1 00:00:05,380 --> 00:00:07,424 Selamat datang ke pembukaan 2 00:00:07,508 --> 00:00:10,886 Pusat Jagaan Anjing Bowser's Backyard terbaharu 3 00:00:10,969 --> 00:00:12,513 di Middleton. 4 00:00:12,596 --> 00:00:16,808 Dengan kemudahan canggih dan sikap profesional, 5 00:00:16,892 --> 00:00:21,355 Bowser ialah pusat jagaan anjing terbaik di daerah ini. 6 00:00:21,438 --> 00:00:24,191 Jemput datang dan lihat sendiri. 7 00:00:24,274 --> 00:00:28,320 Anjing anda akan dijaga dengan baik di Bowser. 8 00:00:31,532 --> 00:00:34,660 Tak sangka saya dapat jadi sukarelawan di Bowser. 9 00:00:34,743 --> 00:00:36,370 Mimpi saya jadi kenyataan. 10 00:00:36,954 --> 00:00:39,957 Saya serius. Saya memang mimpikannya. 11 00:00:40,040 --> 00:00:41,708 Mak dengar Bowser's Backyard 12 00:00:41,792 --> 00:00:45,254 antara syarikat dimiliki wanita yang terbesar di negeri ini. 13 00:00:45,337 --> 00:00:48,048 - Saya yang beritahu mak. - Mak dah agak sumbernya sahih. 14 00:00:48,131 --> 00:00:50,676 Perniagaan menjaga anjing 15 00:00:50,759 --> 00:00:53,637 ialah tempat sesuai untuk saya sempena minggu sukarelawan. 16 00:00:53,720 --> 00:00:56,139 Siapa tahu? Suatu hari nanti saya akan buka pusat jagaan sendiri 17 00:00:56,223 --> 00:00:58,725 dan dikelilingi anjing sepanjang hari. 18 00:00:58,809 --> 00:01:02,312 Sayang, mak tahu kamu teruja, tapi kamu akan mula bekerja dua hari lagi. 19 00:01:02,396 --> 00:01:05,147 Kamu patut tukar baju sebelum makan malam. 20 00:01:05,232 --> 00:01:07,651 - Apa makan malam kita? - Sandwic daging cincang. 21 00:01:07,734 --> 00:01:09,111 Ya, saya patut tukar baju. 22 00:01:14,741 --> 00:01:19,079 Sayang, kami dah tahu tentang Lizzie. Bagaimana dengan kamu? 23 00:01:22,082 --> 00:01:24,168 Pasti dia akan sedar jika saya buat begini. 24 00:01:25,586 --> 00:01:27,296 Tidak, sekejap! Hampir tamat. 25 00:01:27,379 --> 00:01:30,591 Mereka akan jelaskan cara Tuan Koh jadi Pahlawan Anjing Hebat. 26 00:01:30,674 --> 00:01:32,259 - Bagaimana dengan… - Minggu sukarelawan? 27 00:01:32,342 --> 00:01:35,554 Saya janji akan fikirkan sesuatu. Saya janji. 28 00:01:36,138 --> 00:01:39,683 Pastikan kamu fikir esok. Dengar? 29 00:01:41,518 --> 00:01:42,644 Charles. 30 00:01:43,645 --> 00:01:45,105 Charles! 31 00:01:45,189 --> 00:01:46,190 Charles. 32 00:01:46,899 --> 00:01:49,359 - Charles! - Dua per tiga. 33 00:01:51,111 --> 00:01:52,279 Apa? 34 00:01:52,863 --> 00:01:56,366 - Dua per tiga lebih besar. - Betul. 35 00:01:56,450 --> 00:01:59,620 Malangnya, kita dah selesai belajar pecahan 15 minit lalu. 36 00:01:59,703 --> 00:02:03,582 Sekarang, kita bincang tentang minggu sukarelawan yang awak belum daftar lagi. 37 00:02:03,665 --> 00:02:05,709 Saya tekankan perkataan "belum." 38 00:02:05,792 --> 00:02:08,336 Saya boleh jelaskan. 39 00:02:10,005 --> 00:02:12,049 Apa penjelasan awak? 40 00:02:12,132 --> 00:02:13,717 Saya yang salah. 41 00:02:13,800 --> 00:02:15,886 Saya tak percaya, Sammy. 42 00:02:15,969 --> 00:02:17,804 Kita patut dengar penjelasannya. 43 00:02:19,431 --> 00:02:21,558 Saya dan Charles buat projek berkumpulan 44 00:02:21,642 --> 00:02:24,603 dan saya terlupa tulis namanya dalam senarai pendaftaran. 45 00:02:24,686 --> 00:02:27,940 Saya dah kata saya boleh jelaskan. 46 00:02:28,023 --> 00:02:29,358 Baiklah. 47 00:02:46,875 --> 00:02:49,586 Lizzie! Awak datang awal. 48 00:02:49,670 --> 00:02:52,923 Saya terbaca, awal ialah tepat pada masa, tepat pada masa ialah lambat, 49 00:02:53,006 --> 00:02:54,675 lambat tak boleh diterima. 50 00:02:55,300 --> 00:02:59,346 Itulah yang saya belajar daripada pengasas, Emma Bowser. 51 00:03:00,889 --> 00:03:03,100 Saya bawa ini sempena hari pertama saya. 52 00:03:03,183 --> 00:03:06,645 Terima kasih. Nampak sedap. 53 00:03:06,728 --> 00:03:09,523 Tidak! Ia untuk "tetamu" anjing. 54 00:03:09,606 --> 00:03:13,485 Saya mahu ia nikmati makanan buatan sendiri sebab ia jauh dari rumah. 55 00:03:14,152 --> 00:03:15,362 Baiknya awak. 56 00:03:16,280 --> 00:03:20,200 Jadi, awak ada permit untuk gunakan dapur bagi tujuan komersial? 57 00:03:21,034 --> 00:03:23,537 Tidak, ia cuma dapur biasa. 58 00:03:23,620 --> 00:03:26,081 Tapi, alat pencuci pinggan mangkuk kami ada tetapan sanitasi. 59 00:03:26,790 --> 00:03:30,460 Malangnya, kami hanya boleh hidangkan makanan gred komersial. 60 00:03:31,587 --> 00:03:33,964 Saya tahu ia kedengaran agak ekstrem, 61 00:03:34,047 --> 00:03:37,176 tapi itulah sebabnya kami terbaik. 62 00:03:37,259 --> 00:03:39,887 Sebab itu saya suka ikut peraturan Pn. Bowser. 63 00:03:40,637 --> 00:03:42,514 Awak tak perlu beritahu saya tentang peraturan. 64 00:03:42,598 --> 00:03:46,059 Awak perlu beritahu saya tentang peraturan ini, bukan secara am. 65 00:03:46,143 --> 00:03:47,144 Peraturan memang hebat. 66 00:03:48,937 --> 00:03:51,899 Semuanya nampak hebat macam dalam iklan. 67 00:03:51,982 --> 00:03:54,943 Nampaknya, kita dah jumpa tempat yang sesuai. 68 00:03:55,027 --> 00:03:57,946 - Anjing awak comel. - Ia memang comel. 69 00:03:58,030 --> 00:04:01,658 - Apa namanya? - Count Pugsworth von Smooshface. 70 00:04:01,742 --> 00:04:03,785 Tapi saya panggil Pugsley. 71 00:04:04,286 --> 00:04:07,247 Kami gembira awak pilih Bowser untuk jaga Pugsley. 72 00:04:07,331 --> 00:04:10,000 Ini paket aluan dan panduan klien baharu. 73 00:04:10,083 --> 00:04:11,543 Mari saya tunjukkan kawasan sekitar. 74 00:04:11,627 --> 00:04:14,171 Tak perlu. Saya dah lakukan lawatan maya. 75 00:04:14,254 --> 00:04:18,300 Pugsley suka perhatian dan kadangkala sukar dikawal. 76 00:04:18,382 --> 00:04:22,888 Okey. Jangan marah. Nanti ayah datang. Peluk cium ayah. 77 00:04:22,971 --> 00:04:24,890 Okey. Baiklah. 78 00:04:24,973 --> 00:04:26,016 Saya… 79 00:04:26,517 --> 00:04:27,893 - Terima kasih. - Okey. 80 00:04:30,103 --> 00:04:31,647 Saya boleh letakkan dalam sangkar. 81 00:04:32,648 --> 00:04:37,361 Saya suka semangat awak, Lizzie. Peraturan kami jelas menyatakan… 82 00:04:38,570 --> 00:04:41,490 hanya pekerja sepenuh masa boleh uruskan anjing. 83 00:04:42,866 --> 00:04:44,493 Ayuh, sayang. 84 00:04:45,744 --> 00:04:46,787 Awak faham? 85 00:04:46,870 --> 00:04:50,874 Tak, tapi tak apa. Ini minggu sukarelawan dan saya mahu membantu. 86 00:04:50,958 --> 00:04:53,168 Beritahu saya jika perlukan bantuan. 87 00:05:01,093 --> 00:05:03,136 Saya gelar "sampah bersepah." 88 00:05:13,230 --> 00:05:17,943 Sammy, cuba teka? Mereka dah keluarkan AnimeZing Adventures musim baharu. 89 00:05:19,486 --> 00:05:20,487 Goldie! 90 00:05:22,531 --> 00:05:25,075 - Mana Rufus? - Di atas, dalam bilik Nenek Dayle. 91 00:05:25,158 --> 00:05:27,911 Patutlah ia di atas. Ini bau apa? 92 00:05:27,995 --> 00:05:30,247 Inilah projek minggu sukarelawan kita. 93 00:05:30,330 --> 00:05:32,833 Pengkomposan ialah cara menghancurkan bahan organik 94 00:05:32,916 --> 00:05:35,377 untuk digunakan sebagai baja bagi menyuburkan tanaman. 95 00:05:36,170 --> 00:05:38,547 - Okey. - Saya tahu. Ia amat menarik. 96 00:05:38,630 --> 00:05:39,631 Bukan itu saja, 97 00:05:39,715 --> 00:05:42,885 kita akan derma baja kita kepada Taman Komuniti Middleton. 98 00:05:42,968 --> 00:05:46,638 - Mari mulakan! - Apa kata kita tonton cerita, baru kerja? 99 00:05:46,722 --> 00:05:49,433 Pahlawan Anjing Hebat ada pembantu baharu, 100 00:05:49,516 --> 00:05:52,477 Moshi Mosha, bebola aiskrim bercakap. 101 00:05:53,478 --> 00:05:54,771 Goldie pun nak tonton. 102 00:05:55,647 --> 00:05:58,483 Okey. Saya ada cakap kita bukan cuma buat lubang kompos? 103 00:05:58,567 --> 00:06:02,487 Saya nak jadikannya lebih menarik. Kita buat vermikompos juga. 104 00:06:02,571 --> 00:06:03,906 Apa? 105 00:06:03,989 --> 00:06:07,492 Teknik pengkomposan, tapi menggunakan kawan istimewa. 106 00:06:07,576 --> 00:06:08,869 Cacing? 107 00:06:08,952 --> 00:06:11,997 Bukan cacing biasa. Cacing tanah merah. 108 00:06:13,290 --> 00:06:16,460 Awak, saya dan keajaiban alam semula jadi. 109 00:06:16,543 --> 00:06:19,963 - Pasti seronok, bukan? - Ya, seronok. 110 00:06:35,103 --> 00:06:37,439 Pugsley? Itu kamukah? 111 00:06:39,816 --> 00:06:40,901 Saya faham. 112 00:06:42,569 --> 00:06:44,196 Ini hari pertama saya juga. 113 00:06:45,489 --> 00:06:47,449 - Lizzie. - Maafkan saya. 114 00:06:47,533 --> 00:06:51,119 Pugsley mengongoi dan saya terus dukung. 115 00:06:51,203 --> 00:06:53,747 Saya dan adik saya menjaga anjing. 116 00:06:53,830 --> 00:06:57,584 Baguslah dan saya hargai betapa awak sayangkan anjing. 117 00:06:57,668 --> 00:07:00,921 - Tapi ingat, Bowser ialah perniagaan. - Baiklah. 118 00:07:02,089 --> 00:07:06,677 Bagi Pugsley pula, sesetengah anjing ambil masa untuk sesuaikan diri. 119 00:07:06,760 --> 00:07:07,845 Ia akan okey. 120 00:07:11,598 --> 00:07:14,560 Ikut saja peraturan. Awak akan okey. 121 00:07:14,643 --> 00:07:16,895 Awak kemas bangsal dengan bagus. 122 00:07:16,979 --> 00:07:19,940 Saya mungkin akan beri awak lima bintang. 123 00:07:21,024 --> 00:07:23,110 Terima kasih, Ruth. Saya takkan kecewakan awak. 124 00:07:27,698 --> 00:07:30,117 Saya tak nak kecewakan kamu juga, Pugsley. 125 00:07:37,958 --> 00:07:39,168 Boleh saya tambah? 126 00:07:39,251 --> 00:07:42,754 Hei. Ada orang suka resipi taco rahsia saya. 127 00:07:42,838 --> 00:07:45,465 Lebihan isi sandwic daging cincang dalam tortilla dan sos pedas? 128 00:07:46,049 --> 00:07:47,342 Jangan pecah rahsia. 129 00:07:48,010 --> 00:07:51,722 Saya bekerja sepanjang hari dengan Sammy. Sebab itu saya lapar. 130 00:07:51,805 --> 00:07:55,225 Inilah asal-usul ayat "bekerja sehingga lapar." 131 00:07:55,309 --> 00:07:59,521 Lizzie, kamu nampak sedih. Ada sesuatu berlaku di Bowser? 132 00:07:59,605 --> 00:08:01,023 Tiada. 133 00:08:01,106 --> 00:08:04,610 Maksud saya, ya. Banyak kerja. Saya sibuk. 134 00:08:05,110 --> 00:08:07,821 - Sangat sibuk. - Kamu seperti mahu kata sesuatu. 135 00:08:09,114 --> 00:08:11,909 Saya tak sedar akan ada banyak peraturan. 136 00:08:11,992 --> 00:08:16,371 Saya pun tak sedar Sammy ada banyak peraturan. Nak tukar? 137 00:08:16,455 --> 00:08:19,124 Awak boleh buat baja, saya boleh bermain dengan anjing. 138 00:08:19,208 --> 00:08:20,667 Itu bukan tempat untuk bermain dengan anjing. 139 00:08:20,751 --> 00:08:23,337 - Itu tempat perniagaan. - Sayang, baru hari pertama. 140 00:08:23,420 --> 00:08:27,132 Pasti semua orang suka kamu bawa makanan buatan sendiri, bukan? 141 00:08:28,717 --> 00:08:31,220 Saya tak mahu cakap tentangnya. 142 00:08:31,303 --> 00:08:32,513 Okey. 143 00:08:34,014 --> 00:08:37,267 Lima, empat, tiga… 144 00:08:37,351 --> 00:08:41,313 Ada anak anjing bernama Pugsley. Ia mahu perhatian, jadi saya dukung. 145 00:08:41,395 --> 00:08:44,900 Tapi ia "melanggar peraturan" jika sukarelawan pelajar pegang anjing. 146 00:08:44,983 --> 00:08:49,488 Tapi awak tahu cara pegang anjing. Awak selalu buat. Awak tak beritahu mereka? 147 00:08:49,571 --> 00:08:53,033 Charles, itu bukan rumah kita. Mereka ada peraturan. 148 00:08:53,116 --> 00:08:57,704 Mak yakin kamu akan dapat ikut peraturan dan bantu Pugsley. 149 00:08:57,788 --> 00:09:00,624 - Percaya kata hati kamu. - Ya. Sentiasa percaya kata hati kita. 150 00:09:00,707 --> 00:09:03,293 Kata hati saya mahukan taco lagi. 151 00:09:11,176 --> 00:09:12,845 Charles. Charles, berhenti! 152 00:09:15,973 --> 00:09:17,015 Akhirnya. 153 00:09:17,099 --> 00:09:19,893 Apa awak nak buat sekarang? Saya tahu apa saya nak buat. 154 00:09:19,977 --> 00:09:22,813 Bukan. Maksud saya, jangan letak terlalu banyak rumput. 155 00:09:22,896 --> 00:09:25,691 Pasti awak tak baca panduan satu halaman yang saya beri. 156 00:09:26,483 --> 00:09:30,362 Jika awak baca, awak akan mulakan dengan lapisan nipis rumput, 157 00:09:30,445 --> 00:09:33,073 kemudian tambah selapis bahan organik perang. 158 00:09:33,156 --> 00:09:37,077 Rumput semula, kemudian tanah. Bersilih ganti macam lasagne. 159 00:09:37,160 --> 00:09:38,829 Lasagne kedengaran sedap. 160 00:09:38,912 --> 00:09:41,957 Mahu makan tengah hari dan tonton AnimeZing Adventures of Lord Koh? 161 00:09:42,040 --> 00:09:44,668 - Makan tengah hari selepas selesai kerja. - Boleh kita rehat sekejap? 162 00:09:44,751 --> 00:09:46,879 Sepanjang hari ini, awak berehat dan berangan! 163 00:09:46,962 --> 00:09:50,674 Saya tak berangan. Buat kompos tak seronok. 164 00:09:50,757 --> 00:09:52,176 Kenapa awak cakap begitu? 165 00:09:52,259 --> 00:09:57,181 Kita guna sisa masyarakat dan hasilkan baja yang berharga, 166 00:09:57,264 --> 00:09:59,224 orang menggelarnya emas hitam. 167 00:09:59,308 --> 00:10:02,895 Selain itu, pod pengkomposan yang digunakan di taman biasa 168 00:10:02,978 --> 00:10:05,522 telah menyatukan semua orang… 169 00:10:07,649 --> 00:10:10,485 Mempertahankan alam semesta buatkan saya lapar. 170 00:10:10,569 --> 00:10:14,907 Apa kata kita naiki kon angkasa dan cari lasagne antara galaksi? 171 00:10:14,990 --> 00:10:16,909 Awak sedang berangan. 172 00:10:18,202 --> 00:10:22,039 Maaf. Susah nak rasa teruja tentang tanah kotor. 173 00:10:22,122 --> 00:10:23,707 Tanah kotor? 174 00:10:24,708 --> 00:10:27,961 Dengar, Charles, awak tak perlu buat kalau tak mahu. 175 00:10:28,045 --> 00:10:30,923 Tak mengapa. Mari sambung kerja. 176 00:10:31,507 --> 00:10:35,427 Tapi, saya mungkin akan fikir tentang Tuan Koh sepanjang masa. 177 00:10:37,262 --> 00:10:41,099 Kita perlu buang dan ratakannya. 178 00:10:41,183 --> 00:10:43,435 - Betulkah awak tak boleh terima? - Maaf. 179 00:10:43,519 --> 00:10:44,978 Tempahan dah penuh hujung minggu ini. 180 00:10:45,062 --> 00:10:49,107 Selain itu, tempahan penginapan perlu dibuat sekurangnya 48 jam lebih awal. 181 00:10:49,191 --> 00:10:52,819 Saya perlu naiki penerbangan saat akhir sebab kerja. Saya terdesak. 182 00:10:52,903 --> 00:10:54,905 Awak tak boleh buat pengecualian? 183 00:10:55,864 --> 00:10:57,574 Saya perlu ikut peraturan. 184 00:10:58,492 --> 00:10:59,493 Maafkan saya. 185 00:11:01,328 --> 00:11:04,957 Maaf, En. von Smooshface? 186 00:11:05,040 --> 00:11:07,125 Panggil saya Maz. 187 00:11:07,209 --> 00:11:11,129 Maz, saya terdengar masalah awak dan saya boleh tolong. 188 00:11:11,213 --> 00:11:13,173 Awak boleh ubah peraturan? 189 00:11:13,257 --> 00:11:16,385 Bukan. Saya dan adik saya jaga anjing di rumah kami. 190 00:11:16,468 --> 00:11:18,512 Ia cuma hobi tapi kami ada testimoni. 191 00:11:18,595 --> 00:11:21,014 Kami boleh jagakan Pugsley untuk hujung minggu ini. 192 00:11:21,098 --> 00:11:24,351 Awak memang penyelamat. Tapi, awak pasti? 193 00:11:24,434 --> 00:11:26,937 Saya pernah kata, ia sukar dikawal. 194 00:11:27,855 --> 00:11:29,064 Anak anjing comel ini? 195 00:11:30,065 --> 00:11:31,733 Percayalah. Kami boleh buat. 196 00:11:31,817 --> 00:11:33,443 Saya rasa saya tak boleh buat. 197 00:11:33,527 --> 00:11:35,779 Saya dah cuba beri mainan, makanan dan selimut paling selesa. 198 00:11:35,863 --> 00:11:38,657 Tapi setiap kali saya letakkannya, ia buat begini. 199 00:11:52,671 --> 00:11:57,301 Saya faham jika kamu di Bowser, tapi di sini, kamu tak perlu sedih, Pugsley. 200 00:11:57,384 --> 00:11:58,594 Kami sayang kamu. 201 00:11:59,970 --> 00:12:02,347 Ia nampak gembira sekarang. 202 00:12:10,898 --> 00:12:12,649 Sekarang, ia nampak sedih. 203 00:12:17,863 --> 00:12:19,781 Ia berterusan. 204 00:12:19,865 --> 00:12:22,492 Jika saya semakin jauh, semakin kuat ia mengongoi. 205 00:12:22,576 --> 00:12:24,828 Saya tak boleh sentiasa dukung kamu. 206 00:12:43,180 --> 00:12:44,181 Pugsley. 207 00:12:44,932 --> 00:12:46,141 Ini kerja sekolah saya. 208 00:12:52,648 --> 00:12:53,649 Apa? 209 00:13:17,923 --> 00:13:19,758 Saya dah sedia untuk jagakan Pugsley. 210 00:13:19,842 --> 00:13:22,761 Saya dah tahu sebab Pugsley selalu mengongoi. 211 00:13:22,845 --> 00:13:25,597 Pugsley alami keresahan jika berjauhan. 212 00:13:25,681 --> 00:13:28,475 - Ia tak suka sendirian. - Jadi, kita patut selalu mendukungnya. 213 00:13:28,559 --> 00:13:31,186 Rupa-rupanya, itu cara yang salah untuk membantunya. 214 00:13:31,270 --> 00:13:34,690 Kenapa dukung itu salah? 215 00:13:34,773 --> 00:13:37,734 Pugsley mengingatkan mak kepada kamu ketika kecil. 216 00:13:37,818 --> 00:13:39,570 Kamu tak boleh tidur sendirian. 217 00:13:39,653 --> 00:13:43,657 Kamu akan menangis selagi tiada siapa teman kamu dalam bilik. 218 00:13:43,740 --> 00:13:45,075 Jadi, apa mak buat? 219 00:13:45,158 --> 00:13:48,579 Mak ucap selamat malam dan keluar bilik. Kamu akan menangis. 220 00:13:48,662 --> 00:13:51,748 Mak masuk semula, tenangkan kamu dan keluar semula. 221 00:13:51,832 --> 00:13:53,375 Kami tambahkan masa kamu sendirian 222 00:13:53,458 --> 00:13:55,878 sehingga kamu dapat tidur lena sepanjang malam. 223 00:13:55,961 --> 00:13:58,839 Itulah cara untuk bantu Pugsley yang dinyatakan dalam laman web. 224 00:13:58,922 --> 00:14:02,676 - Mereka latih awak macam anjing. - Kami buat pada kamu juga. 225 00:14:04,636 --> 00:14:08,056 Anjing memang terbaik. 226 00:14:09,349 --> 00:14:11,393 Cadangan yang bagus, sayang. 227 00:14:12,311 --> 00:14:13,729 Boleh kita mulakan sekarang? 228 00:14:16,523 --> 00:14:17,983 Esok sajalah. 229 00:14:22,905 --> 00:14:24,573 Bagaimana keadaan hari ini? 230 00:14:24,656 --> 00:14:27,534 Saya tak tahu berapa kali saya keluar masuk, 231 00:14:27,618 --> 00:14:29,036 tapi saya rasa ia berkesan. 232 00:14:35,000 --> 00:14:37,044 Pugsley nampak tenang dan gembira. 233 00:14:39,671 --> 00:14:42,549 Dah dua jam ia begitu. 234 00:14:42,633 --> 00:14:45,802 Mak kagum dengan kebolehan kamu menjaga anjing. 235 00:14:45,886 --> 00:14:46,887 Terima kasih. 236 00:14:48,138 --> 00:14:50,098 Saya harap, Bowser pun rasa begitu. 237 00:15:05,030 --> 00:15:06,073 Sammy. 238 00:15:08,909 --> 00:15:10,911 Saya terlupa nak hubungi awak. 239 00:15:10,994 --> 00:15:13,997 Saya tahu. Saya perlu buat semua kerja kita berdua. 240 00:15:14,081 --> 00:15:17,251 Saya bantu Lizzie jaga Pugsley dan terleka. 241 00:15:17,334 --> 00:15:19,545 - Awak buli saya. - Saya tak sentuh awak pun. 242 00:15:19,628 --> 00:15:23,131 Bukan. Awak layan saya macam pembantu. Saya buat semua perkara awak nak. 243 00:15:23,215 --> 00:15:27,302 Tapi apabila saya nak buat sesuatu, awak tak serius. 244 00:15:27,386 --> 00:15:29,638 Awak Tuan Koh dan saya cuma bebola aiskrim. 245 00:15:29,721 --> 00:15:32,182 Tak sangka awak marah sebab… 246 00:15:33,934 --> 00:15:35,227 Cakap. 247 00:15:35,769 --> 00:15:37,145 Tanah kotor. 248 00:15:37,229 --> 00:15:39,398 Saya tak cakap. Awak yang cakap. 249 00:15:39,481 --> 00:15:40,983 Lupakan saja. 250 00:15:41,066 --> 00:15:44,278 Mulai sekarang, saya wira dan awak cuma pembantu. 251 00:15:44,361 --> 00:15:46,822 Wira apa? 252 00:15:46,905 --> 00:15:49,116 Pembentangan. Saya akan buat sendiri. 253 00:15:49,199 --> 00:15:51,410 - Kemudian, apa saya patut buat? - Entah. 254 00:15:51,493 --> 00:15:53,829 Tonton musim baharu AnimeZing Adventures? 255 00:15:53,912 --> 00:15:55,205 Saya baru habis tonton. 256 00:16:08,844 --> 00:16:11,221 Saya akan merindui kamu. 257 00:16:11,805 --> 00:16:12,931 Hei. 258 00:16:13,682 --> 00:16:16,435 Awak jaga Pugsley dengan bagus. 259 00:16:17,144 --> 00:16:18,896 Ia nampak lebih gembira. 260 00:16:19,396 --> 00:16:21,732 Ya, ia memang nampak lebih tenang. 261 00:16:22,232 --> 00:16:24,318 Maz akan ambil ia tengah hari ini. 262 00:16:24,401 --> 00:16:26,486 Boleh saya dukung Pugsley? 263 00:16:27,863 --> 00:16:28,864 Boleh. 264 00:16:36,121 --> 00:16:38,957 Saya harap awak boleh buatkan Sammy berhenti merungut juga. 265 00:16:41,001 --> 00:16:45,088 Saya terlupa pergi ke rumahnya sekali saja untuk projek minggu sukarelawan kami. 266 00:16:45,172 --> 00:16:46,924 Sekarang, dia marah dengan saya! 267 00:16:47,508 --> 00:16:51,011 Maksud awak, projek yang dia benarkan awak sertai untuk tolong awak? 268 00:16:53,138 --> 00:16:56,183 Saya tahu. Tapi saya tak suka buat baja kompos. 269 00:16:56,266 --> 00:16:58,644 Lagipun, dia memang nak buat sendiri. 270 00:16:58,727 --> 00:17:01,396 Jadi, apa masalahnya? 271 00:17:01,480 --> 00:17:06,151 Sebab ia penting buat dia, sama seperti kartun penting buat awak. 272 00:17:06,734 --> 00:17:10,321 Kartun lebih menyeronokkan daripada tanah. 273 00:17:11,823 --> 00:17:15,786 Charles, Sammy selalu tunjuk minat dengan perkara yang awak suka. 274 00:17:15,868 --> 00:17:18,247 Jadi, kenapa awak tak boleh buat begitu untuk dia? 275 00:17:18,997 --> 00:17:21,458 Lagipun, dia kawan baik awak. 276 00:17:27,047 --> 00:17:29,591 Panggilan untuk kamu. Mak mahu bersiap sekejap. 277 00:17:30,342 --> 00:17:31,844 Hai, Maz. Apa khabar Pugsley? 278 00:17:31,927 --> 00:17:34,972 Lizzie, awak tahu apa awak dah buat? 279 00:17:35,055 --> 00:17:39,893 Saya dah kata. Saya latih ia hilangkan perasaan risau akibat berjauhan. 280 00:17:39,977 --> 00:17:42,855 Bukan untuk Pugsley, tapi saya. Saya bekerja dari rumah 281 00:17:42,938 --> 00:17:46,775 dan tak dapat siapkan apa-apa sebab sebelum ini Pugsley amat manja. 282 00:17:46,859 --> 00:17:48,569 Sebab itu saya hantar ia ke Bowser. 283 00:17:48,652 --> 00:17:51,196 Sekarang, awak dah membantu kami berdua! 284 00:17:51,780 --> 00:17:54,825 Baguslah. Tak sabar nak jumpa kamu berdua di Bowser. 285 00:17:54,908 --> 00:17:57,035 Tidak, kami takkan kembali ke Bowser. 286 00:17:57,119 --> 00:18:00,205 - Apa? - Ya, kami tak perlu ke sana lagi. 287 00:18:00,289 --> 00:18:03,834 Lebih baik Pugsley bersama saya di rumah. 288 00:18:03,917 --> 00:18:06,420 Apa-apa pun, Lizzie, kami perlu pergi. 289 00:18:06,503 --> 00:18:09,047 Terima kasih sekali lagi atas bantuan awak. 290 00:18:09,131 --> 00:18:12,009 Awak memang hebat. Selamat tinggal. 291 00:18:13,969 --> 00:18:17,347 - Dia kedengaran gembira. - Ruth pasti marah. 292 00:18:17,431 --> 00:18:19,474 Habislah kerjaya saya di Bowser. 293 00:18:19,558 --> 00:18:21,977 Saya akan dapat penilaian teruk untuk minggu sukarelawan. 294 00:18:22,060 --> 00:18:24,771 - Kenapa? - Sebab mereka kehilangan pelanggan. 295 00:18:24,855 --> 00:18:28,567 - Saya dah kata, Charles. Itu perniagaan. - Ya, tapi ia perniagaan anjing. 296 00:18:28,650 --> 00:18:32,279 Tujuan minggu sukarelawan ialah membantu komuniti, bukan? 297 00:18:32,362 --> 00:18:34,448 Pugsley pun sebahagian daripada komuniti. 298 00:18:34,531 --> 00:18:37,951 Awak bantu ia. Bukankah maksudnya awak bijak dalam perniagaan? 299 00:18:38,702 --> 00:18:43,498 Saya tak rasa begitu. Tapi awak berjaya menenangkan saya. 300 00:18:43,582 --> 00:18:46,168 Awak pun selalu tenangkan saya. 301 00:18:46,251 --> 00:18:48,712 Okey, anak-anak. Ayuh. 302 00:18:54,760 --> 00:18:57,262 Kenapa bawa banyak beg? 303 00:18:58,555 --> 00:19:01,350 Kita berdua tak boleh gagal minggu sukarelawan. 304 00:19:04,770 --> 00:19:09,316 Walaupun ramai orang mungkin cuma nampak kompos sebagai tanah kotor, 305 00:19:09,399 --> 00:19:11,735 benda yang dipijak dan tak begitu penting, 306 00:19:11,818 --> 00:19:17,241 orang yang bijak akan faham nilainya sebagai kawan bumi dan kita semua. 307 00:19:18,367 --> 00:19:22,246 Charles, ini projek berkumpulan tapi awak tak bercakap pun. 308 00:19:22,329 --> 00:19:25,958 - Saya tekankan pada… - Sebenarnya, saya mahu cakap sesuatu. 309 00:19:26,041 --> 00:19:28,335 Saya banyak belajar dalam projek ini. 310 00:19:28,418 --> 00:19:31,421 Contohnya, pengkomposan mengembalikan khasiat kepada tanah. 311 00:19:31,505 --> 00:19:34,675 Sebab itu sayur bagus untuk kita. 312 00:19:34,758 --> 00:19:35,759 Bukan itu saja, 313 00:19:35,843 --> 00:19:39,555 ia membuang karbon dioksida dari atmosfera untuk perlahankan perubahan iklim. 314 00:19:39,638 --> 00:19:43,600 Walaupun kedengaran membosankan, tapi ia penting. 315 00:19:43,684 --> 00:19:44,893 Serta hebat. 316 00:19:45,936 --> 00:19:48,981 Selain itu, saya dan Sammy buatkan ini untuk kamu semua. 317 00:19:49,064 --> 00:19:51,733 Ia kompos pemula dengan arahan 318 00:19:51,817 --> 00:19:54,736 supaya kamu semua boleh jadi wira di laman rumah kamu. 319 00:19:56,989 --> 00:19:58,615 Bagaimana awak tahu semua itu? 320 00:19:58,699 --> 00:20:00,826 Panduan satu halaman yang awak beri. 321 00:20:00,909 --> 00:20:02,661 Betulkah? Awak baca? 322 00:20:06,623 --> 00:20:07,708 Hebatnya. 323 00:20:08,917 --> 00:20:12,212 - Kertasnya terbiodegrasi? - Jangan melampau, Sammy. 324 00:20:19,928 --> 00:20:22,139 Lizzie. Saya nak cakap dengan awak. 325 00:20:22,222 --> 00:20:24,474 Boleh saya jelaskan sesuatu dulu? 326 00:20:24,558 --> 00:20:29,062 Saya minta maaf sebab langgar peraturan dan awak kehilangan klien sebab itu. 327 00:20:29,146 --> 00:20:32,441 - Itulah hal saya nak bincangkan. - Sebenarnya, 328 00:20:32,524 --> 00:20:37,613 saya bukan jadi sukarelawan sebab suka anjing, tapi saya sayangkannya. 329 00:20:38,822 --> 00:20:42,492 Saya cari tentang Emma Bowser dan dapati itu sebab dia tubuhkan perniagaan ini. 330 00:20:42,576 --> 00:20:45,370 Petikan kata kesukaannya ialah, "Cari pekerjaan yang anda suka 331 00:20:45,454 --> 00:20:48,123 dan anda takkan bekerja seumur hidup anda." 332 00:20:48,207 --> 00:20:49,458 Ya. 333 00:20:49,541 --> 00:20:52,836 Sebab itu saya tubuhkan Bowser saya sendiri. Saya pun sayang anjing. 334 00:20:53,420 --> 00:20:55,631 Tapi bagaimana dengan Maz dan Pugsley? 335 00:20:56,215 --> 00:21:00,802 Rupa-rupanya, Maz beri kami ulasan bagus atas talian. 336 00:21:00,886 --> 00:21:04,515 Katanya, kakitangan Bowser "bersungguh-sungguh dalam tugas mereka." 337 00:21:04,598 --> 00:21:06,683 Telefon kami tak berhenti berdering. 338 00:21:08,477 --> 00:21:11,188 Maksudnya, saya dapat penilaian bagus? 339 00:21:12,439 --> 00:21:15,359 Bukan itu saja. Awak akan dapat permohonan maaf. 340 00:21:16,443 --> 00:21:17,653 Untuk apa? 341 00:21:17,736 --> 00:21:19,863 Sebab pandang rendah pada awak. 342 00:21:19,947 --> 00:21:23,534 Saya terlalu fokus pada peraturan dan tak sedar awak lebih pakar tentang anjing 343 00:21:23,617 --> 00:21:25,410 daripada kebanyakan orang dewasa yang pernah bekerja dengan saya. 344 00:21:26,161 --> 00:21:27,871 Awak bukan saja membantu Pugsley. 345 00:21:27,955 --> 00:21:32,209 Awak menyedarkan saya yang saya patut buat beberapa perubahan di sini. 346 00:21:36,421 --> 00:21:39,883 Hai. Saya Ruth daripada Bowser's Backyard. 347 00:21:39,967 --> 00:21:43,387 Selain kakitangan kami yang amat terlatih, 348 00:21:43,470 --> 00:21:46,515 kini Bowser juga ada sekumpulan sukarelawan 349 00:21:46,598 --> 00:21:51,854 yang dapat memastikan anjing anda gembira, selamat dan disayangi. 350 00:21:51,937 --> 00:21:54,857 Datanglah ke Bowser's Backyard. Kami bukan sekadar sebuah perniagaan, 351 00:21:54,940 --> 00:21:56,650 malah sebahagian daripada komuniti anda. 352 00:22:10,998 --> 00:22:12,916 BERDASARKAN SIRI BUKU SCHOLASTIC THE PUPPY PLACE OLEH ELLEN MILES 353 00:23:28,992 --> 00:23:30,994 Terjemahan sari kata oleh Tun Nur Hamizah