1 00:00:10,834 --> 00:00:13,709 Baiklah, jom minum. 2 00:00:13,793 --> 00:00:15,168 - Minum! - Minum! 3 00:00:18,334 --> 00:00:19,168 Ya. 4 00:00:19,251 --> 00:00:22,709 En. Nakagawa, tahniah sebab menang bidaan Olimpik. 5 00:00:22,793 --> 00:00:24,709 Tak sabar nak tunggu 2020. 6 00:00:24,793 --> 00:00:27,334 - Terima kasih. - Ya. 7 00:00:27,834 --> 00:00:28,793 Keadaan dah berubah 8 00:00:29,293 --> 00:00:33,668 selepas Tuan Perdana Menteri kata semuanya terkawal di Fukushima. 9 00:00:34,584 --> 00:00:37,668 Selepas En. Toyoda jadi penasihat, semuanya pantas. 10 00:00:37,751 --> 00:00:41,418 Tak adalah. Semuanya sebab Tuan Perdana Menteri pandai berucap. 11 00:00:42,084 --> 00:00:45,001 Lagipun, Murakami yang aturkan semua datanya. 12 00:00:45,543 --> 00:00:47,043 Masa depannya cerah. 13 00:00:47,126 --> 00:00:48,501 Awak pasti bangga. 14 00:00:49,001 --> 00:00:51,418 Masa depan politik bergantung pada prestasi terbaik. 15 00:00:52,376 --> 00:00:54,043 Mari raikan masa depan kita! 16 00:00:54,126 --> 00:00:54,959 Terima kasih. 17 00:00:59,834 --> 00:01:02,501 Matsuda, ada yang tak kena? 18 00:01:03,709 --> 00:01:04,543 Tak ada apa. 19 00:01:06,626 --> 00:01:08,459 Cakap sajalah. 20 00:01:09,959 --> 00:01:11,001 Begini. 21 00:01:13,043 --> 00:01:17,293 Saya rasa macam ada maklumat dalam ucapan itu yang tak benar. 22 00:01:23,334 --> 00:01:26,793 Mungkin saya salah. Maaflah. 23 00:01:29,834 --> 00:01:33,584 Orang takkan perasan sangat pun. Jangan risaulah. 24 00:01:36,168 --> 00:01:37,334 Selamat malam. 25 00:01:45,668 --> 00:01:47,834 Awak memang tak faham, bukan? 26 00:01:49,001 --> 00:01:51,543 Apa awak nak buktikan? Tiba-tiba luahkan pendapat. 27 00:01:52,459 --> 00:01:56,376 Awak tahu tak bukan senang saya nak bawa kita ke tahap ini? 28 00:02:02,459 --> 00:02:03,584 Kenapa pandang begitu? 29 00:02:04,168 --> 00:02:07,043 Prestasi tak boleh selesaikan masalah ini. 30 00:02:09,751 --> 00:02:11,751 Kita kena buat rakyat percayakan kita dulu. 31 00:02:12,668 --> 00:02:15,959 Tugas awak adalah uruskan perkara selepas itu. 32 00:02:17,043 --> 00:02:19,876 Banyak yang awak perlu tahu tentang pentadbiran kita. 33 00:02:22,376 --> 00:02:23,418 Ya, tuan. 34 00:02:26,293 --> 00:02:27,918 Minta maaf sekarang. 35 00:02:35,501 --> 00:02:37,126 Saya minta maaf, tuan. 36 00:02:42,376 --> 00:02:46,376 Cukuplah borak soal ini, okey? 37 00:02:47,418 --> 00:02:51,168 Kita nak raikan segalanya. Jadi minum puas-puas dan mabuk! 38 00:02:54,293 --> 00:02:55,418 Murakami, minum sekali? 39 00:02:56,959 --> 00:02:57,918 Ya. 40 00:03:00,959 --> 00:03:04,168 Jom. Tadi saya tak cukup mabuk, jadi… 41 00:03:05,918 --> 00:03:06,876 Jom minum. 42 00:03:08,251 --> 00:03:09,293 Okey. 43 00:03:12,084 --> 00:03:13,126 Abang. 44 00:03:15,334 --> 00:03:17,084 Tolong saya, Matsuda. 45 00:03:18,001 --> 00:03:20,418 Apa dah jadi, Kohei? 46 00:03:36,709 --> 00:03:38,834 SEBUAH SIRI ASLI NETFLIX 47 00:04:21,209 --> 00:04:25,043 Saya dengar awak sibuk masuk campur urusan saya. 48 00:04:27,959 --> 00:04:29,876 Apa kata awak beritahu kami? 49 00:04:32,793 --> 00:04:34,001 Sebenarnya… 50 00:04:35,501 --> 00:04:38,293 Ketika menyiasat wartawan Berita Touto, Matsuda… 51 00:04:40,209 --> 00:04:42,501 Saya dapat tahu tentang Kohei Matsuda. 52 00:04:43,584 --> 00:04:44,584 Jadi? 53 00:04:45,168 --> 00:04:47,001 Kenapa masuk campur urusan saya? 54 00:04:47,084 --> 00:04:48,043 Begini… 55 00:04:50,584 --> 00:04:53,001 Ketika saya dapat tahu Kohei Matsuda ada di hospital… 56 00:04:53,084 --> 00:04:55,751 Kejap! Mengarut apa? 57 00:04:57,126 --> 00:04:59,043 Apa kaitannya dengan saya? 58 00:05:03,084 --> 00:05:06,876 Subsidi untuk program AI dari Kementerian Ekonomi. 59 00:05:06,959 --> 00:05:09,668 Jangan buat kerja tak berkait dengan tugas. 60 00:05:10,626 --> 00:05:13,876 Maafkan saya. Saya akan perhatikan dia lebih lagi. 61 00:05:14,543 --> 00:05:15,584 Maafkan saya. 62 00:05:20,126 --> 00:05:23,709 Yalah, nama pun CIRO. 63 00:05:24,418 --> 00:05:26,959 Saya tahu tugas awak korek data, 64 00:05:27,626 --> 00:05:29,543 tapi tak perlulah siasat kawan sendiri. 65 00:05:31,043 --> 00:05:34,459 Ya, ramai orang sangsi dengan saya disebabkan subsidi. 66 00:05:36,084 --> 00:05:37,418 Tapi semuanya tak betul. 67 00:05:38,126 --> 00:05:39,793 Polis pun hentikan siasatan. 68 00:05:40,918 --> 00:05:43,043 Lupakanlah, okey? 69 00:05:44,584 --> 00:05:47,668 Saya pun sedih dengan kejadian yang menimpa Matsuda. 70 00:05:48,668 --> 00:05:50,376 Dia sangat berbakat orangnya. 71 00:05:52,626 --> 00:05:53,543 Cukuplah. 72 00:05:56,209 --> 00:05:58,459 Olimpik bakal menjelang dalam setahun. 73 00:06:00,209 --> 00:06:01,793 Kami nak kamu patuh saja. 74 00:06:02,376 --> 00:06:03,709 Sudah tentu, tuan. 75 00:06:03,793 --> 00:06:07,834 Lagipun, kita rakan sekerja yang dah lama kerja bersama. 76 00:06:09,918 --> 00:06:11,418 Tak perlulah berbalah. 77 00:06:12,293 --> 00:06:13,209 Okey? 78 00:06:17,168 --> 00:06:22,001 EN. KITANO JUGA MENGESAHKAN DOKUMEN 79 00:06:25,251 --> 00:06:26,626 En. Kurosaki, 80 00:06:27,543 --> 00:06:31,459 saya dengar encik pegawai yang Kazuya Suzuki paling percayai. 81 00:06:37,584 --> 00:06:39,543 Ya, kami pernah kerja bersama. 82 00:06:42,084 --> 00:06:45,543 Encik yang minta dia hadir ke Biro Kewangan Tempatan Chubu? 83 00:06:49,001 --> 00:06:53,876 Menurut rekod pelawat, encik bertemu En. Suzuki sebelum mendiang mati. 84 00:07:02,918 --> 00:07:03,959 Saya kena pergi. 85 00:07:04,793 --> 00:07:07,251 En. Kurosaki, tolonglah. 86 00:07:08,709 --> 00:07:10,918 Saya perlukan kerjasama encik 87 00:07:11,918 --> 00:07:14,084 untuk fahami apa yang berlaku. 88 00:07:16,793 --> 00:07:19,001 Tak payah pura-pura nak tahu! 89 00:07:20,793 --> 00:07:23,876 Awak bukannya faham perasaan kami! 90 00:07:24,876 --> 00:07:27,959 Saya rasa saya faham betapa sukarnya untuk hidup 91 00:07:28,959 --> 00:07:30,334 dalam sistem begini. 92 00:07:32,501 --> 00:07:34,043 Ia bukan sekadar sistem! 93 00:07:35,293 --> 00:07:36,876 Saya ada keluarga. 94 00:07:38,084 --> 00:07:40,293 Saya ada kehidupan sendiri! 95 00:07:42,376 --> 00:07:43,626 En. Suzuki… 96 00:07:46,668 --> 00:07:48,251 juga ada keluarga. 97 00:08:03,751 --> 00:08:05,334 Kenapa awak buat begitu? 98 00:08:05,918 --> 00:08:08,668 En. Toyoda dah jelas terlibat dalam rasuah. 99 00:08:08,751 --> 00:08:12,543 Tapi siasatan dibatalkan dan semuanya berakhir begitu saja. 100 00:08:13,084 --> 00:08:15,501 Bukan kita yang boleh tentukan mana salah, mana betul. 101 00:08:16,459 --> 00:08:18,876 Tapi dia dah seleweng sepuluh bilion yen. 102 00:08:19,376 --> 00:08:21,793 Semuanya guna duit cukai rakyat. 103 00:08:24,126 --> 00:08:25,209 Jangan cari pasal. 104 00:08:25,918 --> 00:08:29,543 Ikut saja arahan, tulis laporan ikut fakta yang diberi. 105 00:08:30,876 --> 00:08:31,876 Lagi satu, 106 00:08:33,584 --> 00:08:36,251 orang di sini tahu segalanya dan ke mana saja awak pergi. 107 00:08:37,459 --> 00:08:39,959 Walaupun lepas awak tinggalkan tempat ini. 108 00:08:41,376 --> 00:08:42,668 Ingat. 109 00:09:01,126 --> 00:09:02,251 Begitu. 110 00:09:04,084 --> 00:09:06,876 Jadi ini saja tak cukup untuk terbitkan artikel. 111 00:09:07,918 --> 00:09:09,084 Maafkan saya. 112 00:09:09,668 --> 00:09:12,251 Saya masih mencari bukti yang lebih kukuh. 113 00:09:14,751 --> 00:09:20,418 Kita perlu lebih berhati-hati dengan cara dan moral pihak media menyampaikan berita. 114 00:09:21,043 --> 00:09:24,959 Saya rasa kita perlu kaji semula sistem media secara keseluruhan. 115 00:09:25,543 --> 00:09:28,209 Tempoh hari, ada artikel tentang orang mati 116 00:09:28,709 --> 00:09:32,751 akibat tindakan wartawan Berita Touto yang asyik mendesaknya. 117 00:09:33,459 --> 00:09:35,043 Boleh puan cipta kata laluan? 118 00:09:36,168 --> 00:09:39,543 Keadaannya dah sedia ganas. 119 00:09:40,209 --> 00:09:42,626 Mereka sanggup buat apa saja untuk dapatkan cerita. 120 00:09:42,709 --> 00:09:44,334 Terima kasih. 121 00:09:45,293 --> 00:09:46,834 Cara pemikiran mereka 122 00:09:46,918 --> 00:09:49,876 lebih kepada aktivis, bukan wartawan. 123 00:09:55,584 --> 00:09:57,168 Jangan risau. 124 00:09:57,918 --> 00:09:59,543 Saya dah biasa dikritik. 125 00:10:01,626 --> 00:10:03,793 Kejahilan memang menakutkan. 126 00:10:05,001 --> 00:10:09,626 Dulu, saya katakan perkara yang sama seperti dia. 127 00:10:10,918 --> 00:10:15,334 Salah pihak media juga sampai dipandang serong begitu. 128 00:10:18,418 --> 00:10:19,584 Dah siap. 129 00:10:19,668 --> 00:10:21,584 Sekarang puan ada akaun. 130 00:10:24,168 --> 00:10:26,418 Mari dapatkan lebih banyak sokongan. 131 00:10:27,168 --> 00:10:28,251 Baik. 132 00:10:29,043 --> 00:10:31,293 Puan boleh tulis apa saja di sini. 133 00:10:49,793 --> 00:10:51,918 Baiklah, En. Kinoshita. 134 00:10:52,418 --> 00:10:53,251 Ya? 135 00:10:54,209 --> 00:10:57,334 Jelaskan kenapa awak nak bekerja di Berita Touto. 136 00:10:58,209 --> 00:10:59,251 Baik, encik. 137 00:11:04,626 --> 00:11:05,626 Pada awalnya, 138 00:11:06,751 --> 00:11:10,834 saya tak berminat langsung dengan akhbar atau isu politik. 139 00:11:12,959 --> 00:11:16,584 Sebab saya ingat diri saya takkan mampu mengubah apa-apa. 140 00:11:18,168 --> 00:11:22,668 Sekarang pun, saya masih rasa begitu. 141 00:11:23,418 --> 00:11:25,959 Jadi kenapa awak nak bekerja dengan kami? 142 00:11:28,626 --> 00:11:29,668 Saya… 143 00:11:33,584 --> 00:11:37,418 anak saudara mangsa bunuh diri disebabkan isu Akademi Eishin… 144 00:11:39,334 --> 00:11:41,293 yang wartawan encik, Cik Matsuda siasat. 145 00:11:44,501 --> 00:11:46,001 Cik Matsuda… 146 00:11:48,001 --> 00:11:50,918 masih lagi mencari bukti bagi kes pak cik saya 147 00:11:52,084 --> 00:11:54,584 walaupun masyarakat makin mahu lupakannya. 148 00:11:56,751 --> 00:11:58,584 Selepas melihat kegigihan Cik Matsuda 149 00:11:59,668 --> 00:12:03,584 yang berusaha menjadi suara bagi yang tak berdaya tak kira apa pun, 150 00:12:04,584 --> 00:12:06,918 saya terus berminat menjadi wartawan. 151 00:12:11,126 --> 00:12:12,626 Disebabkan dia, mak cik saya… 152 00:12:14,293 --> 00:12:16,251 semakin kembali bersikap normal. 153 00:12:19,084 --> 00:12:22,501 Jika saya boleh jadi seseorang yang berkhidmat seperti dia, 154 00:12:23,418 --> 00:12:25,293 saya mahu cuba bekerja dalam bidang ini. 155 00:12:27,418 --> 00:12:30,668 Saya mahu menjadi suara lantang bagi ahli masyarakat 156 00:12:32,168 --> 00:12:34,168 yang ditindas dan tak dipedulikan. 157 00:12:36,959 --> 00:12:38,209 Sebab itulah… 158 00:12:39,543 --> 00:12:41,543 saya mahu bekerja di syarikat ini. 159 00:12:46,918 --> 00:12:47,959 Terima kasih. 160 00:12:48,543 --> 00:12:49,668 Silakan duduk. 161 00:12:59,126 --> 00:13:00,668 MAYUMI SUZUKI 162 00:13:00,751 --> 00:13:05,709 PASTIKAN MALANG YANG MENIMPA SUAMI SAYA TAK BERULANG LAGI 163 00:13:19,376 --> 00:13:20,418 Saya dah balik. 164 00:13:20,501 --> 00:13:24,501 Hei, Ryo. Mayu dapat tawaran kerja. 165 00:13:24,584 --> 00:13:25,501 Apa? 166 00:13:29,251 --> 00:13:31,001 - Dah dapat kerja? - Ya. 167 00:13:31,501 --> 00:13:32,543 Di mana? 168 00:13:33,418 --> 00:13:36,709 Syarikat baru saiz sederhana, pilihan ketujuh saya. 169 00:13:37,376 --> 00:13:38,376 Yakah? 170 00:13:39,334 --> 00:13:40,876 Tahniah. 171 00:13:41,501 --> 00:13:43,001 Awak pun usahalah lagi. 172 00:13:43,084 --> 00:13:43,918 Baik. 173 00:13:56,584 --> 00:13:58,001 Maaf tentang hari itu. 174 00:14:02,501 --> 00:14:05,168 Tak apa. 175 00:14:08,168 --> 00:14:11,376 Salah saya juga sebab tak beritahu. 176 00:14:14,793 --> 00:14:15,751 Ryo… 177 00:14:21,001 --> 00:14:22,918 Jom balik bersama hari ini. 178 00:14:26,168 --> 00:14:27,709 Saya pun baru dapat kerja. 179 00:14:29,626 --> 00:14:30,709 Ryo! 180 00:14:31,334 --> 00:14:33,793 Raikanlah kejayaan dia dapat kerja. 181 00:14:35,501 --> 00:14:37,126 Betul kata dia. 182 00:14:37,876 --> 00:14:39,918 Raikanlah kejayaan saya. 183 00:14:42,418 --> 00:14:43,376 Yalah, okey. 184 00:14:48,376 --> 00:14:51,418 {\an8}Buat benda begini pada awal pagi rasa macam rosakkan hari pula. 185 00:14:53,501 --> 00:14:55,751 Saya dah lama teringin nak cuba. 186 00:14:56,501 --> 00:14:59,418 Yakah? Kalau begitu, layan sajalah. 187 00:15:00,626 --> 00:15:01,834 Apa pun, tahniahlah. 188 00:15:02,418 --> 00:15:03,334 Terima kasih. 189 00:15:06,918 --> 00:15:07,959 Awak pula macam mana? 190 00:15:08,626 --> 00:15:10,126 Dah pilih tempat kerja? 191 00:15:11,501 --> 00:15:12,501 Dah. 192 00:15:15,168 --> 00:15:16,209 Sebenarnya… 193 00:15:20,168 --> 00:15:22,709 Saya bercadang nak jadi wartawan akhbar. 194 00:15:23,209 --> 00:15:25,834 - Apa? - Tak perlulah terkejut sangat. 195 00:15:26,793 --> 00:15:29,668 Tapi awak sendiri kata orang dah tak baca akhbar! 196 00:15:29,751 --> 00:15:30,834 Betul. 197 00:15:32,584 --> 00:15:33,584 Sebenarnya… 198 00:15:36,834 --> 00:15:38,626 Banyak perkara dah berlaku. 199 00:15:41,334 --> 00:15:44,459 Saya jumpa orang awak ceritakan itu. Cik Matsuda. 200 00:15:45,543 --> 00:15:46,793 Cik Matsuda? 201 00:15:50,543 --> 00:15:52,918 Dulu, saya ada juga kutuk dia. 202 00:15:54,126 --> 00:15:55,709 Bagaimana orangnya? 203 00:15:59,293 --> 00:16:03,459 Saya taklah kenal dia sangat. Tapi dia sangat baik orangnya. 204 00:16:05,626 --> 00:16:07,001 Dia sangat bersemangat. 205 00:16:08,876 --> 00:16:10,126 Ada rasa ihsan. 206 00:16:11,876 --> 00:16:15,168 Tapi siapa tahu? Dia mungkin jahat. 207 00:16:23,209 --> 00:16:25,168 Ya, betul juga. 208 00:16:32,751 --> 00:16:35,001 Kebelakangan ini, saya sedar… 209 00:16:37,168 --> 00:16:41,168 bergantung pada kedudukan, orang boleh jadi baik atau jahat. 210 00:16:48,709 --> 00:16:51,084 Janganlah berubah, Ryo. 211 00:16:52,418 --> 00:16:53,834 Apa maksud awak? 212 00:16:55,084 --> 00:16:57,293 Saya takkan berubah. Jangan risaulah. 213 00:16:59,209 --> 00:17:01,251 - Yakah? - Yalah. 214 00:17:11,668 --> 00:17:16,251 Maaf sebab tiba-tiba hubungi puan. 215 00:17:22,668 --> 00:17:23,668 Saya dah baca… 216 00:17:26,043 --> 00:17:27,626 nota bunuh dirinya. 217 00:17:33,043 --> 00:17:36,043 Saya bersalah sebab tak mohon maaf betul-betul dulu. 218 00:17:38,543 --> 00:17:40,334 Saya benar-benar minta maaf. 219 00:17:45,959 --> 00:17:47,376 Saya dengar… 220 00:17:49,293 --> 00:17:54,293 semua pihak yang terlibat dalam kes suami saya dinaikkan pangkat. 221 00:17:58,168 --> 00:17:59,293 Dia selalu… 222 00:18:01,209 --> 00:18:03,251 berbangga dengan kerjanya. 223 00:18:06,251 --> 00:18:10,543 "Penjawat awam dipilih untuk berkhidmat oleh rakyat Jepun." 224 00:18:12,251 --> 00:18:14,334 "Berbakti kepada rakyat… 225 00:18:16,459 --> 00:18:18,418 membanggakan saya." 226 00:18:23,293 --> 00:18:24,543 Dia… 227 00:18:27,084 --> 00:18:30,251 sangat menghormati awak. 228 00:18:37,084 --> 00:18:41,959 En. Kurosaki, awak juga terpaksa akur arahan pihak atasan, bukan? 229 00:18:50,251 --> 00:18:53,876 Tak kira apa pun saya kata, semuanya bagai alasan yang direka. 230 00:18:59,334 --> 00:19:01,459 Saya tak mampu nak balas budinya… 231 00:19:03,418 --> 00:19:05,168 sebab percayakan saya. 232 00:19:25,418 --> 00:19:27,626 Pada kali terakhir saya jumpa Suzuki, 233 00:19:29,376 --> 00:19:31,084 dia serahkan ini kepada saya. 234 00:19:45,001 --> 00:19:48,168 Saya tak dapat nak penuhi 235 00:19:49,126 --> 00:19:51,168 kepercayaan yang Suzuki berikan. 236 00:19:52,001 --> 00:19:53,043 Paling kejam, 237 00:19:54,751 --> 00:19:56,918 saya biarkan dia mati sendiri. 238 00:20:02,668 --> 00:20:03,668 Saya… 239 00:20:06,959 --> 00:20:09,168 benar-benar minta maaf. 240 00:20:29,001 --> 00:20:34,084 REKOD AUDIO TENTANG ISU AKADEMI EISHIN 241 00:20:34,168 --> 00:20:37,168 Tahun ini, pada hari Rabu, 13 Februari. 242 00:20:38,168 --> 00:20:40,834 Ketua Biro Kewangan Tempatan Chubu, En. Kitano 243 00:20:41,459 --> 00:20:43,751 memanggil para pekerja berkumpul sekitar 8 malam 244 00:20:43,834 --> 00:20:46,043 dan suruh mereka mengubah dokumen. 245 00:20:46,543 --> 00:20:50,084 Pengarah Biro Kewangan En. Mouri datang ke sini dari Tokyo. 246 00:20:50,793 --> 00:20:54,626 Kami berlima yang berada di Jabatan Pengurusan Dokumen Biro ini 247 00:20:54,709 --> 00:20:58,043 ditugaskan mengubah dokumen 248 00:20:58,626 --> 00:21:03,043 yang tidak konsisten dengan kenyataan Tuan Perdana Menteri ketika di Diet. 249 00:21:04,459 --> 00:21:08,543 Dokumen tersebut diubah pada Khamis, 14 Februari. 250 00:21:09,043 --> 00:21:10,293 Kami diarahkan 251 00:21:10,376 --> 00:21:14,626 membuang nama Puan Wanita Pertama dan Ahli Parlimen lain 252 00:21:14,709 --> 00:21:18,126 agar dokumen itu sepadan dengan kenyataan di Parlimen. 253 00:21:18,209 --> 00:21:19,959 Penyelia Pengurusan Dokumen Negara, En. Kurosaki 254 00:21:20,043 --> 00:21:23,376 - menyerahkan dokumen yang diubah - Kazuya… 255 00:21:23,459 --> 00:21:25,876 kepada Ketua Biro Kewangan Tempatan Chubu, En. Kitano. 256 00:21:25,959 --> 00:21:27,459 Awak sangat teliti. 257 00:21:27,543 --> 00:21:29,918 Pada Isnin, 18 Februari, 258 00:21:30,001 --> 00:21:32,084 kami dipanggil berkumpul sekitar 8.30 pagi… 259 00:21:52,459 --> 00:21:54,918 Dia suruh kami ikut arahan, 260 00:21:55,001 --> 00:21:58,876 jadi kami ubah dan musnahkan dokumen rasmi. 261 00:21:59,959 --> 00:22:03,751 Terdapat rekod terperinci bagi perjumpaan itu. Nampaknya, 262 00:22:04,334 --> 00:22:05,334 Akademi Eishin 263 00:22:05,418 --> 00:22:08,543 diberi layanan istimewa oleh Kementerian Kewangan. 264 00:22:09,251 --> 00:22:13,084 Setidaknya begitulah, supaya ia nampak tak ketara kepada umum, 265 00:22:13,668 --> 00:22:17,584 ia dibuat seperti Pengarah Biro Kewangan Mouri yang buat keputusan. 266 00:22:18,084 --> 00:22:19,126 Hebat. 267 00:22:20,876 --> 00:22:23,043 Berita ini tentu kecoh. 268 00:22:24,168 --> 00:22:25,376 Yakah? 269 00:22:27,084 --> 00:22:28,709 Boleh kita terbitkannya? 270 00:22:34,418 --> 00:22:36,084 Ada orang lain dah dengar bukti ini? 271 00:22:36,876 --> 00:22:41,251 Hanya kita dan pegawai atasan Kazuya, En. Kurosaki yang tahu. 272 00:22:48,376 --> 00:22:50,334 Bos masih nak ikut kata pihak atasan? 273 00:22:53,209 --> 00:22:56,126 Bos, bukti dah ada depan mata! 274 00:23:09,126 --> 00:23:11,084 Kita paparkan di muka depan akhbar esok. 275 00:23:16,209 --> 00:23:18,168 Ini sememangnya berita tergempar. 276 00:23:19,043 --> 00:23:20,334 Jadi kita akan terbitkannya. 277 00:23:22,293 --> 00:23:24,543 - Beri segala yang diperlukan. - Baik. 278 00:23:29,501 --> 00:23:30,501 Pn. Mayumi. 279 00:23:32,293 --> 00:23:33,709 Puan pasti tentang ini? 280 00:23:35,376 --> 00:23:37,418 Memaparkannya kepada umum 281 00:23:38,709 --> 00:23:41,334 boleh membuatkan puan terseksa. 282 00:23:46,876 --> 00:23:48,126 Saya dah bersedia. 283 00:23:49,584 --> 00:23:54,584 Saya percaya ini cara terbaik untuk memperingati suami saya. 284 00:24:12,334 --> 00:24:13,668 PENJUALAN TANAH AWAM 285 00:24:13,751 --> 00:24:15,793 KEPADA USAHASAMA PENDIDIKAN AKADEMI EISHIN… 286 00:24:24,209 --> 00:24:25,709 EN. SUZUKI MEMPROTES… 287 00:24:28,293 --> 00:24:29,376 "Kali kedua." 288 00:24:30,168 --> 00:24:31,793 "Kisah yang dipaparkan…" 289 00:24:31,876 --> 00:24:34,251 "Dipaksa untuk…" 290 00:24:34,334 --> 00:24:35,876 "Dipaksa melakukan kerja…" 291 00:24:36,876 --> 00:24:39,501 Kita akan siarkan isu Eishin di muka depan. 292 00:24:39,584 --> 00:24:41,043 - Baik. - Bagus. Buat cepat. 293 00:24:41,126 --> 00:24:42,168 - Baik. - Terima kasih. 294 00:24:42,251 --> 00:24:43,126 EN. MOURI ARAH PENGUBAHAN 295 00:24:43,209 --> 00:24:44,043 PUNCANYA KENYATAAN PM? 296 00:24:58,626 --> 00:25:00,626 NOTA BUNUH DIRI MENDIANG DIDEDAHKAN 297 00:25:27,793 --> 00:25:29,834 NOTA BUNUH DIRI MENDIANG DIDEDAHKAN 298 00:26:00,876 --> 00:26:01,959 - Nah. - Baik. 299 00:26:02,584 --> 00:26:03,584 - Nah. - Baik. 300 00:26:08,501 --> 00:26:10,293 NOTA BUNUH DIRI MENDIANG DIDEDAHKAN 301 00:26:57,959 --> 00:26:58,918 Terima kasih. 302 00:27:03,293 --> 00:27:05,418 NOTA BUNUH DIRI MENDIANG DIDEDAHKAN 303 00:27:18,501 --> 00:27:21,501 ANNA MATSUDA SEBARKAN #JANGANLUPAKANEN.SUZUKI 304 00:27:28,959 --> 00:27:30,209 {\an8}EN. MOURI ARAH PENGUBAHAN 305 00:27:32,709 --> 00:27:33,834 DEWI TELAH BANGKIT! 306 00:27:35,084 --> 00:27:37,084 #JANGANLUPAKANEN.SUZUKI 307 00:27:37,168 --> 00:27:38,334 1. #JANGANLUPAKANEN.SUZUKI 23,321 CIAPAN 308 00:27:49,793 --> 00:27:51,376 MOHON SIASATAN DIBUKA SEMULA 309 00:27:52,209 --> 00:27:53,543 CIAPAN TELAH DIHANTAR 310 00:27:57,584 --> 00:28:00,959 {\an8}PENDAKWA YOSHIKAZU YAGAWA 311 00:28:17,209 --> 00:28:19,043 {\an8}NOTA BUNUH DIRI MENDIANG DIDEDAHKAN 312 00:28:45,168 --> 00:28:46,376 Selamat pagi. 313 00:28:50,209 --> 00:28:52,668 Selamat pagi. Terima kasih! 314 00:28:53,709 --> 00:28:55,876 - Tahniah. - Tahniah. 315 00:28:55,959 --> 00:28:57,001 Terima kasih. 316 00:28:57,084 --> 00:29:00,209 Awak berjaya. Semua akhbar lain pun kejar isu ini. 317 00:29:01,751 --> 00:29:04,376 Cik Matsuda, ia kini tular di media sosial. 318 00:29:04,459 --> 00:29:06,834 Mereka tak boleh abaikannya sekarang. 319 00:29:06,918 --> 00:29:08,334 Kerajaan pasti dirombak. 320 00:29:08,834 --> 00:29:10,834 Sebelum ini, bukan begitu jadinya. 321 00:29:11,584 --> 00:29:14,001 Yalah, tapi kali ini? Mana tahu? 322 00:29:14,084 --> 00:29:16,751 Tentu pejabat Perdana Menteri akan bertindak. 323 00:29:17,334 --> 00:29:20,376 Awak mungkin akan jadi sasaran mereka. 324 00:29:24,876 --> 00:29:28,418 Jangan risau. Ketika itulah, perjuangan sebenar bermula. 325 00:29:45,959 --> 00:29:48,584 Helo. Lama tak berbual. 326 00:29:49,543 --> 00:29:51,626 Saya nak tanya sesuatu. 327 00:29:53,584 --> 00:29:57,543 Nota tulisan tangan mangsa menyatakan Pengarah Biro Kewangan Mouri 328 00:29:57,626 --> 00:30:01,459 mengarahkan agar dokumen diubah sebanyak tiga kali. 329 00:30:01,543 --> 00:30:04,168 Ia turun mendedahkan maklumat bukan berkaitan Kementerian… 330 00:30:16,709 --> 00:30:18,334 Terima kasih sebab hubungi saya. 331 00:30:18,418 --> 00:30:21,334 Apa khabar? Awak okey tak? 332 00:30:22,751 --> 00:30:23,959 Ya. 333 00:30:24,501 --> 00:30:28,251 Awak pasti dah tahu isu Eishin kini makin hangat di berita. 334 00:30:30,001 --> 00:30:32,459 Ya, saya tahu. 335 00:30:33,584 --> 00:30:34,668 Ada kemungkinan 336 00:30:36,251 --> 00:30:38,126 pihak pendakwa akan menyiasatnya. 337 00:30:40,376 --> 00:30:43,293 Jadi apa patut saya buat? 338 00:30:44,251 --> 00:30:46,709 Keadaan pasti rumit, tapi jangan risau. 339 00:30:47,876 --> 00:30:49,418 Teruskan saja tugas awak. 340 00:30:53,043 --> 00:30:54,251 Tuan pasti? 341 00:30:54,959 --> 00:30:56,001 Kenapa? 342 00:30:58,959 --> 00:31:01,084 Awak nak ubah kenyataan dulu? 343 00:31:03,001 --> 00:31:04,001 Tidak. 344 00:31:06,918 --> 00:31:07,959 Jangan risau. 345 00:31:10,626 --> 00:31:13,584 Kerajaan pasti takkan biar sebarang bukti ditemui. 346 00:31:13,668 --> 00:31:17,251 Tapi kalau ada bukti tak dijangka, 347 00:31:19,459 --> 00:31:21,918 kerajaan masih akan lindungi saya, bukan? 348 00:31:23,043 --> 00:31:24,251 Sudah tentu. 349 00:31:25,501 --> 00:31:29,876 Selagi awak jalankan tugas sebagai birokrat hingga isu ini selesai. 350 00:31:33,543 --> 00:31:36,668 Buatlah yang terbaik. Okey? 351 00:31:47,709 --> 00:31:48,834 Begitu. 352 00:31:49,793 --> 00:31:50,751 Terima kasih. 353 00:31:51,876 --> 00:31:53,168 {\an8}FIRMA GUAMAN TETSUSHI SASAKI 354 00:31:53,251 --> 00:31:56,251 {\an8}Cik Matsuda ada ceritakan serba sedikit sebelum ini. 355 00:31:56,334 --> 00:31:58,376 {\an8}Jadi apa rancangan puan sekarang? 356 00:32:01,043 --> 00:32:04,293 Saya harap mereka yang terlibat dihadapkan ke mahkamah. 357 00:32:04,959 --> 00:32:06,001 Begitu. 358 00:32:06,876 --> 00:32:09,751 Saya nak segalanya didedahkan kepada semua. 359 00:32:11,251 --> 00:32:13,834 Kalau kita tak dapat kenal pasti punca 360 00:32:14,834 --> 00:32:18,501 suami saya terlibat dalam isu ini, tiada gunanya kita siasat. 361 00:32:20,543 --> 00:32:21,876 Saya faham. 362 00:32:25,376 --> 00:32:26,834 Awak rasa boleh kita lakukannya? 363 00:32:27,626 --> 00:32:29,959 Kes ini pernah digugurkan sekali, 364 00:32:30,043 --> 00:32:32,626 tapi taklah mustahil untuk dibuka semula. 365 00:32:33,584 --> 00:32:36,251 Kalau ada bukti yang lebih kukuh, kita boleh ubah situasi. 366 00:32:38,959 --> 00:32:41,834 Maksud awak, bukti Perdana Menteri terlibat? 367 00:32:41,918 --> 00:32:42,918 Betul. 368 00:32:44,501 --> 00:32:47,626 Kalau nota bunuh diri dan memoir ini diberikan kepada pendakwa, 369 00:32:47,709 --> 00:32:49,876 mereka mungkin akan buka semula siasatan. 370 00:32:49,959 --> 00:32:52,084 Puan nak saya bincang dengan mereka? 371 00:32:52,584 --> 00:32:53,709 Ya. Tolonglah. 372 00:33:03,084 --> 00:33:05,251 Keadaan dah jadi makin teruk. 373 00:33:06,501 --> 00:33:09,251 Mereka betul-betul dah susahkan semua orang. 374 00:33:10,334 --> 00:33:12,501 Kalau kekecohan umum terus berlaku, 375 00:33:12,584 --> 00:33:15,793 pihak pendakwa mungkin akan soal siasat awak, Murakami. 376 00:33:17,626 --> 00:33:18,668 Ya. 377 00:33:18,751 --> 00:33:23,251 Apa pun, kita perlu sekat sebanyak maklumat yang boleh. 378 00:33:23,834 --> 00:33:24,751 Ya. 379 00:33:25,501 --> 00:33:27,251 Tapi bagaimana kita nak buat? 380 00:33:27,334 --> 00:33:32,168 Kalau dah timbul kekecohan begini, CIRO tak mampu uruskan sendiri. 381 00:33:32,834 --> 00:33:35,834 Tak banyak boleh ditapis. Betul tak? 382 00:33:36,626 --> 00:33:37,501 Kita… 383 00:33:38,918 --> 00:33:43,168 Kita perlukan seseorang berpangkat setaraf awak, En. Nakagawa. 384 00:33:44,168 --> 00:33:46,376 Awak pernah buat ketika bidaan Olimpik, bukan? 385 00:33:47,376 --> 00:33:50,209 Kita akan raih sokongan setiap ketua pihak media. 386 00:33:50,293 --> 00:33:52,793 Saya akan hubungi mereka. Sama macam dulu. 387 00:33:53,709 --> 00:33:55,084 Macam mana dengan kami? 388 00:33:56,459 --> 00:33:59,668 Cari maklumat berkaitan hal peribadi ketua pihak media. 389 00:34:00,459 --> 00:34:04,126 Siasat apa saja, termasuk hal keluarga. 390 00:34:04,209 --> 00:34:05,709 Kita ambil kira semua perkara. 391 00:34:07,043 --> 00:34:09,626 Ia bergantung pada cara kita nak kenakan mereka nanti. 392 00:34:10,459 --> 00:34:14,001 Awak nak kami desak dan ugut mereka? 393 00:34:15,043 --> 00:34:16,251 Serta-merta. 394 00:34:17,293 --> 00:34:18,251 Baiklah. 395 00:34:35,459 --> 00:34:36,876 …yang dikatakan di Parlimen. 396 00:34:36,959 --> 00:34:40,584 Penyelia Pengurusan Dokumen Negara, En. Kurosaki 397 00:34:40,668 --> 00:34:42,584 menyerahkan dokumen yang diubah 398 00:34:42,668 --> 00:34:45,126 kepada Ketua Biro Kewangan Tempatan Chubu, En. Kitano. 399 00:34:46,334 --> 00:34:50,459 Pada Isnin, 18 Februari, kami dipanggil berkumpul… 400 00:34:50,543 --> 00:34:53,501 Apa pendapat awak? 401 00:34:54,251 --> 00:34:57,418 {\an8}PENDAKWA YOSHIKAZU YAGAWA 402 00:34:59,209 --> 00:35:02,001 {\an8}Kenapa mereka semua tak didakwa dari awal lagi? 403 00:35:04,126 --> 00:35:07,543 {\an8}Saya tak berhak untuk jawab soalan itu. 404 00:35:12,084 --> 00:35:14,543 Tapi sebelum suami puan meninggal dunia, 405 00:35:16,251 --> 00:35:18,626 saya berjanji takkan abaikan kes ini. 406 00:35:19,584 --> 00:35:20,459 Apa? 407 00:35:22,043 --> 00:35:23,376 Saya tahu ini dah terlewat, 408 00:35:25,043 --> 00:35:27,251 tapi sekarang saya rasa mampu… 409 00:35:29,084 --> 00:35:31,001 untuk bantu penuhi permintaan Kazuya Suzuki 410 00:35:32,459 --> 00:35:34,459 yang saya tak lakukan sebelum ini. 411 00:35:41,251 --> 00:35:43,584 {\an8}Terima kasih kerana serahkan bahan ini. 412 00:35:45,709 --> 00:35:47,793 {\an8}Saya akan mula jalankan siasatan menyeluruh. 413 00:35:51,376 --> 00:35:52,959 BERITA TOUTO 414 00:35:53,043 --> 00:35:54,793 En. Ryo Kinoshita. 415 00:35:58,876 --> 00:36:01,668 Saya dengar awak anak saudara En. Kazuya Suzuki. 416 00:36:04,376 --> 00:36:05,418 Betul. 417 00:36:06,251 --> 00:36:08,918 Saya juga dengar yang awak jarang baca akhbar. 418 00:36:11,751 --> 00:36:13,376 Betul. Maafkan saya. 419 00:36:15,459 --> 00:36:19,709 Kalau kami upah awak, apa jenis kerja yang awak nak lakukan? 420 00:36:22,876 --> 00:36:24,293 Bagi orang seperti saya, 421 00:36:25,168 --> 00:36:30,918 orang yang rasa berita tak penting atau jarang baca akhbar, 422 00:36:31,751 --> 00:36:34,293 saya nak tulis artikel yang boleh tarik perhatian mereka. 423 00:36:35,084 --> 00:36:37,251 Saya mahu ramai anak muda 424 00:36:38,168 --> 00:36:41,668 sedar apa yang berlaku di dunia ini perlu diambil perhatian. 425 00:36:43,959 --> 00:36:46,251 Wartawan begitulah yang saya nak jadi. 426 00:36:50,084 --> 00:36:51,334 Saya juga… 427 00:36:52,543 --> 00:36:56,668 nak jadikan kerjaya ini menyeronokkan dan berkhidmat seumur hidup. 428 00:36:58,959 --> 00:37:00,001 Terima kasih. 429 00:37:06,959 --> 00:37:07,876 Baiklah. 430 00:37:08,668 --> 00:37:11,001 Boleh saya tanya satu lagi soalan? 431 00:37:11,834 --> 00:37:12,793 Silakan. 432 00:37:16,293 --> 00:37:20,501 Apa yang perlu ada pada akhbar agar ia sesuai dengan masyarakat? 433 00:37:44,543 --> 00:37:46,001 Helo? 434 00:37:46,084 --> 00:37:47,751 Hai, mak. 435 00:37:47,834 --> 00:37:49,209 Ya, kenapa? 436 00:37:52,626 --> 00:37:53,918 Saya dah dapat kerja. 437 00:37:54,001 --> 00:37:55,584 Yakah? Betulkah? 438 00:37:56,209 --> 00:37:57,168 Ya. 439 00:37:57,251 --> 00:37:59,418 Saya mula kerja di Berita Touto musim bunga ini. 440 00:37:59,959 --> 00:38:02,876 Yakah? Tahniahlah, nak! 441 00:38:02,959 --> 00:38:05,501 Jadi kamu akan bekerja dengan Cik Matsuda? 442 00:38:06,834 --> 00:38:07,834 Mungkin. 443 00:38:08,751 --> 00:38:11,376 Saya belum tahu di mana saya akan ditugaskan. 444 00:38:11,876 --> 00:38:13,043 Oh, ya. 445 00:38:13,126 --> 00:38:15,251 Kejap. Mak beri kepada mak cik kamu. 446 00:38:19,293 --> 00:38:20,793 Helo, Ryo? 447 00:38:22,418 --> 00:38:23,376 Tahniah. 448 00:38:23,459 --> 00:38:24,293 Terima kasih. 449 00:38:25,751 --> 00:38:27,918 Sampaikan kepada Pak Cik Kazuya, ya? 450 00:38:29,418 --> 00:38:30,459 Baiklah. 451 00:38:32,376 --> 00:38:33,418 Semoga berjaya. 452 00:38:35,084 --> 00:38:36,376 Mak cik pun sama. 453 00:38:39,126 --> 00:38:40,418 Terima kasih. 454 00:38:40,501 --> 00:38:41,418 Ya. 455 00:38:42,168 --> 00:38:44,501 - Selamat tinggal. - Jumpa lagi. 456 00:38:50,168 --> 00:38:51,751 Berita baik! 457 00:39:02,668 --> 00:39:07,293 {\an8}4 BULAN KEMUDIAN 458 00:39:12,793 --> 00:39:14,751 - Selamat pagi. - Selamat pagi. 459 00:39:14,834 --> 00:39:16,626 - Selamat pagi. - Selamat pagi. 460 00:39:18,959 --> 00:39:22,418 Kamu berdua akan tamat pengajian tak lama lagi, bukan? 461 00:39:23,209 --> 00:39:25,959 Jangan curi tulang. Teruskan bekerja keras sampai habis. 462 00:39:26,043 --> 00:39:27,751 - Okey. - Ya, dah tentu. 463 00:39:27,834 --> 00:39:33,084 Seronok pula apabila terfikir nanti, saya akan hantar akhbar tulisan Ryo. 464 00:39:34,251 --> 00:39:37,876 Kalau awak tulis artikel sampah, kami ejek awak cukup-cukup. 465 00:39:37,959 --> 00:39:41,334 - Jangan lupa. - Alahai, janganlah. 466 00:39:49,876 --> 00:39:52,876 "Kes pertama sebaran penyakit di Jepun telah disahkan." 467 00:39:54,793 --> 00:39:55,626 Kenapa? 468 00:39:56,334 --> 00:40:00,876 Cuma kebelakangan ini ada banyak berita tentang ini. Risau pula. 469 00:40:00,959 --> 00:40:03,168 Virus itu? Jangan risau, kita okey. 470 00:40:03,251 --> 00:40:06,001 Mereka sengaja nak kecoh soal demam biasa. 471 00:40:06,084 --> 00:40:09,043 Tak elok cakap besar. Kena hati-hati juga. 472 00:40:09,126 --> 00:40:10,709 Yakah? 473 00:40:33,876 --> 00:40:34,834 Ini bagus. 474 00:40:35,668 --> 00:40:39,584 Tak lama lagi En. Nakagawa akan mula berjumpa mereka. 475 00:40:39,668 --> 00:40:42,793 Pastikan awak siapkan siasatan kendiri tentang mereka. 476 00:40:45,876 --> 00:40:47,251 En. Tada. 477 00:40:50,418 --> 00:40:51,418 Ada apa? 478 00:40:54,126 --> 00:40:57,001 Tuan rasa menyiasat hidup peribadi rakyat 479 00:40:57,084 --> 00:40:59,751 dan mendesak mereka akan menstabilkan negara? 480 00:41:08,168 --> 00:41:09,959 Apa maksud awak? 481 00:41:11,543 --> 00:41:13,959 Pendapat rakyat telah pun dipesongkan, 482 00:41:16,751 --> 00:41:19,084 sampai sukar untuk dihalang. 483 00:41:19,168 --> 00:41:21,501 Awak sendiri yang minta harga murah daripada Mouri, 484 00:41:21,584 --> 00:41:24,918 awak rasa boleh selesaikan isu dengan minta maaf kepada rakyat? 485 00:41:25,501 --> 00:41:26,501 Tidak. 486 00:41:28,834 --> 00:41:33,751 - Saya hanya jalankan tugas saya. - Awak silap. 487 00:41:35,209 --> 00:41:38,918 Isu ini timbul sebab awak ingat itu yang Wanita Pertama mahukan. 488 00:41:39,001 --> 00:41:42,001 Kalau awak tak dapatkan harga murah untuk tanah itu, 489 00:41:42,084 --> 00:41:44,459 Mouri tak perlu letak jawatan 490 00:41:44,543 --> 00:41:47,626 dan pekerja Biro Kewangan Tempatan Chubu takkan mati. 491 00:41:47,709 --> 00:41:50,376 Isu ini juga takkan merebak jadi besar begini. 492 00:41:52,626 --> 00:41:54,334 Apa? Saya… 493 00:41:54,418 --> 00:41:55,418 En. Tada… 494 00:41:56,084 --> 00:41:57,168 Semua ini… 495 00:42:00,418 --> 00:42:03,251 ialah satu rancangan yang awak mulakan. 496 00:42:07,418 --> 00:42:11,043 Tak masuk akal. Tuan bergurau, bukan? 497 00:42:11,126 --> 00:42:13,418 En. Tada, saya… 498 00:42:13,501 --> 00:42:17,501 Perkara itu boleh jadi kenyataan. 499 00:42:24,668 --> 00:42:27,084 Anggaplah semua ini dilakukan demi melindungi sistem. 500 00:42:27,834 --> 00:42:29,293 Pergi sambung kerja. 501 00:42:34,459 --> 00:42:35,459 Saya minta diri. 502 00:42:43,043 --> 00:42:43,876 Tunggu. 503 00:42:45,126 --> 00:42:47,043 - Lagi satu, Murakami. - Ya? 504 00:42:49,084 --> 00:42:53,584 Kestabilan keluarga awak juga bergantung pada kestabilan negara. 505 00:43:18,876 --> 00:43:21,918 Isu ini timbul sebab awak ingat itu yang Wanita Pertama mahukan. 506 00:43:22,001 --> 00:43:23,834 Ayah! Selamat pulang! 507 00:43:23,918 --> 00:43:26,501 - Selamat pulang! - Terima kasih. 508 00:43:26,584 --> 00:43:30,584 Kalau awak tak dapatkan harga murah untuk tanah itu, 509 00:43:31,084 --> 00:43:33,709 Mouri tak perlu letak jawatan 510 00:43:34,209 --> 00:43:37,959 dan pekerja Biro Kewangan Tempatan Chubu takkan mati. 511 00:43:38,709 --> 00:43:39,543 Ya, arnab. 512 00:43:39,626 --> 00:43:41,876 Isu ini juga takkan merebak jadi besar begini. 513 00:43:41,959 --> 00:43:43,334 - Beruang. - Beruang? 514 00:43:43,418 --> 00:43:44,376 Awak silap. 515 00:43:44,959 --> 00:43:45,834 Semua ini… 516 00:43:46,709 --> 00:43:49,793 ialah satu rancangan yang awak mulakan. 517 00:43:49,876 --> 00:43:50,793 {\an8}Tidak. 518 00:44:04,168 --> 00:44:07,668 Hayato, habis tumpah makanan kamu. 519 00:44:10,209 --> 00:44:12,459 - Nah. Lapkannya. - Okey. 520 00:44:13,626 --> 00:44:15,043 Makan lobak merah. 521 00:44:36,293 --> 00:44:39,001 MESEJ 522 00:44:39,084 --> 00:44:43,209 PERMINTAAN MENGHANTAR MESEJ 523 00:44:43,293 --> 00:44:50,293 LIVING DEAD MENGHANTAR IMEJ 524 00:44:58,376 --> 00:45:00,209 SAYA KENAL ABANG AWAK 525 00:45:04,001 --> 00:45:05,418 Apa ini? 526 00:45:15,626 --> 00:45:17,251 AWAK DARI PEJABAT PERDANA MENTERI? 527 00:45:23,668 --> 00:45:26,376 AWAK DARI PEJABAT PERDANA MENTERI? 528 00:48:02,084 --> 00:48:06,584 WATAK DAN PERISTIWA DALAM CERITA INI ADALAH FIKSYEN SEMATA-MATA 529 00:48:06,668 --> 00:48:09,126 DAN TIADA KAITAN DENGAN KEHIDUPAN SEBENAR. 530 00:48:16,918 --> 00:48:21,918 {\an8}Terjemahan sari kata oleh Shadiqah Rafiq