1 00:00:13,083 --> 00:00:17,323 Saya rasa semua orang boleh jadi penghendap… 2 00:00:19,043 --> 00:00:20,643 kalau kena pada keadaannya. 3 00:00:23,763 --> 00:00:27,323 Mengingati kembali perkara yang berlaku, itu bukan diri saya. 4 00:00:28,243 --> 00:00:32,883 SETIAP TAHUN, ADA LEBIH DARIPADA TIGA JUTA KEJADIAN MENGHENDAP 5 00:00:32,963 --> 00:00:35,443 DI AMERIKA SYARIKAT 6 00:00:38,003 --> 00:00:40,003 Saya rasa macam sedang bermimpi. 7 00:00:41,203 --> 00:00:43,283 Macam sedang berjalan semasa tidur. 8 00:00:43,963 --> 00:00:46,163 Saya nak jadi sebahagian daripada sesuatu. 9 00:00:46,643 --> 00:00:49,203 Saya hilang pertimbangan dan hilang kawalan. 10 00:00:49,683 --> 00:00:54,003 Ia buat saya luahkan kemarahan saya dan melaksanakan fantasi saya. 11 00:00:54,563 --> 00:01:00,723 40 PERATUS KES MENGHENDAP MENCETUSKAN KEGANASAN 12 00:01:07,523 --> 00:01:13,043 INI IALAH KISAH BANDUAN #01420621 13 00:01:17,803 --> 00:01:21,243 Ke mana saya pergi, dia sentiasa ikut saya. 14 00:01:24,123 --> 00:01:27,643 Dia cakap dia akan serang orang yang saya sayang. 15 00:01:30,163 --> 00:01:34,963 Sesiapa yang melakukan gangguan sebegini ialah seorang yang gila. 16 00:01:41,003 --> 00:01:44,843 SEBUAH SIRI NETFLIX 17 00:01:46,203 --> 00:01:49,923 Saya lebih rela digelar pembunuh daripada penghendap, faham tak? 18 00:01:53,963 --> 00:01:59,403 Saya nak dia rasa tekanan kerana diperhatikan. 19 00:02:01,323 --> 00:02:03,323 Sesiapa saja boleh jadi penghendap. 20 00:02:04,283 --> 00:02:06,003 Semuanya mengarut saja. 21 00:02:07,763 --> 00:02:09,523 Saya masih gila begitu… 22 00:02:13,283 --> 00:02:18,843 MENGHENDAP SATU KELUARGA 23 00:02:19,363 --> 00:02:22,123 MENARA PAUL ELIZONDO 24 00:02:26,643 --> 00:02:31,443 SAN ANTONIO, TEXAS 25 00:02:37,763 --> 00:02:41,603 Saya tak pernah lihat kes sebegini sebelum ini. 26 00:02:44,803 --> 00:02:47,403 Kes menghendap yang sangat menakutkan. 27 00:02:49,443 --> 00:02:53,403 Kalau lihat kejadian menghendap yang kecil, 28 00:02:53,483 --> 00:02:57,603 ia tak nampak bahaya atau pun satu jenayah. 29 00:02:57,683 --> 00:03:00,043 Tapi jika dikumpulkan menjadi banyak, 30 00:03:00,523 --> 00:03:03,163 ia mewujudkan ketakutan kepada seseorang, 31 00:03:03,243 --> 00:03:07,723 dan malangnya kebanyakannya ia boleh memuncak 32 00:03:07,803 --> 00:03:09,443 menjadi sesuatu yang ganas. 33 00:03:25,923 --> 00:03:31,003 UNIT MARK W. STILES BEAUMONT, TEXAS 34 00:03:44,923 --> 00:03:48,083 Nama saya ialah Ruben Antonio Jaramillo. 35 00:03:50,483 --> 00:03:53,803 PADA FEBRUARI 2007, RUBEN JARAMILLO DIJATUHKAN HUKUMAN 36 00:03:53,883 --> 00:03:56,003 PENJARA SELAMA 45 TAHUN 37 00:03:57,083 --> 00:04:03,163 Okey. Saya dituduh menghendap bekas… 38 00:04:03,243 --> 00:04:06,203 Rasanya bekas teman wanita, atau teman wanita ketika itu. 39 00:04:09,323 --> 00:04:11,683 Keadaan sangat huru-hara ketika itu. 40 00:04:13,603 --> 00:04:16,163 Ada banyak kekeliruan dalam hidup saya. 41 00:04:17,283 --> 00:04:21,363 Itulah punca kejatuhan saya dalam kejadian ini. 42 00:04:25,043 --> 00:04:31,483 PEMENJARAAN JARAMILLO MENGAKHIRI PENGHENDAPAN SELAMA DUA TAHUN 43 00:04:38,123 --> 00:04:41,363 Saya dibesarkan di banyak tempat berbeza. 44 00:04:41,443 --> 00:04:42,803 BERHENTI 45 00:04:42,883 --> 00:04:46,123 Kami berpindah di seluruh negara, dari negeri ke negeri. 46 00:04:47,163 --> 00:04:50,843 Ayah saya akan muncul kadang-kadang, 47 00:04:50,923 --> 00:04:52,963 apabila dia jumpa mak saya, 48 00:04:53,043 --> 00:04:57,723 dan saya tak menetap lama di mana-mana. 49 00:04:57,803 --> 00:05:01,043 Kami sentiasa… Kami dah macam gelandangan. 50 00:05:03,003 --> 00:05:06,563 Tak pernah ada kawan, atau sesiapa. 51 00:05:06,643 --> 00:05:09,923 Setiap pekan atau bandar yang saya pindah, 52 00:05:10,003 --> 00:05:13,123 saya sentiasa dibuli, jadi itu memainkan peranan besar 53 00:05:13,203 --> 00:05:14,443 sebab ia… 54 00:05:14,523 --> 00:05:18,763 Dibuli sebegitu buat saya jadi lebih memencilkan diri. 55 00:05:24,603 --> 00:05:27,843 Saya berfantasi untuk mempunyai isteri, anak dan rumah 56 00:05:27,923 --> 00:05:29,043 dan menyara mereka. 57 00:05:29,123 --> 00:05:31,883 Itulah impian saya. 58 00:05:33,283 --> 00:05:37,403 Saya banyak juga berjanji temu, tapi kebanyakannya, saya rasa, 59 00:05:37,923 --> 00:05:40,723 saya akan keluar dengan gadis itu tapi dia 60 00:05:40,803 --> 00:05:44,403 akhirnya akan bercinta dengan kawan saya 61 00:05:44,483 --> 00:05:46,603 atau adik-beradik saya. 62 00:05:47,203 --> 00:05:53,643 Jadi, saya sukar nak mempercayai gadis-gadis disebabkan itu. 63 00:06:04,163 --> 00:06:09,643 PADA USIA 29 TAHUN, JARAMILLO MULA BEKERJA DI RUMAH PENJAGAAN DI SAN ANTONIO, TEXAS 64 00:06:12,523 --> 00:06:14,363 Semasa bekerja di rumah penjagaan, 65 00:06:14,843 --> 00:06:17,523 gadis-gadis di sana menyukai saya. 66 00:06:17,603 --> 00:06:20,323 Mereka mendekati saya, cuba keluar dengan saya. 67 00:06:20,403 --> 00:06:25,163 Saya agak takut, saya macam… 68 00:06:25,243 --> 00:06:28,523 Saya akan pilih gadis yang saya suka. 69 00:06:29,283 --> 00:06:35,763 SALAH SEORANG RAKAN SEKERJA JARAMILLO IALAH JURURAWAT BERUSIA 45 TAHUN, 'MARIA' 70 00:06:36,363 --> 00:06:38,843 KOMUNITI PERSARAAN 71 00:06:38,923 --> 00:06:42,123 Dia mendekati saya dan cuba menarik perhatian saya. 72 00:06:42,923 --> 00:06:46,723 Saya tak berminat, sebab kebanyakan gadis yang keluar dengan saya 73 00:06:46,803 --> 00:06:51,043 berusia di antara 18 hingga 24, tak lebih daripada 24 tahun. 74 00:06:51,603 --> 00:06:54,843 Tapi pada waktu itu, saya kesunyian. 75 00:06:54,923 --> 00:06:58,723 Saya tiada sesiapa nak berbual bersama. 76 00:06:59,243 --> 00:07:04,723 Tapi selepas mengenali Maria, saya boleh bercerita tentang masalah saya. 77 00:07:06,403 --> 00:07:09,363 Kami berbual dan selepas beberapa ketika, 78 00:07:09,443 --> 00:07:11,403 kami mula bercium. 79 00:07:11,483 --> 00:07:14,363 Sejak daripada itu, kami mula bercinta. 80 00:07:43,003 --> 00:07:47,163 Ketika saya kenal Ruben, saya dah ada hubungan lain. 81 00:07:50,163 --> 00:07:52,963 Saya dah berkahwin selama 18 tahun, 82 00:07:53,763 --> 00:07:57,203 dan perkahwinan saya teruk. 83 00:08:00,003 --> 00:08:02,483 Apabila Ruben tiba, 84 00:08:03,083 --> 00:08:07,643 seperti ada tempat bergantung, 85 00:08:07,723 --> 00:08:10,883 atau selesa untuk berbual bersama. 86 00:08:13,123 --> 00:08:16,603 'MARIA' MEMINTA SUPAYA IDENTITINYA DIRAHSIAKAN, 87 00:08:16,683 --> 00:08:19,563 UNTUK MELINDUNGI DIRINYA DAN KELUARGANYA 88 00:08:27,483 --> 00:08:32,243 Semuanya bermula semasa saya bekerja di rumah penjagaan. 89 00:08:33,723 --> 00:08:35,323 Dia diambil bekerja. 90 00:08:36,043 --> 00:08:39,443 Selesa berbual dengan dia. 91 00:08:41,363 --> 00:08:46,003 Dia sangat baik, lemah-lembut dan menyenangkan. 92 00:08:47,203 --> 00:08:52,123 Saya jatuh cinta, dengan nafsu. 93 00:08:52,883 --> 00:08:54,243 Dia muda. 94 00:08:54,323 --> 00:08:58,043 Saya 18 tahun lebih tua. 95 00:09:00,323 --> 00:09:02,563 Selepas beberapa bulan, 96 00:09:03,083 --> 00:09:07,563 saya tinggalkan suami saya, dan tinggal bersama Ruben. 97 00:09:11,003 --> 00:09:12,203 2001 JULAI 98 00:09:12,283 --> 00:09:18,483 MARIA TINGGALKAN SUAMI DAN TIGA ANAKNYA UNTUK TINGGAL BERSAMA JARAMILLO 99 00:09:21,203 --> 00:09:24,883 Selepas itu, semuanya sangat menggembirakan. 100 00:09:25,843 --> 00:09:29,523 Dia suka keluar dan belikan saya hadiah dan banyak benda, 101 00:09:29,603 --> 00:09:33,243 dan tak pernah terlintas di fikiran saya 102 00:09:33,323 --> 00:09:35,723 yang dia akan buat begini. 103 00:09:44,203 --> 00:09:48,163 Suatu hari, dia tiba di pintu rumah saya. Dia berdiri di situ dan cakap, 104 00:09:48,243 --> 00:09:51,683 "Saya bawa surat perceraian. Saya dah ceraikan suami saya." 105 00:09:52,283 --> 00:09:55,803 Saya tanya, "Kenapa buat begitu?" Dia jawab, "Saya nak bersama awak." 106 00:09:55,883 --> 00:09:57,563 Saya pun, "Okey." 107 00:09:57,643 --> 00:10:00,163 Saya suka dia, dan saya pun fikir, 108 00:10:00,243 --> 00:10:03,483 kami boleh jalinkan hubungan dan lihat perkembangannya. 109 00:10:05,123 --> 00:10:07,803 Ia sesuatu yang saya mahukan 110 00:10:07,883 --> 00:10:11,563 sebab dia ada keluarga dan saya tak merasainya ketika membesar. 111 00:10:12,803 --> 00:10:16,243 Tapi kali pertama saya jumpa keluarganya, mereka menentang. 112 00:10:17,243 --> 00:10:19,203 Ketika itulah keadaan mula teruk. 113 00:10:20,403 --> 00:10:23,963 Ibu bapanya kata saya terlalu muda untuk dia 114 00:10:24,043 --> 00:10:26,283 dan saya perlu cari gadis seusia saya, 115 00:10:26,363 --> 00:10:28,723 dan saya rasa ada sesuatu yang tak kena. 116 00:10:51,323 --> 00:10:57,843 Tanggapan pertama saya pada Ruben ialah dia pendiam, pemalu. 117 00:11:01,723 --> 00:11:03,723 Mak rasa dia mencintai Ruben. 118 00:11:04,843 --> 00:11:06,683 Mak berjiwa muda. 119 00:11:06,763 --> 00:11:07,963 ANAK PEREMPUAN MARIA 120 00:11:08,043 --> 00:11:10,523 Rasanya mak fikir mereka pasangan sempurna. 121 00:11:12,243 --> 00:11:14,483 Tapi saya tak suka hubungan itu. 122 00:11:16,723 --> 00:11:22,283 ANAK PEREMPUAN MARIA, 'VERONICA', JUGA MEMINTA IDENTITINYA DIRAHSIAKAN 123 00:11:27,203 --> 00:11:30,363 Keluarga saya rasa dia nampak menyeramkan. 124 00:11:30,443 --> 00:11:32,563 Mereka tak suka dia, 125 00:11:32,643 --> 00:11:35,843 terutamanya dengan perbezaan umur antara mereka berdua. 126 00:11:40,603 --> 00:11:44,323 Bagi saya, saya nampak hubungan mereka itu 127 00:11:44,403 --> 00:11:48,563 seperti hubungan teman lelaki dan seperti hubungan anak juga. 128 00:11:53,003 --> 00:11:55,963 Mak selalu menguruskan dia, macam menguruskan anak. 129 00:11:56,043 --> 00:12:02,163 Mak tak boleh datang melawat keluarga kami tanpa dia. 130 00:12:02,243 --> 00:12:05,763 Dia mesti ikut, macam budak-budak. 131 00:12:07,883 --> 00:12:11,083 Dia sentiasa nak ada sekali dalam semua perkara, 132 00:12:11,163 --> 00:12:12,963 bercakap benda-benda mengarut. 133 00:12:18,123 --> 00:12:23,003 Pada 2001, apabila saya dapat tahu saya hamil anak pertama saya, 134 00:12:23,083 --> 00:12:27,523 dia beritahu mak yang dia nak 135 00:12:27,603 --> 00:12:30,643 besarkan anak perempuan saya dengan mak. 136 00:12:32,003 --> 00:12:33,163 Itu gila. 137 00:12:34,723 --> 00:12:37,043 Saya fikir, "Awak berguraukah?" 138 00:12:37,123 --> 00:12:40,723 "Saya tinggal bersama teman lelaki, kenapa pula kami tak nak anak kami?" 139 00:12:42,043 --> 00:12:48,203 Itu salah satu perkara yang menunjukkan dia berkhayal. 140 00:12:50,923 --> 00:12:54,163 Saya tahu Ruben melayaninya dengan baik, 141 00:12:54,243 --> 00:12:57,003 dan saya rasa itu yang mak sangat inginkan… 142 00:12:58,643 --> 00:13:02,043 sehinggalah mak dapat tahu 143 00:13:02,123 --> 00:13:04,843 yang dia curang terhadap mak. 144 00:13:22,923 --> 00:13:26,883 Selama empat tahun, hubungan kami sangat baik. 145 00:13:28,443 --> 00:13:33,683 Tapi semasa saya bekerja, dan saya pulang ke pangsapuri, 146 00:13:33,763 --> 00:13:37,883 saya akan nampak barang-barang wanita. 147 00:13:37,963 --> 00:13:39,803 Saya tanya, "Siapa datang ke sini?" 148 00:13:39,883 --> 00:13:43,043 Dia jawab, "Kawan perempuan saya." 149 00:13:45,123 --> 00:13:48,363 Saya rasa dia curang dengan saya. 150 00:13:48,443 --> 00:13:49,843 PANGSAPURI DAKOTA 151 00:13:49,923 --> 00:13:52,683 Ia berterusan. 152 00:13:54,643 --> 00:13:56,803 Saya terluka. 153 00:13:57,963 --> 00:14:00,123 Dia menafikannya, 154 00:14:00,203 --> 00:14:05,523 tapi ketika itulah saya mula rasa, hubungan ini dah tak boleh bertahan. 155 00:14:11,443 --> 00:14:14,163 2003 OKTOBER 156 00:14:14,243 --> 00:14:17,923 PADA LEWAT 2003, MARIA MEMUTUSKAN UNTUK MENGAKHIRI HUBUNGAN ITU 157 00:14:18,003 --> 00:14:20,643 DAN TINGGALKAN PANGSAPURI YANG DIKONGSI BERSAMA JARAMILLO 158 00:14:23,483 --> 00:14:27,483 Saya beritahu Ruben yang saya nak pergi, dan dia tanya, "Kenapa?" 159 00:14:27,563 --> 00:14:29,563 Dia kata, "Saya mencintai awak." 160 00:14:31,683 --> 00:14:34,643 Ketika itulah Ruben merayu-rayu pada saya, 161 00:14:34,723 --> 00:14:36,163 "Jangan pergi." 162 00:14:37,803 --> 00:14:41,843 Saya rasa sebab itulah saya hubungi anak dan kakak saya. 163 00:14:42,563 --> 00:14:45,643 Saya rasa macam sesuatu yang buruk akan berlaku. 164 00:14:56,403 --> 00:14:58,443 Apabila mak cakap dia nak pergi, 165 00:14:58,523 --> 00:15:03,083 saya rasa sangat lega dan gembira nak pergi ke sana, 166 00:15:03,163 --> 00:15:07,123 "Jom, ambil barang dan keluar dari sini." 167 00:15:07,643 --> 00:15:10,723 Tak sedar apa yang akan berlaku. 168 00:15:16,803 --> 00:15:21,843 Saya dan mak cik pergi ke pangsapuri mak dan Ruben untuk ambil barang-barang mak. 169 00:15:22,963 --> 00:15:26,323 Jadi, kami masuk ke bilik tidur, 170 00:15:26,403 --> 00:15:32,723 dan dia duduk di katil sambil memegang pisau. 171 00:15:34,523 --> 00:15:36,203 Kami lihat di sekeliling bilik, 172 00:15:36,283 --> 00:15:43,163 dan di tiga bahagian dinding bilik, ada tulisan "Mati, mati, mati." 173 00:15:43,803 --> 00:15:47,763 Tulisan "Mati" di ketiga-tiga bahagian dinding bilik, 174 00:15:48,523 --> 00:15:49,483 dengan darahnya. 175 00:15:54,003 --> 00:15:58,563 Mak saya, dia tak mahu kami hubungi polis. 176 00:15:58,643 --> 00:16:01,563 Dia cakap, "Mari pergi, tinggalkan saja dia.' 177 00:16:09,923 --> 00:16:13,203 Saya rasa macam nak mati. Jantung saya berdegup kencang. 178 00:16:14,003 --> 00:16:18,323 Saya nak menangis, sebab saya sangat berharap padanya. 179 00:16:18,883 --> 00:16:22,203 Saya sentiasa cuba hubungi dia, 180 00:16:22,283 --> 00:16:25,923 sebab semua perasaan itu datang kembali. 181 00:16:26,003 --> 00:16:28,403 Saya memang curang terhadap dia, 182 00:16:29,083 --> 00:16:31,523 tapi saya nak hubungi dia sebab saya nak, 183 00:16:31,603 --> 00:16:37,283 lihat bagaimana kami boleh selesaikan masalah perasaan ini. 184 00:16:37,363 --> 00:16:43,803 Saya tak berapa suka dengan bayangan yang tak jelas. 185 00:16:43,883 --> 00:16:46,363 Saya seorang yang perlukan… 186 00:16:46,443 --> 00:16:48,883 Kalau awak nak sesuatu, terus-terang saja 187 00:16:48,963 --> 00:16:50,243 supaya saya faham, 188 00:16:50,323 --> 00:16:53,363 sebab saya tak faham bayangan yang tak jelas begitu. 189 00:16:55,003 --> 00:16:58,803 WALAUPUN MARIA DAH MENGAKHIRI HUBUNGAN MEREKA, 190 00:16:58,883 --> 00:17:02,963 JARAMILLO TERUS MENGHUBUNGINYA 191 00:17:04,723 --> 00:17:09,203 Cara saya nak hubungi dia ialah dengan menulis surat kepadanya. 192 00:17:10,403 --> 00:17:12,843 Lama juga ia berterusan. 193 00:17:13,803 --> 00:17:16,963 Setiap kali saya tanya soalan, ia tak berjawab. 194 00:17:17,043 --> 00:17:20,763 Jadi saya terus cuba hubungi dia, 195 00:17:20,843 --> 00:17:24,683 untuk dapatkan jawapan itu tapi tak boleh. 196 00:17:24,763 --> 00:17:27,083 Semakin saya cuba menghubunginya, 197 00:17:27,163 --> 00:17:29,763 semakin saya gagal, dan saya pun semakin… 198 00:17:29,843 --> 00:17:33,843 Semakin bertambah soalan saya tapi tiada jawapannya. 199 00:17:36,123 --> 00:17:37,203 2003 OKTOBER 200 00:17:39,843 --> 00:17:44,083 DI ANTARA 2004 DAN 2005, JARAMILLO MENGHUJANI MARIA DENGAN RATUSAN SURAT 201 00:17:52,003 --> 00:17:58,643 Ada timbunan surat, yang dia tinggalkan di kereta saya. 202 00:18:01,483 --> 00:18:05,683 Surat itu tertulis yang dia nak berbincang, 203 00:18:05,763 --> 00:18:07,883 yang dia betul-betul mencintai saya, 204 00:18:08,963 --> 00:18:11,523 dan takkan sakiti saya, 205 00:18:12,083 --> 00:18:14,443 dan dia cuma nak kami kembali bersama. 206 00:18:16,763 --> 00:18:20,443 Pada tahap itu, semua ini dah buat saya risau. 207 00:18:35,723 --> 00:18:38,803 Menghendap dianggap satu jenayah serius 208 00:18:38,883 --> 00:18:42,683 melibatkan kelakuan berulang-ulang dan berterusan yang mengancam, 209 00:18:42,763 --> 00:18:45,923 mengganggu dan mewujudkan ketakutan pada mangsa 210 00:18:47,043 --> 00:18:49,123 dan boleh berubah kepada keganasan. 211 00:18:53,283 --> 00:18:55,243 Nama saya ialah Dr. Hae Rim Jin, 212 00:18:55,323 --> 00:18:59,243 dan pengkhususan penyelidikan saya ialah dalam keganasan pasangan. 213 00:19:00,803 --> 00:19:01,803 Dalam kerja saya, 214 00:19:01,883 --> 00:19:05,963 saya dah mengkaji banyak kes yang menumpukan kepada penghendapan. 215 00:19:08,843 --> 00:19:12,843 Ini ialah surat-surat yang ditulis oleh Encik Jaramillo kepada Maria. 216 00:19:14,283 --> 00:19:17,403 Surat-surat ini ialah rekod kelakuan menghendapnya. 217 00:19:18,403 --> 00:19:21,843 Bagi pendapat saya, kes dia tersangatlah bahaya. 218 00:19:23,443 --> 00:19:27,723 Surat dia banyak memberi saya pemahaman tentang penetapan mindanya. 219 00:19:27,803 --> 00:19:32,883 Terutamanya dia sentiasa tulis, "Saya cinta awak." 220 00:19:32,963 --> 00:19:34,803 "Kenapa tak faham yang saya cinta awak?" 221 00:19:34,883 --> 00:19:37,803 Dia faham tapi dia tak mahukannya. 222 00:19:37,883 --> 00:19:40,243 SAYA CINTA AWAK SEPENUH JIWA RAGA SAYA 223 00:19:40,323 --> 00:19:44,283 Individu ini sepadan dengan profil penghendap yang ditolak, 224 00:19:44,363 --> 00:19:48,043 kerana satu-satunya perkara yang mendorong dia menghendap Maria 225 00:19:48,123 --> 00:19:52,603 ialah dia tak dapat menerima yang maria tinggalkan dia. 226 00:19:52,683 --> 00:19:54,803 TOLONG BERITAHU PERKARA SEBENAR. 227 00:19:54,883 --> 00:19:59,043 Encik Jaramillo juga kerap menulis yang dia sanggup mati kerana Maria, 228 00:19:59,763 --> 00:20:02,323 jadi itu mengulangi rasa, 229 00:20:02,403 --> 00:20:04,963 yang dia percaya dia dah tiada apa-apa lagi. 230 00:20:05,043 --> 00:20:07,883 Maria atau hilang semuanya, walaupun nyawanya. 231 00:20:10,123 --> 00:20:14,123 Kemungkinan untuk kes itu bertukar menjadi bahaya adalah tinggi. 232 00:20:15,883 --> 00:20:18,283 Surat yang ini adalah petanda bahaya. 233 00:20:18,923 --> 00:20:22,403 Dia kata, "Kalau kita tak bersama, jadi saya ada hak 234 00:20:22,483 --> 00:20:25,323 untuk cari keluarga awak kerana memisahkan kita." 235 00:20:25,403 --> 00:20:28,803 "Tapi kalau kita bersama, saya tak perlu cari mereka, bukan?" 236 00:20:31,323 --> 00:20:34,563 Pertamanya, dia salahkan keluarga Maria kerana memisahkan mereka. 237 00:20:34,643 --> 00:20:36,643 Dia membayangkan pada Maria yang, 238 00:20:37,443 --> 00:20:41,043 "Saya tahu ibu bapa awak salah satu sebab kita berpisah, 239 00:20:41,123 --> 00:20:45,683 dan saya boleh sakiti mereka, terutamanya jika awak tak kembali pada saya." 240 00:20:48,123 --> 00:20:53,483 Surat-suratnya menunjukkan yang keganasan pasti akan berlaku. 241 00:20:53,563 --> 00:20:57,323 Ia akan berlaku kerana dia tak dapat lepaskan Maria. 242 00:21:11,163 --> 00:21:14,363 2005 OGOS 243 00:21:17,403 --> 00:21:21,323 Ruben menghendap saya bekerja. 244 00:21:25,443 --> 00:21:28,443 Dia akan meletak kereta di satu sudut, 245 00:21:28,523 --> 00:21:33,603 saya nampak dia dan saya akan pergi dan mula berlari. 246 00:21:35,403 --> 00:21:37,123 Dia tak putus asa. 247 00:21:37,203 --> 00:21:40,043 Dia tulis dalam surat yang dia takkan putus asa. 248 00:21:42,763 --> 00:21:46,403 Tapi pada ketika itu, saya jadi sangat takut. 249 00:21:47,403 --> 00:21:51,163 Ke mana saja saya pergi, dia akan sentiasa ikut saya. 250 00:21:51,243 --> 00:21:55,523 Dia tahu tempat tinggal ibu bapa saya dan anak perempuan saya. 251 00:22:08,563 --> 00:22:12,643 Inilah permulaan untuk kami sentiasa berjaga-jaga. 252 00:22:14,963 --> 00:22:18,803 Dia mula menghantar surat ke pangsapuri saya, 253 00:22:19,483 --> 00:22:21,083 lekatkan di pintu. 254 00:22:21,163 --> 00:22:26,003 Salah satu surat mengatakan kalau saya tak beri surat-surat itu kepada mak saya, 255 00:22:26,683 --> 00:22:32,323 dia akan letak gambar bogel mak di sekeliling kawasan pangsapuri saya. 256 00:22:33,323 --> 00:22:34,523 Dia memang buat. 257 00:22:39,923 --> 00:22:42,963 Saya tak tahu apa akan berlaku selepas itu. 258 00:22:44,283 --> 00:22:47,643 Saya berpindah ke pangsapuri lain. 259 00:22:50,443 --> 00:22:52,163 Saya nak menyorok. 260 00:22:53,243 --> 00:22:57,123 Saya tak nak dia tahu lagi tempat saya tinggal, 261 00:22:57,203 --> 00:23:00,763 sebab dia ugut untuk bunuh saya jika mak tak bersama dia. 262 00:23:04,043 --> 00:23:08,243 WALAUPUN MARIA DAN VERONICA BERPINDAH KE TEMPAT TINGGAL BARU, 263 00:23:08,323 --> 00:23:11,003 JARAMILLO MASIH TERUS MENGHENDAP 264 00:23:14,043 --> 00:23:18,643 Dia menghendap beberapa ahli keluarga kami. 265 00:23:19,763 --> 00:23:22,963 Menghendap di tempat yang berbeza. 266 00:23:27,723 --> 00:23:32,323 Dia berada di pintu hadapan pangsapuri abang saya dan teman wanitanya, 267 00:23:32,403 --> 00:23:34,483 dan teman wanitanya sangat takut. 268 00:23:40,563 --> 00:23:45,043 Dia memandu melepasi rumah ahli keluarga yang lain. 269 00:23:45,883 --> 00:23:50,923 Rumah sepupu saya, pangsapuri abang saya, rumah datuk nenek saya, rumah saya. 270 00:23:51,003 --> 00:23:55,723 Semua orang dah dihendap sekarang. 271 00:23:56,923 --> 00:24:00,763 Ramai orang memarahi mak saya. 272 00:24:01,883 --> 00:24:05,963 "Awak bawa si gila ini dalam hidup kita, sekarang dia tahu tempat tinggal kita." 273 00:24:07,123 --> 00:24:10,483 Saya tak rasa mak sedar apa yang akan berlaku selepas itu, 274 00:24:10,563 --> 00:24:14,363 dan saya rasa mak fikir semua ini akan berhenti juga. 275 00:24:23,083 --> 00:24:27,123 PADA SEPTEMBER 2005, JARAMILLO MENGATAKAN YANG DIA TAK MAHU LAGI BERHUBUNG 276 00:24:27,203 --> 00:24:28,883 DENGAN MARIA DAN KELUARGANYA 277 00:24:28,963 --> 00:24:33,083 TAPI INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT TINGGAL KEPADA IBU BAPA MARIA 278 00:24:38,603 --> 00:24:42,403 Saya dah bertekad untuk lupakan dia, keluarganya dan segalanya, 279 00:24:42,483 --> 00:24:43,723 sebab saya dah penat. 280 00:24:43,803 --> 00:24:45,563 Saya penat dengan segalanya. 281 00:24:48,883 --> 00:24:51,043 Saya berjalan ke rumah ibu bapanya. 282 00:24:52,003 --> 00:24:55,043 Saya nak memarahi mereka sedikit. 283 00:24:55,123 --> 00:24:58,723 Saya nak suruh mereka beritahu Maria jangan hubungi saya lagi, 284 00:24:58,803 --> 00:25:01,923 saya dah tak nak ada apa-apa kaitan dengan dia lagi. 285 00:25:03,123 --> 00:25:07,603 DALAM PERJALANAN, JARAMILLO BERHENTI UNTUK MEMBELI BARANG 286 00:25:08,483 --> 00:25:12,203 Saya nak beri hadiah terakhir, sebab dalam kitab ada mengatakan, 287 00:25:12,283 --> 00:25:15,763 jika orang benci kamu, kamu sayangilah mereka. 288 00:25:15,843 --> 00:25:18,283 Saya pun pergi ke kedai Cina ini, 289 00:25:18,363 --> 00:25:20,843 beli mainan gari untuk cucu-cucunya, 290 00:25:21,363 --> 00:25:26,443 dan saya beli perenjat mainan. 291 00:25:31,883 --> 00:25:37,363 JARAMILLO TUNGGU DI LUAR RUMAH IBU BAPA MARIA SELAMA BEBERAPA JAM 292 00:25:37,843 --> 00:25:40,163 Saya mula berdoa… 293 00:25:40,803 --> 00:25:46,363 "Tuhan, saya mohon tolong hentikan saya." 294 00:25:48,083 --> 00:25:51,363 "Hentikan saya daripada masuk ke rumah dan bersemuka dengan ibu bapanya, 295 00:25:51,443 --> 00:25:54,243 kerana saya rasa saya akan buat perkara gila." 296 00:26:00,083 --> 00:26:03,003 RAKAMAN VIDEO POLIS 297 00:26:05,843 --> 00:26:09,643 PADA PUKUL 9:24 MALAM, POLIS MENERIMA LAPORAN 298 00:26:09,723 --> 00:26:14,483 JARAMILLO TELAH MENYERANG IBU BAPA MARIA 299 00:26:19,523 --> 00:26:23,203 Apa yang berlaku pada 26 September 2005 300 00:26:23,923 --> 00:26:28,603 ialah kesan daripada penghendapan Ruben selama ini. 301 00:26:29,163 --> 00:26:32,643 PEMBANTU PENDAKWA RAYA 302 00:26:35,803 --> 00:26:40,643 Sekarang kita sedang melihat laluan masuk ke rumah 303 00:26:40,723 --> 00:26:44,883 di mana Ruben berjumpa dengan ayah Maria. 304 00:26:47,723 --> 00:26:50,843 Dia bawa tiga pasang gari. 305 00:26:50,923 --> 00:26:52,603 Dia bawa pita perekat. 306 00:26:54,803 --> 00:27:00,083 Mereka sedang menunjukkan perenjat yang dia tinggalkan. 307 00:27:01,083 --> 00:27:04,443 Semuanya menunjukkan keganasan telah berlaku. 308 00:27:14,043 --> 00:27:16,523 Saya pergi ke rumah. Saya bunyikan loceng. 309 00:27:16,603 --> 00:27:20,643 Ayah dia datang dari sudut tepi dan saya terkejutkan dia, dia terkejutkan saya. 310 00:27:20,723 --> 00:27:24,203 Dia datang ke arah saya, macam nak jatuhkan diri. 311 00:27:24,283 --> 00:27:26,203 Saya ingat dia nak serang saya, 312 00:27:26,283 --> 00:27:29,523 saya pun keluarkan perenjat mainan dan tolak dia. 313 00:27:29,603 --> 00:27:33,043 Saya lihat dia jatuh ke bawah, dan dia memegang dadanya. 314 00:27:33,123 --> 00:27:35,443 Saya sedar yang dia terkena serangan jantung. 315 00:27:37,363 --> 00:27:39,603 Saya cuba angkat tapi dia terlalu berat. 316 00:27:39,683 --> 00:27:43,883 Ibunya keluar dan mula menjerit, 317 00:27:43,963 --> 00:27:47,523 saya letak dia dan pergi ke isterinya dan cakap, "Saya tak nak cederakan awak." 318 00:27:47,603 --> 00:27:50,123 Saya cuba tenangkan dia tapi dia tak bertenang. 319 00:27:50,203 --> 00:27:52,403 Saya ambil perenjat mainan dan renjat dia. 320 00:27:54,083 --> 00:27:56,083 Saya angkat dia, 321 00:27:56,163 --> 00:27:59,603 dan teringat saya bawa perenjat mainan, gari mainan, 322 00:27:59,683 --> 00:28:03,723 jadi saya ambil satu gari mainan dan gari dia. 323 00:28:03,803 --> 00:28:06,243 Saya bawa dia ke bilik air dan letak dia. 324 00:28:09,923 --> 00:28:12,163 Dia gari kedua-duanya. 325 00:28:12,243 --> 00:28:15,163 Si ibu, dia bawa masuk ke rumah 326 00:28:15,243 --> 00:28:18,963 dan dia keluar untuk uruskan ayah Maria, 327 00:28:19,603 --> 00:28:22,163 dan ibu Maria dapat lepaskan diri, 328 00:28:22,243 --> 00:28:25,683 berlari ke seberang jalan dan minta bantuan daripada jiran. 329 00:28:26,323 --> 00:28:30,723 Mereka hubungi 911 dan polis datang dan bertindak agak cepat. 330 00:28:32,483 --> 00:28:36,683 Dia telah diganggu, jadi dia masuk ke dalam van mereka dan larikan diri. 331 00:28:41,243 --> 00:28:43,963 Saya tiada niat nak cederakan sesiapa sebab bukan itu… 332 00:28:44,043 --> 00:28:45,643 Saya benci keganasan. 333 00:28:47,123 --> 00:28:51,403 Mengingati kembali perkara yang berlaku, itu bukan diri saya. 334 00:28:51,483 --> 00:28:53,043 Bukan diri saya. 335 00:28:58,803 --> 00:29:03,643 Ruben cakap dia tiada niat untuk mencederakan sesiapa, 336 00:29:03,723 --> 00:29:05,923 sebab dia benci keganasan. 337 00:29:06,003 --> 00:29:08,723 Ruben bukan saja nak kurangkan kesalahannya, 338 00:29:08,803 --> 00:29:10,443 dia cuba menukar cerita. 339 00:29:10,523 --> 00:29:15,043 Khayalannya tidak terjejas. 340 00:29:16,923 --> 00:29:18,803 Perenjat itu bukan mainan. 341 00:29:18,883 --> 00:29:21,443 Ia mengakibatkan serangan jantung 342 00:29:21,523 --> 00:29:24,803 di mana ayah Maria perlukan empat kali pembedahan pintasan 343 00:29:24,883 --> 00:29:27,203 dan ini mengesahkannya. 344 00:29:27,283 --> 00:29:29,643 Dia tak mahu bertanggungjawab 345 00:29:29,723 --> 00:29:32,323 ke atas kemudaratan yang dia lakukan kepada keluarga ini. 346 00:29:35,043 --> 00:29:39,963 JARAMILLO MELARIKAN DIRI SEBELUM POLIS TIBA 347 00:29:40,043 --> 00:29:42,923 MARIA DAN VERONICA SAMPAI TAK LAMA KEMUDIAN 348 00:29:46,003 --> 00:29:48,523 Ada ambulans dan polis. 349 00:29:49,323 --> 00:29:51,243 Kakak saya menjerit pada saya, 350 00:29:51,323 --> 00:29:54,003 "Bekas teman lelaki awak serang mak dan ayah!" 351 00:29:54,083 --> 00:29:56,043 Ketika itu, saya… 352 00:29:56,123 --> 00:30:00,803 Oh Tuhan, saya rasa teruk dan rasa sangat bersalah, 353 00:30:01,363 --> 00:30:05,083 sebab dia buat begini kerana saya tak nak kembali pada dia. 354 00:30:06,283 --> 00:30:08,523 Saya rasa sangat malu. 355 00:30:15,723 --> 00:30:21,723 POLIS MEMBERITAHU KELUARGA ITU BAHAWA JARAMILLO SEDANG MELARIKAN DIRI 356 00:30:25,003 --> 00:30:28,963 Sangat menakutkan bila tak tahu dia di mana. 357 00:30:31,163 --> 00:30:35,243 Saya beri gambar dia kepada pusat jagaan harian, 358 00:30:35,323 --> 00:30:39,643 sebab anak saya ada di situ dan saya jelaskan tentang situasi itu. 359 00:30:40,683 --> 00:30:44,243 Saya takut dia akan cari saya dan anak saya. 360 00:30:45,043 --> 00:30:48,683 Saya tak tahu jika dia akan bunuh saya untuk ambil anak saya. 361 00:30:49,363 --> 00:30:51,203 Saya tak tahu apa dia nak buat. 362 00:30:51,283 --> 00:30:53,163 Takut sebab tak tahu apa-apa. 363 00:30:53,643 --> 00:30:55,723 Kami tak tahu di mana dia akan muncul. 364 00:31:00,483 --> 00:31:02,963 Satu malam semasa dia masih melarikan diri, 365 00:31:03,043 --> 00:31:05,163 saya pergi ke rumah kawan baik saya, 366 00:31:05,803 --> 00:31:10,923 dan saya mengalami serangan panik yang teruk. 367 00:31:11,723 --> 00:31:14,683 Saya ingat saya dah nak mati. Betul. 368 00:31:14,763 --> 00:31:17,003 Saya ingat saya akan mati. 369 00:31:26,443 --> 00:31:29,243 OKTOBER 2005 370 00:31:30,523 --> 00:31:33,963 LAPAN BELAS HARI SELEPAS SERANGAN ITU, JARAMILLO TELAH DITANGKAP 371 00:31:34,043 --> 00:31:36,363 DI SEMPADAN AMERIKA SYARIKAT DAN MEXICO 372 00:31:41,203 --> 00:31:46,843 DIA DIBAWA PULANG KE SAN ANTONIO UNTUK DIDAKWA 373 00:31:58,923 --> 00:32:02,163 WALAUPUN HAMPIR DUA TAHUN MENGGANGGU MANGSA, 374 00:32:02,243 --> 00:32:06,123 JARAMILLO TAKKAN DIDAKWA DI ATAS PENGHENDAPAN TERHADAP MARIA 375 00:32:08,403 --> 00:32:12,883 Saya buat keputusan untuk hanya membicarakan rompakan ganas, 376 00:32:12,963 --> 00:32:16,883 kerana penghendapan lebih sukar, di mana awak perlu buktikannya 377 00:32:16,963 --> 00:32:19,763 melebihi keraguan munasabah untuk kesemua unsur. 378 00:32:20,243 --> 00:32:23,963 Jadi perlu buktikan banyak kejadian kecil 379 00:32:24,043 --> 00:32:26,283 berbanding hanya satu kejadian besar. 380 00:32:26,363 --> 00:32:28,643 DI TEXAS, PENGHENDAPAN TAHAP KETIGA 381 00:32:28,723 --> 00:32:31,923 MEMBAWA KEPADA HUKUMAN PENJARA MAKSIMUM 10 TAHUN 382 00:32:32,003 --> 00:32:36,443 SABITAN ROMPAKAN GANAS MEMBAWA KEPADA HUKUMAN MAKSIMUM 99 TAHUN 383 00:32:39,683 --> 00:32:43,083 Rompakan ganas biasanya jenayah tahap pertama, 384 00:32:43,163 --> 00:32:45,483 sama seperti pembunuhan, hukumannya di antara 385 00:32:45,563 --> 00:32:49,243 lima tahun hingga 99 tahun, atau penjara seumur hidup. 386 00:32:49,323 --> 00:32:52,323 Kami bawa kes yang kukuh untuk perbicaraan 387 00:32:52,403 --> 00:32:54,163 rompakan ganas itu. 388 00:32:54,723 --> 00:32:59,083 KUNCI KEPADA KES PIHAK PENDAKWA IALAH BUKTI YANG MENUNJUKKAN KESALAHAN 389 00:32:59,163 --> 00:33:02,443 YANG DIBUANG OLEH JARAMILLO DI LALUAN MASUK RUMAH ITU 390 00:33:02,523 --> 00:33:03,443 GARI 391 00:33:03,523 --> 00:33:08,963 Kes ini pelik kerana Ruben tinggalkan semua bukti tentang niatnya 392 00:33:09,043 --> 00:33:11,003 di tempat kejadian. 393 00:33:14,203 --> 00:33:18,883 Dia ada bawa beg dan tinggalkannya semasa polis tiba, 394 00:33:18,963 --> 00:33:22,523 dan di dalam beg itu ada nota. 395 00:33:22,603 --> 00:33:27,763 Nota ini mengandungi apa yang Ruben akan lakukan. 396 00:33:30,203 --> 00:33:35,243 Ruben tulis, "Ambil wang tunai, ambil cek dan tunaikan cek." 397 00:33:35,323 --> 00:33:38,723 "Perenjat, empat pasang gari." 398 00:33:38,803 --> 00:33:41,563 "Cari ibu bapa. Mak dan ayah saja." 399 00:33:42,123 --> 00:33:43,723 "Gari mak dan ayah." 400 00:33:45,803 --> 00:33:48,643 "Kunci pagar dan menuju ke arah Mexico." 401 00:33:48,723 --> 00:33:50,723 "Tinggalkan ibu bapa di parit." 402 00:33:51,283 --> 00:33:55,883 "Kembali dan ambil anak perempuan Maria, ambil keretanya, 403 00:33:55,963 --> 00:34:01,123 ambil cucu Maria, kemudian masukkan dia ke dalam van hijau." 404 00:34:01,203 --> 00:34:04,403 "Cari Maria, dapatkan Maria." 405 00:34:04,483 --> 00:34:07,443 "Ambil kereta Suburban, bawa ke Mexico, 406 00:34:07,523 --> 00:34:10,883 pindah ke satu rumah, dan tinggal di Mexico selamanya." 407 00:34:12,203 --> 00:34:14,963 Ada lima orang 408 00:34:15,043 --> 00:34:18,283 yang akan diculik oleh Ruben 409 00:34:19,083 --> 00:34:25,163 dan dibawa ke tempat lain dalam hasratnya untuk memenangi hati Maria. 410 00:34:28,123 --> 00:34:31,443 Ruben jelas dalam khayalan. 411 00:34:31,523 --> 00:34:33,643 Ia tak jadikan dia kurang cekap. 412 00:34:33,723 --> 00:34:35,603 Ia tak buat dia jadi gila. 413 00:34:36,643 --> 00:34:38,603 Tapi ia buat dia jadi sangat bahaya. 414 00:34:48,643 --> 00:34:49,683 14 OKTOBER 2005 415 00:34:52,963 --> 00:34:54,563 5 FEBRUARI 2007 416 00:34:54,643 --> 00:34:58,843 PADA 5 FEBRUARI 2007, RUBEN JARAMILLO DIBICARAKAN UNTUK ROMPAKAN GANAS 417 00:34:58,923 --> 00:35:02,643 DIA MENGAKU TIDAK BERSALAH DI ATAS SEMUA TUDUHAN 418 00:35:05,923 --> 00:35:08,163 Mereka bawa defendan ke kandang saksi. 419 00:35:08,683 --> 00:35:10,763 Hanya dia di bahagian pembelaan. 420 00:35:12,603 --> 00:35:16,563 Dia tak ingin bertanggungjawab di atas kelakuannya. 421 00:35:17,123 --> 00:35:21,683 Dia tak rasa yang hubungannya dengan Maria 422 00:35:21,763 --> 00:35:23,563 bukanlah satu kisah cinta. 423 00:35:24,243 --> 00:35:25,563 Ia bukan pembelaan yang baik. 424 00:35:25,643 --> 00:35:29,403 Bukti kami sangat kukuh terhadapnya, 425 00:35:29,483 --> 00:35:32,723 dan saya rasa, akhirnya, tak dapat disangkal lagi, 426 00:35:33,243 --> 00:35:35,683 Ruben ialah individu yang berbahaya. 427 00:35:36,243 --> 00:35:39,043 WALAUPUN TAK DIDAKWA DENGAN PENGHENDAPAN, 428 00:35:39,123 --> 00:35:42,923 JENAYAH JARAMILLO TERHADAP MARIA MENJADI FOKUS KES PIHAK PENDAKWA 429 00:35:43,483 --> 00:35:45,443 MAHKAMAH DAERAH 430 00:35:45,523 --> 00:35:49,763 Rompakan ganas yang dibicarakan ialah kemuncak 431 00:35:49,843 --> 00:35:54,883 dari segala penghendapannya terhadap Maria. 432 00:35:54,963 --> 00:35:59,323 Walaupun dia bukannya mangsa utama dalam kes yang kami dakwa, 433 00:35:59,403 --> 00:36:02,243 saya rasa pihak juri mempertimbangkan dengan baik 434 00:36:02,323 --> 00:36:04,163 tahap bahaya situasi itu. 435 00:36:05,323 --> 00:36:08,883 Maria semestinya terluka. 436 00:36:08,963 --> 00:36:10,163 Emosi terluka. 437 00:36:10,243 --> 00:36:13,443 Dia menderita dengan penderaan Jaramillo. 438 00:36:14,003 --> 00:36:19,403 PADA 6 FEBRUARI 2007, MARIA BERSETUJU UNTUK BERI KETERANGAN TERHADAP JARAMILLO 439 00:36:20,963 --> 00:36:23,923 Saya rasa penting untuk juri dengar daripada Maria, 440 00:36:24,003 --> 00:36:28,563 sebab sejarah menghendap menjadi fokus kes ini. 441 00:36:28,643 --> 00:36:31,163 Jika keluarkan Maria daripada situasi itu, 442 00:36:31,243 --> 00:36:35,043 tak banyak konteks untuk semua perbuatan defendan. 443 00:36:36,363 --> 00:36:40,083 Dia jelaskan kepada juri penderaan yang diterima daripada Ruben. 444 00:36:40,163 --> 00:36:42,963 Penderaan psikologi, emosi daripada dia. 445 00:36:44,163 --> 00:36:47,003 Ia akan meninggalkan kesan kepada seseorang. Dia terkesan. 446 00:36:54,723 --> 00:36:59,403 Saya di kandang saksi, dan saya ceritakan tentang penghendapan itu. 447 00:37:01,163 --> 00:37:06,643 Saya sangat takut nak beritahu hakim tentang semua yang berlaku, 448 00:37:06,723 --> 00:37:09,523 dan saya pun menangis. 449 00:37:10,563 --> 00:37:12,123 Saya menangis tanpa henti. 450 00:37:12,843 --> 00:37:17,483 Dia ada di situ buat saya sangat takut. 451 00:37:23,923 --> 00:37:29,803 DISEBABKAN OLEH BUKTI YANG SANGAT BANYAK, JARAMILLO DIDAPATI BERSALAH 452 00:37:38,363 --> 00:37:41,483 DENGAN BANTUAN TESTIMONI PENGHENDAPAN DARIPADA MARIA, 453 00:37:41,563 --> 00:37:45,043 PIHAK PENDAKWA BERJAYA MENDAPATKAN 45 TAHUN HUKUMAN PENJARA 454 00:37:54,603 --> 00:37:57,443 TIGA BULAN SELEPAS TEMU BUAL PERTAMANYA, 455 00:37:57,523 --> 00:38:01,083 RUBEN JARAMILLO BERSETUJU UNTUK MENJAWAB BEBERAPA LAGI SOALAN 456 00:38:07,003 --> 00:38:13,283 Saya dah dipenjarakan selama 16 tahun, hampir 17 tahun. 457 00:38:15,603 --> 00:38:20,603 Saya ada banyak masa untuk fikirkan apa masalah dengan pemikiran saya, 458 00:38:20,683 --> 00:38:22,283 dan lain-lain. 459 00:38:22,883 --> 00:38:27,283 Saya rasa semua orang boleh jadi penghendap… 460 00:38:27,363 --> 00:38:29,563 kalau kena pada keadaannya. 461 00:38:29,643 --> 00:38:36,603 Saya rasa saya tak dapat berfikir dengan waras dan mula berfantasi. 462 00:38:38,323 --> 00:38:40,563 Saya rasa saya berharap, 463 00:38:40,643 --> 00:38:45,923 agar dapat merasai semula perasaan dikehendaki itu. 464 00:38:46,003 --> 00:38:49,363 Mengejar dia akan dapat menarik perhatiannya 465 00:38:49,443 --> 00:38:52,563 dan dia akan nampak diri saya semula, dan kata, 466 00:38:52,643 --> 00:38:55,603 "Hei, inilah orang yang sayangkan saya." 467 00:38:55,683 --> 00:38:57,803 Saya harap dia sedar itu, 468 00:38:57,883 --> 00:39:01,123 saya sanggup buat apa saya demi dia dan buat apa yang dia mahukan. 469 00:39:05,363 --> 00:39:09,963 Saya menyesali perbuatan saya terhadap Maria dan keluarganya, 470 00:39:10,043 --> 00:39:12,723 sebab ia tak patut berlaku pun pada awalnya. 471 00:39:12,803 --> 00:39:16,963 Saya patut jadi lebih baik dan berlalu pergi saja. 472 00:39:18,403 --> 00:39:22,043 Menyayangi seseorang itu sepenuh hati, 473 00:39:22,123 --> 00:39:23,803 sangat berisiko. 474 00:39:23,883 --> 00:39:27,883 Melainkan dah bersama selama 20, 30 tahun, 475 00:39:27,963 --> 00:39:31,003 itu saya fahamlah, tapi kalau kenal seseorang macam saya, 476 00:39:31,083 --> 00:39:32,883 dan bersama selama lima tahun, 477 00:39:33,843 --> 00:39:36,323 saya tak patut sayang dia sepenuh hati. 478 00:39:37,083 --> 00:39:39,523 Sebab berapa banyak kali pun dia mencurangi saya 479 00:39:39,603 --> 00:39:43,563 atau saya mencurangi dia, saya patut nampak tanda-tanda itu semua. 480 00:39:43,643 --> 00:39:46,923 Tapi dah tak boleh ubah masa lalu. 481 00:39:47,003 --> 00:39:50,843 Hanya boleh maju ke depan dan cuba ubah diri sendiri, 482 00:39:51,323 --> 00:39:54,643 dan berharap agar situasi ini tak terjadi pada orang lain 483 00:39:54,723 --> 00:39:58,923 dan supaya saya dapat mengawal fikiran saya dengan lebih baik. 484 00:39:59,003 --> 00:40:00,563 Serta… 485 00:40:01,323 --> 00:40:04,963 Serta melihat kekecewaan sebagai satu fasa 486 00:40:05,043 --> 00:40:08,523 berbanding sebagai tragedi. 487 00:40:12,563 --> 00:40:17,683 HUKUMAN MAKSIMUM JARAMILLO SELAMA 45 TAHUN BERAKHIR PADA TAHUN 2050 488 00:40:17,763 --> 00:40:21,003 DIA AKAN BERUSIA 79 TAHUN 489 00:40:30,323 --> 00:40:36,123 TAPI JARAMILLO AKAN LAYAK UNTUK MEMOHON PAROL BERMULA TAHUN 2028 490 00:40:45,523 --> 00:40:50,803 Saya memang terfikir tentang pembebasannya dan saya rasa nak menghilangkan diri. 491 00:40:51,603 --> 00:40:53,203 Saya tak nak dia cari saya. 492 00:40:55,963 --> 00:40:59,483 Saya masih terkesan dengan kejadian ini. 493 00:41:00,723 --> 00:41:03,843 Saya mengalami serangan panik setiap minggu. 494 00:41:05,283 --> 00:41:10,323 Saya rasa sangat marah sebab saya perlu melalui semua ini, 495 00:41:10,403 --> 00:41:16,603 anak-anak saya perlu melalui semua ini, suami saya perlu melalui semua ini. 496 00:41:18,003 --> 00:41:21,443 Ia mengecewakan. Ia menyeksakan. 497 00:41:26,403 --> 00:41:30,563 Datuk dan nenek saya perlu melalui semua ini juga. 498 00:41:32,083 --> 00:41:33,403 Selamanya. 499 00:41:44,123 --> 00:41:47,923 Semua orang takut dia akan dapat parol. 500 00:41:50,043 --> 00:41:53,443 Saya pun rasa sangat takut. 501 00:41:54,963 --> 00:42:01,323 Kami menulis surat kepada pihak parol supaya tak bebaskan dia, 502 00:42:01,403 --> 00:42:05,723 sebab saya rasa dia akan datang dan bunuh saya. 503 00:42:07,803 --> 00:42:11,243 Dia cakap dia akan sakiti orang yang saya sayang, 504 00:42:11,323 --> 00:42:14,523 dan kami hidup dalam ketakutan. 505 00:42:17,083 --> 00:42:20,923 Saya percaya dia akan terus mencari saya.