1 00:00:12,180 --> 00:00:16,309 FEBRUARI 2020 2 00:00:16,392 --> 00:00:17,935 Jika ibu awak ada di sini, 3 00:00:20,021 --> 00:00:22,982 awak nak beri mesej apa kepada dia? 4 00:00:23,066 --> 00:00:25,443 - Seperti, "Jika mak dengar," atau… - Ya. 5 00:00:28,446 --> 00:00:30,239 Bayangkan kamera itu ibu awak. 6 00:00:34,452 --> 00:00:36,245 Jika mak menonton ini, 7 00:00:38,915 --> 00:00:41,584 mak patut tahu, walau apa pun yang berlaku, 8 00:00:42,877 --> 00:00:45,338 kami akan sentiasa menyokong mak. 9 00:00:46,798 --> 00:00:49,133 Apa yang awak nak ibu awak buat? 10 00:00:53,721 --> 00:00:55,056 Entahlah. Ia… 11 00:00:56,265 --> 00:00:57,809 Rasa sangat sukar selepas… 12 00:00:58,601 --> 00:01:00,186 Tujuh tahun? 13 00:01:00,269 --> 00:01:01,270 Entahlah. 14 00:01:01,354 --> 00:01:03,523 Awak rasa mak akan kenal kita? 15 00:01:04,148 --> 00:01:05,233 Kita akan cam dia? 16 00:01:09,529 --> 00:01:11,739 Jika mak dengar sekarang, 17 00:01:11,823 --> 00:01:14,325 tak kisahlah apa yang kami dah lalui. 18 00:01:14,826 --> 00:01:17,954 Kami masih sayangkan mak dan kami nak mak kembali. 19 00:01:23,501 --> 00:01:27,088 Apa yang sukarnya ialah, ia sedang berlaku, 20 00:01:27,797 --> 00:01:29,799 dan ia pernah berlaku sebelum ini. 21 00:01:30,800 --> 00:01:34,929 Mungkin dia pernah lakukan sesuatu kepada orang lain di luar sana. 22 00:01:35,012 --> 00:01:37,557 SEBUAH SIRI DOKUMENTARI NETFLIX 23 00:01:37,640 --> 00:01:39,475 Ejen rahsia MI5… 24 00:01:40,935 --> 00:01:43,437 digambarkan sebagai bahaya yang berterusan. 25 00:01:45,064 --> 00:01:47,233 Dia kawal seluruh hidup saya. 26 00:01:48,276 --> 00:01:50,736 Dia nak wanita itu miliknya seorang saja. 27 00:01:50,820 --> 00:01:53,322 Dia tak boleh telefon polis. 28 00:01:53,406 --> 00:01:56,284 Tapi itulah tanggungjawab kedutaan Amerika. 29 00:01:56,367 --> 00:01:58,494 Mereka akan keluarkan awak daripada negara ini. 30 00:01:59,078 --> 00:02:01,581 Siapa lelaki ini? Apa yang dia nak? 31 00:02:02,248 --> 00:02:03,416 Dia nakkan wang. 32 00:02:04,041 --> 00:02:06,127 - Dia nakkan seks. - Dia psikopat. 33 00:02:07,795 --> 00:02:11,090 Dia hidup menyendiri. Tak bergaul dengan sesiapa. 34 00:02:11,174 --> 00:02:12,550 Seperti mengejar hantu. 35 00:02:12,633 --> 00:02:14,927 Dia mengawalnya di sebalik tabir. 36 00:02:15,011 --> 00:02:16,804 …digelar "Pengawal Boneka." 37 00:02:31,569 --> 00:02:33,738 Ini gambar ibu yang saya suka. 38 00:02:34,322 --> 00:02:36,449 Ramai yang melihatnya berkata, 39 00:02:36,532 --> 00:02:38,451 "Perangnya rambut awak ketika muda," 40 00:02:38,534 --> 00:02:40,328 dan saya kata, "Itu ibu saya." 41 00:02:44,332 --> 00:02:48,461 Semasa membesar, kawan selalu kata, "Kalaulah ibu saya macam ibu awak." 42 00:02:48,544 --> 00:02:51,797 "Saya harap ibu saya menyanyi dalam kereta dengan kami." 43 00:02:51,881 --> 00:02:53,507 Ketika membeli-belah pun, 44 00:02:53,591 --> 00:02:56,427 dia akan menyanyikan lagu yang kami nyanyikan. 45 00:02:56,510 --> 00:02:58,304 Semua orang rasa dia hebat. 46 00:03:01,098 --> 00:03:03,184 Ibu sangat baik hati dan prihatin. 47 00:03:03,768 --> 00:03:06,312 Semua yang dia buat adalah demi kami. 48 00:03:06,395 --> 00:03:09,106 Bersama ibu, saya manja dengan dia. 49 00:03:10,024 --> 00:03:12,526 Saya suka sangat. Ayah nampak muda. 50 00:03:16,364 --> 00:03:18,991 Sandra ialah cinta pertama saya. 51 00:03:21,327 --> 00:03:23,996 Saya mengenali Sandra ketika berusia 14 tahun. 52 00:03:24,538 --> 00:03:28,251 Kami berkahwin pada usia 20 tahun, kemudian Sophie dilahirkan. 53 00:03:28,834 --> 00:03:34,465 Selamat hari jadi 54 00:03:34,548 --> 00:03:38,719 Malangnya, masa berlalu, hubungan kami renggang, dan bercerai, 55 00:03:39,595 --> 00:03:41,931 tapi kekal sebagai kawan rapat. 56 00:03:42,014 --> 00:03:44,225 Kami sama-sama membesarkan anak-anak. 57 00:03:46,560 --> 00:03:49,772 Ibu sangat muda semasa kenal ayah, dan ia tak bertahan lama. 58 00:03:49,855 --> 00:03:52,024 Tak bermakna dengan orang lain pun begitu. 59 00:03:52,108 --> 00:03:53,526 UMUR: 35-40 WANITA 60 00:03:53,609 --> 00:03:55,987 Ibu saya mula bercinta dalam talian. 61 00:03:56,070 --> 00:03:56,904 KOLEKSI GAMBAR 62 00:03:59,865 --> 00:04:00,866 SUNTING 63 00:04:00,950 --> 00:04:05,997 Saya ingat lagi ibu tunjuk profil dan gambarnya. 64 00:04:06,080 --> 00:04:10,793 Awak terfikir, "Ini seperti iklan." 65 00:04:10,876 --> 00:04:13,713 "Kami ada kerja baru jika awak nak." 66 00:04:14,839 --> 00:04:17,883 "Seseorang untuk menyayangi ibu dan juga kami." 67 00:04:21,762 --> 00:04:25,641 Ibu kadangkala ada beberapa kekasih. 68 00:04:26,350 --> 00:04:28,769 Tiada seorang pun yang sesuai untuk dia. 69 00:04:28,811 --> 00:04:31,689 UMUR 35-40 LELAKI 70 00:04:34,108 --> 00:04:36,777 Tetapi, ada panggilan telefon pada satu malam. 71 00:04:38,487 --> 00:04:39,864 Ia menjadi semakin kerap. 72 00:04:39,947 --> 00:04:43,492 "Mak selalu bersembang dengan dia. Namanya David." 73 00:04:45,745 --> 00:04:47,163 Dia bekerja di bahagian media, 74 00:04:47,246 --> 00:04:51,500 dan menjual ruang iklan kepada syarikat besar. 75 00:04:52,960 --> 00:04:54,754 David suka kereta. 76 00:04:56,922 --> 00:04:59,925 Dia suka barang mahal. 77 00:05:01,844 --> 00:05:03,679 Ibu tak pernah ada kereta baru. 78 00:05:04,472 --> 00:05:11,062 Pertama kali melihat Audi biru baru ini, "Mewahnya." 79 00:05:13,731 --> 00:05:18,069 Ibu rasa sangat seronok kerana dapat memilikinya. 80 00:05:18,861 --> 00:05:21,322 Ibu dapat kereta itu dalam warna khas. 81 00:05:23,449 --> 00:05:27,161 Dia akhirnya dapat sesuatu yang dia berhak. 82 00:05:32,792 --> 00:05:35,795 David merancang untuk bawa kami bercuti di Sepanyol. 83 00:05:36,670 --> 00:05:39,757 Saya sangat teruja sebab saya pernah pergi bercuti, 84 00:05:39,840 --> 00:05:41,842 tapi tak pernah pergi ke Sepanyol. 85 00:05:41,926 --> 00:05:45,388 Aku hidupkan lampu, TV… 86 00:05:45,471 --> 00:05:47,723 Permulaan lawatan ini nampak normal. 87 00:05:47,807 --> 00:05:50,684 Kami mendaftar masuk semua hotel yang sepatutnya. 88 00:05:51,519 --> 00:05:58,484 Tapi selepas itu, kami hanya berada dalam kereta sepanjang masa, tak berhenti. 89 00:05:59,860 --> 00:06:02,029 Hanya David yang memandu. 90 00:06:03,406 --> 00:06:06,075 Mendengar lagu Duran Duran di sepanjang jalan. 91 00:06:09,912 --> 00:06:13,416 Tapi aku takkan menangis Disebabkan semalam 92 00:06:13,499 --> 00:06:16,669 Ada dunia yang biasa 93 00:06:16,752 --> 00:06:21,465 Yang aku perlu cari… 94 00:06:22,091 --> 00:06:24,718 Semasa melalui pemeriksaan pasport, 95 00:06:24,802 --> 00:06:27,513 David berkelakuan pelik. 96 00:06:27,596 --> 00:06:31,100 Dia tak mahu kami lihat pasportnya. 97 00:06:31,183 --> 00:06:33,394 Saya minta nama keluarganya, 98 00:06:33,477 --> 00:06:36,105 dan dia kata , "Oh, tak apa." 99 00:06:36,188 --> 00:06:40,025 Saya seperti, "Apa? Kenapa sembunyikan nama akhir awak?" 100 00:06:40,109 --> 00:06:43,070 "Apa masalahnya?" 101 00:06:43,154 --> 00:06:49,076 Saya tak tahu apa yang berlaku. Saya tahu ia pelik. 102 00:06:54,457 --> 00:06:58,085 Ia sampai ke tahap di mana David selalu bermalam di rumah, 103 00:06:58,586 --> 00:07:01,338 dan dia tak pernah pergi. 104 00:07:03,007 --> 00:07:07,928 Kami sedar dia semakin menjadi sebahagian daripada hidup kami. 105 00:07:08,012 --> 00:07:11,265 Dia sering menyebut jumlah wang yang dia ada. 106 00:07:11,974 --> 00:07:16,061 Dia selalu beritahu ibu tentang apa yang dia boleh belikan untuk ibu. 107 00:07:16,645 --> 00:07:20,900 Dia kata dia selalu sibuk, seorang yang berkerjaya, 108 00:07:20,983 --> 00:07:25,446 tapi dia selalu ada di rumah. Saya tak pernah nampak dia pergi kerja. 109 00:07:26,197 --> 00:07:28,365 Dia seolah-olah menganggur. 110 00:07:28,449 --> 00:07:31,202 Bagi saya, itu tak betul. 111 00:07:34,538 --> 00:07:39,543 Jika dari awal saya dah sedar tentang David… 112 00:07:42,505 --> 00:07:44,548 tak mungkin dia akan terus 113 00:07:44,632 --> 00:07:46,425 bersama keluarga saya. 114 00:08:02,691 --> 00:08:03,776 Jadi… 115 00:08:04,276 --> 00:08:05,361 Siapa nama awak? 116 00:08:06,320 --> 00:08:07,947 Nama saya John Atkinson. 117 00:08:09,031 --> 00:08:12,618 Kita akan berbincang tentang waktu 118 00:08:12,701 --> 00:08:14,203 sebelum semuanya berlaku. 119 00:08:14,286 --> 00:08:15,120 Okey. 120 00:08:15,204 --> 00:08:19,041 Semasa awak di universiti, kali pertama bertemu dia, 121 00:08:19,124 --> 00:08:20,960 hidup awak berubah. 122 00:08:23,671 --> 00:08:25,339 KOLEJ PERTANIAN HARPER ADAMS 123 00:08:25,422 --> 00:08:28,842 Saya pelajar di kolej pertanian terbaik di England. 124 00:08:30,219 --> 00:08:32,054 Tapi keadaan teruk ketika itu. 125 00:08:34,390 --> 00:08:38,978 Pada awal tahun 90-an, seluruh negara sedar hakikat 126 00:08:39,061 --> 00:08:42,856 bahawa Tentera Republikan Ireland telah mengisytiharkan perang. 127 00:08:42,940 --> 00:08:44,984 Bom itu, 100 paun bahan letupan, 128 00:08:45,067 --> 00:08:48,028 diletakkan dalam van di tepi jalan sempit. 129 00:08:48,112 --> 00:08:51,365 Tentera Republikan Ireland mengakui melancarkan bom 130 00:08:51,448 --> 00:08:54,076 ke halaman kediaman Perdana Menteri British. 131 00:08:54,159 --> 00:08:58,497 Serpihan kaca berterbangan, semua mangsa berada dalam keadaan terkejut… 132 00:08:59,248 --> 00:09:01,917 IRA memberi amaran bahawa serangan minggu ini 133 00:09:02,001 --> 00:09:04,128 akan diikuti dengan lebih banyak pengeboman 134 00:09:04,211 --> 00:09:07,381 selagi British terus menduduki sebahagian Ireland. 135 00:09:08,632 --> 00:09:13,721 Ada pengganas di antara kami yang memasang bom bagi mengganggu hidup kami. 136 00:09:13,804 --> 00:09:15,598 KOLEJ PERTANIAN HARPER ADAMS 137 00:09:15,681 --> 00:09:18,267 Ada ramai warga Ireland di kolej, 138 00:09:18,350 --> 00:09:23,772 dan kolej itu dalam pemerhatian atau disyaki 139 00:09:24,481 --> 00:09:27,484 kerana ada pelajar menyeludup senjata kepada IRA. 140 00:09:28,902 --> 00:09:32,489 Pelajar berusia 20 tahun dari Kolej Pertanian Harper Adams 141 00:09:32,573 --> 00:09:33,991 telah ditahan polis. 142 00:09:35,326 --> 00:09:39,580 Mereka temui dua senapang Kalashnikov, 100 butir peluru, 143 00:09:39,663 --> 00:09:43,334 dan kesan lima jenis bahan letupan dalam keretanya. 144 00:09:44,627 --> 00:09:45,836 Rasa aneh 145 00:09:45,919 --> 00:09:48,255 bahawa pengganas ada di kalangan kami. 146 00:09:50,132 --> 00:09:55,179 Selepas itu, tiba-tiba, seorang kawan Ireland saya bunuh diri. 147 00:10:03,729 --> 00:10:07,483 Kenapa seseorang yang baik buat begitu? 148 00:10:10,653 --> 00:10:11,737 Saya pergi ke pub. 149 00:10:11,820 --> 00:10:12,821 …IRA. 150 00:10:13,947 --> 00:10:16,700 Saya berbual dengan pelayan bar baru, Rob. 151 00:10:19,161 --> 00:10:21,455 Saya kenal dia beberapa minggu lepas. 152 00:10:24,083 --> 00:10:28,170 Saya beritahu Rob tentang kematian kawan saya dan dia kata, 153 00:10:29,546 --> 00:10:31,465 "Awak rasa dia bunuh diri?" 154 00:10:34,968 --> 00:10:38,138 "Kawan awak tak bunuh diri. IRA tembak dia." 155 00:10:42,601 --> 00:10:44,478 "Dia nampak sesuatu." 156 00:10:45,688 --> 00:10:47,606 "Apa yang kawan saya nampak?" 157 00:10:47,690 --> 00:10:50,401 Dia kata, "Awak tahu cara buat bom, bukan?" 158 00:10:50,484 --> 00:10:53,153 Saya kata, "Tidak." 159 00:10:53,654 --> 00:10:56,198 "Bahan utamanya ialah baja dan diesel." 160 00:10:56,782 --> 00:10:58,617 "Di mana ada baja dan diesel?" 161 00:11:02,579 --> 00:11:04,289 "Ia digunakan di ladang." 162 00:11:04,957 --> 00:11:09,002 "Pelajar di sini yang menyeludup senjata, awak rasa dia sendirian?" 163 00:11:09,878 --> 00:11:13,048 "Mereka bekerja secara berkumpulan dan masih mencari orang baru. 164 00:11:14,133 --> 00:11:16,343 Saya tanya, "Bagaimana awak tahu?" 165 00:11:16,427 --> 00:11:19,680 "Saya bukan yang awak sangka. Ini cuma penyamaran." 166 00:11:20,389 --> 00:11:21,890 "Saya ejen MI5." 167 00:11:25,310 --> 00:11:28,147 Rob kata mereka perlukan seseorang dalam kolej 168 00:11:28,230 --> 00:11:31,275 untuk mendedahkan kumpulan IRA ini. 169 00:11:31,775 --> 00:11:35,446 "Kami dah lihat rekod awak, ia bersih. Kami akan gunakan awak." 170 00:11:36,530 --> 00:11:38,323 Saya agak teruja. 171 00:11:38,407 --> 00:11:41,744 Terlibat dalam membanteras pengganas? 172 00:11:41,827 --> 00:11:44,204 Baiklah. Saya setuju. 173 00:11:46,039 --> 00:11:48,000 Dia tanya, "Awak kerap bergaduh?" 174 00:11:48,083 --> 00:11:51,420 Saya kata, "Saya tak bergaduh. Saya jauhi konflik." 175 00:11:51,503 --> 00:11:54,923 Nampaknya saya perlukan latihan. 176 00:11:57,050 --> 00:11:59,928 Rob tunjukkan saya cara menumbuk. 177 00:12:03,932 --> 00:12:06,393 Selain daripada berlatih menumbuk, 178 00:12:07,269 --> 00:12:09,521 Rob mengajar cara menerima tumbukan. 179 00:12:12,316 --> 00:12:15,903 "Awak perlu boleh menerimanya dari mana-mana sudut." 180 00:12:25,245 --> 00:12:27,790 Saya tak ingat berapa kali saya ditumbuk. 181 00:12:28,707 --> 00:12:32,294 Saya rasa lega dapat lakukannya, 182 00:12:33,253 --> 00:12:34,922 untuk lulus ujian itu. 183 00:12:37,216 --> 00:12:41,011 Saya ditugaskan untuk menulis nombor plat semua kereta 184 00:12:41,094 --> 00:12:46,225 di satu kawasan kampus, berhampiran stor baja nitrogen. 185 00:12:46,975 --> 00:12:50,813 Kemudian Rob minta saya tulis senarai nama orang yang saya syak, 186 00:12:50,896 --> 00:12:52,773 yang menggunakan baja itu. 187 00:12:54,775 --> 00:12:57,277 Kawan serumah saya, Jim, dalam senarai itu. 188 00:12:57,778 --> 00:13:00,322 Rob dan bosnya mengesyaki Jim. 189 00:13:01,031 --> 00:13:02,491 "Jim ahli mereka." 190 00:13:04,243 --> 00:13:06,703 Tanggapan bahawa Jim terlibat dengan IRA 191 00:13:06,787 --> 00:13:09,665 mengejutkan dan sukar diterima, 192 00:13:10,666 --> 00:13:12,709 tapi bukan mustahil. 193 00:13:15,587 --> 00:13:18,757 Saya dan Jim tinggal serumah bersama Maria dan Sarah. 194 00:13:19,299 --> 00:13:20,801 Sarah ialah kekasih saya. 195 00:13:23,303 --> 00:13:25,430 Rob kata bosnya beritahu 196 00:13:25,514 --> 00:13:27,933 yang rumah itu tak selamat lagi. 197 00:13:29,685 --> 00:13:33,272 "Kita dalam bahaya. Kita kena pergi sekarang." 198 00:13:33,814 --> 00:13:36,024 "Bukan hanya kita, tapi mereka juga." 199 00:13:38,235 --> 00:13:41,113 Saya kata, "Awak nak mereka tahu macam saya?" 200 00:13:41,196 --> 00:13:44,408 "Tak, terlalu berbahaya. Operasi ini boleh tergugat." 201 00:13:46,034 --> 00:13:48,328 "Bagaimana nak suruh mereka ikut?" 202 00:13:49,454 --> 00:13:52,749 "Awak perlu tipu untuk menyelamatkan nyawa mereka." 203 00:13:56,712 --> 00:14:00,841 Saya dan Maria dipanggil ke pub sebab dia perlu beritahu kami sesuatu. 204 00:14:00,924 --> 00:14:02,843 Kami diminta duduk, 205 00:14:02,926 --> 00:14:07,097 dia mengaku menghidap barah, dan ia boleh membawa maut. 206 00:14:14,646 --> 00:14:19,026 Memikirkan yang dia akan mati, ia sangat menyedihkan. 207 00:14:19,526 --> 00:14:23,572 Bukan saja sebab dia kekasih saya, tapi dia juga seorang kawan. 208 00:14:25,824 --> 00:14:27,326 Mereka sangat sedih. 209 00:14:27,910 --> 00:14:29,119 Terutamanya Sarah. 210 00:14:31,622 --> 00:14:33,957 Saya rasa sangat teruk 211 00:14:34,041 --> 00:14:38,503 kerana memberitahu penipuan yang sangat menjijikkan. 212 00:14:39,963 --> 00:14:42,799 Sememangnya perkara terburuk pernah saya buat. 213 00:14:47,721 --> 00:14:49,932 Saya kata yang saya ada keinginan. 214 00:14:50,807 --> 00:14:54,311 Mengembara ke seluruh negara, melihat semuanya semasa masih berpeluang. 215 00:14:57,230 --> 00:15:00,817 Kekasih awak kata dia menghidap kanser. 216 00:15:00,901 --> 00:15:03,070 Awak tanya, "Tiada rawatankah?" 217 00:15:04,112 --> 00:15:06,865 "Tiada rawatan." "Awak pasti tiada apa-apa?" 218 00:15:06,949 --> 00:15:12,371 Memikirkan segala kemungkinan yang ada. 219 00:15:12,454 --> 00:15:16,583 Tapi, jika dia kata, "Saya hanya ada beberapa minggu lagi untuk hidup…" 220 00:15:17,918 --> 00:15:19,336 awak nak menolak? 221 00:15:20,963 --> 00:15:25,842 Walau apa cara pun Aku perlu cari… 222 00:15:31,598 --> 00:15:33,976 Saya memang benci Duran Duran. 223 00:15:35,227 --> 00:15:39,314 Rob memainkan "Ordinary World" tanpa henti. 224 00:15:41,274 --> 00:15:42,317 Ia akan tamat. 225 00:15:46,446 --> 00:15:48,615 Dia mainkan lagi. Ia tamat. 226 00:15:49,866 --> 00:15:52,619 Dia mainkan lagi, sepanjang jalan. 227 00:15:54,162 --> 00:15:57,249 Jika saya dengar beberapa baris lagu itu, 228 00:15:57,332 --> 00:15:59,918 saya ingat kembali saat itu. 229 00:16:05,799 --> 00:16:08,468 Hujan di Hari Khamis… 230 00:16:08,552 --> 00:16:13,682 Saya, John, Rob, dan Maria bergerak dari bandar ke bandar 231 00:16:13,765 --> 00:16:15,183 ke seluruh UK. 232 00:16:16,101 --> 00:16:18,854 Setiap kali kami cuba ambil gambar dengan Rob, 233 00:16:19,354 --> 00:16:23,859 dia yang akan ambilkan supaya dia tiada dalam gambar itu. 234 00:16:28,321 --> 00:16:32,284 Seronok mengembara ke seluruh negara dengan kawan-kawan. 235 00:16:33,160 --> 00:16:35,871 Tapi, awak akan sentiasa terfikirkan, 236 00:16:36,371 --> 00:16:37,581 "Dia akan mati." 237 00:16:40,876 --> 00:16:42,586 Penipuan itu teruk. 238 00:16:44,004 --> 00:16:48,175 Apa pun, patut begitu kerana nyawa mereka dalam bahaya. 239 00:16:48,925 --> 00:16:50,177 Penembak diburu 240 00:16:50,260 --> 00:16:52,512 selepas polis ditembak dan cedera 241 00:16:52,596 --> 00:16:56,224 semalam di Cheshire. Cawangan antipengganas Scotland Yard… 242 00:16:56,308 --> 00:16:59,227 Sudah 10 hari dalam perjalanan 243 00:17:00,187 --> 00:17:04,483 apabila Rob beritahu yang kami takkan dapat kembali ke kolej. 244 00:17:04,566 --> 00:17:08,278 Ada sesuatu yang lebih serius. 245 00:17:12,157 --> 00:17:16,620 Dia benarkan saya mendedahkan yang saya tak menghidap kanser. 246 00:17:18,997 --> 00:17:20,665 Dia kata itu satu penipuan. 247 00:17:24,753 --> 00:17:27,672 Rob kata, "Awak perlu tinggal di sini, 248 00:17:27,756 --> 00:17:29,925 sebab awak terlibat dalam sesuatu 249 00:17:30,008 --> 00:17:32,427 yang akan membahayakan awak dan keluarga." 250 00:17:35,472 --> 00:17:37,724 Sarah tak suka dengan situasi itu. 251 00:17:38,600 --> 00:17:44,189 "Boleh buktikan yang awak bekerja untuk MI5 dan sebab kami tak boleh balik?" 252 00:17:44,272 --> 00:17:48,235 "Kenapa kami tak boleh balik?" Saya tanya banyak kali. 253 00:17:49,444 --> 00:17:52,823 Tapi dia tahu jumlah wang dalam akaun bank saya, 254 00:17:53,573 --> 00:17:56,952 dan tanah yang keluarga saya miliki. 255 00:17:57,702 --> 00:18:02,541 Rob kata dia ada maklumat itu sebab dia bekerja untuk kerajaan. 256 00:18:04,292 --> 00:18:06,711 Kami cuma perlu ikut arahan. 257 00:18:13,051 --> 00:18:14,845 Ketika saya kembali ke kereta… 258 00:18:16,513 --> 00:18:19,015 memikirkannya, ia keputusan penting, 259 00:18:19,099 --> 00:18:22,227 sebab ia penting dengan apa yang berlaku. 260 00:18:24,813 --> 00:18:28,108 Ia mengubah sepuluh tahun hidup saya selepas itu. 261 00:18:40,036 --> 00:18:44,124 Hubungan saya dengan Sandra berubah dengan adanya David. 262 00:18:47,460 --> 00:18:49,254 Kami semakin renggang. 263 00:18:51,256 --> 00:18:54,843 Jika saya telefon, dia takkan jawab. Dia takkan balas mesej. 264 00:18:55,844 --> 00:18:57,929 Aneh bagi saya. 265 00:19:02,058 --> 00:19:05,103 Ibu tak keluar berjumpa kawan-kawannya lagi. 266 00:19:05,854 --> 00:19:07,647 Dia cuma berbual dengan David. 267 00:19:09,107 --> 00:19:10,901 Kami dah tiada masa keluarga. 268 00:19:12,068 --> 00:19:14,321 Kami hidup secara berasingan. 269 00:19:17,282 --> 00:19:19,534 Dia kerap marahkan kami. 270 00:19:19,618 --> 00:19:21,453 Dia menjauhkan dirinya. 271 00:19:21,536 --> 00:19:23,538 Kami anak-anaknya. 272 00:19:23,622 --> 00:19:28,251 Saya tak tahu apa dah jadi kepadanya. 273 00:19:33,340 --> 00:19:35,383 David belikan ibu saya gelang. 274 00:19:35,467 --> 00:19:38,386 Suatu hari, ibu meluru, menjerit kepada saya. 275 00:19:38,470 --> 00:19:42,641 David berada di belakangnya. Ibu kata, "Kamu curi gelang mak." 276 00:19:42,724 --> 00:19:46,811 Saya kata, "Saya anak mak. Saya takkan curi daripada mak." 277 00:19:46,895 --> 00:19:49,689 Kami sekeluarga rapat. Kami saling mempercayai. 278 00:19:49,773 --> 00:19:54,402 Tiba-tiba, dia tak percayakan anaknya sendiri, di rumahnya. 279 00:19:57,656 --> 00:19:59,241 Itu hanya permulaan. 280 00:20:00,575 --> 00:20:05,497 David beritahu ayah saya, "Anak awak rahsiakan dia homoseksual." 281 00:20:06,373 --> 00:20:07,958 Ayah tarik dan tanya saya. 282 00:20:08,041 --> 00:20:10,293 Dia cakap, "Tak apa jadi homoseksual." 283 00:20:10,377 --> 00:20:15,840 Saya kata, "Saya bukan begitu." 284 00:20:17,217 --> 00:20:19,261 Jangan anggap orang sesuka hati, 285 00:20:19,344 --> 00:20:21,137 tapi itulah yang David buat. 286 00:20:21,638 --> 00:20:25,684 Ia buat ibu, ayah dan Jake sedih. 287 00:20:28,937 --> 00:20:32,315 Ibu belikan saya kasut sekolah yang cantik… 288 00:20:33,858 --> 00:20:36,528 dan saya pakai sehingga tumitnya haus. 289 00:20:36,611 --> 00:20:38,530 David kata, "Saya akan baiki." 290 00:20:39,322 --> 00:20:42,826 Apabila pulang, ada ketulan logam yang besar di bawahnya. 291 00:20:42,909 --> 00:20:45,412 Saya kata, "Apa semua ini?" 292 00:20:45,495 --> 00:20:49,457 Mereka kata, "Pakai ini sehinggalah awak pandai berjalan." 293 00:20:54,796 --> 00:20:56,298 Saya pakai ke sekolah. 294 00:20:59,301 --> 00:21:01,678 Semua orang memandang saya. 295 00:21:01,761 --> 00:21:04,681 Pada usia itu, awak rasa malu. 296 00:21:07,100 --> 00:21:10,895 Dia tahu, logam di kasut itu akan buat hidup saya sengsara. 297 00:21:10,979 --> 00:21:12,814 Saya rasa seperti dikawal. 298 00:21:17,360 --> 00:21:18,862 Saya pulang dari sekolah. 299 00:21:21,072 --> 00:21:23,074 Saya sedar saya dikunci dari luar. 300 00:21:25,744 --> 00:21:29,331 Pada awal ia berlaku, saya akan pergi dan pulang kemudian. 301 00:21:30,582 --> 00:21:33,626 Ia terlalu kerap berlaku. 302 00:21:44,971 --> 00:21:47,682 Dia ketuk pintu. Dia dikunci di luar rumah. 303 00:21:47,766 --> 00:21:50,060 Ia bukan kesilapan. Ia disengajakan. 304 00:21:50,143 --> 00:21:52,270 Saya menjerit, "Ada orang tak?" 305 00:21:53,772 --> 00:21:56,149 David beritahu ibu saya, "Jangan jawab." 306 00:21:57,067 --> 00:21:58,526 Saya ke pintu belakang. 307 00:22:00,487 --> 00:22:02,155 Saya mengamuk. 308 00:22:02,238 --> 00:22:03,823 Saya dengar ketukan kuat. 309 00:22:04,491 --> 00:22:07,202 Saya pandang atas dan nampak kakak saya panik. 310 00:22:07,285 --> 00:22:11,122 Dia tak pernah lihat saya begini, memukul pintu. 311 00:22:11,998 --> 00:22:14,834 Saya suruh buka pintu. Saya nak ambil barang dan pergi. 312 00:22:14,918 --> 00:22:17,462 Dia menangis. Dia kata, "Jangan pergi." 313 00:22:17,545 --> 00:22:19,923 Saya kata, "Sophie, saya perlu pergi." 314 00:22:23,259 --> 00:22:25,637 Apabila hati saya lebih tenang, 315 00:22:25,720 --> 00:22:29,808 saya sedar semuanya bermula dengan kehadiran David. 316 00:22:31,893 --> 00:22:35,480 "Kenapa ini berlaku? Kenapa ada orang nak buat begini?" 317 00:22:36,022 --> 00:22:38,274 "Siapa dia? Apa yang dia nak?" 318 00:22:54,833 --> 00:23:00,004 Rob berkata yang IRA mengekori kami, dan kami perlu terus bergerak. 319 00:23:00,088 --> 00:23:03,925 Hari ini, pusat bandar Warrington menjadi sasaran keganasan IRA… 320 00:23:04,008 --> 00:23:06,094 Dua hari selepas tinggalkan Warrington, 321 00:23:06,177 --> 00:23:08,555 ada dua bom di tengah bandar. 322 00:23:10,557 --> 00:23:16,104 Kami perlu berada jauh daripada tempat awam dan tidak dikesan. 323 00:23:17,230 --> 00:23:21,192 Saya rasa teruk kerana tidak dapat berhubung 324 00:23:21,276 --> 00:23:22,944 dengan keluarga dan kawan. 325 00:23:23,027 --> 00:23:24,612 Itu merunsingkan saya. 326 00:23:26,823 --> 00:23:28,283 Saya tahu mereka risau 327 00:23:28,950 --> 00:23:32,996 sebab tiada siapa ada telefon bimbit pada ketika ini. 328 00:23:34,330 --> 00:23:38,376 Kami dah lama tak dengar khabar Sarah, dan itu sangat aneh. 329 00:23:39,377 --> 00:23:41,546 Jadi, saya telefon kolej Sarah. 330 00:23:42,213 --> 00:23:45,216 Mereka kata, "Dia tiada dan kami tak tahu sebabnya." 331 00:23:48,386 --> 00:23:51,598 Semasa di kolej, dia bekerja di ladang. 332 00:23:52,807 --> 00:23:57,562 Peladang itu bimbang tentang apa yang terjadi kepada Sarah 333 00:23:58,146 --> 00:24:02,775 kerana keretanya ditinggalkan kepada mereka. 334 00:24:04,569 --> 00:24:07,947 Kemudian, saya mula risau 335 00:24:08,781 --> 00:24:10,533 tentang apa yang berlaku. 336 00:24:11,326 --> 00:24:14,871 Saya ingin saja menghubungi polis, kemudian telefon berbunyi. 337 00:24:18,875 --> 00:24:20,084 Sarah telefon. 338 00:24:21,002 --> 00:24:25,798 Saya lega mendengarnya, tapi dia agak aneh. 339 00:24:26,508 --> 00:24:29,969 "Kami nak lawat dan jumpa ayah saja. Kami berempat." 340 00:24:31,304 --> 00:24:34,933 Ayah saya bertanya tentang kehilangan saya. 341 00:24:35,683 --> 00:24:40,522 MI5 risau yang ayah saya akan berhubung dengan orang yang salah 342 00:24:40,605 --> 00:24:44,526 dan berpotensi memberi maklumat kepada IRA tanpa disedari. 343 00:24:46,069 --> 00:24:51,366 Jadi, Rob nak kami melawat ibu bapa saya bagi meredakan kerisauan mereka. 344 00:24:55,370 --> 00:24:57,038 Mereka tiba tengah malam. 345 00:24:57,872 --> 00:24:59,499 Ini sangat aneh. 346 00:25:02,669 --> 00:25:05,129 Itulah kali pertama kami bertemu Rob. 347 00:25:05,964 --> 00:25:10,134 Rob berkeyakinan tinggi? Ya. Awak mungkin anggap dia berlagak. 348 00:25:12,011 --> 00:25:17,642 Rob betul-betul minta supaya kami kekal dengan cerita rekaan ini. 349 00:25:20,979 --> 00:25:23,815 Sarah tak begitu membantu. 350 00:25:24,774 --> 00:25:27,569 Sekali lagi, sikap dia bukan begitu. 351 00:25:29,362 --> 00:25:33,241 Saya beritahu yang saya menghidap barah hati dan inginkan 352 00:25:33,324 --> 00:25:37,203 percutian dalam beberapa minggu terakhir hidup saya. 353 00:25:38,121 --> 00:25:39,497 Saya petani. 354 00:25:40,456 --> 00:25:44,669 Jika awak ada lembu, awak boleh bezakan lembu yang sakit 355 00:25:44,752 --> 00:25:47,839 melalui cara lembu berjalan dan perwatakan lembu itu. 356 00:25:48,339 --> 00:25:49,424 Ia terserlah. 357 00:25:49,966 --> 00:25:51,593 Tak nampak itu padanya. 358 00:25:52,093 --> 00:25:54,804 En. Smith tanya saya. 359 00:25:55,305 --> 00:25:56,431 "Awak sakit teruk?" 360 00:25:57,473 --> 00:26:00,143 Saya diam dan mula menggeletar. 361 00:26:00,226 --> 00:26:01,644 Badannya menggeletar. 362 00:26:02,437 --> 00:26:06,566 Dia nampak sangat takut. 363 00:26:07,150 --> 00:26:09,777 Saya mungkin agak marah 364 00:26:09,861 --> 00:26:13,197 dan tak percaya apa yang diberitahu. 365 00:26:15,450 --> 00:26:17,869 Mereka tahu ada sesuatu yang tak kena. 366 00:26:18,995 --> 00:26:20,747 Jadi, Rob tipu ibu bapa saya. 367 00:26:21,414 --> 00:26:22,957 Dia kata, "Jangan risau." 368 00:26:23,041 --> 00:26:25,752 Kami akan pulang ke kolej lagi dua minggu. 369 00:26:27,920 --> 00:26:30,381 Selepas itu, mereka pergi dengan cepat. 370 00:26:36,554 --> 00:26:39,432 Ucap selamat tinggal kepada keluarga, 371 00:26:39,515 --> 00:26:42,769 dan saya tak tahu bila saya akan jumpa mereka lagi. 372 00:26:46,522 --> 00:26:50,068 Menyedari ada sesuatu tak kena, saya patut halang mereka. 373 00:26:50,943 --> 00:26:51,986 Bukan biar saja. 374 00:26:55,615 --> 00:26:58,493 Saya menyesal tak menahan mereka. 375 00:27:08,795 --> 00:27:11,172 Kami menunggu lagi beberapa minggu. 376 00:27:13,383 --> 00:27:15,510 Sarah tak kembali ke kolej. 377 00:27:17,261 --> 00:27:20,848 Pada saat itu, awak sedar awak perlu buat sesuatu. 378 00:27:25,728 --> 00:27:27,230 Saya bayar kad kreditnya. 379 00:27:29,190 --> 00:27:33,236 Boleh lihat jika dia berbelanja di Cheltenham, dia pernah ke sana. 380 00:27:35,613 --> 00:27:37,156 Saya dapat idea. 381 00:27:38,950 --> 00:27:41,869 Saya dapat jejak ke mana mereka pergi. 382 00:27:45,123 --> 00:27:49,001 Saya menanda di peta, tarikh dan tempat mereka pergi. 383 00:27:59,470 --> 00:28:01,389 KERETA SARAH DITINGGALKAN! 384 00:28:04,976 --> 00:28:07,520 Kami tahu mereka ke seluruh negara, 385 00:28:08,020 --> 00:28:10,148 dan mungkin akan ke selatan, 386 00:28:10,231 --> 00:28:14,026 pada hari yang sama, pergi ke utara dan kembali semula. 387 00:28:17,280 --> 00:28:19,407 Ia tak masuk akal. 388 00:28:21,743 --> 00:28:26,706 Saya akan lihat penyata dan lihat jumlah perbelanjaan terbesar, 389 00:28:26,789 --> 00:28:28,541 atau yang nampak menarik. 390 00:28:28,624 --> 00:28:29,459 PAKAIAN LELAKI 391 00:28:29,542 --> 00:28:32,503 Dia beli sut untuk lelaki yang bersama mereka. 392 00:28:34,422 --> 00:28:38,468 Mereka tinggal di hotel dan tergesa-gesa pergi. 393 00:28:42,430 --> 00:28:45,099 Sarah membelanjakan wang yang terlalu banyak. 394 00:28:46,100 --> 00:28:47,643 Dia selalunya berjimat, 395 00:28:47,727 --> 00:28:50,688 dan takkan berbelanja sewenang-wenangnya. 396 00:28:51,898 --> 00:28:55,067 Kami risau dengan apa yang berlaku. 397 00:29:02,825 --> 00:29:04,577 Kemudian Sarah telefon. 398 00:29:05,995 --> 00:29:07,205 Dia kata… 399 00:29:07,288 --> 00:29:10,124 "Saya perlu tangguhkan pengajian selama setahun, 400 00:29:10,208 --> 00:29:13,169 sebab saya dah tak berminat dengan pertanian." 401 00:29:13,252 --> 00:29:16,088 "Kesatuan Komersial, sebuah firma insurans, 402 00:29:16,172 --> 00:29:19,675 menawarkan saya kerja dalam program latihan siswazah mereka, 403 00:29:20,176 --> 00:29:22,470 dengan gaji £25,000 setahun." 404 00:29:23,179 --> 00:29:25,389 Apabila dia tak nak kembali ke kolej, 405 00:29:25,473 --> 00:29:29,727 kami tahu perkara ini sudah teruk. 406 00:29:33,064 --> 00:29:38,694 Saya telefon Kesatuan Komersial, dan tiada tawaran kerja seperti itu. 407 00:29:40,738 --> 00:29:44,283 Jumlah itu terlalu besar daripada apa yang mereka akan bayar 408 00:29:44,367 --> 00:29:45,952 kepada pelatih baru. 409 00:29:47,161 --> 00:29:49,372 Ia satu penipuan besar. 410 00:29:50,289 --> 00:29:52,124 Semua ini tak normal. 411 00:29:52,959 --> 00:29:54,919 Sarah tak menipu. 412 00:30:02,844 --> 00:30:05,513 Saya tinggal di rumah dengan ibu dan David. 413 00:30:07,557 --> 00:30:10,643 Saya rasa ibu saya sangat berbeza. 414 00:30:13,312 --> 00:30:16,065 Jake sudah pergi dan tinggal dengan ayah, 415 00:30:16,148 --> 00:30:17,984 dan saya tak bercakap dengan mereka. 416 00:30:20,778 --> 00:30:22,154 Saya rasa terbiar. 417 00:30:23,239 --> 00:30:28,160 Saya cuma menerima nasihat daripada David. 418 00:30:29,245 --> 00:30:35,376 Saya ingat David kata ayah saya dah kecewakan ibu, 419 00:30:37,003 --> 00:30:40,715 perkara yang ayah saya lakukan dulu, 420 00:30:42,341 --> 00:30:46,304 perkara tentang perkahwinan dan perceraian mereka. 421 00:30:47,930 --> 00:30:50,725 Rentetan situasi itu halus dan beransur-ansur. 422 00:30:51,976 --> 00:30:56,689 David kata, "Kamu tak nak jumpa ayah kamu lagi, bukan?" 423 00:30:57,440 --> 00:30:59,817 "Tak nak cakap dengan ayah lagi, bukan?" 424 00:31:00,610 --> 00:31:04,196 "Tak nak cakap dengan ayah lagi. Tak nak jumpa ayah, bukan?" 425 00:31:04,280 --> 00:31:07,867 "Kamu tak nak." 426 00:31:07,950 --> 00:31:11,746 "Kamu tak mahu jumpa ayah kamu lagi, bukan?" 427 00:31:11,829 --> 00:31:14,290 Setiap hari. Banyak kali sehari. 428 00:31:16,417 --> 00:31:21,380 Akhirnya, saya mula memisahkan diri daripadanya. 429 00:31:22,089 --> 00:31:26,969 Mark Clifton nama orang asing, bukan ayah saya. 430 00:31:28,554 --> 00:31:34,393 Dia insan menakutkan yang akan menyakiti keluarga saya. 431 00:31:36,646 --> 00:31:39,857 Selamat hari jadi 432 00:31:39,941 --> 00:31:43,361 Saya selalu tulis surat dan hantar mesej kepada Sophie. 433 00:31:43,444 --> 00:31:46,155 Selamat hari jadi, Sophie 434 00:31:46,238 --> 00:31:48,824 Beritahu betapa saya sayang dan rindui dia. 435 00:31:50,826 --> 00:31:54,121 Cuba untuk memperbetulkan keadaan. 436 00:31:56,540 --> 00:32:00,711 Setiap kali mendapat surat, saya letak dalam sampul yang sama, 437 00:32:00,795 --> 00:32:06,759 dan sampul itu bertajuk,  "Penipuan daripada En. Mark Clifton." 438 00:32:08,010 --> 00:32:11,555 Ia dilekatkan di papan kenyataan lama saya. 439 00:32:16,060 --> 00:32:18,604 Kami tak bercakap selama dua tahun setengah. 440 00:32:21,899 --> 00:32:24,902 Ia terbukti yang David dalang di sebalik semua ini, 441 00:32:24,986 --> 00:32:27,029 tapi saya tak tahu sebabnya. 442 00:32:31,283 --> 00:32:34,745 Saya terfikir, "Apa yang berlaku? Siapa lelaki ini?" 443 00:32:36,664 --> 00:32:41,002 Saya cuba buat kajian setempat tentangnya, mencari di Internet. 444 00:32:43,170 --> 00:32:45,214 Saya tahu namanya David Hendy. 445 00:32:47,091 --> 00:32:49,510 Saya mencari dalam senarai tempatan. 446 00:32:51,053 --> 00:32:52,847 Saya tak jumpa apa-apa. 447 00:32:53,723 --> 00:32:54,932 Dia seperti hantu. 448 00:33:07,153 --> 00:33:10,322 MELARIKAN DIRI SELAMA ENAM BULAN 449 00:33:10,406 --> 00:33:11,741 Saya telefon polis. 450 00:33:12,283 --> 00:33:14,452 Mereka kata Sarah lebih 18 tahun. 451 00:33:14,535 --> 00:33:18,122 Dia wanita yang bebas untuk buat keputusan sendiri. 452 00:33:18,205 --> 00:33:20,124 "Kenapa bazirkan masa polis?" 453 00:33:22,251 --> 00:33:24,295 Saya terpaksa cari dia sendiri. 454 00:33:25,463 --> 00:33:26,964 Saya tahu Sarah hilang. 455 00:33:27,548 --> 00:33:30,301 Saya tahu dia mungkin bersama Robert. 456 00:33:30,384 --> 00:33:33,262 Tapi di mana? 457 00:33:36,390 --> 00:33:41,520 Saya perlu mencari tempat yang mereka mungkin tinggal di situ. 458 00:33:42,438 --> 00:33:45,691 Tapi awak mengikut jejak, yang mungkin kabur. 459 00:33:47,985 --> 00:33:51,113 Mungkin ada 100 tempat berbeza, 460 00:33:51,197 --> 00:33:55,201 dan periksa setiap satu dan lihat jika mereka tinggal di sana. 461 00:33:59,497 --> 00:34:01,582 "Helo. Ini Peter Smith." 462 00:34:03,417 --> 00:34:04,251 "Helo?" 463 00:34:04,335 --> 00:34:05,669 Helo? Selamat pagi. 464 00:34:05,753 --> 00:34:07,254 "Boleh bantu saya?" 465 00:34:07,338 --> 00:34:08,339 Boleh bantu saya? 466 00:34:08,422 --> 00:34:10,257 "Saya mencari anak saya." 467 00:34:11,926 --> 00:34:13,135 Nama dia Sarah. 468 00:34:13,761 --> 00:34:16,639 "Selamat pagi. Saya ayah Sarah." 469 00:34:16,722 --> 00:34:18,099 Nama saya Peter Smith. 470 00:34:18,599 --> 00:34:21,310 "Saya mencari maklumat. Boleh bantu saya?" 471 00:34:21,393 --> 00:34:22,561 Saya ada masalah. 472 00:34:22,645 --> 00:34:25,064 "Saya cuba mengesan apa yang berlaku." 473 00:34:25,147 --> 00:34:27,399 "Anak saya hilang." 474 00:34:27,483 --> 00:34:30,236 Hilang. 475 00:34:31,070 --> 00:34:36,242 Apabila tiba di rumah selamat, semua orang cemas, terutamanya Rob. 476 00:34:37,535 --> 00:34:41,038 Rob dapat tahu yang ayah Sarah cuba mengesan kami. 477 00:34:41,956 --> 00:34:45,626 Satu jejak menuju ke satu tempat, dan ke tempat yang lain. 478 00:34:45,709 --> 00:34:48,420 Rumah ladang, bilik sewa, dan sebagainya. 479 00:34:51,257 --> 00:34:53,717 Rob suruh saya keluar melihat kereta. 480 00:34:53,801 --> 00:34:58,222 Saya perlu catat kereta apa yang diletakkan di tempat tertentu, 481 00:34:58,305 --> 00:35:01,517 supaya pegawai atasannya boleh periksa nombor plat itu. 482 00:35:02,268 --> 00:35:05,855 Ia perlu dilakukan mengikut peringkat. 483 00:35:06,939 --> 00:35:10,818 Walaupun perkembangan di setiap peringkat ini perlahan, 484 00:35:10,901 --> 00:35:13,154 lambat-laun ia akan berhasil. 485 00:35:18,701 --> 00:35:22,663 Sarah dilihat keluar daripada rumah di Peterborough. 486 00:35:23,372 --> 00:35:24,415 Saya kata, "Baik… 487 00:35:26,375 --> 00:35:28,669 apa alamat rumah itu?" 488 00:35:37,469 --> 00:35:41,307 Saya tak panggil. Saya tak buat bising. 489 00:35:41,390 --> 00:35:45,769 Saya tak nak mereka tahu bahawa saya mencari mereka, 490 00:35:46,645 --> 00:35:48,063 risau mereka akan lari. 491 00:35:52,151 --> 00:35:55,237 Macam mana nak masuk rumah yang berkunci? 492 00:35:57,865 --> 00:36:01,243 Awak berjalan ke belakang dan cari lubang. 493 00:36:01,744 --> 00:36:04,455 Jika tiada lubang, awak perlu buat satu lubang. 494 00:36:08,667 --> 00:36:13,088 Awak perlu langgar undang-undang 495 00:36:14,048 --> 00:36:16,717 jika ingin mencari sesuatu. 496 00:36:16,800 --> 00:36:18,761 Jika tidak, takkan temui apa-apa. 497 00:36:27,811 --> 00:36:30,439 Rumah di Peterborough itu kosong, 498 00:36:30,522 --> 00:36:36,904 kecuali satu bilik yang ada barang John dan Sarah. 499 00:36:42,910 --> 00:36:45,496 Nampak seperti baru diletakkan di situ, 500 00:36:45,996 --> 00:36:48,374 kemudian mereka harus cepat pergi. 501 00:36:52,836 --> 00:36:55,464 Saya ambil satu nota di antara kertas. 502 00:36:58,342 --> 00:37:01,679 "Saya ada berita baik untuk ayah." 503 00:37:02,304 --> 00:37:05,474 "Kesatuan Komersial, sebuah syarikat insurans…" 504 00:37:05,557 --> 00:37:09,186 "…menawarkan saya kerja dalam program latihan siswazah mereka, 505 00:37:09,853 --> 00:37:12,106 dengan gaji £25,000 setahun." 506 00:37:14,358 --> 00:37:15,734 Sangat mendukacitakan. 507 00:37:17,236 --> 00:37:22,199 Itulah yang dia beritahu saya melalui telefon. 508 00:37:23,492 --> 00:37:26,412 Mesej Sarah telah ditulis terlebih dahulu. 509 00:37:27,788 --> 00:37:33,669 Pada masa itu, saya tahu ada seseorang yang memanipulasinya. 510 00:37:35,629 --> 00:37:39,049 Saya tak boleh buktikan, tapi saya pasti ia Robert. 511 00:37:47,516 --> 00:37:51,770 Kami berhenti di Sheffield di rumah selamat baru di Dorothy Road. 512 00:37:51,854 --> 00:37:53,731 Rob kata rumah itu diawasi, 513 00:37:53,814 --> 00:37:59,194 supaya MI5 boleh memantau keselamatan bangunan itu. 514 00:38:05,075 --> 00:38:07,119 Saya terpaksa ubah penampilan. 515 00:38:07,202 --> 00:38:11,040 Saya perlu berambut pendek, 516 00:38:11,123 --> 00:38:14,335 dan ia mesti berwarna perang keputihan. 517 00:38:24,511 --> 00:38:27,890 Rob beri arahan tegas untuk tidak dedahkan nama sebenar. 518 00:38:27,973 --> 00:38:29,641 Jadi, nama saya Jamie. 519 00:38:29,725 --> 00:38:31,268 PELAYAN ANDA 520 00:38:33,937 --> 00:38:37,858 Saya diberitahu, "Jangan cerita tentang diri atau masa silam awak." 521 00:38:37,941 --> 00:38:40,819 "Jangan bergaul rapat dengan orang sekeliling." 522 00:38:42,780 --> 00:38:46,325 Sebagai penyamaran, Rob aturkan saya menjadi pelayan bar. 523 00:38:48,535 --> 00:38:53,082 Saya bekerja di restoran atas nama Betty Smith. 524 00:38:58,420 --> 00:39:02,674 Kehidupan seharian saya ialah bangun tidur, beli tiket bas, 525 00:39:03,217 --> 00:39:05,302 bekerja syif enam atau lapan jam, 526 00:39:05,803 --> 00:39:06,637 menunggu, 527 00:39:07,179 --> 00:39:09,556 menaiki kereta sehingga 12 malam, 528 00:39:09,640 --> 00:39:13,185 buat pengawasan, tidur, dan ulang semua itu. 529 00:39:14,103 --> 00:39:19,400 Bangun, beli tiket bas, kerja syif, menunggu… 530 00:39:19,483 --> 00:39:21,151 Tertekan selama berminggu-minggu. 531 00:39:21,985 --> 00:39:24,988 Ada lima tembakan, dan dua mengenai polis. 532 00:39:25,072 --> 00:39:26,949 Tiga orang mati dalam letupan. 533 00:39:27,449 --> 00:39:29,410 Bangun, tiket bas… 534 00:39:29,493 --> 00:39:31,995 Tak tahu apa yang berlaku. 535 00:39:32,079 --> 00:39:34,373 …tunggu berjam-jam, memandu jauh… 536 00:39:34,456 --> 00:39:37,751 Tak tahu siapa yang mengekori, risaukan apa yang berlaku. 537 00:39:37,835 --> 00:39:38,710 Bangun… 538 00:39:39,711 --> 00:39:41,588 Ada kematian lagi. 539 00:39:42,214 --> 00:39:47,886 Perasaan dipendam terlalu banyak sehingga sentiasa tertekan. 540 00:39:48,512 --> 00:39:50,556 Bangun, tiket bas. 541 00:39:50,639 --> 00:39:53,058 Mangsa dibawa ke hospital setempat. 542 00:39:53,142 --> 00:39:59,106 Kerja syif, menunggu, memandu jauh, tidur. 543 00:39:59,189 --> 00:40:01,483 PENGGERA 544 00:40:01,567 --> 00:40:02,901 Sama saja setiap hari. 545 00:40:03,610 --> 00:40:05,195 - Bangun pagi. - Bangun… 546 00:40:05,279 --> 00:40:07,072 David akan hantar pergi kerja. 547 00:40:08,198 --> 00:40:09,533 - Saya kerja. - Tunggu. 548 00:40:09,616 --> 00:40:13,120 Tunggu. 549 00:40:13,704 --> 00:40:16,123 David akan jemput saya. Saya masuk tidur. 550 00:40:16,623 --> 00:40:19,084 Saya akan bangun, dan yang sama berulang. 551 00:40:19,168 --> 00:40:20,210 Berulang kali. 552 00:40:24,923 --> 00:40:27,593 Saya bekerja sebagai pelatih pendandan rambut. 553 00:40:28,760 --> 00:40:32,764 Saya perlu bayar sewa £300 setiap bulan, 554 00:40:33,307 --> 00:40:36,226 walaupun saya cuma dapat 400 lebih saja. 555 00:40:36,852 --> 00:40:39,313 Ibu dah mula kurang bersuara. 556 00:40:39,980 --> 00:40:43,901 Ia mula menjadi, "Beri saya wang. Saya akan beri kepada ibu awak." 557 00:40:43,984 --> 00:40:45,277 "Saya bayar sewa ibu awak." 558 00:40:47,196 --> 00:40:50,282 Saya ada £10,000 dalam akaun simpanan… 559 00:40:51,783 --> 00:40:56,038 dan apabila dia dapat tahu, dia mula ketawa. 560 00:40:58,499 --> 00:40:59,750 Dia rasa sangat… 561 00:41:01,376 --> 00:41:03,337 bangga dengan dirinya. 562 00:41:07,758 --> 00:41:13,305 David meyakinkan saya untuk ke bank dan menipu, 563 00:41:14,348 --> 00:41:18,268 dan kata saya nak ambil wang untuk beli kereta pertama saya. 564 00:41:18,352 --> 00:41:23,023 Saya keluarkan wang. Ia dalam sampul. Saya beri kepada David. 565 00:41:24,608 --> 00:41:26,944 Saya tak tahu apa jadi dengan duit itu. 566 00:41:33,242 --> 00:41:36,995 Satu malam selepas kerja, David tak datang menjemput saya. 567 00:41:41,250 --> 00:41:44,044 Apabila kami berbual menerusi telefon pagi itu, 568 00:41:45,629 --> 00:41:47,256 saya kata tak patut begitu. 569 00:41:50,050 --> 00:41:52,219 Saya kata, "Janganlah buat begitu." 570 00:41:52,302 --> 00:41:55,222 "Jangan tinggalkan saya di tempat kerja 571 00:41:55,305 --> 00:41:58,350 dan biar tidur di atas lantai." 572 00:42:02,062 --> 00:42:05,983 Saya perlu pergi demi kesihatan sendiri. 573 00:42:07,776 --> 00:42:11,154 Saya minta maaf kepada ibu. Saya tak nak ada di sana lagi. 574 00:42:12,906 --> 00:42:15,117 Selepas hidup sendiri selama setahun, 575 00:42:15,951 --> 00:42:19,079 saya berhubung semula dengan Jake dan ayah. 576 00:42:19,788 --> 00:42:24,084 Saya masuk ke dapur, Sophie berdiri di situ dan… 577 00:42:24,626 --> 00:42:26,795 Kami berdua berpelukan dan menangis. 578 00:42:28,547 --> 00:42:33,051 Tak sangka betapa cepatnya awak lupakan masalah lalu kerana kasih sayang. 579 00:42:38,557 --> 00:42:42,311 Semasa pergi, saya mula faham apa yang dia buat. 580 00:42:43,520 --> 00:42:45,731 Saya rasa ia untuk menghalau saya. 581 00:42:47,274 --> 00:42:49,026 Ibu hanya milik dia seorang. 582 00:42:49,860 --> 00:42:53,322 JANUARI 2014 583 00:42:53,405 --> 00:42:57,576 Pada tahun 2014, dua tahun selepas mereka mula bercinta, 584 00:42:58,744 --> 00:43:00,662 ibu dan David tinggalkan rumah. 585 00:43:02,664 --> 00:43:04,916 Tiada siapa tahu ke mana mereka pergi. 586 00:43:11,340 --> 00:43:13,467 Semasa Sandra pergi, saya tak sangka 587 00:43:13,550 --> 00:43:17,346 itu kali terakhir saya dan anak-anak akan jumpa dia. 588 00:43:20,599 --> 00:43:23,810 Saya pergi ke rumah itu, untuk mengemas dan menjualnya. 589 00:43:24,686 --> 00:43:29,900 Saya sangat terkejut melihat bilik tidur utama, 590 00:43:29,983 --> 00:43:33,987 ada mangga yang sangat besar. 591 00:43:36,657 --> 00:43:40,035 Ia mangga untuk mengunci luar garaj atau lokap. 592 00:43:41,662 --> 00:43:43,789 Pintu akan ranap dulu sebelum kunci. 593 00:43:44,289 --> 00:43:48,168 Ia untuk mengawal seseorang keluar masuk bilik itu. 594 00:43:49,920 --> 00:43:55,967 Ada akhbar, meliputi seluruh tingkap. 595 00:43:56,051 --> 00:44:00,681 Jadi, tiada siapa yang dapat melihat apa-apa di dalam bilik ini. 596 00:44:03,183 --> 00:44:05,686 Saya rasa ia sangat membimbangkan dan jahat 597 00:44:05,769 --> 00:44:08,021 kerana dia sanggup, 598 00:44:08,105 --> 00:44:10,315 menutup dalaman rumah daripada luar, 599 00:44:10,399 --> 00:44:14,194 dan, menggunakan kunci seteguh itu dalam rumah. 600 00:44:28,333 --> 00:44:32,754 Saya terkejut dengan surat-surat di rumah itu. 601 00:44:33,714 --> 00:44:38,844 Ada banyak bil dan surat merah amaran terakhir 602 00:44:38,927 --> 00:44:40,762 serta perintah hadir ke mahkamah. 603 00:44:40,887 --> 00:44:42,180 TINDAKAN SEGERA DIPERLUKAN 604 00:44:43,348 --> 00:44:45,142 Ada banyak surat di sini. 605 00:44:45,225 --> 00:44:48,478 Bil daripada syarikat elektrik, syarikat telefon, 606 00:44:49,396 --> 00:44:52,274 daripada majlis tempatan. 607 00:44:52,774 --> 00:44:56,653 Saman tempat letak kereta, kredit cukai, di mana mereka nak wang. 608 00:44:56,737 --> 00:45:00,699 Butiran kad kredit, saman tempat letak kereta lagi. 609 00:45:00,782 --> 00:45:03,034 Ini pula tentang syarikat gadai janji. 610 00:45:03,118 --> 00:45:06,246 Dah berbulan pinjaman itu tak dibayar. 611 00:45:06,830 --> 00:45:07,664 Wah. 612 00:45:09,040 --> 00:45:12,169 Sandra tiada overdraf atau kad kredit sebelum itu. 613 00:45:12,252 --> 00:45:14,463 Keadaan kewangan yang teruk ini, 614 00:45:14,546 --> 00:45:16,506 bagi saya, disebabkan oleh David. 615 00:45:18,383 --> 00:45:21,052 Kereta yang dipandu oleh ibu kamu dan David. 616 00:45:21,136 --> 00:45:23,305 Pembiayaan kereta itu tak dibayar. 617 00:45:23,388 --> 00:45:26,683 Kereta itu bernilai £35,000. Sangat mahal. 618 00:45:26,767 --> 00:45:30,395 Kereta itu hadiah untuk ibu saya, tapi dibiayai atas nama ibu. 619 00:45:30,979 --> 00:45:33,565 Memberi kereta kepadanya untuk dia bayar. 620 00:45:34,483 --> 00:45:37,402 Dia selalu beritahu yang dia hidup mewah, 621 00:45:37,486 --> 00:45:42,032 membeli kereta mewah, memiliki jam tangan mahal. 622 00:45:42,115 --> 00:45:44,993 Melihat semua ini, ia palsu saja. 623 00:45:49,956 --> 00:45:51,792 Saya terus menyelidik. 624 00:45:54,169 --> 00:45:57,672 Saya dah cuba cari, tapi saya berusaha lebih lagi. 625 00:46:01,843 --> 00:46:03,929 Saya masih tak jumpa apa-apa. 626 00:46:06,389 --> 00:46:08,683 Kemudian saya ada idea 627 00:46:08,767 --> 00:46:12,938 untuk taip perkataan "David Hendy penipu." 628 00:46:15,524 --> 00:46:20,111 Muncul laman web yang menggambarkan lelaki dengan nama itu, 629 00:46:20,195 --> 00:46:22,697 tapi juga atas nama Robert Freegard. 630 00:46:23,949 --> 00:46:25,659 "Penipu yang musnahkan hidup saya." 631 00:46:25,742 --> 00:46:30,580 "Polis melabel dia jahat di tahapnya yang tersendiri." 632 00:46:31,164 --> 00:46:33,834 "Robert Freegard, 'Pengawal Boneka', 633 00:46:33,917 --> 00:46:36,211 seperti yang digelar oleh tabloid British." 634 00:46:36,294 --> 00:46:40,423 "Menyamar sebagai ejen ala James bond, Freegard telah menipu 635 00:46:40,507 --> 00:46:43,301 wang hampir $2 juta daripada mangsa." 636 00:46:45,220 --> 00:46:47,138 Kemudian saya klik "imej". 637 00:46:47,222 --> 00:46:48,640 IMEJ 638 00:46:49,933 --> 00:46:52,936 David Hendy ialah Robert Freegard. 639 00:46:54,646 --> 00:46:55,730 Orang yang sama. 640 00:47:03,530 --> 00:47:07,409 Sangat mengejutkan. Jenayah yang dia lakukan sangat teruk. 641 00:47:08,076 --> 00:47:11,705 Lelaki ini bersama keluarga saya, dan kami tak kenal dia. 642 00:47:11,788 --> 00:47:13,039 TIPU DAYA 643 00:47:13,999 --> 00:47:15,000 PERANGKAP 644 00:47:15,876 --> 00:47:17,043 JAHAT