1 00:00:16,083 --> 00:00:17,443 Apabila awak dipenjarakan, 2 00:00:17,523 --> 00:00:20,963 semua orang ada gelaran untuk diri mereka atau orang lain. 3 00:00:23,283 --> 00:00:26,643 Mereka rasa dakwaan untuk penghendapan teruk itu kelakar. 4 00:00:26,723 --> 00:00:30,403 Mereka kata, "Awak penghendap? Apa benda itu?" 5 00:00:30,483 --> 00:00:32,723 "Awak di dalam semak dengan teropong?" 6 00:00:32,803 --> 00:00:33,883 "Taklah…" 7 00:00:34,803 --> 00:00:38,243 Saya tahu ada orang yang buat begitu, tapi… 8 00:00:39,843 --> 00:00:42,043 Situasi semua orang berbeza. 9 00:00:42,123 --> 00:00:45,203 Jadi, untuk orang yang saya tak kenal… 10 00:00:45,283 --> 00:00:46,843 saya ketawa sajalah. 11 00:00:46,923 --> 00:00:50,203 Sebab bagi saya, ia menimbulkan kesakitan dan kesedihan, 12 00:00:50,923 --> 00:00:54,443 dan mengingatkan kembali trauma yang saya dan Rachel lalui. 13 00:00:56,163 --> 00:00:59,763 SETIAP TAHUN, ADA LEBIH DARIPADA TIGA JUTA KEJADIAN MENGHENDAP 14 00:00:59,843 --> 00:01:00,963 DI AMERIKA SYARIKAT 15 00:01:01,683 --> 00:01:07,243 ADA KAITAN YANG RAPAT DI ANTARA TRAUMA DAN TINGKAH LAKU YANG KETERLALUAN 16 00:01:08,083 --> 00:01:12,123 Satu-satunya perkara yang saya nak fahamkan ialah 17 00:01:12,603 --> 00:01:15,043 saya mungkin ada rasa kasihan pada John, 18 00:01:15,563 --> 00:01:21,723 tapi perbuatan dia terhadap saya, saya takkan dapat maafkan dia. 19 00:01:24,683 --> 00:01:28,643 Hanya kerana saya faham, tak bermakna saya perlu menerimanya. 20 00:01:30,323 --> 00:01:31,523 Saya tak boleh terima. 21 00:01:38,643 --> 00:01:42,283 SEBUAH SIRI NETFLIX 22 00:01:43,563 --> 00:01:47,283 Saya lebih rela digelar pembunuh daripada penghendap, faham tak? 23 00:01:51,443 --> 00:01:57,323 Saya nak dia rasa tekanan kerana diperhatikan. 24 00:01:58,323 --> 00:02:00,843 Sesiapa saja boleh jadi penghendap. 25 00:02:01,683 --> 00:02:03,483 Semuanya mengarut saja. 26 00:02:05,323 --> 00:02:07,043 Saya masih gila begitu… 27 00:02:11,323 --> 00:02:16,083 PELUANG TERAKHIR 28 00:02:20,043 --> 00:02:22,483 GALESBURG, ILLINOIS 29 00:02:25,643 --> 00:02:30,883 PENJARA HENRY C. HILL JABATAN PENJARA ILLINOIS 30 00:02:31,563 --> 00:02:35,243 PADA 24 MEI 2019, JOHN ANDERSON TELAH DIPENJARAKAN 31 00:02:35,323 --> 00:02:38,243 KERANA MENGHENDAP BEKAS KEKASIHNYA 32 00:02:45,603 --> 00:02:50,003 Bagi saya, penghendapan ini berpunca daripada isu pengabaian. 33 00:02:52,523 --> 00:02:57,723 Saya tak dapat lupakan seseorang itu sebab saya rasa seperti diabaikan, 34 00:02:57,803 --> 00:03:00,243 dan itu buat saya lebih inginkan mereka. 35 00:03:00,723 --> 00:03:04,483 Kemudian saya jadi marah dan kata, "Kalau awak sayang saya, kenalah bersama." 36 00:03:07,003 --> 00:03:08,563 Marah kerana disakiti. 37 00:03:09,203 --> 00:03:14,283 Apabila fikir kembali, itulah permulaan untuk semua masalah 38 00:03:14,363 --> 00:03:16,443 yang membawa kepada situasi saya sekarang. 39 00:03:20,803 --> 00:03:22,363 Saya John R. Anderson III. 40 00:03:22,843 --> 00:03:26,243 Saya dipenjarakan di Penjara Hill. 41 00:03:26,323 --> 00:03:28,483 Saya didakwa atas penghendapan teruk. 42 00:03:36,163 --> 00:03:38,643 DAERAH DEKALB, ILLINOIS 43 00:03:38,723 --> 00:03:40,403 Saya membesar di negara ini. 44 00:03:42,403 --> 00:03:44,643 Ayah saya ajar saya cara untuk memburu, memancing. 45 00:03:46,163 --> 00:03:48,963 Saya baik di sekolah, bersukan, banyak bermain besbol. 46 00:03:51,763 --> 00:03:55,283 Saya suka ada hubungan yang serius. 47 00:03:55,363 --> 00:03:58,083 Ketika saya ada teman wanita di sekolah menengah rendah 48 00:03:58,163 --> 00:03:59,643 dan di sekolah tinggi, 49 00:03:59,723 --> 00:04:03,083 saya selalu beri bunga atau buat pita rakaman lagu. 50 00:04:03,163 --> 00:04:04,923 Saya lebih serius. 51 00:04:05,003 --> 00:04:07,123 Bukan cuma nak berseronok. 52 00:04:07,203 --> 00:04:09,923 Saya lihat jika ada keserasian dan kemesraan. 53 00:04:11,083 --> 00:04:14,323 Dari awal lagi, saya boleh tahu jika saya suka awak atau tidak. 54 00:04:14,403 --> 00:04:17,043 Saya dan Rachel, kami serasi. 55 00:04:17,123 --> 00:04:20,323 Entahlah. Kami sangat rapat. 56 00:04:26,123 --> 00:04:28,163 KETIKA JOHN BERUMUR 32 TAHUN, 57 00:04:28,243 --> 00:04:32,043 DIA BERTEMU RACHEL YANG BERUMUR 28 TAHUN 58 00:04:42,003 --> 00:04:43,443 Nama saya Rachel. 59 00:04:45,403 --> 00:04:47,763 Saya bertemu John pada 2015. 60 00:04:48,363 --> 00:04:50,363 Melalui janji temu dengan orang tak dikenali. 61 00:04:52,963 --> 00:04:56,123 Saya mempunyai tiga kerja pada ketika itu 62 00:04:56,203 --> 00:04:59,603 dan saya membesarkan anak saya sendiri. 63 00:05:00,443 --> 00:05:03,083 Jadi saya tak berminat 64 00:05:03,163 --> 00:05:05,163 nak menjalinkan apa-apa hubungan. 65 00:05:07,763 --> 00:05:12,883 John sangat lucu dan pandai berjenaka, dan… 66 00:05:13,563 --> 00:05:17,523 pada ketika itu, dia memiliki motosikal Harley-Davidson. 67 00:05:18,283 --> 00:05:21,163 Dia jenis lelaki yang saya suka. 68 00:05:21,243 --> 00:05:24,363 Saya selalu beritahu dia matanya yang hijau itulah… 69 00:05:25,883 --> 00:05:27,883 yang buat saya tertarik padanya malam itu. 70 00:05:30,923 --> 00:05:33,083 Kami tak nak terburu-buru. 71 00:05:33,163 --> 00:05:35,243 Kami nak santai saja, 72 00:05:35,323 --> 00:05:38,283 sebab saya nak mengenali seseorang itu sebelum 73 00:05:38,363 --> 00:05:40,563 kenalkan anak saya. 74 00:05:45,043 --> 00:05:47,603 Kami banyak bertolak ansur pada awalnya, 75 00:05:47,683 --> 00:05:50,003 sebab dia mekanik diesel, 76 00:05:50,083 --> 00:05:52,963 dia bekerja enam hari dalam seminggu, syif sepuluh jam. 77 00:05:53,963 --> 00:05:57,403 Dia selalu keluar dengan kawan-kawannya, dan sentiasa dikelilingi wanita, 78 00:05:57,483 --> 00:06:01,403 dan kawan-kawannya sentiasa ajak dia berparti. 79 00:06:02,443 --> 00:06:05,643 Saya tak tahu yang dia minum arak setiap masa. 80 00:06:05,723 --> 00:06:08,283 Saya ingat dia hanya minum di hujung minggu. 81 00:06:08,363 --> 00:06:12,603 Saya tak buat begitu. Saya bekerja dan pulang untuk bersama anak saya. 82 00:06:13,403 --> 00:06:15,963 Tapi dia baik dengan Gauge. 83 00:06:16,563 --> 00:06:19,803 Gauge anggap dia seperti ayahnya. 84 00:06:23,083 --> 00:06:29,763 ANAK RACHEL, GAUGE BERUMUR 3 TAHUN KETIKA RACHEL MULA KELUAR DENGAN JOHN 85 00:06:31,323 --> 00:06:34,523 Gauge budak yang hebat. Dia… 86 00:06:35,123 --> 00:06:37,243 Dia penghibur saya. 87 00:06:37,723 --> 00:06:40,923 Saya buat rambutnya gaya Mohawk, dia tunjuk jari rock-and-roll 88 00:06:41,003 --> 00:06:42,923 dan kami menunggang Harley. 89 00:06:43,003 --> 00:06:46,003 Ia memang hebat, tapi… 90 00:06:46,963 --> 00:06:49,763 Apabila saya bersama Gauge, orang akan cakap sesuatu. 91 00:06:49,843 --> 00:06:51,883 "Siapa budak itu, John?" 92 00:06:52,563 --> 00:06:54,203 Pada mulanya saya rasa itu patut. 93 00:06:54,283 --> 00:06:56,883 Tapi semakin saya sayangkan Gauge, 94 00:06:56,963 --> 00:06:58,763 semakin menjengkelkan rasanya. 95 00:06:58,843 --> 00:07:00,843 Ini anak sayalah. Apa maksud awak? 96 00:07:06,283 --> 00:07:10,483 Ia satu hubungan yang jika saya terlalu mengejar John, 97 00:07:10,563 --> 00:07:11,803 dia tak nak. 98 00:07:11,883 --> 00:07:14,283 Jika dia mengejar saya, saya tak nak. 99 00:07:14,843 --> 00:07:17,443 Jadi sebaik saja saya beritahu dia, "Saya nak putus," 100 00:07:17,523 --> 00:07:20,323 dia akan muncul di pintu rumah pada pukul 11 malam, 101 00:07:20,403 --> 00:07:22,003 beritahu yang dia menyesal. 102 00:07:22,083 --> 00:07:24,043 Tapi kami sangat… 103 00:07:25,683 --> 00:07:26,603 Entahlah. 104 00:07:27,483 --> 00:07:29,323 Saling mencintai, saya rasalah. 105 00:07:29,843 --> 00:07:34,043 Kami kekal bersama lalui semua itu dan kemudian… 106 00:07:35,243 --> 00:07:37,163 saya dapat tahu saya mengandung. 107 00:07:42,363 --> 00:07:46,403 Pada ketika itu, kami nak berpindah ke Arkansas. 108 00:07:47,883 --> 00:07:51,883 Pak ciknya tinggal di Arkansas, jadi kami pergi melawat dia. 109 00:07:53,403 --> 00:07:56,203 Ia tempat yang indah, 110 00:07:56,283 --> 00:08:00,363 jadi kami mula cari rumah di sana. 111 00:08:07,403 --> 00:08:10,083 LAPAN BELAS BULAN SELEPAS PERKENALAN MEREKA, 112 00:08:10,163 --> 00:08:13,083 ANAK LELAKI RACHEL DAN JOHN, JAX, TELAH DILAHIRKAN 113 00:08:16,363 --> 00:08:20,483 Selepas Jax dilahirkan, kami pergi ke Arkansas. 114 00:08:20,563 --> 00:08:22,883 Kami tinggal di rumah pak ciknya, 115 00:08:22,963 --> 00:08:27,483 untuk selesaikan kontrak dengan wanita yang jual rumah kepada kami. 116 00:08:28,563 --> 00:08:33,763 Jax berumur empat bulan semasa Gauge meninggal. 117 00:08:39,963 --> 00:08:42,403 Sehingga hari ini, saya tak tahu apa yang berlaku. 118 00:08:44,563 --> 00:08:47,043 Ada ribut dan beberapa pokok telah tumbang. 119 00:08:48,523 --> 00:08:51,083 Kami guna traktor pemuat untuk alihkan pokok 120 00:08:51,163 --> 00:08:53,363 daripada pagar di padang rumput kuda. 121 00:08:53,443 --> 00:08:54,923 Gauge sedang bantu saya. 122 00:08:55,883 --> 00:08:59,883 Dia terjatuh dari traktor dan saya terlanggar dia dengan tak sengaja. 123 00:09:09,723 --> 00:09:11,363 Rachel ada semasa kejadian. 124 00:09:11,843 --> 00:09:16,043 Dia ada di bahagian atas rumah, dan dia turun dan memegang Gauge. 125 00:09:16,523 --> 00:09:18,883 Dia masih boleh rasa degupan jantungnya. 126 00:09:20,043 --> 00:09:22,483 Ambulans tak dapat sampai dengan cepat, 127 00:09:22,563 --> 00:09:25,083 dan kami tak dapat bawa dia ke hospital secepat mungkin. 128 00:09:28,043 --> 00:09:30,203 Jadi Gauge meninggal. 129 00:09:33,843 --> 00:09:38,243 Rachel tahu saya sangat berhati-hati dan pentingkan keselamatan. 130 00:09:39,283 --> 00:09:43,123 Saya mekanik diesel. Saya kendalikan traktor, peralatan pertanian, 131 00:09:43,203 --> 00:09:45,203 jentuai, peralatan pembinaan. 132 00:09:45,283 --> 00:09:50,923 Jadi, dia tahu saya bukannya cuai atau buat apa-apa… 133 00:09:51,923 --> 00:09:54,243 yang tak selamat dengan Gauge di atas traktor. 134 00:09:54,323 --> 00:09:57,003 Tapi saya dengan serta-merta… 135 00:09:58,363 --> 00:10:00,803 rasa bertanggungjawab dan bersalah. 136 00:10:01,483 --> 00:10:03,923 Saya rasa macam saya dah bunuh anak saya. 137 00:10:06,403 --> 00:10:07,283 Kami… 138 00:10:08,963 --> 00:10:10,603 Kami kehilangan anak kami. 139 00:10:12,763 --> 00:10:13,803 Kemudian… 140 00:10:17,923 --> 00:10:20,243 Kami berubah jadi sangat berbeza. 141 00:10:29,883 --> 00:10:32,403 Selepas Gauge mati, saya… 142 00:10:37,283 --> 00:10:40,163 Jiwa saya kosong. 143 00:10:45,163 --> 00:10:47,283 Sukar untuk dijelaskan. 144 00:10:50,283 --> 00:10:53,763 Saya tak nak buat apa-apa. Saya tak nak makan, saya tak nak… 145 00:10:56,083 --> 00:10:58,443 Saya tak boleh pegang Jax. 146 00:10:59,843 --> 00:11:03,203 Dia seperti dapat rasa saya patah hati. 147 00:11:04,563 --> 00:11:07,163 Sebab dia akan menjerit… 148 00:11:09,403 --> 00:11:14,043 Jadi John terpaksa memikul semua tanggungjawab 149 00:11:14,123 --> 00:11:19,043 untuk menjaga anak berumur empat bulan dan saya, 150 00:11:19,563 --> 00:11:22,043 sebab saya tak boleh lakukannya. 151 00:11:23,643 --> 00:11:27,723 Dia betul-betul cuba sebelum dia berubah menjadi teruk. 152 00:11:34,923 --> 00:11:37,163 DALAM MASA SETAHUN KEMATIAN GAUGE, 153 00:11:37,243 --> 00:11:41,403 RACHEL DAN JOHN BERPINDAH KE RUMAH BARU MEREKA DI ARKANSAS 154 00:11:48,763 --> 00:11:52,843 John bekerja pada tahun pertama itu. 155 00:11:53,403 --> 00:11:57,083 Ia sampai ke satu tahap yang dia tak dapat kerja yang mencukupi 156 00:11:57,163 --> 00:11:59,243 untuk menyara kami. 157 00:11:59,323 --> 00:12:01,563 Jadi saya perlu cari kerja. 158 00:12:12,603 --> 00:12:16,003 Kemudian John mula berkawan, 159 00:12:16,083 --> 00:12:19,483 dan kawan-kawan itu ialah penagih dadah. 160 00:12:21,323 --> 00:12:23,643 Dia mula menghisap dadah. 161 00:12:24,323 --> 00:12:27,043 Saya tak tahu sama ada kokain dulu atau methamphetamine. 162 00:12:27,123 --> 00:12:29,723 Saya akan duduk dan lihat dia hisap. 163 00:12:32,043 --> 00:12:36,323 Saya faham kenapa dia cuba hilangkan rasa sakit itu. 164 00:12:37,603 --> 00:12:41,723 Dia rasa bersalah membayangkan dia boleh halang kemalangan itu. 165 00:12:43,083 --> 00:12:45,923 Ia sesuatu yang sangat berat untuk seseorang itu… 166 00:12:46,603 --> 00:12:47,563 menanggungnya. 167 00:12:51,963 --> 00:12:55,283 Ketagihan saya jadi sangat teruk. 168 00:13:00,003 --> 00:13:03,723 Saya hisap methamphetamine, dan kesannya teruk. 169 00:13:04,203 --> 00:13:07,083 Saya tak pernah rasa begitu. 170 00:13:09,083 --> 00:13:11,843 Saya berhalusinasi dan… 171 00:13:15,683 --> 00:13:18,883 Saya tak boleh pejam mata tanpa nampak mukanya. 172 00:13:24,163 --> 00:13:26,283 Kasihan Rachel, dia terus kaku. 173 00:13:26,363 --> 00:13:27,363 Dia tak… 174 00:13:27,443 --> 00:13:28,643 Dia cuma… 175 00:13:28,723 --> 00:13:29,803 Dia kaku. 176 00:13:31,243 --> 00:13:34,403 Kami terus begini selama setahun setengah. 177 00:13:35,403 --> 00:13:40,203 Kami tak minta bantuan, atau kaunseling, 178 00:13:40,283 --> 00:13:42,683 atau apa-apa untuk bantu menghadapinya. 179 00:13:45,243 --> 00:13:46,083 Serta… 180 00:13:47,443 --> 00:13:49,363 walaupun kami saling memerlukan, 181 00:13:49,443 --> 00:13:52,283 saya rasa kami hanya menjadi semakin renggang. 182 00:13:58,603 --> 00:14:02,563 Apabila orang kata keadaan takkan bertambah teruk, ia boleh bertambah teruk. 183 00:14:05,283 --> 00:14:08,323 Saya tak boleh buat apa-apa, 184 00:14:08,803 --> 00:14:11,883 jadi saya tak beri apa yang dia perlukan. 185 00:14:12,723 --> 00:14:19,363 Jadi dia bertemu dengan seorang gadis yang bekerja di dok di tasik. 186 00:14:20,403 --> 00:14:21,283 Dia pun… 187 00:14:22,763 --> 00:14:24,123 curang dengan saya. 188 00:14:26,523 --> 00:14:28,803 Saya rasa dia berumur 19 tahun. 189 00:14:29,603 --> 00:14:32,283 Pada ketika itu, John berumur 35 tahun. 190 00:14:33,443 --> 00:14:34,963 Gadis itu sangat muda. 191 00:14:36,683 --> 00:14:41,003 Saya minta John jangan musnahkan keluarga kami, semuanya boleh diperbaiki. 192 00:14:43,003 --> 00:14:45,123 Itulah kali pertama dia pukul saya. 193 00:14:47,083 --> 00:14:50,923 Dia pukul muka saya dengan kuat sehingga saya jatuh ke lantai, 194 00:14:52,083 --> 00:14:56,083 kemudian dia ambil kunci saya dan keluar malam itu. 195 00:15:00,283 --> 00:15:02,843 Pada ketika ini, John nampak dan dengar suara orang 196 00:15:02,923 --> 00:15:05,403 sebab dia khayal dengan methamphetamine. 197 00:15:07,163 --> 00:15:11,563 Dia akan ke bilik air dan tinggalkan telefon sambil merakam. 198 00:15:11,643 --> 00:15:17,443 Dia akan dengar rakaman itu, kemudian menengking dan menjerit pada saya, 199 00:15:17,523 --> 00:15:23,483 mengatakan saya curang terhadapnya, sedangkan itu suara daripada televisyen. 200 00:15:26,843 --> 00:15:29,523 Selepas itu, ia bertambah teruk. 201 00:15:40,203 --> 00:15:46,963 Pada hari jadi saya, dia bersumpah dia ada dengar suara lelaki di garaj. 202 00:15:50,443 --> 00:15:54,643 Dia rentap leher saya di dapur, 203 00:15:55,643 --> 00:15:59,643 heret saya di sepanjang ruang tamu dan hempas saya di atas katil… 204 00:16:01,523 --> 00:16:07,643 dan terus pukul tulang rusuk, dada, kaki dan kepala saya. 205 00:16:08,843 --> 00:16:11,363 Serta dia cekik saya sampai saya muntah. 206 00:16:15,923 --> 00:16:20,283 Ketika itulah saya tahu saya perlu lari daripada dia. 207 00:16:20,363 --> 00:16:23,443 Dia takkan berubah. Dia takkan jadi lebih baik. 208 00:16:24,003 --> 00:16:27,203 Saya terus buat keputusan dan saya dah tak boleh tunggu. 209 00:16:38,563 --> 00:16:39,723 2018 OKTOBER 210 00:16:39,803 --> 00:16:43,243 BEBERAPA HARI KEMUDIAN, RACHEL MELARIKAN DIRI KE RUMAH IBUNYA DI ILLINOIS 211 00:16:43,323 --> 00:16:46,043 BERSAMA ANAK MEREKA, JAX YANG BERUMUR DUA TAHUN 212 00:16:48,723 --> 00:16:53,083 Saya rasa lega ketika dalam perjalanan selama lapan jam ke Illinois… 213 00:16:54,243 --> 00:16:57,043 kerana saya dah tak perlu bersemuka dengannya. 214 00:17:05,203 --> 00:17:09,163 Semua perbuatan saya terhadap Rachel selepas saya mula ambil methamphetamine, 215 00:17:09,243 --> 00:17:12,723 saya rasa macam dia buat balik kepada saya dan itu tak benar langsung. 216 00:17:13,203 --> 00:17:15,283 Itu cuma fikiran saya yang memperdayakan saya. 217 00:17:16,443 --> 00:17:17,323 Jadi… 218 00:17:17,883 --> 00:17:21,803 akhirnya ia mencetuskan banyak keganasan di antara saya dan Rachel. 219 00:17:23,123 --> 00:17:24,963 Tapi apabila dia pergi, 220 00:17:25,043 --> 00:17:29,843 saya rasa saya kehilangan seorang lagi anak dan isteri saya. 221 00:17:33,763 --> 00:17:37,843 Segala kesakitan yang saya rasai, ia semakin bertambah. 222 00:17:37,923 --> 00:17:41,483 Ia tersangat teruk, saya tak tahu bagaimana nak jelaskannya. 223 00:17:45,123 --> 00:17:46,563 Saya rasa dikhianati. 224 00:17:47,843 --> 00:17:50,803 Kemudian saya jadi taasub untuk mencari anak saya. 225 00:17:54,003 --> 00:17:57,363 Saya tanya kawan dan keluarga di mana dia. Tiada siapa nak beritahu. 226 00:17:57,443 --> 00:18:01,283 Mereka akan tipu saya dan kata, "Dia ada di sana." 227 00:18:01,363 --> 00:18:05,003 "Dia selamat." Saya jadi marah. Rachel tak nak cakap dengan saya. 228 00:18:05,083 --> 00:18:08,723 Dia lakukannya sebab nak ambil anak saya dan menyakiti saya. 229 00:18:11,483 --> 00:18:16,283 Pada ketika itu, John dapat tahu yang saya dah tiada di Arkansas. 230 00:18:16,883 --> 00:18:20,523 Jadi dia mula hantar mesej kepada saya. 231 00:18:20,603 --> 00:18:22,563 SAYA ADA GAUGE 232 00:18:23,643 --> 00:18:26,323 SAYA ADA ABU DIA YANG AWAK TINGGALKAN DI SINI! 233 00:18:26,403 --> 00:18:29,723 Dia beritahu saya yang dia nak tuang abu anak saya ke dalam tandas 234 00:18:29,803 --> 00:18:32,083 jika saya tak beritahu lokasi saya… 235 00:18:32,163 --> 00:18:34,043 SECEDUK SETIAP 5 MINIT MULA PADA PUKUL 10 236 00:18:34,123 --> 00:18:36,363 …dan kembalikan anaknya kepada dia. 237 00:18:37,643 --> 00:18:40,443 AWAK FIKIR SAYA TIPU 238 00:18:40,523 --> 00:18:43,643 SAYA DAH TAK PEDULI RACHEL 239 00:18:43,723 --> 00:18:47,923 SAYA CUBA BERTIMBANG RASA, AWAK YANG TAK NAK 240 00:18:48,003 --> 00:18:51,323 Dia mula hantar video menunjukkan 241 00:18:51,403 --> 00:18:56,243 dia sedang menuang abu putih ke dalam tandas. 242 00:18:56,323 --> 00:19:00,283 Sudah tentulah saya terkejut dan mendapat serangan panik. 243 00:19:01,443 --> 00:19:04,443 NAK BERMAIN-MAIN LAGIKAH RACHEL! 244 00:19:04,523 --> 00:19:07,523 IA TAKKAN BERAKHIR DENGAN BAIK UNTUK SESIAPA 245 00:19:07,603 --> 00:19:09,923 JIKA AWAK NAK TERUS MEMPERMAINKAN SAYA 246 00:19:16,323 --> 00:19:18,803 Selepas dia buat begitu, saya… 247 00:19:18,883 --> 00:19:23,683 Itulah pengakhirannya. Cukuplah. Saya dapatkan perintah sekatan. 248 00:19:34,843 --> 00:19:36,723 PADA NOVEMBER 2018, 249 00:19:36,803 --> 00:19:41,123 DAERAH OGLE MENGELUARKAN PERINTAH PERLINDUNGAN TERHADAP ANDERSON 250 00:19:43,203 --> 00:19:48,283 UNIVERSITI ILLINOIS, SPRINGFIELD 251 00:19:51,163 --> 00:19:53,963 Bagi kebanyakan kes menghendap, sebelum ia menjadi jenayah, 252 00:19:54,043 --> 00:19:56,363 perlu ada perintah perlindungan dahulu. 253 00:19:57,203 --> 00:20:01,403 Ia langkah pertama daripada kelakuan bukan jenayah 254 00:20:01,483 --> 00:20:03,243 berubah menjadi kelakuan jenayah. 255 00:20:08,123 --> 00:20:09,443 Nama saya Ryan Williams. 256 00:20:09,523 --> 00:20:12,523 Saya profesor madya kriminologi dan keadilan jenayah 257 00:20:12,603 --> 00:20:14,643 di Universiti Illinois di Springfield. 258 00:20:19,243 --> 00:20:23,683 RYAN WILLIAMS TELAH MENELITI SYARAT-SYARAT PERINTAH PERLINDUNGAN 259 00:20:23,763 --> 00:20:25,763 YANG DIKELUARKAN TERHADAP ANDERSON 260 00:20:29,763 --> 00:20:31,723 Perintah perlindungan sangat membantu. 261 00:20:31,803 --> 00:20:34,523 Ia meningkatkan keseriusan kesalahan itu. 262 00:20:34,603 --> 00:20:37,763 Kesilapan kecil berubah menjadi satu jenayah. 263 00:20:37,843 --> 00:20:43,003 Sebelum itu, perbuatan mereka ialah perbuatan nakal yang menyusahkan. 264 00:20:43,083 --> 00:20:44,403 Sekarang ia jenayah. 265 00:20:46,443 --> 00:20:50,523 Tapi perintah perlindungan adalah mengenai pencegahan tingkah laku. 266 00:20:51,203 --> 00:20:55,403 Malangnya, banyak kelakuan menghendap dilakukan oleh orang 267 00:20:55,483 --> 00:20:59,283 yang tak berfikiran waras, yang dah kehilangan segalanya. 268 00:21:00,723 --> 00:21:03,923 Seperti dalam kes John, perintah itu boleh diabaikan sepenuhnya 269 00:21:04,003 --> 00:21:06,683 dan rasa ia tiada kena-mengena dengan dirinya. 270 00:21:10,883 --> 00:21:14,963 REKOD ANDERSON MENUNJUKKAN BANYAK DAKWAAN TENTANG KELAKUAN MENGONGKONG 271 00:21:15,043 --> 00:21:20,483 DALAM HUBUNGAN TERDAHULU SEJAK 12 TAHUN LEPAS 272 00:21:22,643 --> 00:21:28,203 John mempamerkan tingkah laku yang teruk dalam hubungan yang terdahulu. 273 00:21:28,723 --> 00:21:32,003 Seseorang yang tak terima 274 00:21:33,203 --> 00:21:35,723 kelakuan mereka itu adalah berbahaya. 275 00:21:36,483 --> 00:21:39,043 Sehingga ke tahap yang buat saya terkejut 276 00:21:40,123 --> 00:21:43,483 tiada kesan yang lebih teruk dalam semua kes ini. 277 00:21:56,283 --> 00:21:57,883 Jika John tak dapat kawal wanita, 278 00:21:57,963 --> 00:22:02,363 kemarahan dan sifat agresif akan timbul. 279 00:22:03,523 --> 00:22:06,883 Ia akan jadi semakin teruk, dan ia menakutkan saya. 280 00:22:08,803 --> 00:22:11,243 Tunggu masa saja dia akan mengamuk. 281 00:22:14,203 --> 00:22:18,003 Nama saya Rick Anderson dan saya pak cik John. 282 00:22:18,643 --> 00:22:23,363 Pada ketika ini, saya saja satu-satunya saudara yang nak bercakap dengan John. 283 00:22:27,083 --> 00:22:28,123 31 MAC 2006 284 00:22:28,203 --> 00:22:31,403 KELAKUAN CEMBURU ANDERSON MULA DIREKOD PADA TAHUN 2006, 285 00:22:31,483 --> 00:22:34,083 SELEPAS DIA BERPISAH DENGAN ISTERI PERTAMANYA 286 00:22:34,803 --> 00:22:39,003 Semasa John lebih muda, John dan isteri pertamanya berkahwin. 287 00:22:39,803 --> 00:22:43,883 Tapi John curang terhadapnya dalam perkahwinan mereka. 288 00:22:43,963 --> 00:22:44,923 SELAMAT DATANG 289 00:22:45,003 --> 00:22:47,323 Isteri dia dah tak tahan. 290 00:22:47,403 --> 00:22:48,643 Dia pindah keluar. 291 00:22:49,683 --> 00:22:51,283 John jadi marah. 292 00:22:52,923 --> 00:22:56,283 Dulu, apabila dia marah, dia akan muncul di rumah awak. 293 00:22:56,363 --> 00:22:59,803 Atau duduk dalam kereta dan tunggu awak balik kerja. 294 00:23:00,723 --> 00:23:02,883 Ia macam permulaan untuk menghendap. 295 00:23:05,963 --> 00:23:07,323 31 MAC 2006 296 00:23:10,683 --> 00:23:16,163 EMPAT TAHUN KEMUDIAN, PADA TAHUN 2010, ANDERSON DIDAKWA ATAS PENGHENDAPAN TERUK 297 00:23:16,243 --> 00:23:20,283 TERHADAP BEKAS KEKASIH LAIN 298 00:23:23,083 --> 00:23:26,323 John pecah masuk rumahnya, bersembunyi di dalam almari, 299 00:23:26,843 --> 00:23:28,603 dan pada pukul dua pagi, 300 00:23:28,683 --> 00:23:30,963 dia berdiri di hujung katil gadis itu. 301 00:23:32,283 --> 00:23:36,963 Jadi hubungan dengan isteri pertamanya dan teman wanitanya 302 00:23:37,043 --> 00:23:39,083 hancur begitu saja. 303 00:23:42,403 --> 00:23:45,323 Jika saya di tempat Rachel, sekarang pun, 304 00:23:46,283 --> 00:23:48,003 saya akan risau tentang John. 305 00:24:08,843 --> 00:24:10,043 2018 OKTOBER 306 00:24:10,123 --> 00:24:12,483 PADA 2018, SELEPAS TINGGALKAN ANDERSON, 307 00:24:12,563 --> 00:24:15,603 RACHEL BERPINDAH KE RUMAH IBUNYA, JUDI, DI ILLINOIS 308 00:24:18,683 --> 00:24:22,723 John mahu Rachel kembali dan dia akan buat apa saja untuk dapatkannya semula. 309 00:24:24,523 --> 00:24:28,123 Dia tahu saya dan Rachel sangat rapat. 310 00:24:28,203 --> 00:24:31,683 Jika dia tak dapat memilikinya, tiada sesiapa yang boleh. 311 00:24:33,683 --> 00:24:34,923 2018 OKTOBER 312 00:24:35,003 --> 00:24:36,203 2019 FEBRUARI 313 00:24:36,283 --> 00:24:40,723 TIGA BULAN KEMUDIAN, JOHN MENGEKORI RACHEL SEJAUH 966 KM DARI ARKANSAS 314 00:24:44,723 --> 00:24:48,443 Semasa dia tiba di sini, dia telefon berulang kali. 315 00:24:48,523 --> 00:24:51,643 Tapi nombor orang lain yang terpapar di telefon. 316 00:24:51,723 --> 00:24:52,563 IBU RACHEL 317 00:24:52,643 --> 00:24:55,443 Si dungu ini sangat bijak. 318 00:24:57,243 --> 00:25:00,043 Dia hubungi saya, "Biar saya cakap dengan dia." 319 00:25:00,123 --> 00:25:02,363 "Saya sayang dia. Saya nak cakap dengan dia." 320 00:25:02,963 --> 00:25:06,923 Kemudian dia akan menyumpah. "Saya tahu dia ada. Saya nak cakap dengan dia." 321 00:25:07,003 --> 00:25:10,203 "Awak memang tak guna. Saya nak cakap dengan dia sekarang." 322 00:25:10,283 --> 00:25:13,843 Ia menakutkan. Ia sangat menakutkan. 323 00:25:21,083 --> 00:25:22,563 Dia menghendap rumah ini. 324 00:25:28,203 --> 00:25:31,883 Dia akan berhenti di jalan masuk rumah, musim sejuk ketika itu, 325 00:25:31,963 --> 00:25:34,123 dalam traknya yang besar. 326 00:25:35,843 --> 00:25:38,403 Duduk di situ, memutar tayarnya. 327 00:25:39,203 --> 00:25:42,283 Kami ketakutan, menangis, menghubungi polis. 328 00:25:42,363 --> 00:25:47,083 Saya cari Jax. Dia ada di bawah meja. 329 00:25:47,563 --> 00:25:51,803 Dia kata, "Nenek, saya ikut cakap mak. Saya bersembunyi." 330 00:25:52,283 --> 00:25:54,363 "Saya bersembunyi macam yang mak suruh." 331 00:25:54,443 --> 00:25:56,363 Luluh hati saya. 332 00:25:57,643 --> 00:26:01,323 Cucu saya perlu bersembunyi sebab maknya suruh dia 333 00:26:01,403 --> 00:26:03,003 bersembunyi daripada John, 334 00:26:03,083 --> 00:26:06,083 sebab John nak mencederakan dan membunuh maknya. 335 00:26:09,123 --> 00:26:13,283 Ia sangat menyakitkan untuk melihat anak awak lalui semua itu. 336 00:26:26,963 --> 00:26:30,603 Dia sentiasa memerhatikan saya. 337 00:26:31,083 --> 00:26:34,763 Dia tahu bila saya di rumah, dia tahu bila saya tiada di rumah. 338 00:26:34,843 --> 00:26:39,083 Dia kawal minda saya dan saya sangat takut. 339 00:26:40,243 --> 00:26:44,363 Dia akan telefon dan mesej tanpa henti. 340 00:26:44,443 --> 00:26:49,643 Dia akan tinggalkan mel suara beritahu dia akan bunuh diri. 341 00:26:49,723 --> 00:26:53,923 Dia akan hantar gambar tali gantung 342 00:26:54,523 --> 00:26:58,523 yang dia gantung di kasau tingkat bawah tanah rumah ibunya. 343 00:26:59,563 --> 00:27:03,283 Dia beritahu saya apabila kami mati, kami akan mati bersama, 344 00:27:03,363 --> 00:27:06,243 dan tak kisahlah jika dia perlu tembak kepala saya dulu. 345 00:27:06,323 --> 00:27:09,723 Dia akan buat begitu. Kami akan mati bersama. 346 00:27:12,843 --> 00:27:15,643 Saya selalu rasa dia berada berdekatan saja, 347 00:27:15,723 --> 00:27:20,403 saya kena bersedia untuk dia muncul secara tiba-tiba. 348 00:27:22,163 --> 00:27:24,363 Itulah yang berlaku. 349 00:27:29,923 --> 00:27:32,003 Dia tak jawab telefon. 350 00:27:32,083 --> 00:27:34,683 Sampai satu tahap, saya melayari Internet, 351 00:27:34,763 --> 00:27:37,843 ada aplikasi dalam talian, awak boleh guna nombor pemanggil berbeza, 352 00:27:37,923 --> 00:27:39,603 nombor telefon yang berbeza. 353 00:27:39,683 --> 00:27:41,243 Saya buat semua benda gila itu. 354 00:27:41,323 --> 00:27:45,403 Tapi dia tak nak cakap dengan saya. Jadi saya pergi tempat kerja dia. 355 00:27:48,043 --> 00:27:50,043 5 MAC 2019 356 00:27:50,123 --> 00:27:52,323 SELEPAS BERPINDAH SEMULA KE ILLINOIS, 357 00:27:52,403 --> 00:27:55,883 RACHEL TELAH BEKERJA DI SEBUAH GUDANG TEMPATAN 358 00:27:58,043 --> 00:28:00,683 Semasa dia sampai ke tempat kerja, saya ada di situ. 359 00:28:00,763 --> 00:28:03,123 Saya sampai awal dua minit daripada dia, 360 00:28:03,843 --> 00:28:06,283 dan saya berjalan ke kenderaan itu, 361 00:28:06,363 --> 00:28:09,483 dan sebaik saja dia nampak saya, dia terus jadi takut. 362 00:28:10,123 --> 00:28:14,163 Itu terus mencetuskan kemarahan saya. 363 00:28:15,843 --> 00:28:20,243 Ia menjadi situasi yang teruk di tempat kerjanya dan polis pun tiba. 364 00:28:27,483 --> 00:28:28,963 Gudang tempat saya kerja, 365 00:28:29,043 --> 00:28:33,563 ia tiada pagar di situ. Sesiapa pun boleh masuk dan keluar. 366 00:28:33,643 --> 00:28:36,083 RAKAMAN KAMERA KESELAMATAN 367 00:28:36,163 --> 00:28:38,923 Saya masuk ke tempat letak kereta 368 00:28:39,003 --> 00:28:42,443 dan sedang ambil barang saya untuk masuk ke dalam bangunan. 369 00:28:43,483 --> 00:28:45,843 Ada kereta dan ia berhenti saja di situ… 370 00:28:47,603 --> 00:28:50,803 dan dia terus meluru ke arah kenderaan saya. 371 00:28:51,803 --> 00:28:58,323 Saya cuba kunci trak saya dan hubungi 911 pada masa yang sama. 372 00:28:58,403 --> 00:29:03,883 Pada saat itu, dia cuba pecahkan tingkap bahagian pemandu saya, 373 00:29:03,963 --> 00:29:07,683 menjerit sekuat hatinya, 374 00:29:07,763 --> 00:29:10,203 yang dia akan bunuh saya. 375 00:29:11,763 --> 00:29:15,883 Dia pergi ke pintu penumpang belakang dan membukanya. 376 00:29:17,563 --> 00:29:21,563 Saya lompat keluar dari kenderaan sambil menjerit minta tolong, 377 00:29:21,643 --> 00:29:24,963 dan saya nampak seorang lelaki di dalam keretanya. 378 00:29:25,043 --> 00:29:26,883 Saya berlari ke arahnya. 379 00:29:26,963 --> 00:29:30,763 Dia keluar dari kenderaan, tanya saya apa yang berlaku dengan tenang, 380 00:29:30,843 --> 00:29:32,963 dan saya kata, "Dia nak bunuh saya." 381 00:29:35,083 --> 00:29:38,523 Ketika itu, John nampak saya tinggalkan kunci dalam trak. 382 00:29:39,843 --> 00:29:43,923 Jadi, dia cuba nak langgar saya. 383 00:29:49,963 --> 00:29:51,883 Dia tahu dia tak boleh langgar saya 384 00:29:51,963 --> 00:29:53,683 tanpa terkena kenderaan lain. 385 00:29:53,763 --> 00:29:56,243 Jadi dia keluar dari kenderaan itu, 386 00:29:56,323 --> 00:29:58,883 sambil menjerit yang dia nak bunuh saya. 387 00:29:58,963 --> 00:30:03,603 Lelaki itu menangkap dan menjatuhkan dia ke tanah sambil pegang dia. 388 00:30:13,203 --> 00:30:19,443 POLIS DIHUBUNGI DAN TELAH MENANGKAP ANDERSON DI TEMPAT KEJADIAN 389 00:30:29,803 --> 00:30:34,043 ANDERSON DIDAKWA ATAS PELANGGARAN PERINTAH PERLINDUNGAN 390 00:30:34,123 --> 00:30:36,283 DAN DITAHAN DI PENJARA 391 00:30:39,403 --> 00:30:41,923 Selepas polis datang dan tangkap dia, 392 00:30:42,003 --> 00:30:45,483 saya rasa lega yang teramat sangat. 393 00:30:45,563 --> 00:30:51,643 Akhirnya dia tak dapat menyakiti saya. 394 00:30:56,563 --> 00:30:57,603 Saya dah bebas. 395 00:30:58,843 --> 00:31:00,763 Saya bebas daripada dia. 396 00:31:02,803 --> 00:31:05,203 Saya bebas daripada semua ini. 397 00:31:28,563 --> 00:31:33,083 Menghendap, terutamanya dalam keganasan rumah tangga dan hubungan, 398 00:31:33,163 --> 00:31:37,003 tak mendapat perhatian yang sepatutnya. 399 00:31:39,883 --> 00:31:43,563 Ia tak diberi sepenuh perhatian dalam undang-undang, tak diuruskan dengan baik. 400 00:31:44,843 --> 00:31:49,923 Penting untuk tahu apa langkah kita untuk memastikan kelakuan ini dihentikan. 401 00:31:53,563 --> 00:31:54,923 Nama saya Ali Friend. 402 00:31:55,003 --> 00:31:58,963 Saya pendakwa utama dalam unit keganasan rumah tangga 403 00:31:59,043 --> 00:32:00,363 di Daerah DeKalb. 404 00:32:02,723 --> 00:32:05,763 SELEPAS KEJADIAN DI GUDANG ITU, 405 00:32:05,843 --> 00:32:09,483 ALI FRIEND TELAH DITUGASKAN UNTUK MENDAKWA KES ANDERSON 406 00:32:14,563 --> 00:32:17,363 Sukar untuk saya tahu apa yang John fikirkan, 407 00:32:17,443 --> 00:32:19,243 kenapa dia buat semua itu. 408 00:32:19,803 --> 00:32:23,043 Tapi saya rasa dia nak buat apa saja 409 00:32:23,123 --> 00:32:25,643 untuk mengawal semula kehidupan Rachel. 410 00:32:25,723 --> 00:32:29,803 Jika sampai perlu bunuh Rachel, itulah yang akan berlaku. 411 00:32:33,123 --> 00:32:35,963 Dia bawa tali nilon 412 00:32:36,043 --> 00:32:39,763 yang diikat dalam bentuk seperti tali gantung. 413 00:32:42,083 --> 00:32:45,683 Ada beberapa kali perbuatan mencekik berlaku 414 00:32:45,763 --> 00:32:47,843 semasa mereka tinggal di Arkansas. 415 00:32:50,163 --> 00:32:53,523 Nampaknya dia seperti nak meneruskan 416 00:32:53,603 --> 00:32:56,643 ugutan asalnya di mana dia pernah mencekiknya. 417 00:32:56,723 --> 00:32:58,923 SAYA TANYA DIA BERAPA KALI JOHN PERNAH CEKIK DIA, 418 00:32:59,003 --> 00:33:00,643 DIA KATA PALING KURANG SEPULUH KALI. 419 00:33:03,923 --> 00:33:05,963 PUSAT KEADILAN 420 00:33:08,523 --> 00:33:12,323 DISEBABKAN DIA MELANGGAR SYARAT PERINTAH PERLINDUNGAN, 421 00:33:12,403 --> 00:33:16,083 ALI FRIEND MENDAKWA ANDERSON DENGAN PENGHENDAPAN TERUK 422 00:33:17,083 --> 00:33:18,883 MAHKAMAH DAERAH 423 00:33:18,963 --> 00:33:23,843 Penghendapan teruk boleh dihukum selama dua hingga lima tahun penjara 424 00:33:23,923 --> 00:33:26,163 di Penjara Illinois, 425 00:33:26,243 --> 00:33:28,883 atau mendapat tempoh percubaan. 426 00:33:30,323 --> 00:33:34,243 Saya percaya percubaan bukanlah tindakan yang sesuai untuknya, 427 00:33:34,323 --> 00:33:38,723 dan saya percaya dia perlu dihukum dan dihantar ke penjara. 428 00:33:39,483 --> 00:33:43,923 Dia juga didakwa kerana memandu dalam keadaan mabuk. 429 00:33:44,003 --> 00:33:49,243 Pemanduan mabuk dalam negeri ini mempunyai hukuman paling serius. 430 00:33:51,203 --> 00:33:53,123 JIKA DISABITKAN MEMANDU DALAM KEADAAN MABUK 431 00:33:53,203 --> 00:33:54,803 REKOD KESALAHAN MEMANDU ANDERSON 432 00:33:54,883 --> 00:33:57,163 BOLEH MEMBAWA KEPADA HUKUMAN PENJARA MANDATORI 433 00:33:57,243 --> 00:34:00,403 JIKA DISABITKAN DENGAN PENGHENDAPAN TERUK SAJA, 434 00:34:00,483 --> 00:34:01,883 DIA BOLEH DIBEBASKAN 435 00:34:03,283 --> 00:34:07,763 Sukar untuk percaya yang menghendap ialah kesalahan jenayah yang lebih ringan 436 00:34:07,843 --> 00:34:09,523 daripada memandu dalam keadaan mabuk. 437 00:34:11,003 --> 00:34:15,843 Saya rasa tiada siapa mahu percaya yang ia seteruk itu. 438 00:34:15,923 --> 00:34:20,483 Tapi bagi mangsa atau mangsa terselamat yang berada dalam hubungan itu, 439 00:34:20,963 --> 00:34:24,083 ia memang sangat teruk dan boleh membawa maut. 440 00:34:29,523 --> 00:34:31,003 MAC 2019 441 00:34:32,043 --> 00:34:36,203 PADA APRIL 2019, ANDERSON MENGAKU BERSALAH ATAS DAKWAAN PEMANDUAN MABUK 442 00:34:36,283 --> 00:34:37,763 DAN PENGHENDAPAN TERUK 443 00:34:37,843 --> 00:34:42,123 DIA DIHUKUM PENJARA SELAMA ENAM TAHUN 444 00:34:51,643 --> 00:34:58,003 ANDERSON JUGA DILARANG UNTUK BERHUBUNG DENGAN RACHEL ATAU ANAK MEREKA 445 00:35:10,003 --> 00:35:12,683 Saya dapat surat daripada John setiap hari 446 00:35:12,763 --> 00:35:19,083 sehingga pelik rasanya jika saya tak dapat surat dalam sehari. 447 00:35:23,723 --> 00:35:24,883 Kami tak berhubung. 448 00:35:24,963 --> 00:35:29,123 Saya tak balas surat dia, dan saya terus menerima gambar dan surat, 449 00:35:29,203 --> 00:35:30,683 tanpa henti. 450 00:35:33,283 --> 00:35:35,043 Berbelah bagi rasanya mendapat surat… 451 00:35:35,123 --> 00:35:35,963 HEI, APA KHABAR? 452 00:35:36,043 --> 00:35:38,243 …dan fikir jika nak buka atau tidak. 453 00:35:38,323 --> 00:35:41,923 Tapi dia sedang dipenjarakan, dan dengan membaca surat ini, 454 00:35:42,003 --> 00:35:44,323 saya boleh tahu apa yang difikirkannya. 455 00:35:44,403 --> 00:35:47,603 Serta lebih mudah untuk saya tidur pada waktu malam 456 00:35:48,163 --> 00:35:55,003 mengetahui yang dia menyesal dan tidak lagi marah pada saya. 457 00:36:01,323 --> 00:36:06,803 PENJARA HENRY C. HILL JABATAN PENJARA ILLINOIS 458 00:36:10,443 --> 00:36:12,723 Saya selalu tulis surat kepada Rachel. 459 00:36:12,803 --> 00:36:15,243 Pada 2020, saya tulis surat kepada dia setiap hari. 460 00:36:15,323 --> 00:36:17,323 Bukan setiap hari. Setiap minggu. 461 00:36:17,403 --> 00:36:19,643 Saya tak gila sebegitu. Setiap minggu. 462 00:36:19,723 --> 00:36:22,003 Hanya untuk kekal berhubung. Saya tahu dia baca. 463 00:36:22,083 --> 00:36:23,043 Saya tahu dia dapat. 464 00:36:23,123 --> 00:36:27,203 Jika dia mahu serahkannya dan buat saya dihukum, 465 00:36:27,283 --> 00:36:28,883 tak apalah. 466 00:36:28,963 --> 00:36:32,683 Jika dia rasa itu haknya, dan dia patut buat begitu, tak apalah. 467 00:36:35,843 --> 00:36:39,043 PADA FEBRUARI 2021, ANDERSON MEMPERTIKAIKAN MENGIKUT UNDANG-UNDANG 468 00:36:39,123 --> 00:36:41,603 PERINTAH HALANGAN BERHUBUNG DENGAN ANAKNYA 469 00:36:41,683 --> 00:36:43,203 2021 FEBRUARI 470 00:36:43,283 --> 00:36:45,563 RACHEL TAK DAPAT MELAWANNYA, 471 00:36:45,643 --> 00:36:49,683 JADI ARAHAN ITU DIUBAH, UNTUK MEMBENARKAN JOHN BERHUBUNG DENGAN JAX 472 00:36:53,963 --> 00:36:56,603 Saya tak masuk penjara dan lupakan anak saya. 473 00:36:56,683 --> 00:36:59,723 Saya dapat bercakap dengan dia melalui telefon dan dia lucu sebab, 474 00:36:59,803 --> 00:37:02,523 "Saya tak kenal ayah. Saya tak tahu rupa ayah." 475 00:37:02,603 --> 00:37:06,563 Saya ingatkan dia, "Kamu tahulah. Ayah besarkan kamu." 476 00:37:07,043 --> 00:37:09,603 "Kamu berumur dua tahun, kali terakhir ayah jumpa kamu. 477 00:37:09,683 --> 00:37:12,803 "Kasihannya kamu tak ingat, tapi percayalah, ayah ingat." 478 00:37:19,443 --> 00:37:24,403 Matlamat saya adalah untuk keluar pada hari jadi kelima Jax, Ahad lepas. 479 00:37:24,923 --> 00:37:27,963 Saya dapat keluar lagi seminggu. 480 00:37:28,043 --> 00:37:31,003 Hari ini Jumaat, saya akan pulang hari Isnin. 481 00:37:38,203 --> 00:37:42,203 SELEPAS MENJALANI TEMPOH PENJARA MINIMUM UNTUK HUKUMAN ENAM TAHUN, 482 00:37:42,283 --> 00:37:43,843 ANDERSON MENDAPAT PAROL 483 00:37:43,923 --> 00:37:48,323 DUA TAHUN SETENGAH SELEPAS SABITANNYA 484 00:38:00,163 --> 00:38:06,443 Hari pembebasan John akan tiba dan dia mahu berjumpa anaknya. 485 00:38:08,163 --> 00:38:11,563 Apabila John akhirnya dapat jumpa Jax 486 00:38:11,643 --> 00:38:17,123 dan boleh menjaga dia semalaman atau untuk hujung minggu, 487 00:38:17,203 --> 00:38:21,323 saya risau dia akan melarikan anak saya, 488 00:38:21,923 --> 00:38:23,843 dan saya takkan dapat cari dia. 489 00:38:24,683 --> 00:38:26,803 Ia sentiasa bermain di fikiran saya. 490 00:38:29,083 --> 00:38:31,603 Saya harap dia berubah. 491 00:38:32,523 --> 00:38:35,883 Tapi saya risau dia akan kembali pada perangai lamanya 492 00:38:35,963 --> 00:38:38,683 dan cuba untuk mencederakan saya lagi. 493 00:38:41,403 --> 00:38:45,643 Saya rasa jika dia kembali menghisap dadah, 494 00:38:45,723 --> 00:38:50,483 sebab dia rasa dah tak ada sebab untuk hidup lagi, 495 00:38:50,563 --> 00:38:54,563 itu bermakna dia akan datang cari saya. 496 00:38:56,803 --> 00:38:58,803 Saya letak kamera keselamatan. 497 00:38:58,883 --> 00:39:02,323 Saya letak kamera di sekeliling rumah saya untuk memastikan 498 00:39:02,403 --> 00:39:04,883 yang dia tak menghendap saya lagi 499 00:39:04,963 --> 00:39:08,603 atau cuba merosakkan kenderaan saya. 500 00:39:10,763 --> 00:39:12,643 Dia dapat satu peluang. 501 00:39:13,683 --> 00:39:18,843 Jika dia melampaui batas sekali lagi, dia akan kembali ke penjara. 502 00:39:20,123 --> 00:39:21,083 Itu saja. 503 00:39:29,723 --> 00:39:33,803 PENJARA HENRY C. HILL JABATAN PENJARA ILLINOIS 504 00:39:46,163 --> 00:39:49,203 PADA 15 NOVEMBER 2021, 505 00:39:49,283 --> 00:39:53,683 JOHN ANDERSON DIBEBASKAN DARI PENJARA ATAS PAROL 506 00:39:59,363 --> 00:40:02,523 Ramai yang kata orang takkan berubah. 507 00:40:06,163 --> 00:40:09,723 Tapi jika awak dah lalui beberapa kejadian dahsyat, 508 00:40:09,803 --> 00:40:12,243 itu tak patut menentukan siapa diri awak selamanya. 509 00:40:14,603 --> 00:40:16,963 Saya bukan orang yang sama seperti dulu. 510 00:40:20,283 --> 00:40:22,323 Saya dah bersedia untuk jumpa keluarga saya. 511 00:40:29,723 --> 00:40:32,883 DUA MINGGU KEMUDIAN 512 00:40:41,403 --> 00:40:44,963 Sudah dua minggu saya dibebaskan dan sejujurnya, 513 00:40:45,043 --> 00:40:47,363 saya belum ada rancangan yang kukuh. 514 00:40:48,323 --> 00:40:49,523 Saya masih berusaha. 515 00:40:50,643 --> 00:40:53,923 Rancangan terbesar saya sekarang adalah untuk kembali 516 00:40:54,003 --> 00:40:56,283 menjadi sebahagian daripada kehidupan anak saya. 517 00:41:01,203 --> 00:41:05,843 JOHN DIBERI KEBENARAN UNTUK MELAWAT ANAKNYA SETIAP MINGGU 518 00:41:12,603 --> 00:41:15,243 Saya gembira dapat luangkan masa dengan anak saya. 519 00:41:15,803 --> 00:41:17,203 Dia berumur lima tahun. 520 00:41:17,283 --> 00:41:19,723 Dia bersemangat tinggi. 521 00:41:19,803 --> 00:41:23,643 Ia sangat mengharukan sebab dapat berjumpa anak saya lagi. 522 00:41:23,723 --> 00:41:26,763 Ia berikan saya semangat. 523 00:41:29,643 --> 00:41:31,763 Tapi pada hari saya tak jumpa dia, 524 00:41:31,843 --> 00:41:34,003 saya rasa sedih sebab dia tak bersama saya. 525 00:41:35,243 --> 00:41:38,043 Sebelum semua ini berlaku, kami satu keluarga. 526 00:41:38,123 --> 00:41:40,523 Anak saya sentiasa berada di rumah bersama saya. 527 00:41:41,163 --> 00:41:43,723 Inilah saya, beberapa tahun kemudian, 528 00:41:44,603 --> 00:41:47,483 saya dapat jumpa anak saya beberapa kali saja seminggu. 529 00:41:48,923 --> 00:41:52,923 Saya nak pastikan Rachel dan saya dapat membesarkan dia bersama-sama. 530 00:41:55,403 --> 00:41:57,803 Tak mustahil rasanya, pada satu saat, 531 00:41:57,883 --> 00:42:02,083 saya ingin keluarga saya kembali tinggal bersama 532 00:42:02,163 --> 00:42:03,523 sebagai satu keluarga. 533 00:42:03,603 --> 00:42:07,643 Saya rasa saya perlu membuktikannya 534 00:42:07,723 --> 00:42:11,003 untuk menunjukkan orang boleh berubah di sepanjang hidup mereka. 535 00:42:19,043 --> 00:42:21,803 TIGA BULAN KEMUDIAN 536 00:42:42,243 --> 00:42:46,803 Berbeza rasanya apabila John dah keluar dari penjara. 537 00:42:47,923 --> 00:42:50,883 Sudah lebih 90 hari, saya rasa. 538 00:42:55,843 --> 00:42:59,643 Saya tahu John mahu kami menjadi keluarga kembali… 539 00:43:01,683 --> 00:43:04,283 tapi kami dah tak boleh kembali ke masa lalu. 540 00:43:05,243 --> 00:43:09,163 Terlalu banyak parut dan semuanya dah teruk. 541 00:43:14,043 --> 00:43:16,923 Harapnya, John boleh kekal tak mabuk 542 00:43:17,003 --> 00:43:20,123 dan ingin terus berubah ke arah lebih baik. 543 00:43:24,083 --> 00:43:26,803 Jika John berusaha bersungguh-sungguh, 544 00:43:26,883 --> 00:43:29,803 dia boleh jalankan tanggungjawab sebagai bapa Jax. 545 00:43:31,163 --> 00:43:36,403 Saya harap kami boleh berkawan demi anak kami, 546 00:43:36,483 --> 00:43:39,443 sebab setiap anak perlukan ayah mereka. 547 00:43:40,803 --> 00:43:44,803 Tapi dia perlu banyak ubah dirinya 548 00:43:44,883 --> 00:43:47,923 dan ketagihannya untuk jadi begitu. 549 00:43:50,483 --> 00:43:52,083 Hanya masa yang menentukan. 550 00:43:58,323 --> 00:44:01,643 SELEPAS PENGGAMBARAN, JOHN TERUS BEKERJA DAN BERJUMPA ANAKNYA 551 00:44:01,723 --> 00:44:05,123 RACHEL KEKAL MENGATAKAN INI PELUANG TERAKHIR JOHN