1 00:00:12,643 --> 00:00:16,203 Saya tak pernah tahu maksud "menghendap"… 2 00:00:18,283 --> 00:00:24,443 tapi undang-undang menyatakan ia bermaksud dua atau lebih hubungan yang tak diingini. 3 00:00:26,243 --> 00:00:29,723 Saya rasa itu yang saya lakukan. Hubungan yang tak diingini. 4 00:00:29,803 --> 00:00:32,363 Mereka tak benarkan saya mendekati, tapi saya tak peduli. 5 00:00:32,443 --> 00:00:33,723 Saya tetap mendekati. 6 00:00:34,443 --> 00:00:36,923 SETIAP TAHUN, ADA LEBIH DARIPADA TIGA JUTA 7 00:00:37,003 --> 00:00:39,323 KEJADIAN MENGHENDAP DI AMERIKA SYARIKAT 8 00:00:39,883 --> 00:00:44,403 HANYA 7% PENGHENDAP DITAHAN 9 00:00:47,763 --> 00:00:51,243 Dia sepatutnya dihalang tapi tidak. 10 00:00:51,923 --> 00:00:57,043 Ia corak yang sama yang dia ulangi berulang kali. 11 00:00:57,123 --> 00:01:00,203 Dah banyak kali dia boleh bunuh saya. 12 00:01:03,323 --> 00:01:06,723 Saya didakwa dengan 13 jenayah dalam hidup saya 13 00:01:06,803 --> 00:01:08,723 dan hanya lima disabitkan. 14 00:01:10,403 --> 00:01:12,003 Saya sentiasa terlepas. 15 00:01:12,083 --> 00:01:16,163 Saya pasti, dan saya yakin, 16 00:01:16,243 --> 00:01:18,963 saya boleh buat apa saja dan takkan tertangkap. 17 00:01:22,123 --> 00:01:25,963 SEBUAH SIRI NETFLIX 18 00:01:27,283 --> 00:01:31,003 Saya lebih rela digelar pembunuh daripada penghendap, faham tak? 19 00:01:35,123 --> 00:01:40,523 Saya nak dia rasa tekanan kerana diperhatikan. 20 00:01:42,003 --> 00:01:44,403 Sesiapa saja boleh jadi penghendap. 21 00:01:45,283 --> 00:01:47,323 Semuanya mengarut saja. 22 00:01:48,843 --> 00:01:50,243 Saya masih gila begitu. 23 00:01:54,843 --> 00:01:59,403 CORAK KELAKUAN 24 00:02:02,083 --> 00:02:06,843 BANDAR JEFFERSON, MISSOURI 25 00:02:08,043 --> 00:02:12,723 PENJARA BANDAR JEFFERSON 26 00:02:16,163 --> 00:02:19,203 Saya tak berhak buat begitu. 27 00:02:19,283 --> 00:02:21,803 PESALAH DILARANG BERADA DI SINI TANPA PENGAWASAN PEGAWAI 28 00:02:21,883 --> 00:02:25,283 Ada banyak perkara yang saya boleh lakukan secara berbeza, tapi tidak. 29 00:02:26,243 --> 00:02:28,963 Pilihan sememangnya di tangan saya. 30 00:02:29,523 --> 00:02:33,043 Saya memilih untuk bertindak sebegitu. 31 00:02:35,243 --> 00:02:39,243 Saya mungkin tak faham ketika itu, tapi saya dah faham sekarang. 32 00:02:43,643 --> 00:02:49,843 Nama saya Daniel Thompson, saya didakwa melakukan penghendapan teruk pada 2008. 33 00:02:53,243 --> 00:02:57,043 Saya harap saya boleh undurkan waktu dan dengar nasihat orang yang kata, 34 00:02:57,123 --> 00:02:59,483 “Hei! Lupakan dia. Mari!" 35 00:03:00,803 --> 00:03:02,123 Patutnya saya dengar. 36 00:03:17,723 --> 00:03:20,963 Saya membesar di timur laut Kansas, di luar bandar. 37 00:03:23,163 --> 00:03:25,803 Semua orang saling mengenali, kenal anak-anak jiran. 38 00:03:27,443 --> 00:03:30,963 Semua dah biasa untuk tidak mengunci pintu rumah 39 00:03:31,043 --> 00:03:33,003 dan tak perlu bimbangkan apa-apa. 40 00:03:37,803 --> 00:03:40,243 Saya tak ada ramai kawan ketika membesar. 41 00:03:40,923 --> 00:03:43,483 Saya tak reti bersosial dengan orang lain, 42 00:03:43,563 --> 00:03:45,603 sebab saya tak percayakan mereka. 43 00:03:48,443 --> 00:03:52,963 Rasanya pada umur 12 atau 13 tahun, saya disahkan menghidap PDD, 44 00:03:53,043 --> 00:03:58,203 Gangguan Perkembangan Pervasif, salah satu cabang autistik. 45 00:03:59,283 --> 00:04:02,323 Selain daripada itu, saya dibesarkan dengan baik. 46 00:04:09,523 --> 00:04:14,163 PADA UMUR 17 TAHUN, DANIEL THOMPSON MENGENALI ANGIE DI KEM MUSIM PANAS 47 00:04:14,243 --> 00:04:18,643 DIA BERUMUR 15 TAHUN 48 00:04:21,483 --> 00:04:24,843 Angie seorang yang bersemangat. Dia gembira. 49 00:04:24,923 --> 00:04:26,243 Dia peramah. 50 00:04:27,763 --> 00:04:30,723 Setiap kali saya lihat dia, dia sentiasa tersenyum. 51 00:04:31,763 --> 00:04:37,043 Matanya berwarna hijau, dan saya suka mata berwarna hijau. 52 00:04:37,803 --> 00:04:44,363 Tapi ayah tiri dia dapat tahu umur saya. Dia 15 tahun, saya pula 17 tahun. 53 00:04:44,443 --> 00:04:47,363 Dia cakap, “Jarak umur terlalu jauh. Hubungi semula tahun depan.” 54 00:04:47,443 --> 00:04:50,403 Saya hubungi dia setahun kemudian. 55 00:04:51,123 --> 00:04:53,763 Dia tak sangka dah setahun berlalu, 56 00:04:53,843 --> 00:04:57,603 sebab apabila dia terima panggilan daripada saya, dia sangat seronok. 57 00:05:04,563 --> 00:05:09,043 Saya mengenali Daniel semasa tahun pertama sekolah tinggi. 58 00:05:10,723 --> 00:05:13,043 Dia teman lelaki pertama saya. 59 00:05:14,563 --> 00:05:18,043 Nama saya Angelyn, saya mangsa menghendap yang terselamat. 60 00:05:22,083 --> 00:05:24,923 Saya bercakap dengan Daniel melalui telefon 61 00:05:25,003 --> 00:05:27,443 dan beritahu tempat tinggal saya. 62 00:05:27,523 --> 00:05:32,203 Tahu-tahu saja ada sebuah trak sampai, dan dia rupanya. 63 00:05:35,003 --> 00:05:37,563 Saya tak pernah berada dalam situasi 64 00:05:37,643 --> 00:05:42,203 di mana saya baru saja lepas berbual, dan tiba-tiba orang itu terus muncul. 65 00:05:45,483 --> 00:05:47,243 Saya betul-betul suka dia. 66 00:05:47,323 --> 00:05:52,003 Di awal perkenalan kami, tiada apa-apa yang pelik. 67 00:05:52,083 --> 00:05:54,883 Hubungan yang biasa pada awalnya. 68 00:05:54,963 --> 00:05:59,883 Tapi semakin lama, dia menjadi semakin kuat cemburu. 69 00:06:02,803 --> 00:06:04,923 Dia akan hubungi sepanjang malam. 70 00:06:06,403 --> 00:06:10,363 Jika dia tak dapat hubungi saya atau kawan saya melalui telefon, 71 00:06:10,443 --> 00:06:12,563 dia akan muncul di mana saya berada, 72 00:06:13,123 --> 00:06:17,043 dan sampai pada satu tahap, dia akan sentiasa berada di situ. 73 00:06:17,123 --> 00:06:21,163 Ibu bapa saya mula letakkan had masa 74 00:06:21,243 --> 00:06:22,443 untuk dia berada di situ. 75 00:06:25,843 --> 00:06:30,243 Dia akan menyelinap masuk melalui laluan anjing di rumah ibu bapa saya. 76 00:06:30,323 --> 00:06:33,803 Saya akan terbangun sambil dia di atas saya, 77 00:06:33,883 --> 00:06:36,963 mengibas-ngibas duit kertas untuk bangunkan saya. 78 00:06:38,483 --> 00:06:41,763 Tapi pada masa itu saya sangka itu cinta. 79 00:06:41,843 --> 00:06:43,963 Saya sedarlah sekarang itu bukan cinta. 80 00:06:44,043 --> 00:06:48,363 Tapi pada masa itu bila awak dapat perhatian seperti itu, 81 00:06:48,443 --> 00:06:52,043 dia nak luangkan masa bersama awak, jaga awak dan sebagainya, 82 00:06:53,003 --> 00:06:56,523 saya tak rasa ia pelik pada waktu itu. 83 00:07:02,963 --> 00:07:08,323 EMPAT TAHUN KEMUDIAN, ANGIE DAN DANIEL BERKAHWIN DAN MEMPUNYAI ANAK 84 00:07:12,443 --> 00:07:14,923 Angie dan saya mempunyai tiga anak lelaki. 85 00:07:16,843 --> 00:07:20,683 Kami berpindah ke St. Joe, Missouri, berdekatan keluarganya. 86 00:07:22,683 --> 00:07:24,283 Ya, kami sangat bahagia. 87 00:07:26,603 --> 00:07:29,323 Tapi kemudian saya buat perkara dungu, dia pun sama, 88 00:07:29,403 --> 00:07:32,683 sebab kami masih muda dan saya nak bebas untuk pergi ke mana-mana 89 00:07:32,763 --> 00:07:36,083 dan itu yang saya buat. Saya akan keluar sepanjang malam. 90 00:07:36,763 --> 00:07:38,963 Ia buat keadaan jadi bertambah buruk, 91 00:07:39,043 --> 00:07:44,763 banyak pertengkaran sehingga buat saya mengamuk. 92 00:07:52,203 --> 00:07:55,403 Keganasan itu bermula daripada perkara kecil. 93 00:07:57,483 --> 00:08:00,563 Saya tak boleh tidur di atas katil apabila dia marah. 94 00:08:00,643 --> 00:08:03,363 Dia akan tendang saya sampai jatuh daripada katil, 95 00:08:03,443 --> 00:08:09,843 atau dia akan jadi marah dan baling barang-barang, dan menolak-nolak saya, 96 00:08:09,923 --> 00:08:11,283 perbuatan seperti itu. 97 00:08:11,363 --> 00:08:15,163 Semakin lama, ia menjadi semakin teruk. 98 00:08:16,883 --> 00:08:19,723 Dia akan pukul kepala saya, di rambut saya, 99 00:08:19,803 --> 00:08:22,563 bahagian yang tak boleh nampak kesan lebam, 100 00:08:23,163 --> 00:08:26,083 atau melemaskan saya dengan bantal. 101 00:08:28,963 --> 00:08:35,003 Sampai satu tahap di mana saya akan buka langsir, di ruang tamu, 102 00:08:35,803 --> 00:08:39,563 dan saya akan tulis "Tolong," di tingkap, dengan harapan, 103 00:08:39,643 --> 00:08:41,883 ada orang akan perasan dan bantu. 104 00:08:41,963 --> 00:08:45,243 TOLONG 105 00:08:45,323 --> 00:08:46,403 Tiada siapa bantu. 106 00:08:57,243 --> 00:09:02,123 Ini gambar anak-anak saya ketika kecil. 107 00:09:02,203 --> 00:09:06,283 Ini anak sulung saya, ini Dan dan saya, 108 00:09:06,363 --> 00:09:08,163 anak pertama kami. 109 00:09:08,243 --> 00:09:10,723 Ketika mencari gambar-gambar ini, 110 00:09:11,643 --> 00:09:16,523 setiap gambar yang saya jumpa, ada kenangan buruk… 111 00:09:17,403 --> 00:09:19,683 Kenangan buruk dalam setiap gambar. 112 00:09:22,163 --> 00:09:25,723 Ini gambar di pangsapuri. 113 00:09:26,603 --> 00:09:28,483 Anak saya di dalam gambar ini, 114 00:09:29,083 --> 00:09:32,003 dan saya sedang mengandung pada waktu ini. 115 00:09:34,523 --> 00:09:39,323 Ada suatu ketika saya terdengar bunyi bising di bahagian belakang. 116 00:09:41,963 --> 00:09:45,283 Saya pergi ke hujung laluan, dan dia ada di situ. 117 00:09:47,323 --> 00:09:49,203 Dia masuk melalui pintu ini, 118 00:09:49,883 --> 00:09:52,603 dan anak saya berada di dalam bilik ini di atas katilnya, 119 00:09:52,683 --> 00:09:55,363 dan saya berlari keluar dari bilik tidur ini. 120 00:09:55,443 --> 00:09:58,523 Saya masuk ke sini dan angkat dia. 121 00:09:59,243 --> 00:10:02,243 Apabila saya tiba di pintu, dia pegang saya. 122 00:10:05,563 --> 00:10:06,523 Dia cekik saya. 123 00:10:07,283 --> 00:10:10,003 Dia cekik saya sehingga… 124 00:10:12,083 --> 00:10:15,523 Saya ingat kaki anak saya mencecah ke lantai, 125 00:10:16,123 --> 00:10:19,483 dan saya jatuh melutut, kemudian saya pengsan. 126 00:10:20,443 --> 00:10:24,763 Apabila saya sedar, dia sedang menarik rambut saya, 127 00:10:24,843 --> 00:10:26,963 mengheret saya ke dapur, 128 00:10:27,043 --> 00:10:30,043 dan dia duduk sambil mengacu pisau di leher saya. 129 00:10:35,163 --> 00:10:37,843 Kejadian itu banyak kali berlaku. 130 00:10:39,163 --> 00:10:42,763 Dia masuk, pukul saya dan keluar. 131 00:10:42,843 --> 00:10:46,003 Apabila saya hubungi polis, dia dah tiada. 132 00:10:53,403 --> 00:10:56,363 SELEPAS BEBERAPA KALI SERANGAN GANAS, 133 00:10:56,443 --> 00:10:58,803 ANGIE MENDAPATKAN PERINTAH SEKATAN 134 00:10:58,883 --> 00:11:04,243 IA MENGHALANG THOMPSON DARIPADA MEMASUKI RUMAH 135 00:11:14,483 --> 00:11:17,323 Tiada perlindungan pun dengan perintah sekatan. 136 00:11:17,403 --> 00:11:19,003 Ia hanya sekeping kertas. 137 00:11:19,563 --> 00:11:21,123 Dia sentiasa kembali. 138 00:11:21,883 --> 00:11:25,003 Dia sentiasa jumpa saya. 139 00:11:28,043 --> 00:11:30,003 Dia mungkin ada di bawah kereta, 140 00:11:30,963 --> 00:11:34,603 atau di tempat duduk belakang, dan pernah sekali di bawah meja di tempat kerja. 141 00:11:36,403 --> 00:11:38,283 Dia sentiasa tahu lokasi saya. 142 00:11:39,083 --> 00:11:42,923 Jika dia tak tahu, dia boleh cari sampai jumpa. 143 00:11:45,083 --> 00:11:49,483 Saya rasa dia menghendap saya sebab dia anggap saya miliknya. 144 00:11:49,563 --> 00:11:53,283 Saya milik dia. Dia mengawal saya sepenuhnya. 145 00:11:58,923 --> 00:12:02,923 SELEPAS TIGA TAHUN, ANGIE MELARIKAN DIRI KE PUSAT PERLINDUNGAN WANITA 146 00:12:04,163 --> 00:12:05,323 2000 MAC 147 00:12:05,403 --> 00:12:10,483 TIGA BULAN KEMUDIAN, ANGIE MENGENALI PASANGAN BARU DAN TINGGAL BERSAMANYA 148 00:12:15,563 --> 00:12:17,003 Saya mengenali Brandon, 149 00:12:18,323 --> 00:12:22,083 dan buat keputusan untuk berpindah ke rumahnya, dan bawa anak-anak bersama. 150 00:12:24,683 --> 00:12:27,483 Tapi saya tahu ia belum berakhir. 151 00:12:31,643 --> 00:12:35,003 Saya cuba segalanya untuk menyelamatkan perkahwinan ini. 152 00:12:37,003 --> 00:12:39,843 Kemudian saya dapat tahu dia bersama lelaki lain, 153 00:12:39,923 --> 00:12:42,083 dan saya marah. 154 00:12:45,443 --> 00:12:46,923 Tergamak dia buat begitu? 155 00:12:47,563 --> 00:12:49,363 Kami ada anak bersama. 156 00:12:49,443 --> 00:12:52,123 Dalam fikiran saya asyik berfikir, 157 00:12:53,603 --> 00:12:55,043 "Saya akan bunuh dia." 158 00:12:56,803 --> 00:12:58,883 "Saya pasti akan bunuh dia. " 159 00:13:09,403 --> 00:13:11,483 TIDAK LAMA SELEPAS TINGGAL BERSAMA, 160 00:13:11,563 --> 00:13:15,123 POLIS DIPANGGIL KE SATU KEJADIAN DI RUMAH ANGIE DAN BRANDON 161 00:13:18,443 --> 00:13:20,563 Suatu malam, kami berada di rumah, 162 00:13:20,643 --> 00:13:25,603 dan kami dengar ada seseorang sedang berjalan di atas tikar di dapur. 163 00:13:29,843 --> 00:13:32,883 Ada laluan yang panjang, 164 00:13:32,963 --> 00:13:36,003 dan Brandon nampak bahu Dan. 165 00:13:39,163 --> 00:13:41,403 Jadi kami tahu Dan ada di dalam rumah. 166 00:13:42,123 --> 00:13:46,883 Saya menekan telefon bimbit, dan dia mendengarnya. 167 00:13:47,723 --> 00:13:51,763 Tak berapa lama kemudian, dia keluar ikut pintu depan. 168 00:13:55,403 --> 00:13:56,683 Polis datang. 169 00:13:58,243 --> 00:13:59,803 Tapi mereka tak jumpa dia. 170 00:14:08,083 --> 00:14:10,163 Apabila polis memeriksa ruang bawah tanah, 171 00:14:10,243 --> 00:14:12,843 mereka jumpa beg dan sarung tangan. 172 00:14:16,403 --> 00:14:21,283 Saya ada satu set pisau di atas kaunter, 173 00:14:22,403 --> 00:14:25,523 dan pisau pemotong daging yang besar telah hilang. 174 00:14:27,723 --> 00:14:33,563 Itu buat saya rasa seperti dia datang bersebab pada malam itu. 175 00:14:37,563 --> 00:14:43,203 THOMPSON DITEMUI DI KAWASAN BERHAMPIRAN BERSAMA PISAU ITU 176 00:14:43,963 --> 00:14:49,123 DIA TELAH DITAHAN DAN DIDAKWA ATAS KESALAHAN PECAH RUMAH 177 00:14:57,323 --> 00:14:59,523 Saya rasa sangat marah… 178 00:15:02,403 --> 00:15:06,403 sebab apabila dia pecah masuk, mereka jumpa sarung tangan, beg, 179 00:15:06,483 --> 00:15:09,683 dan dia didakwa kerana mencuri sebab dia ambil pisau. 180 00:15:10,643 --> 00:15:12,483 Itu bukan sekadar rompakan. 181 00:15:15,203 --> 00:15:16,563 Dia boleh bunuh saya. 182 00:15:16,643 --> 00:15:21,083 Dia dah hampir lakukannya, dan jika dia teruskan sikit lagi, 183 00:15:21,163 --> 00:15:22,763 saya takkan berada di sini. 184 00:15:22,843 --> 00:15:24,403 Hukuman patut lebih berat. 185 00:15:32,283 --> 00:15:35,243 PADA NOVEMBER 2000, THOMPSON DIDAPATI BERSALAH KERANA MENCURI 186 00:15:35,323 --> 00:15:37,803 DAN DIJATUHKAN HUKUMAN PENJARA LAPAN TAHUN 187 00:15:45,163 --> 00:15:46,803 Saya marah pada dia. 188 00:15:48,123 --> 00:15:50,563 Marah yang sangat membara. 189 00:15:52,163 --> 00:15:56,123 Saya tak boleh kawal emosi saya dengan baik disebabkan PDD saya. 190 00:15:56,203 --> 00:15:58,323 Walaupun saya tahu ia salah, 191 00:15:59,003 --> 00:16:03,323 saya tak kisah sebab saya marah, 192 00:16:03,403 --> 00:16:07,363 dan saya akan bertindak untuk menghilangkan kesakitan itu. 193 00:16:07,883 --> 00:16:11,803 Sebab itulah saya pecah masuk rumah itu dan ambil pisau itu. 194 00:16:12,403 --> 00:16:14,363 Saya memang nak mencederakan dia. 195 00:16:15,963 --> 00:16:20,603 Saya rasa jika saya teruskannya, saya pasti akan melampaui batas. 196 00:16:21,763 --> 00:16:24,883 Apabila saya dihukum penjara lapan tahun, saya rasa, 197 00:16:25,923 --> 00:16:26,883 "Apalah sangat." 198 00:16:30,963 --> 00:16:34,603 THOMPSON MENJALANI HUKUMAN SELAMA TUJUH TAHUN 199 00:16:34,683 --> 00:16:37,043 SEBELUM DIBEBASKAN ATAS PAROL 200 00:16:41,643 --> 00:16:44,443 Selepas dibebaskan, saya lupakan semuanya. 201 00:16:46,283 --> 00:16:49,123 Saya lupakan Angie sepenuhnya dari memori saya. 202 00:16:57,363 --> 00:17:01,483 SEJURUS SELEPAS DIBEBASKAN, 203 00:17:01,563 --> 00:17:05,203 THOMPSON MENJALINKAN HUBUNGAN DENGAN JENNIFER 204 00:17:07,923 --> 00:17:11,763 Jennifer, saya kenal dia secara dalam talian. 205 00:17:12,843 --> 00:17:14,563 Kami agak serasi. 206 00:17:14,643 --> 00:17:19,683 Dia pernah berada dalam hubungan yang penuh penderaan… 207 00:17:19,763 --> 00:17:21,483 Ia sangat teruk. 208 00:17:21,563 --> 00:17:26,283 Kami saling memahami, dan kami jadi rapat. 209 00:17:28,203 --> 00:17:30,763 Dia bijak. Dia seorang ibu tunggal. 210 00:17:30,843 --> 00:17:33,763 Melihat seseorang dengan tanggungjawab begitu 211 00:17:33,843 --> 00:17:37,563 dan tahu keutamaannya, itu buat saya tertarik padanya. 212 00:17:40,243 --> 00:17:42,203 Kami tak terus tinggal bersama. 213 00:17:42,283 --> 00:17:45,883 Saya bantu anak-anak dia, 214 00:17:45,963 --> 00:17:47,683 menjalankan peranan saya. 215 00:17:47,763 --> 00:17:50,563 Kemudian, saya tinggal bersamanya. 216 00:17:55,163 --> 00:17:56,523 Tapi pada suatu ketika, 217 00:17:56,603 --> 00:17:59,563 dia mula mengawal hubungan ini. 218 00:18:00,923 --> 00:18:04,523 Saya tak suka orang mengawal saya. 219 00:18:04,603 --> 00:18:07,283 Saya tak suka disuruh-suruh. 220 00:18:08,723 --> 00:18:09,883 Kemudian… 221 00:18:12,123 --> 00:18:16,283 Kami mula bergaduh, dan saya berpindah keluar. 222 00:18:23,283 --> 00:18:25,003 Saya biarkan kemarahan saya… 223 00:18:26,523 --> 00:18:30,003 masalah kepercayaan, semua itu, menguasai saya. 224 00:18:32,323 --> 00:18:36,803 Hei Jennifer, saya nak hubungi awak untuk minta maaf tentang malam semalam. 225 00:18:37,403 --> 00:18:38,763 Saya tak benci awak. 226 00:18:38,843 --> 00:18:39,963 Okey? 227 00:18:40,523 --> 00:18:42,603 Saya sayang awak, selamat tinggal. 228 00:18:44,363 --> 00:18:46,003 Saya rasa, itu… 229 00:18:47,763 --> 00:18:49,523 Saya rasa sukar 230 00:18:49,603 --> 00:18:53,483 untuk tinggalkan orang yang saya suka. 231 00:18:54,643 --> 00:18:57,203 Jennifer, tolong cakap dengan saya, okey? 232 00:18:57,283 --> 00:18:59,403 Tak salah pun bercakap dengan saya. 233 00:18:59,483 --> 00:19:00,683 Tolonglah. 234 00:19:02,323 --> 00:19:04,043 Saya tak dapat menerimanya. 235 00:19:04,123 --> 00:19:05,643 Jawab telefon itu. 236 00:19:05,723 --> 00:19:08,963 Berhenti mengarut, jangan asyik jadi perempuan tak guna. 237 00:19:10,923 --> 00:19:15,563 Jika saya boleh akhiri hubungan dengan keganasan, 238 00:19:15,643 --> 00:19:19,763 mungkin saya boleh hilangkan perasaan ini. 239 00:19:21,403 --> 00:19:24,883 Saya akan datang sekarang dan saya akan duduk di rumah itu. 240 00:19:32,563 --> 00:19:34,643 FEBRUARI 2008 PADA 25 FEBRUARI 2008, 241 00:19:34,723 --> 00:19:38,603 PIHAK POLIS BANDAR BOLIVAR MENERIMA PANGGILAN KECEMASAN DARIPADA JENNIFER 242 00:19:46,163 --> 00:19:48,243 Pada pukul 1:30 pagi, 25 Februari, 243 00:19:48,323 --> 00:19:51,523 kami dapat panggilan tentang satu kes pecah rumah yang sedang berlaku. 244 00:19:53,363 --> 00:19:57,603 Ini bukan panggilan pertama yang kami terima dari kediaman ini. 245 00:20:02,003 --> 00:20:03,843 Nama saya Scott Hendrickson. 246 00:20:04,763 --> 00:20:08,403 Pada 2008, saya adalah pegawai peronda di bandar Bolivar, Missouri. 247 00:20:08,483 --> 00:20:10,003 POLIS BANDAR BOLIVAR, MISSOURI 248 00:20:12,203 --> 00:20:16,763 Mangsa memaklumkan bahawa suspek yang memecah masuk rumahnya, 249 00:20:17,363 --> 00:20:19,803 ialah bekas kekasihnya. 250 00:20:20,683 --> 00:20:22,803 Namanya ialah Daniel Thompson. 251 00:20:25,083 --> 00:20:27,683 Apa yang membimbangkan saya ialah corak kelakuannya 252 00:20:27,763 --> 00:20:30,483 di mana dia asyik kembali 253 00:20:31,243 --> 00:20:35,603 beberapa kali pada hari yang sama, berhari-hari. 254 00:20:36,963 --> 00:20:39,723 Saya tak pernah lihat tahap kegigihan begitu. 255 00:20:49,323 --> 00:20:53,963 Depan sana di sebelah kanan, adalah rumah yang dipecah masuk Daniel Thompson. 256 00:21:13,963 --> 00:21:17,923 Apabila kami sampai di tempat kejadian, dia dalam keadaan terkejut. 257 00:21:18,403 --> 00:21:19,723 Dia tak dapat nak bercakap. 258 00:21:23,163 --> 00:21:27,123 Daniel berada di atas dia semasa dia kejut Jennifer bangun daripada tidur. 259 00:21:27,203 --> 00:21:31,323 Dia mengacu pisau di leher Jennifer, dan tutup mulutnya dengan tangan. 260 00:21:31,923 --> 00:21:34,123 Pergelutan terus berlaku. 261 00:21:35,963 --> 00:21:39,323 Semasa pergelutan itu, suspek terjatuhkan pisau 262 00:21:39,403 --> 00:21:42,443 dan mencekik Jennifer dengan kedua-dua tangannya. 263 00:21:44,763 --> 00:21:48,563 Jennifer ambil pisau yang dijatuhkan itu dan menikam Daniel. 264 00:21:50,123 --> 00:21:53,083 Selepas ditikam, Daniel terus melarikan diri. 265 00:21:55,443 --> 00:21:58,123 Saya dapat mengesan dia tak lama selepas itu, 266 00:21:58,203 --> 00:22:02,043 sedang mengerang kesakitan dan terbaring di atas jalan 267 00:22:02,123 --> 00:22:03,923 di belakang tangki propana yang besar. 268 00:22:04,003 --> 00:22:06,323 Kami menghubungi ambulans, 269 00:22:06,403 --> 00:22:10,963 dan dia dimasukkan ke dalam ambulans dan dibawa ke hospital tempatan. 270 00:22:15,643 --> 00:22:18,963 PADA MALAM YANG SAMA, THOMPSON TELAH DITAHAN 271 00:22:19,043 --> 00:22:24,243 DAN DIDAKWA ATAS KESALAHAN MENGHENDAP DAN MENYERANG 272 00:22:34,123 --> 00:22:36,083 Dia tertangkap sebab dia ditikam. 273 00:22:37,203 --> 00:22:39,883 Saya percaya itu sebab dia tak bunuh Jennifer. 274 00:22:42,163 --> 00:22:44,603 Apabila seseorang itu terlalu bersungguh, 275 00:22:45,123 --> 00:22:49,203 dia akan tunjuk yang dia takkan berhenti walau apa pun. 276 00:22:54,723 --> 00:22:57,083 PADA 16 NOVEMBER 2009, 277 00:22:57,163 --> 00:23:00,483 THOMPSON MENGAKU BERSALAH KERANA MENGHENDAP DAN MENYERANG 278 00:23:00,563 --> 00:23:04,043 DIA DIBERIKAN TEMPOH PERCUBAAN DAN DILEPASKAN 279 00:23:07,723 --> 00:23:11,123 BANDAR JEFFERSON, MISSOURI 280 00:23:12,363 --> 00:23:16,243 Saya tak rasa tempoh percubaan wajar untuk kes ini. 281 00:23:18,963 --> 00:23:22,083 Thompson masuk ke rumah Jennifer, 282 00:23:22,163 --> 00:23:25,043 mencekik dan mengacu pisau di lehernya. 283 00:23:27,083 --> 00:23:31,323 Dia patut bertanggungjawab dan mendapat hukuman lebih berat 284 00:23:31,403 --> 00:23:33,523 berbanding hukuman tanpa penjara. 285 00:23:34,683 --> 00:23:37,363 MISSOURI MENENTANG KEGANASAN RUMAH TANGGA DAN SEKSUAL 286 00:23:38,523 --> 00:23:40,003 Nama saya Matthew Huffman. 287 00:23:41,443 --> 00:23:43,963 Saya adalah ketua pegawai perhubungan awam 288 00:23:44,043 --> 00:23:48,123 di Pakatan Missouri Menentang Keganasan Rumah Tangga dan Seksual. 289 00:23:51,923 --> 00:23:56,083 MATTHEW HUFFMAN TELAH MENELITI NOTA KES THOMPSON 290 00:23:56,163 --> 00:23:59,243 BERKENAAN ANGIE DAN JENNIFER 291 00:24:08,243 --> 00:24:13,323 Semasa melihat sejarah kelakuan penderaan dan penghendapan Thompson 292 00:24:13,403 --> 00:24:15,363 terhadap Jennifer dan Angie, 293 00:24:16,563 --> 00:24:20,603 perkara yang menarik perhatian saya ialah kelakuan yang sama 294 00:24:20,683 --> 00:24:24,803 yang berlaku kepada setiap individu ini, menunjukkan satu corak. 295 00:24:26,283 --> 00:24:29,043 Ia bermula dengan gangguan panggilan telefon, 296 00:24:29,123 --> 00:24:33,283 menjejak lokasi wanita yang menjalinkan hubungan dengannya, 297 00:24:33,363 --> 00:24:36,043 muncul di rumah mereka dengan kerap secara tiba-tiba. 298 00:24:36,923 --> 00:24:39,523 Mencekik mereka. 299 00:24:40,443 --> 00:24:42,563 Mengacu pisau di leher. 300 00:24:43,923 --> 00:24:50,283 Pisau digunakan berulang kali dalam tindakan keganasannya, 301 00:24:50,363 --> 00:24:53,763 dan biasanya corak penderaan begini, 302 00:24:53,843 --> 00:24:55,483 akan bertambah teruk. 303 00:24:55,563 --> 00:24:58,883 Sebab itulah saya tak rasa percubaan 304 00:24:58,963 --> 00:25:01,523 sesuatu yang wajar. 305 00:25:02,123 --> 00:25:05,123 Percubaan, melainkan ia sangat tegas, 306 00:25:05,203 --> 00:25:08,603 dengan pemantauan yang kerap terhadap individu tersebut, 307 00:25:08,683 --> 00:25:13,003 membantu mereka secara berterusan untuk mengenal pasti dan membetulkan 308 00:25:13,083 --> 00:25:15,803 corak kelakuan penderaan mereka, 309 00:25:16,723 --> 00:25:20,483 ia takkan dapat menyelesaikan atau membaiki masalah itu. 310 00:25:26,483 --> 00:25:30,843 Thompson ada masalah kesihatan mental yang perlu diberi perhatian. 311 00:25:30,923 --> 00:25:33,323 Semua orang patut dibantu untuk itu, 312 00:25:33,403 --> 00:25:39,843 tapi penyakit mental bukanlah alasan untuk melakukan keganasan dan penderaan. 313 00:25:45,283 --> 00:25:48,523 Kita sentiasa bercakap tentang perubahan dan pemulihan. 314 00:25:49,883 --> 00:25:53,763 Saya tak cakap ia tak berkesan, tapi untuk menjayakannya, 315 00:25:53,843 --> 00:25:57,243 individu yang mendera itu perlu ada rasa ingin berubah. 316 00:25:57,323 --> 00:26:01,163 Mereka perlu menyedari tindakan mereka, dan ingin berubah. 317 00:26:02,403 --> 00:26:06,483 Dia tak menunjukkan yang dia faham tindakannya itu satu penderaan. 318 00:26:10,763 --> 00:26:13,603 Apabila Thompson diberi percubaan, 319 00:26:13,683 --> 00:26:17,323 saya bimbangkan keadaan mangsa-mangsanya. 320 00:26:19,003 --> 00:26:23,483 Tapi lebih daripada itu, saya juga bimbangkan orang lain yang berpotensi 321 00:26:23,563 --> 00:26:25,803 untuk menjalinkan hubungan dengan dia. 322 00:26:26,363 --> 00:26:29,203 Saya pasti dia akan mengulangi tindakannya 323 00:26:29,283 --> 00:26:31,163 dan keganasannya akan bertambah teruk. 324 00:26:44,163 --> 00:26:45,883 Sebut nama pertama awak. 325 00:26:45,963 --> 00:26:47,763 ARKIB SOAL SIASAT POLIS 326 00:26:47,843 --> 00:26:49,443 Dah berapa lama awak kenal Daniel? 327 00:26:49,523 --> 00:26:51,483 BILIK SOAL SIASAT SEDANG DIGUNAKAN 328 00:26:51,563 --> 00:26:53,243 Tiga bulan rasanya. 329 00:26:55,123 --> 00:26:56,603 Bagaimana awak kenal dia? 330 00:26:59,763 --> 00:27:00,803 Melalui Internet. 331 00:27:05,803 --> 00:27:07,163 OGOS 2010 332 00:27:07,243 --> 00:27:10,923 DUA TAHUN SETENGAH SELEPAS KEJADIAN DENGAN JENNIFER, 333 00:27:11,003 --> 00:27:15,483 DETEKTIF DI DAERAH ST. CLAIR DIPANGGIL UNTUK KE TEMPAT KEJADIAN PECAH MASUK 334 00:27:22,963 --> 00:27:24,443 Nama saya Mike Crocker. 335 00:27:27,803 --> 00:27:33,283 Pada 2010, saya adalah detektif di Pejabat Syerif Daerah St. Clair. 336 00:27:57,603 --> 00:27:59,323 Pertama kali saya kembali di sini, 337 00:28:00,083 --> 00:28:02,523 ia sememangnya buat saya teringat kembali. 338 00:28:08,763 --> 00:28:13,123 Apabila saya tiba di tempat kejadian, wanita itu dalam keadaan histeria, 339 00:28:13,203 --> 00:28:15,523 menjerit, tidak terkawal. 340 00:28:18,523 --> 00:28:20,203 Ada kesan darah di merata tempat. 341 00:28:25,683 --> 00:28:29,883 Ada seorang lelaki terbaring di atas katil dengan kesan tikaman di dada. 342 00:28:33,323 --> 00:28:35,803 Wanita itu beritahu ada seseorang masuk ke dalam rumah 343 00:28:35,883 --> 00:28:39,803 dan membunuh lelaki yang bersama dengannya pada malam itu. 344 00:28:42,323 --> 00:28:46,643 WANITA TERSEBUT, YANG MAHU IDENTITINYA DIRAHSIAKAN, 345 00:28:46,723 --> 00:28:50,723 DIBAWA KE PEJABAT SYERIF DAERAH ST. CLAIR UNTUK SOAL SIASAT 346 00:28:56,443 --> 00:28:59,483 DAERAH ST. CLAIR 347 00:29:03,283 --> 00:29:05,003 Adakah itu teman lelaki awak? 348 00:29:05,083 --> 00:29:07,363 Lelaki yang mati di sisi saya? 349 00:29:08,323 --> 00:29:09,763 Saya baru kenal dia. 350 00:29:09,843 --> 00:29:10,683 Okey. 351 00:29:10,763 --> 00:29:12,563 Apa nama pertama dia? 352 00:29:12,643 --> 00:29:13,643 James. 353 00:29:16,403 --> 00:29:17,843 Awak tahu nama keluarga dia? 354 00:29:17,923 --> 00:29:21,243 Vail. V-a-i-l. 355 00:29:24,803 --> 00:29:26,923 Semasa soal siasat, dia terangkan kepada kami 356 00:29:27,003 --> 00:29:29,283 bahawa bekas teman lelakinya, Daniel Thompson 357 00:29:29,363 --> 00:29:32,363 yang pecah masuk ke rumah dan membunuh James Vail. 358 00:29:35,163 --> 00:29:36,643 Apabila awak masuk tidur, 359 00:29:37,243 --> 00:29:38,843 adakah pintu rumah dikunci? 360 00:29:39,603 --> 00:29:41,843 Ya. Saya kunci pintu itu. 361 00:29:41,923 --> 00:29:44,003 James juga memeriksa beberapa kali. 362 00:29:45,443 --> 00:29:47,683 Berapa lama awak dah masuk tidur 363 00:29:48,923 --> 00:29:50,083 apabila ia berlaku? 364 00:29:50,643 --> 00:29:52,563 Tak berapa lama. 365 00:29:53,603 --> 00:29:54,883 Saya tak pasti. 366 00:29:54,963 --> 00:29:57,043 Awak ada dengar apa-apa? 367 00:29:57,123 --> 00:30:00,403 Saya tak dengar apa-apa. 368 00:30:00,483 --> 00:30:01,563 Okey. 369 00:30:01,643 --> 00:30:03,883 Dia mesti tunggu di luar. 370 00:30:03,963 --> 00:30:06,003 Dia mesti memerhatikan kami. 371 00:30:09,083 --> 00:30:11,843 Dia mungkin tikam James menggunakan pisau saya. 372 00:30:13,163 --> 00:30:14,363 Dia memang gila. 373 00:30:23,763 --> 00:30:27,243 Dia pernah menjalinkan hubungan dengan Daniel Thompson, 374 00:30:27,323 --> 00:30:29,403 tapi ia menjadi teruk dengan cepat. 375 00:30:30,163 --> 00:30:31,843 Dia panas baran, 376 00:30:31,923 --> 00:30:35,003 dan dia sangat marah apabila wanita ini putuskan hubungan. 377 00:30:39,043 --> 00:30:41,323 Dia menghendap dan mengugut wanita ini 378 00:30:41,403 --> 00:30:42,883 sejak mereka putus. 379 00:30:44,643 --> 00:30:49,083 Dia sentiasa nak tahu lokasi wanita ini, dengan siapa wanita ini bersama. 380 00:30:49,163 --> 00:30:50,723 Wanita ini takut pada dia. 381 00:30:52,443 --> 00:30:56,643 Pihak polis tempatan pernah beberapa kali dipanggil ke rumah wanita ini. 382 00:30:56,723 --> 00:31:00,923 Kami bercakap dengannya tentang pisau yang dibawa ke rumah wanita ini 383 00:31:01,003 --> 00:31:03,443 pada siang hari, sebelum pembunuhan itu. 384 00:31:04,363 --> 00:31:05,963 Apabila dia pergi ke rumah, 385 00:31:06,043 --> 00:31:08,123 dia ada kata apa-apa kepada James? 386 00:31:08,643 --> 00:31:11,203 Seperti “Siaplah awak.” “Saya akan cederakan awak." 387 00:31:11,283 --> 00:31:12,843 “Awak ganggu wanita saya?” 388 00:31:13,923 --> 00:31:16,003 Tidak. Dia hanya lihat James 389 00:31:16,083 --> 00:31:19,563 dan gelap pandangan matanya. 390 00:31:19,643 --> 00:31:22,003 Saya tak pasti itu sebab dia marah 391 00:31:22,523 --> 00:31:25,483 atau apa, tapi, oh Tuhan. 392 00:31:26,323 --> 00:31:27,843 Dia sangat marah. 393 00:31:28,803 --> 00:31:30,803 Saya fikir,  Dia memang nak mengamuk." 394 00:31:35,003 --> 00:31:40,363 THOMPSON TELAH DITANGKAP DAN DIDAKWA ATAS PEMBUNUHAN JAMES VAIL 395 00:31:52,243 --> 00:31:58,003 Saya menjalinkan hubungan dengan dia, tapi dia menipu saya. 396 00:31:59,643 --> 00:32:02,563 Saya tak suka ditipu. 397 00:32:05,803 --> 00:32:07,523 Dia adalah sasaran saya. 398 00:32:08,443 --> 00:32:11,483 Saya tak tahu pun lelaki ini akan berada di situ. 399 00:32:11,563 --> 00:32:13,963 Saya tak kenal pun siapa dia. 400 00:32:14,043 --> 00:32:16,083 Saya tak tahu pun mereka bersama. 401 00:32:16,163 --> 00:32:17,963 Saya tak tahu pun nama dia. 402 00:32:24,483 --> 00:32:27,443 Tapi apabila saya masuk ke dalam, dia ada di situ. 403 00:32:29,083 --> 00:32:31,283 Awak fikirkan semuanya, emosi awak, 404 00:32:31,363 --> 00:32:34,923 semuanya bercelaru dan tiba-tiba… 405 00:32:35,923 --> 00:32:39,883 Perasaan mendesak mula datang, dan awak merasakannya dan ia seperti, 406 00:32:40,803 --> 00:32:42,963 "Buat sajalah.” Itu yang berlaku. 407 00:32:49,083 --> 00:32:51,723 Memandangkan ia sangat gelap, 408 00:32:51,803 --> 00:32:55,083 saya tersalah agak jarak saya 409 00:32:55,683 --> 00:32:57,803 dan dia yang terkena. 410 00:33:18,443 --> 00:33:20,083 Mak bawakan kamu rama-rama. 411 00:33:23,243 --> 00:33:25,643 Pembunuhan James boleh dielakkan. 412 00:33:28,563 --> 00:33:32,363 Thompson dilepaskan banyak kali sepanjang perbuatannya 413 00:33:32,443 --> 00:33:35,203 mendera dan menghendap wanita-wanita lain. 414 00:33:35,923 --> 00:33:41,923 Semua perbuatan menghendapnya selama ini telah mengakibatkan ini. 415 00:33:45,523 --> 00:33:49,923 Nama saya Bonnie Vail, dan saya ibu kepada James Raymond Vail. 416 00:33:50,003 --> 00:33:52,363 Dia telah dibunuh oleh Daniel Thompson. 417 00:33:54,403 --> 00:33:55,643 Mak sayang kamu. 418 00:34:00,163 --> 00:34:03,003 James mempunyai personaliti yang menakjubkan. 419 00:34:03,723 --> 00:34:06,683 Dia sangat periang, seorang yang bersemangat. 420 00:34:10,443 --> 00:34:13,603 Dia ada hubungi hari itu, dan saya tanya keadaannya, dan dia kata, 421 00:34:13,683 --> 00:34:15,403 "Saya sangat seronok." 422 00:34:15,483 --> 00:34:18,803 "Saya jumpa orang yang sangat baik dan kami berseronok." 423 00:34:18,883 --> 00:34:20,843 Dia sangat gembira. 424 00:34:22,323 --> 00:34:24,843 Itu adalah kata-kata terakhir dia. 425 00:34:37,763 --> 00:34:40,083 Kematian James buat saya sangat marah. 426 00:34:41,643 --> 00:34:44,083 Saya nak tahu tentang Thompson ini, 427 00:34:44,163 --> 00:34:48,803 sebab saya nak lihat jika dia mempunyai sejarah mendera dan menghendap. 428 00:34:53,563 --> 00:34:57,083 Saya mula mencari di Internet, 429 00:34:57,163 --> 00:35:01,283 rekod awam, keratan akhbar, 430 00:35:01,843 --> 00:35:04,923 Saya jumpa beberapa kes mengenai dia. 431 00:35:05,883 --> 00:35:10,043 Setiap kes ada melibatkan pisau dan dia menghendap atau pecah masuk, 432 00:35:10,123 --> 00:35:13,003 kemudian saya sedar ini adalah satu corak. 433 00:35:13,083 --> 00:35:16,603 Dia pernah ditangkap banyak kali, 434 00:35:16,683 --> 00:35:18,963 tapi mereka tak mahu buat apa-apa dengan dia. 435 00:35:20,763 --> 00:35:25,323 Saya nak semua orang tahu ini bukan berlaku sekali saja, 436 00:35:25,403 --> 00:35:28,883 dan saya takkan berputus asa sehingga suara saya didengari. 437 00:35:30,403 --> 00:35:34,763 Saya masih belum boleh bersedih selagi lelaki ini tak dipenjarakan. 438 00:35:36,723 --> 00:35:38,483 Dia harus dipenjarakan. 439 00:35:56,003 --> 00:35:57,003 OKTOBER 2011 440 00:35:57,083 --> 00:35:58,363 PADA OKTOBER 2011, 441 00:35:58,443 --> 00:36:01,283 DANIEL THOMPSON DIBICARAKAN ATAS PEMBUNUHAN JAMES VAIL 442 00:36:01,363 --> 00:36:04,763 DIA DIDAPATI BERSALAH ATAS PEMBUNUHAN TAHAP KEDUA 443 00:36:04,843 --> 00:36:10,123 DAN MENUNGGU HUKUMAN SELAMA LAPAN MINGGU 444 00:36:24,163 --> 00:36:29,283 Saya melihat kes itu dan jadi sangat marah. 445 00:36:34,003 --> 00:36:35,843 Ia tak patut sampai ke tahap itu. 446 00:36:36,963 --> 00:36:40,443 Pada malam Daniel pecah masuk rumah saya, dia pegang pisau. 447 00:36:41,003 --> 00:36:44,323 Brandon mungkin menerima nasib seperti James malam itu. 448 00:36:46,243 --> 00:36:49,683 Saya rasa apabila seseorang buat sesuatu seperti ini 449 00:36:49,763 --> 00:36:51,963 sejarah hidup mereka harus diteliti, 450 00:36:52,043 --> 00:36:54,163 kerana ia menunjukkan satu corak 451 00:36:54,883 --> 00:36:57,563 dan saya tahu saya perlu bantu. 452 00:36:59,003 --> 00:37:01,563 Saya ingat lagi saya hubungi pendakwa, 453 00:37:02,283 --> 00:37:07,323 perkenalkan diri saya, dan cerita apa yang telah saya lalui. 454 00:37:08,123 --> 00:37:13,123 Dia mahu kami datang dan beri keterangan pada hari penetapan hukuman Thompson. 455 00:37:19,643 --> 00:37:22,523 DISEMBER 2011 PADA 15 DISEMBER 2011, 456 00:37:22,603 --> 00:37:26,923 ANGIE MEMBERI KETERANGAN PADA HARI PENETAPAN HUKUMAN THOMPSON 457 00:37:29,843 --> 00:37:33,203 Saya berjalan menuju ke kandang saksi, 458 00:37:33,283 --> 00:37:36,883 dan saya nampak mata kecilnya menjeling ke arah saya. 459 00:37:36,963 --> 00:37:39,683 Seperti dia sangat marah. 460 00:37:39,763 --> 00:37:41,283 Tapi saya tak gentar. 461 00:37:41,883 --> 00:37:46,083 Saya tahu pada waktu itu jika saya bersuara dia pasti akan dipenjarakan. 462 00:37:51,763 --> 00:37:56,683 BERDASARKAN KETERANGAN ANGIE, THOMPSON DIJATUHKAN HUKUMAN PENJARA SEUMUR HIDUP 463 00:38:04,363 --> 00:38:08,323 DIA MENDAPAT HUKUMAN MAKSIMUM SELAMA TIGA PULUH TAHUN 464 00:38:08,403 --> 00:38:12,443 IA BERMAKSUD DIA AKAN LAYAK UNTUK MENDAPAT PERCUBAAN PADA 2034, 465 00:38:12,523 --> 00:38:15,643 SELEPAS MENJALANI HUKUMAN SELAMA DUA PULUH TIGA TAHUN 466 00:38:18,563 --> 00:38:21,443 Saya tak rasa hukuman itu setimpal dengan perbuatannya. 467 00:38:22,083 --> 00:38:28,723 Saya tak faham bagaimana seseorang boleh buat jenayah yang sebegitu… 468 00:38:30,763 --> 00:38:33,803 dipenjarakan seumur hidup dan layak untuk memohon parol. 469 00:38:35,963 --> 00:38:37,203 Itu tak betul. 470 00:38:37,283 --> 00:38:40,483 Saya faham, dia "layak". Dia mungkin tak dapat keluar. 471 00:38:40,963 --> 00:38:43,803 Tapi ia juga bermaksud, dia mungkin dapat keluar, 472 00:38:44,923 --> 00:38:49,163 Saya bimbangkan mangsa yang telah bersuara, 473 00:38:49,243 --> 00:38:52,403 sebab jika dia keluar, dia sudah berusia. 474 00:38:52,483 --> 00:38:56,483 Tiada rumah, tiada kerja, tiada kereta, tiada kehidupan. 475 00:38:56,563 --> 00:38:58,083 Itu akan buat dia marah. 476 00:38:59,283 --> 00:39:03,123 Jadi saya risau jika dia keluar, ia pasti akan menakutkan. 477 00:39:07,363 --> 00:39:10,363 BEKAS MANGSA THOMPSON BOLEH MEMBERI MAKLUMAT 478 00:39:10,443 --> 00:39:14,443 UNTUK DIPERTIMBANGKAN PADA PERBICARAAN PAROL NANTI 479 00:39:29,163 --> 00:39:31,403 Itu pada tahun 2010. 480 00:39:32,563 --> 00:39:37,403 Awal tahun itu, dia ada serang seorang mangsa pada bulan Mac. 481 00:39:37,483 --> 00:39:41,323 Disebabkan wanita itu menolak, Thompson membakar pangsapurinya. 482 00:39:43,003 --> 00:39:45,483 Saya dan Bonnie sangat rapat. 483 00:39:46,083 --> 00:39:51,683 Tragedi merapatkan kami, dan kisahnya bermula selepas kisah saya berakhir. 484 00:39:52,963 --> 00:39:57,003 Saya berterusan mencari sesuatu yang saya boleh guna 485 00:39:57,083 --> 00:40:02,923 ketika parol nanti untuk menunjukkan yang dia berbahaya kepada masyarakat 486 00:40:03,003 --> 00:40:04,883 dan dia tak boleh dibebaskan. 487 00:40:04,963 --> 00:40:08,003 Dia perlu meringkuk dalam penjara kerana hukumannya seumur hidup. 488 00:40:08,803 --> 00:40:13,003 Tapi di Amerika Syarikat, Missouri, ia bukanlah seumur hidup. 489 00:40:13,083 --> 00:40:15,043 Mungkin 25 tahun. 490 00:40:18,843 --> 00:40:21,563 Dia tak boleh dibebaskan awal. 491 00:40:23,083 --> 00:40:24,763 Pasti akan ada mangsa baru. 492 00:40:24,843 --> 00:40:27,283 Pasti ada orang lain, sebab dia takkan berhenti. 493 00:40:27,363 --> 00:40:29,163 Dia tak dihalang. 494 00:40:36,883 --> 00:40:40,843 PENJARA ALGOA PENJARA BANDAR JEFFERSON 495 00:40:42,123 --> 00:40:46,123 Angie adalah musuh saya sehingga saya mati. 496 00:40:48,323 --> 00:40:51,763 Saya ingat saya dah lupakan dia. Saya sangka begitu. 497 00:40:51,843 --> 00:40:53,963 Kemudian dia muncul semula. 498 00:40:54,763 --> 00:40:57,763 Saya tak rasa dia akan berhenti ganggu saya. 499 00:40:57,843 --> 00:41:00,403 Saya rasa mungkin dia takut. 500 00:41:01,083 --> 00:41:02,763 Dia takkan lupakan malam itu 501 00:41:02,843 --> 00:41:05,643 dan saya rasa dia hidup dalam ketakutan. 502 00:41:07,203 --> 00:41:10,283 KAPASITI UNTUK BILIK MELAWAT-A PENGURUS KESELAMATAN 503 00:41:10,363 --> 00:41:11,723 Saya tak benci dia. 504 00:41:13,123 --> 00:41:13,963 Saya tak… 505 00:41:15,163 --> 00:41:19,363 Saya tak berdendam padanya kerana dia… 506 00:41:25,923 --> 00:41:27,643 Dia wanita yang saya cintai. 507 00:41:33,163 --> 00:41:34,203 Saya sakiti dia. 508 00:41:35,923 --> 00:41:39,763 Saya masih tak lupa sehingga hari ini, dan saya masih fikirkan tentang dia. 509 00:41:39,843 --> 00:41:40,683 Maksud saya… 510 00:41:41,643 --> 00:41:46,003 Orang selalu cakap, kita pasti ingin kembali pada perkahwinan pertama. 511 00:41:47,403 --> 00:41:49,763 Saya harap saya boleh dapat itu semula. 512 00:41:49,843 --> 00:41:52,363 Saya tahu ia takkan berlaku. 513 00:41:57,523 --> 00:42:02,043 SEMUA KOMUNIKASI DI KAWASAN INI ADALAH DI BAWAH PENGAWASAN AUDIO/VIDEO 514 00:42:02,603 --> 00:42:05,443 Awak tak tahu perasaan mengambil nyawa seseorang. 515 00:42:06,483 --> 00:42:09,283 Ia tak seperti yang dipaparkan dalam TV. 516 00:42:10,443 --> 00:42:13,843 Ia akan menghantui awak. Awak takkan dapat lupakannya. 517 00:42:15,683 --> 00:42:18,163 Saya tak bangga dengan tindakan saya. 518 00:42:21,243 --> 00:42:22,963 Saya benci apa saya dah buat. 519 00:42:30,763 --> 00:42:33,243 Saya bertanggungjawab atas pilihan saya. 520 00:42:33,323 --> 00:42:37,243 Saya takkan salahkan orang lain atas pilihan yang saya buat. 521 00:42:38,603 --> 00:42:43,443 Tapi saya nak orang percaya bahawa seseorang itu boleh berubah. 522 00:42:44,523 --> 00:42:47,083 Saya tak mahu orang membenci saya. Saya tak… 523 00:42:48,203 --> 00:42:52,483 Saya pun manusia. Bukan binatang. 524 00:43:11,083 --> 00:43:15,923 Jika Dan kata dia dah berubah kerana dia menghadiri beberapa kelas, 525 00:43:16,003 --> 00:43:20,003 atau mengenal agama, atau berubah dengan sendirinya, 526 00:43:20,083 --> 00:43:22,323 janganlah percaya semua itu. 527 00:43:22,923 --> 00:43:27,963 Jika dia mahu berubah, dia dah lakukannya sejak dahulu lagi. 528 00:43:29,643 --> 00:43:34,203 Saya rasa dia cakap begitu untuk cuba memanipulasi sistem. 529 00:43:34,283 --> 00:43:39,603 Saya rasa dia akan mengubah kata-kata dan mengubah beberapa perkara 530 00:43:40,443 --> 00:43:46,323 untuk buat sistem melihat dia sebagaimana dia mahu dilihat. 531 00:43:48,363 --> 00:43:50,363 Tapi dia sebenarnya tak berubah. 532 00:43:52,483 --> 00:43:55,963 Saya yakin sekiranya dia dibebaskan, dia akan mengulangi perbuatannya. 533 00:43:56,043 --> 00:43:59,883 Ada corak, dan corak itu tak berubah. 534 00:44:00,563 --> 00:44:03,363 Penting untuk semua orang nampak itu.