1 00:00:08,258 --> 00:00:13,013 SEBUAH SIRI DOKUMENTARI ASLI NETFLIX 2 00:00:24,065 --> 00:00:27,902 Semasa membesar, saya amat sayang dan hormat kepada ibu. 3 00:00:29,863 --> 00:00:33,533 Saya tak mahu buat ibu kecewa dengan saya. 4 00:00:37,328 --> 00:00:40,331 Ibu selalu berpesan, "Bersederhanalah." 5 00:00:43,793 --> 00:00:46,755 Jangan suka meninggi diri, 6 00:00:51,217 --> 00:00:53,344 Saya mesti ada rasa rendah diri. 7 00:00:55,263 --> 00:00:57,974 Kalau kita lupa diri… 8 00:00:58,058 --> 00:01:00,268 DIKEHENDAKI GANJARAN $10,000 9 00:01:01,352 --> 00:01:03,313 …kita akan terjerumus. 10 00:01:05,356 --> 00:01:08,276 Sebulan setengah berlalu sejak Buffalo Trace 11 00:01:08,359 --> 00:01:11,529 laporkan kehilangan bourbon Poppy Van Winkle 20 tahun. 12 00:01:11,613 --> 00:01:13,615 Pejabat syerif menawarkan insentif 13 00:01:13,698 --> 00:01:17,911 sebanyak $10,000 untuk maklumat yang membawa kepada penangkapan. 14 00:01:18,411 --> 00:01:21,581 Itu cara kami beri tekanan kepada pelaku. 15 00:01:21,664 --> 00:01:23,625 SYERIF KAUNTI FRANKLIN 16 00:01:23,708 --> 00:01:27,629 Jumlahnya bukan sedikit. Kalau mereka teruskan, kami akan tahu. 17 00:01:27,712 --> 00:01:30,590 Salah seorang penolong syerif kata, 18 00:01:30,673 --> 00:01:33,218 "Media suka benda begini." 19 00:01:33,301 --> 00:01:34,427 Saya kata, "Betul?" 20 00:01:36,638 --> 00:01:39,265 "Masalah kecil saja." 21 00:01:45,605 --> 00:01:48,441 Syerif yakin dapat menyelesaikan kes ini 22 00:01:48,525 --> 00:01:50,318 kerana satu sebab. 23 00:01:50,401 --> 00:01:52,904 Ganjaran $10,000 kini ditawarkan… 24 00:01:54,072 --> 00:01:58,409 Apabila kes sudah popular, tak susah hendak dapat maklumat. 25 00:02:01,037 --> 00:02:02,622 NAMPAK TRAK BAWA TONG 8 PM 26 00:02:06,209 --> 00:02:09,295 Permintaan semakin menggila. 27 00:02:09,379 --> 00:02:12,799 Ramai mahu membeli dan ramai beritahu kawan. 28 00:02:15,677 --> 00:02:18,847 Dalam filem, ada dialog, "Ada orang boleh tolong." 29 00:02:20,348 --> 00:02:21,683 Sayalah orang itu. 30 00:02:24,227 --> 00:02:27,188 Sama macam steroid. Kalau di gim, kita tanya, 31 00:02:27,272 --> 00:02:29,858 "Kenal sesiapa yang boleh tolong?" 32 00:02:30,400 --> 00:02:32,777 Ya, saya kenal orang yang boleh tolong. 33 00:02:33,987 --> 00:02:36,322 Semuanya boleh dibeli di Mexico. 34 00:02:36,406 --> 00:02:39,409 Tunjuk lengan begini pun mereka faham. 35 00:02:39,492 --> 00:02:43,329 Mereka akan poskan dengan kotak berlabel "vitamin anjing". 36 00:02:48,293 --> 00:02:51,963 Tetapi, polis tahu semua itu. 37 00:02:52,046 --> 00:02:54,549 Steve Oliver bekerja dengan polis negeri. 38 00:02:54,632 --> 00:02:58,011 90% penguat kuasa dan bomba ambil steroid. 39 00:02:58,094 --> 00:03:02,223 Tapi, siapa peduli? Orang ambil untuk nampak sasa. 40 00:03:03,933 --> 00:03:08,438 Ramai yang beri maklumat. Banyak yang boleh dipertimbangkan. 41 00:03:08,521 --> 00:03:10,315 AKTIVITI MENCURIGAKAN DI BANGSAL JIRAN 42 00:03:10,398 --> 00:03:11,441 TRAK MEMBAWA TONG 43 00:03:11,524 --> 00:03:13,943 Kita tak tahu mana satu yang tepat. 44 00:03:17,864 --> 00:03:19,699 BELI PENYENYAP 45 00:03:19,782 --> 00:03:20,742 MASUK KE TROLI 46 00:03:23,703 --> 00:03:26,581 Apa guna ada permit kalau pistol kosong? 47 00:03:26,664 --> 00:03:28,458 Pistol saya sentiasa berpeluru. 48 00:03:33,838 --> 00:03:38,092 Saya belikan Bella .22 Crickett merah jambu. Dia suka. 49 00:03:39,260 --> 00:03:40,428 SIASAT 7-11? 50 00:03:40,511 --> 00:03:44,474 Empat bulan tanpa jawapan, tetapi pihak berkuasa masih yakin 51 00:03:44,557 --> 00:03:46,434 akan menyelesaikan kes ini. 52 00:03:47,060 --> 00:03:49,979 Ada orang kata ia diangkut dengan lori 53 00:03:50,063 --> 00:03:53,274 yang menuju ke New Orleans. Itu tak dapat dibuktikan. 54 00:03:54,609 --> 00:03:58,154 Saya rapat dengan golongan elit Frankfort. 55 00:03:58,905 --> 00:04:04,077 Hakim, peguam, orang kaya di kelab desa… 56 00:04:04,744 --> 00:04:08,289 Saya dilindungi. Kalau rapat dengan mereka, pasti selamat. 57 00:04:08,873 --> 00:04:11,125 Setahun berlalu sejak sejumlah besar 58 00:04:11,209 --> 00:04:14,128 salah satu bourbon terbaik dunia hilang. 59 00:04:14,212 --> 00:04:16,839 Penyiasat masih tiada jawapan. 60 00:04:17,465 --> 00:04:21,177 Kami terima banyak maklumat tetapi tiada satu pun berguna. 61 00:04:32,981 --> 00:04:36,734 RAJA BOURBON BAHAGIAN 2 62 00:04:41,322 --> 00:04:42,865 Kes menemui jalan buntu. 63 00:04:44,784 --> 00:04:48,204 Tetapi, saya masih rasa kami akan berjaya selesaikan. 64 00:04:53,543 --> 00:04:55,044 DUA TAHUN SEJAK PAPPYGATE 65 00:04:55,128 --> 00:04:57,922 Kalau ramai orang tahu tetapi tutup mulut 66 00:04:58,006 --> 00:05:02,927 itu bermakna orang itu disayangi dan dihormati. 67 00:05:03,720 --> 00:05:05,263 Mungkin juga ditakuti. 68 00:05:08,850 --> 00:05:10,059 Kalau saya Toby, 69 00:05:10,143 --> 00:05:13,896 tentu saya akan bangga diri 70 00:05:13,980 --> 00:05:16,649 dan bermegah-megah. 71 00:05:17,317 --> 00:05:20,570 "Saya mampu beli trak besar. 72 00:05:20,653 --> 00:05:24,240 Mampu buat macam-macam. Saya dilindungi orang berpengaruh." 73 00:05:28,328 --> 00:05:30,705 Tak sangka semua ini terjadi kepada saya. 74 00:05:31,205 --> 00:05:33,666 Dulu, saya tengok orang lain 75 00:05:33,750 --> 00:05:35,626 dan kagum dengannya. 76 00:05:35,710 --> 00:05:39,797 Tiba-tiba, saya pula yang dikagumi orang lain. 77 00:05:40,840 --> 00:05:43,760 Tetapi, saya tetap perlu berhati-hati 78 00:05:43,843 --> 00:05:47,555 kerana bukan semua orang akan rasa kagum. 79 00:05:55,063 --> 00:05:59,776 Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. 80 00:06:01,110 --> 00:06:02,737 Itu hakikat. 81 00:06:12,622 --> 00:06:14,749 TANPA NAMA 82 00:06:18,169 --> 00:06:20,922 Telefon berbunyi ketika saya duduk di meja. 83 00:06:21,005 --> 00:06:23,383 Mesejnya, "Mahu tahu lokasi wiski curi?" 84 00:06:23,466 --> 00:06:24,967 PENOLONG SYERIF 85 00:06:25,510 --> 00:06:28,429 TOBY CURTSINGER YANG TINGGAL DI FRANKFORT 86 00:06:28,679 --> 00:06:31,974 Kami terima petunjuk pada 2015. 87 00:06:33,601 --> 00:06:35,645 Kami terima pesanan ringkas. 88 00:06:36,479 --> 00:06:40,400 Maklumat yang kami terima itu cukup spesifik. 89 00:06:41,359 --> 00:06:44,612 Saya terus tugaskan detektif ke sana. 90 00:06:48,950 --> 00:06:51,661 Ada menara telefon di belakang rumah mereka. 91 00:06:51,744 --> 00:06:53,704 Jalan masuk kecil. 92 00:06:53,788 --> 00:06:56,332 Kami cuba datang sedekat mungkin 93 00:06:56,416 --> 00:06:59,669 untuk melihat tong bourbon yang dikatakan ada di sana. 94 00:07:01,587 --> 00:07:03,548 Kami panjat bumbung kenderaan. 95 00:07:03,631 --> 00:07:06,259 Kami cuba lihat dari semua sudut. 96 00:07:07,760 --> 00:07:10,304 Saya nampak bangsal di belakang rumah. 97 00:07:10,847 --> 00:07:14,892 Ada sesuatu di belakang bangsal itu yang saya tak kenal pasti. 98 00:07:16,477 --> 00:07:20,606 Kami cuba siasat dari kawasan hutan di seberang. 99 00:07:28,322 --> 00:07:31,200 Ron yang berjalan di depan tiba-tiba berhenti. 100 00:07:32,660 --> 00:07:34,829 Ketika itu, angin bertiup. 101 00:07:36,747 --> 00:07:39,208 Dia kata, "Awak bau?" 102 00:07:40,460 --> 00:07:42,795 Orang Kentucky kenal bau itu. 103 00:07:43,713 --> 00:07:44,797 Baunya manis. 104 00:07:47,800 --> 00:07:49,677 Apabila nampak tong itu,… 105 00:07:51,137 --> 00:07:52,805 memang tak syak lagi. 106 00:07:55,141 --> 00:07:56,559 Itu bau bourbon. 107 00:08:12,492 --> 00:08:13,743 Cuaca indah hari itu. 108 00:08:13,826 --> 00:08:16,704 Hari cerah tetapi berangin. 109 00:08:16,787 --> 00:08:19,290 Hari yang indah di bulan Mac. 110 00:08:22,335 --> 00:08:23,628 Saya senang hati. 111 00:08:31,052 --> 00:08:33,387 Tiba-tiba, ada mesej daripada ibu. 112 00:08:35,681 --> 00:08:38,851 Ada aktiviti mencurigakan di kawasan rumah saya. 113 00:08:38,935 --> 00:08:41,729 Dia nampak kerana dia tinggal di sebelah. 114 00:08:42,313 --> 00:08:46,692 Dia minta saya berhati-hati apabila pulang ke rumah. 115 00:08:48,611 --> 00:08:52,698 Saya tak ambil pusing. Ada menara radio di belakang rumah saya. 116 00:08:52,782 --> 00:08:57,245 Mungkin pekerja datang untuk buat apa-apa. 117 00:08:57,328 --> 00:09:01,082 Selesai berlari, saya jemput anak-anak dan terus ke gim. 118 00:09:03,834 --> 00:09:06,504 Saya pandang Ron. 119 00:09:06,587 --> 00:09:08,339 Dia seperti tak percaya. 120 00:09:12,552 --> 00:09:15,763 Tong-tong itu tersergam di depan kami. 121 00:09:17,139 --> 00:09:19,976 Label pada penutup tong sudah dipadam 122 00:09:20,059 --> 00:09:23,646 dengan cat atau sesuatu. 123 00:09:23,729 --> 00:09:28,150 Biasanya, tong dilabel dengan jenis bourbon dan kilangnya. 124 00:09:28,234 --> 00:09:31,862 Label pada tong ini sudah ditutup dengan cat sembur. 125 00:09:32,613 --> 00:09:35,324 Ini menunjukkan ia dicuri. 126 00:09:35,992 --> 00:09:38,911 Mereka laporkan penemuan tong. 127 00:09:38,995 --> 00:09:41,414 Jadi, saya sediakan waran geledah. 128 00:09:42,164 --> 00:09:44,250 Mungkin ini yang kami cari. 129 00:10:14,655 --> 00:10:18,159 Waktu itu, saya di gim. Telefon berdering. 130 00:10:19,243 --> 00:10:22,538 Panggilan daripada konstabel yang kenal rapat isteri saya. 131 00:10:22,622 --> 00:10:26,250 Dia di rumah saya dan ada orang mahu bercakap dengan saya. 132 00:10:26,334 --> 00:10:27,543 Saya kata, "Ya?" 133 00:10:27,627 --> 00:10:31,172 Dia kata, "Toby, ini Pat Melton. Awak perlu pulang sekarang." 134 00:10:44,894 --> 00:10:49,148 Ada tiga atau empat buah kereta syerif di depan rumah. 135 00:10:49,649 --> 00:10:51,525 Saya masih tak tahu apa-apa. 136 00:10:56,906 --> 00:10:59,992 Waktu itu, saya seperti tak rasa apa-apa. 137 00:11:01,035 --> 00:11:05,331 Bukan terkejut, tetapi sedang cuba faham situasi itu. 138 00:11:06,916 --> 00:11:10,252 Ayah kata dia tahu punca semua ini. 139 00:11:10,836 --> 00:11:11,921 Dia… 140 00:11:13,047 --> 00:11:16,342 Dia minta maaf atas perkara yang bakal berlaku. 141 00:11:19,095 --> 00:11:21,514 Saya masuk dari belakang dengan Isabella. 142 00:11:21,597 --> 00:11:24,308 Rumah kami bersepah. 143 00:11:26,394 --> 00:11:29,897 Mereka keluarkan isi setiap laci di rumah saya. 144 00:11:32,900 --> 00:11:34,151 Sungguh dahsyat. 145 00:11:35,986 --> 00:11:37,780 Pat dan lain-lain kepung saya. 146 00:11:38,531 --> 00:11:42,702 Macam serangan mengejut. 147 00:11:43,327 --> 00:11:47,331 Mereka minta Toby gabungan nombor untuk buka peti besi. 148 00:11:54,004 --> 00:11:56,215 Dia ada lebih banyak senjata api daripada saya. 149 00:11:59,343 --> 00:12:03,514 Senjata api jenis penyerang dan alat penyenyap. 150 00:12:03,597 --> 00:12:05,307 KETERANGAN/RAMPASAN 151 00:12:05,391 --> 00:12:07,643 Steroid itu yang mengejutkan saya. 152 00:12:10,438 --> 00:12:14,525 Steroid itu lebih daripada amaun yang digunakan oleh seorang. 153 00:12:15,860 --> 00:12:17,570 BEBERAPA TABLET PUTIH HANCUR 154 00:12:17,653 --> 00:12:21,323 Kami keliru. Ini kes apa sebenarnya? 155 00:12:22,074 --> 00:12:25,327 Kami temui bourbon curi dan banyak steroid. 156 00:12:26,454 --> 00:12:28,706 Ini bukan main-main. 157 00:12:29,874 --> 00:12:35,004 11 Mac, bersama Gilbert "Toby" Curtsinger. 158 00:12:35,087 --> 00:12:37,298 Awak berhak berdiam diri… 159 00:12:37,381 --> 00:12:40,509 Pat bacakan Hak Miranda. 160 00:12:40,593 --> 00:12:42,219 Kemudian, Ron Wyatt kata, 161 00:12:42,720 --> 00:12:46,390 "Sebelum awak mula, kami tahu awak miliki tong-tong itu." 162 00:12:46,474 --> 00:12:50,269 Saya kata, "Bukan dari Buffalo Trace." Katanya, "Ya, dari Wild Turkey." 163 00:12:50,352 --> 00:12:53,939 "Awak dapat daripada Sean Searcy dan jual pada harga $3,000 setong." 164 00:12:54,023 --> 00:12:56,776 - Di mana awak bekerja? - Di Buffalo Trace. 165 00:12:56,859 --> 00:13:00,446 Awak bekerja di sana ketika Pappy Van Winkle hilang? 166 00:13:00,529 --> 00:13:03,365 Ya, di bahagian pemprosesan, bukan penghantaran. 167 00:13:03,449 --> 00:13:06,118 Awak tahu apa yang berlaku? 168 00:13:06,202 --> 00:13:08,037 Tidak, tuan. Saya tak tahu. 169 00:13:08,162 --> 00:13:12,541 Pat duduk dan pandang saya. Katanya, "Ada Van Winkle di sini?" 170 00:13:12,625 --> 00:13:13,626 Saya kata, "Tidak." 171 00:13:14,210 --> 00:13:16,921 Dia kata, kalau saya buka mulut, 172 00:13:17,004 --> 00:13:19,590 dia akan anggap tiada apa-apa berlaku. 173 00:13:19,673 --> 00:13:23,928 Saya tanya, "Betul?" Katanya, "Saya cuma perlu petik jari." 174 00:13:25,346 --> 00:13:28,933 Julie mencelah dan suruh dia tutup mulut. 175 00:13:29,475 --> 00:13:30,935 Dia bercakap. 176 00:13:31,018 --> 00:13:34,188 Julie pandang dia dan suruh dia tutup mulut. 177 00:13:34,730 --> 00:13:37,149 "Jangan cakap apa-apa." Dia pun diam. 178 00:13:37,817 --> 00:13:40,861 Saya tak pernah lihat Toby begitu. 179 00:13:41,529 --> 00:13:44,532 Dia takut. 180 00:13:44,615 --> 00:13:47,701 Ketika itu, saya tahu dia sedang dalam masalah. 181 00:13:58,879 --> 00:14:01,632 Hari itu hari yang teruk. 182 00:14:04,468 --> 00:14:07,596 Saya kesal dengan situasi yang menimpa keluarga saya. 183 00:14:09,348 --> 00:14:13,143 Rumah tempat anak-anak kami membesar telah musnah. 184 00:14:14,103 --> 00:14:17,273 Dia dibawa ke penjara. Sungguh menyedihkan. 185 00:14:20,609 --> 00:14:24,697 Di bilik tahanan sementara, saya diberi selimut dan tikar nipis. 186 00:14:24,780 --> 00:14:27,908 Mereka semua tegur saya dan tanya kesalahan saya. 187 00:14:27,992 --> 00:14:31,036 "Kenapa awak ditahan?" "Saya kerana heroin." 188 00:14:31,120 --> 00:14:34,123 Saya tak percaya saya duduk di situ. 189 00:14:35,916 --> 00:14:39,420 Waran geledah pertama itu untuk mencari tong Wild Turkey. 190 00:14:39,503 --> 00:14:42,464 "Wild Turkey ada laporkan kehilangan?" 191 00:14:44,466 --> 00:14:47,845 Walaupun ada 1,000 tong di belakang rumah saya, 192 00:14:47,928 --> 00:14:51,265 jika tiada kehilangan, macam mana awak nak tuduh saya? 193 00:14:53,809 --> 00:14:55,769 Di mana laporan kehilangan? 194 00:14:57,897 --> 00:14:59,398 KEESOKANNYA 195 00:14:59,481 --> 00:15:04,069 Pejabat Syerif Kaunti Franklin mendakwa ini salah satu kes terbesar 196 00:15:04,153 --> 00:15:08,574 melibatkan senapang, steroid dan tong bourbon yang dicuri. 197 00:15:08,657 --> 00:15:12,244 Saya tak pernah lihat sesiapa miliki lima tong bourbon. 198 00:15:13,746 --> 00:15:17,333 Saya bekas wartawan politik State Journal 199 00:15:17,416 --> 00:15:20,210 dan kes ini jatuh ke pangkuan saya. 200 00:15:20,294 --> 00:15:21,503 WARTAWAN 201 00:15:21,587 --> 00:15:25,633 Apabila lelaki ini ditahan, ada lima tong di belakang rumahnya 202 00:15:25,716 --> 00:15:27,885 yang Wild Turkey tak tahu telah hilang. 203 00:15:28,385 --> 00:15:29,720 Mana mungkin? 204 00:15:29,803 --> 00:15:32,348 Curtsinger mengaku tidak bersalah atas pertuduhannya. 205 00:15:32,431 --> 00:15:36,185 Dia akan dibebaskan dari Penjara Daerah Franklin dengan bon. 206 00:15:36,268 --> 00:15:41,649 Persoalannya, adakah ini berkait dengan insiden Buffalo Trace? 207 00:15:41,732 --> 00:15:43,651 Adakah berkait dengan Pappygate? 208 00:15:43,734 --> 00:15:46,654 Syerif Melton tidak menolak kemungkinan kes ini 209 00:15:46,737 --> 00:15:49,782 berkait dengan kecurian Pappy Van Winkle pada 2013. 210 00:15:49,865 --> 00:15:51,408 KETERANGAN PAPPY GATE 2013? 211 00:15:51,492 --> 00:15:55,704 Sebaik saja kami tahu dia sudah lama bekerja di sana, 212 00:15:55,788 --> 00:15:59,833 kami jelas ini memang kerja orang dalam. 213 00:16:01,585 --> 00:16:06,340 Mereka suruh saya sebut nama semua orang yang terlibat. 214 00:16:06,423 --> 00:16:09,843 Mereka nak saya dedahkan semua orang. Gila. 215 00:16:11,220 --> 00:16:13,597 Mereka kawan-kawan saya sendiri. 216 00:16:13,681 --> 00:16:16,767 Saya datang ke majlis mereka. Saya kenal anak mereka. 217 00:16:16,850 --> 00:16:18,644 Mana mungkin saya dedahkan? 218 00:16:23,148 --> 00:16:25,025 Tetapi, apabila telefon saya dirampas… 219 00:16:29,238 --> 00:16:30,447 habislah saya. 220 00:16:31,448 --> 00:16:32,366 Telefon saya. 221 00:16:33,951 --> 00:16:37,746 Selepas siasat, kami terkejut. 222 00:16:38,163 --> 00:16:41,458 MUNGKIN 40 HINGGA 50 BOTOL 135 PRUF PADA HARGA $1,200 223 00:16:41,542 --> 00:16:43,168 Ia seperti telaga maklumat. 224 00:16:44,044 --> 00:16:48,132 Jualan bourbon, jualan steroid… Banyak maklumat. 225 00:16:48,215 --> 00:16:52,011 "Saya beli dua." "Saya jual dua." "Perlu empat lagi." 226 00:16:52,094 --> 00:16:54,221 "Berapa banyak untung?" 227 00:16:55,347 --> 00:16:58,100 Jadi, kami tahu ada beberapa orang tolong Toby. 228 00:16:58,976 --> 00:17:00,644 Kami susun nama mereka. 229 00:17:01,603 --> 00:17:05,983 Toby dan para pengedarnya. 230 00:17:07,901 --> 00:17:10,154 Ada juga carta untuk steroid. 231 00:17:10,237 --> 00:17:11,613 JUAL/BELI STEROID 232 00:17:14,074 --> 00:17:16,326 Ada nama-nama yang kami kenal. 233 00:17:18,454 --> 00:17:21,832 Syerif Melton kata dia nak berjumpa saya. 234 00:17:21,915 --> 00:17:23,417 Itu perkara biasa. 235 00:17:24,126 --> 00:17:27,254 Dia datang dan beri saya sepina 236 00:17:27,337 --> 00:17:29,506 untuk fail personel Pegawai Wells. 237 00:17:33,302 --> 00:17:35,387 Apabila saya tanya tujuannya, 238 00:17:35,471 --> 00:17:38,849 yang merupakan soalan yang patut seorang ketua polis tanya, 239 00:17:38,932 --> 00:17:43,020 dia kata dia tak boleh dedahkan. 240 00:17:43,103 --> 00:17:47,066 Menyiasat pegawai agensi lain 241 00:17:47,149 --> 00:17:48,859 memang ada risikonya. 242 00:17:48,942 --> 00:17:53,739 Tetapi, prinsip saya ialah sentiasa ambil tindakan yang betul. 243 00:17:54,615 --> 00:17:57,409 - Situasi ini janggal. - Betul. 244 00:17:57,493 --> 00:18:00,245 Saya minta maaf kerana terlibat. 245 00:18:00,329 --> 00:18:05,042 Bersama Toby, mereka merancang untuk melabur dalam penghantaran steroid. 246 00:18:05,626 --> 00:18:09,630 Toby paling banyak. Sean pun terlibat. 247 00:18:09,713 --> 00:18:12,591 - Ada polis lain? - Steve Oliver. 248 00:18:13,801 --> 00:18:18,514 Sebagai kawan Mike Wells dan Steve Oliver, 249 00:18:19,264 --> 00:18:22,893 Toby rasa dia tak perlu risau 250 00:18:22,976 --> 00:18:25,437 tentang kegiatannya. 251 00:18:25,979 --> 00:18:28,690 Tetapi, itu tak melindunginya daripada syerif. 252 00:18:29,233 --> 00:18:31,110 Selepas membuat pertimbangan, 253 00:18:31,193 --> 00:18:35,239 Pegawai Wells akan meletak jawatan dari Jabatan Polis Frankfort. 254 00:18:35,322 --> 00:18:38,325 Saluran berita tempatan terus mengandaikan… 255 00:18:38,408 --> 00:18:39,785 POLIS FRANKFORT DISIASAT 256 00:18:39,868 --> 00:18:41,286 …kami sembunyikan sesuatu. 257 00:18:41,370 --> 00:18:43,747 DATUK BANDAR SARAN JABATAN POLIS DISIASAT 258 00:18:43,831 --> 00:18:45,582 Itu mengganggu bulu politik. 259 00:18:46,333 --> 00:18:49,503 Selepas cari fasal dengan angkatan polis bandar, 260 00:18:49,586 --> 00:18:53,423 Pat perlu yakinkan penduduk Frankfort 261 00:18:53,507 --> 00:18:55,092 bahawa itulah keadilan. 262 00:18:55,717 --> 00:19:00,389 Saya rasa dia risau tidak akan dilantik untuk penggal seterusnya. 263 00:19:05,561 --> 00:19:08,564 Jika kami dapat semua maklumat tentang Toby, 264 00:19:08,647 --> 00:19:11,066 kami boleh selesaikan kes ini. 265 00:19:11,608 --> 00:19:13,735 Kami mesti banteras akar umbinya. 266 00:19:14,862 --> 00:19:18,240 Melalui penyiasatan, jelas bahawa 267 00:19:18,323 --> 00:19:23,745 pengedaran dibuat oleh rakan-rakan sofbolnya. 268 00:19:29,376 --> 00:19:31,837 Mereka enggan bekerjasama. 269 00:19:33,172 --> 00:19:35,424 Mereka telefon saya 270 00:19:35,507 --> 00:19:38,719 dan ajak bincang di pejabat polis. 271 00:19:38,802 --> 00:19:40,345 Saya tak layan. 272 00:19:40,929 --> 00:19:43,515 Mereka enggan buka mulut. 273 00:19:43,599 --> 00:19:46,602 Kami tahu orangnya, jadi kami cari. 274 00:19:46,685 --> 00:19:49,980 - Mereka ikut awak? - Ke banyak tempat. 275 00:19:52,816 --> 00:19:55,903 Tentulah saya sedar ada orang ikut. 276 00:19:57,362 --> 00:19:59,489 Kereta yang sama muncul di pejabat. 277 00:19:59,573 --> 00:20:02,618 Jadi, saya bermain dengan mereka. 278 00:20:04,786 --> 00:20:07,122 Saya ke lebuh raya, mereka ke lebuh raya. 279 00:20:07,206 --> 00:20:10,000 Mereka ikut saya hingga ke timur Kentucky. 280 00:20:17,132 --> 00:20:19,259 Saya mahu lihat hingga sejauh mana. 281 00:20:23,263 --> 00:20:26,016 Mereka pernah ikut saya hingga ke Pippa. 282 00:20:27,976 --> 00:20:30,771 Ke tempat yang tak akan mereka pergi. 283 00:20:40,239 --> 00:20:44,368 Apabila difikirkan semula, mungkin saya boleh jadi polis. 284 00:20:45,577 --> 00:20:49,164 Saya rasa Dusty mahu berada selangkah di hadapan 285 00:20:49,248 --> 00:20:52,417 sedangkan dia sudah lima langkah di belakang. 286 00:20:53,252 --> 00:20:56,880 Rekod telefon itu sudah dedahkan segala-galanya. 287 00:21:00,259 --> 00:21:04,471 Di Kentucky, ada statut "Penglibatan dalam Jenayah Terancang." 288 00:21:04,554 --> 00:21:05,430 SENJATA API 289 00:21:06,431 --> 00:21:07,975 Jadi, dalam kes ini, 290 00:21:08,058 --> 00:21:11,770 walaupun cuma edar satu tong, mereka tetap bertanggungjawab 291 00:21:11,853 --> 00:21:15,691 atas sebarang akibat daripada kegiatan jenayah itu. 292 00:21:18,151 --> 00:21:21,405 Persoalannya, mahu beri kerjasama atau mahu dipenjara? 293 00:21:21,905 --> 00:21:24,908 Apabila tahu perbuatan mereka satu feloni Kelas B, 294 00:21:25,617 --> 00:21:27,160 kebanyakan orang beri kerjasama. 295 00:21:27,995 --> 00:21:30,330 - Nama penuh? - Mitchell R. Osborne. 296 00:21:30,414 --> 00:21:31,248 Ray Osborne? 297 00:21:31,331 --> 00:21:32,207 - Ya. - Okey. 298 00:21:34,167 --> 00:21:36,753 Toby dan beberapa lagi akan dipertuduh 299 00:21:36,837 --> 00:21:39,339 "mengendalikan sindiket jenayah". 300 00:21:39,423 --> 00:21:42,509 Kepala dan anak buah paling rendah 301 00:21:42,592 --> 00:21:45,262 akan berdepan tuduhan sama. Sepuluh tahun. 302 00:21:45,345 --> 00:21:48,390 Saya tanya sekali lagi. Jika awak bohong lagi, 303 00:21:48,473 --> 00:21:50,642 awak tanggung sendiri. 304 00:21:50,726 --> 00:21:54,021 Bilik ini panas. 305 00:21:54,104 --> 00:21:56,732 Saya lapar dan gemuk. Saya suka makan. 306 00:21:57,274 --> 00:21:59,651 Awak tahu apa-apa tentang Eagle Rare? 307 00:21:59,735 --> 00:22:01,403 - Ya, saya tahu. - Bagus! 308 00:22:01,486 --> 00:22:03,530 Itu yang saya nak dengar. 309 00:22:03,613 --> 00:22:06,158 Kami bukan hendak dakwa awak. 310 00:22:06,241 --> 00:22:08,660 Saya tolong dia bawa keluar Eagle Rare. 311 00:22:08,744 --> 00:22:10,996 Saya bawa keluar dan dia bawa pergi. 312 00:22:11,496 --> 00:22:15,459 Kami minta orang ramai tampil membantu siasatan. 313 00:22:15,542 --> 00:22:19,755 Sesiapa yang membantu ditawarkan imuniti. 314 00:22:23,175 --> 00:22:26,762 Saya dengar dia nak dedahkan semua orang 315 00:22:26,845 --> 00:22:29,639 untuk bersihkan namanya. 316 00:22:29,723 --> 00:22:31,475 Itu mengarut. 317 00:22:31,558 --> 00:22:35,187 Toby Curtsinger berurusan dengan ramai orang. 318 00:22:36,063 --> 00:22:38,482 Antara mereka, ada satu ikatan 319 00:22:38,565 --> 00:22:42,861 yang terbentuk melalui sofbol, steroid atau bourbon. 320 00:22:42,944 --> 00:22:48,492 Mereka saling percaya dan setia 321 00:22:48,575 --> 00:22:50,577 hinggalah ada yang ditangkap. 322 00:22:53,622 --> 00:22:57,459 Jangan fikir awak khianati sesiapa. Awak ada imuniti. 323 00:22:57,542 --> 00:23:00,337 Saya tak nak khianati kawan saya. 324 00:23:00,420 --> 00:23:02,214 Saya dan Toby kawan baik. 325 00:23:02,297 --> 00:23:04,091 Awak di sini kerana dia. 326 00:23:04,174 --> 00:23:05,133 Saya tahu. 327 00:23:08,762 --> 00:23:12,474 Ceritakan cara tong itu bertukar tangan. 328 00:23:12,557 --> 00:23:15,852 Toby telefon? Jelaskan kaedahnya. 329 00:23:18,605 --> 00:23:23,735 Apabila kegiatan mereka mula terbongkar, ramai keluar dari persembunyian. 330 00:23:23,819 --> 00:23:26,863 "Atas nasihat peguam, saya tampil untuk serahkan 331 00:23:26,947 --> 00:23:28,865 sembilan botol yang saya ada." 332 00:23:28,949 --> 00:23:32,202 - Awak beli botol atau kas? - Tak, tapi dia ada beberapa kas. 333 00:23:32,285 --> 00:23:36,206 - Dia pakai seragam Buffalo Trace? - Ya. Saya sangka ia sah. 334 00:23:36,790 --> 00:23:40,627 Ada Pappy Van Winkle berusia 20 tahun, 12 tahun dan 15 tahun. 335 00:23:40,710 --> 00:23:42,671 Dusty Adkins bawa ke rumah saya. 336 00:23:42,754 --> 00:23:45,757 Dia kata dia kenal orang kilang penyulingan itu. 337 00:23:45,841 --> 00:23:47,717 Suatu hari, saya jawab. 338 00:23:47,801 --> 00:23:51,012 Saya suruh mereka datang ke Kaunti Scott. 339 00:23:51,096 --> 00:23:54,766 Mereka tak boleh datang kerana di luar bidang kuasa mereka. 340 00:23:54,850 --> 00:23:58,770 Di tempat letak kereta, ada garis sempadan Kaunti Franklin. 341 00:24:00,021 --> 00:24:02,816 Saya selalu merepek tetapi saya tak bodoh. 342 00:24:02,899 --> 00:24:05,152 Kami boleh tahan dia di situ juga. 343 00:24:05,652 --> 00:24:09,698 Ini bukan macam Dukes of Hazzard. Tak perlu kejar hingga ke jambatan. 344 00:24:09,781 --> 00:24:11,700 Tak tahan sekarang, 345 00:24:11,783 --> 00:24:14,244 tak semestinya tak boleh tahan lain kali. 346 00:24:14,327 --> 00:24:16,580 Itu bukan situasi di dunia sebenar. 347 00:24:17,664 --> 00:24:21,877 Perkara yang ubah fikiran saya ialah senarai mesej 348 00:24:21,960 --> 00:24:23,753 dalam telefon bimbit Toby. 349 00:24:23,837 --> 00:24:26,465 Semuanya terpampang di situ. 350 00:24:26,548 --> 00:24:29,009 Macam mana nak nafikan? Tak boleh. 351 00:24:29,509 --> 00:24:31,636 Itu mesej saya kepada dia. 352 00:24:32,345 --> 00:24:35,932 Dusty Adkins, seperti yang lain, mengaku 353 00:24:36,475 --> 00:24:38,685 membantu dalam jualan tong-tong itu. 354 00:24:44,608 --> 00:24:47,235 Mereka buat semua kawan saya menentang saya. 355 00:24:49,404 --> 00:24:51,156 Ronnie Lee, Dusty… 356 00:24:51,656 --> 00:24:54,743 Saya bermain sofbol dengan mereka selama bertahun-tahun. 357 00:24:58,413 --> 00:24:59,748 Saya rindu mereka. 358 00:25:03,585 --> 00:25:04,628 Saya sayang mereka. 359 00:25:26,107 --> 00:25:30,237 Kami diberitahu akan ada sidang media daripada Pat Melton. 360 00:25:31,196 --> 00:25:35,325 Kami tahu ia melibatkan bourbon yang dicuri 361 00:25:35,408 --> 00:25:38,578 daripada Buffalo Trace. Kami tahu setakat itu sahaja. 362 00:25:39,704 --> 00:25:42,040 Jadi, saya kata saya akan hadir. 363 00:25:43,917 --> 00:25:47,671 Saya fikir cuma kru televisyen tempatan akan hadir. 364 00:25:53,468 --> 00:25:58,098 Rupa-rupanya, ada lebih 20 wartawan dan kru kamera dari seluruh dunia. 365 00:25:59,599 --> 00:26:03,728 Saya dah kata ini kerja orang dalam. Jelas sekali, itulah yang berlaku. 366 00:26:03,812 --> 00:26:05,814 Kes kas yang hilang. 367 00:26:06,147 --> 00:26:10,610 Rompakan Pappygate. Sumber rasmi mendakwa dalangnya telah ditahan. 368 00:26:10,944 --> 00:26:12,362 Polis mendakwa lelaki ini, 369 00:26:12,445 --> 00:26:15,615 Gilbert "Toby" Curtsinger, ialah ketua sindiket ini. 370 00:26:16,366 --> 00:26:18,076 Bukan hanya di negeri itu. 371 00:26:18,159 --> 00:26:19,202 Pemberi maklumat… 372 00:26:19,286 --> 00:26:20,870 Bukan juga di wilayah. 373 00:26:20,954 --> 00:26:22,581 Bourbon pasaran hitam. 374 00:26:22,664 --> 00:26:23,873 Bukan di seluruh negara. 375 00:26:23,957 --> 00:26:25,083 Penemuan besar kes… 376 00:26:25,166 --> 00:26:28,378 Bukan di hemisfera utara. Ia heboh di seluruh dunia. 377 00:26:28,461 --> 00:26:32,340 Kes ini telah mendapat perhatian hingga ke Pakistan. 378 00:26:32,424 --> 00:26:33,425 Bayangkan. 379 00:26:33,508 --> 00:26:35,594 Ini baru bunganya sahaja. 380 00:26:35,677 --> 00:26:38,638 Mereka tanya dia empat kali sehari. 381 00:26:38,722 --> 00:26:41,600 195 botol takkan hilang begitu sahaja. 382 00:26:41,683 --> 00:26:43,560 - Pukul enam. - Pasti ada orang lain. 383 00:26:43,643 --> 00:26:45,186 - Pukul 12:00. - Soalan bagus. 384 00:26:45,270 --> 00:26:46,771 - Pukul lima. - Demi keadilan. 385 00:26:46,855 --> 00:26:50,525 - Pukul 11:00. - Penglibatan dalam jenayah terancang. 386 00:26:50,609 --> 00:26:52,068 Semuanya kerana wiski. 387 00:26:52,652 --> 00:26:55,822 Kami berani mengatakan kami akan selesaikan kes ini. 388 00:26:55,905 --> 00:26:58,700 Tetapi, kami berjaya. Kami dapat dia. 389 00:26:58,783 --> 00:27:01,786 Jangan sesekali ragui pasukan saya. 390 00:27:01,870 --> 00:27:03,288 - Tahniah. - Terima kasih. 391 00:27:03,371 --> 00:27:06,249 Awak berjaya. Kes Pappy selesai. 392 00:27:07,292 --> 00:27:09,628 - Kami bawa Pappy pulang. - Bawa Pappy pulang. 393 00:27:09,711 --> 00:27:11,254 PAPPYGATE SELESAI CURTSINGER DITUDUH 394 00:27:11,338 --> 00:27:13,590 Curtsinger dan rakan subahatnya 395 00:27:13,673 --> 00:27:17,636 berdepan beberapa tuduhan termasuk terlibat dalam jenayah terancang. 396 00:27:17,719 --> 00:27:20,764 Peguam mereka tidak menjawab panggilan… 397 00:27:20,847 --> 00:27:25,101 Saya buntu. Saya menjangkakan situasi paling buruk. 398 00:27:25,810 --> 00:27:27,520 Memang itulah hakikatnya. 399 00:27:32,692 --> 00:27:37,030 Saya dipertuduh atas semua pertuduhannya. 400 00:27:37,989 --> 00:27:40,116 Dia dalang kegiatan ini 401 00:27:40,200 --> 00:27:44,579 dan saya dituduh terlibat dalam mencuri bourbon, steroid dan senjata api. 402 00:27:47,749 --> 00:27:51,086 Saya ingat kali pertama hadir di pejabat peguam bersama dia. 403 00:27:51,169 --> 00:27:53,505 Dia jelaskan kaedah yang dia gunakan. 404 00:27:53,588 --> 00:27:56,299 Dia rasuah pengawal penjaga pintu pagar. 405 00:27:56,383 --> 00:27:58,885 Memang ramai yang terlibat. 406 00:28:00,053 --> 00:28:01,971 Awalnya, saya tak banyak cakap. 407 00:28:02,055 --> 00:28:04,683 Saya tak mahu bertengkar di tengah-tengah semua ini. 408 00:28:04,766 --> 00:28:06,643 JULIE CURTSINGER BERDIRI DI MAHKAMAH 409 00:28:08,228 --> 00:28:11,981 Dia tak curang, tetapi dia menipu saya. 410 00:28:12,065 --> 00:28:13,858 Saya amat kecewa. 411 00:28:16,236 --> 00:28:17,821 Saya isytiharkan kamu… 412 00:28:17,904 --> 00:28:19,114 Ini bukan suami saya. 413 00:28:19,197 --> 00:28:22,158 …pasangan Gilbert Thomas Curtsinger. 414 00:28:22,242 --> 00:28:24,035 Kami masuk berita setiap hari. 415 00:28:24,119 --> 00:28:25,954 JEJAK BOURBON 416 00:28:26,830 --> 00:28:31,167 Saya terfikir. Adakah saya begitu jahat? 417 00:28:34,254 --> 00:28:39,759 Dia duduk di sofa sambil menekup muka. 418 00:28:39,843 --> 00:28:42,345 Dia menangis. 419 00:28:43,722 --> 00:28:46,349 Saya tak pernah nampak ayah begitu. 420 00:28:49,102 --> 00:28:51,020 "Ketua sindiket ditangkap." 421 00:28:53,148 --> 00:28:55,734 Ayah saya samseng? 422 00:29:00,113 --> 00:29:04,451 Saya marah apabila berada dekat dengannya. 423 00:29:05,577 --> 00:29:08,580 Patutkah saya pisahkan dia daripada anak-anak? 424 00:29:09,831 --> 00:29:11,458 Kade suka seorang gadis. 425 00:29:11,541 --> 00:29:14,669 Bapa gadis itu beritahu anaknya tentang kami 426 00:29:14,753 --> 00:29:17,088 dan larang anaknya berjumpa Kade lagi. 427 00:29:19,591 --> 00:29:24,137 Bayangkan perasaan saya. Dia tak patut dihukum atas perbuatan saya. 428 00:29:25,722 --> 00:29:30,977 Dia melutut meminta maaf. Dia rasa lebih baik dia bunuh diri. 429 00:29:36,399 --> 00:29:39,652 Saya fikir hendak lenyapkan diri 430 00:29:39,736 --> 00:29:42,989 agar keluarga saya dapat hidup seperti dulu. 431 00:29:44,491 --> 00:29:49,788 Jawab saya kepadanya, "Jangan ambil jalan mudah 432 00:29:49,871 --> 00:29:52,624 dengan bunuh diri dan tinggalkan saya dengan dua anak. 433 00:29:52,707 --> 00:29:55,794 Saya sanggup harung bersama. Awak pun mesti sanggup." 434 00:30:03,843 --> 00:30:06,679 LIMA TAHUN SELEPAS PAPPYGATE 435 00:30:09,140 --> 00:30:12,227 Sedia terima hukuman, Encik Curtsinger? 436 00:30:12,310 --> 00:30:13,144 Ya, tuan. 437 00:30:13,228 --> 00:30:16,105 Ingin kata apa-apa sebelum mahkamah jatuhkan hukuman? 438 00:30:16,189 --> 00:30:17,065 - Tiada. - Okey. 439 00:30:17,148 --> 00:30:20,693 15CR101, pencurian melalui pengambilan yang menyalahi undang-undang, 440 00:30:20,777 --> 00:30:24,280 dua tuduhan menerima harta curi… 441 00:30:24,364 --> 00:30:28,910 JULIE MEMBUAT RAYUAN ALFORD DAN MENGAKU TIDAK BERSALAH 442 00:30:28,993 --> 00:30:31,371 DIA TIDAK DIPENJARAKAN 443 00:30:31,454 --> 00:30:34,791 Memiliki bahan terkawal, darjah kedua, kesalahan pertama, 444 00:30:34,874 --> 00:30:39,504 awak dihukum penjara lima tahun setiap satu berturut-turut. 445 00:30:39,587 --> 00:30:44,884 SETELAH DUA TAHUN MENAFIKANNYA, TOBY AKHIRNYA MENGAKU BERSALAH 446 00:30:44,968 --> 00:30:48,221 Awak dihukum penjara 15 tahun di penjara negeri. 447 00:30:48,304 --> 00:30:50,431 Awak boleh ditahan sekarang. 448 00:30:53,226 --> 00:30:56,604 Saya sedih apabila ia berakhir begitu. 449 00:30:57,355 --> 00:31:01,818 Setiap manusia buat kesilapan. Tak semuanya patut dihukum bunuh. 450 00:31:03,152 --> 00:31:05,238 Saya tak pernah kata dia jahat. 451 00:31:06,447 --> 00:31:09,492 Bagi saya, dia silap buat keputusan. Dia tamak. 452 00:31:10,201 --> 00:31:13,997 Rompakan bourbon di Kentucky berakhir dengan hukuman. 453 00:31:14,080 --> 00:31:16,541 Dalangnya dihukum penjara. 454 00:31:16,624 --> 00:31:19,210 Dia berdepan penjara 15 tahun 455 00:31:19,294 --> 00:31:21,838 kerana peranannya dalam kes Pappygate. 456 00:31:26,342 --> 00:31:30,054 Mereka buat orang awam percaya dia yang mencuri pada 2013. 457 00:31:30,138 --> 00:31:32,223 Tak habis-habis dengan 2013. 458 00:31:33,099 --> 00:31:35,143 Padahal, mereka tahu… 459 00:31:36,269 --> 00:31:37,604 itu tak benar. 460 00:31:41,149 --> 00:31:44,819 Ada perbualan lain yang menarik dalam siasatan awak? 461 00:31:44,903 --> 00:31:45,737 Greg Anglin. 462 00:31:52,243 --> 00:31:54,913 Apa penglibatan awak dengan Toby Curtsinger? 463 00:31:55,747 --> 00:32:01,002 Penglibatan saya dengan dia? Saya tak terlibat dengan tong bourbon 464 00:32:01,085 --> 00:32:04,797 dalam apa-apa cara sekalipun. 465 00:32:04,881 --> 00:32:07,926 Seperti orang lain yang beri kerjasama, 466 00:32:08,009 --> 00:32:10,720 kami beri tawaran. "Jika awak tampil membantu, 467 00:32:10,803 --> 00:32:13,306 kami tak akan dakwa awak." 468 00:32:13,389 --> 00:32:16,893 Sekiranya awak beri keterangan palsu, 469 00:32:16,976 --> 00:32:20,104 tawaran itu akan terbatal. 470 00:32:20,188 --> 00:32:22,440 Dengan Toby Curtsinger? Tidak, tuan. 471 00:32:25,610 --> 00:32:27,362 Awak curi apa-apa? 472 00:32:28,154 --> 00:32:30,615 Ya, tuan. Lama dahulu. 473 00:32:30,698 --> 00:32:31,908 Apa yang awak ambil? 474 00:32:31,991 --> 00:32:34,661 Mungkin satu botol berusia 20 tahun. 475 00:32:37,872 --> 00:32:38,915 GREG ANGLIN SATU KAS 476 00:32:38,998 --> 00:32:40,124 Satu kas? 477 00:32:40,875 --> 00:32:42,835 Mungkin dua. Tak lebih daripada dua. 478 00:32:42,919 --> 00:32:44,128 - Pappy? - Ya, tuan. 479 00:32:44,212 --> 00:32:45,254 2 ATAU 3 KAS 480 00:32:45,838 --> 00:32:49,050 - Awak mesti benar-benar jujur. - Okey. 481 00:32:49,133 --> 00:32:52,178 - Jangan cakap sembarangan. - Lima tahun lalu. 482 00:32:52,261 --> 00:32:53,471 Baiklah. 483 00:32:53,554 --> 00:32:56,599 Sama ada 35 kas atau enam kas, 484 00:32:56,683 --> 00:33:00,186 beritahu saya jumlah sebenar. 485 00:33:01,521 --> 00:33:05,191 - Saya nak… - Mungkin lapan atau sepuluh kas. 486 00:33:05,274 --> 00:33:07,694 - Ini kas 12 botol? - Ya, tuan. 487 00:33:07,777 --> 00:33:08,861 8-10 KAS? 488 00:33:08,945 --> 00:33:11,948 - Kira-kira sepuluh kas… - 120 botol. 489 00:33:13,825 --> 00:33:16,285 Apabila dia kata begitu, saya tersentak. 490 00:33:16,369 --> 00:33:20,206 Dia mengaku mengambil kira-kira 17 kas Pappy Van Winkle 491 00:33:20,289 --> 00:33:22,917 pada masa ini di Buffalo Trace. 492 00:33:23,001 --> 00:33:25,920 Itulah risiko menawarkan imuniti. Kadang-kadang, 493 00:33:26,004 --> 00:33:29,799 kita tawarkan kepada penjenayah. 494 00:33:30,967 --> 00:33:32,093 PENCURI PAPPYGATE! 495 00:33:32,176 --> 00:33:34,262 GREG ANGLIN PENCURI PAPPYGATE! 496 00:34:29,901 --> 00:34:34,530 Dia kata dia yang asalnya mencuri kas itu. 497 00:34:34,614 --> 00:34:38,451 Dia yang mencuri beberapa botol Pappy. 498 00:34:43,664 --> 00:34:47,919 Bukan Toby Curtsinger yang mencuri Pappy Van Winkle 499 00:34:48,002 --> 00:34:52,298 dalam rompakan Pappygate 2013. 500 00:34:53,674 --> 00:34:56,427 Mudah kalau kami katakan 501 00:34:56,511 --> 00:34:59,430 kami dah penjarakan ketua sindiket, Toby. 502 00:35:00,431 --> 00:35:03,059 Ia menyenangkan kami dan meringkaskan kes… 503 00:35:04,685 --> 00:35:05,812 tetapi tak benar. 504 00:35:12,235 --> 00:35:14,695 Ada yang hilang kerusi hari ini. 505 00:35:14,779 --> 00:35:17,865 Kami ikuti keputusan pilihan raya di Kentucky tengah dan timur. 506 00:35:19,700 --> 00:35:24,122 Saya rasa Pat berhempas-pulas selesaikan kes itu 507 00:35:24,205 --> 00:35:25,957 untuk mengekalkan jawatannya. 508 00:35:28,376 --> 00:35:32,964 Dia keluar berita 500 kali untuk promosikan namanya. 509 00:35:33,506 --> 00:35:35,716 Dia yang paling beria-ia. 510 00:35:36,884 --> 00:35:39,720 Apabila orang baru 511 00:35:39,804 --> 00:35:43,683 cuba ubah cara kerja asal, pasti ada orang tak suka. 512 00:35:44,976 --> 00:35:47,687 Mungkin saya boleh kendalikan kes itu 513 00:35:47,770 --> 00:35:50,439 dengan cara yang tak begitu agresif. 514 00:35:51,232 --> 00:35:54,902 Apabila difikirkan semula, itu bukan langkah bijak. 515 00:35:55,528 --> 00:35:58,948 Tetapi, kami telah jalankan tugas dengan baik. 516 00:35:59,740 --> 00:36:02,994 Kami selesaikan kes yang ramai orang fikir mustahil. 517 00:36:04,328 --> 00:36:09,750 Kesungguhan Pat mempromosikan dirinya dan pejabat syerif 518 00:36:09,834 --> 00:36:12,587 mungkin tak disukai sesetengah pihak. 519 00:36:14,172 --> 00:36:17,925 Di pekan kecil, jika kita terlalu tunjuk baik, 520 00:36:18,009 --> 00:36:20,261 orang rasa menyampah. 521 00:36:20,344 --> 00:36:24,182 Pat Melton, Syerif Kaunti Franklin, kalah dengan 3,300 undi 522 00:36:24,265 --> 00:36:27,101 kepada Chris Quire, kapten di Jabatan Polis Frankort. 523 00:36:28,561 --> 00:36:30,730 Dia terbang terlalu tinggi. 524 00:36:30,813 --> 00:36:36,527 Sungguhpun Pat cuba raih sanjungan orang awam 525 00:36:37,028 --> 00:36:39,655 dan Toby cuba raih sanjungan kawan-kawannya, 526 00:36:41,490 --> 00:36:43,034 mereka sama-sama kecundang. 527 00:36:46,412 --> 00:36:49,540 Ketua sindiket rompakan bourbon di Kentucky 528 00:36:49,624 --> 00:36:51,292 akan bebas hujung minggu ini. 529 00:36:51,375 --> 00:36:54,545 Hakim di Kaunti Franklin memberikan percubaan mengejut hari ini. 530 00:36:54,629 --> 00:36:57,548 Selepas dipenjarakan 30 hari, dia akan bebas. 531 00:36:57,632 --> 00:37:02,053 Peguam pembela mendakwa Curtsinger layak menerima percubaan mengejut 532 00:37:02,136 --> 00:37:04,472 sebagai pesalah feloni kali pertama 533 00:37:04,555 --> 00:37:08,059 yang mempunyai keluarga, pekerjaan dan ikatan dengan masyarakat. 534 00:37:08,643 --> 00:37:11,229 Jika kita pesalah tanpa kekerasan, 535 00:37:11,312 --> 00:37:13,981 jika tiada rekod jenayah yang panjang, 536 00:37:14,065 --> 00:37:17,985 dan tak berisiko kepada masyarakat, 537 00:37:18,069 --> 00:37:21,030 awak boleh jadi calon percubaan mengejut. 538 00:37:21,864 --> 00:37:24,575 Orang kata saya bertuah. Saya tak setuju. 539 00:37:24,659 --> 00:37:26,452 Dulu, saya ada rancangan. 540 00:37:28,037 --> 00:37:31,958 Bekerja, kumpul wang persaraan dan macam-macam lagi. 541 00:37:32,041 --> 00:37:33,751 Semua itu dah musnah. 542 00:37:36,963 --> 00:37:41,050 Saya terpaksa hidup dengan rasa bersalah terhadap keluarga 543 00:37:41,550 --> 00:37:43,010 dan semua kenalan saya. 544 00:37:44,011 --> 00:37:46,722 Jika anda zahirkan kasih sayang, bergembiralah. 545 00:37:47,723 --> 00:37:50,309 Kasih sayang bantu kita harungi segalanya. 546 00:37:50,810 --> 00:37:55,314 Suami dan isteri harungi segalanya bersama. 547 00:37:55,398 --> 00:37:58,234 Saya tanggalkan cincin perkahwinan lima tahun lalu. 548 00:37:58,317 --> 00:38:00,861 Saya tak kata apa-apa. Saya tanggalkan 549 00:38:00,945 --> 00:38:02,613 dan tak pernah sarung lagi. 550 00:38:02,697 --> 00:38:05,533 Mungkin suatu hari nanti, tetapi bukan sekarang. 551 00:38:06,117 --> 00:38:08,619 Sukar untuk kita hadapi penipuan. 552 00:38:08,703 --> 00:38:13,082 Tetapi setelah memaafkan, gantilah dengan kasih sayang. 553 00:38:14,250 --> 00:38:16,043 Tindakan saya 554 00:38:16,127 --> 00:38:21,257 sebenarnya mensabotaj perkahwinan saya dan hidup dua anak saya. 555 00:38:22,133 --> 00:38:26,220 Kasih sayang yang kekal antara pasangan 556 00:38:26,304 --> 00:38:28,848 yang sudah lama bersama merupakan satu keajaiban. 557 00:38:30,850 --> 00:38:34,395 Apabila kawan, kenalan, pasukan bola, dan rakan sekerja 558 00:38:34,478 --> 00:38:38,482 sudah meninggalkan kita, siapa yang tinggal? 559 00:38:39,191 --> 00:38:40,026 Keluarga. 560 00:38:41,610 --> 00:38:45,197 Tengoklah hadiah yang kamu dapat. 561 00:38:45,823 --> 00:38:48,868 Setiap kali ayah minta maaf, 562 00:38:48,951 --> 00:38:51,495 saya kata dia tak perlu minta maaf. 563 00:38:51,579 --> 00:38:56,042 Semua orang buat kesilapan. Saya dan Bella masih menyayanginya. 564 00:38:56,125 --> 00:38:59,337 Tunjukkan hadiah kamu. 565 00:39:02,882 --> 00:39:07,887 Dia kata saya sanggup gantikan dia dengan ayah baru. 566 00:39:07,970 --> 00:39:11,015 Saya sedih mendengarnya, 567 00:39:11,098 --> 00:39:15,269 sebab dialah dunia saya. 568 00:39:15,353 --> 00:39:18,814 - Apa ini? - Kami rasa ayah suka. 569 00:39:19,690 --> 00:39:22,068 - Ayah akan pakai? - Mestilah. 570 00:39:22,151 --> 00:39:23,110 Sesuai dengan dia. 571 00:39:23,194 --> 00:39:26,405 Orang kata jenis ini bagus. 572 00:39:32,328 --> 00:39:34,830 Masih banyak luka perlu diubat. 573 00:39:34,914 --> 00:39:38,334 Saya rasa hubungan kami akan bertambah baik. 574 00:39:39,043 --> 00:39:40,628 Saya rasa kami akan okey. 575 00:39:44,382 --> 00:39:46,092 MIKI WELLS ENGGAN DITEMU BUAL 576 00:39:46,175 --> 00:39:47,885 SEAN SEARCY ENGGAN DITEMU BUAL 577 00:39:47,968 --> 00:39:49,678 RONNIE LEE HUBBARD ENGGAN DITEMU BUAL 578 00:39:49,762 --> 00:39:51,430 AUSTIN JOHNSON ENGGAN DITEMU BUAL 579 00:39:52,515 --> 00:39:56,060 TOBY SATU-SATUNYA YANG DIPENJARAKAN KERANA PAPPYGATE 580 00:39:56,143 --> 00:39:57,728 KISAHNYA MENJADI LEGENDA 581 00:39:57,812 --> 00:40:01,440 - Semua tahu cerita itu. - Terutamanya penduduk Kentucky. 582 00:40:01,524 --> 00:40:03,943 Dia dah bantu kilang penyulingan itu. 583 00:40:04,026 --> 00:40:08,489 Kisah ini menaikkan harga produk. 584 00:40:08,572 --> 00:40:12,243 Selepas rompakan itu, harganya melambung. 585 00:40:12,326 --> 00:40:14,745 Mencecah $5,000 sebotol. 586 00:40:17,415 --> 00:40:22,920 Saya tak tahu mudah atau susah, tetapi kalau cari, 587 00:40:23,003 --> 00:40:24,004 boleh dapat. 588 00:40:24,088 --> 00:40:26,590 IDENTITI PEMBERI MAKLUMAT DIRAHSIAKAN 589 00:40:26,674 --> 00:40:30,594 Dia tertangkap kerana mesej daripada seseorang. 590 00:40:32,805 --> 00:40:34,807 Siapa yang beri maklumat itu? 591 00:40:34,890 --> 00:40:36,934 Saya tak boleh cakap. 592 00:40:37,435 --> 00:40:39,603 GREG ANGLIN TAK PERNAH DITUDUH 593 00:40:39,687 --> 00:40:41,355 Toby curi banyak botol Pappy, 594 00:40:41,439 --> 00:40:46,235 tetapi dia tanggung sekali perbuatan Greg Anglin. 595 00:40:47,027 --> 00:40:50,156 Ada ramai orang yang curi Pappy Van Winkle 596 00:40:50,239 --> 00:40:52,825 termasuk Toby Curtsinger. 597 00:40:52,908 --> 00:40:56,162 JUMLAH SEBENAR MASIH MISTERI 598 00:40:56,245 --> 00:40:58,914 Saya tak tahu. 599 00:40:58,998 --> 00:41:02,918 Lebih daripada sejuta dolar. Itu saja yang kami tahu. 600 00:41:03,002 --> 00:41:06,630 Mungkin dua atau tiga kali ganda. 601 00:41:06,714 --> 00:41:09,258 "PAPPYGATE" MASIH ROMPAKAN BOURBON TERBESAR DALAM SEJARAH 602 00:41:09,341 --> 00:41:11,469 Teruk sangatkah tindakan kami? 603 00:41:11,552 --> 00:41:15,222 Sama macam mencuri gula-gula getah di pasar raya. 604 00:41:15,306 --> 00:41:18,601 Bayangkan. Jika sekarang anda bekerja di Buffalo Trace 605 00:41:18,684 --> 00:41:23,481 dan anda berpeluang seludup keluar dua botol Van Winkle 20 tahun 606 00:41:23,564 --> 00:41:26,150 tanpa sesiapa nampak, 607 00:41:26,734 --> 00:41:28,861 anda akan buat kalau tak tertangkap? 608 00:43:01,745 --> 00:43:03,622 Terjemahan sari kata oleh Nuri