1 00:00:08,750 --> 00:00:11,083 Lima, empat... 2 00:00:12,041 --> 00:00:15,958 tiga, dua, satu... 3 00:00:20,875 --> 00:00:22,916 Mujurlah saya tak boleh tembak awak. 4 00:00:23,583 --> 00:00:26,208 Saya perlukan awak. Tapi Marie, awak tak boleh lari. 5 00:00:26,208 --> 00:00:27,916 Air pasang sedang naik 6 00:00:28,791 --> 00:00:31,125 dan saya saja yang boleh selamatkan awak 7 00:00:32,125 --> 00:00:33,750 sebab hanya saya ada lampu. 8 00:01:05,250 --> 00:01:09,041 Saya dah cuba cara lembut. Sekarang, biar saya cuba beri sebab. 9 00:01:10,333 --> 00:01:14,625 Nyawa awak berada dalam tangan saya. Nyawa saya pula dalam tangan awak. 10 00:01:14,625 --> 00:01:17,041 Saya sedang mencari Lautan Nyala. 11 00:01:17,041 --> 00:01:19,333 Bagaimana awak tahu tentangnya? 12 00:01:19,333 --> 00:01:21,166 Ayah awak beritahu saya. 13 00:01:21,166 --> 00:01:23,458 Awak bercakap dengan ayah saya? 14 00:01:23,458 --> 00:01:26,000 Beritahu saya lokasinya. 15 00:01:26,000 --> 00:01:27,666 Beritahu saya dia masih hidup. 16 00:01:28,458 --> 00:01:29,708 Saya tahu dia masih hidup. 17 00:01:30,625 --> 00:01:32,625 Saya dengar suaranya. 18 00:01:33,500 --> 00:01:35,541 Dengar suara ayah. Dengar sini. 19 00:01:35,541 --> 00:01:37,708 Mari dekat. Sangat sesak. Maaf, Marie. 20 00:01:37,708 --> 00:01:38,958 {\an8}PARIS - 14 JUN 1940 EMPAT TAHUN LALU 21 00:01:38,958 --> 00:01:42,250 {\an8}Ayah tahu ia hari jadi kamu, tapi ayah ada kerja. Hati-hati. 22 00:01:42,250 --> 00:01:45,416 - Ayah kata kita pergi bercuti. - Benar. 23 00:01:45,416 --> 00:01:47,125 Jadi kenapa tergesa-gesa? 24 00:01:47,125 --> 00:01:51,291 Sebab pihak Jerman telah memilih hari jadi kamu untuk menyerang Paris. 25 00:01:53,625 --> 00:01:54,625 Maaf. 26 00:02:31,250 --> 00:02:33,208 Apa mereka nak lakukan kepada Perancis? 27 00:02:33,208 --> 00:02:37,958 Mereka akan geledah seluruh bandar mencari harta untuk seorang lelaki angkuh. 28 00:02:37,958 --> 00:02:41,083 Boleh kamu tolong cari kunci untuk galeri dinosaur? 29 00:02:41,083 --> 00:02:43,000 Kamu lebih laju berbanding ayah. 30 00:02:44,833 --> 00:02:48,541 Kita mesti selamatkan apa yang boleh dan selamatkan diri kita. 31 00:02:48,541 --> 00:02:50,000 Ada peti di sebelah kanan. 32 00:02:50,000 --> 00:02:52,083 - Daniel! Awak masih mahukan ini? - Ya. 33 00:02:52,083 --> 00:02:53,375 Saya akan lekas kembali. 34 00:03:01,750 --> 00:03:04,416 Maaf ayah bawa kamu, tapi jika ayah tinggalkan kamu, 35 00:03:04,416 --> 00:03:07,291 tiada jaminan ayah akan kembali. 36 00:03:07,291 --> 00:03:09,708 Mereka akan tutup jalan dan buat sekatan. 37 00:03:09,708 --> 00:03:14,208 Apabila Nazi datang ke muzium, mereka akan mencari ini dulu. 38 00:03:18,000 --> 00:03:21,000 - Kita akan bawa permata ini bersama? - Tak. Pegang. 39 00:03:21,791 --> 00:03:25,458 Ayah akan beri kepada orang dipercayai untuk membawanya keluar dari Paris. 40 00:03:26,458 --> 00:03:28,375 Bagaimana jika mereka ditangkap? 41 00:03:30,666 --> 00:03:31,750 Satu perkara terakhir. 42 00:03:41,958 --> 00:03:45,833 Setelah kita naik kereta api, ada kek untuk sambut hari jadi kamu. 43 00:03:45,833 --> 00:03:47,833 Kita ke rumah kawan di selatan. 44 00:03:49,916 --> 00:03:51,208 Siapa? 45 00:03:52,458 --> 00:03:56,875 Kawan yang ayah boleh harap untuk menjaga barang berharga. 46 00:03:59,333 --> 00:04:00,166 Seperti kamu. 47 00:04:02,791 --> 00:04:04,625 Nah, lipat bahagian itu untuk ayah. 48 00:04:04,625 --> 00:04:05,708 Itu dia. 49 00:04:06,416 --> 00:04:08,416 Dinosaur sedang tunggu. 50 00:04:09,875 --> 00:04:12,041 Beri tangan kamu, mari. 51 00:04:14,041 --> 00:04:15,541 Beritahu mereka ia mustahak. 52 00:04:15,541 --> 00:04:17,125 Daniel, mujurlah awak pulang. 53 00:04:17,125 --> 00:04:18,958 Pihak Jerman berada di pintu awam. 54 00:04:18,958 --> 00:04:22,291 Kita cakap kita dah tutup, tapi mereka akan rempuh masuk. 55 00:04:22,291 --> 00:04:23,875 Biar mereka masuk. Buat kopi. 56 00:04:23,875 --> 00:04:26,208 Beri mereka rokok. Lengahkan masa lima minit. 57 00:04:26,208 --> 00:04:28,750 Beri dia kunci untuk kunci semua pintu masuk. 58 00:04:28,750 --> 00:04:31,083 Semasa keluar, pura-pura tak dapat jumpa kunci. 59 00:04:31,083 --> 00:04:33,375 Orang yang guna mata saja akan dapatinya sukar. 60 00:04:33,375 --> 00:04:35,250 Dia menjaga saya dengan baik. 61 00:04:35,250 --> 00:04:37,708 - Awak nak ke mana? - Usah risau, kami akan okey. 62 00:04:37,708 --> 00:04:39,166 Jaga diri. 63 00:04:42,500 --> 00:04:44,416 En. Daly, biar mereka masuk. 64 00:04:44,416 --> 00:04:47,000 - Saya akan ke sana. - Apa yang sedang berlaku? 65 00:04:47,000 --> 00:04:49,625 Ayah guna baju hujan bernilai 10 franc 66 00:04:49,625 --> 00:04:53,958 untuk membawa berlian dan permata bernilai lebih daripada separuh Paris 67 00:04:53,958 --> 00:04:57,791 dan menghantarnya ke Geneva di dalam kepala Tyrannosaurus rex, 68 00:04:57,791 --> 00:05:01,041 salah satu makhluk dahsyat yang wujud di muka bumi 69 00:05:01,041 --> 00:05:03,541 sehinggalah kedatangan Reich Ketiga. 70 00:05:03,541 --> 00:05:06,833 Mari dekat, ada tiang di sebelah kanan kamu. 71 00:05:06,833 --> 00:05:09,125 Hati-hati. Sini. 72 00:05:09,125 --> 00:05:13,083 Pihak Jerman berada berdekatan. Di sini. Berhenti. 73 00:05:14,916 --> 00:05:17,791 Beri beg kamu. Kamu akan duduk atas peti. 74 00:05:17,791 --> 00:05:19,875 Naik. Di sini. 75 00:05:21,750 --> 00:05:22,583 Begitu. 76 00:05:22,583 --> 00:05:24,500 Ayah akan lari. Percayakan ayah. 77 00:05:25,250 --> 00:05:28,166 - Saya yakin dengan ayah. - Ayuh. Mari. 78 00:05:28,166 --> 00:05:30,333 Ayah boleh jamin satu perkara, Marie. 79 00:05:30,333 --> 00:05:32,541 Ini hari jadi yang kamu takkan lupa. 80 00:05:36,791 --> 00:05:38,125 Apa yang berlaku kemudian? 81 00:05:39,125 --> 00:05:41,833 Ada sebuah trak menunggu permata itu. 82 00:05:41,833 --> 00:05:44,625 Saya tak tahu jika permata yang awak cari ada. 83 00:05:44,625 --> 00:05:46,125 Saya tahu. 84 00:05:49,125 --> 00:05:50,291 Jangan bohong. 85 00:05:50,291 --> 00:05:52,291 Saya tahu ia tiada dengan yang lain. 86 00:05:52,291 --> 00:05:55,500 Ayah awak simpan dan beri kepada awak. Di mana permata itu? 87 00:05:55,500 --> 00:05:57,166 Di mana ayah saya? 88 00:06:02,416 --> 00:06:05,125 Marie, ada sesuatu yang awak patut tahu. 89 00:06:05,125 --> 00:06:07,291 Awak jadi buta disebabkan ayah awak. 90 00:06:07,291 --> 00:06:10,166 Lautan Nyala diberkati, tapi ia juga disumpah. 91 00:06:10,166 --> 00:06:14,875 Orang yang disayangi pemiliknya akan ditimpa penderitaan hebat. 92 00:06:14,875 --> 00:06:18,333 Awak jadi buta kerana ayah tercinta awak. 93 00:07:56,875 --> 00:07:59,125 {\an8}BERDASARKAN NOVEL OLEH ANTHONY DOERR 94 00:09:14,083 --> 00:09:15,291 Koperal Pfennig. 95 00:09:19,083 --> 00:09:22,583 Sekali lagi, pengeboman diarahkan dan disasarkan dengan teliti. 96 00:09:25,291 --> 00:09:28,458 Saya datang untuk melihat jika awak memintas sebarang transmisi 97 00:09:28,458 --> 00:09:30,333 yang mungkin membimbing bom, 98 00:09:31,958 --> 00:09:36,958 tapi nampaknya awak sibuk... 99 00:09:38,458 --> 00:09:39,875 membersih! 100 00:09:43,583 --> 00:09:46,541 Saya nak tahu. Di mana Schmidt? 101 00:09:49,208 --> 00:09:53,333 Kami kehilangan kuasa, fius meletup, dia mencari fius ganti. 102 00:09:53,333 --> 00:09:56,250 Saya risau dia mungkin terperangkap dalam letupan. 103 00:09:57,250 --> 00:10:00,083 Sangat risau sebab itu awak sibuk membersih lantai. 104 00:10:07,333 --> 00:10:09,958 Jika fius meletup, kenapa lampu hidup? 105 00:10:11,250 --> 00:10:12,500 Kenapa radio elok saja? 106 00:10:12,500 --> 00:10:15,000 Saya jumpa fius ganti di bawah tanah. 107 00:10:15,875 --> 00:10:18,708 Masih ada darah di sana. But saya terkena darah. 108 00:10:18,708 --> 00:10:20,333 Jadi saya membersihkannya. 109 00:10:21,541 --> 00:10:22,875 Beginilah. 110 00:10:22,875 --> 00:10:24,625 Seseorang sedang bersiaran. 111 00:10:30,041 --> 00:10:33,291 Mari kita lihat apa mereka cakap. 112 00:10:37,666 --> 00:10:40,125 "Seperti zaman dulu-dulu, 113 00:10:40,125 --> 00:10:43,458 di pejabat saya di Taman Botani di Paris, 114 00:10:44,333 --> 00:10:45,333 hanya..." 115 00:10:45,916 --> 00:10:49,833 "Saya nak tahu apa awak maksudkan dengan Selamat Tahun Baharu." 116 00:10:56,125 --> 00:10:57,125 Seorang gadis. 117 00:11:03,083 --> 00:11:06,666 Seorang gadis sedang bersiaran. 118 00:11:15,708 --> 00:11:17,708 Kodnya membimbing arah bom. 119 00:11:18,541 --> 00:11:20,958 Tapi awak tahu itu, bukan? 120 00:11:23,041 --> 00:11:26,083 Apabila Schmidt dapat tahu, awak membunuhnya. 121 00:11:30,000 --> 00:11:31,000 Kenapa? 122 00:11:33,458 --> 00:11:34,458 Beri senjata awak. 123 00:11:43,416 --> 00:11:45,416 - Awak seorang pengintip. - Bukan. 124 00:11:46,666 --> 00:11:48,083 Jadi jelaskan! 125 00:11:50,291 --> 00:11:52,750 Ia untuk melindungi memori. 126 00:11:55,166 --> 00:11:56,500 Tempat harapan. 127 00:11:58,500 --> 00:12:00,916 Satu-satunya yang Reich tak boleh hapuskan. 128 00:12:04,458 --> 00:12:07,333 Saya boleh bunuh awak sekarang, Pfennig. 129 00:12:10,791 --> 00:12:11,625 Namun... 130 00:12:12,875 --> 00:12:15,708 cuma awak pengendali radio yang tinggal di Saint-Malo. 131 00:12:17,666 --> 00:12:19,375 Jadi saya dan awak... 132 00:12:20,666 --> 00:12:24,500 akan mencari lokasi orang yang bersiaran. 133 00:12:26,541 --> 00:12:31,375 Kemudian saya akan beri awak senjata dan awak akan bunuh gadis ini sendiri. 134 00:12:32,166 --> 00:12:33,541 Faham? 135 00:12:34,916 --> 00:12:36,125 Baik, tuan. Faham. 136 00:12:48,125 --> 00:12:49,416 Siaran telah berhenti. 137 00:12:56,708 --> 00:12:58,125 Kita ada sehari suntuk. 138 00:13:01,208 --> 00:13:02,625 Pengebom sudah tiada. 139 00:13:04,041 --> 00:13:06,125 Apabila dia bersiaran nanti, kita cari dia. 140 00:13:08,500 --> 00:13:13,125 Saya meletakkan Schmidt bersama awak sebab saya meragui awak sejak awal. 141 00:13:14,666 --> 00:13:18,500 Malam tadi, saya menelefon komander dari institut awak dilatih. 142 00:13:18,500 --> 00:13:22,166 Dia kata awak dipilih untuk kerja ini kerana awak genius, 143 00:13:22,958 --> 00:13:25,375 salah seorang pelajar terbaik di Jerman. 144 00:13:28,708 --> 00:13:30,208 Kumpulkan peralatan awak. 145 00:13:32,750 --> 00:13:33,750 Lekas. 146 00:13:39,833 --> 00:13:41,666 Apa yang terjadi? 147 00:13:51,750 --> 00:13:55,041 {\an8}RUMAH ANAK YATIM VIKTORIASTRASSE ESSEN, JERMAN - 14 JUN 1940 148 00:14:14,208 --> 00:14:15,916 Teruskan tugasan kamu. 149 00:14:25,958 --> 00:14:28,083 Mungkin itu polis radio, 150 00:14:28,083 --> 00:14:30,916 mencari abang kerana mendengar siaran haram. 151 00:14:31,625 --> 00:14:33,708 Jangan merepek. 152 00:14:38,333 --> 00:14:39,500 Heil Hitler. 153 00:14:39,500 --> 00:14:40,875 Anak-anak. 154 00:14:43,166 --> 00:14:44,833 Heil Hitler! 155 00:14:50,583 --> 00:14:52,583 Apa tujuan tuan ke mari, komander? 156 00:14:56,083 --> 00:14:58,791 Berapa ramai antara kamu yang mendengar radio hari ini? 157 00:15:06,166 --> 00:15:08,541 Jika kamu mendengar siaran kebangsaan, 158 00:15:08,541 --> 00:15:10,708 tentu kamu dah dengar berita gembira ini. 159 00:15:10,708 --> 00:15:12,958 Tengah hari tadi, askar Jerman memasuki Paris. 160 00:15:14,500 --> 00:15:17,000 Orang Perancis menyerahkan bandar tanpa melawan. 161 00:15:19,541 --> 00:15:22,833 Negara Perancis sangat tak bermoral. 162 00:15:29,875 --> 00:15:31,833 Bahagian Perancis yang lain akan ikut. 163 00:15:33,791 --> 00:15:36,000 Ia datang dengan umpan api, komander. 164 00:15:39,375 --> 00:15:40,583 Ya. 165 00:15:46,666 --> 00:15:51,166 Adakah anak-anak awak mendengar siaran 166 00:15:52,375 --> 00:15:54,541 selain daripada siaran kebangsaan? 167 00:16:00,833 --> 00:16:04,375 Awak nak angkat tangan tadi. 168 00:16:05,625 --> 00:16:09,333 Dia mahu beritahu sejak Antena Brandenburg dipasang, 169 00:16:09,333 --> 00:16:12,666 tiada isyarat lain boleh diterima selain isyarat kebangsaan. 170 00:16:13,791 --> 00:16:14,875 Heil Hitler. 171 00:16:17,458 --> 00:16:20,083 Ya, itu teorinya, 172 00:16:20,958 --> 00:16:23,166 tapi orang bijak selalu cari jalan. 173 00:16:24,250 --> 00:16:27,750 Mereka mencari jalan untuk mendengar siaran luar negara. 174 00:16:33,541 --> 00:16:35,250 Orang bijak seperti awak. 175 00:16:38,875 --> 00:16:41,083 - Awak Werner Pfennig, bukan? - Ya. 176 00:16:41,083 --> 00:16:43,791 Ya, betul. 177 00:16:45,000 --> 00:16:48,541 Awaklah tujuan saya datang ke mari. 178 00:16:49,708 --> 00:16:52,125 Cerita tentang awak telah sampai kepada saya. 179 00:16:52,833 --> 00:16:55,208 Mereka kata awak budak genius. 180 00:16:56,166 --> 00:16:59,583 Mereka kata awak separuh budak, separuh pemancar, 181 00:16:59,583 --> 00:17:04,041 ada wayar di dalam kepala awak yang boleh cari isyarat dari New York. 182 00:17:04,041 --> 00:17:06,958 Dah berminggu-minggu saya tak dengar siaran luar negara. 183 00:17:06,958 --> 00:17:08,250 Heil Hitler. 184 00:17:08,250 --> 00:17:09,875 - Dah berbulan... - Diam. 185 00:17:13,750 --> 00:17:17,333 Saya tak datang untuk siaran luar negara. 186 00:17:20,541 --> 00:17:21,666 Tidak. 187 00:17:23,666 --> 00:17:24,666 Saya... 188 00:17:26,166 --> 00:17:29,833 Saya datang sebab radio kawan saya rosak 189 00:17:30,666 --> 00:17:33,833 dan saya nak awak datang dan membetulkannya. 190 00:17:43,500 --> 00:17:47,208 Sekelip mata, sebuah kehidupan berubah. 191 00:17:53,750 --> 00:17:54,916 Mari? 192 00:18:15,333 --> 00:18:17,833 Rumah tercantik di Essen. 193 00:18:17,833 --> 00:18:21,083 Dirampas daripada seorang Yahudi. Kukunya tertinggal di pintu, 194 00:18:21,083 --> 00:18:23,166 begitulah keengganannya untuk pergi. 195 00:18:24,458 --> 00:18:26,583 Hadiah untuk saya daripada Führer sendiri. 196 00:18:44,375 --> 00:18:47,916 Sayang, tutup muzik dan tunjuk mesin rosak itu kepadanya. 197 00:18:59,375 --> 00:19:00,958 Saya nak radio saya balik. 198 00:19:01,708 --> 00:19:03,333 Pfennig, baikinya. 199 00:19:04,416 --> 00:19:06,416 Untuk membaikinya, saya perlukan alatan. 200 00:19:18,208 --> 00:19:20,625 Sebelum menjemput awak, kami memasuki sekolah 201 00:19:21,375 --> 00:19:23,291 dan membuka lokar awak 202 00:19:23,291 --> 00:19:26,500 dan menjumpai alatan awak guna untuk membuat radio haram. 203 00:19:26,500 --> 00:19:30,166 Kami mendapati satu ditala kepada frekuensi gelombang pendek 13.10, 204 00:19:30,916 --> 00:19:34,250 stesen terlarang yang terletak di Perancis. 205 00:19:35,250 --> 00:19:37,333 Awak mendengar seorang profesor tua 206 00:19:37,333 --> 00:19:41,958 yang bersiaran kepada kanak-kanak tentang sains, cahaya, imaginasi. 207 00:19:43,750 --> 00:19:44,833 Ya. 208 00:19:45,833 --> 00:19:48,666 Dia hanya bercakap tentang kebenaran dan kisah indah. 209 00:19:50,666 --> 00:19:52,750 - Heil Hitler. - Heil Hitler. 210 00:19:54,125 --> 00:19:58,791 Ya, kebenaran dan kisah indah adalah dilarang, Werner Pfennig. 211 00:20:00,125 --> 00:20:03,666 Awak mendengar perkara terlarang, maka minda awak dipengaruhi. 212 00:20:05,958 --> 00:20:06,833 Sekarang... 213 00:20:09,666 --> 00:20:11,500 kami tahu apa awak buat selama ini 214 00:20:12,458 --> 00:20:15,875 dan awak tahu hukuman untuknya ialah kematian. 215 00:20:18,958 --> 00:20:20,583 Jadi, ini cadangan saya... 216 00:20:23,666 --> 00:20:25,500 Awak baiki radio isteri saya... 217 00:20:28,000 --> 00:20:29,416 atau awak mati. 218 00:20:33,333 --> 00:20:34,333 Ayuh. 219 00:21:03,666 --> 00:21:07,041 Sambungannya telah rosak. Saya perlu mematerikannya. 220 00:21:07,875 --> 00:21:09,291 Tiada pateri di sini. 221 00:21:17,541 --> 00:21:18,541 Baikinya atau mati. 222 00:21:53,375 --> 00:21:57,583 Hari ini jam 1:00 GMT tengah hari, tentera Jerman, kereta kebal dan... 223 00:21:57,583 --> 00:22:01,166 Radio telah dibaiki, tuan. Heil Hitler. 224 00:22:02,583 --> 00:22:04,000 Sangat bagus, Pfennig. 225 00:22:05,458 --> 00:22:08,458 Sekarang, tukar saluran sebelum minda kita diracuni. 226 00:22:08,458 --> 00:22:10,541 Baik, tuan. Sudah tentu. 227 00:22:20,750 --> 00:22:24,583 {\an8}STESEN KERETA API GARE SAINT-LAZARE PARIS - 14 JUN 1940 228 00:22:24,583 --> 00:22:25,791 {\an8}Ke kanan. 229 00:22:29,541 --> 00:22:32,250 Ayuh, lekas. Ada pelantar tangga. Naik. 230 00:22:33,458 --> 00:22:36,875 Hati-hati. Pegang ayah. Bertahan, Marie. Mari dekat. 231 00:22:39,500 --> 00:22:41,958 Kereta api terakhir dari Paris telah berlepas! 232 00:22:41,958 --> 00:22:44,041 Kamu membuang masa! Berundur! 233 00:22:47,083 --> 00:22:51,208 Berundur. Kamu mesti patah balik. Kamu harus beredar dari stesen ini! 234 00:22:52,208 --> 00:22:53,625 Beredar dari stesen ini! 235 00:22:55,375 --> 00:22:57,583 Kereta api terakhir telah berlepas! 236 00:22:58,500 --> 00:23:00,875 Kamu mesti beredar dari stesen ini. 237 00:23:21,875 --> 00:23:22,791 Kita jalan kaki. 238 00:23:22,791 --> 00:23:24,708 - Jalan kaki? - Ayuh. Ya. 239 00:23:25,625 --> 00:23:26,875 Kita tiada pilihan. Mari. 240 00:23:26,875 --> 00:23:30,791 Maaf. Mari, Marie, pegang ayah. 241 00:23:31,458 --> 00:23:32,666 Bertahan. 242 00:23:47,375 --> 00:23:49,291 Marie, biar ayah bawa beg kamu. 243 00:23:51,541 --> 00:23:52,750 Beratnya. 244 00:23:54,291 --> 00:23:55,500 Adakah ini radio kamu? 245 00:23:55,500 --> 00:23:57,333 Mungkin di sana tiada radio. 246 00:23:57,333 --> 00:24:00,083 Saya nak tahu pendapat profesor tentang kejadian ini. 247 00:24:00,083 --> 00:24:02,458 Maaf, kita tak boleh membawanya. 248 00:24:02,458 --> 00:24:07,125 Boleh ayah jelaskan kenapa seluruh bandar melarikan diri tanpa hala tuju? 249 00:24:07,125 --> 00:24:10,125 Kenapa orang Yahudi berlari dengan pantas? 250 00:24:10,125 --> 00:24:12,833 Kenapa sebuah negara mahu menjajah negara lain? 251 00:24:12,833 --> 00:24:16,041 Tak boleh. Ayah tak dapat jelaskannya. 252 00:24:17,000 --> 00:24:22,541 Di radio, mereka kata Nazi benci orang yang berbeza 253 00:24:22,541 --> 00:24:24,750 dan orang yang bercakap benar. 254 00:24:24,750 --> 00:24:27,791 - Marie... - Dengar sini. 255 00:24:28,583 --> 00:24:31,500 Saya berbeza. Saya tahu itu. 256 00:24:31,500 --> 00:24:34,416 Saya tahu ayah cuba melindungi saya, tapi saya berbeza. 257 00:24:35,958 --> 00:24:37,458 Ayah bercakap benar. 258 00:24:37,458 --> 00:24:40,375 Ya. Ayah berdiam diri agar kamu selamat. 259 00:24:41,208 --> 00:24:43,125 Bezanya kamu 260 00:24:43,125 --> 00:24:46,958 adalah kamu sanggup memikul beban demi mendengar kebenaran, 261 00:24:46,958 --> 00:24:51,166 itu salah satu sifat luar biasa kamu, Marie. 262 00:24:51,166 --> 00:24:54,125 Dalam hidup, jangan kamu sorok diri sebenar kamu. 263 00:24:54,125 --> 00:24:57,708 Dalam peperangan, menyorok dapat membantu kamu hidup. 264 00:25:00,166 --> 00:25:01,541 Ayah akan angkat beg kamu. 265 00:25:01,541 --> 00:25:05,208 Profesor hanya bercakap kepada orang muda. 266 00:25:05,916 --> 00:25:08,958 Kami perlu faham kegilaan di dalam dunia ini. 267 00:25:08,958 --> 00:25:10,791 - Saya akan pikul beban saya. - Tak. 268 00:25:10,791 --> 00:25:13,291 Ia bukan beban kamu seorang. 269 00:25:14,291 --> 00:25:15,166 Mari. 270 00:25:17,750 --> 00:25:20,166 Ayah ada di sini. 271 00:25:33,666 --> 00:25:39,291 Marie, ayah memilih hotel ini disebabkan servisnya yang luar biasa. 272 00:25:40,041 --> 00:25:42,875 Ayah, saya dengar bunyi ayam. 273 00:25:44,000 --> 00:25:47,375 Memanglah, hanya makanan yang segar. 274 00:25:48,250 --> 00:25:51,791 Pelayan, butler 275 00:25:51,791 --> 00:25:55,375 dan pembantu amat senyap, kamu tak perasan kewujudan mereka. 276 00:25:56,708 --> 00:25:58,708 Saya dapat rasa angin sejuk. 277 00:25:59,875 --> 00:26:02,625 Jadi kita berada di teres, ya? 278 00:26:02,625 --> 00:26:05,291 Ya. Pemandangan ladang popi ini indah. 279 00:26:06,125 --> 00:26:09,541 Saya harap tiada sesuatu yang mewah seperti meja dan kerusi. 280 00:26:09,541 --> 00:26:13,416 Tidak, ia bertemakan Jepun. Kita makan di bawah 281 00:26:13,416 --> 00:26:18,125 dan cef bintang Michelin terkenal dengan sandwic salaminya. 282 00:26:18,916 --> 00:26:20,625 - Nah. - Terima kasih. 283 00:26:21,833 --> 00:26:24,833 Boleh ayah minta skaf daripada butler? 284 00:26:24,833 --> 00:26:26,541 - Ya. - Agak sejuk. 285 00:26:29,708 --> 00:26:31,625 Terima kasih dan... 286 00:26:32,500 --> 00:26:35,166 beritahu cef 287 00:26:35,166 --> 00:26:39,291 bahawa separuh daripada sandwicnya sudah mencukupi. 288 00:26:39,291 --> 00:26:41,375 - Kenapa? Kamu tak lapar? - Tak... 289 00:26:42,791 --> 00:26:44,500 Kita patut berjimat, ayah. 290 00:26:44,500 --> 00:26:46,916 Ayah pun tak tahu hala tuju kita, 291 00:26:46,916 --> 00:26:49,208 kita tak tahu berapa lama masa diambil. 292 00:26:49,208 --> 00:26:50,708 Ayah tahu. 293 00:26:50,708 --> 00:26:52,916 Kita akan ke Saint-Malo. 294 00:26:54,791 --> 00:26:56,291 Di tepi lautan? 295 00:26:56,291 --> 00:26:58,791 Ya, di tepi lautan. Makan. 296 00:27:06,916 --> 00:27:09,333 Siapa yang ayah kenal di Saint-Malo? 297 00:27:09,333 --> 00:27:10,833 Kita ada keluarga di sana. 298 00:27:14,208 --> 00:27:16,041 Bagaimana kita akan ke sana? 299 00:27:16,791 --> 00:27:17,875 Maksud saya... 300 00:27:19,000 --> 00:27:20,833 Kereta api tiada. 301 00:27:20,833 --> 00:27:24,250 Tiada sesiapa akan tumpangkan kita kerana kebaikan dah pupus 302 00:27:24,250 --> 00:27:27,875 dan semua orang di dunia telah menjadi kejam serentak. 303 00:27:27,875 --> 00:27:29,833 Bukan semua orang. 304 00:27:38,833 --> 00:27:40,333 Dah hampir pukul 10.00. 305 00:27:41,416 --> 00:27:43,416 Masa untuk profesor kamu. 306 00:27:45,708 --> 00:27:48,708 Ayah pun nak tahu apa yang sedang berlaku. 307 00:27:50,958 --> 00:27:56,791 Malam ini, rasanya dia akan bercakap tentang sifat masa. 308 00:27:58,416 --> 00:28:03,416 Namun apa pun topik dia, ia selalu tentang segalanya. 309 00:28:11,541 --> 00:28:13,166 Selamat petang, anak-anak. 310 00:28:14,083 --> 00:28:18,375 Saya ingin memulakan siaran malam ini dengan sepatah dua kata, 311 00:28:18,375 --> 00:28:21,333 di mana anda berada, anda mungkin mendapatinya sesuai. 312 00:28:21,333 --> 00:28:26,875 Ia telah ditulis sangat lama dahulu oleh penyair Greek bernama Sophocles, 313 00:28:26,875 --> 00:28:30,875 tapi saya rasa kata-kata itu membuktikan keadaan tak benar-benar berubah, 314 00:28:30,875 --> 00:28:33,166 tidak kira berapa lama masa berlalu. 315 00:28:34,250 --> 00:28:35,875 Ini apa yang dia tulis... 316 00:28:35,875 --> 00:28:39,458 "Orang yang zalim ialah anak yang sombong 317 00:28:39,458 --> 00:28:45,041 yang minum dari cawannya yang memuakkan dari kelalaian dan kesombongan 318 00:28:45,041 --> 00:28:47,750 sehingga dari puncaknya yang tinggi, 319 00:28:47,750 --> 00:28:51,708 dia jatuh tersungkur menjadi debu harapan." 320 00:28:51,708 --> 00:28:54,625 Saya tahu keadaannya sukar sekarang, anak-anak, 321 00:28:54,625 --> 00:28:57,750 tapi percayalah cahaya pasti menang. 322 00:28:58,500 --> 00:29:01,000 Bercakap tentang cahaya, saya mahu bercakap... 323 00:29:01,000 --> 00:29:01,958 Abang! 324 00:29:04,083 --> 00:29:07,166 Abang telah diheret Gestapo, tapi masih mendengarnya? 325 00:29:07,166 --> 00:29:10,750 Sejam sehari, abang mahu mendengar kebaikan dan alasan. 326 00:29:11,833 --> 00:29:13,333 - Sakit! - Saya patut potong. 327 00:29:13,333 --> 00:29:14,250 Sakit. 328 00:29:14,250 --> 00:29:17,291 Tak sesakit ditembak di kepala dan digantung. 329 00:29:19,000 --> 00:29:21,500 Abang saja yang saya ada. 330 00:29:21,500 --> 00:29:25,083 Abang saja keluarga saya. Saya tak boleh kehilangan abang. 331 00:29:43,166 --> 00:29:45,750 - Maaf tentang telinga abang. - Kamu sangat kuat. 332 00:29:47,750 --> 00:29:48,958 Sangat kuat. 333 00:29:54,416 --> 00:29:56,041 Saya jumpa sedikit coklat. 334 00:30:05,000 --> 00:30:07,250 - Jadi apa yang profesor... - Werner! 335 00:30:08,083 --> 00:30:09,166 Askar datang. 336 00:30:10,000 --> 00:30:11,833 Mereka mahu bercakap dengan awak. 337 00:30:28,166 --> 00:30:30,166 Werner, awak bukan dibawa pergi. 338 00:30:30,166 --> 00:30:32,958 Awak telah dipilih kerana awak sangat bijak. 339 00:30:33,583 --> 00:30:35,333 Mereka akan kata awak terlalu kecil. 340 00:30:36,166 --> 00:30:37,666 Awak tiada susur galur. 341 00:30:38,666 --> 00:30:40,166 Awak tak patut ada impian. 342 00:30:41,208 --> 00:30:45,291 Namun saya percaya dengan awak. Awak akan buat perkara hebat. 343 00:30:48,875 --> 00:30:50,083 Terima kasih. 344 00:30:57,541 --> 00:30:59,750 Abang akan kekal sama. 345 00:31:01,541 --> 00:31:03,666 Walaupun abang menjengkelkan, 346 00:31:04,416 --> 00:31:07,041 - jangan berubah... - Kamu buat abang sakit lagi. 347 00:31:10,916 --> 00:31:12,500 Jangan tergoda. 348 00:31:12,500 --> 00:31:14,791 Jangan diperdaya. 349 00:31:14,791 --> 00:31:17,375 Jangan berubah, okey? 350 00:31:24,125 --> 00:31:26,458 Seperti stesen radio abang itu. 351 00:31:31,791 --> 00:31:33,625 Kekalkan frekuensinya. 352 00:31:36,916 --> 00:31:38,000 Abang janji. 353 00:31:38,833 --> 00:31:39,666 Ya. 354 00:31:40,291 --> 00:31:41,375 Abang janji. 355 00:31:53,250 --> 00:31:56,958 Jutta... 356 00:31:56,958 --> 00:31:58,541 - Abang janji. - Jutta. 357 00:32:12,291 --> 00:32:13,375 Tahniah. 358 00:32:13,375 --> 00:32:17,958 Membaiki radio itu merupakan ujian, kamu lulus dengan cemerlang. 359 00:32:17,958 --> 00:32:19,708 Awak nak bawa saya ke mana? 360 00:32:19,708 --> 00:32:22,958 Tempat mereka ubah seorang budak kepada seorang lelaki 361 00:32:22,958 --> 00:32:25,041 dan seorang lelaki kepada askar. 362 00:32:26,416 --> 00:32:27,625 Heil Hitler. 363 00:32:28,458 --> 00:32:29,541 Heil Hitler. 364 00:33:39,125 --> 00:33:41,958 Baiklah. Mari, Marie. 365 00:33:42,625 --> 00:33:45,833 Belok kanan, Marie. Begitu. 366 00:33:45,833 --> 00:33:47,791 Okey. Sekarang, tekan klac. 367 00:33:47,791 --> 00:33:49,208 - Apa itu klac? - Klac! 368 00:33:49,208 --> 00:33:51,666 Angkat kaki kiri kamu. Begitu. 369 00:33:51,666 --> 00:33:55,958 Ya! Baik! Ke tepi! 370 00:34:00,541 --> 00:34:02,375 Kita mencuri kereta sekarang? 371 00:34:02,375 --> 00:34:04,375 Ini bukan kereta, ini Citroën. 372 00:34:04,375 --> 00:34:07,750 Kita tak mencurinya, kita membebaskannya dari Perancis. 373 00:34:18,166 --> 00:34:22,375 {\an8}INSTITUT PENDIDIKAN POLITIK KEBANGSAAN 374 00:34:55,250 --> 00:34:59,083 Rumah yang saya bawa awak semakin besar, Werner Pfennig. 375 00:34:59,916 --> 00:35:02,250 Institut Pendidikan Politik Kebangsaan. 376 00:35:03,041 --> 00:35:04,875 Sekolah paling elit di Jerman, 377 00:35:05,625 --> 00:35:08,708 dibina untuk mereka yang bijak dan kuat. 378 00:35:14,958 --> 00:35:17,708 Hanya manusia luar biasa dapat bertahan. 379 00:35:26,916 --> 00:35:29,166 Awak baca karya Friedrich Nietzsche? 380 00:35:29,166 --> 00:35:30,541 Saya tak membaca. 381 00:35:31,666 --> 00:35:33,458 Saya hanya mendengar. 382 00:35:33,458 --> 00:35:36,958 "Perkara yang tak membunuh kita membuat kita lebih kuat." 383 00:35:57,333 --> 00:35:58,333 Heil Hitler. 384 00:35:59,083 --> 00:36:00,333 Awak siapa? 385 00:36:01,458 --> 00:36:02,875 Leftenan Kolonel Siedler. 386 00:36:03,666 --> 00:36:06,666 Ada calon untuk diserahkan daripada Jabatan Essen. 387 00:36:06,666 --> 00:36:08,375 Saya diberitahu untuk ke sini. 388 00:36:08,375 --> 00:36:09,833 Siapakah dia? 389 00:36:11,000 --> 00:36:12,000 Ahli sihir. 390 00:36:14,791 --> 00:36:16,125 Ini Werner Pfennig. 391 00:36:16,125 --> 00:36:19,208 Dia mahir dengan radio. 392 00:36:22,416 --> 00:36:24,083 Ya, jadi... 393 00:36:25,208 --> 00:36:29,166 Saya tak tanya tentang kemahiran, bukan? 394 00:36:29,166 --> 00:36:33,000 Soalan saya spesifik, siapakah dia? 395 00:36:33,000 --> 00:36:34,083 Budak lelaki. 396 00:36:35,708 --> 00:36:38,333 Jika seseorang tanya awak siapa, 397 00:36:38,333 --> 00:36:40,833 mereka mahu tahu bangsa awak. 398 00:36:40,833 --> 00:36:42,666 Bangsa awak ialah diri awak. 399 00:36:42,666 --> 00:36:45,708 Jadi, apakah bangsanya? 400 00:36:46,458 --> 00:36:48,041 Dia Aryan Jerman. 401 00:36:49,666 --> 00:36:54,583 Namun, mengikut borang permohonan yang awak hantar, 402 00:36:55,375 --> 00:36:58,125 Werner Pfennig telah dijumpai di rumah anak yatim. 403 00:37:00,625 --> 00:37:02,041 Dia seorang anak yatim. 404 00:37:09,541 --> 00:37:12,750 Siapakah ayah awak, Werner Pfennig? 405 00:37:12,750 --> 00:37:15,291 Saya tak tahu siapa ayah saya. 406 00:37:18,375 --> 00:37:19,375 Tuan. 407 00:37:20,791 --> 00:37:21,708 Tuan. 408 00:37:23,625 --> 00:37:24,625 Ibu awak? 409 00:37:26,000 --> 00:37:26,875 Dah mati, tuan. 410 00:37:26,875 --> 00:37:28,083 Mati apa? 411 00:37:29,291 --> 00:37:32,791 Mati, tuan... Heil Hitler. 412 00:37:32,791 --> 00:37:36,708 Ibu awak Aryan Jerman? 413 00:37:37,916 --> 00:37:38,750 Ya, tuan. 414 00:37:38,750 --> 00:37:42,458 Tapi ayah awak yang datang dan pergi boleh jadi sesiapa saja. 415 00:37:42,458 --> 00:37:43,958 Buka baju awak. 416 00:37:44,750 --> 00:37:48,791 Jika seorang budak tiada dokumen jelas tentang asal usulnya, 417 00:37:48,791 --> 00:37:52,833 sebelum dia boleh melangkah masuk ke institusi suci ini, 418 00:37:52,833 --> 00:37:54,541 dia perlu diperiksa dengan teliti 419 00:37:54,541 --> 00:37:57,500 untuk memastikan kandungan genetik bangsanya. 420 00:37:57,500 --> 00:38:00,708 Saya cakap, buka baju awak! 421 00:38:12,333 --> 00:38:16,166 Saya akan ukur setiap bahagian tubuhnya. 422 00:38:17,083 --> 00:38:20,458 Ketebalan bibir, sudut unjuran hidung, 423 00:38:20,458 --> 00:38:23,875 kepadatan tulang, warna mata, warna kulit, 424 00:38:23,875 --> 00:38:28,583 jarak antara pelipis, lilitan kepala. 425 00:38:30,041 --> 00:38:34,916 Setelah pemeriksaan saya selesai, 426 00:38:34,916 --> 00:38:38,916 tiada keraguan tentang sama ada dia mempunyai darah Yahudi... 427 00:38:38,916 --> 00:38:40,666 Buka semuanya. 428 00:38:41,541 --> 00:38:43,375 ...dia akan diterima. 429 00:38:52,125 --> 00:38:55,333 Herr Siedler, terima kasih kerana mengingati kami. 430 00:38:55,333 --> 00:38:57,541 Sekarang, sila kembali ke Essen. 431 00:38:57,541 --> 00:39:01,416 Werner Pfennig kini berada dalam jagaan kami. 432 00:39:04,083 --> 00:39:05,166 Heil Hitler. 433 00:39:29,375 --> 00:39:31,500 Berita baik, Werner Pfennig! 434 00:39:35,833 --> 00:39:37,750 Awak bukan orang Yahudi, 435 00:39:37,750 --> 00:39:40,333 jadi awak dibenarkan hidup 436 00:39:40,333 --> 00:39:44,541 dan awak boleh menyertai institusi ini. 437 00:39:45,875 --> 00:39:46,958 Namun, ketahuilah. 438 00:39:47,708 --> 00:39:50,541 Awak budak yang akan mati, 439 00:39:51,416 --> 00:39:54,041 diganti dengan sesuatu yang bukan manusia. 440 00:40:11,083 --> 00:40:11,958 Perhatian! 441 00:40:15,375 --> 00:40:17,708 - Heil Hitler! - Heil Hitler! 442 00:40:18,583 --> 00:40:19,666 Pelajar baharu. 443 00:40:28,208 --> 00:40:30,041 Ini uniform lapangan awak. 444 00:40:31,500 --> 00:40:33,916 Ini uniform gim awak. 445 00:40:33,916 --> 00:40:36,541 Suspender silang di belakang, selari di hadapan, 446 00:40:36,541 --> 00:40:37,916 lengan dilipat ke siku, 447 00:40:37,916 --> 00:40:41,000 dengan pisau di dalam sarung di sebelah kanan tali pinggang. 448 00:40:41,000 --> 00:40:43,916 Tiada buku, rokok dan barangan peribadi. 449 00:40:46,458 --> 00:40:47,875 Ini lokar awak. 450 00:40:47,875 --> 00:40:51,541 Lokar awak hanya untuk uniform, but, pisau dan penggilap. 451 00:40:51,541 --> 00:40:55,250 Jangan bercakap selepas lampu tutup. Surat ke rumah dihantar setiap Rabu. 452 00:40:58,791 --> 00:41:02,208 Kami akan lucutkan kelemahan, ketakutan dan keraguan awak. 453 00:41:02,208 --> 00:41:04,458 Awak akan menjadi peluru yang bertalu-talu. 454 00:41:04,458 --> 00:41:07,375 Awak tak memilih keselesaan dan hidup untuk berkhidmat. 455 00:41:07,375 --> 00:41:09,375 Awak akan hidup demi negara. 456 00:41:10,666 --> 00:41:11,916 Faham? 457 00:41:11,916 --> 00:41:13,625 Baik, tuan. Saya faham. 458 00:41:15,208 --> 00:41:16,458 Bagus. 459 00:41:25,666 --> 00:41:27,541 Beri dia sambutan tradisional. 460 00:41:32,458 --> 00:41:33,583 Lari. 461 00:41:57,500 --> 00:41:59,625 Adikku sayang, Jutta, 462 00:42:00,416 --> 00:42:02,708 ini tempat yang sangat menarik. 463 00:42:03,500 --> 00:42:07,708 Terdapat banyak hutan dan tanah yang luas dan udaranya sangat bersih. 464 00:42:09,541 --> 00:42:13,708 Budak-budak lain nampak okey, kebanyakannya lebih besar daripada abang. 465 00:42:14,583 --> 00:42:17,375 Abang belum dapat radio, 466 00:42:17,375 --> 00:42:18,875 tapi abang pasti dapat nanti. 467 00:42:19,750 --> 00:42:22,041 Minta Frau Elena supaya jangan risau, 468 00:42:22,708 --> 00:42:23,916 sebab abang okey... 469 00:42:25,333 --> 00:42:26,750 dan menikmati udara segar. 470 00:42:32,791 --> 00:42:34,625 Abang harap semuanya baik. 471 00:42:35,750 --> 00:42:37,666 Abang sayang dan rindu kamu. 472 00:42:38,583 --> 00:42:41,166 Salam sejahtera dan Heil Hitler, 473 00:42:41,166 --> 00:42:42,250 Werner. 474 00:42:44,458 --> 00:42:45,875 Cukup! 475 00:42:50,125 --> 00:42:52,541 Awak tentu budak radio baharu itu. 476 00:42:53,625 --> 00:42:56,791 Bangun, budak. 477 00:43:01,750 --> 00:43:03,250 Jangan kasari dia. 478 00:43:04,750 --> 00:43:08,500 Reich menanam harapan tinggi untuknya. 479 00:43:11,041 --> 00:43:12,125 Ayuh. 480 00:43:13,791 --> 00:43:16,208 Sama ada awak mati seperti singa, 481 00:43:16,208 --> 00:43:19,291 atau awak gagal. 482 00:43:21,333 --> 00:43:23,166 Bangun. Ayuh. 483 00:43:31,083 --> 00:43:34,708 {\an8}ST. MALO EMPAT TAHUN KEMUDIAN 484 00:43:38,250 --> 00:43:39,458 Ingat, Pfennig... 485 00:43:40,708 --> 00:43:43,041 jika awak merancang untuk gagal, 486 00:43:43,041 --> 00:43:45,125 bukan nyawa awak saja yang terancam. 487 00:43:46,000 --> 00:43:48,125 Saya tahu awak ada seorang adik... 488 00:43:50,041 --> 00:43:51,041 Jutta. 489 00:43:52,833 --> 00:43:56,916 Jika awak gagal mencari lokasi gelombang pendek 13.10, 490 00:43:56,916 --> 00:43:58,625 adik awak turut akan mati. 491 00:44:01,166 --> 00:44:03,291 Dia akan mati dengan dahsyat. 492 00:44:14,958 --> 00:44:18,041 Ayah, hari ini saya teringat perjalanan kita... 493 00:44:18,041 --> 00:44:19,083 Pergi! 494 00:44:19,083 --> 00:44:20,791 ...ke Saint-Malo. 495 00:44:20,791 --> 00:44:22,833 dan kereta yang dicuri itu, 496 00:44:22,833 --> 00:44:27,333 bagaimana kita tidur di bangsal dan semak dan mencuri telur. 497 00:44:27,333 --> 00:44:32,500 Saya ingat bagaimana kita tiba ke bandar sejurus minyak habis... 498 00:44:32,500 --> 00:44:35,000 Dia bersiaran separuh kilometer ke barat. 499 00:44:35,000 --> 00:44:36,625 Belok kanan di sini. 500 00:44:36,625 --> 00:44:40,833 Saya ingat saya sangat gementar semasa kali pertama tiba di sini, 501 00:44:41,500 --> 00:44:45,583 tidak mengetahui takdir kita atau siapa kita akan jumpa. 502 00:44:46,458 --> 00:44:49,875 Namun, kita hanya mendapat kasih sayang dan kebahagiaan. 503 00:44:52,500 --> 00:44:55,708 Semua itu tampak jauh sekarang. 504 00:45:00,791 --> 00:45:01,791 Ayah... 505 00:45:02,791 --> 00:45:07,625 Saya berdoa isyarat radio ini dapat sampai kepada ayah di mana jua ayah berada, 506 00:45:07,625 --> 00:45:11,000 sebab saya takkan berhenti berharap. 507 00:45:11,000 --> 00:45:12,291 Takkan sesekali. 508 00:45:14,833 --> 00:45:16,041 Salam sayang. 509 00:45:25,541 --> 00:45:26,958 Keluar. 510 00:46:21,083 --> 00:46:22,583 Masa untuk berjumpa kawan awak. 511 00:46:25,708 --> 00:46:29,125 Siapa pun awak, maafkan saya. 512 00:49:09,708 --> 00:49:14,708 {\an8}Terjemahan sari kata oleh Shazreena