1 00:00:11,054 --> 00:00:14,098 Hari ini askar AS menaikkan bendera Amerika di Kandahar. 2 00:00:14,182 --> 00:00:17,602 Bendera itu dikibarkan di Ground Zero, New York City 3 00:00:17,685 --> 00:00:21,314 dan ditandatangani waris mangsa serangan Pusat Dagangan Dunia. 4 00:00:21,814 --> 00:00:24,442 Sementara itu, di bandar Afghanistan selatan, 5 00:00:24,525 --> 00:00:26,527 kehidupan kelihatan kembali normal 6 00:00:26,611 --> 00:00:29,530 selepas kejatuhan rejim Islam yang tegas. 7 00:00:30,823 --> 00:00:32,200 Selepas Kandahar bebas, 8 00:00:32,283 --> 00:00:36,579 saki-baki kepimpinan Taliban yang masih ada di Afghanistan 9 00:00:36,662 --> 00:00:39,707 dan serpihan kepimpinan al-Qaeda telah sedar… 10 00:00:39,791 --> 00:00:42,001 PENULIS BEKAS WARTAWAN WASHINGTON POST 11 00:00:42,085 --> 00:00:44,253 …mereka telah kalah di Afghanistan. 12 00:00:44,921 --> 00:00:49,008 KANDAHAR, AFGHANISTAN SELEPAS KEJATUHAN TALIBAN 13 00:00:51,219 --> 00:00:56,307 Jika Taliban boleh terima permintaan Amerika 14 00:00:56,390 --> 00:00:58,101 dan serahkan Osama bin Laden 15 00:00:58,184 --> 00:01:03,981 dan jika mereka musnahkan pangkalan tentera al-Qaeda di Afghanistan 16 00:01:04,065 --> 00:01:06,859 dan tak benarkan mereka di negara ini, 17 00:01:07,443 --> 00:01:10,696 jelas bahawa Amerika takkan masuk ke Afghanistan. 18 00:01:13,366 --> 00:01:15,368 Kekalahan mereka tak dapat dielakkan. 19 00:01:16,410 --> 00:01:21,290 Kami beritahu Taliban yang mereka takkan dapat melawan 20 00:01:21,374 --> 00:01:25,336 serangan di bandar-bandar. 21 00:01:25,962 --> 00:01:27,964 Mereka terpaksa tinggalkan bandar 22 00:01:28,756 --> 00:01:31,092 dan kaji semula strategi mereka. 23 00:01:32,802 --> 00:01:36,222 Pusat tentera mereka tak mampu mempertahankan diri. 24 00:01:36,305 --> 00:01:38,224 Mereka akan dihancurkan dengan mudah. 25 00:01:39,892 --> 00:01:42,937 Kebanyakan orang anggap perang dah tamat ketika itu. 26 00:01:44,647 --> 00:01:49,360 Malangnya, menewaskan al-Qaeda, menewaskan rejim Taliban, 27 00:01:49,443 --> 00:01:51,279 menewaskan Afghanistan, 28 00:01:51,362 --> 00:01:56,409 dan memusnahkan sarang pengganas di seluruh dunia hanyalah satu langkah 29 00:01:56,492 --> 00:01:59,495 untuk orang di Washington mulakan peperangan lagi. 30 00:01:59,996 --> 00:02:01,122 Iaitu di Iraq. 31 00:02:04,750 --> 00:02:10,214 AS mula menarik sumber daripada pertempuran yang sah, 32 00:02:10,840 --> 00:02:13,092 pertempuran untuk melawan 9/11, 33 00:02:13,759 --> 00:02:16,762 untuk pergi ke negara yang tiada kaitan dengan 9/11. 34 00:02:19,182 --> 00:02:20,516 Atas arahan saya, 35 00:02:20,600 --> 00:02:24,687 pasukan pakatan mula menyerang sasaran ketenteraan yang penting 36 00:02:25,271 --> 00:02:28,149 untuk menjejaskan kebolehan Saddam Hussein untuk berperang. 37 00:02:37,700 --> 00:02:39,702 SEBUAH SIRI DOKUMENTARI NETFLIX 38 00:03:19,075 --> 00:03:22,578 BAHAGIAN IV BAIK MELAWAN JAHAT 39 00:03:29,001 --> 00:03:33,798 Di Afghanistan, penghujung tahun 2001 merupakan tempoh optimis 40 00:03:33,881 --> 00:03:35,508 dan masa yang berpotensi, 41 00:03:35,591 --> 00:03:38,636 apabila Afghanistan, keluar dari zaman kegelapan 42 00:03:38,719 --> 00:03:41,764 dari tahun 1996 hingga 2001. 43 00:03:41,847 --> 00:03:46,143 Seolah-olah tingkap terbuka, cahaya matahari masuk 44 00:03:46,227 --> 00:03:48,771 dan orang Afghanistan nampak peluang. 45 00:03:49,438 --> 00:03:51,399 Buat pertama kalinya, bunyi muzik 46 00:03:51,482 --> 00:03:55,528 yang diharamkan semasa rejim Taliban bergema semula di jalanan. 47 00:03:55,611 --> 00:03:58,239 Lelaki beratur panjang untuk mencukur janggut 48 00:03:58,322 --> 00:04:00,741 yang diwajibkan bawah pemerintahan Taliban. 49 00:04:00,825 --> 00:04:03,452 Ada harapan baharu untuk rakyat Afghanistan, 50 00:04:03,536 --> 00:04:06,539 terutamanya dengan kedatangan komuniti antarabangsa. 51 00:04:07,873 --> 00:04:11,294 Apabila Taliban hilang, orang Kabul kembali. 52 00:04:11,377 --> 00:04:14,297 Mereka yang tak boleh terima sikap tak bertoleransi Taliban 53 00:04:14,380 --> 00:04:17,258 pulang untuk hidup di ibu kota semula. 54 00:04:18,217 --> 00:04:21,095 Selepas Taliban jatuh, kami datang ke Kabul. 55 00:04:21,178 --> 00:04:24,390 Saya bawa burka untuk dipakai tapi apabila saya tiba, 56 00:04:24,473 --> 00:04:26,142 ramai wanita tak pakai burka 57 00:04:26,225 --> 00:04:28,978 kerana Kabul tidak lagi dikuasai Taliban. 58 00:04:29,061 --> 00:04:31,439 Saya boleh kembali ke jalanan 59 00:04:31,522 --> 00:04:34,734 tanpa takut disebat oleh Taliban. 60 00:04:34,817 --> 00:04:38,529 Saya rasa saya boleh bernafas sebagai manusia. 61 00:04:44,869 --> 00:04:49,040 Tentera Amerika Syarikat cemerlang dalam berperang 62 00:04:49,123 --> 00:04:51,292 dan menghapuskan musuh. 63 00:04:51,375 --> 00:04:55,171 Tapi mereka kurang pandai menentukan rancangan seterusnya. 64 00:04:55,880 --> 00:05:01,844 Apabila Taliban diusir keluar dari Kabul dan Kandahar, 65 00:05:01,927 --> 00:05:04,638 dan secara besar-besaran dari Afghanistan, 66 00:05:04,722 --> 00:05:08,976 tentera Amerika tiada rancangan seterusnya. 67 00:05:11,979 --> 00:05:14,690 Bagaimana nak bantu negara ini stabil? 68 00:05:14,774 --> 00:05:17,485 Bagaimana nak bantu beri khidmat asas? 69 00:05:17,568 --> 00:05:21,113 Bagaimana nak bantu bawa negara ini ke dunia moden? 70 00:05:23,491 --> 00:05:26,619 Kami tak nampak jelas 71 00:05:26,702 --> 00:05:29,663 tindakan yang kami nak ambil dan masanya. 72 00:05:30,414 --> 00:05:32,750 Tetapi kami tahu kami perlu pastikan 73 00:05:32,833 --> 00:05:36,837 apa-apa yang dibangunkan di Afghanistan tak boleh dijadikan pangkalan 74 00:05:36,921 --> 00:05:40,591 untuk menyerang Amerika Syarikat. 75 00:05:41,175 --> 00:05:43,844 Di situlah perselisihan bermula. 76 00:05:43,928 --> 00:05:48,891 Saya rasa negara mereka perlu dibangunkan untuk jamin hal itu. 77 00:05:48,974 --> 00:05:52,520 Mereka perlu ada talian komunikasi, 78 00:05:53,562 --> 00:05:57,650 jalan yang baik supaya tentera boleh bergerak ke mana-mana, 79 00:05:57,733 --> 00:06:01,153 petani boleh hantar hasil ke pasar dan lain-lain lagi. 80 00:06:01,237 --> 00:06:02,947 Tetapi ada pihak kata, 81 00:06:03,030 --> 00:06:07,201 "Kami tak peduli semua ini. Jangan buat apa-apa. Kita keluar saja." 82 00:06:08,702 --> 00:06:10,371 Itu doktrin Rumsfeld. 83 00:06:10,454 --> 00:06:13,082 Jatuhkan rejim yang kita tak suka 84 00:06:13,165 --> 00:06:16,502 dengan usaha minimum dan keluar. 85 00:06:16,585 --> 00:06:17,920 Jangan risau hal lain. 86 00:06:18,421 --> 00:06:21,215 Jika kita perlu kembali sedekad lagi, kita akan kembali. 87 00:06:25,010 --> 00:06:30,391 Pada Disember 2001, Jeneral Tommy Franks, komander perang untuk Afghanistan, 88 00:06:30,474 --> 00:06:33,144 dipanggil oleh Rumsfeld yang berkata, 89 00:06:33,227 --> 00:06:37,648 "Kita perlu jumpa Presiden Bush di ladangnya di Crawford, Texas. 90 00:06:38,482 --> 00:06:40,985 Awak perlu beri dia pilihan di Iraq." 91 00:06:42,069 --> 00:06:45,656 Ini ketika pertempuran Tora Bora baru tamat. 92 00:06:45,739 --> 00:06:49,160 Masih cari Osama bin Laden. Masih berperang di Afghanistan. 93 00:06:49,243 --> 00:06:52,663 Jeneral yang sama diberi arahan, 94 00:06:52,746 --> 00:06:55,416 "Kita perlu tingkatkan perancangan di Iraq." 95 00:06:55,499 --> 00:06:58,252 Setiausaha Pertahanan, Donald Rumsfeld bertemu pemimpin NATO 96 00:06:58,335 --> 00:07:00,754 untuk bincang cara memerangi keganasan. 97 00:07:00,838 --> 00:07:03,757 Rangkaian pengganas global hanya boleh ditangani 98 00:07:03,841 --> 00:07:05,759 dengan memburu di tempat mereka. 99 00:07:06,635 --> 00:07:10,014 Bukti daripada sumber risikan, komunikasi rahsia 100 00:07:10,097 --> 00:07:12,475 dan kenyataan oleh orang yang ditahan 101 00:07:13,392 --> 00:07:16,937 mendedahkan Saddam Hussein membantu dan melindungi pengganas, 102 00:07:18,105 --> 00:07:20,232 termasuk ahli al-Qaeda. 103 00:07:20,316 --> 00:07:25,488 Kami cakap dengan yakin, tak ada hubungan al-Qaeda di Iraq. 104 00:07:27,823 --> 00:07:31,118 Ramai orang kata, "Memang ada. Mereka di seluruh Iraq. 105 00:07:31,202 --> 00:07:34,246 Kita patut uruskan mereka sambil uruskan Afghanistan." 106 00:07:35,247 --> 00:07:37,208 Itu memang tak betul. 107 00:07:38,542 --> 00:07:40,753 Banyak neo-konservatif, 108 00:07:40,836 --> 00:07:44,048 penyokong konservatif dalam pentadbiran Bush 109 00:07:44,131 --> 00:07:46,217 rasa dalam Perang Teluk pertama, 110 00:07:46,300 --> 00:07:49,220 AS silap kerana biarkan Saddam Hussein berkuasa 111 00:07:49,303 --> 00:07:52,640 dan patut bunuh dia sepuluh tahun lebih awal. 112 00:07:53,140 --> 00:07:55,059 Itu peluang yang AS sia-siakan. 113 00:07:55,809 --> 00:07:59,563 Jadi, mereka anggap ini peluang untuk buat sesuatu. 114 00:08:00,814 --> 00:08:03,776 Kami cuba meyakinkan seluruh dunia di PBB 115 00:08:04,818 --> 00:08:08,739 bahawa Saddam dan Osama bin Laden sedang berusaha membangunkan WMD. 116 00:08:09,240 --> 00:08:11,408 Itulah ucapan Colin Powell. 117 00:08:12,493 --> 00:08:14,537 Hari ini, saya mahu beritahu anda 118 00:08:14,620 --> 00:08:17,373 tentang kemungkinan pakatan yang lebih jahat 119 00:08:17,456 --> 00:08:20,626 antara Iraq dan rangkaian pengganas al-Qaeda. 120 00:08:21,126 --> 00:08:24,672 Pakatan yang menggabungkan organisasi pengganas tradisional 121 00:08:24,755 --> 00:08:26,465 dan kaedah pembunuhan moden. 122 00:08:29,218 --> 00:08:31,637 Ketika itu kami tahu ia mengarut. 123 00:08:32,555 --> 00:08:33,847 Tapi kami fikir, 124 00:08:33,931 --> 00:08:36,350 "Mungkin mereka ada risikan yang kami tiada." 125 00:08:36,433 --> 00:08:39,228 Kemudian kami tahu sumber risikan itu 126 00:08:39,311 --> 00:08:41,397 iaitu Ibn Sheikh al-Libi. 127 00:08:41,480 --> 00:08:44,608 Apabila dia ditangkap, dia diseksa tanpa henti 128 00:08:45,109 --> 00:08:50,114 untuk mengakui Osama bin Laden dan Saddam bekerjasama untuk membangunkan WMD. 129 00:08:50,197 --> 00:08:53,617 Setiausaha Powell kata Ibn Sheikh al-Libi 130 00:08:53,701 --> 00:08:55,077 yang beri maklumat itu. 131 00:08:55,160 --> 00:08:58,914 Saya boleh jejak kisah ejen pengganas kanan 132 00:08:58,998 --> 00:09:03,627 ceritakan cara Iraq beri latihan senjata ini kepada al-Qaeda. 133 00:09:04,128 --> 00:09:07,256 Mujurlah ejen ini kini ditahan. 134 00:09:07,339 --> 00:09:09,133 Dia telah ceritakan kisahnya. 135 00:09:09,216 --> 00:09:13,137 Kini 65,000 askar Amerika sedang bersedia di Teluk Parsi. 136 00:09:13,220 --> 00:09:14,888 Jika Presiden Bush beri arahan, 137 00:09:14,972 --> 00:09:19,435 jumlah itu akan naik hingga 250,000 dalam masa tiga hingga empat minggu. 138 00:09:19,518 --> 00:09:22,021 Amerika Syarikat telah jelaskan pendirian. 139 00:09:22,521 --> 00:09:27,151 AS tak boleh terima risiko besar Saddam Hussein dan sekutu pengganasnya 140 00:09:27,234 --> 00:09:30,904 guna senjata pemusnah besar-besaran terhadap AS atau sekutu AS. 141 00:09:30,988 --> 00:09:34,742 Dasar kerajaan saya, kerajaan kita, pentadbiran ini, 142 00:09:34,825 --> 00:09:36,160 ialah perubahan rejim. 143 00:09:36,243 --> 00:09:38,370 Kita takkan biar pemimpin paling teruk di dunia 144 00:09:38,454 --> 00:09:40,706 ancam kita dengan senjata paling teruk di dunia. 145 00:09:40,789 --> 00:09:44,251 Kita takkan berundur daripada peperangan. 146 00:09:45,002 --> 00:09:48,213 Pemeriksaan bukan penamat. 147 00:09:48,297 --> 00:09:51,008 Iraq yang dibebaskan boleh tunjukkan kuasa kebebasan 148 00:09:51,091 --> 00:09:53,135 untuk mengubah Timur Tengah, 149 00:09:53,218 --> 00:09:57,097 dengan membawa harapan dan kemajuan kepada kehidupan jutaan orang. 150 00:09:57,181 --> 00:10:00,267 Dari San Francisco ke Oregon ke Tampa, 151 00:10:00,351 --> 00:10:02,728 penunjuk perasaan membantah perang. 152 00:10:02,811 --> 00:10:05,898 Saya rasa perang menentang Iraq salah. 153 00:10:06,732 --> 00:10:09,485 Orang awam sebulat suara menyokong 154 00:10:09,568 --> 00:10:13,405 untuk mengambil tindakan ketenteraan di Afghanistan selepas 9/11. 155 00:10:14,406 --> 00:10:16,742 Keadaan Iraq memang berbeza. 156 00:10:16,825 --> 00:10:19,328 Kita tak diserang Iraq. 157 00:10:19,411 --> 00:10:23,082 Ada perdebatan awam yang hangat 158 00:10:23,165 --> 00:10:27,044 tentang tindakan yang perlu dibuat di Iraq. 159 00:10:28,337 --> 00:10:30,881 Setiausaha Pertahanan, Donald Rumsfeld hari ini berkata 160 00:10:30,964 --> 00:10:33,175 walaupun Iraq menafikannya, 161 00:10:33,258 --> 00:10:35,844 mereka ada senjata pemusnah besar-besaran. 162 00:10:35,928 --> 00:10:39,139 Senjata pemusnah besar-besaran di tangan Saddam Hussein 163 00:10:39,223 --> 00:10:43,060 dan hubungannya dengan pengganas, termasuk pengganas al-Qaeda, 164 00:10:43,143 --> 00:10:46,230 merupakan ancaman yang terlalu besar untuk dibiarkan. 165 00:10:47,731 --> 00:10:49,358 Tiada persoalan langsung 166 00:10:49,441 --> 00:10:52,444 yang wartawan sepatutnya lebih ragu-ragu 167 00:10:52,528 --> 00:10:54,863 terhadap propaganda pentadbiran Bush 168 00:10:54,947 --> 00:10:58,325 yang kononnya ada senjata pemusnah besar-besaran di Iraq 169 00:10:58,409 --> 00:11:01,370 dan Saddam Hussein bersedia untuk menggunakannya. 170 00:11:02,454 --> 00:11:04,498 Komuniti perisik Amerika percaya 171 00:11:04,581 --> 00:11:10,921 Saddam Hussein ada bahan berbahaya macam antraks, toksin botulinum, 172 00:11:11,004 --> 00:11:14,633 yang merupakan salah satu racun paling bahaya. 173 00:11:14,717 --> 00:11:19,012 Dia ada hubungan dengan pengganas di Sudan dan Afghanistan. 174 00:11:19,096 --> 00:11:23,100 Atta dan diplomat Iraq memang ada hubungan. 175 00:11:23,976 --> 00:11:29,690 Kami ada bukti kukuh kehadiran ahli al-Qaeda di Iraq. 176 00:11:29,773 --> 00:11:31,942 Secara ringkasnya, tidak syak lagi 177 00:11:32,776 --> 00:11:36,321 Saddam Hussein kini mempunyai senjata pemusnah besar-besaran. 178 00:11:36,405 --> 00:11:39,867 Saya asyik tegaskan bahawa ada hubungan 179 00:11:39,950 --> 00:11:42,286 antara Iraq dan Saddam dan al-Qaeda 180 00:11:42,369 --> 00:11:46,665 kerana memang ada hubungan antara Iraq dan al-Qaeda. 181 00:12:01,722 --> 00:12:04,141 Ketua Pemeriksa Senjata PBB, Hans Blix, 182 00:12:04,224 --> 00:12:07,269 melaporkan yang pemeriksa PBB tidak menemui bukti 183 00:12:07,352 --> 00:12:09,688 senjata pemusnah besar-besaran di Iraq. 184 00:12:09,772 --> 00:12:13,609 Semasa kami pergi ke Iraq dan sedar semua ini mengarut 185 00:12:14,985 --> 00:12:17,571 dan semua ini palsu, 186 00:12:17,654 --> 00:12:19,823 mereka tanya Ibn Sheikh, "Kenapa awak tipu?" 187 00:12:19,907 --> 00:12:22,993 Dia kata, "Kamu seksa saya. Saya beri maklumat yang kamu mahu." 188 00:12:26,246 --> 00:12:27,664 MEI 2003 189 00:12:27,748 --> 00:12:30,083 Pada bulan Mei 2003, 190 00:12:30,167 --> 00:12:35,964 Rumsfeld pergi ke Kabul dan isytiharkan operasi pertempuran besar sudah berakhir. 191 00:12:36,048 --> 00:12:41,178 Pada hari itu juga Bush menaiki kapal induk pesawat udara dari San Diego 192 00:12:41,261 --> 00:12:43,806 untuk umumkan "Misi selesai di Iraq." 193 00:12:43,889 --> 00:12:47,518 Ia telah dirancang oleh pentadbiran Bush 194 00:12:47,601 --> 00:12:52,314 untuk mengisytiharkan bahawa pada hari yang sama, peperangan berakhir. 195 00:12:52,397 --> 00:12:54,233 Sudah tentu, mereka silap. 196 00:12:54,316 --> 00:12:57,486 Kru di Iraq sibuk mencuci darah di jalanan 197 00:12:57,569 --> 00:13:01,406 selepas pengebom membunuh tiga askar AS dan sekitar 20 orang Iraq. 198 00:13:01,490 --> 00:13:05,911 Kita pergi ke Iraq kerana kita rasa dia ada senjata pemusnah besar-besaran. 199 00:13:05,994 --> 00:13:07,120 Rupa-rupanya tidak. 200 00:13:07,204 --> 00:13:12,167 Nampaknya di sana tiada senjata pemusnah besar-besaran. 201 00:13:12,251 --> 00:13:14,044 Awak kata awak tahu lokasinya. 202 00:13:14,545 --> 00:13:18,173 Tak. Saya kata saya tahu lokasi yang disyaki… 203 00:13:18,257 --> 00:13:21,009 Awak kata awak tahu lokasinya, di Tikrit, dekat Baghdad, 204 00:13:21,093 --> 00:13:23,178 utara, timur, selatan dan barat di sana. 205 00:13:23,262 --> 00:13:24,555 Itu kata-kata awak. 206 00:13:24,638 --> 00:13:27,307 AS pergi ke Iraq, kononnya kerana 207 00:13:27,391 --> 00:13:30,269 senjata pemusnah besar-besaran Saddam Hussein. 208 00:13:30,352 --> 00:13:33,689 Jelas sekali itu palsu sepenuhnya. 209 00:13:33,772 --> 00:13:37,734 Jumlah kematian tentera AS telah melepasi 2,000. 210 00:13:39,486 --> 00:13:44,616 Bukan saja keadaan di Iraq jadi teruk, tapi alasan untuk perang ini memang salah. 211 00:13:44,700 --> 00:13:46,243 Rupa-rupanya ia tak benar. 212 00:13:49,246 --> 00:13:51,957 Rupa-rupanya, semua sebab yang dinyatakan 213 00:13:52,040 --> 00:13:55,627 untuk pergi ke Iraq, ternyata palsu. 214 00:13:55,711 --> 00:13:58,839 Saya rasa itu pernyataan yang berlebih-lebihan. 215 00:13:59,464 --> 00:14:03,635 Ia bukan sekadar tentang senjata pemusnah besar-besaran. 216 00:14:06,096 --> 00:14:07,764 Bukan itu saja sebabnya. 217 00:14:08,265 --> 00:14:12,060 Saddam Hussein ialah diktator yang suka membunuh, 218 00:14:12,144 --> 00:14:15,105 yang ketagihan senjata pemusnah besar-besaran. 219 00:14:16,398 --> 00:14:18,650 Jika dia faham krisis 220 00:14:18,734 --> 00:14:21,653 yang dia cetuskan terhadap diri sendiri dan rakyat 221 00:14:21,737 --> 00:14:24,865 akibat membangunkan senjata pemusnah besar-besaran… 222 00:14:24,948 --> 00:14:27,910 Secara rahsia, dia boleh beri senjata pemusnah besar-besaran 223 00:14:27,993 --> 00:14:29,786 kepada pengganas untuk melawan kita. 224 00:14:30,913 --> 00:14:36,501 Mereka langgar ketetapan PBB 16 kali, 16 ketetapan PBB yang berbeza. 225 00:14:37,586 --> 00:14:39,004 Mereka tak patuh. 226 00:14:39,087 --> 00:14:41,340 Mereka tak benarkan pemeriksa senjata… 227 00:14:41,423 --> 00:14:44,384 Jadi, mereka tak mematuhi 228 00:14:44,468 --> 00:14:48,555 sekurang-kurangnya 16 ketetapan berbeza daripada PBB. 229 00:14:48,639 --> 00:14:53,518 Jadi, Presiden Bush rasa mereka patut dihukum. 230 00:14:56,313 --> 00:14:57,856 Narsisisme strategik bermaksud 231 00:14:57,940 --> 00:15:00,233 mentakrifkan dunia berdasarkan perspektif kita saja 232 00:15:00,317 --> 00:15:02,277 dan anggap perkara yang kita buat 233 00:15:02,361 --> 00:15:05,072 akan menentukan keputusan yang baik. 234 00:15:05,155 --> 00:15:07,741 Walaupun orang selalu tanya, 235 00:15:07,824 --> 00:15:10,911 "Patutkah kita menyerang Iraq pada tahun 2003?" 236 00:15:10,994 --> 00:15:13,246 Saya rasa lebih berfaedah untuk tanya, 237 00:15:13,330 --> 00:15:17,376 "Siapa sangka ia mudah? Kenapa mereka rasa ia mudah?" 238 00:15:19,753 --> 00:15:22,798 Banyak keputusan dasar yang dibuat pada tahun itu, 239 00:15:22,881 --> 00:15:24,341 dari 2003 hingga 2004, 240 00:15:24,424 --> 00:15:28,971 telah menerukkan lagi situasi yang amat sukar. 241 00:15:29,054 --> 00:15:31,932 Kalaulah maklumat risikannya berbeza. 242 00:15:32,015 --> 00:15:35,268 Jika dapat maklumat yang benar, adakah Perang Iraq akan berlaku? 243 00:15:35,352 --> 00:15:38,355 Jika dia ada WMD, adakah peperangan akan berlaku? 244 00:15:38,438 --> 00:15:41,191 - Ya. - Tak. Jika awak tahu dia tiada WMD. 245 00:15:41,274 --> 00:15:42,776 Baiklah, baru saya faham. 246 00:15:44,027 --> 00:15:48,532 Itu soalan yang menarik. Saya tak boleh ubah keadaan. 247 00:15:48,615 --> 00:15:50,784 Sukar untuk saya buat spekulasi. 248 00:15:51,576 --> 00:15:56,331 LEBIH 4,400 TENTERA AS DAN KIRA-KIRA 200,000 RAKYAT IRAQ 249 00:15:56,415 --> 00:16:00,168 TERKORBAN DALAM PERANG IRAQ. 250 00:16:02,963 --> 00:16:05,215 Mengimbau kembali dua dekad yang lalu, 251 00:16:05,298 --> 00:16:08,427 amat jelas sekali bahawa serangan terhadap Iraq 252 00:16:08,510 --> 00:16:12,097 telah meleraikan kejayaan yang kita peroleh 253 00:16:12,180 --> 00:16:13,932 dalam perang keganasan. 254 00:16:15,559 --> 00:16:19,771 Ia bukan saja pencerobohan yang menyokong naratif Osama bin Laden 255 00:16:19,855 --> 00:16:23,567 bahawa Barat yang diketuai Amerika Syarikat, memerangi Islam 256 00:16:23,650 --> 00:16:28,321 dan akan menceroboh dan menjajah negara Islam satu demi satu. 257 00:16:28,822 --> 00:16:30,657 Lebih-lebih lagi, 258 00:16:30,741 --> 00:16:33,660 imej Abu Ghraib yang dipaparkan 259 00:16:33,744 --> 00:16:35,829 di skrin televisyen seluruh dunia, 260 00:16:35,912 --> 00:16:38,290 memberi dimensi material kepada naratif itu, 261 00:16:38,373 --> 00:16:42,210 yang menyangkal dakwaan AS membebaskan Iraq. 262 00:16:43,295 --> 00:16:46,256 Pihak tentera menjelaskan yang gambar askar Amerika 263 00:16:46,339 --> 00:16:49,468 mendera banduan Iraq cumalah kesalahan beberapa orang, 264 00:16:49,551 --> 00:16:52,137 tapi berapa ramai yang tahu apa yang berlaku 265 00:16:52,220 --> 00:16:55,015 di penjara Abu Ghraib di luar Baghdad? 266 00:16:58,393 --> 00:17:00,812 Serangan AS terhadap Iraq 267 00:17:00,896 --> 00:17:03,565 telah diakui oleh ramai orang 268 00:17:03,648 --> 00:17:07,903 sebagai kesilapan dasar luar negara yang terbesar dalam sejarah Amerika. 269 00:17:16,536 --> 00:17:19,831 Jika kita imbas kembali dan kaji semula kesilapan, 270 00:17:19,915 --> 00:17:24,127 saya rasa titik perubahan terbesar ialah perang di Iraq. 271 00:17:24,211 --> 00:17:28,465 Pada tahun 2001 dan 2002, Afghanistan seperti… 272 00:17:29,049 --> 00:17:31,676 Ia bertenaga, ceria, gembira. 273 00:17:31,760 --> 00:17:33,553 Memang hebat. 274 00:17:34,262 --> 00:17:37,808 Namun, kemudian semua sumber, semua perhatian, 275 00:17:37,891 --> 00:17:40,268 ramai tentera, terutamanya Pasukan Khas, 276 00:17:40,352 --> 00:17:41,603 semuanya dipindahkan. 277 00:17:42,646 --> 00:17:46,358 Beberapa tahun kemudian, bermulalah kebangkitan kuat Taliban. 278 00:17:46,942 --> 00:17:50,904 Kedua-dua peristiwa itu ada kaitan. 279 00:17:56,618 --> 00:17:59,913 Kini ada dua peperangan teruk berlaku serentak 280 00:17:59,996 --> 00:18:03,458 dan pihak pentadbiran sukar untuk hadapinya sekali gus. 281 00:18:03,542 --> 00:18:06,253 Sehingga penghujung pentadbiran Bush, 282 00:18:06,336 --> 00:18:10,298 tumpuan utama mereka ialah Iraq, bukan Afghanistan. 283 00:18:21,601 --> 00:18:24,271 Orang sekeliling tak bercakap bahasa Inggeris. 284 00:18:24,354 --> 00:18:27,065 Kita tak kenal jiran sebelah. 285 00:18:32,195 --> 00:18:34,614 Saya dilahirkan pada 1948. 286 00:18:34,698 --> 00:18:35,740 PENGASAS RUMAH CORDOBA 287 00:18:35,824 --> 00:18:39,744 Saya ada mimpi yang berkata, "Feisal, awak akan pergi ke Amerika 288 00:18:39,828 --> 00:18:41,788 dan tinggal di sana seumur hidup. 289 00:18:43,582 --> 00:18:47,878 Awak berperanan untuk memperkenalkan Islam dan kerohaniannya 290 00:18:48,461 --> 00:18:50,338 kepada Amerika." 291 00:18:52,215 --> 00:18:56,136 Amerika secara prinsipnya memang sangat bagus. 292 00:18:57,095 --> 00:19:00,098 Idea tentang kesamaan semua manusia 293 00:19:00,182 --> 00:19:03,226 merupakan sesuatu yang sangat benar 294 00:19:03,310 --> 00:19:07,063 dan sesuatu yang sebenarnya mempamerkan 295 00:19:07,147 --> 00:19:11,318 nilai sejagat semua agama di dunia. 296 00:19:19,701 --> 00:19:24,331 Selepas 9 /11, saya dapati ketika krisis begini, 297 00:19:24,414 --> 00:19:30,337 kami iaitu orang yang dianggap jurucakap atau pemimpin komuniti agama, 298 00:19:30,837 --> 00:19:34,090 perlu berkomunikasi dan beri penjelasan. 299 00:19:36,551 --> 00:19:42,515 Saya ada wawasan untuk menubuhkan pusat komuniti Islam 300 00:19:43,767 --> 00:19:47,020 yang akan menjadi YMCA versi Islam. 301 00:19:47,520 --> 00:19:52,859 Dengan program seperti sukan, ceramah, perbincangan panel 302 00:19:53,360 --> 00:19:56,363 untuk membawa orang daripada pelbagai komuniti agama 303 00:19:56,446 --> 00:19:58,740 untuk bermain bersama, berkenalan, 304 00:19:58,823 --> 00:20:00,492 berseronok dan lain-lain. 305 00:20:00,575 --> 00:20:03,411 Dari situlah datangnya rasa muhibah. 306 00:20:04,955 --> 00:20:08,041 Ramai orang dijangka hadir hari ini dalam tunjuk perasaan 307 00:20:08,124 --> 00:20:11,795 membantah pusat Islam kontroversi yang diluluskan untuk dibina 308 00:20:11,878 --> 00:20:13,588 berdekatan Ground Zero. 309 00:20:13,672 --> 00:20:16,091 Perbalahan tentang masjid di Ground Zero… 310 00:20:16,174 --> 00:20:17,425 Masjid Ground Zero… 311 00:20:17,509 --> 00:20:19,844 - Masjid Ground Zero. - Masjid di sini pada 9/11… 312 00:20:19,928 --> 00:20:21,763 Ini kononnya Masjid Ground Zero. 313 00:20:21,846 --> 00:20:23,348 JANGAN BINA MASJID GROUND ZERO 314 00:20:23,932 --> 00:20:28,103 Fox News sengaja memberi gelaran "Masjid Ground Zero" 315 00:20:28,603 --> 00:20:33,525 untuk membangkitkan rasa marah. 316 00:20:34,359 --> 00:20:36,987 Hujah mereka tak begitu masuk akal. 317 00:20:37,070 --> 00:20:39,614 Ada petunjuk bahawa pembinaan masjid ini 318 00:20:39,698 --> 00:20:41,616 sebenarnya operasi Muslim Brotherhood. 319 00:20:41,700 --> 00:20:44,494 Kami panggil ia pusat rekrut syariah 9/11 320 00:20:44,577 --> 00:20:46,079 kerana itu yang dia buat. 321 00:20:46,162 --> 00:20:49,249 Jika mereka bina masjid di sini, 322 00:20:49,332 --> 00:20:53,753 berdekatan Pusat Dagangan Dunia sebelum ia siap dibina semula, 323 00:20:53,837 --> 00:20:54,754 apa pula seterusnya? 324 00:20:54,838 --> 00:20:58,508 Tak nak masjid. Bukan di sini, bukan sekarang, sampai bila-bila. 325 00:20:58,591 --> 00:20:59,968 Tak mahu masjid! 326 00:21:00,677 --> 00:21:02,262 Masjid ini tak mengambil kira 327 00:21:02,345 --> 00:21:06,433 penderitaan dan menyinggung sensitiviti keluarga mangsa 9/11. 328 00:21:07,517 --> 00:21:09,519 Ini cuma menambah perpecahan, 329 00:21:09,602 --> 00:21:11,604 kemarahan, kebencian. 330 00:21:11,688 --> 00:21:14,190 Macam muka kita diludah. Pergi bina di tempat lain. 331 00:21:14,274 --> 00:21:19,070 Kita tak patut bina masjid untuk beri ganjaran kepada pengganas. 332 00:21:19,154 --> 00:21:21,906 GROUND ZERO KAWASAN PENGEBUMIAN JANGAN BINA MASJID 333 00:21:23,908 --> 00:21:27,370 Saya dipaksa untuk lupakan projek itu. 334 00:21:33,710 --> 00:21:34,919 Ia memedihkan. 335 00:21:36,046 --> 00:21:37,047 Ia memedihkan. 336 00:21:39,883 --> 00:21:45,388 Sebab saya juga tahu ia akan menjadi kejayaan besar… 337 00:21:48,099 --> 00:21:50,560 dan menjadi contoh 338 00:21:51,478 --> 00:21:56,358 cara membina komuniti yang ada pelbagai perbezaan, 339 00:21:56,858 --> 00:22:01,988 untuk meraikan perbezaan kita, tapi wujudkan rasa muhibah. 340 00:22:03,031 --> 00:22:06,326 Bayangkan jika kita boleh selesaikan masalah ini di Amerika. 341 00:22:06,409 --> 00:22:09,079 Betapa banyaknya kebaikan yang kita dapat. 342 00:22:24,886 --> 00:22:29,682 Setakat ini kita dah habiskan 600 bilion, tak lama lagi jadi satu trilion. 343 00:22:30,266 --> 00:22:34,729 Kita telah kehilangan lebih 4,000 nyawa, telah lihat 30,000 orang cedera 344 00:22:34,813 --> 00:22:37,065 dan yang paling penting, 345 00:22:37,148 --> 00:22:40,068 dari perspektif keselamatan negara yang strategik, 346 00:22:40,151 --> 00:22:44,239 al-Qaeda bangkit semula, lebih kuat berbanding tahun 2001. 347 00:22:44,864 --> 00:22:46,574 Kita hilang tumpuan. 348 00:22:47,158 --> 00:22:50,495 Semasa Barack Obama berkempen untuk jawatan presiden, 349 00:22:50,578 --> 00:22:55,583 orang muda yang berkarisma, tak pernah berkhidmat dalam tentera ini 350 00:22:55,667 --> 00:22:58,837 telah buat pernyataan rasmi 351 00:22:58,920 --> 00:23:03,258 bahawa Perang Iraq merupakan kesilapan dan jika dia dilantik, 352 00:23:03,341 --> 00:23:05,552 dia mahu keluarkan tentera dari Iraq. 353 00:23:05,635 --> 00:23:09,305 Dia tak boleh dilihat menentang kedua-dua peperangan. 354 00:23:09,389 --> 00:23:10,265 Jadi bagi dia, 355 00:23:10,348 --> 00:23:15,645 Iraq perang yang teruk dan Afghanistan perang yang baik. 356 00:23:15,728 --> 00:23:19,524 Rakyat Afghanistan mencari jaminan masa depan yang lebih baik. 357 00:23:19,607 --> 00:23:20,692 Namun sekali lagi, 358 00:23:20,775 --> 00:23:24,154 harapan baharu terpadam oleh keganasan dan ketidakpastian. 359 00:23:24,237 --> 00:23:27,282 Dia rasa dia boleh betulkan Perang Afghanistan. 360 00:23:27,365 --> 00:23:31,369 Selepas lapan tahun, ada tahun yang kita tak ada 361 00:23:31,870 --> 00:23:36,374 sumber atau strategi untuk menyiapkan kerja. 362 00:23:36,458 --> 00:23:38,251 Saya mahu habiskan kerja. 363 00:23:40,753 --> 00:23:42,380 Tapi apa yang berlaku? 364 00:23:42,922 --> 00:23:45,592 Beberapa bulan selepas Obama jadi presiden, 365 00:23:45,675 --> 00:23:48,678 dia ubah rancangan di Afghanistan. 366 00:23:49,304 --> 00:23:51,806 Stan McChrystal dihantar ke Kabul 367 00:23:51,890 --> 00:23:55,310 dan diberi arahan untuk menilai keadaan di sana 368 00:23:55,393 --> 00:23:56,686 dan beri laporan, 369 00:23:56,769 --> 00:24:00,106 "Apa yang awak perlukan untuk ubah keadaan?" 370 00:24:00,190 --> 00:24:03,443 Ia sangat sukar, kadangkala memerlukan kesabaran, 371 00:24:03,526 --> 00:24:07,655 perlu ambil lebih banyak risiko untuk melakukannya. 372 00:24:08,156 --> 00:24:11,367 Dia menulis penilaian sulit 373 00:24:11,451 --> 00:24:14,871 yang mengandungi cadangan penambahan askar. 374 00:24:14,954 --> 00:24:19,751 Ada permintaan setinggi 80,000 hingga 90,000 askar tambahan. 375 00:24:19,834 --> 00:24:23,129 Ada tahap pertengahan dalam lingkungan 30,000. 376 00:24:24,631 --> 00:24:26,299 Ia menyukarkan keadaan Obama 377 00:24:26,799 --> 00:24:31,679 kerana dia pernah mengatakan perang Afghanistan ialah perang yang baik. 378 00:24:31,763 --> 00:24:35,183 Afghanistan ialah perang yang dia akan pulihkan. 379 00:24:35,266 --> 00:24:40,730 Kini, jeneral tertinggi Amerika kata dia bukan setakat perlukan 10,000 tentera, 380 00:24:41,231 --> 00:24:43,775 dia perlukan puluhan ribu tentera. 381 00:24:44,484 --> 00:24:50,281 40,000 lagi meningkatkan jumlah askar AS di Afghanistan kepada 100,000. 382 00:24:50,365 --> 00:24:53,326 Ini komitmen besar sumber 383 00:24:53,409 --> 00:24:57,956 pada masa ekonomi mengalami kesulitan, malah kegagalan. 384 00:24:58,039 --> 00:25:00,917 PERAMPASAN UNTUK DIJUAL 385 00:25:01,000 --> 00:25:05,171 Pendekatan baharu ini berpusatkan pada prinsip cegah pemberontakan. 386 00:25:05,255 --> 00:25:09,300 Singkatannya, COIN. Akronim yang teruk. 387 00:25:11,511 --> 00:25:13,555 Helo. Apa khabar? 388 00:25:15,181 --> 00:25:18,560 Jadi, apa bezanya dengan cegah keganasan? 389 00:25:19,060 --> 00:25:22,689 Cegah keganasan lebih taktikal. Ia tentang mencegah serangan. 390 00:25:22,772 --> 00:25:26,150 Ia tentang membunuh, menangkap atau menahan orang jahat. 391 00:25:26,234 --> 00:25:29,028 Secara amnya, menyukarkan pengganas beroperasi. 392 00:25:29,112 --> 00:25:32,699 dan mengukuhkan sasaran yang mungkin diserang oleh pengganas. 393 00:25:32,782 --> 00:25:35,535 Cegah pemberontakan pula berbeza. 394 00:25:35,618 --> 00:25:39,539 Ia bukan saja menghalang keganasan atau menghalang serangan, 395 00:25:39,622 --> 00:25:42,834 tapi mengubah cara masyarakat berfikir 396 00:25:42,917 --> 00:25:48,381 supaya ideologi yang melahirkan keinginan untuk menyertai gerakan pelampau, 397 00:25:48,464 --> 00:25:50,842 untuk melakukan keganasan, 398 00:25:50,925 --> 00:25:53,886 diubah atau disalurkan ke arah yang berbeza. 399 00:25:54,554 --> 00:25:57,223 Pada dasarnya, membentuk semula masyarakat 400 00:25:57,307 --> 00:26:01,603 supaya proses pemikiran yang membawa kepada perekrutan pengganas 401 00:26:01,686 --> 00:26:04,772 dan meradikalkan pengganas dapat dilenyapkan, 402 00:26:04,856 --> 00:26:07,734 atau disingkirkan dengan perubahan mendalam 403 00:26:07,817 --> 00:26:11,613 yang memperbaik tadbir urus, pendidikan, kadar celik huruf, 404 00:26:11,696 --> 00:26:14,449 dan taraf hidup sosioekonomi yang lebih tinggi. 405 00:26:20,913 --> 00:26:25,418 Ini akan memulakan proses pertimbangan mendalam 406 00:26:25,501 --> 00:26:28,463 oleh presiden dan ahli kabinet perangnya. 407 00:26:29,172 --> 00:26:32,091 Mereka bersidang di Bilik Situasi Rumah Putih. 408 00:26:32,175 --> 00:26:36,512 Meja itu dipenuhi penasihat tertinggi Obama. 409 00:26:36,596 --> 00:26:40,058 Naib presiden pada masa itu, Joe Biden, berada di sisinya. 410 00:26:40,141 --> 00:26:42,185 Setiausaha Pertahanan, Bob Gates. 411 00:26:42,268 --> 00:26:44,896 Hillary Clinton, Setiausaha Negara, pun ada. 412 00:26:44,979 --> 00:26:46,773 Pengarah CIA turut ada. 413 00:26:46,856 --> 00:26:51,361 Perbincangan mereka rancak, dengan pemimpin tentera yang berhujah 414 00:26:51,444 --> 00:26:55,698 bahawa komitmen tentera adalah penting. 415 00:26:58,242 --> 00:27:01,204 Biden dan yang lain mencadangkan alternatif 416 00:27:01,704 --> 00:27:04,749 yang lebih fokus pada al-Qaeda. 417 00:27:11,172 --> 00:27:13,716 Objektifnya lebih tertumpu. 418 00:27:15,051 --> 00:27:17,553 Keadaan agak tegang sekali-sekala. 419 00:27:17,637 --> 00:27:22,558 Jeneral dan Naib Presiden Biden tidak sebulu. 420 00:27:26,354 --> 00:27:29,190 Keputusan presiden adalah untuk mengimbangi 421 00:27:29,273 --> 00:27:30,692 kemahuan jeneralnya 422 00:27:30,775 --> 00:27:34,070 dan saranan Naib Presiden Biden. 423 00:27:36,114 --> 00:27:38,908 Tapi dia beritahu tentera dua perkara. 424 00:27:38,991 --> 00:27:42,370 Satu, misi mereka perlu ada tumpuan khusus. 425 00:27:42,453 --> 00:27:46,624 Dua, dia hanya akan menambah bilangan askar selama 18 bulan, 426 00:27:46,708 --> 00:27:49,168 kemudian mereka perlu pulang. 427 00:27:49,252 --> 00:27:50,795 Dia tetapkan tempohnya. 428 00:27:50,878 --> 00:27:54,424 Presiden juga menghantar pasukan propaganda ke Capitol Hill, 429 00:27:54,507 --> 00:27:57,927 yang membantah arahan kontroversi presiden 430 00:27:58,010 --> 00:28:01,889 untuk mengeluarkan tentera selewat-lewatnya pada Julai 2011. 431 00:28:01,973 --> 00:28:06,185 Ia memberi tanggapan yang salah kepada kawan dan musuh. 432 00:28:06,269 --> 00:28:10,440 Tanggapan yang salah kepada mereka yang mahu berjuang dan menang. 433 00:28:12,483 --> 00:28:14,193 Perang ialah pertarungan semangat. 434 00:28:14,277 --> 00:28:17,613 Kami beritahu musuh tempoh kami akan menarik diri. 435 00:28:17,697 --> 00:28:19,907 Kami dah beritahu awal lagi, 436 00:28:19,991 --> 00:28:23,369 bilangan tentera AS, perkara yang tentera akan buat atau tidak. 437 00:28:23,453 --> 00:28:25,997 AS seolah-olah tulis skrip perang 438 00:28:26,080 --> 00:28:28,833 yang dikehendaki dan berikannya kepada musuh 439 00:28:28,916 --> 00:28:31,169 dengan harapan mereka akan ikut skrip. 440 00:28:31,252 --> 00:28:35,089 Golongan profesional, pegawai tentera seperti saya 441 00:28:35,173 --> 00:28:37,425 tabik dan laksanakan perintah. 442 00:28:37,508 --> 00:28:38,885 Itulah yang kami buat. 443 00:28:40,511 --> 00:28:44,766 BEKAS SARJAN, INFANTRI KOR MARIN BEKAS WARTAWAN SIASATAN AP 444 00:28:44,849 --> 00:28:48,060 Saya tak baca berita atau tahu apa-apa tentang politik. 445 00:28:48,144 --> 00:28:51,814 Saya cuma tahu AS diserang tapi tak tahu penyerangnya. 446 00:28:51,898 --> 00:28:54,650 Saya tak faham situasi politik 447 00:28:54,734 --> 00:28:56,277 sekitar 9/11. 448 00:28:56,360 --> 00:28:58,196 Saya cuma rasa terpanggil 449 00:28:58,279 --> 00:28:59,989 untuk berkhidmat kepada negara. 450 00:29:04,285 --> 00:29:06,871 Jadi, sepuluh hari selepas tamat sekolah tinggi, 451 00:29:06,954 --> 00:29:09,081 saya sertai Kor Marin. 452 00:29:09,916 --> 00:29:11,542 Dihantar ke Afghanistan. 453 00:29:15,087 --> 00:29:17,840 2 JULAI 2009 454 00:29:17,924 --> 00:29:19,842 Komander kami berucap, 455 00:29:19,926 --> 00:29:23,179 "Mata dunia memerhatikan kamu." 456 00:29:25,515 --> 00:29:27,892 Masa untuk ubah rentak di Afghanistan, 457 00:29:27,975 --> 00:29:31,979 memaksa Taliban bertindak terhadap kita, bukan sebaliknya. 458 00:29:32,814 --> 00:29:36,108 Dia mahu kami faham yang situasi itu serius 459 00:29:36,192 --> 00:29:37,860 dan itu detik bersejarah 460 00:29:38,361 --> 00:29:42,156 yang akan jadi peristiwa penting dalam Perang Afghanistan. 461 00:29:42,240 --> 00:29:45,076 - Awak sebahagian daripada sejarah. - Benar. 462 00:29:54,043 --> 00:29:54,877 Maafkan saya. 463 00:29:57,463 --> 00:30:01,175 Ia penghantaran helikopter terbanyak sejak Perang Vietnam. 464 00:30:03,594 --> 00:30:05,179 Hari pertama saya bertempur. 465 00:30:05,263 --> 00:30:07,640 Saya ingat setiap saat perjalanan helikopter itu. 466 00:30:07,723 --> 00:30:09,934 Kami bersesak-sesak, 467 00:30:10,017 --> 00:30:12,562 berhimpit-himpit. 468 00:30:14,355 --> 00:30:16,315 Ada bau diesel. 469 00:30:16,399 --> 00:30:18,317 Bunyinya sangat bising. 470 00:30:19,277 --> 00:30:22,029 Kami terbayang ucapan yang kami dengar. 471 00:30:22,113 --> 00:30:23,447 Orang kata, 472 00:30:24,031 --> 00:30:25,366 "Lihat sekeliling. 473 00:30:25,449 --> 00:30:28,411 Orang yang bersama kamu mungkin takkan kembali." 474 00:30:29,287 --> 00:30:31,956 Jadi, kami tahu kami akan bertempur. 475 00:30:34,458 --> 00:30:38,588 Menjelang 2009, Taliban semakin berkuasa. 476 00:30:38,671 --> 00:30:40,172 Mereka semakin mara. 477 00:30:42,633 --> 00:30:47,054 Kami ada peta yang menunjukkan pihak yang menguasai daerah 478 00:30:47,138 --> 00:30:50,725 di wilayah berbeza Afghanistan. 479 00:30:50,808 --> 00:30:54,312 Kod warna untuk daerah mula bertukar kepada warna 480 00:30:54,395 --> 00:30:57,607 yang lambangkan Taliban atau kumpulan pemberontak lain. 481 00:31:00,943 --> 00:31:04,322 Kempen ketenteraan awam yang kita jalankan di Afghanistan 482 00:31:04,405 --> 00:31:06,949 akan berterusan selama 18 bulan. 483 00:31:07,533 --> 00:31:09,368 Seperti yang ramai perhatikan, 484 00:31:09,452 --> 00:31:12,538 perjalanan akan lebih sukar sebelum jadi lebih mudah. 485 00:31:20,838 --> 00:31:22,131 2 Julai 2009. 486 00:31:23,549 --> 00:31:26,052 Tempoh 20 atau 30 minit pertama sunyi… 487 00:31:30,848 --> 00:31:33,267 Kemudian kami mula terima tembakan. 488 00:31:33,351 --> 00:31:36,520 Teruskan bergerak! Kita tak boleh berhenti. 489 00:31:36,604 --> 00:31:38,731 Ayuh! Teruskan! 490 00:31:38,814 --> 00:31:41,651 Mereka menyerang dari jauh. 491 00:31:41,734 --> 00:31:44,820 Saya tak nampak arah tembakan. 492 00:31:45,905 --> 00:31:48,032 Ayuh! Mereka di puncak bangunan itu. 493 00:31:48,115 --> 00:31:51,035 Bunyinya macam mercun, kecuali sangat dekat. 494 00:31:54,789 --> 00:31:58,209 Kami tak tahu bezakan antara orang baik dengan orang jahat. 495 00:31:58,876 --> 00:32:01,045 Taliban tak pakai uniform. 496 00:32:01,128 --> 00:32:03,631 Mereka nampak sama macam penduduk tempatan. 497 00:32:03,714 --> 00:32:06,425 - Tembak dari mana? - Mereka tembak saja. 498 00:32:07,176 --> 00:32:10,054 - Pandai menyorok. - Kita tak nampak mereka. 499 00:32:10,137 --> 00:32:13,557 Kami diberitahu yang PJ atau askar payung terjun tiba. 500 00:32:14,892 --> 00:32:19,146 Ertinya, ada orang ditembak. 501 00:32:20,815 --> 00:32:22,316 - Sekarang! - Saya dah dapat! 502 00:32:26,862 --> 00:32:29,824 Orang yang ditembak ialah Lans Koperal… 503 00:32:32,743 --> 00:32:33,577 Maafkan saya. 504 00:32:36,372 --> 00:32:40,167 Lans Koperal Charles Seth Sharp dari Adairsville, Georgia. 505 00:32:40,251 --> 00:32:42,628 - Ayuh, Sharp! - Bila helikopter tiba? 506 00:32:43,295 --> 00:32:45,715 - Mari kita pergi! Ayuh, Sharp! - Ayuh. 507 00:32:46,674 --> 00:32:47,508 Sharp! 508 00:32:48,009 --> 00:32:53,723 Ahli skuadnya memanggil namanya, "Sharp, bangun. Bangun, Sharp." 509 00:32:53,806 --> 00:32:55,099 Dia tak sedar. 510 00:32:55,975 --> 00:32:57,393 Darah mencurah ke tanah. 511 00:32:57,476 --> 00:32:59,687 - Kita perlu pergi. Ayuh. - Sharp. 512 00:32:59,770 --> 00:33:03,399 Akhirnya, Marin datang dan bawa dia pergi. 513 00:33:03,482 --> 00:33:07,153 Mereka masuk ke dalam bangunan dan mula merawatnya. 514 00:33:07,653 --> 00:33:09,030 Sharp kehilangan darah. 515 00:33:10,781 --> 00:33:12,116 Dia tak terselamat. 516 00:33:18,539 --> 00:33:19,957 "Apa saya buat di sini?" 517 00:33:21,667 --> 00:33:25,129 Kami terpinga-pinga. Kami tak tahu tujuan perang. 518 00:33:29,425 --> 00:33:33,929 Saya tak pernah menembak sehinggalah 31 Julai 2009. 519 00:33:38,601 --> 00:33:43,939 Seorang lelaki keluar dari tempat menyorok dengan AK-47. 520 00:33:44,440 --> 00:33:46,025 Saya nampak jelas. 521 00:33:46,817 --> 00:33:51,572 Jadi, saya tembak dia dari bawah ke atas. 522 00:33:53,657 --> 00:33:56,327 Saya selalu fikir tentang hari itu, 31 Julai. 523 00:33:56,869 --> 00:34:01,832 Orang yang saya tembak berumur lebih kurang 15 tahun. 524 00:34:05,127 --> 00:34:08,464 Saya terfikir, kenapa kami berada di sana ketika itu? 525 00:34:08,964 --> 00:34:10,174 Siapa dia ini? 526 00:34:11,383 --> 00:34:15,262 Betulkah dia Taliban atau dipaksa berlawan? 527 00:34:17,181 --> 00:34:20,601 Bagaimana jika negara saya diserang? Adakah saya akan tembak mereka? 528 00:34:23,229 --> 00:34:27,149 Apa perbezaan antara pendudukan Soviet di Afghanistan 529 00:34:27,233 --> 00:34:29,401 dengan pendudukan Amerika? 530 00:34:30,236 --> 00:34:31,403 Ada perbezaan? 531 00:34:31,904 --> 00:34:33,614 Takkanlah satu dianggap pendudukan… 532 00:34:33,697 --> 00:34:35,699 BEKAS PEMIMPIN MUJAHIDIN 533 00:34:35,783 --> 00:34:37,284 …tapi satu lagi tidak? 534 00:34:38,661 --> 00:34:42,414 Orang Afghanistan menentang kehadiran Amerika di Afghanistan 535 00:34:42,498 --> 00:34:47,086 dengan semangat yang sama seperti semasa kehadiran Soviet. 536 00:34:47,169 --> 00:34:49,171 Jihad mereka tiada bezanya. 537 00:34:49,255 --> 00:34:51,507 Kedua-dua pendudukan itu sama saja. 538 00:34:51,590 --> 00:34:53,676 Tiada bezanya 539 00:34:53,759 --> 00:34:58,514 antara penentangan terhadap kedua-dua pendudukan itu. 540 00:35:01,016 --> 00:35:04,979 Dulu mereka panggil kami pejuang kebebasan. 541 00:35:05,062 --> 00:35:11,694 Kini apabila kami buat perkara yang sama, mereka panggil kami musuh, 542 00:35:11,777 --> 00:35:14,947 mereka panggil kami pengganas. 543 00:35:25,291 --> 00:35:26,417 Ada orang ditembak? 544 00:35:27,459 --> 00:35:29,962 Ancaman IED amat besar. 545 00:35:30,045 --> 00:35:34,758 Apabila dihantar berperang, ramai yang jadi kudung. 546 00:35:34,842 --> 00:35:37,219 Seorang askar Amerika mati Selasa lalu 547 00:35:37,303 --> 00:35:41,307 akibat kecederaan dalam serangan IED di Afghanistan Barat. 548 00:35:41,390 --> 00:35:43,809 Dia terbunuh selepas tujuh lagi askar AS 549 00:35:43,893 --> 00:35:47,730 terbunuh di Afghanistan dalam tiga serangan berasingan Isnin lalu. 550 00:35:48,564 --> 00:35:51,775 Tanah Helmand berlumpur, mudah untuk tanam IED, 551 00:35:51,859 --> 00:35:54,528 iaitu jag air berisi serbuk letupan, 552 00:35:54,612 --> 00:35:57,656 peledak dan sesuatu untuk menyalakannya. 553 00:35:57,740 --> 00:35:58,908 Mudah untuk dibuat. 554 00:35:59,992 --> 00:36:03,495 Taliban kata mereka boleh tanam IED dalam masa tiga atau empat minit. 555 00:36:03,579 --> 00:36:06,832 Mereka kambus IED dengan tanah, tuangkan air di atasnya, 556 00:36:06,916 --> 00:36:10,085 dan haba matahari boleh letupkannya dalam lima atau sepuluh minit. 557 00:36:10,169 --> 00:36:12,421 Saya boleh kata ada IED di depan awak 558 00:36:12,504 --> 00:36:16,800 tapi awak takkan perasan kerana tiada petanda langsung. 559 00:36:16,884 --> 00:36:19,345 Jadi, kami melangkah dengan risau 560 00:36:19,428 --> 00:36:21,972 kerana takut terpijak IED. 561 00:36:22,932 --> 00:36:26,352 IED berada di muka pintu, lorong, longkang, di mana-mana. 562 00:36:30,189 --> 00:36:32,942 Kami boleh bayangkan apabila terpijak IED 563 00:36:33,025 --> 00:36:35,653 dan semuanya hancur berkecai. 564 00:36:35,736 --> 00:36:38,113 Perasaan yang teruk. 565 00:36:39,114 --> 00:36:41,742 Disebabkan perlu berhati-hati dengan IED, 566 00:36:41,825 --> 00:36:44,787 perjalanan pendek mengambil masa beberapa jam. 567 00:36:45,287 --> 00:36:47,790 Taliban boleh nampak askar AS dari jauh. 568 00:36:55,214 --> 00:36:58,425 Pasukan Marin Amerika ada banyak jenis bahan letupan, 569 00:36:58,509 --> 00:37:00,344 termasuk sesuatu bernama MICLIC 570 00:37:00,427 --> 00:37:04,807 iaitu tiub sepanjang 30 kaki berisi grenad setiap beberapa meter. 571 00:37:08,644 --> 00:37:09,895 Hebat betul. 572 00:37:10,688 --> 00:37:13,315 Ia memberi laluan selamat untuk mereka. 573 00:37:16,277 --> 00:37:18,988 Itu cara mereka rentasi perkampungan di Sangin. 574 00:37:19,071 --> 00:37:22,157 Membinasakan banyak harta benda orang Afghanistan 575 00:37:22,616 --> 00:37:26,120 semata-mata untuk berjalan sejauh 10 meter lagi. 576 00:37:26,203 --> 00:37:28,414 Besarnya lubang. 577 00:37:28,497 --> 00:37:31,292 Tapi hebat. Saya rasa bangga. 578 00:37:32,334 --> 00:37:35,087 Sebab itulah ramai orang, terutamanya di Sangin kata, 579 00:37:35,170 --> 00:37:36,463 "Taliban tak buat begini. 580 00:37:36,547 --> 00:37:39,800 Kamu dah lama menjanjikan keselamatan, 581 00:37:39,883 --> 00:37:42,011 tapi keadaan semakin teruk." 582 00:37:52,062 --> 00:37:55,232 Saya wartawan siasatan The Washington Post. 583 00:37:55,733 --> 00:37:59,361 Saya dapat maklumat yang Michael Flynn ditemu bual 584 00:37:59,445 --> 00:38:02,948 oleh inspektor jeneral Afghanistan tentang perang. 585 00:38:03,449 --> 00:38:06,452 Ia wajar jadi berita. Kami nak tahu kata-kata Flynn. 586 00:38:06,535 --> 00:38:09,872 Flynn ada reputasi sebagai orang yang berterus terang. 587 00:38:10,372 --> 00:38:12,916 Kami failkan saman di mahkamah persekutuan. 588 00:38:13,000 --> 00:38:17,046 Setelah lama menunggu, akhirnya kami dapat baca temu bual itu. 589 00:38:18,630 --> 00:38:22,009 Setiap aktiviti yang boleh diukur gagal. 590 00:38:24,053 --> 00:38:27,222 Adakah Afghanistan lebih baik sekarang? 591 00:38:29,683 --> 00:38:32,561 Taliban telah menawan semula Marjah, 592 00:38:32,644 --> 00:38:34,646 akan tawan semula Lashkar Gah. 593 00:38:35,147 --> 00:38:38,400 Dia memberi kritikan hebat tentang situasi itu 594 00:38:38,484 --> 00:38:40,402 dan berkata pemimpin perang 595 00:38:40,486 --> 00:38:42,780 tak realistik tentang keadaan sebenar. 596 00:38:42,863 --> 00:38:47,451 Ini dari tahun 2002 hingga hari ini. 597 00:38:49,119 --> 00:38:51,705 Semua orang buat dengan baik. 598 00:38:52,206 --> 00:38:53,040 Yakah? 599 00:38:53,540 --> 00:38:57,544 Kalau betul, kenapa kita rasa macam kita kalah? 600 00:38:58,504 --> 00:39:00,255 Kata-katanya bercanggah 601 00:39:00,756 --> 00:39:03,467 dengan dakwaan rasmi AS selama ini. 602 00:39:05,594 --> 00:39:10,432 Setiap tahun, rakyat Amerika diberitahu 603 00:39:10,516 --> 00:39:12,559 yang keadaan berjalan lancar. 604 00:39:13,519 --> 00:39:16,271 Adakah AS akan menang di Afghanistan? 605 00:39:16,355 --> 00:39:19,566 Sejak tahun lepas, kita ada banyak kemajuan. 606 00:39:19,650 --> 00:39:22,653 Kita berjaya dalam misi ini. 607 00:39:22,736 --> 00:39:23,987 SETIAUSAHA PERTAHANAN 608 00:39:24,071 --> 00:39:26,323 Kita di landasan yang betul untuk capai matlamat. 609 00:39:27,366 --> 00:39:33,038 Walaupun mereka tahu ada banyak masalah besar 610 00:39:33,122 --> 00:39:35,207 yang akan menghalang kemenangan AS. 611 00:39:35,958 --> 00:39:40,003 Kami dapat tahu inspektor jeneral menemu bual ratusan orang lain 612 00:39:40,087 --> 00:39:42,464 untuk program bertajuk "Pengajaran" itu. 613 00:39:44,425 --> 00:39:46,593 Kami berlawan selama tiga tahun 614 00:39:46,677 --> 00:39:48,762 dengan inspektor jeneral itu. 615 00:39:48,846 --> 00:39:53,517 Tapi akhirnya kami dapat nota daripada lebih 400 temu bual, 616 00:39:53,600 --> 00:39:55,769 banyak transkrip rakaman audio 617 00:39:55,853 --> 00:39:58,981 dengan orang yang terlibat dalam peperangan. 618 00:40:01,733 --> 00:40:04,695 AS tak serang negara miskin untuk jadikannya kaya 619 00:40:04,778 --> 00:40:07,698 atau serang negara kuku besi untuk jadikannya demokratik. 620 00:40:07,781 --> 00:40:10,284 AS serang negara kejam untuk bawa keamanan. 621 00:40:10,367 --> 00:40:13,203 Ternyata AS gagal di Afghanistan. 622 00:40:15,164 --> 00:40:17,124 TAJUK: PENSTABILAN DI AFGHANISTAN 623 00:40:17,207 --> 00:40:20,043 Ada jeneral dari Britain, Jeneral David Richards. 624 00:40:20,127 --> 00:40:21,628 Dia komander NATO 625 00:40:21,712 --> 00:40:26,925 bagi angkatan NATO AS di Afghanistan pada 2006, 2007. 626 00:40:27,009 --> 00:40:30,012 Temu bualnya menyebut, "Kami tiada strategi. 627 00:40:30,095 --> 00:40:31,763 Tiada strategi yang betul. 628 00:40:31,847 --> 00:40:34,641 Kami ada banyak taktik. Kami tak ada strategi. 629 00:40:34,725 --> 00:40:37,060 Komander perang kata tiada strategi. 630 00:40:37,811 --> 00:40:39,605 Jeneral yang menggantikannya, 631 00:40:39,688 --> 00:40:42,441 Jeneral Dan McNeill, Tentera AS, jeneral empat bintang. 632 00:40:43,442 --> 00:40:45,152 "Kami tiada strategi. 633 00:40:46,111 --> 00:40:50,365 Saya cuba suruh orang beritahu saya takrif menang sebelum saya pergi." 634 00:40:50,449 --> 00:40:52,951 Jadi, dia tanya Rumah Putih atau NATO. 635 00:40:53,035 --> 00:40:54,453 Tiada orang boleh jawab. 636 00:40:55,204 --> 00:40:58,415 AS tak ada strategi atau takrif kemenangan. 637 00:40:58,499 --> 00:41:00,876 Mereka jeneral yang pimpin peperangan. 638 00:41:00,959 --> 00:41:04,296 Komen mereka mengejutkan. 639 00:41:04,379 --> 00:41:09,301 Itu bukan yang orang Amerika dengar setiap tahun. 640 00:41:09,384 --> 00:41:10,552 Tapi sebaliknya. 641 00:41:11,136 --> 00:41:13,764 Ini Chris Kolenda. Dia cakap tentang korupsi. 642 00:41:13,847 --> 00:41:16,016 Dia kata, "Menjelang 2006, 643 00:41:16,099 --> 00:41:20,270 kerajaan Afghanistan telah mengamalkan kleptokrasi." 644 00:41:20,354 --> 00:41:23,565 Kolenda kata, "Saya nak gunakan analogi kanser." 645 00:41:24,191 --> 00:41:26,318 Korupsi kecil macam kanser kulit. 646 00:41:26,401 --> 00:41:29,530 Ada cara untuk ubatinya dan pesakit mudah pulih. 647 00:41:30,614 --> 00:41:34,660 Korupsi di peringkat tinggi kementerian sama seperti kanser kolon. 648 00:41:34,743 --> 00:41:38,497 Lebih teruk tapi jika cepat dikesan, mungkin selamat. 649 00:41:38,997 --> 00:41:42,668 Tapi kleptokrasi umpama kanser otak. Ia membawa maut." 650 00:41:42,751 --> 00:41:45,837 Dia kata pada tahun 2006, kleptokrasi wujud. 651 00:41:45,921 --> 00:41:48,632 Ia kes kanser otak yang membawa maut. 652 00:41:51,260 --> 00:41:54,096 Strategi keluar Amerika dari Afghanistan 653 00:41:54,179 --> 00:41:58,225 berdasarkan pada perkembangan tentera Afghanistan. 654 00:41:58,725 --> 00:42:00,352 Semua ini kedengaran bagus. 655 00:42:00,435 --> 00:42:03,730 Bantu mereka bina tentera seperti tentera kita 656 00:42:03,814 --> 00:42:05,357 kerana itu yang kita tahu. 657 00:42:05,857 --> 00:42:09,903 Masalahnya, ia tak berhasil di Afghanistan. 658 00:42:15,284 --> 00:42:18,662 Tahap celik huruf penduduk Afghanistan yang rendah 659 00:42:18,745 --> 00:42:23,542 bererti kami melatih rekrut 660 00:42:24,042 --> 00:42:29,673 supaya mampu membaca dan mengira pada tahap gred pertama. 661 00:42:29,756 --> 00:42:31,508 Kemahiran yang terlalu asas. 662 00:42:32,009 --> 00:42:33,844 Jadi, kami cuba melatih tentera 663 00:42:33,927 --> 00:42:37,973 supaya tahap celik huruf mereka berada pada tahap minimum, 664 00:42:38,056 --> 00:42:40,350 sementara terus melatih mereka 665 00:42:40,434 --> 00:42:43,979 untuk memimpin operasi pertempuran. 666 00:42:46,940 --> 00:42:49,693 Mereka hisap ganja semasa bertempur. 667 00:42:49,776 --> 00:42:51,653 Mereka tak pakai peralatan perlindungan. 668 00:42:51,737 --> 00:42:53,739 Mereka selalu melakukan jenayah. 669 00:42:53,822 --> 00:42:57,451 Mereka jual bahan api, senjata dan kenderaan yang dibekalkan. 670 00:43:00,370 --> 00:43:02,414 Saya ikut mereka ke pusat pemeriksaan. 671 00:43:02,497 --> 00:43:05,334 Pengawalnya khayal hingga tak boleh berdiri. 672 00:43:05,417 --> 00:43:06,460 Tersengguk-sengguk. 673 00:43:08,712 --> 00:43:10,255 Ada satu kebiasaan, 674 00:43:10,339 --> 00:43:12,966 terutamanya di selatan dan timur negara, 675 00:43:13,050 --> 00:43:16,345 untuk tentera Afghanistan, terutamanya polis Afghanistan, 676 00:43:16,428 --> 00:43:19,139 iaitu mereka ada budak teh. 677 00:43:23,727 --> 00:43:26,188 Apabila Marin AS datang bermesyuarat di pangkalan, 678 00:43:26,271 --> 00:43:28,815 budak-budak itu akan menjamu teh. 679 00:43:29,274 --> 00:43:33,111 Budak-budak itu berumur 11, 12, 13 tahun. 680 00:43:33,195 --> 00:43:35,238 Selalunya sangat comel. 681 00:43:35,322 --> 00:43:40,410 Semua orang tahu mereka bukan saja budak suruhan pada waktu siang, 682 00:43:40,494 --> 00:43:42,454 tapi hamba seks pada waktu malam. 683 00:43:44,247 --> 00:43:48,210 Mereka diculik oleh polis tempatan atau polis negara 684 00:43:48,293 --> 00:43:50,087 khusus untuk tujuan itu. 685 00:43:53,507 --> 00:43:57,052 Semasa itu, Taliban dianggap orang jahat, 686 00:43:57,135 --> 00:43:59,930 manakala polis, tentera dan kerajaan Afghanistan 687 00:44:00,013 --> 00:44:01,890 dianggap baik dan akan menang. 688 00:44:02,849 --> 00:44:05,602 Tapi orang Afghanistan akan kata itu tak benar. 689 00:44:08,772 --> 00:44:11,983 AS belanjakan terlalu banyak wang dengan terlalu cepat, 690 00:44:12,067 --> 00:44:15,487 di negara kecil, tanpa pengawasan. 691 00:44:15,570 --> 00:44:18,281 SIGAR ialah pejabat inspektor jeneral. 692 00:44:18,365 --> 00:44:23,787 Kami memantau cara wang untuk pembinaan semula 693 00:44:23,870 --> 00:44:25,789 di Afghanistan dibelanjakan. 694 00:44:25,872 --> 00:44:29,418 Kami menyiasat penipuan, pembaziran dan salah guna. 695 00:44:29,501 --> 00:44:32,754 Kami berada di sana selama 18 tahun 696 00:44:33,880 --> 00:44:35,799 dan habiskan lebih banyak wang 697 00:44:35,882 --> 00:44:38,301 berbanding Pelan Marshall untuk bina semula Eropah. 698 00:44:40,554 --> 00:44:41,722 Apabila saya tiba, 699 00:44:41,805 --> 00:44:45,267 kebanyakan wang telah dibelanjakan tanpa pengawasan. 700 00:44:46,601 --> 00:44:50,105 Daripada jumlah 140 bilion dolar itu, 701 00:44:50,188 --> 00:44:53,859 80 peratus dibelanjakan untuk keselamatan. 702 00:44:54,443 --> 00:44:57,571 Bayar gaji polis, upah polis, 703 00:44:57,654 --> 00:45:02,743 beli uniform, peluru, senjata, bil hospital. 704 00:45:05,662 --> 00:45:10,125 Ahli politik tempatan, ketua perang tempatan dapat kontrak. 705 00:45:10,667 --> 00:45:14,421 Orang biasa menyedari bahawa broker kuasa 706 00:45:14,504 --> 00:45:17,799 ialah orang yang dibayar oleh kerajaan AS, 707 00:45:17,883 --> 00:45:19,468 dibayar oleh sekutu, 708 00:45:19,551 --> 00:45:21,678 dan mereka yang membuat banyak wang. 709 00:45:24,639 --> 00:45:28,852 Kami jumpa banyak kontrak yang gagal sepenuhnya. 710 00:45:28,935 --> 00:45:30,979 Saya rasa antara yang terbesar 711 00:45:31,062 --> 00:45:35,650 ialah pembelian pesawat sokongan tentera untuk orang Afghanistan. 712 00:45:35,734 --> 00:45:37,527 Ia dipanggil G.222. 713 00:45:37,611 --> 00:45:39,613 Ia pesawat kargo kecil. 714 00:45:40,113 --> 00:45:42,908 Kami habiskan 400 juta dolar untuk membelinya. 715 00:45:42,991 --> 00:45:46,411 AS membelinya dari medan besi buruk di Itali. 716 00:45:46,495 --> 00:45:48,288 Orang Itali tawarkannya. 717 00:45:48,371 --> 00:45:50,415 Ia tak boleh terbang. 718 00:45:51,041 --> 00:45:53,084 DEMONSTRASI G.222 2002 719 00:45:53,168 --> 00:45:54,878 Memang tak ada hasil. 720 00:45:54,961 --> 00:45:58,715 Pada dasarnya, semua pesawat jadi besi buruk. 721 00:45:59,966 --> 00:46:06,097 Satu lagi contoh ialah MilCon iaitu pembinaan ketenteraan 722 00:46:06,181 --> 00:46:08,475 yang bergelar "64K". 723 00:46:09,476 --> 00:46:12,145 Bangunan seluas 64,000 kaki persegi. 724 00:46:12,229 --> 00:46:16,316 Bangunan ibu pejabat yang dibina di Camp Leatherneck. 725 00:46:16,399 --> 00:46:21,238 Jeneral Kor Marin yang uruskan penghantaran tentera di selatan 726 00:46:21,321 --> 00:46:24,658 beritahu tentera, "Saya tak mahu gunakannya. 727 00:46:24,741 --> 00:46:27,536 Saya takkan berada di sini apabila ia siap. Jangan bina." 728 00:46:27,619 --> 00:46:29,037 Tapi tentera tetap bina. 729 00:46:29,120 --> 00:46:32,916 Saya percaya itu bencana bernilai 36 juta dolar. 730 00:46:32,999 --> 00:46:35,001 - Tak pernah digunakan? - Betul. 731 00:46:37,587 --> 00:46:41,216 Ada usaha untuk melabur dalam industri kashmir Afghanistan. 732 00:46:42,551 --> 00:46:43,969 - Ya. - Apa ceritanya? 733 00:46:45,262 --> 00:46:49,558 Mereka dapat idea untuk import 734 00:46:49,641 --> 00:46:54,479 kambing putih Itali yang jarang ditemui 735 00:46:54,563 --> 00:46:58,567 untuk membiak dengan kambing tempatan 736 00:46:58,650 --> 00:47:02,070 dan buat kambing gembira. 737 00:47:02,571 --> 00:47:04,990 Untuk memajukan industri kashmir. 738 00:47:05,073 --> 00:47:06,992 Mereka mahukan hasil pantas. 739 00:47:07,075 --> 00:47:09,286 Orang yang diupah untuk uruskannya, 740 00:47:09,369 --> 00:47:12,747 yang tahu tentang pembiakan kambing 741 00:47:12,831 --> 00:47:14,124 dan industri kashmir, 742 00:47:14,207 --> 00:47:16,501 geram lalu berhenti kerana dia kata 743 00:47:16,585 --> 00:47:19,254 dia perlukan sepuluh tahun, bukan setahun dua. 744 00:47:19,337 --> 00:47:20,463 Setahu kami, 745 00:47:20,547 --> 00:47:23,383 banyak kambing perlu dihapuskan kerana penyakit. 746 00:47:23,466 --> 00:47:29,890 Mungkin faktor jagaan atau persekitaran yang tak sesuai. 747 00:47:29,973 --> 00:47:30,974 Ada yang dimakan. 748 00:47:31,057 --> 00:47:34,853 Setahun selepas itu, kami dah tak jumpa kambing. 749 00:47:38,732 --> 00:47:41,443 Kami, sebagai tentera Amerika Syarikat, 750 00:47:41,526 --> 00:47:46,823 memutuskan untuk beri uniform penyamaran kepada tentera Afghanistan. 751 00:47:48,909 --> 00:47:52,913 Kami benarkan jeneral yang mengetuai tentera Afghanistan 752 00:47:52,996 --> 00:47:56,625 untuk memilih rekaan uniform penyamaran itu. 753 00:47:57,125 --> 00:48:01,546 Dia suka rekaan yang dipanggil hijau hutan. 754 00:48:03,131 --> 00:48:07,552 Masalahnya, hutan Afghanistan tak sampai empat peratus. 755 00:48:08,136 --> 00:48:10,555 Kedua, dia memilih rekaan daripada buku 756 00:48:10,639 --> 00:48:14,142 yang tentera Amerika tak miliki coraknya. 757 00:48:14,225 --> 00:48:17,479 AS perlu bayar lebih kepada orang lain untuk corak itu. 758 00:48:18,229 --> 00:48:20,440 Jadi, AS beli dan bayar 759 00:48:20,523 --> 00:48:24,152 saya rasa 30, 40 peratus lebih daripada harga biasa. 760 00:48:24,235 --> 00:48:28,740 AS belikan uniform yang salah dengan harga lebih mahal. 761 00:48:30,742 --> 00:48:34,829 Saya sering ditanya, "Berapa banyak wang yang kita bazirkan?" 762 00:48:35,330 --> 00:48:38,750 Sekumpulan individu meneliti hal ini dan tanya, 763 00:48:38,833 --> 00:48:43,004 "Adakah ini pembaziran, penipuan atau kebodohan semata-mata?" 764 00:48:44,130 --> 00:48:49,302 Kami cuma teliti 70 bilion atau 60 bilion. 765 00:48:49,803 --> 00:48:56,059 Daripada jumlah itu, 30 peratus 766 00:48:56,142 --> 00:49:00,480 didapati telah lesap akibat penipuan, pembaziran dan penyalahgunaan. 767 00:49:03,900 --> 00:49:06,111 PRESIDEN AFGHANISTAN, 2001-2014 768 00:49:06,194 --> 00:49:09,823 Karzai ialah presiden negara selama 13 tahun. 769 00:49:09,906 --> 00:49:11,032 Itu masa yang lama. 770 00:49:11,950 --> 00:49:13,034 Terlalu lama. 771 00:49:13,118 --> 00:49:19,040 Pada mulanya, Karzai ialah ketua tempatan dari Kandahar yang lemah lembut dan sopan. 772 00:49:19,541 --> 00:49:25,005 Apabila dia berhenti 13 tahun kemudian, dia telah jadi pemimpin yang sangat kuat, 773 00:49:25,088 --> 00:49:27,465 sangat angkuh, 774 00:49:27,549 --> 00:49:32,178 dan mengetuai syarikat jenayah yang sangat korup 775 00:49:32,262 --> 00:49:35,682 iaitu kerajaan Afghanistan. 776 00:49:39,102 --> 00:49:40,812 Pihak AS ada nama untuknya. 777 00:49:40,895 --> 00:49:43,690 Tentera ada akronim untuk segalanya. 778 00:49:44,566 --> 00:49:47,694 Akronim untuk kerajaan Afghanistan ialah VICE. 779 00:49:47,777 --> 00:49:53,033 Maksudnya, "Syarikat Jenayah Integrasi Menegak." 780 00:49:54,617 --> 00:49:58,788 Karzai bukan sahaja korup seperti yang lain, 781 00:49:58,872 --> 00:50:01,750 malah dia membiarkan ia berleluasa. 782 00:50:01,833 --> 00:50:05,378 Pihak Amerika tersilap kerana percaya 783 00:50:05,462 --> 00:50:08,548 dia amat diperlukan dan kami perlu jaga hatinya, 784 00:50:08,631 --> 00:50:12,886 mesti ikut cakapnya, penuhi kehendaknya. 785 00:50:13,386 --> 00:50:17,599 Kami mencipta raksasa jahat yang menganiaya rakyat Afghanistan, 786 00:50:17,682 --> 00:50:20,602 membuatkan mereka menyokong Taliban. 787 00:50:21,102 --> 00:50:24,064 AS BERPERANAN BESAR DALAM KORUPSI AFGHANISTAN 788 00:50:24,647 --> 00:50:26,691 Bantuan dan kontrak pemberian AS 789 00:50:26,775 --> 00:50:31,112 memperkasa pemangsa terbesar dalam masyarakat Afghanistan. 790 00:50:31,196 --> 00:50:35,742 Pemangsa yang bertanggungjawab memusnahkan undang-undang, 791 00:50:35,825 --> 00:50:39,329 ketenteraman dan keselamatan, yang membawa kepada kebangkitan Taliban. 792 00:50:40,580 --> 00:50:43,875 JUN 2010 793 00:50:45,085 --> 00:50:47,212 BEKAS PARAMEDIK TENTERA AS, WARTAWAN 794 00:50:47,295 --> 00:50:50,924 Briged saya dipilih untuk RC Selatan, Kandahar. 795 00:50:54,094 --> 00:50:57,180 Semakin dekat, semakin menakutkan. 796 00:50:57,263 --> 00:50:58,640 WILAYAH KANDAHAR 797 00:51:01,184 --> 00:51:04,437 Kami jumpa orang yang baru tinggalkan kawasan itu. 798 00:51:04,521 --> 00:51:08,858 Saya berbual dengan salah seorang. Dia kurus kering. 799 00:51:08,942 --> 00:51:10,944 Wajahnya benar-benar merah. 800 00:51:11,027 --> 00:51:15,865 Dia kata, "Orang kamu akan mati di sana. 801 00:51:15,949 --> 00:51:19,869 Ada antara kamu yang akan dibunuh." 802 00:51:19,953 --> 00:51:23,331 Mereka kata, "Kalau kamu nak buat kacau, 803 00:51:23,414 --> 00:51:25,917 kamu boleh buat kacau di sini." 804 00:51:28,128 --> 00:51:32,215 Kami tiba di kota kara kecil di tempat terpencil. 805 00:51:32,298 --> 00:51:35,635 Tempat paling pedalaman yang pernah saya lihat. 806 00:51:35,718 --> 00:51:37,762 Macam dalam buku kanak-kanak. 807 00:51:38,346 --> 00:51:42,600 Rumah lumpur, ladang popi dan tanaman anggur. 808 00:51:48,648 --> 00:51:52,569 Orang yang kami gantikan sudah jadi tak terkawal. 809 00:51:52,652 --> 00:51:56,114 Mereka potong lengan baju, simpan janggut. 810 00:51:56,197 --> 00:51:59,117 Mereka bertindak tanpa pengawasan. 811 00:51:59,200 --> 00:52:01,744 STAF SARJAN CALVIN GIBBS 812 00:52:01,828 --> 00:52:05,248 Jika tuduhan terbukti benar, ini platun dari neraka. 813 00:52:05,748 --> 00:52:09,169 Lima askar Amerika dituduh membunuh orang awam Afghanistan 814 00:52:09,252 --> 00:52:11,087 kerana suka-suka. 815 00:52:11,171 --> 00:52:12,881 Tujuh lagi bersubahat menutup cerita. 816 00:52:12,964 --> 00:52:17,594 Selain itu, mencacatkan mayat, menembak orang awam sesuka hati, 817 00:52:17,677 --> 00:52:21,306 hisap dadah dan membelasah prebet yang mendedahkan rahsia. 818 00:52:22,432 --> 00:52:25,935 Merekalah yang membunuh orang awam, 819 00:52:26,019 --> 00:52:28,104 mencacatkan mayat mereka. 820 00:52:28,188 --> 00:52:29,480 Orang tempatan tahu. 821 00:52:29,564 --> 00:52:32,317 Kemudian ia menjadi berita antarabangsa. 822 00:52:34,068 --> 00:52:38,448 Kami pergi ke tempat yang penduduknya benci orang Amerika. 823 00:52:39,449 --> 00:52:43,578 Sebenarnya, misi kami tak pernah dijelaskan kepada kami. 824 00:52:52,795 --> 00:52:55,715 Beberapa bulan selepas tiba, kami pergi ke kampung 825 00:52:55,798 --> 00:53:00,261 yang dikatakan merupakan tempat gerakan Taliban bermula. 826 00:53:04,724 --> 00:53:05,850 Dalam perjalanan pulang, 827 00:53:05,934 --> 00:53:09,604 pengebom berani mati mendekati kami dan letupkan diri. 828 00:53:13,650 --> 00:53:17,237 Dia berpakaian seperti petani tempatan biasa 829 00:53:17,320 --> 00:53:20,073 dengan jubah sambil membawa kayu 830 00:53:20,156 --> 00:53:23,993 dan dia membunuh bahagian tengah formasi kami. 831 00:53:26,454 --> 00:53:28,831 Kejutan itu menyedarkan kami semua. 832 00:53:28,915 --> 00:53:31,417 Ketika itu kami sedar kenyataan sebenar. 833 00:53:32,835 --> 00:53:37,173 Dia bunuh lima orang. Tiga askar Amerika, dua askar Afghanistan. 834 00:53:38,883 --> 00:53:43,513 Ia mengubah seluruh pendekatan kami sebagai askar di Afghanistan, 835 00:53:43,596 --> 00:53:46,557 mengubah hubungan kami dengan penduduk tempatan, 836 00:53:46,641 --> 00:53:51,062 dan ia juga menghapuskan idea idealistik kami 837 00:53:51,145 --> 00:53:55,400 tentang pencapaian misi kami. 838 00:53:59,404 --> 00:54:02,282 Sejak itu, jika orang awam ikut kami, 839 00:54:02,365 --> 00:54:05,285 walaupun mereka kata hai, kami acukan senapang. 840 00:54:09,247 --> 00:54:11,249 Memanglah rakyat tak suka kami. 841 00:54:20,049 --> 00:54:25,096 Saya diajar sebagai remaja yang AS negara terbaik di dunia. 842 00:54:25,179 --> 00:54:26,973 Orang serang AS 843 00:54:27,056 --> 00:54:30,768 kerana cemburu dan benci kebebasan AS. 844 00:54:32,729 --> 00:54:35,898 Saya bertugas sebagai pegawai pada tahun 2011. 845 00:54:39,610 --> 00:54:41,654 Semasa ditugaskan di Afghanistan, 846 00:54:41,738 --> 00:54:45,116 saya percaya kami berada di sana untuk bantu rakyatnya. 847 00:54:47,410 --> 00:54:51,080 Tapi kita tak boleh ambil institusi yang direka untuk keganasan 848 00:54:51,164 --> 00:54:54,208 dan gunakannya untuk bina komuniti yang sihat dan selamat. 849 00:54:58,296 --> 00:55:01,966 Saya pernah nampak komander kompeni infantri menangis. 850 00:55:02,050 --> 00:55:04,010 Itu jarang berlaku dalam tentera. 851 00:55:04,510 --> 00:55:06,471 Dia diberi misi 852 00:55:07,472 --> 00:55:11,225 untuk berbaik-baik dengan orang di kawasan itu. 853 00:55:11,309 --> 00:55:12,226 Dia lakukannya. 854 00:55:12,310 --> 00:55:17,398 Dia dapatkan kepercayaan mereka dan alami pengalaman luar biasa. 855 00:55:17,899 --> 00:55:22,320 Kemudian dia diarahkan untuk musnahkan semua yang mereka bina. 856 00:55:26,407 --> 00:55:32,205 Dia menangis di pejabatnya kerana dia tahu 857 00:55:33,122 --> 00:55:36,709 ia pengkhianatan besar terhadap rakyat Afghanistan 858 00:55:36,793 --> 00:55:40,004 yang kami sepatutnya bantu. 859 00:55:40,880 --> 00:55:44,801 Boleh awak beritahu dia, saya tak nak kanak-kanak takut? 860 00:55:44,884 --> 00:55:47,428 Awak faham? Beritahu mereka rancangan kita. 861 00:55:48,638 --> 00:55:51,557 Semasa mula-mula tiba, mungkin kami ada peluang. 862 00:55:51,641 --> 00:55:55,019 Tapi pada penghujungnya, mereka dah tak suka kami. 863 00:55:56,604 --> 00:56:00,274 Mereka dah sedar AS tak kisah tentang Afghanistan. 864 00:56:02,527 --> 00:56:04,278 Sebab itulah ada ungkapan 865 00:56:04,362 --> 00:56:08,074 yang popular dengan askar generasi selepas 9/11, 866 00:56:08,157 --> 00:56:11,244 "Saya lakukannya demi mereka di kiri kanan saya. 867 00:56:11,744 --> 00:56:13,413 Kami bersaudara." 868 00:56:14,956 --> 00:56:19,752 Jadi, itu tujuan kami. Kami berjuang untuk tak mati. 869 00:56:21,921 --> 00:56:24,382 Dalam insiden pengebom berani mati itu, 870 00:56:24,465 --> 00:56:29,178 salah seorang yang terbunuh ialah askar termuda dalam platun kami. 871 00:56:32,473 --> 00:56:36,894 Sebagai paramedik, 30 minit sebelum itu, semasa kami ditembak, 872 00:56:36,978 --> 00:56:40,815 seorang askar kata, "Doktor, saya tak nak mati." 873 00:56:41,482 --> 00:56:44,777 Dia budak yang sangat berani tapi dia kata, 874 00:56:44,861 --> 00:56:47,905 "Dengar cakap saya. Saya tak mahu mati." 875 00:56:48,406 --> 00:56:52,368 Tiga puluh minit kemudian, apabila saya jumpa mayatnya, 876 00:56:52,452 --> 00:56:57,582 saya rasa seolah-olah dia kata, "Jangan biar saya mati." 877 00:57:02,253 --> 00:57:05,339 Tanpa sebarang naratif jelas 878 00:57:05,423 --> 00:57:07,133 tentang peperangan ini, 879 00:57:07,216 --> 00:57:10,136 mudah untuk askar rasa bertanggungjawab 880 00:57:10,219 --> 00:57:12,138 atas perkara yang bukan salah mereka. 881 00:57:12,221 --> 00:57:17,393 Mereka lihat perang itu menerusi pengalaman peribadi yang menakutkan. 882 00:57:17,477 --> 00:57:19,437 Ia menjadi perang saya. 883 00:57:23,274 --> 00:57:25,735 Dalam perang saya, saya orang jahat. 884 00:57:29,363 --> 00:57:33,284 Naratif yang otak saya akhirnya terima 885 00:57:33,367 --> 00:57:39,290 ialah kisah paramedik yang tak selamatkan kawannya. 886 00:57:43,377 --> 00:57:45,671 Sarjan platun kami menghimpunkan platun dan kata, 887 00:57:45,755 --> 00:57:49,759 "Kamu akan lalui bahagian yang paling sukar, iaitu pulang." 888 00:57:52,094 --> 00:57:54,305 Kami tak faham. 889 00:57:54,805 --> 00:57:56,891 Kami kata, "Apa maksudnya? 890 00:57:56,974 --> 00:57:59,185 Bahagian paling sukar dah berakhir." 891 00:57:59,268 --> 00:58:03,773 Tapi dia kata, "Bahagian paling sukar belum muncul…" 892 00:58:04,524 --> 00:58:05,358 Tuhanku. 893 00:58:07,527 --> 00:58:09,153 "Pulang yang paling sukar." 894 00:58:09,237 --> 00:58:12,657 Kami tak faham maksud dia semasa itu. 895 00:58:14,492 --> 00:58:16,577 Dia betul. 896 00:58:17,495 --> 00:58:18,913 Dia betul. 897 00:58:18,996 --> 00:58:22,416 SELAMAT PULANG! IBU DAN AYAH SAYANG AWAK! 898 00:58:24,168 --> 00:58:28,089 Lama-kelamaan, baru saya sedar betapa banyak saya berubah. 899 00:58:29,048 --> 00:58:31,884 Sehingga hari ini… 900 00:58:35,846 --> 00:58:39,934 sebahagian daripada diri saya mati di Afghanistan… 901 00:58:41,769 --> 00:58:43,312 yang takkan kembali. 902 00:58:44,772 --> 00:58:49,652 Saya ingat secara khusus, satu malam di menara pengawal, 903 00:58:49,735 --> 00:58:51,988 saya sedar erti kebebasan Amerika. 904 00:58:52,071 --> 00:58:54,657 Apa maksud "kebebasan" di negara ini? 905 00:58:54,740 --> 00:58:56,909 Kebebasan untuk berpura-pura. 906 00:58:58,160 --> 00:59:00,413 Kita melayan dongeng rekaan sendiri. 907 00:59:00,496 --> 00:59:02,748 Mereka menembak dari sebelah kiri tembok itu! 908 00:59:02,832 --> 00:59:03,666 Saya nampak. 909 00:59:03,749 --> 00:59:06,752 Apabila pergi ke Afghanistan, 910 00:59:06,836 --> 00:59:09,714 semuanya terdedah, seperti tirai yang jatuh. 911 00:59:15,595 --> 00:59:16,429 Tak guna! 912 00:59:23,644 --> 00:59:25,813 Kita akan dibunuh. Ambil senapang itu! 913 00:59:27,315 --> 00:59:28,941 Berundur! Pergi! 914 00:59:30,776 --> 00:59:31,611 Tak guna! 915 00:59:33,362 --> 00:59:35,239 Hei! Tolong saya! 916 00:59:38,326 --> 00:59:40,286 Akhirnya saya dapat buat panggilan hari ini. 917 00:59:41,287 --> 00:59:44,707 Saya sangka dia akan kata, "Saya rindukan awak." 918 00:59:44,790 --> 00:59:46,876 Ayat-ayat seperti itu. 919 00:59:46,959 --> 00:59:48,753 Tak. Saya telefon 920 00:59:49,587 --> 00:59:53,466 dan dia kata, "Ya, semuanya okey. Saya berparti. 921 00:59:53,549 --> 00:59:55,676 Saya seronok di sini." 922 00:59:56,177 --> 00:59:58,179 Dia tak tanya pun keadaan saya. 923 00:59:59,305 --> 01:00:00,806 Ketika itulah saya sedar 924 01:00:00,890 --> 01:00:03,559 orang tak peduli tentang kita di sini. 925 01:00:04,185 --> 01:00:05,019 Seperti… 926 01:00:06,812 --> 01:00:09,565 tiada sesiapa sebut tentang 9/11 lagi, 927 01:00:10,608 --> 01:00:13,319 tapi itulah sebabnya saya berada di sini. 928 01:00:18,616 --> 01:00:21,243 Ini perang paling lama dalam sejarah Amerika. 929 01:00:24,664 --> 01:00:27,208 Tiada sesiapa boleh cari jalan keluar. 930 01:00:35,132 --> 01:00:37,802 Semasa zaman awal peperangan di Afghanistan, 931 01:00:37,885 --> 01:00:41,013 ada peluang untuk menjejaki Osama bin Laden 932 01:00:41,097 --> 01:00:42,515 di kawasan Tora Bora. 933 01:00:43,265 --> 01:00:50,147 Selepas peluang itu terlepas, AS tak lagi dapat peluang yang sebaik itu 934 01:00:50,231 --> 01:00:53,067 untuk tahu lokasinya 935 01:00:53,150 --> 01:00:56,862 dan cara operasi boleh dijalankan untuk bawa dia ke muka pengadilan. 936 01:00:58,906 --> 01:01:03,869 CIA datang ke Rumah Putih sekitar Hari Buruh pada 2010 937 01:01:03,953 --> 01:01:07,415 dan memaklumi presiden bahawa ada lokasi berpotensi. 938 01:01:09,333 --> 01:01:11,544 Semua orang tertanya-tanya. 939 01:01:11,627 --> 01:01:15,005 Mungkinkah itu Osama bin Laden? 940 01:02:18,402 --> 01:02:21,322 Terjemahan sari kata oleh Majdi Omar