU BERKOMUNIKASI DENGAN SADIE DENGAN APA CARA SEKALIPUN 247 00:20:44,403 --> 00:20:46,523 Saya tahu dia akan jadi lebih marah, 248 00:20:46,603 --> 00:20:51,323 sebab itu saya tunggu sampai saya boleh bersembunyi untuk mohon perintah sekatan. 249 00:20:54,003 --> 00:20:56,123 Saya paling takutkan tindakan balas 250 00:20:56,203 --> 00:20:59,523 dan saya rasa sebab itu ramai orang, terutamanya wanita 251 00:20:59,603 --> 00:21:03,643 tak berani mohon perintah sekatan sebab itu hanya sehelai kertas. 252 00:21:03,723 --> 00:21:07,203 Tiada apa yang boleh jauhkan mereka daripada kita. 253 00:21:07,963 --> 00:21:10,043 Walaupun ada perintah sekatan, 254 00:21:10,123 --> 00:21:12,763 mereka boleh bertindak sebelum polis sampai. 255 00:21:12,843 --> 00:21:13,683 Lepas itu apa? 256 00:21:21,323 --> 00:21:26,363 Saya tak dapat buat apa-apa untuk lindungi anak-anak dan diri saya. 257 00:21:26,443 --> 00:21:29,243 Tak boleh buat apa-apa. 258 00:21:38,003 --> 00:21:44,403 KETIKA HIDUP BERSEMBUNYI, SADIE MEMUTUSKAN UNTUK MENYAMBUNG PENGAJIAN KEJURURAWATAN 259 00:21:47,083 --> 00:21:52,163 KOLEJ KOMUNITI TEKNIKAL OZARKS KAMPUS RICHWOOD VALLEY 260 00:21:52,243 --> 00:21:56,643 TEKNOLOGI SAINS HAYAT 261 00:21:56,723 --> 00:21:58,643 MAC 2014 262 00:21:58,723 --> 00:22:01,803 LIMA HARI SELEPAS MENDAPAT PERINTAH PERLINDUNGAN, 263 00:22:01,883 --> 00:22:05,603 SADIE MELAWAT KOLEJNYA UNTUK MEMAKLUMKAN MEREKA TENTANG MORRISON 264 00:22:11,923 --> 00:22:13,883 Saya ingat ketika itu waktu pagi. 265 00:22:15,563 --> 00:22:17,643 Saya baru selesai rondaan pagi 266 00:22:17,723 --> 00:22:21,043 dan saya terima panggilan ada pelajar nak jumpa saya. 267 00:22:24,563 --> 00:22:27,683 Apabila saya tiba di kaunter khidmat pelajar, ada Sadie. 268 00:22:27,763 --> 00:22:31,003 Dia kata dia ada salinan perintah perlindungan penuh 269 00:22:31,083 --> 00:22:33,443 terhadap seorang lelaki, jadi saya kata, 270 00:22:33,523 --> 00:22:35,883 "Kami akan beritahu Jabatan Polis Ozark, 271 00:22:35,963 --> 00:22:37,443 kerana ini agak serius. " 272 00:22:39,923 --> 00:22:41,123 Saya Jerome Ransome. 273 00:22:41,203 --> 00:22:44,883 Saya Penyelia Keselamatan di kampus Richwood Valley 274 00:22:44,963 --> 00:22:46,323 di Nixa, Missouri. 275 00:22:46,403 --> 00:22:48,483 SAINS HAYAT 276 00:22:48,563 --> 00:22:51,003 Kami pergi ke bilik persidangan presiden, 277 00:22:51,083 --> 00:22:54,003 dia duduk di meja ini, pegawai Ozark duduk di sini 278 00:22:54,083 --> 00:22:56,603 dan saya duduk di depan meja di sini, 279 00:22:56,683 --> 00:23:00,683 dan kami periksa kertas kerjanya dan bincangkan rancangan tindakan. 280 00:23:04,683 --> 00:23:08,283 Sadie takut dengannya. Boleh nampak dia sangat takut. 281 00:23:08,883 --> 00:23:10,203 Nampak sangat sedih. 282 00:23:10,923 --> 00:23:14,243 Dia kata, "Dia akan ke sini. Saya tahu dia akan datang. " 283 00:23:14,323 --> 00:23:15,883 Dia kata, "Dia tak takut." 284 00:23:20,323 --> 00:23:24,643 Apabila kami keluar pintu, saya pandang dia dan saya kata, 285 00:23:24,723 --> 00:23:27,963 "Saya rasa En. Morrison ada di sini. Saya rasa itu dia." 286 00:23:28,043 --> 00:23:30,363 Saya kata, "Tunggu, biar saya periksa." 287 00:23:30,443 --> 00:23:34,043 Ketika itulah saya ke kaunter khidmat pelajar, dia di situ. 288 00:23:37,683 --> 00:23:39,163 Kami turun ke sini. 289 00:23:40,403 --> 00:23:42,683 Pintu ini terbuka seperti sekarang 290 00:23:43,523 --> 00:23:45,563 dan kami tolak dia ke pintu ini. 291 00:23:45,643 --> 00:23:47,643 Saya tolak dia rapat ke pintu ini. 292 00:23:47,723 --> 00:23:50,603 Kami kata, "Awak langgar perintah perlindungan penuh." 293 00:23:50,683 --> 00:23:52,883 Pegawai itu beritahu dia ditahan. 294 00:23:52,963 --> 00:23:55,883 En. Morrison kata "Saya tak tahu apa maksud awak." 295 00:23:55,963 --> 00:24:00,003 Saya keluarkan dari poketnya perintah perlindungan penuh ke atas dia. 296 00:24:00,083 --> 00:24:03,003 Saya kata, "Mungkin awak tak faham, ini bendanya." 297 00:24:03,083 --> 00:24:04,283 Saya letak depan muka dia. 298 00:24:06,643 --> 00:24:09,923 Jadi kami terus bawa En. Morrison ke kereta peronda 299 00:24:10,003 --> 00:24:12,483 dan dia dibawa ke Penjara Daerah Christian 300 00:24:12,563 --> 00:24:15,163 kerana melanggar perintah perlindungan penuh. 301 00:24:15,243 --> 00:24:16,683 KOLEJ KOMUNITI TEKNIKAL OZARKS 302 00:24:19,443 --> 00:24:20,563 Sadie ketakutan. 303 00:24:20,643 --> 00:24:23,363 Dia sangat takut apabila nampak Morrison. 304 00:24:28,643 --> 00:24:31,643 Saya gembira dia beritahu kami dan berani berkata, 305 00:24:31,723 --> 00:24:34,323 "Ada orang yang saya risaukan." 306 00:24:38,323 --> 00:24:40,643 Kalau Sadie tak failkan permohonan itu, 307 00:24:40,723 --> 00:24:44,083 En. Morrison akan diminta pergi dan dia akan pergi saja. 308 00:24:44,763 --> 00:24:48,643 Tapi kami berhak menahannya kerana Sadie buat permohonan itu. 309 00:24:54,683 --> 00:24:58,563 MORRISON DITAHAN DI PENJARA DAERAH CHRISTIAN 310 00:24:58,643 --> 00:25:00,923 KEMUDIAN DIBEBASKAN 311 00:25:07,043 --> 00:25:10,003 MAC 2014 312 00:25:11,163 --> 00:25:12,643 DUA MINGGU KEMUDIAN, 313 00:25:12,723 --> 00:25:18,283 SEORANG PEGAWAI POLIS MENGESAN MORRISON MENDEKATI KAMPUS BUAT KALI KEDUA 314 00:25:19,603 --> 00:25:22,043 KOLEJ KOMUNITI TEKNIKAL OZARKS KAMPUS RICHWOOD VALLEY 315 00:25:25,243 --> 00:25:26,803 En. Morrison berhenti, 316 00:25:27,403 --> 00:25:31,083 dia melompat keluar dari kereta dan dia menyerang kereta polis. 317 00:25:31,643 --> 00:25:35,283 Pegawai polis keluar dari kereta, keluarkan senjata, 318 00:25:35,363 --> 00:25:38,803 acukan kepada En. Morrison dan berikan arahan kepada dia. 319 00:25:43,363 --> 00:25:45,203 Pegawai itu tahan En. Morrison. 320 00:25:45,283 --> 00:25:48,363 Dia ditahan dan dibawa ke Penjara Daerah Christian 321 00:25:48,443 --> 00:25:50,683 buat kali kedua dalam masa dua minggu. 322 00:25:54,883 --> 00:25:59,403 PENAHANAN KALI KEDUA MORRISON DIBUAT KERANA DAKWAAN MENGHENDAP TERUK 323 00:26:00,563 --> 00:26:05,163 BUKTI KUKUH MENENTANGNYA DIJUMPAI DALAM BUKU NOTA, DIJUMPAI DALAM KERETANYA 324 00:26:12,523 --> 00:26:13,763 Saya Janette Bleau. 325 00:26:14,843 --> 00:26:16,843 Saya pembantu pendakwa 326 00:26:16,923 --> 00:26:20,803 dan dah 20 tahun saya buat kerja pendakwa. 327 00:26:24,163 --> 00:26:28,243 Kami dapat buku nota pada 1 April dengan penahanan itu. 328 00:26:29,043 --> 00:26:31,163 Perkara yang disebut dalam buku nota 329 00:26:31,243 --> 00:26:35,163 meningkatkan kesedaran kita bahawa lelaki ini berbahaya. 330 00:26:37,523 --> 00:26:38,963 Kandungan buku nota itu, 331 00:26:39,043 --> 00:26:41,523 "Saya cuma nak kata awak patut bunuh diri." 332 00:26:42,563 --> 00:26:44,003 "Awak dah berakhir." 333 00:26:44,083 --> 00:26:48,843 Perkara lain yang merisaukan ada dalam buku nota itu juga. 334 00:26:49,443 --> 00:26:51,243 "Saya ada pistol untuk awak." 335 00:26:52,563 --> 00:26:56,123 Kami jumpa surat yang dia hantar selepas perintah perlindungan dibuat 336 00:26:56,203 --> 00:26:58,363 dan pada satu halaman tertulis, 337 00:26:58,443 --> 00:27:00,283 "Awak dah kalah kerana perbuatan awak." 338 00:27:00,363 --> 00:27:03,003 "Hubungi polis, buat perintah perlindungan terhadap saya." 339 00:27:04,003 --> 00:27:06,563 "Itu akan halang saya bercakap dengan awak?" 340 00:27:06,643 --> 00:27:09,003 "Jangan harap. Awak kena bersembunyi. " 341 00:27:09,083 --> 00:27:12,843 "Berhenti belajar sebab kalau awak memandu atau tumpang sesiapa, 342 00:27:12,923 --> 00:27:15,603 saya akan tunggu awak di tempat letak kereta." 343 00:27:15,683 --> 00:27:18,603 "Tunggu sampai awak pergi ke tempat tinggal awak." 344 00:27:21,003 --> 00:27:22,083 Ini semua ancaman. 345 00:27:22,163 --> 00:27:26,003 Dia hendap Sadie secara aktif dan beritahu yang dia perhatikannya. 346 00:27:28,163 --> 00:27:29,883 Dengan semua mesej ini. 347 00:27:30,923 --> 00:27:34,083 "Saya akan berkampung di rumah awak. Awak akan bercakap dengan saya. " 348 00:27:34,563 --> 00:27:36,323 "Kenapa buat saya begini?" 349 00:27:36,883 --> 00:27:41,643 "Saya akan ke kolej awak dan rumah keluarga awak kalau itu yang awak nak." 350 00:27:45,163 --> 00:27:46,403 Kalau saya pun takut. 351 00:27:47,003 --> 00:27:48,883 Saya rasa Sadie pun takut. 352 00:27:48,963 --> 00:27:52,443 Dia takut sebab Morrison tahu di mana keluarga dia tinggal. 353 00:27:52,523 --> 00:27:56,363 MAHKAMAH LITAR DAERAH CHRISTIAN 354 00:27:56,443 --> 00:28:00,203 Proses pemikiran saya ialah kita kena jaga tahan dia 355 00:28:00,283 --> 00:28:03,243 sebab saya fikir dia ancaman kalau dia keluar. 356 00:28:03,723 --> 00:28:07,083 Dia dah tahu Sadie laporkannya dua kali kepada penguat kuasa. 357 00:28:07,163 --> 00:28:10,683 Dia dah ditangkap dua kali. Jadi, dari situ, 358 00:28:10,763 --> 00:28:13,723 saya rasa kita mesti pandang serius perkara ini. 359 00:28:23,243 --> 00:28:26,003 PADA 16 APRIL 2014, 360 00:28:26,083 --> 00:28:29,523 PERBICARAAN AWAL MORRISON KERANA PENGHENDAPAN TERUK BERMULA 361 00:28:30,523 --> 00:28:34,283 PUSAT KEADILAN DAERAH CHRISTIAN 362 00:28:34,363 --> 00:28:37,083 Saya sangat risau semasa perbicaraan awal, 363 00:28:37,163 --> 00:28:41,963 kerana saya risaukan Sadie berada di bilik yang sama dengan dia, 364 00:28:42,043 --> 00:28:45,643 kena jumpa dia dan kena tunjuk dia dan 365 00:28:45,723 --> 00:28:49,083 kata, "Terry Morrison yang menghendap saya." 366 00:28:49,163 --> 00:28:51,323 CAP MOHOR WILAYAH MISSOURI 367 00:28:51,403 --> 00:28:53,323 Mereka mohon pengecualian bukti. 368 00:28:53,403 --> 00:28:56,603 Ada beberapa kejadian di mana mereka mohon tukar hakim. 369 00:28:56,683 --> 00:29:01,003 Itu hanya penangguhan demi penangguhan. 370 00:29:01,083 --> 00:29:03,923 Saya tak tahu adakah dia fikir dengan menangguhkan kes, 371 00:29:04,403 --> 00:29:08,323 akhirnya Sadie akan letih dan kata, "Saya dah penat." 372 00:29:08,403 --> 00:29:12,163 Dia tak fikir kes ini akan ke mana, semua ini takkan berlaku. 373 00:29:21,763 --> 00:29:24,323 22 JUN 2015 AKHIRNYA PADA JUN 2015, 374 00:29:24,403 --> 00:29:27,123 MORRISON DIDAPATI BERSALAH ATAS DAKWAAN MENGHENDAP TERUK 375 00:29:27,203 --> 00:29:29,203 DAN DIHUKUM EMPAT TAHUN PENJARA 376 00:29:41,483 --> 00:29:44,163 Dia kata hubungan kami dah berakhir, dia tak cintakan saya, 377 00:29:44,243 --> 00:29:48,283 dia tak nak ada kaitan dengan saya dan tak nak bercakap dengan saya. 378 00:29:48,363 --> 00:29:50,523 Jadi, ya, 379 00:29:50,603 --> 00:29:55,603 saya boleh anggap itu menghendap sebab saya dah cari maksud menghendap 380 00:29:55,683 --> 00:29:57,443 dan… 381 00:30:00,083 --> 00:30:01,803 semua tentang menghendap. 382 00:30:03,443 --> 00:30:07,203 Saya rasa saya buat untuk buat dia takut atau takutkan dia. 383 00:30:09,603 --> 00:30:11,323 Saya tahu itu salah, 384 00:30:12,043 --> 00:30:13,883 sebab ia buat dia sangat takut. 385 00:30:13,963 --> 00:30:15,923 Dia tak tahu apa saya mampu buat. 386 00:30:18,723 --> 00:30:22,403 Tapi saya cuma nak penamat, penamat kisah menghendap juga. 387 00:30:23,083 --> 00:30:26,923 Saya tak berniat nak cederakan Sadie pun. 388 00:30:27,003 --> 00:30:31,003 Saya tak berniat nak sentuh dia. Saya cuma mahukan jawapan. 389 00:30:31,083 --> 00:30:34,643 Kenapa dia buat begitu, kenapa dia cakap begitu tentang saya. 390 00:30:34,723 --> 00:30:35,683 Itu saja. 391 00:30:38,363 --> 00:30:40,283 Dia cakap perkara yang tak betul 392 00:30:41,083 --> 00:30:43,203 sebab saya bukan pendera. 393 00:30:43,283 --> 00:30:44,923 Saya tak dera wanita. 394 00:30:46,043 --> 00:30:49,403 Saya takkan cederakan wanita, macam saya kata, saya lelaki 395 00:30:49,483 --> 00:30:50,843 dan dia seorang wanita. 396 00:30:53,283 --> 00:30:55,123 Dia wanita yang lemah, dan… 397 00:30:56,163 --> 00:30:58,923 Saya tak suka dilabel sebagai penghendap. 398 00:31:00,723 --> 00:31:02,883 Seperti yang saya katakan, pedofilia 399 00:31:03,923 --> 00:31:07,563 paling hina antara semua yang hina. Faham tak? 400 00:31:08,403 --> 00:31:11,323 Saya rasa macam menyeramkan, faham tak? Saya rasa… 401 00:31:13,363 --> 00:31:17,923 orang… Saya lebih rela dianggap pembunuh daripada penghendap, 402 00:31:18,003 --> 00:31:19,003 faham tak? 403 00:31:36,403 --> 00:31:38,883 En. Morrison ada sejarah keganasan. 404 00:31:42,283 --> 00:31:44,723 Tiada yang lebih ganas daripada membunuh. 405 00:31:48,723 --> 00:31:49,963 Nama saya Scott Hill. 406 00:31:50,043 --> 00:31:52,203 Pegawai polis Springfield Missouri. 407 00:31:52,283 --> 00:31:57,163 Saya meronda pada 23 September 2011, 408 00:31:57,803 --> 00:32:00,283 apabila kami dikerah kerana ada "tembakan". 409 00:32:07,083 --> 00:32:10,083 LAPAN BELAS BULAN SEBELUM MORRISON BERTEMU SADIE, 410 00:32:10,163 --> 00:32:14,723 POLIS SPRINGFIELD DIPANGGIL KE TEMPAT KEJADIAN KEMALANGAN KEGANASAN 411 00:32:15,883 --> 00:32:19,203 Seorang wanita yang dikenali sebagai Pristina Tyner 412 00:32:19,283 --> 00:32:20,443 ditembak di kepala. 413 00:32:24,643 --> 00:32:27,883 Terry Morrison telah dikenal pasti oleh saksi 414 00:32:27,963 --> 00:32:30,203 sebagai suspek yang menembak Cik Tyner 415 00:32:30,283 --> 00:32:34,283 kemudian ditangkap oleh pegawai polis atas pembunuhan itu. 416 00:32:40,843 --> 00:32:43,803 Bilik 212. Di sinilah En. Morrison masuk ke bilik 417 00:32:43,883 --> 00:32:45,963 dan acukan pistol kepada mereka. 418 00:32:46,723 --> 00:32:51,883 Saksi itu menunjukkan dia menghampiri pemegang tangan di sini 419 00:32:51,963 --> 00:32:54,683 dan menembaknya ketika dia sedang turun tangga. 420 00:32:59,163 --> 00:33:02,763 Ada wanita di dalam bilik yang kenal En. Morrison sebelum ini 421 00:33:02,843 --> 00:33:05,043 dan dapat kenal pasti dia dalam barisan gambar 422 00:33:05,123 --> 00:33:07,243 dan dia ditahan empat hari kemudian. 423 00:33:13,163 --> 00:33:15,643 PADA SEPTEMBER 2011, PENDAKWA DAERAH GREENE 424 00:33:15,723 --> 00:33:18,363 MENDAKWA TERRY MORRISON ATAS TUDUHAN MEMBUNUH 425 00:33:18,443 --> 00:33:21,403 TETAPI KESNYA TIDAK PERNAH DIBICARAKAN 426 00:33:22,323 --> 00:33:25,923 PUSAT KEADILAN DAERAH GREENE 427 00:33:26,483 --> 00:33:29,483 Saksi utama enggan mengenal pastinya sebagai suspek. 428 00:33:30,083 --> 00:33:31,283 Dia ketakutan. 429 00:33:31,363 --> 00:33:35,643 Ada banyak khabar angin mengatakan dia mungkin sasaran sebenar, 430 00:33:36,123 --> 00:33:37,483 dan bukan mangsa lain. 431 00:33:37,563 --> 00:33:40,883 Jadi, saya rasa, dia jadi takut 432 00:33:41,563 --> 00:33:44,483 dia dah jauh terlibat dalam hal ini 433 00:33:44,563 --> 00:33:47,323 dan kawannya terbunuh di depannya. 434 00:33:47,403 --> 00:33:48,763 Dia pun boleh terbunuh. 435 00:33:48,843 --> 00:33:52,043 JABATAN POLIS SPRINGFIELD 436 00:33:56,923 --> 00:33:59,923 KES PEMBUNUHAN MENENTANG MORRISON 437 00:34:00,003 --> 00:34:03,363 DIGUGURKAN SEHINGGA HAMPIR EMPAT TAHUN 438 00:34:03,443 --> 00:34:07,963 APABILA DETEKTIF DENGAR MORRISON MASUK PENJARA 439 00:34:12,323 --> 00:34:15,323 Pembunuhan tak pernah hilang. Tiada sekatan batasan. 440 00:34:15,403 --> 00:34:18,163 saya tahu saya akan ada peluang untuk dapat keadilan. 441 00:34:18,243 --> 00:34:21,003 JABATAN POLIS SPRINGFIELD 442 00:34:21,083 --> 00:34:24,523 Saya jumpa Sadie kerana tahu dia mangsa dakwaan menghendap 443 00:34:25,003 --> 00:34:29,043 dan saya tahu kalau ada maklumat baru, 444 00:34:29,123 --> 00:34:30,963 itulah hubungan terakhirnya. 445 00:34:31,483 --> 00:34:35,403 Kalau mereka dekat, mungkin dia kongsi maklumat homisid ini dengannya. 446 00:34:35,483 --> 00:34:37,563 Jadi saya nak bercakap dengan dia. 447 00:34:39,763 --> 00:34:41,923 Semasa temu bual dia, dia menangis. 448 00:34:43,283 --> 00:34:46,323 Ketakutan yang dia rasai sebab tahu jika Morrison keluar 449 00:34:46,403 --> 00:34:49,923 dia percaya Morrison akan cari dan bunuh dia. 450 00:34:50,003 --> 00:34:53,603 Ketakutan yang saya nampak dalam matanya ketika temu duga itu, 451 00:34:53,683 --> 00:34:56,163 itu tak boleh dipalsukan. Itu tak dibuat-buat. 452 00:34:58,443 --> 00:35:02,443 Dia ada sebut satu perkara di mana Morrison beritahu dia 453 00:35:02,523 --> 00:35:04,243 yang dia bunuh perempuan itu. 454 00:35:04,923 --> 00:35:09,043 Jadi, saya rasa juri dalam perbicaraan mestilah 455 00:35:09,123 --> 00:35:13,923 mendengar hubungan baru seseorang yang dia akui 456 00:35:14,003 --> 00:35:16,283 yang dia telah bunuh mangsa kes ini. 457 00:35:28,563 --> 00:35:31,163 Apabila dapat panggilan itu, saya terkejut. 458 00:35:32,043 --> 00:35:35,123 Terry masuk penjara kerana penghendapan teruk. 459 00:35:36,603 --> 00:35:40,163 Saya minta Detektif Hill hubungi saya 460 00:35:40,243 --> 00:35:45,643 dan dia nak tanya adakah saya tahu apa-apa tentang pembunuhan itu. 461 00:35:51,003 --> 00:35:55,363 Pada suatu malam, tiba-tiba, dia beritahu saya. 462 00:35:56,123 --> 00:36:00,203 Dia kata, "Ya, saya bunuh wanita itu, tapi awak tak tahu, 463 00:36:00,803 --> 00:36:02,763 tapi saya akan nafikan semuanya." 464 00:36:05,003 --> 00:36:08,563 Ketika itu, saya tak cakap apa-apa. Saya tak tanya apa-apa. 465 00:36:08,643 --> 00:36:09,723 Saya tak nak tahu. 466 00:36:10,803 --> 00:36:13,723 Lebih kurang saya tahu, lebih baik untuk saya. 467 00:36:18,603 --> 00:36:24,403 SADIE HARUS BERI KETERANGAN DI PERBICARAAN KES BUNUH MORRISON TENTANG PENGAKUANNYA 468 00:36:29,203 --> 00:36:31,723 Saya tak nak beri keterangan sebab 469 00:36:31,803 --> 00:36:34,403 macam mana kalau beri keterangan tapi dia tak disabitkan? 470 00:36:38,683 --> 00:36:42,803 Saya rasa saya perlu fikirkannya dan saya fikir, saya rugi apa? 471 00:36:42,883 --> 00:36:46,043 Sebab kalau keterangan saya membantu kes ini, 472 00:36:46,123 --> 00:36:49,363 ia akan memberi manfaat kepada saya dan bukannya saya… 473 00:36:50,243 --> 00:36:54,083 Bunyinya teruk, tapi saya risau kalau dia keluar. 474 00:36:54,963 --> 00:36:56,563 Saya sangat takut. 475 00:37:06,803 --> 00:37:09,763 PADA 12 MAC 2018, MORRISON DIBICARAKAN 476 00:37:09,843 --> 00:37:13,443 ATAS DAKWAAN MEMBUNUH PRISTINA TYNER 477 00:37:22,363 --> 00:37:27,563 Semasa saya pergi ke perbicaraan sebenar, ia sangat mendebarkan. 478 00:37:27,643 --> 00:37:31,003 MAHKAMAH HAKIM JESSICA KRUSE JABATAN LITAR III 479 00:37:31,683 --> 00:37:34,843 Saya masih ingat saya naik ke kandang dan… 480 00:37:36,043 --> 00:37:41,123 Dengan hanya melihat hakim, Terry dan semua orang di sana, 481 00:37:41,203 --> 00:37:42,083 itu sangat… 482 00:37:43,323 --> 00:37:47,123 Semua boleh nampak saya menggigil sebab saya menggigil teruk. 483 00:37:51,563 --> 00:37:53,363 Saya tak nak tengok dia. 484 00:37:53,443 --> 00:37:56,083 Saya kerling, tapi saya tak nak tengok, tapi… 485 00:37:56,963 --> 00:38:01,403 anak saya, dia sangat kuat. 486 00:38:01,483 --> 00:38:06,243 Dia pandang Terry macam nak beritahu dia, 487 00:38:06,323 --> 00:38:07,563 "Awak takkan menang." 488 00:38:15,843 --> 00:38:19,523 PADA 14 MAC 2018, SETELAH HANYA DUA HARI DI MAHKAMAH, 489 00:38:19,603 --> 00:38:22,843 TERRY MORRISON DIDAPATI BERSALAH KERANA MEMBUNUH 490 00:38:27,283 --> 00:38:32,323 Apabila mereka keluar dan mahkamah kata dia bersalah, saya hampir pengsan. 491 00:38:32,403 --> 00:38:33,483 Saya sangat gembira. 492 00:38:37,883 --> 00:38:40,283 Saya sangat lega. Saya menangis. 493 00:38:41,603 --> 00:38:45,723 Saya ingat lagi anak perempuan itu keluar… 494 00:38:47,443 --> 00:38:50,603 sebab anaknya ada anak kecil, anak kecil. 495 00:38:55,723 --> 00:38:59,643 Penyokong saksi pergi jumpa dia dan peluk dia. 496 00:38:59,723 --> 00:39:01,203 Dia bawa jumpa saya. 497 00:39:02,443 --> 00:39:03,523 Dia kata… 498 00:39:07,123 --> 00:39:11,243 "Wanita ini yang bantu masukkan pembunuh mak awak ke dalam penjara." 499 00:39:14,243 --> 00:39:15,283 Luluh hati saya. 500 00:39:19,763 --> 00:39:23,723 HAKIM MENJATUHKAN HUKUMAN PENJARA SEUMUR HIDUP KEPASA TERRY MORRISON 501 00:39:23,803 --> 00:39:27,563 DENGAN PELUANG PAROL, DITAMBAH SERATUS TAHUN 502 00:39:45,163 --> 00:39:48,723 Dia tak tahu apa kemampuan saya sehingga mereka sabitkan saya 503 00:39:48,803 --> 00:39:50,563 dengan pembunuhan tahap dua. 504 00:39:51,043 --> 00:39:53,403 Jadi, ya, dia takut dengan saya. 505 00:39:54,643 --> 00:39:57,803 Saya tahu apa pandangan orang. 506 00:39:57,883 --> 00:40:01,523 Orang rasa saya seorang yang ganas, saya tak patut dibebaskan. 507 00:40:01,603 --> 00:40:04,843 Tapi sebenarnya saya seorang yang kesunyian. 508 00:40:04,923 --> 00:40:07,283 Saya seorang yang suka bersendirian. 509 00:40:08,443 --> 00:40:10,043 Itu yang saya rasa di sini. 510 00:40:12,043 --> 00:40:14,723 Saya mungkin bahaya jika diletak dalam situasi 511 00:40:14,803 --> 00:40:16,883 di mana saya perlu tunjukkan kuasa 512 00:40:16,963 --> 00:40:20,803 dan saya boleh jadi orang yang anda tak mahu lihat. 513 00:40:27,283 --> 00:40:29,483 Ya, saya masih ada kemungkinan parol. 514 00:40:29,563 --> 00:40:32,763 Tapi pada usia 59 tahun ini, saya akan mati di penjara. 515 00:40:32,843 --> 00:40:34,083 Saya takkan keluar. 516 00:40:34,163 --> 00:40:37,123 Ini hukuman penjara seumur hidup. Ini hukuman mati. 517 00:40:39,443 --> 00:40:41,363 Tapi saya takkan putus asa. 518 00:40:41,963 --> 00:40:48,043 Seperti yang saya kata, saya akan terus berjuang sehingga semua rayuan saya habis. 519 00:40:48,123 --> 00:40:50,443 Saya tak ada kerja lain di tempat ini 520 00:40:50,523 --> 00:40:52,123 selain lawan, faham tak? 521 00:40:52,203 --> 00:40:56,203 Saya tak selesa di sini. Tak nak ada di sini. Tak nak mati di sini. 522 00:40:56,283 --> 00:41:01,883 Jadi kenapa saya tak luangkan masa di sini untuk belajar undang-undang, 523 00:41:02,763 --> 00:41:05,603 buat sesuatu cuba dapatkan semula kebebasan saya? 524 00:41:09,523 --> 00:41:13,283 JALAN 66 525 00:41:23,843 --> 00:41:27,843 Apabila hakim jatuhkan hukuman penjara seumur hidup tambah 100 tahun… 526 00:41:29,603 --> 00:41:32,723 saya rasa satu beban telah diangkat dari bahu saya. 527 00:41:36,763 --> 00:41:40,763 Hukuman penjara untuk penghendapan teruk itu cuma 528 00:41:41,963 --> 00:41:43,803 tiga ke tujuh tahun, 529 00:41:43,883 --> 00:41:47,243 dan dia mungkin akan keluar dengan tingkah laku yang baik. 530 00:41:50,083 --> 00:41:53,763 Saya rasa dia tak berjaya… 531 00:41:56,243 --> 00:41:57,843 cuba musnahkan saya. 532 00:42:02,403 --> 00:42:04,003 Tapi saya tak rasa 533 00:42:04,083 --> 00:42:08,483 kita boleh atasi kesan hubungan seperti ini. 534 00:42:08,963 --> 00:42:11,043 Ia kekal dengan kita selamanya. 535 00:42:15,843 --> 00:42:19,883 Masih ada ketika di mana bukan saja saya kunci pintu, 536 00:42:19,963 --> 00:42:25,363 saya akan letak kerusi di bawah pemegang pintu agar orang tak boleh masuk. 537 00:42:28,403 --> 00:42:31,643 Apabila kita lalui perkara begitu, kita ada mimpi ngeri. 538 00:42:33,283 --> 00:42:36,723 Benda-benda yang kita nampak dari sudut mata… 539 00:42:38,163 --> 00:42:43,043 Ia menakutkan kita buat seketika dan buat kita teringat kembali. 540 00:42:47,923 --> 00:42:50,643 Ini berlaku kepada semua orang sepanjang hidup. 541 00:42:51,723 --> 00:42:53,683 Tak kisahlah berapa gaji kita. 542 00:42:53,763 --> 00:42:56,043 Tak kira betapa baiknya kita. 543 00:42:56,643 --> 00:42:59,723 Cara kita dibesarkan pun tak penting. 544 00:43:04,803 --> 00:43:07,923 Saya ada satu perasaan kuat waktu kali pertama jumpa dia 545 00:43:08,003 --> 00:43:11,563 yang dia bukan orang yang saya minat, 546 00:43:11,643 --> 00:43:15,643 tapi saya tak peduli sampai jadi begini, tapi… 547 00:43:16,963 --> 00:43:19,043 Ya, kalaulah saya dengar kata hati. 548 00:43:23,243 --> 00:43:26,363 Saya percaya kalau saya ikut naluri itu, 549 00:43:26,443 --> 00:43:28,523 saya takkan duduk di sini sekarang. 550 00:43:31,363 --> 00:43:32,803 Tapi saya juga terfikir, 551 00:43:34,123 --> 00:43:37,683 mungkin saya perlu lalui ini untuk lihat betapa kuatnya saya. 552 00:44:11,683 --> 00:44:14,603 Terjemahan sari kata oleh Hazleen Hamdan