1 00:00:22,773 --> 00:00:25,609 Cik Léger, En. Tomine. 2 00:00:25,609 --> 00:00:29,321 Saya akan beri ujian kedua yang ditetapkan oleh En. Alexandre Léger. 3 00:00:29,321 --> 00:00:33,116 Dia memilih lukisan dan satu-satunya petunjuk ialah perkataan "kaitan." 4 00:00:33,992 --> 00:00:35,994 Lihat lukisan ini dengan teliti. 5 00:00:36,495 --> 00:00:38,830 Kamu ada dua minggu untuk cari wain yang betul. 6 00:00:51,051 --> 00:00:54,680 {\an8}Sidang akhbar En. Noboru Tomine akan bermula. 7 00:00:54,680 --> 00:01:00,310 {\an8}Dia jarang muncul di tempat awam kerana dia bencikan media. 8 00:01:00,811 --> 00:01:02,813 {\an8}Bagaimanapun, cucu dia, Issei, 9 00:01:02,813 --> 00:01:05,440 {\an8}umumkan yang dia akan cuba memenangi pewarisan Alexandre Léger, 10 00:01:05,440 --> 00:01:07,985 {\an8}orang berpengaruh dalam dunia wain. 11 00:01:07,985 --> 00:01:10,404 Menurut sumber tak rasmi, dia ada... 12 00:01:11,029 --> 00:01:13,073 Ini dia. En. Noboru Tomine. 13 00:01:25,169 --> 00:01:28,505 Dunia dah berubah. 14 00:01:29,548 --> 00:01:31,758 {\an8}Seperti saya katakan, Jepun dah berubah. 15 00:01:32,718 --> 00:01:39,224 {\an8}Jika ia dah berubah, 16 00:01:39,975 --> 00:01:44,855 {\an8}orang tua seperti saya juga boleh berubah. 17 00:01:46,940 --> 00:01:53,405 Cucu saya, Issei Tomine, dia juga dah berubah. 18 00:01:54,907 --> 00:02:00,829 Dia menyelidik wain, 19 00:02:00,829 --> 00:02:04,499 bidang yang biasanya dikuasai orang Barat. 20 00:02:04,499 --> 00:02:08,961 Dia membuktikan bakat dia kepada seluruh dunia dengan segera. 21 00:02:11,507 --> 00:02:16,970 {\an8}Saya akan menyokong Issei. 22 00:02:17,554 --> 00:02:20,891 {\an8}Saya harap dia menang dengan setulus hati saya. 23 00:02:25,896 --> 00:02:27,064 Issei, 24 00:02:28,106 --> 00:02:34,696 Berlian Tomine menyokong awak. 25 00:02:36,615 --> 00:02:39,243 {\an8}Tolong menang. 26 00:02:39,826 --> 00:02:40,911 {\an8}Untuk kami. 27 00:02:42,162 --> 00:02:45,541 {\an8}Terutamanya untuk Jepun. 28 00:02:48,252 --> 00:02:52,631 {\an8}Terima kasih. 29 00:03:03,225 --> 00:03:04,434 Itu dia. 30 00:03:05,352 --> 00:03:06,478 Lukisan alam benda. 31 00:03:06,478 --> 00:03:09,523 Pic, Kuins dan Bunga Melur oleh Fede Galizia. 32 00:03:10,315 --> 00:03:12,818 Dia pelukis Milan dari zaman Baroque, 33 00:03:13,610 --> 00:03:14,736 dari kurun ke-17. 34 00:03:14,736 --> 00:03:15,863 Okey. 35 00:03:16,613 --> 00:03:20,075 Alam benda. Lukisan alam benda mewakili kecantikan, 36 00:03:20,075 --> 00:03:21,660 kehidupan yang singkat. 37 00:03:21,660 --> 00:03:23,203 Semuanya akan berakhir. 38 00:03:23,203 --> 00:03:27,124 Manusia akan mati, seperti buah akan reput dalam mangkuk. 39 00:03:28,083 --> 00:03:29,251 Itu indah. 40 00:03:29,835 --> 00:03:31,003 Terima kasih. 41 00:03:32,254 --> 00:03:33,839 Kehidupan yang singkat dan perkara lain. 42 00:03:34,798 --> 00:03:36,592 Awak sebut dalam buku awak, bukan? 43 00:03:37,843 --> 00:03:38,969 Awak dah bacanya? 44 00:03:39,720 --> 00:03:42,723 Ya. Ia sangat bagus. Saya sukakannya. 45 00:03:46,143 --> 00:03:51,857 Jadi kaitan yang kita cari mungkin kaitan antara kehidupan dan kematian. 46 00:03:52,524 --> 00:03:55,944 Ya, tapi apa kaitannya dengan wain? 47 00:03:57,946 --> 00:03:59,072 Atau satu wain? 48 00:04:00,157 --> 00:04:01,241 Saya tak tahu... 49 00:04:02,618 --> 00:04:04,036 Kaitan? 50 00:04:04,036 --> 00:04:07,539 Saya tak tahu apa kaitannya, tapi wain putih atau merah, 51 00:04:07,539 --> 00:04:09,208 ia tentu dari Itali. 52 00:04:09,875 --> 00:04:12,044 Milan atau daerah Lombardy. 53 00:04:12,044 --> 00:04:15,214 Cari semua jenis anggur. 54 00:04:15,214 --> 00:04:18,966 Ia mungkin dari kurun ke-17. 55 00:04:21,470 --> 00:04:25,390 Aroma pic, bunga melur, kuins. 56 00:04:25,390 --> 00:04:29,728 Bagus jika ada ketiga-tiganya, tapi dua sudah mencukupi. 57 00:04:34,191 --> 00:04:35,400 Itu saja. 58 00:04:35,400 --> 00:04:38,820 Baik. Ayuh, pergi. Ayuh, semua! 59 00:04:39,655 --> 00:04:40,656 Terima kasih. 60 00:04:45,494 --> 00:04:47,162 Mak mahu jumpa saya? 61 00:05:07,391 --> 00:05:08,433 Apa itu? 62 00:05:25,200 --> 00:05:26,827 Apa terjadi pada ayah? 63 00:05:35,544 --> 00:05:38,088 "Jangan cari saya." 64 00:05:38,088 --> 00:05:39,631 Dia dah hilang? 65 00:05:39,631 --> 00:05:41,675 - Sejak bila? - Itu tak penting. 66 00:05:42,426 --> 00:05:45,053 Awak orang terakhir yang nampak dia. 67 00:05:46,638 --> 00:05:48,140 Apa yang kamu bualkan? 68 00:05:57,524 --> 00:05:58,650 Issei? 69 00:06:02,196 --> 00:06:04,489 Dia menyuruh saya menarik diri daripada pertandingan. 70 00:06:05,991 --> 00:06:07,826 Saya fikir mak suruh dia buat begitu. 71 00:06:07,826 --> 00:06:08,994 Kenapa mak mahu buat begitu? 72 00:06:09,578 --> 00:06:10,871 Mak takkan buat begitu. 73 00:06:11,663 --> 00:06:15,167 Jika awak bertanding untuk harta warisan orang lain, 74 00:06:15,167 --> 00:06:19,254 dia fikir itu akan merosakkan reputasi Kumpulan Tomine, termasuk dia. 75 00:06:19,254 --> 00:06:20,506 Semasa saya tinggalkan ayah... 76 00:06:22,382 --> 00:06:24,468 saya cakap dia seorang pengecut. 77 00:06:27,721 --> 00:06:29,056 Kenapa awak kata begitu? 78 00:06:29,640 --> 00:06:31,433 Dia seorang yang sensitif. 79 00:06:31,433 --> 00:06:33,519 Kenapa awak malukan dia seperti itu? 80 00:06:33,519 --> 00:06:35,395 Mak yang selalu malukan dia. 81 00:06:36,146 --> 00:06:37,147 Apa? 82 00:06:37,856 --> 00:06:39,441 Mak dengar kata-kata saya. 83 00:06:41,568 --> 00:06:43,612 - Kita perlu lapor pada polis. - Tidak. 84 00:06:44,488 --> 00:06:46,907 Tiada orang patut tahu. 85 00:06:46,907 --> 00:06:49,201 Ayah dah hilang dan mak tak mahu buat apa-apa? 86 00:06:49,201 --> 00:06:52,913 Kita tak boleh paksa dia tinggal bersama jika dia bertekad untuk pergi. 87 00:06:52,913 --> 00:06:55,624 - Kalau sesuatu terjadi pada dia? - Jangan buat apa-apa! 88 00:06:57,918 --> 00:07:01,630 Awak dah timbulkan banyak masalah. 89 00:08:21,502 --> 00:08:23,921 Terima kasih, datuk. 90 00:08:25,839 --> 00:08:27,007 Apa yang datuk buat? 91 00:08:28,133 --> 00:08:32,929 Datuk beritahu semua orang yang datuk benar-benar mahu saya menang. 92 00:08:32,929 --> 00:08:35,557 Ya. Datuk kata begitu. 93 00:08:38,352 --> 00:08:41,313 Ia benar, Issei. 94 00:08:46,276 --> 00:08:47,402 Terima kasih. 95 00:08:48,362 --> 00:08:52,115 Ia benar. Awak perlu menang. 96 00:08:53,242 --> 00:08:57,246 Sebab awak tiada pilihan. 97 00:08:59,957 --> 00:09:05,754 Awak buat keputusan sendiri tanpa merujuk kepada kami, 98 00:09:06,713 --> 00:09:11,134 walaupun kami dah beri amaran. 99 00:09:12,886 --> 00:09:14,346 Sebagai akibatnya, 100 00:09:15,389 --> 00:09:19,518 awak bukan lagi ahli keluarga ini. 101 00:09:21,478 --> 00:09:23,272 Awak faham, Issei? 102 00:09:24,690 --> 00:09:27,276 Awak tiada pilihan melainkan menang. 103 00:09:28,026 --> 00:09:31,989 Jika awak kalah, awak akan kehilangan segala-galanya. 104 00:09:32,948 --> 00:09:35,325 Reputasi, maruah... 105 00:09:36,994 --> 00:09:40,747 keluarga, duit, masa depan. 106 00:09:42,499 --> 00:09:45,669 Awak takkan ada apa-apa. 107 00:09:47,171 --> 00:09:52,676 Cuma penyesalan. 108 00:09:54,678 --> 00:09:57,097 Datuk ucapkan semoga berjaya. 109 00:10:36,845 --> 00:10:37,846 Bukan. 110 00:10:57,824 --> 00:10:59,159 Awak tahu, 111 00:11:00,494 --> 00:11:04,831 awak fikir dia sakit, tapi orang Perancis... 112 00:11:09,545 --> 00:11:11,880 Bagi orang Jepun, 113 00:11:11,880 --> 00:11:17,094 ia tentang maruah, adat kebiasaan, tak boleh bersentuhan. 114 00:11:18,554 --> 00:11:20,180 Saya rasa kasihan pada awak. 115 00:11:35,612 --> 00:11:38,156 Bukankah itu stereotaip? 116 00:11:52,296 --> 00:11:53,547 Nama dia? 117 00:11:54,590 --> 00:11:55,966 Hirokazu Tomine. 118 00:11:56,592 --> 00:11:58,927 Bagaimana awak tahu dia hilang? 119 00:12:02,848 --> 00:12:05,893 JANGAN CARI SAYA. 120 00:12:07,853 --> 00:12:09,855 Dia yang tulis ini? 121 00:12:10,814 --> 00:12:11,857 Ya. 122 00:12:14,985 --> 00:12:16,486 Bapa awak berumur 56 tahun. 123 00:12:17,738 --> 00:12:20,073 Dia cukup matang untuk membuat pilihan sendiri. 124 00:12:21,783 --> 00:12:23,243 Saya risau tentang dia. 125 00:12:23,243 --> 00:12:26,413 Dia tiada duit atau kad pengenalan. 126 00:12:26,413 --> 00:12:30,125 Saya tak mahu dia jadi gelandangan atau ditimpa kemalangan. 127 00:12:30,751 --> 00:12:36,173 Awak tahu berapa ramai orang dewasa hilang setiap tahun di Jepun? 128 00:12:36,840 --> 00:12:41,136 Awak tahu apa kami boleh buat apabila orang hilang secara sukarela? 129 00:12:42,554 --> 00:12:43,722 Tiada apa-apa. 130 00:12:45,307 --> 00:12:46,934 Walaupun kami dapat cari mereka, 131 00:12:47,768 --> 00:12:50,812 kita tak boleh paksa mereka kembali jika mereka tak mahu. 132 00:12:54,942 --> 00:12:58,529 Awak muncul di TV, bukan? 133 00:12:59,571 --> 00:13:00,572 Tidak. 134 00:13:02,032 --> 00:13:03,075 Okey. 135 00:13:04,159 --> 00:13:05,494 Jadi, 136 00:13:06,245 --> 00:13:07,788 kami tak boleh buat apa-apa. 137 00:13:08,664 --> 00:13:10,832 Kadangkala mereka akan pulang sendiri. 138 00:13:11,333 --> 00:13:13,794 Bagaimana awak boleh kata begitu tanpa mencari dia? 139 00:13:15,087 --> 00:13:16,713 Jangan putus harapan. 140 00:13:31,228 --> 00:13:32,354 Boleh kita berjumpa? 141 00:13:34,064 --> 00:13:35,357 Pukul berapa? 142 00:13:50,622 --> 00:13:51,832 Tak perlu beritahu saya. 143 00:13:52,332 --> 00:13:53,959 Awak dah sukakan saya, 144 00:13:53,959 --> 00:13:56,962 awak mahu saya buat temu ramah eksklusif untuk setiap pusingan, betul? 145 00:13:57,713 --> 00:13:58,714 Betul. 146 00:14:00,757 --> 00:14:02,009 Awak serius? 147 00:14:03,677 --> 00:14:05,095 Kenapa dengan awak? 148 00:14:05,095 --> 00:14:06,763 Biasanya awak bukan begini. 149 00:14:08,557 --> 00:14:12,060 Saya boleh percayakan awak, Cik Katase? 150 00:14:13,520 --> 00:14:15,397 Saya seorang wartawan. 151 00:14:23,280 --> 00:14:24,823 Maaf. Saya faham. 152 00:14:26,074 --> 00:14:28,452 Okey, saya akan rahsiakan semuanya. Saya janji. 153 00:14:34,124 --> 00:14:35,792 Bapa saya dah hilang. 154 00:14:36,293 --> 00:14:38,962 Dia tak membawa telefon, kad pengenalan atau kad kredit. 155 00:14:41,340 --> 00:14:42,591 Saya mahu awak cari dia. 156 00:14:45,093 --> 00:14:48,805 Saya wartawan, bukan penyiasat persendirian. 157 00:14:48,805 --> 00:14:51,350 Saya tahu kebolehan awak. 158 00:14:52,518 --> 00:14:55,270 Awak mengambil risiko besar. 159 00:14:56,271 --> 00:14:59,816 Awak mungkin anggap saya aristokrat yang berlagak. 160 00:14:59,816 --> 00:15:01,026 Mungkin saya begitu. 161 00:15:01,652 --> 00:15:04,363 Saya jarang bersosial dan saya tiada ramai kawan. 162 00:15:05,072 --> 00:15:06,073 Malah, 163 00:15:07,074 --> 00:15:09,993 sudah lama saya tak berterus terang seperti ini. 164 00:15:17,376 --> 00:15:18,502 Bapa saya, dia... 165 00:15:22,798 --> 00:15:26,510 Awak tahu saya ada slot berita dalam rancangan temu bual TV. 166 00:15:28,554 --> 00:15:29,972 Benarkan saya temu ramah. 167 00:15:29,972 --> 00:15:31,431 Secara eksklusif. 168 00:15:35,894 --> 00:15:37,688 Saya takkan tanya sebab dia hilangkan diri. 169 00:15:39,565 --> 00:15:41,817 Awak perlu fikir tentangnya. 170 00:15:42,568 --> 00:15:44,695 Kenapa hilangkan diri sekarang? 171 00:15:47,114 --> 00:15:48,699 Saya kata sesuatu yang teruk kepadanya. 172 00:15:51,243 --> 00:15:54,705 Orang tak hilangkan diri disebabkan kata-kata teruk. 173 00:15:56,665 --> 00:15:58,584 Dia mungkin ada rahsia. 174 00:15:59,793 --> 00:16:02,880 Siapa yang tiada rahsia? 175 00:16:05,048 --> 00:16:07,509 - Awak ada gambar? - Apa? 176 00:16:07,509 --> 00:16:09,511 Gambar bapa awak. 177 00:16:22,191 --> 00:16:23,233 Gambar yang cantik. 178 00:16:25,819 --> 00:16:27,487 Rupa awak seperti dia. 179 00:16:47,174 --> 00:16:48,425 Selamat datang. 180 00:16:52,554 --> 00:16:54,139 Awak mahu minum apa? 181 00:16:55,641 --> 00:16:56,850 Tak perlu. 182 00:17:03,357 --> 00:17:06,026 Jadi, ada apa? 183 00:17:06,527 --> 00:17:07,736 Kenapa bawa saya ke sini? 184 00:17:07,736 --> 00:17:09,445 Kita perlu berbincang, okey? 185 00:17:11,406 --> 00:17:12,574 Okey. 186 00:17:12,574 --> 00:17:15,368 Awak tahu apa berlaku pada setiap 31 Mac? 187 00:17:16,494 --> 00:17:17,496 Tak. 188 00:17:17,996 --> 00:17:19,830 Panduan Léger baharu diterbitkan. 189 00:17:21,375 --> 00:17:25,337 Panduan ini diterbitkan di 70 negara, hampir dua juta salinan. 190 00:17:26,630 --> 00:17:31,385 Beribu wain dirasai, disenaraikan, diberi penarafan. 191 00:17:31,385 --> 00:17:34,221 Luca, kenapa awak beritahu saya ini? 192 00:17:36,890 --> 00:17:39,601 Sebab Panduan Léger bukan lagi Panduan Léger 193 00:17:40,102 --> 00:17:42,062 jika tiada Léger yang uruskannya. 194 00:17:42,646 --> 00:17:43,689 Jadi? 195 00:17:48,110 --> 00:17:50,153 Ada Léger lain di sini? 196 00:17:50,737 --> 00:17:53,782 Saya maksudkan awak. Awak orangnya. 197 00:17:53,782 --> 00:17:56,118 - Tolonglah, Luca. - Saya tahu. 198 00:17:56,118 --> 00:17:57,911 Keutamaan awak ialah pertandingan itu. 199 00:17:58,745 --> 00:18:02,291 Bapa awak mahu awak mengambil alih panduan itu. 200 00:18:04,877 --> 00:18:07,588 Dia beritahu saya itu. Saya cuma sampaikan pesanan. 201 00:18:16,513 --> 00:18:20,392 Esok pagi, kita berjumpa di rumah bapa awak. 202 00:18:20,976 --> 00:18:24,062 Thomas takkan ada di sana. Lorenzo akan uruskannya. 203 00:18:24,855 --> 00:18:26,273 Saya ada kejutan untuk awak. 204 00:18:33,906 --> 00:18:40,454 Saya mahu tanya jika awak ada rekod profesor yang pernah mengajar di sini? 205 00:18:42,289 --> 00:18:46,335 Antara tahun 1990 sehingga 1994? 206 00:18:50,339 --> 00:18:52,299 Untuk apa? 207 00:18:53,967 --> 00:18:59,139 Ibu bapa saya mungkin bertemu dalam salah satu kelas dia, tapi saya tak pasti. 208 00:18:59,139 --> 00:19:01,391 Tahun ini ulang tahun perkahwinan ke-30 ibu bapa saya. 209 00:19:01,391 --> 00:19:05,187 Saya mahu mengejutkan mereka dengan menjemput profesor ini. 210 00:19:06,480 --> 00:19:07,689 Siapa nama profesor itu? 211 00:19:08,982 --> 00:19:10,567 Léger, Alexandre. 212 00:19:11,944 --> 00:19:13,987 L-E-G-E-R. 213 00:19:24,248 --> 00:19:25,499 Saya dah jumpa. 214 00:19:27,292 --> 00:19:29,169 Berapa lama dia mengajar di sini? 215 00:19:30,754 --> 00:19:34,049 Dari April sehingga Jun 1991. 216 00:19:35,259 --> 00:19:39,179 Dia tak mengajar sehingga hujung tahun? Kenapa? 217 00:19:39,930 --> 00:19:42,182 Saya tak boleh beritahu awak. 218 00:19:43,684 --> 00:19:49,857 Jika ibu bapa saya pelajar dia, berapa lama mereka belajar dengan dia? 219 00:19:50,482 --> 00:19:53,068 Honoka Tomine dan Hirokazu Onoyama. 220 00:20:04,288 --> 00:20:08,041 Dari April sehingga Jun. Seperti profesor mereka. 221 00:20:13,797 --> 00:20:15,799 Awak ada markah ibu bapa saya? 222 00:20:16,300 --> 00:20:17,301 Ya. 223 00:20:18,260 --> 00:20:19,261 Jadi? 224 00:20:19,887 --> 00:20:21,847 Saya tak boleh beritahu awak. 225 00:20:24,683 --> 00:20:28,353 Boleh saya tahu nama rakan sekelas mereka, untuk ajak mereka ke parti itu? 226 00:20:31,356 --> 00:20:32,983 Awak tak boleh beritahu saya, betul? 227 00:20:35,402 --> 00:20:39,781 Awak boleh bantu saya? Ia sangat penting. 228 00:20:42,201 --> 00:20:43,202 Tolonglah. 229 00:20:56,673 --> 00:20:59,426 Saya ada nama penterjemah waktu itu 230 00:20:59,927 --> 00:21:01,553 dan alamat dia. 231 00:21:02,304 --> 00:21:03,931 Jika dia masih tinggal di sana. 232 00:21:04,890 --> 00:21:06,600 Baiklah. 233 00:21:29,498 --> 00:21:31,458 - Maaf tentang ini. - Tak mengapa. 234 00:21:33,418 --> 00:21:34,545 Selesai. 235 00:21:37,965 --> 00:21:39,007 Itu Juliette? 236 00:21:40,425 --> 00:21:42,970 - Ya. - Berapa lama kamu bercinta? 237 00:21:43,971 --> 00:21:45,472 Tujuh tahun. 238 00:21:48,600 --> 00:21:49,977 Kenapa "mm-hmm"? 239 00:21:50,936 --> 00:21:53,355 Tiada apa-apa. Itu lama. 240 00:21:53,355 --> 00:21:54,815 Itu bagus. 241 00:21:55,941 --> 00:21:57,025 Tujuh tahun. 242 00:21:58,944 --> 00:22:01,071 Saat penting dalam hubungan, betul? 243 00:22:02,114 --> 00:22:04,449 Ia antara plonk dan Grand Cru. 244 00:22:05,409 --> 00:22:07,953 Saya bergurau. Kamu tentu kenal satu sama lain dengan baik. Baguslah. 245 00:22:08,787 --> 00:22:09,997 Apa rekod awak? 246 00:22:13,208 --> 00:22:14,293 Enam bulan? 247 00:22:15,419 --> 00:22:16,753 Enam bulan? 248 00:22:16,753 --> 00:22:17,921 Betulkah? 249 00:22:18,881 --> 00:22:20,757 Ya, saya selalu ditinggalkan. 250 00:22:22,551 --> 00:22:25,304 Mereka tak nampak masa depan kami. Saya faham perasaan mereka. 251 00:22:25,888 --> 00:22:27,681 Saya tak tahu hala tuju hidup saya. 252 00:22:28,432 --> 00:22:30,434 Sebab itu tujuh tahun lama bagi saya. 253 00:22:34,229 --> 00:22:35,480 Dia melamar saya. 254 00:22:36,064 --> 00:22:38,859 Wanita moden. 255 00:22:40,652 --> 00:22:42,738 - Tahniah. - Terima kasih. 256 00:22:43,238 --> 00:22:45,490 Walaupun saya tak percayakan perkahwinan. 257 00:22:46,533 --> 00:22:48,118 Awak tahu kadar perceraian? 258 00:22:48,702 --> 00:22:50,204 - Lima puluh peratus? - Ya. 259 00:22:50,996 --> 00:22:52,122 Untuk perkahwinan kedua? 260 00:22:52,998 --> 00:22:55,083 - Tiga puluh peratus? - Enam puluh enam peratus. 261 00:22:55,584 --> 00:22:58,462 - Tak mungkin. - Perkahwinan ketiga, 75 peratus. 262 00:22:58,462 --> 00:23:01,423 Baik. Itu luar biasa. 263 00:23:02,758 --> 00:23:04,718 Saya faham sebab awak selalu ditinggalkan. 264 00:23:04,718 --> 00:23:06,220 Sebab awak menjengkelkan. 265 00:23:07,513 --> 00:23:09,848 Saya boleh beritahu teori saya. Tunggu, dengar. 266 00:23:09,848 --> 00:23:12,142 - Kadar gembira-terseksa dalam percintaan. - Tunggu, tapi... Ya, okey. 267 00:23:12,142 --> 00:23:13,644 Satu petunjuk, ia tak seimbang. 268 00:23:13,644 --> 00:23:16,396 Saya tak meraguinya, tapi saya tak mahu dengarnya. 269 00:23:16,396 --> 00:23:18,357 Awak tak perlu beritahu, terima kasih. 270 00:23:19,483 --> 00:23:21,401 Saya cuma mahu majlis perkahwinan indah 271 00:23:22,194 --> 00:23:24,321 dengan orang kesayangan, muzik dan wain yang baik. 272 00:23:24,321 --> 00:23:26,365 Saya tak peduli jika saya bercerai dua tahun kemudian. 273 00:23:28,951 --> 00:23:32,037 Tak banyak peluang untuk kita bersama orang yang kita sayang. 274 00:23:33,956 --> 00:23:35,332 Selain pengebumian, 275 00:23:36,834 --> 00:23:38,293 tapi saya tak suka itu. 276 00:23:42,381 --> 00:23:45,008 Saya sangka awak akan hadir pengebumian ibu saya. 277 00:23:47,886 --> 00:23:49,221 Saya mahu datang. 278 00:23:49,972 --> 00:23:52,266 Ibu saya "terlupa" beritahu saya. 279 00:23:56,186 --> 00:23:57,729 Marianne menderita. 280 00:24:00,858 --> 00:24:04,194 Bapa awak panas baran dan ia semakin teruk. 281 00:24:04,194 --> 00:24:05,779 Dia tegas. 282 00:24:06,321 --> 00:24:08,323 Kita perlu berhati-hati apabila bersama dia. 283 00:24:08,323 --> 00:24:09,825 Semuanya sentiasa menjadi rumit. 284 00:24:09,825 --> 00:24:11,451 Ia memenatkan semua orang. 285 00:24:13,537 --> 00:24:17,040 Awak pula gadis yang sangat baik. 286 00:24:17,916 --> 00:24:19,626 - Baguslah. - Tak. 287 00:24:20,794 --> 00:24:22,171 Tak, saya serius. 288 00:24:22,838 --> 00:24:25,048 Saya suka kebaikan. Itu perkara paling indah. 289 00:24:26,216 --> 00:24:29,136 Itu digabungkan dengan kebijaksanaan awak, 290 00:24:30,012 --> 00:24:31,263 awak tak dapat bayangkannya. 291 00:24:39,438 --> 00:24:42,316 - Tunggu, kita datang dari sana. - Tak, Thomas! Marilah! 292 00:24:42,816 --> 00:24:45,319 - Di sini. Bukan! Ayuh. - Kita datang dari sini. 293 00:24:45,319 --> 00:24:47,029 - Awak pasti? - Ya, saya pasti. 294 00:24:48,322 --> 00:24:49,615 Ia terasa salah. 295 00:24:51,533 --> 00:24:54,203 - Awak pasti arah ini? - Tak, marilah. Saya akan tunjukkan. 296 00:24:54,745 --> 00:24:57,331 Apa perkataan Jepun untuk "saya mabuk"? 297 00:24:58,207 --> 00:25:00,667 Yopparatta. 298 00:25:01,210 --> 00:25:02,753 - Ya. - Yopparatta. 299 00:25:03,253 --> 00:25:04,379 Yopparatta. 300 00:25:05,964 --> 00:25:07,049 Apa? 301 00:25:07,966 --> 00:25:10,052 - Berhenti. - Yusuke ada? 302 00:25:10,052 --> 00:25:12,054 - Ya, tapi dia dah tidur. - Ya. 303 00:25:12,054 --> 00:25:13,222 Awak buat apa? 304 00:25:13,889 --> 00:25:16,350 - Pakai selipar. - Tak perlu selipar. 305 00:25:16,350 --> 00:25:17,893 Yusuke dah tidur. 306 00:25:20,604 --> 00:25:21,605 Diam. 307 00:25:22,523 --> 00:25:24,942 Dia kata jangan masuk rumah dengan memakai kasut. 308 00:25:32,616 --> 00:25:33,659 Kenapa? 309 00:25:35,494 --> 00:25:36,537 Mari. 310 00:25:37,579 --> 00:25:38,872 Mari, Camille. 311 00:25:39,665 --> 00:25:42,125 Marilah, Camille. 312 00:25:47,297 --> 00:25:48,465 Jangan. 313 00:25:48,465 --> 00:25:50,843 - Jangan, Camille. - Apa? 314 00:25:50,843 --> 00:25:52,845 - Camille, kita mabuk. - Saya tak mabuk. 315 00:25:53,887 --> 00:25:55,764 - Camille, kita... - Dengar! 316 00:25:57,516 --> 00:25:59,560 Saya jarang buat begini. 317 00:26:00,686 --> 00:26:01,687 Tetapi... 318 00:26:02,646 --> 00:26:03,939 awak dan saya, ia... 319 00:26:06,608 --> 00:26:07,651 Bukan? 320 00:26:20,080 --> 00:26:21,540 Saya tak boleh. 321 00:26:22,499 --> 00:26:23,542 Saya tak boleh. 322 00:26:23,542 --> 00:26:24,626 - Tunggu. - Tidak. 323 00:26:56,491 --> 00:26:57,784 Hai. 324 00:26:57,784 --> 00:26:59,870 Selamat malam. Sekarang masa yang sesuai? 325 00:26:59,870 --> 00:27:01,496 Awak ada sebarang berita? 326 00:27:01,496 --> 00:27:08,045 Orang hilang biasanya tinggalkan kampung halaman dan mengembara jauh. 327 00:27:08,045 --> 00:27:09,713 Mereka menaiki bas atau kereta api. 328 00:27:10,672 --> 00:27:11,965 Periksa e-mel awak. 329 00:27:14,051 --> 00:27:15,552 Saya ada kawan polis 330 00:27:15,552 --> 00:27:18,347 yang ada akses kamera CCTV di stesen kereta api. 331 00:27:19,264 --> 00:27:21,725 Berdasarkan tarikh dan masa yang awak berikan... 332 00:27:24,728 --> 00:27:26,230 Mungkin itu bapa awak? 333 00:27:34,154 --> 00:27:37,032 Ya, rasanya itu dia. 334 00:27:40,494 --> 00:27:43,288 Kami masih tak tahu dia menaiki kereta api mana. 335 00:27:43,288 --> 00:27:46,291 Kami tahu mesin tiket yang dia gunakan. 336 00:27:47,626 --> 00:27:51,213 Tentu mudah untuk mencari transaksinya. 337 00:27:54,174 --> 00:27:55,467 Cik Katase, 338 00:27:56,343 --> 00:27:57,636 terima kasih. 339 00:27:58,220 --> 00:27:59,513 Sama-sama. 340 00:28:00,556 --> 00:28:02,516 Saya akan beritahu perkembangannya. 341 00:28:03,559 --> 00:28:05,769 Awak lapang pada malam esok? 342 00:28:05,769 --> 00:28:06,937 Untuk apa? 343 00:28:07,938 --> 00:28:10,357 Menonton filem? Makan malam? 344 00:28:14,069 --> 00:28:15,362 Saya bergurau. 345 00:28:15,362 --> 00:28:17,364 Untuk temu ramah. 346 00:28:17,364 --> 00:28:20,117 Temu ramah eksklusif saya. 347 00:28:20,742 --> 00:28:22,160 Awak bertindak dengan segera. 348 00:28:23,036 --> 00:28:24,204 Jadi, pukul tujuh malam? 349 00:28:25,330 --> 00:28:26,415 Okey. 350 00:28:26,415 --> 00:28:27,583 Bagus. 351 00:28:28,333 --> 00:28:29,751 Saya akan hantar butirannya. 352 00:28:30,544 --> 00:28:33,338 Jangan risau. Saya akan layan awak dengan baik. 353 00:28:34,131 --> 00:28:35,299 Jangan buli saya. 354 00:28:37,217 --> 00:28:39,428 Jaga diri. Selamat malam. 355 00:28:40,053 --> 00:28:41,096 Selamat malam. 356 00:29:08,332 --> 00:29:11,502 Issei. Temu ramah TV ini tentang apa? 357 00:29:13,295 --> 00:29:14,796 Helo, mak apa khabar? 358 00:29:15,756 --> 00:29:18,717 Tak perlu menyindir dan jelaskannya. 359 00:29:19,343 --> 00:29:20,427 Anggaplah 360 00:29:21,261 --> 00:29:26,099 saya terharu dengan sokongan datuk sehingga saya mahu semua orang tahu. 361 00:29:26,099 --> 00:29:27,434 Awak bergurau? 362 00:29:27,434 --> 00:29:29,394 Mak yang bergurau. 363 00:29:30,020 --> 00:29:33,482 Suami mak hilangkan diri dan kita tak tahu dia masih hidup atau tak. 364 00:29:33,482 --> 00:29:35,108 Mak tak peduli. 365 00:29:36,235 --> 00:29:39,404 Dia takkan kembali. 366 00:29:40,072 --> 00:29:42,074 Itu balasan untuk mak. 367 00:29:42,074 --> 00:29:44,117 Dia menyokong kita. 368 00:29:44,117 --> 00:29:46,703 Kita tak buat apa-apa untuk dia. Kita hanya abaikan dia. 369 00:29:46,703 --> 00:29:50,123 Kita tak pernah beritahu dia 370 00:29:50,832 --> 00:29:54,253 betapa pentingnya dia pada kita. Sebab itu dia pergi. 371 00:29:54,753 --> 00:29:58,841 Apa kaitannya dengan temu ramah itu? 372 00:29:58,841 --> 00:30:00,425 Mak akan tahu nanti. 373 00:30:01,260 --> 00:30:02,302 Selamat tinggal. 374 00:30:39,047 --> 00:30:40,048 Helo. 375 00:30:40,048 --> 00:30:41,300 Issei Tomine? 376 00:30:42,426 --> 00:30:43,844 Saya lihat awak di TV. 377 00:30:43,844 --> 00:30:45,679 Awak selebriti wain! 378 00:30:46,263 --> 00:30:48,515 Kenapa awak datang ke sini? 379 00:30:50,017 --> 00:30:54,396 Saya mencari Pn. Yoko Sawaguchi. Dia pernah menjadi penterjemah. 380 00:30:54,980 --> 00:30:57,024 Dia nenek saya. 381 00:30:57,524 --> 00:31:01,403 Ini rumah dia, tapi dia ke spa di Hakone. 382 00:31:01,987 --> 00:31:03,614 Dia akan pulang esok. 383 00:31:04,156 --> 00:31:05,991 Saya akan datang semula. 384 00:31:05,991 --> 00:31:07,784 Saya akan menunggu awak. 385 00:31:09,161 --> 00:31:11,663 Saya Ayame. 386 00:31:11,663 --> 00:31:12,915 Ayame. 387 00:31:14,041 --> 00:31:15,459 - Jumpa lagi. - Jumpa lagi. 388 00:31:21,006 --> 00:31:22,382 Selamat pagi, Camille. 389 00:31:22,382 --> 00:31:24,676 - Awak dapat tidur lena? - Ya. 390 00:31:24,676 --> 00:31:25,802 Mana Thomas? 391 00:31:25,802 --> 00:31:29,223 Awak tahu lokasi dia. Lorenzo mahu dia bantu "memilih botol." 392 00:31:31,767 --> 00:31:33,185 Ini kawan saya, Jacques. 393 00:31:34,853 --> 00:31:35,938 Camille! 394 00:31:36,897 --> 00:31:39,650 Gembira bertemu awak. Saya Jacques Fusier. 395 00:31:40,192 --> 00:31:43,529 Penerbit bapa awak sejak dahulu lagi. 396 00:31:44,279 --> 00:31:46,156 Saya kenal awak semasa kecil. 397 00:31:47,032 --> 00:31:48,742 Luca banyak beritahu saya tentang awak. 398 00:31:49,576 --> 00:31:52,788 Saya tak pernah lihat dia bersemangat tentang seseorang. 399 00:31:53,455 --> 00:31:56,291 - Dia kata awak Mozart wain. - Tak, dia membesar-besarkan cerita. 400 00:31:57,668 --> 00:32:01,630 Saya tak biasa dengan ahli keluarga Léger yang merendah diri. 401 00:32:01,630 --> 00:32:03,423 Awak nampak itu? 402 00:32:03,423 --> 00:32:06,593 Itu Alexandre dan saya pada 2001 403 00:32:06,593 --> 00:32:09,847 semasa kami raikan edisi ke-8 Panduan Léger. 404 00:32:10,347 --> 00:32:11,890 Malam yang tak dapat dilupakan. 405 00:32:11,890 --> 00:32:16,979 Sebagai penerbit, panduan bapa awak ialah pencapaian terbesar saya. 406 00:32:18,105 --> 00:32:19,773 Semuanya disebabkan ibu awak. 407 00:32:21,108 --> 00:32:22,401 Wanita yang sangat bijak. 408 00:32:23,402 --> 00:32:25,487 Sangat bersemangat. Wanita luar biasa. 409 00:32:25,487 --> 00:32:28,657 Tanpa sokongan ibu awak pada permulaan kerjaya Alexandre, 410 00:32:28,657 --> 00:32:30,868 Alexandre takkan sampai ke tahap ini. 411 00:32:30,868 --> 00:32:32,619 Saya bukan mahu mengajar awak. 412 00:32:32,619 --> 00:32:34,705 Dia tentu selalu beritahu awak. 413 00:32:34,705 --> 00:32:35,789 Ya. 414 00:32:35,789 --> 00:32:37,916 Camille! Awak mahu datang ke sini? 415 00:32:38,584 --> 00:32:39,668 Okey. 416 00:32:40,669 --> 00:32:41,670 Ya? 417 00:32:44,923 --> 00:32:46,008 Sila duduk. 418 00:32:52,848 --> 00:32:54,933 Awak boleh cuba wain ini untuk kami? 419 00:32:56,226 --> 00:32:58,520 Luca, saya tak mahu menunjuk. 420 00:32:58,520 --> 00:33:00,564 Tentulah. Saya minta maaf. 421 00:33:01,106 --> 00:33:02,608 Awak tak perlu teka apa-apa. 422 00:33:02,608 --> 00:33:05,152 Kami cuma berminat dengan pendapat awak tentangnya. 423 00:33:08,906 --> 00:33:09,948 Tolonglah. 424 00:33:13,160 --> 00:33:14,203 Okey. 425 00:33:34,932 --> 00:33:37,518 Ini hebat. 426 00:33:38,435 --> 00:33:41,980 Panas dan sejuk pada masa yang sama. Pelik. 427 00:33:43,815 --> 00:33:47,653 Beri hitam, ceri morello, lada Kemboja dan... 428 00:33:48,612 --> 00:33:49,947 cili Thai. 429 00:33:50,822 --> 00:33:52,574 Jenis anggur, Malbec, 430 00:33:53,450 --> 00:33:54,785 tapi bukan yang saya tahu. 431 00:33:57,371 --> 00:33:59,831 Mungkin altitud tinggi. 432 00:34:01,208 --> 00:34:04,336 Mungkin Gunung Andes. 433 00:34:18,433 --> 00:34:21,103 - Aduhai! Apa itu? - Kenapa? 434 00:34:31,237 --> 00:34:33,907 Ia sangat sedap sehingga saya boleh dengar muzik. 435 00:34:42,791 --> 00:34:45,043 Wain ini luar biasa. 436 00:34:45,918 --> 00:34:48,672 Sangat luar biasa. 437 00:34:54,094 --> 00:34:55,888 Saya kata sesuatu yang mengarut? 438 00:34:57,973 --> 00:34:59,016 Tak. 439 00:35:00,267 --> 00:35:01,810 Camille, wain ini... 440 00:35:03,520 --> 00:35:05,230 Bapa awak yang menemuinya. 441 00:35:06,148 --> 00:35:09,151 Ia dari Argentina, daerah Mendoza, 442 00:35:09,651 --> 00:35:12,279 altitud beribu meter di Gunung Andes. 443 00:35:12,279 --> 00:35:14,907 Jenis anggurnya ialah Malbec, seperti yang awak kata. 444 00:35:16,909 --> 00:35:18,660 Bapa awak suka wain ini. 445 00:35:19,369 --> 00:35:21,914 Dia anggapnya sangat luar biasa. 446 00:35:22,581 --> 00:35:24,917 - Itu yang dia kata, "luar biasa." - "Luar biasa," ya. 447 00:35:24,917 --> 00:35:26,460 - Betul, Jacques? - Ya. 448 00:35:26,460 --> 00:35:29,796 Itulah Panduan Léger. 449 00:35:31,215 --> 00:35:34,801 Pendapat jujur tentang wain yang dicuba. 450 00:35:36,136 --> 00:35:37,179 Itu saja. 451 00:35:38,680 --> 00:35:40,307 Jadi, apa pendapat awak? 452 00:35:45,687 --> 00:35:47,314 Saya akan fikirkannya. 453 00:35:51,443 --> 00:35:52,486 Jacques. 454 00:35:52,986 --> 00:35:55,239 Kami ada kejutan untuk awak. 455 00:35:55,239 --> 00:35:58,325 Ia cuma contoh untuk, 456 00:35:58,951 --> 00:36:00,244 Bagaimana mahu katakannya? 457 00:36:00,744 --> 00:36:02,871 Untuk meneruskan ideanya. 458 00:36:03,372 --> 00:36:05,499 Ya, itu ideanya. 459 00:36:05,499 --> 00:36:07,668 Meneruskan ideanya. 460 00:36:30,107 --> 00:36:32,860 - Hei. - Awak lewat. 461 00:36:32,860 --> 00:36:34,945 - Maaf. - Malam yang panjang? 462 00:36:34,945 --> 00:36:37,406 Tak, bukan begitu. 463 00:36:37,906 --> 00:36:41,201 Saya ada mesyuarat dengan peguam. Saya patut beritahu. Maaf. 464 00:36:43,954 --> 00:36:45,414 Berapa banyak yang awak pesan? 465 00:36:46,206 --> 00:36:48,208 Kami pesan semua yang ada di Lombardy. 466 00:36:48,208 --> 00:36:50,669 Saya dan Miyabi akan berkahwin. 467 00:36:51,170 --> 00:36:53,255 Ya, saya tak rasa begitu. 468 00:36:54,298 --> 00:36:55,382 Kita akan berkahwin nanti. 469 00:36:55,382 --> 00:36:56,508 Boleh kita berbual? 470 00:36:56,508 --> 00:36:59,386 - Kita berdua tahu. - Awak tahu? Betulkah? 471 00:36:59,386 --> 00:37:01,930 Ya. 472 00:37:02,639 --> 00:37:06,268 Bila awak akan bawa saya berjumpa ibu bapa awak? 473 00:37:19,156 --> 00:37:20,199 Kita okey? 474 00:37:21,783 --> 00:37:23,619 Ya, tentulah. Kenapa awak tanya? 475 00:37:24,203 --> 00:37:25,412 Kalau begitu, 476 00:37:26,413 --> 00:37:27,456 baguslah. 477 00:37:32,836 --> 00:37:35,881 Ada gadis akan salah faham dan marah saya 478 00:37:36,882 --> 00:37:37,883 tanpa sebarang sebab 479 00:37:37,883 --> 00:37:40,135 kerana dia tahu sejak awal lagi saya ada kekasih. 480 00:37:40,135 --> 00:37:41,678 Ya, ia sangat jelas. 481 00:37:42,930 --> 00:37:44,848 Saya perlu lupakan saya putuskan panggilan 482 00:37:44,848 --> 00:37:46,558 dan awak terus datang berjumpa saya. 483 00:37:48,227 --> 00:37:50,896 Saya juga akan lupakan cara awak pandang saya 484 00:37:50,896 --> 00:37:52,731 yang mempunyai makna. 485 00:37:53,440 --> 00:37:55,484 Saya nampak awak. 486 00:37:57,486 --> 00:37:59,613 Saya tak marah awak menolak saya 487 00:37:59,613 --> 00:38:01,532 sedangkan ada sesuatu di antara kita. 488 00:38:01,532 --> 00:38:03,951 - Saya dah lupakannya. - Camille, saya akan berkahwin. 489 00:38:03,951 --> 00:38:06,036 Ya, saya faham. Baguslah. 490 00:38:07,621 --> 00:38:09,039 Boleh kita cakap tentang perkara lain? 491 00:38:12,960 --> 00:38:14,920 Mesyuarat pentadbiran awak tentang apa? 492 00:38:18,006 --> 00:38:19,716 Saya tak patut beritahu awak. 493 00:38:20,884 --> 00:38:21,927 Cakaplah. 494 00:38:25,556 --> 00:38:26,598 Awak akan rahsiakan? 495 00:38:31,311 --> 00:38:33,522 Mereka mahu saya mengambil alih Panduan Léger. 496 00:38:40,988 --> 00:38:42,406 Awak serius? 497 00:38:42,406 --> 00:38:44,032 Ya, saya serius. Apa yang lucu? 498 00:38:44,032 --> 00:38:46,493 Maaf, tapi, 499 00:38:48,245 --> 00:38:50,706 Camille, awak tak boleh ambil alih Panduan Léger. 500 00:38:50,706 --> 00:38:51,832 Okey, kenapa? 501 00:38:52,833 --> 00:38:53,917 Awak salah faham. 502 00:38:53,917 --> 00:38:56,837 Tak, tunggu. Saya tak salah faham. Saya mahu awak jelaskan. 503 00:38:57,754 --> 00:39:00,924 Awak tahu tanggungjawab untuk panduan seperti itu? 504 00:39:01,508 --> 00:39:03,427 Awak dah sedia untuk itu? 505 00:39:03,427 --> 00:39:04,511 Kenapa tidak? 506 00:39:05,804 --> 00:39:08,056 Sedarlah, Camille. 507 00:39:08,765 --> 00:39:11,602 Awak tak boleh bezakan wain putih dan merah sebulan lalu. 508 00:39:11,602 --> 00:39:14,271 - Saya faham. - Awak mahu ambil alih Panduan Léger? 509 00:39:14,271 --> 00:39:16,190 Awak lebih suka Camille yang baik dan lemah, bukan? 510 00:39:16,190 --> 00:39:18,400 Tak. Jangan mengarut. 511 00:39:18,942 --> 00:39:22,154 Camille, awak berbakat. Orang paling berbakat saya pernah jumpa. 512 00:39:22,154 --> 00:39:25,824 Awak masih perlu belajar beberapa perkara. Jangan kata awak tahu semuanya. 513 00:39:25,824 --> 00:39:28,744 Sukar dipercayai. Awak tak boleh gembira untuk saya? 514 00:39:29,244 --> 00:39:31,997 Bapa saya mahu saya mengambil alih. 515 00:39:31,997 --> 00:39:33,123 Awak fikir begitu? 516 00:39:35,334 --> 00:39:36,793 Kalau begitu, 517 00:39:36,793 --> 00:39:39,421 kenapa awak perlu bersaing dengan orang asing untuk legasi dia? 518 00:39:40,672 --> 00:39:42,257 Kenapa tak terus berinya pada awak? 519 00:39:42,257 --> 00:39:44,593 Awak boleh pergi kalau awak tak percayakan saya. 520 00:39:45,260 --> 00:39:46,386 Awak serius? 521 00:39:49,139 --> 00:39:51,517 - Awak serius? - Ya, saya serius. Tolonglah pergi. 522 00:39:51,517 --> 00:39:54,144 Ini reaksi awak selepas saya membantu awak? 523 00:39:54,144 --> 00:39:56,104 - Ya. - Okey, selamat tinggal. 524 00:40:11,662 --> 00:40:13,080 Awak buat kesilapan. 525 00:40:16,333 --> 00:40:18,293 Orang dilamun cinta memang dungu. 526 00:40:21,672 --> 00:40:22,881 Apa? 527 00:40:31,723 --> 00:40:33,934 En. Tomine, kami dah sedia. 528 00:40:39,356 --> 00:40:43,569 Tetamu hari ini dapat ijazah kejuruteraan di Jepun dan Amerika Syarikat. 529 00:40:43,569 --> 00:40:45,445 Kemudian dia berminat dengan wain. 530 00:40:45,445 --> 00:40:50,784 Penulis panduan wain terkenal dan tokoh berpengaruh enologi, 531 00:40:50,784 --> 00:40:52,870 Alexandre Léger, memperakui bakat luar biasa dia. 532 00:40:52,870 --> 00:40:55,330 Sekarang dia dipilih untuk menjadi salah seorang pewaris. 533 00:40:55,914 --> 00:40:58,542 {\an8}En. Léger memanggil dia anak angkat. 534 00:40:58,542 --> 00:41:01,003 {\an8}Kebelakangan ini dia selalu menjadi tajuk berita. 535 00:41:01,962 --> 00:41:04,631 {\an8}Dengan segala hormatnya saya menjemput Issei Tomine. 536 00:41:06,550 --> 00:41:07,718 {\an8}Terima kasih. 537 00:41:07,718 --> 00:41:09,428 {\an8}Terima kasih kerana bersama kami. 538 00:41:09,928 --> 00:41:13,724 {\an8}Pertama sekali, boleh beritahu kami tentang ujian kedua? 539 00:41:13,724 --> 00:41:18,103 {\an8}Saya tak boleh dedahkan terlalu banyak, tapi ia berkaitan dengan seni. 540 00:41:18,645 --> 00:41:19,855 {\an8}Sebuah lukisan. 541 00:41:19,855 --> 00:41:21,315 {\an8}Sebuah lukisan? 542 00:41:21,315 --> 00:41:22,482 {\an8}Ya. 543 00:41:22,482 --> 00:41:26,278 {\an8}En. Léger ada pengetahuan mendalam tentang seni. 544 00:41:27,779 --> 00:41:31,825 {\an8}Dia banyak mendapat inspirasi daripada muzik, lukisan dan sastera. 545 00:41:32,367 --> 00:41:36,205 {\an8}Dia ada idea tertentu tentang sesuatu yang indah atau baik dan sebaliknya. 546 00:41:36,997 --> 00:41:38,916 {\an8}Awak rapat dengan dia? 547 00:41:40,334 --> 00:41:41,376 {\an8}Saya cuma boleh kata 548 00:41:41,877 --> 00:41:45,881 {\an8}hubungan kami hanya pelajar dan guru. Itu saja. 549 00:41:45,881 --> 00:41:49,384 {\an8}Dia digambarkan sebagai seorang yang sukar untuk dilayan. 550 00:41:49,384 --> 00:41:52,846 {\an8}Apa pendapat awak tentang dia? 551 00:41:52,846 --> 00:41:55,432 {\an8}Setiap orang berbakat ada kelemahannya. 552 00:41:56,016 --> 00:41:59,102 {\an8}Dia sangat tegas dan takkan terima sebarang kesilapan. 553 00:42:00,062 --> 00:42:03,315 {\an8}Dia mengajar saya segala-galanya tentang menjadi profesional. 554 00:42:03,315 --> 00:42:09,154 {\an8}Semalam datuk awak mengumumkan sokongan dia kepada awak. 555 00:42:09,821 --> 00:42:11,031 {\an8}Awak gembira mendengarnya? 556 00:42:11,949 --> 00:42:16,119 Ada orang kata datuk saya tak berhati perut dan kejam, 557 00:42:16,119 --> 00:42:17,412 tapi ia tak benar. 558 00:42:17,913 --> 00:42:20,332 Hubungan keluarga sangat berharga. 559 00:42:20,916 --> 00:42:24,503 Kita hargai sifat sebenar orang kesayangan kita, 560 00:42:24,503 --> 00:42:27,172 bukan sifat yang kita mahukan pada mereka. 561 00:42:27,673 --> 00:42:31,176 Orang tak berakal dan dungu tak memahami itu, 562 00:42:31,844 --> 00:42:34,763 tapi dia jelas sekali berbeza. 563 00:42:35,722 --> 00:42:40,060 Sokongan keluarga dan orang kesayangan sangat penting. 564 00:42:40,936 --> 00:42:44,398 Datuk saya lebih tahu tentang ini. 565 00:42:45,983 --> 00:42:51,238 Jika awak kalah dalam pertandingan ini, awak akan mewarisi Berlian Tomine? 566 00:42:52,614 --> 00:42:55,409 Berlian dan wain bertentangan. 567 00:42:56,326 --> 00:42:57,911 Mineral lawan organik. 568 00:42:59,204 --> 00:43:01,999 Berlian tak berubah dan kekal abadi. 569 00:43:01,999 --> 00:43:03,125 Wain berbeza. 570 00:43:03,625 --> 00:43:05,669 Awak tak menjawab soalan saya. 571 00:43:06,962 --> 00:43:08,046 Jawapannya tidak. 572 00:43:09,923 --> 00:43:14,887 Saya takkan mewarisi syarikat, walau apa pun keputusannya. 573 00:43:16,680 --> 00:43:18,432 Rancangan ini hampir tamat. 574 00:43:18,432 --> 00:43:20,184 Awak mahu kata sesuatu? 575 00:43:25,022 --> 00:43:30,360 Saya mahu berterima kasih pada bapa saya, Hirokazu Tomine. 576 00:43:31,737 --> 00:43:33,947 Dia saja 577 00:43:34,531 --> 00:43:36,742 yang dapat memahami saya dan kemahuan saya. 578 00:43:39,620 --> 00:43:41,455 {\an8}Dia sangat penting bagi saya. 579 00:43:43,582 --> 00:43:47,878 {\an8}Saya sangat bangga menjadi anak dia. 580 00:43:55,010 --> 00:43:56,178 Terima kasih. 581 00:44:23,580 --> 00:44:24,998 Thomas? 582 00:44:27,543 --> 00:44:28,585 Awak ada di dalam? 583 00:44:34,842 --> 00:44:35,884 Thomas? 584 00:44:38,971 --> 00:44:40,180 Maaf. 585 00:44:45,727 --> 00:44:47,479 Dia dah pergi. 586 00:45:34,818 --> 00:45:36,069 Saya datang. 587 00:45:40,449 --> 00:45:42,451 Selamat berkenalan. Nama saya Issei Tomine. 588 00:45:42,451 --> 00:45:44,411 Helo, En. Issei. 589 00:45:45,204 --> 00:45:47,956 Cucu saya ada beritahu tentang awak. Masuklah. 590 00:45:49,291 --> 00:45:54,379 Semua tentang kelas En. Léger ada ditulis di sana. 591 00:45:56,173 --> 00:45:59,218 Semua kelas yang disertai ibu bapa awak. 592 00:46:04,181 --> 00:46:06,808 Awak ingat ibu bapa saya. 593 00:46:10,771 --> 00:46:15,400 Awak boleh ambilnya dan baca perlahan-lahan di rumah 594 00:46:16,985 --> 00:46:20,572 atau awak boleh masuk dan berbual. 595 00:46:22,032 --> 00:46:26,411 Jika awak pilih untuk masuk, 596 00:46:27,037 --> 00:46:30,165 awak perlu terima kebenaran. 597 00:46:32,751 --> 00:46:36,296 Terpulang kepada awak. 598 00:46:45,681 --> 00:46:48,934 Maaf kerana membuat awak menunggu. 599 00:46:54,356 --> 00:46:55,399 Untuk awak. 600 00:46:55,899 --> 00:46:56,942 Terima kasih. 601 00:46:59,903 --> 00:47:02,948 Awak kenal ibu bapa saya? 602 00:47:05,826 --> 00:47:08,829 "Kenal" ialah perkataan yang besar. 603 00:47:09,705 --> 00:47:13,750 Anggaplah kami bertemu untuk beberapa bulan. 604 00:47:13,750 --> 00:47:18,338 Saya menterjemah kelas En. Léger dahulu. 605 00:47:20,007 --> 00:47:21,675 Sebagai penterjemah, 606 00:47:22,426 --> 00:47:25,387 saya tak menonjol dan menjadi halimunan. 607 00:47:32,644 --> 00:47:33,729 Tapi... 608 00:47:34,855 --> 00:47:40,360 kita dapat lihat banyak perkara semasa menjadi halimunan. 609 00:47:42,279 --> 00:47:45,282 Apa yang awak nampak? Tolong beritahu saya. 610 00:47:47,075 --> 00:47:50,954 Awak seorang yang sangat serius. 611 00:47:51,872 --> 00:47:53,832 Seperti Honoka. 612 00:47:56,752 --> 00:47:59,296 Bagaimana ibu saya sebagai pelajar? 613 00:48:01,673 --> 00:48:03,800 Dia sangat terkenal di kalangan pelajar. 614 00:48:05,010 --> 00:48:09,598 Dia sangat bijak dan mempunyai pendapat sendiri. 615 00:48:10,516 --> 00:48:15,187 Dia tak pernah bertolak ansur dan cerdik. 616 00:48:17,898 --> 00:48:20,067 Bagaimana dengan bapa saya? 617 00:48:20,859 --> 00:48:26,448 Dia sangat bersemangat, seperti ibu awak. 618 00:48:27,407 --> 00:48:28,742 Bersemangat? 619 00:48:30,869 --> 00:48:33,247 Mereka ada keinginan kuat. 620 00:48:34,122 --> 00:48:37,876 Mereka menjadi tumpuan. 621 00:48:38,877 --> 00:48:42,798 Mereka hanya minat satu sama lain. 622 00:48:43,757 --> 00:48:49,805 Saya melihat mereka mula bercinta. 623 00:48:51,682 --> 00:48:55,269 Saya rasa ibu bapa saya tak pernah mencintai satu sama lain. 624 00:48:56,854 --> 00:49:02,943 Bapa awak seperti mengajar kelas itu hanya untuk ibu awak. 625 00:49:04,903 --> 00:49:08,615 Apa maksud awak? Bapa saya juga pelajar, bukan? 626 00:49:19,793 --> 00:49:21,962 En. Hirokazu Onoyama, 627 00:49:23,213 --> 00:49:27,259 dia selalu bersama ibu awak. 628 00:49:27,259 --> 00:49:29,136 Dia sentiasa perhatikan ibu awak. 629 00:49:30,971 --> 00:49:37,186 En. Onoyama sangat kecewa apabila dia tahu mereka saling mencintai. 630 00:49:38,770 --> 00:49:40,147 Pada satu pagi, 631 00:49:41,815 --> 00:49:47,821 mereka menemui dia dalam keadaan mabuk di kawasan universiti. 632 00:49:49,990 --> 00:49:51,617 Disebabkan dia... 633 00:49:53,660 --> 00:49:58,415 En. Léger dipecat. 634 00:50:00,417 --> 00:50:02,419 Selepas beberapa bulan, 635 00:50:03,837 --> 00:50:08,717 saya dengar Honoka dan Hirokazu berkahwin. 636 00:50:10,844 --> 00:50:12,804 Saya sangat terkejut. 637 00:50:15,224 --> 00:50:16,934 Tentu sukar untuk awak mendengarnya. 638 00:50:19,061 --> 00:50:20,062 Tetapi... 639 00:50:21,939 --> 00:50:25,651 saya sedar ibu awak sangat cintakan En. Léger. 640 00:50:27,694 --> 00:50:32,366 Sebab itu dia mahu beri awak peluang... 641 00:50:35,369 --> 00:50:37,454 untuk memenangi harta warisan dia. 642 00:50:44,670 --> 00:50:45,921 Bangun! 643 00:50:50,801 --> 00:50:53,679 Saya masak sesuatu untuk awak. 644 00:50:53,679 --> 00:50:55,806 Awak tak boleh mengembara dengan perut kosong. 645 00:50:58,058 --> 00:50:59,351 Betul? 646 00:51:13,657 --> 00:51:15,284 Jaga diri. 647 00:52:10,964 --> 00:52:12,591 CAMILLE LÉGER 648 00:52:31,193 --> 00:52:32,611 BERDASARKAN MANGA KAMI NO SHIZUKU OLEH TADASHI AGI/SHU OKIMOTO. 649 00:52:50,128 --> 00:52:52,130 Terjemahan sari kata oleh Nazri Yusof