1 00:00:11,126 --> 00:00:13,126 Anda nak dihiburkan? 2 00:00:13,126 --> 00:00:15,959 Jangan tukar saluran, sebab dalam dua minit, 3 00:00:15,959 --> 00:00:18,376 saya akan mati di depan mata anda. 4 00:00:19,084 --> 00:00:23,834 Saya dah bocorkan lokasi saya kepada bos anda, Eden Innovation Technologies, 5 00:00:23,834 --> 00:00:26,751 syarikat yang muncul daripada runtuhan empayar 6 00:00:26,751 --> 00:00:30,293 yang dulu dipanggil Amerika Syarikat. 7 00:00:31,084 --> 00:00:34,168 Jenayah, kemiskinan, anarki... 8 00:00:34,168 --> 00:00:37,793 {\an8}Eden menghilangkannya dengan membawa UBI, 9 00:00:37,793 --> 00:00:43,251 {\an8}yang bermaksud pendapatan asas sejagat, gaji idealis sebagai balasan ketaatan. 10 00:00:43,751 --> 00:00:45,751 Ya, Eden selamatkan anda. 11 00:00:45,751 --> 00:00:48,959 Mereka bawa kestabilan. Anda dah bebas sekarang. 12 00:00:50,501 --> 00:00:53,209 Anda bebas bekerja, asalkan bekerja untuk Eden. 13 00:00:53,209 --> 00:00:56,293 Anda bebas makan, asalkan makan makanan Eden. 14 00:00:56,293 --> 00:00:59,168 Bebas untuk terima propaganda revisionis Eden. 15 00:00:59,168 --> 00:01:00,626 Jika anda tak setuju... 16 00:01:02,584 --> 00:01:05,793 mereka akan senang-senang tukar identiti anda. 17 00:01:05,793 --> 00:01:08,501 Penjahat. Pengganas yang perlu ditembak. 18 00:01:08,501 --> 00:01:12,668 Tanpa perlu ditahan atau dibicara. Sama macam mereka nak bunuh saya. 19 00:01:13,168 --> 00:01:15,043 Jadi, anda tunduk kepada Eden, 20 00:01:15,043 --> 00:01:19,626 menyebarkan propaganda mereka untuk terima bantuan harian mereka. 21 00:01:20,209 --> 00:01:24,626 Tapi dalam diri anda, anda tahu hanya ada satu jalan keluar. 22 00:01:30,293 --> 00:01:32,126 Hiburan dah tamat. 23 00:01:32,126 --> 00:01:37,043 {\an8}Ada cara lain. Sertailah kami. Sertai revolusi. 24 00:01:38,209 --> 00:01:41,501 Lembaga Pengarah dengan kerjasama Burger Eden, 25 00:01:41,501 --> 00:01:44,668 mempersembahkan secara langsung dari MegaCity 2, 26 00:01:44,668 --> 00:01:51,418 {\an8}Rancangan Lewat Malam Eden bersama hos anda, Rayman! 27 00:01:52,001 --> 00:01:55,751 Ya! Okey, terima kasih. Terima kasih banyak. 28 00:01:56,251 --> 00:01:59,376 Ada rancangan hebat malam ini dengan tetamu hebat. 29 00:01:59,376 --> 00:02:03,126 {\an8}Kita bersama Blue, ahli Niji 6. Ya, beri tepukan. 30 00:02:03,126 --> 00:02:06,668 Bersama kita sebelum perlawanan sangkar besar Sabtu ini, 31 00:02:06,668 --> 00:02:09,543 juara Persekutuan Gusti Eden, 32 00:02:09,543 --> 00:02:11,709 {\an8}"Mimpi Ngeri Eden", Cody Rhodes. 33 00:02:11,709 --> 00:02:15,126 Jadi, jangan ke mana-mana. Kami akan kembali selepas... 34 00:02:15,126 --> 00:02:18,209 Pergi mati! Saya tak kisah betapa sibuknya dia. 35 00:02:18,209 --> 00:02:19,251 Tahu siapa saya? 36 00:02:19,251 --> 00:02:21,584 Beritahu si bodoh itu saya bos besar 37 00:02:21,584 --> 00:02:23,293 dan jika dia tak jawab, 38 00:02:23,293 --> 00:02:27,626 dia akan tangkap tikus mutan untuk dimakan di Wasteland, faham? 39 00:02:32,043 --> 00:02:35,959 Tahu apa yang paling teruk apabila hidup di neraka distopia fasis? 40 00:02:36,543 --> 00:02:38,209 Rancangan dalam TV. 41 00:02:38,209 --> 00:02:41,584 Sudahlah, Dolph. Boleh awak berhenti merungut? 42 00:02:43,376 --> 00:02:47,459 Dua hari lagi, kita keluar dari Eden, habiskan duit minum margarita. 43 00:02:47,459 --> 00:02:50,126 Lebih mudah rompak bank. 44 00:02:50,126 --> 00:02:52,543 Saya tak suka buat kerja mudah. 45 00:02:52,543 --> 00:02:56,293 Lagipun kredit bank di Eden boleh dikesan dan dananya terbatas. 46 00:02:56,293 --> 00:03:00,959 Percayalah, kod itu ialah tiket keluar dari neraka ini. 47 00:03:00,959 --> 00:03:02,668 Relaks sedikit. 48 00:03:04,168 --> 00:03:05,668 Ya tak ya, ini logam. 49 00:03:08,876 --> 00:03:10,876 Okey, mari lakukannya. 50 00:03:10,876 --> 00:03:15,334 Dolph, penjenayah pemberontak perlu sesuaikan diri dengan keadaan. 51 00:03:15,334 --> 00:03:19,584 Awak patut belajar suka kekacauan. 52 00:03:29,918 --> 00:03:31,293 SASARAN IMPAK: 3 SAAT 53 00:03:31,293 --> 00:03:33,251 Awak tahu ini siapa? 54 00:03:33,251 --> 00:03:35,668 Tak, jangan potong cakap saya apabila... 55 00:03:41,084 --> 00:03:43,376 Awak tahu benda ini punca barah otak? 56 00:03:43,376 --> 00:03:46,543 Tunggu. Baiklah. Apa kamu nak? Kereta saya? Duit? 57 00:03:47,334 --> 00:03:49,459 Sebenarnya, kami nak awak. 58 00:03:50,959 --> 00:03:51,876 Apa? 59 00:03:53,376 --> 00:03:56,168 Polis celaka. Selalu datang tanpa dijemput. 60 00:03:56,168 --> 00:03:58,043 Dolph Laserhawk, 61 00:03:58,043 --> 00:04:00,376 awak memiliki harta curi. 62 00:04:00,376 --> 00:04:02,876 Otak dan badan awak milik Eden Tech Military. 63 00:04:02,876 --> 00:04:04,209 Imbasan selesai. 64 00:04:04,209 --> 00:04:05,126 - Awak okey? - Ya. 65 00:04:05,126 --> 00:04:07,501 - Tunggu! - Dah sampai, bodoh. 66 00:04:07,501 --> 00:04:08,876 Apa awak buat? 67 00:04:10,626 --> 00:04:11,459 Alamak! 68 00:04:20,043 --> 00:04:21,876 Serang lelaki di kanan awak. 69 00:04:21,876 --> 00:04:23,376 Saya tak campur kerja awak, 70 00:04:25,084 --> 00:04:26,751 awak jangan campur kerja saya. 71 00:04:31,793 --> 00:04:32,751 Tembak! 72 00:04:42,501 --> 00:04:44,501 Mari main. Ayuh! 73 00:04:46,293 --> 00:04:47,126 Alamak. 74 00:04:51,376 --> 00:04:54,418 Khinzir panggang. Inilah bau keadilan. 75 00:04:54,418 --> 00:04:55,709 Tengok jalan. 76 00:04:58,543 --> 00:05:03,001 Anda memasuki jalan antigraviti. Semua fungsi manual dimatikan. 77 00:05:03,001 --> 00:05:04,376 Tak guna. 78 00:05:07,751 --> 00:05:09,209 Boleh awak godam sistem? 79 00:05:09,209 --> 00:05:11,334 Tak boleh. Itu ambil masa lama. 80 00:05:19,709 --> 00:05:21,293 Nampaknya habislah kita. 81 00:05:25,168 --> 00:05:27,293 - Doakan saya. - Dolph? 82 00:05:39,918 --> 00:05:41,751 Hebat. Itulah kekasih saya. 83 00:05:44,876 --> 00:05:46,668 - Alamak. - Mati! 84 00:05:56,501 --> 00:05:58,251 Polis bodoh. 85 00:06:04,626 --> 00:06:05,501 Dolph! 86 00:06:12,876 --> 00:06:14,501 Ayuh. 87 00:06:14,501 --> 00:06:16,293 ZON ANTIGRAVITI PANDU AUTO DIAKTIFKAN 88 00:06:16,293 --> 00:06:17,334 Bagus! 89 00:06:21,793 --> 00:06:24,334 Dolph! Saya tak rasa kita akan berjaya! 90 00:06:24,334 --> 00:06:27,126 Jika awak ada idea yang bagus, buat sekarang! 91 00:06:48,543 --> 00:06:50,543 Laserhawk! 92 00:06:59,209 --> 00:07:01,584 Itu sangat seksi. 93 00:07:02,168 --> 00:07:03,043 Diamlah. 94 00:07:05,251 --> 00:07:06,501 Kita bernasib baik. 95 00:07:37,209 --> 00:07:39,126 {\an8}LAPORAN EDEN BERITA TERGEMPAR 96 00:07:43,668 --> 00:07:47,834 Pembunuhan besar-besaran di lebuh raya MegaCity 2 tengah hari tadi. 97 00:07:47,834 --> 00:07:50,751 Serangan pengganas telah membunuh 252 orang 98 00:07:50,751 --> 00:07:54,043 dan mencederakan 367 yang lain. 99 00:07:54,043 --> 00:07:58,626 Saya nak beri amaran kepada penonton muda. Sesetengah babak ini menggerunkan. 100 00:07:59,126 --> 00:08:01,834 Pengganas itu, Dolph Laserhawk dan Alex Taylor, 101 00:08:01,834 --> 00:08:03,376 masih bebas. 102 00:08:03,376 --> 00:08:05,584 Pasukan polis yang berani sedang uruskannya 103 00:08:05,584 --> 00:08:07,751 dan akan bawa mereka ke muka pengadilan. 104 00:08:07,751 --> 00:08:11,043 Tapi siapa Dolph Laserhawk? Mari kita siasat. 105 00:08:13,834 --> 00:08:17,376 Anak lelaki tunggal pencuri imigran dan pekerja seks. 106 00:08:17,918 --> 00:08:20,584 Dia ketagih dadah pada usia sembilan tahun. 107 00:08:20,584 --> 00:08:25,084 Diselamatkan daripada kematian oleh program Penebusan Tentera Eden. 108 00:08:26,251 --> 00:08:27,459 Tapi selama ini, 109 00:08:27,459 --> 00:08:32,709 Laserhawk bekerja secara rahsia untuk musuh awam nombor satu Eden, 110 00:08:32,709 --> 00:08:34,668 Marcus Holloway. 111 00:08:35,293 --> 00:08:38,584 Hawk tak teragak-agak mengkhianati pihak yang selamatkan dia. 112 00:08:38,584 --> 00:08:41,168 Malam ini, selami kisah 113 00:08:41,168 --> 00:08:46,334 yang penuh dengan seks, dadah, manipulasi dan keganasan dalam... 114 00:08:47,418 --> 00:08:49,959 PENGKHIANAT KEJATUHAN LASERHAWK 115 00:08:49,959 --> 00:08:53,709 Program ini wajib ditonton. Setiap pesalah didenda 500 kredit. 116 00:08:54,293 --> 00:08:56,876 Menarik. Wajib ditonton semua orang. 117 00:08:58,251 --> 00:09:02,376 Sekarang, izinkan saya beritahu pengganas itu sendiri. 118 00:09:04,501 --> 00:09:08,459 Dolph Laserhawk, Alex Taylor, kamu musnahkan sebuah bandar. 119 00:09:08,459 --> 00:09:13,084 Ya, kamu cederakan rakyat Eden yang tak bersalah, ibu, bapa, anak, 120 00:09:13,084 --> 00:09:16,209 dan kamu bunuh pasukan polis kami yang disayangi. 121 00:09:16,751 --> 00:09:18,126 Tapi dengar sini. 122 00:09:18,126 --> 00:09:21,209 Kamu takkan dapat musnahkan cara hidup kami. 123 00:09:21,209 --> 00:09:25,209 Eden akan bangkit tanpa gentar dan semakin bersatu. 124 00:09:27,209 --> 00:09:30,959 {\an8}Jangan ke mana-mana. Must Dance, secara langsung selepas iklan. 125 00:09:30,959 --> 00:09:33,543 Kami ada 500 kredit UBI untuk anda menangi. 126 00:09:40,084 --> 00:09:41,918 Okey. Dengar sini. 127 00:09:41,918 --> 00:09:45,876 Saya nak seorang jurutera bot tahap dua dan dua pengendali. 128 00:09:45,876 --> 00:09:48,168 Saya! Pilih saya! Saya ada tiga anak... 129 00:09:48,168 --> 00:09:51,084 Diamlah. Saya jurutera terbaik di sini. 130 00:09:51,084 --> 00:09:55,793 Bertenang, jika tak, kepala kamu semua akan ditembak. 131 00:09:55,793 --> 00:09:56,876 Faham? 132 00:09:59,376 --> 00:10:00,293 Buka tingkap. 133 00:10:04,584 --> 00:10:09,043 Maaf, Tuan Naib Presiden. Boleh saya tanya siapa lelaki ini? 134 00:10:09,043 --> 00:10:12,543 Dia bukan urusan awak. Faham? Sekarang buka pintu pagar. 135 00:10:12,543 --> 00:10:14,293 Baiklah. Ya. 136 00:10:19,376 --> 00:10:21,168 Tolong keluar dari kenderaan. 137 00:10:36,084 --> 00:10:38,793 Maaf, tuan tahu peraturannya. Pelawat tak dibenarkan. 138 00:10:38,793 --> 00:10:39,876 Jangan sentuh. 139 00:10:40,793 --> 00:10:43,543 Duduk belakang saya, tuan. Awak! Angkat tangan... 140 00:10:45,751 --> 00:10:49,251 Pandai betul. Terpaksalah guna mod selinap penuh. 141 00:10:51,001 --> 00:10:54,043 Kita berada di tengah-tengah jentera kematian Eden, 142 00:10:54,584 --> 00:10:57,043 jurang yang penuh dengan barang. 143 00:10:57,043 --> 00:10:58,834 Pasti kod itu ada di sini? 144 00:10:58,834 --> 00:11:02,293 Sudah tentu pasti. Sumber maklumat saya boleh dipercayai. 145 00:11:02,293 --> 00:11:03,751 Jika difikirkan, 146 00:11:03,751 --> 00:11:06,001 ini idea bijak Lembaga Pengarah. 147 00:11:06,001 --> 00:11:09,126 Sembunyikan kod di tempat yang penuh barang. 148 00:11:14,001 --> 00:11:17,793 Sudahlah, Lembaga Pengarah tak pernah ada idea yang bagus. 149 00:11:18,668 --> 00:11:23,168 Ya, saya faham maksud awak, Dolph, tapi fikirkan tentang kod itu. 150 00:11:23,168 --> 00:11:26,001 Kredit sebenar yang tiada had, 151 00:11:26,001 --> 00:11:28,751 tak boleh dikesan sistem keselamatan Eden. 152 00:11:28,751 --> 00:11:30,876 Benda ini akan buat kita kaya. 153 00:11:31,376 --> 00:11:32,793 Okey, inilah tempatnya. 154 00:11:33,501 --> 00:11:35,834 Imbasan TNS diaktifkan. 155 00:11:38,084 --> 00:11:40,543 Selamat datang, Tuan Naib Presiden. 156 00:11:45,876 --> 00:11:49,043 Syukurlah. Saya rindukan wajah kacak awak. 157 00:11:49,043 --> 00:11:50,459 Mari selesaikannya. 158 00:11:54,501 --> 00:11:55,709 Ia permainan video. 159 00:11:56,918 --> 00:11:59,418 Saya tahu kotaknya nampak bodoh, 160 00:11:59,418 --> 00:12:01,376 tapi ini kod sebenar. 161 00:12:01,376 --> 00:12:04,876 Pasang pada sistem Eden dan kredit akan mengalir. 162 00:12:05,376 --> 00:12:07,626 Lebih daripada yang kita perlukan. 163 00:12:18,501 --> 00:12:19,459 Alex. 164 00:12:21,168 --> 00:12:22,001 Saya tahu. 165 00:12:28,251 --> 00:12:31,834 Kapten Laserhawk. 166 00:12:31,834 --> 00:12:35,543 Eden dah berbelanja besar untuk ubah suai awak, tapi awak... 167 00:12:37,626 --> 00:12:39,668 mencuri permainan video. 168 00:12:40,293 --> 00:12:43,043 Pertama sekali, beri saya kartrij itu. 169 00:12:43,043 --> 00:12:47,084 Kemudian, awak perlu menyerah, Kapten Laserjoke. 170 00:12:47,084 --> 00:12:49,793 Saya perlu bunuh awak kerana lawak bodoh itu. 171 00:12:49,793 --> 00:12:52,209 Hei, awak lelaki TV itu, bukan? 172 00:12:52,209 --> 00:12:54,168 Saya bukan lelaki TV itu! 173 00:12:54,168 --> 00:12:56,334 Saya berbakti kepada tentera, 174 00:12:56,334 --> 00:12:59,584 tapi awak dapat jadi askar siber terhebat mereka? 175 00:13:00,084 --> 00:13:02,626 Politik identiti merosakkan segalanya! 176 00:13:02,626 --> 00:13:03,793 Aduhai. 177 00:13:03,793 --> 00:13:07,043 Bentuk pelangi! 178 00:13:08,043 --> 00:13:11,293 Niji 6! 179 00:13:12,626 --> 00:13:16,084 - Tembak mukanya, Red. - Jangan guna roket. 180 00:13:16,084 --> 00:13:18,793 Pastikan anggota siber Laserpigeon tak rosak 181 00:13:18,793 --> 00:13:20,501 supaya bos boleh pasang semula. 182 00:13:20,501 --> 00:13:22,709 Pasang semula pada awak? 183 00:13:22,709 --> 00:13:24,168 Ya. Tak. Bukan begitu. 184 00:13:24,168 --> 00:13:26,584 Nak tanya, boleh saya ambil tangan? 185 00:13:26,584 --> 00:13:28,126 Tak boleh ambil tangan! 186 00:13:28,126 --> 00:13:30,293 Sukarkah untuk fokus pada misi? 187 00:13:30,293 --> 00:13:33,126 Saya tak pernah faham konsep pelangi. 188 00:13:34,209 --> 00:13:36,459 Ya, saya pun sama. 189 00:13:46,751 --> 00:13:47,918 {\an8}ALEX "WANG MUDAH!" 190 00:13:49,543 --> 00:13:50,459 {\an8}RED "TANGKAP!" 191 00:13:52,293 --> 00:13:53,334 Bersedia! 192 00:13:59,418 --> 00:14:00,293 Lawan! 193 00:14:13,126 --> 00:14:14,459 KO! 194 00:14:15,626 --> 00:14:16,793 Cuba elak! 195 00:14:31,001 --> 00:14:32,293 Cari benda ini? 196 00:14:38,709 --> 00:14:39,709 Awak suka? 197 00:14:41,709 --> 00:14:43,126 Rasakan. 198 00:14:57,168 --> 00:14:59,751 Laserjoke! 199 00:15:00,626 --> 00:15:01,668 Dolph! 200 00:15:18,376 --> 00:15:21,543 Awak tak perlu lawan Gestapo Beruang Jeli. 201 00:15:22,459 --> 00:15:24,126 Saya nak awak selamat. 202 00:15:25,876 --> 00:15:27,834 Kalau tak, ini tak bernilai. 203 00:15:28,459 --> 00:15:29,668 Baiknya awak. 204 00:15:30,709 --> 00:15:33,709 Tapi awak tak perlu lawan mereka. 205 00:15:33,709 --> 00:15:36,001 Ini tiada pengakhiran gembira. 206 00:15:39,709 --> 00:15:43,543 Sumber saya minta sesuatu jika saya nak tahu lokasi. 207 00:15:44,084 --> 00:15:46,251 Kod ditukar dengan awak. 208 00:15:46,251 --> 00:15:50,668 Apa? Awak serahkan saya demi duit? 209 00:15:52,251 --> 00:15:54,209 Ia tak semudah itu. 210 00:15:54,209 --> 00:15:56,293 Ini lebih besar daripada kita. 211 00:15:56,293 --> 00:15:58,501 Revolusi mesti berlaku. 212 00:15:58,501 --> 00:16:01,084 Tiada sesiapa bebas selagi Eden tak musnah. 213 00:16:01,084 --> 00:16:03,501 Ini cara untuk saya jayakan revolusi. 214 00:16:08,209 --> 00:16:11,126 Rancangan kita untuk tinggalkan Eden bersama... 215 00:16:11,126 --> 00:16:15,543 Itu cuma penipuan saja, bukan? Awak memang nak serahkan saya. 216 00:16:15,543 --> 00:16:17,876 Saya cintakan awak, 217 00:16:19,168 --> 00:16:22,376 tapi perjuangan ini memerlukan pengorbanan. 218 00:16:25,251 --> 00:16:27,709 Teruk betul penghujung dunia, bukan? 219 00:16:52,543 --> 00:16:56,084 Boleh awak hentikannya? Saya nak cuba fokus. 220 00:16:56,084 --> 00:16:58,584 - Ada masalah, muka khinzir? - Lihat sini. 221 00:17:00,418 --> 00:17:01,668 Biar saya tolong. 222 00:17:01,668 --> 00:17:04,376 Hei, jangan sentuh dia... 223 00:17:08,334 --> 00:17:10,001 Maaf. Saya Jade. 224 00:17:10,001 --> 00:17:12,334 - Ini Pey'j, pak cik saya. - Saya okey. 225 00:17:12,834 --> 00:17:14,626 Ya. Si genius di sana ialah... 226 00:17:14,626 --> 00:17:16,668 Hei! Saya Cody Rhodes. 227 00:17:16,668 --> 00:17:19,084 Saya ada perlawanan kejuaraan esok. 228 00:17:19,084 --> 00:17:21,418 Awak Kapten Dolph Laserhawk, 229 00:17:21,418 --> 00:17:24,834 bekas ejen operasi khas Eden, kini musuh awam nombor dua. 230 00:17:25,418 --> 00:17:26,376 Senyum. 231 00:17:27,751 --> 00:17:29,959 - Atau tidak. - Di mana kita? 232 00:17:29,959 --> 00:17:32,584 Entah, kami pun bangun di sini macam awak. 233 00:17:33,084 --> 00:17:35,043 Rasanya kita diberi dadah. 234 00:17:36,251 --> 00:17:37,251 - Apa? - Alamak! 235 00:17:38,668 --> 00:17:42,376 Darah Persaudaraan saya cuba beritahu saya sesuatu. 236 00:17:42,376 --> 00:17:44,418 Ada sebab kita di sini. 237 00:17:45,168 --> 00:17:48,459 Kita warisi memori turun-temurun, tertanam dalam DNA nenek moyang. 238 00:17:48,459 --> 00:17:49,959 Itu katak. 239 00:17:49,959 --> 00:17:51,334 Ya. Itu katak. 240 00:17:51,334 --> 00:17:52,668 Ya, saya katak, okey? 241 00:17:52,668 --> 00:17:57,376 Tapi pertama sekali, saya ahli Persaudaraan Pembunuh Upahan. 242 00:17:57,376 --> 00:17:58,834 Nama saya Bull... 243 00:18:01,209 --> 00:18:03,293 - Aduhai. - Itu nama yang pelik. 244 00:18:05,209 --> 00:18:08,043 Tunggu. Tengok. Ada sesuatu di dalamnya. 245 00:18:09,084 --> 00:18:11,793 Alamak, ini Supermaxx. 246 00:18:11,793 --> 00:18:13,793 Maksudnya kita berada di... 247 00:18:18,459 --> 00:18:20,501 Saya dapat rasa musuh mendekati. 248 00:18:20,501 --> 00:18:22,084 Kami pun dapat rasa. 249 00:18:22,084 --> 00:18:24,418 Tak apa, kita ramai. 250 00:18:24,418 --> 00:18:28,168 Ini peluang terbaik untuk larikan diri. Ikut isyarat saya. 251 00:18:39,251 --> 00:18:43,709 Saya Warden Supermaxx dan saya nak cakap tiga perkara. 252 00:18:44,709 --> 00:18:47,251 - Nombor satu, kamu... - Sekarang! 253 00:18:55,584 --> 00:18:58,084 Saya akan teruskan dengan nombor tiga. 254 00:18:58,084 --> 00:19:02,168 Ya, ada bom di dalam otak kamu. Jika kamu buat begitu? Meletup. 255 00:19:03,293 --> 00:19:06,376 Jadi, kembali ke nombor satu. Kamu banduan saya. 256 00:19:06,376 --> 00:19:09,876 Saya kumpulkan kamu kerana masing-masing ada keunikan. 257 00:19:09,876 --> 00:19:11,043 Nombor dua. 258 00:19:11,543 --> 00:19:14,126 Bagi dunia luar, kamu tak wujud lagi. 259 00:19:14,126 --> 00:19:18,584 Tahniah. Kamu kini pasukan ejen khas saya. 260 00:19:19,376 --> 00:19:22,209 Jika begitulah, silakan bunuh saya. 261 00:19:22,209 --> 00:19:24,668 Saya rela mati daripada kerja untuk Eden lagi. 262 00:19:24,668 --> 00:19:28,959 Sayangnya, saya ingat awak berminat untuk cari teman lelaki awak. 263 00:19:30,418 --> 00:19:34,126 Apa yang awak tahu? Cakap. Sekarang. 264 00:19:35,209 --> 00:19:38,043 Jika awak tembak, awak takkan tahu, bukan? 265 00:19:39,834 --> 00:19:40,834 Jangan risau. 266 00:19:41,709 --> 00:19:43,376 Kamu bukan kerja untuk Eden. 267 00:19:43,876 --> 00:19:45,876 Kamu bekerja untuk saya. 268 00:19:47,459 --> 00:19:50,834 Berehatlah. Misi pertama bermula pada jam 0800. 269 00:20:45,793 --> 00:20:47,584 Terjemahan sari kata oleh MMA