1 00:01:05,566 --> 00:01:07,401 {\an8}BERDASARKAN BUKU OLEH GARTH RISK HALLBERG 2 00:01:49,067 --> 00:01:51,278 Betulkah saya boleh masuk? Saya tak mahu... 3 00:01:51,945 --> 00:01:53,405 Saya tak mahu awak ditimpa masalah. 4 00:01:53,405 --> 00:01:54,698 Sebenarnya tak boleh, 5 00:01:54,698 --> 00:01:57,075 tapi kalau tertangkap, saya takkan menyesal. 6 00:01:59,953 --> 00:02:01,330 Hai. Dia kawan saya. 7 00:02:02,915 --> 00:02:03,916 Terima kasih. 8 00:02:10,422 --> 00:02:12,966 - Apa ini? - Sumber kebahagiaan saya. 9 00:02:23,810 --> 00:02:24,770 Okey. Bekas seterusnya. 10 00:02:26,688 --> 00:02:27,689 - Yang hujung? - Ya. 11 00:02:27,689 --> 00:02:31,068 - Okey. - Perlahan. Masuk dalam larutan bantut. 12 00:02:33,028 --> 00:02:34,196 - Bahagian sama atau... - Atas. 13 00:02:34,196 --> 00:02:36,114 - Menghadap atas. Ya. - Atas? 14 00:02:37,616 --> 00:02:39,243 - Bagus. - Okey. 15 00:02:43,956 --> 00:02:46,667 Jadi, adakah Nicky suka hadiah itu? 16 00:02:46,667 --> 00:02:48,043 Buku yang awak belikan? 17 00:02:49,169 --> 00:02:50,170 Ya, dia suka. 18 00:02:53,966 --> 00:02:54,967 Baguslah. 19 00:02:57,970 --> 00:02:59,513 Guna penyepit baharu, Charles. 20 00:03:00,013 --> 00:03:04,101 Tak boleh bercampur, okey? 21 00:03:05,227 --> 00:03:06,395 Okey. Maaf. 22 00:03:09,940 --> 00:03:12,234 Awak dan Nicky selalu lepak bersama? 23 00:03:13,485 --> 00:03:14,486 Boleh dikatakan begitu. 24 00:03:16,989 --> 00:03:19,074 Saya cuba luangkan sebanyak mungkin masa dengan dia. 25 00:03:19,825 --> 00:03:21,827 Saya rasa ada banyak perkara boleh belajar daripada dia. 26 00:03:24,705 --> 00:03:26,665 Macam awak ada banyak perkara boleh belajar daripada saya. 27 00:03:31,837 --> 00:03:32,963 Dah sedia nak proses gambar? 28 00:03:32,963 --> 00:03:34,173 Ya. 29 00:03:40,262 --> 00:03:41,263 Terima kasih. 30 00:03:42,764 --> 00:03:45,726 Pastikan awak tekan sampai ke bawah. 31 00:03:48,770 --> 00:03:50,272 Kita mahukan gambar yang jelas. 32 00:04:08,582 --> 00:04:12,252 Okey. Dua puluh empat keping, hitam putih. 33 00:04:12,252 --> 00:04:17,048 Jumlahnya 16.99 termasuk cukai. Siap esok. Bayar semasa ambil. 34 00:04:17,798 --> 00:04:20,719 Okey. Saya pun ada masa untuk dapatkan 16.99, 35 00:04:21,220 --> 00:04:23,972 dan saya akan dapat, sebab filem itu sangat berharga. 36 00:04:23,972 --> 00:04:25,057 Maksud saya, bagi saya. 37 00:04:25,641 --> 00:04:26,767 Begitu? 38 00:04:28,644 --> 00:04:30,979 Ya. Kita ada persetujuan, 39 00:04:30,979 --> 00:04:32,981 macam kerahsiaan antara doktor dan pesakit? 40 00:04:33,774 --> 00:04:36,401 Saya ada perjanjian begitu dengan Dr. Altschul, ahli terapi saya. 41 00:04:36,401 --> 00:04:40,239 Okey. Tiada, tapi jangan risau. 42 00:04:40,239 --> 00:04:45,077 Saya dah tengok banyak gambar. Bogel, mayat, pelbagai jenis seks. 43 00:04:45,077 --> 00:04:47,913 Gambar dalam filem ini boleh tandingi semua itu? 44 00:04:48,956 --> 00:04:50,999 Saya betul-betul harap awak tak beritahu sesiapa. 45 00:04:51,625 --> 00:04:52,960 Saya janji, sahabat. 46 00:04:55,963 --> 00:04:58,590 Tiada rahsia di Bandar Raya New York. 47 00:04:58,590 --> 00:05:01,760 Ada orang akan ternampak dan terdengar sesuatu. 48 00:05:01,760 --> 00:05:04,263 Selain itu, kita sentiasa keguguran rambut dan serat, 49 00:05:04,263 --> 00:05:06,139 - tinggalkan cap jari... - Cecair badan. 50 00:05:06,139 --> 00:05:07,349 Ada kamera di merata tempat. 51 00:05:07,349 --> 00:05:10,018 Resit kad kredit, rekod panggilan, saman tempat letak kereta... 52 00:05:10,018 --> 00:05:12,020 Berkowitz tertangkap disebabkan saman tempat letak kereta. 53 00:05:12,020 --> 00:05:14,481 Tepat sekali. Bukti ada di mana-mana. 54 00:05:15,274 --> 00:05:17,359 Semasa saya beritahu gadis di taman itu ialah Samantha Yeung, 55 00:05:17,359 --> 00:05:19,236 awak tak terkejut. 56 00:05:20,195 --> 00:05:23,073 Namanya tidak didedahkan, jadi bagaimana awak tahu? 57 00:05:23,073 --> 00:05:24,408 Daripada isteri saya. 58 00:05:24,408 --> 00:05:25,659 Maksud awak, bekas isteri? 59 00:05:25,659 --> 00:05:27,244 Kami belum bercerai. 60 00:05:28,245 --> 00:05:31,164 Regan beritahu saya, seorang pelajar NYU ditembak pada Hari Merdeka 61 00:05:31,164 --> 00:05:32,958 di taman depan kediaman bapanya. 62 00:05:32,958 --> 00:05:34,835 Ada 40,000 pelajar di NYU. 63 00:05:34,835 --> 00:05:37,796 Separuh daripadanya perempuan. Kenapa awak fikir orangnya Samantha? 64 00:05:37,796 --> 00:05:42,593 Saya tak terfikir pun, tapi ia buatkan saya tertanya khabarnya. 65 00:05:43,969 --> 00:05:46,096 Apabila dia tak balas panggilan saya, saya pergi ke asramanya... 66 00:05:50,517 --> 00:05:51,518 Bukti ada di mana-mana. 67 00:05:57,274 --> 00:05:58,984 Kemudian saya pergi ke hospital. 68 00:05:58,984 --> 00:06:00,944 Akhbar menyatakan dia di situ. Saya tak dibenarkan masuk, 69 00:06:00,944 --> 00:06:04,615 tapi saya terdengar satu lagu yang dia suka dan dari situ saya tahu. 70 00:06:06,074 --> 00:06:07,659 Awak di mana semasa Sam ditembak? 71 00:06:09,203 --> 00:06:12,539 Rumah. Saya bersendirian di rumah. 72 00:06:14,082 --> 00:06:17,503 Itu bukan alibi paling kukuh dan paling lemah juga. 73 00:06:18,629 --> 00:06:21,673 - Susah awak nak buktikan. - Susah juga untuk kami sangkal. 74 00:06:21,673 --> 00:06:24,927 Tanyalah penjaga pintu kediaman saya. Bukti ada di mana-mana, bukan? 75 00:06:31,892 --> 00:06:36,355 Jika hubungan sulit awak dengan remaja terdedah, 76 00:06:36,355 --> 00:06:38,023 awak akan kehilangan segalanya. 77 00:06:38,023 --> 00:06:40,067 Masuk akal juga kalau awak mahu dia mati. 78 00:06:40,859 --> 00:06:42,986 Atau hubungan kamu berakhir 79 00:06:42,986 --> 00:06:46,490 sebab dia rasa awak lelaki pertengahan usia yang malang dan tipikal, 80 00:06:46,490 --> 00:06:47,824 jadi awak tak suka. 81 00:06:49,159 --> 00:06:52,371 Awak ada motif. Kini awak cuma perlukan senjata. 82 00:06:52,371 --> 00:06:54,122 Awak miliki pistol, En. Lamplighter? 83 00:06:55,499 --> 00:06:56,500 Pistol? Tidak. 84 00:06:57,334 --> 00:06:59,586 En. Lamplighter, awak boleh beredar. 85 00:07:00,420 --> 00:07:04,007 Dia boleh beredar bila-bila masa saja. Dia datang sukarela. Kami cuma berbual. 86 00:07:04,007 --> 00:07:06,009 - Dia tak ada peguam. - Dia tak minta pun. 87 00:07:06,009 --> 00:07:07,553 En. Lamplighter, silakan. 88 00:07:08,178 --> 00:07:09,179 Saya... 89 00:07:10,055 --> 00:07:11,181 Soal siasat dah berakhir. 90 00:07:13,350 --> 00:07:14,351 Awak dengar katanya. 91 00:07:19,857 --> 00:07:23,902 Terima kasih atas masa kamu. Saya harap kamu jumpa penembaknya. 92 00:07:28,490 --> 00:07:30,993 Bukan arahan saya. Tapi pihak atasan. 93 00:07:31,994 --> 00:07:32,995 Siapa lebih berkuasa daripada awak? 94 00:07:43,839 --> 00:07:44,840 Masuk. 95 00:07:52,222 --> 00:07:53,599 Nampaknya saya perlu ucap "terima kasih." 96 00:07:53,599 --> 00:07:56,768 Begitulah kebiasaannya apabila ada orang selamatkan awak. 97 00:07:56,768 --> 00:07:58,270 Saya tak minta awak tolong pun. 98 00:07:58,270 --> 00:08:01,106 Awak tak perlu minta. Kita sekeluarga. 99 00:08:03,108 --> 00:08:08,280 Kalau pistol yang awak beri kepada saya hilang, 100 00:08:08,280 --> 00:08:10,115 adakah ia dapat dikaitkan kepada kita? 101 00:08:10,115 --> 00:08:13,619 Awak hilangkan atau ada orang ambil? 102 00:08:14,369 --> 00:08:18,081 Adakah Regan? Dia tembak gadis itu kerana cemburu? 103 00:08:18,081 --> 00:08:20,334 Tidak. Sudah tentu tidak. 104 00:08:20,334 --> 00:08:21,710 Jadi siapa? 105 00:08:23,962 --> 00:08:27,799 Luahkan kekusutan awak dan mulakan dengan beritahu saya apa jadi pada muka awak. 106 00:08:27,799 --> 00:08:31,053 Macamlah awak tak tahu. Mereka bekerja untuk awak. 107 00:08:33,972 --> 00:08:34,972 Hentikan kereta. 108 00:08:38,309 --> 00:08:40,270 Hei, tolong berhenti. Sekarang. 109 00:08:43,065 --> 00:08:45,234 Saya boleh arahkan polis tak ganggu awak. 110 00:08:45,984 --> 00:08:49,321 Keluarga saya tanggungjawab saya. Biar saya yang uruskan. 111 00:08:49,321 --> 00:08:52,991 Maafkan saya sebab rasa tak yakin dengan awak. 112 00:08:54,701 --> 00:08:56,161 Boleh tolong buka pintu? 113 00:08:56,787 --> 00:08:57,621 Buka pintu. 114 00:09:06,380 --> 00:09:11,093 Beritahu saya kalau awak ubah fikiran. Sebaiknya sebelum saya yang ubah fikiran. 115 00:09:23,438 --> 00:09:24,273 {\an8}MASIH BERTAHAN 116 00:09:24,273 --> 00:09:26,400 TAKKAN DILUPAKAN 11 SEPTEMBER 2001 117 00:09:26,400 --> 00:09:29,152 11 SEPTEMBER RESTORAN DAN PUB O'HARA 118 00:09:29,152 --> 00:09:30,070 BANDAR RAYA NEW YORK 119 00:09:30,070 --> 00:09:33,490 Saya jamin, tentu arahan keluarga Hamilton-Sweeney. 120 00:09:35,450 --> 00:09:37,035 Saya perlu siasat lagi tentang mereka. 121 00:09:38,287 --> 00:09:41,790 Serta kurangkan berangan dan cuba baca surat khabar. 122 00:09:47,254 --> 00:09:48,922 Kekayaan yang takkan habis. 123 00:09:48,922 --> 00:09:51,800 Mereka bina pencakar langit New York. Ada ramai rakan berjawatan tinggi. 124 00:09:51,800 --> 00:09:54,344 Dia ketua keluarga ini. 125 00:09:54,344 --> 00:09:55,971 Seorang jutawan. 126 00:09:55,971 --> 00:09:59,600 Dia bakal didakwa atas jenayah kewangan. 127 00:09:59,600 --> 00:10:02,186 Saya tak begitu faham, tapi jenayah itu sangat serius. 128 00:10:04,104 --> 00:10:05,355 Mungkin ini kaitannya? 129 00:10:06,398 --> 00:10:09,401 Bukan sebab cemburu atau mahu Sam rahsiakan hubungan sulit mereka. 130 00:10:09,401 --> 00:10:11,653 Mungkin sebab perniagaan. 131 00:10:11,653 --> 00:10:13,363 Mungkin, melalui Lamplighter, 132 00:10:13,363 --> 00:10:15,574 Sam tahu sesuatu yang tak sepatutnya dia tahu. 133 00:10:16,158 --> 00:10:18,327 Tentu orang-orang kaya ini akan buat apa saja 134 00:10:18,327 --> 00:10:20,120 untuk pastikan si bapa tidak dipenjarakan. 135 00:10:21,788 --> 00:10:24,750 Esok kita boleh kembali ke pejabat itu dan siasat. 136 00:10:25,334 --> 00:10:28,253 Cari beberapa pekerja yang tak puas hati yang sanggup buka mulut. 137 00:10:29,880 --> 00:10:33,133 Tiada siapa yang bahagia sebegitu. Mereka rahsiakan sesuatu. 138 00:10:35,802 --> 00:10:38,472 Ayuh, Sam. Apa yang awak cuba beritahu saya? 139 00:10:51,902 --> 00:10:52,903 Dah agak. 140 00:10:53,862 --> 00:10:56,865 Amory Gould celaka. 141 00:11:15,092 --> 00:11:17,553 Kenapa salah saya pula Charlie hilang? Saya bukan pengasuh. 142 00:11:17,553 --> 00:11:19,054 Masalahnya bukan dia hilang. 143 00:11:19,054 --> 00:11:20,806 Tapi sebab dia berada di sini. 144 00:11:20,806 --> 00:11:23,517 - Dia tak boleh dipercayai. - Awak tak percayakan sesiapa, Sol. 145 00:11:23,517 --> 00:11:26,228 Ya, sebab dunia ini ada ramai pengkhianat. 146 00:11:27,145 --> 00:11:30,065 Saya suka tinggal di sini. Saya percaya dengan misi kita. 147 00:11:30,065 --> 00:11:31,567 Awak ingat saya tidak? Apa... 148 00:11:31,567 --> 00:11:34,152 - Apa yang saya buat selama ini... - Tengok siapa saya jumpa di luar. 149 00:11:36,864 --> 00:11:40,367 Hei. Awak pergi mana, budak? 150 00:11:41,952 --> 00:11:45,581 - Keluar bersiar-siar. - Bersiar-siar? Awak diburu. 151 00:11:45,581 --> 00:11:47,499 Tiada orang nampak saya, okey? Oh, Tuhan. 152 00:11:49,251 --> 00:11:51,253 Saya cuma kecewa sebab tak tahu apa-apa 153 00:11:51,253 --> 00:11:54,339 tentang kejadian yang menimpa Sam, sebab itu saya keluar tenangkan fikiran. 154 00:11:54,339 --> 00:11:55,632 Fikiran awak dah tenang? 155 00:11:56,842 --> 00:11:58,135 Ya, sangat tenang. 156 00:12:03,432 --> 00:12:05,392 DT, ambilkan bir. 157 00:12:17,696 --> 00:12:21,909 Charlie, bintang saya Pisces dan awak tak dapat tipu saya. 158 00:12:22,409 --> 00:12:23,994 Saya tahu perasaan awak. 159 00:12:26,663 --> 00:12:28,874 Jangan tersinggung, tapi saya rasa itu tak benar. 160 00:12:29,875 --> 00:12:30,876 Okey, baik. 161 00:12:31,835 --> 00:12:35,547 Tapi saya tahu fikiran awak tak tenang, tapi bercelaru. 162 00:12:36,715 --> 00:12:38,091 Saya mahu terus terang kepada awak. 163 00:12:39,343 --> 00:12:42,971 Apabila saya keluar, saya terfikir nak pulang ke rumah. 164 00:12:43,722 --> 00:12:44,723 Walaupun berjalan kaki. 165 00:12:44,723 --> 00:12:47,017 Apa sajalah cara untuk kembali ke Flower Hill. 166 00:12:47,518 --> 00:12:48,519 Jadi kenapa awak tak pulang? 167 00:12:48,519 --> 00:12:51,188 Selain kerana perlu berjalan selama tujuh jam? 168 00:12:52,731 --> 00:12:53,732 Sebab, 169 00:12:54,733 --> 00:12:57,611 saya sedar saya sudah tiada sebab untuk pulang. 170 00:13:00,197 --> 00:13:01,698 Saya dah tinggalkan kehidupan lama saya. 171 00:13:05,244 --> 00:13:06,578 Inilah rumah saya sekarang. 172 00:13:08,914 --> 00:13:10,582 Kalau begitu, selamat kembali, Charlie. 173 00:13:16,213 --> 00:13:17,214 Dia menipu. 174 00:13:18,632 --> 00:13:21,677 {\an8}Dia tahu atau mungkin mengesyaki sesuatu. 175 00:13:23,720 --> 00:13:25,138 Akhirnya awak sedar. 176 00:13:25,138 --> 00:13:27,975 Kulit depan dikoyak dan ada beberapa halaman hilang. 177 00:13:28,559 --> 00:13:30,727 Kadangkala Sam guna bukunya sebagai jurnal. 178 00:13:30,727 --> 00:13:32,604 Kita tak tahu apa dia tulis. 179 00:13:38,193 --> 00:13:39,194 Nick. 180 00:13:44,116 --> 00:13:46,451 Apa hal? Lain kali jangan buat begitu. 181 00:13:47,286 --> 00:13:48,745 Awak buat saya terkejut. 182 00:13:48,745 --> 00:13:50,873 Saya dah kata, jangan ganggu saya semasa saya bekerja. 183 00:13:50,873 --> 00:13:52,499 Demi keselamatan kamu dan juga saya. 184 00:13:52,499 --> 00:13:55,043 Kita ada masalah. 185 00:14:00,382 --> 00:14:01,383 Mujurlah. 186 00:14:02,843 --> 00:14:05,012 Saya sangka awak takkan balik. 187 00:14:08,765 --> 00:14:09,808 Mana Will? 188 00:14:09,808 --> 00:14:11,518 Tidur. Dah lewat malam. 189 00:14:13,228 --> 00:14:14,229 Apa jadi? 190 00:14:16,982 --> 00:14:20,736 Mereka lepaskan saya. Saya tak cakap apa-apa. Mereka tahu segalanya. 191 00:14:21,695 --> 00:14:24,323 Apa lagi? 192 00:14:28,785 --> 00:14:29,786 Mereka... 193 00:14:37,836 --> 00:14:38,962 Saya ada pistol. 194 00:14:40,255 --> 00:14:43,383 Saya sorok dalam beg di dalam almari. 195 00:14:43,383 --> 00:14:46,136 Peluru ada, tapi saya tak masukkan dalam pistol. 196 00:14:47,846 --> 00:14:51,934 Awak simpan pistol di rumah. 197 00:14:52,726 --> 00:14:53,810 Pistol itu... 198 00:14:56,438 --> 00:14:57,439 dah hilang. 199 00:14:59,066 --> 00:15:03,278 Mungkin kami dirompak oleh orang tak dikenali 200 00:15:03,278 --> 00:15:05,656 dan mereka cuma ambil pistol, atau... 201 00:15:05,656 --> 00:15:06,865 Sekejap... Oh, Tuhan. 202 00:15:07,407 --> 00:15:09,785 Will tahu tentang hubungan sulit saya dengan Sam. 203 00:15:11,370 --> 00:15:12,621 Kalau Will jumpa pistol itu... 204 00:15:16,416 --> 00:15:17,543 Ya, saya... 205 00:15:17,543 --> 00:15:20,921 Saya rasa mungkin dia ambil, 206 00:15:20,921 --> 00:15:23,674 tapi awak pasti yang... 207 00:15:23,674 --> 00:15:26,093 Dia tahu saya akan ke parti itu? 208 00:15:28,220 --> 00:15:29,054 Ya. 209 00:15:30,055 --> 00:15:32,975 Mungkin dia nak tembak saya, tapi terjumpa Sam. 210 00:15:33,642 --> 00:15:35,227 Mungkin dia tahu Sam mahu jumpa saya. 211 00:15:35,227 --> 00:15:38,188 Mungkin Sam mahu beritahu saya tentang Will. 212 00:15:40,148 --> 00:15:41,149 Tidak. 213 00:15:41,650 --> 00:15:43,735 Kenapa kita fikir begini? 214 00:15:46,029 --> 00:15:47,447 Ada kemungkinan begitu? 215 00:15:47,447 --> 00:15:50,200 Tentulah tidak, tapi bukankah setiap ibu bapa fikir begitu? 216 00:15:50,200 --> 00:15:52,452 Awak pun tengok ibu Klebold dalam TV. 217 00:15:52,452 --> 00:15:55,163 Apa saja boleh jadi. 218 00:15:56,582 --> 00:16:01,211 Kita perlu tanya dia. Kita perlu tanya dia terus. 219 00:16:04,298 --> 00:16:05,299 Ya. 220 00:16:08,594 --> 00:16:10,762 Tapi, esoklah. 221 00:16:14,057 --> 00:16:15,434 Saya sangat letih. 222 00:16:33,660 --> 00:16:35,954 Awak tak perlu tidur atas sofa. 223 00:16:35,954 --> 00:16:37,873 Tak apa. Saya tak kisah. 224 00:16:39,875 --> 00:16:41,043 Saya pun tak kisah. 225 00:17:45,899 --> 00:17:47,985 {\an8}GAMBAR KEDAI SALINAN & GAMBAR JALAN 4 TIMUR 226 00:18:15,762 --> 00:18:18,682 Ketuk, ketuk. Maaf mengganggu. Saya ada berita. 227 00:18:19,308 --> 00:18:23,562 Tak lama lagi ada pameran seni jalanan. 228 00:18:23,562 --> 00:18:26,523 Saya fikir, mungkin papan tanda "spot" awak 229 00:18:26,523 --> 00:18:29,985 {\an8}boleh dijadikan konteks, macam permainan kata dan... 230 00:18:29,985 --> 00:18:30,944 {\an8}JALAN PUNGGUNG 231 00:18:32,821 --> 00:18:34,531 Saya memang mengganggu. 232 00:18:35,199 --> 00:18:36,992 Apa karya yang awak sedang siapkan? 233 00:18:36,992 --> 00:18:38,076 William, karya ini... 234 00:18:38,577 --> 00:18:41,079 berbeza daripada karya yang saya pernah tengok awak buat. 235 00:18:42,164 --> 00:18:45,792 Sebab ini bukan karya seni, tapi kehidupan sebenar. 236 00:18:48,754 --> 00:18:50,839 Gadis di taman itu tinggalkan petunjuk untuk saya. 237 00:18:50,839 --> 00:18:52,549 Dia sedang siasat sesuatu, 238 00:18:52,549 --> 00:18:56,386 perkaitan antara bekas ahli kugiran saya dan perniagaan keluarga saya. 239 00:18:57,721 --> 00:19:02,559 Jawapan kepada siapa penembaknya ada di sini. 240 00:19:03,852 --> 00:19:05,145 Atau akan ada. 241 00:19:05,646 --> 00:19:07,773 Awak buatlah apa awak mahu dengan semua papan tanda itu. 242 00:19:08,982 --> 00:19:10,108 Saya khayal semasa menghasilkannya. 243 00:19:10,108 --> 00:19:11,193 Hasilnya mengarut. 244 00:19:11,193 --> 00:19:13,987 Okey, tapi karya mengarut paling laris sekarang. 245 00:19:13,987 --> 00:19:16,907 Kalau saya tak ada di sini, awak ada kunci. 246 00:19:18,659 --> 00:19:20,118 Awak boleh masuk. 247 00:19:22,204 --> 00:19:23,205 Awak nak ke mana? 248 00:19:24,122 --> 00:19:26,458 Akhirnya saya sudah sedia untuk hadapi ketakutan saya. 249 00:19:30,045 --> 00:19:32,798 Si syaitan. 250 00:19:33,674 --> 00:19:35,843 Okey. Saya tak pernah faham teka-teki awak, 251 00:19:35,843 --> 00:19:38,637 tapi jika misteri ini menjadi inspirasi karya awak, 252 00:19:38,637 --> 00:19:40,389 baguslah begitu. Okey? 253 00:19:40,389 --> 00:19:41,598 Saya pergi dulu. 254 00:19:44,935 --> 00:19:46,478 - Hei. - Ya? 255 00:19:48,730 --> 00:19:52,067 Awak tahu saya takkan... 256 00:19:54,403 --> 00:19:56,113 berada di tahap ini kalau awak tak tolong saya, bukan? 257 00:19:57,322 --> 00:19:58,323 Tentu saya dah mati. 258 00:19:59,074 --> 00:20:05,080 Bunuh diri, jarum tercemar, wabak. 259 00:20:06,206 --> 00:20:09,459 Kawan-kawan baik, jarum bersih dan banyak kondom. 260 00:20:10,294 --> 00:20:12,629 Begitulah caranya kita dapat selamatkan diri. Okey? 261 00:20:17,050 --> 00:20:20,679 Perbincangan dengan bapa awak semasa awal dulu memang sukar, 262 00:20:21,805 --> 00:20:24,683 tapi dia bersyukur ada orang jagakan awak. 263 00:20:25,851 --> 00:20:29,771 Sejak itu, awak banyak bertolak-ansur. 264 00:20:31,523 --> 00:20:34,443 Walau apa pun yang ditulis dalam Artforum, 265 00:20:35,903 --> 00:20:37,404 awak tak pernah fikir saya genius. 266 00:20:38,697 --> 00:20:40,115 Saya tak pernah fikir awak perlu jadi genius. 267 00:20:43,285 --> 00:20:44,661 Orang genius mati muda 268 00:20:45,162 --> 00:20:49,833 dan saya yakin awak akan jadi orang tua yang segak. 269 00:20:54,880 --> 00:20:59,968 Will, kamu boleh beritahu kami apa saja 270 00:21:00,636 --> 00:21:02,429 dan kami tetap akan sayang kamu. 271 00:21:03,514 --> 00:21:08,227 Tugas kami sebagai ibu bapa ialah melindungi kamu. 272 00:21:09,978 --> 00:21:11,188 Kamu faham? 273 00:21:18,445 --> 00:21:20,155 Ayah rasa, kamu jumpa pistol ayah. 274 00:21:22,491 --> 00:21:28,539 Ayah rasa kamu ambil dan ayah risau, kamu gunakannya. 275 00:21:37,047 --> 00:21:38,090 Saya minta maaf. 276 00:21:41,552 --> 00:21:42,553 Will. 277 00:21:48,141 --> 00:21:49,810 Memang saya jumpa pistol itu. 278 00:21:51,311 --> 00:21:53,730 Saya ambil, tapi ayah tak perasan. 279 00:21:56,275 --> 00:21:57,901 Kemudian saya hantar nota itu kepada mak. 280 00:21:59,111 --> 00:22:01,905 Kami pindah keluar, tapi ayah masih tak terus terang. 281 00:22:02,865 --> 00:22:05,158 Hanya cakap hal mengarut iaitu kadangkala 282 00:22:05,158 --> 00:22:08,370 kamu boleh jadi ibu bapa lebih baik jika tak berkahwin. 283 00:22:13,000 --> 00:22:17,379 Kamu mahu ayah sedar yang kamu tahu. 284 00:22:21,341 --> 00:22:24,553 Saya cuma nak tahu perasaan melepaskan tembakan. 285 00:22:30,475 --> 00:22:32,186 Tapi saya tak sangka tembakan saya mengena. 286 00:22:37,941 --> 00:22:39,985 Kena pada apa? 287 00:22:41,695 --> 00:22:42,613 Burung. 288 00:22:48,702 --> 00:22:50,829 Kemudian, apa jadi? 289 00:22:52,623 --> 00:22:56,376 Saya rasa mual. 290 00:22:57,711 --> 00:22:59,838 Saya ketakutan dan terus balik. 291 00:23:00,339 --> 00:23:01,673 Kamu tak pergi ke taman itu. 292 00:23:04,426 --> 00:23:07,471 - Central Park. Kamu tak... - Tidak. 293 00:23:09,181 --> 00:23:10,432 Saya sumpah. 294 00:23:13,894 --> 00:23:15,854 Mana pistol itu, sayang? 295 00:23:17,940 --> 00:23:22,152 Saya buang di bawah rumah kita. Rumah kita di Brooklyn. 296 00:23:23,403 --> 00:23:24,905 Okey, tak mengapa. 297 00:23:45,384 --> 00:23:47,177 Dah jumpa apa awak cari? 298 00:23:48,428 --> 00:23:51,265 Hei. Saya sangka awak dah keluar. 299 00:23:51,265 --> 00:23:54,476 Saya cuma nak ambil duit untuk pergi beli makanan. 300 00:23:54,476 --> 00:23:56,895 - Saya fikir mungkin kamu lapar. - Saya ubah fikiran. 301 00:23:59,398 --> 00:24:01,066 Awak patut ikut kami. 302 00:24:04,486 --> 00:24:08,532 Awak kata akan ada wartawan dan jurugambar, 303 00:24:08,532 --> 00:24:10,951 lagipun saya diburu. Tentu tak selamat. 304 00:24:10,951 --> 00:24:13,954 Ya, sebab itu saya belikan awak ini. 305 00:24:15,539 --> 00:24:16,540 Ayuh. 306 00:24:19,501 --> 00:24:21,461 Ini topeng Bloomberg. 307 00:24:22,754 --> 00:24:23,881 Kelakar, bukan? 308 00:24:25,174 --> 00:24:26,425 Ayuh, Charlie. 309 00:24:26,425 --> 00:24:28,844 Mereka sedang menunggu. Ayuh. 310 00:24:31,263 --> 00:24:32,264 Awak pasti? 311 00:24:32,264 --> 00:24:33,974 Ya. Buang sajalah. 312 00:24:49,531 --> 00:24:51,241 Saya lega kita lakukannya bersama-sama. 313 00:24:52,367 --> 00:24:53,368 Ya. 314 00:24:54,161 --> 00:24:57,497 Ini memang lima detik terpenting. 315 00:24:57,497 --> 00:24:58,749 Ya. 316 00:24:59,249 --> 00:25:02,419 Graduasi kolej, hari perkahwinan kita, 317 00:25:02,920 --> 00:25:04,379 kelahiran anak-anak, 318 00:25:04,922 --> 00:25:09,510 kemudian detik saya dan bekas suami buang bukti berpotensi 319 00:25:09,510 --> 00:25:12,095 bagi kes tembak perempuan simpanan remajanya. 320 00:25:13,430 --> 00:25:18,393 Kalau awak fikir hari ini ialah satu kejayaan, awak memang hilang akal. 321 00:25:42,668 --> 00:25:47,214 Hei, nama saya pada bangunan ini dan saya mahu naik. 322 00:25:47,214 --> 00:25:49,550 - Baik. - Terima kasih. 323 00:25:58,308 --> 00:26:00,060 Jadi betullah khabar angin itu. 324 00:26:01,144 --> 00:26:03,063 Ini satu kejutan. 325 00:26:06,441 --> 00:26:07,568 Helo, Amory. 326 00:26:09,319 --> 00:26:12,781 Awak nampak sama macam kali terakhir kita berjumpa. 327 00:26:12,781 --> 00:26:16,869 Pilates, protein dan doktor tertentu di Baden-Baden. 328 00:26:17,744 --> 00:26:18,829 Okey. 329 00:26:19,454 --> 00:26:22,499 Maksud saya, dulu awak nampak macam si celaka bermuka dua dan licik 330 00:26:22,499 --> 00:26:24,334 dan sekarang pun sama. 331 00:26:25,752 --> 00:26:29,798 William, awak masih lantang dan menyeronokkan. 332 00:26:31,258 --> 00:26:32,176 Awak nak masuk? 333 00:26:40,309 --> 00:26:41,310 Silakan duduk. 334 00:26:42,227 --> 00:26:43,437 Tidak, saya singgah sekejap saja. 335 00:26:43,937 --> 00:26:45,397 Sedihnya. 336 00:26:45,397 --> 00:26:50,402 Saya suka luangkan masa dengan parasit yang persiakan kelebihan mereka 337 00:26:50,402 --> 00:26:53,655 kemudian bersikap sinis untuk sembunyikan niat mereka. 338 00:26:53,655 --> 00:26:57,326 Ya, kalaulah saya dilahirkan di tempat asal awak, 339 00:26:58,160 --> 00:27:01,038 kita mungkin boleh bekerjasama. 340 00:27:01,914 --> 00:27:05,417 Kalau nak tahu, itu sikap sinis untuk sembunyikan niat saya. 341 00:27:05,417 --> 00:27:08,003 Apa yang awak tahu tentang asal usul saya? 342 00:27:09,463 --> 00:27:12,716 Awak memang ada peluang untuk dapatkan kemahuan awak, 343 00:27:12,716 --> 00:27:15,010 dan itulah tujuan awak datang, bukan? 344 00:27:15,010 --> 00:27:16,929 Perniagaan bapa awak bermasalah? 345 00:27:17,429 --> 00:27:19,348 Awak datang untuk tuntut hak awak 346 00:27:19,348 --> 00:27:23,644 atau halang si abang syaitan daripada merampasnya. 347 00:27:24,228 --> 00:27:25,896 Ya, saya tahu apa awak gelar saya. 348 00:27:25,896 --> 00:27:29,816 Saya juga tahu awak tak pernah lepaskan hak mengundi awak. 349 00:27:29,816 --> 00:27:32,236 Saya tak peduli tentang perniagaan ini. 350 00:27:32,945 --> 00:27:35,364 Tak pernah dan takkan sesekali ambil peduli. 351 00:27:37,241 --> 00:27:41,828 Saya datang untuk selesaikan satu misteri. 352 00:27:42,621 --> 00:27:46,834 Gadis yang ditembak di Central Park itu suka kugiran saya. 353 00:27:47,751 --> 00:27:52,422 Hamilton-Sweeney membeli banyak bangunan usang 354 00:27:52,422 --> 00:27:54,007 di Bronx. 355 00:27:54,591 --> 00:27:56,343 Nicky Chaos kenal gadis itu. 356 00:27:56,343 --> 00:28:00,222 Tapi entah bagaimana, 357 00:28:00,222 --> 00:28:03,267 tak lama nanti saya akan tahu, 358 00:28:04,142 --> 00:28:07,771 Nicky juga kenal awak. 359 00:28:10,524 --> 00:28:13,735 Saya tahu awak terlalu bijak dan takkan cakap apa-apa sekarang. 360 00:28:14,361 --> 00:28:19,741 Saya datang sebab rasa puas 361 00:28:19,741 --> 00:28:23,161 dapat pandang mata kecil awak 362 00:28:23,161 --> 00:28:28,834 untuk beritahu yang akhirnya saya akan jatuhkan awak, celaka. 363 00:28:30,419 --> 00:28:33,881 Saya tahu dunia gadis ini dan dunia awak. 364 00:28:34,715 --> 00:28:36,550 Saya juga kenal anggota polis. 365 00:28:37,801 --> 00:28:40,137 Saya sedang hasilkan karya paling agung. 366 00:28:40,137 --> 00:28:43,932 Menggunakan kanvas berkolaj yang besar dan cantik 367 00:28:43,932 --> 00:28:46,351 yang menceritakan keseluruhan kisah ini. 368 00:28:46,351 --> 00:28:49,146 Kemudian di tengah-tengahnya... 369 00:28:51,940 --> 00:28:54,109 akan ada gambar awak sebagai suspek. 370 00:28:58,614 --> 00:29:00,199 Anggaplah ini satu amaran. 371 00:29:05,537 --> 00:29:07,956 Mahu saya sampaikan salam kepada bapa awak? 372 00:29:07,956 --> 00:29:10,918 Saya tahu awak enggan berhubung dengan dia, 373 00:29:10,918 --> 00:29:13,670 tapi dia semakin nazak. 374 00:29:15,005 --> 00:29:16,131 Saya tahu. 375 00:29:18,050 --> 00:29:19,635 Tapi dia belum mati lagi. 376 00:29:21,011 --> 00:29:22,221 Siapa tahu? 377 00:29:22,221 --> 00:29:24,848 Mungkin setelah awak tiada, kami boleh jadi keluarga semula. 378 00:29:35,692 --> 00:29:38,237 - Apa lagi? - Maaf mengganggu, En. Gould, 379 00:29:38,237 --> 00:29:41,073 kami terima laporan ada sesuatu berlaku di depan bangunan. 380 00:29:41,698 --> 00:29:44,409 - Apa yang berlaku? - Kami pun tak pasti. Protes? 381 00:30:17,568 --> 00:30:19,444 Ya, terima kasih, semua! 382 00:30:20,404 --> 00:30:22,281 Saya mahu dengar sorakan kamu. 383 00:30:25,284 --> 00:30:28,203 Terima kasih semua sebab datang hari ini, 384 00:30:28,996 --> 00:30:32,082 tapi yang lebih penting, sebab peduli tentang bandar ini. 385 00:30:34,543 --> 00:30:38,589 Setiap hari kita nampak orang bergelut di jalanan ini... 386 00:30:38,589 --> 00:30:39,715 Ya! 387 00:30:39,715 --> 00:30:42,634 ...untuk cuba menjaga perniagaan keluarga mereka. 388 00:30:43,302 --> 00:30:44,887 Untuk bayar sewa. 389 00:30:45,888 --> 00:30:48,891 Tapi ada pula golongan macam si tak guna di sini. 390 00:30:50,058 --> 00:30:52,686 Keluarga Hamilton-Sweeney, 391 00:30:52,686 --> 00:30:56,523 yang membeli bangunan kecil di bandar ini pada harga murah. 392 00:30:56,523 --> 00:30:59,484 Mereka bina pangsapuri mewah untuk golongan kaya 393 00:30:59,985 --> 00:31:02,821 - yang tak tinggal pun di situ. - Betul! 394 00:31:02,821 --> 00:31:05,407 Faham tak? Itu tak patut! 395 00:31:05,407 --> 00:31:06,533 Tak patut! 396 00:31:12,623 --> 00:31:13,749 Tak guna. 397 00:31:15,959 --> 00:31:17,669 Saya benci detoksifikasi. 398 00:31:18,170 --> 00:31:22,174 Media pula mahu cemarkan gerakan kita, 399 00:31:22,883 --> 00:31:26,011 tapi tindakan mereka hanya menyerlahkan lagi mesej kita. 400 00:31:27,262 --> 00:31:31,266 Baiklah. Scientia potentia est. 401 00:31:31,266 --> 00:31:33,810 Ilmu ialah kuasa. 402 00:31:33,810 --> 00:31:36,396 - Ulang cakap saya. Ilmu... - Ilmu... 403 00:31:36,396 --> 00:31:38,023 - Ialah kuasa! - Ialah kuasa! 404 00:31:38,023 --> 00:31:39,483 Ilmu... 405 00:31:39,483 --> 00:31:41,193 - Ialah kuasa! - Ialah kuasa! 406 00:31:41,193 --> 00:31:42,653 - Ilmu... - Ilmu... 407 00:31:42,653 --> 00:31:44,321 - Ialah kuasa! - Ialah kuasa! 408 00:31:44,321 --> 00:31:45,614 - Ilmu... - Ilmu... 409 00:31:45,614 --> 00:31:47,199 - Ialah kuasa! - Ialah kuasa! 410 00:31:49,618 --> 00:31:52,829 - Okey! Hei! - Yo. 411 00:31:52,829 --> 00:31:58,794 Saya teka, protes menyedihkan ini ialah balas dendam sebab saya pecat awak. 412 00:31:58,794 --> 00:31:59,878 ...berambus! 413 00:31:59,878 --> 00:32:03,173 Detektif Parsa dan McFadden. Kami dah beritahu nak datang. 414 00:32:03,173 --> 00:32:05,717 Kami cuma bawa perjuangan ini di depan awak. 415 00:32:05,717 --> 00:32:07,177 Saya nak beritahu. 416 00:32:07,177 --> 00:32:10,764 William Hamilton-Sweeney III akan keluar dari pintu itu. 417 00:32:11,348 --> 00:32:12,933 - Ho! - Ho! 418 00:32:13,684 --> 00:32:15,686 Dia sebut tentang sesuatu yang dia sedang hasilkan. 419 00:32:16,603 --> 00:32:17,771 Kanvas baharu. 420 00:32:19,189 --> 00:32:20,774 Kami datang lain kalilah. 421 00:32:20,774 --> 00:32:23,777 Dia sedang bersemangat nak buktikan perkaitan 422 00:32:23,777 --> 00:32:24,862 antara kita 423 00:32:25,863 --> 00:32:27,865 dan gadis di taman itu. 424 00:32:28,490 --> 00:32:31,034 Saya yakin awak tahu apa saya mahu awak buat. 425 00:32:31,034 --> 00:32:32,703 - Ho! - Ho! 426 00:32:32,703 --> 00:32:34,788 - Hamilton-Sweeney perlu berambus! - Saya tak bunuh orang. 427 00:32:34,788 --> 00:32:36,373 Bukan itu yang saya dengar. 428 00:32:36,373 --> 00:32:39,418 Ho! Hamilton-Sweeney perlu berambus! 429 00:32:39,418 --> 00:32:42,296 - Hei Ho! - Hei Ho! 430 00:32:42,296 --> 00:32:44,464 Hamilton-Sweeney perlu berambus! 431 00:32:44,464 --> 00:32:47,092 - Hei Ho! - Hei Ho! 432 00:32:47,092 --> 00:32:49,219 Hamilton-Sweeney perlu berambus! 433 00:32:49,219 --> 00:32:51,889 - Hei Ho! - Helo? 434 00:32:53,098 --> 00:32:54,183 Saya akan uruskan. 435 00:32:54,183 --> 00:32:56,476 - Hei Ho! - Pergi. Kejar! 436 00:32:56,476 --> 00:32:57,728 Teruskan. Terus... 437 00:32:58,353 --> 00:33:00,772 Hei, Nicky. Apa hal? 438 00:33:04,735 --> 00:33:06,320 Sekejap! Kami tak sempat masuk ke dalam! 439 00:33:06,320 --> 00:33:09,031 Nanti kita datang balik! Sol, ikut saya! Awak pergi ke studionya! 440 00:33:11,742 --> 00:33:12,576 Tak guna. 441 00:33:17,039 --> 00:33:18,749 - Bandar kita! - Dia pergi mana? 442 00:33:18,749 --> 00:33:24,755 - Bandar siapa? - Bandar kita! 443 00:33:24,755 --> 00:33:26,632 Hei. Polis! 444 00:33:26,632 --> 00:33:28,509 Hei! Berhenti! 445 00:33:28,509 --> 00:33:30,177 - Berhenti! Hei! - Hei. 446 00:33:30,177 --> 00:33:32,137 Polis datang untuk halang kita. 447 00:33:32,137 --> 00:33:37,392 Tolak polis, bebas bersuara! 448 00:33:40,854 --> 00:33:42,147 Tak guna! 449 00:33:54,034 --> 00:33:55,369 Tumpang lalu. 450 00:33:56,495 --> 00:33:58,747 - Aduhai! - William, ingat saya? 451 00:33:58,747 --> 00:34:00,707 Awak digari di meja rakan setugas saya. 452 00:34:00,707 --> 00:34:03,544 - Awak ekori saya? - Ya dan bukan saya saja. 453 00:34:08,172 --> 00:34:09,757 Okey. Awak di pihak saya, bukan? 454 00:34:10,467 --> 00:34:12,052 Saya boleh harapkan awak melindungi dan berkhidmat? 455 00:34:12,052 --> 00:34:13,719 Bagaimana saya nak pastikan awak orang baik? 456 00:34:13,719 --> 00:34:15,848 Saya pakai sut jalur kecil. 457 00:34:15,848 --> 00:34:20,101 Kalau awak tolong saya lepaskan diri, saya boleh bantu awak selesaikan kes ini. 458 00:34:20,101 --> 00:34:21,186 Okey? Saya boleh tolong. 459 00:34:21,895 --> 00:34:22,896 Tuan-tuan. 460 00:34:23,397 --> 00:34:25,399 Kebetulan pula. 461 00:34:26,567 --> 00:34:29,402 - Jadi, apa khabar? - Tak begitu baik, Billy. 462 00:34:30,070 --> 00:34:32,239 - Malangnya. - Tak begitu baik. 463 00:34:32,239 --> 00:34:33,489 Ini hentian kita. 464 00:34:33,489 --> 00:34:34,699 Okey. NYPD. 465 00:34:34,699 --> 00:34:37,077 Beritahu saya nama kamu dan berikan penjelasan sekarang juga. 466 00:34:42,248 --> 00:34:44,042 Hei, lepaskan saya! 467 00:34:44,042 --> 00:34:45,668 Baiklah, perempuan. 468 00:34:49,547 --> 00:34:51,925 Tak guna. Tahan pintu! 469 00:35:21,246 --> 00:35:24,958 Tumpang lalu. Maaf. Tumpang lalu. Kawan saya ada di sini. 470 00:35:24,958 --> 00:35:26,376 Maaf. Tumpang lalu. 471 00:35:26,376 --> 00:35:27,878 - Benarkan saya menyelit. - Yo, ke tepi. 472 00:35:27,878 --> 00:35:29,671 - Maaf. - Ke tepi. 473 00:35:29,671 --> 00:35:30,964 Ke tepi. 474 00:35:30,964 --> 00:35:32,049 Apa masalah? Ke tepi! 475 00:35:32,049 --> 00:35:33,008 Tumpang lalu. 476 00:35:33,008 --> 00:35:35,093 - Awak nak gaduh? Ayuh. Okey. - Bertenang. 477 00:35:37,304 --> 00:35:38,514 Ini jam tangan bapa saya. 478 00:35:42,893 --> 00:35:44,645 Ini Timex. 479 00:35:46,522 --> 00:35:48,524 Kaya dengan nilai sentimental saja. 480 00:35:48,524 --> 00:35:50,192 Saya boleh terima 16.99. 481 00:36:06,416 --> 00:36:08,377 Kenapa awak sembunyikan semua ini? 482 00:36:13,465 --> 00:36:15,467 Dua, tiga, empat, lima... 483 00:36:18,929 --> 00:36:20,889 Ada berapa gambar dalam satu gulung filem? 484 00:36:21,974 --> 00:36:24,643 - Dua puluh empat. - Ada 21 saja. Tiga hilang. 485 00:36:25,644 --> 00:36:28,814 Mungkin tiga gambar itu rosak. Kadangkala kosong atau kabur. 486 00:36:28,814 --> 00:36:30,899 Mungkin sebab tak buka penutup lensa. Kami tak cetak... 487 00:36:30,899 --> 00:36:34,152 Tidak. Sam tak pernah ambil gambar tanpa membuka penutup lensa, okey? 488 00:36:34,152 --> 00:36:36,405 - Beritahu saya mana gambar itu! - Hei, bertenang, budak. 489 00:36:36,905 --> 00:36:38,073 Saya tak simpan. 490 00:36:38,073 --> 00:36:40,868 Ada lelaki datang pagi tadi, bayar saya 100 dolar untuk tengok. 491 00:36:40,868 --> 00:36:42,744 Tentu dia yang ambil. 492 00:36:46,540 --> 00:36:48,834 Cetakkan untuk saya. Sekarang. 493 00:36:49,710 --> 00:36:50,794 Tak boleh cetak beberapa keping saja. 494 00:36:51,753 --> 00:36:53,130 Awak ada 16.99 lagi? 495 00:36:55,591 --> 00:36:57,009 Awak celaka, Doug! 496 00:37:11,023 --> 00:37:12,649 Awak nak lari ke mana? 497 00:37:14,818 --> 00:37:16,778 Sudahlah, awak dah terlalu penat. 498 00:37:16,778 --> 00:37:18,864 Terlalu letih untuk berlari. 499 00:37:20,574 --> 00:37:23,285 Lagipun, apa gunanya? 500 00:37:25,162 --> 00:37:26,163 Awak nak bunuh saya? 501 00:37:28,248 --> 00:37:29,833 Awak tak tembak saya dalam kereta api sesak tadi. 502 00:37:29,833 --> 00:37:31,752 Awak takkan tembak saya di sini juga. 503 00:37:33,128 --> 00:37:36,715 Ya, betul kata awak. Kita dah lama berkawan. 504 00:37:39,426 --> 00:37:40,677 Saya cuma nak berbual. 505 00:37:42,554 --> 00:37:43,639 Mari kita berjalan-jalan. 506 00:37:45,098 --> 00:37:48,227 Berbual. Nak jalan dengan saya? 507 00:37:50,437 --> 00:37:51,522 Silakan. 508 00:37:53,023 --> 00:37:55,526 Sebenarnya, saya pun nak tanya awak sesuatu, Nicky. 509 00:38:04,785 --> 00:38:08,580 William, saya datang. 510 00:38:13,085 --> 00:38:14,628 Siapa awak? 511 00:38:15,587 --> 00:38:19,758 Awak dari galeri mana? 512 00:38:19,758 --> 00:38:21,218 Jangan. Jangan buat begitu. 513 00:38:21,802 --> 00:38:22,886 Okey. 514 00:38:22,886 --> 00:38:26,640 Helo? Helo. Ya, saya nak laporkan ada penceroboh... 515 00:38:28,851 --> 00:38:29,852 Tak guna! 516 00:39:23,572 --> 00:39:25,782 PINTU MASUK PELAJAR & FAKULTI SAHAJA KAD PELAJAR DIPERLUKAN - NYU 517 00:39:35,083 --> 00:39:36,585 Maaf. Hei. 518 00:39:36,585 --> 00:39:40,005 Awak tahu gentrifikasi menghapuskan keseluruhan 519 00:39:40,005 --> 00:39:43,258 strata sosioekonomi penduduk bandar ini? 520 00:39:43,258 --> 00:39:44,885 Tak berminat. Terima kasih. 521 00:39:44,885 --> 00:39:46,970 Awak boleh tengok risalah kami. 522 00:39:46,970 --> 00:39:50,098 Saya cuma mahu makan dengan tenang, okey? Pergi cari orang lain. 523 00:39:50,641 --> 00:39:52,434 Okey, ya. Awak boleh baca nanti. 524 00:39:52,434 --> 00:39:53,977 Scientia potentia est. 525 00:39:53,977 --> 00:39:56,021 - Ilmu ialah kuasa. - Saya kata berambus. 526 00:39:58,941 --> 00:40:00,651 Saya minta maaf. 527 00:40:01,777 --> 00:40:04,905 Kadangkala, saya jadi terlalu bersemangat. 528 00:40:04,905 --> 00:40:07,449 - Ya. - Saya cuma... Entahlah. 529 00:40:07,449 --> 00:40:09,660 Maaf sebab kacau awak. Saya... 530 00:40:26,426 --> 00:40:28,345 Ini untuk pameran seni Deitch Projects. 531 00:40:28,345 --> 00:40:29,930 - Okey. - Seperti semiotik sivik 532 00:40:29,930 --> 00:40:31,807 versi post-punk dan ilusi kehidupan. 533 00:40:31,807 --> 00:40:32,975 Sangat menarik. 534 00:40:32,975 --> 00:40:35,853 Jenny, hei. Saya bawakan makan malam untuk William. 535 00:40:35,853 --> 00:40:37,062 Itu asap? 536 00:40:38,272 --> 00:40:40,566 Oh, Tuhan! Hubungi 911! 537 00:40:40,566 --> 00:40:42,651 Itu kereta Bruno. Mana dia? 538 00:40:43,235 --> 00:40:44,528 Oh, Tuhan. Apa jadi? 539 00:40:44,528 --> 00:40:45,863 Api. 540 00:40:46,905 --> 00:40:48,699 - Ya. Saya di hujung jalan Meserole... - Apa? 541 00:40:48,699 --> 00:40:49,783 ...dan Bushwick Place. 542 00:40:50,409 --> 00:40:51,702 Saya nak laporkan kebakaran. 543 00:41:24,776 --> 00:41:26,111 Akhirnya kita bersendirian. 544 00:41:27,070 --> 00:41:28,238 Ini baru seronok. 545 00:41:29,990 --> 00:41:32,576 Hei, kalau saya akan mati begini, 546 00:41:33,452 --> 00:41:34,912 sekurang-kurangnya ceritakan kepada saya. 547 00:41:37,748 --> 00:41:39,208 Apa terjadi kepada gadis itu, Nicky? 548 00:41:39,208 --> 00:41:40,542 Celaka... 549 00:41:42,794 --> 00:41:44,630 Awak tak layak cakap tentang dia. 550 00:41:45,589 --> 00:41:47,299 Awak tak tahu apa-apa tentang Sam. 551 00:41:47,883 --> 00:41:50,135 Tapi saya rasa macam tahu. 552 00:41:51,386 --> 00:41:53,055 Saya baca semua penulisannya. 553 00:41:53,597 --> 00:41:55,891 Dia sangat mengagumi awak, ya? 554 00:41:56,934 --> 00:41:59,478 Tapi tak nak ikut cara awak. 555 00:42:01,688 --> 00:42:03,565 Tidak, dia gadis yang baik. 556 00:42:03,565 --> 00:42:06,318 Dia ada moral dan batasan. 557 00:42:07,402 --> 00:42:08,529 Awak dah jumpa? 558 00:42:10,489 --> 00:42:12,199 Sebab itukah dia perlu mati? 559 00:42:19,665 --> 00:42:20,666 Jangan, Sol! 560 00:42:21,792 --> 00:42:25,546 Yo! Sol, biarkan saja. Biarkan. Ayuh. 561 00:42:25,546 --> 00:42:28,090 Yo, mana SG? Mana SG? 562 00:42:29,091 --> 00:42:31,969 Saya dengar suara jeritan di belakang. Saya rasa dia terperangkap. 563 00:42:31,969 --> 00:42:34,221 - Tolong! - Kita perlu patah balik dan tolong dia. 564 00:42:34,221 --> 00:42:36,265 - Tidak. Kita perlu pergi dari sini. - Tolong! 565 00:42:36,265 --> 00:42:37,975 Awak dah janji tiada siapa akan cedera! 566 00:42:38,809 --> 00:42:40,060 Tak guna! 567 00:42:40,060 --> 00:42:41,895 Lupakan saja. Kita akan cedera. 568 00:42:41,895 --> 00:42:43,605 - Kita perlu patah balik! - Tidak. 569 00:42:43,605 --> 00:42:46,275 - Kita tak boleh tinggalkan dia! - Sam! 570 00:42:46,275 --> 00:42:49,820 Kita perlu patah balik! 571 00:42:49,820 --> 00:42:51,488 Kita perlu selamatkan dia! 572 00:42:52,447 --> 00:42:54,032 Nicky, kita perlu pergi sekarang. 573 00:43:00,414 --> 00:43:01,707 Sam, ayuh. Mari pergi. 574 00:43:01,707 --> 00:43:02,916 KEDAI SUKAN FRANK PAKAIAN KERJA - SENJATA 575 00:43:03,500 --> 00:43:04,751 Maafkan saya, Billy. 576 00:43:06,670 --> 00:43:10,007 Awak akan mati tanpa mengetahui jawapan yang awak inginkan. 577 00:43:14,428 --> 00:43:15,762 Awak akan bunuh saya? 578 00:43:17,890 --> 00:43:19,516 Awak akan bunuh ketua kugiran awak? 579 00:43:20,267 --> 00:43:21,602 Ketua? 580 00:43:21,602 --> 00:43:22,603 Awak tarik diri. 581 00:43:23,812 --> 00:43:24,980 Sekarang, itu kugiran saya. 582 00:43:24,980 --> 00:43:26,356 Kugiran awak? 583 00:43:26,356 --> 00:43:29,610 Hei, dengar sini. Saya takkan bunuh awak. 584 00:43:31,570 --> 00:43:32,487 Saya yang akan bunuh. 585 00:43:33,822 --> 00:43:36,200 Hei. Bertenang. 586 00:43:36,783 --> 00:43:37,784 Ambil. 587 00:43:37,784 --> 00:43:39,203 Bunyinya akan menarik perhatian. 588 00:43:39,703 --> 00:43:40,746 Saya nampak awak ambil gambar itu. 589 00:43:40,746 --> 00:43:42,873 - Serahkan filemnya. - Okey. Lepaskan saya. 590 00:43:42,873 --> 00:43:43,957 Lepaskan saya. 591 00:43:47,169 --> 00:43:48,003 Sam! 592 00:43:51,590 --> 00:43:52,591 Sam, buka pintu! 593 00:43:55,844 --> 00:43:57,346 Sam, buka pintu! 594 00:43:59,806 --> 00:44:00,849 Serahkan filem itu, Sam. 595 00:44:02,059 --> 00:44:04,520 Sam, buka pintu! 596 00:44:11,735 --> 00:44:13,529 Okey. Ambil filem saja. 597 00:44:13,529 --> 00:44:17,074 Letakkan kamera. Tolonglah! Tolong letakkan kamera itu! 598 00:44:17,074 --> 00:44:18,825 Tolonglah! Itu kamera ibu saya! 599 00:45:14,840 --> 00:45:15,924 Tak guna. 600 00:45:18,051 --> 00:45:22,055 Suatu masa dulu, saya suka dia. 601 00:46:28,455 --> 00:46:30,457 Terjemahan sari kata oleh Hamizah