1 00:00:06,209 --> 00:00:09,584 SEBUAH SIRI ASLI NETFLIX 2 00:00:17,209 --> 00:00:18,751 Alamak! Aku dah lambat! 3 00:00:18,834 --> 00:00:21,626 Bodoh, Diane! Awak dah sampai di salun. 4 00:00:22,209 --> 00:00:23,251 Yalah. 5 00:00:23,334 --> 00:00:26,584 Saya tahan diri daripada balik rumah apabila mabuk 6 00:00:26,668 --> 00:00:28,584 dan tidur di salun supaya tak lewat. 7 00:00:28,668 --> 00:00:31,126 Saya sangat bertanggungjawab, Tina. 8 00:00:32,876 --> 00:00:34,001 Amaran palsu. 9 00:00:34,084 --> 00:00:36,751 Apa-apa pun, kenapa datang kerja awal sangat? 10 00:00:36,834 --> 00:00:38,334 Saya bersiap untuk InstaGlam. 11 00:00:38,418 --> 00:00:41,418 Saya jadi jurusolek untuk cari pendapatan sampingan. 12 00:00:41,501 --> 00:00:44,959 Pendapatan sampingan? Kenapa awak kerja kuat sangat? 13 00:00:45,043 --> 00:00:48,334 Moto saya ialah, "Kerja sedikit, main banyak." 14 00:00:48,418 --> 00:00:51,126 Awak tahu orang sebaya saya buat banyak kerja? 15 00:00:51,209 --> 00:00:54,709 Saya jurusolek Anugerah Beefy di Muzium Field malam esok. 16 00:00:55,584 --> 00:00:58,084 Ya! Anugerah Beefy! 17 00:00:58,168 --> 00:01:01,001 Anugerah Beefy ialah acara tahunan terbesar! 18 00:01:01,084 --> 00:01:04,168 New York ada Met Gala, Los Angeles ada Oscar 19 00:01:04,251 --> 00:01:06,418 dan Chicago ada Anugerah Beefy. 20 00:01:06,501 --> 00:01:10,126 Ia meraikan dan menghargai kecemerlangan warga Chicago. 21 00:01:10,209 --> 00:01:12,543 Ya, saya tahu. Saya baru beritahu awak. 22 00:01:12,626 --> 00:01:15,418 Tina, bawa saya! Saya sanggup buat apa-apa saja! 23 00:01:15,501 --> 00:01:18,168 Tak boleh. Mereka cuma upah seorang jurusolek. 24 00:01:18,251 --> 00:01:19,334 Kita curi-curi masuk. 25 00:01:20,084 --> 00:01:23,709 Kita baling kondom ke arah pengawal dan terus menyusup masuk. 26 00:01:23,793 --> 00:01:26,918 Diane, tak boleh. Awak tak boleh ikut saya. 27 00:01:27,001 --> 00:01:29,251 Boleh awak buat panggilan video nanti? 28 00:01:29,334 --> 00:01:30,751 Tidak, saya kena kerja. 29 00:01:31,668 --> 00:01:32,876 Mungkin tahun depan. 30 00:01:32,959 --> 00:01:36,251 Okeylah, saya nak bersihkan KTB saya. 31 00:01:36,334 --> 00:01:38,376 Oh, Tuhan. Apa maksud KTB? 32 00:01:38,459 --> 00:01:39,959 Ketiak, tetek dan buntut. 33 00:01:40,043 --> 00:01:42,001 Kita mesti jaga kebersihan, Tina. 34 00:01:43,418 --> 00:01:45,459 Perempuan ini memang luar biasa. 35 00:01:55,418 --> 00:01:57,293 Semuanya tentang gel. 36 00:01:57,376 --> 00:01:59,584 Percayalah, saya berdiri sepanjang syif. 37 00:01:59,668 --> 00:02:01,459 - Mikey dan Daniel! - Ibu! 38 00:02:01,543 --> 00:02:03,334 Dua sepupu melepak! 39 00:02:03,418 --> 00:02:07,043 Saya dan Mikey bercakap tentang lapik dalam kasut. 40 00:02:07,126 --> 00:02:08,626 Sisipan. 41 00:02:08,709 --> 00:02:10,334 Saya nak pergi masak. 42 00:02:11,293 --> 00:02:14,626 Apa kamu buat di Bahagian Utara, sayang? 43 00:02:14,709 --> 00:02:16,293 Ibu, boleh duduk? 44 00:02:16,376 --> 00:02:18,876 Ada hal penting saya nak tanya. 45 00:02:18,959 --> 00:02:21,501 Ya, Camaro itu milik kamu selepas ibu mati. 46 00:02:21,584 --> 00:02:24,626 Bukan, ibu. Saya jumpa seseorang dan jatuh cinta. 47 00:02:24,709 --> 00:02:28,459 Mikey, dia gadis Ukraine yang kamu kenal di bilik sembang? 48 00:02:28,543 --> 00:02:31,084 Kamu dah kirim kad hadiah iTunes untuk dia? 49 00:02:31,168 --> 00:02:32,001 Tidak, ibu. 50 00:02:32,084 --> 00:02:34,918 Saya dan @hothumanwoman420 dah berpisah. 51 00:02:35,001 --> 00:02:37,043 Nama gadis baru ini Gabriella. 52 00:02:37,126 --> 00:02:41,001 Dia kerja di Go-Go White Sox Grill di medan selera Terminal Satu. 53 00:02:41,084 --> 00:02:43,751 Mikey, cantiknya dia! 54 00:02:43,834 --> 00:02:47,043 Apa? Hot dog tengah hari istimewa cuma 4.99 dolar? 55 00:02:47,126 --> 00:02:47,959 Ya, ibu. 56 00:02:48,043 --> 00:02:51,209 Dia beri saya cili api lebih tanpa perlu diminta. 57 00:02:51,293 --> 00:02:53,543 Okey, gadis ini memang baik. 58 00:02:53,626 --> 00:02:54,543 Saya tahu, ibu. 59 00:02:54,626 --> 00:02:58,001 Malam esok, saya nak masak hidangan tradisional Mexico, mole, 60 00:02:58,084 --> 00:02:59,334 untuk dia dan orang tuanya. 61 00:02:59,418 --> 00:03:01,084 Cara sebutan awak salah. 62 00:03:03,584 --> 00:03:06,376 Tak mengapa, lupakan saja. Saya nak pergi kerja. 63 00:03:07,959 --> 00:03:11,751 Saya nak ambil hati ibu bapa dia. Ibu dia agak memilih. 64 00:03:11,834 --> 00:03:14,043 Kalau boleh, saya nak ibu datang. 65 00:03:14,126 --> 00:03:16,126 Ibu pasti akan datang. 66 00:03:16,209 --> 00:03:19,126 Kalau perlukan apa-apa pertolongan, beritahu ibu. 67 00:03:19,209 --> 00:03:20,043 Terima kasih. 68 00:03:20,126 --> 00:03:25,168 Boleh saya pinjam periuk, kuali, pinggan, sudu dan garpu? 69 00:03:25,251 --> 00:03:27,168 Oh, ibu ada mentol lampu? 70 00:03:29,918 --> 00:03:33,084 Secawan kebaikan kubis daun untuk Zale? 71 00:03:33,168 --> 00:03:36,251 - Saya Zale. - Hei, tunggu. Nama saya pun Zale. 72 00:03:36,334 --> 00:03:38,834 Ia pesanan Zale lelaki atau Zale perempuan? 73 00:03:38,918 --> 00:03:41,459 Daniel, jantina bersifat gagasan. 74 00:03:41,543 --> 00:03:44,626 Awak tak boleh tanya soalan itu. 75 00:03:46,043 --> 00:03:47,043 Lelaki itu. 76 00:03:50,126 --> 00:03:50,959 Hai, sayang! 77 00:03:51,043 --> 00:03:53,001 - Ibu. - Kamu nampak profesional. 78 00:03:53,084 --> 00:03:56,126 Sayang, berdiri tegak. Kamu bongkok macam ayah kamu. 79 00:03:56,209 --> 00:03:57,709 Kamu mesti buat regangan. 80 00:03:57,793 --> 00:04:00,168 Kamu datang semata-mata nak kutuk saya? 81 00:04:00,251 --> 00:04:04,084 Tak, kami nak hantar tuksedo untuk Anugerah Beefy esok. 82 00:04:04,168 --> 00:04:06,501 Mereka cuma golongan yang suka menilai 83 00:04:06,584 --> 00:04:09,334 dan jaga tepi kain orang. Saya tak nak pergi. 84 00:04:09,418 --> 00:04:13,293 Kaki-kaki penyibuk itu lantik firma ayah untuk buat keputusan. 85 00:04:13,376 --> 00:04:14,834 Kami sangat bangga. 86 00:04:14,918 --> 00:04:16,918 Kenapa tak ajak Mak Cik Diane? 87 00:04:17,001 --> 00:04:19,918 - Ya, dia pasti teruja. - Kamu dah gila? 88 00:04:20,001 --> 00:04:22,918 Jurugambar majalah Northshore akan hadir 89 00:04:23,001 --> 00:04:28,001 dan ibu tak nak dia tayang puting dalam gambar keluarga kita lagi. 90 00:04:28,084 --> 00:04:31,084 Ini malam penting untuk keluarga kita dan kamu wajib pergi. 91 00:04:31,168 --> 00:04:33,584 Okey, tapi saya tak nak pakai setagen. 92 00:04:34,834 --> 00:04:36,459 Apa itu serbuk bit? 93 00:04:41,334 --> 00:04:44,001 Mungkin kita patut pergi sekarang. 94 00:04:49,834 --> 00:04:52,793 Sejujurnya Joe, ekor kuda awak nampak hebat. 95 00:04:52,876 --> 00:04:53,793 Terima kasih. 96 00:04:53,876 --> 00:04:55,876 Tiga tahun saya tak potong rambut, 97 00:04:55,959 --> 00:04:58,959 tapi bekas isteri saya suka lelaki berambut panjang. 98 00:04:59,043 --> 00:05:00,834 Saya nak pikat dia malam ini. 99 00:05:01,584 --> 00:05:03,959 Hei, Diane. Saya tahu ini mengejut, 100 00:05:04,043 --> 00:05:07,001 tapi saya baru bercakap dengan kru Anugerah Beefy 101 00:05:07,084 --> 00:05:09,084 dan saya perlu pembantu malam ini. 102 00:05:09,168 --> 00:05:12,376 - Awak masih nak ikut? - Sial! Saya ada hal malam ini! 103 00:05:12,459 --> 00:05:14,918 Saya nak makan malam di rumah Mikey. 104 00:05:15,001 --> 00:05:18,376 Sayangnya. Mereka baru tukar nombor penutup. 105 00:05:18,459 --> 00:05:20,834 Sekarang, pasukan veteran Chicago Bears 106 00:05:20,918 --> 00:05:23,084 akan menyanyi dan menari macam dulu. 107 00:05:23,168 --> 00:05:27,959 Tunggu dulu. Maksud awak, anggota Chicago Bears tahun 1985 108 00:05:28,043 --> 00:05:31,334 akan mempersembahkan The Shuffle di Anugerah Beefy? 109 00:05:31,418 --> 00:05:33,001 Tina, saya nak ikut! 110 00:05:33,501 --> 00:05:35,709 Awak potong ekor kuda saya? 111 00:05:36,918 --> 00:05:37,959 Ya. 112 00:05:38,043 --> 00:05:40,793 Saya akan beri cop lebih dalam kad setia awak. 113 00:05:43,293 --> 00:05:47,126 Jangan risau, nak. Kamu akan berseronok malam ini. 114 00:05:47,209 --> 00:05:50,043 Bears akan nyanyi The Shuffle buat kali terakhir. 115 00:05:50,126 --> 00:05:55,376 Sama macam Beatles bertemu semula dan memenangi Super Bowl! 116 00:05:57,459 --> 00:05:59,584 Kolong Michael Jordan. 117 00:05:59,668 --> 00:06:02,834 Khas untuk majlis paling istimewa. 118 00:06:05,459 --> 00:06:07,334 Macam mana dengan makan malam Mikey? 119 00:06:07,418 --> 00:06:10,959 Mak cik takkan terlepas. Ia dinamakan lompat parti. 120 00:06:11,043 --> 00:06:12,168 Ini caranya. 121 00:06:12,251 --> 00:06:16,626 Kita tiba di Beefy tepat pada masanya dan berjalan di karpet merah. 122 00:06:16,709 --> 00:06:21,126 Bergambar untuk tiga majalah utama. Tribune, Sun-Times, Berita Harian Polish. 123 00:06:21,209 --> 00:06:23,501 Minum champagne, makan udang karang, 124 00:06:23,584 --> 00:06:26,251 beramah mesra, beromen, 125 00:06:26,334 --> 00:06:27,876 makan udang karang lagi. 126 00:06:27,959 --> 00:06:30,918 Kemudian, kita duduk dan persembahan pun bermula. 127 00:06:31,001 --> 00:06:32,418 Penyampaian anugerah. 128 00:06:32,501 --> 00:06:35,668 Seterusnya, masa untuk The Shuffle! 129 00:06:35,751 --> 00:06:39,084 Kemudian, mak cik beredar untuk jumpa kekasih baru Mikey. 130 00:06:39,168 --> 00:06:41,793 Nampak, Daniel? Mak cik dah rancang semuanya. 131 00:06:41,876 --> 00:06:46,001 - Kita dah lewat 20 minit. - Sial. Kenapa kamu biar mak cik meraban? 132 00:06:48,626 --> 00:06:50,501 ANUGERAH BEEFY 133 00:06:52,668 --> 00:06:57,084 Ini pemandangan paling indah yang mak cik pernah saksikan. 134 00:06:58,084 --> 00:07:00,501 Karpet itu kuning kerana kita benci sos tomato. 135 00:07:00,584 --> 00:07:03,584 Pegawai kaji cuaca WGN, Tom Skilling, itu sandwic apa? 136 00:07:03,668 --> 00:07:04,709 Sandwic Portillo! 137 00:07:04,793 --> 00:07:06,334 Scottie, itu sandwic apa? 138 00:07:06,418 --> 00:07:08,501 Al's Beef dengan cecahan berganda. 139 00:07:09,626 --> 00:07:10,918 MJ datang? 140 00:07:12,584 --> 00:07:15,293 Diane! 141 00:07:15,376 --> 00:07:17,584 Seorang demi seorang, okey? 142 00:07:17,668 --> 00:07:21,751 Diane, saya tak upah awak untuk berpura-pura jadi selebriti. 143 00:07:21,834 --> 00:07:23,668 Tolong uruskan rosasea. 144 00:07:23,751 --> 00:07:25,043 Sekejap, Tin. 145 00:07:25,126 --> 00:07:28,293 Saya beri binatang-binatang yang kelaparan ini makan. 146 00:07:28,376 --> 00:07:30,876 Puan, tolonglah. Steve Wilkos dah sampai. 147 00:07:30,959 --> 00:07:32,584 Pergilah! 148 00:07:32,668 --> 00:07:34,501 ANUGERAH TAHUNAN BEEFY KE-37 149 00:07:35,084 --> 00:07:38,584 Awak pasti bangga terpilih untuk jaga Beg Daging Emas itu, Mark. 150 00:07:38,668 --> 00:07:43,459 Pemenang Anugerah Warga Chicago Terbaik tersimpan rapi di dalam beg ini. 151 00:07:43,543 --> 00:07:45,418 Macam dalam Deal or No Deal. 152 00:07:46,626 --> 00:07:47,751 Kelakarnya, Mark. 153 00:07:48,918 --> 00:07:51,334 Keluarga kamu pelik dan menawan. 154 00:07:51,418 --> 00:07:53,001 Terima kasih. 155 00:07:53,084 --> 00:07:55,043 Daniel, tarik setagen kamu. 156 00:07:56,001 --> 00:07:57,501 Di mana jurugambar? 157 00:07:57,584 --> 00:08:00,418 Saya nak rakam detik yang sempurna ini. 158 00:08:02,793 --> 00:08:06,459 Jangan habiskan popia mini itu, si gemuk. 159 00:08:08,334 --> 00:08:09,501 Hei, Diane datang. 160 00:08:09,584 --> 00:08:11,043 Oh, Tuhan. 161 00:08:11,126 --> 00:08:13,126 Bon! Tengoklah kita berdua. 162 00:08:13,209 --> 00:08:16,751 Boleh tahan untuk dua jalang dari Selatan Chicago? 163 00:08:16,834 --> 00:08:18,043 Diane! 164 00:08:19,334 --> 00:08:23,584 Kenapa awak ada di sini? Jangan cakap awak curi-curi masuk. 165 00:08:23,668 --> 00:08:28,126 Kalau awak nak tahu, saya dijemput sebagai tetamu kehormat. 166 00:08:28,209 --> 00:08:29,501 Terima kasih banyak. 167 00:08:29,584 --> 00:08:31,501 Diane, ke mana awak menghilang? 168 00:08:31,584 --> 00:08:34,543 Tetamu dah berpeluh-peluh. Mereka perlu dibedak! 169 00:08:34,626 --> 00:08:37,584 Okey, tertangkap. Saya datang untuk bekerja. 170 00:08:37,668 --> 00:08:40,084 Tapi saya tetap boleh berseronok. 171 00:08:40,168 --> 00:08:41,043 Tak boleh. 172 00:08:41,126 --> 00:08:42,793 Saya minta diri dulu. 173 00:08:42,876 --> 00:08:46,168 Saya nak solek tetamu kehormat di belakang pentas. 174 00:08:49,251 --> 00:08:51,376 Saya tak faham kata-kata awak. 175 00:08:52,834 --> 00:08:53,876 Laparnya. 176 00:08:53,959 --> 00:08:55,334 Bila kita boleh makan? 177 00:08:55,418 --> 00:08:57,251 Ayah nak pakai seluar itu? 178 00:08:58,043 --> 00:09:00,293 - Ini seluar jean pendek terbaik ayah. - Ayah. 179 00:09:00,376 --> 00:09:01,959 Okey. 180 00:09:02,043 --> 00:09:04,543 Tak tahu pula kita makan di restoran mewah. 181 00:09:04,626 --> 00:09:06,543 Jadi, apa menu kita malam ini? 182 00:09:06,626 --> 00:09:08,293 Daging berjus ini. 183 00:09:08,376 --> 00:09:09,543 Kita makan mole? 184 00:09:09,626 --> 00:09:12,376 Mikey, kamu nak beri mereka makan tikus? 185 00:09:12,459 --> 00:09:14,126 Apa ayah buat? 186 00:09:14,209 --> 00:09:17,126 Alamak, mereka dah sampai! Saya tiada rancangan B! 187 00:09:17,209 --> 00:09:18,918 Kita akan hidangkan sesuatu. 188 00:09:19,001 --> 00:09:20,834 Kita pesan Carson's Ribs. 189 00:09:22,584 --> 00:09:25,084 Mengalu-alukan kawan-kawan anda. 190 00:09:25,168 --> 00:09:26,668 Awak berlatih. 191 00:09:26,751 --> 00:09:28,209 Tak cukup. 192 00:09:28,293 --> 00:09:29,959 Ibu, tolonglah. 193 00:09:30,043 --> 00:09:31,709 Gembira dapat berjumpa lagi. 194 00:09:34,209 --> 00:09:37,126 Ayah, kenalkan. Ini Gabriella dan ibu bapanya, 195 00:09:37,209 --> 00:09:39,001 Miguel dan Rosalita. 196 00:09:39,084 --> 00:09:41,168 Kurt Kosinski, selamat berkenalan. 197 00:09:41,251 --> 00:09:42,126 Miguel Gomez. 198 00:09:42,209 --> 00:09:43,751 Ini isteri saya, Rosalita. 199 00:09:45,543 --> 00:09:48,459 Maaf, lambat. Kami tak jumpa tempat letak kereta. 200 00:09:48,543 --> 00:09:51,251 Sebuah Crown Victoria ambil dua petak di depan. 201 00:09:51,334 --> 00:09:55,626 Itu kereta saya. Maaf, saya tergesa-gesa. Saya terpaksa kerja lewat. 202 00:09:55,709 --> 00:09:57,918 Gabriella kata kamu bekerja di lapangan terbang. 203 00:09:58,001 --> 00:10:00,293 Lapangan Terbang Antarabangsa Midway. 204 00:10:00,376 --> 00:10:01,668 Saya ejen TSA. 205 00:10:01,751 --> 00:10:03,793 Miguel pun, di O'Hare. 206 00:10:03,876 --> 00:10:05,668 Lapangan terbang paling sibuk di dunia. 207 00:10:06,251 --> 00:10:08,626 Tolong masukkan saya. 208 00:10:08,709 --> 00:10:11,418 Dia suruh kita masukkan dia? 209 00:10:15,626 --> 00:10:18,001 Di mana ibu? Mereka dah sampai. 210 00:10:18,084 --> 00:10:20,376 Alamak! Bertenang. 211 00:10:20,459 --> 00:10:22,584 Aku cuma terlepas pembuka selera. 212 00:10:22,668 --> 00:10:24,209 Kurt boleh layan mereka. 213 00:10:24,293 --> 00:10:26,543 Telefon ibu tertinggal. 214 00:10:27,168 --> 00:10:28,834 Ibu terpaksa patah balik. 215 00:10:40,168 --> 00:10:42,376 Alamak, mereka dah sampai. 216 00:10:42,459 --> 00:10:44,251 Baiklah. Bears dah sampai. 217 00:10:44,334 --> 00:10:46,168 Hei, kita mesti mula sekarang! 218 00:10:46,251 --> 00:10:48,626 Ya, tapi tetamu masih belum duduk. 219 00:10:48,709 --> 00:10:50,043 Biar saya paksa mereka duduk. 220 00:10:50,126 --> 00:10:51,793 Sayang, awak dah siap. 221 00:10:55,001 --> 00:10:59,209 Mark, itu majalah Northshore. Inilah peluang kita untuk bergambar! 222 00:10:59,959 --> 00:11:02,084 Tinggalkan Beg Daging itu. 223 00:11:02,168 --> 00:11:06,834 Saya tak berlapar selama seminggu untuk dibayangi oleh beg bodoh itu. 224 00:11:07,543 --> 00:11:08,668 Daniel, pegang ini. 225 00:11:08,751 --> 00:11:09,918 Biar saya habiskan. 226 00:11:10,001 --> 00:11:12,501 Sila duduk. Majlis dah nak bermula. 227 00:11:12,584 --> 00:11:15,293 Orang yang berdiri takkan dapat tempat duduk! 228 00:11:15,376 --> 00:11:16,751 Orang lain pun sibuk! 229 00:11:16,834 --> 00:11:18,459 Malam ini sangat panjang. 230 00:11:18,543 --> 00:11:22,709 Saya dengar mereka tambah anugerah untuk penghidap penyakit jantung. 231 00:11:23,793 --> 00:11:26,584 Maaf, saya nak ke tandas. 232 00:11:30,043 --> 00:11:31,626 Awak pun bosan, dik? 233 00:11:31,709 --> 00:11:32,876 Hai, saya Andy. 234 00:11:32,959 --> 00:11:35,168 Oh, Tuhan. Andy Richter? 235 00:11:35,251 --> 00:11:36,584 Saya kenal awak. 236 00:11:36,668 --> 00:11:39,959 Saya gembira dapat jumpa selebriti yang saya kenal. 237 00:11:40,043 --> 00:11:41,376 Apa awak buat di sini? 238 00:11:41,459 --> 00:11:44,668 Saya terima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat kali kelima. 239 00:11:44,751 --> 00:11:45,876 Awak dari Chicago? 240 00:11:45,959 --> 00:11:47,876 Yorkville, sejam dari sini. 241 00:11:47,959 --> 00:11:50,793 Tapi biasalah, Chicago suka iktiraf orang luar. 242 00:11:50,876 --> 00:11:53,459 Saya benci anugerah ini. Jangan ambil hati. 243 00:11:53,543 --> 00:11:56,959 Ini bukan saya punya. Saya pun tak nak hadir ke majlis ini. 244 00:11:57,043 --> 00:12:01,459 Kita cuma mampu harungi malam ini dengan berkhayal! 245 00:12:03,084 --> 00:12:04,168 Brownie ganja? 246 00:12:05,834 --> 00:12:06,918 Ya, semestinya. 247 00:12:09,459 --> 00:12:11,168 Itu untuk sepuluh orang. 248 00:12:13,001 --> 00:12:15,084 Mari kita hirup udara segar. 249 00:12:15,751 --> 00:12:18,751 Mungkin sesetengah tetamu di sini ada lukisan Monet, 250 00:12:18,834 --> 00:12:22,834 tapi adakah mereka tahu Magritte ialah revolusi sebenar? 251 00:12:22,918 --> 00:12:24,334 Maaf, apa soalannya? 252 00:12:24,418 --> 00:12:26,584 Saya tanya nama keluarga awak. 253 00:12:26,668 --> 00:12:28,793 Saya rasa awak dah khayal. 254 00:12:28,876 --> 00:12:30,918 En. Richter, sila ke belakang pentas. 255 00:12:31,501 --> 00:12:35,376 Seronok dapat bersembang dan semoga berjaya dalam bidang seni. 256 00:12:35,459 --> 00:12:37,376 Nasihat daripada Richter? 257 00:12:37,459 --> 00:12:39,251 Jangan guna kolong itu. 258 00:12:42,126 --> 00:12:44,168 Tempat ini macam pagar sesat. 259 00:12:49,793 --> 00:12:50,918 Andy? 260 00:13:00,959 --> 00:13:02,918 - Macam mana rupa saya? - Kebulur. 261 00:13:03,001 --> 00:13:04,584 Terima kasih! 262 00:13:06,084 --> 00:13:09,543 Okey, sebut "daging" pada kiraan tiga. Satu, dua… 263 00:13:09,626 --> 00:13:10,751 Perhatian, semua! 264 00:13:10,834 --> 00:13:13,126 Perhatian! Berhenti, semua! 265 00:13:13,209 --> 00:13:16,543 Sila duduk, matikan telefon dan juga denyar kamera anda. 266 00:13:16,626 --> 00:13:18,459 Anugerah Beefy kini bermula! 267 00:13:18,543 --> 00:13:20,209 Apa yang dia buat? 268 00:13:20,293 --> 00:13:21,959 Tunggu! Kami dah bersedia! 269 00:13:22,043 --> 00:13:25,293 En. Whiddington, bawa Beg Daging ke belakang pentas. 270 00:13:27,043 --> 00:13:30,834 - Bonnie, di mana Daniel? - Saya tak tahu, Mark! 271 00:13:35,459 --> 00:13:36,626 Tidak. 272 00:13:36,709 --> 00:13:37,626 PANGGILAN TAMAT 273 00:13:57,293 --> 00:14:01,918 Daniel. 274 00:14:06,126 --> 00:14:07,751 Awak tonton perlawanan Bears hujung minggu ini? 275 00:14:07,834 --> 00:14:10,251 Saya lebih meminati bola sepak. 276 00:14:10,334 --> 00:14:12,709 Kemahiran, keanggunan, ketangkasannya… 277 00:14:12,793 --> 00:14:14,043 Pemainnya juga lebih kacak. 278 00:14:14,126 --> 00:14:16,876 Lebih kacak? Awak kenal Dick Butkus? 279 00:14:16,959 --> 00:14:19,001 - Dia sangat kacak. - Tolonglah! 280 00:14:19,084 --> 00:14:21,418 Saya nak tolong Mikey di dapur. 281 00:14:22,584 --> 00:14:24,168 Sayang, semuanya okey? 282 00:14:24,251 --> 00:14:27,209 Tak, malam ini huru-hara. Masakan saya tak jadi, 283 00:14:27,293 --> 00:14:30,126 penghantaran lambat disebabkan Anugerah Beefy 284 00:14:30,209 --> 00:14:31,626 dan ibu awak benci saya. 285 00:14:31,709 --> 00:14:35,126 Dia tak benci awak, dia cuma kurang peramah. 286 00:14:36,376 --> 00:14:38,418 Kenapa ibu saya belum sampai? 287 00:14:39,001 --> 00:14:43,418 Terima kasih kerana menobatkan saya sebagai Penutur Sejati Loghat Chicago. 288 00:14:43,501 --> 00:14:46,918 Terima kasih kepada tiga anak lelaki, tiga anak perempuan 289 00:14:47,001 --> 00:14:48,834 dan tiga bekas isteri saya. 290 00:14:48,918 --> 00:14:51,126 Okey, itu saja ucapan saya. 291 00:14:52,959 --> 00:14:54,876 Jangan ganggu pemenang berucap. 292 00:14:54,959 --> 00:14:57,584 - Diane, awak nampak Daniel? - Tidak. 293 00:14:57,668 --> 00:15:00,626 Boleh langkau ke Anugerah Warga Chicago Terbaik? 294 00:15:00,709 --> 00:15:03,376 Saya nak lihat persembahan Bears. Cepatlah! 295 00:15:03,459 --> 00:15:07,251 Beg Daging itu ada pada Daniel. Keputusannya di dalam beg itu. 296 00:15:07,334 --> 00:15:10,209 Semuanya punah tanpa Beg Daging itu! 297 00:15:10,959 --> 00:15:12,043 Tak guna! 298 00:15:12,126 --> 00:15:15,251 Aku takkan sempat makan, tapi pasti sempat untuk pencuci mulut. 299 00:15:15,334 --> 00:15:17,418 Okey, biar saya cari Daniel. 300 00:15:17,501 --> 00:15:19,209 Awak teruskan majlis ini. 301 00:15:19,293 --> 00:15:21,668 Awak memang hebat, Tina. 302 00:15:21,751 --> 00:15:23,459 Saya takkan bayar awak, tahu? 303 00:15:32,376 --> 00:15:33,376 Mak Cik Diane? 304 00:15:33,459 --> 00:15:35,084 Di mana kamu? 305 00:15:35,168 --> 00:15:36,084 Saya tak tahu. 306 00:15:36,168 --> 00:15:39,626 Saya sangat takut, terpukau dan makan brownie ganja. 307 00:15:40,209 --> 00:15:42,334 Kamu melepak dengan Andy Richter? 308 00:15:42,418 --> 00:15:45,793 - Dia sangat baik! - Okey, gambarkan sekeliling kamu. 309 00:15:49,918 --> 00:15:52,043 - Saya harap kamu lapar. - Syukurlah. 310 00:15:52,126 --> 00:15:53,918 Makanan dah dicairbekukan. 311 00:15:55,626 --> 00:15:58,626 Mungkin itu penerbangan 8:05 ke St. Louis. 312 00:15:58,709 --> 00:16:00,459 Selalukah macam ini? 313 00:16:00,543 --> 00:16:03,459 Rumah kami di bawah laluan kapal terbang berlepas. 314 00:16:03,543 --> 00:16:07,001 Mikey tinggal di sini kerana dekat dengan tempat kerja dia. 315 00:16:07,084 --> 00:16:09,876 Tidak, itu baru penerbangan 8:05 ke St. Louis. 316 00:16:09,959 --> 00:16:12,543 Macam manalah dia boleh hidup begini? 317 00:16:14,834 --> 00:16:15,668 Daniel. 318 00:16:16,751 --> 00:16:17,876 Daniel! 319 00:16:18,584 --> 00:16:19,668 Sialan, Richter. 320 00:16:23,418 --> 00:16:24,293 Tunggu dulu. 321 00:16:24,876 --> 00:16:26,751 Kolong Michael Jordan. 322 00:16:29,709 --> 00:16:31,668 Daniel, mak cik datang. 323 00:16:31,751 --> 00:16:32,709 Mak Cik Diane! 324 00:16:32,793 --> 00:16:35,709 Saya sedar masa ialah satu lingkaran. 325 00:16:35,793 --> 00:16:40,959 Kelak, manusia akan pupus dan jadi pameran untuk dinosaur. 326 00:16:41,043 --> 00:16:42,918 Berapa banyak brownie kamu makan? 327 00:16:43,001 --> 00:16:44,043 Semuanya. 328 00:16:44,126 --> 00:16:46,668 Pertama, kamu memang hebat. 329 00:16:46,751 --> 00:16:49,501 Kedua, lain kali simpan sedikit untuk mak cik. 330 00:16:49,584 --> 00:16:51,543 Sekarang, kita mesti pergi. 331 00:16:51,626 --> 00:16:55,376 Tak nak, saya benci Beefy. Saya tak suka bergaul dengan mereka. 332 00:16:55,459 --> 00:16:58,001 Ya, Daniel. Jangan bergaul dengan mereka. 333 00:16:58,084 --> 00:16:59,918 Kamu tak perlu sesuaikan diri. 334 00:17:00,001 --> 00:17:01,584 Ia membosankan. 335 00:17:01,668 --> 00:17:06,084 Kamu tak tangguhkan pengajian untuk duduk di dalam rangka dinosaur 336 00:17:06,168 --> 00:17:09,168 ketika parti terhebat di Chicago berlangsung. 337 00:17:09,668 --> 00:17:11,293 Turunlah, Daniel. 338 00:17:11,376 --> 00:17:15,334 Kita mesti selamatkan majlis ini dan mak cik perlu ke rumah Mikey. 339 00:17:19,834 --> 00:17:22,168 Sue, terima kasih kerana jaga saya. 340 00:17:22,251 --> 00:17:24,126 Okey, kamu masih khayal. 341 00:17:26,168 --> 00:17:27,751 Di mana mereka? 342 00:17:27,834 --> 00:17:29,751 Kenapa kita biar Diane cari dia? 343 00:17:29,834 --> 00:17:31,001 Terima kasih, Chicago. 344 00:17:31,084 --> 00:17:36,501 Trofi ini akan disusun di bilik panik, di sebelah empat trofi yang sama. 345 00:17:37,001 --> 00:17:39,834 Sekarang, detik yang anda nanti-nantikan… 346 00:17:39,918 --> 00:17:41,918 Mempersilakan Beg Daging Emas 347 00:17:42,001 --> 00:17:45,543 daripada firma perakaunan Jernston, Waterprice dan Bouche, 348 00:17:45,626 --> 00:17:46,668 Mark Whiddington. 349 00:17:46,751 --> 00:17:47,668 Itu awak. 350 00:17:52,209 --> 00:17:53,209 Helo. 351 00:17:53,293 --> 00:17:55,293 Mark, di mana Beg Daging itu? 352 00:17:58,084 --> 00:17:59,751 Di mana Beg Daging itu? 353 00:18:00,668 --> 00:18:02,834 - Turun dari pentas! - Bodoh! 354 00:18:02,918 --> 00:18:04,834 Bu! 355 00:18:06,501 --> 00:18:10,459 Mark! 356 00:18:10,543 --> 00:18:12,709 Saya sambut! 357 00:18:23,001 --> 00:18:24,751 Oh, Tuhan. Patah balik. 358 00:18:28,834 --> 00:18:31,293 Warga Chicago Terbaik tahun ini ialah, 359 00:18:31,376 --> 00:18:33,709 sekali lagi, Andy Richter! 360 00:18:34,543 --> 00:18:35,626 Biar betul? 361 00:18:39,126 --> 00:18:43,001 Hadirin sekalian, dah 30 tahun saya tinggalkan Chicago. 362 00:18:44,168 --> 00:18:46,418 Celaka! Ayuh. 363 00:18:46,501 --> 00:18:48,209 Panggil Bears ke pentas! 364 00:18:52,334 --> 00:18:56,001 Bear datang, Chicago Bears 365 00:18:56,084 --> 00:19:00,001 Kami menang setiap perlawanan dengan mudah 366 00:19:00,084 --> 00:19:03,668 Bear datang, Chicago Bears 367 00:19:03,751 --> 00:19:07,209 Kami bermain penuh semangat, tanpa gerun atau gentar 368 00:19:07,293 --> 00:19:10,668 Ditka! Jurulatih dan pasukan Bears. 369 00:19:10,751 --> 00:19:12,918 Bears dan jurulatihnya! 370 00:19:13,001 --> 00:19:16,543 - Apa khabar, sayang? - Tuan, saya peminat setia awak. 371 00:19:16,626 --> 00:19:18,876 Saya tonton setiap perlawanan yang awak latih. 372 00:19:18,959 --> 00:19:22,501 Saya tayang tetek ketika awak kalah kepada Packers pada 1992. 373 00:19:22,584 --> 00:19:24,001 Itu saat terindah malam itu. 374 00:19:24,084 --> 00:19:26,334 Maaf, Encik Ditka. Saya minta maaf. 375 00:19:26,418 --> 00:19:29,168 Kita mesti cari pengganti Kevin Butler untuk The Shuffle. 376 00:19:29,668 --> 00:19:32,001 Sial, penendang memang tak boleh harap. 377 00:19:32,501 --> 00:19:34,459 Awak boleh ganti dia? Awak tahu liriknya? 378 00:19:35,709 --> 00:19:38,084 Tahu? Sayalah yang tulis lirik itu! 379 00:19:38,168 --> 00:19:39,459 Dia akan gantikannya. 380 00:19:40,626 --> 00:19:42,168 Bears 1985, silakan! 381 00:19:42,251 --> 00:19:44,168 Ya! Mari kita beraksi! 382 00:19:44,251 --> 00:19:47,459 Selepas waktu rehat ketiga. Kembali dalam 30 minit. 383 00:19:47,543 --> 00:19:50,251 Waktu rehat ketiga? Apa ini? Hoki? 384 00:19:50,918 --> 00:19:52,376 Ibu, semuanya huru-hara. 385 00:19:52,459 --> 00:19:54,376 Masakan saya tak jadi dan mereka nak balik. 386 00:19:54,876 --> 00:19:56,793 Menyeret. 387 00:19:56,876 --> 00:19:58,501 Tuan, saya terpaksa pergi. 388 00:19:58,584 --> 00:19:59,918 Apa? Awak serius? 389 00:20:00,001 --> 00:20:02,084 Ini peluang sekali seumur hidup. 390 00:20:02,751 --> 00:20:04,001 Betul itu, tuan. 391 00:20:04,084 --> 00:20:07,084 Menari dengan Bears ialah mimpi yang jadi kenyataan, 392 00:20:07,168 --> 00:20:10,251 tapi sekarang, anak saya perlukan saya. 393 00:20:10,334 --> 00:20:11,751 Saya namakan dia sempena awak. 394 00:20:12,334 --> 00:20:14,876 Anak awak, Ditka, memiliki ibu yang baik. 395 00:20:16,751 --> 00:20:18,876 Sekarang, siapa yang akan menyondol? 396 00:20:18,959 --> 00:20:21,793 Saya tahu. Anak saudara saya, Daniel. 397 00:20:21,876 --> 00:20:23,709 Dia hafal lirik The Shuffle. 398 00:20:23,793 --> 00:20:25,751 Saya selalu menyanyi di rumah. 399 00:20:25,834 --> 00:20:27,543 Dia akan bantu awak, tuan. 400 00:20:27,626 --> 00:20:29,001 Baiklah, saya terima. 401 00:20:31,543 --> 00:20:33,918 Celaka. Saya ingat awak pun pakai jersi. 402 00:20:34,001 --> 00:20:35,376 Ini salah awak. 403 00:20:35,459 --> 00:20:37,959 Selesa betul rasanya ditiup angin sejuk. 404 00:20:38,668 --> 00:20:39,584 Teksi! 405 00:20:43,251 --> 00:20:44,084 Jangan balik. 406 00:20:44,168 --> 00:20:47,709 Maaf, saya tak tahu makanan ikan ialah makanan untuk ikan. 407 00:20:47,793 --> 00:20:50,168 Lelaki yang gagal merancang makan malam 408 00:20:50,251 --> 00:20:52,959 sememangnya tak layak mengahwini anak saya. 409 00:20:53,793 --> 00:20:56,459 Baiklah, cukup itu! Dengar sini! 410 00:20:56,543 --> 00:20:59,084 Anak saya tak tinggal di kejiranan termewah 411 00:20:59,168 --> 00:21:00,918 dan bukan tuan rumah terbaik, 412 00:21:01,001 --> 00:21:03,709 dan mungkin ada beberapa batang gigi susu lagi 413 00:21:03,793 --> 00:21:04,751 dan… 414 00:21:05,293 --> 00:21:07,876 Celaka! Apa aku mengarut ini? 415 00:21:07,959 --> 00:21:08,959 Ayuh, Gabriella. 416 00:21:09,043 --> 00:21:12,459 Budak ini dah mengecewakan kita. Mari kita pergi makan. 417 00:21:13,126 --> 00:21:15,084 Siapa yang lapar? 418 00:21:15,168 --> 00:21:17,626 - Syukurlah. - Ibu datang! 419 00:21:17,709 --> 00:21:19,376 Ibu dah datang. 420 00:21:19,459 --> 00:21:22,001 Ibu pasti datang walau apa pun. 421 00:21:22,084 --> 00:21:23,918 Maafkan ibu kerana lambat. 422 00:21:24,001 --> 00:21:26,126 Selamat berkenalan, Gabriella. 423 00:21:26,209 --> 00:21:28,501 Ternyata, kamu jauh lebih cantik. 424 00:21:28,584 --> 00:21:30,959 - Kami baru nak balik. - Nanti dulu. 425 00:21:31,043 --> 00:21:35,293 Saya nak duduk, makan dan memuji-muji anak awak. 426 00:21:35,376 --> 00:21:38,168 Kurt, alih kereta awak. Awak letak kereta macam orang bodoh. 427 00:21:38,251 --> 00:21:39,334 Ya. 428 00:21:39,418 --> 00:21:41,209 Saya suka dia. 429 00:21:42,293 --> 00:21:46,501 Mikey belajar buat juak baring sebelum dia merangkak. 430 00:21:46,584 --> 00:21:48,209 Dia nampak sangat kuat. 431 00:21:48,293 --> 00:21:50,584 Awak nak tambah giardiniera, sayang? 432 00:21:50,668 --> 00:21:52,626 Saya nak makan awak. 433 00:21:52,709 --> 00:21:56,376 Ya! Quiero comerte, semua! 434 00:21:58,876 --> 00:22:00,293 Buat betul-betul. 435 00:22:11,043 --> 00:22:13,459 Aku digelar Butthead dan suka menendang 436 00:22:13,543 --> 00:22:15,668 Jaringan jauh tersasar buatku jelak 437 00:22:15,751 --> 00:22:18,334 Setahu aku, penendang tak menyanyi, 438 00:22:18,418 --> 00:22:20,084 tapi aku juga sangat khayal. 439 00:22:20,168 --> 00:22:22,501 Pasukan istimewa ialah kesukaanku 440 00:22:22,584 --> 00:22:25,084 Sebab aku tendang bola melepasi tiang 441 00:22:25,168 --> 00:22:27,168 Di hujung permainan, beza dua mata 442 00:22:27,251 --> 00:22:29,376 Ada pemain dengan tubuh sepertimu 443 00:22:29,459 --> 00:22:31,459 Aku tak berniat merosakkan suasana 444 00:22:31,543 --> 00:22:34,126 Aku cuma datang untuk buat Shuffle 1985 445 00:22:41,876 --> 00:22:43,626 PEKERJA KEDAI JUS PENYELAMAT KEADAAN! 446 00:22:43,709 --> 00:22:45,709 Ibu bangga dengan kamu, Daniel! 447 00:22:45,793 --> 00:22:47,501 Majalah Northshore! 448 00:23:24,084 --> 00:23:27,001 Terjemahan sari kata oleh Saffura