1 00:00:09,321 --> 00:00:12,783 Anda telah lihat penzalim paling terkenal dalam sejarah 2 00:00:12,867 --> 00:00:16,203 menggunakan buku panduan ini untuk mendapatkan kuasa. 3 00:00:16,996 --> 00:00:19,123 Dengan mengikut contoh mereka, 4 00:00:19,206 --> 00:00:21,709 anda juga boleh menjadi pemerintah mutlak. 5 00:00:21,792 --> 00:00:24,754 Ketegasan bagus kerana orang akan hormat anda. 6 00:00:26,630 --> 00:00:30,926 Namun, dalam satu kriteria, semua penzalim hebat ini tetap gagal. 7 00:00:31,010 --> 00:00:33,012 Masalah yang dihadapi penzalim 8 00:00:33,095 --> 00:00:37,058 ialah mereka tidak dapat mencapai kestabilan yang kekal. 9 00:00:39,935 --> 00:00:43,522 Namun, buku panduan ada caranya untuk mengekalkan rejim anda, 10 00:00:43,606 --> 00:00:46,567 bukan saja sepanjang hidup, malah menjangkauinya. 11 00:00:46,650 --> 00:00:49,403 Saksikan impian penzalim ini menjadi kenyataan 12 00:00:49,487 --> 00:00:52,490 di negara paling terpencil dan menindas di dunia. 13 00:00:52,573 --> 00:00:54,742 KOREA UTARA 14 00:00:54,825 --> 00:00:58,788 Bapa pengasas Korea Utara, Kim Il Sung, dan anaknya, Kim Jong Il 15 00:00:58,871 --> 00:01:03,626 membina sistem pemerintahan mutlak yang masih teguh hingga hari ini 16 00:01:03,709 --> 00:01:07,463 dan menjadikan negara itu simbol kehebatan keluarga mereka, 17 00:01:07,546 --> 00:01:10,800 berkuasa nuklear dan negara penjara. 18 00:01:10,883 --> 00:01:14,720 Mereka membuat perkara paling penting sebagai penzalim. 19 00:01:14,804 --> 00:01:16,055 Mempertahankan kuasa. 20 00:01:16,138 --> 00:01:21,102 Masa untuk mendedahkan cara mencapai matlamat penzalim yang paling agung. 21 00:01:22,019 --> 00:01:23,062 Keabadian. 22 00:01:27,608 --> 00:01:32,029 MEMERINTAH SELAMANYA DINASTI KIM 23 00:01:32,988 --> 00:01:35,241 Sekarang, jelaslah bagi anda. 24 00:01:35,324 --> 00:01:39,453 Untuk bertahan sebagai penzalim, anda bukan sekadar membina gerakan. 25 00:01:39,537 --> 00:01:41,455 Anda perlu menjadi gerakan itu. 26 00:01:48,337 --> 00:01:52,383 Ini tanda kezaliman yang bermula sejak zaman purba 27 00:01:52,466 --> 00:01:56,720 untuk mewujudkan kultus personaliti di sekeliling penzalim 28 00:01:56,804 --> 00:01:58,430 yang menggambarkannya 29 00:01:58,514 --> 00:02:02,309 sebagai sumber kebijaksanaan dan sumber kebaikan. 30 00:02:03,769 --> 00:02:06,856 Kebanyakan kultus personaliti mati bersama pemimpin, 31 00:02:06,939 --> 00:02:10,442 namun ia masih bertahan selama tiga generasi di Korea Utara. 32 00:02:10,526 --> 00:02:15,281 Saya lihat Korea Utara sebagai teokrasi untuk mencipta aura itu 33 00:02:15,364 --> 00:02:18,075 bahawa mereka seakan-akan tuhan. 34 00:02:18,159 --> 00:02:21,912 Mereka mempercayainya seperti kepercayaan agama. 35 00:02:22,538 --> 00:02:24,999 Untuk memahami kejayaan keluarga Kim ini, 36 00:02:25,082 --> 00:02:28,502 anda perlu tahu tentang cara bermulanya dinasti ini. 37 00:02:32,214 --> 00:02:36,886 Pada usia 30-an, Kim Il Sung ialah pejuang gerila anti-Jepun 38 00:02:36,969 --> 00:02:40,764 yang terkenal dalam memperjuangkan kemerdekaan Korea. 39 00:02:40,848 --> 00:02:43,976 Selepas tamat Perang Dunia Kedua, Korea menjadi bebas. 40 00:02:44,059 --> 00:02:46,562 Tentera Amerika memasuki Korea dari selatan 41 00:02:46,645 --> 00:02:48,898 dan tentera Rusia memasuki dari utara. 42 00:02:49,690 --> 00:02:55,112 Lelaki yang Kesatuan Soviet lantik untuk berkuasa di utara ialah Kim Il Sung. 43 00:02:55,196 --> 00:02:58,908 FAKTA #2 - KIM IL SUNG MEMPELAJARI RAHSIA MEMERINTAH DARIPADA MENTOR HEBAT 44 00:02:58,991 --> 00:03:02,036 Kim Il Sung menggunakan contoh daripada buku panduan 45 00:03:02,119 --> 00:03:04,622 yang Stalin gunakan di Kesatuan Soviet. 46 00:03:05,206 --> 00:03:08,584 Salah satu caranya adalah melalui penyingkiran yang kerap. 47 00:03:08,667 --> 00:03:11,879 Orang di sekeliling tunggak kuasa dibunuh 48 00:03:11,962 --> 00:03:16,634 atau dihantar ke gulag sama ada kerana dianggap berkomplot untuk merampas kuasa 49 00:03:16,717 --> 00:03:20,387 atau hanya sebagai contoh untuk mengawal orang ramai. 50 00:03:20,471 --> 00:03:21,305 FAKTA #3 51 00:03:21,388 --> 00:03:25,142 KIM IL SUNG MEMULAKAN PERANG KOREA PADA 1950 YANG MEMBUNUH 4 JUTA ORANG 52 00:03:26,060 --> 00:03:30,773 Perang Korea melibatkan Korea Utara dan China di sebelah pihak 53 00:03:30,856 --> 00:03:33,609 dan Korea Selatan, AS serta PBB di pihak lain. 54 00:03:33,692 --> 00:03:36,779 Kedua-dua pihak tidak menang dan mereka kecewa. 55 00:03:37,821 --> 00:03:41,033 Mereka merumuskan bahawa dalam perang konvensional, 56 00:03:41,116 --> 00:03:43,786 Korea Utara tidak setanding Amerika Syarikat. 57 00:03:45,037 --> 00:03:48,249 Jadi mereka memerlukan benda lain, suatu pencegah besar 58 00:03:48,916 --> 00:03:52,419 yang akan menjamin ketahanan mereka. 59 00:03:53,629 --> 00:03:56,715 Mereka mengambil masa 50 tahun untuk mencapainya 60 00:03:56,799 --> 00:03:59,009 melalui satu bahan, selain uranium, 61 00:03:59,093 --> 00:04:01,470 jarang ditemui dalam kalangan penzalim. 62 00:04:02,346 --> 00:04:03,597 Kerja berpasukan. 63 00:04:05,182 --> 00:04:08,769 Namun, anda tidak boleh membina rejim abadi tanpa asas kukuh 64 00:04:08,852 --> 00:04:11,897 dan rancangan untuk mengawal rakyat anda sepenuhnya. 65 00:04:12,898 --> 00:04:13,899 Langkah pertama. 66 00:04:15,567 --> 00:04:19,530 TAKTIK ASINGKAN NEGARA ANDA 67 00:04:20,114 --> 00:04:21,657 Kata seorang pemikir, 68 00:04:21,740 --> 00:04:24,952 "Kesetiaan seseorang bergantung pada pilihannya." 69 00:04:27,705 --> 00:04:31,625 Jadi, untuk memerintah selamanya, pilihan lain tidak boleh ada. 70 00:04:32,376 --> 00:04:36,130 Korea Utara merupakan contoh yang berjaya 71 00:04:36,213 --> 00:04:39,174 mengasingkan rakyatnya dari seluruh dunia. 72 00:04:40,301 --> 00:04:43,429 Di Korea Utara, tiada akses kepada maklumat. 73 00:04:43,512 --> 00:04:46,724 Televisyen hanya ada satu rangkaian. 74 00:04:46,807 --> 00:04:48,100 Telefon diintip. 75 00:04:48,183 --> 00:04:50,728 Orang Korea Utara tak boleh bergerak bebas. 76 00:04:50,811 --> 00:04:52,855 Mereka tak boleh bergerak bebas 77 00:04:52,938 --> 00:04:56,358 dan tak boleh meninggalkan negara tanpa kebenaran. 78 00:04:57,067 --> 00:05:00,279 Siapakah perancang asal program pengasingan ini? 79 00:05:00,362 --> 00:05:03,198 Bapa Korea Utara, Kim Il Sung. 80 00:05:03,949 --> 00:05:06,285 Selepas Stalin membantu merampas kuasa, 81 00:05:06,368 --> 00:05:10,039 dia teruja untuk mencipta pemerintahan zalimnya sendiri. 82 00:05:10,122 --> 00:05:12,207 Menjelang tahun 1950-an, 83 00:05:12,291 --> 00:05:17,296 Kim Il Sung mula rasa tidak senang di bawah pengaruh Soviet 84 00:05:17,379 --> 00:05:21,842 dan mula mengerti bahawa dia perlu memisahkan diri. 85 00:05:21,925 --> 00:05:23,385 Itulah yang dia lakukan 86 00:05:23,469 --> 00:05:27,890 dengan mencipta ideologi kebangsaan baharu yang dipanggil Juche. 87 00:05:30,309 --> 00:05:34,855 Juche. Ia boleh diterjemahkan dengan mudah sebagai "berdikari". 88 00:05:34,938 --> 00:05:39,360 Pada dasarnya, dia kata, "Kita akan buat semuanya sendiri." 89 00:05:40,402 --> 00:05:43,113 Orang Korea sudah mengalami penguasaan 90 00:05:43,197 --> 00:05:46,116 daripada kuasa luar berabad-abad lamanya 91 00:05:46,200 --> 00:05:47,618 oleh China dan Jepun. 92 00:05:47,701 --> 00:05:50,245 Juche telah dicipta 93 00:05:50,329 --> 00:05:53,624 untuk memaksa mereka berfikir tentang mempertahankan diri 94 00:05:53,707 --> 00:05:57,503 dan menjadikan pengasingan itu sebagai sumber kebanggaan. 95 00:05:58,087 --> 00:06:01,799 Menurut prinsip Juche, bekerjasama dengan negara lain 96 00:06:01,882 --> 00:06:03,759 akan memusnahkan kedaulatan 97 00:06:03,842 --> 00:06:06,470 dan satu-satunya cara untuk negara selamat 98 00:06:06,553 --> 00:06:10,057 adalah untuk bersatu di bawah Pemimpin Agung, Kim Il Sung. 99 00:06:10,140 --> 00:06:13,268 Juche telah digunakan secara strategik 100 00:06:13,352 --> 00:06:15,729 untuk mempertahankan dan menjelaskan 101 00:06:15,813 --> 00:06:17,356 sebabnya mereka terasing. 102 00:06:18,023 --> 00:06:23,112 Pengasingan ialah cara berkesan untuk menghalang rasa tidak puas hati 103 00:06:23,195 --> 00:06:25,823 tentang keadaan negara. 104 00:06:25,906 --> 00:06:29,743 Jadi, jika Korea Utara terdedah kepada maklumat seperti ini, 105 00:06:29,827 --> 00:06:31,120 kesannya pasti teruk. 106 00:06:32,037 --> 00:06:34,706 Nampak? Tindakan yang bijak. 107 00:06:34,790 --> 00:06:39,336 Pengasingan negara adalah penting untuk pemerintahan yang lama dan aman. 108 00:06:39,420 --> 00:06:43,674 Namun, sasaran kita lebih tinggi, untuk membina rejim tanpa penghujung. 109 00:06:44,258 --> 00:06:47,553 Untuk itu, anda perlukan pelan pewarisan yang bagus 110 00:06:47,636 --> 00:06:49,972 dan diluluskan oleh buku panduan. 111 00:06:50,055 --> 00:06:53,142 TAKTIK KEKALKAN DALAM KELUARGA 112 00:06:55,602 --> 00:06:58,105 Pemerintahan dinasti bagus untuk pemimpin 113 00:06:58,188 --> 00:07:03,068 dan ia juga bagus untuk pakatan serta penyokong di sekeliling pemimpin. 114 00:07:03,152 --> 00:07:05,195 Ia tentang kesinambungan. 115 00:07:05,279 --> 00:07:08,323 Pakatan itu ada sebab untuk kekal setia kerana 116 00:07:08,407 --> 00:07:11,034 "Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi." 117 00:07:11,118 --> 00:07:15,330 Namun, untuk penzalim zaman moden, membina dinasti keluarga bukan mudah 118 00:07:15,414 --> 00:07:17,416 dan tidak ramai yang berjaya. 119 00:07:18,959 --> 00:07:22,463 Saddam dan anak-anaknya gagal, begitu juga Gaddafi. 120 00:07:22,546 --> 00:07:26,925 Bagaimana dengan anak-anak Stalin? Vasily, Svetalina, Yakov atau Artyom? 121 00:07:27,009 --> 00:07:29,178 Pernah dengar? Saya pun tidak. 122 00:07:29,261 --> 00:07:30,846 TIADA CIRI-CIRI PENZALIM 123 00:07:31,430 --> 00:07:33,307 Sebagai ketua alfa Korea Utara, 124 00:07:33,390 --> 00:07:36,852 kultus personaliti Kim Il Sung terus berkembang. 125 00:07:37,603 --> 00:07:41,315 Dia nekad bahawa rejimnya pasti berbeza. 126 00:07:41,398 --> 00:07:43,609 Dia ada idea untuk meniru 127 00:07:43,692 --> 00:07:47,613 monarki moden bagi pemerintahan Korea Utara. 128 00:07:47,696 --> 00:07:51,575 Namun, pewarisan dalam monarki pun tidak berjalan lancar. 129 00:07:51,658 --> 00:07:54,745 Dengan keluarga diraja dalam sejarah Korea, 130 00:07:54,828 --> 00:07:58,290 selalu ada raja dengan berbilang gundik 131 00:07:58,373 --> 00:08:00,459 dan beberapa pewaris yang layak, 132 00:08:00,542 --> 00:08:02,794 dan itu sama juga untuk Kim Il Sung. 133 00:08:02,878 --> 00:08:06,131 Lalu, pemimpin itu perlu membuat keputusan yang penting. 134 00:08:06,632 --> 00:08:08,091 Anak mana yang dipilih? 135 00:08:08,175 --> 00:08:10,928 Dia ada anak lelaki, Kim Pyong Il, 136 00:08:11,011 --> 00:08:14,223 yang dilihat sebagai pewaris yang berpotensi. 137 00:08:14,306 --> 00:08:16,099 Dia anak kesayangannya. 138 00:08:16,183 --> 00:08:18,227 Dia anak isteri kedua Kim Il Sung 139 00:08:18,310 --> 00:08:21,230 yang lebih digemari kerana isteri pertama mati. 140 00:08:21,313 --> 00:08:25,442 Anak sulungnya pula iaitu Kim Jong Il telah diabaikan. 141 00:08:26,109 --> 00:08:30,072 Namun, bakal pemimpin kedua Korea Utara mempunyai rancangan besar. 142 00:08:30,155 --> 00:08:33,575 Jika anda lahir dalam keluarga itu, anda dipupuk dari awal, 143 00:08:33,659 --> 00:08:37,412 "bunuh sebelum dibunuh" dan "buat apa-apa saja untuk berjaya". 144 00:08:37,496 --> 00:08:40,624 Anda sama ada memiliki semua kuasa atau tiada langsung 145 00:08:40,707 --> 00:08:42,626 dan tiada apa-apa di tengahnya. 146 00:08:42,709 --> 00:08:46,797 Untuk membuktikan haknya, Kim Jong Il perlu mencari masa yang sesuai 147 00:08:46,880 --> 00:08:48,090 agar ia berhasil. 148 00:08:49,758 --> 00:08:53,220 Selepas penyingkiran para pegawai yang tidak boleh diharap, 149 00:08:53,303 --> 00:08:57,015 bos besar, Kim Il Sung, ada beberapa jawatan untuk diisi, 150 00:08:58,475 --> 00:09:00,727 termasuk dalam Kementerian Propaganda 151 00:09:00,811 --> 00:09:03,897 yang memiliki tugas paling penting di Korea Utara. 152 00:09:03,981 --> 00:09:05,857 Memuliakan Pemimpin Agung. 153 00:09:06,483 --> 00:09:10,028 Kim Il Sung melawat studio filem di Korea Utara 154 00:09:10,112 --> 00:09:13,532 bersama anaknya yang berusia 25 tahun, Kim Jong Il. 155 00:09:14,157 --> 00:09:18,453 Dia menghamun pekerja studio untuk filem propaganda yang tidak berkesan 156 00:09:19,037 --> 00:09:21,248 yang dianggap pengkhianatan negara. 157 00:09:21,331 --> 00:09:23,667 Dia mencabar mereka untuk berani 158 00:09:23,750 --> 00:09:28,672 membaik pulih nama studio dan mengembalikan kegemilangannya. 159 00:09:29,631 --> 00:09:31,341 Apabila tiada sesiapa jawab, 160 00:09:32,134 --> 00:09:35,554 Kim Jong Il menawarkan diri untuk menyahut cabaran bapanya. 161 00:09:37,180 --> 00:09:40,225 Ini salah satu kejadian penting 162 00:09:40,309 --> 00:09:42,269 dalam kebangkitan Kim Jong Il 163 00:09:42,352 --> 00:09:44,896 sebagai anak yang baik dan bertanggungjawab. 164 00:09:45,522 --> 00:09:47,107 Apabila diperlukan, 165 00:09:47,190 --> 00:09:49,735 dia berani menawarkan diri walaupun muda. 166 00:09:50,944 --> 00:09:54,573 Kim Jong Il serta-merta dinamakan sebagai Pengarah Seni Budaya 167 00:09:54,656 --> 00:09:57,284 dan mula menghasilkan filem Sea of Blood, 168 00:09:57,367 --> 00:10:00,662 kisah epik tentang Korea Utara yang berdikari. 169 00:10:00,746 --> 00:10:05,125 Dalam filem itu, sebuah keluarga menderita di bawah pemerintahan Jepun 170 00:10:05,208 --> 00:10:07,127 lalu menentang dengan berani, 171 00:10:07,210 --> 00:10:11,214 berdasarkan kisah yang Kim Il Sung tulis sendiri. 172 00:10:13,634 --> 00:10:16,887 Pembukaannya menerima sambutan yang baik. 173 00:10:16,970 --> 00:10:18,347 Dalam masa dua tahun, 174 00:10:18,430 --> 00:10:22,059 Kim Jong Il mengetuai Kementerian Propaganda 175 00:10:22,142 --> 00:10:26,438 dan menetapkan takdir daripada budak terabai menjadi pewaris. 176 00:10:27,773 --> 00:10:32,069 Menjelang 1974, walaupun dia hanya bangkit berkuasa selepas 20 tahun, 177 00:10:32,152 --> 00:10:35,113 semua ahli parti maklum bahawa dialah pewarisnya. 178 00:10:35,197 --> 00:10:37,908 Kuasa Kim Jong Il tidak goyah. 179 00:10:37,991 --> 00:10:40,994 Pendek kata, dia bagaikan kerabat diraja. 180 00:10:42,162 --> 00:10:45,123 Dalam menjamin kuasa dan menamakan pewarisnya, 181 00:10:45,207 --> 00:10:49,002 Kim Il Sung memainkan peranannya demi kejayaan dinasti itu. 182 00:10:50,253 --> 00:10:53,256 Namun, sebelum penggantinya boleh mengambil alih, 183 00:10:53,340 --> 00:10:57,302 Kim Jong Il perlu cari cara untuk mengembangkan perniagaan keluarga. 184 00:10:57,886 --> 00:11:00,097 Apabila anda tiada bantuan, 185 00:11:00,180 --> 00:11:03,684 kadangkala anda perlu melakukannya sendiri. 186 00:11:04,267 --> 00:11:08,647 TAKTIK CULIK ORANG 187 00:11:09,398 --> 00:11:12,192 Kim Jong Il menjadikan penculikan 188 00:11:12,275 --> 00:11:16,405 sebagai senjata negara yang dia gunakan tanpa segan silu 189 00:11:16,488 --> 00:11:19,783 jika dia mahu seseorang atas apa-apa sebab pun. 190 00:11:20,409 --> 00:11:23,537 Kim Jong Il mahu pengintipnya berbahasa Jepun, 191 00:11:23,620 --> 00:11:25,789 jadi dia culik rakyat Jepun. 192 00:11:25,872 --> 00:11:29,584 Dalam sesetengah kes, mereka diculik dari pantai 193 00:11:30,377 --> 00:11:31,503 dan hilang. 194 00:11:31,586 --> 00:11:33,338 Selama bertahun-tahun, 195 00:11:33,422 --> 00:11:37,134 keluarga mereka tidak tahu bahawa mereka berada di Korea Utara. 196 00:11:38,135 --> 00:11:41,638 Namun, untuk Kim Jong Il, bintang terkenal di Korea Utara, 197 00:11:41,722 --> 00:11:45,100 negaranya memiliki isu kakitangan yang lebih merisaukan. 198 00:11:45,183 --> 00:11:49,396 Pada 1970-an, filem Kim Jong Il berjaya di Korea Utara 199 00:11:49,479 --> 00:11:51,606 namun masih diejek di seluruh dunia. 200 00:11:56,737 --> 00:12:00,657 Kim Jong Il menyedari bahawa setiap bentuk kuasa 201 00:12:00,741 --> 00:12:04,453 adalah berdasarkan cerita, dan minatnya dalam penceritaan 202 00:12:04,911 --> 00:12:07,789 boleh digunakan untuk mengabadikan rejim itu. 203 00:12:09,958 --> 00:12:14,671 Untuk mencungkil rahsia Hollywood, Kim menonton filem setiap hari dan malam. 204 00:12:14,755 --> 00:12:17,632 Dia mencipta sistem cetak rompak yang besar 205 00:12:17,716 --> 00:12:21,762 untuk memastikan dia ada setiap filem dengan sari kata 206 00:12:21,845 --> 00:12:23,430 dan sedia untuk ditonton. 207 00:12:23,513 --> 00:12:27,684 Dia sembunyikan semua filem ini dalam bangunan di Pyongyang. 208 00:12:27,768 --> 00:12:31,897 Namun, Kim Jong Il serta-merta menyedari masalah terbesarnya. 209 00:12:33,482 --> 00:12:36,276 Filem hebat mesti ada bakat hebat. 210 00:12:37,235 --> 00:12:39,821 Jadi, apa taktik ini sekali lagi? 211 00:12:39,905 --> 00:12:41,573 Betul, penculikan. 212 00:12:43,825 --> 00:12:46,411 Kini persoalannya, siapa patut diculik? 213 00:12:47,078 --> 00:12:49,998 Kim Jong Il merancang penculikan 214 00:12:50,081 --> 00:12:52,584 pelakon Korea Selatan yang disayangi, 215 00:12:52,667 --> 00:12:54,961 Choi Eun-hee, di Hong Kong, 216 00:12:55,545 --> 00:12:58,298 dan berjaya mengumpan bekas suaminya, 217 00:12:58,381 --> 00:13:01,009 pengarah filem yang dihormati, Shin Sang-ok, 218 00:13:01,092 --> 00:13:04,429 untuk mencarinya dan mereka juga memerangkapnya juga. 219 00:13:05,555 --> 00:13:08,183 Dia memenjarakan mereka tanpa berjumpa 220 00:13:08,266 --> 00:13:12,687 selama lima hingga enam tahun sehingga mereka tidak dapat melawan lagi. 221 00:13:13,688 --> 00:13:16,566 Kemudian dia menyatukan mereka dan mengumumkan 222 00:13:16,650 --> 00:13:20,737 bahawa mereka dengan gembiranya menyertai Republik Demokratik Korea. 223 00:13:21,446 --> 00:13:25,867 Sepanjang tiga tahun, Shin dan Choi menghasilkan 17 filem 224 00:13:25,951 --> 00:13:28,912 di bawah pengawasan Kim Jong Il. 225 00:13:29,704 --> 00:13:35,252 Dia paksa mereka untuk mencipta industri filem di Korea Utara. 226 00:13:41,091 --> 00:13:44,886 Filem Shin perlu sepadan dengan rancangan propaganda Kim, 227 00:13:45,720 --> 00:13:48,598 tapi dia juga boleh melanggar peraturan sedikit 228 00:13:49,808 --> 00:13:52,227 dan ia telah meningkatkan kuasa Kim. 229 00:13:52,310 --> 00:13:55,897 Kini, rakyat Korea Utara ada sebab untuk menonton filem ini. 230 00:13:55,981 --> 00:13:58,066 Filem begini tidak pernah dilihat, 231 00:13:58,149 --> 00:14:02,320 namun ia masih memenuhi tujuan untuk menghasilkan naratif negara itu. 232 00:14:02,404 --> 00:14:06,116 Namun, Kim Jong Il masih seorang pewaris dan dia ada masalah. 233 00:14:06,199 --> 00:14:10,036 Naratif kebangsaan itu adalah berdasarkan bapanya, 234 00:14:10,120 --> 00:14:14,499 pemimpin dengan kesucian abadi yang masih hidup, Kim Il Sung. 235 00:14:17,002 --> 00:14:18,086 Agak mencabar. 236 00:14:18,169 --> 00:14:21,006 Bagaimana caranya untuk menggantikan tuhan? 237 00:14:21,506 --> 00:14:25,677 TAKTIK TONJOLKAN KETUHANAN ANDA 238 00:14:26,469 --> 00:14:28,513 Kasihan sungguh Kim Jong Il. 239 00:14:28,597 --> 00:14:32,517 Dia menaikkan kultus personaliti bapanya dengan baik 240 00:14:32,601 --> 00:14:35,103 hingga tiada masa untuk dirinya. 241 00:14:35,186 --> 00:14:37,230 13 TAHUN SEBELUM KIM JONG IL BERKUASA 242 00:14:37,314 --> 00:14:40,400 Kim Jong Il bukannya seseorang yang mesra, berkarisma 243 00:14:40,483 --> 00:14:43,528 dan peramah seperti bapanya. 244 00:14:43,612 --> 00:14:46,239 Dia banyak di belakang tabir. 245 00:14:46,907 --> 00:14:49,451 Kim Jong Il perlu menghasilkan naratif 246 00:14:49,534 --> 00:14:53,038 yang melangkaui pemimpin pertama dan memberinya kesahihan. 247 00:14:54,080 --> 00:14:58,877 Rancangan itu bermula di tempat paling suci di Korea Utara ini, 248 00:14:58,960 --> 00:15:00,503 Gunung Paektu. 249 00:15:01,171 --> 00:15:05,050 Menurut legenda, di sinilah bermulanya peradaban Korea 250 00:15:05,133 --> 00:15:08,094 dengan kelahiran dewa raja, Dangun. 251 00:15:09,137 --> 00:15:10,263 Untuk keluarga Kim, 252 00:15:10,931 --> 00:15:15,518 kebanyakan kisah keluarga mereka tertumpu pada Gunung Paektu. 253 00:15:16,227 --> 00:15:20,774 Menurut biografi rasmi Kim Il Sung, sebelum negaranya mencapai kemerdekaan, 254 00:15:20,857 --> 00:15:25,320 tenteranya melawan Jepun dari kem pangkalan di lereng Paektu, 255 00:15:25,403 --> 00:15:29,115 manakala menurut pakar, ia sejauh 320 km dari Manchuria. 256 00:15:30,408 --> 00:15:32,661 Untuk menguatkan hak sebagai pewaris, 257 00:15:32,744 --> 00:15:36,081 Kim Jong Il memasukkan dirinya ke dalam mitos keluarga. 258 00:15:36,164 --> 00:15:39,751 Kim Jong Il dilahirkan pada tahun 1941 di Rusia. 259 00:15:40,251 --> 00:15:43,088 Namun, dia perlu dilihat sebagai kelahiran negara 260 00:15:43,171 --> 00:15:46,883 jadi kisah itu diubah agar dia dilahirkan di Gunung Paektu. 261 00:15:47,801 --> 00:15:49,302 Menurut laporan rasmi 262 00:15:49,386 --> 00:15:52,681 melalui media, buku, lagu dan diajar di sekolah, 263 00:15:52,764 --> 00:15:56,351 kelahiran Kim Jong Il telah diramal oleh burung layang-layang 264 00:15:56,434 --> 00:15:57,978 yang turun dari syurga. 265 00:15:58,061 --> 00:16:02,899 Langit musim sejuk terpisah dan dua pelangi yang amat cerah kelihatan. 266 00:16:02,983 --> 00:16:05,110 Bintang baharu muncul di langit. 267 00:16:05,777 --> 00:16:08,738 Askar-askar Kim Il Sung begitu terharu 268 00:16:08,822 --> 00:16:11,241 sehingga mereka menyanyi kegembiraan. 269 00:16:13,368 --> 00:16:15,078 Mengapa berhenti di situ? 270 00:16:15,161 --> 00:16:17,080 Apabila Kim Jong Il berkuasa, 271 00:16:17,163 --> 00:16:21,042 dia mengarahkan orang untuk menulis semula kisah hidupnya. 272 00:16:21,126 --> 00:16:25,296 Penting baginya agar dia dilihat seperti memiliki kuasa luar biasa. 273 00:16:25,380 --> 00:16:28,133 Jadi semakin lama, ceritanya semakin gila. 274 00:16:28,717 --> 00:16:31,302 Kerajaan Korea Utara mengeluarkan siaran akhbar 275 00:16:31,386 --> 00:16:35,890 untuk berkongsi "fakta" penting tentang bakal pemimpin itu. 276 00:16:37,851 --> 00:16:41,771 Contohnya, dia berjalan pada usia 3 minggu dan bercakap pada 8 minggu. 277 00:16:44,107 --> 00:16:46,109 Dia juga boleh mengawal cuaca. 278 00:16:46,985 --> 00:16:50,321 Dengan pintarnya menulis 1500 buku. 279 00:16:50,405 --> 00:16:55,243 Pertama kali dia bermain golf, 11 kali pukulannya terus memasuki lubang. 280 00:16:57,037 --> 00:16:59,497 Dia spesimen fisiologi yang sempurna 281 00:16:59,581 --> 00:17:02,083 hinggakan tidak menghasilkan sisa manusia, 282 00:17:02,167 --> 00:17:04,210 jadi dia tidak memerlukan tandas. 283 00:17:06,087 --> 00:17:10,425 Sebagai hadiah terakhir untuk manusia, dia juga mencipta hamburger. 284 00:17:11,051 --> 00:17:12,677 Ketawa jika anda mahu, 285 00:17:12,761 --> 00:17:15,722 tapi menurut buku panduan, kegilaannya bersebab. 286 00:17:15,930 --> 00:17:19,684 Mitologi itu direka untuk menekankan idea 287 00:17:19,768 --> 00:17:22,854 bahawa Kim Jong Il ada hak suci untuk memerintah. 288 00:17:24,314 --> 00:17:26,608 Jika anda fikir secara logik, 289 00:17:26,691 --> 00:17:29,652 ia tak masuk akal, tetapi bagi rakyat Korea Utara, 290 00:17:29,736 --> 00:17:32,864 ia bukan soal logik. Ia soal kepercayaan. 291 00:17:33,907 --> 00:17:36,159 Pemimpin abadi, Kim Il Sung makin tenat 292 00:17:36,242 --> 00:17:39,245 dan Kim Jong Il semakin menghampiri takdirnya, 293 00:17:39,329 --> 00:17:41,748 kepercayaan itu akan diuji. 294 00:17:45,210 --> 00:17:48,671 Banyak nasib malang berlaku pada tahun 1990-an. 295 00:17:48,755 --> 00:17:52,050 Tanaman tak menjadi, salah urus, semuanya bergabung 296 00:17:52,133 --> 00:17:57,222 lalu meruntuhkan sistem dan mengakibatkan kebuluran yang meluas. 297 00:17:57,305 --> 00:18:01,309 Itu perkara terakhir yang anda mahu dalam mengukuhkan dinasti anda. 298 00:18:01,851 --> 00:18:04,187 Namun, perkara yang membezakan penzalim 299 00:18:04,270 --> 00:18:07,357 ialah mereka tidak izinkan masalah mengganggu mereka. 300 00:18:07,440 --> 00:18:11,194 TAKTIK BIAR RAKYAT KELAPARAN 301 00:18:12,112 --> 00:18:16,533 Jika anda mahu memerintah selamanya, kelaparan ada kelebihannya. 302 00:18:17,700 --> 00:18:21,371 Rakyat yang miskin, lapar dan tersisih bukan ancaman bagi anda. 303 00:18:21,454 --> 00:18:24,999 Rakyat kebuluran takkan beri makanan kepada pemberontak. 304 00:18:25,083 --> 00:18:26,709 Mereka lemah untuk melawan. 305 00:18:26,793 --> 00:18:30,171 Ini realiti yang menyedihkan, tapi kelaparan berkesan. 306 00:18:30,588 --> 00:18:33,424 Suka atau tidak, hasilnya jelas terbukti. 307 00:18:33,508 --> 00:18:36,553 Stalin menggunakan kebuluran di Ukraine 308 00:18:36,636 --> 00:18:41,266 untuk menghancurkan idea kemerdekaan dan mengekalkan kuasa Kesatuan Soviet. 309 00:18:41,683 --> 00:18:43,893 Puluhan juta orang mati di China 310 00:18:43,977 --> 00:18:46,813 akibat daripada Kemaraan Raksasa oleh Mao Zedong 311 00:18:46,896 --> 00:18:49,607 yang tidak sedikit pun melemahkan kuasanya. 312 00:18:50,191 --> 00:18:53,403 Diktator Etiopia, Mengistu Haile Mariam, 313 00:18:53,486 --> 00:18:57,282 mengekalkan kuasa dalam kebuluran di negaranya pada awal 1980-an, 314 00:18:57,365 --> 00:18:59,367 memerintah selama 8 tahun lagi. 315 00:19:01,244 --> 00:19:04,581 Dinasti Kim tidak berupaya untuk memberi rakyat makanan 316 00:19:04,664 --> 00:19:09,085 walaupun mereka tegaskan bahawa mereka perlu berdikari. 317 00:19:09,961 --> 00:19:13,631 Korea Utara selama beberapa dekad telah bergantung pada 318 00:19:13,715 --> 00:19:18,803 naungan Kesatuan Soviet untuk mendapatkan bekalan. 319 00:19:18,887 --> 00:19:21,764 Namun, awal tahun 90-an, Kesatuan Soviet musnah 320 00:19:21,848 --> 00:19:24,726 dan ekonomi Korea Utara turut menjunam. 321 00:19:24,809 --> 00:19:26,269 Ia telah memulakan 322 00:19:26,352 --> 00:19:30,982 kesan berturutan yang menyebabkan satu demi satu tragedi. 323 00:19:31,065 --> 00:19:35,111 Beratus-ratus ribu orang Korea Utara mati kelaparan 324 00:19:35,195 --> 00:19:37,822 dan itu angka konservatif. Ia lebih banyak. 325 00:19:38,615 --> 00:19:41,993 Saya anggap ia sebagai tempoh yang terburuk dalam sejarah. 326 00:19:43,161 --> 00:19:45,997 Jadi tentu sekali, inilah masa yang tepat 327 00:19:46,080 --> 00:19:49,542 bagi pemimpin Korea Utara yang kononnya abadi, 328 00:19:49,626 --> 00:19:52,921 Kim Il Sung, untuk meninggal dunia. 329 00:19:56,633 --> 00:20:01,095 Kematian Kim Il Sung pada tahun 1994, bagi kebanyakan rakyat Korea Utara 330 00:20:01,179 --> 00:20:04,057 ialah kejadian yang paling teruk. 331 00:20:04,140 --> 00:20:06,768 Anda dapat lihat rakyat berkabung. 332 00:20:06,851 --> 00:20:11,689 Bukan sekadar berkabung, tetapi seperti penyelamat mereka mati. 333 00:20:12,523 --> 00:20:16,736 Lebih teruk lagi, impian Kim Jong Il untuk dinasti yang berkekalan 334 00:20:16,819 --> 00:20:18,196 berada dalam bahaya. 335 00:20:18,947 --> 00:20:22,909 Bagaimana anda boleh kekal berkuasa selepas berjuta rakyat mati 336 00:20:22,992 --> 00:20:24,452 dan tiada makanan? 337 00:20:25,745 --> 00:20:27,622 Kim Jong Il kembali bercerita. 338 00:20:27,705 --> 00:20:31,751 Dia perlu menegaskan idea 339 00:20:31,834 --> 00:20:35,129 bahawa negara diancam oleh pencerobohan Amerika Syarikat. 340 00:20:35,213 --> 00:20:37,924 Jadi dia menggunakan Perang Korea sekali lagi 341 00:20:38,007 --> 00:20:40,426 dan membawanya ke masa kini. 342 00:20:40,510 --> 00:20:43,680 Negara yang berperang perlu bersatu. 343 00:20:43,763 --> 00:20:47,642 Dia memulakan kempen propaganda dan rakyat disuruh 344 00:20:47,725 --> 00:20:50,228 untuk makan satu atau dua hidangan sehari 345 00:20:50,311 --> 00:20:53,064 untuk meraikan Kim Il Sung dan pejuang gerila. 346 00:20:54,315 --> 00:20:57,277 Mengilhamkan pengorbanan ialah tugas penzalim. 347 00:20:57,944 --> 00:21:01,155 Kegiatan masa lapang anda ialah urusan anda. 348 00:21:01,239 --> 00:21:05,034 Kim Jong Il mempunyai cita rasa tinggi dan mewah. 349 00:21:05,118 --> 00:21:08,496 Dia menghabiskan lebih 800 ribu dolar setahun 350 00:21:08,579 --> 00:21:09,789 hanya untuk cognac. 351 00:21:09,872 --> 00:21:14,252 Sementara rakyatnya didakwa menjual daging bayi di pasar, 352 00:21:14,335 --> 00:21:17,046 Kim Jong Il ada vila dan jurumasak peribadi, 353 00:21:17,130 --> 00:21:20,174 dan mengimport bertan-tan arak. 354 00:21:20,258 --> 00:21:23,886 Dia menjalani kehidupan yang amat mewah 355 00:21:23,970 --> 00:21:26,389 bersama sekumpulan kecil orang 356 00:21:27,974 --> 00:21:30,143 sementara membiarkan rakyatnya mati. 357 00:21:31,227 --> 00:21:36,274 Namun, walaupun Pemimpin Disayangi mahir memanfaatkan kelaparan, 358 00:21:36,357 --> 00:21:40,069 rejim abadi keluarga Kim masih belum selamat. 359 00:21:40,153 --> 00:21:43,656 Semua orang meramalkan bahawa Kim Jong Il tak berpengalaman, 360 00:21:43,740 --> 00:21:46,117 kurang berkarisma berbanding bapanya 361 00:21:46,200 --> 00:21:48,244 dan lambat-laun 362 00:21:48,328 --> 00:21:50,997 dia akan gagal lalu rejim itu juga akan gagal. 363 00:21:51,080 --> 00:21:54,042 Namun, Kim Jong Il membuktikan bahawa mereka salah 364 00:21:54,125 --> 00:21:58,212 melalui taktik terakhir yang paling dahsyat daripada buku panduan 365 00:21:58,296 --> 00:22:02,550 lalu mengubah negara kelaparan menjadi kuasa yang tidak terhalang. 366 00:22:02,633 --> 00:22:05,386 TAKTIK GUNA KUASA NUKLEAR 367 00:22:07,388 --> 00:22:10,850 Hakikat menyedihkan bagi penzalim ialah kemungkinan besar 368 00:22:10,933 --> 00:22:14,020 anda akan berhadapan dengan campur tangan kuasa asing 369 00:22:14,103 --> 00:22:17,398 yang fikir dunia lebih baik jika anda tiada. 370 00:22:17,482 --> 00:22:20,193 Kita kehilangan ramai penzalim dengan cara ini. 371 00:22:21,110 --> 00:22:25,740 Seperti Saddam Hussein yang digulingkan oleh serangan AS pada tahun 2003, 372 00:22:25,823 --> 00:22:29,660 ditangkap oleh tentera Amerika dan dihukum mati 3 tahun kemudian. 373 00:22:29,744 --> 00:22:34,499 Pemerintahan Adolf Hitler berakhir dengan pengepungan Pihak Berikat pada 1945 374 00:22:34,582 --> 00:22:38,127 lalu Fuhrer yang berkuasa itu membunuh diri di dalam bunker. 375 00:22:38,211 --> 00:22:40,588 Jangan lupa tentang Muammar Gaddafi 376 00:22:40,671 --> 00:22:45,051 yang kematiannya didorong oleh pengeboman NATO pada 2011. 377 00:22:46,803 --> 00:22:50,056 Untuk mengelak daripada mengikuti langkah malang mereka, 378 00:22:50,139 --> 00:22:52,683 cuma langkah yang dahsyat akan berhasil. 379 00:22:56,562 --> 00:23:00,191 Keluarga Kim menggelarkan senjata nuklear sebagai "pedang berharga". 380 00:23:00,274 --> 00:23:01,984 Ia akan melindungi mereka. 381 00:23:02,068 --> 00:23:04,862 Senjata nuklear memainkan peranan penting 382 00:23:04,946 --> 00:23:08,408 dalam strategi untuk memastikan Korea Utara kukuh 383 00:23:08,491 --> 00:23:10,701 dengan keluarga Kim sebagai ketuanya. 384 00:23:14,622 --> 00:23:18,709 Okey, bagaimana anda menjadi negara kuasa nuklear? 385 00:23:18,793 --> 00:23:21,295 Mula-mula, anda perlukan saintis ternama, 386 00:23:21,379 --> 00:23:23,631 beberapa ratus paun uranium, 387 00:23:23,714 --> 00:23:27,635 kemudahan pemprosesan dan wang tunai yang banyak. 388 00:23:27,718 --> 00:23:30,012 Nampak mudah? Tidak. 389 00:23:30,638 --> 00:23:33,015 Uranium senjata nuklear perlu diproses 390 00:23:33,099 --> 00:23:35,643 melalui beribu-ribu pengempar khas 391 00:23:35,726 --> 00:23:39,230 yang dikawal ketat atas sebab yang jelas. 392 00:23:39,313 --> 00:23:43,734 Ia mengambil masa berbulan-bulan dan menjadi perlahan jika ada kemalangan. 393 00:23:44,569 --> 00:23:45,903 Atau sabotaj. 394 00:23:47,488 --> 00:23:49,782 Kemudian, fikir tentang penghantaran. 395 00:23:49,866 --> 00:23:52,368 Anda boleh menjatuhkannya dari pesawat, 396 00:23:52,452 --> 00:23:54,203 menembak peluru berpandu, 397 00:23:54,287 --> 00:23:57,707 menggunakan kapal selam atau senjata berkuasa pilihan anda, 398 00:23:57,790 --> 00:24:00,376 misil balistik antara benua. 399 00:24:01,335 --> 00:24:05,256 Untuk memastikan senjata berfungsi, anda perlu menjalankan ujian 400 00:24:05,339 --> 00:24:07,884 yang pasti akan disedari oleh seluruh dunia 401 00:24:07,967 --> 00:24:11,846 dan mereka akan cuba apa-apa saja untuk menghalang program anda. 402 00:24:12,763 --> 00:24:14,015 Perlumbaan bermula. 403 00:24:15,141 --> 00:24:16,851 Seperti biasa di Korea Utara, 404 00:24:16,934 --> 00:24:19,896 usaha nuklear Kim ialah urusan dalam keluarga. 405 00:24:19,979 --> 00:24:22,023 Sebelum Kim Il Sung mati, 406 00:24:22,106 --> 00:24:25,693 dia telah pun mula mengumpul bahan nuklear. 407 00:24:26,277 --> 00:24:30,198 Itu langkah pertama. Namun, selepas empat tahun menyelidik, 408 00:24:30,281 --> 00:24:32,700 program ini tidak dilancarkan sepenuhnya. 409 00:24:32,783 --> 00:24:38,122 Apabila dia mati, senjata nuklear tiada, jadi Kim Jong Il cuma mewarisi 410 00:24:38,206 --> 00:24:40,917 program nuklear yang ayahnya mulakan. 411 00:24:41,000 --> 00:24:45,546 Kim Jong Il berazam untuk menjadikan impian nuklear ayahnya suatu kenyataan. 412 00:24:46,214 --> 00:24:48,966 Namun, dengan krisis ekonomi Korea Utara, 413 00:24:49,050 --> 00:24:52,428 dia tidak memiliki banyak wang untuk dibelanjakan. 414 00:24:52,512 --> 00:24:55,932 Jadi dia perlu guna kemahiran keusahawanannya. 415 00:24:56,015 --> 00:24:59,560 Korea Utara berjaya membiayai program nuklear ini 416 00:24:59,644 --> 00:25:02,063 melalui perdagangan haram, produk tiruan, 417 00:25:02,146 --> 00:25:04,857 dadah, penyeludupan dan pengubahan wang haram. 418 00:25:04,941 --> 00:25:09,403 Jadi apa-apa saja cara haram yang ada, Korea Utara telah melakukannya. 419 00:25:10,071 --> 00:25:14,116 Pada tahun 2009, Kim Jong Il mencapai langkah kedua. 420 00:25:14,200 --> 00:25:18,204 Korea Utara berjaya menjalankan ujian nuklear bawah tanah 421 00:25:18,746 --> 00:25:23,793 dan juga menembak beberapa misil ke perairan berdekatan Jepun. 422 00:25:23,876 --> 00:25:26,587 Namun, musuh ketat mereka di barat, Amerika, 423 00:25:26,671 --> 00:25:29,090 masih tidak dapat didekati. 424 00:25:30,591 --> 00:25:34,595 Semasa pentadbiran Clinton, kami menghabiskan masa untuk mengetahui 425 00:25:34,679 --> 00:25:37,223 perkara yang Korea Utara sedang lakukan. 426 00:25:37,306 --> 00:25:39,850 Kim Dae-Jung, presiden Korea Selatan, 427 00:25:39,934 --> 00:25:42,270 beritahu saya, "Lelaki ini bukan gila. 428 00:25:42,353 --> 00:25:46,482 Dia sangat bijak dan awak perlu lihat dia dari perspektif itu." 429 00:25:47,525 --> 00:25:51,070 Namun, jika kita lihat perkara yang Kim Jong Il fikirkan, 430 00:25:51,153 --> 00:25:54,115 dia terpaksa menggunakan senjata nuklear 431 00:25:54,198 --> 00:25:57,159 sebagai cara untuk melindungi negaranya, 432 00:25:57,243 --> 00:26:01,455 dan ia berterusan sehingga tahun 2011 apabila dia mati. 433 00:26:01,539 --> 00:26:04,542 DISEMBER 2011 434 00:26:04,625 --> 00:26:07,628 Dalam ribut salji, beribu-ribu rakyat Korea Utara 435 00:26:07,712 --> 00:26:09,839 menangisi pemergian Kim Jong Il 436 00:26:09,922 --> 00:26:13,509 dalam perarakan yang mengiringi keranda Pemimpin Disayangi. 437 00:26:14,218 --> 00:26:17,096 Namun, perkara yang hebat tentang rejim abadi, 438 00:26:17,179 --> 00:26:19,765 kematian hanyalah gangguan sementara. 439 00:26:21,183 --> 00:26:25,646 Tiba masanya anak Kim Jong Il, iaitu Kim Jong Un untuk meneruskannya. 440 00:26:26,606 --> 00:26:28,441 Apabila Kim Jong Un ambil alih, 441 00:26:29,442 --> 00:26:33,029 dia sebenarnya mempercepatkan ujian senjata nuklear 442 00:26:33,112 --> 00:26:36,407 dan ujian teknologi misil antara benua. 443 00:26:37,783 --> 00:26:40,995 64 tahun selepas Perang Korea tamat, 444 00:26:41,579 --> 00:26:44,665 Kim Jong Un akhirnya menyelesaikan tugas itu. 445 00:26:45,541 --> 00:26:48,336 Pada 2017, mereka menjalankan ujian nuklear 446 00:26:48,419 --> 00:26:51,797 dan mendakwa memiliki bom hidrogen yang mampu mengebom AS. 447 00:26:51,881 --> 00:26:54,258 Datuk pasti bangga. 448 00:26:54,342 --> 00:26:58,596 Rejim yang dia tubuhkan secara abadi kini ada perlindungan yang hebat. 449 00:26:58,679 --> 00:27:00,640 Korea Utara berkuasa nuklear. 450 00:27:00,723 --> 00:27:04,435 Itu memberi mereka cara penyelesaian dan keluarga Kim 451 00:27:04,518 --> 00:27:07,897 kini boleh terus mengekalkan pemerintahan, 452 00:27:07,980 --> 00:27:10,316 kuasa dan pewarisan pada masa hadapan. 453 00:27:10,399 --> 00:27:12,735 Sistem ini sentiasa berterusan. 454 00:27:15,237 --> 00:27:18,949 Mungkin itu yang berbeza dalam pemerintahan diktator ini. 455 00:27:19,033 --> 00:27:20,534 Ia takkan mati. 456 00:27:20,618 --> 00:27:23,788 Pemerintahan diktator "Pemimpin Agung " diteruskan. 457 00:27:23,871 --> 00:27:26,791 Itu dia, mudah saja. 458 00:27:26,874 --> 00:27:28,501 Dengan buku panduan ini, 459 00:27:28,584 --> 00:27:32,213 anda boleh mengubah nasib untuk menjadi pemerintah mutlak. 460 00:27:32,296 --> 00:27:37,927 Tumpaskan semua pesaing yang menghalang, menguasai tubuh dan minda rakyat, 461 00:27:38,010 --> 00:27:40,721 mencipta masyarakat anda yang sempurna 462 00:27:40,805 --> 00:27:44,016 dan memerintah selamanya dengan bantuan senjata hebat. 463 00:27:44,809 --> 00:27:46,852 Ayuh, apa yang menghalang anda? 464 00:27:46,936 --> 00:27:49,146 Siapa yang boleh jadi penzalim? 465 00:27:52,566 --> 00:27:54,568 Jawapannya amat menyedihkan. 466 00:27:56,696 --> 00:27:59,115 Sesiapa pun boleh jadi penzalim. 467 00:28:04,286 --> 00:28:05,913 Bersedia untuk cuba? 468 00:28:43,117 --> 00:28:46,328 Terjemahan sari kata oleh Liyana Osman