1 00:00:07,884 --> 00:00:10,453 Segi Tiga Emas adalah kawasan yang sangat cantik... 2 00:00:11,120 --> 00:00:12,855 tapi di sebaliknya, tersirat sesuatu yang gelap. 3 00:00:15,792 --> 00:00:18,094 Tidak dinafikan ia epipusat... 4 00:00:18,161 --> 00:00:19,362 pengeluaran dadah haram. 5 00:00:22,498 --> 00:00:23,733 Beberapa tahun kebelakangan ini... 6 00:00:23,800 --> 00:00:25,468 pengeluaran metamfetamin meningkat secara mendadak. 7 00:00:28,471 --> 00:00:30,106 Tiada tempat lain di dunia ini yang memiliki... 8 00:00:30,206 --> 00:00:32,208 pasaran metamfetamin yang begitu rumit... 9 00:00:32,275 --> 00:00:33,910 dan pada masa yang sama amat besar. 10 00:00:34,610 --> 00:00:37,713 Rantau ini mempunyai epidemik dadah metamfetamin. 11 00:00:37,814 --> 00:00:40,283 Tidak! Saya tak nak! 12 00:00:42,485 --> 00:00:46,689 Polis Thailand percaya Xaysana Keopimpha dalang... 13 00:00:46,756 --> 00:00:48,858 sindiket besar penyeludupan dadah. 14 00:00:49,258 --> 00:00:54,530 Dia sangat kacak, menawan... 15 00:00:54,597 --> 00:00:56,065 dan sangat kaya. 16 00:00:57,867 --> 00:01:01,604 Dia kenal ramai selebriti dan bintang terkenal di Thailand. 17 00:01:02,371 --> 00:01:05,374 Dia tak malu mempamerkannya di media sosial. 18 00:01:05,842 --> 00:01:07,510 Menurut kata orang... 19 00:01:07,610 --> 00:01:10,246 dia bernilai 30 juta dolar AS... 20 00:01:10,847 --> 00:01:14,083 dan mengedar berjuta tan metamfetamin... 21 00:01:14,150 --> 00:01:15,118 di seluruh Thailand. 22 00:01:15,451 --> 00:01:18,121 Tapi membuktikannya dan menangkapnya... 23 00:01:18,187 --> 00:01:19,355 bukan sesuatu yang mudah. 24 00:02:14,577 --> 00:02:15,645 Pandangan individu yang ditemu bual adalah pandangan peribadi... 25 00:02:15,711 --> 00:02:17,013 dan tidak mewakili penerbit, pengedar dan penyiar. 26 00:02:17,079 --> 00:02:18,314 Program ini berdasarkan kisah benar dan mengandungi lakonan semula. 27 00:02:18,414 --> 00:02:19,482 Tiada kaitan dengan mana-mana individu, kumpulan atau organisasi... 28 00:02:19,549 --> 00:02:20,550 secara negatif atau cuba mempengaruhi penonton, juri atau siasatan. 29 00:02:21,551 --> 00:02:25,388 Raja Dadah Kaki Perempuan 30 00:02:27,990 --> 00:02:31,527 23 Ogos 2016 31 00:02:31,594 --> 00:02:34,597 Thailand Selatan 32 00:02:34,697 --> 00:02:36,966 Ia terjadi sekitar 11 pagi. 33 00:02:41,971 --> 00:02:45,675 Pusat Pemeriksaan Baan Phala 34 00:02:56,919 --> 00:02:57,853 Polis 35 00:03:00,356 --> 00:03:01,457 - Helo. - Helo 36 00:03:02,358 --> 00:03:03,292 Awak nak ke mana? 37 00:03:03,626 --> 00:03:04,560 Kami nak pulang ke rumah. 38 00:03:07,163 --> 00:03:08,431 Awak dari kawasan ini? 39 00:03:08,898 --> 00:03:09,799 Saya baru saja berpindah ke sini. 40 00:03:11,133 --> 00:03:12,335 Apa ada di belakang? 41 00:03:13,202 --> 00:03:14,537 Tiada apa-apa. Hanya ada kami berdua saja. 42 00:03:19,709 --> 00:03:20,643 Encik. 43 00:03:21,611 --> 00:03:22,511 Tolong keluar dari kereta. 44 00:03:24,680 --> 00:03:26,148 Tolong keluar. 45 00:03:28,884 --> 00:03:30,920 - Mari ke belakang. - Sila keluar. 46 00:03:30,987 --> 00:03:32,054 Mari ke belakang. 47 00:03:37,226 --> 00:03:38,594 Apa yang ada di dalam? 48 00:03:39,562 --> 00:03:40,696 Pakaian. 49 00:03:40,763 --> 00:03:41,931 Bukalah. 50 00:03:54,510 --> 00:03:55,511 Melutut! 51 00:03:55,611 --> 00:03:56,846 Letak tangan di belakang. 52 00:03:56,912 --> 00:03:59,048 - Jangan bergerak. - Semuanya ada di belakang. 53 00:04:02,451 --> 00:04:03,619 Jangan bergerak. 54 00:04:03,686 --> 00:04:06,522 Kami menjumpai sejumlah besar dadah. 55 00:04:07,790 --> 00:04:11,894 Sejuta pil ya ba telah dirampas. 56 00:04:12,762 --> 00:04:16,065 Ia bernilai tiga hingga sembilan juta dolar AS dalam pasaran. 57 00:04:17,133 --> 00:04:19,135 Ini rampasan yang amat besar. 58 00:04:19,201 --> 00:04:20,736 Kami telah berjaya merampas... 59 00:04:20,803 --> 00:04:22,238 sejumlah dadah yang amat besar... 60 00:04:22,338 --> 00:04:23,806 daripada rampasan ini. 61 00:04:23,873 --> 00:04:26,609 Kami menjumpai lebih kurang sejuta pil ya ba. 62 00:04:26,676 --> 00:04:27,977 Dadah-dadah itu telah diseludupi... 63 00:04:28,044 --> 00:04:30,546 dari Laos ke Malaysia... 64 00:04:30,646 --> 00:04:33,082 melalui sempadan selatan Thailand. 65 00:04:33,482 --> 00:04:37,720 Tapi metamfetamin diseludup masuk dari tempat asal metamfetamin. 66 00:04:38,120 --> 00:04:39,355 Segi Tiga Emas. 67 00:04:42,658 --> 00:04:44,593 Segi Tiga Emas kawasan yang sangat cantik... 68 00:04:46,228 --> 00:04:49,732 Tapi di bawah permukaan, ia tak mengikut undang-undang. 69 00:04:52,768 --> 00:04:55,237 Segi Tiga Emas adalah sebahagian dari Asia Tenggara... 70 00:04:55,338 --> 00:04:58,374 tempat Myanmar, Thailand dan Laos bertemu. 71 00:05:02,511 --> 00:05:03,713 Ia satu segi tiga sempurna. 72 00:05:07,416 --> 00:05:12,588 Heroin buat Segi Tiga Emas terkenal sekitar 1970-an. 73 00:05:13,089 --> 00:05:17,293 Tapi menjelang 1990-an, metamfetamin mengambil alih. 74 00:05:26,068 --> 00:05:28,871 Pada mulanya, makmal-makmal rahsia kecil... 75 00:05:28,971 --> 00:05:31,006 tumbuh bagai cendawan dalam hutan. 76 00:05:32,508 --> 00:05:33,843 Tapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini... 77 00:05:33,909 --> 00:05:35,711 pengeluaran metamfetamin telah melonjak. 78 00:05:39,749 --> 00:05:43,519 Kami lihat pengeluaran metamfetamin terbesar di dunia... 79 00:05:43,619 --> 00:05:45,755 sedang berlaku dalam Segi Tiga Emas. 80 00:05:45,855 --> 00:05:47,656 Mereka bina makmal canggih. 81 00:05:51,594 --> 00:05:55,731 Kelebihan makmal canggih metamfetamin ini... 82 00:05:55,798 --> 00:05:58,167 adalah ia mampu mengeluarkan metamfetamin... 83 00:05:58,234 --> 00:06:01,337 sepanjang hari, sepanjang minggu. 84 00:06:03,205 --> 00:06:07,510 Ia dapat mengeluarkan bertan-tan metamfetamin sekali proses. 85 00:06:07,610 --> 00:06:08,911 Berpuluh-puluh tan sebenarnya. 86 00:06:11,747 --> 00:06:14,683 Rantau ini mempunyai epidemik dadah metamfetamin. 87 00:06:16,051 --> 00:06:19,121 Polis Thailand mencari mereka yang terlibat. 88 00:06:30,366 --> 00:06:34,069 Pada 2012, polis menyiasat sindiket penyeludupan dadah... 89 00:06:34,170 --> 00:06:38,607 yang beroperasi di sempadan selatan Thailand. 90 00:06:38,974 --> 00:06:40,509 Semasa penyiasatan... 91 00:06:40,609 --> 00:06:43,345 mereka kesan satu nombor telefon yang mempunyai kaitan... 92 00:06:43,446 --> 00:06:46,348 dengan pengedar kereta mewah seorang warga Laos. 93 00:06:46,849 --> 00:06:49,452 Syarikat pengedaran kereta itu dimiliki seorang usahawan... 94 00:06:49,518 --> 00:06:51,754 bernama Xaysana Keopimpha. 95 00:06:53,889 --> 00:06:59,361 Dia kacak, menawan... 96 00:06:59,428 --> 00:07:00,930 dan amat kaya. 97 00:07:10,039 --> 00:07:12,441 Dia suka perhatian ramai... 98 00:07:12,908 --> 00:07:15,978 tapi ada sesuatu yang tak kena berkenaan kisahnya. 99 00:07:16,045 --> 00:07:18,747 Dari mana datang kekayaan dan hubungannya? 100 00:07:22,117 --> 00:07:24,553 Xaysana beritahu orang... 101 00:07:24,653 --> 00:07:26,689 yang dia jadi kaya menerusi pembalakan. 102 00:07:31,594 --> 00:07:36,465 Di Laos, pembalakan industri yang boleh buat seseorang kaya... 103 00:07:36,565 --> 00:07:37,833 secara sah dan tidak sah. 104 00:07:41,737 --> 00:07:45,574 Tapi ramai berpendapat Xaysana muncul secara tiba-tiba... 105 00:07:45,641 --> 00:07:48,444 dan dia menjadi kaya terlalu cepat. 106 00:07:48,978 --> 00:07:51,647 Tapi kalau benar Xaysana mengaut keuntungan... 107 00:07:51,714 --> 00:07:53,916 daripada sindiket penyeludupan dadah... 108 00:07:54,650 --> 00:07:59,688 Polis Thailand perlu mencari hubungan antara dia dengan wang atau dadah. 109 00:08:00,055 --> 00:08:01,924 Waktu itulah BPN terlibat. 110 00:08:09,198 --> 00:08:11,834 Biro Pembasmian Narkotik atau BPN... 111 00:08:11,934 --> 00:08:15,037 ditubuhkan pada 1992 untuk memerangi... 112 00:08:15,137 --> 00:08:17,273 pandemik dadah Thailand yang semakin menular. 113 00:08:19,775 --> 00:08:21,377 Sejak 1960-an... 114 00:08:21,443 --> 00:08:23,612 sempadan selatan Thailand dengan Myanmar... 115 00:08:23,679 --> 00:08:26,515 merupakan laluan utama penyeludupan heroin. 116 00:08:27,049 --> 00:08:32,087 Heroin itu kebanyakannya berakhir di jalanan Amerika dan Eropah. 117 00:08:32,655 --> 00:08:34,723 Tapi pada 1990-an... 118 00:08:34,790 --> 00:08:38,527 semuanya berubah secara tiba-tiba apabila metamfetamin mengambil alih. 119 00:08:38,894 --> 00:08:42,731 Metamfetamin mula membanjiri pasaran di seluruh Asia Tenggara... 120 00:08:42,798 --> 00:08:43,799 termasuk Thailand 121 00:08:47,836 --> 00:08:50,706 Ya ba adalah pil speed kecil. 122 00:08:51,807 --> 00:08:55,811 Ia mengandungi 10 hingga 20 peratus metamfetamin... 123 00:08:56,612 --> 00:08:59,748 dan selebihnya kafein, warna dan pencelup. 124 00:09:06,255 --> 00:09:08,057 Ia bermula sebagai dadah untuk pekerja. 125 00:09:08,724 --> 00:09:13,295 Pemandu lori dan teksi yang perlu bekerja 12 jam sehari. 126 00:09:19,735 --> 00:09:21,537 Apabila mengambilnya, kita tak boleh tidur. 127 00:09:22,237 --> 00:09:25,374 Jadi orang memanggilnya pil gila. 128 00:09:28,811 --> 00:09:32,615 - Oh, Tuhan! - Tidak! 129 00:09:33,115 --> 00:09:34,483 Awak dah gila? 130 00:09:35,017 --> 00:09:36,652 Kenapa nak tahan saya? 131 00:09:37,052 --> 00:09:38,253 Tiada sesiapa mahu menyakiti awak! 132 00:09:38,320 --> 00:09:39,688 Saya dah cakap, saya tak nak pergi! 133 00:09:46,428 --> 00:09:50,799 Kesannya adalah halusinasi ganas. 134 00:09:51,433 --> 00:09:54,670 Kadang-kadang mereka tak sedar akan perbuatan mereka. 135 00:09:57,172 --> 00:09:58,374 Cepat! 136 00:10:00,075 --> 00:10:02,911 Seorang budak lelaki dilihat sedang diacu pisau... 137 00:10:03,012 --> 00:10:04,847 oleh seorang lelaki tak waras yang duduk di tepi jalan. 138 00:10:04,913 --> 00:10:08,150 Pegawai cuba menenangkannya. 139 00:10:09,618 --> 00:10:16,258 Penagih lalui psikosis dan berasa dunia jadi tak nyata 140 00:10:36,478 --> 00:10:41,050 Tidak! Saya tak nak pergi! 141 00:10:41,917 --> 00:10:44,720 Saya tak mahu! 142 00:10:46,321 --> 00:10:50,926 Ya ba kini tersebar luas. 143 00:10:51,894 --> 00:10:55,998 Pada waktu itu, askar mengawal rapi sempadan... 144 00:10:58,434 --> 00:11:01,236 dan BPN mengetuai operasi. 145 00:11:03,172 --> 00:11:08,444 Kami bertanggungjawab menyiasat semua kes berkaitan dadah. 146 00:11:13,415 --> 00:11:15,350 BPN bekerjasama dengan polis tempatan... 147 00:11:15,451 --> 00:11:18,787 wilayah dan sempadan serta pegawai kastam. 148 00:11:19,188 --> 00:11:21,256 Mereka bekerjasama mengumpul bukti... 149 00:11:21,323 --> 00:11:25,227 untuk menjatuhkan sindiket dadah yang beroperasi di Thailand. 150 00:11:25,627 --> 00:11:29,198 Mereka seperti Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah di Amerika... 151 00:11:29,598 --> 00:11:33,235 yang bertugas memburu sasaran penting. 152 00:11:33,335 --> 00:11:35,070 Sindiket jenayah besar. 153 00:11:36,438 --> 00:11:39,708 Mereka sentiasa memerhati pergerakan... 154 00:11:39,808 --> 00:11:44,513 penyeludup dan operasi mereka. 155 00:11:45,214 --> 00:11:49,151 Thailand dianggap sebagai transit penting... 156 00:11:49,251 --> 00:11:50,853 bagi sindiket dadah. 157 00:11:55,557 --> 00:11:56,825 Kalau dilihat pada nombor... 158 00:11:56,925 --> 00:12:01,296 setengah bilion pil ya ba diseludup melalui Thailand setiap tahun. 159 00:12:02,364 --> 00:12:06,435 Puncanya adalah kedudukan geografi negara... 160 00:12:06,535 --> 00:12:07,970 yang terletak di sebelah kanan segi tiga. 161 00:12:08,570 --> 00:12:10,773 Ia negara pengedaran yang penting. 162 00:12:10,839 --> 00:12:14,877 Dari Thailand, ia dihantar ke seluruh Asia Tenggara. 163 00:12:16,378 --> 00:12:18,847 Kemudian ia diedarkan ke New Zealand... 164 00:12:18,914 --> 00:12:20,916 Australia, Jepun, Korea... 165 00:12:21,016 --> 00:12:23,585 dengan harga paling mahal di dunia untuk setiap kilogram. 166 00:12:25,287 --> 00:12:27,256 Sama ada melalui darat, laut atau udara... 167 00:12:27,322 --> 00:12:32,928 inilah laluan utama terus daripada pengedar. 168 00:12:34,530 --> 00:12:35,798 Kami lihat kemasukan... 169 00:12:35,898 --> 00:12:38,233 jenayah terancang transnasional besar. 170 00:12:38,767 --> 00:12:40,769 Pengeluaran berada pada tahap tinggi... 171 00:12:41,203 --> 00:12:42,437 dan keuntungan juga begitu. 172 00:12:44,807 --> 00:12:45,874 Secara purata... 173 00:12:45,974 --> 00:12:48,844 sebiji pil ya ba berharga lima dolar AS... 174 00:12:48,911 --> 00:12:50,078 di Asia Tenggara. 175 00:12:50,879 --> 00:12:53,849 Kalau melihat pada metamfetamin berkualiti tinggi... 176 00:12:53,916 --> 00:12:55,818 seperti dalam bentuk kristal dan ais... 177 00:12:55,884 --> 00:12:59,588 ia boleh dijual pada harga ribuan dolar AS untuk setiap gram. 178 00:13:00,689 --> 00:13:04,960 BPN alami kesukaran disebabkan hierarki rumit... 179 00:13:05,027 --> 00:13:07,129 sindiket penyeludupan dadah tersebut. 180 00:13:08,530 --> 00:13:13,468 Selalunya, keldai dadah bawa dadah kepada pengedar... 181 00:13:13,969 --> 00:13:16,638 yang akan menyerahkannya kepada pengedar lain. 182 00:13:16,705 --> 00:13:17,673 Ia satu rantaian. 183 00:13:18,073 --> 00:13:20,776 Walaupun BPN menembusi rantaian itu... 184 00:13:20,843 --> 00:13:22,311 dan menangkap orang tengah... 185 00:13:23,078 --> 00:13:25,914 hampir mustahil untuk cari destinasi... 186 00:13:26,415 --> 00:13:29,351 dan dalang di sebalik penyeludupan tersebut. 187 00:13:32,154 --> 00:13:34,990 23 Ogos 2016 188 00:13:37,092 --> 00:13:38,961 Turun! Letak tangan belakang! 189 00:13:39,494 --> 00:13:41,496 - Jangan bergerak! - Semuanya ada di belakang! 190 00:13:43,398 --> 00:13:48,403 Sudah lama polis Thailand mencari... 191 00:13:48,470 --> 00:13:52,774 ketua operasi yang mengedar ya ba yang banyak ke dalam negara... 192 00:13:52,841 --> 00:13:54,676 dari Segi Tiga Emas. 193 00:13:56,812 --> 00:14:03,018 Mereka yang ditahan selama ini hanyalah keldai dadah. 194 00:14:03,652 --> 00:14:07,256 Tapi keldai dadah ada petunjuk penting. 195 00:14:09,591 --> 00:14:12,895 Keldai Dadah A Keldai Dadah B 196 00:14:12,961 --> 00:14:14,930 Keldai dadah beritahu kami yang dia diupah... 197 00:14:14,997 --> 00:14:16,732 oleh seorang lelaki bernama Witwatchai... 198 00:14:18,667 --> 00:14:19,668 atau En. Ae. 199 00:14:24,172 --> 00:14:26,408 Kami keluarkan waran tangkapan. 200 00:14:27,709 --> 00:14:30,812 Keldai dadah itu beritahu kami... 201 00:14:31,113 --> 00:14:35,117 bosnya telah terbang ke Hat Yai di selatan... 202 00:14:35,217 --> 00:14:37,019 dan menunggu ketibaan mereka di sana. 203 00:14:39,187 --> 00:14:42,124 Jadi kami menuju ke lapangan terbang Hat Yai... 204 00:14:42,190 --> 00:14:43,892 untuk menangkapnya. 205 00:14:45,394 --> 00:14:47,296 En. Ae Witwatchai... 206 00:14:47,729 --> 00:14:51,533 saya panggil awak ke sini kerana saya mahu kerjasama awak. 207 00:14:51,833 --> 00:14:53,435 Ini untuk kebaikan awak. 208 00:14:54,670 --> 00:14:59,775 Kami dapat tahu yang awak bekerja untuk orang berkuasa. 209 00:15:00,842 --> 00:15:01,843 Saya tak tahu maksud awak. 210 00:15:02,577 --> 00:15:06,248 Kalau awak tak berterus terang, saya akan dakwa awak. 211 00:15:07,883 --> 00:15:12,054 Kalau awak bekerjasama dengan kami, awak akan jadi saksi kami. 212 00:15:16,792 --> 00:15:21,964 Dia beritahu kami nama penyeludup berbangsa Thailand itu. 213 00:15:22,030 --> 00:15:23,131 En. Chumphon. 214 00:15:24,366 --> 00:15:26,368 Tak perlu risau apa-apa. 215 00:15:27,069 --> 00:15:28,403 Saya akan uruskannya. 216 00:15:32,641 --> 00:15:34,810 Pengedar Chunphorn Panomprai 217 00:15:34,876 --> 00:15:38,714 Pihak berkuasa Thailand tahu Chumphon cuma pengedar kecil-kecilan. 218 00:15:40,048 --> 00:15:44,987 En. Chumphon pernah ditahan... 219 00:15:45,587 --> 00:15:48,557 kerana mengedar ganja. 220 00:15:50,926 --> 00:15:52,794 Saya pernah bekerja dengan seorang lelaki lain. 221 00:15:55,130 --> 00:15:56,732 Semua orang memanggilnya Abang Lop. 222 00:16:01,003 --> 00:16:02,838 Siapa nama sebenarnya? 223 00:16:03,205 --> 00:16:04,406 Saya tak tahu. 224 00:16:04,473 --> 00:16:05,874 Semua orang panggil dia Abang Lop. 225 00:16:07,009 --> 00:16:12,147 Lama-kelamaan, BPN nampak hierarki sindiket dadah. 226 00:16:13,882 --> 00:16:15,417 Dia sebut seorang lelaki dari Laos... 227 00:16:15,884 --> 00:16:16,952 dengan panggilan En. Lop. 228 00:16:18,520 --> 00:16:20,155 Kami tak tahu identitinya. 229 00:16:21,790 --> 00:16:23,959 Polis Thailand ada dua soalan. 230 00:16:24,559 --> 00:16:26,595 Siapa bekalkan dadah kepada keldai dadah... 231 00:16:26,695 --> 00:16:28,030 dengan jutaan pil... 232 00:16:28,430 --> 00:16:33,535 dan apa peranan En. Lop, lelaki warga Laos yang misteri... 233 00:16:33,602 --> 00:16:35,771 dalam hierarki sindiket dadah? 234 00:16:43,178 --> 00:16:47,049 Laos memainkan peranan penting dalam Segi Tiga Emas dari dulu lagi. 235 00:16:48,750 --> 00:16:49,751 Korupsi mudah berlaku... 236 00:16:49,851 --> 00:16:51,319 barang mudah dibawa masuk dan keluar. 237 00:16:57,659 --> 00:16:59,728 Ia satu-satunya negara yang berkongsi sempadan negara... 238 00:16:59,795 --> 00:17:01,096 dengan negara lain di Mekong. 239 00:17:03,832 --> 00:17:07,636 Laos mempunyai 1,000 kilometer sempadan... 240 00:17:07,736 --> 00:17:09,204 di sepanjang sungai Mekong. 241 00:17:10,405 --> 00:17:15,110 Ada ratusan tempat di sepanjang jalan yang berpotensi... 242 00:17:15,210 --> 00:17:19,114 untuk sindiket bawa dadah masuk dan keluar Laos... 243 00:17:19,214 --> 00:17:20,482 ke negara lain. 244 00:17:20,549 --> 00:17:23,485 Itu menjadikannya sukar untuk dikawal polis. 245 00:17:26,254 --> 00:17:27,556 Keadaan alam yang terpencil di Segi Tiga Emas juga... 246 00:17:27,656 --> 00:17:30,592 memberikan kelebihan kepada jenayah terancang. 247 00:17:30,692 --> 00:17:33,128 Barang seludup boleh dibawa keluar dari Sungai Mekong. 248 00:17:34,162 --> 00:17:35,530 Ia boleh dibawa melalui gunung. 249 00:17:35,597 --> 00:17:36,932 Ia boleh dibawa guna jalan. 250 00:17:38,834 --> 00:17:43,605 Penyeludup dadah menggunakan Laos sebagai laluan penyeludupan dadah. 251 00:17:46,274 --> 00:17:50,479 Ia memiliki segala unsur untuk jenayah terancang yang berjaya. 252 00:17:53,081 --> 00:17:56,051 Ia syurga untuk penyeludup. 253 00:17:57,519 --> 00:18:01,923 Itu juga kampung halaman Xaysana, jutawan balak misteri. 254 00:18:02,657 --> 00:18:05,527 Dia berada di tempat paling sesuai untuk mengendalikan... 255 00:18:05,594 --> 00:18:07,129 sindiket dadah berbilion dolar. 256 00:18:07,429 --> 00:18:10,732 Tapi kalau itu benar, macam mana dia mengendalikannya? 257 00:18:21,476 --> 00:18:25,013 Akaun media sosial Xaysana... 258 00:18:27,082 --> 00:18:31,486 menunjukkan gaya hidupnya yang serba mewah. 259 00:18:31,553 --> 00:18:36,358 Ada gambarnya dengan banyak kereta mewah. 260 00:18:38,527 --> 00:18:43,732 Dia dikenali dalam kalangan kumpulan elit sosial... 261 00:18:43,798 --> 00:18:46,134 dan memiliki banyak perniagaan. 262 00:18:49,404 --> 00:18:52,107 Dia adakan banyak parti. 263 00:18:53,208 --> 00:18:56,178 Dia peramah dan habiskan banyak wang... 264 00:18:56,244 --> 00:18:58,013 untuk menunjukkan kekayaannya. 265 00:19:01,249 --> 00:19:02,918 Kereta yang dimilikinya... 266 00:19:03,018 --> 00:19:04,986 adalah sesuatu yang saya idamkan. 267 00:19:06,955 --> 00:19:08,723 Kereta-keretanya cantik. 268 00:19:10,258 --> 00:19:12,227 Sepanjang hidup saya... 269 00:19:12,327 --> 00:19:18,133 saya mahukan segalanya yang dia memiliki. 270 00:19:22,771 --> 00:19:25,040 Saya pernah dengar... 271 00:19:25,106 --> 00:19:29,711 dia pernah cuba bida sebuah kereta... 272 00:19:30,345 --> 00:19:32,847 yang berharga 300,000 dolar AS. 273 00:19:32,914 --> 00:19:34,716 Dia bayar dua kali ganda harga itu... 274 00:19:34,816 --> 00:19:36,017 untuk memenangi bidaannya. 275 00:19:37,118 --> 00:19:40,522 Dia selalu mengupah pelakon dan selebriti... 276 00:19:40,589 --> 00:19:41,556 untuk acara besar... 277 00:19:42,090 --> 00:19:43,992 dan di situlah, dia bina rangkaian kenalannya. 278 00:19:45,093 --> 00:19:49,764 Dia pandai bina hubungan dengan orang berpengaruh... 279 00:19:49,831 --> 00:19:50,932 dan terkenal jahat. 280 00:19:51,366 --> 00:19:55,637 Orang dalam industri hiburan... 281 00:19:55,737 --> 00:19:56,838 mengenali Xaysana. 282 00:19:56,938 --> 00:19:59,708 Dia ambil gambar dengan orang terkenal... 283 00:19:59,808 --> 00:20:02,777 untuk menunjuk-nunjuk. 284 00:20:04,079 --> 00:20:10,785 Dia mahu menggunakan hubungan mereka... 285 00:20:10,885 --> 00:20:12,854 untuk meluaskan perniagaannya. 286 00:20:20,428 --> 00:20:24,733 Xaysana menggunakan semua hubungan ini... 287 00:20:24,799 --> 00:20:26,067 untuk perniagaan baru. 288 00:20:27,035 --> 00:20:29,604 Pada satu ketika, dia terlibat dengan kereta mewah... 289 00:20:29,671 --> 00:20:30,939 hartanah mewah... 290 00:20:31,006 --> 00:20:32,707 serta jam mewah. 291 00:20:34,242 --> 00:20:36,578 Menurut kata orang... 292 00:20:36,645 --> 00:20:40,148 ada satu ketika, dia bernilai 30 juta dolar AS. 293 00:20:40,649 --> 00:20:43,518 Dia seolah-olah mempunyai sentuhan emas. 294 00:20:43,618 --> 00:20:47,322 Setiap perniagaan yang dia menceburi, dia akan berjaya. 295 00:20:48,690 --> 00:20:50,759 Seolah-olah tiada langkah yang salah. 296 00:20:53,528 --> 00:20:56,431 1 Oktober 2016 297 00:20:59,034 --> 00:21:02,804 Maklumat risikan daripada sumber polis Thailand... 298 00:21:02,871 --> 00:21:07,676 mendedahkan akan berlaku penghantaran dadah... 299 00:21:07,776 --> 00:21:09,511 pada 1 Oktober 2016. 300 00:21:10,979 --> 00:21:13,214 Hotel Crystal Hat Yai 301 00:21:13,281 --> 00:21:15,717 Thailand Selatan 302 00:21:27,696 --> 00:21:29,030 - Kunci? - Nah. 303 00:21:30,432 --> 00:21:31,533 Di mana awak letak kereta? 304 00:21:31,599 --> 00:21:32,634 Di sana. 305 00:21:40,775 --> 00:21:42,610 Jangan bergerak. 306 00:21:42,677 --> 00:21:45,146 Melutut dan jangan bergerak! 307 00:21:50,785 --> 00:21:52,587 Operasi itu berjaya. 308 00:21:56,958 --> 00:21:59,728 Polis ada dua suspek baru dalam tahanan. 309 00:22:00,628 --> 00:22:05,033 Pemandu beritahu polis yang itu adalah laluan utama penyeludupan. 310 00:22:05,133 --> 00:22:08,169 Dadah dibawa dari Laos melalui selatan Thailand... 311 00:22:08,236 --> 00:22:10,372 ke Malaysia dan negara-negara lain. 312 00:22:12,207 --> 00:22:15,009 Sindiket jenayah memindahkan jumlah dadah yang besar... 313 00:22:15,076 --> 00:22:16,277 di sepanjang laluan ini. 314 00:22:16,811 --> 00:22:19,047 Pemandu berikan nama yang pernah didengari. 315 00:22:19,347 --> 00:22:21,616 En. Lop, lelaki misteri dari Laos. 316 00:22:24,552 --> 00:22:27,655 Keldai dadah mendedahkan yang En. Lop... 317 00:22:27,722 --> 00:22:30,625 menguruskan seluruh sindiket dadah dari Laos. 318 00:22:31,326 --> 00:22:34,396 Ini petunjuk besar yang BPN cari selama ini. 319 00:22:36,030 --> 00:22:40,535 Pada masa itu, BPN telah bina profil En. Lop. 320 00:22:42,370 --> 00:22:45,240 Segalanya menunjuk ke arah Xaysana. 321 00:22:47,409 --> 00:22:52,347 Kalau polis boleh mengenal pasti dia... 322 00:22:53,047 --> 00:22:57,118 mereka fikir mereka boleh menjatuhkan seluruh rangkaian. 323 00:23:03,191 --> 00:23:05,427 Polis Thailand kemudiannya mendapat petunjuk baru. 324 00:23:05,527 --> 00:23:08,296 Mereka berjaya dapatkan nombor telefon dari telefon... 325 00:23:08,363 --> 00:23:10,031 yang mereka rampas daripada keldai dadah. 326 00:23:11,599 --> 00:23:14,836 Nombor yang mereka syak milik ketua-ketua kumpulan... 327 00:23:14,936 --> 00:23:16,337 dalam rangkaian penyeludupan dadah. 328 00:23:17,806 --> 00:23:20,408 Mereka berjaya dapatkan dua nombor. 329 00:23:20,842 --> 00:23:23,511 Nombor pertama merupakan nombor telefon Thailand. 330 00:23:23,611 --> 00:23:26,314 Nombor kedua nombor telefon Laos. 331 00:23:26,815 --> 00:23:29,017 Kedua-duanya di simpan dalam telefon itu... 332 00:23:29,083 --> 00:23:30,952 bawah nama En. Lop. 333 00:23:33,254 --> 00:23:38,359 Ini bukti pertama yang membolehkan polis mengaitkan En. Lop. 334 00:23:44,732 --> 00:23:46,267 Nombor telefon Thailand menemui jalan mati... 335 00:23:47,235 --> 00:23:52,774 kerana ia didaftar menggunakan identiti palsu. 336 00:23:58,112 --> 00:23:59,547 Ia juga di luar bidang kuasa kami... 337 00:23:59,647 --> 00:24:02,684 untuk mengesan nombor telefon Laos. 338 00:24:03,151 --> 00:24:05,587 Ia juga menemui jalan mati. 339 00:24:09,123 --> 00:24:11,092 Pihak polis tak memiliki cukup petunjuk. 340 00:24:11,459 --> 00:24:13,194 Dia kekal dalam bayangan. 341 00:24:19,567 --> 00:24:21,936 Januari 2017 342 00:24:25,473 --> 00:24:30,912 BPN mempergiatkan siasatan mereka. 343 00:24:31,880 --> 00:24:33,314 Perlahankan kereta. 344 00:24:33,414 --> 00:24:34,849 Lampu merah. Bertindak sekarang! 345 00:24:35,817 --> 00:24:37,585 Keluar! 346 00:24:38,453 --> 00:24:39,988 Sekat dia di depan. 347 00:24:41,189 --> 00:24:43,925 Keluar dari kenderaan! 348 00:24:44,893 --> 00:24:48,563 Segala sumber difokuskan... 349 00:24:48,630 --> 00:24:53,001 untuk mencari En. Lop yang misteri ini. 350 00:24:53,067 --> 00:24:54,002 Bertenang. 351 00:24:57,071 --> 00:24:59,407 Tunggu dulu. Kami dah lama mengekori awak. 352 00:25:01,209 --> 00:25:02,443 Jadi pengedar itu akan menghubungi awak? 353 00:25:02,510 --> 00:25:03,678 Bukankah ini nombor telefon Laos? 354 00:25:04,712 --> 00:25:06,347 Kenapa ada nombor dari Laos menghubungi awak? 355 00:25:06,447 --> 00:25:07,849 Kami menunggu dia menelefon kami. 356 00:25:07,916 --> 00:25:08,850 Awak tunggu dia telefon? 357 00:25:11,786 --> 00:25:13,955 Kalau dia telefon, jawab dan cakap macam biasa, faham? 358 00:25:14,656 --> 00:25:17,392 BPN berjaya dapat petunjuk bagus. 359 00:25:24,232 --> 00:25:26,968 Nombor telefon daripada telefon yang dirampas... 360 00:25:27,035 --> 00:25:30,438 digunakan dengan satu akaun Facebook. 361 00:25:32,106 --> 00:25:39,547 Akaun Facebook yang dijumpai polis itu... 362 00:25:39,647 --> 00:25:42,517 adalah milik Xaysana Keopimpha. 363 00:26:00,802 --> 00:26:02,437 Pada mulanya, pihak polis tidak percaya... 364 00:26:03,171 --> 00:26:07,108 yang lelaki yang bersusah payah sembunyikan identitinya... 365 00:26:07,208 --> 00:26:09,210 daripada keldai dadahnya... 366 00:26:09,277 --> 00:26:12,213 letak nombor telefonnya dalam talian... 367 00:26:12,280 --> 00:26:14,716 dan menghubungkan nombor itu ke akaun Facebooknya. 368 00:26:16,117 --> 00:26:17,552 Xaysana Keopimpha... 369 00:26:17,652 --> 00:26:18,753 ahli perniagaan jutawan... 370 00:26:18,853 --> 00:26:20,288 rakan kepada bintang... 371 00:26:20,655 --> 00:26:22,724 sebenarnya ialah En. Lop. 372 00:26:23,491 --> 00:26:26,327 Pendedahan ini kini mengaitkannya... 373 00:26:26,394 --> 00:26:27,895 kepada keldai dadah... 374 00:26:27,962 --> 00:26:30,164 dan secara langsung, dadah. 375 00:26:32,033 --> 00:26:35,436 Untuk membuktikan yang Xaysana ialah En. Lop... 376 00:26:35,536 --> 00:26:38,206 BPN memerlukan pengesahan identiti. 377 00:26:38,973 --> 00:26:40,375 Mereka memerlukan seseorang... 378 00:26:40,441 --> 00:26:42,710 yang pernah bersemuka dengan En. Lop. 379 00:26:44,879 --> 00:26:47,515 Kalau mereka boleh membuktikannya... 380 00:26:47,882 --> 00:26:52,520 mereka akan semakin hampir dalam usaha penangkapan... 381 00:26:52,587 --> 00:26:55,356 sindiket penyeludupan itu. 382 00:26:56,724 --> 00:27:01,596 Mereka kembali ke penjara Chumphon untuk menyoal siasat En. Ae... 383 00:27:01,696 --> 00:27:04,298 penyeludup dadah pertama mereka tahan. 384 00:27:06,668 --> 00:27:08,636 Macam mana rupanya? 385 00:27:09,637 --> 00:27:12,407 Dia agak tinggi dan berkulit cerah. 386 00:27:12,473 --> 00:27:14,308 Dia suka pakai barang hiasan emas. 387 00:27:14,409 --> 00:27:15,777 Benda begini. 388 00:27:22,750 --> 00:27:23,685 Seperti ini? 389 00:27:25,787 --> 00:27:26,721 Adakah itu dia? 390 00:27:43,171 --> 00:27:45,239 En. Ae mengesahkannya. 391 00:27:45,306 --> 00:27:47,308 Gambar Xaysana di Facebook... 392 00:27:47,408 --> 00:27:51,512 adalah En. Lop yang menyuruhnya mengangkut dadah. 393 00:27:52,647 --> 00:27:55,917 En. Lop 394 00:27:57,652 --> 00:27:59,353 Polis sukar mempercayainya. 395 00:28:04,559 --> 00:28:09,030 Xaysana berjaya bawa keluar bertrilion pil metamfetamin... 396 00:28:09,130 --> 00:28:10,965 keluar dari Segi Tiga Emas setiap tahun. 397 00:28:13,000 --> 00:28:16,337 Tapi menangkapnya tak mudah. 398 00:28:16,404 --> 00:28:18,239 Polis 399 00:28:23,244 --> 00:28:25,880 Polis Thailand tiada cara untuk menangkapnya. 400 00:28:30,351 --> 00:28:32,520 Januari 2017 401 00:28:33,788 --> 00:28:36,891 Tapi nasib menyebelahi polis Thailand. 402 00:28:39,927 --> 00:28:42,630 Satu sumber beri mereka maklumat... 403 00:28:42,730 --> 00:28:46,567 yang Xaysana akan pergi bercuti di Thailand. 404 00:28:48,936 --> 00:28:51,405 Polis mengeluarkan waran tangkap untuk Xaysana. 405 00:28:52,073 --> 00:28:55,176 Dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan... 406 00:28:55,243 --> 00:28:57,378 mereka dapat tahu dia telah pergi ke Phuket. 407 00:29:00,815 --> 00:29:06,888 Ada lima orang dalam rombongannya. 408 00:29:09,357 --> 00:29:12,927 Kami wujudkan Operasi Chaiya Sayop Pairee... 409 00:29:15,763 --> 00:29:22,270 bersama-bersama BPN... 410 00:29:22,837 --> 00:29:27,441 angkatan tentera dan polis tempatan. 411 00:29:29,210 --> 00:29:36,517 Kami mengikuti kumpulan ini untuk lihat tempat mereka pergi... 412 00:29:36,617 --> 00:29:39,787 orang yang mereka hubungi... 413 00:29:39,887 --> 00:29:43,658 tempat mereka bermalam aktiviti mereka... 414 00:29:43,724 --> 00:29:46,561 supaya kami dapat merancang tangkapan. 415 00:29:52,400 --> 00:29:56,204 Pihak berkuasa dapat tahu dia akan pulang ke Laos melalui... 416 00:29:56,270 --> 00:29:57,939 Lapangan Terbang Antarabangsa Bangkok. 417 00:29:59,440 --> 00:30:01,843 19 Januari 2017 418 00:30:04,045 --> 00:30:07,849 BPN dan agensi lain... 419 00:30:08,349 --> 00:30:13,087 rancang untuk menangkap Xaysana waktu petang... 420 00:30:13,154 --> 00:30:17,558 di Lapangan Terbang Suvarnabhumi. 421 00:30:19,026 --> 00:30:22,897 Pada pagi 19 Januari 2017... 422 00:30:22,964 --> 00:30:25,266 saya disuruh pergi... 423 00:30:25,366 --> 00:30:27,969 ke Biro Pembasmian Narkotik... 424 00:30:28,035 --> 00:30:32,073 sebelum bertolak ke Lapangan Terbang Suvarnabhumi. 425 00:30:36,310 --> 00:30:39,480 Berdasarkan bukti yang ada sekarang... 426 00:30:40,348 --> 00:30:44,719 salah seorang raja dadah dari negara jiran... 427 00:30:44,785 --> 00:30:47,388 akan mendarat di Lapangan Terbang Suvarnabhumi. 428 00:30:49,123 --> 00:30:53,194 Lelaki yang kami akan tahan ialah Xaysana. 429 00:30:55,963 --> 00:30:58,633 Sejak beberapa tahun lepas... 430 00:30:58,733 --> 00:31:03,237 terdapat banyak kes penyeludupan dadah... 431 00:31:03,337 --> 00:31:08,876 dari timur laut hingga ke bahagian tengah. 432 00:31:09,577 --> 00:31:10,578 Pada 1 Oktober... 433 00:31:10,645 --> 00:31:12,013 kami telah merampas 1.2 juta dolar di pusat pemeriksaan Sikhio. 434 00:31:12,346 --> 00:31:18,586 Raja dadah mengimport dadah dari negara jiran di Timur laut. 435 00:31:20,254 --> 00:31:25,092 Perjumpaan itu adalah untuk menerangkan... 436 00:31:25,159 --> 00:31:30,498 peranan wartawan dan tempat mereka patut berada... 437 00:31:30,564 --> 00:31:33,401 serta cara pasukan penyiasat akan menangkapnya. 438 00:31:37,004 --> 00:31:39,373 Balai Ketibaan Domestik Balai Ketibaan Antarabangsa 439 00:31:42,043 --> 00:31:44,612 Kami menunggu berdekatan pintu keluar. 440 00:31:52,954 --> 00:31:53,955 Mereka tak tahu sebab kami hadir. 441 00:31:54,055 --> 00:31:55,256 Anggap kita sambut kedatangan bintang Korea. 442 00:31:55,323 --> 00:31:56,924 Mereka tak tahu sebab kita di sini. 443 00:31:57,591 --> 00:31:59,393 Tapi kita tahu tempat yang mereka tuju. 444 00:32:07,168 --> 00:32:08,836 Kami rancang penangkapan itu secara terperinci... 445 00:32:08,936 --> 00:32:11,038 dan bersiap sedia untuk menahannya... 446 00:32:11,105 --> 00:32:14,442 di kawasan pelepasan lapangan terbang. 447 00:32:19,947 --> 00:32:24,852 Ia menimbulkan sedikit kekecohan di lapangan terbang. 448 00:32:29,790 --> 00:32:33,694 Ada lebih kurang 50 pegawai dengan tugas berlainan... 449 00:32:33,761 --> 00:32:35,396 daripada kumpulan operasi berbeza. 450 00:32:35,496 --> 00:32:38,766 Orang ramai agak terkejut dan mungkin fikir... 451 00:32:38,833 --> 00:32:39,834 "Apa yang sedang berlaku?" 452 00:32:49,410 --> 00:32:51,445 Baring di atas lantai. 453 00:32:51,512 --> 00:32:53,414 Ambil pasport dia. 454 00:32:53,481 --> 00:32:56,050 Tangan di belakang. Gari dia. 455 00:32:56,117 --> 00:32:57,785 Jangan buang masa, buat saja. 456 00:32:57,885 --> 00:32:58,919 - Tangkap dia. - Serah beg awak. 457 00:33:00,187 --> 00:33:01,122 Periksa dia. 458 00:33:02,790 --> 00:33:03,924 Tolong bertenang... 459 00:33:06,694 --> 00:33:08,629 Jangan matikan telefon awak. 460 00:33:11,799 --> 00:33:12,800 Siapa nama awak? 461 00:33:12,867 --> 00:33:14,368 - Xaysana. - Xaysana, bukan? 462 00:33:31,085 --> 00:33:32,920 Terus berjalan. 463 00:33:32,987 --> 00:33:34,355 Cepat. 464 00:33:36,257 --> 00:33:38,826 - Van di mana? - Pintu Satu. 465 00:33:39,960 --> 00:33:45,866 Xaysana nampak terkejut... 466 00:33:45,966 --> 00:33:48,569 dan terperanjat kerana ditahan. 467 00:33:52,440 --> 00:33:53,908 Xaysana menyatakan dia tidak bersalah. 468 00:33:54,442 --> 00:33:55,776 Dia menafikan yang dia terlibat. 469 00:33:57,711 --> 00:33:59,713 - Pintu Satu, ayuh. - Ayuh keluar. 470 00:33:59,814 --> 00:34:01,715 Bawa dia. 471 00:34:02,216 --> 00:34:04,118 Bersedia untuk bawa dia. 472 00:34:04,218 --> 00:34:06,687 Cepat. 473 00:34:19,934 --> 00:34:22,970 Dia raja dadah yang kami cari sejak lima tahun lepas. 474 00:34:23,037 --> 00:34:27,108 Melalui kerjasama BPN... 475 00:34:28,008 --> 00:34:34,748 CIB dan polis tempatan dari pelbagai kawasan... 476 00:34:34,849 --> 00:34:39,253 kami berjaya tumpas rangkaian mereka dan menahan suspek hari ini. 477 00:34:40,588 --> 00:34:43,557 Kami telah membekukan segala asetnya... 478 00:34:43,657 --> 00:34:46,894 untuk mengganggu laluan perniagaan mereka... 479 00:34:46,961 --> 00:34:50,731 dan halang mereka daripada merosakkan hidup anak-anak kita. 480 00:35:01,242 --> 00:35:03,978 Xaysana merupakan penahanan besar yang pertama... 481 00:35:04,044 --> 00:35:07,014 dalam melumpuhkan rangkaian penyeludupan dadah di Thailand. 482 00:35:09,416 --> 00:35:10,951 Sebelum penahanan Xaysana... 483 00:35:11,051 --> 00:35:14,088 polis hanya berjaya menahan orang bawahan... 484 00:35:14,155 --> 00:35:16,757 seperti keldai dadah dan pengedar kecil-kecilan... 485 00:35:18,058 --> 00:35:20,828 yang menyeludup dadah dalam kuantiti kecil. 486 00:35:23,631 --> 00:35:27,067 Penahanan itu kejayaan besar. 487 00:35:27,601 --> 00:35:31,772 Ia berita utama dalam semua rangkaian media. 488 00:35:32,239 --> 00:35:38,012 Penangkapan raja dadah Laos, Xaysana Keopimpha... 489 00:35:38,078 --> 00:35:39,880 merupakan kejayaan besar... 490 00:35:39,947 --> 00:35:43,951 kerana dia dalang pengedaran dadah dari negara jiran kita. 491 00:35:44,051 --> 00:35:46,153 Seterusnya berita tentang sindiket Xaysana. 492 00:35:46,253 --> 00:35:49,523 Sudahkah kita bongkar rangkaian dadah yang besar ini? 493 00:35:49,590 --> 00:35:51,692 Adakah benar dia dalangnya? 494 00:35:51,759 --> 00:35:53,827 Atau adakah kita telah menahan orang yang hanya dijadikan alat? 495 00:35:53,928 --> 00:35:56,430 Seorang lelaki dapat berikan kita jawapan itu. 496 00:35:56,530 --> 00:35:58,265 - Warga Laos. - Ya. 497 00:35:58,365 --> 00:36:01,936 Mereka kata lelaki ini ketua geng 498 00:36:02,002 --> 00:36:05,072 rangkaian dadah terbesar di Asia Tenggara. 499 00:36:08,042 --> 00:36:09,443 Selepas Xaysana ditahan... 500 00:36:09,510 --> 00:36:14,748 kami terbitkan artikel tentangnya... 501 00:36:16,217 --> 00:36:19,720 paparkan gambarnya di Facebook... 502 00:36:20,120 --> 00:36:23,457 yang mempamerkan gaya hidup mewahnya... 503 00:36:23,524 --> 00:36:26,227 di Thailand dan Laos. 504 00:36:28,629 --> 00:36:31,966 Xaysana tak seperti penyeludup lain dalam Segi Tiga Emas. 505 00:36:32,800 --> 00:36:36,837 Dia pamerkan gaya hidup mewahnya di media sosial. 506 00:36:37,438 --> 00:36:40,241 Penangkapannya jadi berita utama di seluruh dunia. 507 00:36:42,243 --> 00:36:44,745 23 Januari 2017 508 00:36:48,449 --> 00:36:54,255 Selepas penangkapan Xaysana pada 19 Januari 2017... 509 00:36:54,989 --> 00:36:57,324 polis menahannya di ibu pejabat BPN... 510 00:36:57,391 --> 00:36:59,159 dan mula menyoal siasat. 511 00:37:03,163 --> 00:37:05,599 Disebabkan jenayahnya yang serius... 512 00:37:05,666 --> 00:37:09,136 dia boleh direman selama 84 hari bawah bidang kuasa mahkamah. 513 00:37:14,441 --> 00:37:17,177 Ini memberikan polis masa mencari bukti dan membina kes. 514 00:37:26,453 --> 00:37:32,092 Dia beritahu polis yang dia bukan ketua geng. 515 00:37:32,559 --> 00:37:35,829 Dia cuma orang tengah yang menghantar dadah dari Laos. 516 00:37:39,600 --> 00:37:43,871 Polis mengumpulkan lagi bukti untuk sokong kes mereka. 517 00:37:45,472 --> 00:37:52,680 Mereka jumpa telefon Xaysana dan dapat mesej lama... 518 00:37:52,746 --> 00:37:54,715 yang tersimpan dalam telefonnya... 519 00:37:54,815 --> 00:37:58,485 walaupun Xaysana telah menukar kad SIMnya ke kad tempatan. 520 00:38:00,854 --> 00:38:02,856 Mesejnya memperincikan... 521 00:38:02,923 --> 00:38:05,492 urus niaga dadah bernilai jutaan dolar. 522 00:38:05,893 --> 00:38:08,595 Polis dapat lihat perbualannya... 523 00:38:08,696 --> 00:38:10,331 dengan ramai pengedar terkenal. 524 00:38:11,131 --> 00:38:14,768 Mesej-mesej ini menjadi bukti yang polis perlukan. 525 00:38:15,736 --> 00:38:20,507 Mesej-mesej ini mengaitkan dia kepada rampasan dadah besar... 526 00:38:21,775 --> 00:38:26,513 dan penyeludup yang bekerja untuknya. 527 00:38:34,154 --> 00:38:40,627 Polis mengikuti jejak wang... 528 00:38:40,728 --> 00:38:43,530 dan menjumpai wang 30 juta dolar AS... 529 00:38:43,597 --> 00:38:45,432 yang dia sembunyikan. 530 00:38:47,768 --> 00:38:51,338 Selepas menerima bayaran daripada urus niaga dadahnya... 531 00:38:51,638 --> 00:38:52,706 dia akan memindahkan wang itu... 532 00:38:52,806 --> 00:38:55,042 kepada geng pelaburan wang haram di Thailand. 533 00:38:55,809 --> 00:38:58,846 Kemudiannya, ia akan dipindahkan kepada seseorang... 534 00:38:58,912 --> 00:39:00,414 di sempadan Thailand... 535 00:39:00,481 --> 00:39:03,117 dan wang tunai yang dipindahkan akan dikeluarkan... 536 00:39:03,217 --> 00:39:04,718 dan diserahkan kepada Xaysana. 537 00:39:07,254 --> 00:39:08,522 Xaysana kemudiannya akan menggunakan wang itu... 538 00:39:08,589 --> 00:39:13,327 untuk biaya perniagaannya, beli hartanah dan kereta mewah. 539 00:39:15,729 --> 00:39:20,367 Inilah caranya mereka cuci wang haram itu. 540 00:39:22,336 --> 00:39:26,006 Xaysana tak teragak-agak jadi tumpuan orang... 541 00:39:26,073 --> 00:39:29,376 kerana dia fikir dia takkan tertangkap... 542 00:39:29,443 --> 00:39:32,079 memandangkan dia tak terlibat secara langsung... 543 00:39:33,213 --> 00:39:34,915 dalam proses pengedaran dadah. 544 00:39:38,752 --> 00:39:46,093 Saya bangga berurusan dengan Xaysana. 545 00:39:48,328 --> 00:39:51,432 Dia pandai buat kerja dan amat berbakat. 546 00:39:52,666 --> 00:39:55,135 Saya kesal dia ditangkap. 547 00:39:56,203 --> 00:39:59,673 Waktu itu, polis dapat bukti yang cukup... 548 00:39:59,773 --> 00:40:01,208 untuk perbicaraan. 549 00:40:05,846 --> 00:40:11,718 Dia didakwa ubah wang haram dan mengedar dadah. 550 00:40:15,722 --> 00:40:17,891 Selepas dia mengaku bersalah, dia fikir... 551 00:40:17,958 --> 00:40:21,295 disebabkan dia tak memiliki dadah, hukumannya akan jadi ringan. 552 00:40:21,995 --> 00:40:23,831 Tapi di Thailand, hukumannya sama... 553 00:40:23,931 --> 00:40:26,400 tak kiralah orang tengah atau pengedar. 554 00:40:27,067 --> 00:40:29,269 Dia masih terlibat dalam menjual dadah. 555 00:40:30,871 --> 00:40:34,041 Raja dadah mafia tak boleh berbuat apa-apa... 556 00:40:34,808 --> 00:40:37,444 apabila dia buat kesalahan seperti itu. 557 00:40:38,612 --> 00:40:40,614 Dadah adalah toksik... 558 00:40:40,681 --> 00:40:44,017 kepada keselamatan dan kebajikan negara... 559 00:40:44,084 --> 00:40:45,085 jadi di Thailand... 560 00:40:45,152 --> 00:40:47,855 kerajaan serius tentang menumpaskan semua jenayah dadah. 561 00:40:49,790 --> 00:40:51,792 Penyeludup terutamanya, kalau ditangkap... 562 00:40:52,726 --> 00:40:57,331 pesalah akan dihukum mati atau penjara seumur hidup. 563 00:41:03,003 --> 00:41:06,640 20 Mac 2018 564 00:41:06,974 --> 00:41:12,279 Selepas mendengar soal balas... 565 00:41:12,713 --> 00:41:14,715 pada 20 Mac 2018... 566 00:41:14,815 --> 00:41:19,720 mahkamah jenayah mengumumkan keputusannya. 567 00:41:20,754 --> 00:41:24,791 Xaysana didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman mati. 568 00:41:31,498 --> 00:41:33,400 Tapi kemudiannya, hukumannya dikurangkan... 569 00:41:33,467 --> 00:41:35,269 dan dia diberi hukuman penjara seumur hidup... 570 00:41:35,369 --> 00:41:37,004 kerana dia mengaku salah. 571 00:41:38,572 --> 00:41:40,774 Mahkamah mendapati dia telah bekerjasama... 572 00:41:41,642 --> 00:41:44,878 dengan polis dengan memberikan mereka... 573 00:41:44,978 --> 00:41:48,415 maklumat tentang penyeludupan dadah... 574 00:41:49,149 --> 00:41:50,951 di selatan Thailand. 575 00:41:51,919 --> 00:41:55,322 Jadi hakim telah meringankan hukumannya... 576 00:41:55,389 --> 00:41:58,725 kepada penjara seumur hidup... 577 00:41:58,792 --> 00:42:03,096 atas kedua-dua tuduhan. 578 00:42:08,402 --> 00:42:12,172 Kami kerah pasukan penyiasat. 579 00:42:12,639 --> 00:42:14,875 Dia membuat kesilapan... 580 00:42:14,975 --> 00:42:16,510 mengambil mudah undang-undang Thailand... 581 00:42:16,610 --> 00:42:20,147 dan kemampuan pihak berkuasa di sini. 582 00:42:23,350 --> 00:42:25,285 Xaysana mencabar keputusan hukumannya... 583 00:42:25,953 --> 00:42:28,055 di Mahkamah Rayuan. 584 00:42:29,923 --> 00:42:33,493 Tapi prosesnya boleh mengambil masa lama. 585 00:42:34,595 --> 00:42:36,697 Kalau bukti kurang kredibiliti... 586 00:42:37,197 --> 00:42:39,066 mahkamah takkan menerimanya... 587 00:42:39,166 --> 00:42:41,935 dan akan beri hukuman yang sama... 588 00:42:42,002 --> 00:42:45,339 atau hukuman yang lebih berat. 589 00:42:46,506 --> 00:42:49,009 Pada 2019 dan 2020, Xaysana Keopimpha membuat rayuan... 590 00:42:49,076 --> 00:42:51,511 dan gagal mengubah keputusan mahkamah. 591 00:42:51,612 --> 00:42:53,947 Dia kini menjalani hukuman penjara seumur hidup. 592 00:42:54,047 --> 00:42:58,085 Xaysana mungkin akan menghabiskan hidupnya di penjara. 593 00:42:59,353 --> 00:43:00,921 - Ada dadah. - Melutut! 594 00:43:00,988 --> 00:43:02,856 - Letak tangan di belakang. - Melutut! 595 00:43:02,923 --> 00:43:03,857 Jangan bergerak. 596 00:43:04,691 --> 00:43:05,959 Saya bangga... 597 00:43:06,026 --> 00:43:09,396 terlibat dalam penangkapan Xaysana. 598 00:43:10,130 --> 00:43:12,332 Dia raja dadah penting yang aktif. 599 00:43:13,734 --> 00:43:18,772 Xaysana pengedar bertaraf tinggi... 600 00:43:18,839 --> 00:43:21,041 di Asia... 601 00:43:21,108 --> 00:43:22,809 tapi masih ada... 602 00:43:22,876 --> 00:43:25,012 raja dadah lebih besar di luar sana... 603 00:43:25,078 --> 00:43:28,949 dan polis masih tidak tahu identiti mereka. 604 00:43:30,350 --> 00:43:31,485 Sejak saya bersara... 605 00:43:32,152 --> 00:43:33,754 perniagaan dadah masih berterusan. 606 00:43:34,388 --> 00:43:36,923 Ia semakin teruk tanpa ada penamat. 607 00:43:38,091 --> 00:43:40,727 Selagi ada permintaan... 608 00:43:40,794 --> 00:43:42,729 untuk bahan haram... 609 00:43:43,096 --> 00:43:44,831 rantaian bekalan pasti akan berterusan. 610 00:43:46,199 --> 00:43:48,835 Inilah masa terbaik untuk menjadi pengedar dadah... 611 00:43:48,935 --> 00:43:50,037 di Segi Tiga Emas. 612 00:43:51,605 --> 00:43:54,841 Apabila berdepan dengan raja dadah di Segi Tiga Emas... 613 00:43:54,908 --> 00:43:55,976 seorang ditangkap... 614 00:43:56,043 --> 00:43:57,811 tak lama kemudian, seorang lagi akan muncul. 615 00:44:01,715 --> 00:44:03,216 Seseorang akan menggantikannya. 616 00:44:03,283 --> 00:44:04,484 Seseorang akan memenuhi kekosongan itu.