1 00:00:05,839 --> 00:00:10,511 Fakta: Kamus mendefinisikan wira sebagai orang dikagumi kerana keberanian, 2 00:00:10,594 --> 00:00:13,138 pencapaian hebat atau berhati mulia. 3 00:00:13,222 --> 00:00:15,724 Jika anda tanya budak-budak gred ketiga… 4 00:00:15,807 --> 00:00:18,685 Apa maksud "wira" bagi kamu? 5 00:00:18,769 --> 00:00:20,062 Orang yang boleh terbang. 6 00:00:20,145 --> 00:00:22,648 Yang tegakkan keadilan dalam masyarakatnya. 7 00:00:22,731 --> 00:00:25,359 Ada pendengaran dan penglihatan luar biasa. 8 00:00:25,442 --> 00:00:28,111 Selamatkan kita dengan membaling kereta dan sebagainya. 9 00:00:28,195 --> 00:00:31,240 Saya rasa ada pelbagai jenis wira. 10 00:00:31,323 --> 00:00:32,491 - Tapi… - Saya tahu. 11 00:00:32,573 --> 00:00:34,868 Saya biadab sebab menyampuk. Tak mengapa. 12 00:00:34,952 --> 00:00:36,912 Itu Charles, adik saya. 13 00:00:36,995 --> 00:00:40,123 Apa-apa pun, jika anda tanya siapa wira mereka… 14 00:00:40,207 --> 00:00:43,168 - Ibu saya. - Tentulah ibu saya. 15 00:00:43,252 --> 00:00:45,712 - Bapa saya. - Billie Eilish. 16 00:00:46,213 --> 00:00:47,214 Jawapannya kelakar, 17 00:00:47,297 --> 00:00:50,801 sebab ibu bapa kawan-kawan saya tak boleh terbang atau baling kereta. 18 00:00:50,884 --> 00:00:54,263 Saya tak tahu tentang Billie Eilish, tapi saya rasa dia pun sama. 19 00:00:54,346 --> 00:00:55,639 KEBAKARAN SEMALAMAN DAPAT DIKAWAL 20 00:00:55,722 --> 00:00:59,309 Ketegangan memuncak apabila penduduk dan perniagaan berdekatan dikosongkan. 21 00:00:59,393 --> 00:01:01,520 Tapi terima kasih kepada keberanian 22 00:01:01,603 --> 00:01:04,565 petindak pertama Pasukan Bomba Middleton, 23 00:01:04,647 --> 00:01:07,651 - nampaknya… - Saya harap ayah okey. 24 00:01:07,734 --> 00:01:09,736 Ayah memang perlukan mandian panas. 25 00:01:09,820 --> 00:01:11,488 - Ayah! - Hei. 26 00:01:12,281 --> 00:01:15,242 - Ayah okey. - Ayah takut? 27 00:01:15,325 --> 00:01:18,537 Ya. Jika ayah lambat sampai beberapa saat, 28 00:01:18,620 --> 00:01:21,415 ayah tak dapat beli biskut mapel Crumbdillyicious terakhir. 29 00:01:22,624 --> 00:01:23,625 Mujur awak selamat. 30 00:01:25,127 --> 00:01:26,128 Mereka tidur? 31 00:01:26,211 --> 00:01:29,089 Lizzie tidur lapan jam, Charles pula tak lena. 32 00:01:29,756 --> 00:01:33,218 - Dia risau akan awak. - Ayah selamatkan sesiapa? 33 00:01:33,302 --> 00:01:35,304 Ya. 34 00:01:35,387 --> 00:01:39,600 Makhluk kecil yang terperangkap sebab menyorok di hujung kabin. 35 00:01:40,309 --> 00:01:41,685 Kamu nak jumpa? 36 00:01:45,355 --> 00:01:47,232 Anak anjing! 37 00:01:48,984 --> 00:01:50,777 Boleh kita bela? 38 00:01:51,278 --> 00:01:54,239 - Ia boleh jadi hadiah hari lahir saya. - Tak adil. 39 00:01:54,323 --> 00:01:57,034 - Saya patut milikinya. Saya lebih tua. - Jadi? 40 00:01:57,117 --> 00:01:59,411 Saya lebih banyak tahu tentang anjing daripada awak. 41 00:01:59,494 --> 00:02:02,414 - Sudahlah. - Awak lebih tahu daripada semua orang. 42 00:02:02,497 --> 00:02:05,167 - Jadi? Mak, sokong saya. - Ayah, tolong. 43 00:02:05,250 --> 00:02:08,044 Okey. Hei. Dengar sini. Mak dan ayah dah berbincang 44 00:02:08,127 --> 00:02:10,255 dan kita belum bersedia untuk bela anak anjing. 45 00:02:10,339 --> 00:02:12,382 - Apa? - Apa? Bila kamu bincang? 46 00:02:12,466 --> 00:02:15,427 Tadi. Kami berpandangan macam ini. 47 00:02:17,137 --> 00:02:18,931 Itu perbincangan? 48 00:02:19,014 --> 00:02:22,976 Sama macam ayah tengok kamu begini dan kamu faham maksudnya. 49 00:02:24,144 --> 00:02:27,523 - Maksudnya, kita tak boleh bela. - Balai sedang cetak risalah 50 00:02:27,606 --> 00:02:30,734 dan sebarkan e-mel untuk mencari pemiliknya. 51 00:02:30,817 --> 00:02:34,238 Ayah tahu jika pemilik haiwan dijumpai tak muncul dalam tujuh hari, 52 00:02:34,321 --> 00:02:36,782 ada 90 peratus kemungkinan ia diabaikan? 53 00:02:36,865 --> 00:02:41,370 Sementara ayah cari pemiliknya, di mana ia akan tinggal? 54 00:02:45,165 --> 00:02:47,793 Saya yakin dengan perbincangan ini. 55 00:02:47,876 --> 00:02:48,877 Saya pun. 56 00:02:50,462 --> 00:02:54,883 Untuk beberapa hari saja. Tak mungkin ia akan kotorkan bilik stor. 57 00:02:54,967 --> 00:02:56,844 - Ya! - Ya! Terima kasih. 58 00:02:56,927 --> 00:02:57,928 Saya dah kata. 59 00:02:58,846 --> 00:03:01,765 Saya dah fikirkan nama. Ashley. 60 00:03:01,849 --> 00:03:05,310 Kita boleh panggilnya Ash, sebab ayah jumpa dalam debu. 61 00:03:05,394 --> 00:03:08,564 Atau sebab ia muncul daripada debu, kita namakan Phoenix. 62 00:03:08,647 --> 00:03:11,149 Saya baca buku tentang makhluk mitos. 63 00:03:11,733 --> 00:03:13,861 Tapi saya pun suka nama Ash. 64 00:03:14,778 --> 00:03:18,323 Mak perlu siapkan kerja, jadi ia tanggungjawab kamu. 65 00:03:18,407 --> 00:03:20,868 Beri makan, bersihkan najis dan pastikan ia tak bermasalah. 66 00:03:20,951 --> 00:03:22,202 Baiklah, mak. 67 00:03:22,286 --> 00:03:28,333 Jangan biarkan ia pijak karpet baharu. Bapa kamu dimaafkan kali ini. 68 00:03:30,002 --> 00:03:32,671 Hari ini hari pertama Ash di tempat baharu, 69 00:03:32,754 --> 00:03:36,341 saya rasa lebih baik saya dan Charles tak pergi ke sekolah 70 00:03:36,425 --> 00:03:39,678 - dan teman Ash. - Ya, idea yang bagus. 71 00:03:39,761 --> 00:03:40,762 Boleh? 72 00:04:05,621 --> 00:04:06,622 Apa? 73 00:04:13,712 --> 00:04:15,672 PENJAGAAN ANAK ANJING LIZZIE: BEKAS AIR DAN MAKANAN ANJING 74 00:04:15,756 --> 00:04:17,132 CHARLES: PASTIKAN RUMAH MESRA ANAK ANJING 75 00:04:18,634 --> 00:04:21,345 - Kelab debat? - Sudah hantar ucapan penutup. 76 00:04:21,428 --> 00:04:23,805 - Kelas memasak? - Mereka kehabisan tepung. 77 00:04:23,889 --> 00:04:26,266 - Bagus. Perhentian bas pukul 3:00? - Okey. 78 00:04:33,190 --> 00:04:34,399 Anjing yang baik. 79 00:04:35,400 --> 00:04:38,278 Yang mana anjing baik? Awak. 80 00:04:40,280 --> 00:04:43,867 Saya ada banyak gelaran, En. Peterson, tapi anjing yang baik… 81 00:04:43,951 --> 00:04:47,120 ialah kali pertama. Saya harap awak dapat tidur lena. 82 00:05:01,969 --> 00:05:04,012 Hei, Charles, ada apa dalam beg? 83 00:05:04,513 --> 00:05:07,975 Kuah cili vegan, serbuk pretzel, separuh sandwic keju panggang… 84 00:05:08,058 --> 00:05:10,727 Awak tak boleh beri anak anjing makan lebihan makanan. 85 00:05:10,811 --> 00:05:14,314 - Ia perlukan diet seimbang. - Ya, saya tahu. 86 00:05:14,940 --> 00:05:16,817 Okey, kita tak boleh buat silap. 87 00:05:16,900 --> 00:05:19,903 Jika kita mahu mak dan ayah benarkan kita bela Ash, 88 00:05:19,987 --> 00:05:21,488 semuanya perlu sempurna. 89 00:05:26,201 --> 00:05:27,452 Alamak! 90 00:05:27,536 --> 00:05:30,122 - Oh, Tuhan. - Apa awak dah buat? 91 00:05:32,624 --> 00:05:34,585 Busuk! Awak masih berbau asap. 92 00:05:34,668 --> 00:05:37,087 Okey. Kita ada setengah jam sebelum mak balik. 93 00:05:37,171 --> 00:05:39,089 Saya mandikan. Awak kemas bilik. 94 00:05:39,173 --> 00:05:41,967 Kenapa bukan saya mandikan dan awak kemas bilik? 95 00:05:42,050 --> 00:05:45,637 Charles, kita tiada masa nak bergaduh. Kita perlu bekerjasama sebagai pasukan. 96 00:05:45,721 --> 00:05:47,472 Itu saja cara kita dapat membelanya. 97 00:05:47,556 --> 00:05:49,808 Okey, tapi ia akan jadi anjing siapa? 98 00:05:49,892 --> 00:05:51,852 Bukan sesiapa. Ia akan jadi anjing kita. Okey? 99 00:05:51,935 --> 00:05:54,479 Okey. Kenapa bukan saya mandikan dan awak kemas bilik? 100 00:05:54,563 --> 00:05:57,691 Awak akan buat matanya dimasuki sabun. Kita perlu cuci guna air garam 101 00:05:57,774 --> 00:06:00,736 dan kita tak ada, sebab mak buang sejak ayah jalani LASIK. 102 00:06:00,819 --> 00:06:03,488 - Tapi kita boleh gunakan… - Tak mengapa. 103 00:06:04,656 --> 00:06:08,243 - Awak mandikan dan saya kemas bilik. - Bagus. Mari, Ash. 104 00:06:17,794 --> 00:06:21,465 Mak dah balik. Bilik stor dah kemas. Bagaimana mandian Ash? 105 00:06:25,511 --> 00:06:26,512 Mengejutkan. 106 00:06:27,095 --> 00:06:30,265 - Tak mungkin! - Percayalah. 107 00:06:30,766 --> 00:06:34,102 Ia diselaputi asap. Rupa-rupanya ia Golden Retriever. 108 00:06:34,186 --> 00:06:36,396 Lizzie? Charles? 109 00:06:36,480 --> 00:06:37,731 Di sini. 110 00:06:38,273 --> 00:06:40,442 Okey. Mari kenalkan mak kepada… 111 00:06:40,526 --> 00:06:43,403 - Goldie. - Goldie? 112 00:06:43,487 --> 00:06:46,031 Ia dah tak nampak macam debu, betul? 113 00:06:46,114 --> 00:06:48,450 Goldie si Golden Retriever? 114 00:06:50,285 --> 00:06:51,495 Saya suka. 115 00:06:51,578 --> 00:06:54,414 Jadi, bagaimana hari pertama Ash… 116 00:06:55,541 --> 00:06:56,542 Ini anjing apa? 117 00:07:04,591 --> 00:07:07,302 Kami sangat risau ia tersedut banyak asap. 118 00:07:07,386 --> 00:07:09,137 Anjing boleh sakit. 119 00:07:09,221 --> 00:07:10,973 Saya rasa dia tahu. 120 00:07:11,723 --> 00:07:16,270 Saya nampak sesuatu di sini. Lubang telinga merah jambu comel. 121 00:07:17,396 --> 00:07:19,356 Paru-paru dan degupan jantungnya bagus. 122 00:07:19,439 --> 00:07:20,941 Ia sihat dan boleh balik. 123 00:07:21,024 --> 00:07:23,318 Jadi, berapa bayarannya? 124 00:07:23,402 --> 00:07:24,570 Biar saya lihat. 125 00:07:24,653 --> 00:07:28,949 Anak anjing comel yang diselamatkan dalam kebakaran adalah percuma. 126 00:07:29,700 --> 00:07:31,743 - Terima kasih. - Terima kasih. 127 00:07:31,827 --> 00:07:34,830 Terima kasih sebab jaga Goldie. Ia comel. 128 00:07:34,913 --> 00:07:38,917 - Ia cuma perlukan KKK. - Maksud awak, PDK? 129 00:07:39,001 --> 00:07:42,629 Bukan, KKK. Kesabaran, kasih sayang dan konsisten. 130 00:07:42,713 --> 00:07:45,382 Saya tahu kamu berdua pasti akan menyayanginya, 131 00:07:45,465 --> 00:07:49,094 - tapi melatih anjing mengambil masa. - Awak ada nasihat? 132 00:07:49,678 --> 00:07:53,265 Saya penyokong pendedahan awal kepada haiwan lain. 133 00:07:53,849 --> 00:07:55,475 Kenalkan kepada anjing lain. 134 00:07:55,559 --> 00:07:57,936 Ada perdebatan dalam komuniti penjagaan haiwan, 135 00:07:58,020 --> 00:08:00,439 - tapi saya rasa mereka… - Debat. 136 00:08:00,522 --> 00:08:03,775 Alamak, saya dah lambat. Saya pergi dulu. 137 00:08:03,859 --> 00:08:06,778 Hei, janji awak akan bawanya balik terus. 138 00:08:06,862 --> 00:08:09,114 - Ya. Janji. - Selamat tinggal. 139 00:08:09,198 --> 00:08:10,407 Selamat tinggal. 140 00:08:11,158 --> 00:08:12,576 Awak tak perlu berkongsi. 141 00:08:15,495 --> 00:08:16,830 Goldie, tengok. 142 00:08:22,085 --> 00:08:23,086 Hai. 143 00:08:24,421 --> 00:08:27,090 Saya nampak anjing awak duduk tepi tingkap 144 00:08:27,174 --> 00:08:30,469 dan saya fikir mungkin ia boleh berkawan. 145 00:08:30,552 --> 00:08:34,472 Berkawan? Dengan Rufus? Tidak. 146 00:08:34,556 --> 00:08:38,894 Rufus cuma mahu duduk sendirian dan memandang ke luar tingkap. 147 00:08:40,437 --> 00:08:41,355 Kenapa? 148 00:08:41,438 --> 00:08:46,026 Ia jadi begitu sejak Henry kesayangan saya meninggal dunia tahun lepas. 149 00:08:47,569 --> 00:08:48,946 Maafkan saya. 150 00:08:52,741 --> 00:08:57,871 Saya tahu awak tak kenal saya atau Goldie, tapi boleh kita cuba? 151 00:08:57,955 --> 00:09:01,708 Saya rasa ia boleh membantunya dan Rufus. 152 00:09:01,792 --> 00:09:04,503 Barulah ibu bapa saya benarkan saya bela Goldie. 153 00:09:04,586 --> 00:09:07,422 Tiada masalah jika cuma berjumpa, bukan? 154 00:09:08,006 --> 00:09:09,591 Masalah akan timbul. 155 00:09:09,675 --> 00:09:13,470 Rufus agak jengkel kerana dah tua 156 00:09:13,554 --> 00:09:17,933 dan anak anjing awak akan dibuli dan bukan jadi pengikut. 157 00:09:18,016 --> 00:09:22,396 Awak patut balik sebab saya perlu… Rufus! 158 00:09:23,313 --> 00:09:25,440 Alamak! Tidak! Rufus! 159 00:09:25,524 --> 00:09:27,860 - Goldie, berhenti! - Rufus, jangan! 160 00:09:29,403 --> 00:09:31,446 Nenek, kenapa? 161 00:09:32,030 --> 00:09:34,575 Tengoklah, Sammy. 162 00:09:34,658 --> 00:09:37,828 - Tak mungkin. - Percayalah. 163 00:09:40,038 --> 00:09:42,332 Agak pelik kita tak pernah berjumpa di sekolah. 164 00:09:42,416 --> 00:09:46,003 Saya tak kenal ramai kawan. Saya dan nenek berpindah ke sini empat bulan lalu. 165 00:09:46,670 --> 00:09:49,965 - Selepas datuk awak meninggal dunia? - Datuk saya? 166 00:09:50,048 --> 00:09:51,800 Datuk awak. Henry. 167 00:09:52,384 --> 00:09:56,054 Bukan. Henry anjing kami yang lain. Ia sangat tua. 168 00:09:58,640 --> 00:10:02,519 - Goldie sangat suka tulang itu. - Tak sangka Rufus benarkan ia ambil. 169 00:10:02,603 --> 00:10:05,856 Ia suka perisa mentega kacang. Pasti Rufus suka Goldie. 170 00:10:05,939 --> 00:10:07,316 Saya rasa Goldie pun suka Rufus. 171 00:10:09,568 --> 00:10:11,528 Rufus tahu apa-apa helah? 172 00:10:11,612 --> 00:10:14,281 Beberapa saja. Hei, Rufus. Laga penumbuk. 173 00:10:16,033 --> 00:10:18,368 Hebat. Boleh awak ajar Goldie? 174 00:10:18,452 --> 00:10:20,245 Entahlah. Tapi kita boleh cuba. 175 00:10:25,125 --> 00:10:26,752 Jadi, bagaimana dengan debat? 176 00:10:26,835 --> 00:10:29,796 Kakak kamu hebat. Mak rasa kamu pasti suka. 177 00:10:29,880 --> 00:10:32,424 - Awak ke mana? - Panjang ceritanya, tapi… 178 00:10:32,508 --> 00:10:34,676 - Selamat pagi. - Awak bangun lambat. 179 00:10:35,385 --> 00:10:36,386 Selamat pagi. 180 00:10:36,970 --> 00:10:38,430 Malam yang mencabar di balai bomba. 181 00:10:38,514 --> 00:10:41,391 Saya ambil masa lama untuk kalahkan Leftenan Fleckman dalam Mega Cart Racer. 182 00:10:41,475 --> 00:10:45,312 Tahniah. Saya tahu awak banyak berlatih lakukan belokan sambil membrek. 183 00:10:45,395 --> 00:10:46,688 Ada perkembangan tentang anjing? 184 00:10:46,772 --> 00:10:50,108 Sebenarnya, saya ada berita baik dan buruk. 185 00:10:51,985 --> 00:10:53,195 Berita buruk dulu. 186 00:10:53,278 --> 00:10:56,823 Tiada siapa muncul untuk mengambilnya, jadi nampaknya betul kata kamu. 187 00:10:56,907 --> 00:10:58,408 Goldie mungkin diabaikan. 188 00:10:59,535 --> 00:11:03,539 - Jadi, apa berita baik? - Ada pasangan ternampak risalah 189 00:11:03,622 --> 00:11:06,250 dan mereka berminat nak bela Goldie. 190 00:11:07,417 --> 00:11:10,504 - Mereka akan datang hujung minggu ini. - Ayah kata berita baik. 191 00:11:10,587 --> 00:11:12,464 Itu berita paling teruk! 192 00:11:12,548 --> 00:11:16,635 - Sayang, kami kata beberapa hari. - Tak, mak yang kata. 193 00:11:16,718 --> 00:11:21,306 Tolonglah. Goldie anak anjing yang baik dan bijak. Tengok. 194 00:11:23,100 --> 00:11:25,102 Sekejap, apa awak buat? 195 00:11:25,686 --> 00:11:27,980 Charles, mak dah kata jangan benarkan ia pijak karpet baharu. 196 00:11:28,063 --> 00:11:30,440 Saya ajarnya helah. Percayalah. 197 00:11:31,400 --> 00:11:33,151 Okey, Goldie. Laga penumbuk. 198 00:11:35,946 --> 00:11:37,531 Ayuh, kamu tahu caranya. Laga penumbuk. 199 00:11:38,740 --> 00:11:40,158 Goldie, tidak! 200 00:11:40,993 --> 00:11:43,370 Mari, si kecil. Hei. Mari keluar. 201 00:11:43,453 --> 00:11:45,372 Charles, jumpa mak di dapur. 202 00:11:45,455 --> 00:11:47,916 Pergi ambil tabung kamu berdua. 203 00:11:50,335 --> 00:11:53,630 Helah yang bagus, Charles. Terima kasih sebab jejaskan peluang kita. 204 00:11:56,133 --> 00:11:59,094 Ya, saya dah jejaskan segalanya. 205 00:12:02,931 --> 00:12:04,600 Lizzie tak nak tegur saya… 206 00:12:05,726 --> 00:12:08,687 ia tidaklah teruk, tapi masih menyedihkan. 207 00:12:08,770 --> 00:12:10,939 Jangan. Guna ini. 208 00:12:12,191 --> 00:12:14,359 Ini saja penyedut awak perlukan. 209 00:12:14,443 --> 00:12:17,696 Awak tahu berapa banyak pokok dan penyu dapat diselamatkan? 210 00:12:17,779 --> 00:12:20,282 Pasti ibu bapa saya tak benarkan saya bela penyu juga. 211 00:12:20,365 --> 00:12:23,744 Baguslah. Penyu lebih gembira di habitat semula jadinya 212 00:12:23,827 --> 00:12:25,913 dan ia boleh hidup selama lebih 100 tahun. 213 00:12:25,996 --> 00:12:28,874 Siapa akan menjaganya? 214 00:12:30,000 --> 00:12:31,251 Saya cakap saja. 215 00:12:32,169 --> 00:12:35,547 Saya perlu tunggu sehingga dewasa untuk bela anak anjing. 216 00:12:35,631 --> 00:12:36,632 Sebenarnya, 217 00:12:36,715 --> 00:12:40,594 awak boleh bawa Goldie ke rumah saya, kita boleh ajar lebih banyak helah. 218 00:12:40,677 --> 00:12:42,930 Kemudian, mungkin ibu bapa awak akan ubah fikiran 219 00:12:43,013 --> 00:12:45,849 - sebelum pasangan itu datang. - Entahlah. 220 00:12:45,933 --> 00:12:50,938 Tolonglah. Rufus sedih. Ia habiskan sepanjang hari merenung ke luar tingkap. 221 00:12:51,021 --> 00:12:53,106 Tapi ia suka bermain dengan Goldie. 222 00:12:53,190 --> 00:12:56,068 Saya pun suka. Ia mengingatkan saya kepada Henry. 223 00:12:56,652 --> 00:13:01,240 Apa salahnya? Paling teruk pun, ia kencing atas karpet nenek awak. 224 00:13:02,533 --> 00:13:04,201 - Laga penumbuk? - Ya. 225 00:13:12,501 --> 00:13:15,003 - Ini saya. - Sebab itu saya kunci. 226 00:13:15,087 --> 00:13:19,466 Lizzie, saya tahu saya buat silap. Tapi saya rasa saya boleh betulkan. 227 00:13:20,634 --> 00:13:25,180 Tapi saya tak boleh buat tanpa awak. Kita satu pasukan, bukan? 228 00:13:34,606 --> 00:13:36,400 Okey, Rufus. Duduk. 229 00:13:37,609 --> 00:13:39,361 Bagus. Giliran awak. 230 00:13:39,444 --> 00:13:42,030 - Hei, Goldie. Berdiri, kemudian duduk. - Berdiri. 231 00:13:42,698 --> 00:13:45,868 Jika nak duduk, kamu perlu berdiri. Jadi, berdiri kemudian duduk. 232 00:13:56,920 --> 00:13:59,381 Goldie sangat suka tulang mentega kacang itu. 233 00:14:17,900 --> 00:14:19,151 Hei, Charles. 234 00:14:19,735 --> 00:14:23,906 Dengar sini. Saya rasa bersalah dan tak patut marah awak. 235 00:14:24,489 --> 00:14:28,160 Maksud saya, kebanyakan masa awak patut dimarahi, tapi bukan kali ini. 236 00:14:28,243 --> 00:14:31,538 Tak apa. Awak fikir kita akan kehilangan Goldie. 237 00:14:31,622 --> 00:14:34,583 - Saya pun akan marah. - Bukan itu saja. 238 00:14:34,666 --> 00:14:38,086 Saya rasa kadangkala saya suka rasa terkawal. 239 00:14:38,170 --> 00:14:39,546 Kadangkala? 240 00:14:40,214 --> 00:14:44,426 Apa-apa sajalah. Sebagai pasukan, saya tak boleh kawal segalanya. 241 00:14:44,510 --> 00:14:46,261 Awak dimaafkan kali ini. 242 00:14:46,845 --> 00:14:48,096 Terima kasih. 243 00:14:48,180 --> 00:14:52,100 Okey. Kita ada tiga hari untuk latih Goldie sebelum pasangan itu datang. 244 00:14:52,184 --> 00:14:54,811 Kemudian, setelah mak dan ayah sedar betapa hebatnya kamu, 245 00:14:54,895 --> 00:14:56,897 kamu boleh tinggal dengan kami buat selamanya. 246 00:14:59,775 --> 00:15:00,776 Mari. 247 00:15:00,859 --> 00:15:02,653 Mari. 248 00:15:04,363 --> 00:15:05,614 Mereka dah balik. 249 00:15:05,697 --> 00:15:07,324 Ini tentu Goldie. 250 00:15:07,407 --> 00:15:09,409 Comelnya kamu. 251 00:15:09,493 --> 00:15:10,577 Anak-anak, ini pasangan Lu. 252 00:15:10,661 --> 00:15:14,957 Saya sangka mereka akan datang hari Sabtu. 253 00:15:15,040 --> 00:15:18,418 Setiap hari kami tengok gambar Goldie. Kami tak sabar. 254 00:15:18,502 --> 00:15:20,504 - Boleh kami belai? - Ya. 255 00:15:21,421 --> 00:15:25,509 Tapi sekarang, ia haus. 256 00:15:25,592 --> 00:15:28,679 - Ya, haus. - Ya. Ia perlu minum. 257 00:15:31,431 --> 00:15:33,433 Okey. Saya ada soalan. 258 00:15:33,934 --> 00:15:35,352 Laman awak berpagar? 259 00:15:35,853 --> 00:15:38,814 Ya. Seluas 12,000 meter persegi, jadi ada banyak ruang untuk ia berlari. 260 00:15:39,481 --> 00:15:43,193 Bagus, tapi ia tak boleh berlari sendirian setiap masa. 261 00:15:43,277 --> 00:15:46,154 Seseorang perlu ada di rumah buat kebanyakan masa. 262 00:15:46,238 --> 00:15:49,241 - Lizzie. - Saya bekerja dari rumah. 263 00:15:49,324 --> 00:15:52,327 Saya cef organik dan saya bercadang nak masakkan 264 00:15:52,411 --> 00:15:53,704 semua makanan Goldie sendiri. 265 00:15:53,787 --> 00:15:57,249 Keperluan makanan anak anjing berbeza daripada anjing dewasa. 266 00:15:57,332 --> 00:15:59,209 Saya rasa kami boleh lakukannya. 267 00:16:00,711 --> 00:16:02,880 Don pelajar tahun ketiga di kolej veterinar 268 00:16:02,963 --> 00:16:05,465 tapi dia berhenti belajar untuk tubuhkan syarikat cermin matanya sendiri. 269 00:16:05,549 --> 00:16:07,301 Bagi setiap cermin mata yang terjual, 270 00:16:07,384 --> 00:16:10,220 kami dermakan sepasang kepada kanak-kanak memerlukan di negara kurang maju. 271 00:16:10,304 --> 00:16:15,017 - Berhenti belajar? Entahlah. - Lizzie, cukup. 272 00:16:15,726 --> 00:16:19,396 Maafkan saya. Mereka sangat sayangkan anak anjing ini. 273 00:16:19,479 --> 00:16:21,899 Kami faham. 274 00:16:21,982 --> 00:16:23,650 Maaf, ini Goldie. 275 00:16:26,820 --> 00:16:29,781 - Doakan saya. - Mentega kacang? 276 00:16:31,116 --> 00:16:32,409 Hai! Comel. 277 00:16:32,492 --> 00:16:35,037 Hei, mak, boleh kami tanggalkan tali Goldie? 278 00:16:35,120 --> 00:16:39,249 Saya rasa, pasangan Lu perlu lihat keadaan Goldie yang lebih tenang. 279 00:16:39,333 --> 00:16:41,960 - Awak tahu banyak tentang anjing. - Ya. 280 00:16:42,044 --> 00:16:43,128 Okey. 281 00:16:46,673 --> 00:16:47,591 Comel. 282 00:16:53,764 --> 00:16:54,723 Beg saya! 283 00:16:57,267 --> 00:16:59,770 Anak anjing memang begini. Okey, Goldie. Lepaskan. 284 00:17:01,146 --> 00:17:02,105 - Goldie. - Okey. 285 00:17:03,815 --> 00:17:04,858 Goldie. 286 00:17:07,611 --> 00:17:08,612 Oh, Tuhan. 287 00:17:08,694 --> 00:17:11,573 Goldie, kamu memang nakal. 288 00:17:16,744 --> 00:17:18,539 Kejadian tadi pasti takkan dapat dilupakan. 289 00:17:18,622 --> 00:17:21,750 Helah mentega kacang anak anjing terhebat abad ke-21. 290 00:17:21,834 --> 00:17:25,127 Saya rasa, pasangan Lu takkan bela anak anjing buat masa lama. 291 00:17:27,798 --> 00:17:29,591 Saya harap awak salah. 292 00:17:29,675 --> 00:17:33,011 Mereka akan jadi keluarga yang bagus untuk anjing yang sesuai. 293 00:17:33,095 --> 00:17:36,765 Asalkan bukan Goldie. Ia milik kita. 294 00:17:36,849 --> 00:17:40,227 - Kejadian yang pelik. - Saya faham. 295 00:17:40,310 --> 00:17:44,439 Tak sangka anjing bersikap begitu apabila dengan orang ia tak suka. 296 00:17:44,523 --> 00:17:49,111 Tengoklah sikapnya apabila bersama orang yang ia suka. 297 00:17:49,194 --> 00:17:50,946 Kamu tak marah Goldie, bukan? 298 00:17:51,029 --> 00:17:53,907 Tentulah tak. Bukan salah Goldie. 299 00:17:53,991 --> 00:17:56,410 Kami tak tahu ia susah dikawal. 300 00:17:56,493 --> 00:17:59,788 Apa maksud ayah? Kenapa ayah pegang tali Goldie? 301 00:18:00,706 --> 00:18:04,334 Mak dan ayah jumpa pusat perlindungan haiwan di Middleton. 302 00:18:04,418 --> 00:18:08,255 Mereka lebih pakar untuk jaga anak anjing aktif macam Goldie. 303 00:18:08,338 --> 00:18:10,382 Ini pilihan terbaik untuknya. 304 00:18:10,465 --> 00:18:13,552 - Ayah akan hantar ia esok. - Tak boleh, ayah! 305 00:18:13,635 --> 00:18:17,306 Sayang, kamu takkan menang perdebatan ini. 306 00:18:17,389 --> 00:18:19,641 Kamu berdua boleh ucap perpisahan pagi esok, okey? 307 00:18:20,559 --> 00:18:21,768 Mari, sayang. 308 00:18:26,648 --> 00:18:27,649 Mari. 309 00:18:29,151 --> 00:18:32,821 Saya buat silap… lagi. 310 00:18:41,330 --> 00:18:42,331 Hei. 311 00:18:45,042 --> 00:18:46,877 Awak pun tak boleh tunggu pagi esok? 312 00:18:46,960 --> 00:18:49,922 Awak tahu saya tak boleh tidur setiap kali ayah bertugas, bukan? 313 00:18:50,005 --> 00:18:50,923 Ya? 314 00:18:51,006 --> 00:18:53,634 Goldie pun ada mak dan ayah. 315 00:18:54,676 --> 00:18:56,553 Mungkin juga adik-beradik. 316 00:18:56,637 --> 00:18:59,515 Awak rasa ia tertanya-tanya jika mereka akan kembali? 317 00:19:01,141 --> 00:19:02,267 Entahlah. 318 00:19:02,351 --> 00:19:06,605 Sekarang, ia cuma ada kita. Kita pula akan serahkannya. 319 00:19:06,688 --> 00:19:07,940 Tak adil. 320 00:19:08,023 --> 00:19:12,402 Charles, ramai orang akan jumpa Goldie di pusat itu. 321 00:19:12,486 --> 00:19:15,322 Mereka akan jatuh sayang padanya, bawa ia pulang 322 00:19:15,405 --> 00:19:17,074 dan jadikannya ahli keluarga mereka. 323 00:19:18,534 --> 00:19:20,494 Awak rasa begitu? 324 00:19:21,745 --> 00:19:24,081 - Ya. - Saya harap awak betul. 325 00:19:24,748 --> 00:19:28,961 Kadangkala, jika kita yakin perkara baik akan berlaku, ia akan jadi kenyataan. 326 00:19:29,044 --> 00:19:33,465 Sebab itu saya boleh tidur apabila ayah tiada. Saya tahu dia akan selamat. 327 00:19:41,223 --> 00:19:42,224 Hei. 328 00:19:42,307 --> 00:19:45,727 Selamat pagi. Ayah baru terima pesanan suara aneh daripada Don Lu. 329 00:19:45,811 --> 00:19:49,147 Dia kata dia boleh buat sandwic menggunakan seluarnya. 330 00:19:49,231 --> 00:19:50,816 Kemudian, kami terjumpa ini. 331 00:19:54,236 --> 00:19:58,115 Itulah rancangan kami: latih Goldie dengan Rufus setiap hari minggu ini 332 00:19:58,198 --> 00:20:01,702 supaya kamu boleh lihat betapa hebatnya ia dan akhirnya benarkan kami bela. 333 00:20:01,785 --> 00:20:04,663 Tapi, pasangan Lu datang awal dan jejaskan segalanya. 334 00:20:04,746 --> 00:20:08,000 Jika difikirkan semula, ia salah mereka. 335 00:20:08,083 --> 00:20:09,835 - Ya. - Jadi, begitulah. 336 00:20:09,918 --> 00:20:12,796 - Dah habis bercakap? - Seperkara lagi. 337 00:20:12,880 --> 00:20:16,216 Saya dan Charles bersetuju mengurangkan elaun sebanyak 50% 338 00:20:16,300 --> 00:20:21,054 selama suatu tempoh untuk ganti beg mahal pasangan Lu yang rosak. 339 00:20:21,138 --> 00:20:22,347 Serta seluarnya. 340 00:20:22,431 --> 00:20:23,515 Ya. 341 00:20:23,599 --> 00:20:25,934 - Sekarang baru habis. - Okey. 342 00:20:26,018 --> 00:20:28,604 Biar ayah kongsikan tentang didikan yang bagus. 343 00:20:29,938 --> 00:20:31,273 Okey. Baiklah. 344 00:20:31,356 --> 00:20:36,862 Dengar sini. Walau sekuat mana kamu cuba, kamu akan buat kesilapan yang banyak. 345 00:20:37,988 --> 00:20:40,532 Tapi, itu tak penting. 346 00:20:40,616 --> 00:20:44,244 Perkara paling penting tentang menjadi ibu bapa yang bagus 347 00:20:44,328 --> 00:20:46,496 ialah buat apa yang terbaik untuk anak-anak. 348 00:20:47,247 --> 00:20:50,918 Jadi, maksudnya ayah tahu apa yang terbaik untuk kami 349 00:20:51,001 --> 00:20:53,003 iaitu menyerahkan Goldie? 350 00:20:53,086 --> 00:20:56,465 Walaupun kami tak setuju, 351 00:20:56,548 --> 00:20:59,760 itu tak penting sebab kamu ibu bapa yang bagus? 352 00:20:59,843 --> 00:21:01,762 Kamu berdua buat salah. Okey? 353 00:21:01,845 --> 00:21:05,641 Macam ayah kamu cakap, ibu bapa yang bagus buat silap. 354 00:21:06,850 --> 00:21:09,811 Sekejap. Kami ibu bapa bagus? 355 00:21:09,895 --> 00:21:11,063 Semasa kamu masih kecil, 356 00:21:11,146 --> 00:21:14,816 berlaku ribut petir dan kamu tak boleh tidur. 357 00:21:14,900 --> 00:21:16,735 Mahu tahu apa mak dan ayah buat? 358 00:21:16,818 --> 00:21:19,905 Kami bina kubu selimut dan teman kamu sepanjang malam. 359 00:21:19,988 --> 00:21:22,950 Sama seperti yang kamu berdua bina untuk Goldie. 360 00:21:23,033 --> 00:21:24,618 Saya rasa kita guna selimut yang sama. 361 00:21:26,411 --> 00:21:32,417 Apabila kami nampak, kami sedar kamu dah bersedia untuk bela anak anjing. 362 00:21:32,501 --> 00:21:33,585 - Betulkah? - Apa? 363 00:21:33,669 --> 00:21:35,754 Kami tak perlu berpandangan pun. 364 00:21:35,838 --> 00:21:37,047 - Ya! - Aduhai… 365 00:21:37,130 --> 00:21:39,716 Tapi, kamu perlu hubungi pasangan Lu dan minta maaf dulu. 366 00:21:39,800 --> 00:21:43,053 Serta berjanji jangan benarkan ia pijak karpet selagi tiada pintu anjing. 367 00:21:43,136 --> 00:21:44,263 - Okey. Setuju. - Ya! Okey. 368 00:21:44,346 --> 00:21:45,472 Mari. 369 00:21:45,556 --> 00:21:49,309 - Goldie! - Goldie! Cuba teka! 370 00:21:50,602 --> 00:21:52,479 Goldie? Mana ia? 371 00:21:54,523 --> 00:21:56,942 - Goldie? - Goldie? 372 00:21:57,025 --> 00:21:58,652 Mari. Jangan takut. 373 00:22:00,529 --> 00:22:02,573 - Charles? - Apa? 374 00:22:04,575 --> 00:22:07,494 Saya rasa Goldie dah buat pintunya. 375 00:22:09,204 --> 00:22:11,498 - Goldie! - Goldie! 376 00:22:11,582 --> 00:22:14,251 - Goldie! - Goldie! Mana ia? 377 00:22:14,334 --> 00:22:16,879 Awak rasa ia tahu ia akan dihantar ke pusat perlindungan? 378 00:22:16,962 --> 00:22:20,549 Goldie tak sebijak itu. Mungkin ia cuma mahu bermain? 379 00:22:20,632 --> 00:22:22,885 Tak masuk akal. Kenapa ia lari? 380 00:22:22,968 --> 00:22:25,554 - Ia boleh main dengan kita. - Entahlah, Charles. 381 00:22:27,014 --> 00:22:29,224 Saya tahu ia pergi ke mana. Ikut saya. 382 00:22:46,200 --> 00:22:49,786 Tengoklah ia bermain. Macam kawan baik. 383 00:22:50,704 --> 00:22:53,916 - Begitulah ia bermain dengan Henry. - Betul. 384 00:22:56,376 --> 00:22:59,171 Pasti kamu gembira ibu bapa kamu benarkan kamu bela Goldie. 385 00:22:59,254 --> 00:23:02,633 - Ya. - Kenapa? 386 00:23:02,716 --> 00:23:06,720 Tiada apa-apa. Goldie nampak sangat gembira bermain dengan Rufus. 387 00:23:07,221 --> 00:23:10,015 Ya. Sangat gembira. 388 00:23:18,315 --> 00:23:20,609 Saya dan kakak saya baru berbincang 389 00:23:20,692 --> 00:23:24,571 dan kami nak tanya jika awak mahu bela Goldie. 390 00:23:24,655 --> 00:23:25,697 Apa? 391 00:23:26,990 --> 00:23:28,575 Kami sayang Goldie. 392 00:23:28,659 --> 00:23:32,287 Tapi, perkara paling penting ialah apa yang terbaik untuk ia. 393 00:23:32,371 --> 00:23:33,872 Serta Rufus. 394 00:23:34,498 --> 00:23:37,125 Serta nenek dan awak, Sammy. 395 00:23:37,209 --> 00:23:38,919 Betulkah? Awak pasti? 396 00:23:39,503 --> 00:23:40,504 Ya. 397 00:23:42,130 --> 00:23:43,131 Kami pasti. 398 00:23:43,215 --> 00:23:45,884 Boleh, nenek? Tolonglah. 399 00:23:49,429 --> 00:23:50,806 Dengan satu syarat. 400 00:23:50,889 --> 00:23:55,519 Kamu berdua perlu jadi ibu bapa angkat Goldie. 401 00:23:55,602 --> 00:23:57,980 - Setuju. - Setuju. 402 00:23:58,063 --> 00:23:59,648 Nampaknya, dah selesai. 403 00:24:00,274 --> 00:24:03,110 Hei, Rufus, mari sini. Kami ada berita baik. 404 00:24:04,528 --> 00:24:05,779 Goldie, mari. 405 00:24:07,447 --> 00:24:08,448 Goldie. 406 00:24:09,783 --> 00:24:13,495 Jangan risau. Kawan saya Sammy pelatih anjing yang hebat. 407 00:24:15,080 --> 00:24:18,125 Saya langsung tak risau. Saya rasa ia akan jadi kawan baik. 408 00:24:22,045 --> 00:24:25,299 Oh ya, jika anda nak tahu apa Charles nak katakan awal tadi 409 00:24:25,382 --> 00:24:27,050 sebelum saya menyampuk, saksikan. 410 00:24:27,134 --> 00:24:30,345 Sebenarnya, dia agak bijak walaupun baru gred ketiga. 411 00:24:30,429 --> 00:24:32,139 Lagipun, dia adik saya. 412 00:24:33,390 --> 00:24:36,518 Saya rasa ada pelbagai jenis wira, 413 00:24:36,602 --> 00:24:40,022 tapi satu persamaan mereka ialah membantu orang lain. 414 00:24:40,105 --> 00:24:44,359 Wira tak semestinya orang. Ia boleh jadi anjing juga. 415 00:24:44,443 --> 00:24:48,280 Anjing sangat hebat. Ia menemani dan menyayangi kita. 416 00:24:48,363 --> 00:24:51,617 Kadangkala, ia bantu kita buat kawan baharu. 417 00:24:51,700 --> 00:24:55,204 Tapi, ia perlukan kita untuk menjaga dan menjadi wiranya. 418 00:24:58,457 --> 00:24:59,499 Tamat. 419 00:25:20,646 --> 00:25:21,647 BERDASARKAN SIRI BUKU SCHOLASTIC 420 00:25:21,730 --> 00:25:22,564 THE PUPPY PLACE OLEH ELLEN MILES 421 00:26:38,640 --> 00:26:40,642 Terjemahan sari kata oleh Tun Nur Hamizah