1 00:00:06,110 --> 00:00:08,946 SEBUAH SIRI ASLI NETFLIX 2 00:00:09,822 --> 00:00:11,240 Mari kita kaji. 3 00:00:11,323 --> 00:00:14,785 Setakat ini, buku panduan menunjukkan cara merampas kuasa, 4 00:00:14,869 --> 00:00:16,120 musnahkan pesaing, 5 00:00:16,203 --> 00:00:18,372 menzalimi rakyat anda agar akur 6 00:00:18,956 --> 00:00:22,418 dan menggantikan kebenaran objektif dengan realiti anda. 7 00:00:23,377 --> 00:00:26,338 Kini tiba masa untuk merealisasikan impian penzalim 8 00:00:26,422 --> 00:00:28,841 dengan mencipta semula negara utopia 9 00:00:28,924 --> 00:00:31,135 yang telah lama anda impikan. 10 00:00:31,218 --> 00:00:33,721 Penzalim yang lebih berbahaya dan menarik 11 00:00:33,804 --> 00:00:36,640 yakin mereka mencipta dunia yang lebih baik. 12 00:00:36,724 --> 00:00:40,102 Anda rasa negara anda memerlukan bendera negara baharu? 13 00:00:40,186 --> 00:00:41,312 Tiada masalah. 14 00:00:41,395 --> 00:00:43,689 Mahu mencipta sistem pendidikan baharu 15 00:00:43,773 --> 00:00:45,816 dengan anda sebagai subjek utama? 16 00:00:45,900 --> 00:00:46,984 Kenapa tidak? 17 00:00:47,068 --> 00:00:51,989 Buku panduan ini menyediakan semua kaedah untuk membentuk masyarakat sempurna anda, 18 00:00:52,073 --> 00:00:55,826 dan tiada sesiapa yang komited seperti Muammar Gaddafi 19 00:00:56,535 --> 00:01:01,082 yang mengabdikan hidupnya demi perubahan terhadap negara Libya, 20 00:01:01,791 --> 00:01:05,836 tak kira sesiapa atau apa-apa yang menghalangnya. 21 00:01:06,837 --> 00:01:12,343 Si gila di Timur Tengah ini mempunyai matlamat untuk revolusi dunia. 22 00:01:12,426 --> 00:01:14,720 Contohi dia dan anda akan mendapati 23 00:01:14,804 --> 00:01:18,349 bahawa anda juga boleh mencipta syurga di bumi, 24 00:01:18,432 --> 00:01:20,392 dengan anda sebagai cahaya pedoman. 25 00:01:29,151 --> 00:01:32,905 MENCIPTA MASYARAKAT BAHARU 26 00:01:32,988 --> 00:01:37,284 Visi eksentrik Muammar Gaddafi telah mengubah hidup rakyatnya 27 00:01:37,368 --> 00:01:41,705 dalam cara yang baik, buruk dan aneh. 28 00:01:41,789 --> 00:01:44,667 Gaddafi tokoh yang agak tragis, 29 00:01:44,750 --> 00:01:48,379 seseorang yang pada mulanya mahu ubah masyarakat sekelilingnya 30 00:01:48,462 --> 00:01:52,341 dan akhirnya mula mempercayai kisahnya sendiri. 31 00:01:52,424 --> 00:01:55,136 Dia sangat korup dan tamak, 32 00:01:55,219 --> 00:01:58,556 suka bermegah dengan pakaian dan kelakuannya. 33 00:01:59,807 --> 00:02:03,978 Dia melawat negara asing dan tidur di dalam khemah. 34 00:02:04,061 --> 00:02:06,856 Namun begitu, walaupun sikapnya aneh, 35 00:02:06,939 --> 00:02:12,736 ikon revolusi dan fesyen ini berjaya berkuasa selama 42 tahun. 36 00:02:13,529 --> 00:02:15,406 2X TEMPOH SADDAM HUSSEIN 37 00:02:15,489 --> 00:02:17,408 4X TEMPOH ADLOF HITLER 38 00:02:17,491 --> 00:02:19,201 5X TEMPOH IDI AMIN 39 00:02:19,285 --> 00:02:23,122 Sebelum melihat cara Gaddafi mencipta semula Libya dengan imejnya, 40 00:02:23,205 --> 00:02:25,916 ada beberapa perkara yang anda patut tahu. 41 00:02:26,083 --> 00:02:27,585 Saya ada penyelesaiannya. 42 00:02:27,668 --> 00:02:31,338 FAKTA #1 GADDAFI BERASAL DARI KELUARGA MISKIN 43 00:02:31,422 --> 00:02:36,385 Ibu bapa Muammar Gaddafi ialah orang Badwi yang buta huruf. 44 00:02:38,053 --> 00:02:40,764 Kehidupan mereka amat sukar. 45 00:02:41,724 --> 00:02:43,851 Libya antara negara paling miskin. 46 00:02:44,768 --> 00:02:49,607 Satu-satunya cara untuk mengubah status adalah dengan menyertai tentera 47 00:02:50,274 --> 00:02:51,817 dan itu yang Gaddafi buat. 48 00:02:51,901 --> 00:02:55,905 FAKTA #2 - GADDAFI MERAMPAS KUASA PADA USIA 26 TAHUN 49 00:02:55,988 --> 00:03:00,784 Gaddafi menganggap monarki Raja Idris yang disokong Barat adalah sangat korup. 50 00:03:05,080 --> 00:03:07,499 Ia rampasan kuasa tanpa pertumpahan darah 51 00:03:07,583 --> 00:03:10,628 kerana tiada institusi di Libya 52 00:03:10,711 --> 00:03:15,132 yang cukup teratur untuk mempertahankan dan melindungi raja. 53 00:03:15,216 --> 00:03:17,927 FAKTA #3 GADDAFI BERNIAT BAIK (PADA MULANYA) 54 00:03:18,010 --> 00:03:21,639 Gaddafi mungkin bermula sebagai reformis yang ikhlas. 55 00:03:21,722 --> 00:03:24,767 Dia mahu memodenkan seluruh negaranya. 56 00:03:25,434 --> 00:03:27,561 Dia dianggap sebagai pembebas 57 00:03:27,645 --> 00:03:30,564 di seluruh dunia Arab dan dunia Afrika. 58 00:03:31,440 --> 00:03:35,527 Namun akhirnya, dia tidak berminat untuk membebaskan sesiapa. 59 00:03:35,611 --> 00:03:37,780 Dia mahu memperhambakan mereka. 60 00:03:37,863 --> 00:03:41,992 Kisah Gaddafi benar-benar dipenuhi harapan dan bahaya 61 00:03:42,076 --> 00:03:43,994 dalam membina masyarakat baharu. 62 00:03:44,078 --> 00:03:47,957 Jika anda mahu berjaya, anda memerlukan peraturan asas, 63 00:03:48,040 --> 00:03:50,125 dan tugas anda untuk menetapkannya. 64 00:03:52,253 --> 00:03:56,131 TAKTIK ANDALAH UNDANG-UNDANG 65 00:03:57,549 --> 00:04:01,512 Sebagai pencipta masyarakat baharu, anda bukan sekadar ketua negara. 66 00:04:01,595 --> 00:04:05,099 Anda ibu bapa negara anda. Untuk menunjukkan kasih sayang, 67 00:04:05,182 --> 00:04:07,726 anda perlu bimbing mereka dengan tegas. 68 00:04:07,810 --> 00:04:10,980 Pemerintah autoritarian memerintah 69 00:04:11,063 --> 00:04:13,315 dengan mengehadkan hak orang ramai. 70 00:04:13,399 --> 00:04:17,278 Pemimpin mendakwa ini demi kepentingan negara dan rakyat. 71 00:04:18,070 --> 00:04:20,614 Lagipun, penzalim lebih arif. 72 00:04:23,242 --> 00:04:25,577 Setelah mengambil alih pada tahun 1979, 73 00:04:26,078 --> 00:04:28,831 Ayatollah Khomeini membubarkan akta perceraian Iran 74 00:04:28,914 --> 00:04:32,459 dan kanak-kanak perempuan boleh berkahwin seawal tujuh tahun. 75 00:04:33,252 --> 00:04:37,298 Di bawah Hitler, Nazi menetapkan polisi antimerokok yang ketat, 76 00:04:37,381 --> 00:04:40,676 yang diilhamkan oleh kebencian Führer terhadap tembakau. 77 00:04:41,510 --> 00:04:44,638 Manakala diktator Turkmenistan, Saparmurat Niyazov 78 00:04:44,722 --> 00:04:49,018 melarang nyanyian menggunakan rakaman dalam konsert pada tahun 2006 79 00:04:49,101 --> 00:04:51,312 dan menghalau anjing dari ibu negara 80 00:04:51,395 --> 00:04:53,188 oleh sebab baunya yang busuk. 81 00:04:56,817 --> 00:05:02,239 Seperti diktator lain, Gaddafi tahu dia perlu menghalang kebebasan awam, 82 00:05:02,323 --> 00:05:07,703 jadi dia melarang kebebasan bersuara dan hak berhimpun. 83 00:05:07,786 --> 00:05:10,622 Dia akan reka peraturan apabila perlu. 84 00:05:11,665 --> 00:05:13,417 Mengikut undang-undang Islam, 85 00:05:13,500 --> 00:05:17,254 Gaddafi mengharamkan alkohol dan menutup semua kelab malam. 86 00:05:17,338 --> 00:05:18,797 Mengupah pembantu rumah, 87 00:05:18,881 --> 00:05:21,592 menjadi doktor atau peguam dalam agensi sendiri 88 00:05:21,675 --> 00:05:24,136 malah menahan teksi juga dilarang. 89 00:05:24,970 --> 00:05:27,306 Kesalahan rumah tangga seperti zina 90 00:05:27,389 --> 00:05:30,559 boleh memberi hukuman sebat dan anggota badan dikerat. 91 00:05:30,642 --> 00:05:33,771 Gaddafi juga mengharamkan kesatuan sekerja, mogok, 92 00:05:33,854 --> 00:05:37,483 dan menumpaskan musuh ketat dalam masyarakat baharu ini, 93 00:05:37,566 --> 00:05:38,817 ayam asing. 94 00:05:41,236 --> 00:05:44,907 Gaddafi kata orang Libya mesti menghasilkan makanan sendiri. 95 00:05:45,449 --> 00:05:47,576 Negara tak bebas jika makan dari luar. 96 00:05:48,577 --> 00:05:50,245 Dia kata, "Mula dengan ayam. 97 00:05:51,622 --> 00:05:53,707 Libya mesti pelihara ayam sendiri." 98 00:05:54,208 --> 00:05:57,127 Namun, membebaskan rakyat daripada ayam dari kedai 99 00:05:57,211 --> 00:05:58,462 takkan membantu anda. 100 00:05:58,545 --> 00:06:04,093 Menjelang 1976, dia sedar bahawa rakyat tidak berkongsi visinya 101 00:06:04,176 --> 00:06:06,136 tentang cara pemerintahan negara. 102 00:06:06,220 --> 00:06:09,515 Dia menjadi semakin autokratik. Pilihan raya lenyap. 103 00:06:09,598 --> 00:06:13,560 Kedudukan kuasa semakin dikuasai oleh pengikut setia rejim. 104 00:06:13,644 --> 00:06:17,481 Jadi ia beransur menjadi pemerintahan diktator. 105 00:06:17,564 --> 00:06:19,566 Walaupun ramai rakyat Libya 106 00:06:19,650 --> 00:06:22,736 menerima Gaddafi sebagai pemimpin mutlak, 107 00:06:22,820 --> 00:06:24,696 ada juga yang menentang. 108 00:06:27,282 --> 00:06:29,743 Dengan berleluasanya penindasan Gaddafi, 109 00:06:29,827 --> 00:06:32,913 pelajar mengadakan tunjuk perasaan di jalanan, 110 00:06:32,996 --> 00:06:35,707 menuntut agar kebebasan mereka dikembalikan. 111 00:06:37,793 --> 00:06:40,129 Ini saat krisis untuk rejim tersebut. 112 00:06:41,130 --> 00:06:45,551 Gaddafi ada pilihan, menegakkan kemahuan rakyat atau dirinya. 113 00:06:46,427 --> 00:06:51,181 Pada 7 April 1976, dia membuat keputusan yang jelas. 114 00:06:51,890 --> 00:06:56,937 Gaddafi hantar tenteranya ke Tripoli dan Benghazi untuk menghentikan bantahan. 115 00:06:57,020 --> 00:06:59,731 Ramai yang ditahan dan dibebaskan kemudiannya. 116 00:06:59,815 --> 00:07:01,984 Ada yang tidak bernasib baik. 117 00:07:02,067 --> 00:07:05,529 Untuk menjadikan penentang rejim sebagai contoh, 118 00:07:05,612 --> 00:07:08,407 ramai yang telah dituduh sebagai pengkhianat. 119 00:07:08,490 --> 00:07:10,909 Pada ulang tahun pertama bantahan itu, 120 00:07:10,993 --> 00:07:14,246 dua pelajar, Omar Dabob dan Muhammed Ben Sa-oud, 121 00:07:14,329 --> 00:07:16,540 digantung akibat penglibatan mereka, 122 00:07:17,207 --> 00:07:19,418 dengan kehadiran tetamu khas. 123 00:07:22,754 --> 00:07:27,718 Mulai hari itu, Gaddafi mengisytiharkan 7 April sebagai cuti kebangsaan. 124 00:07:27,801 --> 00:07:29,887 Apakah sambutan yang lebih baik 125 00:07:29,970 --> 00:07:33,390 berbanding menangkap penentangnya dari seluruh negara? 126 00:07:33,474 --> 00:07:35,726 Ia tradisi baharu untuk menunjukkan 127 00:07:35,809 --> 00:07:38,937 bahawa mulai sekarang, pemimpin ialah undang-undang 128 00:07:39,021 --> 00:07:41,648 dan undang-undang mesti dipatuhi. 129 00:07:42,649 --> 00:07:45,068 Menetapkan peraturan hanya permulaannya, 130 00:07:45,152 --> 00:07:47,863 tapi membuktikan potensi masyarakat baharu anda 131 00:07:47,946 --> 00:07:50,824 memerlukan tindakan lebih berani, 132 00:07:50,908 --> 00:07:51,867 jadi buka minda. 133 00:07:53,327 --> 00:07:57,039 TAKTIK BINA LEGASI ANDA 134 00:07:59,208 --> 00:08:01,627 Penzalim ada banyak projek hebat. 135 00:08:02,211 --> 00:08:05,130 Ia salah satu cara untuk mencapai keabadian, 136 00:08:05,839 --> 00:08:08,634 sebagai peringatan tentang kehebatan mereka. 137 00:08:09,968 --> 00:08:11,595 Pilih dengan baik, 138 00:08:11,678 --> 00:08:15,682 ia boleh meningkatkan imej negara dan imej anda sekaligus. 139 00:08:17,184 --> 00:08:19,144 Hitler dan Nazi mempersembahkan diri 140 00:08:19,228 --> 00:08:22,773 sebagai peneraju di sebalik sistem lebuh raya Autobahn 141 00:08:22,856 --> 00:08:25,901 yang menjanjikan mobiliti ke seluruh negara Jerman. 142 00:08:26,860 --> 00:08:31,365 Joseph Stalin meluluskan pembinaan Metro Moscow yang canggih 143 00:08:31,448 --> 00:08:35,661 dan dilihat sebagai kemenangan sosialisme semasa dibuka pada tahun 1931. 144 00:08:36,411 --> 00:08:39,164 Manakala diktator Romania, Nicolae Ceauşescu 145 00:08:39,248 --> 00:08:41,917 meruntuhkan satu perlima ibu negara Bucharest 146 00:08:42,000 --> 00:08:44,002 untuk membina Istana Parlimen. 147 00:08:44,086 --> 00:08:46,380 Ia mengambil masa 13 tahun untuk siap. 148 00:08:46,463 --> 00:08:51,051 Kosnya mencecah tiga bilion dolar dan mengorbankan 3,000 pekerja. 149 00:08:51,134 --> 00:08:55,514 Malangnya, dia digulingkan dan dibunuh sebelum pembinaan selesai. 150 00:08:57,224 --> 00:08:59,935 Gaddafi memiliki cita-cita yang besar 151 00:09:00,018 --> 00:09:02,688 dan kelebihan untuk merealisasikannya. 152 00:09:02,771 --> 00:09:05,607 Gaddafi memiliki ekonomi yang kaya dengan minyak. 153 00:09:05,691 --> 00:09:08,902 Duit memancut keluar dari tanah dan terus ke akaunnya. 154 00:09:09,486 --> 00:09:13,407 Selepas tahun 1973, harga minyak meningkat empat kali ganda. 155 00:09:14,116 --> 00:09:16,285 Dia meraih wang yang amat banyak 156 00:09:16,910 --> 00:09:21,290 dan boleh menggunakan wang itu untuk apa-apa saja yang dia mahu. 157 00:09:21,373 --> 00:09:24,459 28 OGOS 1984 GURUN SAHARA, LIBYA 158 00:09:24,543 --> 00:09:26,461 Dengan nama Allah, 159 00:09:26,545 --> 00:09:29,423 batu asas diletakkan untuk Sungai Besar Buatan Manusia. 160 00:09:30,007 --> 00:09:32,426 Air bersih sukar didapati di Libya, 161 00:09:33,051 --> 00:09:37,055 jadi dengan mengetahui adanya akuifer besar di selatan Libya, 162 00:09:37,139 --> 00:09:39,850 Gaddafi mahu mengeksploitasinya. 163 00:09:39,933 --> 00:09:44,146 Sungai buatan manusia yang boleh mengubah gurun menjadi tanah pertanian. 164 00:09:45,314 --> 00:09:49,318 Apa simbol yang lebih hebat berbanding gurun yang dijadikan subur? 165 00:09:51,111 --> 00:09:55,073 Gaddafi merancang untuk menggerudi ke dalam akuifer fosil Nubian, 166 00:09:55,157 --> 00:09:59,369 kemudian mengangkut air ke utara Libya melalui paip besar dan empangan. 167 00:10:00,162 --> 00:10:01,496 Ia sangat besar. 168 00:10:01,580 --> 00:10:04,166 Saluran paip yang besar dimensinya, 169 00:10:04,249 --> 00:10:07,169 beratus-ratus kilometer panjangnya. 170 00:10:07,252 --> 00:10:09,004 Ia bukan murah, 171 00:10:09,921 --> 00:10:14,134 tetapi Gaddafi menganggap projek itu sebagai kegemilangannya 172 00:10:14,217 --> 00:10:17,429 yang akan menyediakan air kepada Libya selama berdekad. 173 00:10:17,512 --> 00:10:20,849 Dia juga memanggilnya keajaiban kelapan dunia. 174 00:10:22,100 --> 00:10:25,437 Malangnya, beberapa isu timbul dalam pembinaan itu. 175 00:10:25,520 --> 00:10:28,857 Ada pelbagai masalah melanda. Korupsi adalah endemik, 176 00:10:28,940 --> 00:10:33,111 jadi anda nampak banyak paip meletup dan macam-macam lagi. 177 00:10:33,195 --> 00:10:37,074 Sungai Besar Buatan Manusia itu memerlukan tiga dekad untuk siap. 178 00:10:37,157 --> 00:10:40,243 Sesetengah pakar percaya sumbernya akan kehabisan 179 00:10:40,327 --> 00:10:42,162 sebelum penghujung abad ini. 180 00:10:43,997 --> 00:10:46,375 Namun, itu masalah orang lain. 181 00:10:48,210 --> 00:10:51,046 Hanya Projek Sungai itulah daripada semua projek 182 00:10:51,129 --> 00:10:53,965 yang sangat dihargai oleh orang Libya. 183 00:10:54,049 --> 00:10:59,096 Ia projek berprestij yang dia boleh gambarkan sebagai miliknya. 184 00:10:59,596 --> 00:11:01,973 Namun, orang ada ingatan pendek. 185 00:11:02,057 --> 00:11:06,687 Anda perlu pastikan mereka tidak lupa orang yang berjasa untuk keajaiban itu. 186 00:11:07,312 --> 00:11:08,772 Bagaimana, anda tanya? 187 00:11:08,855 --> 00:11:13,527 Saya percaya kanak-kanak ialah masa depan, jadi ajar mereka dengan baik. 188 00:11:13,610 --> 00:11:17,531 TAKTIK PUPUK GENERASI MUDA 189 00:11:18,156 --> 00:11:24,246 Setiap diktator memerlukan populasi yang boleh membaca dan menulis 190 00:11:24,329 --> 00:11:29,626 agar mereka boleh bekerja dan menghasilkan wang untuk diktator. 191 00:11:31,461 --> 00:11:34,297 Diktator tidak mahu 192 00:11:34,381 --> 00:11:39,761 rakyat yang berpendidikan tinggi dan memiliki idea lalu menjadi pesaing. 193 00:11:39,845 --> 00:11:44,307 Untuk masyarakat baharu anda berjaya, anda perlu mula awal. 194 00:11:44,391 --> 00:11:48,562 Di Libya, celik huruf dan propaganda telah digabung. 195 00:11:49,479 --> 00:11:54,067 Senarai bacaan yang Gaddafi tetapkan untuk generasi muda hanyalah satu, 196 00:11:54,693 --> 00:11:58,363 seperti tekaan anda, ditulis olehnya. 197 00:11:59,239 --> 00:12:01,658 BUKU HIJAU 198 00:12:01,742 --> 00:12:05,370 Buku Hijau adalah seperti kitab Libya bagi Gaddafi. 199 00:12:06,580 --> 00:12:09,166 Gaddafi akan sentiasa memetiknya. 200 00:12:09,249 --> 00:12:11,460 Papan iklan juga ada petikannya. 201 00:12:12,127 --> 00:12:13,879 Ia hanya falsafah yang rawak, 202 00:12:15,005 --> 00:12:18,967 tapi tiada sesiapa mempersoalkannya kerana ia ditulis oleh Gaddafi. 203 00:12:19,050 --> 00:12:23,013 Anda tidak boleh biar ulasan negatif menghalang masa depan negara. 204 00:12:25,807 --> 00:12:30,854 Pelajar mengambil ujian tentang Buku Hijau Gaddafi, 205 00:12:30,937 --> 00:12:34,524 tentang perkara yang dia cakap dan maksudnya. 206 00:12:34,608 --> 00:12:37,277 Itu perancangan pengajaran yang bijak. 207 00:12:37,360 --> 00:12:39,863 Kepintaran sistem pendidikan Gaddafi 208 00:12:39,946 --> 00:12:44,409 bukan sekadar perkara yang diajar, malah juga perkara yang tidak diajar. 209 00:12:45,410 --> 00:12:47,412 Dalam masyarakat baharu Libya ini, 210 00:12:47,496 --> 00:12:50,415 sejarah sebelum pemerintahan Gaddafi tidak diajar, 211 00:12:50,499 --> 00:12:54,085 kerana apa gunanya belajar tentang zaman silam? 212 00:12:54,169 --> 00:12:58,465 Tiada geografi. Jangan biar orang fikir tentang dunia atau jalan keluar. 213 00:12:58,548 --> 00:13:00,884 Tiada bahasa asing. Tidak perlu. 214 00:13:01,760 --> 00:13:05,764 Gaddafi melihat unit pengukuran sebagai penindasan Barat, 215 00:13:05,847 --> 00:13:07,808 jadi sistem metrik diharamkan. 216 00:13:07,891 --> 00:13:09,643 Jadi, bukan semuanya teruk. 217 00:13:10,644 --> 00:13:13,897 Namun kadangkala, walaupun dirancang teliti, 218 00:13:13,980 --> 00:13:17,234 si kecil tidak belajar perkara yang anda inginkan. 219 00:13:17,317 --> 00:13:21,446 Itu sebabnya Gaddafi suka mengajar sendiri secara bersemuka, 220 00:13:21,530 --> 00:13:24,324 untuk memastikan mesejnya diterima. 221 00:13:25,242 --> 00:13:27,160 Pada musim panas 1984, 222 00:13:27,244 --> 00:13:29,830 beribu murid sekolah di Benghazi 223 00:13:29,913 --> 00:13:32,874 diberitahu bahawa mereka ada lawatan istimewa. 224 00:13:33,500 --> 00:13:35,168 Semua murid memasuki bas 225 00:13:35,252 --> 00:13:38,547 dan dihantar ke stadium bola keranjang terbuka. 226 00:13:38,630 --> 00:13:42,384 Namun, mereka tidak melihat apa-apa permainan. 227 00:13:43,301 --> 00:13:47,347 Tarikan utamanya, Al-Sadek Hamed Al-Shuwehdy. 228 00:13:48,139 --> 00:13:51,601 Tertuduh mengaku melakukan aktiviti pengganas. 229 00:13:51,685 --> 00:13:56,022 Jurutera berusia 30 tahun yang pulang dari belajar di Amerika Syarikat. 230 00:13:57,023 --> 00:13:59,943 Penonton diberitahu perbicaraan akan dijalankan, 231 00:14:00,694 --> 00:14:02,529 namun hukuman telah pun diberi. 232 00:14:03,738 --> 00:14:08,159 Apabila orang ramai menyedari perkara yang akan berlaku, ada yang merayu. 233 00:14:08,743 --> 00:14:10,161 Orang lain meraikannya. 234 00:14:10,745 --> 00:14:12,247 Namun, sesuatu berlaku. 235 00:14:13,331 --> 00:14:15,667 Lelaki yang dihukum itu tidak mati. 236 00:14:16,835 --> 00:14:19,337 Seorang wanita muncul dari khalayak ramai. 237 00:14:19,880 --> 00:14:22,090 Namanya, Huda Ben Amer. 238 00:14:23,550 --> 00:14:25,093 Dengan rentapan kuat, 239 00:14:25,594 --> 00:14:27,178 Huda menyempurnakannya. 240 00:14:28,889 --> 00:14:32,392 Dia dikenali sebagai Huda Si Algojo. 241 00:14:32,475 --> 00:14:35,812 Membantu negara membunuh mangsa yang tidak bersalah 242 00:14:35,896 --> 00:14:38,148 telah memulakan kerjaya politiknya 243 00:14:38,231 --> 00:14:41,818 dan dia dilantik menjadi Menteri Sukan dan Pelancongan. 244 00:14:42,569 --> 00:14:47,365 Berbaloi ganjarannya kerana menjadi contoh kepada generasi muda. 245 00:14:47,449 --> 00:14:49,659 Terutamanya kanak-kanak perempuan. 246 00:14:49,743 --> 00:14:52,454 Namun contoh oleh Huda ini juga menunjukkan 247 00:14:52,537 --> 00:14:56,333 betapa kuatnya seorang wanita, malah membawa maut. 248 00:14:56,416 --> 00:14:59,836 Itu sebabnya, dalam usaha membina masyarakat baharu anda, 249 00:14:59,920 --> 00:15:03,214 anda perlu memberi perhatian lebih kepada kaum wanita. 250 00:15:04,007 --> 00:15:07,969 TAKTIK TETAPKAN TARAF WANITA 251 00:15:09,721 --> 00:15:14,559 Semua diktator penting dalam sejarah moden merupakan lelaki. 252 00:15:15,977 --> 00:15:20,106 Sebagai satu kumpulan, mereka anggap wanita perlu, 253 00:15:20,190 --> 00:15:24,402 tetapi mereka juga anggap wanita berbahaya. 254 00:15:25,236 --> 00:15:28,406 Pemikiran autoritarian bertindak balas dengan baik 255 00:15:28,490 --> 00:15:31,868 terhadap pengembalian hierarki 256 00:15:31,952 --> 00:15:35,538 yang meletakkan lelaki di atas susunan sosial. 257 00:15:36,790 --> 00:15:40,001 Namun, Gaddafi mahu dilihat sebagai penzalim moden, 258 00:15:40,085 --> 00:15:43,254 membina masyarakat sempurna untuk seluruh rakyatnya. 259 00:15:43,338 --> 00:15:48,510 Pada dasarnya, Gaddafi berpendapat bahawa wanita patut setaraf dengan lelaki. 260 00:15:48,593 --> 00:15:51,096 Jadi sepanjang pemerintahannya, 261 00:15:51,179 --> 00:15:55,892 dia menaikkan taraf wanita, setidaknya secara simbolik. 262 00:15:55,976 --> 00:15:59,854 Apa simbol kenaikan taraf wanita yang lebih berbanding ini? 263 00:16:01,022 --> 00:16:04,484 Dia ada sekumpulan pengawal peribadi wanita. 264 00:16:05,735 --> 00:16:09,406 Hampir sama seperti filem James Bond. 265 00:16:09,489 --> 00:16:14,369 Apabila Encik Gaddafi tiba, Libya menjadi bebas. 266 00:16:14,452 --> 00:16:16,871 Sebelum ini, wanita tidak bebas. 267 00:16:18,039 --> 00:16:20,041 Mereka menemaninya ke luar negara. 268 00:16:20,125 --> 00:16:22,544 Gaddafi mahir memanipulasi media. 269 00:16:22,627 --> 00:16:26,423 Dia tahu berita yang akan menarik perhatian jurugambar 270 00:16:26,506 --> 00:16:27,924 dan disiar di televisyen. 271 00:16:28,883 --> 00:16:30,385 Namun, di sebaliknya, 272 00:16:30,468 --> 00:16:33,096 keadaan tidak seperti yang dipaparkan. 273 00:16:33,179 --> 00:16:38,018 Ramai orang tak tahu, pengawal peribadi itu sebenarnya harem. 274 00:16:42,105 --> 00:16:44,691 Ahli-ahli Pengawal Amazon baharu direkrut 275 00:16:44,774 --> 00:16:47,610 dalam lawatan Gaddafi ke seluruh negara. 276 00:16:47,694 --> 00:16:50,321 Dia menyukai gadis muda yang cantik, 277 00:16:50,405 --> 00:16:52,699 ada yang lebih muda daripada 14 tahun. 278 00:16:52,782 --> 00:16:57,037 Pengawal yang sedia ada sentiasa mencari wajah baharu. 279 00:16:57,787 --> 00:17:02,417 Rekrut baharu dijemput ke majlis peribadi untuk berjumpa pemimpin itu. 280 00:17:02,500 --> 00:17:06,337 Jika gadis itu ditepuk di kepala, dia terpilih, 281 00:17:06,421 --> 00:17:09,007 lalu dia akan hilang. 282 00:17:12,635 --> 00:17:14,596 Sama ada dia mahu atau tidak, 283 00:17:14,679 --> 00:17:18,433 dia akan menjadi "perawan revolusi" menurut Gaddafi, 284 00:17:19,476 --> 00:17:21,853 sentiasa berkhidmat untuk pemimpinnya. 285 00:17:23,897 --> 00:17:27,275 Wanita-wanita ini sering didera dan dirogol oleh Gaddafi. 286 00:17:28,109 --> 00:17:31,279 Sesetengah gadis dibenarkan pulang kepada keluarga, 287 00:17:31,362 --> 00:17:36,242 tapi dalam masyarakat tradisional Islam, mereka selalunya dipulaukan. 288 00:17:37,202 --> 00:17:41,414 Gaddafi mendera beribu wanita seperti ini selama bertahun-tahun. 289 00:17:44,292 --> 00:17:47,629 Ia sebahagian daripada visi Muammar untuk dunia sempurna. 290 00:17:48,213 --> 00:17:51,257 Penghormatan terbesar ialah khidmat untuk Libya, 291 00:17:52,050 --> 00:17:54,052 lalu untuknya. 292 00:17:54,135 --> 00:17:56,012 Gaddafi ialah negara itu. 293 00:17:56,096 --> 00:18:00,266 Diktator melihat negara sebagai hak milik mereka sepenuhnya. 294 00:18:00,350 --> 00:18:03,478 Kekayaannya milik mereka. Rakyatnya milik mereka. 295 00:18:03,561 --> 00:18:06,689 Tubuh mereka miliknya untuk dibuat apa-apa saja. 296 00:18:06,773 --> 00:18:09,400 Jika anda Muammar Gaddafi, mungkin anda fikir 297 00:18:09,484 --> 00:18:12,278 anda ada segalanya untuk masyarakat baharu anda. 298 00:18:12,362 --> 00:18:14,781 Duit, rakyat yang setia, 299 00:18:14,864 --> 00:18:19,202 simbol konkrit kehebatan anda dan peluang pekerjaan yang menarik. 300 00:18:19,285 --> 00:18:21,871 Namun, ini bukan masanya untuk berehat. 301 00:18:21,955 --> 00:18:26,501 Masih ada dunia luar yang belum mengetahui kegemilangan negara anda, 302 00:18:27,502 --> 00:18:29,295 jadi kenapa diamkan? 303 00:18:30,046 --> 00:18:33,383 TAKTIK EKSPORT REVOLUSI ANDA 304 00:18:33,967 --> 00:18:37,137 Menjadi pemerintah mutlak ialah pencapaian yang hebat. 305 00:18:37,220 --> 00:18:40,682 Namun, mencipta gerakan global? Itu bagaikan legenda. 306 00:18:40,765 --> 00:18:45,270 Itu sebabnya penzalim bercita-cita tinggi suka menyebarkan pengaruh mereka. 307 00:18:47,939 --> 00:18:51,025 Pada tahun 1940, Adolf Hitler menubuhkan rejim boneka 308 00:18:51,109 --> 00:18:53,486 digelar kerajaan Vichy di Perancis 309 00:18:53,570 --> 00:18:56,573 yang melucutkan kewarganegaraan daripada kaum Yahudi 310 00:18:56,656 --> 00:19:00,451 dan menghantar lebih 70,000 untuk mati di kem tahanan. 311 00:19:01,619 --> 00:19:05,290 Selepas Perang Dunia Kedua, Joseph Stalin menyokong 312 00:19:05,373 --> 00:19:09,294 kerajaan komunis yang berkembang di Eropah Timur dan Baltik, 313 00:19:09,377 --> 00:19:12,505 menghasilkan zon penampan oleh negara sekutunya. 314 00:19:13,006 --> 00:19:18,011 Mao Zedong dari China menyediakan senjata, wang dan bekalan kepada Vietnam Utara 315 00:19:18,094 --> 00:19:21,514 sebagai rancangannya untuk menguasai Asia Tenggara. 316 00:19:22,849 --> 00:19:26,686 Namun, sesetengah penzalim sukar berkawan. 317 00:19:27,729 --> 00:19:31,691 Dia berusaha untuk menjadi tumpuan perhatian dalam dunia Arab. 318 00:19:31,774 --> 00:19:34,319 Para pemimpin memandang rendah terhadapnya. 319 00:19:34,569 --> 00:19:37,488 Namun, pandangan dunia tidak penting, 320 00:19:37,572 --> 00:19:39,240 kerana pasti ada kumpulan 321 00:19:39,324 --> 00:19:42,619 yang akan menerima anda dan dompet anda yang tebal. 322 00:19:46,497 --> 00:19:49,959 Gaddafi menaja banyak gerakan pemisah. 323 00:19:50,668 --> 00:19:52,170 Di seluruh dunia, 324 00:19:52,253 --> 00:19:55,089 bila-bila masa kumpulan revolusi memerlukan wang, 325 00:19:55,173 --> 00:19:57,008 Gaddafi sedia membantu. 326 00:19:57,800 --> 00:20:00,970 Namun, bahayanya apabila anda salah pilih kawan 327 00:20:02,096 --> 00:20:04,849 ialah anda dinilai berdasarkan sekutu anda. 328 00:20:05,099 --> 00:20:06,893 Pada pukul dua pagi di Berlin, 329 00:20:06,976 --> 00:20:10,396 berlaku letupan bom di disko La Belle yang sesak. 330 00:20:10,480 --> 00:20:13,149 Menurut polis, 500 pengunjung berada di dalam, 331 00:20:13,233 --> 00:20:17,445 kebanyakannya askar Amerika yang sedang cuti. Bom itu meletup… 332 00:20:17,528 --> 00:20:20,323 Pembunuh ini tidak boleh melakukan jenayah itu 333 00:20:20,406 --> 00:20:22,367 tanpa perlindungan dan sokongan 334 00:20:22,450 --> 00:20:25,745 daripada rejim seperti Kolonel Gaddafi di Libya. 335 00:20:26,454 --> 00:20:28,623 Gaddafi seorang pengganas. 336 00:20:29,332 --> 00:20:34,212 Dia mahu penghormatan daripada dunia semasa dia mengganas. 337 00:20:35,046 --> 00:20:39,634 Kami enggan tunduk kepada Amerika. 338 00:20:40,760 --> 00:20:42,053 Ambil nasihat ini, 339 00:20:42,136 --> 00:20:47,100 mengganas di tempat sendiri lebih mudah daripada seluruh dunia Barat. 340 00:20:47,684 --> 00:20:51,646 Tiada sesiapa boleh membunuh orang Amerika dan berlagak. 341 00:20:54,732 --> 00:20:58,403 Apabila Amerika menyerang balas dan mengebom Libya, 342 00:20:58,486 --> 00:21:00,154 ia amat mengejutkan dia 343 00:21:00,238 --> 00:21:02,448 kerana dia fikir dia kebal. 344 00:21:04,617 --> 00:21:08,162 Apabila dunia mengetahui tentang kemusnahan letupan itu, 345 00:21:08,246 --> 00:21:11,833 Washington menyasarkan pangkalan tentera atau kem pengganas. 346 00:21:13,584 --> 00:21:16,212 Penipuan ini terhenti serta-merta. 347 00:21:16,296 --> 00:21:19,007 Permulaan suatu penamat? Jangan gopoh. 348 00:21:19,090 --> 00:21:22,635 Anda memiliki salah satu daripada sepuluh rizab minyak terkaya, 349 00:21:22,719 --> 00:21:25,638 jadi anda boleh tersilap langkah. 350 00:21:25,722 --> 00:21:27,098 Namun, anda akan lihat, 351 00:21:27,181 --> 00:21:31,060 buku panduan akan mengekalkan kuasa anda selagi anda mematuhinya. 352 00:21:31,144 --> 00:21:34,105 Muammar akan mempelajarinya dengan cara yang sukar. 353 00:21:34,188 --> 00:21:37,608 TAKTIK KEKALKAN RANCANGAN ANDA 354 00:21:38,192 --> 00:21:40,069 Gaddafi memiliki segalanya. 355 00:21:40,153 --> 00:21:43,990 Kekayaan, kuasa, gaya fesyen yang menarik 356 00:21:44,073 --> 00:21:46,492 dan visi untuk masyarakat idamannya. 357 00:21:46,576 --> 00:21:48,578 Namun, dengan tibanya alaf baharu, 358 00:21:49,287 --> 00:21:51,706 Amerika Syarikat berperang dengan Saddam Hussein 359 00:21:51,789 --> 00:21:57,086 dan hidup sebagai diktator Timur Tengah mula kelihatan berbahaya. 360 00:21:57,170 --> 00:22:00,965 Perang kita menentang keganasan baru saja bermula. 361 00:22:01,049 --> 00:22:05,178 Dalam kesukaran, buku panduan berkeras agar anda mengikut rancangan. 362 00:22:06,095 --> 00:22:08,222 Gaddafi memilih jalan yang berbeza. 363 00:22:12,935 --> 00:22:15,188 Dia buat perubahan dalam polisi… 364 00:22:17,482 --> 00:22:21,152 yang dia fikir akan mendapat sokongan daripada dunia Barat. 365 00:22:22,779 --> 00:22:25,615 Kebebasan bersuara, kebebasan berhimpun, kebebasan media. 366 00:22:25,698 --> 00:22:28,159 Dia berhenti menyeksa orang. 367 00:22:29,327 --> 00:22:31,454 Itu memang bagus, 368 00:22:32,622 --> 00:22:35,750 tetapi seksaan bagus untuk mengelak penentangan. 369 00:22:36,834 --> 00:22:38,336 Apa akibatnya? 370 00:22:39,212 --> 00:22:43,174 Inilah mekanisme yang digunakan oleh orang ramai 371 00:22:43,257 --> 00:22:45,385 untuk menggulingkan kerajaan mereka. 372 00:22:46,803 --> 00:22:48,221 Ia tak dapat dielakkan. 373 00:22:48,304 --> 00:22:51,641 Reformasi ini akhirnya akan dilihat 374 00:22:51,724 --> 00:22:55,019 sebagai hakikatnya yang sebenar, iaitu kelemahan. 375 00:22:55,103 --> 00:22:57,563 Kolonel, tentera tuan meninggalkan tuan? 376 00:22:59,107 --> 00:23:00,817 Saya lupa bahasa awak. 377 00:23:02,443 --> 00:23:06,823 Mereka bangkit menentangnya, dunia Barat tidak membantunya, 378 00:23:06,906 --> 00:23:08,699 dan dia mati. 379 00:23:08,783 --> 00:23:11,411 Apabila dia dikepung oleh pemberontak, 380 00:23:11,994 --> 00:23:14,455 dia kata, "Saya tak buat apa-apa. 381 00:23:14,539 --> 00:23:16,082 Kenapa buat saya begini?" 382 00:23:16,791 --> 00:23:20,378 Soalan yang adil dalam kebanyakan situasi biasa. 383 00:23:22,088 --> 00:23:27,051 Dia bunuh abang saya dan sepupu saya. Dia bunuh kawan-kawan saya. 384 00:23:27,135 --> 00:23:29,011 Dia bakar rumah keluarga saya. 385 00:23:29,095 --> 00:23:32,265 Anda mungkin kata, Gaddafi menerima nasib itu 386 00:23:32,348 --> 00:23:35,268 kerana dia mengabaikan buku panduan dan berlembut 387 00:23:35,351 --> 00:23:37,395 lalu nyawanya menjadi korban. 388 00:23:37,478 --> 00:23:41,149 Akhirnya, tentu sekali, dia diburu dan dibunuh. 389 00:23:42,817 --> 00:23:44,235 Namun, usah risau. 390 00:23:44,318 --> 00:23:46,571 Buku panduan menawarkan jalan lain, 391 00:23:46,654 --> 00:23:50,199 cara untuk mencapai impian setiap penzalim, 392 00:23:50,283 --> 00:23:52,326 rejim yang berterusan. 393 00:23:52,410 --> 00:23:57,039 Bab terakhir menanti di Korea Utara yang menyendiri, 394 00:23:57,123 --> 00:24:00,543 yang berjaya diperintah secara abadi oleh Dinasti Kim. 395 00:24:01,335 --> 00:24:03,504 Anda bersedia untuk menjadi tuhan? 396 00:24:30,990 --> 00:24:33,326 Terjemahan sari kata oleh Liyana Osman