1 00:00:31,041 --> 00:00:33,458 Akhirnya, saya jumpa awak! 2 00:00:36,250 --> 00:00:37,666 Marie? 3 00:00:37,666 --> 00:00:40,375 Tiada tempat untuk awak lari. 4 00:00:47,291 --> 00:00:49,083 Saya tahu awak di atas, Marie. 5 00:00:51,083 --> 00:00:52,708 Tiada jalan keluar. 6 00:00:54,458 --> 00:00:58,875 Saya lemah dan lembab, tapi kemahuan saya kuat. 7 00:01:16,708 --> 00:01:18,541 Saya akan tangkap awak, Marie. 8 00:02:01,666 --> 00:02:04,500 Rasanya awak telah membuat penghadang. 9 00:02:05,500 --> 00:02:06,708 Gadis bijak. 10 00:02:09,458 --> 00:02:11,208 Tapi kini ia perlu berakhir. 11 00:02:14,791 --> 00:02:16,333 Saya ada senjata, Marie. 12 00:02:17,833 --> 00:02:19,750 Saya juga ada bom tangan. 13 00:02:21,958 --> 00:02:24,583 Tak perlu lagi... 14 00:02:25,541 --> 00:02:27,958 guna tenaga... 15 00:02:28,916 --> 00:02:30,916 atau bahan letupan jika... 16 00:02:31,625 --> 00:02:34,833 jika awak jawab soalan mudah saya. 17 00:02:36,208 --> 00:02:38,708 Orang Amerika berada di tembok bandar. 18 00:02:38,708 --> 00:02:40,958 Tiada masa untuk main-main. 19 00:02:42,000 --> 00:02:46,500 Awak cuma perlu beritahu saya lokasi Lautan Nyala itu! 20 00:02:46,500 --> 00:02:48,458 Pak Cik Etienne, saya takut. 21 00:02:49,333 --> 00:02:50,958 Saya nak pak cik pulang. 22 00:02:52,000 --> 00:02:53,666 Tolong pulang. 23 00:03:24,291 --> 00:03:25,500 Profesor... 24 00:03:29,416 --> 00:03:30,541 Awak tak apa-apa? 25 00:03:31,791 --> 00:03:32,875 Tidak... 26 00:03:34,166 --> 00:03:38,250 Tak, saya tak okey. 27 00:03:51,750 --> 00:03:53,958 Ia tempat yang baik untuk ini. 28 00:03:55,375 --> 00:03:56,375 Untuk apa? 29 00:03:58,625 --> 00:04:02,458 Ilmu terakhir yang awak akan belajar daripada saya. 30 00:04:04,041 --> 00:04:06,875 Iaitu apabila roh awak meninggalkan dunia ini... 31 00:04:08,666 --> 00:04:10,208 awak akan tahu. 32 00:04:10,208 --> 00:04:14,875 Awak boleh nampak seluruh detik kehidupan awak. 33 00:04:17,125 --> 00:04:20,291 {\an8}EMPAT BULAN LALU 34 00:04:20,291 --> 00:04:25,000 {\an8}Ini panggilan dari London untuk masyarakat Perancis. 35 00:04:26,791 --> 00:04:29,416 Dengan mesej yang peribadi. 36 00:04:31,208 --> 00:04:34,291 Tangisan panjang biola musim luruh. 37 00:04:35,000 --> 00:04:36,416 Saya ulang... 38 00:04:37,708 --> 00:04:40,458 Tangisan panjang biola musim luruh. 39 00:04:47,083 --> 00:04:48,083 Terima kasih. 40 00:04:50,333 --> 00:04:53,000 Mak cik perlu makan ubat sebelum makan. 41 00:04:53,000 --> 00:04:56,166 Mak cik dah makan ubat, sayang. Kamu dengar tadi. 42 00:04:56,166 --> 00:05:00,083 Tidak, saya dengar mak cik angkat dan goncang botol itu, 43 00:05:00,083 --> 00:05:02,166 tapi mak cik tak memakannya. 44 00:05:05,416 --> 00:05:07,041 Ya, saya amat menjengkelkan. 45 00:05:07,041 --> 00:05:09,875 Tak, kamu sangat menakjubkan. 46 00:05:10,666 --> 00:05:15,500 Tapi mak cik yakin ubat ini dibuat untuk kuda. 47 00:05:15,500 --> 00:05:19,500 Jika mak cik tak makan ubat, doktor kata jantung mak cik akan gagal 48 00:05:19,500 --> 00:05:22,333 dan siapa yang akan masak sup yang sedap ini untuk saya? 49 00:05:22,333 --> 00:05:25,166 Begitulah. Sekarang mak cik boleh makan. 50 00:05:27,250 --> 00:05:30,125 Mak Cik Manec, adakah di syurga nanti 51 00:05:30,125 --> 00:05:32,875 kita benar-benar akan bersemuka dengan Tuhan? 52 00:05:32,875 --> 00:05:34,375 Mungkin. 53 00:05:34,375 --> 00:05:35,708 Orang buta pula? 54 00:05:39,875 --> 00:05:41,083 Bagi mak cik, 55 00:05:42,208 --> 00:05:44,625 jika Tuhan mahu kita lihat sesuatu, 56 00:05:45,916 --> 00:05:47,333 kita akan lihat. 57 00:05:50,708 --> 00:05:53,708 Etienne? Apa yang berlaku? 58 00:05:53,708 --> 00:05:57,625 BBC dari London, mereka baru saja membaca Autumn Song. 59 00:05:57,625 --> 00:05:59,916 Tiga baris pertama Autumn Song. 60 00:05:59,916 --> 00:06:01,291 Apa itu Autumn Song? 61 00:06:01,291 --> 00:06:03,625 Ia isyarat yang telah dipersetujui. 62 00:06:03,625 --> 00:06:05,333 Pihak Amerika sedang ke mari. 63 00:06:06,083 --> 00:06:07,083 British akan ke mari. 64 00:06:07,083 --> 00:06:09,166 Bermaksud kita ada banyak kerja. 65 00:06:09,166 --> 00:06:12,166 Tak apa, Etienne. Saya akan buat apa yang perlu. 66 00:06:12,166 --> 00:06:14,125 Perhati pelabuhan, kawasan susun atur, 67 00:06:14,125 --> 00:06:15,375 - jalan. - Saya boleh. 68 00:06:15,375 --> 00:06:19,666 Tidak, Sophie. Doktor kata awak perlu rehat, kebimbangan itu boleh... 69 00:06:19,666 --> 00:06:21,291 Ia mungkin berbahaya. 70 00:06:21,291 --> 00:06:24,375 Mereka dah baca puisi itu, bagaimana awak nak lakukannya? 71 00:06:24,375 --> 00:06:26,000 Saya akan abaikan doktor. 72 00:06:26,000 --> 00:06:27,833 Saya boleh tolong. 73 00:06:27,833 --> 00:06:29,083 Marie, kamu tak boleh... 74 00:06:29,875 --> 00:06:31,916 Bagaimana kamu nak lihat pergerakan kapal? 75 00:06:31,916 --> 00:06:34,083 Marie boleh kumpul mesej. 76 00:06:39,750 --> 00:06:40,750 Awak pula? 77 00:06:41,666 --> 00:06:43,208 Apa awak akan buat? 78 00:06:45,000 --> 00:06:46,083 Etienne. 79 00:06:46,750 --> 00:06:49,583 Tidakkah awak mahu hidup sebelum mati? 80 00:06:53,708 --> 00:06:54,541 - Marie... - Ya. 81 00:06:54,541 --> 00:06:57,791 Apabila kamu sudah makan sup, pergi ke model yang ayah kamu bina 82 00:06:57,791 --> 00:07:00,708 dan biasakan diri dengan semua jalan 83 00:07:00,708 --> 00:07:03,250 yang menuju ke gereja dan kedai roti. 84 00:07:03,250 --> 00:07:05,750 Kamu akan sibuk pada hari-hari mendatang. 85 00:07:23,250 --> 00:07:24,458 Tanya sekali lagi. 86 00:07:26,250 --> 00:07:27,500 Apa? 87 00:07:30,958 --> 00:07:34,041 Pak cik pernah beritahu jika kamu yang tanya... 88 00:07:35,708 --> 00:07:38,083 mungkin suatu hari pak cik akan ikut. 89 00:07:39,000 --> 00:07:41,708 Jadi tolong tanya pak cik sekali lagi. 90 00:07:43,708 --> 00:07:44,916 Pak Cik Etienne... 91 00:07:46,125 --> 00:07:49,541 adakah pak cik akan ikut saya keluar ke dunia? 92 00:07:53,000 --> 00:07:54,000 Ya. 93 00:07:56,083 --> 00:07:57,291 Ya, pak cik akan ikut. 94 00:07:59,791 --> 00:08:00,791 Mak cik! 95 00:08:00,791 --> 00:08:03,250 Mak cik, kami nak keluar. 96 00:08:03,250 --> 00:08:04,750 Apa maksud "kami"? 97 00:08:06,333 --> 00:08:07,541 Maksudnya "kami". 98 00:08:07,541 --> 00:08:09,500 Kami nak pergi bersiar-siar. 99 00:08:09,500 --> 00:08:11,208 Apa yang peliknya? 100 00:08:14,458 --> 00:08:15,625 Baiklah. 101 00:08:16,416 --> 00:08:17,625 Topi awak, Etienne. 102 00:08:17,625 --> 00:08:20,416 Awak selalu pakai topi semasa keluar. 103 00:08:30,958 --> 00:08:32,291 Masih di sini. 104 00:08:33,125 --> 00:08:34,125 Masih di sini. 105 00:08:40,416 --> 00:08:41,833 Bagaimana rupanya? 106 00:08:43,791 --> 00:08:47,000 Dia nampak seperti adik mak cik. 107 00:09:28,791 --> 00:09:32,500 Ayah kata dulu pak cik ialah seekor harimau. 108 00:09:34,708 --> 00:09:35,916 Seekor harimau. 109 00:09:37,166 --> 00:09:40,000 Ya, dulu pak cik seekor harimau. 110 00:09:40,708 --> 00:09:42,291 Pak cik akan jadi harimau semula. 111 00:09:46,666 --> 00:09:48,500 Pak cik akan menjadi harimau semula. 112 00:09:54,833 --> 00:09:56,041 Terima kasih. 113 00:10:01,250 --> 00:10:02,541 Oh, Tuhan. 114 00:10:03,375 --> 00:10:06,208 Ya. Saya Etienne. 115 00:10:07,208 --> 00:10:08,416 Etienne yang tinggal. 116 00:10:09,250 --> 00:10:12,666 Mulai sekarang, saya yang akan kutip roti. 117 00:10:13,458 --> 00:10:15,083 Kini saya tahu kita akan menang. 118 00:10:20,333 --> 00:10:22,958 Roti yang terbakar bukan untuk dimakan. 119 00:10:25,458 --> 00:10:26,666 Selamat kembali, tuan. 120 00:10:38,458 --> 00:10:40,458 Sophie? Kami dah pulang. 121 00:10:47,250 --> 00:10:48,458 Roti yang terbakar. 122 00:10:50,833 --> 00:10:51,916 Awak tak apa-apa? 123 00:10:53,333 --> 00:10:55,500 Ini bukan masanya untuk jadi okey atau tak. 124 00:11:05,333 --> 00:11:06,750 Enam belas kumpulan. 125 00:11:07,708 --> 00:11:08,625 Hei. 126 00:11:10,125 --> 00:11:11,041 Kamu lapar? 127 00:11:11,041 --> 00:11:12,333 Ya, terima kasih. 128 00:11:12,333 --> 00:11:14,625 - Tongkat? Saya pergi cepat. - Nak ke mana? 129 00:11:14,625 --> 00:11:16,708 - Kami ada banyak kerja. - Banyak kerja! 130 00:11:29,666 --> 00:11:33,583 Pendatang baru dari Rotterdam di bawah bendera Belanda. 131 00:11:34,375 --> 00:11:37,791 Kapal dagang, Batista May. 132 00:11:38,500 --> 00:11:42,125 Membawa konkrit, untuk memperkukuh, rasanya. 133 00:11:42,708 --> 00:11:44,500 Apakah nombor pendaftarannya? 134 00:11:44,500 --> 00:11:46,958 Ia R-D-1-1-2-3. 135 00:11:50,416 --> 00:11:51,625 But. Hujung logam. 136 00:11:55,166 --> 00:11:56,166 Dapat apa-apa? 137 00:11:57,166 --> 00:11:58,166 Belum. 138 00:12:03,916 --> 00:12:04,750 Apa ini? 139 00:12:12,333 --> 00:12:14,166 Apa ini? 140 00:12:14,958 --> 00:12:16,333 Ini kerja sekolah saya. 141 00:12:16,333 --> 00:12:18,875 Saya buta, jadi ia ditulis dalam braille. 142 00:12:18,875 --> 00:12:20,875 Apa yang ditulis di atasnya? 143 00:12:22,833 --> 00:12:24,041 Baca kepada saya. 144 00:12:34,875 --> 00:12:39,125 "Kapten Nemo sedang bercakap dengan kepetahan yang menawan hati." 145 00:12:39,125 --> 00:12:45,041 "Dengan api di matanya dan keghairahan dalam gerakannya mengubahnya." 146 00:12:45,041 --> 00:12:48,333 "Dia menyayangi kapal itu seperti ayah menyayangi anaknya." 147 00:12:49,291 --> 00:12:52,291 Ia daripada buku. Twenty Thousand Leagues Under the Sea. 148 00:12:52,291 --> 00:12:56,291 Kami sedang membacanya di sekolah dan ia juga karya orang Perancis. 149 00:12:59,458 --> 00:13:00,791 Semoga awak dapat ikan. 150 00:13:02,375 --> 00:13:03,208 Terima kasih. 151 00:13:13,458 --> 00:13:16,666 Marie, kadangkala ia menakutkan pak cik betapa bagusnya kamu. 152 00:13:24,458 --> 00:13:27,291 Jika pak cik yang buat, pak cik akan minta kakak yang buat. 153 00:13:29,375 --> 00:13:30,375 Asap? 154 00:13:31,083 --> 00:13:32,333 Alamak. 155 00:13:32,333 --> 00:13:33,916 Sophie? 156 00:13:33,916 --> 00:13:35,500 Sophie! Di mana awak? 157 00:13:38,875 --> 00:13:39,958 Sophie! 158 00:13:47,541 --> 00:13:49,416 Tidak. Sophie. 159 00:13:49,416 --> 00:13:50,750 Tidak. 160 00:13:52,000 --> 00:13:53,333 - Pak Cik Etienne? - Di sini! 161 00:13:55,333 --> 00:13:56,333 Apa yang terjadi? 162 00:14:03,375 --> 00:14:04,791 Jantungnya. 163 00:14:06,500 --> 00:14:10,041 Dia tunggu sehingga dia tahu pak cik boleh ambil tempatnya. 164 00:14:11,791 --> 00:14:15,875 Dia tak putus asa walaupun pak cik putus asa dengan diri sendiri. 165 00:14:17,791 --> 00:14:21,125 Kami akan selesaikan perkara yang awak mulakan. 166 00:14:22,166 --> 00:14:24,791 Kami akan selesaikan kerja awak. Saya janji. 167 00:14:24,791 --> 00:14:26,500 Kami akan selesaikannya. 168 00:14:33,833 --> 00:14:35,041 Sophie... 169 00:14:36,375 --> 00:14:40,083 Pak cik, saya sedang cuba selesaikan perkara yang mak cik mulakan, 170 00:14:40,083 --> 00:14:42,375 tapi saya tak boleh lakukannya tanpa pak cik. 171 00:14:43,416 --> 00:14:46,833 Saya perlukan pak cik bersama saya. Tolong. 172 00:14:46,833 --> 00:14:48,916 Cukuplah, Marie! 173 00:14:50,291 --> 00:14:51,500 Akhirnya... 174 00:14:53,041 --> 00:14:54,250 Saya dapat jumpa awak. 175 00:14:55,458 --> 00:14:56,458 Hari ini. 176 00:14:57,208 --> 00:14:58,208 Pada detik ini. 177 00:15:00,583 --> 00:15:02,083 Di sini tempat ia berakhir. 178 00:15:06,541 --> 00:15:08,958 Orang Jerman mula terdesak. 179 00:15:09,708 --> 00:15:11,125 Marie takkan selamat. 180 00:15:11,916 --> 00:15:16,750 Lindungi dia sehingga orang Amerika datang. 181 00:15:19,416 --> 00:15:20,416 Baik. 182 00:15:21,541 --> 00:15:22,958 Apabila awak jumpa Marie... 183 00:15:24,291 --> 00:15:29,375 beritahu dia harimau lebih gembira mati daripada duduk dalam sangkar. 184 00:15:31,125 --> 00:15:32,541 Dia membebaskan saya. 185 00:15:35,875 --> 00:15:37,291 Ucap terima kasih kepadanya. 186 00:15:41,250 --> 00:15:42,458 Tak apa. 187 00:15:47,875 --> 00:15:50,083 Awak budak yang baik, Werner Pfennig. 188 00:15:51,666 --> 00:15:52,875 Awak budak yang baik. 189 00:15:55,125 --> 00:15:57,166 Jangan biarkan perang hancurkan awak. 190 00:16:00,125 --> 00:16:01,375 Lindungi dia. 191 00:16:03,250 --> 00:16:04,458 Saya berjanji. 192 00:16:19,000 --> 00:16:20,625 Ayah, jika ayah dengar... 193 00:16:22,083 --> 00:16:23,166 saya perlu kekuatan. 194 00:16:23,166 --> 00:16:25,333 Kenapa awak bercakap dengannya? 195 00:16:28,416 --> 00:16:30,833 Awak nak tahu apa terjadi kepadanya? 196 00:16:32,666 --> 00:16:33,833 Saya akan beritahu. 197 00:16:35,416 --> 00:16:37,083 Setelah dia tinggalkan awak, 198 00:16:37,083 --> 00:16:39,500 {\an8}dia pergi ke Paris untuk menyesatkan Gestapo. 199 00:16:39,500 --> 00:16:40,500 {\an8}PARIS JULAI 1943 200 00:16:41,541 --> 00:16:46,125 Malang untuk ayah awak, Gestapo ada rancangan lain. 201 00:16:52,000 --> 00:16:53,375 Jangan berhenti berjalan. 202 00:16:53,375 --> 00:16:54,875 Jangan teragak-agak. 203 00:16:56,833 --> 00:17:00,791 Awak tak mahir dalam hal ini, Monsieur LeBlanc. 204 00:17:01,833 --> 00:17:04,250 Sekarang, tanpa menimbulkan kekecohan... 205 00:17:08,916 --> 00:17:10,333 awak akan ikut saya. 206 00:17:25,916 --> 00:17:29,791 Ya, awak senyum sebab mereka kawan lama awak. 207 00:17:30,666 --> 00:17:35,125 Awak pernah menjadi penyimpan kunci untuk setiap mangga. 208 00:17:37,208 --> 00:17:39,958 Sekarang, cuma satu kunci yang awak perlukan. 209 00:17:47,000 --> 00:17:48,000 Ambillah. 210 00:17:48,833 --> 00:17:50,250 Ia milik awak, ambil. 211 00:17:52,791 --> 00:17:56,083 Ambil. Buka pintu dan pergi. 212 00:17:57,458 --> 00:17:58,833 Pergi mana-mana awak mahu. 213 00:17:58,833 --> 00:18:01,083 Pergi ke restoran mewah, 214 00:18:01,083 --> 00:18:04,166 beli sebotol wain. 215 00:18:05,333 --> 00:18:06,666 Nikmati kehidupan. 216 00:18:06,666 --> 00:18:12,583 Saya lebih suka wain murah di meja dapur dan awak boleh nikmatinya di mana-mana. 217 00:18:12,583 --> 00:18:15,875 Keberanian awak bukan masalah saya. 218 00:18:17,083 --> 00:18:20,250 Dalam peperangan, keberanian ibarat... 219 00:18:21,083 --> 00:18:25,291 dedaunan di pohon, lebat, tak berguna. 220 00:18:28,458 --> 00:18:29,875 Ditiup pergi. 221 00:18:29,875 --> 00:18:31,708 Awak bukan masalah saya. 222 00:18:32,375 --> 00:18:34,625 Saya tak peduli awak hidup atau mati. 223 00:18:34,625 --> 00:18:37,500 Awak pegawai kanan, apa awak nak daripada saya? 224 00:18:37,500 --> 00:18:43,083 Saya pegawai tunggal paling kanan dalam unit saya. 225 00:18:44,000 --> 00:18:47,833 Tugas saya ialah untuk mengumpul setiap batu berharga di Eropah 226 00:18:47,833 --> 00:18:49,708 dan menghantarnya ke Reich. 227 00:18:51,916 --> 00:18:53,125 Saya pandai bekerja. 228 00:18:54,416 --> 00:18:56,541 Saya telah berjaya... 229 00:18:58,458 --> 00:18:59,875 dengan satu pengecualian. 230 00:19:01,458 --> 00:19:03,666 Saya sedang mencari berlian tertentu. 231 00:19:06,333 --> 00:19:08,250 Untuk koleksi peribadi Hitler? 232 00:19:09,458 --> 00:19:12,166 Atau ia mungkin untuk awak. 233 00:19:12,166 --> 00:19:13,708 Awak sakit. 234 00:19:14,375 --> 00:19:15,750 Awak berbau sakit. 235 00:19:19,708 --> 00:19:22,375 Ini agenda petang ini. 236 00:19:23,625 --> 00:19:25,750 Antara sekarang dan terbenam matahari... 237 00:19:25,750 --> 00:19:27,583 Awak akan ingkari perintah 238 00:19:27,583 --> 00:19:31,416 dan akan cuba dapatkan batu berharga itu untuk diri awak. 239 00:19:36,916 --> 00:19:38,583 Jika awak tak beritahu lokasinya... 240 00:19:39,458 --> 00:19:40,666 saya akan tembak awak. 241 00:19:41,500 --> 00:19:45,875 Di kepala, di bilik ini, sebelum malam menjelma. 242 00:19:45,875 --> 00:19:47,375 Tapi saya sudah pun mati. 243 00:19:48,333 --> 00:19:50,166 Awak tak boleh ugut mayat. 244 00:19:56,666 --> 00:20:01,750 Awak fikir awak tak beritahu saya apa-apa, tapi awak telah beritahu banyak 245 00:20:02,416 --> 00:20:04,250 dalam masa yang singkat. 246 00:20:05,041 --> 00:20:09,833 Berdasarkan siasatan saya, saya diberitahu awak lelaki yang rasional. 247 00:20:09,833 --> 00:20:12,250 Contohnya, awak tak percaya dalam hal karut, 248 00:20:12,250 --> 00:20:13,750 seperti berlian disumpah. 249 00:20:14,583 --> 00:20:16,791 Walaupun dengan memiliki batu itu 250 00:20:16,791 --> 00:20:19,500 menyebabkan anak awak hidup dalam kegelapan. 251 00:20:20,291 --> 00:20:22,708 Jadi sebagai lelaki rasional... 252 00:20:24,541 --> 00:20:28,375 saya tak percaya awak akan korbankan hidup awak untuk berlian. 253 00:20:34,250 --> 00:20:36,458 Tapi awak akan korbankan hidup awak untuk dia. 254 00:20:38,125 --> 00:20:41,375 Bermaksud berlian itu ada pada anak awak. 255 00:20:42,291 --> 00:20:44,708 Saya akan cari anak awak dan batu itu. 256 00:20:53,375 --> 00:20:58,375 Terdapat loceng senyap di bilik ini yang hanya lelaki macam saya boleh dengar. 257 00:21:01,208 --> 00:21:02,708 Saya baru dengar satu deringan. 258 00:21:02,708 --> 00:21:05,583 Ya, semuanya ada suara. 259 00:21:05,583 --> 00:21:07,166 Awak hanya perlu mendengar. 260 00:21:08,000 --> 00:21:11,208 Awak percaya Lautan Nyala akan beri awak kehidupan abadi? 261 00:21:13,666 --> 00:21:14,875 Maafkan saya. 262 00:21:17,458 --> 00:21:18,875 Kematian yang akan muncul. 263 00:21:20,625 --> 00:21:22,708 Tapi jika awak menyayangi seseorang... 264 00:21:23,541 --> 00:21:26,791 kasih sayang akan mengatasinya. 265 00:21:27,708 --> 00:21:31,333 Sebab itulah anak saya hidup dalam cahaya, bukan kegelapan. 266 00:21:37,916 --> 00:21:41,750 Ini alatan yang saya guna untuk memeriksa batu berharga. 267 00:21:41,750 --> 00:21:43,166 Namun saya mendapati 268 00:21:44,625 --> 00:21:47,500 ia agak berguna pada waktu begini. 269 00:21:52,208 --> 00:21:54,041 Kita cuma ada tiga jam lebih 270 00:21:55,333 --> 00:21:57,166 untuk awak beri alamatnya. 271 00:21:58,666 --> 00:22:01,500 Saya belajar, dalam banyak-banyak situasi, 272 00:22:02,416 --> 00:22:05,583 kesakitan lebih kuat berbanding kesetiaan dan patriotisme. 273 00:22:05,583 --> 00:22:08,000 Tapi persoalan untuk petang ini... 274 00:22:11,125 --> 00:22:13,333 adakah kesakitan lebih kuat berbanding cinta? 275 00:22:24,291 --> 00:22:25,708 Itu persoalannya. 276 00:22:26,875 --> 00:22:29,708 Adakah kesakitan lebih kuat berbanding cinta? 277 00:22:31,416 --> 00:22:33,666 Awak nak tahu jawapan untuk soalan itu? 278 00:22:34,291 --> 00:22:36,291 Jawapannya ialah tidak! 279 00:22:37,416 --> 00:22:39,416 Dia tak beritahu saya apa-apa. 280 00:22:40,166 --> 00:22:47,125 Saya menyeksanya selama tiga jam dan dia masih tak beritahu apa-apa. 281 00:22:48,833 --> 00:22:50,666 Dia tak mahu beri alamatnya. 282 00:22:52,000 --> 00:22:53,916 Dia tak mahu serahkan awak. 283 00:22:53,916 --> 00:22:55,000 Jadi... 284 00:23:08,791 --> 00:23:11,333 Tidak... 285 00:23:11,333 --> 00:23:14,416 Ya, Marie. Ayah awak dah mati. 286 00:23:15,291 --> 00:23:17,250 Mati di tangan saya. 287 00:23:35,958 --> 00:23:38,291 Ayah, ayah belum pergi... 288 00:23:40,375 --> 00:23:41,708 selagi saya belum pergi. 289 00:23:48,458 --> 00:23:51,250 Marie, awak faham situasi awak? 290 00:23:51,916 --> 00:23:53,750 Saya boleh letupkan pintu ini... 291 00:23:54,958 --> 00:23:56,958 - Saya takkan pergi... - ...bila-bila masa. 292 00:23:56,958 --> 00:23:58,250 ...sampailah dia tiada. 293 00:24:03,458 --> 00:24:07,583 Beritahu di mana ayah awak sembunyikannya dan saya takkan ganggu awak. 294 00:24:07,583 --> 00:24:09,416 Saya tak berseorangan. 295 00:24:14,000 --> 00:24:16,208 Awak mungkin ada bom tangan. 296 00:24:16,208 --> 00:24:17,250 Saya ada senjata. 297 00:24:17,250 --> 00:24:21,291 Siapa yang bodoh dan cuai untuk beri senjata kepada gadis buta? 298 00:24:24,000 --> 00:24:27,041 Pak Cik Etienne saya yang beri dan ajar cara ia digunakan. 299 00:24:31,000 --> 00:24:32,750 Jika awak masuk, 300 00:24:32,750 --> 00:24:36,333 saya akan tembak awak seperti yang Pak Cik Etienne ajar. 301 00:24:36,333 --> 00:24:41,166 Memiliki revolver pak cik awak merumitkan keadaan. 302 00:24:41,166 --> 00:24:43,083 Tapi hanya sedikit. 303 00:24:43,083 --> 00:24:45,125 - Apa awak cakap? - Saya cakap... 304 00:25:03,875 --> 00:25:05,500 Awak mungkin ada senjata. 305 00:25:06,583 --> 00:25:08,791 Tapi awak tiada mata. 306 00:25:08,791 --> 00:25:10,083 Tak lama lagi... 307 00:25:11,125 --> 00:25:13,625 awak juga takkan ada telinga. 308 00:25:15,125 --> 00:25:17,250 Saya akan kira sampai sepuluh. 309 00:25:18,416 --> 00:25:22,833 Kemudian saya akan tarik wayar yang memegang pin bom tangan. 310 00:25:25,250 --> 00:25:27,958 Letupan ini akan dipenuhi serpihan, 311 00:25:27,958 --> 00:25:30,625 jadi saya cadangkan awak berundur! 312 00:25:31,500 --> 00:25:35,875 Saya cuma nak pastikan awak masih hidup setelah saya letupkan pintu. 313 00:25:36,875 --> 00:25:38,875 Namun letupan ini akan membuat awak pekak. 314 00:25:39,791 --> 00:25:42,416 Selama 30 saat, awak takkan dapat dengar. 315 00:25:42,416 --> 00:25:45,125 Ketika itulah saya akan masuk ke dalam 316 00:25:45,125 --> 00:25:48,125 dan mengambil kesempatan terhadap gadis separa sedar 317 00:25:48,125 --> 00:25:50,708 yang tiada apa-apa, kecuali deria bau. 318 00:25:50,708 --> 00:25:54,500 Ini peluang terakhir awak. Cakap dengan saya! 319 00:26:17,208 --> 00:26:18,041 Werner! 320 00:26:56,833 --> 00:26:58,958 Kita takkan mati hari ini. 321 00:27:02,708 --> 00:27:04,125 Saya datang, Marie. 322 00:27:09,291 --> 00:27:10,166 Sepuluh... 323 00:27:10,166 --> 00:27:13,083 Walaupun pekak, saya masih dengar suara awak. 324 00:27:13,083 --> 00:27:14,083 ...sembilan... 325 00:27:18,500 --> 00:27:19,791 lapan... 326 00:27:22,791 --> 00:27:23,875 tujuh... 327 00:27:27,125 --> 00:27:28,083 enam... 328 00:27:30,750 --> 00:27:31,625 lima... 329 00:27:35,666 --> 00:27:36,875 empat! 330 00:27:44,583 --> 00:27:45,666 Tiga! 331 00:27:47,166 --> 00:27:48,000 Dua. 332 00:27:52,541 --> 00:27:53,625 Satu. 333 00:29:15,166 --> 00:29:17,250 Marie? Awak tak apa-apa? 334 00:29:18,958 --> 00:29:20,666 Marie! Di mana awak? 335 00:29:22,875 --> 00:29:24,333 Pak Cik Etienne hantar saya. 336 00:29:58,291 --> 00:29:59,791 - Marie! - Saya di sini! 337 00:29:59,791 --> 00:30:00,750 Siapa awak? 338 00:30:00,750 --> 00:30:02,041 Nama saya Werner. 339 00:30:02,041 --> 00:30:04,250 Saya askar Jerman, tapi saya kawan awak. 340 00:30:04,250 --> 00:30:06,416 Pak Cik Etienne ialah profesor saya juga! 341 00:30:06,416 --> 00:30:09,125 Cerita awak tak relevan, pengkhianat! 342 00:30:09,791 --> 00:30:13,875 Yakinlah, ia akan mati bersama awak tak lama lagi. 343 00:30:15,375 --> 00:30:18,000 Marie, senjata awak mengandungi enam peluru. 344 00:30:18,708 --> 00:30:20,166 Saya kira ada lima tembakan. 345 00:30:21,041 --> 00:30:22,458 Jadi tinggal sebutir peluru. 346 00:30:22,458 --> 00:30:27,416 Saya akan uruskan pengkhianat ini, kemudian saya akan kejar awak. 347 00:30:57,083 --> 00:30:58,666 Dia turun tangga. 348 00:30:58,666 --> 00:31:01,625 Dia dah separuh jalan. Saya tahu bunyi setiap anak tangga. 349 00:31:06,041 --> 00:31:09,333 Dia hampir sampai ke tingkat ruang tamu. 350 00:31:10,500 --> 00:31:11,875 Lima anak tangga lagi. 351 00:31:21,541 --> 00:31:23,166 Dia hampir di kaki tangga. 352 00:31:26,666 --> 00:31:29,500 Dia dah sampai, betul-betul di luar pintu. 353 00:32:22,708 --> 00:32:24,250 Semuanya ada suara. 354 00:32:27,375 --> 00:32:29,125 Awak hanya perlu mendengar. 355 00:32:51,833 --> 00:32:53,666 Awak askar Jerman. 356 00:32:59,083 --> 00:33:00,583 Saya bukan lagi apa-apa... 357 00:33:02,916 --> 00:33:04,750 melainkan hidup. 358 00:33:04,750 --> 00:33:06,041 Terima kasih kepada awak. 359 00:33:13,583 --> 00:33:14,625 Apa itu? 360 00:33:14,625 --> 00:33:15,916 Apa? 361 00:33:15,916 --> 00:33:17,458 Tentu ia di dalam model. 362 00:33:17,458 --> 00:33:20,583 - Itu nampak seperti berlian. - Jangan sentuh. 363 00:33:22,208 --> 00:33:23,208 Kenapa tidak? 364 00:33:24,250 --> 00:33:25,333 Biarkan saja. 365 00:33:31,416 --> 00:33:36,625 Awak kata pak cik saya ialah profesor awak juga? 366 00:33:38,791 --> 00:33:39,791 Ya. 367 00:34:04,333 --> 00:34:07,000 Tadi awak cakap... 368 00:34:10,875 --> 00:34:13,000 profesor itu yang hantar awak? 369 00:34:15,666 --> 00:34:16,666 Dia... 370 00:34:18,375 --> 00:34:19,708 suruh saya beritahu... 371 00:34:21,125 --> 00:34:22,541 Beritahu saya apa? 372 00:34:26,708 --> 00:34:29,458 Harimau lebih gembira mati daripada hidup dalam sangkar. 373 00:34:32,458 --> 00:34:33,333 Tapi dia... 374 00:34:34,291 --> 00:34:35,708 Tapi dia telah dibunuh. 375 00:34:37,958 --> 00:34:40,000 Dia kata awak membebaskannya. 376 00:34:43,416 --> 00:34:46,000 "Lebih gembira mati..." 377 00:34:49,666 --> 00:34:50,875 Itu yang dia cakap. 378 00:34:52,000 --> 00:34:53,541 Saya... 379 00:35:00,041 --> 00:35:01,791 Di sinikah tempat duduknya? 380 00:35:06,166 --> 00:35:07,916 Awak mendengar siaran dia? 381 00:35:09,333 --> 00:35:10,875 Dia ayah saya. 382 00:35:11,958 --> 00:35:14,791 Dia seperti ayah saya. 383 00:35:16,833 --> 00:35:18,041 Saya anak yatim. 384 00:35:22,166 --> 00:35:24,791 Saya selalu nampak tempat ini semasa memejam mata. 385 00:35:25,875 --> 00:35:27,083 Saya juga nampak. 386 00:35:31,250 --> 00:35:33,250 Saya tak perlu pejam mata. 387 00:35:38,000 --> 00:35:39,458 Cahaya yang paling penting 388 00:35:39,458 --> 00:35:42,291 - cahaya awak tak nampak. - ...cahaya awak tak nampak. 389 00:35:51,375 --> 00:35:52,791 Awak nampak lapar. 390 00:35:53,541 --> 00:35:54,541 Tidak. 391 00:35:55,666 --> 00:35:56,958 Saya lapar. 392 00:35:58,916 --> 00:36:00,166 Awak suka buah pic? 393 00:36:01,625 --> 00:36:03,250 Saya suka buah pic. 394 00:36:13,750 --> 00:36:14,958 Buka tangan awak. 395 00:36:14,958 --> 00:36:16,250 Terima kasih. 396 00:36:47,833 --> 00:36:49,041 Awak buat apa? 397 00:36:50,375 --> 00:36:52,208 Saya sedang membaiki radio. 398 00:37:08,875 --> 00:37:11,375 Muzik yang profesor selalu mainkan. 399 00:37:12,708 --> 00:37:13,916 Awak masih menyimpannya? 400 00:38:02,666 --> 00:38:04,291 Jutta, adik abang yang dikasihi... 401 00:38:05,458 --> 00:38:08,291 Abang tak tahu jika adik mendengar, 402 00:38:09,541 --> 00:38:10,750 tapi jika ya, 403 00:38:11,708 --> 00:38:13,333 ketahuilah abang masih hidup 404 00:38:14,833 --> 00:38:17,666 dan abang masih di frekuensi yang sama dalam kepala abang. 405 00:38:19,750 --> 00:38:21,166 Abang berada di Perancis. 406 00:38:21,875 --> 00:38:23,500 Abang akan cuba pulang ke rumah. 407 00:38:24,583 --> 00:38:27,291 Apabila abang kembali, abang akan ceritakan semuanya. 408 00:38:27,291 --> 00:38:28,958 Banyak perkara berlaku. 409 00:38:30,125 --> 00:38:32,750 Tapi perkara yang paling penting... 410 00:38:35,125 --> 00:38:38,208 abang jumpa profesor. Sungguh. 411 00:38:39,291 --> 00:38:40,708 Dia selamatkan nyawa abang. 412 00:38:41,916 --> 00:38:43,750 Abang sedang duduk di kerusinya. 413 00:38:46,208 --> 00:38:48,416 Bersama gadis yang matanya sangat cantik. 414 00:38:54,458 --> 00:38:55,666 Abang perlu pergi. 415 00:38:57,250 --> 00:38:58,458 Salam sayang. 416 00:41:06,000 --> 00:41:07,208 Mereka dah dekat. 417 00:41:08,208 --> 00:41:11,875 Saya kenal bandar ini dengan baik. Saya tahu laluan rahsia. 418 00:41:11,875 --> 00:41:14,083 Saya boleh teman awak ke tembok bandar. 419 00:41:15,208 --> 00:41:16,041 Tidak. 420 00:41:18,291 --> 00:41:22,125 Tidak. Jika awak ditangkap bersama saya, awak akan ditembak kerana bersubahat. 421 00:41:24,250 --> 00:41:26,083 Tapi kita akan bertemu lagi. 422 00:41:26,958 --> 00:41:27,958 Di mana? 423 00:41:29,416 --> 00:41:30,916 Di gelombang pendek 13.10. 424 00:41:31,583 --> 00:41:34,208 Jika awak bersiaran, saya akan dengar. 425 00:41:34,208 --> 00:41:37,125 Apabila ia berakhir, saya akan datang jika awak nak. 426 00:41:37,916 --> 00:41:39,416 Awak mungkin akan ubah fikiran. 427 00:41:39,416 --> 00:41:40,541 Tidak. 428 00:41:42,125 --> 00:41:43,125 Tidak. 429 00:41:44,541 --> 00:41:46,041 Jadi pastikan awak dengar. 430 00:41:46,916 --> 00:41:47,916 Saya akan dengar. 431 00:41:49,416 --> 00:41:50,750 Seperti selalu. 432 00:42:04,166 --> 00:42:07,583 Awak perlu menyerah diri kepada orang Amerika. 433 00:42:09,041 --> 00:42:11,208 Orang di sini akan bunuh awak, 434 00:42:11,208 --> 00:42:15,375 tapi orang Amerika akan beri awak but, makanan 435 00:42:16,083 --> 00:42:18,125 dan peluang. 436 00:42:21,333 --> 00:42:22,333 Okey. 437 00:42:23,916 --> 00:42:24,916 Okey. 438 00:42:25,666 --> 00:42:26,875 Saya akan ikut awak. 439 00:42:55,666 --> 00:43:00,083 Saya nak pastikan seluruh kawasan ini kosong dan selamat. 440 00:43:00,958 --> 00:43:02,875 Saya akan dengar. 441 00:43:07,583 --> 00:43:10,750 - Sarjan! Tangkap dia! - Mari. 442 00:44:21,791 --> 00:44:25,208 Kita berjaya, Marie! Kita berjaya! 443 00:48:51,625 --> 00:48:55,291 BERDASARKAN NOVEL OLEH ANTHONY DOERR 444 00:52:06,458 --> 00:52:11,458 {\an8}Terjemahan sari kata oleh Shazreena